Selasa, 13 November 2012

Mengapa Darah Dan Babi Diharamkan Dalam Islam?


Syed Mahadzir Syed Ibrahim

Berikut ini tulisan mengenai pengharaman darah dan babi dalam Islam, diulas dari sudut pandangan logik dan ilmu kesihatan. Mengapa seseorang Muslim sangat mementingkan mengenai kata-kata ‘halal’ dan ‘haram’, apa erti dari kata-kata tersebut?
Apa-apa yang diperbolehkan diistilahkan sebagai halal, dan apa-apa yang tidak diperbolehkan diistilahkan sebagai haram, dan Al-Quran-lah yang menggambarkan perbezaan antara keduanya.
Islam telah melarang segala macam darah. Kamu akan sependapat bahawa analisis kimia dari darah menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid, suatu senyawa kimia yang berbahaya bagi kesihatan manusia. Kamu tentu tahu mengenai sifat beracun dari uric acid, dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan dalam kenyataannya kita diberitahu bahawa 98% dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal, dan dibuang keluar tubuh melalui air kecil.
Sekarang kita akan menghargai kaedah prosedur khusus dalam penyembelihan haiwan dalam Islam. Seorang penyembelih, selagi menyebut nama dari Yang Maha Kuasa, membuat hirisan memotong urat nadi leher haiwan, sembari membiarkan urat-urat dan organ-organ lainnya utuh. Dan hal ini menyebabkan kematian haiwan kerana kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana cedera pada organ vitalnya.
Sebab jika organ-organ, misalnya jantung, hati, atau otak dirosakkan, haiwan tersebut boleh mati dengan cepat dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging. Hal tersebut mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun. Hanya pada masa kinilah, para pakar makanan baru menyedari akan hal tersebut.
Mengapa orang Islam melarang memakan daging babi, atau ham, atau makanan lainnya yang berkaitan dengan babi? Sebenarnya, di luar dari larangan Al-Quran dalam pengambilan babi, bacon sebagai makanan, pada kenyataannya dalam Bible juga, dalam Leviticus bab 11, ayat 8, mengenai babi, dikatakan, ‘Dari daging mereka (dari swine, nama lain untuk ‘babi’) janganlah kalian makan, dan dari bangkai mereka, janganlah kalian sentuh; mereka itu kotor buatmu.’
Lebih lanjut lagi, apakah kamu tahu kalau babi tidak boleh disembelih di leher kerana mereka tidak memiliki leher; sesuai dengan anatomi alamiahnya? Islam beranggapan kalau babi memang harus disembelih dan layak untuk makanan manusia, tentu Sang Pencipta akan merancang haiwan ini dengan memiliki leher.
Namun di luar itu semua, saya yakin kamu tahu betul mengenai kesan-kesan berbahaya dari pengambilan babi, dalam bentuk apa pun, sama ada pork chops, ham, atau bacon.
Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa ada risiko besar terhadap banyak macam penyakit. Babi diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya.
Sebagaimana kita membicarakan mengenai kandungan uric acid dalam darah, sangat penting untuk diperhatikan bahawa sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% bakinya tersimpan dalam tubuhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA