Syed Mahadzir Syed Ibrahim
1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah s.a.w selalu mengajak umatnya supaya bangun
sebelum subuh, melaksanakan solat sunah, solat fardhu, dan solat subuh
berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain:
1. Berlimpah pahala dari Allah s.w.t
2. Kesegaran udara subuh yang bagus untuk
kesihatan danterapi penyakit TB
3. Memperkuatkan fikiran dan menyihatkan
perasaan
2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah s.a.w selalu senantiasa rapi dan bersih, tiap
hari Khamis atau Jumaat baginda mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu
memotong kuku, bersikat dan berminyak wangi. ‘Mandi pada hari Jumaat adalah
wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian juga menggosok gigi dan memakai
harum-haruman.’ (Hadis riwayat Muslim)
3. TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasulullah s.a.w: ‘Kami adalah satu kaum yang tidak
makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai
kekenyangan).’ (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda
iaitu sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk
makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat Islam dengan adanya
Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah s.a.w selalu berjalan kaki ke masjid, pasar,
medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki,
keringat akan mengalir, pori-pori kulit akan terbuka dan peredaran darah akan
berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah s.a.w: ‘Jangan marah,’ - diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan
hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah
belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah iaitu:
1. Mengubah kedudukan ketika marah, bila berdiri
maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
2. Membaca ta‘awwudz, kerana marah itu
dari syaitan
3. Segeralah berwuduk
4. Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan
menghilangkan kegundahan hati
6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang
mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan
bekerja keras, serta tawakal kepada Allah s.w.t.
7. TIDAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga keseimbangan hati, kesihatan jiwa dan
kesegaran mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang
sangat tepat.
‘Ya Allah s.w.t, bersihkanlah hatiku dari
sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah.’
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang
berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia.
Wallhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan