AKHLAK ialah tingkahlaku
yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang
menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. Nilai-nilai dan sikap itu pula
terpancar daripada konsepsi dan gambarannya terhadap hidup. Dengan perkataan
lain, nilai-nilai dan sikap itu terpancar daripada akidahnya iaitu gambaran
tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya
Akidah yang benar
dan gambaran tentang kehidupan yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh kepaisuan,
khurafat dan falsafah-falsafah serta ajaran yang paisu, akan memancarkan
nilai-nilai benar yang murni di dalam hati. Nilai-nilai ini akan mempengaruhi
pembentukan sistem akhlak yang mulia. Sebaliknya, jika akidah yang dianuti
dibina di atas kepalsuan dan gambarannya mengenai hidup bercelaru dan
dipengaruhi oleh berbagai-bagai fahaman paisu, ia akan memancarkan nilai-nilai
buruk di dalam diri dan mempengaruhi pembentukan akhlak yang buruk.
Akhlak yang baik
dan akhlak yang buruk, merupakan dua jenis tingkahlaku yang berlawanan dan
terpancar daripada dua sistem nilai yang berbeza. Kedua-duanya memberi kesan
secara langsung kepada kualiti individu dan masyarakat. lndividu dan masyarakat
yang dikuasai dan dianggotai oleh nilai-nilai dan akhlak yang baik akan
melahirkan individu dan masyarakat yang sejahtera. Begitulah sebaliknya jika
individu dan masyarakat yang dikuasai oleh nilai-nilai dan tingkahlaku yang
buruk, akan porak peranda dan kacau bilau. Masyarakat kacau bilau, tidak
mungkin dapat membantu tamadun yang murni dan luhur.
Sejarah membuktikan
bahawa sesebuah masyarakat itu yang inginkan kejayaan bermula daripada
pembinaan sistem nilai yahg kukuh yang dipengaruhi oleh unsur-unsur kebaikan
yang terpancar daripada akidah yang benar. Masyarakat itu runtuh dan tamadunnya
hancur disebabkan keruntuhan nilai-nilai dan akhlak yang terbentuk daripadanya.
Justeru itu, akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam
memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya. Martabat manusia akan menurun
setaraf haiwan sekiranya akhlak runtuh dan nilai-nilai murni tidak dihormati
dan dihayati. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ‘Sesungguhnya
aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mulia.’ (Riwayat al-Baihaqi)
Para sarjana dan
ahli fikir turut mengakui pentingnya akhlak di dalam membina keluhuran peribadi
dan tamadun manusia. akhlak yang mulia menjadi penggerak kepada kemajuan dan
kesempurnaan hidup. Sebaliknya, akhlak yang buruk menjadi pemusnah yang
berkesan dan perosak yang meruntuhkan kemanusiaan serta ketinggian hidup
manusia di bumi ini.
Kepentingan akhlak
dalam kehidupan dinyatakan dengan jelas dalam. Al-Ouran menerusi berbagai-bagai
pendekatan yang meletakkan Al-Quran sebagai sumber pengetahuan mengenai nitai
dan akhlak yang paling terang dan jelas. Pendekatan Al-Quran dalam menerangkan
akhlak yang mulia, bukan pendekatan teoritikal tetapi dalam bentuk konseptual
dan penghayatan. akhlak yang mulia dan akhlak yang buruk digambarkan dalam
perwatakan manusia, dalam sejarah dan dalam realiti kehidupan manusia semasa, Al-Quran
diturunkan.
Al-Quran
menggambarkan bagaimana akidah orang-orang beriman, kelakuan mereka yang mulia
dan gambaran kehidupan mereka yang penuh tertib, adil, luhur dan mulia.
Berbanding dengan perwatakan orang-orang kafir dan munafik yang jelek dan
merosakkan. Gambaran mengenai akhlak mulia dan akhlak keji begitu jelas dalam
perilaku manusia sepanjang sejarah. Al-Quran juga menggambarkan bagaimana
perjuangan para rasul untuk menegakkan nilai-niiai mulia dan murni di dalam
kehidupan dan bagaimana mereka ditentang oleh kefasikan, kekufuran dan
kemunafikan yang cuba menggagalkan tertegaknya dengan kukuh akhlak yang mulia
sebagai teras kehidupan yang luhur dan murni itu.
Akidah Mencorakkan Akhlak
Sebagaimana yang
disebutkan sebelum ini, nilai-nitai akhlak yang dipegang oleh seseorang dan
sesuatu kebudayaan itu adalah hasil daripada akidah dan gambaran tentang
kehidupan itu. Pembentukan nilai-nilai akhlak itu bergantung kepada bagaimana
manusia memberikan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang asasi dalam hidup.
Siapakah yang
mencipta alam ini dan apakah tujuannya? Apakah tujuan manusia ditempatkan di
bumi dan apakah tujuan dan matiamatnya yang sebenar? Jawapan-jawapan kepada
persoalan asas mengenai kehidupan ini akan menentu dan mencorak nilai-nilai
akhlak yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu kebudayaan. Oleh kerana
terdapat berbagai-bagai jawapan kepada persoalan tersebut, maka terdapat
berbagai sistem nilai di dalam masyarakat manusia yang mencorakkan berbagai
sikap dan tingkahlaku yang membentuk berbagai-bagai kebudayaan.
Al-Quran telah
memaparkan berbagai golongan yang memberi jawapan berbeza kepada
persoalan-persoalan asasi kehidupan yang membentuk konsepsi dan akidah mengenai
kehidupan ini. Terdapat akidah orang-orang beriman, akidah orang-orang kafir, akidah
orang-orang fasik dan akidah orang-or-ang munafikin.
Akidah orang-orang
beriman dinyatakan dalam Al-Quran sebagai orang-orang yang beriman kepada Allah
s.w.t., kepada Rasul-Nya, kepada keagungan Allah yang mencipta dan memiliki
alam ini. Mereka yakin kepada hari akhirat, yakin bahawa kejadian Allah tidak
terbatas kepada alam lahir sahaja dan kejadian Allah itu tidak terbatas dalam
lingkungan yang dapat diketahui oleh manusia. Kerana itu mereka percaya kepada
kejadian Allah yang ghaib, seperti malaikat, gyurga, neraka dan adanya
makhluk-makhiuk Allah yang lain yang tidak diketahui oleh manusia dan
pengetahuan manusia tidak menjadi syarat bagi menentukan sesuatu kejadian Allah
harus ada atau tidak ada. Allah s.w.t. bebas mengikut kehendak-Nya, untuk
mencipta atau tidak mencipta sesuatu yang ada di dalam ilmu-Nya.
Akidah ini
menyebabkan orang-orang beriman sentiasa bergantung harap kepada Allah s.w.t.
dan tidak bergantung harap kepada yang lain daripada-Nya. Tujuan hidup manusia
di dunia ini ialah untuk beribadah kepada Allah s.w.t. dan setiap tindak tanduk
dan kelakuan serta tindakannya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
Keredhaan Allah dan beribadat kepada Allah s.w.t. menjadi tumpuan dan pemusatan
setiap aspek kegiatannya.
Pergantungan
semata-mata kepada Allah memberikan kepada seorang mukmin itu kebebasan dan
tidak terikat kepada mana-mana kuasa lain daripada Allah s.w.t. Daripada
perasaan inilah tercetusnya pengakuan seorang muslim bahawa: ‘Tiada Tuhan yang
disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah s.w.t.’.
Manusia beriman
yang sebenarnya, tidak mungkin menyembah kepada yang lain daripada Allah s.w.t.,
tidak mempeduangkan sesuatu yang dicipta oleh mana-mana kuasa selain daripada
yang ditentukan di dalam agama Allah s.w.t. Allah s.w.t. bagi mereka adalah
Tuhan Yang Maha Sempuma, Maha berkuasa dan kepada Dialah tumpuan segala ibadah
dan segala yang baik sama ada niat dan amalan.
Lihatiah bagaimana
pendirian yang bebas, tegas dan berani yang ditunjukkan oleh seorang mukmin
yang sejati Rab’i bin Amir ketika berhadapan dengan raja Rum, yang bermaksud: ‘Allah
sesungguhnya mengutus kami untuk membebaskan sesiapa yang dikehendaki-Nya
daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah hanya kepada Allah, daripada
kesempitan dunia kepada keluasannya dan keluasan akhirat daripada kezaliman
agama-agama kepada keadilan Islam.’
Seorang mukmin
berjiwa bebas, tetapi bukan sebagai debu berterbangan di udara. Kebebasan
seorang mukmin sentiasa mendapat panduan dan bimbangan. Justeru itu ia tidak
berkelana dan hidup tanpa tujuan. la sentiasa bergerak bebas dengan memiliki
peta yang menunjukkan haluan pergerakan dan perjalanannya. la sentiasa
bertindak mengikut petunjuk Allah dan berpandu kepadanya.
Seorang mukmin
berperasaan halus dan berhati lembut kerana keyakinannya bahawa ia adalah hamba
kepada Allah s.w.t. Segala perbuatannya akan dinilai dan dihitung serta
diberikan balasan atau ganjaran dengan adil dan saksama. Wawasannya, tidak
semata-mata untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia, tetapi juga di
akhirat. Tentunya, ganjaran di akhirat adalah lebih baik dahapda di dunia.
Kerana itu, ia sanggup mengorbankan kurniaan Allah di dunia, untuk mendapatkan
kurniaan Allah di akhirat.
Akidah dan
pandangan hidup yang asas ini, memancarkan nilai-nilai yang murni dalam jiwa orang-orang
beriman. Nilai-nilai ikhias untuk Allah s.w.t. dan tidak tunduk beribadah
melainkan kepada Allah s.w.t. adalah merupakan nilai yang agung yang membentuk
akhlak yang murni dan jiwa yang luhur dalam kehidupan orang-orang beriman. Ia
membentuk akhlak terhadap Allah s.w.t. dan akhlak terhadap sesama manusia.
Hubungan manusia
dengan Allah s.w.t. dan kelakuannya terhadap Allah s.w.t. ditentukan mengikut
nilai-nilai akidah yang ditetapkan. Begitu juga akhlak terhadap manusia
dicorakkan oleh nilai-nilai akidah seorang muslim, sepertimana yang ditetapkan
didalam Al-Quran yang merupakan ajaran dan wahyu daripada Allah s.w.t.
Pergaulan manusia dengan manusia tidak boleh disamakan dengan perhubungan
manusia dengan Allah s.w.t..
Akidah dan pegangan
seorang beriman berbeza dengan akidah dan pegangan seorang kafir. Justeru itu
nilai-nilai dan akhlak juga berbeza. Al-Quranmemaparkan akidah dan pegangan
orang-orang kafir dalam berbagai kategori, justeru terdapat berbagai bentuk
kekufuran yang beriaku di kalangan umat manusia. Antara kekufuran yang beriaku
disebabkan mereka menolak ajaran yang benar yang dibawa oleh utusan Allah s.w.t.
dan mereka menafikan kerasulan utusan itu.
Allah s.w.t.
berfirman yang bermaksud: ‘Maka berkata pembesar-pembesar yang kafir itu dari
kalangan bangsanya, ini tidak lain daripada manusia seperti kamu. Ia hendak
menonjoikan diri supaya lebih daripada kamu. Jika Allah hendak turunkan utusan,
Dia akan turunkan malaikat. Kita tidak mendengar dati bapa -bapa kita yang
terdahulu mengenai ini (utusan Allah dari kalangan manusia).’ (al-Mukminun: 24)
Kekufuran juga
beriaku kerana tidak percayakan hari akhirat. Kerana percaya bahawa tidak ada
kehidupan selepas mati, mereka hidup berfoya-foya di dunia ini tanpa memikirkan
seksaan di akhirat. Bagi mereka seperti yang dinyatakan oleh Al-Quran ‘kehidupan
ini cuma di dunia.’ Manusia dilahirkan dan kemudian mati, mereka tidak
dibangkitkan kembali, seperti kata mereka yang bermaksud: ‘Kehidupan kita tidak
yang lain daripada kehidupan di dunia. Daripada tiada kita ada dan hidup.
Apabila mati kita tidak dibangkitkan lagi.’
Maksudnya: ‘Dan
berkata pembesar-pembesar dari bangsanya yang kafir dan mendustakan kehidupan
akhirat dan kamijadikan berfoya-foya dalam kehidupan mereka di dunia, orang
ini, hanyalah seorang manusia seperti kamu. fa makan dari apa yang kamu makan
dan minum dari apa yang kamu minum .’ (al-Mukminun: 33)
Kekufuran juga
beriaku disebabkan sifat bongkak dan sombong serta ingkar kepada perintah Allah
dan angkuh terhadapnya. Allah berfirman mengenai kekufuran Iblis yang
bermaksud: ‘Dan ketika kami berkata kepada malaikat sujudiah kepada Adam.
Mereka pun sujud, kecuali lblis. la ingkar dan takabur dan ia daripada
orang-orang kafir.’ (al-Baqarah: 34)
Akidah orang-orang
kafir yang sombong terhadap Allah s.w.t., yang tidak percaya kepada para rasul
yang diutus oleh Allah dan ajaran-ajaran yang mereka bawa, yang tidak percaya
kepada hari akhirat dan tidak patuh kepada hukum-hukum Allah dengan ingkar
kepada hukum-hukum itu, membentuk nilai-nilai kelakuan dan cara hidup yang
menjurus ke arah kehidupan yang tidak berakhlak mulia dan luhur. Allah s.w.t.
berfirman yang bermaksud: ‘Dan orang-orang yang kafir meni’mati kesenangan
didunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang temak makan
minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.’ (Muhammad: 12)
Mereka tidak
mempunyai matiamat yang murni dan abadi dalam kehidupan mereka. Kehidupan ini
bagi mereka mencari makan, mencari harta dan berfoya-foya semata-mata untuk di
atas dunia ini. ltulah sahaja kehidupan mereka. Selain dadpada itu, tiada
matiamat yang jauh yang hendak dituju. Pandangan dan cara hidup mereka ini,
sudah tentu mempengaruhi pembentukan akhlak mereka yang pincang dan bercelaru.
Satu lagi akidah
kekufuran yang berbahaya ialah munafik yang ‘pepat di luar rencung di dalam,’ ‘telunjuk
lurus kelingking berkait.’ Bahaya kekufuran ini sangat dahsyat kerana sikap
pemusuhan dan dendam mereka terhadap orang-orang yang beriman. Gambaran
mengenai akidah mereka penuh dengan gambaran kepura-puraan. Mereka mengaku
beriman, tetapi mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka berpura-pura percaya
kepada Nabi s.a.w. yang diutus oleh Allah s.w.t. tetapi dalam hati mereka benci
dan memusuhi baginda. Mereka memandang rendah kepada ajaran Nabi s.a.w. dan
sering mempertikaikan ajaran itu.
Allah s.w.t.
berfirman yang bermaksud: ‘Dan di kalangan manusia ada yang berkata kami
beriman dengan Allah dan Hari akhirat Pada hal mereka bukan datipada orang-orang
beriman.’ (al-Baqarah: 8)
Akidah munafikin,
melahirkan sifat-sifat dan kelakuan-kelakuan keji yang mewakiii akhlak yang
buruk. Untuk menyembunyikan kekufuran, mereka berdusta, memutar belitkan
kebenaran, memungkid janji dan mengkhianati amanah. Rasuluilah s.a.w. bersabda
yang bermaksud: ‘Tiga perkara yang sesiapa yang mempunyainya di dalam diri maka
ia adalah munafik. Apabila bercakap ia dusta, apabila bedanji tidak dikotakan
apabila diberi amanah ia khianat.’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nilai-Nilai Mutlak Dan Relatif
Selain daripada
memaparkan konsep dan penghayatan akhlak secara konsepsi dan praktikal dan
membezakan antara akhlak orang- orang yang beriman dan orang-orang kafir
berasaskan kepada perbezaan akidah mereka, Al-Quran menghuraikan pengertian
akhlak Islam yang didokong dan dihayati oleh orang-orang beriman. akhlak Islam
dijelaskan berdasarkan kepada model insan kamil yang terdapat dalam did
Rasuluilah s.a.w. yang telah merealisasikan pengertian akhlak Al-Quran dalam
kehidupan yang realistik.
Rasuluilah s.a.w.
dikatakan sebagai Al-Quran yang berjalan. Aishah ra. berkata ‘Adapun akhlak baginda
ialah Al-Quran’. Kerana itu nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam ialah
nilai-nilai mutlak. Nilai-nilai asas ini, tidak bersifat relatif atau nisbi.
Nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam, tidak berubah-ubah mengikut zaman
dan tempat. la tidak hanya baik pada masa yang lalu dan tidak baik untuk masa
sekarang. Apa yang diperakukan oleh Al-Quran dan al-Sunnah sebagai baik, maka
ia adalah baik untuk sepanjang zaman dan tempat. Apa yang dianggap tidak balk,
maka ia adalah tidak baik untuk selama-lamanya. Apa yang baik adalah haial dan
yang buruk dan tidak baik itu adalah haram. Perkara haial dan yang haram
diterangkan dengan jelas.
Nilai-nilai yang
baik dan buruk diprogramkan ke dalam hukum-hukum yang menentukan sama ada
sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan, yang mesti
dilakukan atau mesti dilakukan atau mesti ditinggalkan atau dijauhkan.
Hukum-hukum itu ialah wajib, sunat, haram dan makruh. Perkara-perkara yang
telah diprogramkan ke dalam hukum-hukum ini adalah mutlak sifatnya. Akan tetapi
perkara-perkara yang termasuk dalam perkara harus adalah relatif sifatnya.
Nilai-nilai akhlak
Islam, berbeza dengan nilai-nilai tamadun Barat yang semata-mata bergantung
kepada akal dalam menentukan nilai-nilai baik dan tidak baik. Kerana itu,
kebanyakan nilai-nilai dalam tamadun barat bersifat relatif. Pada hari ini ia
difikirkan sebagai baik dan pada masa yang lain ia ditolak sebagai baik. Begitu
juga yang dipandang buruk pada hari ini, tidak lagi dianggap demikian pada masa
yang lain. Homoseksual dan Lesbian, dahulu dianggap haram dan tidak baik.
Sebaliknya hari ini perbuatan itu dihalaikan dan dibenarkan sebagai legal serta
mendapat hak-hak dan periindungan perundangan. Kenisbian nilai-nilai akhlak ini,
menimbulkan huru hara nilai yang mengakibatkan kepincangan akhlak.
Rasuluilah s.a.w.,
adalah contoh seorang hamba Allah yang bersyukur iaitu contoh berakhlak mulia
dan tinggi dalam hubungan dengan Allah s.w.t.. lni berasaskan kepada
peribadahan yang dilakukannya dengan penuh ikhias mengikut sistem peribadahan
yang ditentukan oleh Allah s.w.t.. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: ‘Mereka
tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhias serta
mempunyai sistem agama.’ (al-Bayyinah: 5)
Orang-orang kafir
musyrik yang beribadah kepada yang lain daripada Allah s.w.t. adalah manusia
yang tidak berakhlak dan beriaku biadab terhadap Allah s.w.t. Abu Lahab,
Firaun, Namrud dan lain-lain adalah contoh manusia yang tidak berakhlak dan
biadab terhadap Allah s.w.t.. Mereka takbur, bongkak dan sombong. Mereka
melakukan kemungkaran, kezaliman dan kerosakan di bumi akibat daripada
kesyirikan mereka terhadap Allah. Nilai-nilai syirik menjadikan mereka manusia
yang tidak bermoral dan makhiuk perosak yang meluas seperti di kalangan
generasi baru masyarakat barat.
Model Akhlak Al-Quran
Akhlak Rasuluilah
s.a.w. adalah model akhlak-akhlak mulia yang dihurai dan dijelaskan dalam Al-Quran.
Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia dalam Al-Quran, bukan sahaja
untuk difahami, tetapi untuk dilaksanakan. Contoh kepada penghayatan dan kaedah
penghayatan itu ialah kehidupan Rasuluilah s.a.w.
Rasuluilah s.a.w.
seorang mukmin yang terulung. Seorang yang telah diasuh dan dipelihara
akhlaknya oleh Allah s.w.t. untuk dipelihara akhlaknya oleh Allah s.w.t. untuk
dijadikan seorang rasul dan contoh insan kamil yang menjadi ikutan dan teladan
sepanjang zaman. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: ‘Dan sesungguhnya
engkau memiliki akhlak yang sungguh agung.’ (al-Qalam: 4)
Juga firman-Nya
yang bermaksud: ‘Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasuluilah itu
contoh ikutan yang baik.’ (al-Ahzaab; 21)
Rasuluilah s.a.w.
dan para sahabat yang bedman dengannya, adalah para hamba Allah s.w.t. yang
tekun mengerjakan ibadat dan tunduk khusyuk merendah diri kepada Allah s.w.t.
takut dan mengharap kepada-Nya, bertawakal serta bersyukur kepada-Nya. Wajah
mereka berbekas kesan daripada sujud. Pada waktu siang mereka menjadi pahlawan
gagah membela agama Allah s.w.t. Sedangkan pada waktu malam air mata mereka
berlinang kerana insaf dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t.
Al-Quran menggambarkan
pengabdian mereka kepada Allah s.w.t. dengan firman-Nya yang bermaksud: ‘Nabi
Muhammad s.a.w. ialah RasulAilah dan mereka yang bersama dengannya tegas
terhadap orang kafir, dan sebaliknya bersikap kasih sayang dan belas kasihan
sesama sendiri (umat Islam). Kamu melihat mereka ruku’dan sujud dengan
mengharapkan limpah kumia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan
keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang saleh)
terdapat pada muka mereka dari kesan sujud.’ (al-Fath: 29)
Rasulullah s.a.w.
paling banyak beribadah dan paling bertaqwa, tanpa melupakan tanggungjawab
terhadap kewajipan manusia yang lain. tsteri baginda Aishah hairan kerana
baginda begitu tekun beribadah kepada Allah s.w.t. Pada suatu ketika ‘Aishah
bertanya, mengapa baginda begitu tekun dan kuat beribadah, pada hal Allah s.w.t.
sedia mengampuni dosa baginda yang terdahulu dan terkemudian. Rasuluilah s.a.w.
menjawab, yang bermaksud: ‘Tidakkah aku ingin dirinya menjadi hamba yang
bersyukur.’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bersyukur adalah
akhlak yang tinggi dan mulia dalam hubungan dengan Allah s.w.t. Bersyukur di
atas ni’mat yang dikurniakan Allah s.w.t., kemuncak daripada tujuan beribadah.
Membentuk diri menjadi hamba Allah yang bersyukur, mercu kejayaan dalam usaha
membentuk insan kamil yang meredhai Allah dan diredhai Allah. Kesyukuran itu,
menambahkan lagi kesayangan Allah dan sentiasa mendapat tambahan ni’mat-ni’mat
Allah s.w.t.
Allah s.w.t.
berfirman yang bermaksud: ‘Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya aku
akan tambahi nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar
sesungguhnya azabku amatiah keras.’ (Ibrahim: 7)
Rasuluilah s.a.w.
adalah contoh manusia yang bersyukur kepada Allah s.w.t. dan kesyukurannya itu
dilafazkan menerusi amalan ibadahnyakepadaallah s.w.t. lni ditambahi pula
dengan ingatan yang tidak putus-putus terhadap Allah dan menjadikan seluruh
kehidupannya dalam suasana beribadah kepada Allah s.w.t. semata-mata.
Beribadah dalam
pengertian bersolat, berzikir, berpuasa dan amalan-amalan kerohanian yang lain
dilakukan tanpa mengurangkan tanggungjawab dalam hubungan antara sesama
manusia, seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t. menekankan
hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia seperti yang dinyatakan-Nya
dalam Al-Quran yang bermaksud: ‘Mereka ditimpakan kehinaan di mana- sahaja
mereka berada kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari
manusia.’ (Ali lmraan: 112)
Justeru itu Al-Quran
menggariskan prinsip-prinsip bagi mewujudkan sistem yang mengatur hubungan
dengan Allah s.w.t. menerusi ibadah dan taqwa serta sistem yang mengatur
hubungan antara manusia dengan manusia. Sistem ini menjamin jalinan hubungan
yang berasaskan akhlak yang dapat membebaskan manusia dari kehinaan dan dapat
meningkatkan martabat mereka menuju kemuliaan dan kehormatan.
Pada suatu ketika
Rasuluilah s.a.w. mendengar perbualan beberapa orang sahabat mengenai ibadat
mereka. Seorang berkata, ia bersembahyang sepanjang malam. Sahabat yang lain
pula berkata ia berpuasa sepanjang hari sementara seorang lagi berkata ia tidak
berkahwin untuk menumpukan kepada ibadat. Rasulullah s.a.w. mendengar perbualan
mereka lantas berkata, ‘Kamukah yang berkata demikian, demikian. Akulah orang yang
paling bertakwa dari kalangan kamu. Akan tetapi aku sembahyang dan aku tidur,
aku berpuasa dan aku berbuka puasa malah aku mengahwini wanita-wanita.’
Tumpuan kepada
ibadah khusus dalam menguatkan hubungan dengan Allah tidak seharusnya
mengabaikan tanggungjawab dalam hubungan dengan manusia yang juga merupakan
ibadah apabila dilakukan untuk keredhaan Allah serta melaksanakan perintah dan
arahannya.
Akhlak Terhadap Sesama Islam
Al-Qurran dan
al-Sunnah yang menterjemahkan ajaran Al-Quran ke dalam realiti kehidupan,
menggariskan akhlak-akhlak mulia dalam hubungan antara sesama orang-orang
beriman, secara terperinci.
Hubungan antara
sesama orang beriman itu diasaskan kepada persaudaraan. Persaudaraan yang
sentiasa digerak dan dihidupkan, diperbaiki dan diperkukuhkan. Allah s.w.t.
berfirman yang bermaksud: ‘Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah
bersaudara, maka damaikaniah diantara dua saudara kamu.’ (al-Hujuraat.. 10)
Persaudaraan itu
diikat dengan kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain.
Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ‘Perumpamaan orang-orang yang
beriman itu dari segi saling berkasih sayang dan berkasihan belas, adalah
seperti jasad apabila satu anggota mengadu sakit, membawa seluruh jasad turut
berjaga malam dan demam.’ (Riwayat Ahmad)
Perasaan
kasih-sayang terhadap sesama umat islam adalah komponen yang membentuk iman.
Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mestilah mengandungi perasaan kasih kepada
kedua-duanya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ‘Tidak beriman
seseorang kamu sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihinya daripada yang
lain dari keduanya.’ (Riwayat Ahmad)
Dalam hubungan ini,
kasih kepada orang beriman telah dikaitkan dengan kesempurnaan iman. lni
menunjukkan bagaimana pentingnya nilai kasih sayang itu dalam kehidupan dan
pergaulan sesama orang-orang beriman. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: ‘Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai
saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya.’ (Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan
AI-Hakim)
Nilai kasih sayang
yang disemai dalam diri para mukmin sebagai menyambut arahan Allah dalam Al-Quran
dan ajaran Rasuluilah dalam sunnahnya. la bertujuan untuk membina dan membentuk
akhlak murni di kalangan orang-orang beriman dalam pergaulan antara sesama
mereka. Pertemuan dan perjumpaan antara sesama Islam hendaklah dalam keadaan
wajah yang berseri-seri dan manis, yang dijelmakan dalam senyuman. Rasuluilah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: ‘Melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu
adalah sedekah.’ (Riwayat At-Tirmizi)
lni diikuti dengan
mengucap selamat serta memberi salam untuk memulakan hubungan dan pertemuan.
Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ’Sebarkantah salam di kalangan kamu.’
(Riwayat Muslim)
Seterusnya,
Rasulullah s.a.w. menggariskan peraturan-peraturan memberi salam secara
terperinci yang boleh dirujukkan kepada kitab-kitab hadis.
Bagi memupuk
perasaan kasih sayang serta memperkukuhkan keimanan, Allah s.w.t. dan Rasul-Nya
melarang tindakan-tindakan sama ada dengan perbuatan dan perkataan yang boleh
membawa kepada terputusnya hubungan persaudaraan dan silaturrahim di kalangan
orang-orang beriman. Begitu juga perlakuan yang buruk yang menjatuhkan martabat
dan ketinggian orang-orang beriman.
Allah s.w.t.
melarang penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keburukan yang dilakukan
daiam masyarakat. Walau bagaimanapun Islam memberi kebenaran melakukan
pendedahan keburukan yang berkaitan dengan periakuan zalim apabila dibuat di
mahkamah semata-mata untuk menegakkan keadilan. Begitu juga saksi dan orang
yang teraniaya boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang untuk
menegakkan keadilan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: ‘Allah tidak suka
kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang
melainkan mereka yang dizalimi.’ (al-Nisaa: 148)
Keburukan yang
dilakukan oleh seseorang mukmin hendaklah disembunyikan. Jika keburukan itu
berkaitan dengan pencabulan terhadap keadilan, ia hendaklah diadili di mahkamah
dan dihukum jika thabit kesalahan. Walau bagaimanapun berita mengenai kesalahan
dan hukuman yang dikenakan tidak boleh didedah dan disebarkan untuk dijadikan
bahan perbualan orang ramai. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ‘Sesiapa
yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya didunia dan
diakhirat.’ (Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
Seterusnya
orang-orang yang beriman dilarang berperangai suka menyebarkan berita tanpa
dipastikan kebenarannya, suka mencela dan mengkritik, suka melaknat dan
mengeluarkan kata-kata buruk dari mulutnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: ‘Memadai seseorang itu berdusta apabila ia berbicara tentang apa
sahaja yang didengarnya.’ (Riwayat Muslim)
Mengenai budaya
suka mengecam, mengerdik dan melaknat, Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: ‘Bukaniah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka
melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat.’ (Riwayat Bukhari dan Ahmad)
Orang-orang Islam
dilarang menghina sesama orang-orang Islam. Sebaliknya mereka hendaklah saling
hormat menghormati. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ‘Cukup seseorang
itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara muslimnya.’ (RiwayatAt-Tirmizi)
Kewajipan orang
Islam terhadap saudara muslimnya yang melakukan kesilapan dan kesalahan ialah
memberikan nasihat dan menghukum dengan hukum Allah s.w.t. setelah dibicarakan
dan dithabitkan kesalahannya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ‘Agama
itu ialah nasihat.’
Ada yang berkata ‘untuk
siapa ya Rasulullah. Sabdanya ‘untuk Allah dan untuk Rasul-Nya untuk pemimpin
orang-orang Islam dan orang ramai di kalangan mereka.’ (Riwayat Bukhari)
Al-Quran Sumber Akhlak Mulia
Al-Quran sumber
bagi hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang menyusun tingkahlaku dan akhlak
manusia. Al-Quran menentukan sesuatu yang haial dan haram, apa yang boleh
dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Al-Quran menentukan bagaimana
sepatutnya kelakuan manusia. Al-Quran juga menentukan perkara yang baik dan
tidak baik. Justeru itu Al-Quran menjadi sumber yang menentukan akhlak dan
nilai-nilai kehidupan ini.
Al-Quran
mengharamkan yang buruk dan keji serta melarang manusia melakukannya. Al-Quran melarang
manusia minum arak, memakan riba, bersikap angkuh dan sombong terhadap Allah,
satu-satu kaum menghina kaum yang lain. Al-Quran melarang pencerobohan, fitnah
dan berbunuhan. Al-Quran melarang menyebarkan maklumat mengenai perkara-perkara
keji.
Al-Quran mengajak
manusia supaya mentauhidkan Allah s.w.t., bertaqwa kepada-Nya, mempunyai
sangkaan baik terhadap-Nya. Al-Quran juga mengajak manusia berfikir, cinta
kepada kebenaran, bersedia menerima kebenaran. Malah mengajak manusia supaya
berilmu dan berbudaya ilmu.
Al-Quran juga
mengajak manusia supaya berhati lembut, berjiwa mulia, sabar, tekun, berjihad,
menegakkan kebenaran dan kebaikan. Al-Quran mengajak manusia supaya
bersatupadu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim.
Jelaslah bahawa Al-Quran
menjadi sumber nilai-nilai dan akhlak mulia. Penampilan akhlak mulia dalam Al-Quran,
tidak bersifat teoritikal semata-mata, tetapi secara praktikal berdasarkan
realiti dalam sejarah manusia sepanjang zaman. Al-Quran adalah sumber yang kaya
dan berkesan untuk manusia memahami akhlak mulia dan menghayatinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan