Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Kehidupan berjiran adalah suatu budaya hidup yang
dituntut oleh Islam. Budaya yang diamalkan oleh kita pada hari ini, iaitu
menghormati jiran dan menjaga hak-hak jiran kita. Kita bersyukur kepada Allah s.w.t
kerana mendapat jiran yang baik dengan menghormati kita sebagai jirannya.
Namun demikian ada juga yang malang sebab
mendapat jiran yang tidak menjaga hak kita sebagai jiran atau jiran kita pula
tidak mendapat jiran yang menjaga haknya. Sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud: ‘Berbuatbaiklah kepada jiran yang berjiran denganmu, nescaya engkau
menjadi seorang muslim (yang sejati).’
Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, Bimbingan
Mukmin menyatakan beberapa hak dan
tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seseorang terhadap jirannya, antaranya ialah:
1. Hendaklah seseorang itu memulakan memberi
salam kepada jirannya.
2. Menziarahinya ketika sakit dan mengucapkan
takziah ketika berlaku kematian dan melawati jenazahnya.
3. Jangan terlalu banyak bertanya tentang hal
ehwalnya.
4. Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya.
5. Hendaklah menutup keaiban dan kecelaan yang berlaku
pada dirinya.
6. Sentiasa bersikap lemah lembut terhadap
anak-anaknya dengan tutur kata yang baik
7. Bersedia menolong jiran yang ditimpa bencana.
8. Tidak menyakiti hati jiran seperti membuang
sampah di pinggir rumahnya
9. Tidak terpengaruh dengan kata-kata untuk
memburuk-burukkan jiran.
Mutiara Kata
1. Seseorang yang berakal sabar ketika menempuh
segala kesulitan, tidak pernah mundur dalam berusaha untuk mencapai
cita-citanya - MUSTHAPA AL-GHALYANI
2. Jangan kecilkan cita-citamu, kerana cita-cita
yang kecil akan menyebabkan seseorang itu mundur dalam gerak langkah perjalanan
hidupnya menuju kejayaan - UMAR AL-KHATTAB
3. Fikiran hanya tumbuh kalau dipergunakan dan
surut kalau dibiarkan menganggur - IMAM SYAFIE
4. Ingatan adalah gudang keperibadian, semakin
dipergunakan semakin kuat - SAYYID WAHAB MUNABBAH
5. Teman manusia yang paling abadi ialah akal
dan musuh paling durjana ialah jahil - SAIDINA ALI
6. Mereka yang memulakan langkah ke kiri tidak
akansampai ke kanan - MAKSUD HADIS
As salam. Mohon guna untuk assignment group ya. Terima kasih...
BalasPadam