SMAHADZIR
NABI MUSA A.S suatu hari sedang berjalan-jalan melihat
keadaan umatnya. Nabi Musa a.s melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang
itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa
a.s kemudian menyapa dan mendekatinya.
Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada
Nabi Musa a.s, Wahai Musa a.s aku telah beribadah kepada Allah s.w.t. selama
350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah s.w.t. akan
meletakkanku di Syurga-Nya? Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah
s.w.t. Nabi Musa a.s mengabulkan permintaan orang itu.
Nabi Musa a.s kemudian bermunajat memohon kepada Allah
s.w.t. agar Allah s.w.t. memberitahukan kepadanya di mana umatnya ini akan
ditempatkan di akhirat kelak. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai Musa (a.s)
sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang
paling dalam,” Nabi Musa a.s kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa
yang telah difirmankan Allah s.w.t. kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut.
Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa
a.s. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Beliau
juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan
orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka
yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di
akhirat. Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa a.s kembali.
Beliau kemudian berkata kepada Nabi Musa a.s, “Wahai Musa
a.s, aku rela Allah s.w.t. memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku
meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam
Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu
Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke
dalamnya,” Nabi Musa a.s menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah s.w.t.
Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s
maka Allah s.w.t. berfirman, “Wahai Musa (a.s) sampaikanlah kepada umatmu itu
bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurgaku yang paling tinggi.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan