SMAHADZIR
SUATU ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh
Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: “Hai malaikat Izrail,
engkau dantang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?”
Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan
izin Allah s.w.t. Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: “Hai Malaikat Izrail,
saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu,”
Kata Malaikat Izrail, “Kepentingan apa itu?”
Jawab Nabi Idris “Kepentingan denganmu iaitu supaya
engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah s.w.t. menghidupkan kembali sehingga
aku dapat beribadah kepada Allah s.w.t. setelah aku merasakan sakaratulmaut,”
Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut
nyawa seseorang malaikan mendapat izin Allah s.w.t. Maka Allah s.w.t. memberi
wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyata Nabi Idris, maka
seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail
menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah s.w.t. agar Allah
s.w.t. menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.
Kemudian Allah s.w.t. mengabulkan permohonan Malaikat
Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi
Idris as. “Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?”
Kata Nabi Idris a.s, “Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu
saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya
semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu
kali sakit.”
Kata Malaikat Maut: “Secara halus dan berhati-hati aku
mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya.”
Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut:
“Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin
melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah s.w.t. dengan
bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking
yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam.”
Kata Malaikat Maut, “Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka
Jahanam tanpa izin Allah s.w.t.”
Maka Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Malaikat Maut
dengan firman: “Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s.”
Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama
Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah
s.w.t. untuk musuh-musuh-Nya yang berupa belenggu, ratai-rantai daripada neraka
dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air
yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut.
Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat
Maut. “Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin
melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah,”
Maka Malaikat Maut berkata, “Bagaimana boleh saya
bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah s.w.t.”
Maka Allah s.w.t. memberi izin pada Malaikat Maut untuk
pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.
Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam
nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga
tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza.
Nabi Idris berkata “Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut,
saya telah melihat Neraka Jahanam yang di dalamnya bermacam-macam rupa seksaan
dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah s.w.t. agar Allah s.w.t.
mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya
sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka
Jahanam.”
Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah s.w.t. lalu
mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar.
Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di
bawah pokok kayu di dalam syurga.
Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail “Hai
Malaikat Maut, selipar saya tertinggal di dalam syurga di bawah pokok kayu,
maka kembalikanlah saya ke dalam syurga,”
Maka Nabi Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar
lagi dari syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar
keluar dari syurga. “Hai Idris, keluarlah engaku dari syurga.”
Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar. Allah s.w.t. telah
berfirman, “Tiap-tiap orang mesti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah
merasakan sakaratulmaut.” Dan Allah s.w.t. berfirman lagi maksudnya: “Tidak ada
di antara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka atau syurga) sedang
aku pernah memasuki nerakan dan Allah s.w.t. pun juga berfirman lagi maksudnya:
“Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya (keluar daripada syurga).”
“Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga sedangkan
Allah s.w.t. telah memberi wahyu kepada Malaikat Maut. “Tinggalkanlah dia (Nabi
Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia pada zaman azali dahulu bahawa
sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga.”
Dan Allah s.w.t. telah berfirman kepada rasul-rasul-Nya
tentang kisah Nabi Idris dalam firman-Nya yang bermaksud. “Dan ingatlah olehmu
cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan