SMAHADZIR
SETELAH semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati
dan hancur binasa, Allah s.w.t. memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan
angin Sangkakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang
sudah mati.
Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya:
“Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput
luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang
telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk
menjalani hukuman dari Allah s.w.t. yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada
semua raja!”
Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri.
Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi,
didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu. Dilihat
bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya.
Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala di atasnya. Dilihat
Malaikat Zabaniah telah berada di hadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang
cahayanya.
Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada
ditempat yang dijanjikan kiamat. Lantas mereka berkata: “Inilah dia sebagaimana
yang telah Allah s.w.t. janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul.”
Seperti yang telah Allah s.w.t. sebutkan dalam Al-Quran:
“Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari
kubur tempat tidur kami?, Lalu dikatakan kepada mereka: “Inilah dia yang telah
dijanjikan oleh Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan
oleh Rasul-rasul!” (Yassin, Ayat: 52)
Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak
berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun di
badan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa.
1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat
fitnah kepada orang lain.
2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan
hukuman.
3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.
4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka
lakukan.
5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa
menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ulama yang bercakap dan
mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.
6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.
7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun
mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah
orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan
memperalatkan agama).
8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang.
Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah
s.w.t.
9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-cerita
dalam masjid akan hal dunia.
10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.
11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti
orang-orang sekampungnya.
12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang lalai
dalam sembahyang)
13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala
jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di
dunia payah hendak mengeluarkan zakat.
14. Ada yang berkeadaan di mana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari
mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.
15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari
bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia, tidak
takut pada Allah s.w.t.
16. Ada yang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu
sanggup untuk bersaksi bohong.
17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengali darah busuk dari
dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.
18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit.
Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka itu suka berbuat
zina semasa hidup.
19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka
ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.
20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka
inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke
perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang
yang suka meminum arak. semoga kita tergolong dalam golongan yang segera
menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap
sesama manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan