SMAHADZIR
PADA masa pemerintahan Nabi Allah s.w.t. Sulaiman, semua
binatang, syaitan dan jin adalah di bawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi
Sulaiman. Kisah ini adalah di antara kisah-kisah yang terjadi semasa
pemerintahan Nabi Allah s.w.t. Sulaiman.
Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia,
binatang dan jin ingin berbakti kepada baginda. Pada suatu hari Jin Ifrit telah
keluar daripada bandar Baitulmaqdis kerana ingin mencari sebiji mutiara yang
sangat cantik untuk dihadiahkan kepada Nabi Sulaiman supaya dia mendapat pujian
daripada Nabi Sulaiman dan sekaligus ingin membuktikan kepada jin dan syaitan
yang lain bahawa dialah jin yang paling disayangi oleh Nabi Sulaiman.
Secara senyap-senyap Jin Ifrit keluar supaya tidak
diketahui oleh makhluk yang lain. Setelah sampai di Laut Merah Jin Ifrit
menyelam di dasar lautan untuk mencari mutiara tersebut. Setelah puas menyelam,
mutiara tersebut tidak juga dijumpai oleh Jin Ifrit sehingga sampai ke suatu
tempat yang berbatu, ternampak olehnya kilauan dari celah-celah batu tersebut.
Setelah diamatinya ternyata kilauan tersebut adalah
mutiara yang sangat cantik yang dicari-carinya. Jin Ifrit terus mangambil
mutiara tersebut dan berenang sehingga sampai ke tepi pantai.
Semasa perjalanan pulang, Jin Ifrit tidak mengetahui
bahawa dia telah diekori oleh jin lain yang bernama Bota. Bota terus mengejar
Jin Ifrit dan memintas lalu merampas mutira tersebut. Jin Ifrit sangat marah
lalu mengejar Bota. Oleh kerana Bota lari dengan pantas ke arah selatan
menyebabkan Jin Ifrit tidak dapat mengejarnya lagi.
Jin Ifrit sangat takut kalau-kalau diketahui oleh Raja
Jin bahawa mutiara tersebut telah hilang. Tidak lama kemudian Jin Ifrit
mendengan suara memanggilnya. Ifrit mengenali suara tersebut adalah suara Raja
Jin. Dengan segera Ifrit pergi mengadap Raja Jin. Raja Jin bertanya kepada
Ifrit, “Mana mutiara tersebut?”
Ifrit menjawab, “Mutiara tersebut telah dirampas oleh Bota,”
Raja Jin mengambil keputusan untuk mempersempahkan kes
tersebut kepada Nabi Sulaiman. Satelah tiba di hadapan Nabi Sulaiman, baginda
bertanya kepada Raja Jin, “Apakah kesalahan Ifrit?”
Raja jin menjawab, “Ifrit telah menghilangkan sebiji
mutiara yang sangat cantik,”
Nabi Sulaiman berkata kepada Ifrit, “Adakah kamu telah
menyembunyikan mutiara tersebut?”
Ifrit menafikannya dan menceritakan apa yang sebenarnya
berlaku. Nabi Sulaiman berkata, “Aku akan panggil semua jin dan syaitan untuk
diperiksa,”
“Sementera itu kamu akan dipenjarakan terlebih dahulu
sehingga kamu dibuktikan tidak bersalah,” kata Nabi Sulaiman.
Salah seorang yang mendengar perbicaraan tersebut ialah
Perdana Menterinya yang bernama Asif. Beliau adalah seorang yang bijak dan tahu
bahawa Bota adalah salah seorang hamba kepada orang lain. Beliau berkata kepada
Nabi Sulaiman, “Allah s.w.t. menjadikan peristiwa sebagai pembuka jalan kepada
Nabi Sulaiman supaya pergi ke selatan untuk berjuang pada jalan Allah s.w.t.
seperti baginda janjikan dahulu,”
“Mungkin Raja tersebut masih menyembah berhala,” sambung
Perdana Menteri.
Nabi Sulaiman menerima kata-kata tersebut lalu baginda
berangkat ke Baitulmaqdis untuk beribadah dan bersyukur kepada Allah s.w.t. ke
atas nikmat-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan