SMAHADZIR
SEORANG Badwi telah datang kepada Rasulullah s.a.w.
kerana hendak memeluk Islam. Rasulullah s.a.w. saw bertanya kepadanya tentang
Allah s.w.t. Lalu Badwi itu menunjukkan tangannya ke langit seolah-olah ia mahu
menyatakan kepada Nabi saw bahawa Allah s.w.t. itu adalah Tuhan. pada wajahnya
terbayang sifat ketulusan hati yang menyenangkan.
“Dan aku ini siapa?” tanya Rasulullah s.a.w. lagi.
“Tuan adalah Muhammad, Pesuruh Allah s.w.t.,” ujarnya.
Setelah mendapat jawapan yang sederhana itu, Nabi saw
lantas tersenyum lalu mengajak Badwi itu duduk dekat baginda. Dengan itu rasmilah
Badwi itu sebagai pemeluk Islam.
Demikianlah Nabi s.a.w. telah menunjukkan contoh terbaik
bagaimana menuntun orang kepada Islam mengikut taraf akal seseorang. Yang lebih
penting ialah melahirkan pembelaan dan kasih sayang kepada mereka hati tetap
teguh dalam Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan