SMAHADZIR
SUATU ketika pada hari Raya, sewaktu Rasulullah s.a.w.
hendak pergi ke masjid, Baginda mendapati seorang anak yang masih kecil sedang
menangis di sebuah sudut jalan. Rasulullah s.a.w. yang sangat berhati lembut
dan penyayang kemudian mendatangi anak kecil tersebut, lalu bertanya kepadanya:
“Wahai anak, hari ini semua orang sedang bergembira dengan datangnya Hari Raya
Idul Fitri, tetapi kamu terlihat menangis seorang diri di sini, apa yang
terjadi?”
Anak kecil itu menjawab: “Aku sedih, teman-temanku semua
bergembira dengan ibu dan ayah mereka, mereka memakai baju baru dan perhiasan
baru, sedangkan orang tuaku telah bercerai, ibuku menikah dengan orang lain,
ayah tiriku tidak peduli denganku. Dan aku tidak mungkin dapat membeli baju
baru.”
Rasulullah s.a.w. kemudian tersenyum haru, lantas memeluk
anak kecil tersebut dengan penuh kasih, bagaikan anak Baginda sendiri. Setelah
itu Rasulullah s.a.w. berkata padanya: “Wahai anak kecil yang dikasihi Allah
s.w.t., maukah jika engkau menjadi anakku, aku menjadi ayahmu, dan Aisyah
menjadi ibumu?”
Dengan terharu dan senyum yang tidak dapat terlukisakan,
anak itu kemudian memeluk Rasulullah s.a.w. dengan erat, air matanya mengalir
kerana merasakan kebaikan dan kasih sayang Rasulullah s.a.w. kepada dirinya.
Rasulullah s.a.w. kemudian menggendong anak kecil itu dan
membawa ke rumah, kemudian menyerahkannya kepada Sayidatina Aisyah untuk
dimandikan. Maka beberapa saat kemudian, si anak kecil yang sebelumnya dekil,
kotor, bau dan berantakan itu berubah menjadi bagaikan bidadari kecil yang
harum dan cantik.
Begitulah kasih sayang Baginda Rasulullah s.a.w., sanggup
mengasihi dan menghibur orang lain demi kebahagiannya. Baginda sangat sayang
terutama kepada anak-anak yang masih belum ada dosa. Marilah kita berusaha
meneladani akhlak Rasulullah s.a.w. yang sungguh agung, iaitu alah satunya
dengan berkasih sayang sesama manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan