Rabu, 10 November 2010

Resdung


RESDUNG ialah merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. Simptom resdung ialah seperti sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mulut berbau busuk, mata gatal-gatal, penglihatan kabur, telinga gatal, seluruh muka gatal, jerawat biasa atau batu, muka berbintik hitam, kahak banyak di kerongkong, gatal pada badan tertentu serta hidung berdarah.

Kaedah rawatan resdung yang saya jalankan adalah dengan menggunakan 5 kaedah iaitu:

  1. Mengeluarkan lendiran ibu resdung dengan menggunakan serbuk sumpahan resdung bagi menyelesaikan masalah bersin, selsema dan nafas berbau dan hidung tersumbat.
  2. Kaedah bakar hama resdung disekitar hidung dan dahi dengan menggunakan lilin herba resdung. Kaedah ini dapat menyembuhkan sepenuhnya masalah gatal-gatal muka pada kulit. Selepas rawatan pesakit turut diberikan percuma 3 batang lilin herba resdung. Pesakit perlu membakar lilin resdung yang saya berikan dan alinkan asap dia pada kawasan hidung dan bawah mata 3 malam berturut-turut. Setelah selesai, basuh muka dengan air bersih.
  3. Sabun resdung turut diberikan percuma untuk pesakit mencuci muka setiap malam selama sebulan pada waktu sebelum tidur bagi membasmi kuman resdung dan membersihkan permukaan kulit serta menyembuhkan masalah jerawat.
  4. Kemudian pesakit akan diberikan sebotol Toner Hidung yang mengandungi air zam zam yang sudah dicampur air garam bukit serta telah dibacakan ayat-ayat syifa resdung dari al quran. Air toner hidung itu dititis sebanyak 3 titisan pada setiap lubang hidung anda dan kemudian sedut kuat-kuat. Lakukan proses menyedut air toner hidung ini 1x sebelum tidur malam selama 7 hari berturut-turut, insya-Allah nafas akan makin lega dan hidung pun tidak tersumbat serta gatal lagi.
  5. Kiub Teh Herba resdung akan diberikan kepada pesakit percuma untuk pesakit minum satu kiub setiap malam selama 8 malam berturut-turut. Teh herba resdung ini amat bagus bagi membasmi bakteria resdung secara dalaman kerana ia dirumus dengan 20 jenis herba tradisional yang mampun meningkatkan antibodi amnya. Mula-mula anda patahkan kiub teh tersebut kepada dua bahagian, ambil sebahagian kiub tersebut lalu masukkan pada secawan air panas, bancuh sehingga larut dan minum. Teh herba ini sudah manis dan tidak perlu lagi ditambah gula.

Apa Itu Resdung?

Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga di sekelilingnya.

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya.

Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

Risiko Jangkitan Otak


Anda batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam. Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.


Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis. Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini. Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.


Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus. Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.


Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid. Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung. Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria.


Bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat. Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita. Resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya. Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.


Oleh itu, adalah sangat penting mengharamkan tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya. Apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut. Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.


Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit. Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak.


Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut. Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.


Bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan? Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung. Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.


Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan. Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.


Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian. Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.


Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop. Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.


Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung. Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan. Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan. Cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.


Gejala resdung:


1. Hidung tersumbat

2. Lendir daripada hidung dan tekak

3. Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

4. Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

5. Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

6. Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.


Punca resdung:


1. Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

2. Hidung bengkok

3. Mandi dan terjun di dalam air yang kotor

4. Jangkitan gigi atas

5. Ketumbuhan di dalam hidung

6. Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas

7. Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.


Komplikasi resdung:


1. Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata

2. Jangkitan otak (meningitis)

3. Sakit tekak yang kronik

4. Jangkitan tulang muka

5. Memburukkan keadaan lelah

6. Berdengkur yang kronik

7. Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak

8. Alahan hidung atau hidung sensitif

9. Selesema biasa yang melarat.


Diagnosis:


1. Skop hidung untuk melihat punca resdung

2. Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah


Rawatan:


1. Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

2. Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)

3. Ubat selesema

4. Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung

5. Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.


Tip menguruskan resdung:

  1. Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
  2. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
  3. Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
  4. Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
  5. Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
  6. Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
  7. Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
  8. Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
  9. Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
  10. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum...
    Daku ingin kongskikan sedikit tips yg sama bidangnya. Para pesakit yg inginkan rawatan berkesan, boleh cuba kaedah yg terdapat di:

    Rawatan membasmi kahak dan lendir kotoran

    Semoga berjaya memiliki kulit sihat bebas kuman. Thanks!

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA