SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM
SEWAKTU penerbit Ditrich di Jerman menerbitkan bukuku yang berjudul Der Islam Als Alternative pada tahun 1992, terjadi polemik besar-besaran di media massa, parti-parti, dan parlimen Jerman. Membiarkan isu-isu yang dilontarkan dalam polemik itu adalah sesuatu yang sukar diterima, kerana isu-isu itu telah jauh melewati sisi individualku. Dan kempen fitnah, serta memutarbelitkan fakta yang tersusun rapi itu bertujuan mencapai tujuan yang lebih jauh dan lebih besar dari sekadar diriku sendiri.
Dalam buku yang telah aku sebutkan tadi, aku berusaha, dengan kaedah rasional, menghimpun dan menolak seluruh ketidakadilan dan pemikiran-pemikiran yang keliru dan tidak rasional tentang Islam, yang telah diamini dan tertanam kuat dalam kesedaran masyarakat Jerman. Terutama ketika aku dapati sikap reflek masyarakat Jerman yang buruk terhadap segala sesuatu yang berlabelkan Islam, sebelum mereka mengkajinya atau mengetahui perkara yang sebenarnya terlebih dahulu. Jika buku yang aku sebutkan tadi itu mengkaji Islam dari kaca mata Islam sendiri, dan dalam bentuk yang diinginkan oleh Islam, serta yang seharusnya wujud, maka buku ini meneropong Islam dari kaca yang lain, iaitu menatap hakikat keimanan sebagaimana aku jalani dan rasakan.
Sedangkan realiti bahawa agama-agama besar semuanya tidak dijalankan secara intens dan lengkap oleh para pemeluknya adalah sesuatu yang normal, malah manusiawi. Jika kita rujuk kepada tuntutan akhlak dan pemikiran yang demikian tinggi yang diinginkan oleh Islam. Dari dasar ini, aku berharap bukuku ini dapat membantu untuk mengungkapkan kekuatan pendorong yang diserap oleh kaum Muslimin dari agamanya, dan bagaimana kaum Muslimin dapat meningkat dan maju bersama kekuatan Islam. Serta diharapkan buku ini juga dapat membantu memperjelaskan pandangan kita akan keadaan yang boleh dicapai oleh dunia Islam jika dunia Islam berpegang dan menjalankan seluruh ajaran Islam dengan lengkap dalam kehidupan seharian mereka.
Al-Quran al-Karim menyerukan orang yang akan menunaikan ibadah haji agar memperhatikan etika-etika ibadah haji. Di antaranya, orang yang sudah memakai pakaian ihram dilarang untuk bersetubuh, mencela, memaki, bertengkar dengan teman seperjalanannya, dan berusaha sedapat mungkin melakukan kebaikan: ‘(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan melaksanakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa melaksanakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal.’ (surah al-Baqarah: 197)
Aku telah membaca deskripsi sejarah tentang ibadah haji pada abad ke sembilan belas. Aku telah membaca buku karya Richard Burton yang terdiri dari dua jilid, dan diterbitkan pada tahun 1853, yang mendeskripsikan perjalanan ibadah haji ke Mekah dan Madinah. Aku juga telah membaca buku Perjalanan Haji ke Mekah yang ditulis oleh Von Maltzan (1860), yang menceritakan perjalanan seorang Muslim Swiss dari kota Bazel kuno, iaitu Johann Ludwig Burkler (1814), yang dikenali dengan nama Syeikh Ibrahim bin Abdullah, setelah dia menyatakan masuk Islam. Di samping itu, aku juga telah membaca tulisan-tulisan kontemporari seperti buku Petunjuk Pelaksanaan Ibadah Haji dan Umrah yang diterbitkan dalam siri penerbitan Jerman: Perjalanan Hari Ini.
Persiapan rohani yang terpenting adalah mempelajari beberapa ayat Al-Quran yang bercerita tentang ibadah haji, terutama yang terdapat dalam surah al-Baqarah dan surah al-Hajj. Demikian juga menghafal beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang banyak, yang berbicara tentang ibadah haji.
Buku yang ditulis oleh Ahmad von Denver - yang mengkompilasikan banyak ayat Al-Quran dan hadis Nabi tentang ibadah haji - membantu diriku untuk mengaitkan manasik-manasik ibadah haji antara yang zahir dan batin, material dan rohani.
Perkara ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi kaum Muslimin, yang akidah mereka menyatukan rohani dan material sekaligus. Kerana bertawajjuh kepada Allah s.w.t., dalam Islam, tidak semata-mata dengan rohani saja, atau fizikal.
Seorang individu Muslim dalam sembahyang, puasa, korban dan ibadah hajinya, tidak hadir dengan roh, akal dan hatinya semata-mata, tetapi juga dengan daging dan darahnya; alternatif yang ada adalah: ia menghadirkan semua kesedaran itu, atau tidak sama sekali. Ini merupakan hasil dari konsep ‘tauhid’ yang mengaitkan segala perkara dalam pandangan Islam.
Sambil menunggu-nunggu datangnya hari Arafah, aku duduk di bilikku, di sebuah hotel di Jeddah, membaca beberapa rujukan tentang ibadah haji yang aku bawa. Di antaranya adalah redaksi-redaksi yang ditulis oleh rakan Ahmad von Denver seperti berikut: ‘Tidakkah kita dapat mengatakan bahawa ihram merupakan perlambangan kematian, tawaf merupakan suatu bentuk penyerahan diri seseorang kepada Allah? Sa’i, bukankah ia melambangkan kecapaian dan keluh kesah (dunia)? Bukankah zam-zam lambang kehidupan? Hari Arafah, bukankah ia melambangkan penantian kita akan hari Kiamat? Muzdalifah, bukankah ia melambangkan kegelapan yang mendahului datangnya hari yang baru? Mina, bukankah ia melambangkan kesetiaan dengan cara memberikan korban? Melepaskan kain ihram di Mina, bukankah ia melambangkan kehidupan baru? Melempar Jumrah, bukankah ia melambangkan perjuangan sepanjang hidup melawan segala keburukan? Namun Allah - lah paksi kehidupan... ‘
Suara muazzin berkumandang dari pembesar suara, memanggil untuk menunaikan sembahyang Asar. Kemudian datang tugasku untuk mengumandangkan iqamah di masjid hotel yang sedikit demi sedikit dipenuhi oleh jemaah sembahyang. Aku mengumandangkan iqamat dalam bahasa Arab seperti yang dikumandangkan oleh Bilal, muazzin pertama, pada 1413 tahun (qamariah) yang lalu.
Namun dengan suara yang lebih lemah dari suaranya. Kemudian kami meminta seorang jemaah yang berasal dari Maldive, yang berkulit hitam legam untuk menjadi imam sembahyang, dan dia pun segera memenuhi permintaan kami itu. Aku perhatikan, ketika kami berkumpul di meja makan malam, tidak ada di antara kami yang memiliki nafsu makan.
Sebabnya adalah kerana kami semua menunggu perpindahan pada esok harinya dari Mekah ke Mina, ke tempat tinggal kami pada hari-hari berikutnya. Pada malam harinya kami tidak dapat tidur nyenyak. Dan pada pagi berikutnya, sebahagian besar dari kami telah berkumpul dengan berpakain ihram di lobby hotel, semenjak jam lima pagi.
Kami berhenti sebentar di Mekah untuk melaksanakan tawaf qudum sekali lagi di sekeliling Kaabah. Pada ketika ini, kami tawaf di bawah terik matahari yang amat menyengat, sehingga mendorong ramai jemaah haji, seperti diriku, untuk berlindung di bawah payung. Namun dalam keadaan penuh sesak seperti itu, memakai payung boleh menyebabkan kecederaan pada orang lain.
Dalam gelombang tawaf yang sedemikian sesak, para jemaah hampir tidak dapat melangkah maju di tempat tawaf yang luas. Oleh kerana itu, aku kemudiannya berpindah ke tingkat terakhir, yang memiliki lingkaran tawaf lebih besar yang harus dilewati. Namun aku tidak mempunyai pilihan lain.
Dengan bertawaf di sini, bermakna seorang jemaah harus menempuh jarak 5.6 kilometer di bawah terik panas yang mencapai 44 darjah celcius. Namun demikian, tidak ada jemaah yang mengeluh; semua itu terasa ringan bagi seorang jemaah haji. Bahkan di sebelahku ada jemaah yang bertawaf sambil menggendong anak kecil di pundaknya, sepanjang pelaksanaan tawaf. Melihat dari atas sini, menuju ke bawah, ke arah jemaah yang sedang bertawaf di pelataran Kaabah, membuatkan kita seperti terhipnotis.
Pemandangan itu amat indah. Kaabah jelas seperti poros yang diam dan kukuh, yang dikitari oleh jarum yang berputar dengan lambat dan tenang, ke arah yang berlawanan dengan arah perputaran jam. Pemandangan ini hanya berubah ketika masuk waktu sembahyang; ketika Kaabah menjadi poros bagi lingkaran-lingkaran yang beragam, yang berpusat pada satu titik, yang terdiri dari ratusan ribu tubuh manusia yang jelas putih berseri, yang ingin, mencari dan melaksanakan perbuatan yang sama, sebagai perlambangan penyerahan diri kepada Tuhan-nya.
Ketika ini, pelataran yang memutari Kaabah dikelilingi oleh bangunan bertingkat-tingkat yang terbuat dari seramik berwarna hijau. Dan Kaabah juga dikelilingi oleh tujuh menara yang dibina dengan model India-Islam.
Aku harus meninggalkan pemandangan yang indah itu untuk meneruskan perjalananku menuju Mina, dengan menaiki kereta. Dalam perjalanan yang memerlukan waktu 45 minit untuk menempuh jarak sejauh 5 kilometer. Mina adalah ‘starting point’ untuk menuju hari Arafah. Apakah Arafah itu? Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Haji adalah Arafah.’
Pada hari kesembilan Dzul Hijjah, sekitar 50 ribu kenderaan membawa lebih dari dua juta jemaah haji ke Arafah, melewati jalan-jalan yang berada di sekitar Mina dan Mekah, dalam jarak antara 10 dan 15 kilometer. Kenderaan yang demikian banyak itu, yang bergerak secara bersamaan dan menuju ke arah yang sama, menyebabkan kesesakan yang tiada tara, yang layak untuk dicatat dalam buku-buku pencatat rekod dunia.
Ada orang yang berusaha menuju ke Arafah dengan berjalan kaki. Namun perkara ini jelasnya tidak mampu jadi alternatif. Kerana hawa panas telah demikian menyengat semenjak jam lapan pagi. Aku melihat seorang lelaki yang berjalan bersama orang tuanya yang sudah berusia lanjut menuju Arafah, yang kemudiannya pengsan kerana mengalami penurunan metabolisme aliran darah.
Ketika kami sampai ke khemah-khemah yang didirikan di sekitar gunung Arafat, udara panas yang melebihi lima puluh darjah celcius di bawah naungan, dan lebih dari enam puluh darjah celcius di bawah terik matahari, terasa menampar-nampar wajah kami. Tidak ada hawa sejuk yang mengalir dan menghilangkan hawa panas ini. Sinaran matahari terlalu terik, dan orang mengalami kesukaran bernafas.
Aku memperhatikan, ketika aku menunggu giliran di hadapan MCK umum, ternyata kaki ‘made in’ Jerman-ku terus melepuh dalam beberapa detik saja berada di bawah hawa panas seperti ini. Oleh kerana itu, ketika aku merasakan panas yang demikian sangat, aku terpaksa berlindung ke dalam khemah kecil yang aku duduki bersama seorang jemaah haji yang sehari-harinya bersatus sebagai professor di Universiti Georgetown di Washington. Sementara Syeikh Na’na’ yang berasal dari Aljazair, berada di khemah yang terletak di samping khemah kami.
Hari itu begitu panjang dan agung. Hari untuk merenung, berdamai, sembahyang, dan mendengar pembicaraan-pembicaraan yang bernilai. Semenjak aku mengikuti latihan-latihan rohani di usia mudaku, aku belum pernah merasakan penyerahan total kepada Allah s.w.t. dengan kebersihan jiwa yang mengagumkan seperti ini. Pada hari Arafah hanya ada satu perkara iaitu bermunajat kepada Allah s.w.t.
Di sini, talbiah kami menyebut: ‘Labbaik Allahumma labaik ‘ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu.’ Dengan demikian, inilah makna berwukuf di hadapan Allah pada hari Arafah. Pada hari itu, jutaan manusia membungkus dirinya dengan kain putih, dan mereka meninggalkan segala perkara demi menghadap Allah s.w.t. Kewujudan mereka di sini semata-mata hanya untuk Allah s.w.t. Mereka menunggu kematian. Mereka sembahyang dan berdoa dengan kekhusyuan dan keyakinan yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan biasanya tidak akan terjadi lagi.
Di tempat ini, pada tahun 632 H, beberapa mingu sebelum wafatnya Rasulullah s.a.w., baginda menyampaikan sebuah khutbah yang kembali dibaca pada hari yang sama dan di tempat yang sama, setiap tahun. Pada hari itu Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kaum Muslimin seperti ini: ‘Aku mewasiatkan agar kamu memperlakukan kaum wanita dengan baik.. ‘
Dan baginda mengakhiri khutbahnya sebagai berikut: ‘Aku meninggalkan pegangan yang jika kamu pegang teguh nescaya kamu tidak akan pernah tersesat: iaitu Kitab Allah dan sunnahku. Aku akan mempersoalkan kamu pada hari kiamat nanti apa yang kamu lakukan (terhadap wasiatku ini).’
Berdasarkan penuturan periwayat, orang-orang yang hadir dan mendengar khutbah baginda kemudian menjawab: ‘Kami bersaksi bahawa engkau telah menunaikan amanah, menyampaikan risalah dan memberikan nasihat kepada umat.’ Perkara ini pula yang aku saksikan bersama dua juta dua ratus ribu laki-laki dan perempuan yang datang dari seluruh penjuru dunia.
Sesuai dengan aturan manasik haji, selepas matahari tenggelam, para jemaah haji bergerak dari Arafah ke Muzdalifah yang berjarak 7 kilometer. Ketika seluruh jemaah yang begitu ramai secara serentak bergerak, terjadi sedikit kesimpangsiuran, sehingga membuatkan aku dan teman professorku itu ketinggalan rombongan. Selanjutnya kami berdua ke sana ke mari mencari tempat kosong di ratusan bas yang mengangkut jemaah haji.
Namun kami tidak mendapat tempat. Tiba-tiba aku melihat Menteri Perindustrian Morocco, ‘Azmaani, salah seorang sahabat lamaku. Beliau melambaikan tangannya memanggilku di tengah-tengah manusia yang berjumlah lebih dari dua juta orang. Kejadian ini meyakinku bahawa sebenarnya tidak ada ‘ketidaksengajaan’ yang hakiki dalam dunia milik Allah ini.
Akhirnya aku menjadi anggota sementara tidak resmi dalam rombongan jemaah haji resmi Morocco itu. Sebelumnya, semua orang ingin bergerak secepatnya, namun kerana lalu lintas yang begitu sesak, kami harus menunggu dengan menitiskan peluh dalam kenderaan selama tiga jam, sebelum akhirnya kenderaan kami dapat bergerak di tengah kesesakan tersebut.
Berikutnya, semua jemaah haji kembali bergerak secara bersamaan menuju satu tujuan. Polis trafik sudah berusaha untuk menjaga lalu lintas, malah membuatkan kesesakan semakin menjadi-jadi. Ada sebahagian jemaah haji yang berusaha menempuh jalan pintas dengan berjalan kaki melewati pergunungan hitam yang jelas kontras dengan pakaian mereka yang berwarna putih.
Kerana kesesakan dan banyak berhenti di jalan, kami baru sampai di Muzdalifah sekitar jama sebelas malam, sambil merasa ngilu di lutut dan persendian kami. Di Muzdalifah kami melaksanakan sembahyang Maghrib dan Isya secara jamak ta’khir, di atas bebatuan tempat kami akan mengambil 49 biji kerikil untuk persiapan jumrah keesokan harinya, dengan diimami oleh seorang imam sembahyang yang berasal dari Rabbath.
Kami telah disediakan makanan, namun kami harus mendatanginya terlebih dahulu untuk mendapatkannya. Aku tidak banyak mengeluh dengan pelayanan itu, kerana selama musim haji aku telah terbiasa hanya memakan sedikit daging ayam, bubur kacang hijau, epal dan buah pisang.
Yang terpenting adalah minum air. Untungnya, kami sama sekali tidak mengalami kesukaran dalam masalah air minum, kerana petugas haji kerajaan Saudi terus membahagi-bahagikan 80 juta karung plastik ukuran satu liter selama musim haji. Mereka juga membahagi-bahagikan kotak juice buah kepada semua jemaah haji di setiap perempatan jalan besar.
Oleh kerana itu, aku merasa tidak perlu membawa persiapan Coca-Cola untuk keperluan minumku. Rombongan kami sampai ke Mina pada jam dua pagi, dekat dengan tempat pelemparan jumrah; sebuah ritus yang melambangkan penolakan manusia secara tegas terhadap kejahatan yang berada dalam dirinya dan dunia di sekelilingnya.
Aku mendekati tiang tempat pelemparan jumrah itu, sehingga aku jamin dapat membidiknya secara tepat dengan menggunakan dua jari saja, sambil menjaga jarak tertentu agar aku tidak terkena hujan batu yang melayang dari belakangku. Keadaannya benar-benar sukar; kerana sebahagian orang awam ada yang merasa bahawa baru kali inilah, selama hidupnya, mereka dapat membaling Iblis, sehingga mereka pun melempari tempat pelemparan jumrah itu dengan batu-batu besar, sepatu dan payung mereka.
Berikutnya, rombongan kami dikelilingi oleh beberapa orang kanak-kanak kecil yang membawa - seperti aku duga sebelumnya - gunting untuk memotong beberapa helai rambut kami, dengan imbalan tiga real Saudi, selagi kami tidak ingin mencukur habis rambut kami. Kerana kami ingin segera melepaskan pakaian ihram, maka kami segera berangkat ke Mekah sebelum matahari tenggelam.
Kami tidak perlu memujuk pemandu bas kami, yang tidak tidur semalaman, untuk membawa kami ke Mekah, kerana dia sendiri memakai pakaian ihram. Setelah sampai ke Mekah, kami segera melaksanakan tawaf untuk ketiga kalinya ke sekeliling Kaabah: yakni tawaf Ifadhah. Ketika ini, jumlah jemaah yang melaksanakan tawaf jauh lebih ramai dari sebelumnya, kerana jumlah jemaah yang bertawaf tidak kurang dari dua ratus ribu orang. Oleh kerana itu aku memerlukan waktu selama dua jam, untuk menunaikan tawaf ke sekeliling Kaabah dan untuk ber-sai antara Shafa dan Marwa.
Ketika ini jam sudah menunjukkan pukul empat setengah pagi. Bermakna sudah masuk waktu sembahyang subuh pada pagi hari Aidil Adha, tanggal sepuluh Dzul Hijjah, di Haram Mekah. Aku akan melaksanakan sembahyang subuh berjemaah dengan sisa-sisa tenagaku, bersama 800 ribu kaum Mukminin yang lain di Masjidil Haram itu. Dengan suara nyaring dan merdu, muazzin Masjidil Haram dan imamnya memberikan arahan kepada jemaah untuk merapat dan merapikan barisan.
Azan yang dikumandangkan begitu merdu dan artistik. Bacaan Al-Quran mereka juga amat indah terdengar. Untungnya, kalangan penganut madzhab Hanbali di Saudi membolehkan dimensi keindahan ini dalam sembahyang, berbeza dengan yang dilakukan oleh para penganut madzhab Maliki di Afrika Utara. Keindahan ini membawa jemaah haji, yang belum tidur malam seperti diriku, ke alam yang sama sekali kosong dari kecapaian.
Akhirnya, kami kembali pada jam enam pagi ke rumah penginapan kami di Mina, setelah menghabiskan waktu 26 jam di atas kaki dengan segenap kesedaran nurani dan jasmani. Kami, iaitu aku dan teman-teman sesama jemaah haji, saling berpelukan dan mengucapkan: semoga mendapat haji mabrur, dan diterima di sisi Allah, insya-Allah. Syeikh Na’na memberikan selamat kepadaku atas status baruku sebagai seorang ‘Bapa Haji.’
Aku kembali ke bilikku, dan di sana aku akhirnya boleh meleraikan pakaian ihram. Selanjutnya aku berbaring di pembaringanku sambil masih berpeluh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana dianugerahkan kemampuan untuk menunaikan ibadah haji, sambil berdoa semoga ibadah hajiku diterima di sisi-Nya. Selanjutnya aku tertidur dengan pulas, tanpa merasa terganggu oleh suara bising yang cukup keras yang bersumber dari alat pendingin ruangan.
Ketika orang-orang yang kecapaian seperti diriku berusaha mengembalikan tenaga mereka pada hari Aidil Adha ini, sebahagian jemaah haji yang lain - yang mempunyai stamina lebih kuat - menyembelih haiwan korban di tempat yang mereka kehendaki. Seorang jemaah haji boleh memakan sebahagian kecil dari daging haiwan korbannya. Sedangkan sebahagian terbesarnya dibahagi-bahagikan kepada jemaah haji yang memerlukan. Tulang-belulang haiwan-haiwan korban itu kemudian dijemur hingga kering. Boleh dibayangkan baunya. Oh tidak, hanya orang yang mengalaminya sendiri yang mengetahui betapa enak baunya.
Aku mengetuk beberapa kali pintu jiran bilikku yang datang dari Washington, untuk melihat keadaannya. Kerana aku tahu dia telah memforsis fizikal lebih dari kemampuan. Bahkan dia telah memintaku untuk menggantikan sisa kewajipan melontar jumrah. Perkara ini boleh, bahkan untuk pelaksanaan seluruh ritus haji juga boleh. Iaitu orang yang tidak mampu melaksanakan haji sendiri, dia boleh dihajikan oleh orang lain.
Pada hari kedua Aidil Adha aku diundang bersama 150 jemaah haji yang berasal dari seluruh dunia, termasuk Sultan Brunei dan salah seorang anak Rafsanjani, Presiden Iran - untuk hadir ke istana Raja Fahd bin Abdul Aziz, di Mina. Raja Saudi pada tahun itu telah memberikan undangan untuk melaksanakan ibadah haji - tidak sekadar undangan jamuan makan saja - kepada 1300 muslim dari penduduk bekas Soviet Union. Dalam jamuan makan itu aku duduk di samping kolumnis Mesir Anis Manshur dan qadhi besar Pakistan Muhammad Hifzhullah; yang mengatakan kepadaku bahawa dia sama sekali belum pernah memutuskan hukum potong tangan kepada pencuri. Kerana raja-raja biasanya senang ditunggu oleh orang lain, maka kami mempunyai kesempatan untuk berbicara ke sana ke mari tentang Islam; yang memperkuatkan kenyataan bahawa ibadah haji adalah perhelatan besar bagi berkumpulnya seluruh kaum Muslimin.
Raja Fahd dijaga oleh tiga orang pengawal peribadi yang sangat tegas, yang memakai pakaian kebangsaan kerajaan Saudi. Besar dugaanku para pengawal itu sebelumnya juga telah bertugas menjadi pengawal raja Abdul Aziz al-Saud yang legendaris. Namun ketika ini mereka telah dilengkapi dengan persenjataan moden; tidak sekadar belati dan pistol saja, tetapi juga dilengkapi senjata automatik.
Ketika aku berbicara dengan raja, jelas baginda telah mengetahui banyak tentang diriku. Undangan yang baginda berikan kepadaku dapat difahami sebagai counter terhadap provokasi-provokasi yang menyerangku di Jerman. Sesuai dengan etika jamuan makan Arab, seluruh makanan dihidangkan sekaligus, agar dapat dicicipi oleh semua yang hadir, membuatkan meja-meja makan hampir tidak cukup untuk menampung semua hidangan yang disajikan. Di antara etika jamuan makan itu adalah agar seseorang makan dengan cepat dan sedikit berbicara, selanjutnya segera pulang ketika kenyang. Sementara raja tetap berada di tempat sehingga semua undangan pulang.
Pada petang harinya, aku dan menteri Azmani berusaha melewati jalan yang dipenuhi bau menyengat dan kerumunan manusia, menuju tempat pelemparan jumrah untuk melontar kembali, sambil dibantu oleh polis. Selama itu kami menutup hidung dan mulut dengan sapu tangan yang telah kami percikan minyak wangi. Sampah-sampah bekas jemaah haji yang tidur di aspal jalan, dan enjin-enjin kereta yang tidak dimatikan untuk menghidupkan AC kereta, membuatkan jalan itu boleh menjadi bahan kritikan keras para aktiviti lingkungan hidup.
Para jemaah haji yang tidur di aspal jalan itu merupakan jemaah haji asing, yang pergi haji tanpa melalui prosedur resmi. Kehadiran mereka tidak resmi, namun amat mencolok. Pada hari itu ada seorang wanita yang meletakkan bayinya di atas alas dari kertas tebal.
Pada hari ketiga (13 Jun), yang merupakan akhir hari Aidil Adha, aku berangkat sendiri selepas sembahyang subuh untuk melontar jumrah bagi diriku dan temanku. Para jemaah yang selama ini tidur di atas jalan, pada hari itu sudah mulai meninggalkan tempat mereka. Mereka menggunakan persediaan air yang sedikit terutama untuk wuduk. Para pedagang asongan juga mulai menjalankan kerja mereka.
Pencampuran ibadah haji dengan kegiatan perdagangan adalah sesuatu yang dibolehkan oleh Islam. Ada sebahagian jemaah haji yang memodali ongkos kepulangan mereka ke tanah air mereka dari hasil penjualan komoditi negara yang mereka bawa, seperti perhiasan dari gading, perak dan pakaian.
Ada seorang jemaah haji dari Turki yang berpapasan denganku dan bertanya dengan lugas: ‘di mana syaitan berada’? Persoalannya menyiratkan bahawa dia menyangka semua orang harus mengetahui di mana syaitan berada, bahkan syaitan itu harus berbahasa Turki juga! Aku menunjuk dengan sopan, dan dengan bahasa Turki pula, ke arah tiang ketiga (Jamrah Tsalitsah) yang akan kami lempari kerikil pada hari ini. Sebelum kejadian itu, aku tidak mampu menunjukkan tempat syaitan dengan bgeiut tepat!
Pada hari berikutnya, dalam perjalanan pulang dari Mina ke Jeddah, kami melaksanakan tawaf wada’ di sekeliling Kaabah. Pada ketika itu masjid telah penuh sesak di segala penjuru, kerana kami sampai pada ketika datang waktu sembahyang Asar. Pada kali ini, aku tawaf keliling Kaabah di bahagian atap Masjidil Haram, meskipun kedua telapak kakiku hanya mampu menahan panasnya atap yang tersengat matahari itu selama beberapa detik saja.
Aku membayangkan diriku seperti beruang yang berusaha diajar menari di atas lantai yang panas oleh pelatihnya. Namun demikian, selepas itu aku duduk cukup lama di sisi masjid untuk mengabadikan bentuk masjid yang indah ini dalam ingatanku!
Aku memperhatikan, pada tanggal 16 Jun, ketika aku mengambil pasport hajiku, untuk bersiap-siap kembali dengan pesawat menuju Daar Baidha (Casablanca), para petugas haji jelas bergembira melihat jemaah kembali ke negara masing-masing dengan puas. Kapal jumbo jet yang aku naiki terbang dengan lurus menuju Tunis.
Dengan begitu, arah kiblat di dalam pesawat itu tetap dan tidak berubah arah selama penerbangan, sehingga memungkinkan para pramugari dan pramugara untuk menunaikan sembahyang di lantai pesawat. Untuk mengisi kekosongan, aku memilih majalah Time edisi 15 Jun untuk dibaca sewaktu dalam penerbangan.
Kulit luar edisi ini menampilkan gambar sebuah masjid, sementara Head Covernya tertulis: ‘Islam... Apakah Ia Harus Ditakuti Oleh Dunia?’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan