Rabu, 11 September 2013

Thariq Bin Ziyad



SMAHADZIR

THARIQ BIN ZIYAD berketurunan suku Barbar dari kabilah Nazafah di Afrika Utara. Beliau asalnya adalah pembantu kepada Musa bin Nusair, dengan berkhidmat hanya sebagai budak suruhan. Seorang pemuda yang bersemangat, pintar dan mempunyai kepimpinan.

Pengenalan

Sebelum kedatangan Islam ke Andalusia, Islam sudah pun bertapak di Afrika Utara yang berjaya diperluaskan kawasannya oleh Uqbah bin Naqi’ di bawah pemerintahan Muawiyyah. Ketika zaman pemerintahan Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik, Musa bin Nusair telah dilantik menjadi wakil khalifah di Afrika Utara. Dalam tempoh pemerintahan beliaulah kisah ini berlaku.

Kedatangan Islam Ke Andalusia

Ketika rakyat Arika Utara hidup aman dan damai di bawah pemerintahan Kerajaan Islam, pada masa yang sama rakyat di Andalusia menderita di bawah cengkaman pemerintahan raja yang kejam iaitu Raja Roderick. Sikap Raja Roderick sendirilah yang menimbulkan dendam kepada banyak pihak termasuk salah seorang gabenornya iaitu Gabenor Julaian. Julaian, Gabenor wilayah Ceuta yang puterinya Florinda telah dinodai Roderick, raja berbangsa Gothic, sangat marah dengan sikap rajanya dan oleh kerana dendam yang membara ini, Julaian sendiri berjumpa dengan Musa bin Nusair untuk membuat tawaran.

Dari sinilah bermulanya penaklukan Andalusia oleh orang-orang Islam apabila panglima Julaian telah bekerjasama dengan Musa bin Nusair yang menjadi Gabenor di Afrika Utara untuk menakluki Andalusia. Julaian sendiri telah menemui dan menghadap Musa bin Nusair untuk membuat tawaran dan meminta pertolongan tentera Islam bagi menentang Roderick di Andalus. Julaian juga telah menawarkan pertolongan dalam usaha untuk menakluki Andalus dengan cara memberi segala kemudahan yang diperlukan oleh tentera Islam seperti kapal, jurupandu dan sebagainya. Walaupun begitu Musa bin Nusair tidak terus menerima tawaran tersebut kerana khuatir Julaian hanyalah pengintip yang membuat helah untuk memerangkap tentera Islam. Namun, setelah berbincang dan semua sebulat suara bersetuju untuk menerima tawaran itu, Musa bin Nusair telah melantik Thariq bin Ziyad sebagai ketua pasukan peninjau yang akan belayar ke Andalusia. Walaupun ada yang ragu-ragu dengan perlantikan Thariq bin Ziyad sebagai ketua, namun Musa bin Nusair yakin dengan kemampuan Thariq bin Ziyad yang asalnya adalah budak suruhannya sendiri.

Ketika Thariq bin Ziyad mempersiapkan tentera-tenteranya untuk dibawa sebagai pasukan peninjau, Thariq bin Ziyad telah meminta bantuan Julaian untuk menyiapkan peta Andalusia untuk dikaji sebelum belayar ke sana. Setelah mengkaji peta Andalusia yang disiapkan Julaian dalam tempoh 3 hari, Thariq bin Ziyad bercadang untuk mendarat di suatu kawasan yang tidak berpenghuni sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan sebagai pasukan peninjau.

Jabal Thariq

Setelah belayar, menjelang subuh suatu hari Thariq bin Ziyad bersama 12,000 orang tentera-tenteranya yang terbaik mendarat di bumi Andalusia. Sesampainya mereka di sana, Thariq bin Ziyad bertanya mengenai nama tempat yang mereka duduki itu, namun Julaian memberitahu tempat itu masih tidak bernama. Lalu Julaian menamakan tempat itu sebagai Jabal Thariq bersempena dengan nama Thariq bin Ziyad yang kini dikenali sebagai Gibraltar. Setelah beberapa ketika berada di situ, Julaian meminta izin daripada Thariq bin Ziyad untuk pulang ke rumah bertemu dengan isterinya yang sudah lama ditinggalkan, Flora. Semua pembantu Thariq bin Ziyad tidak bersetuju dengan permintaan Julaian kerana dari awal lagi mereka curiga dengan tindak-tanduk Julaian.

Namun sikap Thariq bin Ziyad yang sentiasa berbaik sangka tidak menghalang Julaian untuk bertemu dengan isterinya. Malah Thariq bin Ziyad berkata, ‘Jika kamu berada di tempat Julaian sudah pasti kamu juga akan meminta perkara yang sama’ bagi membuktikan tindakan Julaian bukanlah tindakan yang mencurigakan. Maka pulanglah Julaian ke rumah bertemu isteri kesayangannya yang telah lama ditinggalkan. Oleh sebab desakan isterinya yang bimbang keselamatan Julaian, akhirnya Julaian terpaksa memberitahu keselamatannya terjamin bersama 12, 000 orang tentera Islam.

Flora lega mendengar berita itu namun Julaian meminta agar berita itu dirahsiakan bagi menjamin keselamatan tentera Islam. Setelah puas bertemu dengan isterinya, Julaian meminta diri untuk pulang segera kerana ingin mengintip pergerakan askar-askar Raja Roderick. Namun tidak lama selepas Julaian berlalu, kelihatan Flora diheret askar-askar Gothic ke istana Raja Roderick. Julaian bergesa-gesa pulang ke kubu pertahanan tentera Islam dan merayu kepada Thariq bin Ziyad supaya menyelamatkan isterinya daripada tangan Roderick. Thariq bin Ziyad berjanji akan menyelamatkan Flora dan meminta agar dia bertenang dan yakin dengan pembantu-pembantunya. 

Thariq bin Ziyad mengarahkan Panglima Amir, Sufian, dan Malik untuk menjalankan misi itu. Dengan akur pembantu-pembantu Thariq bin Ziyad menerima tugasan itu dan mereka menyamar menjadi rakyat Andalusia dengan Julaian sebagai penunjuk jalan. Sesampainya mereka di kawasan istana kelihatan isteri Julaian diseksa. Namun, Panglima Malik selaku ketua misi mengarahkan semua untuk bersembunyi dalam hutan yang berhampiran. Apabila menjelang malam dan suasana menjadi sunyi barulah mereka menjalankan misi menyelamatkan isteri Julaian.

Misi untuk menyelamatkan Flora berjaya tetapi kesemua yang berlaku itu adalah helah Roderick untuk mengintip kubu pertahanan tentera Islam. Sebenarnya ketika Flora diseksa oleh askar-askar Gothic, tanpa disengajakan Flora berkata, ’Tidak lama lagi kamu semua akan dibunuh oleh 12,000 orang tentera Islam’ kerana terlalu marah dan tidak dapat menahan kesakitan yang ditanggung.

Kerana terkejut Roderick meminta kepastian daripada Flora namun Flora tersedar bahawa dia telah membocorkan rahsia penting yang mungkin akan membahayakan nyawa suaminya dan juga tentera Islam. Lalu Flora berdiam diri tetapi sudah terlambat. Roderick mengarahkan agar Flora diseksa di khalayak ramai dan bersiap sedia untuk mengintip kawasan persembunyian Islam, kerana Roderick yakin Julaian pasti meminta tolong tentera Islam untuk menyelamatkan isterinya. Dari situlah kawasan persembunyian tentera Islam dikenalpasti pengintip Roderick.

Peperangan Di Andalusia

Akhirnya peperangan tercetus setelah askar-askar Gothic berjaya menjejaki kedudukan kubu Islam di Jabal Thariq bin Ziyad. Tanpa berlengah Roderick mengarahkan askar-askarnya untuk menyerang kubu tentera Islam keesokan harinya. Dengan diketuai Panglima Goted sebagai ketua askar, peperangan antara Islam dan askar-askar Gothic tercetus. Ketika itu tentera-tentera Islam hanya bersenjatakan pedang, tombak dan anak panah manakala askar-askar Gothic pula lengkap dengan baju besinya. Walapun begitu, peperangan antara kedua-dua pihak tidak menunjukkan kemenangan atau kekalahan sehingga lewat senja. Ini menyebabkan Roderick mengarahkan askar-askarnya berundur dan kembali lagi bertempur esok pagi sebelum matahari terbit.

Ketika semua tentera Islam sedang berehat, Thariq bin Ziyad runsing memikirkan bagaimana cara untuk menaikkan semula semangat anak-anak buahnya. Malam itu, Thariq bin Ziyad tidak dapat melelapkan matanya kerana terlalu risau memikirkan hal tersebut. Thariq bin Ziyad memohon bantuan Allah s.w.t dan berdoa agar diberi kekuatan.

Keesokan harinya setelah solat Subuh berjemaah, Thariq bin Ziyad menyuruh pembantunya membakar kesemua kapal mereka. Ramai yang hairan dengan arahan ketua mereka dan ada yang bertanya akan keselamatan mereka kelak. Tidak kurang juga yang bertanya bagaimana mereka akan pulang selepas ini. Lalu Thariq bin Ziyad berkata, ’Lupakan hasrat kamu semua untuk pulang. Kita datang ke sini demi syahid ataupun kemenangan.’

Panglima Sufian pula bertanya, ‘Adakah perkara ini pernah berlaku ketika zaman Rasulullah? Memusnahkan harta dalam peperangan?’

Namun dengan tenang Thariq bin Ziyad menjawab, ’Sudah lupakah kalian dengan Perang Muktah? Dalam perang itu Panglima Jaafar bin Abi Talib yang menggantikan Zaid bin Harithah yang syahid, telah membunuh kudanya dan bertempur sambil berjalan kaki sehingga beliau syahid.’ (Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak mencerca perbuatan itu dan ada para ulama berpendapat tindakan itu diambil kerana dikhuatiri harta itu akan jatuh ke tangan musuh) Begitulah juga seperti kapal, tindakan itu sebenarnya untuk menaikkan kembali semangat tentera-tenteranya.

Kemudian Thariq bin Ziyad berpidato, ’Saudara-saudaraku, di belakang kita laut, di hadapan kita musuh. Demi Allah kita datang bagi syahid atau mencapai kemenangan.’ 

Mendengar berita tentera Islam membakar kapal-kapal mereka Roderick, Goted dan askar-askar Gothic mengejek dan mentertawakan perbuatan itu. Mereka mengatakan Thariq bin Ziyad sudah gila dan tentera-tentera Islam juga gila kerana akur dengan arahan ketua meraka yang gila. Namun di kalangan mereka ada seorang sahaja yang tidak ketawa, iaitu paderi yang paling tua di situ. Apabila ditanyakan mengapa dia tidak ketawa oleh Roderick, paderi itu menjawab bahawa dia tidak merasakan berita itu suatu yang melucukan bahkan dia kagum dan takut mendengar berita itu. Roderick hairan dan bertanya kenapa, lalu paderi itu berkata bahawa kamu semua sepatutnya takut bukannya gembira dengan berita ini. Apabila tentera Islam membakar kapal-kapal mereka sudah tentu mereka hanya tinggal sehelai sepinggang dan mereka pasti berjuang habis-habisan untuk mencapai kemenangan.

Roderick terkejut dengan pendapat paderi itu namun dia tidak yakin dengan pendapat itu. Namun sebenarnya terdetik di hati Roderick ada benarnya kata paderinya itu. Oleh sebab itu sebelum Panglima Goted beredar dia bertanya kepada panglimanya, ‘Jika Thariq bin Ziyad sanggup membakar kapal-kapalnya untuk menaikkan kembali semangat tentera-tenteranya, apa yang akan kamu lakukan untuk menghalang askar-askar kita dari lari dari medan peperangan?’

Setelah berfikir sejenak Goted menjawab, ’Apa kata kita rantai kaki mereka dengan rantai besi supaya mereka tidak dapat melarikan diri.’ Raja Roderick berpuas hati dengan jawapan panglimanya itu.

Cahaya Islam Di Bumi Andalusia

Akibat pergerakan askar Gothic yang terbatas, akhirnya tentera Islam berjaya menewaskan mereka. Thariq bin Ziyadmengarahkan tenteranya berundur kerana yakin mampu menewaskan musuh dengan mudah tanpa mebuang tenaga iaitu dengan membakar rumput kering di mana askar Gothic berada. Ramai askar Gothic terbunuh dalam kebakaran itu kerana tidak mampu untuk lari dan Raja Roderick pula membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Barbat kerana takut dan tidak mahu menyerah diri manakala Goted melarikan diri bersama askar-askarnya setelah mengetahui akan kematian raja mereka.

Dalam usaha untuk menangkap Goted, Thariq bin Ziyad telah berjaya meluaskan pengaruh Islam sehingga ke Cordova, Malaga, Granada dan Toledo. Setelah beberapa tahun, akhirnya perang paling sengit berlaku di Ecija di mana askar Gothic mendapat bantuan Rom dan Portugal manakala tentera Islam mendapat bantuan Musa bin Nusair yang sampai tepat pada masanya. Peperangan itu menyebelahi tentera Islam apabila taktik Thariq bin Ziyad mengarahkan tentera-tenteranya menukar baju bagi meyakinkan pihak musuh bahawa mereka mendapat bantuan. Kerana ketakutan Goted melarikan diri dan askar-askar Gothic menyerah diri setelah mendapat tahu ketua mereka melarikan diri.

Semangat Thariq Bin Ziyad

Walaupun sudah mencapai kemenangan Thariq bin Ziyad tidak pernah berpuas hati kerana baginya semua tanah di bumi Allah ini berhak mendapat cahaya Islam. Oleh sebab itu, Thariq bin Ziyad meminta izin Musa bin Nusair untuk menyebarkan Islam ke seluruh Eropah. Belum sempat Thariq bin Ziyad belayar ke Eropah, beliau telah didatangi utusan dari Damsyik yang mengatakan khalifah di sana mengarahkannya untuk datang ke Damsyik dengan segera. Thariq bin Ziyad yang terkenal dengan kepatuhannya kepada ketua akur dengan arahan itu.

Sebenarnya arahan itu dilakukan oleh khalifah di Damsyik setelah disogok oleh Raja-raja di Eropah. Raja-raja Eropah tahu akan kelemahan khalifah itu yang gemar akan harta-benda dan gadis-gadis cantik. Sebelum itu taktik itu telah dilakukan kepada Thariq bin Ziyad namun tidak berjaya, namun usaha mereka mengena terhadap khalifah di Damsyik itu. Oleh yang demikian, usaha Thariq bin Ziyad untuk belayar ke Eropah tidak dapat dilaksanakan walaupun segala persiapan telah siap dijalankan. Manusia hanya merancang namun Allah yang menentukan. Mungkin belum masanya untuk cahaya Islam sampai ke sana. Thariq bin Ziyad meninggal dunia tidak lama selepas sampai di Damsyik.

Raja Roderic Dan Tentera Islam

Sewaktu Thariq bin Ziyad memasuki bumi Sepanyol, raja Kristian yang memerintah tanah Sepanyol pada ketika itu ialah raja Roderic. Beliau berbangsa Goths. Bangsa ini dikatakan berasal dari negara Scandinavia. Raja Roderic memerintah dalam masa yang singkat sahaja iaitu dari tahun 710-712 Masehi. Ini kerana sewaktu kedatangan tentera Islam, Roderic baru saja merampas kuasa dari raja Sepanyol sebelumnya, tidak lama selepas itu pula berlaku peperangan yang telah mengakibatkan kematian Roderic dan tamatnya kuasa kaum Goths atau Visigoth di Sepanyol. Dalam peperangan itu sebahagian pengkaji mengatakan bahawa tentera Kristian berjumlah 100,000 orang menentang tentera Islam yang berjumlah 12,000 orang sahaja. Bilangan yang sedikit tidak menjejaskan prestasi tentera Islam, sebaliknya kejayaan cemerlang tentera Islam telah memberi tamparan yang hebat kepada kuasa Kristian di Eropah. Jika kita mengambil pendapat Ibnu Khaldun yang mengatakan tentera musuh berjumlah 40,000 orang pun masih menunjukkan kekuatan tentera Islam. 

Persoalannya ialah mengapa umat Islam begitu kuat? Mereka telah berjalan berminggu-minggu. Mereka jauh dari sanak saudara dan anak isteri. Mereka tidak biasa dengan bentuk muka bumi dan simpang-siur jalan di negara orang. Bagi orang Malaysia ada soalan tambahan untuk mereka tanya, apakah tentera Islam ini boleh terbang, ghaib, atau kebal? Tiada sebarang berita yang menunjukkan mereka memiliki sifat-sifat tersebut. Rahsia kekuatan orang Islam ketika itu ialah semangat jihad yang menyala-nyala. Mereka keluar dari rumah dan negara mereka untuk mendapat kelebihan syahid. Mereka meredah panas dan hujan demi mencari keredaan Allah s.w.t. Pada ketika itu segala kuasa di bumi tidak dapat menahan kuasa akidah dan perjuangan mereka.

Teringat penulis kepada kisah Bani Israel yang dipimpin oleh Talut. Jumlah mereka amat sedikit tetapi akhirnya mereka mampu mengalahkan Jalut yang lebih kuat dan ramai tenteranya. Satu perkara yang boleh kita pelajari ialah kuasa semangat dan kehendak adalah lebih kuat dari kuasa kebendaan. Sewaktu musuh bersandarkan kekuatan kebendaan semata-mata sedangkan orang Islam bersandarkan persediaan kebendaan dan kekuatan semangat dan kesatuan. 

Salah satu rahsia kekuatan orang Islam ialah mereka membelah bahagikan hati musuh untuk menentang mereka. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Dalam membincangkan kejayaan Islam untuk berkembang ke dunia Eropah, tidak dapat diabaikan satu bandar penting iaitu Qairawan. Bandar itu terletak di dalam negara Tunisia sekarang. Qairawan pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Islam. Di sinilah pemerintahan Musa Ibn Nusair berpusat. Musa bin Nusair adalah Gabenor Kerajaan Umawi yang berpangkalan di Damsyik Syiria.

Pembukaan bandar Qairawan dilakukan oleh Uqbah Bin Nafie’ yang akhirnya mati syahid di sana. Dalam era pembukaan Islam dan kegemilangannya, semangat jihad membara dalam diri pembesar Islam. Musa bin Nusair sediri akhirnya menuruni takhta sebagai gabenor utara Afrika kerana ingin menyertai siri jihad yang di pelopori oleh Thariq bin Ziyad. Akhirnya mereka berdua menguasai Sepanyol dalam masa 3 tahun sahaja. Sejarah kemenangan perjuangan tentera Islam di dataran Sepanyol dan Eropah, Thariq bin Ziyad mengukir karang dengan namanya sebagai tanda bahawa Islam akan bertapak di bumi Andalusia.

Peradaban Islam Di Andalusia

Setelah berakhirnya period klasik Islam, ketika Islam mulai memasuki masa kemunduran, Eropah bangkit dari keterbelakangannya. Kebangkitan itu bukan saja kelihatan dalam bidang politik dengan kejayaan Eropah mengalahkan kerajaan-kerajaan Islam dan bahagian dunia lainnya, tetapi terutama dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi.

Bahkan, kemajuan dalam bidang ilmu dan teknologi itulah yang mendukung kejayaan politiknya. Kemajuan-kemajuan Eropah ini tidak boleh dipisahkan dari pemerintahan Islam di Sepanyol. Dari Sepanyol Islamlah Eropah banyak menimba ilmu. Pada period klasik, ketika Islam mencapai masa yang sangat penting, menyaingi Baghdad di Timur. Ketika itu, orang-orang Eropah Kristian banyak belajar di institusi-institusi tinggi Islam di sana. Islam menjadi ‘guru’ bagi orang Eropah. Kerana itu, kehadiran Islam di Sepanyol banyak menarik perhatian para sejarawan. 

Masuknya Islam Ke Sepanyol

Islam pertama kali masuk ke Sepanyol pada tahun 711 Masehi melalui jalur Afrika Utara. Sepanyol sebelum kedatangan Islam dikenali dengan nama Iberia atau Asbania, kemudian disebut Andalusia, ketika negeri subur itu dikuasai bangsa Vandal. Dari perkataan Vandal inilah orang Arab menyebutnya sebagai Andalusia.

Sebelum penaklukan Sepanyol, umat Islam telah menguasai Afrika Utara dan menjadikannya sebagai salah satu wilayah dari dinasti Bani Umaiyyah. Penguasaan sepenuhnya atas Afrika Utara itu terjadi pada zaman Khalifah Abdul Malik (685-705 Masehi). Khalifah Abd Al-Malik mengangkat Hasan ibn Nu’man Al-Ghassani menjadi gabenor di daerah itu.

Pada masa Khalifah Al-Walid, Hasan ibn Nu’man sudah digantikan oleh Musa ibn Nushair. Pada zaman Al-Walid itu, Musa ibn Nushair memperluaskan wilayah kekuasaannya dengan menduduki Aljazair dan Morocco. Selain itu, beliau juga menyempurnakan penaklukan ke daerah-daerah bekas kekuasaan bangsa Barbar di pergunungan-pergunungan. Penaklukan atas wilayah Afrika Utara itu dari pertama kali dikalahkan sehingga menjadi salah satu wilayah dari Khalifah Bani Umaiyyah memakan waktu selama 53 tahun, iaitu mulai tahun 30 Hijrah (masa pemerintahan Muawiyah ibn Abi Sufyan) sehingga tahun 83 Hijrah (masa Al-Walid). Sebelum dikalahkan dan kemudian dikuasai Islam, di kawasan ini terdapat kantung-kantung yang menjadi asas kekuasaan kerajaan Romawi, iaitu kerajaan Gotik. 

Dalam proses penaklukan Sepanyol terdapat tiga pahlawan Islam yang boleh dikatakan paling berjasa memimpin satuan-satuan pasukan ke sana. Mereka adalah Tharif ibn Malik, Tharik ibn Ziyad, dan Musa ibn Nushair. Tharif boleh disebut sebagai perintis dan penyelidik. Beliau menyeberangi selat yang berada di antara Morocco dan benua Eropah itu dengan satu pasukan perang lima ratus orang di antaranya adalah tentera berkuda, mereka menaiki empat buah kapal yang disediakan oleh Julaian.

Beliau menang dan kembali ke Afrika Utara membawa harta rampasan yang tidak sedikit jumlahnya. Didorong oleh kejayaan Tharif dan kemelut yang terjadi dalam tubuh kerajaan Visigothic yang berkuasa di Sepanyol pada ketika itu, serta dorongan yang besar untuk memperoleh harta rampasan perang, Musa ibn Nushair pada tahun 711 Masehi mengirim pasukan ke Sepanyol sebanyak 7,000 orang di bawah pimpinan panglima Thariq bin Ziyad. Panglima Thariq bin Ziyad lebih banyak dikenali sebagai penakluk Sepanyol kerana pasukannya lebih besar dan hasilnya lebih nyata. Pasukannya terdiri dari sebahagian besar suku Barbar yang disokong oleh Musa ibn Nushair dan sebahagian lagi orang Arab yang dikirim oleh Khalifah Al-Walid. Pasukan itu kemudian menyeberangi selat di bawah pimpinan Thariq bin Ziyad.

Sebuah gunung tempat pertama kali Thariq bin Ziyad dan pasukannya mendarat dan menyiapkan pasukannya, dikenali dengan nama Gibraltar (Jabal Thariq). Dalam pertempuran di Bakkah, Raja Roderick dapat dikalahkan. Dari situ seperti Cordova, Granada dan Toledo (ibu kota kerajaan Goth ketika itu) kemudiannya ditawan pula.

Kebudayaan Islam memasuki Eropah melalui beberapa jalan, antara lain melalui Andalusia. Ini kerana kaum Muslimin telah menetap di negeri itu sekitar abad 8 abad lamanya. Pada masa itu kebudayaan Islam di negeri itu mencapai puncak perkembangannya. Kebudayaan Islam di Andalusia mengalami perkembangan yang pesat di berbagai pusatnya, misalnya Cordova, Sevilla, Granada, dan Toledo. Kemenangan pertama yang dicapai oleh Thariq bin Ziyad membuka jalan untuk penaklukan wilayah yang lebih luas lagi. Selanjutnya, kedua-duanya berjaya menguasai seluruh kota penting di Sepanyol, termasuk bahagian utaranya mulai dari Saragosa sehingga ke Navarre. 

Gelombang perluasan wilayah berikutnya muncul pada masa pemerintahan Khalifah Umar ibn Abdil Aziz tahun 99 Hijrah atau 717 Masehi, dengan sasarannya menguasai daerah sekitar pergunungan Pyrenia dan Perancis Selatan. Gelombang kedua terbesar dari penyerbuan kaum Muslimin yang geraknya dimulai pada permulaan abad ke-8 Masehi ini, telah menjangkau seluruh Sepanyol dan melebar jauh ke Perancis Tengah dan bahagian-bahagian penting dari Itali. Kemenangan-kemenangan yang dicapai umat Islam nampak begitu mudah. Hal itu tidak dapat dipisahkan dari adanya faktor luaran dan dalaman. Faktor luarannya antara lain pada masa penaklukan Sepanyol oleh orang-orang Islam, keadaan sosial, politik, dan ekonomi negeri ini berada dalam keadaan yang menyedihkan.

Begitu juga dengan adanya perebutan kekuasaan di antara elit pemerintahan, adanya konflik umat beragama yang menghancurkan kerukunan dan toleransi di antara mereka. Keadaan terburuk terjadi pada masa pemerintahan Raja Roderick, raja terakhir yang dikalahkan Islam. Awal kehancuran Ghot adalah ketika Raja Roderick memindahkan ibu kota negaranya dari Seville ke Toledo, sementara Witiza yang ketika itu menjadi penguasa atas wilayah Toledo diberhentikan begitu saja. 

Perkara yang menguntungkan tentera Islam lainnya adalah bahawa tentera Roderick yang terdiri dari para hamba yang tertindas tidak lagi mempunyai semangat perang. Selain itu orang Yahudi yang selama ini tertekan juga telah mengadakan persekutuan dan memberikan bantuan bagi perjuangan kaum Muslimin. Adapun faktor dalamannya iaitu suatu keadaan yang terdapat dalam tubuh penguasa, tokoh-tokoh perjuangan dan para perajurit Islam yang terlibat dalam penaklukan wilayah Sepanyol pada khususnya. Para pemimpin adalah tokoh-tokoh yang kuat, tenteranya kompak, bersatu dan penuh percaya diri. Sikap toleransi agama dan persaudaraan yang terdapat dalam peribadi kaum Muslimin itu menyebabkan penduduk Sepanyol menyambut kehadiran Islam di sana. 

Perkembangan Islam Di Sepanyol 

Sejarah panjang yang dilalui umat Islam di Sepanyol itu dibahagi menjadi enam penggal iaitu: 

Penggal Pertama (711-755 Masehi)

Pada penggal ini, Sepanyol berada di bawah pemerintahan para wali yang diangkat oleh Khalifah Bani Umaiyyah yang terpusat di Damaskus. Pada penggal ini stabiliti politik negeri Sepanyol belum tercapai secara sempurna, gangguan-gangguan masih terjadi, baik dari dalam mahupun dari luar.

Gangguan dari dalam antara lain berupa perselisihan di antara elit penguasa, terutama akibat perbezaan etnik dan golongan. Di samping itu, terdapat perbezaan pandangan antara Khalifah di Damaskus dan gabenor Afrika Utara yang berpusat di Kairawan. Masing-masing mengaku bahawa merekalah yang paling berhak menguasai daerah Sepanyol ini.

Oleh kerana itu, terjadi dua puluh kali pergantian wali (gabenor) Sepanyol dalam jangka waktu yang amat singkat. Perbezaan pandangan politik itu menyebabkan seringnya terjadi perang saudara. Hal ini ada hubungannya dengan perbezaan etnik, terutama antara Barbar asal Afrika Utara dan Arab. Di dalam etnik Arab sendiri terdapat dua golongan yang terus-menerus bersaing iaitu suku Qaisy (Arab Utara) dan Arab Yamani (Arab Selatan). Perbezaan etnik ini sering kali menimbulkan konflik politik, terutama ketika tidak ada figur yang tangguh. Itulah sebabnya di Sepanyol pada ketika itu tidak ada gabenor yang mampu mempertahankan kekuasaannya untuk jangka waktu yang agak lama. Penggal ini berakhir dengan datangnya Abd Al-Rahman Al-Dakhil ke Sepanyol pada tahun 138 Hijrah atau 755 Masehi. 

Penggal Kedua (755-912 Masehi) 

Pada penggal ini, Sepanyol berada di bawah pemerintahan seorang yang bergelar amir (panglima atau gabenor) tetapi tidak tunduk kepada pusat pemerintahan Islam, yang ketika itu dipegang oleh Khalifah Abbasiyah di Baghdad. Amir pertama adalah Abdurrahman I yang memasuki Sepanyol tahun 138 Hijrah atau 755 Masehi dan diberi gelar Al-Dakhil (yang masuk ke Sepanyol). Beliau berjaya mendirikan dinasti Bani Umaiyyah di Sepanyol. Penguasa-penguasa Sepanyol pada penggal ini adalah Abd Al-Rahman Al-Dakhil, Hisyam I, Hakam I, Abd Al-Rahman Al-Ausath, Muhammad ibn Abd Al-Rahman, Munzir ibn Muhammad, dan Abdullah ibn Muhammad. 

Pada penggal ini, umat Islam Sepanyol mulai memperoleh kemajuan-kemajuan baik di bidang politik mahupun bidang peradaban. Abd Al-Rahman Al-Dakhil mendirikan Masjid Cordova dan sekolah-sekolah di kota-kota besar Sepanyol. Hisyam dikenali sebagai pembaharu dalam bidang ketenteraan. Dialah yang mempelopori tentera bergaji di Sepanyol. Sedangkan Abd Al-Rahman Al-Ausath dikenali sebagai penguasa yang cinta ilmu.

Pemikiran falsafah juga mulai pada penggal ini, terutama pada zaman Abdurrahman Al-Ausath. Pada pertengahan abad ke-9 stabilitas negara terganggu dengan munculnya gerakan Kristian fanatik yang mencari kesahidan (Martyrdom).  Gangguan politik yang paling serius pada penggal ini datang dari umat Islam sendiri. Golongan pemberontak di Toledo pada tahun 852 Masehi membentuk negara kota yang berlangsung selama 80 tahun. Di samping itu sejumlah orang yang tidak puas hati membangkitkan revolusi.

Yang terpenting di antaranya adalah pemberontakan yang dipimpin oleh Hafshun dan anaknya yang berpusat di pegunungan dekat Malaga. Sementara itu, perselisihan antara orang-orang Barbar dan orang-orang Arab masih sering terjadi. Namun ada yang berpendapat pada penggal ini dibahagi menjadi dua iaitu masa Keamiran (755-912) dan masa ke Khalifahan (912-1013). 

Penggal Ketiga (912-1013 Masehi) 

Penggal ini berlangsung mulai dari pemerintahan Abd Al-Rahman III yang bergelar ‘An-Nasir’ sehingga munculnya ‘raja-raja kelompok’ yang dikenali dengan sebutan Muluk Al-Thawaif. Pada penggal ini Sepanyol diperintah oleh penguasa dengan gelaran Khalifah, penggunaan khalifah tersebut bermula dari berita yang sampai kepada Abdurrahman III, bahawa Muktadir, Khalifah daulah Bani Abbas di Baghdad meninggal dunia dibunuh oleh pengawalnya sendiri.

Menurut penilainnya, keadaan ini menunjukkan bahawa suasana pemerintahan Abbasiyah sedang berada dalam kemelut. Beliau berpendapat bahawa ketika ini merupakan ketika yang tepat untuk memakai gelaran khalifah yang telah hilang dari kekuasaan Bani Umaiyyah selama 150 tahun lebih. Kerana itulah gelaran ini dipakai mulai tahun 929 Masehi. Khalifah-khalifah besar yang memerintah pada penggal ini ada tiga orang iaitu Abd Al-Rahman Al-Nasir (912-961 Masehi), Hakam II (961-976 Masehi), dan Hisyam II (976-1009 Masehi). 

Pada penggal ini umat Islam Sepanyol mencapai puncak kemajuan dan kejayaan menyaingi kejayaan daulat Abbasiyah di Baghdad. Abd Al-Rahman Al-Nasir mendirikan Universiti Cordova. Akhirnya pada tahun 1013 Masehi, Dewan Menteri yang memerintah Cordova menghapuskan jabatan khalifah. Ketika itu Sepanyol sudah terpecah dalam banyak sekali negara kecil yang berpusat di kota-kota tertentu. 

Penggal Keempat (1013-1086 Masehi) 

Pada penggal ini, Sepanyol terpecah menjadi lebih dari tiga puluh negara kecil di bawah pemerintahan raja-raja golongan atau Al-Mulukuth-Thawaif yang berpusat di suatu kota seperti Seville, Cordova, Toledo dan sebagainya. Yang terbesar di antaranya adalah Abbadiyah di Seville.

Pada penggal ini umat Islam memasuki masa pertikaian dalaman. Ironisnya, kalau terjadi perang saudara, ada di antara pihak-pihak yang bertikai itu yang meminta bantuan kepada raja-raja Kristian. Melihat kelemahan dan kekacauan yang menimpa keadaan politik Islam itu, untuk pertama kalinya orang-orang Kristian pada penggal ini mulai mengambil inisiatif penyerangan. Meskipun kehidupan politik tidak stabil, namun kehidupan intelektual terus berkembang pada penggal ini. Istana-istana mendorong para sarjana dan sasterawan untuk mendapatkan perlindungan dari satu istana ke istana yang lain. 

Penggal Kelima (1086-1248 Masehi) 

Pada penggal ini Sepanyol Islam meskipun masih terpecah dalam beberapa negara, tetapi terdapat satu kekuatan yang dominan, iaitu kekuasaan dinasti Murabithun (1086-1143 Masehi) dan dinasti Muwahhidun (1146-1235 Masehi).  Dinasti Murabithun pada mulanya adalah sebuah gerakan agama yang didirikan oleh Yusuf ibn Tasyfin di Afrika Utara. Pada tahun 1062 Masehi ia berjaya mendirikan sebuah kerajaan yang berpusat di Marakesy. Pada masa dinasti Murabithun, Saragosa jatuh ke tangan Kristian, tepatnya tahun 1118 Masehi. 

Dinasti Muwahhidun didirikan oleh Muhammad ibn Tumazi (meninggal dunia pada tahun 1128). Dinasti ini datang ke Sepanyol di bawah pimpinan Abd Al-Mun’im. Pada tahun 1212 Masehi, tentera Kristian memperoleh kemenangan besar di Las Navas de Tolesa. Kekalahan-kekalahan yang dialami Muwahhhidun menyebabkan penguasanya memilih meninggalkan Sepanyol dan kembali ke Afrika Utara tahun 1235 Masehi. Tahun 1238 Masehi Cordova jatuh ke tangan penguasa Kristian dan Seville jatuh tahun 1248 Masehi. Seluruh Sepanyol kecuali Granada lepas dari kekuasaan Islam.

Penggal Keenam (1248-1492 Masehi) 

Pada penggal ini iaitu antara tahun (1232-1492) ketika umat Islam Andalusia bertahan di wilayah Granada di bawah kuasa dinasti Bani Amar. Pendiri dinasti ini adalah Sultan Muhammad bin Yusuf bergelar Al-Nasr, oleh kerana itu kerajaan itu disebut juga sebagai Nasriyyah. Penggal ini, Islam hanya berkuasa di daerah Granada, di bawah dinasti Bani Ahmar (1232-1492). Peradaban kembali mengalami kemajuan seperti pada zaman Abdurrahman an-Nasir. Kekuasaan Islam yang merupakan pertahanan terakhir di Sepanyol ini berakhir kerana perselisihan orang-orang istana dalam perebutan kekuasaan.

Abu Abdullah Muhammad merasa tidak senang kepada ayahnya kerana melantik anaknya yang lain sebagai penggantinya menjadi raja. Dia memberontak dan berusaha merampas kekuasaannya. Dalam pemberontakan itu, ayahnya terbunuh dan digantikan oleh Muhammad ibn Sa’ad. Abu Abdullah kemudian meminta bantuan kepada Ferdenand dan Isabella untuk menjatuhkannya. Dua penguasa Kristian ini dapat mengalahkan penguasa yang sah dan Abu Abdullah naik takhta. Tentu saja, Ferdenand dan Isabella yang mempersatukan kedua-dua kerajaan besar Kristian melalui perkahwinan itu tidak cukup puas. Kedua-duanya ingin merebut kekuasaan terakhir umat Islam di Sepanyol.

Abu Abdullah tidak berkuasa menahan serangan-serangan orang Kristian tersebut dan pada akhirnya mengaku kalah. Beliau menyerahkan kekuasaan kepada Ferdenand dan Isabella, kemudian berhijrah ke Afrika Utara. Dengan demikian berakhirlah kekuasaan Islam di Sepanyol tahun 1492 Masehi. Umat Islam selepas itu dihadapkan kepada dua pilihan, masuk Kristian atau pergi meninggalkan Sepanyol. Pada tahun 1609 Masehi, boleh dikatakan tidak ada lagi umat Islam di daerah ini. 

Kemajuan Peradaban 

Kemajuan Intelektual 

Sepanyol adalah negara yang subur. Masyarakat Sepanyol Islam merupakan masyarakat majemuk yang terdiri dari komuniti-komuniti Arab (Utara dan Selatan) Al-Muwalladun (orang-orang Sepanyol yang masuk Islam), Barbar (umat Islam yang berasal dari Afrika Utara), Al-Shaqalibah (penduduk daerah antara Konstantinopel dan Bulgaria yang menjadi tawanan Jerman dan dijual kepada penguasa Islam untuk dijadikan tentera bayaran), Yahudi, Kristian Muzareb yang berbudaya Arab, dan Kristian yang masih menentang kehadiran Islam.

Semua komuniti itu, kecuali yang terakhir memberikan saham intelektual terhadap terbentuknya lingkungan budaya Andalusia yang melahirkan kebangkitan ilmiah, sastera, dan pembangunan fizikal di Sepanyol. 

Falsafah 

Islam di Sepanyol telah mencatat satu lembaran budaya yang sangat briliant dalam bentangan sejarah Islam. Ia berperanan sebagai jambatan penyeberangan yang dilalui ilmu pengetahuan Yunani-Arab ke Eropah pada abad ke-12. minat terhadap falsafah dan ilmu pengetahuan mulai dikembangkan pada abad ke-9 Masehi selama pemerintahan penguasa Bani Umaiyyah yang ke-5, Muhammad ibn Abd Al-Rahman (832-886 Masehi). 

Tokoh utama dan pertama dalam sejarah falsafah Arab-Sepanyol adalah Abu Bakr Muhammad ibn Al-Sayigh yang lebih dikenali dengan panggilan Ibn Bajjah. Tokoh utama yang kedua adalah Abu Bakr ibn Thufail, penduduk asli Wadi Asa, sebuah dusun kecil di sebelah timur Granada dan meninggal dunia pada usia lanjut tahun 1185 Masehi. Bahagian akhir abad ke-12 Masehi menjadi saksi munculnya seorang pengikut Aristoteles yang terbesar di gelanggang falsafah dalam Islam, iaitu Ibnu Rusyd dari Cordova. Pada abad ke 12 diterjemahkan buku Al-Qanun karya Ibnu Sina (Avicenne) mengenai kedoktoran. Di akhir abad ke-13 diterjemahkan pula buku Al-Hawi karya Ar-Razi yang lebih luas dan lebih tebal dari Al-Qanun.

Sains 

Abbas ibn Fama termasyhur dalam ilmu kimia dan astronomi. Beliau merupakan orang yang pertama kali menemukan pembuatan kaca dari batu. Ibrahim ibn Yahya Al-Naqqash terkenal dalam ilmu astronomi. Beliau dapat menentukan waktu terjadinya gerhana matahari dan menentukan berapa lamanya. Beliau juga berjaya membuat teropong moden yang dapat menentukan jarak antara tata surya dan bintang-bintang. Ahad ibn Ibas dari Cordova adalah ahli dalam bidang ubat-ubatan. Umi Al-Hasan bint Abi Ja’far dan saudara perempuan Al-Hafidzh adalah dua orang pakar kedoktoran dari kalangan wanita. 

Dalam bidang sejarah dan geografi, wilayah Islam bahagian barat melahirkan banyak pemikir terkenal. Ibn Jubair dari Valencia (1145-1228 Masehi) menulis tentang negeri-negeri Muslim Mediteranian dan Sicilia dan Ibn Bathuthah dari Tangier (1304-1377 Masehi) sampai ke Lautan Pasai dan China. Ibn Khaldun (1317-1374 Masehi) menyusun riwayat Granada, sedangkan Ibn Khaldun dart Tum adalah perumus falsafah sejarah. Semua sejarawan di atas bertempat tinggal di Sepanyol yang kemudiannya berpindah ke Afrika. 

Fikih

Dalam bidang fikih, Sepanyol dikenali sebagai penganut mazhab Maliki. Yang memperkenalkan mazhab ini di sana adalah Ziyad ibn Abd Al-Rahman. Perkembangan selanjutnya ditentukan oleh Ibn Yahya yang menjadi qadhi pada masa Hisyam ibn Abd Al-Rahman. Ahli-ahli fikih lainnya ialah Abu Bakr ibn Al-Quthiyah, Munzir ibn Sa’id Al-Baluthi dan Ibn Hazm yang terkenal.

Sedillot berkata, ‘Mazhab Maliki itulah yang secara khusus memikat pandangan kita kerana hubungan kita dengan bangsa Arab Afrika. Pada waktu itu pemerintah Perancis menugaskan Dari Peron untuk menerjemahkan buku Fiqh Al Mukhtashar karya Al Khalik bin Ishaq bin Ya’qub (meninggal dunia pada 1422 Masehi).

Muzik Dan Kesenian 

Dalam bidang muzik dan seni suara, Sepanyol Islam mencapai kecemerlangan dengan tokohnya Al-Hasan ibn Nafi yang dijuluki Zaryab. Setiap kali diadakan pertemuan dan jamuan, Zaryab selalu tampil mempersembahkan kebolehannya. Beliau juga terkenal sebagai pengubah lagu. Ilmu yang dimilikinya itu diturunkan kepada anak-anaknya baik lelaki mahupun wanita, dan juga kepada para remaja, sehingga kemasyhurannya tersebar luas. 

Bahasa Dan Sastera 

Bahasa Arab telah menjadi bahasa pentadbiran dalam pemerintahan Islam di Sepanyol. Di antara para ahli yang mahir dalam bahasa Arab, baik keterampilan berbicara mahupun tata bahasa ialah Ibn Sayyidih, Ibn Malik pengarang Alfiyah, Ibn Huruf, Ibn Al-Hajj, Abu Ali Al-Isybili, Abu Al-Hasan Ibn Usfur, dan Abu Hayyan Al-Gharnathi. 

Kemegahan Pembangunan Fizikal 

Orang ramai memperkenalkan pengaturan hidariolik untuk tujuan irigasi. Kalau dam digunakan untuk menyedut curahan air wuduk dibuat untuk konservasi. Pengaturan hydariolik itu dibina dengan memperkenalkan roda air asal Persia yang dinamakan na’urah (Sepanyol Noria). Namun pembangunan fizikal yang paling menonjol adalah pembangunan gedung-gedung, seperti pembangunan kota, istana, masjid, pemukiman, taman-taman. Di antara pembangunan yang megah adalah Masjid Cordova, kota Al-Zahra, Istana Ja’fariyah di Saragosa, tembok Toledo, Istana Al-Makmun, Masjid Seville dan Istana Al-Hamra di Granada. 

Faktor Penyokong Kemajuan 

Sepanyol Islam, kemajuannya sangat ditentukan oleh adanya penguasa-penguasa yang kuat dan berwibawa, yang mampu mempersatukan kekuatan-kekuatan umat Islam, seperti Abd Al-Rahman Al-Dakhil, Abd Al-Rahman Al-Wasith dan Abd Al-Rahman Al-Nashir. Kejayaan politik pemimpin-pemimpin tersebut ditunjang oleh kebijaksanaan penguasa-penguasa lainnya yang mempelopori kegiatan-kegiatan ilmiah dan adanya toleransi yang ditegakkan oleh penguasa terhadap penganut agama Kristian dan Yahudi. 

Penyebab Kemunduran Dan Kehancuran 

  1. Konflik Islam dengan Kristian 
  2. Tidak adanya Ideologi Pemersatu 
  3. Kesukaran Ekonomi 
  4. Tidak Jelasnya Sistem Peralihan Kekuasaan 
  5. Keterpencilan.

Namun ada faktor lain yang menyebabkan kemunduran kebudayaan Islam iaitu: 

  1. Kelemahan di bidang politik 
  2. Munculnya orang-orang Moghul 
  3. Munculnya unsur Turki 
  4. Ditemukannya Mesiu.

Pengaruh Peradaban Sepanyol Islam Di Eropah

Sepanyol merupakan tempat yang paling utama bagi Eropah menyerap peradaban Islam, baik dalam bentuk hubungan politik, sosial, mahupun perekonomian dan peradaban antara negara. Orang-orang Eropah menyaksikan kenyataan bahawa Sepanyol berada di bawah kekuasaan Islam jauh meninggalkan negara-negara tetangga Eropah, terutama dalam bidang pemikiran dan sains di samping bangunan fizikal. 

Bermula dari gerakan Averroeisme inilah di Eropah kemudian lahir reformasi pada abad ke-16 Masehi dan rasionalisme pada abad ke-17 Masehi. Pengaruh ilmu pengetahuan Islam atas Eropah yang sudah berlangsung sejak abad ke-12 Masehi itu menimbulkan gerakan kebangkitan kembali (renaissance) pusaka Yunani di Eropah pada abad ke-14 Masehi. Walaupun Islam akhirnya terusir dari negeri Sepanyol dengan cara yang sangat kejam, tetapi ia telah membidani gerakan-gerakan penting di Eropah. Gerakan-gerakan itu adalah kebangkitan kembali kebudayaan Yunani klasik (renaissance) pada abad ke-14 Masehi yang bermula di Itali, gerakan reformasi pada abad ke-16 Masehi, rasionalisme pada abad ke-17 Masehi, dan pencerahan (aufklaerung) pada abad ke-18 Masehi. 

Kesimpulan

Islam pertama kali masuk ke Sepanyol pada tahun 711 Masehi melalui jalur Afrika Utara. Wilayah Andalusia yang sekarang disebut dengan panggilan Sepanyol di hujung selatan benua Eropah, masuk ke dalam kekuasaan Dinasti Bani Umaiyyah semenjak Thariq bin Ziyad, bawahan Musa bin Nushair gabenor Qairuwan, mengalahkan pasukan Sepanyol pimpinan Roderik Raja bangsa Gothia (92 Hijrah atau 711 Masehi). Sepanyol diduduki umat Islam pada zaman Khalifah Al-Walid (705-715), salah seorang khalifah dari Bani Umaiyyah yang berpusat di Damaskus. 

Perkembangan Islam di Sepanyol berlangsung lebih dari tujuh setengah abad. Perkembangan itu dibahagi menjadi enam penggal iaitu: Penggal Pertama (711-755 Masehi), Penggal Kedua (755-912 Masehi), Penggal Ketiga (912-1013 Masehi), Penggal Keempat (1013-1086 Masehi), Penggal Kelima (1086-1248 Masehi), dan Penggal Keenam (1248-1492 Masehi). Kemajuan peradaban itu dipengaruhi oleh kemajuan intelektual yang di dalamnya terdapat ilmu falsafah, sains, fikih, muzik dan kesenian, begitu juga dengan bahasa dan sastera, dan kemegahan pembangunan fizikal. 

Faktor-faktor penyokong kemajuan Sepanyol Islam, di antaranya kemajuannya sangat ditentukan oleh adanya penguasa-penguasa yang kuat dan berwibawa, yang mampu mempersatukan kekuatan-kekuatan umat Islam, seperti Abd Al-Rahman Al-Dakhil, Abd Al-Rahman Al-Wasith dan Abd Al-Rahman Al-Nashir. Kejayaan politik pemimpin-pemimpin tersebut ditunjang oleh kebijaksanaan penguasa-penguasa lainnya yang mempelopori kegiatan-kegiatan ilmiah dan adanya toleransi yang ditegakkan oleh penguasa terhadap penganut agama Kristian dan Yahudi. 

Kemunduran dan kehancuran Islam di Sepanyol antara lain, konflik Islam dengan Kristian, tidak adanya ideologi pemersatu, kesukaran ekonomi, tidak jelasnya sistem peralihan kekuasaan keterpencilan.

Semangat Islam

Semangat Cordova yang selalu ‘haus’ ilmu pengetahuan perlu menjadi jawaban atas kelemahan-kelemahan yang terjadi di dunia Muslim ketika ini. Harus dihilangkan asumsi Muslim sebagai yang terbelakang, gagap teknologi, dan malas berfikir (rasional dan ilmiah), lebih-lebih lagi di dunia ketiga.

Selain peradaban Baghdad di bawah Dinasti Abbasiyah, Islam mencapai kecemerlangan ketika fasa Cordova dalam naungan Bani Umaiyyah. Dua peradaban itu, Baghdad dan Cordova, pernah menjadi pusat kekuatan di dua kutub Islam: timur dan barat. Nama-nama besar seperti Marshal Hodgson, Karen Armstrong dan Montgomery Watt juga harus mengakui Islam Baghdad dan Cordova sebagai catatan sejarah ‘peradaban emas’ (the golden civilization) Islam yang menjadi ‘kiblat’ peradaban lain, termasuk barat, dalam progresiviti pemikiran, seni, keilmuan, teknologi, dan kebudayaan.

Cordova yang menjadi ibu kota kekaisaran Andalusia (Sepanyol), awalnya ditaklukkan Thariq Bin Ziyad melalui Selat Giblatar (Jabal Thariq) dengan panglima perangnya, Musa Bin Nusair. Kedatangan Islam di Sepanyol merupakan titik penting bagi penyebaran Islam di Eropah. Kerana itu, Sepanyol dianggap sebagai gerbang pertama masuknya Islam di Eropah.

Kedatangan Islam di Sepanyol tidak terlalu banyak ‘menghabiskan darah’ seperti ‘ekspansi’ Islam ke wilayah-wilayah lain. Kerana itu, selama memasuki Andalusia (Sepanyol), satu-satunya peperangan yang dialami pasukan Islam di bawah Thariq Bin Ziyad dari tahun 711 sehingga 714 Masehi, adalah peperangan dengan pasukan raja Roderick, raja Kristian yang memaksakan keyakinan triniti kepada kaum Nasrani Aria yang lebih meyakini Nabi Isa sebagai utusan Tuhan semata. 

Ini menjelaskan bahawa perkenalan Islam di Sepanyol bukan dengan kekerasan, melainkan secara damai dan toleran. Kerana itu, Watt (1992) kemudian cuba meluruskan Islam yang tidak menakutkan, kejam, dan manusiawi yang acapkali dipersepsikan oleh para orientalis. Watt juga menuliskan bahawa tidak adanya sekatan pembatas antara ilmu pengetahuan, etika dan ajaran agama di Cordova menjadikan Islam cepat meraih kejayaan Andalusia (Sepanyol). Antara pengalamalan syariat dan kajian ilmiah dapat dibersamakan. Islam Cordova merupakan Islam otentik sekali gus moden. Tidak ada ‘saling kunci’ antara keduanya. 

Ini mungkin berbeza dengan di barat ketika terkongkong dalam abad kegelapan (dark age). Konon Galileo Galilei dengan heliosentrisme-nya melawan arus geosentrisme gereja harus mendapatkan hukuman berat. Pengetahuan di barat begitu ‘dikongkong’ dalam keperkasaan (kuasa) agama. Di Cordova, proses lain yang terjadi. Pencarian ilmu diterima dengan tangan terbuka. Khalifah Abdurrahman Adh-Dakhil (756-788 Masehi) merupakan khalifah pertama di Andalusia yang mahu menerima tradisi keilmuan dengan baik. Pada ketika kekhalifahannya, ad-Dakhil membina Masjid Cordova (755 Masehi) yang masih megah hingga kini. Bangunan ini diakui oleh dunia sebagai bukti masa keemasan Cordova di bawah kekhalifahan Islam. 

Zaman keemasan berlanjutan hingga kekhalifahan Abdul Rahman An-Nashir atau Abdurrahman III (912-961 Masehi). Meskipun menjadi khalifah di usia belia (23 tahun), namun Abdurrahman III mampu mengukir sejarah yang luar biasa. Dia merupakan khalifah yang mampu menjaga stabiliti negerinya dengan baik. Pada masanya, di Cordova dibina sebuah universiti yang megah dengan perpustakaan yang di dalamnya terdapat ratusan ribu buku.

Demikianlah Cordova mampu menjadi pusat peradaban. Keadaan kota yang menakjubkan, rumah-rumah yang indah, kesejahteraan rakyatnya, perpustakaan dengan jumlah yang tidak sedikit, dan keteraturan dalam berbagai hal, termasuk kehidupan sosial multiagama (Islam, Kristian dan Yahudi) yang mampu berjalan beriringan.

‘Kiblat peradaban’ yang dipegang Cordova menjadi pengajaran yang berharga bagi barat ketika itu, khususnya antara kurun waktu abad ke-8 sehingga ke-13. Ramai di antara para ilmuwan Cordova seperti Ibnu Thufail (1107-1185), Ibnu Baitar (1190-1248), Ibnu Arabi (1164-1240), Ibnu Bajjah (1082-1138), dan tentu saja Ibnu Rusyd (1126-1198) yang menjadi guru bagi barat untuk ‘melek’ pengetahuan. Sehingga, dalam kurun waktu tersebut barat banyak mengirimkan sarjana untuk belajar di Cordova, meskipun pada akhirnya Cordova sendiri – setelah dua setengah abad – harus ‘tenggelam’ dihancurkan kekuatan oleh Kristiani (Aragon dan Isabella dari Castile pada tahun 1492) yang kemudiannya telah menguburkan kecemerlangan Islam di sana.

Sejarah Cordova merupakan ketika di mana Islam mampu difahami sebagai pendorong pengetahuan, bukan mengongkongnya. Teknologi, asalkan itu maslahat, maka kewajiban bagi umat Muslim untuk selalu mengejarnya. Jika ada sebuah hadis Rasulullah s.a.w, uthlubul ilm walau bi shin (kejarlah ilmu meski ke negeri China), maka itu mencerminkan baginda s.a.w selalu mengiyakan umat Islam untuk senantiasa mencari pengetahuan dari mana pun dan sampai bila pun, min al mahdi ila lahdi.

Proses itu juga yang telah menjadikan Cordova gemilang selama berabad-abad di Sepanyol. Kerananya, teladan itulah yang perlu diikuti umat Islam masa kini. Semangat Cordova yang selalu ‘haus’ ilmu pengetahuan perlu menjadi jawaban atas kelemahan-kelemahan yang terjadi di dunia Muslim ketika ini. Harus dihilangkan asumsi Muslim sebagai yang termundur, gagap teknologi, dan malas berfikir (rasional dan ilmiah), lebih-lebih lagi di dunia ketiga.

Di dalam karyanya yang berjudul The Arabs: A Short History (1970), Philip K Hitti dengan jujur menyebut Islam di Sepanyol sebagai pemimpin utama dalam budaya dan peradaban di seluruh dunia di antara pertengahan abad ke-8 dan permulaan abad ke-13. Mengejar kembali peradaban Islam bukan bererti harus kembali mengulang sejarah keemasan Cordova masa lampau, kerana situasinya memang sudah berbeza.

Tetapi, dengan semangat era keemasan seperti Cordova, umat Muslim dapat jauh lebih menghargai ilmu pengetahuan dan teknologi untuk menjayakan kembali Islam. Semangat Cordova adalah semangat dengan catatan sejarah klasik yang moden dengan kecemerlangan pemikiran dan penemuan-penemuan ilmiahnya. Kerana itu, mari membangun ‘Cordova-Cordova’ baru yang akan menjadi pemimpin peradaban pada masa mendatang.

Meniti Sejarah Thariq Bin Ziyad

Mendung hitam menyelubungi bumi Sepanyol. Eropah sedang dikongkong sepenuhnya oleh penjajah iaitu Raja Gotik yang zalim. Kaum wanita terancam kesuciannya, petani dikenakan cukai tanah yang tinggi, dan banyak lagi penindasan yang tidak berperikemanausiaan. Raja dan konconya bersuka ria dalam kemewahan sedang rakyat merintih dalam kesengsaraan. Thariq Bin Ziyad dikenali dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jenderal dari Dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan Muslim atas wilayah Al-Andalus (Sepanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 Masehi.

Pada tanggal 29 April 711, pasukan Thariq bin Ziyad telah mendarat di Gibraltar (nama Gibraltar berasal dari bahasa Arab, Jabal Thariq yang ertinya Gunung Thariq). Setelah pendaratan, beliau memerintahkan untuk membakar semua kapal dan berbicara di hadapan anak buahnya untuk membangkitkan semangat mereka: ‘Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran.’

Pasukan Thariq bin Ziyad menyerbu wilayah Andalusia dan pada musim panas tahun 711 berjaya meraih kemenangan yang menentukan atas kerajaan Visigothic, di mana rajanya, Roderic terbunuh pada tanggal 19 Julai 711 dalam pertempuran Guadalete. Selepas itu, Thariq bin Ziyad menjadi gabenor wilayah Andalusia sebelum akhirnya dipanggil pulang ke Damarkus oleh Khalifah Walid I.

Tindakan Membakar Kapal

Menurut sejarah barat, kemenangan pasukan Muslim dalam penaklukan Andalusia banyak dipengaruhi oleh semangat juang yang berjaya dikobarkan oleh Thariq bin Ziyad di mana beliau memerintahkan untuk membakar semua kapal sehingga tidak ada jalan untuk melarikan diri selain bertempur habis-habisan melawan musuh sehingga meraih kemenangan atau mati sebagai syuhada. Thariq bin Ziyad merupakan sosok pahlawan yang mampu membawa kejayaan Islam pada masanya.

Siapakah Thariq bin Ziyad?

Mengenai asal-usul dan sejarah hidupnya, sangat sedikit buku sejarah yang menceritakannya. Thariq bin Ziyad berasal dari bangsa Barbar, mengenai sukunya, para sejarawan masih berbeza pendapat; sama ada beliau dari suku Nafza atau suku Zanata. Thariq bin Ziyad merupakan bekas seorang hamba yang kemudiannya dimerdekakan oleh Musa bin Nushair, Gabenor Islam di Afrika Utara dan di tangan Musa inilah Thariq bin Ziyad memeluk Islam bersama orang-orang Barbar yang lainnya yang tunduk di bawah kekuasaannya setelah penaklukkan daerah Tanja.

Dikisahkan bahawa setelah masuk Islam, mereka menjalankan ajaran agama Islam dengan baik. Oleh kerana itu, sebelum Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar mereka Al-Quran dan ajaran-ajaran Islam. Setelah itu Musa mengangkat Thariq bin Ziyad, yang merupakan perajurit Musa yang terkuat untuk menjadi penguasa daerah Tanja, hujung Morocco dengan kekuatan 19,000 tentera dari bangsa Barbar, lengkap dengan persenjataannya. Apa yang pasti, Thariq bin Ziyad merupakan antara kerlipan bintang yang bersinar setelah kewafatan Rasulullah s.a.w dan selepas zaman Khulafah Ar-Rasyidin.

Bermulanya Penaklukan Ke Atas Andalusia

Ini bertepatan dengan mendung hitam yang melanda Sepanyol dengan kekejaman penjajah Eropah yang pada ketika itu dikuasai oleh Raja Bangsa Gothik yang kejam bernama Raja Roderick. Golongan wanita merasa terancam kesuciannya, petani dikenakan cukai tanah yang tinggi, dan banyak lagi penindasan yang tidak berperikemanausiaan. Raja dan para kroninya bersuka ria dalam kemewahan sedang rakyat merintih dalam kesengsaraan. Sebahagian besar penduduk yang beragama Kristian dan Yahudi, berhijrah ke Afrika untuk mendapat ketenangan yang lebih menjanjikan. Dan ketika itu Afrika adalah sebuah daerah yang makmur dan mempunyai toleransi yang tinggi kerana berada di bawah naungan pemerintahan Islam.

Satu dari jutaan penghijrah itu adalah Julaian, Gabenor Ceuta yang anak perempuannya iaitu Florinda telah dinodai oleh Roderick. Mereka memohon pada Musa bin Nusair, raja muda Islam di Afrika untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang zalim tersebut. Setelah mendapat persetujuan Khalifah, Musa melakukan pengintipan ke atas pantai selatan Sepanyol.

Akhirnya, pada bulan Rejab tahun 97 Hijrah (bersamaan Julai 711 Masehi), Musa bin Nushair memerintahkan pembantunya Thariq bin Ziyad untuk menyerang Semenanjung Sepanyol dengan memimpin 12,000 tentera Muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah yang dipisahkan oleh Lautan Mediterranean sejauh 13 batu ini dengan kapal-kapal pemberian Julaian, Gabenor Ceuta.

Peperangan Menentang Nasrani Di Andalusia

Setelah mendarat di pantai karang, Thariq bin Ziyad dan pasukannya berhadapan dengan 100,000 tentera Visigoth di bawah pimpinan Roderick. Kedatangan pasukan Thariq bin Ziyad ini menimbulkan kehairanan kepada Tudmir, penguasa setempat yang berada di bawah kekuasaan Raja Roderick, kerana tentera Islam datang dari arah yang tidak diduga atau disangka-sangka, iaitu dari arah laut. Pada mulanya, bilangan tentera Kristian yang besar ini menggerunkan tentera kaum Muslimin. Namun, Thariq bin Ziyad dengan pantasnya mengumpulkan tentera Muslimin di atas sebuah bukit karang, dan Thariq bin Ziyad berucap memberi dorongan jihad di atas bukit itu. Bukit itu kini dikenali sebagai Jabal Thariq (Bukit Thariq) yang kemudiannya ditukar kepada Gibratar.

Di atas bukit karang setinggi 425 meter di pantai tenggara Sepanyol inilah Thariq bin Ziyad memerintahkan pembakaran semua kapal-kapal yang telah menyeberangkan mereka. Tentu saja perintah ini membuatkan tentera kaum Muslimin kehairanan. ‘Kenapa anda melakukan ini?’ tanya mereka. ‘Bagaimana kita akan kembali nanti?’ tanya yang lain. Namun Thariq bin Ziyad tenang dan tetap dengan pendiriannya. Dengan gagah berani Thariq bin Ziyad berseru, ‘Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan, menaklukkan negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid’.

Keberanian dan perkataannya yang luar biasa menggugah Iqbal, seorang penyair Persia, untuk menggubahnya dalam sebuah syair berjudul Piyam-i Mashriq: ‘Tatkala Thariq bin Ziyad membakar kapal-kapalnya di pantai Andalusia (Sepanyol), perajurit-perajurit mengatakan bahawa, tindakannya itu tidak bijaksana. Bagaimana mungkin mereka kembali ke negeri asal, dan peralatan peperangan adalah bertentangan dengan hukum Islam. Malahan kekuatan bilangan tentera musuh melebihi ribuan dari tentera kaum Muslimin.’

Mendengar itu semua, Thariq bin Ziyad menghunus pedangnya, dan menyatakan bahawa ‘setiap negeri kepunyaan Allah adalah kampung halaman kita.’

Kata-kata Thariq bin Ziyad itu bagaikan mencabut cambuk yang meledakkan semangat tentera Muslimin yang dipimpinnya. Bala tentera Muslimin yang berjumlah 12,000 orang mara melawan tentera Gothik yang berkekuatan 100,000 tentera. Pasukan Kristian jauh lebih unggul baik dalam jumlah mahupun persenjataan. Namun semua itu tidak mengecutkan hati pasukan Muslim setelah mendengarkan pidato dari Thariq bin Ziyad yang menggentarkan jiwa mereka untuk memburu syahid Allah.

Tanggal 19 Julai 711 Masehi, pasukan tentera Muslimin dan Nasrani bertemu dan bertempur dekat muara Sungai Barbate. Thariq bin Ziyad memecahkan pasukannya menjadi 4 kelompok, dan menyebarkan mereka ke Cordova, Malaga, dan Granada. Sedangkan dia sendiri bersama pasukan utamanya menuju ke Toledo, ibukota Sepanyol. Semua kota-kota itu menyerah tanpa penentangan yang sukar. Kecepatan gerak dan kehebatan pasukan Thariq bin Ziyad ini berjaya melumpuhkan pasukan tentera bangsa Gothik.

Bahkan Raja Roderick sendiri awal-awal lagi telah tewas di Sungai Barbate. Kemenangan Thariq bin Ziyad yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Sepanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentera Islam secara terbuka. Dalam buku yang berjudul Tarikh al-Andalus, disebutkan bahawa sebelum meraih kemenangan ini, Thariq bin Ziyad telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w bersama keempat-empat Khalifah Khulafa’ Ar-Rasyidin berjalan di atas air hingga menemuinya, lalu baginda Rasulullah s.a.w memberitakan khabar gembira bahawa dia akan berjaya menaklukkan Andalusia. Rasulullah s.a.w menyuruhnya untuk selalu bersama kaum Muslimin dan menepati janji.

Selepas Penaklukan Islam Ke Atas Sepanyol

Rakyat Sepanyol yang telah sekian lama tertindas dengan penjajahan bangsa Gothik, mengalu-alukan kedatangan tentera Muslimin. Selain itu, perilaku dan akhlak Thariq bin Ziyad dan orang-orang Islam begitu mulia menyebabkan disayangi oleh bangsa-bangsa yang ditaklukkannya. Salah satu pertempuran paling hebat terjadi di Ecija, yang membawa kemenangan bagi pasukan Thariq bin Ziyad. Dalam pertempuran ini, Gabenor Musa bin Nusair telah bergabung dengan Thariq bin Ziyad untuk mengalahkan tentera Nasrani. Selanjutnya, kedua jenderal perang itu bergerak mara terus berdampingan dan dalam kurun waktu kurang dari 2 tahun seluruh Semenanjung Sepanyol telah jatuh ke tangan Islam. Portugis kemudiannya turut ditakluk pula beberapa tahun kemudian. Ketika inilah nama Sepanyol telah ditukar kepada Andalusia.

Philip K. Hitti, pemerhati berbangsa Eropah telah menulis: ‘Ini merupakan perjuangan utama yang terakhir dan paling sensasi bagi bangsa Arab itu. Penaklukan ini membawa masuknya wilayah Eropah yang paling luas yang belum pernah mereka (tentera Islam) peroleh sebelumnya ke dalam kekuasaan Islam. Kecepatan pelaksanaan dan kesempurnaan operasi ke Sepanyol ini telah mendapat tempat yang unik di dalam sejarah peperangan abad pertengahan.’ Penaklukkan Sepanyol oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui. Ketidaktoleransi dan penganiayaan yang biasa dilakukan orang-orang Kristian dan bangsa Eropah telah digantikan oleh toleransi yang tinggi dan kebaikan hati yang luar biasa.

Keadilan ditegakkan tanpa pandang bulu, sehingga jika tentera Islam yang melakukan kesalahan akan dikenakan hukuman berat. Tidak ada harta benda atau tanah milik rakyat yang disita. Orang-orang Islam memperkenalkan sistem percukaian yang sangat jitu yang dengan cepat membawa kemakmuran di semenanjung itu dan menjadikan negeri teladan di Barat. Orang-orang Kristian dibiarkan memiliki hakim sendiri untuk memutuskan perkara-perkara mereka. Semua komuniti mendapat kesempatan yang sama dalam pelayanan umum.

Pemerintahan Islam yang baik dan bijaksana ini membawa kesan luar biasa. Orang-orang Kristian termasuk pendeta-pendetanya yang pada mulanya meninggalkan rumah mereka dalam keadaan ketakutan, kembali pulang dan menjalani hidup yang bahagia dan makmur. Seorang penulis Kristian terkenal menulis: ‘Muslim-muslim Arab itu mentadbir kerajaan Cordova dengan baik dan ia merupakan sebuah keajaiban Abad Pertengahan, mereka mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan keistimewaan kepada dunia Barat. sedangkan ketika itu bangsa Eropah sedang dalam situasi pergolakan dan kebodohan yang biadab.’

Thariq bin Ziyad berhajat melakukan penaklukkan ke atas seluruh Eropah, tetapi Allah s.w.t menentukan lainnya. Ketika merencanakan penyerbuan ke negara-negara Eropah, telah datang panggilan dari Khalifah untuk pergi ke Damaskus. Dengan disiplin dan kepatuhan ang tinggi, Thariq bin Ziyad memenuhi panggilan Khalifah dan berusaha tiba seawal mungkin di Damaskus. Tidak lama kemudian, Thariq bin Ziyad meninggal dunia di sana. Hamba atau abdi Barbar, penakluk Sepanyol, wilayah Islam terbesar di Eropah yang selama lapan abad di bawah kekuasaan Islam telah memenuhi panggilan Rabbnya. Semoga Allah merahmatinya dan menerima roh Thariq bin Ziyad.


Kebijaksanaan Thariq Bin Ziyad

Membakar kapal sendiri setelah menyeberangi sesebuah tasik, lautan atau sungai adalah satu tindakan kurang kurang cerdik kerana dengan apakah pengangkutan yang akan membawa para penumpangnya pulang ke tempat asal semula? Namun tindakan Thariq bin Ziyad membakar kapal-kapal yang membawa tentera Islam sebaik tiba di pantai Andalusia, mempunyai falsafahnya yang tersendiri.

Falsafah Tersembunyi

Apakah falsafah di sebalik membakar kapal dalam kehidupan kita seharian? Apakah falsafah itu? Bertauladankan kebijaksanaan Thariq bin Ziyad, seorang komandan perang yang bijaksana semasa zaman kekhalifahan Al-Walid 1 sekitar tahun 711 Masehi. Thariq bin Ziyad bersama armadanya telah diutuskan untuk menyerang Sepanyol. Merentasi lautan Meditranean dari Algeria, beliau sampai ke tempat yang kini dinamakan Jabal Thariq (Bukit Thariq), di sini beliau membuat keputusan yang berani dengan membakar kesemua armadanya. Dan ini apa yang beliau katakan: ‘Oh my warriors, whither would you flee? Behind you is the sea, before you, the enemy. You have left now only the hope of your courage and your constancy.’

‘Remember that in this country you are more unfortunate than the orphan seated at the table of the avaricious master. Your enemy is before you, protected by an innumerable army; he has men in abundance, but you, as your only aid, have your own swords, and, as your only chance for life, such chance as you can snatch from the hands of your enemy. If the absolute want to which you are reduced is prolonged ever so little, if you delay to seize immediate success, your good fortune will vanish, and your enemies, whom your very presence has filled with fear, will take courage. Put far from you the disgrace from which you flee in dreams, and attack this monarch who has left his strongly fortified city to meet you.’

‘Here is a splendid opportunity to defeat him, if you will consent to expose yourselves freely to death. Do not believe that I desire to incite you to face dangers which I shall refuse to share with you. In the attack I myself will be in the fore, where the chance of life is always least. Remember that if you suffer a few moments in patience, you will afterward enjoy supreme delight. Do not imagine that your fate can be separated from mine, and rest assured that if you fall, I shall perish with you, or avenge you. You have heard that in this country there are a large number of ravishingly beautiful Greek maidens, their graceful forms are draped in sumptuous gowns on which gleam pearls, coral, and purest gold, and they live in the palaces of royal kings.’

‘The Commander of True Believers, Alwalid, son of Abdalmelik, has chosen you for this attack from among all his Arab warriors; and he promises that you shall become his comrades and shall hold the rank of kings in this country. Such is his confidence in your intrepidity. The one fruit which he desires to obtain from your bravery is that the word of God shall be exalted in this country, and that the true religion shall be established here. The spoils will belong to yourselves. Remember that I place myself in the front of this glorious charge which I exhort you to make. At the moment when the two armies meet hand to hand, you will see me, never doubt it, seeking out this Roderick, tyrant of his people, challenging him to combat, if God is willing.’

‘If I perish after this, I will have had at least the satisfaction of delivering you, and you will easily find among you an experienced hero, to whom you can confidently give the task of directing you. But should I fall before I reach to Roderick, redouble your ardor, force yourselves to the attack and achieve the conquest of this country, in depriving him of life. With him dead, his soldiers will no longer defy you.’

Lihatlah apabila hidup kita kurang pilihan, pastinya kita akan lebih fokus untuk sesuatu. Tentera Thariq bin Ziyad akhirnya berjaya menewaskan bala tentera Sepanyol yang jumlahnya berkali ganda ramainya. Di belakang mereka laut, di hadapan mereka musuh. Hidup adalah satu harapan apabila kemenangan itu diperolehi. Jadi, adakah kita ada pilihan lain?

Isu bagaimana Islam menjadi satu bangsa (bukan lagi agama atau sistem) kurang bijak pada zaman ini disebabkan terlalu selesa dengan pilihan dan alternatif. Cerita yang sama juga pernah diceritakan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang berprinsip untuk berjaya seperti panglima Thariq bin Ziyad ke sebuah pulau dan kemudian kita bakar sampan atau jambatan. Di situ kita belajar tentang kehidupan dan juga kejayaan.

Agar pasukannya tidak gentar menghadapi musuh, Thariq bin Ziyad menggunakan taktik di mana sesampai sahaja angkatan perang (laut) setelah menyeberangi Selat Andalusia, beliau berkata kepada para perajuritnya bahawa perahu (bahtera) yang diberikan oleh Julaian itu telah sengaja dibakar. Thariq bin Ziyad pun berucap dengan penuh semangat: ‘Wahai manusia, ke mana kau akan lari? Laut di belakangmu dan musuh di depanmu. Maka, tidak ada jalan lain untuk selamat kecuali berjuang berhabis-habisan’.

Taktik Yang Berkesan

Taktik yang digunakan oleh Thariq bin Ziyad itu ternyata amat berkesan. Akhirnya, pertempuran itu dimenangi oleh Thariq bin Ziyad dan Raja Roderick sendiri tewas dalam pertempuran tersebut.

Kemudian Thariq bin Ziyad meminta tambahan pasukan kepada Musa bin Nusair. Lalu Musa bin Nusair menghantar 5,000 orang perajurit yang sebahagian besar berbangsa Barbar. Satu demi satu kota di Andalusia berjaya ditawan oleh para perajurit Thariq bin Ziyad; kota-kota tersebut termasuklah Toledo, Elvira, Granada, Cordova, Malaga, dan Arichidona.

Mendengar kejayaan yang dicapai oleh Thariq bin Ziyad, Musa bin Nusair berasa iri hati. Pada tahun 712 Masehi, beliau menyusul Thariq bin Ziyad bersama 18,000 perajuritnya melalui jalan lain yang ditempuh oleh Thariq bin Ziyad. Musa bin Nusair berjaya menguasai Sidonia, Kormona, Merida, dan Sevilla. Beliau juga menewaskan kerajaan Visigith, Theodomir di Orihuela.

Beliau bertemu Thariq bin Ziyad dan pasukannya di Telodo. Mereka berjaya menakluki Zaragoza, Aragon, Leon, Aturia, dan Galicia. Dengan demikian, seluruh daratan semenanjung Andalusia berjaya dikuasai oleh perajurit Muslim. Selepas itu, mereka kemudiannya dipanggil pulang ke Damsyik oleh Khalifah Al-Walid.

Setelah berjuang bermati-matian menakluki Sepanyol, bukan penghargaan yang diterima oleh Thariq bin Ziyad melainkan pemecatan yang dilakukan oleh Musa bin Nusair. Thariq bin Ziyad dipecat atas alasan tidak patuh arahan Musa bin Nusair walhal sebenarnya Musa bin Nusair iri hati terhadap kejayaan Thariq bin Ziyad.

Namun, kejadian ini tidak mengganggu usaha penaklukan ke atas Sepanyol. Jauh sebelum penaklukan ke atas Sepanyol, antara Musa bin Nusair dengan Thariq bin Ziyad sememangnya sudah terdapat bibit-bibit persaingan. Namun, Thariq bin Ziyad tetap menghormati ketuanya. Peristiwa pemecatan Thariq bin Ziyad diketahui oleh Khalifah Al-Walid. Ketika memanggil kedua-dua, jelas khalifah memberi perhatian yang lebih kepada Thariq bin Ziyad.

Tenggelam Dalam Lipatan Sejarah

Setelah Khalifah Al-Walid meninggal dunia, nama Thariq bin Ziyad seakan-akan tenggelam, namun Gibraltar yang terus ‘timbul’ di dalam lipatan sejarah telah mengharumkan nama seorang panglima Islam yang hidupnya berjuang di jalan Allah dengan menegakkan syiar Islam menyeberangi sempadan benua, hingga Islam dapat diterima di Eropah. Thariq bin Ziyad kembali ke rahmatullah pada tahun 270 Masehi.

Ada beberapa pengajaran yang dapat dipetik dari kisah panglima pasukan Islam berkenaan dengan keputusannya untuk membakar perahunya.

Thariq bin Ziyad memberikan iktibar kepada kita sebagai umat Islam dalam mengharungi kehidupan ini, bila seseorang ingin memenangi pertarungan dalam kehidupannya hendaknya jangan sekali-kali lari dari permasalahan yang dihadapinya. Ada kata-kata hikmah yang bergulir dalam khazanah kehidupan:

  1. ‘Pelaut ulung tidak akan lahir di laut yang tenang’.
  2. ‘Orang-orang yang hebat tidak akan lahir dari sebuah situasi tanpa cabaran dan halangan.’

Kita diajarkan oleh Thariq bin Ziyad untuk tidak silau dengan kejayaan masa lalu, kerana kejayaan masa lalu belum tentu terjadi ketika ini jika tidak dikemas dan dijaga dengan benar. Armada kapal yang ditumpangi Thariq bin Ziyad dan pasukannya telah mampu mengantarkan mereka sampai di daratan Sepanyol.

Misi itu, adalah misi yang luar biasa. Sebab ketika itu alat pengangkutan belumlah secanggih sekarang. Ketika ‘dunia’ yang dihadapi kemudian berubah menjadi daratan, Thariq bin Ziyad tidak terlena mengagumi kapal-kapal laut yang telah menyeberangkan mereka. Singkirkan zon selesa dalam diri kita. Bila kapal tetap ada, mental bertempur pasukan tentu akan lemah. Boleh jadi sebahagian pasukan akan berfikir: ‘Ah, bila kita terdesak, kita boleh kembali ke negeri kita dengan kapal ini. Tenang saja!’

Dunia berubah sangat cepat. Cabaran yang kita hadapi juga makin kompleks. Bila kita tidak ingin dilindas zaman, segeralah bakar kapal anda. Lalu kemudian bertempurlah dengan cara kesateria.

Tamadun Islam Andalusia
‘Pemuda-pemuda kita yang beragama Kristian, mereka tampan, kemas, beretika dan mempunyai kenderaan yang baik. Mereka fasih berbahasa Arab serta tinggi kecenderungan untuk menggeluti buku-buku Islam. Mereka amat kagum dengan bahasa Arab yang indah, teruja dengan galur sastera dan pemikiran ilmu Islam sehingga karya-karya ilmuwan Islam lebih dikenali berbanding sastera gereja (Kristian). Malahan, di kalangan mereka ramai yang memandang rendah terhadap budaya dan sastera Kristian. Sayang, orang-orang Kristian jahil tentang undang-undang mereka sendiri. Orang-orang Latin tidak mengendahkan bahasa mereka sendiri.’

Kata-kata ini diucapkan oleh Paderi Alwaro di Cordova pada tahun 854 Masehi terhadap bangsa Sepanyol yang beragama Kristian. Beliau kesal hegemoni Islam telah membuatkan budaya Kristian diabaikan, malahan rata-rata penganutnya lebih berbangga untuk bertutur dan bertingkah-laku seperti orang-orang Islam khususnya Arab.

Golongan Mozarab (orang Kristian tempatan yang bernaung di bawah pemerintahan Islam Sepanyol) baik di kalangan awam dan aristokrat terpesona dengan undang-undang dan kebudayaan Islam apabila Islam bertapak di Sepanyol pada tahun 710 Masehi. Kedatangan Islam dilihat sebagai wira ‘yang menyelamatkan’ bangsa Sepanyol yang dimomoki pemerintahan kejam Clasas Elevadas (kaum atasan Rom dan Visigoth) yang diketuai golongan paderi, raja-raja dan bangsawan.

Bagi golongan Hispano-Rumawi di kalangan kaum tani dan hamba, penindasan yang dialami menyebabkan mereka mudah menerima pengaruh Islam. Ini termasuklah orang Yahudi, yang hidup bergelandangan beberapa abad, Islam dianggap membawa pembelaan dan sinar baru buat Sepanyol. Pembukaan Sepanyol sebagai wilayah Islam di Eropah secara besar-besaran diterokai panglima Thariq bin Ziyad bersama 12,000 orang tentera (711 Masehi). Kemenangan tentera Islam mengalahkan pasukan Witiza Roderick juga berfaktorkan sokongan penduduk tempatan. Tentera Islam mara ke Cordova, Toledo, Seville, Merida, Saragossa, Narbonne, Asturias Pamplona, Gerona, Malaga dan Elvira. Selama 5 tahun (711-715 Masehi), lengkaplah wilayah-wilayah al-Andalus yang keluasannya adalah 2/3 bumi Sepanyol jatuh ke tangan tentera-tentera Islam.

Masjid Cordova

Andalusia adalah momen keagungan pemerintahan Islam sejak zaman Bani Umaiyyah. Umumnya, Islam mengawani bumi Andalusia selama 8 abad (711- 1492) dengan turun naik pemimpin Islam dari pelbagai monarki. Tahap kegemilangannya dicapai antara tahun 912 Masehi - 976 Masehi pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III. Cabaran terbesar yang perlu dihadapi para pemimpin Islam adalah perpecahan masyarakat yang pelbagai bangsa, agama dan budaya termasuklah Islam, Kristian dan Yahudi dari bangsa Sepanyol, Arab Syam, Afrika (Barbar) dan Arab Yaman. Oleh kerana itu, pertahanan dan ketenteraan adalah sektor penting bagi kerajaan Islam ketika itu untuk mentadbir Andalusia.

Faktor Kegemilangan Islam Andalusia

Abdul Rahman ad-Dakhil adalah khalifah Islam pertama di bumi Andalusia yang sebelumnya hanya diwakili para gabenor Muslim, mendirikan kerajaannya dengan wajah, semangat dan cita-cita tersendiri, luar daripada pengaruh politik monarki Khalifah Abbasiyah yang mulai utuh. 32 tahun pertama, Andalusia diperkukuhkan dengan benteng pertahanan Islam di setiap sisi muka buminya. Kecemburuan tentera musuh terutama puak Kristian tempatan dan Perancis sentiasa menceroboh keamanan Andalusia. 

Justeru, seramai mungkin rakyat dikerah menjadi pegawai tentera, sama ada dari kalangan baladiyyun (peneroka Arab awal), syamiyyun (muhajirin Arab dari Syam) dan kaum Barbar (Orang Islam Afrika dan Negro). Selain itu, khalifah juga mengambil pendekatan licik iaitu berbaik dengan pihak musuh terutama panglimanya bagi mematahkan penentangan. Baginda juga mengambil tentera upahan dari kalangan kaum Slavs, Frank, Barbar dan Negro yang dibeli dan dibawa ke Sepanyol. Selain tentera upahan, terdapat juga sukarelawan Muslim yang tekad berjihad demi Islam.

Khalifah Abdul Rahman III, memerintah Sepanyol selama 27 tahun. Seusia itu juga pasukan baginda tidak pernah mengalami kekalahan dalam mana-mana serangan dan peperangan dengan pihak Kristian. Baginda turut menyediakan 200 buah kapal perang bagi menghadapi musuh samudera. Separuh pertama pemerintahannya ditumpukan kepada menghapuskan musuh dari dalam dan luar negeri. Manakala separuh kedua pemerintahannya ditumpukan kepada pembangunan fizikal dan intelektual. Selain itu, aktiviti ekspedisi khalifah ke wilayah-wilayah taklukan Kristian memberi kesan positif apabila raja-raja Kristian di Leon, Navarre, Castile dan Bercelona tunduk kepada pemerintahan Islam. 

Walaupun ketenteraan adalah kekuatan khalifah Islam Andalusia, ia bukanlah pendesak masyarakat Sepanyol memilih Islam. Penyebab dominasi utama adalah ukhuwah dan akidah Islamiah. Aspirasi inilah tunggak kekuatan yang mempertautkan masyarakat pelbagai kaum di Sepanyol menerima sistem pemerintahan Islam selama 8 abad.

Walaupun khalifah memiliki autokrasi politik, namun penasihat dan tulang-belakang mereka adalah ulama. Perundangan Islam dilaksanakan secara integriti dan efisien. Bagi golongan non Muslim, mereka dibenarkan mengamalkan agama mereka secara bebas dan mengambil bahagian dalam pentadbiran negara. Toleransi khalifah mengurangkan polarisasi kaum. Namun, jika berlaku penentangan terhadap agama Islam, khalifah tidak akan teragak-agak melancarkan jihad terhadap golongan tersebut.

Sistem pemerintahan tersusun sistematik. Khalifah sebagai ketua tentera dan ketua kehakiman. Di bawahnya adalah perdana menteri yang dibantu para menteri lain bagi mengendalikan kerja-kerja pentadbiran yang berpusat di istana Cordova. Setiap wilayah ditadbir seorang gabenor. Setiap kawasan majoriti bukan Muslim pula mempunyai ketua di kalangan mereka sendiri yang bertanggungjawab memungut jizyah atau cukai untuk diserahkan kepada pemerintah. Mereka juga bebas mempunyai mahkamah dan hakim sendiri. Toleransi ini menyebabkan di kalangan masyarakat non Muslim Sepanyol berasa terlindung dan aman. Menurut mereka; ’Kami lebih suka hidup di bawah pemerintahan orang Islam dari pemerintahan orang Franks atau Goth.’

Ilmu pengetahuan dan kesusasteraan sangat padu dan erat dengan kelangsungan politik di Andalusia. Sesetengah sarjana mengatakan, pada waktu itu sesiapa yang mahu menjadi ahli intelektual sains, falsafah dan agama maka perlulah datang ke Cordova; pusat pemerintahan Andalusia. Khalifah Al-Hakam II misalnya telah mengumpulkan naskhah ilmu dari dalam dan luar Sepanyol termasuk Damsyik, Baghdad dan Kaherah. Jumlah kitab yang terkumpul di perpustakaan Cordova berjumlah 400,000 salinan. Bahkan semuanya ditulis tangan dengan seni yang halus oleh para penulis dan penyalin profesional kerana belum ada teknologi percetakan pada waktu itu.

Pada akhir abad ke 10 Masehi, bidang fikah adalah yang paling pesat berkembang di Sepanyol selain ilmu hadis, Al-Quran, tafsir, tauhid dan lain-lain. Khalifah telah menjemput ulama dari pelosok jajahan Islam ke Sepanyol untuk mengajar di masjid dan sekolah-sekolah. Para ulama ini dimuliakan dengan ganjaran yang setimpal. Tokoh ulama yang lahir ketika itu termasuklah Imam Al-Ghazali r.a, Ibn Khaldun dan Ibn Rusyd.

Andalusia adalah bumi perkembangan ilmu falsafah, matematik, astronomi dan muzik. Menurut Mahayudin Yahya (1990), sumbangan ilmu pengetahuan khalifah Islam Sepanyol telah menyentakkan kegelapan dunia barat. Pakar-pakar barat seperti Adelard dan Morley dari Britain telah berguru dengan ilmuwan Islam di Sepanyol serta menterjemahkan karya agung Islam ke dalam bahasa Eropah. Misalnya karya al-Khawarizmi tentang geometri dan statistik, manakala Liber aba’ci karya Leonardo Fibonacci of Pisa (1202) adalah cedokan daripada tokoh-tokoh matematik Islam seperti Ibn al-Zarqiyali.

Manakala sistem pendidikan pada zaman Bani Umaiyyah di Sepanyol terbahagi kepada tiga tahap iaitu rendah, menengah dan tinggi. Di peringkat rendah, para pelajar diajar membaca Al-Quran dan nahu. Guru-guru mengajar mereka di masjid dan diberi elaun. Pendidikan menengah lebih khusus dan tidak mempunyai sukatan pengajian yang tetap seperti agama, nahu, sastera, sejarah, sains kesihatan, astronomi, matematik, metafizik, khat dan lain-lain.

Pelajar yang lulus dikurniakan ijazah dan ditauliahkan untuk menjadi tenaga pengajar. Banyak universiti didirikan di Cordova dan Toledo serta diuruskan oleh para profesor dan intelektual Islam. Malahan, Cordova adalah pusat pengilangan kertas dan mengimport sebahagiannya dari negara China.

Persekitaran ilmu mewujudkan masyarakat Andalusia yang cendekiawan serta menjadi rujukan golongan barat yang masih hidup di zaman kegelapan. Khalifah juga sangat menyanjung golongan sasterawan. Mereka dibayar digaji sehingga 2,000 dinar jika mengarang syair dan cerita. Penyemarakan seni sastera seterusnya berkembang di seluruh peringkat masyarakat. Tukang-tukang cerita memeriahkan pasar-pasar perniagaan dengan kisah klasik dan legenda, yang popular tentunya Hikayat 1001 Malam.

Kisah-kisah ini turut mempengaruhi negara Eropah yang kemudiannya melahirkan kisah Reynard dan Bocaccacio. Buku-buku bahasa Arab dan kamus disebar-luaskan sehingga di kalangan masyarakat tempatan lebih selesa berbahasa Arab. Bagi masyarakat Sepanyol yang masih diimbau kejahilan barat, budaya Islam dan Arab memberi pencerahan baru kepada identiti mereka. Rata-ratanya lebih sanggup menjadi ‘musta’ribun’ (orang Eropah yang di-Arabkan) daripada menoleh budaya asal mereka iaitu Kristian.

Seni Bina Andalusia

Tentunya tanpa pertumbuhan ekonomi yang subur dan kukuh, Andalusia tidak dapat menjadi kuasa besar khususnya kepada Sepanyol. Ketika zaman Visigoth, penduduk Sepanyol kurang didedahkan dengan struktur pemodenan bandar. Ini kerana, golongan petani dan tuan tanah lebih dimuliakan dan mereka kebanyakan tinggal di desa.

Justeru, bandar sebagai kawasan strategik terabai. Pemerintahan Islam Andalusia telah mengubah posisi menjadikan bandar Cordova setanding bandar elit Islam yang lain seperti di Damsyik, Basrah, Kaherah, Mekah dan Madinah. Ahli Perbadanan Bandar dilantik untuk memajukan pembangunan kota Cordova. Masjid, sekolah, hotel, bangunan kedai antara yang dibina. Malahan, pemerintah memberi peluang kepada ahli sastera, seni dan arkitek untuk mengekspresikan bakat mereka mengukir dan mencantikkan kota Cordova.

Penubuhan Dan Pembinaan Kerajaan Bani Umaiyyah

Terdapat empat orang ‘Amir yang memerintah kerajaan Bani Umaiyyah iaitu:

  1. Abdul Rahman I al-Dakhil (756M – 788Masehi)
  2. Hisham I (788 – 796 Masehi)
  3. Al-Hakam I (796 – 822 Masehi)
  4. Abdul Rahman II (822 – 852 Masehi)

Keempat-empat ‘Amir ini bertanggungjawab menubuh dan membina asas-asas penting kerajaan Bani Umaiyyah. Mereka ini merupakan pemimpin-pemimpin yang berkaliber khususnya Abdul Rahman I dan Abdul Rahman II.

Kerajaan Bani Umaiyyah di Damsyik telah jatuh pada tahun 750 Masehi. Abdul Rahman al-Dakhil dan kaum keluarga Bani Umaiyyah ditangkap, disiksa dan dibunuh oleh pemerintah Abasiyyah yang baru. Beliau dan khadamnya, Badr, berjaya melarikan diri dari cengkaman kejam pemerintah yang baru. Mereka berdua telah melarikan diri ke Palestin, kemudian ke Mesir dan seterusnya ke kawasan pantai Maghribi pada 755 Masehi.

Sesampainya di sana, mereka telah menetap bersama keluarga berbangsa Badar. Pada awal cadangannya, mereka ingin ke Sepanyol untuk mencari pengaruh dan lari dari ancaman yang mereka hadapi. Oleh itu beliau mengutus khadamnya, Badr, ke Sepanyol untuk mendapatkan sokongan. Badr telah berjumpa dengan ketua kumpulan tentera Syria (Syamiyyin) dan Badr berjaya meyakinkan pemimpin-pemimpin tentera tersebut.

Mereka bersedia menyambut kedatangan Abdul Rahman al-Dakhil. Badr dan wakil dari Sepanyol iaitu Abdul Ghalib Tamman pulang ke Maghribi untuk memberitahu Abdul Rahman al-Dakhil. Selepas itu mereka berangkat ke Sepanyol pada bulan September 755 Masehi. Pada bulan Mei 756 m, Abdul Rahman al-Dakhil dan tentera Syria bertempur dengan tentera suku Qais yang memerintah pada masa itu. Mereka berjaya menewaskan tentera Qais. Selepas itu Andalusia jatuh ke tangan Abdul Rahman al-Dakhil dan diisytiharkan menjadi Amir di Andalus.

Kerajaan Bani Umaiyyah memerintah sendiri dan bebas dari kuasa luar kerana dahulunya kerajaan Islam di Andalus diletakkan di bawah kerajaan Bani Umaiyyah di Damsyik yang mewakilkan kepada gabenornya di Afrika Utara untuk melantik pemimpin atau gabenor di Andalus. Akan tetapi setelah berlaku perubahan itu, maka kerajaan Bani Umaiyyah di Andalus berada di bawah pimpinan seorang Amir yang akan mencari identitinya sendiri.

Sistem Pentadbiran

Kerajaan Bani Umaiyyah diperintah mengikut sistem autokrasi iaitu pemerintah mempunyai kuasa penuh. Amir ini bertindak sebagai ketua tentera dan kehakiman. Sejak institusi Khalifah ditubuhkan pada tahun 929 Masehi, kuasa dan imej pemerintah lebih ditonjolkan. Di bawah Amir terdapat seorang Perdana Menteri (Hajib) sama fungsinya dengan wazir di kawasan di kawasan timur Empayar Islam.

Bawah Hajib pula terdapat menteri-menteri yang tugasnya mengendalikan kerja-kerja pentadbiran yang berpusat di Istana Cordova. Di bawah menteri terdapat gabenor (wali) yang bertugas sebagai pentadbir wilayah (kura). Orang bukan Islam mempunyai kuasa autonomi di mana mereka mempunyai ketua sendiri tetapi mereka terpaksa membayar jizyah (cukai perlindungan) dan setelah itu diserahkan kepada kerajaan.

Mereka juga mempunyai mahkamah dan hakim mereka sendiri. Ulama pula menjadi penasihat kepada Khalifah yang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Amir, khususnya dalam bidang agama. Oleh itu system pemerintahan Bani Umaiyyah adalah berlandaskan undang-undang Syariah.

Ketenteraan

Kerajaan Bani Umaiyyah mempunyai barisan tentera yang kuat iaitu sebanyak tiga markas di utara, tengah dan selatan. Al-Hakami (796 – 822 Masehi) telah membentuk satu pasukan tentera upahan (murtaziqah) yang kuat gabungan tentera Saqalibah (Slavs), Frank dan lain-lain (termasuklah Negro dan Barbar). Kerajaan ini juga mempunyai tentera sukarelawan yang berperang untuk menegakkan agama Islam. Selain itu terdapat golongan yang ketiga iaitu tentera biasa yang dianggotai oleh semua kaum.

Masalah Dan Jalan Penyelesaian

Sebaik sahaja Muawiyah dilantik manjadi Khalifah pada 41 Hijrah/661 Masehi oleh hampir seluruh umat Islam, pelbagai masalah timbul dan terpaksa dihadapi oleh beliau. Pada ketika itu perang saudara baru sahaja berakhir iaitu Perang Jamal dan Perang Siffin. Kesan daripada perang ini, umat Islam telah berpecah kepada beberapa puak.

Di antara puak-puak ini, puak Syiah adalah yang paling berbahaya kerana mereka mempunyai penyokong yang ramai di Iraq dan Madinah. Di samping itu terdapat juga tokoh-tokoh lain yang berpengaruh daripada keturunan Quraisy seperti Abdullah bin al-Zubair dan al-Husain bin Ali. Satu lagi puak yang berbahaya adalah puak Khawarij yang sudah menunjukkan penentangan terhadap Muawiyah dalam Perang Siffin.

Matlamat politik yang sangat kompleks dan berbeza-beza merupakan penghalang kepada satu jalan penyelesaian yang menyeluruh. Berdasarkan pengalaman para khalifah yang terdahulu ianya adalah terbukti benar. Sungguhpun begitu, ia bukanlah penghalang untuk Muawiyah menyelesaikan masalah tersebut. Dengan kesabaran dan kepintaran yang dimiliki oleh beliau, segala masalah tersebut dapat diselesaikan.

Muawiyah telah mengambil langkah dengan mengadakan perbincangan dan usaha damai secara meluas bagi mencapai satu kata sepakat menerusi kompromi tanpa menunjukkan kuasanya sebagai pemerintah. Langkah bijak Muawiyah ialah dengan menunjukkan penghormatan terhadap tokoh-tokoh Quraisy dan tokoh-tokoh lain yang sudah berpengaruh dengan mengekalkan atau mengimbangkan kuasa-kuasa mereka yang sedia ada tanpa menunjukkan permusuhan terhadap mereka. Setiap rancangan kerajaan akan dilaksanakan hanya jika terdapat tentangan atau bantahan. Langkah beliau yang seterusnya adalah dengan menjauhkan diri daripada kumpulan pemberontak Quraisy di bawah pimpinan Abdullah bin al-Zubair. Hasil daripada tindakan ini beliau telah berjaya melaksanakan rancangannya untuk mendamaikan masyarakat dan sekaligus mengukuhkan lagi pemerintahan Bani Umaiyyah.

Seterusnya Muawiyah terpaksa memindahkan pusat pemerintahan Islam dari Madinah dan Kufah ke Damsyik. Perpindahan ini dianggap penting kerana terdapat sokongan yang kuat terhadap kerajaan Bani Umaiyyah di Damsyik. Dengan ini pengawalan terhadap urusan pentadbiran pusat mudah dilakukan. Satu angkatan tentera juga telah ditubuhkan oleh Muawiyah yang dianggotai oleh penduduk Syam yang digelar jund. Mereka inilah yang memainkan peranan penting bagi mengawal keselamatan dan keamanan pemerintahan Bani Umaiyyah daripada sebarang ancaman dari dalam atau luar negara.

Langkah Penyelesaian Masalah Perkauman

Selepas zaman kebangkitan dan keunggulan yang dialami oleh Kerajaan Bani Umaiyyah di Andalusia pada tahun 912 Masehi – 976 Masehi. Berlakunya pelbagai masalah yang dialami oleh kerajaan Bani Umaiyyah. Antaranya adalah kerajaan Abbasiyyah yang cuba untuk menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyyah dan juga masalah perkauman di mana penganut-penganut agama Kristian cuba untuk menyelewengkan akidah orang-orang Islam di Andalusia.

Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang diambil oleh Abdul Rahman al-Dakhil dan Amir-amir selepas beliau, bagi menyelesaikan masalah puak dan perkauman. Antara langkah-langkahnya adalah menubuhkan satu pasukan tentera yang bertaraf profesional. Pasukan tentera ini kebanyakannya terdiri daripada kaum-kaum hamba yang diperoleh dari utara Pyrenees. Dengan cara ini, kedudukan beliau sebagai Amir adalah lebih selamat kerana tenteranya itu bukan dari rakyatnya. Namun begitu, perkara ini juga telah menimbulkan masalah yang serius kepada Amir mereka kelak.

Selain itu, Abdul Rahman al-Dakhil juga cuba untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan agama menerusi Islam. Ini adalah merupakan langkah jangka panjang yang tidak dapat dilihat kesannya dalam jangka masa yang singkat. Abdul Rahman al-Dakhil juga telah menjalankan dasar pemerintahan yang tegas dan mengambil tindakan serta-merta terhadap sesiapa yang cuba mengugat kestabilan negara. 

Sebagai contoh yang jelas ialah dalam peristiwa tahun 797 Masehi di mana pada zaman Amir al-Hakam I apabila sekumpulan muwalladun yang cuba untuk menentang kerajaan telah dihukum bunuh di Istana Amir di Taledo dan mayat-mayat mereka telah dibuang ke dalam parit. Peristiwa ini dikenali sebagai ‘Hari Parit’. Abdul Rahman al-Dakhil juga mendirikan markas-markas tentera yang kuat bagi tujuan mempertahankan negara dari serangan dalam dan luar negeri. Di Saragossa, dibina sebuah sebuah markas tentera bagi menyekat kemaraan tentera Kristian dari arah Pyrenees, terutama dari Perancis.

Markas ini telah menjalankan fungsinya dengan berkesan ketika menewaskan tentera Charlemagne pada tahun 778 Masehi. Di bahagian tengah, markas tentera Islam berpusat di Taledo. Di bahagian selatan bertempat Merida. Kedua-dua markas tentera ini beroperasi bagi menyekat sebarang ancaman dari dalam dan juga luar negeri.

Mengadakan pembangunan dari segi fizikal dan intelektual serta meninggikan taraf ekonomi negara menerusi projek-projek pertanian dan perdagangan adalah salah satu daripada langkah-langkah yang diambil oleh Abdul Rahman al-Dakhil. Abdul Rahman al-Dakhil misalnya telah mendirikan sebuah masjid besar di Cordova sebagai pusat ibadat dan ilmu pengetahuan agama. Di samping itu, beliau juga membangunkan kota-kota besar dan mengindahkannya. Abdul Rahman al-Dakhil telah melakukan pelbagai kemudahan bagi kemudahan rakyatnya. Selepas itu, hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan ini kemudiannya diperluaskan oleh anaknya Hisyam, al-Hakam bin Hasyim dan Abdul Rahman II.

Hisyam telah mengindahkan lagi Bandar Cordova dengan bangunan-bangunan yang besar, serta taman-taman yang indah. Di samping itu, beliau memperbaiki sistem perparitan dan tali air bagi memajukan pertanian. Langkah yang seterusnya adalah dengan melantik pemimpin yang berkaliber. Abdul Rahman al-Dakhil telah melantik anaknya Hisyam sebagai penggantinya, walaupun Hisyam bukan anaknya yang paling tua, Hisyam terkenal sebagai pemimpin yang bijak dari segi siyasah dan peperangan. 

Di samping itu, Hisyam juga terkenal sebagai seorang yang kuat berpegang kepada agama. Pada zaman beliau, penyebaran agama dan ilmu pengetahuan Islam tersebar dengan meluasnya. Beliau turut mengambil berat terhadap orang bukan Islam iaitu kaum Yahudi dan Nasrani. Mereka ini dibenarkan mengamalkan agama mereka dengan bebas turut serta dalam pentadbiran negara.

Sikap toleransi yang ditunjukkan oleh Hisyam ini dapat mengurangkan polarisasi kaum yang berbilang agama dan keturunan. Bagi menyatupadukan orang-orang Islam yang berbagai keturunan Hisyam mengamalkan lambang jihad dalam peperangan. Jihad ialah peperangan suci dengan nama Islam, tidak kira bangsa atau keturunan, bagi menentang orang-orang kafir.

Selain itu, Hisyam turut mengadakan beberapa ekspedisi ke bahagian utara Sepanyol. Pertama kali dilakukan pada tahun 793 Masehi pada zaman Hisyam bin Abdul Rahman al-Dakhil iaitu ke arah Narbonne. Kali kedua pula adalah pada tahun 841 Masehi iaitu pada zaman Abdul Rahman II (822 – 852 Masehi).

Tujuan ekspedisi ini dilakukan ialah untuk mengukuhkan negara serta mempertahankan kedaulatannya dari diancam pihak musuh dari bahagian utara yang menganut agama Kristian. Walaupun kedua-dua ekspedisi ini dikatakan tidak banyak mencapai kejayaan, tetapi kedudukan pemerintahan Bani Umaiyyah di Sepanyol pada ketika itu sudah cukup kuat, khususnya selepas kenaikkan Abdul Rahman II pada tahun 822 Masehi.

Pada waktu ini terdapat kerjasama yang erat antara orang Islam dan Kristian yang hidup di bawah naungan Kerajaan Bani Umaiyyah. Walaupun masih terdapat pemberontakan kecil yang dilakukan oleh individu tertentu, tetapi ini tidak sedikit pun menjejaskan pentadbiran kerajaan pusat di Cordova. Pemberontakan-pemberontakan itu dapat dipatahkan dengan mudah oleh tentera kerajaan, masyarakat yang bersatu padu dan hidup secara aman damai ini sudah tentu memudahkan usaha Abdul Rahman II untuk meneruskan projek-projek pembangunan yang dimulakan sejak Abdul Rahman al-Dakhil dulu.

Antara projek terbesar yang dilaksanakan oleh Abdul Rahman II ialah projek pembinaan menara-menara lampu di pelabuhan-pelabuhan untuk memudahkan kapal-kapal perdagangan datang berlabuh di pantai-pantai Andalus. Hasil daripada tindakan-tindakan yang progresif lagi adil ini menyebabkan orang-orang bukan Islam turut berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah. Dalam tempoh ini dan sebelumnya tidak ada satu pun pemberontakan yang bercorak agama terhadap kerajaan.

Zaman Kegemilangan Kerajaan Bani Umaiyyah Di Damsyik

Pada zaman kegemilangan kerajaan Bani Umaiyyah inilah telah berlaku pertukaran kuasa dari keluarga Muawiyyah kepada keluarga Marwan b. Hakam pada 683 Masehi (64 Hijrah). Abdul malik ialah khalifah Bani Umaiyyah yang penting dan dianggap sebagai pengasas kedua Bani Umaiyyah.

Pemberontakan dan kekacauan yang berlaku sebelum pemerintahan Abdul Malik hampir-hampir menghancurkan kerajaan Bani Umaiyyah tetapi dengan kebijaksanaan Abdul Malik semua musuhnya dapat dihapuskan dan keadaan politik kembali stabil, selepas itu Abdul Malik diganti oleh anaknya al-walid yang telah mengikut jejak langkah ayahnya bergerak memajukan negara dan mengembangkan jajahan takluk hingga ke negara-negara Asia, Afrika dan Eropah.

Kekuasaan negara Islam di bawah Bani Umaiyyah amat cemerlang dalam tempoh pemerintahan khalifah-khalifah al-Walid bin Abdul Malik hingga kepada Umar bin Abdul Aziz. Abdul Malik telah menyusun semula pentadbiran negara. Sistem pemerintahan Rom dan Parsi yang masih kekal di beberapa wilayah telah dihapuskan dan diganti dengan sistem Arab. Gerakan melaksanakan pembukaan Islam adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan dari ancaman luar negeri. Khalifah al-Walid telah banyak melakukan kebajikan dan pembangunan dengan mendirikan hospital untuk orang-orang buta, penyakit kusta, penyakit bodoh sejak dilahirkan dan lain-lain.

Dari sudut keagamaan beliau telah membangunkan masjid dan sekolah-sekolah tinggi di serata wilayah. Dalam bidang pertanian dan perdagangan, beberapa buah terusan dibina dan pedagang Islam juga telah pun membuat perdagangan hingga ke negeri China. Begitu juga bidang pelajaran dan pendidikan di mana kesusasteraan dan kebudayaan telah mencapai kemajuan dalam zaman al-Walid ini.

Zaman Kegemilangan Kerajaan Bani Umaiyyah Di Sepanyol

Zaman kegemilangan kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol bermula dari tahun 912 Masehi hingga ke tahun 976 Masehi iaitu kira-kira 64 tahun dan telah melibatkan dua orang Amir (khalifah) iaitu Abdul Rahman III Al-Nasir (912-961 Masehi) dan anaknya, al-Hakam II al-Mustansir (961-976 Masehi).

Kerajaan Bani Umaiyyah mencapai kegemilangan dalam pelbagai aspek politik, ekonomi, sosial dan intelektual. Semasa pemerintahan Abdul Rahman III keadaan dan suasana negara agak tegang kerana pemberontakan dan penderhakaan berlaku. Tugas utama Abdul Rahman III selepas dilantik ialah mententeramkan keadaan negara bagi menyatupadukan semua masyarakat akibat daripada pemberontakan Ibn Hafsun. Tahun-tahun berikutnya Abdul Rahman mengalihkan pandangannya kepada markas-markas tentera yang mengawal di kawasan yang menjadi rebutan di kawasan sempadan bagi tujuan meletakkan pengawalan sepenuhnya di bawah kerajaan pusat.

Tentangan Dari Raja Leon

Setelah memerintah dengan gagah selama kira-kira 27 tahun, tiba-tiba pada tahun 939 Masehi, Romiro II raja Leon bangun semula menentang Abdul Rahman III. Romiro II dibantu oleh rakannya, Theuda, puteri pemangku raja Navarre telah melancarkan serangan ke atas tentera Abdul Rahman III pimpinan Najdah di Simancas pada 5 Ogos 939 Masehi. Dalam pertempuran itu Najdah terbunuh. Namun begitu, selepas Romiro mati pada 950 Masehi telah berlaku perpecahan dikalangan pemimpin-pemimpin Kristian yang menyebabkan mereka lemah dan tidak berdaya lagi untuk menghadapi tentera Abdul Rahman III yang sudah dipulihkan berikutan kegagalan dalam peperangan di Simancas.

Kira-kira selama 27 tahun Abdul Rahman III menghadapi serangan dan peperangan di bumi Sepanyol bagi memulihkan semula kestabilan dan keamanan negara, dan tidak satu pun beliau mengalami kegagalan. Rahsia kejayaan Abdul Rahman III dalam bidang ketenteraan ialah bergantung pada kecekapan dan kelicinannya mengendalikan tenteranya. Dari tahun 961 hingga akhir abad ke-10 Masehi kawasan takluk Islam di Sepanyol boleh dikatakan yang terluas yang pernah di capai oleh mana-mana pemimpin Islam di Sepanyol. Pada waktu itu seluruh Semenanjung Iberia terletak di bawah kerajaan Islam Sepanyol, termasuk kawasan barat laut di mana terletaknya kerajaan Kristian Leon.

Cabaran Dari Kerajaan Fatimiyyah

Setelah setelah musuh-musuh dari dalam dapat ditewaskan, maka lahir pula musuh dari luar yang cuba menggugat kedudukan kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol iaitu kerajaan Fatimiyyah. Kerajaan Fatimiyyah diasaskan oleh ‘Ubaidullah al-Mahdi dari keturunan Muhammad bin Ismail bin Ja’far al-Sadiq yang mengamalkan ajaran syiah di Tunisia pada tahun 904 Masehi.

Kewujudan kerajaan Syiah di Afrika Utara menjadi ancaman besar kepada krajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol yang mengamalkan ajaran Sunni. Kaum Syiah mengisytiharkan bahawa komuniti Islam harus diperintah oleh seorang pemimpin atau iman yang dilantik dari kalangan Imam Syiah (keluarga Nabi Muhammad s.a.w) dan pemimpin kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol bukan dari kalangan Imam Syiah dan harus disingkirkan.

Di Sepanyol ejen Syiah telah mempengaruhi puak-puak pemberontak, tidak terkecuali pemimpin-pemimpin kaum pemberontak yang terkenal seperti Ibn Hafsun yang memberi laluan kepada kerajaan Syiah di Tunisia untuk berkuasa di Sepanyol. Dengan sebab itu Abdul Rahman III cepat-cepat bertindak untuk memadamkan api pamberontakan yang sebahagiannya mempunyai unsur-unsur ajaran Syiah.

Dalam pada itu beliau cuba mengapi-apikan pemberontakan terhadap kerajaan Fatimiyyah di Afrika Utara, supaya dengan itu kerajaan Syiah terpaksa menyelesaikan masalah mereka sendiri sebelum meluaskan kuasa ke Sepanyol. Kelahiran kerajaan Fatimiyyah di Afrika Utara telah membawa perubahan kepada pemerintahan Bani Umaiyyah iaitu ke atas diri Abdul Rahman sendiri. Buat pertama kalinya beliau mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah atau Amir al-Mu’minin setelah memerintah dengan nama Amir selama kira-kira 17 tahun iaitu pada 317 Hijrah (929 Masehi).

Beliau adalah pemimpin pertama Islam di Andalus yang memakai gelaran ‘khalifah’. Antara sebab-sebab penting ialah untuk mengikut jejak langkah pemimpin kerajaan Fatimiyyah yang menggelarkan diri mereka khalifah. Sebab kedua ialah status dan dan kedudukan beliau akan menjadi lebih tinggi dan lebih dihormati. Untuk memperkukuhkan kedudukannya sama ada dari segi kebendaan dan kerohanian dengan mewujudkan gelaran baru sebagai tambahan kepada gelaran khalifah iaitu ‘al-Nasr li dinillah’ (pembela agama Allah). Ia diwujudkan bagi melengkapkan kuasa khalifah dalam bentuk duniawi dan ukhrawi.

Ia juga bertujuan untuk menyekat pengaruh kerajaan Fatimiyyah yang mendakwa sebagai pemimpin masyarakat Islam di seluruh dunia. Beliau mahu kerajaan Fatimiyyah mengikhtiraf beliau sebagai khalifah kerajaan Islam di Sepanyol. Keadaan ini dirasakan beliau setelah beliau mencapai kejayaan besar di sana. Abdul Rahman III adalah orang yang yang bertanggungjawab memulih serta memakmurkan bumi Islam di Sepanyol serta menjadi pembela maruah keturunan Bani Umaiyyah dan boleh dianggap sebagai pengasas kedua kerajaan Bani Umaiyyah Sepanyol selepas pengasas pertamanya iaitu Abdul Rahman al-Dakhil. Beliau meninggal dunia pada 16 Oktober 961 ketika berumur 71 tahun. Beliau meniggalkan jasa dan bakti yamg begitu besar terhadap pembangunan agama, masyarakat dan negara di Sepanyol.

Selepas kematian Abdul Rahman III, beliau digantikan oleh anaknya al-Hakam II al-Mustansirbillah. Beliau memerintah selama lebih kurang 15 tahun (961-976 Masehi). Beliau adalah seorang yang pemimpin yang sederhana kerana keadaan masyarakat dan negara sudah makmur dan stabil serta membangun dengan pesat membolehkan beliau malaksanakan tugasnya dengan mudah.

Oleh itu beliau banyak menyumbang dalam bidang pendidikan dan ilmu pengetahuan. Tiada perubahan dalam dasar pemerintahan. Malah kedudukan pentadbiran awam dan ketenteraan juga kukuh. Beliau yang sangat berminat membaca dan menyelidik banyak mengumpulkan buku atau kitab sama ada dari Sepanyol atau luar Sepanyol dan dikumpulkan di perpustakaan di Cordova. Oleh kerana itu ramai yang datang mengunjungi Cordova termasuk para ulama’ bagi mendalami ilmu pengetahuan.

Al-hakam II meninggal dunia pada 22 Safar 366 (1 Oktober 976 Masehi) setelah memerintah selama kira-kira 15 tahun. Selepas itu keadaan pemerintahan Bani Umaiyyah di Sepanyol terus maju dan makmur sehingga berlaku perubahan mengejut selepas tahun 1000M di mana kerajaan Bani Umaiyyah mengalami kelemahan dan kejatuhan. 

Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah

Selepas mengukuhkan kedudukannya di Andalusia, kerajaan Bani Umaiyyah telah berjaya memperlihatkan sumbangan peradabannya sama ada dari segi ekonomi, politik, sosial dan lain–lain lagi. Bertitik tolak dari kesedaran para ilmuan atau sarjana dan sumbangan yang diberikan mereka secara tidak langsung ia mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol. Sebagai contoh Ibnu Khaldun, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd; masing–masing telah memperlihatkan zaman kegemilangan mereka walaupun selepas kerajaan Bani Umaiyyah, namun nama–nama ini telah menjadi suatu yang sinonim kepada para sarjana barat yang mengagung–agungkan ilmu yang mereka miliki.

Pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah, sistem ekonomi yang membangun dan sistematik telah pun diperkenalkan untuk memudahkan lagi rutin harian penduduk di kawasan itu. Selain itu, sistem ekonomi yang diwujudkan adalah lebih kepada kemudahan tanaman untuk diperdagangkan di negara–negara asing. Selain mendatangkan keuntungan ia juga telah menyebabkan berlakunya pengkhususan kerja bagi para penduduk setempat. Ini menyumbangkan peluang pekerjaan yang banyak dan secara tidak langsung kitaran ekonomi akan sentiasa berjalan dengan lancar, seimbang dan stabil.

Hubungan dagangan dengan negara luar juga dipertingkatkan agar dapat mewujudkan satu lingkaran persahabatan antara negara lain. Ini amat penting kerana tanpa usahasama daripada pelbagai pihak maka kestabilan dalam bidang ekonomi tidak akan tercapai.

Antara kegiatan ekonomi yang termasyhur sekali ialah kegiatan dari segi pertanian iaitu kerajaan Bani Umaiyyah telah memperkenalkan sistem pengairan yang teratur dan sistematik. Dengan kewujudan sistem ini maka, ia telah menyebabkan hasil tahunan pertanian semakin bertambah dari setahun ke setahun.

Pada masa itu, kualiti hasil yang dikeluarkan amat bermutu tinggi dan turut menghasilkan sayur–sayuran yang segar. Dengan ini secara tidak langsung hasil dalam negara akan lebih banyak dan ianya dapatlah digunakan untuk tujuan yang sama iaitu mengemaskinikan sistem ekonomi yang sedia ada. Antara jenis tanaman yang terkenal pada ketika itu ialah limau, tebu, padi dan kapas. Lazimnya benih–benih tanaman ini dibawa masuk dari negara–negara jiran.

Kerajaan Bani Umaiyyah merupakan kawasan yang paling maju dan membangun dari sektor pertaniannya. Selain itu, kerajaan ini juga turut kaya dengan hasil logamnya. Apabila sektor ini dimajukan dengan jayanya maka ia juga turut menyumbang kepada kemasukkan modal kepada negara itu sendiri. Dengan sistem yang terkini dan maju maka kerajaan Bani Umaiyyah dapat bersaing dengan negara lain dengan mudahnya.

Maka dengan adanya sistem yang teratur boleh dikatakan negara Islam adalah pemangkin ke arah kemajuan berikutan dengan beberapa penemuan dari segi ekonomi itu sendiri. Kemajuan ini menandakan bahawa kerajaan Islam pada ketika itu sudah mampu untuk membangun dan berjaya seperti negara–negara yang wujud ketika itu.

Kebudayaan Dan Intelektual

Sesunggguhnya Kerajaan Bani Umaiyyah amat terkenal dengan pengembangan pengaruh kebudayaan dan turut menjadi tumpuan para intelektual serta telah melahirkan para cerdik pandai yang cukup disegani hingga ke hari ini. Bidang kebudayaan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu intelektual, sastera dan seni yang pada masa yang sama telah pun berkembang maju mengikut aliran masing–masing.

Berikutan daripada itu kesannya dapat kita lihat hingga ke hari ini dan telah menjadi ikutan para sarjana barat hasil daripada kajian yang mereka buat ke atas buku–buku yang di keluarkan oleh para intelektual Islam. Malah mereka turut mengakui bahawa hasil karya mereka bermutu tinggi hasil dari kajian para sarjana Islam ke atas Al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-Nya untuk dikaji dan dinilai isinya.

Jika di kaji dari segi intelektual, bidang yang maju berkembang ialah bidang syariah di mana hukum–hukum agama islam adalah bersandarkan kepada Al–Quran dan Hadith. Ia juga adalah berdasarkan kepada Qiyas dan Ijma’ ulama yang pada ketika itu terdapat pelbagai aliran atau mazhab yang popular di dalam Islam iaitu Mazhab Sunni, Syiah, Khawarij’, Mu’tazilah, Zahari dan Awza’I tetapi mazhab yang selalunya diikuti ialah dari Mazhab Sunni dan Awza’I . 

Antara tokoh–tokoh ulama Mazhab Sunni ialah Isa bin Dinor dan Yahya bin Yahya al–Laith; dan selepas itu muncul pula Al–‘utbi. Pada ketika itu, juga ada yang mengikut mazhab iaitu sebagai contoh tokoh Ibnu Hazm mengikut aliran Syafi’ dan Al–Jazis menganut aliran Muta’zilah. Namun bilangan mereka hanyalah sedikit sahaja dan kumpulan ini dan telah pun menjadi penasihat kerajaan dan mahkamah. Aktiviti mereka dianggap penting dalam bidang intelektual dan keagamaan pada zaman Bani Umaiyyah yang kebanyakkanya membuat kajian Islam mengenai Fikah Mazhab Maliki.

Ilmu–ilmu agama lain seperti hadis, tafsir dan ilmu kalam turut diperkembangkan dan diajar. Kajian dalam bidang duniawi juga tidak ketinggalan di mana para ilmuan telah pun mengkaji ilmu falsafah, perubatan, astronomi dan matematik iaitu pada zaman Al–Hakam II. Bidang sejarah dan biografi masih lagi di tempat setempat. Tokoh yang pertama mengaku bahawa beliau adalah seorang ahli Sejarah ialah Ahmad al-Razi. Karya beliau adalah berkisarkan kepada dokumen-dokumen Sepanyol yang berjudul ‘cronica demoro Rusis’. Sebuah buku para kadi (hakim) di Cordova berjudul ‘History of the Judges of Cordova’ iaitu terjemahan dari bahasa Sepanyol oleh Al-Khuzani.

Dalam kesusasteraan pula, Bani Umaiyyah telah banyak melahirkan ramai para saterawan dan penyair. Pelbagai bentuk sajak dan syair dapat diilhamkan terutamanya penyair dari kawasan Timur iaitu Abu Nawas, Abu Al–Atahiyah dan lain–lain lagi. Antara penyair yang terbilang ialah Ibnu Abd al–Rabbih dengan karyanya yang berjudul ‘Al-iqd al-Farid’ (Rantai yang Tiada Taranya). Beliau dilahirkan di kalangan golongan bukan Arab (Mawla). Manakala puisi Ibnu Hani banyak berkisar kepada politik yang memihak pada kerajaan Fatimmiyah serta menghasilkan sebuah antologi (diwan).

Pada zaman akhir pemerintahan Bani Umaiyyah bidang syair telah berkembang dengan lebih pesat lagi. Antara tokoh yang terkenal hingga ke hari ini ialah Ibnu Sina atau Avincenna (Panggilan Barat) yang telah berjaya memaparkan sejarah cendekiawan pada zaman pertengahan. Penghormatan yang diberikan kepadanya amat tinggi kerana telah berjaya mewujudkan sistem sains yang telah bertahan selama beberapa kurun.

Pengaruh Plato dan Aristotle telah banyak mempengaruhi Ibnu Sina dalam banyak perkara dan beliau turut telah membetulkan Aristotle dengan membuat peraturan. Contoh hasil karyanya ialah kitab al-Shifa (kaedah penyembuhan penyakit). Falsafah Islam telah mencapai kepada kemuncaknya dalam zaman Ibnu Rusyd, Ibnu Bajjah dan lain–lain lagi dan pada ketika itu Abd. Rahman telah pun mengambil tampuk pimpinan malah beliau adalah seorang penyair. Kisah–kisah yang berunsurkan binatang dan tauladan telah mula menular dikebanyakan kawasan Eropah dan melahirkan kisah seperti Renard, Bocaccacio dan Chauser.

Kesenian

Pada zaman perkembangan kesenian Islam di Sepanyol sejak pembukaannya, ianya bolehlah dianggap sebagi tahap pembinaan tamadun Islam di Sepanyol. Dalam jangka masa itu terbinalah masjid besar di Cordova yang mula dibina oleh Abd Al-Rahman Al-Dakhil, yang diperluas dan diperindahkan oleh Abd. Al-Rahman II, al Hakam dan al Mansur. Ianya dibina sebegitu rupa sehingga dikagumi seluruh dunia. Kehalusan seni binanya amat menakjubkan sehingga pernah disifatkan sebagai ‘keajaiban seni bina dunia’. Kos pembinaan adalah sebanyak 80,000 dinar yang berukuran 360 kali 270 kaki. Mimbarnya diperbuat daripada gading dan kayu yang berharga seerta dilekatkan dengan paku–paku emas.

Di samping itu juga, ia mempunyai 1,000 buah lampu yang di tengah–tengahnya mempunyai air pancut. Selain itu, terdapat juga benteng–benteng pertahanan yang dibina pada zaman Bani Umaiyyah yang menarik seninya, begitu juga dengan alat perhiasan rumah yang diperbuat dari emas, perak, gading kristal dan marmar yang ditemui di Cordova.

Pendidikan

Islam memandang tinggi terhadap ilmu pemgetahuan sebagai suatu yang amat penting. Hal ini dibuktikan kepada ajaran–ajaran Islam yang berlandaskan kepada Al–Quran dan Sunnah. Islam menyuruh manusia supaya menuntut ilmu agar mudah mentadbir alam. Maka, bagi Kerajaan Bani Umaiyyah ilmu pengetahuan merupakan bidang yang terpenting walaupun tiada sistem pendidikan yang percuma namun amatlah digalakkan oleh Kerajaan Bani Umaiyyah. Salah satu komitmen Bani Umaiyyah terhadap penduduknya ialah dengan mendirikan masjid–masjid sebagai tempat menimba ilmu.

Penyebaran Islam juga digalakkan yang pada ketika itu ditadbir oleh Abd. Al-Rahman al-Dakhil. Sistem pendidikan yang diamalkan oleh kerajaan Bani Umaiyyah terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap rendah yang diajar membaca Al–Quran dan tatabahasa Arab yang di tempatkan di masjid–masjid. Murid–murid juga diajar menggunakan pena dakwat malah guru–guru tidak dibayar gaji tetapi menerima elaun daripada murid–muridnya.

Peringkat menengah pula diajar secara persendirian dan tiada sukatan pelajaran yang tertentu. Mereka diajar ilmu Matematik, astronomi dan lain–lain. Mereka yang layak akan diberi diploma atau ijazah manakala di peringkat yang lebih tinggi pula diwujudka secara informal yang dikendalikan oleh profesor dan berpusat di Cordova serta Toledo, di mana ia merupakan pusat menuntut ilmu terutamanya di kalangan masyarakat barat dan Eropah.

Terdapat banyak kemudahan yang disediakan dan ini termasuklah buku–buku, alat tulis dan lain–lain lagi. Berhampiran dengan Cordova terletaknya sebuah kilang kertas dan ada yang diimport dari negara China. Namun wujud juga pesaing-pesaing kepada kerajaan Abasiyyah seperti kerajaan Kristian di barat yang telah menyebabkan pendidikan bertambah pesat di Andalusia.

Andalusia - Sejarah Islam Yang Disembunyikan

Masuknya Islam di Sepanyol, pada zaman Khalifah Al-Walid (705-715 Masehi), khalifah dari Bani Umaiyyah yang berpusat di Damaskus. Dalam proses penaklukan Sepanyol ini terdapat tiga pahlawan Islam yang boleh dikatakan paling berjasa iaitu Tharif Ibn Malik, Thariq bin Ziyad, dan Musa Ibn Nushair.

Tharif Ibn Malik merupakan panglima Muslim yang merintis dan sebagai penyelidik penaklukan wilayah Sepanyol, ia menyeberangi selat yang berada di antara Morocco dan benua Eropah. Dalam penyerbuan itu tharif tidak mendapat perlawanan yang berarti.

Thariq bin Ziyad lebih banyak dikenali sebagai penakluk Sepanyol kerana pasukannya lebih besar dan hasilnya lebih nyata. Pasukan ini kemudian menyeberangi selat di bawah pimpinan Thariq bin Ziyad, menguasai Gunung Gibraltar (Jabal Thariq), kemudian di daerah ini membuat pertahanan serta tempat menyiapkan pasukan untuk memulai penaklukan. Dalam pertempuran yang dikenali sebagai Pertempuran Guadalete, raja Roderic dapat dikalahkan. Dari situ Thariq bin Ziyad dan pasukannya terus menakluk kota-kota penting, seperti Cordova, Granada dan Toledo (ibu kota Visigoth ketika itu).

Sedangkan Musa Bin Nushair membantu Thariq bin Ziyad dengan suatu pasukan yang besar, menakluk dan menawan Sidonia, Karmona, Seville, dan Merida serta mengalahkan penguasa kerajaan Goth lainnya, Theodomir di Orihuela. Kemudian bergabung dengan Thariq bin Ziyad di Toledo. Keduanya berjaya menguasai seluruh kota penting di Sepanyol, termasuk bahagian utaranya, mulai dari Saragosa hingga ke Navarre.

Kemenangan yang telah dicapai di Sepanyol mengukir sejarah baru Islam di Eropah, kerana Sepanyol merupakan pintu gerbang masuk ke Eropah. Untuk selanjutnya dapat menyampaikan dakwah Islamiah ke seluruh benua Eropah dengan mudah. Penaklukan yang dilakukan oleh Thariq bin Ziyad inilah merupakan asal-usul Islam di Sepanyol.

Gelombang kedua terbesar dari penyerbuan kaum Muslimin, dimulai pada permulaan abad ke-8 Masehi, menjangkau seluruh Sepanyol dan melebar jauh menjangkau Perancis tengah dan bahagian-bahagian penting dari Itali. Kemenangan-kemenangan yang dicapai umat Islam nampak begitu mudah. Pada masa penaklukan Sepanyol oleh orang-orang Islam, keadaan sosial, politik, dan ekonomi negeri ini berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Secara politik, wilayah Sepanyol terkoyak-koyak dan terbahagi-bahagi ke dalam beberapa negeri kecil.

Setelah Sepanyol dikuasai Islam, ternyata perkembangan ilmu pengetahuan dan kebudayaan sangat berkembang dengan pesat. Islam di Sepanyol telah mencatat satu lembaran budaya yang sangat briliant dalam bentangan sejarah Islam. Ia berperanan sebagai jambatan penyeberangan yang dilalui ilmu pengetahuan Yunani-Arab ke Eropah pada abad ke-12. Bahkan boleh dikatakan seluruh perkembangan ilmu pengetahuan dalam masyarakat intelek Islam Sepanyol mempengaruhi perkembangan ilmu pengetahuan di dunia barat, terutama setelah memasuki abad pertengahan.

Bahagian akhir abad ke-12 Masehi menjadi saksi munculnya seorang pengikut Aristoteles yang terbesar di gelanggang filsafat dalam Islam, iaitu Ibnu Rusyd dari Cordova. Pada abad ke 12 diterjemahkan buku Al-Qanun karya Ibnu Sina (Avicenne) mengenai kedoktoran. Di akhir abad ke-13 diterjemahkan pula buku Al-Hawi karya Ar-Razi yang lebih luas dan lebih tebal dari Al-Qanun.

Abbas Ibn Fama termasyhur dalam ilmu kimia dan astronomi. Beliau merupakan orang yang pertama kali menemukan pembuatan kaca dari batu. Ibrahim Ibn Yahya Al-Naqqash terkenal dalam ilmu astronomi. Beliau dapat menentukan waktu terjadinya gerhana matahari dan menentukan berapa lamanya. Beliau juga berjaya membuat teropong moden yang dapat menentukan jarak antara tata suria dan bintang-bintang. Ahad Ibn Ibas dari Cordova adalah ahli dalam bidang ubat-ubatan. Umi Al-Hasan Bint Abi Ja’far dan saudara perempuan al-hafidzh adalah dua orang ahli kedoktoran dari kalangan wanita.

Tahap selanjutnya, adalah tahap-tahap kecurigaan ketakutan yang luar biasa dan secara diam-diam kecemburuan dan kekaguman terhadap Islam, masyarakat Eropah akhirnya berjaya memindahkan metodologi ilmiah intelek masyarakat Islam. Ironisnya masyarakat Islam justeru terpuruk dalam fasa jumud: fasa kemunduran.

Metode eksperimen, eksplorasi, opservasi, yang pada awalnya dipakai setiap kajian ilmiah, berubah menjadi metode pengulangan pendapat para guru, yang kebelakangan diketahui bahawa metode tersebut dipakai oleh sedikit masyarakat terpelajar abad pertengahan di Eropah sebelum datangnya Islam.

Dari sini kemunduran dan kehancuran Islam di Sepanyol bermula. Konflik Islam dengan Kristian, tidak adanya ideologi pemersatu, kesukaran ekonomi, tidak jelasnya sistem peralihan kekuasaan keterpencilan. Terjadi beberapa peristiwa dan pemberontakan dan keharusan yang dilakukan oleh golongan-golongan tertentu yang merasa tidak puas, tidak senang, dan cemburu terhadap khalifah yang berkuasa.

Orang-orang Kristian rupanya tahu tentang keadaan umat Islam yang sudah lemah itu. Oleh kerana itu, raja-raja Kristian di utara memperkuatkan kedudukan mereka untuk memerangi kaum Muslimin yang telah berpecah belah. Orang-orang Kristian yang pada mulanya abad ke-10 membayar upeti kepada orang Islam, tetapi menjelang pertengahan abad ke-II mereka dengan leluasa menuntut pembayaran upeti dari beberapa penguasa kecil Islam.

Bersatunya dua kerajaan Kristian, Lean dan Castille pada tahun 1230 Masehi, telah meningkatkan usaha perebutan kekuasaan terhadap kekuasaan Islam di Sepanyol semakin efektif. Tahun 1236 Masehi, Cordova dapat direbut, dan tahun 1248 Masehi, Seville jatuh pula ke tangan orang-orang Kristian. Pada waktu yang bersamaan tentera Castille semakin kuat, dan satu persatu kota-kota kekuasaan Islam dapat dikuasainya. Kota Malaga pun jatuh satu tahun kemudian. Sampai pada akhirnya Islam terusir dari negeri Sepanyol dengan meninggalkan sisa-sisa ilmu pengetahuan dan kebudayaan yang berpengaruh pada peradaban barat.

Thariq Bin Ziyad Dan Awal Penaklukan Andalusia

Sejarah kejayaan Islam di Andalusia (Sepanyol selatan) dari abad 8 – 15 Masehi merupakan sejarah besar dunia kerana dari sanalah pintu gerbang ilmu dan peradaban Eropah moden dan dunia dibangunkan. Selain itu sejarah tersebut membuktikan bahawa sistem tatanan Islam telah dapat memberikan nuansa masyarakat yang penuh rahmat bagi dunia tanpa pandang bangsa, agama dan ras sebagaimana pada waktu itu umat Islam, Kristian dan Yahudi dapat hidup rukun secara bersama-sama membangun masyarakat yang beradab, suatu fenomena yang sangat sukar dapat dirasakan di jaman sekarang.

Sejarah awal penaklukan Andalusia tidak boleh lepas dari kejayaan pasukan bangsa Berber dari Afrika utara yang dipimpin oleh panglima Thariq bin Ziyad yang berjaya mengalahkan pasukan raja Sepanyol pada waktu itu yang bernama Roderic dalam pertempuran efektif selama 8 (lapan) hari, suatu waktu yang sangat singkat serta merupakan sejarah pertempuran legenda kerana jumlah pasukan musuh 6 hingga 8 kali ganda lebih ramai. Di samping itu kekalahan bangsa Eropah oleh bangsa Afrika Islam tersebut merupakan sejarah penting yang boleh digunakan sebagai rujukan bahawa Eropah atau barat pernah dikalahkan sekaligus dalam perjalanan panjangnya kekuatan yang dimiliki Eropah dapat mengalahkan negara-negara Islam.

Untuk itu dalam bahagian ini akan dibahas peperangan yang dilakukan oleh Thariq bin Ziyad yang telah membawa kemenangan gemilang untuk selanjutnya membuka pintu gerbang kejayaan Islam untuk masa waktu 8 abad lamanya. Tidak banyak sejarah yang menguak mengenai tokoh ini sebenarnya serta peranan penting bangsa Berber dalam sejarah penaklukan tersebut meskipun banyak sejarah bercerita tentang zaman kejayaan Islam di bumi Andalusia.

Sehingga dalam bahagian ini keterbatasan ulasan juga disebabkan keterbatasan sumber rujukan. Namun demikian tokoh seperti Thariq bin Ziyad dapat menjadi contoh bahawa kombinasi kekuatan keimanan, keberanian, kecerdikan dan ketulusan seorang Muslim dapat memberikan sumbangan yang besar dalam mengantarkan dunia pada peradaban tinggi umat manusia. Sejarah peperangan yang sangat singkat telah mampu menancapkan tonggak sejarah Islam dan peradaban manusia untuk waktu yang lama.

Bangsa Berber Atau Moro

Bangsa Berber adalah bangsa Afrika utara (bukan Arab) yang banyak mendiami kawasan utara Morocco, Aljazair yang dulu merupakan sebahagian dari wilayah Mauritania. Mereka merupakan bangsa nomad yang hidup berpindah-pindah. Sebelum Islam datang bangsa Berber ramai yang menganut aliran animisme, selain ada yang menganut agama Yahudi.

Bangsa Berber memiliki banyak suku seperti Jarawa, Sanhaja, Lamtuna, Jazula, Zenata, Masmuda, Botr, dan Beranes. Dalam sejarah Andalusia hingga sekarang dikenali istilah bangsa Moor yang tidak lain adalah bangsa Berber itu sendiri yang telah memeluk agama Islam. Istilah Moor berasal dari bahasa Yunani iaitu ‘maures’ yang bererti hitam atau gelap sebagaimana warna kulit bangsa Afrika.

Sedangkan istilah moor dalam bahasa Sepanyol menjadi Moro sebagaimana istilah ini digunakan dalam bahasa Malaysia. Bangsa Berber (Moro) asal usulnya dari Mauretania yang sekarang meliputi wilayah Morocco dan Aljazair bahagian barat. Sebagai maklumat bahawa bangsa Moro (Berber) ini tidak sama dengan bangsa atau orang Moro di wilayah Mindanao, Filipina, meskipun istilah Moro juga diberikan oleh bangsa Sepanyol setelah menguasai Filipina.

Pada tahun 708 Masehi, Islam di bawah kekuasaan Dinasti Umaiyyah yang berpusat di Damaskus, Syria menyebarkan Islam dan akhirnya menguasai kawasan Afrika utara di mana bangsa Berber banyak berada. Sedangkan ajaran Islam pada waktu itu dibawa oleh da’i dari orang-orang Arab yang jumlahnya sedikit. Dalam perkembangannya, bangsa Berber setelah memeluk Islam meskipun belum lama menjadi sangat fanatik.

Penaklukan Andalusia

Sepanyol jatuh ke tangan kekuasaan bangsa Barbarian atau Vandal Visigoth dari kekuasaan Romawi pada abad 5 Masehi. Nama Al-Andalus yang merupakan sebahagian dari wilayah Sepanyol bererti ‘tanah orang-orang vandal’. Istilah ini digunakan setelah wilayah tersebut ditaklukkan oleh pasukan Islam. Sebelum orang Islam datang, pada waktu itu yang menjadi raja Sepanyol waktu itu adalah Roderic. Roderic merupakan raja terakhir dari Dinasti Visigoth yang salasilahnya berasal dari Jerman. Meskipun mereka menganut agama Kristian, namun perangainya sangat menyimpang dari ajarannya.

Sejarah bermula ketika Julaian, Gabenor Ceuta (yang wilayahnya menyatu dengan daratan Morocco) yang di bawah kekuasaan Sepanyol memendam kebencian kepada pimpinannya iaitu raja Roderic yang telah memperkosa atau menghamilkan anak perempuannya, Florinda yang dikirim olehnya untuk menuntut ilmu kepadanya. Florinda merahsiakan masalah ini dan mengirim surat kepada bapanya. Setelah bapanya yakni Julaian mendapat khabar dari anak Florinda, ketika itu marahnya luar biasa, dia tidak lagi setia pada rajanya, namun kebencian tersebut tidak mungkin dilampiaskan begitu saja kepada raja mengenangkan kekuasaan dan kekuatan Julaian sangat terbatas. Sehingga waktu Julaian menjemput Florinda untuk pulang, Roderic meminta Julaian datang membawa burung helang khusus untuk keperluan berburu.

Kemudian dijawab oleh Julaian dengan kata-kata tersembunyi iaitu Julaian nantinya akan membawa kepadanya burung helang yang istimewa yang belum pernah dia lihat (maksudnya adalah akan dipanggil pasukan dari Afrika utara untuk mengalahkan Roderic).

Oleh kerana itu untuk merealisasikan keinginannya membalas kejahatan Roderic, setelah sampai di Ceuta dia segera mendatangi Gabenor Tangier iaitu panglima Thariq bin Ziyad. Thariq bin Ziyad waktu itu dilantik oleh Gabenor Musa Ibn Nusair dari penguasa Dinasti Umaiyyah untuk kawasan kawasan Afrika utara.

Thariq bin Ziyad sebagai Gabenor Tangier memang menjaga hubungan baik dengan Julaian sehingga tidak ada permusuhan di antara kedua belah pihak. Thariq bin Ziyad merupakan orang Berber yang mendapat pangkat tertinggi dalam karier tentera. Pada waktu itu Thariq bin Ziyad berada di Tlemsen (kawasan Aljazair bahagian utara) sedangkan Musa ada di Al-Qairwan (wilayah Tunis bahagian utara).

Pada Thariq bin Ziyad, Julaian memujuk dia untuk memerangi Roderic dan menakluk Sepanyol sedangkan dia akan membantu serta menunjukkan jalan untuk misi tersebut. Dari raut muka Julaian, Thariq bin Ziyad dapat melihat kebencian yang sangat pada Julaian terhadap Roderic. Diceritakannya bahawa kawasan Sepanyol memiliki sumber alam yang melimpah dan tanahnya subur. Tawaran tersebut ditanggapi Thariq bin Ziyad dengan sangat hati-hati. Sebagai langkah awal pada 710 Masehi, Thariq bin Ziyad mengutus anak buahnya iaitu Tarif Ibn Malik dengan membawa 400 tentera untuk mengadakan kajian ke Andalusia.

Sedangkan Julaian membantu menyediakan 4 buah kapal untuk menyeberangi selat. Tempat di mana pasukan Tarif Ibn Malik mendarat di Sepanyol kemudian hari hingga sekarang dinamakan tarifa yang berada di hujung selatan Sepanyol berhadapan dengan wilayah Morocco dipisahkan oleh selat. Setelah kepulangan ekspedisi Tarif Ibn Malik ke Morocco dan membawa khabar bahawa apa yang diceritakan Julaian adalah benar, Thariq bin Ziyad semakin bersemangat untuk segera membawa pasukannya ke Sepanyol untuk menghadapi pasukan Roderic. Thariq bin Ziyad dikenal sebagai orang yang berani dan tentera yang handal.

Dengan salah satu strategi pada waktu itu bahawa Roderic sedang sibuk mengurusi kekuasaannya di wilayah Sepanyol utara yang sedang muncul pemberontakan oleh kelompok basque, Thariq bin Ziyad segera memulakan misinya. Perjalanan pasukan Thariq bin Ziyad dimulai dari wilayah Ceuta kemudian menyeberangi selat yang kemudian hari hingga sekarang diberi nama selat Jabal-el-Thariq atau Gibraltar dan mendarat di suatu bukit karang pada musim semi tepatnya pada 30 April 711 Masehi.

Di tempat tersebut iaitu di kaki Bukit Mount Calpe, untuk beberapa waktu Thariq bin Ziyad dan pasukannya membuat tempat sementara (camp) untuk persiapan sebelum melakukan penyerangan sambil menyusun strategi. Kemudian hari hingga sekarang bukit tersebut dinamakan Gibraltar (Jabal-el-Thariq, Bukit Thariq) yang sekarang merupakan wilayah autonomi negara Britain yang berada di kawasan semenanjung Iberia (Sepanyol) demikian juga selat yang memisahkan antara daratan Morocco dan Sepanyol. Pada waktu itu Thariq bin Ziyad membawa pasukan berjumlah 7,000 orang dari bangsa Berber dan kemudian mendapat tambahan lagi berjumlah 5,000 orang sehingga jumlah keseluruhan adalah 12,000 orang.

Kedatangan pasukan Thariq bin Ziyad tersebut setelah beberapa lama akhirnya diketahui oleh gabenor wilayah yang berdekatan dengan kawasan Gibraltar yang bernama Edeco yang segera memberitahu kepada raja Roderic di Toledo. Mendengar berita itu, Roderic sangat marah dan mengirimkan pasukan untuk menghadang pasukan Thariq bin Ziyad. Mendengar invasi pasukan Thariq bin Ziyad, Roderic segera menghadangnya dengan jumlah pasukan yang jauh lebih ramai iaitu enam kali ganda bahkan lebih hingga sampai 100,000 pasukan. Peperangan terjadi di muara sungai kecil bernama Rio Barbate, dekat Guadalete yang terletak di sebelah selatan kota Cadiz.

Aliran Rio Barbate berasal dari Sungai Guadalete yang mengalir ke LautAN Atlantik dari Tanjung Trafalgar di Semenanjung Iberia. Sehingga tempat pertempuran berlangsung disebutkan oleh ramai penulis sejarah berada di aliran Rio Barbate atau Guadalete atau di kota Medina Shedonia di mana semua wilayah tersebut berdekatan antara satu sama lain dan dapat difahami bahawa wilayah pertempuran tidak bertumpu di satu tempat saja. Dalam menghadapi musuh yang jumlahnya sangat ramai dan tidak berimbang tersebut, pasukan Thariq bin Ziyad pun pada mulanya berasa agak gemetar juga, lebih-lebih lagi pasukan Roderic dilengkapi senjata berat. Namun begitu Thariq bin Ziyad telah berucap dengan lantang kepada pasukannya dengan kata-kata seperti berikut:

‘Saudara-saudaraku, musuh ada di depanmu sedangkan laut ada di belakangmu. Ke mana kamu akan lari? (Mereka berseru: ‘Kami akan mengikutimu, Thariq bin Ziyad’). Kita hanya ada satu pilihan sahaja iaitu menang.’

Ketika itu juga semangat pasukan Thariq bin Ziyad membara dan maju untuk berperang berhadap-hadapan dengan pasukan raja Roderik. Pertempuran berlangsung sekitar satu minggu tanpa henti sehingga berakhir dengan kekalahan pasukan Roderic. Peperangan terjadi mulai tanggal 11 Julai 711 Masehi, tiga hari pertama peperangan berdarah terjadi dan korban berjatuhan di kedua belah pihak khususnya di pihak Roderic.

Mulai hari keempat peperangan terjadi secara besar-besaran dan berlangsung terus tanpa henti hingga akhirnya pada 19 Julai 711 Masehi (atau 28 Ramadhan 92 Hijrah) pasukan Roderik mulai kalah dan ramai yang terkorban dan Roderic melarikan diri dengan menaiki kudanya meninggalkan pasukannya yang kucar-kacir serta serakan mayat-mayat pasukannya yang jumlahnya mencapai 16,000 orang.

Sehari setelah pertempuran usai, kuda, sandal, dan mahkota Roderic ditemui di tepi sungai namun jasadnya tidak ditemui, dipercayai jasadnya dibawa arus sungai dan tenggelam di laut. Dengan demikian pertempuran penentuan secara efektif hanya memakan waktu 8 hari, suatu rentang waku yang teramat singkat.

Setelah berjaya mengalahkan pasukan Roderic di Rio Barbate, Thariq bin Ziyad kemudian membahagi pasukannya menjadi 3 kesatuan pasukan untuk terus menyebar ke beberapa penjuru semenanjung. Thariq bin Ziyad dan pasukannya terus melanjutkan misi penaklukan ke Toledo yang menjadi pusat kerajaan Roderic, sedangkan Mughith Al-Rumi (Mugheyath Errumi) yang memimpin kavaleri pasukan Thariq bin Ziyad, menuju Cordova dengan membawa 700 pasukan berkuda.

Selepas itu Thariq bin Ziyad kembali ke Cordova dan menulis surat kepada Musa Ibn Nusair mengenai kejayaan penaklukan Andalusia, kemudian Musa Ibn Nusair memberitakannya kepada Khalifah Walid di Damaskus. Musa Ibn Nusair melukiskan suasana penaklukan atau kemenangan tersebut tidak seperti penaklukan yang biasa, namun kemenangan itu sangat menakjubkan dan agung sebagaimana pertemuan antara negara pada hari pembalasan.

Kemudian Musa Ibn Nusair menulis surat kepada Thariq bin Ziyad agar tidak meninggalkan Cordova sebelum dia menyusul ke sana. Namun Thariq bin Ziyad dan pasukannya meneruskan misi penaklukan ke wilayah lain. Setelah kemenangan pasukan Thariq bin Ziyad, berbondong-bondong bangsa Moro dari Afrika utara menyeberangi Selat Gibraltar dan hidup di Andalusia yang kemudian terjadi asimilasi dengan penduduk asli Sepanyol.

Setelah kemenangan pasukan Thariq bin Ziyad yang di luar dugaan tersebut, Gabenor Musa Ibn Nusair menyusulnya pada musim panas tahun 712 Masehi dengan disertai 18,000 pasukan untuk memperluaskan wilayah yang akan ditaklukkan. Pertemuan antara Thariq bin Ziyad dan Musa Ibn Nusair terjadi di Talavera dekat Toledo.

Pertemuan keduanya nampak tidak bersahabat, Thariq bin Ziyad menerima kedatangan Musa Ibn Nusair dengan penuh hormat sedangkan kecemburuan Musa Ibn Nusair terhadap Thariq bin Ziyad terlihat dengan sikap sebaliknya. Kepada Musa Ibn Nusair, Thariq bin Ziyad berkata: ‘Saya hanyalah hambamu atau anak buahmu, penaklukan ini untukmu’ dan Thariq bin Ziyad memberikan semua barang rampasan kepada Musa Ibn Nusair.

Thariq bin Ziyad dan Musa Ibn Nusair akhirnya bersama-sama melakukan penaklukan ke atas wilayah-wilayah semenanjung Iberia lainnya hingga tahun 714 Masehi. Namun demikian Khalifah Walid di Damaskus, Syria mendengar berita tersebut dan menyuruh Musa Ibn Nusair kembali ke Damaskus, sedangkan Thariq bin Ziyad dan pasukan diberi perintah untuk tetap di Andalusia.

Penaklukan selanjutnya diteruskan oleh pasukan Islam. Wilayah yang ditaklukkan pasukan Islam hinga tahun 721 meliputi seluruh Semenanjung Iberia dan sebahagian wilayah Perancis bahagian selatan. Hingga abad ke 10 Masehi, wilayah kekuasaan Islam masih meliputi sekitar 4/5 Semenanjung Iberia, kemudian dengan adanya penentangan dari kerajaan-kerajaan di bahagian utara Sepanyol yang semakin agresif untuk memerangi kekuasaan pemerintahan Islam, wilayah yang akhirnya dapat dipertahankan mencakup seluruh wilayah Sepanyol bahagian selatan yang sekarang disebut sebagai Andalusia.

Kemenangan pasukan Islam di sebahagian besar Semenanjung Iberia yang meliputi wilayah Sepanyol dan Portugal (kecuali di bahagian utara Sepanyol seperti kerajaan Castile, Galicia, Aragon, yang masih berdiri kerajaan sendiri) masih dianggap sebahagian dari kekuasaan Umaiyyah yang berpusat di Damaskus hingga kekuasaan Dinasti Umaiyyah di Damaskus berakhir setelah dikalahkan oleh Dinasti Abassiyah pada tahun 750 Masehi.

Pada tahun 755 Masehi datanglah Abdurrahman I, satu-satunya keluarga penguasa Dinasti Umaiyyah yang berjaya melarikan diri dari pembunuhan yang dilakukan oleh penguasa Dinasti Abassiyah. Sebelum datang ke Andalusia, selama 4 tahun Abdurrahman terkatung-katung di kawasan Afrika utara untuk meloloskan diri. Kemudian oleh masyarakat Andalusia yang terdiri dari orang-orang Andalusia (Sepanyol) asli dan juga orang Moro yang ramai berdatangan dari Afrika utara, Aburrahman I dilantik sebagai pemimpin (Amir) di wilayah tersebut. Dalam perkembangannya wilayah Andalusia akhirnya terkenal sebagai wilayah kekalifahan yang merdeka (independent), kemudian mulai abad 11 Masehi kekuasaan dikendalikan oleh penguasa Al-Marabout (Almoravides).

Kemudian diteruskan oleh Almohad yang berasal dari bangsa Berber Islam Afrika utara hingga kejatuhannya pada abad 15 Masehi iaitu kejatuhan setelah istana Granada pada tahun 1492 Masehi yang bererti berakhirnya kekuasaan Islam di Andalusia, Sepanyol (Eropah) diikuti dengan pilihan yang diberlakukan oleh penguasa baru kerajaan Sepanyol terhadap umat Islam iaitu pengusiran dari bumi Sepanyol, atau berpindah agama, atau dibunuh.

 Andalusia Zaman Kejayaan Islam Dan Sekarang

Dalam kurun waktu kejayaan Islam di Andalusia, Cordova sebagai pusat kerajaan Andalusia menjadi kota yang paling maju dan megah dibandingkan kota-kota di negara Eropah lainnya. Sebagai suatu gambaran bahawa pada abad ke 10 Masehi, jumlah penduduk di Cordova mencapai 500,000 orang.

Jumlah perpustakaan umum di Cordova ada 70 buah, di sebuah perpustakaan di Córdova memiliki koleksi buku berjumlah lebih dari 600,000 buah. Sedangan pada waktu itu di kawasan Andalusia ada universiti berjumlah 17 buah dengan keadaan semua penduduk dapat membaca dan menulis (tidak buta huruf).

Di Cordova juga ramai doktor termasuk doktor wanita. Terdapat 600 masjid, 50 rumah sakit atau hospital, 900 bilik mandi umum, juga lampu penerangan jalan sepanjang 15 km. Sebagai perbandingan dengan keadaan di negara Eropah lainnya, pada waktu itu peradaban Eropah masih sangat kekurangan (yang biasa disebut sebagai zaman kegelapan) dengan belum membudayanya mandi di bak, tingkat buta huruf yang sangat tinggi iaitu sekitar 99% kerana belum banyak sekolahan atau universiti, dan jalan-jalan yang gelap.

Dalam zaman kejayaan Islam yang berakhir pada abad 15 Masehi tersebut beberapa ilmuwan besar untuk berbagai bidang ilmu seperti falsafah, kedoktoran, biologi, hukum yang lahir atau pernah mendapat pendidikan di kawasan tersebut antara lain ialah Averroes (Ibn Rush), Avenzoar (Ibn Zuhr), Darieses (Al-Idariisi), Ibn Al-Baitar, Albucasis (Abu Al-Qasim Al-Zahravi), Arzachel (Al-Zarqali), Al-Dinawari, Al-Thahabi, Ibn Hazm, Ibn Jubair dan ramai yang lainnya.

Di samping itu pada masa tersebut ramai raja Kristian dari negara Eropah lainnya mengirimkan anak mereka datang ke Andalusia untuk menuntut ilmu. Sebagai suatu gambaran bahawa karya ilmiah dari salah seorang ilmuwan tersebut (Averroes) di berbagai bidang seperti falsafah, kedoktoran, hukum dimasukkan dalam silibus di Universiti Paris dan sebahagian besar universiti di Eropah selama 500 tahun lamanya hingga abad ke 18 Masehi.

Dalam bidang falsafah karya averrors telah mempengaruhi fikiran bangsa Eropah dari abad 12 hingga 16 m. Karya-karyanya pada waktu itu telah diterjemahkan dalam bahasa latin, inggris, jerman dan ibrani. Dengan melihat kualiti karya tersebut jika dibandingkan dengan ilmuwan jaman sekarang tentu saja para ilmuwan tersebut sebanding atau malah jauh lebih tinggi dengan kualiti ilmuwan pemenang hadiah nobel.

Sekarang ini Andalusia merupakan suatu daerah autoriti yang mencakup wilayah Cordova, Sevilla, Granada, Malaga, Jaen, Almeria, Cadiz, Ceuta, dan Huelva. Penduduk kota Cordova sendiri sekarang berjumlah sekitar 300,000 orang. Hingga sekarang masjid bersejarah Cordova masih berdiri tegak dengan tambahan di bahagian tengah masjid berupa katedarial yang selalu digunakan untuk acara ritual.

Bangunan mihrab masih asli dan lengkap yang dilindungi pagar besi untuk membatasi gerak para pelancong yang berkunjung. Sedangkan menara masjid juga masih menjulang tinggi yang tidak lagi terdengar azan di setiap waktu tetapi sebagai gantinya akan selalu berdentang loceng katedarial.

Di seberang jalan depan masjid sampai sekarang masih terdapat sebatang sungai besar yang dulu bernama Wadi-Al-Khabir sekarang namanya menjadi Quadalquivir yang airnya masih mengalir dengan jumlah yang relatif sedikit. Jambatan yang bernama Puente Roman yang menghubungkan jalan depan masjid ke benteng di seberang sungai masih ada dan masih dilalui oleh kenderaan umum.

Sedangkan patung Averroes dibina agak jauh dari bangunan masjid. Nama Averroes juga diabadikan menjadi salah satu nama aula di Universiti Cordova, Rabanales, Cordova. Di tempat lain di Andalusia, Istana Al-Hambra di Granada masih berdiri megah dengan arkitektur kaligrafi yang indah dan memiliki tingkat seni yang tinggi menghiasi dinding-dinding istana yang sampai sekarang dijadikannya tempat wisata yang menarik di kawasan Sepanyol.

Meskipun Islam pernah berjaya selama berabad-abad, komuniti Muslim di Andalusia sangat sedikit, namun demikian arkitektur bangsa Moro berupa bangunan pintu masuk dengan reka bentuk lengkung bahagian atas bergaris lorek selang-seling warna merah hati dan putih sampai sekarang menjadi ciri khas arkitektur kawasan Andalusia.

Penutup

Beberapa pengajaran penting yang dapat kita ambil dari sejarah Thariq bin Ziyad dan penaklukan Andalusia antara lain adalah bahawa pasukan Thariq bin Ziyad dari bangsa Moro Afrika utara merupakan seorang penakluk yang hebat wilayah Andalusia Sepanyol pada tahun 711 Masehi.

Pertempuran efektif yang memakan waktu 8 hari di Rio Barbate melawan pasukan Eropah (raja Sepanyol) diteruskan dengan penaklukan sisa-sisa kekuatan Roderic beberapa bulan lamanya merupakan sejarah penting pembangunan kekuasaan Islam di Andalusia, Sepanyol sehingga Islam dapat membangun peradaban di wilayah tersebut yang akhirnya merupakan pusat ilmu dan peradaban serta kemudian hari menjadi pintu gerbang utama terjadinya pemindahan peradaban dan ilmu ke negara-negara Eropah lainnya.

Dengan fenomena tersebut akar kebudayaan Eropah dapat ditelusur pada bangsa Moro yang memiliki peradaban tidak hanya pada bidang seni, sains dan perdagangan, namun juga pada sikap toleran yang luar biasa terhadap ras dan kebudayaan lain. Selain itu sikap berani, cerdik dan rendah hati panglima Thariq bin Ziyad menunjukkan peribadi Muslim yang dapat dijadikan iktibar bagi kita.

Sifat rendah hati ini ditunjukkan oleh Thariq bin Ziyad dengan memberikan atau mempersembahkan kemenangannya serta semua yang diperoleh dari kemenangannya termasuk harta rampasan perang kepada penguasa Islam pada waktu itu (Dinasti Umaiyyah).

Beliau tidak mempunyai niat atau cita-cita kekuasaan yang dalam kalkulasi politik beliau sudah wajar memperolehnya. Ini mungkin suatu sikap yang sukar ditemui pada peribadi Muslim zaman sekarang sebagaimana sikap ini menjadi tuntunan ajarannya. Selanjutnya Thariq bin Ziyad meninggalkan Andalusia dan pencen dari kerjaya tentera, kemudian kembali menjadi orang biasa.

Kekalahan Islam atas Sepanyol (barat) pada masa lalu dampaknya berlangsung hingga kini di abad 21 Masehi dengan fenomena yang menyedihkan berupa penjajahan di bidang sains dan teknologi, politik, ekonomi, budaya, dan lain-lain. Untuk mengembalikan kejayaan pada masa silam bukan suatu perkara yang mudah, namun sebahagian kata-kata Thariq bin Ziyad mungkin dapat menjadi titik pemicu upaya tersebut iaitu ’kita hanya ada satu pilihan iaitu menang!’.

Keruntuhan Kerajaan Islam Di Sepanyol
Bila sebut perkataan Eropah, dalam fikiran penulis cuma terfikir sebuah negara yang penduduknya terdiri dari orang-orang barat sahaja. Tidak terfikir langsung nak ambil tahu tetapi, jangan tertipu hanya pada nama. Hakikatnya, di sinilah pernah terbinanya sebuah negara Islam terkuat di dunia. Pertama kali penulis ditanya tentang Andalusia, tentulah nama Thariq bin Ziyad hadir dalam ingatan. Namun ada kisah yang menarik dan pahit terhadap umat Islam di sini. Mungkin ramai yang tidak tahu atau menyedarinya, tetapi inilah hakikatnya.

Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol. ‘Menangislah anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.’

Begitulah ucapan seorang bonda Raja dalam sejarah Islam di Andalusia, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah daripada puak Bani Al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21 Muharram 897 Hijrah yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun. Bani Al-Ahmar adalah puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada daripada 620 Hijrah hingga 897 Hijrah, pada tahun di mana perjanjian di atas dimeterai.

Perjanjian Jaminan Keselamatan

Perjanjian yang membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yang pada akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun.

Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 Hijrah. Pada masa itu ribuan umat Islam yang dijanjikan boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang keperluan masing-masing.

Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran tersebut.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran Tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing.

Membakar Rumah Dan Kapal

Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol.

Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan pedang terhunus. Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan.

Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti Al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan Al-Muqtabas min Akhbar Al-Andalusia (Sekelumit Sejarah Andalusia), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashyurnya Al-Fisal fi Al-Milal wa Al-Nihal.

Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakuntukan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim kerana terlalu perit dugaan yang dialami mereka. Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 Hijrah di bawah kepemimpinan panglima Thariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Thariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur.

Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang juga kawasan pergunungan.

Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan Al-Quran.

Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir 6 abad lamanya. Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman Al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalusia. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: ‘Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya.’

Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalusia berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tetapi selalu tidak berjaya. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Melemahkan Iman

Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya. Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al-Quran.

Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh. Di samping itu, antara punca lain yang membuatkan Andalusia hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani Al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain.

Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalusia merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya. Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu memadamkan pemberontakan itu.

Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian.

Lapan ratus tahun bukan masa yang singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalusia pada satu masa dulu.

Musuh Islam Satu

Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dga apa juga cara. Dengan mengambil contoh Andalusia yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas daripada jalur yang lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kepada bukan Islam, kesenangan yang tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana.

Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pada permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas daripada pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia.

Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dari negara dan menolak sekularisme dalam bentuk apa pun yang bertujuan memisahkan agama daripada kehidupan yang menjadikan kehidupan lepas bebas daripada neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.

Andalusia Seribu Keindahan

Andalusia yang sering digambarkan dengan seribu keindahan (pancuran air, tamadun yang dimegah-megahkan, lagu dan syair digubah untuk mengungkapkan keindahannya, dan keilmuan sains dan teknologinya sering menjadi bahan paparan media) namun hanya indah khabar dari berita. Hakikatnya, ‘Andalusia itu pahit dan derita, penuh kebinatangan yang terbit pada wajah manusia’. Betapa pahitnya peristiwa sejarah ini bagi kita umat Islam namun pada hari ini nama Andalusia terus terpadam dan luput dalam kamus hidup manusia. Kegemilangan empayar Islam yang terbina beratus-ratus tahun dahulu dengan mudahnya dimusnahkan oleh musuh-musuh Islam yang tidak pernah berhenti untuk menghapuskan agama suci ini.

Ayuh ambil iktibar dari peristiwa ini. Janganlah terus mendiamkan diri membuta tuli. Maruah Islam sudah tercalar sepertimana tercalarnya luka yang dalam di hati ini bila menyedarinya. Apakah kita masih selesa dengan kemewahan dan kemajuan dunia yang semakin hari semakin mencipta jurang antara seorang hamba terhadap Tuhannya? Mungkin sukar untuk mengambil semula Andalusia, tetapi kita mampu mengembalikan suasana dan kegemilangan Andalusia semula di mana pun kita berada asalkan kita bersatu demi Islam tercinta. Ingatlah, sesungguhnya kekuatan umat Islam itu bila kita bersatu di bawah panji-panji Islam manakala senjata utamanya adalah doa maka berdoalah sepertimana doanya seorang ‘abid merintih pada malam hari di hadapan Tuhannya.
Penaklukan Sepanyol – Misi Andalusia

Menurut buku-buku sejarah Islam, pembukaan Sepanyol adalah berkat Thariq bin Ziyad dan Musa bin Naseer pada 711 – 712 Masehi semasa Khalifah Umaiyyah Walid bin Abdul Malik memerintah. Thariq bin Ziyad berasal dari bangsa Barbar, mengenai sukunya, para sejarawan masih berbeza pendapat; sama ada beliau dari suku Nafza atau suku Zanata.

Thariq bin Ziyad merupakan bekas seorang hamba abdi yang kemudian dimerdekakan oleh Musa bin Nushair, Gabenor Islam di Afrika Utara dan di tangan Musa inilah Thariq bin Ziyad memeluk agama Islam bersama orang-orang Barbar yang lainnya yang tunduk di bawah kekuasaannya setelah penaklukkan daerah Tanja.

Dikisahkan bahawa setelah masuk Islam, mereka menjalankan agama Islam dengan baik. Oleh kerana itu, sebelum Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar mereka Al-Quran dan ajaran-ajaran Islam. Setelah itu Musa mengangkat Thariq bin Ziyad, yang merupakan perajurit Musa yang terkuat untuk menjadi penguasa daerah Tanja, hujung Morocco dengan kekuatan 19,000 tentera dari bangsa Barbar, lengkap dengan persenjataannya

Sistem Politik Dan Perluasan Wilayah

Pada zaman Muawiyah, Tunisia dapat ditaklukkan. Di sebelah timur, Muawiyah dapat menguasai daerah Khurasan hingga ke Sungai Oxus dan Afganistan hingga ke Kabul. Angkatan lautnya melakukan serangan-serangan ke Ibu Kota Byzantium, Konstantinopel. Ekspansi ke timur yang dilakukan oleh Muawiyah kemudian diteruskan oleh Khalifah Abd Al-Malik, beliau menyeberangi Sungai Oxus dan berjaya menundukkan Baikh, Bukhara, Khawarizm, Ferghana dan Samarkand.

Majoriti penduduk di kawasan ini kaum Paganis. Pasukan Islam menyerang wilayah Asia Tengah pada tahun 41 Hijrah atau 661 Masehi. Pada tahun 43 Hijrah atau 663 Masehi mereka mampu menaklukkan Salistan dan sebahagian wilayah Thakaristan pada tahun 45 Hijrah atau 665 Masehi. Mereka sampai ke wilayah Quhistan pada tahun 44 Hijrah atau 664 Masehi. Abdullah Bin Ziyad tiba di pergunungan Bukhari. Pada tahun 44 Hijrah atau 664 Masehi para tenteranya datang ke India dan berjaya menguasai Balukhistan, Sind, dan daerah Punjab hingga ke Maitan.

Ekspansi ke barat secara besar-besaran diteruskan pada zaman Al-Walid Ibn Abd Abdul Malik (705-714 Masehi). Masa pemerintahan Walid adalah masa ketenteraman, kemakmuran dan ketertiban. Umat Islam merasa hidup bahagia, tidak ada pemberontakan pada masa pemerintahanya. Beliau memulai kekuasaannya dengan membina Masjid Jami’ di Damaskus. Masjid Jami’ ini dibina dengan sebuah arkitektur yang indah, beliau juga membina Kubbatu Sharkah dan memperluas Masjid Nabawi, di samping itu juga melakukan pembangunan fizikal dalam skala besar.

Pada masa pemerintahannya terjadi penaklukan yang demikian luas, penaklukan ini dimulai dari Afrika utara menuju wilayah barat daya, benua Eropah iaitu pada tahun 711 Masehi. Setelah Al Jazair dan Morocco dapat ditaklukkan, Thariq bin Ziyad pemimpin pasukan Islam dengan pasukannya menyebrangi selat yang memisahkan antara Morocco dengan Benua Eropah dan mendarat di suatu tempat yang sekarang dikenali dengan nama Bibraltar (Jabal Thariq). Tentera Sepanyol dapat dikalahkan, dengan demikian Sepanyol menjadi sasaran ekspansi.

Selanjutnya Ibu Kota Sepanyol Cordova dengan cepatnya dapat dikuasai, menyusul setelah itu kota-kota lain seperti Sevi’e, Elvira, dan Toledo yang dijadikan ibu kota Sepanyol yang baru setelah jatuhnya Cordova. Pasukan Islam memperoleh sokongan dari rakyat setempat yang sejak lama menderita akibat kekejaman penguasa. Pada masa inilah pemerintah Islam mencapai wilayah yang demikian luas dalam rentang sejarahnya. Beliau meninggal dunia pada tahun 96 Hijrah atau 714 Masehi dan memerintah selama 10 tahun.

Pada zaman Umar Ibn Ab Al-Aziz masa pemerintahannya diwarnai dengan banyak reformasi dan perbaikan. Beliau banyak menghidupkan dan memperbaiki tanah-tanah yang tidak produktif, menggali telaga-telaga baru dan membina masjid-masjid. Beliau mengedarkan sedekah dan zakat dengan cara yang benar hingga kemiskinan tidak ada lagi pada zamannya.

Pada masa pemerintahannya tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat ataupun sedekah. Berkat ketakwaan dan kesolehannya, beliau dianggap sebagai salah seorang Khulafaur Rasyidin. Penaklukan pada masa pemerintahannya pasukan Islam melakukan penyerangan ke Perancis dengan melewati pergunungan Baranese mereka sampai ke wilayah Septomania dan Profanes, lalu melakukan pengepungan Toulan sebuah wilayah di Perancis. Namun kaum Muslimin tidak berjaya mencapai kemenangan yang bererti di Perancis. Sangat sedikit terjadi perang pada masa pemerintahan Umar. Dakwah Islam marak dengan menggunakan nasihat yang penuh hikmah sehingga ramai orang masuk Islam, masa pemerintahan Umar Bin Abd Aziz terhitung pendek.

Pada zaman Hasyim Ibn Abd Al-Malik (724-743 Masehi) pemerintahannya dikenali dengan adanya perbaikan-perbaikan dan menjadikan tanah-tanah produktif. Beliau membina kota Rasyafah dan membereskan tata pentadbiran. Hasyim dikenali sangat jeli dalam berbagai perkara dan pertumpahan darah. Namun beliau dikenali sangat kikir dan pelit.

Penaklukan pada masa pemerintahannya dipimpin oleh Abdur Rahman Al-Ghafiqi. Beliau mulai dengan menyerang Bordeau, Poitiers, dari sana ia mencuba menyerang Tours. Namun dalam peperangan yang terjadi di luar kota Tours, Al-Ghafiqi terbunuh, dan tenteranya mundur kembali ke Perancis pada tahun 114 Hijrah atau 732 Masehi. Peristiwa penyerangan ini merupakan peristiwa yang sangat membahayakan Eropah. Dengan kejayaan ekspansi ke beberapa daerah, baik di timur mahupun barat. Wilayah kekuasaan Islam masa Bani Umaiyyah ini betul-betul sangat luas. Daerah-daerah itu meliputi Sepanyol, Afrika utara, Syiria, Palestin, Jazirah Arab, Iraq, sebahagian Asia kecil, Persia, Afganistan, daerah yang sekarang disebut Pakistan Purkmenia, Ulbek, dan Kilgis di Asia Tengah.

Khususnya di bidang Tashri, kemajuan yang diperoleh sedikit sekali, sebab kurangnya sokongan serta bantuan pemerintah (kerajaan) waktu itu. Baru setelah masa khalifah Umar Bin Abd Al-Aziz kemajuan di bidang Tashri mulai meningkat, beliau berusaha mempertahankan perkembangan hadis yang hampir mengecewakan, kerana para penghafal hadis sudah meninggal dunia sehingga Umar Bin Abd Al-Aziz berusaha untuk membukukan hadis.

Meskipun kejayaan banyak dicapai dinasti ini, namun tidak bermakna bahawa politik dalam negeri boleh dianggap stabil. Muawiyah tidak mentaati isi perjanjiannya dengan Hasan Ibn Ali ketika beliau naik takhta yang menyebutkan bahawa persoalan pergantian pemimpin setelah Muawiyah diserahkan kepada pemilihan umat Islam. Deklarasi pengangkatan anaknya Yazid sebagai putera mahkota menyebabkan munculnya gerakan-gerakan oposisi di kalangan rakyat yang mengakibatkan terjadinya perang saudara beberapa kali dan berkelanjutan.

Sistem Ekonomi

Bidang-bidang ekonomi yang terdapat pada zaman Bani Umaiyyah terbukti berjaya membawa kemajuan kepada rakyatnya iaitu:

  1. Dalam bidang pertanian Umaiyyah telah memberi tumpuan terhadap pembangunan sektor pertanian, beliau telah memperkenalkan sistem pengairan bagi tujuan meningkatkan hasil pertanian.
  2. Dalam bidang industri pembuatan khususnya kraftangan telah menjadi nadi pertumbuhan ekonomi bagi Umaiyyah.

Sistem Peradilan Dan Pengembangan Peradaban

Meskipun sering kali terjadi pergolakan dan pergumulan politik pada masa pemerintahan Daulah Bani Umaiyyah, namun terdapat juga usaha positif yang dilakukan daulah ini untuk kesejahteraan rakyatnya. Di antara usaha positif yang dilakukan oleh para khilafah daulah Bani Umaiyyah dalam mensejahterakan rakyatnya ialah dengan memperbaiki seluruh sistem pemerintahan dan menyusun pentadbiran, antara lain organisasi kewangan. Organisasi ini bertugas mengurusi masalah kewangan negara yang digunakan untuk:

  1. Gaji pegawai dan tentera serta gaya tata usaha negara.
  2. Pembangunan pertanian, termasuk irigasi.
  3. Biaya orang-orang hukuman dan tawanan perang
  4. Perlengkapan perang

Di samping usaha tersebut daulah Bani Umaiyyah memberikan hak dan perlindungan kepada warga negara yang berada di bawah pengawasan dan kekuasaannya. Masyarakat mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan hukum dan kesewenangan. Oleh kerana itu, Daulah ini membentuk lembaga kehakiman. Lembaga kehakiman ini diketuai oleh seorang ketua Hakim (Qathil Qudhah). Seorang hakim (Qadli) memutuskan perkara dengan ijtihadnya. Para hakim menggali hukum berdasarkan Al-Quran dan sunnah Nabi.

Di samping itu kehakiman ini belum terpengaruh atau dipengaruhi politik, sehingga para hakim dengan kekuasaan penuh berhak memutuskan sesuatu perkara tanpa mendapat tekanan atau pengaruh suatu golongan politik tertentu. Di samping itu, kekuasaan Islam pada masa Bani Umaiyyah juga banyak berjasa dalam pengembangan peradaban seperti pembangunan di berbagai bidang, seperti:

  1. Muawiyah mendirikan dinas pos dan tempat-tempat tertentu dengan menyediakan kuda dengan peralatannya di sepanjang jalan. Beliau juga berusaha mentertibkan angkatan bersenjata.
  2. Lambang kerajaan sebelumnya Al-Khulafaur Rasyidin, tidak pernah membuat lambang negara baru pada masa Umaiyyah, menetapkan bendera merah sebagai lambang negaranya. Lambang itu menjadi ciri khas kerajaan Umaiyyah.
  3. Arkitektur semacam seni yang kekal pada tahun 691 Hijrah, Khalifah Abd Al-Malik membina sebuah kubah yang megah dengan arkitektur barat yang dikenal dengan ‘The Dame Of The Rock’ (Gubah As-Sakharah).
  4. Pembuatan mata wang pada zaman Khalifah Abd Al Malik yang kemudian diedarkan keseluruh penjuru negeri Islam.
  5. Pembuatan pusat asuhan untuk anak-anak yatim, juga tempat-tempat untuk orang-orang yang infalid, segala fasiliti disediakan oleh Umaiyyah.
  6. Pengembangan angkatan laut Muawiyah yang terkenal sejak masa Uthman sebagai Amir Al-Bahri, tentu akan mengembangkan ideanya pada masa beliau berkuasa, sehingga kapal perang waktu itu berjumlah 1,700 buah.

Pada masa Umaiyyah, (Khalifah Abd Al-Malik) juga berjaya melakukan pembenahan-pembenahan pentadbiran pemerintahan dan memberlakukan bahasa Arab sebagai bahasa resmi pentadbiran pemerintahan Islam.

Kemajuan Sistem Ketenteraan

Salah satu kemajuan yang paling menonjol pada masa pemerintahan dinasti Bani Umaiyyah adalah kemajuan dalam sistem ketenteraan. Selama peperangan melawan kekuatan musuh, pasukan Arab banyak mengambil pengajaran dari cara-cara teknik bertempur kemudian mereka memadukannya dengan sistem dan teknik pertahanan yang selama itu mereka miliki. Dengan perpaduan sistem pertahanan ini akhirnya kekuatan pertahanan dan ketenteraan Dinasti Bani Umaiyyah mengalami perkembangan dan kemajuan yang sangat baik. Dengan kemajuan-kemajuan dalam sistem ini akhirnya para penguasa dinasti Bani Umaiyyah mampu melebarkan sayap kekuasaannya hingga ke Eropah.

Secara garis besar formasi kekuatan tentera Bani Umaiyyah terdiri dari pasukan berkuda, pasukan pejalan kaki dan angkatan laut.

Sistem Pergantian Ketua Negara Dan Keruntuhan Umaiyyah

Ada beberapa faktor yang menyebabkan dinasti Bani Umaiyyah lemah dan membawanya kepada kehancuran. Faktor-faktor itu antara lain adalah:

  1. Sistem pergantian khalifah melalui garis keturunan adalah sesuatu yang baru (bid’ah) bagi tradisi Islam yang lebih menekankan aspek senioriti. Pengaturannya tidak jelas. Ketidakjelasan sistem pergantian khalifah ini menyebabkan terjadinya persaingan yang tidak sihat di kalangan anggota keluarga istana.
  2. Latar belakang terbentuknya dinasti Bani Umaiyyah tidak boleh dipisahkan dari konflik-konflik politik yang terjadi pada masa pemerintahan Saidina Ali. Sisa-sisa Syiah (para pengikut Abdullah bin Saba’ Al-Yahudi) dan Khawarij terus menjadi gerakan oposisi, baik secara terbuka seperti pada masa awal dan akhir mahupun secara tersembunyi seperti pada masa pertengahan kekuasaan Bani Umaiyyah. Penumpasan terhadap gerakan-gerakan ini banyak menyedut kekuatan pemerintah.
  3. Pada masa kekuasaan Bani Umaiyyah, pertentangan etnik antara suku Arabia Utara (Bani Qays) dan Arabia Selatan (Bani Kalb) yang sudah ada sejak zaman sebelum Islam, makin meruncing. Perselisihan ini mengakibatkan para penguasa Bani Umaiyyah mendapat kesukaran untuk menggalang persatuan dan kesatuan. Di samping itu, sebahagian besar golongan mawali (bukan Arab), terutama di Iraq dan wilayah bahagian timur lainnya, merasa tidak puas kerana status mawali itu menggambarkan suatu inferioriti, ditambah dengan keangkuhan bangsa Arab yang diperlihatkan pada masa Bani Umaiyyah.
  4. Lemahnya pemerintahan daulat Bani Umaiyyah juga disebabkan oleh sikap hidup mewah di lingkungan istana sehingga anak-anak khalifah tidak sanggup memikul beban berat kenegaraan tatkala mereka mewarisi kekuasaan. Di samping itu, para ulama banyak yang kecewa kerana perhatian penguasa terhadap perkembangan agama sangat kurang.
  5. Penyebab langsung tergulingnya kekuasaan dinasti Bani Umaiyyah adalah munculnya kekuatan baru yang dipelopori oleh keturunan Al-Abbas ibn Abd Al-Muthalib. Gerakan ini mendapat sokongan penuh dari Bani Hasyim dan kaum mawali yang merasa dikelasduakan oleh pemerintahan Bani Umaiyyah.

Sejarah Islam Di Andalusia

Sebelum kedatangan umat Islam, daerah Iberia merupakan kerajaan Hispania yang dikuasai oleh orang Kristian Visigoth. Pada tahun 711 Masehi, pasukan Umaiyyah yang sebahagian besar merupakan bangsa Moor dari Afrika Barat Laut, menyerbu Hispania dipimpin jenderal Thariq bin Ziyad, dan di bawah perintah dari Kekhalifahan Umaiyyah di Damaskus. Pasukan ini mendarat di Gibraltar pada 30 April, dan terus menuju ke utara. Setelah mengalahkan Raja Roderic dari Visigoth dalam Pertempuran Guadalete (711 Masehi), kekuasaan Islam terus berkembang hingga pada tahun 719 Masehi. Hanya daerah Galicia, Basque dan Asturias yang tidak tunduk kepada kekuasaan Islam.

Setelah itu, pasukan Islam menyeberangi Pirenia untuk menakluk Perancis, namun berjaya dihentikan oleh kaum Frank dalam pertempuran Tours (732 Masehi). Daerah yang dikuasai Muslim Umaiyyah ini disebut sebagai wilayah Al-Andalusia, terdiri dari Sepanyol, Portugal dan Perancis bahagian selatan yang disebut sekarang.

Perkembangan Politik

Pada awalnya, Al-Andalusia dikuasai oleh seorang wali Yusuf Al-Fihri (gabenor) yang dilantik oleh Khalifah di Damaskus, dengan masa jawatan biasanya 3 tahun. Namun pada tahun 740-an Masehi, terjadi perang saudara yang menyebabkan melemahnya kekuasaan Khalifah. Dan pada tahun 746 Masehi, Yusuf Al-Fihri memenangi perang saudara tersebut, menjadi seorang penguasa yang tidak terikat kepada pemerintahan di Damaskus.

Pada tahun 750 Masehi, Bani Abbasiyah menjatuhkan pemerintahan Umaiyyah di Damaskus, dan merebut kekuasaan atas daerah-daerah Arabia. Namun pada tahun 756 Masehi, Abdurrahman I (Ad-Dakhil) melengserkan Yusuf Al-Fihri, dan menjadi penguasa Cordova dengan gelaran Amir Cordova.

Abdurrahman menolak untuk tunduk kepada kekhalifahan Abbasiyah yang baru terbentuk, kerana pasukan Abbasiyah telah membunuh sebahagian besar keluarganya. Beliau memerintah selama 30 tahun, namun memiliki kekuasaan yang lemah di Al-Andalusia dan beliau berusaha menekan penentangan dari penyokong Al-Fihri mahupun Khalifah Abbasiyah.

Selama satu setengah abad berikutnya, keturunannya menggantikannya sebagai Amir Cordova, yang memiliki kekuasaan tertulis atas seluruh Al-Andalusia bahkan kadang-kadang meliputi Afrika Utara bahagian barat. Pada kenyataannya, kekuasaan Amir Cordova, terutama di daerah yang berbatasan dengan kaum Kristian, sering mengalami naik-turun politik, itu bergantung kepada kecekapan dari sang Amir yang sedang berkuasa. Amir Abdullah bin Muhammad bahkan hanya memiliki kekuasaan atas Cordova saja.

Cucu Abdullah, Abdurrahman III, menggantikannya pada tahun 912 Masehi, dan dengan cepat mengembalikan kekuasaan Umaiyyah atas Al-Andalusia dan bahkan Afrika Utara bahagian barat. Pada tahun 929 Masehi beliau mengangkat dirinya sebagai Khalifah, sehingga keamiran ini sekarang memiliki kedudukan setara dengan kekhalifahan Abbasiyah di Baghdad dan kekhalifahan Syiah di Tunis.

Masa Kekhalifahan

Andalusia diduduki umat Islam pada zaman Khalifah Al-Walid Rahimahullah (705-715 Masehi), salah seorang khalifah dari Bani Umaiyyah yang berpusat di Damaskus, di mana umat Islam sebelumnya telah menguasai Afrika Utara. Dalam proses penaklukan Sepanyol ini terdapat tiga pahlawan Islam yang boleh dikatakan paling berjasa iaitu Tharif ibn Malik, Thariq bin Ziyad, dan Musa ibn Nushair.

Tharif ibn Malik boleh disebut sebagai perintis dan penyelidik. Beliau menyeberangi selat yang berada di antara Morocco dan benua Eropah itu dengan satu pasukan perang, lima ratus orang di antaranya adalah tentera berkuda, mereka menaiki empat buah kapal yang disediakan oleh Julaian.

Dalam penyerbuan itu Tharif ibn Malik tidak mendapat penentangan yang bermakna. Beliau menang dan kembali ke Afrika Utara membawa harta rampasan yang tidak sedikit jumlahnya. Didorong oleh kejayaan Tharif dan kemelut yang terjadi dalam tubuh kerajaan Visigothic yang berkuasa di Sepanyol pada ketika itu, serta dorongan yang besar untuk memperoleh harta rampasan perang, Musa ibn Nushair pada tahun 711 Masehi mengirim pasukan ke Sepanyol sebanyak 7,000 orang di bawah pimpinan Thariq bin Ziyad.

Thariq bin Ziyad lebih dikenali sebagai penakluk Sepanyol kerana pasukannya lebih besar dan hasilnya lebih nyata. Pasukannya terdiri dari sebahagian besar suku Barbar yang disokong oleh Musa ibn Nushair dan sebahagian lagi orang Arab yang dikirim Khalifah Al-Walid Rahimahullah. Pasukan itu kemudian menyeberangi Selat di bawah pimpinan Thariq bin Ziyad. Sebuah gunung tempat pertama kali Thariq bin Ziyad dan pasukannya mendarat dan menyiapkan pasukannya, dikenali dengan nama Gibraltar (Jabal Thariq).

Dengan dikuasainya daerah ini, maka terbukalah pintu secara luas untuk memasuki Sepanyol. Dalam pertempuran di suatu tempat yang bernama Bakkah, Raja Roderick dapat dikalahkan. Dari situ Thariq bin Ziyad dan pasukannya terus menakluk kota-kota penting, seperti Cordova, Granada dan Toledo (ibu kota kerajaan Gothik ketika itu).

Sebelum Thariq bin Ziyad Rahimahullah berjaya menaklukkan kota Toledo, beliau meminta tambahan pasukan kepada Musa ibn Nushair di Afrika Utara. Musa mengirimkan tambahan pasukan sebanyak 5,000 personel, sehingga jumlah pasukan Thariq bin Ziyad seluruhnya 12,000 orang. Jumlah ini belum sebanding dengan pasukan Gothik yang jauh lebih besar, 100,000 orang.

Kemenangan pertama yang dicapai oleh Thariq bin Ziyad membuat jalan untuk penaklukan wilayah yang lebih luas lagi. Untuk itu, Musa ibn Nushair merasa perlu melibatkan diri dalam gelanggang pertempuran dengan maksud membantu perjuangan Thariq bin Ziyad. Dengan suatu pasukan yang besar, beliau berangkat menyeberangi selat itu, dan satu persatu kota yang dilewatinya dapat ditaklukkannya.

Setelah Musa berjaya menakluk Sidonia, Karmona, Seville, dan Merida serta mengalahkan penguasa kerajaan Gothic, Theodomir di Orihuela, beliau bergabung dengan Thariq bin Ziyad di Toledo. Selanjutnya, keduanya berjaya menguasai seluruh kota penting di Sepanyol, termasuk bahagian utaranya, mulai dari Saragosa hingga ke Navarre.

Gelombang perluasan wilayah berikutnya muncul pada masa pemerintahan Khalifah Umar ibn Abd Al-Aziz tahun 99 Hijrah atau 717 Masehi. Kali ini sasaran ditujukan untuk menguasai daerah sekitar pergunungan Pyrenia dan Perancis Selatan. Pimpinan pasukan dipercayakan kepada Al-Samah Rahimahullah, tetapi usahanya itu gagal dan beliau sendiri terbunuh pada tahun 102 Hijrah.

Selanjutnya, pimpinan pasukan diserahkan kepada Abdurrahman ibn Abdullah Al-Ghafiqi. Dengan pasukannya, beliau menyerang kota Bordarieu, Poiter, dan dari sini beliau cuba menyerang kota Tours. Akan tetapi, di antara kota Poiter dan Tours itu beliau ditahan oleh Charles Martel, sehingga penyerangan ke Perancis gagal dan tentera yang dipimpinnya mundur kembali ke Sepanyol.

Selepas itu, masih juga terdapat penyerangan-penyerangan, seperti ke Avirignon tahun 734 Masehi, ke Lyon tahun 743 Masehi, dan pulau-pulau yang terdapat di Laut Tengah, Majorca, Corsia, Sardinia, Creta, Rhodes, Cyprus dan sebahagian dari Sicilia juga jatuh ke tangan Islam pada zaman Bani Umaiyyah.

Gelombang kedua terbesar dari penyerbuan kaum Muslimin yang gerakannya dimulai pada permulaan abad ke-8 Masehi ini, telah menjangkau seluruh Sepanyol dan melebar jauh menjangkau Perancis Tengah dan bahagian-bahagian penting dari Itali. Kemenangan-kemenangan yang dicapai umat Islam nampak begitu mudah. Hal itu tidak dapat dipisahkan dari adanya faktor luaran dan dalaman yang menguntungkan.

Yang dimaksudkan dengan faktor luaran adalah suatu keadaan yang terdapat di dalam negeri Sepanyol sendiri. Pada masa penaklukan Sepanyol oleh orang-orang Islam, keadaan sosial, politik, dan ekonomi negeri ini berada dalam keadaan menyedihkan. Secara politik, wilayah Sepanyol terkoyak-koyak dan terbahagi-bahagi ke dalam beberapa negeri kecil.

Bersamaan dengan itu penguasa Gothic bersikap tidak toleran terhadap aliran agama yang dianut oleh penguasa, iaitu aliran Monofisit, apalagi terhadap penganut agama lain, Yahudi. Penganut agama Yahudi yang merupakan bahagian terbesar dari penduduk Sepanyol dipaksa dibaptis menurut agama Kristian. Yang tidak bersedia disiksa, dan dibunuh secara kejam.

Rakyat dibahagi-bahagi ke dalam sistem kelas, sehingga keadaannya diliputi oleh kemelaratan, ketertindasan, dan ketiadaan persamaan hak. Di dalam situasi seperti itu, kaum tertindas menanti kedatangan juru pembebas, dan juru pembebasnya mereka temukan dari orang Islam. Berkenaan dengan itu Amer Ali, seperti dikutip oleh Imamuddin mengatakan, ketika Afrika (Timur dan Barat) menikmati kenyamanan dalam segi material, kebersamaan, keadilan, dan kesejahteraan, tetangganya di jazirah Sepanyol berada dalam keadaan menyedihkan di bawah kekuasaan tangan besi penguasa Visighotic.

Di sisi lain, kerajaan berada dalam kemelut yang membawa akibat pada penderitaan masyarakat. Akibat perlakuan yang keji, koloni-koloni Yahudi yang penting menjadi tempat-tempat penentangan dan pemberontakkan. Perpecahan dalam negeri Sepanyol ini banyak membantu kejayaan campur tangan Islam di tahun 711 Masehi. Perpecahan itu amat banyak coraknya, dan sudah ada jauh sebelum kerajaan Gothic berdiri.

Perpecahan politik memperburukkan lagi keadaan ekonomi masyarakat. Ketika Islam masuk ke Sepanyol, ekonomi masyarakat dalam keadaan lumpuh. Padahal, sewaktu Sepanyol masih berada di bawah pemerintahan Romawi (Byzantium), berkat kesuburan tanahnya, pertanian maju dan pesat. Demikian juga perlombongan, industri dan perdagangan kerana disokong oleh sarana pengangkutan yang baik.

Akan tetapi, setelah Sepanyol berada di bawah kekuasaan kerajaan Goth, perekonomian lumpuh dan kesejahteraan masyarakat menurun. Hektaran tanah dibiarkan terlantar tanpa digarap, beberapa kilang ditutup, dan antara satu daerah dan daerah lain sukar dilalui akibat jalan-jalan tidak mendapat perawatan.

Buruknya keadaan sosial, ekonomi, dan keagamaan tersebut terutama disebabkan oleh keadaan politik yang kacau. Keadaan terburuk terjadi pada masa pemerintahan Raja Roderick, Raja Goth terakhir yang dikalahkan Islam. Awal kehancuran kerajaan Ghoth adalah ketika Raja Roderick memindahkan ibu kota negaranya dari Seville ke Toledo, sementara Witiza, yang ketika itu menjadi penguasa atas wilayah Toledo, diberhentikan begitu saja.

Keadaan ini memancing amarah dari Oppas dan Achila, kakak dan anak Witiza. Kedua-duanya kemudian bangkit menghimpun kekuatan untuk menjatuhkan Roderick. Mereka pergi ke Afrika Utara dan bergabung dengan kaum Muslimin. Sementara itu terjadi pula konflik antara Roderick dengan Ratu Julaian, mantan penguasa wilayah Septah. Julaian juga bergabung dengan kaum Muslimin di Afrika Utara dan menyokong usaha umat Islam untuk menguasai Sepanyol, Julaian bahkan memberikan pinjaman empat buah kapal yang dipakai oleh Tharif, Thariq bin Ziyad dan Musa.

Hal menguntungkan tentera Islam lainnya adalah bahawa tentera Roderick yang terdiri dari para hamba yang tertindas tidak lagi mempunyai semangat perang. Selain itu, orang Yahudi yang selama ini tertekan juga mengadakan persekutuan dan memberikan bantuan bagi perjuangan kaum Muslimin.

Adapun yang dimaksudkan dengan faktor dalaman adalah suatu keadaan yang terdapat dalam tubuh penguasa, tokon-tokoh pejuang dan para perajurit Islam yang terlibat dalam penaklukan wilayah Sepanyol pada khususnya. Para pemimpin adalah tokoh-tokoh yang kuat, tenteranya kompak, bersatu, dan penuh percaya diri. Mereka pun cakap, berani, dan tabah dalam menghadapi setiap persoalan.

Yang tidak kalah pentingnya adalah ajaran Islam yang dilantikkan para tentera Islam, iaitu toleransi, persaudaraan, dan tolong menolong. Sikap toleransi agama dan persaudaraan yang terdapat dalam peribadi kaum Muslimin itu menyebabkan penduduk Sepanyol menyambut kehadiran Islam di sana.

Perkembangan Peradaban

Umat Islam di Sepanyol telah mencapai kejayaan yang gemilang, banyak prestasi yang mereka peroleh, bahkan pengaruhnya membawa Eropah dan juga dunia kepada kemajuan yang lebih kompleks, terutama dalam hal kemajuan intelektual. Dalam masa lebih dari tujuh abad kekuasaan Islam di Sepanyol, umat Islam telah mencapai kejayaannya di sana. Banyak prestasi yang mereka peroleh, bahkan pengaruhnya membawa Eropah, dan kemudian membawa dunia kepada kemajuan yang lebih kompleks.

Kemajuan Intelektual

Sepanyol adalah negeri yang subur. Kesuburan itu mendatangkan penghasilan ekonomi yang tinggi dan pada gilirannya banyak menghasilkan pemikir. Masyarakat Sepanyol Islam merupakan masyarakat majemuk yang terdiri dari:

  1. Komuniti-komuniti Arab (Utara dan Selatan)
  2. Al-Muwalladun (orang-orang Sepanyol yang masuk Islam)
  3. Barbar (umat Islam yang berasal dari Afrika Utara)
  4. Al-Shaqalibah (tentera bayaran yang dijual Jerman kepada penguasa Islam)
  5. Yahudi
  6. Kristian Muzareb yang berbudaya Arab
  7. Kristian yang masih menentang kehadiran Islam

Semua komuniti itu, kecuali yang terakhir, memberikan saham intelektual terhadap terbentuknya lingkungan budaya Andalusia yang melahirkan Kebangkitan Ilmiah, sastera, dan pembangunan fizikal di Andalusia – Sepanyol.

Dendam Rakyat Andalusia

Jika dibaca sejarah perjuangan Thariq bin Ziyad, didapati perjuangan membuka Andalusia adalah berpunca dari dendam rakyat Andalusia kepada pemerintah mereka yang bernama Roderiga yang berbangsa Gotik. Roderiga adalah seorang pemerintah yang terlalu zalim terhadap rakyatnya.

Ekoran dari kebencian rakyat itu, menyebabkan salah seorang dari panglima perang kepada Roderiga yang bernama Julaian beragama Kristian, telah berjumpa dengan wakil Khalifah Islam di Afrika bernama Musa bin Nusair bagi menggulingkan kerajaan Andalusia. Pertemuan antara Julaian dan Musa bin Nusair itu melahirkan satu keputusan bahawa tentera Islam akan pergi menyerang pemerintah Andalusia demi memberikan keadilan kepada rakyatnya, waima rakyat Andalusia tidak beragama Islam.

Pihak Musa bin Nusair pun bermesyuarat, yang akhirnya melahirkan satu keputusan bahawa Thariq bin Ziyad perlu dilantik menjadi panglima perang dalam menggulingkan Roderiga, Walaupun dari sudut salsilah Thariq bin Ziyad, beliau adalah seorang budak suruhan dan dari bangsa Barbar yang bukan dari keturunan Arab. Maka bermulalah permusafiran Thariq bin Ziyad ke Andalusia yang ditunjuk jalankan oleh seorang yang bukan beragama islam, iaitu Panglima Julaian.

Jika diperhatikan dalam sejarah perjuangan Thariq bin Ziyad dalam menguasai Andalusia, didapati serangan bersenjata yang dilancarkan hanya beberapa kali sahaja. Adapun yang lain, penguasaan terhadap sesuatu daerah di Andalusia, semuanya disebabkan dakwah Islamiyyah yang disampaikan oleh Thariq bin Ziyad; dengan menceritakan Islam dalam bentuk yang sebenar, di samping akhlak Islam yang ditunjukkan oleh tentera Islam kepada masyarakat Andalusia.

Apabila serangan mematikan kekuasaan Roderiga sudah berjaya, menyebabkan kekuasaan itu hendak disambung oleh salah seorang Panglima Rideriga yang bernama Goted. Ceuta yang menjadi tempat terletakkanya istana Roderiga telah berjaya dikuasai oleh tentera Islam, menyebabkan Goted telah lari keluar dari Ceuta dan berlindung di bawah daerah Andalusia yang lain. Di sana, Goted menyusun strategi bagi mengalahkan tentera Islam, tetapi ternyata gagal, apabila rakyat mereka dari daerah lain agak tidak mahu menerima mereka disebabkan mereka amat terkenal sebagai pemerintah yang terlalu zalim.

Keadaan menjadi lebih menggerunkan lagi kepada Goted, apabila masuknya tentera Islam ke dearah-daerah di bawah kekuasaan Andalusia, menyebabkan ramai rakyat Andalusia memeluk Islam ekoran melihat akhlak Islam yang ditunjukkan oleh Tentera Islam pimpinan Thariq bin Ziyad, juga penerangan Islam yang dilakukan secara serius oleh Thariq bin Ziyad sendiri. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan sebelum Thariq bin Ziyad meninggalkan sesuatu daerah, Thariq mengarahkan tenteranya mengajar ilmu peperangan kepada sesuatu daerah yang telah diislamkan, agar mereka dapat menyelamatkan diri dikala datang tentera goted untuk menyerang mereka.

Apa yang menarik dari kisah Thariq bin Ziyad, sebelum Thariq bin Ziyad menguasai sesuatu daerah, beliau tidak terus masuk ke daerah-daerah tersebut, tetapi terlebih dahulu berhenti bermalam di sempadan daerah. Kemudiannya, beliau akan menghantar wakilnya yang bernama Julaian, iaitu seorang yang tidak beragama Islam agar mempengaruhi rakyat dalam daerah tersebut bagi menggambarkan kehadiran tentera Islam bukanlah mahu berperang, tetapi hanyalah mahu memberikan keadilan kepada manusia sejagat.

Disebabkan Julaian seorang yang bijak berkata-kata, menyebabkan rata-rata rakyat terpedaya dengan kata-katanya, dan apabila tentera Islam pimpinan Thariq bin Ziyad masuk, ternyata kata-kata Julaian itu benar, menyebabkan ramai rakyat dalam daerah-daerah di Andalusia tertarik dengan Islam dan akhirnya memeluk Islam dan mereka mengislamkan daerah-daerah yang mereka duduki itu.

Teladan Dari Keberanian Dan Kebijakan Thariq Bin Ziyad
                    
Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, Islam menyebar dalam spektrum yang luas. Tiga benua lama - Asia, Afrika, dan Eropah - pernah merasakan rahmat dan keadilan dalam naungan pemerintahan Islam. Tidak terkecuali Sepanyol (Andalusia). Ini negeri di daratan Eropah yang pertama kali masuk dalam pelukan Islam pada zaman Pemerintahan Kekhalifahan Bani Umaiyah.

Sebelumnya, sejak tahun 597 Masehi, Andalusia dikuasai bangsa Gotic, Jerman. Raja Roderick yang berkuasa ketika itu. Beliau berkuasa dengan zalim. Beliau membahagi masyarakat Andalusia ke dalam lima kelas sosial. Kelas pertama adalah keluarga raja, bangsawan, orang-orang kaya, tuan tanah, dan para penguasa wilayah. Kelas kedua diduduki para pendeta. Kelas ketiga diisi para pegawai negara seperti pengawal, penjaga istana, dan pegawai pejabat pemerintahan. Mereka hidup sekadar cukup makan dan diperalat penguasa sebagai alat memeras rakyat.

Kelas keempat adalah para petani, pedagang, dan kelompok masyarakat yang hidup bercukupan lainnya. Mereka dibebani cukai dan pungutan yang tinggi. Dan kelas kelima adalah para buruh tani, serdadu rendahan, pelayan, dan hamba. Mereka paling menderita hidupnya. Akibat klasifikasi sosial itu, rakyat Andalusia tidak dapat hidup dengan sempurna dan bahagia. Sebahagian besar mereka berhijrah ke Afrika Utara. Di sini di bawah Pemerintahan Islam yang dipimpin Musa bin Nusair, mereka merasakan keadilan, kesamaan hak, keamanan, dan menikmati kemakmuran. Para imigran Andalusia itu kebanyakannya beragama Yahudi dan Kristian. Bahkan, Gabenor Ceuta, bernama Julaian, dan anak perempuannya Florinda - yang dinodai Roderick - ikut mengungsi.

Melihat kezaliman itu, Musa bin Nusair merancang ingin membebaskan rakyat Andalusia sekaligus menyampaikan Islam ke negeri itu. Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik memberi izin. Musa segera mengirim Abu Zar’ah dengan 400 pasukan pejalan kaki dan 100 orang pasukan berkuda menyeberangi selat antara Afrika Utara dan daratan Eropah.

Khamis, 4 Ramadhan 91 Hijriah atau 2 April 710 Masehi, Abu Zar’ah meninggalkan Afrika Utara menggunakan 8 buah kapal di mana 4 buah adalah pemberian Gabenor Julaian. Tanggal 25 Ramadhan 91 Hijrah atau 23 April 710 Hijrah, pada malam hari pasukan ini mendarat di sebuah pulau kecil dekat Kota Tarife yang menjadi sasaran serangan pertama.

Pada petang harinya, pasukan ini berjaya menakluk beberapa buah kota di sepanjang pantai tanpa penentangan yang sengit. Padahal jumlah pasukan Abu Zar’ah kalah banyak. Setelah penaklukan ini, Abu Zar’ah pulang. Kejayaan ekspedisi Abu Zar’ah ini membangkitkan semangat Musa bin Nusair untuk menakluk seluruh Andalusia. Maka, beliau memerintahkan Thariq bin Ziyad membawa pasukan untuk penaklukan yang kedua.

Thariq bin Ziyad bin Abdullah bin Walgho bin Walfajun bin Niber Ghasin bin Walhas bin Yathufat bin Nafzau adalah putera suku Ash-Shadaf, suku Barbar, penduduk asli daerah Al-Atlas, Afrika Utara. Beliau lahir sekitar tahun 50 Hijriah. Beliau pakar menunggang kuda, menggunakan senjata, dan ilmu bela diri.

Isnin, 3 Mei 711 Masehi, Thariq membawa 70,000 pasukannya menyeberang ke daratan Eropah dengan kapal. Sesampai di pantai wilayah Andalusia, beliau mengumpulkan pasukannya di sebuah bukit karang yang sekarang dikenali dengan nama Gibraltar - diambil dari bahasa Arab ‘Jabal Thariq’, Bukit Thariq. Lalu beliau memerintahkan pasukannya membakar semua armada kapal yang mereka miliki.
Pasukannya terkejut. Mereka bertanya, ‘Apa maksud anda? Kalau kapal-kapal itu dibakar, bagaimana nanti kita boleh pulang?’ tanya yang lain.

Dengan pedang terhunus dan kalimat tegas, Thariq berkata, ‘Kita datang ke sini bukan untuk kembali. Kita hanya memiliki dua pilihan: menakluk negeri ini lalu tinggal di sini atau kita semua binasa!’ Kini pasukannya faham. Mereka menyambut panggilan jihad Panglima Perang mereka itu dengan semangat yang berkobar-kobar. Lalu Thariq meneruskan ucapannya. ‘Wahai seluruh pasukan, kalau sudah begini ke mana lagi kalian akan lari? Di belakang kalian ada laut dan di hadapan kalian ada musuh. Demi Allah s.w.t., satu-satunya milik kalian ketika ini hanyalah kejujuran dan kesabaran. Hanya itu yang dapat kalian andalkan. Musuh dengan jumlah pasukan yang besar dan persenjataan yang lengkap telah sedia menyongsong kalian. Sementara senjata kalian hanyalah pedang. Kalian akan terbantu jika kalian berjaya merebut senjata dan perlengkapan musuh kalian. Kerana itu, secepatnya kalian harus boleh melumpuhkan mereka. Sebab kalau tidak, kalian akan menemui kesukaran yang besar. Itulah sebabnya kalian harus lebih dahulu menyerang mereka agar kekuatan mereka lumpuh. Dengan demikian semangat juang kita akan bangkit.’

Musuh kalian itu sudah bertekad bulat akan mempertahankan negeri mereka sampai titik darah penghabisan. Kenapa kita juga tidak bertekad untuk menyerang mereka hingga mati syahid? Saya sama sekali tidak bermaksud menakut-nakuti kalian. Tetapi marilah kita galang rasa saling percaya di antara kita dan kita galang keberanian yang merupakan salah satu modal utama perjuangan kita.’

Kita harus bahu membahu. Sesungguhnya saya tahu kalian telah membulatkan tekad serta semangat sebagai pejuang-pejuang agama dan bangsa. Untuk itu kelak kalian akan menikmati kesenangan hidup, di samping itu kalian juga memperoleh balasan pahala yang agung dari Allah s.w.t. Hal itu kerana kalian telah mahu menegakkan kalimat-Nya dan membela agama-Nya.

Percayalah, sesungguhnya Allah s.w.t. adalah penolong utama kalian. Dan sayalah orang pertama yang akan memenuhi seruan ini di hadapan kalian. Saya akan hadapi sendiri Raja Roderick yang sombong itu. Mudah-mudahan saya boleh membunuhnya. Namun, jika ada kesempatan, kalian boleh saja membunuhnya mendahului saya. Sebab dengan membunuh penguasa zalim itu, negeri ini dengan mudah kita kuasai. Saya yakin, para pasukannya akan ketakutan. Dengan demikian, negeri ini akan ada di bawah bendera Islam.’

Mendengar pasukan Thariq telah mendarat, Raja Roderick mempersiapkan 100,000 tentera dengan persenjataan lengkap. Beliau memimpin pasukannya itu. Musa bin Nusair mengirim bantuan kepada Thariq hanya dengan 5,000 orang. Sehingga jumlah keseluruhan pasukan Thariq hanya 12,000 orang sahaja.

Ahad, 28 Ramadhan 92 Hijrah atau 19 Julai 711 Masehi, kedua-dua pasukan bertemu dan bertempur di muara Sungai Barbate. Pasukan Muslimin yang kalah banyak terdesak. Julaian dan beberapa orang anak buahnya menyusup ke kubu Roderick. Beliau menyebarkan khabar bahawa pasukan Muslimin datang bukan untuk menjajah, tetapi hanya untuk menghentikan kezaliman Roderick. Jika Roderick terbunuh, peperangan akan dihentikan. Usaha Julaian berjaya. Sebahagian pasukan Roderick menarik diri dan meninggalkan medan pertempuran. Akibatnya barisan tentera Roderick kacau. Thariq memanfatkan situasi itu dan berjaya membunuh Roderick dengan tangannya sendiri. Mayat Roderick tenggelam lalu hanyat dibawa arus Sungai Barbate.

Terbunuhnya Roderick mematahkan semangat pasukan Andalusia. Markas pertahanan mereka dengan mudah dikuasai. Kejayaan ini disambut gembira Musa bin Nusair. Baginya ini adalah permulaan yang baik bagi penaklukan seluruh Andalusia dan negara-negara Eropah. Setahun kemudian, Rabu, 16 Ramadhan 93 Hijrah, Musa bin Nusair bertolak membawa 10,000 pasukan menyusul Thariq. Dalam perjalanan beliau berjaya menaklukk Merida, Sionia, dan Sevilla. Sementara pasukan Thariq membahagi pasukannya untuk menakluk Cordova, Granada, dan Malaga. Beliau sendiri membawa sebahagian pasukannya menakluk Toledo, ibu kota Spantol ketika itu. Semua ditaklukkan tanpa sebarang penentangan.

Pasukan Musa dan pasukan Thariq bertemu di Toledo. Kedua-duanya bergabung untuk menakluk Ecija. Setelah itu mereka bergerak menuju wilayah Pyrenies, Perancis. Hanya dalam waktu 2 tahun, seluruh daratan Andalusia berjaya dikuasai. Beberapa tahun kemudian Portugis mereka taklukkan dan mereka ganti namanya dengan panggilan Al-Gharb (Barat). Sungguh itu kejayaan yang luar biasa. Musa bin Nusair dan Thariq bin Ziyad merancang membawa pasukannya terus ke utara untuk menakluk seluruh Eropah. Sebab, waktu itu tidak ada kekuatan dari mana pun yang boleh menghadapi mereka. Namun, niat itu tidak tereaslisasi kerana Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik memanggil mereka berdua pulang ke Damaskus. Thariq pulang terlebih dahulu sementara Musa bin Nusair menyusun pemerintahan baru di Andalusia.

Setelah bertemu Khalifah, Thariq bin Ziyad ditakdirkan Allah s.w.t. tidak kembali ke Eropah. Beliau sakit dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Thariq bin Ziyad telah menorehkan namanya di lembaran sejarah sebagai putera asli Afrika Utara Muslim yang berjaya menakluk daratan Eropah.

Kegemilangan Umat Islam Dalam Pentas Sejarah Dunia

Sejarah perjuangan umat Islam dalam pentas peradaban dunia berlangsung sangat lama sekitar 13 abad, iaitu sejak masa kepemimpinan Rasulullah s.a.w di Madinah (622-632 Masehi); Masa Daulat Khulafaur Rasyidin (632-661 Masehi); Masa Daulat Umaiyyah (661-750 Masehi) dan Masa Daulat Abbasiyah (750-1258 Masehi) sehingga tumbangnya Kekhilafahan Turki Utsmaniyyah pada tanggal 28 Rajab tahun 1342 Hijrah atau bertepatan dengan tanggal 3 Mac 1924 Masehi, di mana masa-masa kejayaan dan puncak keemasannya banyak melahirkan ilmuwan Muslim berkaliber antarabangsa yang telah menorehkan karya-karya luar biasa dan bermanfaat bagi umat manusia yang terjadi selama kurang lebih 700 tahun, dimulai dari abad 6 Masehi sehingga abad 12 Masehi. Pada masa tersebut, kendali peradaban dunia berada pada tangan umat Islam.

Pada ketika berjayanya peradaban Islam, semangat pencarian ilmu sangat kental dalam kehidupan sehari-hari. Semangat pencarian ilmu yang berkembang menjadi tradisi intelektual secara sejarah dimulai dari pemahaman (tafaqquh) terhadap Al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang kemudian difahami, ditafsirkan dan dikembangkan oleh para sahabat, tabiin, tabi’ tabiin dan para ulama yang datang kemudian dengan merujuk pada Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Era Rasulullah Dan Penggal Daulat Khulafaur Rasyidin

Kejayaan Rasulullah s.a.w dalam membina peradaban Islam yang tiada taranya dalam sejarah dicapai dalam kurun waktu 23 tahun, 13 tahun langkah persiapan pada penggal Mekah (Makiyyah) dan 10 tahun penggal Madinah (Madaniyah). Penggal 23 tahun merupakan rentang waktu kurang dari satu generasi, di mana baginda s.a.w telah berjaya memegang kendali kekuasaan atas bangsa-bangsa yang lebih tua peradabannya ketika itu khususnya Romawi, Persia dan Mesir.

Seorang ahli fikir Perancis yang bernama Dr. Gustave Le Bone mengatakan: ‘Dalam satu abad atau 3 keturunan, tidak ada bangsa-bangsa manusia dapat mengadakan perubahan yang bererti. Bangsa Perancis memerlukan 30 keturunan atau 1,000 tahun baru dapat mengadakan suatu masyarakat yang bercelup Perancis. Hal ini terdapat pada seluruh bangsa dan umat, tidak terkecuali selain dari umat Islam, sebab Nabi Muhammad sudah dapat mengadakan suatu masyarakat baru dalam tempoh satu keturunan (23 tahun) yang tidak dapat ditiru atau dilakukan oleh orang lain’.

Masa kerasulan Muhammad s.a.w pada akhir penggal Madinah merupakan puncak (kulminasi) peradaban Islam, kerana di situlah sistem Islam disempurnakan dan ditegakkan dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. 

‘Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu’. (surah Al-Maidah ayat 3). Generasi masa itu merupakan generasi terbaik sebagaimana firman Allah s.w.t: ’Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah’. (surah Ali Imran ayat 110).

Penggal Daulat Umaiyyah

Masa kedaulatan Umaiyyah berlangsung selama lebih kurang 90 tahun. Beberapa orang khalifah besar Bani Umaiyyah ini adalah Muawiyah bin Abi Sufyan (661-680 Masehi), Abdul Malik bin Marwan (685- 705 Masehi), Al-Walid bin Abdul Malik (705-715 Masehi), Umar bin Abdul Aziz (717- 720 Masehi) dan Hasyim bin Abdul Malik (724- 743 Masehi). 

Awal berlangsungya penggal Daulat Umaiyyah lebih memprioritikan pada perluasan wilayah kekuasaan. Ekspansi wilayah yang terhenti pada masa Khalifah Utsman dan Khalifah Ali diteruskan kembali oleh Daulat Umaiyyah. Pada zaman Muawiyah, Tunisia ditaklukkan. Di sebelah Timur, Muawiyah dapat menguasai daerah Khurasan sampai ke Sungai Oxus dan Afganistan sampai ke Kabul. Angkatan lautnya melakukan serangan-serangan ke ibu kota Byzantium, Konstantinopel.

Ekspansi ke timur yang dilakukan Muawiyah kemudian diteruskan oleh Khalifah Abdul Malik. Beliau mengirim tentera menyeberangi Sungai Oxus dan dapat berjaya menundukkan Balkh, Bukhara, Khawarizm, Ferghana dan Samarkand. Tenteranya bahkan sampai ke India dan dapat menguasai Balukhistan, Sind dan daerah Punjab sampai ke Maltan.

Ekspansi ke Barat secara besar-besaran diteruskan pada zaman Al-Walid bin Abdul Malik. Masa pemerintahan Walid adalah masa ketenteraman, kemakmuran dan ketertiban, di mana umat Islam merasa hidup bahagia. Pada masa pemerintahannya yang berjalan kurang lebih sepuluh tahun, tercatat bahawa pada tahun 711 Masehi merupakan suatu ekspedisi ketenteraan dari Afrika Utara menuju wilayah Barat Daya, benua Eropah. Setelah Al-Jazair dan Morocco dapat ditundukan, Thariq bin Ziyad, panglima pasukan Islam, dengan pasukannya menyeberangi selat yang memisahkan antara Morocco dengan benua Eropah, dan mendarat di suatu tempat yang sekarang dikenali dengan nama Gibraltar (Jabal Thariq).

Tentera Andalusia dapat dikalahkan. Dengan demikian, Andalusia menjadi sasaran ekspansi seterusnya. Ibu kota Andalusia, Cordova, dengan cepatnya dapat dikuasai. Menyusul setelah itu kota-kota lain seperti Sevi’e, Elvira dan Toledo yang dijadikan ibu kota Andalusia yang baru setelah jatuhnya Cordova. Pasukan Islam memperoleh kemenangan dengan mudah kerana mendapat sokongan dari rakyat setempat yang sejak lama menderita akibat kekejaman penguasa.

Pada zaman Umar bin Abdul Aziz, serangan dilakukan ke Perancis melalui pergunungan Piranee. Serangan ini dipimpin oleh Aburrahman bin Abdullah Al-Ghafiqi. Beliau mulai dengan menyerang Bordeau, Poitiers. Dari sana beliau cuba menyerang Tours. Namun, dalam peperangan yang terjadi di luar kota Tours, Al-Ghafiqi terbunuh, dan tenteranya mundur kembali ke Andalusia. Di samping daerah-daerah tersebut di atas, pulau-pulau yang terdapat di Laut Tengah juga jatuh ke tangan Islam pada zaman Bani Umaiyyah. 

Dengan kejayaan ekspansi ke beberapa daerah, baik di timur mahupun barat, wilayah kekuasaan Islam masa Bani Umaiyyah ini betul-betul sangat luas. Daerah-daerah itu meliputi Andalusia, Afrika Utara, Syria, Palestin, Jazirah Arabia, Iraq, sebahagian Asia Kecil, Persia, Afganistan, daerah yang sekarang disebut Pakistan, Purkmenia, Uzbek, dan Kirgis di Asia Tengah. 

Di samping ekspansi kekuasaan Islam, Bani Umaiyyah juga banyak berjasa dalam pembinaan di berbagai bidang. Pada bidang pengembangan keilmuan, Daulat Umaiyyah memulakannya dengan mengeluarkan sebuah tindakan startegik. Adalah Khalifah Abdul Malik (685-705 Masehi) merupakan Khalifah pertama yang berjaya melakukan berbagai pembenahan pentadbiran pemerintahan di mana beliau memerintahkan penggunaan Bahasa Arab sebagai bahasa resmi pentadbiran pemerintahan dan kenegaraan di seluruh wilayah Islam yang membentang dari Pergunungan Thian Shan di sebelah timur sampai Pergunungan Pyrenees di sebelah barat termasuk dalam berbagai pentadbiran kenegaraan lainnya yang pada perkembangan seterusnya Bahasa Arab menjadi bahasa umum sebagai bahasa pengantar dunia (lingua franca), juga menjadi bahasa diplomatik antara bangsa di antara Barat dan Timur bahkan berkembang menjadi bahasa ilmiah sehingga kepada zaman renaissance.

Sehingga Roger Bacon (1214-1294 Masehi) dari Oxford, ahli fikir Inggeris terbesar itu, menurut Ecyclopedia Britanica, 1951, volume II, halaman 191-197, mendorong sedemikian rupa untuk mempelajari Bahasa Arab bagi memperoleh pengetahuan yang sangat murni, yang menyatakan bahawa: ‘Roger Bacon, placing Averroes beside Aristole and Avicenna, recomends the study of Arabic as the only way of getting the knowledge which bad versions obscured’, yakni ‘menganjurkan mempelajari Bahasa Arab sebagai jalan satu-satunya bagi memperoleh ilmu yang telah dikaburkan oleh versi-versi yang buruk’ sebelumnya.

Kemajuan tradisi intelektual dan ilmu pengetahuan pada zaman Daulat Umaiyyah di Andalusia dirasakan oleh masyarakat Eropah. Oliver Leaman menggambarkan keadaan kehidupan intelektual di sana sebagai berikut:

‘Pada masa peradaban agung wujud di Andalus, siapa pun di Eropah yang ingin mengetahui sesuatu yang ilmiyah beliau harus pergi ke Andalus. Pada waktu itu banyak sekali masalah dalam literatur Latin yang masih belum terselesaikan, dan jika seseorang pergi ke Andalus maka sekembalinya dari sana beliau tiba-tiba mampu menyelesaikan masalah-masalah itu. Jadi Islam di Andalusia mempunyai reputasi selama ratusan tahun dan menduduki puncak tertinggi dalam pengetahuan falsafah, sains, tehnik dan matematik. Ia mirip seperti posisi Amerika ketika ini, di mana beberapa universiti penting berada’.  Pada bidang lainnya, pembinaan yang dilakukan Muawiyah di antaranya mendirikan pejabat pos dan tempat-tempat tertentu dengan menyediakan kuda yang lengkap dengan peralatannya di sepanjang jalan. Beliau juga berusaha mentertibkan angkatan bersenjata dan mencetak mata wang. Pada masanya, jabatan khusus seorang hakim (qadhi) mulai berkembang menjadi profesyen tersendiri. Qadhi adalah seorang yang pakar di bidangnya.

Khalifah Abdul Malik mengubah mata wang Byzantium dan Persia yang dipakai di daerah-daerah yang dikuasai Islam. Untuk itu, dia mencetak wang tersendiri pada tahun 659 Masehi dengan memakai kata-kata dan tulisan Arab. Kejayaan Khalifah Abdul Malik diikuti oleh puteranya Al-Walid bin Abdul Malik (705-715 Masehi) seorang yang berkemahuan keras dan berkemampuan melaksanakan pembinaan dan pembangunan. Dia membina panti-panti untuk orang cacat. Semua kakitangan yang terlibat dalam kegiatan yang humanis ini digaji oleh negara secara tetap. Dia juga membina jalan-jalan raya yang menghubungkan suatu daerah dengan daerah lainnya, kilang-kilang, bangunan-bangunan pemerintahan dan masjid-masjid yang megah. 

Dalam lapangan perdagangan yakni pada ketika peradaban Islam telah menguasai dunia perdagangan sejak permulaan Daulat Umaiyyah (661-750Masehi), di mana pesisir Lautan Hindi sampai ke Lembah Sind, sehingga terjalin kesatuan wilayah yang luas dari Timur sampai Barat yang berimplikasi terhadap lancarnya lalu-lintas dagang di dataran antara China dengan dunia belahan Barat pergunungan Thian Shan melalui Jalan Sutera (Silk Road) yang terkenal itu, yang kemudian terbuka pula jalur perdagangan melalui Teluk Parsi, Teluk Aden yang menghubungkannya dengan kota-kota dagang di sepanjang pesisir benua Eropah, menyebabkan ‘keperluan Eropah pada ketika itu amat bergantung pada kegiatan dagang di dalam wilayah Islam’. 

Penggal Daulat Abbasiyah

Masa kedaulatan Abbasiyah berlangsung selama 508 tahun, sebuah rentang sejarah yang cukup lama dalam sebuah peradaban. Berdasarkan perubahan pola pemerintahan dan politik, para sejarawan biasanya membahagi masa pemerintahan Bani Abbas menjadi lima penggal:

  1. Penggal Pertama (132 Hijrah/750 Masehi-232 Hijrah/847 Masehi), disebut penggal pengaruh Persia pertama;
  2. Penggal Kedua (232 Hijrah /847 M-334 Hijrah/945 Masehi), disebut penggal pengaruh Turki pertama;
  3. Penggal Ketiga (334 Hijrah/945 Masehi-447 Hijrah/1055 Masehi), masa kekuasaan dinasti Buwaih dalam pemerintahan khilafah Abbasiyah. Penggal ini disebut juga masa pengaruh Persia kedua;
  4. Penggal Keempat (447 Hijrah/1055 Masehi-590 Hijrah/l194 Masehi), masa kekuasaan dinasti Bani Seljuk dalam pemerintahan khilafah Abbasiyah; biasanya disebut juga dengan masa pengaruh Turki kedua;
  5. Penggal Kelima (590 Hijrah/1194 Masehi-656 Hijrah/1258 Masehi), masa khalifah bebas dari pengaruh dinasti lain, tetapi kekuasaannya hanya efektif di sekitar kota Baghdad.

Tidak seperti pada penggal Umaiyyah, penggal pertama Daulat Abbasiyah lebih memprioritikan pada penekanan pembinaan peradaban dan kebudayaan Islam daripada perluasan wilayah. Fakta sejarah mencatatkan bahawa masa Kedaulatan Abbasiyah merupakan pencapaian cemerlang di dunia Islam dalam bidang sains, teknologi dan falsafah. Pada ketika itu dua pertiga bahagian dunia dikuasai oleh Kekhilafahan Islam.

Masa sepuluh khalifah pertama dari Daulat Abbasiyah merupakan masa kejayaan (keemasan) peradaban Islam, di mana Baghdad mengalami kemajuan ilmu pengetahuan yang pesat. Secara politik, para khalifah betul-betul merupakan tokoh yang kuat dan merupakan pusat kekuasaan politik dan agama sekaligus. Di sisi lain, kemakmuran masyarakat mencapai tingkat tertinggi. Penggal ini juga berjaya menyiapkan landasan bagi perkembangan falsafah dan ilmu pengetahuan dalam Islam. Namun setelah penggal ini berakhir, pemerintahan Bani Abbas mulai menurun dalam bidang politik, meskipun falsafah dan ilmu pengetahuan terus berkembang.

Pada masa sepuluh khalifah pertama itu, puncak pencapaian kemajuan peradaban Islam terjadi pada masa pemerintahan Harun Al-Rasyid (786-809 Masehi). Harun Al-Rasyid adalah figur khalifah soleh ahli ibadah; senang bersedekah; sangat mencintai ilmu sekaligus mencintai para ‘ulama; senang dikritik serta sangat merindukan nasihat terutama dari para ‘ulama. Pada masa pemerintahannya dilakukan sebuah gerakan penterjemahan berbagai buku Yunani dengan menggaji para penterjemah dari golongan Kristian dan penganut agama lainnya yang ahli.

Beliau juga banyak mendirikan sekolah, yang salah satu karya besarnya adalah pembinaan Baitul Hikmah, sebagai pusat penterjemahan yang berfungsi sebagai institusi pengajiaan tinggi dengan perpustakaan yang besar. Perpustakaan pada masa itu lebih merupakan sebuah universiti, kerana di samping terdapat kitab-kitab, di sana orang juga dapat membaca, menulis dan berdiskusi. 

Harun Al-Rasyid juga menggunakan kekayaan yang banyak untuk dimanfaatkan bagi keperluan sosial. Rumah sakit, lembaga pendidikan doktor, dan farmasi didirikan. Pada masanya sudah terdapat paling tidak sekitar 800 orang doktor. Di samping itu, tandas-tandas awam atau tempa-tempat pemandian umum juga dibina. Kesejahteraan, sosial, kesihatan, pendidikan, ilmu pengetahuan, dan kebudayaan serta kesusasteraan berada pada zaman keemasannya. Pada masa inilah negara Islam menempatkan dirinya sebagai negara terkuat yang tidak tertandingi.

Terjadinya perkembangan lembaga pendidikan pada masa Harun Al Rasyid mencerminkan terjadinya perkembangan dan kemajuan ilmu pengetahuan. Hal ini sangat ditentukan oleh perkembangan bahasa Arab, baik sebagai bahasa pentadbiran yang sudah berlaku sejak zaman Bani Umaiyyah, mahupun sebagai bahasa ilmu pengetahuan. 

Pada masa pemerintahan Abbasiyah pertama juga lahir para imam mazhab hukum yang empat iaitu Imam Abu Hanifah (700-767 Masehi); Imam Malik (713-795 Masehi); Imam Syafi’e (767-820 Masehi) dan Imam Ahmad bin Hanbal (780-855 Masehi). 

Pencapaian kemajuan dunia Islam pada bidang ilmu pengetahuan tersebut tidak terlepas dari adanya sikap terbuka dari pemerintahan Islam pada ketika itu terhadap berbagai budaya dari bangsa-bangsa sebelumnya seperti Yunani, Persia, India dan yang lainnya. Gerakan penterjemahan yang dilakukan sejak Khalifah Al-Mansur (745-775 Masehi) hingga Harun Al-Rasyid berimplikasi terhadap perkembangan ilmu pengetahuan umum, terutama di bidang astronomi, kedoktoran, falsafah, kimia, farmasi, biologi, fizik dan sejarah.

Menurut Demitri Gutas, proses penterjemahan pada zaman Abbasiyah didorong oleh motif sosial, politik dan intelektual. Ini bererti bahawa pelbagai pihak baik dari unsur masyarakat, elit penguasa, pengusaha dan cendekiawan terlibat dalam proses ini, sehingga dampaknya secara kultural sangat besar. 

Gerakan penterjemahan pada zaman itu kemudian diikuti oleh suatu penggal kreativiti besar, kerana generasi baru para ilmuwan dan ahli fikir Muslim yang terpelajar itu kemudian membina dengan ilmu pengetahuan yang diperolehnya untuk menyumbangankannya dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan. 

Menurut Marshall, proses pengislaman tradisi-tradisi itu telah dibuat lebih jauh dari sekadar mengintegrasikan dan memperbaiki, hal itu telah menghasilkan energi kreatif yang luar biasa. Menurutnya, penggal kekhalifahan dalam sejarah Islam merupakan penggal pengembangan di bidang ilmu, pengetahuan dan kebudayaan, di mana pada zaman itu telah melahirkan tokoh-tokoh besar di bidang falsafah dan ilmu pengetahuan seperti Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Al-Farabi.

Berbagai pusat pendidikan tempat menuntut ilmu dengan perpustakaan-perpustakaan besar bermunculan di Cordova, Palermo, Nisyapur, Kaherah, Baghdad, Damaskus, dan Bukhara, di mana pada ketika yang sama telah mengungguli Eropah yang tenggelam dalam kegelapan selama berabad-abad. Kehidupan kebudayaan dan politik baik dari kalangan orang Islam mahupun bukan Muslim pada zaman kekhilafahan dilakukan dalam kerangka Islam dan bahasa Arab, walaupun terdapat perbezaan-perbezaan agama dan suku yang plural.

Pada ketika itu umat Islam telah berjaya melakukan sebuah akselerasi, jauh meninggalkan peradaban yang ada pada ketika itu. Hidupnya tradisi keilmuan, tradisi intelektual melalui gerakan penterjemahan yang kemudian diteruskan dengan gerakan penyelidikan yang disokong oleh kuatnya elaborasi dan spirit pencarian, pengembangan ilmu pengetahuan yang berkembang secara pesat tersebut, mengakibatkan terjadinya lompatan kemajuan di berbagai bidang keilmuan yang telah melahirkan berbagai karya ilmiah yang luar biasa.

Menurut Oliver Leaman, proses penterjemahan yang dilakukan ilmuwan Muslim tidak hanya menterjemahkan karya-karya Yunani secara ansich, tetapi juga mengkaji teks-teks itu, memberi komentar, memodifikasi dan mengasimilasikannya dengan ajaran Islam. Proses asimilasi tersebut menurut Thomas Brown terjadi ketika peradaban Islam telah kukuh.

Sains, falsafah dan kedoktoran Yunani diadapsi sehingga masuk ke dalam lingkungan pandangan hidup Islam. Proses ini menggambarkan betapa tingginya tingkat kreativiti ilmuwan Muslim sehingga dari proses tersebut telah melahirkan pemikiran baru yang berbeza sama sekali dari pemikiran Yunani dan bahkan boleh jadi asing bagi pemikiran Yunani.

Pada masa-masa permulaan perkembangan kekuasaan, Islam telah memberikan sumbangan kepada dunia berupa tiga jenis alat penting iaitu paper (kertas), compass (kompas) dan gunpowder (mesiu). Penemuan alat cetak (movable types) di China pada penghujung abad ke-8 Masehi dan penemuan alat cetak serupa di Barat pada pertengahan abad 15 oleh Johann Gutenberg, menurut buku Historians’ History of the World, akan tidak ada makna dan gunanya jika bangsa Arab tidak menemukan lebih dahulu cara-cara bagi pembuatan kertas.

Pencapaian prestasi yang gemilang sebagai implikasi dari gerakan terjemahan yang dilakukan pada zaman Daulat Abbasiah sangat jelas kelihatan pada lahirnya para ilmuwan Muslim yang mashyur dan berkaliber bertaraf antarabangsa seperti Al-Biruni (fizik, kedoktoran); Jabir bin Hayyan (geber) pada ilmu kimia; Al-Khawarizmi (algorism) pada ilmu matematik; Al-Kindi (falsafah); Al-Farazi, Al-Fargani, Al-Bitruji (astronomi); Abu Ali Al-Hasan bin Haythami pada bidang teknik dan optik; Ibnu Sina (Avicenna) yang dikenali sebagaai Bapa Ilmu Kedoktoran Moden; Ibnu Rusyd (Averroes) pada bidang falsafah; Ibnu Khaldun (sejarah, sosiologi). Mereka telah meletakkan dasar pada berbagai bidang ilmu pengetahuan.

Beberapa ilmuwan Muslim lainnya pada masa Daulat Abbasiyah yang karyanya diakui dunia di antaranya ialah:

  1. Al-Razi (guru Ibnu Sina), berkarya di bidang kimia dan kedoktoran, menghasilkan 224 judul buku, 140 buku tentang pengubatan, diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Bukunya yang paling masyhur adalah Al-Hawi Fi ‘Ilm At Tadawi (30 jilid, berisi tentang jenis-jenis penyakit dan usaha penyembuhannya). Buku-bukunya menjadi bahan rujukan serta panduan doktor di seluruh Eropah hingga abad 17. Al-Razi adalah kedaih pertama yang membezakan antara penyakit cacar dengan measles. Dia juga orang pertama yang menyusun buku mengenai kedoktoran anak. Sesudahnya, ilmu kedoktoraan berada di tangan Ibnu Sina;
    Al-Battani (Al-Batenius), seorang ahli astronomi. Hasil perhitungannya tentang bumi mengelilingi pusat tata suria dalam waktu 365 hari, 5 jam, 46 minit, 24 saat, mendekati lengkap. Buku yang paling terkenal adalah Al Zij dalam bahasa Latin: De Scienta Stellerum u De Numeris Stellerumet Motibus, di mana terjemahan tertua dari karyanya masih ada di Vatikan;
  2. Al Ya’qubi, seorang ahli geografi, sejarawan dan pengembara. Buku tertua dalam sejarah ilmu geografi berjudul Al Buldan (891), yang diterbitkan kembali oleh Belanda dengan judul Ibn Waddih qui dicitur al-Ya’qubi historiae;
  3. Al Buzjani (Abul Wafa). Beliau mengembangkan beberapa teori penting di bidang matematik (geometri dan trigonometri).

Sejarah telah membuktikan bahawa sumbangan Islam pada kemajuan ilmu pengetahuan di dunia moden menjadi fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan. Bahkan bermula dari dunia Islamlah ilmu pengetahuan mengalami transmisi (penyebaran, penularan), diseminasi dan proliferasi (pengembangan) ke dunia Barat yang sebelumnya diliputi oleh masa ‘the Dark Ages’ mendorong munculnya zaman renaissance atau enlightenment (pencerahan) di Eropah.

Melalui dunia Islamlah mereka mendapat akses untuk mendalami dan mengembangkan ilmu pengetahuan moden. Menurut George Barton, ketika dunia Barat sudah cukup masak untuk merasakan perlunya ilmu pengetahuan yang lebih dalam, perhatiannya pertama sekali tidak ditujukan kepada sumber-sumber Yunani, melainkan kepada sumber-sumber Arab.

Sebelum Islam datang, menurut Gustav Le Bon, Eropah berada dalam keadaan kegelapan, tidak satu pun bidang ilmu yang maju bahkan lebih percaya pada tahayul. Sebuah kisah menarik terjadi pada zaman Daulat Abbasiah ketika kepemimpinan Harun Al-Rasyid, tatkala beliau mengirimkan jam sebagai hadiah pada Charlemagne seorang penguasa di Eropah. Penunjuk waktu yang setiap jamnya berbunyi itu oleh pihak Uskup dan para Rahib disangka bahawa di dalam jam itu ada jin sehingga mereka merasa ketakutan, kerana dianggap sebagai benda sihir. Pada masa itu dan masa-masa berikutnya, baik di belahan Timur Kristian mahupun di belahan Barat Kristian masih menggunakan jam pasir sebagai penentuan waktu.

Bagaimana keadaan kegelapan Eropah pada zaman pertengahan (Abad 9 Masehi) bukan hanya pada aspek mental - di mana cenderung bersifat tahayul, demikian juga halnya dalam aspek fizik material. Hal ini sebagaimana digambarkan oleh William Drapper: 

‘Pada zaman itu ibu kota pemerintahan Islam di Cordova merupakan kota paling beradab di Eropah, 113,000 buah rumah, 21 kota satelit, 70 perpustakaan dan kedai-kedai buku, masjid-masjid dan istana yang banyak. Cordova menjadi mashyur di seluruh dunia, di mana jalan yang panjangnya berbatu-batu dan telah dikeraskan diterangi dengan lampu-lampu dari rumah-rumah di tepinya. Sementara keadaan di London 7 abad sesudah itu (yakni abad 15 Masehi), satu lampu awam pun tidak ada. Di Paris berabad-abad sesudah zaman Cordova, orang yang melangkahi ambang pintunya pada ketika hujan, melangkah sampai kakinya ke dalam lumpur’.

Menurut Philip K. Hitti, jarak peradaban antara kaum Muslimin di bawah kepemimpinan Harun Al-Rasyid jauh melampaui peradaban yang ada pada orang-orang Kristian pimpinan Charlemagne. Pertengahan abad 9 Masehi peradaban Islam telah meliputi seluruh Andalusia. Masuknya Islam ke Andalusia iaitu setelah Abdur Rahman ad-Dakhil (756 Masehi) berjaya membina pemerintahan yang berpusat di Andalusia. 

Melalui Andalusia, Sicilia dan Perancis Selatan yang berada di bawah pemerintahan Islam, peradaban Islam memasuki Eropah. Bahasa Arab menjadi bahasa antarabangsa yang digunakan berbagai suku bangsa di berbagai negeri di dunia. Baghdad di Timur dan Cordova di Barat, dua kota raksasa Islam menerangi dunia dengan cahaya gilang-gemilang. Sekitar tahun 830 Masehi, Alfonsi - Raja Asturia telah mendatangkan dua sarjana Islam untuk mendidik ahli warisnya.

Sekolah Tinggi Kedoktoran yang didirikan di Perancis (di Montpellier) dibina oleh beberapa orang mahaguru dari Andalusia. Keunggulan ilmiah kaum Muslimin tersebar jauh memasuki Eropah dan menarik kaum intelektual dan bangsawan Barat ke negeri-negeri pusatnya. Di antara mereka terdapat Roger Bacon (Inggeris); Gerbert d’Aurillac yang kemudian menjadi Paus Perancis pertama dengan gelaran Sylvester II, selama 3 tahun tinggal di Todelo mempelajari ilmu matematik, astronomi, kimia dan ilmu lainnya dari para sarjana Islam.

Tidaklah menghairankan, kerana pada ketika kekhilafahan Islam berkuasa ketika itu Andalusia menjadi pusat pembelajaran (centre of learning) bagi masyarakat Eropah dengan adanya Universiti Cordova. Di Andalusia itulah mereka banyak menimba ilmu, dan dari negeri tersebut muncul nama-nama ulama besar seperti Imam Asy-Syathibi pengarang kitab Al-Muwafaqat, sebuah kitab tentang Ushul Fiqh yang sangat berpengaruh; Ibnu Hazm Al-Andalusi pengarang kitab Al-Fashl fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa an-Nihal, sebuah kitab tentang perbandingan sekte dan agama-agama dunia, di mana bukti tersebut telah mengilhami penulis-penulis Barat untuk melakukan hal yang sama.

Di Andalusia (bahagian Selatan), berbagai universitinya pada ketika itu dipenuhi oleh ramai mahasiswa Katolik dari Perancis, Britain, Jerman dan Itali. Pada masa itu, para pemuda Kristian dari berbagai negara di Eropah dikirim berbondong-bondong ke sejumlah institusi pengajian tinggi di Andalusia bagi menimba ilmu pengetahuan dan teknologi dari para ilmuwan Muslim.

Adalah Gerard dari Cremona; Campanus dari Navarra; Aberald dari Bath; Albert dan Daniel dari Morley yang telah menimba ilmu demikian banyak dari para ilmuwan Muslim, untuk kemudiannya pulang dan menggunakannya secara efektif bagi penelitian dan pengembangan untuk bangsa masing-masing. Dari sini kemudian sebuah revolusi pemikiran dan kebudayaan telah pecah dan menyebarluas ke seluruh masyarakat dan seluruh benua.

Para pemuda Kristian yang sebelumnya telah banyak belajar dari para ilmuwan Muslim, telah berjaya melakukan sebuah transformasi nilai-nilai yang unggul dari peradaban Islam yang kemudian diimplementasikan pada peradaban mereka (Barat) yang seterusnya berimplikasi terhadap kemajuan di berbagai bidang ilmu pengetahuan.

Semaraknya pengembangan ilmu dan pengetahuan di dunia Islam diindikasikan dengan banyaknya perpustakaan tersebar di kota-kota dan negeri-negeri Islam yang jumlahnya sangat fantastik. Sejarah telah mencatatkan, perpustakaan di Cordova pada abad 10 Masehi mempunyai 600,000 jilid buku. Perpustakaan Darul Hikmah di Kaherah mempunyai 2,000,000 jilid buku. Perpustakaan Al Hakim di Andalusia mempunyai berbagai buku dalam 40 bilik yang setiap biliknya berisi 18,000 jilid buku. Perpustakaan Abudal Daulah di Shiros (Iran Selatan) buku-bukunya memenuhi 360 bilik. Sementara ratusan tahun sesudahnya (abad 15 Masehi), menurut catatan Catholik Encyclopedia, perpustakaan Gereja Canterbury yang merupakan perpustakaan dunia Barat yang paling kaya ketika jumlah bukunya tidak melebihi 1,800 jilid buku.

Sejarah juga telah mencatatkan bahawa Uskup Agung Raymond di Andalusia mendirikan Badan Penterjemah di Todelo bagi menterjemahkan sebahagian besar karangan sarjana-sarjana Muslim tentang ilmu pasti, astronomi, kimia, kedoktoran, falsafah, dan lain-lain lagi, di mana waktu yang diperlukan untuk menterjemahkannya iaitu lebih dari satu setengah abad (1135-1284 Masehi). Dari pusat-pusat peradaban Islam yang meliputi Baghdad, Damaskus, Cordova, Sevilla, Granada dan Istanbul, telah memancarkan sinar gemerlap yang menerangi seluruh penjuru dunia terlebih Cordova, Sevilla, Granada yang merupakan sebahagian dari kekuasaan Islam di Andalusia telah banyak memberikan sumbangan besar terhadap tumbuh dan berkembangnya peradaban moden di dunia Barat.

Penggal Selepas Daulat Abbasiyah

Pada masa Khilafah Utsmaniyyah, para ahli sejarah sepakat bahawa zaman Khalifah Sulaiman Al-Qanuni (1520-1566 Masehi) merupakan zaman kejayaan dan kebesaran yang pada masanya telah jauh meninggalkan negara-negara Eropah di bidang ketenteraan, sains dan politik.

Pasca berakhirnya keluasaan Daulat Abbasiyah, kepemimpinan Islam berterusan dengan kepemimpinan Daulat Utsmaniyah. Daulat Utsmaniyah yang juga dikenali dengan sebutan Kesultanan atau Kekaisaran Turki Ottoman, didirikan oleh Bani Utsman, yang selama lebih dari enam abad kekuasaannya (1299 s.d. 1923) dipimpin oleh 36 orang sultan, sebelum akhirnya runtuh dan terpecah menjadi beberapa negara kecil.

Kesultanan ini menjadi pusat interaksi antara Barat dan Timur selama enam abad. Pada puncak kekuasaannya, Kesultanan Utsmaniyah terbahagi menjadi 29 wilayah dengan Konstantinopel (sekarang Istambul) sebagai ibu kotanya. Pada abad ke-16 dan ke-17, Kesultanan Usmaniyah menjadi salah satu kekuatan utama dunia dengan angkatan lautnya yang kuat. Kekuatan Kesultanan Usmaniyah terkikis secara perlahan-lahan pada abad ke-19, sehingga akhirnya benar-benar runtuh pada abad 20.

Musuh-musuh Islam memerlukan waktu selama satu abad untuk melepaskan ikatan ideologi Islam dari tubuh umat Islam, yang pada akhirnya tanggal 3 Mac 1924 Masehi yang bertepatan dengan tanggal 28 Rajab 1342 Hijriah, melalui Mustafa Kemal Attaturk yang merupakan agen Inggeris dan anggota Freemasonry (sebuah organisasi Yahudi), membubarkan institusi Kekhilafahan Islam terakhir di Turki dan menggantikannya dengan Republik Turki. Maka, sejak ketika itu ideologi Islam benar-benar terkubur ditandai dengan dihilangkannya institusi khilafah oleh majlis nasional Turki dan diusirnya khalifah terakhir.

Beberapa Catatan Penting 

Menyemak betapa besar sumbangan Islam terhadap lahirnya peradaban Islam berskala dunia terutama dalam hal ilmu pengetahuan dan teknologi, sesungguhnya kemajuan yang dicapai Barat pada mulanya bersumber dari peradaban Islam. Dunia Barat sekarang sewajarnya berterima kasih kepada umat Islam. Akan tetapi pada kenyataannya pihak Barat (bukan Muslim) telah sengaja menutup-nutupi peranan besar atas jasa para pejuang dan ilmuwan Muslim tersebut yang pada akhirnya terabaikan bahkan sampai terlupakan. Oleh kerana itu, umat Islam perlu kembali menggelorakan semangat keilmuan para ilmuwan Muslim atas sumbangsih yang amat besar bagi peradaban umat manusia di dunia dalam menyongsong kembali kejayaan Islam dan umatnya.

Kita dapat melihat bahawa puncak pencapaian penguasaan sains dan teknologi pada zaman kejayaan umat Islam masa lalu terkait erat dengan tegaknya sistem kekhilafahan, di mana adanya sistem komando yang terintegrasi secara global yang peranan secara politik sejalan dengan peranan agama. Kita juga mendapatkan gambaran dalam sejarah bahawa sosok para pemimpin terdahulu yang soleh selain sebagai seorang negarawan yang handal dan hebat, juga sebagai seorang ulama warak yang takut pada Rabb-nya, mencintai ilmu serta mencintai rakyatnya. Pada aspek ini kita boleh melihat adanya integrasi tiga pilar utama dalam pembentukan peradaban Islam iaitu agama, politik dan ilmu pengetahuan terpadu dalam satu kendali sistem kekhilafahan di bawah pimpinan seorang khalifah.

Keberlangsungan sistem kekhilafahan terutama sejak zaman Daulat Umaiyyah dan Daulat Abbasiyah walaupun bersifat khalifatul mulk (estapeta kepemimpinan didasarkan pada keturunan/dinasti) yang adakalanya dipimpin oleh orang soleh dan sekali waktu dipimpin oleh orang zalim dan derhaka, tetapi seburuk-buruk keadaan pada masa kehilafahan, masih jauh lebih baik daripada masa setelah tercerabutnya kehilafahan, kerana pada masa kekhilafahan hukum Islam masih tegak dan ditaati oleh umat Islam, demikian juga adanya ketaatan terhadap berbagai fatwa para ulama.

Segala hal yang baik dari para pendahulu umat Islam sayugiannya menjadi cerminan teladan bagi kita, sementara segala hal yang kurang baik, sejatinya dijadikan sebagai pelajaran yang sangat berharga. Awal meredupnya peradaban Islam yang terjadi sejak abad ke-8 Hijriah (abad 13 Masehi) hingga abad ke-14 Hijriah (abad 20 Masehi) yang telah mengakibatkan proses peralihan dari peradaban Islam ke peradaban Barat yang ditandai dengan masa pencerahan di dunia Barat serta terjadinya penjajahan, penaklukan dan aneksasi terhadap negeri-negeri Muslim oleh armada perang dari negara-negara Barat lebih disebabkan oleh melemahnya legitimasi politik dunia Islam kerana peranan kekhilafahan cenderung bersifat simbol serta hanya sebatas seremonial saja hingga tumbangnya sistem kekhilafahan di dunia Islam. Dari situlah kemudian dimulainya hegemoni dunia Barat terhadap dunia Islam.

Jadi, sesungguhnya faktor utama kekalahan dan melemahnya peranan umat Islam bukanlah terletak pada kuatnya pihak musuh-musuh Islam, tetapi lebih disebabkan oleh melemahnya kekuatan umat Islam yang diakibatkan oleh perbuatan kemaksiatan yang dilakukan. Kemaksiatan terbesar terutama berupa sikap menyekutukan Allah s.w.t (musyrik) dalam beribadah serta tidak mempedulikan lagi atas berbagai aturan (syariat) yang diperintahkan-Nya. 

Perbuatan maksiat yang dilakukan oleh umat Islam itulah yang telah dikhawatirkan oleh Umar bin Kaththab r.a. ketika beliau menjadi khalifah, hal ini sebagaimana dapat kita semak dari pesan tertulis beliau yang pernah disampaikannya kepada Sa’ad bin Abi Waqash ketika akan menghadapi sebuah pertempuran. Pada surat itu ditulis pesan sebagai berikut:

‘Umar bin Kaththab ra. telah menulis sepucuk surat kepada Sa’ad bin Abi Waqash r.a.: ‘Sesungguhnya kami memerintahkan kepadamu dan kepada seluruh pasukan yang kamu pimpin, agar takwa dalam segala keadaan, kerana takwa kepada Allah merupakan seutama-utamanya persiapan dan strategi paling kuat dalam menghadapi pertempuran. Aku perintahkan pula kepadamu dan pasukan yang kamu pimpin agar benar-benar menjaga diri dari berbuat maksiat. Kerana maksiat yang engkau perbuat pada ketika berjuang lebih aku khawatirkan daripada kekuatan musuh, sebab engkau akan ditolong Allah jika musuh-musuh Allah telah berbuat banyak maksiat, kerana jika tidak demikian kamu tidak akan punya kekuatan sebab jumlah kita tidaklah sebanyak jumlah pasukan mereka, di mana persiapan mereka berbeza dengan persiapan yang kita lakukan. Jika kita sama-sama berbuat maksiat sebagaimana yang dilakukan oleh musuh-musuh kita, maka kekuatan musuh akan semakin hebat. Sangatlah berat kita akan dapat mengalahkan musuh kita jika hanya mengandalkan pada kekuatan yang kita miliki, kecuali dengan mengandalkan ketakwaan kita kepada Allah dan senantiasa menjaga diri dari berbuat maksiat...’ (Lihat: Al ‘Aqdul Farid jilid I, hlm. 101; Nihayatul Arab jilid VI, hlm. 168; Ikhbarul Umar wa Ikhbaru Abdullah bin Umar jilid I, hlm. 241-242; Ikbasu min Ikhbarul Khulafa Ar-Rosyidin hlm 779, serta buku Jihad tulisan Dr. Mahfudz Azzam, hlm. 28).

Rujukan:

  1. ’Andalus, al-’ Oxford Dictionary of Islam. John L. Esposito, Ed. Oxford University Press. 2003. Oxford Reference Online. Oxford University Press. Accessed 12 June, 2006.
  2. Sejarah Bani Umaiyyah, Muhammad Syu'ub, Penerbit PT. Bulan Bintang.
  3. Perpustakaan Nasional: Katalog Dalam Terbitan (KDT), Ensiklopedi Mini Sejarah dan Kebudayaan Islam, Logos Wacana Ilmu, Jakarta 1996.
  4. Dari, Badarii Yatim, M.A, Sejarah Peradaban Islam, PT: Gravindo Persada: 2003, hlm. 89.
  5. Abdul Mun’im Majid, Sejarah Kebudayaan Islam, Pustaka: 1997 hlm. 182.
  6. Badarii Yatim, M.A, PT. Gravindo Persada: 2003, hlm. 91 
  7. Katalog Dalam Terbitan (KDT), Ensiklopedi Mini Sejarah dan Kebudayaan Islam, Logos Wacana Ilmu Jakarta 1996 
  8. Badarii Yatim, M.A, Sejarah Peradaban Islam, PT: Gravindo Persada: 2003, hlm 93 
  9. As-Siba’i Mustafa, Peradaban Islam Dulu, Kini dan Esok. Gema Insani Press, Jakarta: 1993
  10. Yatim Badarii, M.A, Sejarah Peradaban Islam, PT: Gravindo Persada: 2003
  11. Katalog Dalam Terbitan (KDT), Ensiklopedi Mini Sejarah dan Kebuidayaan Islam, Logos Wacana Ilmu Jakarta 1996
  12. Majid Mun’im Abdul, Sejarah Kebudayaan Islam, Pustaka: 1997
  13. Perpustakaan Nasional: Katalog Dalam Terbitan (KDT), Ensiklopedi Mini Sejarah dan Kebudayaan Islam, Logos Wacana Ilmu, Jakarta 1996.
  14. Prof. Hj. Sunanto Musyrifah, Sejarah Islam Klasik, Jakarta Timur, Penada Media: 2003
  15. Abu Khalil, Syauqi. Harun Al Rasyid, Pemimpin dan Raja yang Mulia. Jakarta: Pustaka Azzam, 2002.
  16. Al-Sharqawi, Effat. Falsafah Kebudayaan Islam. Bandung: Penerbit Pustaka, 1986.
  17. Enan, M.A. Decisive Moments in the History of Islam (Detik-detik Menentukan dalam Sejarah Islam). Alih Bahasa oleh Mahyuddin Syaf, Surabaya: Bina Ilmu, 1979.
  18. Gibbon, Edward. The Decline and The Fall of Roman Impire, Abridged and Illustrated London. United Kingdom: Bison Books Ltd. 1979.
  19. Gutas, Dimitri. Greek Thought, Arabic Culture, The Graeco-Arabic Translation Movement in Baghdad and Early Abbasid Society (2nd-4th/8th-10 centuries). Routledge, London-New York, 1998.
  20. Muttaqo Al Hindi. Kitab ‘Muntakhob Kanzu’l-Ummal, Jilid VI.
  21. Koentjaraningrat. Kebudayaan, Mentalitas dan Pembinaan. Jakarta: Gramedia, 1985.
  22. Leaman, Oliver. Scientif and Philosophical Enquiry: Achievement and Reaction in Muslim History dalam Farhad Daftary (ed), Intellectual Traditions in Islam, I.B Tauris, London-New York in Association with The Institute of Ismaili Studies, 2000.
  23. Leaman, Oliver. An Introduction to Medieval Islamic Philosophy, Cambridge: University Press, Cambridge, 1985.
  24. Muhammad Ash-Shalabi, Ali. Bangkit & Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah. Jakarta: Pustaka Al-Kautsar, 2004.
  25. Nasution, Harun. Islam Ditinjau dari berbagai Aspeknya. Jilid I, cetakan kelima. Jakarta: UI Press, 1985.
  26. Sou’yb, Joesoef. Sejarah Daulat Khulafaur Rasyidin. Jakarta: Bulan Bintang, 1979.
  27. Sou’yb, Joesoef. Sejarah Daulat Umaiyyah. Jakarta: Bulan Bintang, 1977. 
  28. Sou’yb, Joesoef. Sejarah Daulat Abbasiah. Jakarta: Bulan Bintang, 1977. 
  29. Stryzewska, Bojena Gajane. Tarikh al-Daulat al-Islamiyah. Beirut: Al Maktab Al-Tijari, tanpa tahun.
  30. Suyuthi, Imam. Tarikh Khulafa. Jakarta: Pustaka Al Kautsar, 2006.
  31. Syalabi, A. Sejarah dan Kebudayaan Islam, Jilid I. Jakarta: Pustaka Alhusna, 1987, cet. V.
  32. Watt, W. Montgomery. Kejayaan Islam: Kajian Kritis dari Tokoh Orientalis. Yogyakarta: Tiara Wicana Yogya, 1990.
  33. Yatim, Badri. Sejarah Peradaban Islam, Dirasah Islamiyah II, Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada, 2006.
  34. Zarkasyi, Hamid Fahmy. Membina Peradaban Islam. Makalah Workshop Pemikiran Ideologis, Forum Ukhuwwah Islamiyah, Daerah Istimewa Yogyakarta, 15 April 2007.
  35. Zallum, Abdul Qadim. Konspirasi Barat Meruntuhkan Khilafah Islamiyah, Telaah Politik Menjelang Runtuhnya Negara Islam. Bangil: Al-Izzah, 2001. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA