SMAHADZIR
NAMA
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. adalah tidak asing lagi bagi seluruh umat
Islam, baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia yang dianggap paling
teragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah s.a.w. Kemuliaan akhlaknya,
kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya,
kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah umat, ketenangannya dalam
menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tutur bahasanya
yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya balk dahulu mahupun
sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangi
oleh Rasulullah s.a.w.
Nama
sebenar Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum
Islam, beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya serta datangnya dan
keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan
sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar
Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana yang
lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar Quraisy yang lain.
Jalinan Persahabatan
Dan
segi umur, Saiyidina Abu Bakar r.a. adalah dua tahun lebih muda dan Rasulullah
s.a.w dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama
sebelum Rasulullah s.a.w menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang
dianggap paling banyak sekali berkorban harta benda untuk menegakkan agama
Islam di samping Nabi Muhammad s.a.w. Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah
Rasulullah s.a.w. pernah mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti
Khadijah dan pengorbanan Saiyidina Abu Bakar r.a. Adapun gelaran As-Siddiq yang
diberikan kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa
sahaja kata-kata mahupun perbuatan Nabi Muhammad s.a.w. Dalam hal ini elok kita
petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud yang dicenitakan
sendiri kepadanya oleh Saiyidina Abu Bakar, tentang bagaimana Saiyidina Abu
Bakar r.a. memeluk agama Islam.
Kata
Saiyidina Abu Bakar r.a. ketika menceritakan suatu kisah mengenai dirinya
kepada Ibnu Mas’ud, ‘Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia
rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak munid. Dia berkata kepadaku: ‘Aku
kira tuan datang dan Tanah Haram.’
‘Benar,’
jawabku.
‘Aku
kira tuan berbangsa Quraisy?’
‘Benar,’
ujarku lagi.
‘Dan
apa yang aku lihat, tuan dan keluarga Bani Taiyim?’
‘Benarlah
begitu,’ tambahku selanjutnya.
Orang
tua itu terus menyambung, katanya, ‘Ada satu lagi hal yang hendak aku tanyakan
dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika aku lihat
perutmu?’
Maka
pada ketika itu aku pun berkata, ‘Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi
tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.’
Maka
ujar orang tua itu, ‘Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa
seorang Nabi Allah akan diutuskan di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh
dua onang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separoh
umur. Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan
menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separoh umur itu
putih kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu
tanda di paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.’
Maka
sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun
melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata, ‘Demi
Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!’
Kemudian
orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk
beberapa waktu kenana mengurusi perniagaanku dan sebelum meninggalkan negeri
itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat
tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, ‘Bolehkah tuan menyampaikan
beberapa rangkap syairku?’
‘Boleh
sahaja,’ jawabku.
Setelah
itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah,
para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, ‘Adakah engkau tahu yang
sudah terjadi?’
Maka
ujarku pula, ‘Apakah yang terjadi itu?’
Jawab
mereka, ‘Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat
engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu-satunya
yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.’
Kemudian
aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui
Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, ‘Wahai Muhammad, tuan telah
mencemarkan kedudukan keluarga tüan dan aku mendapat tahu tuan terang-terang
telah menyeleweng dan kepercayaan nenek moyang kita.’
Maka
ujar baginda, ‘Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk
sekalian umat!’
Aku
pun bertanya kepada baginda, ‘Apa buktinya?’
Jawabnya,
‘Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.’
Aku
menambah lagi, ‘Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai
orang tua yang aku temui di Yaman itu?’
Baginda
menyambung, ‘Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!’
Aku
terkejut mendengarkannya lalu bertanya, ‘Siapakah yang telah memberitahu tuan,
wahai sahabatku?’
Maka
ujar baginda, ‘Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.’
Akhirnya
aku berkata, ‘Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi
tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya
Pesuruh Allah.’
Demikianlah
kisah indah yang meniwayatkan bagaimana Islamnya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq.
Dan memanglah menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang pertama yang beriman
kepada Rasulullah s.a.w.
Keislaman
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. telah membawa penganuh besar di kalangan
kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka beberapa
orang pemuda bangsawan Quraisy seperti Saiyidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman
Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti jejak langkahnya.
Semenjak
beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu Bakar r.a. telah menjadi pembela Islam yang
paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai oleh
Rasulullah s.a.w. Sebagai memperlihatkan kecintaan baginda terhadap Saiyidina
Abu Bakar r.a., dapat kita ketahui dan satu dialog yang terjadi antara baginda
Rasulullah s.a.w dengan Amru Bin Al-As. Amru seorang sahabat Rasulullah s.a.w.
pernah suatu hari menanyakan Rasulullah s.a.w, ‘Siapakah di antara manusia yang
paling tuan sayangi?’
Baginda
menjawab, ‘Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah bapanya.’
Selain
daripada itu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. adalah seorang sahabat yang
terkenal kerana keteguhan imannya, cerdas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan
penyantun. Rasulullah s.a.w. pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan sabdanya,
‘Jika ditimbang iman Abu Bakar As-Siddiq dengan iman sekalian umat maka berat
lagi iman Abu Bakar.’
Demikian
teguhnya iman Saiyidina Abu Bakar r.a. tatkala kita memperhatikan pengertian
yang terkandung pada sabda Rasulullah s.a.w. mengenai dirinya itu. Gelaran
As-Siddiq yang diberikan orang terhadap diri Saiyidina Abu Bakar r.a. adalah
lantaran memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan serta
membela diri Rasulullah s.a.w. Andainya sekalian umat manusia akan mendustakan
Muhammad s.a.w. Abu Bakar r.a. akan pasti pula tampil dengan penuh keyakinan
untuk membelanya.
Tidak
beberapa lama setelah memeluk agama Islam, Saiyidina Abu Bakar yang terkenal
sebagai saudagar yang kaya itu telah meninggalkan perdagangannya dan
meninggalkan semua usaha peribadi lain-lainnya lalu menyerahkan segenap
kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan penjuangan menegakkan Islam bersama
Nabi Muhammad s.a.w. sehingga oleh kerana kegiatannya maka agama Islam mendapat
kemegahan dengan Islamnya beberapa pemuda Quraisy yang lain.
Beliau
telah mengorbankan seluruh hanta bendanya untuk menebus orang-orang yang
ditawan, orang-orang yang ditangkap atau disiksa. Selain danpada itu beliau
juga telah membeli hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya. Salah seorang
hamba yang dibelinya kemudian dibebaskan yang paling terkenal dalam sejarah
ialah Bilal Bin Rabah.
Israk Dan Mikraj
Tatkala
Nabi Muhammad selesai melakukan Israk dan Mikraj segolongan orang yang kurang
mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah s.a.w. telah pergi menemui Saiyidina
Abu Bakar r.a. untuk mendengar apa pendapatnya tentang dakwaan Muhammad s.a.w. itu.
Tujuan kedatangan mereka mendapatkan Abu Bakar r.a. tidak lain dengan prasangka
tentunya Abu Bakar r.a. kali ini akan mendustakan kisah yang tidak masuk akal
pada fikiran mereka itu.
Setelah
pertanyaan itu disampaikan kepada Abu Bakar r.a. lalu beliau pun berkata,
‘Adakah Muhammad berkata begitu?’
Sahut
mereka, ‘Benar!’
Maka ujar Saiyidina Abu Bakar r.a. ‘Jika
Muhammad berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang diceritakan itu.’
Lalu
mereka pun terus menyambung, ‘Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa Muhammad
sampai ke tanah Syam lebih sebulan perjalanan pulang, malam semalam tadi?’
Maka
sahut Abu Bakar sungguh-sungguh, ‘Benar! Aku percaya! Malah lebih dan itu aku
percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dan langit diberitakannya baik pada
waktu siang mahupun pada waktu malam!’
Demikian
hebatnya sambutan sahabat yang paling utama itu. Kerana tegas dan teguhnya iman
beliau terhadap agama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w dan terhadap apa yang
dikhabarkan oleh baginda maka beliau telah diberi oleh Rasulullah s.a.w. dengan
gelaran As-Siddiq, ertinya yang benar.
Dan
memanglah tidak menghairankan sekali sikap Abu Bakar itu. Beliau telah kenal
akan Muhammad s.a.w bukan sehari dua, melainkan sudah boleh dikatakan seumur
manusia. Beliau tahu bahawa sahabatnya itu berkata benar, tak pernah berbohong;
orang amin. Mustahil baginda akan khianat kepada pengikutnya yang percaya
kepadanya. Beliau mengimani sahabatnya itu Pesuruh Allah Yang Maha Kuasa,
menerima wahyu daripada Tuhannya. Beliau sudah bertahun-tahun mengikut petunjuk
yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada sahabatnya itu maka telah teguhlah iman
dalam hatinya.
Tatkala
keadaan kekejaman orang-orang musyrikin Quraisy terhadap kaum Muslimin yang
sedikit jumlahnya di Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi Muhammad s.a.w.
telah mengadakan permusyuaratan di rumah Saiyidina Abu Bakar r.a. untuk mencari
jalan keluar daripada kesulitan yang sedang dihadapi oleh pihak kaum Muslimin.
Ketika
itulah Rasulullah s.a.w. menjelaskan kepada Saiyidina Abu Bakar r.a. bahawa
Allah s.w.t. telah memerintahkan baginda supaya melakukan hijrah ke Madinah
serta meminta Saiyidina Abu Bakar r.a. supaya menemaninya dalam peristiwa
hijrah tersebut. Dengan perasaan yang gembira tanpa sedikit kebimbangan pun Saiyidina
Abu Bakar r.a. menyambut permintaan Rasulullah s.a.w.
Dari
pintu belakang rumah Saiyidina Abu Bakar r.a. Rasulullah s.a.w. bersama-sama Saiyidina
Abu Bakar menuju ke Gunung Tsaur dan bersembunyi di gua yang diberi nama Gua
Tsaur. Pada saat suasana amat kritis, Saiyidina Abu Bakar r.a. diserang rasa
kegelisahan dan cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh dapat tahu di mana
Rasulullah s.a.w sedang bersembunyi, maka pada saat itu turun ayat suci
Al-Quran dari surah Taubah yang isinya memuji Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq,
sebagai orang kedua sesudah Nabi s.a.w. dalam Gua Tsaur.
Dalam
pada itu Rasulullah s.a.w. pun mengerti akan situasi dan kegelisahan sahabatnya
itu yang oleh kerananya baginda berkata, ‘Apakah yang menggelisahkan kamu,
bukankah Allah s.w.t menemani kita?’
Kemudian
Rasulullah s.a.w., diriwayatkan berkata selanjutnya untuk menghilangkan
kebimbangan Saiyidina Abu Bakar, ‘Kiranya mereka masuk juga ke dalam gua ini
kita masih dapat melepaskan diri dari pintu belakang itu,’ ujar baginda sambil
menunjukkan ke arah belakang mereka.
Saiyidina
Abu Bakar r.a. pun menoleh ke belakang. Betapa terkejutnya beliau bila
dilihatnya pintu belakang yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w itu, padahal
pintu tersebut tadinya tidak ada sama sekali. Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar
r.a. tatkala di dalam gua itu bukanlah kerana takutkan nyawanya akan diragut
oleh pihak musuh tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa
baginda Rasulullah s.a.w.
Beliau
pernah berkata, ‘Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri,
kalau saya terbunuh, yang terkorban hanyalah seorang manusia biasa. Tetapi
andaikata tuan sendiri dapat dibunuh maka yang akan hancur ialah satu cita-cita
yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tegak pula ialah
kezaliman.’
Ucapan
antara dua orang sahabat tatkala dalam gua itu ada tersebut dalam Al-Quran
dalam surah Al Taubah ayat 40:
إِلَّا تَنْصُرُوهُ
فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ
إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ
مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ
عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ
كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ
حَكِيمٌ (40)
‘Kalau
kamu tidak menolongnya (Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dan
kampung halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja di dalam suatu gua, Di
kala itu dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakar): Jangan
engkau berdukacita; sesungguhnya Tuhan bensama kita. Tuhan menurunkan
ketenangan-Nya kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak kamu
lihat. Dan Tuhan menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah dan
perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan Bijaksana.-
Demikian
satu lagi keistimewaan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai seorang sahabat
yang sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan bersama-sama Rasulullah s.a.w
dalam menyampaikan seruan Islam. Saiyidina Abu Bakar r.a. tidak bercerai jauh
dengan baginda Rasulullah s.a.w sepanjang hidupnya dan menyertai semua
peperangan yang dihadapi oleh baginda.
Beliau
bukan sahaja berjuang menegakkan agama Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan
juga dengan harta kekayaannya. Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali
berkorban harta untuk menegakkan agama Islam. Bahkan seluruh kekayaannya telah
habis digunakannya untuk kepentingan penjuangan menegakkan kalimah Allah. Di
kalangan para sahabat beliaulah tergolong orang yang paling murah hati dan
dermawan sekali.
Dalam
Perang Tabuk misalnya, Rasulullah s.a.w. telah meminta kepada sekalian kaum
Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah Saiyidina
Abu Bakar r.a. membawa seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua
tangan baginda Rasulullah s.a.w. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina
Abu Bakar r.a., bagi tujuan jihad itu maka Rasulullah s.a.w. menjadi terkejut
lalu berkata kepadanya: ‘Hai sahabatku yang budiman, kalau sudah semua harta
bendamu kau korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan
isterimu?’
Pertanyaan
Rasulullah s.a.w. itu dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dengan tenang
sambil tersenyum, ujarnya, ‘Saya tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya.’
Allah
s.w.t telah merakamkan kedermawanan Abu Bakar As-Siddiq dalam ayat 18-21 surah
al-Lail:
الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى (18)
وَمَا لِأَحَدٍ عِنْدَهُ مِنْ نِعْمَةٍ تُجْزَى (19) إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ
رَبِّهِ الْأَعْلَى (20) وَلَسَوْفَ يَرْضَى (21)
‘Yang
mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya,
Sedang dia tidak menanggung budi sesiapa pun, yang patut dibalas, hanyalah
mengharapkan keredhaan Tuhan-Nya Yang Maha Tinggi; Dan demi sesungguhnya, dia
tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang
diharapkannya).’ (Surah al-Lail:
18-21)
Kehebatan Jiwa
Demikianlah
kehebatan jiwa Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, suatu contoh kemurahan hati yang
memang tidak dijumpai bandingannya di dunia. Memandangkan besarnya pengorbanan
beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau Rasulullah bersabda bahawa tegaknya
agama Islam itu adalah lantaran harta benda Siti Khadijah dan juga Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq. Tepatlah juga tatkala baginda bersabda bahawa kiranya iman
seluruh umat ditimbang bersama iman Saiyidina Abu Bakar r.a. maka berat lagi
iman Saiyidina Abu Bakar r.a. Beliau memang manusia yang luar biasa
kebesarannya yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi teman akrab
Rasulullah s.a.w.
Pada
suatu ketika, sewaktu Rasulullah s.a.w membaca khutbah yang antara lain
menyatakan bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia
dan memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah tersebut
tidak akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan.
Maka
ketika meñdengar khutbah Nabi demikian itu Saiyidina Abu Bakar r.a. lalu
menangis tersedu-sedu, kerana sedih dan terharu sebab beliau mendengar dan
mengerti bahawa yang dimaksudkan dalam isi khutbah tersebut ialah bahawa umur
kehidupan Rasulullah s.a.w di dunia ini sudah hampir berakhir. Demikian kelebihan
Saiyidina Abu Bakar r.a. dibandingkan dengan para sahabat yang lain kerana
beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasulullah s.a.w hampir dekat.
Keunggulan
beliau dapat dilihat dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. tatkala
mana umat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada
kewafatannya. Bahkan sahabat besar Saiyidina Umar Al-Khattab sendiri telah
diselubungi kekacauan fikiran dan tampil ke muka umum sambil mencabar dan
mengugut sesiapa sahaja yang berani mengatakan bahawa baginda telah wafat.
Ujar
Umar r.a., ‘Rasulullah tidak wafat, baginda hanya pergi menghadap Allah s.w.t
sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah menghilangkan diri dan kaumnya
selama empat puluh hari, kemudian pulang semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan
wafatnya.’
Ketika
kegawatan itu berlaku Saiyidina Abu Bakar sedang berada di sebuah kampung
Al-Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah s.a.w itu sampai kepadanya,
beliau dengan segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang
sedang berkumpul mendengar pidato Saiyidina Umar Al-Khattab tadi.
Tanpa
berlengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus ke rumah puterinya Siti Aisyah
dan di sanalah beliau dapati jenazah Rasulullah s.a.w. terbujur di satu sudut
rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah s.a.w dan mengucupkannya, sambil
berkata, ‘Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan betapa cantiknya
engkau ketika mati!’ Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai yang
sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada yang keras:
أَيّهَا
النّاسُ إنّهُ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ مُحَمّدًا فَإِنّ مُحَمّدًا قَدْ مَاتَ وَمَنْ
كَانَ يَعْبُدُ اللّهَ فَإِنّ اللّهَ حَيّ لَا يَمُوتُ .
‘Wahai
kaum Muslimin! Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati.
Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak
mati.’
Seraya
menyambung membacakan sepotong ayat dan Al-Quran:
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ
خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى
أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا
وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ (144)
‘Muhammad
itu tidak lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya.
Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang
surut ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya
Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.’ (surah Ali Imran: 114)
Sejurus
sahaja mendengar ayat itu, Saiyidina Umar Al-Khattab pun terus rebah hingga
orang ramai Islam yang telah mendengar pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa
Rasulullah sudah wafat. Kaum Muslimin tentunya telah pernah dengar ayat ini
sebelumnya, kerana ayat itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika
Rasulullah s.a.w. telah diberitakan mati terkorban dan menyebabkan ramai
pejuang-pejuang Islam berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami
maksud ayat ini seperti yang difahami oleh Saiyidina Abu Bakar r.a. Ini jelas
membuktikan kecerdasan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dalam memahami Islam. Ketika
Rasulullah s.a.w. wafat, baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa
yang patut menggantikan baginda sebagai khalifah umat Islam. Tetapi setelah
lama berbincang kaum Muslimin dengan suara ramai memilih Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya itu dicalonkan oleh Saiyidina Umar
Ibnul Khattab r.a.
Pemilihan
ini tentulah tepat sekali kerana pada pandangan kaum Muslimin memang beliaulah
yang paling layak sekali memegang kedudukan itu memandangkan
kelebihan-kelebihannya dari para sahabat yang lain. Apatah lagi beliaulah yang
pernah dilantik oleh baginda Rasulullah s.a.w semasa hayatnya untuk
menggantikan baginda sebagai imam sembahyang tatkala baginda sedang uzur. Setelah
dipilih oleh sebahagian besar umat ketika itu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq pun
memberikan ucapannya yang terkenal yang antara lainnya beliau berkata:
أَيّهَا
النّاسُ فَإِنّي قَدْ وُلّيت عَلَيْكُمْ وَلَسْت بِخَيْرِكُمْ فَإِنْ أَحْسَنْت
فَأَعِينُونِي ؛ وَإِنْ أَسَأْت فَقَوّمُونِي ؛ الصّدْقُ أَمَانَةٌ وَالْكَذِبُ
خِيَانَةٌ وَالضّعِيفُ فِيكُمْ قَوِيّ عِنْدِي حَتّى أُرِيحَ عَلَيْهِ حَقّهُ إنْ
شَاءَ اللّهُ وَالْقَوِيّ فِيكُمْ ضَعِيفٌ عِنْدِي حَتّى آخُذَ الْحَقّ مِنْهُ إنْ
شَاءَ اللّهُ لَا يَدَعُ قَوْمٌ الْجِهَادَ فِي سَبِيلِ اللّهِ إلّا ضَرَبَهُمْ
اللّهُ بِالذّلّ وَلَا تَشِيعُ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطّ إلّا عَمّهُمْ اللّهُ
بِالْبَلَاءِ أَطِيعُونِي مَا أَطَعْت اللّهَ وَرَسُولَهُ فَإِذَا عَصَيْتُ اللّهَ
وَرَسُولَهُ فَلَا طَاعَةَ لِي عَلَيْكُمْ .
‘Wahai
sekalian umat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah
orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemerintahanku baik, maka
sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara
kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya,
sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku
harus mengambil hak orang lain yang berada di sisinya, untuk dikembalikan
kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selagi aku patuh kepada Allah dan
Rasul-Nya. Akan tetapi jika aku menderhakai Allah, maka kamu sekalian tak harus
lagi patuh kepadaku.’
‘Aku
dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah
aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk urusan ini.
Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagaimana yang telah
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sungguh aku tidak dapat memperkenankannya,
Rasulullah s.a.w adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan,
kerana itu baginda terpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini
hanyalah manusia biasa yang tidak ada kelebihannya dari seorang pun juga di
antara kamu.’
Ini
adalah satu pembaharuan dalam pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh
rakyat jelata kerajaan Rome dan Parsi yang memerintah dunia barat dan timur
ketika itu. Beliau telah mematuhi manifesto politiknya. beliau hidup seperti
rakyat biasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan. Adalah diriwayatkan bahawa
pada satu masa ada orang memanggilnya, ‘Ya Khalifah Allah!’
Beliau
dengan segera memintas cakap orang itu dengan katanya: ‘Saya bukan Khalifah
Allah, saya hanya Khalifah Rasul-Nya!’
Adalah
diriwayatkan bahawa pada keesokan harinya iaitu sehari setelah beliau terpilih
sebagai Khalifah, Saiyidina Abu Bakar r.a. kelihatan membawa barang
perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati beliau,
di antaranya Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar itu mendekati beliau seraya
berkata, ‘Urusan Khalifah itu tidak boleh dicampuri dengan berniaga!’
Lalu
Abu Bakar r.a. bertanya, ‘Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku
membelanja rumah tanggaku?’
Demikian
sedihnya nasib yang menimpa Saiyidina Abu Bakar r.a. sebab walaupun
kedudukannya sebagai Ketua Negara namun belum ada lagi ketetapan untuk bagi
seseorang ketua pemerintah Islam memperolehi gaji dari harta kerajaan. Keadaan
ini mendapat perhatian dari para sahabat lalu mereka menentukan tunjangan
secukupnya buat beliau dan buat keluarga beliau yang diambil dari baitulmal.
Kemudian itu baharulah Khalifah Abu Bakar As-Siddiq meninggalkan usaha
penniagaannya kerana hendak memusatkan seluruh tenaganya untuk mengembangkan
agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Khalifah.
Semasa
bertugas sebagai Khalifah umat Islam beliau hanya menerima peruntukan sebanyak
enam ribu dirham sahaja setahun iaitu kira-kira lebih kurang 1,200 dolar sahaja
setahun. Peruntukan itu tidak dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan
sebelum kematiannya beliau telah memerintahkan supaya pendapatannya itu
diserahkan kembali kepada baitulmal. Kebijaksanaan Abu Bakar As-Siddiq r.a.
juga ternyata dalam polisinya menyamakan pemberian elaun kepada orang-orang
yang berhak agar mereka tidak dipisahkan oleh jurang-jurang perbezaan yang jauh
agar tidak lahir satu golongan yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa dan
golongan-golongan yang lain. Sedangkan beliau sendiri hanya mengambil sekadar
keperluan-keperluan asasi buat diri dan keluarganya.
Sebelum
beliau meninggal dunia, kepada Saiyidina Umar Al-Khattab beliau telah
mewasiatkan agar jangan menghiraukan jenazahnya nanti bila beliau pulang ke
rahmatullah, melainkan haruslah dia segera mengirim bala tentera ke Iraq untuk
membantu Al-Muthanna yang sedang bertempur di Iraq itu.
Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq r.a. tidak lupa mengingatkan Saiyidma Umar r.a. apa yang
dilaksanakan sewaktu Rasulullah s.a.w wafat dan bagaimana cintanya kepada
Rasulullah s.a.w dan perhatiannya kepada jenazah baginda yang suci itu tidak
mengabaikannya dan melaksanakan kewajipan biarpun yang demikian itu amat berat
bagi jiwanya. Dengarlah antara lain kata-katanya kepada Umar Ibnul Khattab r.a:
‘Dengarlah hai Umar! Apa yang akan kukatakan ini dan laksanakanlah. Aku
mengharap akan kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum matahani
terbit pada esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala bantuan kepada
Al-Muthanna. Janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimanapun besannya dapat
melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah melihat apa yang
telah aku lakukan tatkala Rasulullah s.a.w wafat sedang wafatnya Rasulullah
s.a.w itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana yang
sebesar itu.’
‘Demi
Allah, andaikata pada waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan Rasul-Nya,
tentu kita telah jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah
ini telah jadi lautan api.’
Dalam
masa pemerintahannya yang singkat Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang memerintah
hanya dalam masa dua tahun sahaja itu telah meletakkan asas pembangunan sebuah
pemerintahan Islam yang teguh dan kuat setelah berjaya mengatasi berbagai macam
masalah dalam negeri dengan segala kebijaksanaan dan kewibawaannya. Beliau
telah memenuhi segenap janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya
itu telah terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang
abadi.
Sungguh
kehidupan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq adalah penuh dengan ibarat, penuh
dengan nasihat, penuh dengan ajaran serta kenang-kenangan yang indah dan mulia.
Selama dua tahun pemerintahannya itu beliau telah berjaya menyusun tiang-tiang
pokok dan kekuatan Islam. Beliau telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang
penting bagi memelihara kepercayaan kaum Muslimin dan bagi memelihara keagungan
agama Islam.
Bahkan
beliau telah mengakhiri riwayat pemerintahan yang dipimpinnya dengan
menundukkan sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian daripada negeri
Iraq, lalu pulang ke rahmatullah dengan dada yang lapang, ketika umur beliau
menginjak 63 tahun. Beliau dikebumikan di samping makam Rasulullah s.a.w. di
Masjid Madinah. Semoga niwayat serta penjuangan beliau menjadi contoh ibadat
yang murni bagi sekalian kaum Muslimin.
Sirah Kehidupan Abu Bakar As-Siddiq
Nama sebenar beliau Abdullah bin Usman bin Amir bin Amr
bin Ka’ab bin Taim bin Murrah bin Ka’ab bin lu’ai At-Tamimi al-Quraisyi. Beliau
lebih dikenali dengan panggilan Abu Bakar As-Siddiq dalam sejarah Islam.
Rangkaian jurai keturunan beliau bertemu dengan rangkaian jurai keturunan Nabi
Muhammad s.a.w pada Murrah bin Ka’ab sehigga keduanya sekeduanya seketurunan.
Ibu beliau iaitu Salma binti Shakhar bin Amir bin Ka’ab
bin Saad bi Taim bin Murrah. Beliau dilahirkan selepas dua tahun enam bulan
Nabi Muhammad s.a.w dillahirkan iaitu pada tahun Gajah. Ini bererti beliau
lebih muda dua tahun lebih dari Nabi Muhammad s.a.w. Beliau dilahirkan di
Mekah. Dari kecil lagi beliau terkenal dengan sifat yang terpuji antaranya budi
pekerti yang baik, mulia, dan banyak lagi.
Abu Bakar mempunyai pelbagai gelaran tetapi beliau lebih
terkenal dengan gelaran As-Siddiq yang bererti ‘orang yang benar’ kerana Abu
Bakar adalah seorang yang mempercayai setiap apa yang disampaikan oleh
Rasulullah. Abu Bakar mempunyai bakat dalam bidang perniagaan. Beliau
menjalankan perniagaan beliau di dalam dan luar negeri dengan sifat-sifat yang
terpuji seperti benar, jujur, setia dan peramah dengan pelanggannya.
Abu Bakar adalah antara yang terawal memeluk Islam.
Pelbagai pendapat bercanggahan mengenai siapa yang terlebih dahulu yanh memeluk
Islam. Perbezaan pendapat itu akhirnya dapat dirumuskan oleh Imam Abu Hanifah
sebagai berikut:
- Abu
Bakar As-Siddiq daripada golongan lelaki dewasa
- Ali
bin Abu Talib daripada kalangan lelaki kanak-kanak
- Khadijah
dari kalangan wanita dewasa
- Zaid
bin Haritsah Maula Nabi Muhammad s.a.w. daripada golongan hamba lelaki
- Ummu
Aiman isteri Zaid daripada golongan hamba wanita.
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq meninggal dunia pada
tanggal 7 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah selepas memimpin umat Islam sebagai
Khalifah al-Rasyidin pertama selama 2 tahun 3 bulan 10 hari. Beliau meninggal
ketika berusia 63 tahun dan jenazahnya dimakamkan di samping makam Nabi
Muhammad s.a.w.
Perjuangan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
Sumbangan dan jasa-jasa Abu Bakar pada zaman permulaan
Islam di kota Mekah sebenarnya sangat sangat tinggi nilainya yang perlu
dikenang dan dihayati oleh umat Islam masa kini dan seterusnya. Jas dan
sumbangan beliau terutama ketika bersama Nabi Muhammad s.a.w. ada tercatat
dalam Al-Quran oleh Yang Maha Kuasa.
Firman-firman Allah s.w.t berikut menjadi bukti betapa
hebat dan mulianya beliau sehinggakan nama beliau diabadikan didalam Al-Quran:
‘Dia adalah salah seorang daripada dua orang ketika keduanya beada dalam gua,
di waktu dia berkata krpada temannya; ‘Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya
Allah berserta kita.‘ (surah At-Taubah: 40).
‘Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan
membenarkannya, mereka itulah orang-orang yang bertakwa.’(Az-Zumar: 33).
Hubungan Abu Bakar dan Nabi Muhammad s.a.w. ketika
memperjuangan Islam adalah begitu rapat sekali. Ibarat kuku dan isi. Sehingga
akhir hayat Nabi Muhammad s.a.w. hubungan Abu Bakar dengan baginda kian erat
dan sememangnya beliaulah orang yang paling layak meneruskan perjuangan baginda
sebagai khalifah Islam pertama. Beberapa contoh menunjukkan ketekunan dan
keikhlasan Saiyidina Abu Bakar dalam dalam berjuang menegakkan agama Islam.
Antaranya ialah:
a) Hijrah ke Madinah
Abu Bakar memainkan peranan yang penting dalam peristiwa
hijrah ini. Abu Bakarlah yang menemani Nabi Muhammad s.a.w. pada waktu
berlakynya pengepungan di rumah baginda yang dilakukan oleh pemuda-pemuda
Quraisy dengan tujuan untuk membunuh baginda. Mereka berharad dapat membunuh
baginda beramai-ramai ketika baginda keluar rumah. Rancangan jahat kaum Quraisy
itu diberitahu Allah kepada Rasul-Nya dan memerintahkan berhijrah ke Yathrib.
Peristiwa itu digambarkan didalam Al-Quran yang
bermaksud: ‘Dan ingatlah ketika orang-orang Quraisy memikirkan tipu daya untuk
menangkap, memenjarakan, membunuh ataupun mengusir kamu maka Allah menggagalkan
tipu daya mereka. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.‘ (surah al-Anfal
ayat 30).
Cara baginda berhijrah diriwayatkan oleh Ibnu hisyam
seperti katanya, ‘Bahawa Rasulullah datang dengan bersembunyi-sembunyi ke rumah
Abu Bakar, kemudian mereka berdua terus ke gua Thur yang letaknya di selatan
Mekah. Mereka bersembunyi di gua itu beberapa ari untuk mengelakkan daqri
kepungan dan halangan yang akan dilakukan oleh pihak Quraisy.‘
Selepas orang-orang Quraisy mengetahui Nabi dan Abu
Bakar telah tiada dan sedang dalam perjalanan menuju ke yathrib, mereka
mengeluarkan tawaran hadiah seratus ekor unta kepada sesiapa saja yang berhasil
menangkap Muhammad hidup ataupun mati. Akhirnya mereka mengetahui juga
Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar bersembunyi dalam Gua Thur.
Abu Bakar berasa cemas dan bimbang akan keselamatan Nabi
bila orang-orang Quraisy itu sampai ke pintu Gua Thur. Beliau merasakan perlu
untuk mempertahankan Rasulullah s.a.w junjungan umat Islam itu sepenuh jiwa dan
raga beliau. Perassan cemas beliau itu sentiasa ditenteramkan oleh baginda
Rasulullah s.a.w.
Peristiwa bersejarah ini diabadikan Allah s.w.t dalam
Al-Quran yang bermaksud: ‘Jika kamu tidak mahu menolong dia (Muhammad)
sesungguhnya Allah telah menolongnya, iaitu ketika orang-orang kafir mengusirkannya,
semasa mereka berdua di gua itu ia berkata kepada temannya: Janganlah engkau
berdukacita, sesungguhnya Allah bersama-sama kita.‘ (surah at-Taubah ayat 40).
Pada akhirnya meraka pun tiba di Quba’ pada hari Isnin 8
Rabiulawl tahun 1 Hijrah (20 September 622 Masehi) yang mana jaraknya dengan
madinah kira-kira 10 kilometer. Beliau berada di Quba’ selama 4 hari dan di
situlah beliau membina masjid yang pertama dalam Islam, kemudian memasuki
Madinah pada 12 Rabiulawal tahun 1 Hijrah.
b) Ikut Bertempur Bersama
Rasulullah Dalam Peperangan
Abu Bakar selalu mengikuti Rasulullah s.a.w bertempur
dalam segala peperangan semasa hayatnya. Seluruh hidupnya disumbangkan dan
dikorbankan untuk membela Rasulullah s.a.w dalam menegakkan agama Allah yang
maha suci. Beliau bertempur dengan gagah berani di bawah kibaran panji-panji
kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w merancang Perang Badar,
baginda meminta persetujuan dan pendapat daripada para sahabatnya. Sementara
itu Abu Bakar bersetuju dan menyampaikan isyarat agar peperangan ini
dilaksanakan dan maju untuk menyerang.
Di dalam Perang Badar ini Abu Bakarlah menjadi pagar
pelindung yang selalu tetap bersama Rasulullah s.a.w. untuk menjadi tebusannya.
Setelah pertempuran mulai sengit dan hebat, Rasulullah meengalihkan
perhatiannya dan berdoa kepada Allah sehingga kain serbannya terjatuh daripada
kepalanya. Abu Bakar berkata kepadanya, ‘Wahai Rasulullah! Yang engkau minta
adalah Allah, dan sesungguhya Allah sajalah yang akan melaksanakan kepadamu
apa-apa yang telah dijanjikan.‘
Ketika itu Allah s.w.t. telah mengkabulkan doa Nabi-Nya
iaitu member kekuatan dan bantuan malaikat, diberikaiman dan semangat serta
kemenangan. Sebagaimana Allah berfirman: ‘Ingatlah, ketika kamu memohon
pertongan kepada tuhanmu, lalu diperkenankannya bagimu, ‘Sesungguhnya Aku akan
mendatangkan bala tentera kepada kamu dengan seribu malaikat yang dating
berturut-turut.‘ (surah al-Nafaal: 9)
Dalam Perang Badar ini kaum Muslimin berjaya memperolehi
kemengan yang yang besar. Mereka kembali ke Madinah dengan membawa tujuh puluh
orang tahanan perang daridapa kaum Quraisy. Dalam masalah tawanan perang
tersebut Rasulullah s.a.w. telah mengadakan musyawarah dengan para sahabatnya.
Abu Bakar berpendapat mereka patut diberikan kesempatan hidup.
Ini berlainan dengan pendapat Saiyidina Umar yang
mencadangkan mereka dibunuh keana mereka adalah orang kafir selalu memusuhi
orang Islam. Dalam hal ini Abu Bakar berkata, ‘Wahai Nabi Allah, mereka adalah
keturunan bapa saudara dan keluarga, saya menganggap baik bila mereka disuruh
membayar denda atau tebusan dan hal itu dapat dibuat untuk memperkuatkan
sahabat Nabi, dan mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk dariupada Allah kepada
agama Islam.‘
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Perumpamaan Abu Bakar
adalah seperti Nabi Ibrahim ketika dia berkata; ‘Maka barang siapa yang
mengiukutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barang siapa
yang menderhakai aku, maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.’
Setelah Nabi mengembalikan masalah tawaran perang tadi
kepada seluruh sahabatnya, beliau bersama majoriti sahabat lebih cenderung
kepada pendapat Abu Bakar kerana tiada sesuatu tindakan yang menyamaiu
menberikan keampunan dan kemaafan dalm usaha mengetuk dan membuka hati yang
terkunci. Setelah selesai bermensyuarat diumumkan bahawa tiap tahanan yang
mampu menebus dirinya dengan wang dan harta, dia akan dibebaskan. Manakala
orang tawanan sanggup mengajar menulis dan menulis kepada sepuluh orang anak
Muslim hingga pandai, mereka akan dibebaskan. Sementara itu Rasulullah s.a.w.
juga membebaskan tahanan yang ternyata lemah, kerana meraka tidak mampu menebus
dirinya sendiri, atau untuk meindungi hak mereka
c) Bantuan Kewangan
dan Sikap Dermawannya
Saiyidina Abu Bakar memang terkenal dengan sifat
pemurahnya. Beliau sanggup memderma keseluruhan hartanya demi menegakkan agama
Allah. Sebelum memeluk Islam beliau memeng dikenali sebagai seorang bangsawan
yang kaya lagi dihormati oleh masyarakatnya. Tetapi setelah memeluk Islam, beliau
merupakan tokoh Islam yang utama sekali yang telah mengorbankan seluruh harta
bendanya bagi kepentingan agama Islam. Di kalangan para sahabat dia tergolong
orang yang paling murah hati dan dermawan sekali.
Dalam menyambut datangnya agama Islam, beliau
menyumbangkan wang tunai 40,000 dirham kerana memperjuangkan agama Allah dengan
penuh rasa ikhlas dan kerelaan. Bantuan kewangan Abu Bakar itu dicurahkan
dengan berbagai cara. Yang pertama adalah untuk membeli hamba abdi sahaya yang
telahg memeluk Islam dan selalu diseksa oleh tuannya. Jumlah abdi yang telah
dibeli oleh beliau adalah tujuh orang. Antaranya ialah Bilal bin Rabbah dan
Amir bin Fahirah.
Setelah itu beliau meneruskan bantuannya untuk membantu
kaum Muslimin yang fakir miskin, membantu membekalkan angkatan perang dan
menjamu para tamu serta untuk amal sosial yang lain. Yang paling banyak adalah
bantuannya mengadakan bekalan perang dalam perang Tabuk pada tahun 9 Hijrah.
Sewajarnya beliau mendapat daripada Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bererti;
‘Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa daripada mereka itu, yang
menafkahkan hartanya(di jalan Allah) untuk membersihkannya, padahal tidak ada
seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya. Tetapi(dia
memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya Yang maha Tinggi.
Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan.’ (surah al-Lail: 17-21)
Dengan kedermawan Abu Bakar itu Nabi Muhammad s.a.w.
memujinya sehingga baginda bersabda, ‘Sesungguhnya manusia yang paling banyak
memberikan kesentosaan kepadaku dalam persahabatannya dan hartanya adalah Abu
Bakar. Seandainya saya (diperintahkan) menjadikan kekasih, tentulah saya
menjadikan Abu Bakar sebagai kekasih, tetapi (yang ada) hanyalah persaudaraan
dalam Islam.’
Dalam perang Tabuk, Rasulullah s.a.w. telah meminta
kepada sekalian kaum Muslimin agar mengorbankan harta mereka kepad jalan Allah.
Tiba-tiba datang Abu Bakar membawa kesemua harta bendanya lalu meletakkannya di
antara dua tangan Rasulullah s.a.w. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh
beliau bagi tujuan perjuangkan agama Islam, Nabi Muhammad s.a.w. menjadi
terkejut lalu bertanya kepada beliau, ‘Hai sahabatku yang budiman, kalau sudah
semua harta bendamu kau korbankan apa lagi yang engkau tinggalkan buat anak-anak
serta isterimu?’
Pertanyaan Rasulullah s.a.w itu dijawab oleh beliau
sambil tersenyum, katanya; ‘Saya tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya!’ Demikianlah
kehebatan jiwa Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, suatu contoh kemurahan hati yang
tidak dijumpai bandingannya di dunia hingga hari ini. Sikap dan tingkah laku
Abu Bakar wajar menjadi contoh tauladan kpada semua umat Islam dalam
memperjuangkan agama Isalm di dunia hari ini.
Keutamaan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
Oleh kerana keistimewaan-keistimewaan yang begitu banyak
yang dilakukan oleh Abu Bakar semasa hayatnya dengan penuh keikhlasan terhadap
Nabi Muhammad s.a.w. serta agama Islam dan kaum Muslimin, maka seluruh ahli
Sunnah Waljamaah secara ijmak mengakui bahawa Abu Bakar Siddiq adalah orang yang
paling utama ataupun yang paling afdal sesudah Nabi Muhammad s.a.w.
Liku-liku hidup Saiyidina Abu Bakar menunjukkan beliau
adalah orang utama yang mengatasi dan mendahului para sahabat yang lain dalam
segala hal, baik dalam urusan ibadat mahupun dan urusan menegakkan agama Allah
s.w.t. Tidak ada suatu hari pun yang dilalui oleh beliau tanpa mengerjakan
seruan untuk berbuat baik dan curahan bakti sama ada di minta ataupun tidak.
Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada
sahabatnya tentang kebaikan yang dikerjakan oleh mereka. Mereka selalunya
memberikan penjelasan kerana Nabi Muhammad s.a.w. akan mendesak mereka memberi
penjelasan apa yang ditanya. Sesudah itu biasanya Nabi Muhammad s.a.w. akan
memberikan pelajan kepada mereka ataupun mengucapkan hadis yang akan
diriwayatkan mereka.
Pada suatu hari sesudah sembahyang subuh, Nabi Muhammad
s.a.w. bertanya; ‘Siapa di antara kamu berpuasa hari ini?’ Abu Bakar berkata,
‘Saya. Ya, Rasulullah memang saya tidur tadi malam dan saya berniat untuk
berpuasa, maka saya berpuasa hari ini.’ Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bertanya
pula; ‘Siapa di antara kamu yang telah mengunjungi orang sakit hari ini?’ Abu
Bakar menjawab; ‘Adapun saya ya Rasulullah, merekamemberitahu kepada saya
bahawa saudara saya Abdur Rahman bin Auf sakit. Lalu saya pergi ke rumahnya
menanyakan keadaannya dan kemundian saya datang ke masjid.’
Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi; ‘Siapa di antara
kamu telah bersedekah hari ini?’ Abu Bakar menjawab; ‘Saya ya Rasulullah,
ketika saya masuk masjid, tiba-tiba ada seorang peminta sedekah meminta sesuatu
sedang seorang putera Abdur Rahman bin Abu Bakar mempunyai roti. Saya ambil
roti itu dan saya berikan kepada peminta sedekah itu.’
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; ‘Bergembiralah engkau
dengan syurga, bergembiralah engkau dengan syurga.’
Tidaklah aneh kalau Saiyidina umar berkata; ‘Tidak saya
mendahului Abu Bakar membuat kebaikan, dialah yang selalu mendahului saya
membuat kebaikan.’ Dan tidaklah aneh kalau Saiyidina berkata; ‘Demi Allah,
tidaklah sekali-kali kami berlumba-lumba untuk membuat kebaikan kecuali Abu
Bakar mendahului kami membuatnya.’
Tentang kisah keutamaan Abu Bakar lagi, sejarah
menceritakan: Nabi Muhammad s.a.w. pernah ditanya orang, ‘Ya Rasulullah,
manusia manakah yang paling engkau cintai?’
Nabi Muhammad s.a.w. menjawab; ‘Aisyah’
Mereka berkata; ‘Yang kami maksudkan daripada kalangan
laki-laki?’
Nabi Muhammad s.a.w. menjawab; ‘Bapanya.’
Dan Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; ‘Tidak ada seseorang
yang berjasa di antara kita melainkan kami tlah membalasinya kecuaili Abu
Bakar, sesungguihnya dia mempunyai jasa yang akan dibalasi oleh Allah pada hari
kiamat.’
Hal ini dijelaskan oleh kata-kata beliau, ‘Tidak ada
seorang pun yang lebih besar jasanya kepada saya selain Abu Bakar, dia telah membantu
saya dengan dirinya dan hartanya serta mengahwinkan puterinya kepada saya.’
Saiyidina Umar berkata; ‘Abu Bakar itu penghulu kami,
orang yang terbaik di antara kami dan orng paling di cintai oleh Rasulullah di
antara kami.’
Sekelompok orang-orang Muhajirin dan Ansar berbicara
tentang keutamaan orang-orang besar dekat pintu Nabi Muhammad s.a.w. Lalu Nabi
Muhammad s.a.w. pun keluar dan bertanya kepada mereka, ‘Sedang mengapa kalian?’
Mereka menjawab; ‘Kami membicarakan tentang keutamaan.’
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; ‘Janganlah kamu utamakan
seorang pun atas Abu Bakar kerana sesungguhnya dia adalah orang yang paling
utama di antara kamu di dunia dan akhirat.’
Keberanian Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
Keberanian Abu Bakar dikatakan sepadan dengan
kebenarannya dan kesetianya mkenepati janji, baik di dalam memberi pendapt
mahupun keberanian di medan perang. Ketika dia telah masuk Islam, beliau berani
menyatakan keislamannya dan mengerjakan sembahyang serta berdoa secara
terang-terangan tanpa mempedulikan apa yang akan menimpa beliau.
Ketika perang diwajibkan ke atas umat Islam, beliaulah
perajurit yang paling dekat kepada Rasulullah dalam setiap peperangan dan
setiap ada kesulitan atau bahaya. Dalam sebahagian pertempuran yang sengit
banyak perajurit-perajurit yang lari mundur, tetapi beliau tidak pernah mundur
walau bagaimana sulit dan gentingnya keadaan.
Daripada Baizar daripada Ali bin Abu Talib; ‘Hai kaum
Muslimin sekalian, siapakah orang yang paling berani?’
Jawab para sahabatnya; ‘Engkaulah orang paling berani?
Kata Ali; ‘Aku hanya dapat mengalahkan setiap orang yang
berhadapan dengan aku, namun katakan padaku siapakah orang yang paling berani?’
Setelah mereka tidak dapat menjawab beliau berkata;
‘Orang yang paling berani di antara kita adalah Abu Bakar. Ketika di hari Badar
setelah kami mendirikan sebuah gubuk untuk tempat diamnya Nabi Muhammad s.a.w,
kami tanya siapakah yang akan menjaga Nabi Muhammad s.a.w. di dalam gubuk ini,
di saat itu tiada seorang pun yang menjawab dan bersedia selain Abu Bakar yang
menhunus pedangnya dan setiap mmusuh berusaha untuk mendekati tempat Nabi
Muhammad s.a.w, Abu Bakar menghentam orang itu dengan pedangnya, itulah orang
yang paling berani.’
Demikianlah keberanian Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
yang patut menjadi tauladan dan ikutan kepada seluruh umat Islam masa kini.
Ketakwaan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
Khalifah Abu Bakar terkenal sebagai orang yang kuat
pegangan agama ketakwaannya dalam menjalani proses hidup seharian di pentas
dunia yang cuma sementara ini. Sebagai seorang khalifah yang sangat takwa dan
seorang pemimpin yang adil amanh, beliau bersungguh-sungguh menjaga diri agar
benar-benar bersih badan, pakaian, rumah tangga, akal fikirannya, hati batin
dan darah dagingnya agar sedikit pun jangan sampai dicampuri sesuatu barang
yang diharamkan oleh Allah.
Sebagai contoh, pada suatu hari beliau sedang makan
makanan yang dihidangkan sebagai hasil usaha seorang budaknya. Baru saja satu
dua suap, beliau bertanya kepada hambanya; ‘Daripada mana engkau mendapat
makanan ini?’
Kemudian ia menjawab; ‘Saya melakukan nujuman atau
tenung nasib untuk seseorang pada waktu jahiliah, alangkah indahnya tenungan
itu tapi sebenarnya saya hanya menipunya saja. Pada suatu hari dia menemui saya
dan memberikan makanan yang tuan sedang makan itu.’
Apabila mendengar saja kata-kata abdinya yang terakhir,
dia segera keluar dan menjolokkan jarinya kedalam mulutnya untuk memuntahkan
isi perutnya agar yang dianggap haram itu keluar sebelum menjadi darah daging
beliau. Demikianlah betapa waraknya dan demikianlah cara beliau menjaga diri
daripada semua yang diharamkan oleh Allah s.w.t. Cerita itu dipetik daripada
riwayat Bukhari yang bersumber daripada Aisyah r. a.
Di samping terkenal dengan takwanya, Khalifah Abu Bakar
dikenali sebagai seorang tokoh Islam yang paling dicintai oleh seluruh umat
Islam pada zamannya. Walaupun telah dipilih sebagai khalifah namun kehidupannya
amtlah sederhana sekali. Sikapnya ramah, penyantun serta suka berkorban apa
saja demi kepentingan umat Islam.
Aishah Puteri Abu Bakar As-Siddiq
Kisah hidup Saiyyidatina Aisyah r.a. telah membuktikan
bahawa wanita mampu menguasai bidang keilmuan mengatasi kaum lelaki serta mampu
menjadi pendidik kepada para ilmuan dan pakar-pakar pelbagai bidang. Kehidupan
beliau juga menjadi bukti kemampuan wanita dalam mempengaruhi pandangan
masyarakat, baik lelaki mahupun perempuan, serta membekalkan sumber inspirasi
and kepimpinan yang mantap. Wanita yang kaya dengan pekerti tinggi,lemah lembut
serta sopan santun ini juga telah membawa kebahagiaan dan ketenangan hati yang
tidak putus kepada suaminya.
Saiyyidatina Aisyah r.a. bukan seorang graduan dari
mana-mana universiti memandangkan belum wujud lagi institusi sedemikian pada
ketika hayat beliau seperti yang ada sekarang. Namun begitu, lafaz ucapan
beliau menjadi bahan kajian dalam bidang sastera, fatwa- fatwa syariah yang
beliau keluarkan dikaji di institusi-instusi perundangan, hidup dan hasil
pengkajian beliau diteliti oleh para mahasiswa dan pendidik dalam pengkajian sejarah
Islam sejak seribu tahun yang lalu.
Khazanah pengetahuan yang dimiliki Saiyyidatina Aisyah
r.a. diperoleh sejak beliau masih seorang kanak-kanak. Pada usia mudanya,
Aisyah r.a. dibesarkan oleh bapanya, seorang Muslim yang dihormati dan disegani
ramai lantaran ketinggian ilmunya, kelembutan budi pekertinya serta peribadinya
yang disegangi ramai. Tambahan pula, beliau sahabat yang paling rapat dengan
Rasulullah s.a.w. serta merupakan pengunjung setia ke rumah Rasulullah s.a.w.
sejak zaman awal kerasulan baginda. Semenjak beliau muda, Aisyah r.a. yang
terkenal dengan paras rupanya yang menawan serta daya ingatan yang kuat,
diletakkan di bawah jagaan Rasulullah s.a.w. sendiri. Sebagai isteri serta
pendamping baginda Rasulullah, Aisyah r.a. berpeluang menimba ilmu pengetahuan
dari baginda sehingga ke tahap yang tidak mungkin ditandingi oleh wanita-wanita
lain.
Aisyah r.a. menjadi isteri Rasulullah s.a.w. di Mekah di
sekitar usia beliau mencecah sepuluh tahun, namun hanya mula menjalankan
tanggungjawab sebagai seorang isteri setelah tahun kedua Hijrah, iaitu ketika
usia beliau sekitar empat belas hingga lima belas tahun. Pada waktu sebelum dan
selepas pernikahan beliau, Aisyah r.a. tetap mempamerkan kegirangan serta sifat
semulajadi seorang kanak-kanak. Beliau sedikit pun tidak teruja dengan
statusnya sebagai isteri kepada seorang Nabi Allah yang begitu disanjungi dan
dikasihi oleh para sahabat. Ini termasuklah kedua ibubapa Aisyah sendiri yang
menumpukan sepenuh kasih saying serta hormat mereka kepada Rasulullah s.a.w.
berbanding orang lain.
Berkenaan pernikahan beliau kepada Rasulullah s.a.w.,
Aisyah r.a. menceritakan, sejurus sebelum beliau ditetapkan meninggalkan
rumahnya, beliau telah keluar ke halaman rumah untuk bermain-main dengan
rakannya yang sedang berlalu di situ: ’Aku sendang bermain di atas
jungkang-jungkit dan rambutku yang panjang telah menjadi kusut,’ kata beliau.
’Mereka datang mendapatkanku dari permainanku lalu menyiapkanku.’
Saiyyidatina Aisyah r.a dipakaikan pakaian pengantinnya
yang diperbuat dari sutera halus berjalur merah dari Bahrain. Seterusnya beliau
dibawa oleh ibunya ke rumahnya yang baru siap dibina serta disambut oleh
wanita-wanita Ansar di muka pintu. Mereka manyambutnya dengan ucapan, ‘Demi
kebaikan dan kebahagiaan dan semoga diiringi kesenangan.’
Dalam kehadiran baginda Rasulullah s.a.w yang sedang
tersenyum lembut, semangkuk susu dibawa kepada mereka. Rasulullah s.a.w. minum
darinya lalu memberikan susu itu kepada Aisyah. Aisyah dengan segan silu
menolak pelawaan Rasulullah itu. Namun apabila Rasulullah sekali lagi menyuruh
Aisyah minum dari semangkuk susu itu, Aisyah pun berbuat demikian. Seterusnya
mangkuk itu diberikan kepada kakak beliau, Asma, yang berada di sisinya serta
diedarkan kepada mereka yang hadir di situ. Itulah keraian yang menandai
pernikahan baginda Rasulullah dengan Saiyyidatina Aisyah yang dijalankan dalam
penuh kesederhanaan.
Status beliau sebagai isteri Rasulullah s.a.w. tidak
merubah sifat riang Aisyah sebagai seorang kanak-kanak. Rakan-rakan beliau sering
berkunjung ke rumah untuk bermain-main dengannya.
‘Sedang aku bermain dengan permainanku,’ cerita
Saiyyidatina Aisyah r.a., ’Bersamaku ada kawan-kawanku, dan datang baginda
Rasulullah kepadaku, lalu mereka akan keluar meninggalkanku, akan tetapi Rasulullah
keluar mendapatkan rakan-rakanku itu dan membawa mereka kembali kerana baginda
senang denganku bermain dengan mereka.’
‘Kadangkala baginda berkata, ‘Tinggal di situ, wahai
Aisyah,’ dan sebelum sempat rakan-rakanku meninggalkanku, baginda akan turut
serta dalam permainan kami.’
Kata Aisyah r.a. ’Suatu hari, baginda Rasulullah datang
ketika aku sedang bermain-main dengan anak patungku, dan baginda berkata,
‘Wahai Aisyah, permainan apakah ini?’
‘Inilah kuda-kuda Sulaiman,’ kataku dan baginda pun tertawa.
Ada ketika apabila baginda pulang ketika Aisyah sedang bermain dengan
rakan-rakannya, baginda Rasulullah akan berselindung di sebalik jubahnya agar
tidak mengganggu Aisyah dan rakan-rakan beliau yang sedang bermain.
Detik-detik awal kehidupan Aisyah r.a. di Madinah turut
melalui saat-saat yang mencabar. Pada suatu ketika, bapa beliau bersama dua
orang sahabat yang tinggal bersamanya ketika itu telah diserang demam panas
yang sering melanda Madinah pada musim-musim tertentu. Ketika Aisyah menziarahi
bapanya, beliau terkejut melihat ketia-tiga orang lelaki itu sedang terlantar
dalam keadaan tenat dan lemah.
Aisyah bertanyakan khabar bapanya itu namun jawapan yang
diberi bapa beliau tidak dapat difahami. Dua orang sahabat yang sedang tenat
itu juga mengeluarkan baris-baris puisi yang difikirkan Aisyah hanyalah ratapan
seorang yang sedang sakit tenat. Saiyyidatina Aisyah berasa gusar lalu pulang
menceritakan peristiwa itu kepada baginda Rasulullah s.a.w.: ‘Mereka
meracau-racau, tidak keruan, disebabkan demam panas itu,’
Kemudian Rasulullah bertanya kepada Aisyah apa yang
diperkatakan oleh bapanya serta dua orang sahabat yang sedang sakit tadi.
Baginda berasa lega setelah Aisyah mengulangi setiap apa yang dikatakan oleh
mereka walaupun kata-kata itu belum mampu difahami oleh Aisyah sendiri.
Peristiwa ini menggambarkan daya ingatan Aisyah yang begitu kuat yang bakal
memainkan peranan penting dalam meriwayatkan hadis-hadis baginda Rasulullah
s.a.w.
Di kalangan isteri-isteri baginda di Madinah, Aisyah
nyata sekali merupakan kesayangan Rasulullah s.a.w. Dari masa ke semasa, salah
seorang sahabat baginda akan bertanya: ‘Wahai Rasulullah, siapakah yang paling
kau sayangi di dunia ini?’
Jawaban baginda sering berbeza-beza kerana baginda
begitu mengasihi anak-anak serta cucu-cucunya, sahabat baginda Abu Bakar, Ali,
Zaid serta anak beliau Usamah. Namun di kalangan isteri baginda yand sering
disebut hanyalah Aisyah. Aisyah sendiri begitu mengasihi baginda Rasulullah
serta sering meminta kepastian tentang kasih baginda terhadapnya. Pernah suatu
ketika Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimanakah kasihmu
terhadapku?’
‘Seperti ikatan simpulan tali,’ jawab baginda yang
bermaksud kasihnya itu kuat dan kukuh. Lalu pada waktu-waktu seterusnya
Saiyyidatina Aisyah r.a. akan bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimana keadaan
simpulan itu?’ dan jawab baginda. ‘Demi Allah, masih sama (kukuh).’
Begitu kasihnya Aisyah kepada baginda Rasulullah
sehinggakan lahir rasa cemburu dan tidak berpuas hati sekiranya perhatian Rasulullah
dicurahkan kepada orang lain melebihi dirinya sendiri. Aisyah bertanya kepada
baginda,:
‘Wahai Rasul Allah, katakan sendiri padaku. Sekiranya
engkau berada di antara dua lembah, yang satunya tidak pernah diragut rumputnya
sedangkan yang satu lagi sudah pernah diragut rumputnya, dimanakah akan engkau
lepaskan ternakkanmu?’
‘Di lembah yang rumputnya belum pernah diragut,’ jawab
Rasulullah.
’Namun begitu,’ kata beliau, ‘Aku tidaklah seperti
isteri-isterimu yang lain. Setiap orang dari mereka pernah mempunyai suami yang
lain sebelum mu kecuali diriku.’
Rasulullah hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Cerita
Aisyah lagi tentang sikap cemburunya itu: ‘Aku tidak mencemburui isteri-isteri
Rasulullah yang lain sebagaimana aku mencemburui Khadijah, disebabkan baginda
sering menyebut-nyebut nama Khadijah serta telah diperintahkan Allah untuk
menyampaikan berita gembira kepada Khadijah tentang mahligainya di syurga yang
bertatahkan permata. Setiap kali baginda Rasulullah membuat sembelihan, pasti
akan diberikan sebahagian daripada daging sembelihan itu kepada teman-teman
rapat Khadijah. Berkali-kali pernahku katakan kepada baginda, ‘Seolah-olah
tidak pernah ada wanita lain di dunia in selain Khadijah,’
Pernah suatu ketika Aisyah mengadu tentang sikap Rasulullah
yang begitu memandang tinggi terhadap ‘seorang wanita tua Quraisy,’ baginda
berasa tersinggung lalu berkata: ‘Dialah isteri yang mempercayai diriku
sedangkan orang lain menafikan diriku. Sedangkan orang lain mendustai ku, dia
meyakinkan kebenaranku. Sedang aku dipulaukan, dia membelanjakan segala harta
kekayaannya untuk meringankan beban sengsaraku.’
Walaupun Aisyah memiliki sifat cemburu yang sebenarnya
tidak membawa kepada keburukan, beliau sesungguhnya seorang yang amat pemurah
dan penyabar. Beliau mengharungi kehidupan yang serba kekurangan bersama
isteri-isteri Rasulullah yang lain. Beliau tidak betah hidup tanpa sesuap
makanan pun dalam jangka waktu yang panjang. Berhari-hari lamanya dapur rumah
beliau tidak berasap dan beliau hidup bersama Rasulullah di atas buah tamar dan
air semata-mata. Hidupnya yang miskin tidak membawa sebarang tekanan atau
memalukan Aisyah r.a.; hidup berdikari tidak mengganggu cara hidup beliau walau
sedikit pun.
Pernah suatu ketika, Rasulullah telah memutuskan
perhubungan dengan isteri-isteri baginda sehingga sebulan lamanya. Ini
disebabkan mereka meminta sesuatu yang Rasulullah tidak mampu berikan.
Peristiwa ini berlaku selepas peperangan di Khaibar dimana kemenangan umat
Islam membawa harta rampasan serta membuahkan keinginan terhadap harta
kekayaan. Setelah kembali dari beruzlah, baginda Rasulullah pertama sekali
menuju ke rumah Aisyah. Beliau begitu gembira melihat baginda telah kembali,
namun Rasulullah mengkhabarkan kepadanya tentang penerimaan wahyu yang menyuruh
baginda memberikan Aisyah dua pilihan.
Baginda seterusnya membacakan ayat: ‘Hai Nabi,
katakanlah kepada isteri-isterimu: ‘Jika kamu sekalian mengingini kehidupan
dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut’ah dan aku
ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki
(keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka
sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala
yang besar.’ (al-Ahzab 28-29)
Jawab Aisyah: ‘Sesungguhnya aku memilih Allah dan
Rasul-Nya dan kehidupan di akhirat,’ dan jawabnya itu disetujui isteri-isteri
baginda yang lain.
Beliau setia terhadap pilihannya itu sepanjang hidupnya
bersama Rasulullah dan begitu juga setelah kewafatan baginda. Apabila umat
Islam dilimpahi harta kekayaan yang banyak, beliau pernah dihadiahkan seratus
ribu dirham. Walaupun ketika itu beliau sedang berpuasa dan hidup dalam
kekurangan, seluruh pemberian itu disedekahkan kepada fakir miskin. Sejurus
selepas itu, seorang pembantu rumahnya bertanya, ‘Bolehkan engkau menggunakan
satu dirham untuk membeli daging buat berbuka puasa?’
‘Jika aku terfikirkan hal ini tadi, pasti aku sudah
melakukannya,’ jawab Aisyah r.a. Kasih sayang Rasulullah terhadap Aisyah
berkekalan sehingga akhir hayat baginda. Ketika baginda sedang nazak, baginda
telah pulang ke rumah Aisyah atas izin isteri-isteri baginda yang lain.
Kebanyakan masa baginda hanya terlantar di katil dengan kepala baginda di atas
pangkuan Aisyah. Saiyyidatina Aisyah telah meminta kayu siwak dari abangnya
(adik lelaki) serta mengunyah kayu siwak itu untuk melembutkannya lalu
diberikan kepada Rasulullah. Walaupun sudah berkeadaan tenat, baginda menggosok
gigi baginda dengan bersungguh-sungguh. Tidak lama kemudian, baginda jatuh pengsan
dan tidak sedarkan diri dan Aisyah melihat itu adalah tanda-tanda ajal baginda
telah sampai. Namun sejam kemudian, baginda kembali membuka mata.
Aisyahlah yang menyaksikan dan menyampaikan kisah
saat-saat akhir sebelum kewafatan insan mulia ini, kekasih Allah moga dilimpahi
rahmat-Nya.
Setelah baginda sedar kembali, Aisyah mengingati Izrail
telah berkata kepadanya: ‘Tidak seorang Nabi itu diambil nyawanya melainkan dia
telah ditunjukkan tempatnya di syurga serta diberikan pilihan samada untuk hidup
atau mati,’
‘Baginda tidak akan memilih untuk bersama kita,’ kata
Aisyah pada dirinya. Kemudian Aisyah terdengar baginda berkata, ‘Demi pertemuan
agung di syurga, demi hamba-hambanya yang dilimpahi rahmat-Nya, para Nabi, para
syuhada’ dan orang-orang yang beriman.’ Dan sekali lagi beliau terdengar
baginda berkata ‘ya Tuhanku, demi pertemuan agung di syurga.’ Inilah kata-kata
terakhir baginda yang didengar oleh Saiyyidatina Aisyah r.a. Sedikit demi
sedikit, kepala Rasulullah semakin berat di pangkuan Aisyah, sehinggalah
sahabat-sahabat yang lain mula menitiskan air mata. Lalu Aisyah meletakkan
kepala Rasulullah di atas bantal dan turut serta menangisi permergian baginda.
Di lantai rumah Aisyah, berhampiran tempat pembaringan
Rasulullah ketika baginda sedang nazak, sebuah kubur digali dan di situlah
bersemadi jasad penutup segala Nabi, tatkala umatnya sedang dalam kegelisahan
dan kesedihan yang mendalam.
Aisyah hidup selama hampir lima puluh tahun setelah
kewafatan Rasulullah s.a.w. Sepuluh tahun hidup beliau sebagai isteri
Rasululluah. Sebahagian besar waktu itu diluangkan dengan mempelajari dua
sumber penting petunjuk Allah, iaitu Al-Quran dan sunnah Rasulullah. Tiga orang
daripada isteri-isteri Rasulullah yang menghafaz Al-Quran, dan salah seorang
daripadanya adalah Aisyah r.a.(di samping Ummu Salamah dan Hafsah). Seperti
Hafsah, Aisyah juga mempunyai salinan Al-Quran yang ditulis setelah kewafatan
Rasulullah.
Berkenaan dengan hadis baginda Rasulullah, Aisyah
merupakan salah seorang daripada empat orang sahabat (termasuk Abu Hurairah,
Abdullah ibn Umar dan Anas Ibn Malik) yang meriwayatkan lebih dua ribu hadis.
Kebanyakan hadis-hadis ini berkaitan amalan-amalan peribadi Rasulullah yang
hanya mampu diketahui oleh Aisyah r.a. Satu aspek penting berkenaan hadis yang
diriwayatkan Aisyah ialah hadis-hadis tersebut disampaikan dalam bentuk tulisan
oleh, antara lainnya, anak saudara beliau, Urwah ibn az-Zubair yang merupakan
salah seorang ulama’ terkenal di kalangan tabi’in.
Ramai di kalangan sahabat Rasulullah dan
pengikut-pengikut mereka yang menimba dari ilmu pengetahuan Aisyah r.a. Abu
Musa al’Ashari pernah berkata: ‘Sekiranya kami di kalangan sahabat Rasulullah
menghadapi kemusykilan, maka akan kami bawa kepada Saiyyidatina Aisyah r.a.’
Urwah ibn az-Zubair menegaskan bahawa Aisyah bukan
sahaja arif dalam bidang fiqh, bahkan juga dalam bidang tibb (perubatan) dan
syair. Ramai di kalangan sahabat baginda Rasulullah turut merujuk kepada Aisyah
berkenaan masalah pewarisan harta yang memerlukan kemahiran tinggi dalam bidang
matematik. Para ulama menganggap Saiyyidatina Aisyah sebagai salah seorang ahli
fuqaha Islam terawal di samping Umar Ibn al-Khattab, Ali dan Abdullah ibn
Abbas. Kata baginda Rasulullah tentang dalamnya pengetahuan Aisyah dalam Islam;
‘Pelajarilah sebahagian daripada agamamu dari al-Humaira,’’Al-Humaira, atau ‘si
merah’ adalah nama panggilan Rasulullah kepada Saiyyidatina Aisyah r.a.
Saiyyidatina Aisyah r.a. bukan sahaja memiliki
ketinggian ilmu pengetahuan, bahkan turut memainkan peranan penting dalam
proses pendidikan dan pembentukan masyarakat ketika itu. Sebagai seorang guru,
beliau memiliki lisan yang jelas dan menarik hati serta kelancaran bertutur
kata beliau digambarkan dengan begitu tinggi oleh al-Ahnaf: ‘Aku pernah
mendengar ucapan dari Abu Bakar dan Umar, dari Uthman dan Ali serta para
khulafa’ hingga ke hari ini, tetapi belum pernah aku mendengar ucapan yang
lebih indah dan lebih menarik hati dari mulut seorang pun melainkan Aisyah
r.a.’
Manusia dari segenap pelusuk tanah Arab telah pergi
menemui Aisyah untuk mempelajari ilmu yang dimilikinya. Dikatakan lebih ramai
bilangan wanita daripada lelaki yang datang untuk menimba ilmu daripada beliau.
Di samping menjelaskan kemusykilan orang ramai, beliau turut mengambil
anak-anak kecil, ada di kalangan mereka yatim piatu, untuk dibesarkan dan
dilatih di bawah bimbingannya sendiri. Di samping itu juga terdapat
saudara-saudara beliau yang mendapat bimbingan yang sama. Dengan demikian,
rumah Saiyyidatina Aisyah r.a. dijadikan sekolah dan sebuah institusi
pengajian.
Ada di kalangan anak-anak didikan Aisyah yang cemerlang
di bawah pimpinan beliau. Sudah disebut sebelum ini tentang anak saudara lelaki
beliau iaitu Urwah ibn az-Zubair sebagai salah seorang perawi hadis terkemuka.
Di antara pelajar wanita didikan Aisyah ialah Umrah binti Abdur Rahman. Umrah
dianggap oleh para ulama’ sebagai seorang perawi hadis yang thiqah dan
dikatakan bertindak sebagai setiausaha Aisyah r.a dalam menerima dan menjawab
surat-surat yang diterima Aisyah. Peranan Aisyah dalam menggerakkan proses
pendidikan terutamanya bagi kaum wanita seharusnya dijadikan contoh ikutan.
Selepas Khadijah al-Kubra (yang hebat) dan Fatimah
az-Zahra (yang menawan), Aisyah As-Siddiqah (yang membenarkan) dianggap sebagai
wanita terbaik dalam Islam. Dari keteguhan peribadinya, beliau menjadi seorang
pakar dalam setiap bidang pengetahuan, dalam masyarakat, politik bahkan
peperangan. Beliau sering menyesali penglibatannya dalam peperangan namun
dibarkahi dengan umur yang panjang berpeluang membetulkan kedudukannya sebagai
wanita paling dihormati sewaktu hayatnya. Beliau kembali ke rahmatullah dalam
bulan Ramadhan pada tahun kelima puluh lapan selepas Hijrah. Atas arahan beliau
sendiri, jasadnya disemadikan di Jannat al-Baqi di Madinah al-Munawwarah, di
kalangan sahabat baginda Rasulullah s.a.w.
Abu Bakar As-Siddiq:
Sahabat Paling Akrab Dengan Rasulullah s.a.w
Sejarah
telah mencatatkan bahawa Rasulullah s.a.w wafat
tanpa meninggalkan pesan siapa yang harus menggantikannya sebagai pemimpin
umat. Beberapa kerabat Rasulullah s.a.w berpendapat
bahawa Ali bin Abu Thalib - misan dan menantu yang dipelihara Muhammad s.a.w
sejak kecil - yang paling berhak. Namun sebahaan kaum Ansar, warga asli
Madinah, berkumpul di Balai Pertemuan (Saqifa) Bani Saudah. Mereka hendak
melantik Saad bin Ubadah sebagai pemimpin umat.
Terjadi Pertikaian
Ketegangan terjadi, Abu Bakar As-Siddiq, Umar dan Abu Ubaidah datang untuk mengingatkan mereka. Perdebatan terjadi, sampai dua tokoh Muhajirin dan Ansar - Abu Ubaidah dan Basyir anak Saad - membaiat Abu Bakar As-Siddiq. Umar menyusul membaiat. Demikian juga lainnya. Pertikaian selesai. Selasa malam menjelang solat Isya - setelah Muhammmad s.a.w dimakamkan - Abu Bakar As-Siddiq naik ke atas mimbar di Masjid Nabawi. Beliau mengucapkan ucapan pertamanya sebagai khalifah. Ucapan yang ringkas dan dan berkesan di kalangan umat. Itu terjadi pada Jun 632, atau 11 Hijriah.
Abu Bakar As-Siddiq
adalah orang pertama di luar kerabat Rasulullah s.a.w yang memeluk agama Islam.
Beliau dikenali sebagai orang yang selalu membenarkan ucapan Muhammad s.a.w.
Ketika orang-orang menafikan Muhammad s.a.w kerana mengatakan baru mengalami
Israk Mikraj, Abu Bakar As-Siddiq menyatakan keyakinannya terhadap peristiwa
itu. Beliau menyiapkan perjalanan serta menemani Muhammad s.a.w sewaktu hijrah
ke Madinah. Beliau juga menikahkan puterinya, Aisyah, dengan Rasulullah s.a.w.
Namun tidak bererti
kepemimpinan Abu Bakar As-Siddiq mulus. Wafatnya Muhammad s.a.w menimbulkan
pembelotan besar-besaran dari berbagai kabilah yang baru masuk Islam. Mereka
tidak lagi patuh pada pemerintahan di Madinah. Beberapa orang malah menyatakan
diri sebagai Nabi. Aswad Al-Insa di Yaman yang menyatakan diri sebagai Nabi dan
membolehkan orang tidak solat dan berzina, telah dibunuh oleh orang dekatnya
sewaktu Rasulullah s.a.w sakit. Sekarang ada Tulaihah dan Musailamah yang
berbuat serupa.
Di Madinah juga, Abu
Bakar As-Siddiq berselisih pendapat dengan Fatimah, puteri Muhammad s.a.w,
mengenai cara pengelolaan wang negara. Keluarga Rasulullah s.a.w - termasuk Ali
bin Abu Thalib - hanya mengakui kepemimpinan Abu Bakar As-Siddiq selepas enam
bulan kemudian, setelah Fatimah meninggal dunia. Tugas pertama yang
dilakukan Abu Bakar As-Siddiq adalah melaksanakan amanat Rasulullah s.a.w:
memberangkatkan pasukan Usamah bin Zaid ke arah Palestina dan Syam. Beliau
sendiri - dalam usia 61 tahun - kemudian memimpin tentera menggempur Tulaiha.
Operasi ketenteraannya berjaya.
Selepas itu, Abu
Bakar As-Siddiq membentuk 11 regu untuk menakluk kabilah-kabilah yang menolak
membayar zakat. Yakni dari Tihama di Laut Merah, Hadramaut di hujung Lautan
Hindi, sampai ke Oman, Bahrain, Yamama hingga Kuwait di Teluk Parsi.
Pertempuran Sengit
Pertempuran paling
sengit terjadi menentang pasukan Musailamah yang memiliki 40 ribu pasukan.
Tentera dari Madinah hampir hancur. Berkat kecerdikan panglima Khalid bin
Al-Walid, mereka memukul balik lawan. Seorang tentera Khalid, Al-Barra, berjaya
menembusi benteng Al-Hadikat dan membuka pintu dari dari dalam. Musailamah terkorban. Pasukan Khalid bin
Al-Walid kemudiannya bergerak ke utara, menuju lembah Iraq yang waktu itu
dikuasai kerajaan besar Parsi. Pada 8 Hijriah, Raja Parsi Kisra merobek-robek
surat yang dikirimkan oleh Muhammad s.a.w. Rasulullah s.a.w lalu menyebut Allah
akan merobek-robek kerajaan Parsi pula.
Ketika itu tiba
melalui tangan Khalid bin Al-Walid yang hanya membawa sedikit pasukan. Dalam
perang di Allais tercatat 70 ribu orang terkorban. Selepas itu Kerajaan Hira
pun ditaklukkan. Jadilah seluruh wilayah Iraq sekarang masuk dalam wilayah
kekhalifahan Abu Bakar As-Siddiq.
Selepas itu, Khalifah
Abu Bakar As-Siddiq mengirim 24,000 pasukan ke arah Syria, di bawah komando
empat panglima perang. Mereka bersiap menghadapi 240,000 pasukan Romawi -
kekuatan terbesar di dunia pada masa itu - yang diperintah olrh Heraklius. Abu
Bakar As-Siddiq menetapkan Yarmuk sebagai pangkalan mereka. Beliau juga
memerintahkan Khalid bin Al-Walid - yang berada di wilayah Iraq - untuk pergi
ke Yarmuk dan menjadi Panglima Besar di situ. Seramai 9,000 tentera dibawanya.
Insan Yang Sederhana
Abu Bakar As-Siddiq
mencatat banyak kejayaan. Di jazirah Arab, beliau telah berjaya menyatukan
kembali umat Islam yang pecah setelah Rasulullah s.a.w wafat. Pada masanya
juga, Islam mulai menyebar ke luar jazirah Arab. Meskipun demikian, beliau
tetap dikenali sebagai seorang yang sederhana.
Beliau hidup
sebagaimana rakyat. Tetap pergi sendiri ke pasar untuk berbelanja, serta tetap
menjadi imam solat di Masjid Nabawi. Selama dua tahun tiga
bulan memimpin umat, Abu Bakar As-Siddiq hanya mengeluarkan 8,000 dirham wang
negara untuk kepentingan keluarganya. Jumlah yang sangat sedikit untuk ukuran
waktu itu sekalipun. Abu Bakar As-Siddiq juga memerintahkan pengumpulan catatan
ayat-ayat Al-Quran dari para setiausaha Rasulullah s.a.w. Catatan-catatan itu
dikumpulkan di rumah Hafshah, puteri Umar. Abu Bakar As-Siddiq meninggal dunia
dalam usia yang hampir sama dengan Rasulullah s.a.w, 63 tahun.
Abu Bakar As-Siddiq: Kuasa Itu Amanah
Manusia dijadikan Allah
s.w.t di muka bumi ini sebagai khalifah yang telah dipertanggungjawabkan untuk
mentadbir, mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan-Nya. Menghapuskan
kebatilan dan menjulang kebenaran adalah satu tuntutan yang telah dipraktikkan
oleh Baginda Junjungan dan juga para sahabat. Kemenangan menegakkan syiar Islam
yang benar terus diusahakan oleh Baginda dan para sahabat sehinggalah agama
yang suci itu terjulang sebagai satu cara hidup yang berupaya menghasilkan
keharmonian, kesejahteraan, kedamaian, toleransi dan sebagainya kepada umat
manusia keseluruhannya.
Telah dikhabarkan sebuah
kisah bahawa sewaktu kemenangan berpihak kepada Islam, kaum muslimin diulit
kegembiraan yang terlalu sukar untuk digambarkan. Mereka menyambut kemenangan
tersebut dengan meriah dan penuh kesyukuran. Sehinggakan digambarkan bahawa
langit di Madinah, Kufah dan Basrah bagaikan hamparan permaidani, indah kerana
lampu-lampu kristal yang dirampas dari musuh-musuh Islam telah dinyalakan
setiap waktu dengan penuh kegembiraan.
Begitu juga dengan suasana
di Mesir, Baghdad dan Damaskud. Kemenangan Islam telah menghancur leburkan
keluh kesah yang selalu bernaung di hati, dengki mendengki, fitnah menfitnah
malah sifat-sifat mazmumah yang dimurkai Allah s.w.t yang dilakukan oleh
orang-orang kafir musyrikin. Para sahabat di Masjidil Haram tidak jemu jelak
menadah tangan ke hadrat Allah s.w.t memohon supaya kemenangan yang dicapai
oleh Islam tidak menunaskan sifat-sifat mazmumah tersebut di hati kaum muslimin
pula. Namun begitu, sifat semulajadi manusia tetap tidak dapat lari dari
perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain. Begitulah yang terjadi.
Keputusan Khalifah mahu melantik sejumlah gabenor dan pembesar negara secara
kebetulan berasal dari Bani Umaiyyah masih merupakan ganjalan perasaan di
lingkungan kaum peribumi.
Kesempatan ini lantas
dipergunakan oleh pelbagai kelompok musuh yang bertujuan mengaut keuntungan
apabila negara Islam mengalami kacau bilau atau pertelingkahan. Lalu
tersebarlah fitnah-fitnah bejat bahawa Khalifah telah menyalah gunakan
kedudukannya dengan melantik pembesar negara dari kalangan kaum keluarganya
sendiri. Peristiwa
ini amat mendukacitakan Khalifah. Betapa sukar untuk menghilangkan buruk sangka
di kalangan umat muslimin yang telah termakan fitnah bejat musuh-musuh Islam
tersebut. Sedangkan apa yang dilakukannya sebagai seorang Khalifah yang jujur
dan amanah adalah yang terbaik, adil dan tidak pernah menjatuhkan hukuman
membuta tuli atau tanpa usul periksa.
Pemerintahannya penuh kasih sayang, penuh kelembutan
bahkan kepada para pemberontak pun dihulurkan salam persahabatan yang luhur dan
mesra. Begitulah sifat dan corak pemerintahan yang dilaksanakan oleh Khalifah
Uthman Bin Affan itu.Kebijaksanaan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq membimbingnya
telah dijadikan sebagai kaca perbandingan. Kearifan Khalifah Umar Al-Khattab
menuntunnya telah dijadikan pendorong mengemudi ke jalan yang bijak. Betapa
Khalifah Uthman Bin Affan tidak lupa di mana pada suatu ketika tatkala dia
sedang berehat di rumahnya dalam keadaan cuaca yang sangat terik membahang
sehinggakan unta pun terpaksa berteduh di bawah bayangan masjid.
Ketika itu seorang lelaki kelihatan terhiyong hayang
menutupi mukanya. Tanpa menghiraukan hamburan debu pasir yang berterbangan
dibawa angin, lelaki tersebut berlari meredah terik mentari yang bahangnya
mampu mengontangkan air tasik.Khalifah Uthman Bin Affan mengintai dari jendela
rumahnya. Dia tersangat hairan. Siapakah gerangan lelaki tersebut yang begitu
teguh hatinya meredah terik mentari membahang, bersendirian, sedangkan orang
lain langsung tidak sanggup melakukan begitu. Khalifah Uthman menyangka lelaki
tersebut tentulah orang asing yang sedang mengalami sebarang kesulitan.
Tidak berapa lama kemudian, lelaki tersebut dilihat
sedang menarik seekor keldai. Khalifah Uthman Bin Affan terus memanggil lelaki
tersebut agar berlindung di rumahnya. Dia sudah bertekad untuk membantu
sekiranya lelaki itu memerlukan bantuannya. Sebaik saja lelaki tersebut
melintasi rumahnya, alangkah terperanjatnya Khalifah Uthman Bin Affan kerana
lelaki tersebut adalah Amirul Mukminin Khalifah Umar Bin Al-Khattab. Dengan
segera Khalifah Uthman keluar mendapatkan Khalifah Umar.
‘Ya Allah, dari mana engkau sebenarnya ya Amirul
Mukminin?’ tanya Khalifah Uthman.
‘Bukankah engkau telah melihatnya sendiri bahawa aku
sedang menarik keldai!’ jawab Khalifah Umar.
‘Milik siapakah keldai ini ya Amirul Mukminin?’
tanya Khalifah Uthman lagi.
‘Ini salah seekor keldai yang telah disedekahkan
kepada anak-anak yatim. Tiba-tiba terlepas dari kandang dan lari ke mari. Aku
terpaksalah mengejarnya dan alhamdulillah
keldai ini dapat ditangkap,’ jawab Khalifah Umar.
‘Tak adakah orang lain yang boleh melakukannya untuk
kau, ya Amirul Mukminin! Bukankah engkau seorang khalifah yang mempunyai ramai
kakitangan yang sanggup membantu jika diminta berbuat demikian,’ tanya Khalifah
Uthman.
‘Siapakah yang bersedia menebus dosaku di Hari
Perhitungan kelak? Mahukah orang itu memikul tanggung jawabku di hadapan Allah
s.w.t nanti? Ingat, kekuasaan adalah amanat, bukan kehormatan!’ tegas Khalifah
Umar dengan waras dan bersungguh penuh keinsafan.
Khalifah Uthman terdiam sejenak. Sejurus kemudian
dia berkata, ‘Ya, aku faham kedudukannya sekarang. Kalau begitu, berehatlah
dulu di rumahku. Tunggulah sampai bahang mentari reda sedikit.’
‘Terima kasih sajalah ya sahabatku! Biarlah aku
selesaikan dulu tugas ini. Ini satu tanggung jawab yang tak boleh dilengahkan
kerana keldai ini kepunyaan anak-anak yatim yang lebih memerlukan,’ ujar
Khalifah Umar sambil tersenyum lunak.
Sewaktu Khalifah Umar meninggalkan pekarangan
rumahnya, Khalifah Uthman tidak dapat menahan airmata kekaguman. ‘Engkaulah
seorang khalifah yang merupakan cermin teladan bagaimana seharusnya seorang
pemimpin ummah membuat ikutan. Betapa khalifah sesudahmu nanti akan memikul
tanggung jawab yang berat kerana kuasa itu adalah amanah yang diletakkan di
atas bahu dan akan diperhitungkan di hari kemudian,’ bisiknya dalam hati.
Selepas itu, tanggungjawab sebagai khalifah telah
diletakkan di atas bahunya. Dia berazam untuk menyambung tradisi pemerintahan
yang adil lagi amanah sepertimana yang telah dijalankan oleh Khalifah Abu Bakar
dan Khalifah Umar untuk ummah yang dipimpinnya.
Abu Bakar
As-Siddiq: Sahabat Paling Berani
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan orang ketiga
memeluk Islam selepas Saiyidina Ali dan Zaid bin Harithah, hamba kepunyaan
Rasulullah s.a.w pada masa itu. Selepas keislamanya, Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq terus berdakwah dan dapat mengislamkan beberapa orang sahabat yang
agung (As-Sabiqun Awwalun) termasuk Uthman bin Affan, Abdul Rahman Auf, Zubir
Awwam, Saad bin Waqqash dan ramai lagi. Semasa Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
membeli Bilal Bin Rabah yang telah diseksa oleh tuannya, beliau telah ditanya
mengapa membeli Bilal yang sudah tidak dapat bekerja berat akibat seksaan itu. Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq menyawab, ‘Aku membeli jiwanya,’ yakni keteguhan Bilal
mempertahankan keesaan Allah s.w.t.
Perbagai cabaran getir dan siksaan yang pernah Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq hadapi dalam menegakkan agama Allah. Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq pernah dipukul dan dipijak sehingga dapat dikenali cuma melali
hidungnya, kerana teruknya luka yang dialaminya. Tentang keimanannya yang
begitu mantap, pernah Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Jika ditimbang iman Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq dengan sekalian umat, nescaya berat lagi iman Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq.’ Gelaran As-Siddiq diperolehi beliau lantaran sikapnya yang
senantiasa membenarkan kata Rasulullah s.a.w. Mengenai gelaran ini pernah ada
ulama yang mentafsirkannya dengan bermaksud ‘Mempercayai Allah dan Rasul-Nya
dengan berpegang pada sifat-sifat kesempurnaan Allah dan sifat-sifat kemulian
Rasul-Nya mengatasi akal fikiran semata-mata.’
Pernah Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Andainya sekalian
manusia akan mendustakan Muhammad s.a.w, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiqlah yang
akan tampil dengan penuh keyakinan untuk membelaku.’
Antara peristiwa dan pengiktirafan oleh para sahabat yang
membenarkan gelaran ini ialah:
- Semasa
peristiwa Israk dan Mikraj di mana peristiwa yang luar biasa ini tidak
dipercayai oleh seluruh masyarakat jahiliyah dan mereka telah datang
menemui Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Tetapi Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq telah berkata, ‘Sekiranya Muhammad s.a.w yang memberitahu ini
maka aku percaya, malah lebih dari itu lagipun aku mempercayai.’
- Rasulullah
s.a.w pernah bersabda, ‘Tidaklah aku menyeru sesiapa pun kepada Islam
melainkan dia teragak-agak dan melewatkannya kecuali Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq.’
- Saiyidina
Umar Al-Khattab r.a bertanya pada Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq selepas
termetrinya Perjanjian Hudaibiyah, ‘Wahai Abu Bakar As-Siddiq, bukankah
dia Rasulullah?’
Abu Bakar As-Siddiq menjawab, ‘Ya.’
Umar Al-Khattab r.a bertanya lagi, ‘Bukankah kita ini
orang-orang Islam?’
‘Ya,’ jawab Abu Bakar As-Siddiq.
Lalu Umar Al-Khattab bertanya lagi. ‘Kalau begitu mengapa
kita menerima cara yang hina ini?’
Bila ditanya oleh Saiyidina Umar Al-Khattab soalan yang
sama maka Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Aku ini hamba Allah dan Rasul-Nya; aku
tidak akan sekali-kali menyalahi perintah-Nya dan aku tidak sekali-kali
dipersia-siakan.’
Pada masa ini kebanyakan sahabat tidak bersetuju dengan
Perjanjian Hudaibiyah di mana mereka tidak dibenarkan menunaikan ibadab haji
pada tahun itu, sehingga mereka tidak menyembelih binatang dan bersuci setelah
disuruh oleh Rasulullah s.a.w sebanyak tiga kali, kerana begitu kasih dan
sayang pada Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w menerima cadangan yang
bernas daripada Ummu Mukminin, Ummu Salamah supaya Rasulullah s.a.w meneruskan
sahaja penyembelihan itu seolah-olah wahyu dari Allah s.w.t dan ini telah
dikuti oleh para sahabat.
- Aqalah
bin Mu’it pernah menjerut leher Rasulullah s.a.w tetapi telah dilihat oleh
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang segera menghalangnya lalu berkata,
‘Adakah kamu mahu membunuh seorang yang berkata Tuhanku adalah Allah?’
- Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq juga telah meneruskan tindakan Rasulullah s.a.w
sebelum kewafatannya menghantar tentera yang dipimpin oleh Usamah keluar
berperang walaupun tidak dipersetujui oleh para sahabat kerana perlunya
tindakan untuk mengatasi gejala murtad selepas kewafatan Rasulullah s.a.w
kerana terdapat orang Islam yang tidak ingin membayar zakat atau membayar
dengan tidak sempurna. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq telah melantik Khalid
Al-Walid untuk mengetuai kumpulan memerangi orang-orang yang murtad
ini.
- Saiyidina
Umar Al-Khattab pernah berkata, ‘Sesungguhnya di dalam syurga Admin
terdapat sebuah mahligai. Ia mempunyai 500 pintu. Setiap pintu ada 5,000
bidadari: tidak akan masuk ke dalamnya melainkan Nabi-nabi sambil menoleh
ke arah makam Rasulullah s.a.w atau orang-orang yang benar, sambil
memandang ke arah makam Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, atau orang yang
syahid sambil menunjuk ke arah dirinya dengan mengharapkan dia memperolehi
syahid.’
- Saiyidina
Uthman Affan pernah mengatakan bahawa Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq layak
mengantikan Rasulullah s.a.w kerana dia As-Siddiq dan menjadi Imam solat
sewaktu Rasulullah s.a.w uzur.
Dalam keadaan yang penuh gelisah di Gua Thur, Allah s.w.t
telah menurunkan ayat-Nya menceritakan peristiwa ini di dalam surah at-Taubah. Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq telah berkata, ‘Yang aku bimbangkan bukanlah mengenai diri
aku sendiri, kalau aku terbunuh yang terkorban hanyalah seorang manusia biasa.
Tetapi andaikata tuan sendiri dapat dibunuh, maka hancurlah satu cita-cita yang
murni, yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tertegak adalah
kezaliman.’
Begitulah cintanya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq kepada
Rasulullah s.a.w. Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq begitu sedih mendegar munajat
Rasulullah s.a.w semasa Perang Badar yang begitu mengharapkan kemenangan ke
atas tentera Islam lalu Beliau berkata, ‘cukuplah Ya Rasulullah.’
Semasa dalam satu khutbah Rasulullah s.a.w ada menyebut
bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih
ganjaran yang disediakan oleh Allah; dan hamba tersebut tidak akan memilih
dunia melaikan memilih apa yang di sisi Allah. Mendengarnya, menangislah tersedu-sedu
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq kerana beliau faham akan maksud khutbah itu,
yakni umur Rasulullah s.a.w di dunia ini sudah hampir berakhir.
Keberanian
Tiada Tolok Banding
Saiyidina Ali penah mengatakan bahawa Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiqlah sahabat Rasulullah s.a.w yang paling berani kerana sanggup
melindungi Rasulullah s.a.w untuk menghadapi Perang Badar pada waktu para
sahabat yang lain berdiam diri bila Rasulullah s.a.w mengacukan soalan itu. Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq telah menyertai hampir semua Ghazwah yang disertai oleh
Rasulullah s.a.w.
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq juga merupakan sahabat yang
paling banyak mengeluarkan hartanya untuk Islam. Sewaktu Perang Tabuk Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq telah membawa 4,000 dirham iaitu semua hartanya yang
tinggal. Lalu ditanya oleh Rasulullah s.a.w, ‘Apakah yang ditinggalkan untuk
keluargamu?’
Lalu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq menjawab, ‘Aku
tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasul-Nya.’
Saiyidina Umar Al-Khattab pernah berkata, ‘Tidak kami
berlumba-lumba dalam membuat kebaikan melaikan dia Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq pasti akan mendahuluiku.’
Saiyidina Umar Al-Khattab juga pernah berkata, ‘Suatu malam
dan satu hari Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq lebih baik daripada Umar Al-Khattab
dan keluarganya.’
Satu malam semasa Hijrah bersama Rasulullah s.a.w manakala
satu hari adalah pada hari kewafatan Rasulullah s.a.w di mana Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq dengan tenang tetapi tegas mengahadapi waktu getir itu,
ditambah dengan gejala murtad yang melandai sebahagian umat Islam pada masa
itu.
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq berkata, ‘Wahai kaum
Muslimin, barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi
barang siapa menyembah Allah, maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati,’
seraya menyambung lagi dengan ayat Al-Quran, surah Ali-Imran ayat 144:
‘Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti Rasul-rasul yang terdahulu
darinya, Jika beliau mati atau terbunuh, patutkah kamu berundur ke belakang.
Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak membahayai Allah sedikit pun dan
sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.’
(surah Ali-Imran 144)
(Ayat ini turun semasa Perang Uhud di mana tersebar fitnah
bahawa Rasulullah s.a.w telah terbunuh menyebabkan tentera Islam hampir putus
asa).
Setelah dilantik menjadi Khakifah Rasulullah s.a.w (atas
cadangan Saiyidina Umar Al-Khattab r.a dengan dipersetujui oleh sahabat) Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq telah memberi satu ucapan yang mahsyur, antaranya: ‘Wahai
sekalian umat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah
orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemerintahanku baik, maka
sokonglah; tetapi jika ianya tidak baik perbaikilah. Orang yang lemah di antara
kamu adalah kuat di sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya,
sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah di sisiku hingga aku harus
mengambil hak orang lain padanya untuk dikembalikan kepada yang berhak semula.
Patuhilah aku selama aku patuh kepada Allah dan Rasul-Nya. Akan tetapi jika aku
menderhakai Allah, maka kamu sekalian tidak harus lagi patuh kepadaku.’
Hidup
Sederhana
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq hidup seperti rakyat biasa
dan tidak suka didewa-dewakan. Pernah orang memangilnya, ’Ya Khalifah Allah!’
lalu dijawabnya, ‘Aku bukan Khalifah Allah, aku hanyalah Khalifah Rasul-Nya.’
Sehari selepas dilantik, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
telah pergi ke pasar dengan membawa barang perniagaannya, lalu ditegur oleh Abu
Ubaidah Ibnu Jarrah, ‘Urusan Khalifah tidak boleh dicampuri dengan perniagaan.’
Lalu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq bertanya, ‘Habis, apa
yang harus aku berikan pada keluarga aku?’
Semenjak hari itu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mendapat
peruntukan wang daripada Baitulmal dan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq pun
menghentikan perniagaannya untuk menumpukan kerja sebagai seorang Khalifah.
Namun tidak berapa lama sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah
mengembalikan semula wang Baitulmal kerana berpendapat bahawa tenaga yang
dicurahkanya tidak sepadan dengan duit Baitumal yang diperolehi itu dengan
sebab-sebab keuzurannya.
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq menggalakkan sahabat-sahabat
keluar berjihad, dengan menyebarkan ajaran Islam ke tempat-tempat baru. Beliau
mengarahkan wakilnya menawarkan tiga perkara kepada pemerintah di situ, iaitu
sama ada memilih Islam, tunduk kepada pemerintahan Islam dengan membayar Jizyah
(sekiranya tidak mahu menganut Islam) atau perang (sekiranya menolak kedua-dua
pilihan yang diberikan itu). Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab r.a beliau
yang lebih keras memberi tempoh selama tiga hari untuk memilih sama ada Islam
ataupun berperang.
Sebelum meninggal dunia, selepas hampir dua setengah tahun
menjadi Khalifah, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah berpesan kepada Saiyidina
Umar Al-Khattab: ‘Janganlah hendaknya sesuatu bencana walau bagaimana besar pun
dapat melupakan kamu dari urusan agama dan wasiat Allah. Engkau telah melihat
apa yang aku lakukan tatkala Rasulullah s.a.w wafat, sedang wafatnya Rasulullah
s.a.w itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana sebesar
itu. Demi Allah, andaikata pada waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan
Rasul-Nya, tentu kita telah jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan pasti pula
Kota Madinah itu telah menjadi lautan api.’
Saidiana Abu Bakar As-Siddiq meninggal dunia ketika berumur
63 tahun dengan menyediakan tiang-tiang pokok dari kekuatan Islam yang
memudahkan lagi kerja-kerja penyebaran dakwah oleh Khalifah seterusnya iaitu
Khalifah Umar Al-Khattab, yang mana sebahagian Syam dan Iraq telah berada di
bawah pemerintahan Islam ketika hayat beliau.
Khutbah
Abu Bakar As-Siddiq
Bahagialah rakyat jika memiliki pemimpin yang soleh,
takutkan Allah s.w.t dan tahu kewajipan terhadap rakyat. Namun jika sebaliknya
yang mereka perolehi, sengsaralah hidup mereka.
Islam adalah agama politik dan pemerintahan, sebagaimana ia
juga agama akidah, ibadah dan kekeluargaan. Islam tidak hanya ingin melahirkan
ahli ibadah (abid) dan ahli ilmu (alim atau ulama), tetapi juga ingin
melahirkan ahli politik dan pemerintah mengikut acuan wahyu dan hidayah Allah
s.w.t.
Islam ingin melahirkan pemimpin yang bukan sekadar berjiwa
rakyat tetapi lebih dari itu beliau mampu membimbing rakyatnya. Beliau
mengetahui dengan baik landasan mana yang harus dikutinya selama beliau
memerintah rakyatnya. Dalam setiap keputusannya, dipastikan untuk kemaslahatan
rakyat, bukan diri sendiri. Beliau menyedari di bawahnya adalah rakyatnya dan
di atasnya adalah Tuhannya yang sentiasa memerhati dan menghisab segala
tindak-tanduk serta perlakuannya.
Pemimpin yang memiliki ciri dan akhlak sebegini bukan hanya
menjadi suatu idea di dalam Islam, malah Islam telah melahirkannya ke alam
realiti. Contoh terunggul ialah Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w yang
menjadi lambang kesempurnaan agama Islam, kecemerlangan sahsiah baginda bukan
pada ibadah dan akhlaknya sahaja, tetapi juga pada keadilan dan
kebijaksanaannya dalam politik dan pemerintahan. Selain baginda ialah Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq r.a., khalifah pertama di dalam Islam. Keperibadian Abu
Bakar As-Siddiq sebagai pemimpin Islam sejati dapat dilihat dari awal lagi
dalam ucapan sulungnya sebaik diangkat menjadi Khalifah.
Ibnu Saad meriwayatkan dalam Tabaqatnya: ‘Semasa Abu Bakar
As-Siddiq diangkat menjadi Khalifah, beliau berucap di hadapan rakyatnya.
Setelah bertahmid kepada Allah s.w.t dan memuji kebesaran-Nya, beliau berkata:
‘Wahai sekalian manusia! Aku telah diangkat untuk menguruskan urusan kamu
sedangkan aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Namun Al-Quran telah turun
kepada kita dan Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan sunnahnya untuk kita di
mana baginda telah mengajarnya kepada kita sehingga kita mengetahuinya.’
‘Sedarilah bahawa sebaik-baik kebijaksanaan ialah takwa dan
sebodoh-bodoh kebodohan ialah fujur (dosa dan maksiat). Sesungguhnya
bagiku orang yang lemah adalah paling kuat di kalangan kamu kerana aku akan
membantunya untuk mengembalikan haknya (yang dirampas oleh orang lain).
Sementara yang kuat pula bagiku adalah paling lemah kerana aku akan mengambil
darinya hak (orang lain yang dirampasnya).’
‘Wahai sekalian manusia! Aku adalah pengikut (ajaran
Rasulullah s.a.w.), bukan pembid’ah (yakni yang mereka-reka ajaran baru). Maka
jika aku berbuat baik, bantulah aku dan jika aku tersesat, betulkanlah aku.’ -
(Thabaqat Ibnu Saad, bab Zikr Bai’ati Abi Bakar)
Menggariskan
Dasar Pemerintahan
Perhatikan bagaimana Abu Bakar As-Siddiq telah menggariskan
dasar-dasar bagi pemerintahannya dalam ungkapan yang begitu ringkas. Tidak
banyak perkataan yang digunakan, namun pengertiannya amat luas dan mendalam.
Abu Bakar As-Siddiq memulakan ucapannya dengan merendah diri kepada rakyatnya.
Walaupun berada di jawatan tertinggi, beliau merasakan dirinya bukanlah yang
terbaik. Begitulah seharusnya seorang pemimpin. Perlu ada perasaan rendah diri
kerana dengan perasaan itulah Allah s.w.t akan membantunya dan beliau akan
disayangi rakyat.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Sesiapa merendah diri kerana
Allah, Allah akan melantiknya.’
Diriwayatkan juga dari Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq:
‘Rendah dirilah kepada manusia, duduklah bersama orang-orang miskin, nescaya
kamu akan menjadi orang-orang besar di sisi Allah dan kamu akan keluar dari
perasaan takbur.’
Perasaan rendah diri bukan bertujuan menzahirkan kelemahan
diri di hadapan rakyat. Akan tetapi untuk meraih simpati rakyat agar dapat
bersama mencari kekuatan. Kerana itu, Abu Bakar As-Siddiq menegaskan: ‘Aku
bukanlah yang terbaik di kalangan kamu, namun Al-Quran telah turun kepada kita
dan Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan sunnahnya untuk kita di mana dia
telah mengajarnya kepada kita sehingga kita mengetahuinya.’
Bagi Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, Al-Quran dan As-Sunnah
adalah sumber kekuatan bagi beliau untuk memimpin rakyatnya. Kerana itu,
walaupun berasa diri lemah tetapi beliau yakin dengan kekuatan wahyu Al-Quran
dan ilmu As-Sunnah yang diwarisi dari Nabi Muhammad s.a.w. Wahyu Al-Quran dan
ilmu As-Sunnah inilah yang menjadi titik kesatuan antara beliau dan rakyatnya
dan dari titik kesatuan itulah beliau yakin akan mendapat sokongan penuh dari
rakyatnya.
Seterusnya Abu Bakar As-Siddiq menjelaskan dasar-dasar
kepimpinannya kepada rakyatnya:
Dasar Yang Digunakan Dalam Menilai
Rakyat
Abu Bakar As-Siddiq menegaskan kepada sekalian rakyatnya
bahawa beliau menilai mereka berdasarkan ketaatan kepada Allah s.w.t, bukan
pangkat, keturunan, harta dan sebagainya. Baginya, rakyat terbaik ialah yang
paling tinggi takwanya. Jelas sekali beliau menghayati prinsip Al-Quran yang
menegaskan: ‘Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang
paling tinggi takwanya di antara kamu.’ (Surah al-Hujurat, ayat 13).
Berdasarkan prinsip ini, para ulama menegaskan: ‘Sebarang
jawatan dalam kerajaan Islam samada berkaitan dengan kehakiman, kementerian,
pentadbiran atau sebagainya tidak harus diserahkan kepada mana-mana orang
melainkan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
- Mempunyai
keimanan dan ketakwaan.
- Mempunyai
kelayakan ilmu berkaitan jawatan yang hendak diisi.
- Beliau
tidak melobi untuk mendapatkannya kerana Rasulullah s.a.w. bersabda:
‘Sesungguhnya kami, demi Allah, tidak akan menyerahkan kerja ini kepada
seseorang yang memintanya atau bercita-cita ke atasnya.’
Dasar Keadilan Dan Kesaksamaan Untuk
Rakyat
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq meletakkan satu prinsip yang
tegas berhubung keadilan dan kesaksamaan di antara rakyatnya. Beliau
seolah-olah memberi amaran; jangan ada sesiapa pun di kalangan rakyatnya yang
cuba menindas orang lain kerana beliau pasti akan menggunakan kuasanya -
sebagai pemimpin - untuk membela orang tertindas itu. Dirinya diletakkan
sebagai pengimbang antara rakyatnya yang kaya dan yang miskin, antara yang
menindas dan yang ditindas. Rakyat yang dizalimi akan dibela sehingga ia
menjadi kuat di tengah masyarakat dengan pengaruh khalifah. Sementara yang menzalimi
pula akan dikekang dan diancam sehingga pengaruhnya menjadi lemah kerana
ditenggelamkan oleh kuasa khalifah.
Dasar Pemimpin Berperlembagaan, Yang
Tertakluk Dengan Undang-Undang Syarak
Di dalam ucapannya, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
menegaskan: ‘Aku adalah pengikut (ajaran Rasulullah s.a.w.), bukan pembid’ah
(yakni yang mereka-reka ajaran baru).’
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq ingin memberitahu rakyatnya
bahawa; walaupun berada di kedudukan paling atas, beliau tetap terikat dengan
undang-undang syari’at yang ditinggalkan Nabi Muhammad s.a.w.
Sebagai pemimpin Islam, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
menyedari bahawa tanggungjawab beliau ialah meneruskan kesinambungan politik
Islam yang dipelopori oleh Nabi Muhammad s.a.w., bukan membawa ajaran politik
baru yang berlawanan dengan sunnah baginda. Kerana itu, Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq meminta rakyatnya agar mengawasinya. Beliau berpesan kepada mereka:
‘Jika aku berbuat baik, bantulah aku dan jika aku tersesat, betulkanlah aku.’
Kepada pemimpin-pemimpin umat Islam hari ini, kita
nasihatkan: Jadikanlah ucapan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq di atas sebagai
panduan dalam pemerintahan. Jika kamu berlaku adil, kamu akan disanjung dan
dikasihi oleh rakyat sebagaimana Rasulullah s.a.w., Abu Bakar As-Siddiq, Umar
Al-Khattab dan pemimpin-pemimpin soleh yang lain. Namun jika kamu zalim dan
menyeleweng, kamu akan menjadi seperti Fir’aun, Namrud dan sebagainya yang
dicela dan dicaci rakyat.
Jasa Dan Sumbangan
Abu Bakar As-Siddiq
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq juga telah berjasa besar
dalam mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran, yang pada mulanya ditulis di pelepah
kurma, tulang-tulang, kulit-kulit, dan ramai juga yang menghafalnya.
Pengumpulan kitab suci Al-Quran disusun demikian rupa sesuai dengan petunjuk
yang telah diberikan pada zaman hayat Rasulullah s.a.w.
Menghantar
Tentera Islam
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah menghantar tentera
Islam memerangi orang-orang yang murtad, memerangi orang-orang yang enggan
membayar zakat, dan memerangi nabi-nabi palsu. Beliau juga telah berjaya
mengajak umat manusia ke jalah Allah dan terhadap mereka yang enggan diberikan
pilihan, jika tidak mahu masuk Islam mereka masih juga dilindungi dengan
membayar sedikit cukai perlindungan (jizyah), jika masih enggan juga maka
mereka seperti ini terpaksalah ditindak (diperangi). Meskipun demikian
sebelumnya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq terlebih dahulu menasihati tentera
Islam mengikut jejak amal perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
antara lain beliau berpesan: ‘Wahai tentera semuanya, perhatikanlah! Jangan
menipu atau membohongi orang lain. Jangan menganiaya atau menyiksa
orang. Jangan membunuh orang-orang tua, anak-anak atau orang perempuan.’
‘Jangan membakar pohon kurma. Jangan menebang pohon
buah-buahan yang lain. Jangan menyembelih kambing atau sapi atau unta kecuali
untuk makanan yang dimestikan. Satu ketika kamu akan sampai ke
tempat-tempat orang yang telah meninggalkan keduniaan, mereka masuk ke dalam
biara-biara untuk mengasingkan diri dari masyarakat ramai, jangan kamu sampai mengganggu
mereka. Biarkanlah mereka beribadah mengikut kepercayaan mereka.’
Hal ini sesuai dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
‘Perangilah di jalan Allah mereka yang memerangi kamu, tetapi janganlah
melampau batas, kerana Allah tidak menyukai orang-orang yang melanggar batas.’ (Al-Quran,
2: 190)
Alhamdulillah berkat usaha gigih dan diikuti dengan ajaran
Islam yang benar dan adil terhadap siapa saja, maka pengaruh Islam tambah luas
sehingga kerajaan Rome dan Parsi dapat dikuasai. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
bin Abi Quhafah dengan gelaran Abu Bakar As-Siddiq Assiddiq, telah memerintah
selama 2 tahun 3 bulan, dengan pemerintah pusatnya di Madinah. Beliau
meninggal dunia pada 22hb Ogos 634 Masehi dalam usia 63 tahun, disebabkan
mengidap demam panas selama 15 hari. Jenazah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
dikebumikan berhampiran dengan tanah perkuburan Rasulullah s.a.w. di Madinah.
Detik
Kewafatan Rasulullah
Hadis riwayat Aisyah ra: Dari Ubaidillah bin Abdullah,
beliau berkata: Aku menemui Aisyah dan berkata: Mahukah kamu menceritakan
kepadaku tentang sakit Rasulullah s.a.w? Beliau berkata: Rasulullah s.a.w
menderita lemah sekali, baginda bersabda: ‘Apakah para sahabat sudah solat?’
Kami jawab: ‘Belum, mereka menunggu baginda, wahai
Rasulullah.’
Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Tuangkan air untukku di bak.’
Kami pun melakukannya lalu Rasulullah s.a.w mandi. Selepas
itu, waktu ingin bangkit Rasulullah s.a.w pengsan. Ketika sedar semula
Rasulullah s.a.w bertanya: ‘Apakah para sahabat sudah solat?’
Kami jawab: ‘Belum. Mereka menunggu baginda, wahai
Rasulullah.’
Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Tuangkan air untukku di bak’.
Kami melaksanakannya dan Rasulullah s.a.w mandi. Waktu akan
berdiri Rasulullah s.a.w pengsan lagi. Setelah sedar semula Rasulullah s.a.w
bertanya: ‘Apakah para sahabat sudah solat?’
Kami jawab: ‘Belum, mereka menunggu baginda, wahai
Rasulullah.’
Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Tuangkan air untukku di bak.’
Kami melaksanakannya dan Rasulullah s.a.w mandi. Ketika
akan bangun Rasulullah s.a.w pengsan lagi untuk yang ketiga kalinya. Pada waktu
sedar semula Rasulullah s.a.w bertanya: ‘Apakah para sahabat sudah solat?’
Kami jawab: ‘Belum. Mereka menunggu baginda, wahai
Rasulullah.’
Para sahabat telah berkumpul di masjid menunggu Rasulullah s.a.w.
untuk solat Isyak. Baginda memerintahkan seseorang menemui Abu Bakar As-Siddiq
agar beliau mengimami solat. Tiba di hadapan Abu Bakar As-Siddiq, beliau
berkata: Rasulullah s.a.w. memerintahkan kamu untuk mengimamai solat sahabat
lainnya.
Abu Bakar As-Siddiq adalah seorang yang lembut hati, beliau
berkata: ‘Wahai Umar Al-Khattab, imamilah mereka itu!’
Umar Al-Khattab berkata: ‘Kamu lebih layak menjadi imam
mereka.’
Akhirnya Abu Bakar As-Siddiq mengimami solat mereka selama
beberapa hari. Ketika sakit Rasulullah s.a.w agak ringan, baginda keluar untuk
solat Zuhur, dibantu oleh dua orang, salah satunya adalah Abbas. Waktu itu Abu
Bakar As-Siddiq akan mengimami sahabat. Ketika beliau melihat Rasulullah s.a.w
datang, beliau berundur untuk menunda (solat). Rasulullah s.a.w memberi isyarat
kepadanya agar jangan ditunda.
Kemudian baginda memerintahkan kedua orang yang memapah
baginda: ‘Dudukkan aku di sampingnya.’
Mereka mendudukkan Rasulullah s.a.w di samping Abu Bakar
As-Siddiq. Maka Abu Bakar As-Siddiq solat berdiri bermakmum kepada Rasulullah
s.a.w, para sahabat yang lain bermakmum kepada Abu Bakar As-Siddiq dan
Rasulullah s.a.w waktu itu solat sambil duduk. (Shahih Muslim No.629)
Hadis riwayat Anas bin Malik ra: Bahawa Abu Bakar As-Siddiq
mengimami sahabat ketika Rasulullah s.a.w. sakit yang membuatnya wafat, pada
hari Isnin, ketika berbaris dalam solat, Rasulullah s.a.wmenyingkap tirai kamar
dan memandang kami sambil berdiri. Wajah Rasulullah s.a.w putih seperti kertas,
baginda tersenyum. Kami yang sedang solat terpukau kerana gembira dengan
keluarnya Rasulullah s.a.w.
Kemudian Abu Bakar As-Siddiq berundur untuk ke barisan
pertama. Beliau menyangka bahawa Rasulullah s.a.w keluar untuk solat.
Rasulullah s.a.w memberi isyarat tangan kepada mereka agar terus menyempurnakan
solat. Lalu beliau masuk lagi dan menurunkan tirai kamar. Pada hari itu
Rasulullah s.a.w wafat. (Shahih Muslim No.636)
Hadis riwayat Abu Musa r.a, beliau berkata: Rasulullah
s.a.w sakit dan semakin bertambah parah. Rasulullah s.a.w bersabda:
‘Perintahkan Abu Bakar As-Siddiq agar mengimami solat kaum Muslimin.’
Aisyah berkata: ‘Wahai Rasulullah, Abu Bakar As-Siddiq
adalah seorang yang berhati halus. Kalau beliau menempati tempat Rasulullah
s.a.w, beliau tidak akan mampu mengimami solat kaum Muslimin.’
Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Perintahkan Abu Bakar As-Siddiq
agar mengimami solat kaum Muslimin. Kalian ini seperti teman-teman Yusuf (dalam
berdebat).’
Abu Musa berkata: ‘Kemudian Abu Bakar As-Siddiq mengimami
solat mereka ketika Rasulullah s.a.w masih hidup.’ (Shahih Muslim No.638)
Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq Di Mekah
Abu Bakar As-Siddiq tumbuh dan besar di Mekah dan tidak
pernah keluar dari Mekah kecuali untuk tujuan dagang dan perniagaan. Beliau
memiliki harta kekayaan yang sangat banyak dan keperibadian yang sangat
menarik, memiliki kebaikan yang sangat banyak, dan sering melakukan
perbuatan-perbuatan yang terpuji. Sebagaimana hal ini dikatakan oleh Ibnu
Dughunnah, ‘Sesungguhnya engkau selalu menyambung tali kasih dan keluarga,
bicaramu selalu benar, dan kau menanggung banyak kesulitan, kau bantu
orang-orang yang menderita dan kau hormati tteamu.’
An-Nawawi berkata: ‘Abu Bakar As-Siddiq termasuk tokoh
Quraisy masa jahiliyah, orang yang selalu dimintai nasihat dan pertimbangannya,
sangat dicintai di kalangan mereka, sangat mengetahui kod etika di kalangan
mereka. Tatkala Islam datang Abu Bakar As-Siddiq mengedepankan Islam atas yang
lain, dan beliau masuk Islam dengan sempurna.
Zubair bin Bakkar bin Ibnu Asakir meriwayatkan dari Ma’ruf
bin Kharbudz dia berkata: ‘Sesungguhnya Abu Bakar As-Siddiq adalah salah satu
dari 10 orang Quraisy yang kejayaannya pada masa Jahiliyah bersambung hingga
zaman Islam. Abu Bakar As-Siddiq mendapat tugas untuk melaksanakan diyat
(tebusan atas darah kematian) dan penarikan hutang. Ini terjadi kerana
orang-orang Quraisy tidak memiliki raja di mana mereka boleh mengembalikan
semua perkara itu kepada raja. Pada setiap kabilah di kalangan Quraisy waktu
itu, ada satu kekuasaan umum yang memiliki kepala suku dan kabilah sendiri.’
Isteri-Isteri
Dan Anak Abu Bakar As-Siddiq
Abu Bakar As-Siddiq pernah menikahi Qutailah binti Abdul
Uzza bin Abd bin As’ad pada masa jahiliyyah dan dari pernikahan tersebut
lahirlah Abdullah dan Asma. Beliau juga menikah dengan Ummu Ruman binti Amir
bin Uwaimir bin Zuhal bin Dahman dari Kinanah, dari pernikahan tersebut
lahirlah Abdurrahman dan ‘Aisyah.
Beliau juga menikah dengan Asma’ binti Umais bin Ma’add bin
Taim al-Khatts’amiyyah, dan sebelumnya Asma’ diperisterikan oleh Jaafar bin Abi
Thalib. Dari hasil pernikahannya ini lahirlah bin Abu Bakar As-Siddiq, dan
kelahiran tersebut terjadi pada waktu haji Wada’ di Dzul Hulaifah.
Beliau juga menikah dengan Habibah binti Kharijah bin Zaid
bin Zuhair dari Bani al-Haris bin al-Khazraj. Abu Bakar As-Siddiq pernah
singgah di rumah Kharijah ketika beliau datang ke Madinah dan kemudian
mempersuntingkan puterinya, dan beliau masih terus tinggal dengannya di suatu
tempat yang disebut sebagai as-Sunuh hingga Rasullullah s.a.w wafat dan beliau
kemudian diangkat menjadi khalifah sepeninggalan Rasulullah s.a.w. Dari
pernikahan tersebut lahirlah Ummu Khultsum.
Orang
Yang Paling Bersih Pada Masa Jahilliyah
Ibnu Asakir meriwayatkan dengan sanadnya yang sahih dari
Aisyah, dia berkata: ‘Demi Allah, Abu Bakar As-Siddiq tidak pernah melantunkan
satu syair pun pada masa jahiliyah dan tidak pula pada masa Islam. Abu Bakar
As-Siddiq dan Utsman bin Affan tidak pernah minum minuman keras pada zaman
jahiliyah.’
Ibnu Asakir meriwayatkan dari Abdullah bin Zubair, dia
berkata, ‘Abu Bakar As-Siddiq sama sekali tidak pernah mengucapkan syair.’
Ibnu Asakir meriwayatkan dari Abu Al-Aliyyah Ar-rayahi, dia
berkata: ‘Dikatakan kepada Abu Bakar As-Siddiq di tengah sekumpulan sahabat
Rasulullah s.a.w: ‘Apakah kamu pernah meminum minuman keras pada zaman
jahiliyah?’ Beliau berkata, ‘Aku berlindung kepada Allah dari perbuatan itu!’
Sifat
Abu Bakar As-Siddiq
Ibnu Saad meriwayatkan dari Aisyah bahawa seorang laki-laki
berkata kepadanya: ‘Cuba sebutkan kepada aku gambaran tentang Abu Bakar
As-Siddiq!’ Kata Aisyah: ‘Dia adalah laki-laki kulit putih, kurus, tidak
terlalu lebar bentuk tubuhnya, sedikit bongkok, tidak boleh untuk menahan
pakaiannya turun dari pinggangnya, tulang-tulang wajahnya menonjol, dan pangkal
jemarinya datar.’
Ibnu Asakir meriwayatkan dari Aisyah, bahawa Abu Bakar
As-Siddiq mewarnai rambutnya dengan ‘daun pacar’ dan katam (nama jenis
tumbuhan). Dia juga meriwayatkan dari Anas, dia berkata, Rasulullah s.a.w
datang ke Madinah, dan tidak ada salah seorang dari para sahabatnya yang
beruban kecuali Abu Bakar As-Siddiq, maka dia menyemirnya dengan daun pacar dan
katam. Abu Bakar As-Siddiq dilahirkan di Mekah dari keturunan Bani
Tamim (Attamimi), suku bangsa Quraisy. Berdasarkan beberapa sejarawan Islam,
beliau adalah seorang pedagang, hakim dengan kedudukan tinggi, seorang yang
terpelajar serta dipercayai sebagai orang yang boleh menafsirkan mimpi.
Era
Bersama Rasulullah
Sebagaimana yang juga dialami oleh para pemeluk Islam pada
masa awal. Abu Bakar As-Siddiq juga mengalami penyiksaan yang dilakukan oleh
penduduk Mekah yang majoriti masih memeluk agama nenek moyang mereka. Namun,
penyiksaan terparah dialami oleh mereka yang berasal dari golongan hamba.
Sementara para pemeluk bukan hamba biasanya masih
dilindungi oleh para keluarga dan sahabat mereka, para hamba disiksa sekehendak
hati tuannya. Hal ini mendorong Abu Bakar As-Siddiq membebaskan para hamba
tersebut dengan membelinya dari tuannya kemudian memberinya kemerdekaan.
Sehingga diriwayatkan bahawa Abu Bakar As-Siddiq memiliki 9 buah kedai yang
semuanya habis dibuat untuk tegaknya agama Islam. Beberapa hamba yang beliau
bebaskan antara lain ialah:
- Bilal
bin Rabbah
- Abu
Fakih
- Ammar
- Abu
Fuhaira
- Lubainah
- An
Nahdiah
- Ummu
Ubays
- Zinnira
Ketika peristiwa Hijrah, waktu Nabi Muhammad s.a.w
berpindah ke Madinah (622 Masehi), Abu Bakar As-Siddiq adalah
satu-satunya orang yang menemaninya. Abu Bakar As-Siddiq juga terikat dengan
Nabi Muhammad s.a.w secara kekeluargaan. Anak perempuannya, Aisyah menikah
dengan Nabi Muhammad s.a.w beberapa waktu setelah Hijrah.
Menjadi
Khalifah
Selama masa sakit Rasulullah s.a.w waktu menjelang ajalnya,
dikatakan bahawa Abu Bakar As-Siddiq dilantik untuk menjadi imam solat
menggantikan Rasulullah s.a.w. Ramai yang menganggap ini sebagai indikasi
bahawa Abu Bakar As-Siddiq akan menggantikan kedudukan Rasulullah s.a.w. Segera
setelah kematian Rasulullah s.a.w (632), dilakukan musyawarah di kalangan para
pemuka kaum Ansar dan Muhajirin di Madinah, yang akhirnya menghasilkan pelantikan
Abu Bakar As-Siddiq sebagai pemimpin baru umat Islam atau khalifah Islam.
Apa yang terjadi pada waktu musyawarah tersebut menjadi
sumber perdebatan. Perlantikan Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah adalah
subjek yang sangat kontroversi dan menjadi sumber perpecahan pertama dalam
Islam, di mana umat Islam terpecah menjadi
kaum Sunni dan Syi’ah. Di satu sisi kaum Syi’ah percaya bahawa
seharusnya Ali bin Abi Thalib (menantu Nabi Muhammad s.a.w), yang
menjadi pemimpin dan dipercayai ini adalah keputusan Rasulullah s.a.w sendiri
sementara kaum Sunni berpendapat bahawa Rasulullah s.a.w menolak untuk melantik
penggantinya.
Kaum Sunni berpendapat bahawa Rasulullah s.a.w
mengkedepankan musyawarah untuk perlantikan pemimpin. Sementara Muslim Syi’ah
berpendapat kalau Rasulullah s.a.w dalam hal-hal terkecil seperti sebelum dan
sesudah makan, minum, tidur, dan lain-lain, tidak pernah meninggalkan umatnya
tanpa hidayah dan bimbingan apalagi masalah kepemimpinan umat terakhir, dan
juga banyak hadis di kalangan Sunni mahupun Syi’ah tentang siapa khalifah
sepeninggalan Rasulullah s.a.w, serta jumlah pemimpin Islam yang dua belas.
Terlepas dari kontroversi dan kebenaran pendapat masing-masing kaum
tersebut, Ali bin Abu Thalib sendiri secara formal menyatakan kesetiaannya
(berbai’at) kepada Abu Bakar As-Siddiq dan dua khalifah selepasnya iaitu Umar
Al-Khattab dan Usman bin Affan.
Kaum Sunni menggambarkan pernyataan ini sebagai pernyataan
yang antusias dan Ali bin Abu Thalib menjadi penyokong setia Abu Bakar As-Siddiq
dan Umar Al-Khattab. Sementara kaum Syi’ah menggambarkan bahawa Ali bin Abu
Thalib melakukan baiat tersebut secara ‘pro forma,’ mengenangkan beliau
berbaiat setelah sepeninggalan Fatimah isteri beliau yang berbulan-bulan
lamanya dan selepas itu beliau menunjukkan protes dengan menutup diri dari
kehidupan umum.
Perang
Ridda
Setelah menjawat jawatan khalifah, beberapa masalah yang
mengancam persatuan dan kestabilan komuniti dan negara Islam waktu itu muncul.
Beberapa suku Arab yang berasal dari Hijaz dan Nejed membangkang
kepada khalifah baru dan sistem yang ada. Beberapa di antaranya menolak untuk
membayar zakat walaupun tidak menolak agama Islam secara total. Beberapa
yang lain kembali memeluk agama dan tradisi lama yakni penyembahan berhala.
Suku-suku tersebut mendakwa bahawa hanya memiliki komitmen dengan Nabi Muhammad
s.a.w dan dengan kematiannya komitmennya tidak berlaku lagi. Berdasarkan hal
ini Abu Bakar As-Siddiq menyatakan perang terhadap mereka yang dikenali dengan
nama Perang Ridda.
Dalam Perang Ridda peperangan terbesar adalah memerangi
‘Ibnu Habib al-Hanafi’ yang lebih dikenali dengan nama Musailamah Al-Kazab
(Musailamah Si Pembohong), yang mendakwa dirinya sebagai nabi baru menggantikan
Nabi Muhammad s.a.w. Musailamah kemudiannya dikalahkan dalam pertempuran Akraba
oleh Khalid bin Al-Walid.
Al-Quran
Abu Bakar As-Siddiq juga berperanan dalam pelestarian
teks-teks tertulis Al-Quran. Dikatakan bahawa setelah kemenangan yang
sangat sukar waktu menentang Musailamah dalam Perang Ridda, ramai penghafal
Al-Quran yang ikut terkorban dalam pertempuran tersebut. Abu Bakar As-Siddiq
lantas meminta Umar Al-Khattab untuk mengumpulkan koleksi dari Al-Quran.
Setelah lengkap koleksi ini, yang dikumpulkan dari para penghafal Al-Quran dan
tulisan-tulisan yang terdapat pada media tulis seperti tulang, kulit dan
sebagainya, oleh sebuah pasukan yang diketuai oleh sahabat Zaid bin Tsabit,
kemudian disimpan oleh Hafsah, anak Umar Al-Khattab dan juga isteri Nabi
Muhammad s.a.w. Kemudian pada masa pemerintahan Ustman bin
Affan koleksi ini menjadi dasar penulisan teks Al-Quran hingga yang
dikenali hingga sekarang ini.
Abu Bakar As-Siddiq meninggal dunia pada tanggal 23 Ogos
634 atau 8 Jumadil Awwal 13 Hijrah di Madinah pada usia 63
tahun. Beliau berwasiat agar jenazahnya dimandikan oleh Asma` binti Umais,
isteri beliau. Kemudian beliau dimakamkan di samping makam Rasulullah s.a.w.
Umar Al-Khattab mensolati jenazahnya di antara makam Nabi dan mimbar
(ar-Raudhah). Sedangkan yang turun ke dalam liang lahat adalah puteranya yang
bernama Abdurrahman (bin Abi Bakar), Umar Al-Khattab, Usman bin Affan,
dan Thalhah bin Ubaidillah.
Institusi
Khilafah
Perkataan
khalifah berasal dari istilah Arab yang bermakna ‘pengganti’. Istilah khulafa
ialah kata jamak bagi khalifah. Oleh itu, ‘khalifah’ ialah seseorang yang
dilantik oleh masyarakat Islam untuk menggantikan tugas-tugas kepimpinan yang
dijalankan oleh Nabi Muhammad. Khilafah pula ialah institusi atau jawatan yang
menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran di dalam semua bidang untuk
menggantikan Nabi Muhammad. Institusi ini dianggap bermula serentak dengan
perlantikan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai pengganti Nabi Muhammad
sebagai ketua negara Islam yang baru.
Beberapa Pendapat
Berhubung Dengan Pemilihan Khalifah
Jawatan
tersebut hanya untuk orang Quraisy dan ada yang mengatakan hanya Muhajirin
Quraisy sahaja yang layak. Pendapat ini disokong oleh kebanyakan orang
termasuklah Abu Bakar As-Siddiq, Abu Ubaidah, Umar dan sebagainya. Hal ini
disebabkan sifat kepimpinan orang Quraisy sememangnya telah diakui oleh
masyarakat Arab ketika itu.
Jawatan
ini hanya khas bagi keturunan Bani Hasyim. Pendapat ini datangnya dari Ali Bin
Abu Talib dengan disokong oleh ahli al-bait. Jawatan khalifah adalah hak semua
orang tidak tertentu kepada puak Quraisy atau Muhajirin atau Bani Hasyim.
Pendapat ini datangnya dari puak Ansar. Mereka juga menganggap diri mereka
layak memandangkan sumbangan mereka terhadap perkembangan Islam. Mereka
mencadangkan supaya seorang khalifah dilantik dari kalangan mereka dan seorang
lagi dari kalangan Muhajirin.
Cara Pemilihan
Khalifah
Cara Perundingan Beramai-ramai
Cara
ini adalah mengadakan perundingan atau persetujuan tanpa ditetapkan calon
terlebih dahulu. Pemilihan cara ini berlaku seperti dalam pemilihan ke atas
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Abu Bakar As-Siddiq telah dilantik melalui bai’at
yang dilakukan melalui 2 peringkat. Peringkat I dikenali sebagai Bai’at Khas di
Balai atau Saqifah Bani Saidah, manakala Peringkat II dikenali sebagai Bai’at Am.
Ia diadakan di Masjid Nabi.
Menyusulkan Seorang Calon
Dalam
cara ini, seorang calon khalifah telah diusulkan oleh khalifah sebelumnya untuk
dipilih oleh umat Islam. Hal ini berlaku semasa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
sedang sakit. Beliau telah menyusulkan nama Saiyidina Umar Al-Khattab untuk
dipilih oleh umat Islam sebagai penggantinya. Usul tersebut diterima sebulat
suara oleh umat Islam.
Menyusul Sekumpulan Calon
Uthman
Bin Affan dilantik melalui ‘syura’ di mana Uthman adalah salah seorang dari anggota
majlis perlantikan khalifah. Umar telah mencalonkan 6 orang sahabat yang layak
dipilih sebagai khalifah. 6 orang yang dimaksudkan ialah Uthman Bin Affan, Ali
Bin Abu Talib, Abdul Rahman Bin Auf, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam dan
Saad Bin Abi Waqqash. Pemilihan khalifah tersebut mestilah dilakukan
selewat-lewatnya 3 hari selepas kewafatan Umar.
Diusulkan Oleh Sekelompok Masyarakat
Ali
Bin Abu Talib dilantik secara paksa oleh golongan pemberontak yang tidak
berpuas hati dengan pemerintah Uthman dan akhirnya membunuh Uthman. Ali
terpaksa menerima jawatan tersebut memandangkan suasana huru-hara ketika itu.
Syarat Kelayakan
Khalifah
- Seseorang itu
mesti yang merdeka, iaitu bukan hamba abdi dan mesti beragama Islam.
- Mempunyai ilmu
agama Islam yang lengkap yang membolehkannya melakukan ijtihad ke atas
masalah yang berlaku dalam urusan kehidupan dan juga mengenai hukum-hukum
perundangan Islam.
- Mesti adil
iaitu istiqamah dalam akhlak Islam. Semua tingkah laku baik, menjauhkan
maksiat, baik dari segi syarak atau akidah.
- Mesti kifayah
atau berkemampuan iaitu mesti mempunyai kemampuan untuk melaksanakan
undang-undang.
- Pancaidera
serta anggota badannya tidak cacat.
- Luas pengalaman
dan bijak dalam pentadbiran.
- Berani dan
berwibawa dalam mempertahankan taraf ummah dan agama terutamanya dalam
soal jihad.
Bidang Kuasa
Khalifah
1.
Khalifah
mempunyai kuasa untuk menguruskan soal-soal agama dan perundangan Islam dalam
sesebuah masyarakat Islam.
2.
Khalifah
juga bertanggungjawab mempertahankan negara dari kuasa-kuasa luar dan menjamin
keselamatan negara dan umat Islam dari sebarang ancaman luar dan dalam negara.
3.
Meraka
juga menguruskan hal-ehwal kewangan negara iaitu menyusun urusan percukaian
sama ada dari segi pungutan atau penggunaan.
4.
Dalam
bidang pentadbiran, khalifah bertanggungjawab melantik atau melucutkan jawatan
pegawai dalam pentadbiran negara.
Keistimewaan
Khalifah
1.
Khalifah
memegang 2 bidang kuasa secara serentak iaitu kuasa keagamaan dan keduaniaan.
Hal ini bermakna, khalifah bukanlah pemerintah sekular yang memisahkan aspek
kehidupan duniawi dan akhirat.
2.
Khalifah
adalah ketua pentadbir dan ketua agama. Perlaksanaan kedua-dua bidang ini
adalah berasaskan ajaran wahyu. Akibatnya, kekeliruan dan kezaliman tidak
berlaku.
3.
Khalifah
tidak mempunyai apa-apa kuasa seperti kuasa yang ada pada ketua gereja yang
dikatakan terpelihara dari sebarang kuasa dan mempunyai kuasa pengampunan dosa
para pengikutnya.Mengikut sistem khalifah, kuasa pengampunan dosa adalah
satu-satunya milik Allah.
4.
Khalifah
tidak mempunyai apa-apa keistimewaan di hadapan undang-undang Islam. Mereka
boleh didakwa dan dibicarakan.
5.
Sistem
khalifah adalah berlandaskan kepada prinsip ‘syura’ di mana khalifah harus
tunduk kepada keputusan syura walaupun ia bercanggah dengan pendapatnya
sendiri.
6.
Rakyat
diberi kebebasan untuk mengeluarkan buah fikiran masing-masing dalam lingkungan
yang dibenarkan oleh ‘syura’
7.
Kelangsungan
sistem khalifah bertitik-tolak dari Mubaya’ah (bai’at). Seseorang khalifah
tidak boleh menjalankan tugasnya sebelum mendapat bai’at dari orang ramai.
8.
Perlantikan
khalifah tidak boleh berdasarkan sistem warisan.
Majlis Syura
1.
Semasa
Abu Bakar As-Siddiq, Majlis Syura diamalkan secara bebas dan terbuka.
2.
Semasa
Umar, majlis ini ditubuhkan bagi tujuan menentukan pemilihan khalifah.
3.
Orang yang
menganggotai majlis ini dikenali sebagai ahl al-syura atau ahl al-hal wa
al-’aqd.
4.
Mereka
merupakan ulama dan sahabat Nabi Muhammad.
5.
Syarat
menjadi ahl-al-syura ialah: (1) beragama Islam; (2) lelaki; (3) akil baligh;
(4) merdeka; dan (5) adil dan mempunyai siasah yang tajam.
Bai’ah
1.
Perkataan
ini berasal dari kata dasar ba’a ertinya menjual.
2.
Bai’ah:
Pengakuan seseorang atau sekumpulan manusia terhadap seseorang untuk berkuasa
atau memerintah yang dikenali sebagai khalifah.
3.
Merupakan
satu syarat perlantikan khalifah.
4.
Khalifah
yang mendapat bai’ah mestilah menjalankan tugasnya dengan sempurna. Jika
pemerintahannya tidak mengikut al-Quran, maka dia harus meletak jawatan.
Kesimpulan
Oleh
sebab sistem khalifah berjalan berasaskan ajaran wahyu, sudah pasti ia
merupakan satu pemerintahan yang unggul dan tuntutan bermasyarakat dan
bernegara. Ia sesuai dengan keperluan setiap manusia yang dicipta oleh Allah
yang mempunyai tuntutan spiritual iaitu rohani dan jasmani.
Perbezaan Antara
Sistem Syura Dengan Sistem Demokrasi
Dari Segi Definisi
Apabila
dibincangkan mengenai demokrasi satu perkara yang terlintas di hati kita adalah
kebebasan. Ini adalah kerana sesebuah negara yang mengamalkan sistem yang
memberi kebebasan kepada rakyatnya dalam serba-serbi walaupun pada hakikatnya
kebebasan itu masih boleh dipertikaikan. Namun apabila kita merujuk kepada
istilah sebenar, demokrasi adalah bermakna pemerintahan rakyat.
Demokrasi
itu berasal daripada perkataan Greek iaitu demos dan cratos yang bermaksud
kuasa rakyat. Demokrasi bererti manusialah yang menggubal undang-undang atau
manusialah yang menjadi legislator. Idea demokrasi ini dipelopori oleh para
pemikir Greek yang ingin mencari penyelesaian bagi urusan kehidupan seharian
mereka. Ia kemudiannya dibangkitkan semula oleh para pemikir Eropah ketika
berlakunya konflik antara rakyar dan pemerintah. Konflik ini akhirnya
mencetuskan revolusi dan antara revolusi yang terkemuka ialah Revolusi Perancis
yang mana rakyat bangkit menentang pemerintah.
Walaupun
sistem demokrasi pada zaman Greek adalah terhad kepada kaum lelaki sahaja,
namun konotasi demokrasi modon lazimnya merujuk kepada semua penduduk di
sesebuah negara. Ini menunjukkan bahawa demokrasi mementingkan kedaulatan
rakyat. Dalam sistem ini kuasa mutlak membuat undang-undang dalam menentukan
nilai-nilai dan norma-norma amalan terletak di tangan rakyat. Dengan erti kata
lain rakyat berhak menetukan segalanya. Undang-undang yang baik boleh
dimansuhkan dan undang-undang yang tidak baik boleh diwujudkan jika ada sokongan
daripada rakyat.
Sehubungan
itu berbeza dengan Islam, undang-undang ataupun syariat adalah telah ditetapkan
oleh Allah s.w.t yang mencakupi segala kehidupan manusia tidak kira dari aspek
politik, ekonomi, mahupun sosial atau muamalat. Oleh itu sistem syura adalah
merupakan suatu sistem pemerintahan yang berlandaskan syariat yang telah
digariskan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran. Sistem syura ini adalah merupakan
suatu sistem yang dicernakan sejak zaman Rasulullah s.a.w untuk melaksanakan
syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dengan cara bermusyawwarah.
Definisi
syura adalah kata nama daripada perkataan ‘Al-Musyawwaratun’ atau
‘Watasyawwarun’ bererti mengutarakan pendapat (Dr. Lukman Thaib, 1995).
Definisi syura ini jelas menunjukkan bahawa pendapat adalah diutamakan di dalam
sesebuah perkara. Melalui prinsip ini peranan ummah atau rakyat Islam adalah
dipentingkan di dalam perlaksanaan dan pembuatan sesuatu dasar yang
berlandaskan Al-Quran.
Sebaliknya
Islam sebagai satu agama yang mempunyai prinsip keimanan yang tinggi kepada
Tuhan, mengasaskan sesebuah negara itu berdasarkan kekuasaan Allah dan manusia
pula ditugaskan sebagai khalifah. Amalan-amalan di dalam demokrasi Islam adalah
merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Bagi demokrasi liberal menurut
setengah-setengah sarjana menganggap demokrasi sebagai asas atau dasar manakala
sebahagian yang lain pula mendefinisikannya sebagai bentuk atau kaedah. Namun
begitu kebanyakan sarjana bersependapat bahawa demokrasi ialah sistem yang
berasaskan pihak berasingan yang majoriti, pentadbir menghormati hak minoriti
(Dr. Lukman Thaib 1995:8).
Dari Segi Pemilihan Pemimpin
Perbezaan
dari segi pemilihan pemimpin adalah perbezaan yang paling ketara antara sistem
syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura pemilihan khalifah atau
seseorang yang bakal memimpin negara adalah berdasarkan apa yang telah
disarankan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran.
Menurut
apa terkandung dalam Al-Quran seseorang pemimpin itu haruslah mempunyai
ciri-ciri atau pun kriteria-kriteria tertentu seperti seorang yang tinggi
keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah s.w.t, mempunyai ilmu pengetahuan yang
luas terutamanya dalam konteks politik atau pemerintahan negara serta dalam
konteks ekonomi dan sosial. Di samping itu juga, seseorang khalifah itu
haruslah mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik, serta mempunyai
kemahiran dalam bidang pertahanan negara iaitu kemahiran dalam ilmu peperangan.
Dalam
konteks yang berlainan, pemimpin yang dilantik mengikut sistem syura adalah
berasaskan kebenaran dan menjauhi sebarang bentuk kebatilan yakni pemimpin yang
mempunyai sahsiah dan keperibadian yang baik serta bukan dari kalangan orang
yang fasik mahupun munafik. Ini selaras dengan apa yang disarankan dalam
Al-Quran yang sering menyuruh umat Islam supaya mengikuti kebenaran dan menjaga
kebaikan masyarakat manusia dengan tidak mengambil kira terhadap suara dan
kehendak golongan majoriti sebagai ukuran yang boleh diterima terutamanya dari
segi pemilihan pemimpin. Firman Allah s.w.t dalam Surah Yunus ayat 32 yang
bermaksud: ‘Maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan.’
Dalam
ayat yang sama Allah s.w.t berfirman: ‘Maka apakah orang-orang yang menunjuki
kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi
petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk.’
Ini
jelas berlainan sama sekali dengan sistem demokrasi yang menjadikan suara
majoriti dalam pemilihan pemimpin sebagai asas tanpa mengira sahsiah, akhlak,
serta keperibadian pemimpin itu sendiri. Asalkan seseorang itu dicalonkan untuk
menjadi pemimpin dan mendapat sokongan majoriti daripada rakyat maka
terlantiklah seorang pemimpin yang bukan hanya berasaskan prinsip kebenaran,
malah berkemungkinan jelas mentampakkan ia berasaskan kebatilan. Contohnya
seseorang pemimpin itu dilantik adalah bukan kerana kelayakannya dari segi
kepemimpinan tetapi berdasarkan pemilikan hartanya yang banyak serta
pengaruhnya dalam bidang-bidang tertentu terutamanya pengaruhnya dalam bidang
ekonomi membolehkannya dicalonkan dalam pilihanraya. Dengan sogokan yang
diberikan kepada rakyat membuatkannya dilantik menjadi pemimpin. Ini jelas
menunjukkan kebatilan yang nyata dari segi pemilihan pemimpin dalam sistem
demokrasi.
Walaupun
tidak dinafikan syarat-syarat yang diperlukan dalam sistem demokrasi untuk
seseorang itu boleh dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya seperti
mempunyai latar belakang yang baik dari segi akademik dan peribadi, bukan
seorang yang telah disenarai hitamkan dan tidak pernah terlibat dalam sebarang
bentuk jenayah atau pernah dipenjarakan namun ia tidak menunjukkan pemilihan
pemimpin yang berasaskan kebenaran yang disarankan dalam Al-Quran yang
menekankan ciri keimanan kepada Tuhan yang menjadi tonggak dan tunjang kepada
kepimpinan yang adil, bijaksana dan seumpamanya.
Dalam
sistem syura, sebelum seseorang itu dilantik menjadi khalifah, calon khalifah
itu sendiri dinilai dalam permesyuaratan ahli-ahli majlis syura. Seterusnya ia
dinilai berdasarkan persetujuan seluruh rakyat dan rakyat bebas untuk menerima
atau menolak seseorang calon khalifah tersebut. Hak kebebasan rakyat dapat
dilihat dengan mengkaji terus ucapan khalifah Abu Bakar As-Siddiq seperti
berikut: ‘Wahai Manusia, sesungguhnya aku telah dilantik ke atas kamu dan
bukanlah aku orang yang paling baik di antara kamu. Kalau aku lemah kamu
betulkanlah aku dan kalau aku berbuat baik, kamu tolonglah aku, benar itu
amanah dan dusta itu khianat. Yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di
sisiku, sehingga aku mengambil hak daripadanya insya-Allah...’
Daripada
ucapan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ini terdapat beberapa perkara berkaitan
kebebasan politik iaitu perkataan yang menyebut ‘saya telah dilantik ke atas
kamu.’ Ini menunjukkan hak umat untuk memilih ketua negara. Manakala kata-kata
‘Bukankah aku orang paling baik di kalangan kamu.’ Ini menunjukkan ketua negara
adalah juga daripada rakyat negara tersebut. Selain itu, kata-kata seperti
‘Jika saya lemah kamu betulkanlah saya, jika saya berbuat baik kamu bantulah
saya.’ Ucapan ini pula menunjukkan hak rakyat yang dianggap sebagai pemerhati
bagi sesebuah pemerintahan. ‘Taatilah aku selagi aku taat kepada Allah, apabila
aku durhaka kepada Allah dan Rasulnya kamu tidak wajib taat lagi kepada ku.’
Kenyataan ini pula menunjukkan, bahawa walaupun seseorang pemerintah itu ada mengikut
sistem-sistem dalam sesebuah negara namun apabila beliau tidak lagi mengikut
lunas-lunas agama Islam maka rakyat tidak perlu patuh kepadanya.
Berbeza
sama sekali dalam sistem demokrasi apabila seseorang itu telah dilantik menjadi
pemimpin, ia perlu patuh dan taat dalam segenap segi walaupun dalam
perkara-perkara kemungkaran dan kemaksiatan. Dalam sistem demokrasi, seseorang
pemimpin itu hanya boleh digulingkan dalam pilihanraya dan selagi ia memegang
jawatannya, rakyat perlu akur dengan arahan yang dikeluarkan dan hanya boleh
mempertikaikannya sekiranya ada sokongan majoriti.
Dari Segi Bidang Kuasa
Dalam
sistem syura, bidang kuasa tertakluk kepada institusi kekhalifahan yakni kuasa
seseorang khalifah terhad kepada peruntukkan kuasa yang telah disyariatkan
dalam Al-Quran. Maknanya seseorang khalifah itu perlu amanah dalam
kepimpinannya dan haram baginya untuk pecah amanah. Seseorang khalifah dalam
sistem syura perlu mempunyai ketegasan yang tinggi dalam soal mempertahankan
syariat iaitu memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Dalam sistem
demokrasi pula, seseorang pemimpin itu mempunyai bidang kuasa yang luas
termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat asalkan
sesuatu perkara itu dipersetujui oleh majoriti rakyat. Sesuatu perkara yang
diharamkan oleh syariat boleh menjadi halal dengan kuasa seseorang pemimpin itu
asalkan difikirkan perlu dan mendapat sokongan majoriti rakyat.Dengan kata
lain, bidang kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal fikiran manusia ataupun
mengikut logikal akal manusia semata-mata dan bukan berpaksikan Al-Quran dan
As-Sunnah.
Justeru,
dalam sistem syura seseorang khalifah itu juga menggunakan kuasanya berdasarkan
garis panduan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sebagai contoh
seseorang khalifah adalah haram baginya menerima atau memberi rasuah kerana
rasuah dikira sebagai pecah amanah dari segi pemerintahannya. Berbeza sama
sekali dengan sistem demokrasi di mana pemimpin-pemimpin yang berfahaman
demokrasi menggunakan kuasa mereka berdasarkan perlembagaan negara yang di
gubal yang mana perlembagaan yang digubal itu bukan menjadikan asas Al-Quran
dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam pembentukkan perlembagaan negara
tersebut.
Sehubungan
itu, dalam sistem syura khalifah-khalifah diwajibkan menjalankan pemerintahan
atau menggunakan kuasa yang di amanahkan berasaskan prinsip kebenaran dan
keadilan. Dalam sistem demokrasi pula, pemimpin-pemimpin menggunakan kuasanya
adalah untuk kepentingan diri dan rakyat biarpun kuasa yang di gunakan adalah
menjurus ke arah kebatilan, kemaksiatan ataupun kemungkaran. Contohnya,
pemberian lesen kepada individu-individu tertentu dalam kes penjualan arak
secara berleluasa di kawasan yang mana kebanyakan penduduknya adalah orang
islam.
Dari
segi bidang kuasa kehakiman pula, jelas menunjukkan perbezaan yang amat ketara
antara sistem syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura, hakim
memberikan pengadilan berdasarkan keadilan dimana prinsip keadilan itu telah
dijelaskan dalam Al-Quran. Contohnya, seseorang yang telah disahkan bersalah
dan dijatuhkan hukuman maka tiada lagi pertikaian atau rayuan baginya dan
seharusnya hukuman tersebut hendaklah segera dilaksanakan. Berlainan dengan
bidang kuasa kehakiman dalam sistem demokrasi yang mana seseorang hakim boleh
membenarkan seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman untuk
mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan sekiranya diluluskan oleh yang
DiPertuan Agong hukuman tersebut boleh diringankan seperti yang berlaku di
Malaysia.
Oleh
yang demikian, prinsip keadilan dan kebenaran telah dicabuli oleh suatu sistem
yang dirangka mengikut akal fikiran manusia semata-mata. Ini jelas membuktikan
sistem syura yang diamalkan pada zaman Khulafa’ ar-Rasyidin adalah berbeza sama
sekali dengan sistem demokrasi yang diamalkan pada zaman sekarang.
Dari Segi Perundangan
Di
antara sistem syura dan sistem demokrasi, perbezaan yang jelas dan ketara
adalah dari segi sistem perundangannya. Perundangan dalam sistem syura adalah
berdasarkan permesyuaratan yang bersumberkan Al-Quran dan al-Hadis. Manakala
dalam sistem demokrasi pula sistem perundangan adalah berdasarkan kehendak
semasa asalkan mendapat sokongan atau majoriti daripada rakyat dan boleh
berubah dari semasa ke semasa. Dalam sistem demokrasi moden, ianya memiliki dua
corak dalam perundangan. Peraturan yang tetap yang tidak menerima perubahan dan
pertukaran iaitu perlembagaan yang berterusan atau undang-undang perlembagaan.
Keadaan ini tidak dimiliki oleh mana-mana aspek dalam pemerintahan sehingga
kepada majlis ummah dan pimpinan.
Berlakunya
mana-mana perubahan dalam kandungan perlembagaan ini setelah dipersetujui oleh
majoroti orang ramai dengan seluruh aspeknya. Peraturan yang kedua ialah
peraturan yang tunduk kepada perubahan dan pertukaran dengan gabungan suara
majoriti di dalam majlis ummah dan pimpinan atau lembaga kabinet manteri atau
selain daripada itu yakni golongan yang mempunyai wibawa politik di dalam
sesebuah negara. Apa yang penting bagi golongan ini yang mewujudkan peraturan
tidak mempunyai batasan penafsiran undang-undang perlembagaan. Berlakunya
perubahan di dalam lingkungan undang-undang perlembagaan ini tanpa mempunyai
asas yang kukuh. Dengan yang demikian wajib bagi kita untuk menghuraikan
pandangan mengenai pemerintahan dan perundangan dalam Islam yang membezakan
daripada teori-teori demokrasi dan sosialisme moden serta tidak
mencampuradukkan di antara kedua-duanya sebagaimana yang dilakukan oleh para
penulis dan pengkaji Islam dan bukan Islam yang tertentu.
Daripada
aspek bahagian yang tetap di dalam undang-undang, Islam memandangkan bahawa
Allah s.w.t adalah satu-satunya yang menentukan kedudukan syariat yang menjadi
asas-asas pemerintahan, tidak ada hal seorang pun yang lain berhak campurtangan
dalam hal ehwal menggubal syari’at dalam sitem Islam walaupun Rasulullah s.a.w
sekalipun. Manakala daripada aspek kedua iaitu (bahagian yang tunduk kepada
perubahan yang mana sistem tunduk kepadanya). Sebagaimana yang terdapat dalam
sistem-sistem demokrasi dan sosialisme moden, yakni berhubung dengan konsep
majoriti. Apayang dimaksudkan dengan majoriti ialah mengatasi satu perdua
dengan ditambah satu yang mengatasi minoriti iaitu satu perdua kurang satu.
Tunduk kepada pandangan majoriti di dalam aspek menentukan keputusan sehingga
sampai ke tahap hak untuk bersuara di antara majoriti dan minoriti.
Menurut
pandangan politik Islam adalah berbeza dengan apa yang dibawa terdahulu dengan
sistem demokrasi dan sosialisme moden. Pertimbangan dalam meletakkan
undang-undang atau mengubahnya atau mengadakannya ataupun menukar isi
kandungannya serta bentuknya berdasarkan suara majoriti yang di terima oleh
Islam. Sebaliknya Islam bukan sekadar melaksanakan syura atau permesyuaratan di
dalam persoalan pemerintahan dan pentadbiran malah lebih jauh daripada ialah
Islam menekankan kepada mengikuti kebenaran iaitu membataskan kebenaran dengan
kebatilan, di dalam bahagian yang berubah daripada sistem, bukannya
menyenangkan manusia pada tempat-tempat yang berbeza dalam pemerintahan Islam.
Apa
yang menjadi persoalan di sini adalah sama ada Islam juga mementingkan prinsip
kedaultan rakyat dan jika bukan apakah yang menjadi gaya pemikiran politik bagi
sesebuah negara Islam. Bagi menjawab persoalan ini eloklah kita merujuk kepada
pendapat seorang sarjana Islam iaitu Al-Maududi menguasai prinsip negara Islam
iaitu: ‘Istilah yang lebih tepat mengenai sistem politik Islam ialah negara
ketuhanan yang digelar ‘teokrasi’ dalam bahasa Inggeris.’Menurut beliau
teokrasi di dalam sesebuah negara Islam bukanlah bermaksud mengaggungkan
sesuatu kuasa seperti yang dibuat oleh paderi-paderi pada zaman Eropah yang
memerintah secara paksa yang lebih mirip kepada kekuasaan syaitan.
Menurut
Al-Maududi istilah teo-demokrasi adalah lebih tepat bagi sesebuah negara Islam.
Ini adalah kerana di dalam sesebuah negara Islam, rakyat akan memerintah
berlandaskan had-had yang ditentukan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w
Al-Maududi juga telah mengariskan tiga prinsip utama dalam sesebuah negara
Islam iaitu tidak ada orang, golongan atau kumpulan bahawa seluruh penduduk
yang menangi dalam sesebuah negara sekalipun, boleh mendakwa mempunyai
kekuasaan dan kedaulatan. Hanya Allah pemilik kekuasaan dan kedaulatan yang
sebenar semua yang lain adalah hambanya.
Allah
ialah pengubal undang-undang yang sebenar dan kuasa mutlak membuat
undang-undang adalah miliknya. Orang-orang Islam tidak boleh membuat
undang-undang yang bertentangan dan tidak boleh mengubah suai sebarang
undang-undang yang ditetapkan oleh Allah, walaupun semua orang bersetuju mahu
membuat undang-undang lain atau mengubah undang-undang Allah, dan sesebuah
negara Islam mestilah diasaskan di atas hukum yang diwahyukan tuhan dalam
segala sesi dan ruang lingkupnya.
Kerajaan
yang memerintah sesebuah negara Islam hanya boleh ditaati dalam tugasnya
sebagai badan politik yang dibentuk untuk melaksanakan undang-undang Allah,
sekiranya ia melanggar undang-undang yang diturunkan oleh Allah, perintahnya
tidak wajib di taati oleh orang-orang Islam. Kesemua prinsip undang-undang di
atas jelas menunjukkan bahawa rakyat dalam sesebuah negara Islam hanyalah
pelaksana hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah. Rakyat tidak ada alasan
bagi tidak melaksanakan sesuatu hukum Allah dan tidak ada alasan bagi
memansuhkan hukum Allah. Ini adalah berbeza dengan demokrasi berat yang
berlandaskan kekuasaan dan kedaulatan rakyat.
Calon-calon
yang dipilih diberi mandat untuk membuat dan melaksanakan undang-undang di
dalam sesebuah negara. Undang-undang itu pula perlulah selaras dengan kehendak
rakyat. Di dalam demokrasi barat apa-apa undang-undang yang mendapat undian
terbanyak perlu dilaksanakan walaupun ia satu perkara yang buruk dan terkutuk.
Misalnya tabiat minum arak. Walaupun minum arak membahayakan kesihatan namun
melalui undian majoriti, arak boleh dijual dan diminum tanpa batasan.
Di
dalam demokrasi barat juga agama dan politik dipisahkan hingga menyebabkan
rakyat kehilangan nilai-nilai moral dan etika. Akibat persaingan yang wujud
dalam sistem kapitalisme menyebabkan rakyat hilang pertimbangan dan lebih
mementingkan materialisme dan ini mengalpakan mereka daripada membenarkan dan
kebaikan yang hakiki. Sebaliknya di dalam sesebuah negara Islam prinsip syurga
adalah amat dititik beratkan. Ini adalah disebabkan semua negara Islam yang
tegak di atas prinsip ketuhanan dan menguatkan perintah dan hukum-hukum yang
jelas dari Allah dan Rasul dan tidak ada pemimpin Islam atau badan perundangan
yang boleh membuat keputusan tanpa rujukan kepada Al-Quran dan Sunnah.
Namun
ini tidak bermakna bahawa had-had dan sekatan ini memperlihatkan bahawa Allah
mengkongkong manusia daripada berkembang. Allah tidak pernah menghadkan
kebebasan pemikiran dan intelek manusia. Allah menetapkan hak membuat
undang-undang hanya terletak padanya dan bukan bermaksud untuk menyekat
kebebasan manusia. Jadi demokrasi barat yang berlandaskan kekuasaan rakyat
berbeza dengan Islam kerana di dalam demokrasi Islam kedaultan rakyat adalah
mengikut had-had yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah.
Ini
menunjukkan bahawa kebebasan yang ada pada rakyat juga mengikut lunas-lunas
keimanan membebaskan yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah terhad
atas dasar keinginan dan nafsu yang ada pada manusia boleh dipengaruhi oleh
Syaitan. Inilah sebabnya Allah mewujudkan had-had seperti menurut Istilah
Islamnya adalah batas-batas Allah atau Hudud Allah. Sebagai contohnya dalam
ekonomi Allah telah menetapkan beberapa batas yang menurut perintah Allah
seperti zakat harta benda, zakat pendapatan dan pencarian rezeki secara halal.
Akhir
sekali apa yang menjelaskan lagi perbandingan antara pandangan Islam dan
demokrasi liberal ke atas rakyat ialah suara majoriti di dalam masyarakat Islam
yang dibina oleh fahaman taqwa dan keutamaan tidak dapat di hitung oleh
batasan-batasan kebenaran dan pembaikan sosial. Ini adalah selaras dengan ayat
Al-Quran surah al-Ashr ayat 2 dan 3 di bawah yang bermaksud: ‘Sesungguhnya
manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal dengan amalan yang soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati
kebenaran.’
Secara
amnya peraturan yang bergantung kepada pandangan majoriti ummat manusia tidak
akan membawa kebaikan untuk kekalkan masa depan dan tidak mendatangkan
kekecuaian kepada ummah sendiri. Jadi Islam sentiasa membataskan kedaulatan
rakyat berdasarkan peraturan dalam Al-Quran dan Sunnah.
Dari Segi Hak Orang Bukan Islam Dalam Pemerintahan Negara
Islam
Sesungguhnya
dalam sistem pemerintahan atau pentadbiran negara Islam, prinsip keadilan dan
persamaan hak adalah penting dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan
rakyatnya tidak kiralah umat Islam mahupun bukan Islam. Ini dapat dilihat pada
zaman pemerintahan Rasullullah s.a.w yang telah berjaya menubuhkan sebuah
negara Islam yang mengamalkan sistem pemerintahan dan perundangan yang
berasaskan syariat islam.
Semua
rakyatnya mendapat hak yang adil dan saksama. Walaupun menghadapi tentangan
daripada kaum Quraisy Mekah dan gangguan daripada Yahudi dan kaum bukan Islam.
Ia terbentuk berdasarkan sebuah kanun atau perjanjian bertulis iaitu Piagam
Madinah yang telah dibentuk berdasarkan wahyu. Ia mengandungi beberapa fasal
yang melibatkan hubungan antara orang Islam dan bukan Islam dan merangkumi
aspek politik, agama, sosial, ekonomi dan ketenteraan.
Dalam
bidang politik, semua manusia adalah berprinsipkan sama rata dalam Islam.
Sistem pemerintahan yang berasaskan sistem syura adalah tidak sama dengan
sistem demokrasi yang telah dijalankan oleh negara kita sekarang ini. Ia dapat
dliihat dari segi hak dan tanggugngjawab rakyatnya. Melalui sistem syura,
pemimpin dipilih berdasarkan akhlak yang baik,berilmu, adil dan memeiliki
kecerdasan iaitu keupayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang
pemimpin. Rakyatnya yang bernaung di bawah pemerintahan ini seharusnya taat
terhadap pemerintahan negara. Selain mempunyai tanggungjawab, mereka juga
mempunyai hak tertentu, tidak kiralah golongan Islam mahupun bukan Islam.
Dalam
sistem syura orang bukan Islam boleh mengeluarkan suara memberi pendapat
mereka. Sungguhpun begitu, mereka tidak berhak campur tangan dalam pentadbiran
orang Islam. Contohnya menjawat jawatan ketua dalam bidang tertentu seperti
pendidikan, kewangan dan lain-lain lagi. Golongan ini hanya berhak menjadi
wakil kepada kaumnya sahaja serta bertugas untuk menjaga kepentingan kaumnya.
Dalam menjaga kepentingan kaumnya mereka boleh mengemukakan permasalahan yang
dihadapi oleh kaumnya untuk dibincangkan bersama untuk diselesaikan. Mereka
juga boleh meminta peruntukkan kewangan daripada majlis syura. Selain dari itu
juga, mereka boleh meminta majlis syura meluluskan adat-adat keagamaan kaumnya
sebagai menjaga hubungan sosial antara kaum.
Dengan
ini, jelaslah menunjukkan dalam teori politik Islam konsep kerajaaan adalah
terhad. Golongan bukan Islam juga harus dilindungi kepentingannya seperti
hartanya, nyawanya, dan lain-lain lagi dari bahaya.Walaupun mereka bukan dari
agama Islam mereka adalah tergolong dalam rakyat yang bernaung dan tunduk serta
patuh dibawah pemerintahan Islam
Dalam
pemerintahan yang berasaskan demokrasi pula, golongan bukan Islam ini mempunyai
hak yang sama dengan golongan orang Islam. Golongan bukan Islam ini berhak
campur tangan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan. Mereka bebas untuk
bersuara dan menjadi pemimpin dalam bidang pentadbiran seperti kewangan, pendidikan
dan lain-lain lagi.
Ia
jelas sekali berbeza dengan sistem syura dimana golongan ini tidak terhad untuk
menjadi wakil dan menjaga kepentingan kaumnya sahaja, malah mereka berhak untuk
menjadi pemimpin kepada orang Islam. Contohnya ialah seperti bidang pendidikan,
ekonomi, kewangan dan lain-lain lagi. Sebagai kesimpulannya jelaslah
sistem syura adalah sejenis corak sistem pemerintahan yang adil dan menjaga
hak-hak serta bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan rakyatnya. Ini dapat
dilihat pada zaman pemerintahan khalifah Umar Abd Khattab dimana dibawah sistem
syura tentera Islam tidak dibenarkan merampas tanah-tanah orang bukan Islam
dikawasan yang baru ditakluki. Kita juga boleh mengambil iktibar daripada
peristiwa pengadilan yang dijalankan terhadap tawanan Yahudi bani Quraisy.
Pengadilan ini dijalankan berdasarkan sistem syura.
Kesimpulan
Kesimpulan
yang dapat dibuat di sini adalah sistem syura dan sistem demokrasi adalah dua
sistem yang berbeza. Perbezaan yang terdapat pada kedua-dua sistem ini dapat
dibezakan dari segi definisi, pemilihan khalifah/pemimpin, bidang kuasa,
perundangan dan hak bersama. Berdasarkan aspek-aspek ini demokrasi di dalam
Islam telah mengariskan beberapa ciri demokrasi Islam kebebasan mengikut had
undang-undang, kesamarataan di sisi undang-undang, kerajaan melalui persetujuan
dan permusyawaratan dan proses pembuatan keputusan yang dimaklumkan melalui
perbatasan perlembagaan. Undang-undang dalam negara Islam adalah berdasarkan
sumber undang-undang Allah. Manakala undang-undang demokrasi liberal adalah
berbentuk sekular. Ini termasuklah mengenai kedaulatan rakyat.
Undang-undang
Islam juga dianggap sebagai satu nusus yang dianggap sah secara berkekalan.
Mana-mana individu tidak berhak menggubalnya. Manakala di dalam demokrasi barat
tidak ada undang-undang yang sah secara berkekalan dan boleh berubah-ubah. Ini
menunjukkan bahawa rakyat di dalam negara Islam adalah tertakluk kepada
pembatasan dan undang-undang Allah manakala bagi rakyat di sebuah negara
demokrasi barat rakyat bebas menggubal undang-undang dan diluluskan oleh
kabinet.
Akhir
sekali, demokrasi berprinsip kedaulatan rakyat adalah berbeza dengan sebuah
negara demokrasi Islam kerana rakyat dalam sebuah negara demokrasi Islam
mempunyai perbatasan dan undang-undang yang wajib diikuti iaitu berlandaskan
Agama. Manakala di sebuah negara demokrasi barat perlembagaan dan agama dua
sistem yang diasingkan.
Pembangunan
Masyarakat Zaman Awal Pentadbiran Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq
Pentabdiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan
kesinambungan zaman pentadbiran Rasulullah s.a.w. Pada waktu itu, aspek
kemiskinan biasanya dilihat dengan kacamata prasangka dan prejudis, seolah-olah
tidak ada langsung kebaikan di dalam kemiskinan. Tetapi sebenarnya kemiskinan
diteliti dengan baik sangka, objektif dan terbuka. Penulis berhasrat memahami
semula erti dan hikmah kemiskinan dengan menggali dan meneliti nas-nas Islam,
serta mengkaji dan menganalisis kewujudan kemiskinan dalam sejarah kehidupan
umat Islam. Dari penemuan-penemuan ini, erti dan fungsi sebenar kemiskinan
diharap dapat ditemui, kumpulan sasaran sebenar diharap dapat dikenalipasti,
dan satu model pengurusan kemiskinan secara Islam diharap dapat dibentuk.
Makna pembangunan mengikut Islam sangat luas dan holistik,
mencakupi hampir keseluruhan aspek hidup manusia. Bercakap tentang pembangunan
hampir sama dengan bercakap tentang cara hidup manusia. Oleh kerana Islam itu
adalah cara hidup, dan Rasulullah s.a.w merupakan model utama dalam
merealisasikan cara hidup itu, maka adalah tidak mudah bagi buku sependek ini
untuk mencakupi keseluruhan perkara yang patut dibincangkan.
Persoalan kemiskinan dan kekayaan ini penting kerana
sekurang-kurangnya dua sebab. Pertama, sama ada di kalangan pemikir bukan Islam
atau pemikir Islam masa kini, kemiskinan dan kekayaan seringnya dijadikan
pengukur kepada pembangunan. Bagi hampir kesemua mereka, kemiskinan bererti
kemunduran, manakala kekayaan bererti pembangunan. Kemiskinan oleh itu mesti
dibasmi dan kekayaan oleh itu mesti diusahakan.
Bagi mereka, kemiskinan merupakan salah satu komponen dalam
rangkaian petanda kemunduran, selain ketidaksamarataan dan pengangguran. Ia
dikatakan boleh menimbulkan beberapa ‘masalah terbitan’ seperti rosak akidah,
rendah etika dan akhlak, terganggu fikiran, memecahbelahkan keluarga, dan
membahayakan negara dan masyarakat. Membasmi kemiskinan oleh itu dianggap sama
dengan mempertahankan maruah. Kemiskinan mesti dibendung dan disekat kerana
Islam dikatakan memeranginya. Malah kemiskinan mesti dibunuh kerana ia boleh
menjejaskan martabat keinsanan. Oleh sebab negatifnya kemiskinan, umat Islam
mesti berkecimpung di dalam aktiviti yang boleh melepaskan diri mereka dari
kemiskinan dan membawa mereka kepada kekayaan, seperti berkecimpung di dalam
bidang ekonomi, perniagaan, perdagangan, perindustrian dan sebagainya.
Kedua, walaupun pemikir pembangunan masa kini mempamerkan
sikap anti-miskin, sejarah membuktikan bahawa kemiskinan dan kekayaan telah
wujud iring-mengiringi pada zaman Rasulullah s.a.w dan zaman awal pentadbiran
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Pada zaman pentadbiran Rasulullah s.a.w, baginda
sendiri tidak merestui hasrat Tsa’labah bin Hatib yang miskin untuk
menjadi kaya, manakala ahlus-suffah pula dibiarkan terus tinggal
dalam keadaan miskin tanpa ditegur Rasulullah s.a.w tentang kemiskinan mereka.
Tetapi pada masa yang sama, Rasulullah s.a.w mahu sahabat yang kaya seperti
Abdul Rahman bin ‘Auf terus tinggal dalam keadaan kaya.
Kalau kemiskinan bererti keberunduran, kemunduran dan
kekayaan bererti pembangunan, kenapa Rasulullah s.a.w mencampur-adukkan keadaan
masyarakat ketika itu antara kemiskinan dengan kekayaan, antara keberunduran
dengan pembangunan? Inilah yang berlaku juga pada zamanpentadbiran Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq. Jawapan kepada persoalan ini sangat menarik untuk dicari
kerana masyarakat binaan Rasulullah s.a.w merupakan model masyarakat yang mesti
diikuti. Tentu ada rahsia di sebalik sikap Rasulullah s.a.w itu. Dengan jawapan
itu dapatlah kewujudan kemiskinan dan kekayaan pada masa kini dimanfaati
sepenuhnya sepertimana dimanfaati oleh masyarakat pada zaman Rasulullah s.a.w
dan zaman Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq.
Kemiskinan
Dan Kekayaan Zaman Awal Pentadbiran Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq
Struktur masyarakat pada zaman awal pentadbiran Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq terbentuk oleh kedua-dua golongan kaya dan miskin. Mereka
hidup bersama, iring-mengiringi. Saiyidina Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin
Auf dan Abu Talhah umpamanya mewakili golongan kaya. Saiyidina Ali Abu Thalib
dan anaknya Siti Fathimah serta para sahabat yang digelar ahlus-suffah mewakili
golongan miskin. Walau berbeza status dalam konteks material ini, mereka hidup
secara harmoni dan menjalankan fungsi masing-masing, dengan sikap mereka yang
unik.
Pada zaman awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
itu, golongan miskin yang paling tertonjol ialah golongan yang dikenali
sebagai ahlus-suffah. Mereka ini
terdiri dari dua kumpulan. Pertama ialah orang-orang Muhajirin seperti Abu
Hurairah r.a, Abu Dzar Al-Ghafiri r.a dan Bilal ibn Rabah r.a. Kedua ialah
orang-orang Ansar yang ingin hidup zuhud walaupun mampu tidak berbuat begitu
serta mempunyai rumah sendiri di Madinah, seperti Kaab ibn Malik Al-Ansari,
Hanzalah ibn Abu Amir al-Ansari, dan Harithah ibn al-Nu’man al-Ansari.
Kedua-dua kumpulan ini kadangkala disertai juga oleh
delegasi yang datang kepada Rasulullah s.a.w suatu ketika dulu untuk
mengisytiharkan keislaman mereka dan taat kepada basginda. Oleh kerana ahlus-suffah ini
bercampur antara pelbagai puak, mereka dipanggil al-Awfad yang
bererti orang bercampur. Penghubung di kalangan mereka ialah Abu Hurairah r.a.
Apabila Rasulullah s.a.w mahu memanggil mereka, Abu Hurairahlah yang diarah
berbuat begitu kerana beliau mengenali mereka dan taraf mereka dalam ibadah dan
jihad.
Tempat tinggal ahlus-suffah ini ialah
di As-Suffah yang bermaksud pelantar yang ditinggikan atau pangkin,
terletak di serambi masjid Nabi. Ia juga dikenali sebagai Al-Zillah, yang
bermaksud pelindung. Tempat ini telah dibina atas arahan Rasulullah s.a.w
sendiri, setelah kiblat bersembahyang diperintah Allah s.w.t bertukar dari
Baitulmuqaddis ke Kaabah di Mekah. Dengan pertukaran geografi ini, dinding bagi
kiblat pertama menjadi dinding belakang Nasjid Nabi. Rasulullah s.a.w
memerintahkan agar di atasnya dibina siling lalu kemudiannya
dipanggil As-Suffah atau Al-Zillah itu.
Mengikut Ibn Jubayr pula, As-Suffah ini merujuk
kepada sebuah rumah di hujung Quba’di mana ahlus-suffah tinggal
beramai-ramai. Mengikut al-Samhudi, rumah itu dikenali sebagai As-Suffah apabila ahlus-suffah
berpindah ke situ. Besarnya tidak dapat dipastikan, tetapi mengikut Muslim,
Rasulullah s.a.w pernah menggunakannya untuk jamuan perkahwinan yang dihadiri
oleh 300 orang. Sebahagian mereka duduk di satu daripada bilik-bilik yang
berdekatan dengan masjid, yang menjadi kepunyaan isteri-isteri Rasulullah
s.a.w.
Dari kacamata kebendaan, kehidupan ahlus-suffah ini
adalah sangat dhaif. Mereka sering kelaparan dan tidak mempunyai tempat tinggal
kecuali tinggal beramai-ramai di As-Suffah. Mereka tidak mempunyai pakaian
yang cukup untuk melindungi diri mereka dari kesejukan atau untuk menutup diri
mereka. Malah tidak seorang pun dari mereka yang mempunyai set pakaian yang
lengkap.
Mereka tidak mempunyai jubah dan terpaksa mengikat pakaian
atau jubah di leher, atau terpaksa membungkus diri mereka dalam pakaian yang
lain. Sebahagian mereka hanya mempunyai pakaian yang menutup hingga ke paras
lutut, dan yang lain-lainnya pula mempunyai pakaian yang tidak mencecah paras
tumit. Mereka biasanya memakai hawtikiyyah yang menutupi
kepala mereka. Pendeknya ahlus-suffah ini bolehlah
dikategorikan sebagai golongan fakir, atau mengikut istilah pembangunan masa
kini, golongan miskin mutlak.
Walaupun ahlus-suffah ini miskin dan
dhaif, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sangat menyayangi dan mengambil berat
tentang mereka. Beliau sendiri menjaga kebajikan mereka. Seperti Rasulullah
s.a.w lakukan, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq juga menjual tawanan-tawanan dan
menggunakan wangnya untuk ahlus-suffah.
Seperti Rasulullah s.a.w, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
juga selalu menziarahi ahlus-suffah, melihat bagaimana diri mereka,
dan melawat jika ada antara mereka yang sakit. Beliau selalu duduk bersama-sama
mereka, menasihatkan mereka, menenangkan mereka, mengingati tentang hak-hak
agama, memberitahu mereka kisah-kisah teladan, menunjuk ajar mereka membaca dan
belajar Al-Quran, untuk berzikir kepada Allah s.w.t, untuk merenungkan hari
akhirat dan menggalakkan mereka menjauhi dunia dan kesenangannya.
Jika ada orang memberi sedekah, beliau akan hantar
kesemuanya kepada ahlus-suffah. Jika ada orang memberi hadiah,
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq akan berkongsi dengan mereka. Pendeknya, seperti
juga Rasulullah s.a.w, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq juga tidak pernah mengetepikan ahlus-suffah,
malah mereka sentiasa berada di dalam fikiran beliau.
Di samping ahlus-suffah dan para sahabat
yang miskin ini, terdapat pula ramai sahabat yang kaya. Antaranya ialah Abu
Talhah yang paling banyak memiliki kebun kurma di kalangan semua orang-orang
Ansar yang tinggal di Madinah, Saiyidina Uthman bin Affan yang lahir dari
keluarga yang mewah dan kaya raya yang kemudiannya mewarisi dan menyambung
kekayaan itu melalui perniagaan, dan Abdul Rahman bin Auf yang pakar dalam
perniagaan dan mendapat kekayaan dengan daya usahanya sendiri.
Kalau dilihat secara sepintas lalu, dengan wujudnya dua
golongan yang berbeza ini, terasa semacam masyarakat Islam pada zaman
Rasulullah s.a.w ini mempunyai perbezaan status kebendaan yang amat ketara. Di
satu pihak terdapat para sahabat yang amat miskin manakala di satu pihak yang
lain terdapat para sahabat yang kaya.
Dari pandangan teori pembangunan lazim, terutamanya teori
radikal yang bertunjang kepada falsafah marxisme dan lebih-lebih lagi falsafah
neo-marxisme, perbezaan status kebendaan begini boleh menjadi benih konflik
kelas dan kemelut masyarakat yang cukup subur. Tetapi dalam kes masyarakat
Madinah zaman Rasulullah s.a.w dan zaman awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq, masalah ini ternyata tidak berlaku. Mereka tidak terpisah dan tidak
berkonflik hanya atas dasar status harta.
Sebaliknya mereka bersatu sebagai sebuah masyarakat yang
masing-masing anggotanya berfungsi secara saling membantu dan memerlukan.
Berbeza dengan masyarakat masa kini, perbezaan mereka menjadi penyebab mereka
hidup dalam keadaan harmoni, bukan dalam keadaan berkonflik. Hal sedemikian
berlaku disebabkan wujudnya sifat-sifat unik yang ada pada kedua-dua golongan
miskin dan kaya ini.
Sifat
Orang Miskin Zaman Awal Pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
Sifat utama orang-orang miskin pada zaman Rasulullah s.a.w
dan zaman awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, selain dari mempunyai
iman dan takwa yang tinggi sebagai tunjang, ialah penyabar, tidak meminta-minta
dan tidak menyusahkan masyarakat. Penghubung ahlus-suffah Abu
Hurairah r.a. misalnya, walaupun kelaparan hingga pengsan dan orang menyangka
beliau mengidap penyakit sawan, tidak pernah meminta-minta secara langsung.
Beliau hanya membuat kiasan. Umpamanya, setelah beliau
tersangat lapar kerana tidak makan berhari-hari, Abu Hurairah menanti para
sahabat, bercakap-cakap dengan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dan kemudiannya
dengan Saiyidina Umar Al-Khattab, dengan harapan mereka akan mengajak beliau ke
rumah seperti biasa dan akan dijamu dengan makanan.
Seperti Rasulullah s.a.w, walaupun juga miskin, Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq sentiasa peka dan memahami tentang keperluan ahlus-suffah ini
dan memenuhinya sekadar yang terdaya, walaupun mereka tidak meminta-minta.
Paling tidak, beliau memberikan sejumlah kurma untuk dua orang setiap hari
kerana kurma adalah merupakan makanan utama mereka seperti mana yang dilakukan
oleh Rasulullah s.a.w.
Kadang-kadang Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq memberikan
mereka susu, atau jashishah (tepung dimasak dengan daging atau
kurma), hisah (diperbuat daripada kurma, tepung dan mentega), barli
panggang, atau tharid (hidangan
roti yang dicecahkan dengan kuah, daging dan bubur). Oleh kerana
makanan-makanan ini adalah makanan-makanan sederhana, Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq sentiasa memohon maaf kepada ahlus-suffah.
Sifat Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq ini bukan sahaja
mempamerkan tanggungjawab pemimpin memahami dan memenuhi keperluan pengikutnya,
tetapi juga merupakan manifestasi bagaimana yang dilkukan oleh Rasulullah
s.a.w, sebagai orang miskin, membantu sesama mereka yang miskin. Walaupun
beliau dan keluarganya sendiri sering keputusan makanan, namun tugasnya
bersedekah kepada orang-orang miskin yang lain seperti ahlus-suffah ini
tidak pernah diabaikannya.
Hal sedemikian juga sering dilakukan oleh Saiyidina Ali Abu
Thalib dan Siti Fathimah suami isteri, walaupun mereka sendiri hidup dalam
kemiskinan. Saiyidina Ali pernah melucutkan cincin perak dari jarinya dan
mencampakkannya kepada seorang peminta sedekah yang datang kepadanya, walaupun
beliau ketika itu sedang sibuk mendirikan sembahyang.
Beliau berbuat demikian kerana takut peminta sedekah itu
berlalu tanpa mendapat apa-apa, sebelum beliau selesai sembahyang. Dalam satu
peristiwa yang lain pula, setiap hari, selama tiga hari berturut-turut,
Saiyidina Ali dan Siti Fathimah menyedekahkan kepada orang-orang miskin yang
datang meminta di rumahnya makanan yang sepatutnya mereka makan untuk berbuka
puasa nazar.
Hari pertama mereka menyedekahkan makanan yang disediakan
untuk berbuka itu kepada seorang miskin yang sudah beberapa hari tidak makan,
hari kedua kepada seorang anak yatim yang sudah berpusing-pusing meminta
makanan tetapi tidak mendapatkannya, dan hari ketiga kepada seorang tawanan.
Oleh kerana makanan untuk mereka berbuka itu disedekahkannya, Saiyidina Ali dan
Siti Fathimah sendiri tinggal kelaparan tiga hari berturut-turut itu.
Allah s.w.t memuji sikap Saiyidina Ali dan Siti Fathimah
ini melalui firman-Nya: ‘Mereka menunaikan nazar dan takut hari yang siksanya
merata di mana-mana. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang
miskin, anak yatim dan orang tawanan. Sesungguhnya Kami memberi makan kepada
kamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, tidak mengharapkan balasan
dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami amat takut
(azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam
penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan
memberikan kepada mereka kejernihan wajah dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi
balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian)
sutera.’
Orang-orang miskin dan ahlus-suffah yang lain pula,
walau dalam keadaan kekurangan makanan, tidak gelojoh dan selalu memastikan
bahawa mereka tidak makan makanan lebih dari sahabat miskin yang lain. Misalnya
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, apabila mereka berkumpul untuk makan kurma,
jika seorang telah makan dua biji kurma, dia akan berkata kepada sahabatnya:
‘Aku telah makan dua biji kurma, jadi makanlah dua biji juga.’ Hal ini
dilakukan supaya dia tidak makan lebih daripada sahabat-sahabat ahlus-suffah yang lain.
Selain dari itu, orang-orang miskin pada zaman awal
pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq juga hidup tanpa mahu bergantung
dengan orang lain. Contoh paling terkemuka ialah kes Abdul Rahman bin ‘Auf.
Ketika mula-mula berhijrah ke Madinah, beliau boleh dianggap seorang miskin
kerana tidak mempunyai apa-apa harta. Atas dasar kasih sayang dan persaudaraan
yang mendalam, beliau ditawarkan oleh saudara Ansarnya Saad ibn al-Rabi’ (yang
dibentuk melalui sistem mu’akhah) bukan sahaja dengan kekayaan,
tetapi juga dengan mana-mana isterinya yang dipilih Abdul Rahman.
Tawaran Saad kepada Abdul Rahman bin ‘Auf yang masyhur itu
berbunyi begini: ‘Aku mempunyai kekayaan yang aku akan bahagikan dua antara
kamu dan aku. Aku mempunyai dua isteri. Pilihlah mana-mana yang kamu berkenan,
dan aku akan menceraikannya supaya kamu boleh mengahwininya.’
Tetapi Abdul Rahman bin ‘Auf, dengan mempamerkan sifat
ketidak-bergantungannya, menjawab begini: ‘Mudah-mudahan Allah memberkati
isteri-isteri dan kekayaanmu untuk dirimu. Tunjukkanlah aku pasar.’ Apabila
Abdul Rahman kembali dari pasar, beliau membawa mentega dan keju, yang
merupakan keuntungannya untuk hari itu. Abdul Rahman bin ‘Auf juga kemudiannya
berkahwin sendiri dengan seorang wanita Ansar.
Sikap Abdul Rahman bin ‘Auf ini mempamerkan yang beliau
mempunyai harga diri dan tidak mengambil peluang mengeksploitasi saudaranya
serta dapat membina kehidupannya sendiri. Dengan kemahirannya dalam perniagaan,
beliau ternyata kemudiannya menjadi seorang Islam yang kaya, yang enggan
menerima apa-apa kecuali menjadi orang yang tangannya sentiasa memberi.
Manakala Saad ibn ‘Rabi’ pula mempamerkan tahap
pengorbanannya yang tinggi serta sikapnya yang penyayang dan pemurah, dan tidak
pentingkan diri. Begitulah antara lain bagaimana wujudnya hubungan harmonis
antara anggota masyarakat pada zaman Rasulullah s.a.w, walaupun mereka berbeza
darjat kebendaan.
Sifat
Orang-Orang Kaya Zaman Awal Pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
Di samping orang-orang miskin yang mempunyai sifat
penyabar, tidak meminta, tidak menyusahkan masyarakat dan tidak bergantung
hidup kepada orang lain, orang-orang kaya pada zaman awal pentadbiran Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq pula, selain dari iman dan takwa yang tinggi sebagai
tunjang, mempunyai sifat pemurah, suka memberi dan gemar membantu.
Misalnya, Abu Talhah telah mewakafkan taman Bayruha yang
paling disayanginya, yang terletak berhadapan Masjid Nabi. Pengorbanan ini
dilakukan atas dasar akidah yang kuat, yang ingin patuh kepada perintah Allah
s.w.t secepat dan sepenuh mungkin. Hal ini juga dilakukan lantaran turunnya
wahyu berkenaan dengan maksud kebaktian yang sempurna sebagaimana tercatat
dalam surah Ali Imran ayat 92.
Apabila turunnya wahyu ini, Abu Talhah berkata kepada
Rasulullah s.a.w: ‘Wahai Rasulullah s.a.w, Allah s.w.t berfirman: ‘Kamu
sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna), sebelum kamu
menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai...’ dan harta yang paling aku
sayangi ialah taman Bayruha, jadi aku sedekahkannya pada jalan Allah dan
berharap akan mendapat kebaikan daripadanya dan diterima oleh Allah. Oleh itu,
ya Rasulullah s.a.w, buatlah mengikut apa yang Allah perintahkan kepadamu.’
Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Itu adalah harta yang
mengeluarkan hasil! Aku telah mendengar apa yang kamu katakan dan aku fikir
kamu patut membahagikannya di kalangan kaum kerabatmu.’
‘Aku akan berbuat begitu, ya Rasulullah s.a.w,’ kata Abu
Talhah.
Selain dari Abu Talhah, Saiyidina ‘Uthman bin Affan juga
banyak mengorbankan hartanya untuk masyarakat Islam amnya dan untuk orang-orang
miskin khususnya. Antara lain, beliau telah memberi sedekah gandum, minyak dan
kismis yang dibawa oleh 1,000 ekor unta kepada orang Islam yang miskin ketika
krisis ekonomi melanda Madinah semasa pemerintahan Khalifah Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq .
Walaupun pedagang-pedagang Madinah ingin membelinya dengan
harga lima kali ganda daripada harga asal sebagai keuntungan, Saiyidina ‘Uthman
menolaknya. Sebaliknya beliau tetap berkongsi dengan orang-orang miskin kerana
beliau yakin bahawa Allah s.w.t akan memberi sepuluh kali ganda daripada
nilainya.
Beliau juga telah mewakafkan umat Islam sebuah perigi yang
bernama Bir Ruumah yang sangat jernih dan bagus airnya yang dibelinya
dari seorang Yahudi ketika umat Islam sukar mendapatkan air dan derita dengan
musim kemarau yang amat sangat. Selain itu, Saiyidina Uthman bin Affan juga
pernah membiayai keseluruhan bala tentera Islam yang akan berangkat menentang
tentera Rom dengan hartanya berjumlah 700 uqiyah emas.
Abdul Rahman bin ‘Auf pula, mengikut Sa’ad bin Ibrahim dari
cerita keluarganya, pernah membahagikan kesemua hasil penjualan bahagian
hartanya dari ghanimah (harta
rampasan) perang Bani An-Nadhir berjumlah 40,000 dinar kepada para isteri
Rasulullah s.a.w. Abdul Rahman bin ‘Auf juga, menurut Az-Zuhri, pernah
bersedekah dari hasil perniagaannya dengan separuh hartanya, yakni berjumlah
40,000 dinar dan selepas itu menyedekahkan sebanyak 500 kenderaan untuk
digunakan di dalam perang fisabilillah.
Menurut Anas bin Malik, Abdul Rahman bin ‘Auf juga
menyedekahkan pada jalan Allah s.w.t sejumlah tujuh ratus unta dengan muatannya
sekali yang baru sampai dari Syam apabila mendapat tahu daripada Saiyidatina
Siti Aisyah tentang sabda Rasulullah s.a.w bahawa beliau melihat Abdul Rahman
masuk syurga dengan merangkak. Ibnu Abbas r.a. juga pernah menceritakan tentang
Abdul Rahman bin ‘Auf menyerahkan seluruh kafilahnya yang baru sampai dari Syam
untuk disedekahkan.
Pengorbanan harta yang sebegini terhadap Islam,
masyarakatnya dan orang-orang miskin bukan sahaja dilakukan oleh orang-orang
kaya, malah mereka yang hanya sekadar mampu juga turut melakukannya. Misalnya
kesemua 70 orang Ansar yang digelar al-Qurra’ (penghaf Al-Quran, yang
kemudiannya syahid di Bi’r Ma’unah) juga turut membantu ahlus-suffah dan
orang-orang miskin dengan membelikan makanan untuk ahlus-suffah dengan
hasil mereka mengangkat air ke masjid, memotong kayu dan menjualnya.
Selain dari Al-Qurra’ ini, anggota masyarakat zaman
awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang mempunyai kebun kurma pula
menggantung gugus-gugus kurma di tali yang diikat di antara dua tiang di masjid
sebagai sedekah kepada ahlus-suffah dan
orang-orang miskin.
Kewujudan
Kemiskinan Dan Kekayaan
Jelas bahawa para sahabat dan ahli masyarakat pada zaman
awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah hidup bersatu secara
harmonis walaupun status kebendaan mereka berbeza. Punca utamanya ialah kerana
mereka bersatu dengan intimnya dalam akidah serta iman dan takwa. Atas sebab
itu, mereka boleh hidup tolong menolong, bekerjasama dan bantu membantu.
Seperti yang berlaku pada zaman pentadbiran Rasulullah
s.a.w, zaman awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq juga berlaku
perkara yang sama di mana orang kaya memberi manakala orang miskin tidak
meminta. Orang kaya mendapat peluang berkhidmat kepada orang miskin dan oleh
itu mendapat ganjaran dari Allah s.w.t, manakala orang miskin mendapat peluang
bersyukur di samping mendapat anugerah istimewa dari Allah s.w.t. Antara satu
sama lain, ada manfaat yang didapatinya.
Orang-orang kaya dan mereka yang mampu berlumba-lumba membuat
kebajikan kerana yakin bahawa semua itu akan dinilai Allah s.w.t. Antara lain,
mereka masih ingat akan sabda baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ‘Sesiapa
yang melepaskan dari seorang Mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan
dunia, pasti Allah akan melepaskan darinya suatu kesusahan-kesusahan Hari
Kiamat.’ (Riwayat Abu Hurairah).
‘Dan barangsiapa yang mengusahakan keperluan saudaranya,
pasti Allah s.w.t akan mengusahakan keperluannya.’ (Riwayat Imam Ahmad).
Bantu membantu ini pula adalah merupakan salah satu syarat
berimannya seseorang itu. Sabda Rasulullah s.a.w: ‘Perumpamaan orang beriman
sesamanya, cinta-mencintai, sayang-menyayangi dan bantu-membantu antara
sesamanya, seumpama satu tubuh. Apabila salah satu anggota sakit, anggota yang lain
akan turut merasainya sama.’ (Riwayat Muslim).
Bagi orang-orang kaya yang membantu dan pemurah, Rasulullah
s.a.w bersabda: ‘Yang menolong saudaranya, Tuhan akan menolongnya.’ (Riwayat
Al-Tirmidzi dan Imam Ahmad).
‘Allah akan menolong hamba-Nya selagi hamba-Nya menolong
saudara-saudaranya,’ (Riwayat Al-Tirmidzi dan Abu Dawud).
Bagi orang-orang miskin pula, berdasarkan kepada hadis dan
pandangan ulama muktabar, sekurang-kurangnya ada empat keistimewaan yang
dianugerahkan kepada orang-orang miskin: pertama, mereka akan berada bersama
Rasulullah s.a.w kerana kemiskinan merupakan perkara yang sentiasa didoakan
oleh Rasulullah s.a.w.; kedua, kemiskinan merupakan syiar atau lambang
orang-orang soleh dan solehah; ketiga, kemiskinan merupakan sebab untuk mendapat
kasih sayang Allah s.w.t; dan keempat, kemiskinan merupakan sebab Allah
anugerahkan ganjaran istimewa di akhirat.
Bagi keistimewaan pertama, doa-doa Rasulullah s.a.w berikut
membuktikannya: ‘Hidupkanlah aku dalam keadaan miskin dan matikanlah aku dalam
keadaan miskin.’
‘Wahai Allah Tuhanku, hidupkanlah aku miskin, matikanlah
aku miskin, dan kumpulkanlah aku (di padang mashsyar) dalam golongan
orang-orang miskin.’
Abullaits Assamarqandi juga pernah berkata: Abu Jaafar
meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a. berkata: ‘Hai manusia,
jangan sampai kesukaran itu mendorong kamu untuk mencari rezeki dari yang haram
sebab aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Ya Allah, matikan aku
sebagai orang fakir miskin, dan jangan dimatikan aku kaya, dan kumpulkan aku
dimashsyar dalam rombongan orang-orang miskin pada hari qiamat, maka
sesungguhnya yang amat celaka ialah orang yang miskin di dunia dan tersiksa di
akhirat.’
Malah sebelum Rasulullah s.a.w pun, ada Nabi-Nabi yang
gemar kepada kemiskinan. Imam Ghazali menceritakan bahawa Nabi Isa a.s berkata:
‘Bahawa aku lebih mencintai kemiskinan dan memarahi kenikmatan.’ Nabi Isa a.s.
paling suka apabila baginda dipanggil ‘Hai orang miskin!’
Bagi keistimewaan kedua pula, yakni kemiskinan merupakan
syiar orang-orang soleh dan solehah, Imam Ghazali berkata: ‘Kaabul-ahbar
berkata: ‘Allah s.w.t berfirman kepada Musa a.s: ‘Hai Musa! Apabila engkau
melihat kefakiran itu menghadap kepada engkau, maka katakanlah: ‘Selamat datang
kepada syi’ar orang-orang yang soleh.’
Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda: ‘Apabila engkau
melihat kefakiran datang menghadap kepada engkau, maka katakanlah: ‘Selamat
datang kepada lambang orang-orang soleh. Dan apabila engkau melihat kekayaan
datang menghadap kepada engkau, maka katakanlah: ‘Dosa yang disegerakan
siksaannya.’
Bagi keistimewaan ketiga pula, yakni kemiskinan merupakan
sebab mendapat kasih sayang Allah s.w.t, Abdullah bin Umar Al-Khattab r.a.
misalnya berkata: ‘Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Sesungguhnya makhluk yang
sangat dikasihi oleh Allah ialah orang yang fakir miskin, sebab manusia yang
amat dikasihi Allah ialah para Nabi, maka Allah menguji mereka dengan kefakiran
kemiskinan.’
Nabi Musa a.s. bertanya kepada Tuhan: ‘Hai Tuhanku,
siapakah kekasih-Mu dari makhluk-Mu, sehingga aku cintai mereka kerana-Mu?’
Maka Allah s.w.t berfirman: ‘Setiap orang fakir.’
Dan akhir sekali, bagi keistimewaan keempat, yakni
kemiskinan merupakan sebab mendapat anugerah istimewa Allah di akhirat,
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Akan masuk syurga umatku yang fakir sebelum yang
kaya dengan lima ratus tahun.’
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari
Anas bin Malik r.a. berkata: ‘Orang-orang faqir mengutus utusan mereka kepada
Rasulullah s.a.w. maka berkata: ‘Ya Rasulullah s.a.w, aku utusan orang-orang
faqir kepadamu. Jawab Rasulullah s.a.w: Selamat datang kepadamu dan kepada
orang-orang yang mengutusmu, engkau datang dari orang-orang yang dicinta oleh
Allah. Utusan itu berkata: Ya Rasulullah s.a.w, orang-orang miskin berkata:
Bahawa orang-orang kaya telah memborong semua kebaikan, mereka berhaji dan kami
tidak dapat, dan mereka sedekah sedang kami tidak dapat, dan jika sakit mereka
mengirim wang untuk tabungan mereka.’
Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Sampaikan kepada orang faqir
daripadaku: Bahawa siapa yang sabar dari kamu akan mengharap pahala dari Allah.
Maka beliau akan mendapat tiga macam yang tidak boleh didapat oleh orang-orang
yang kaya-kaya. Pertama, di dalam syurga ada kamar dari yaqut yang merah, orang-orang
syurga melihat tempat itu sama dengan orang dunia jika melihat bintang di
langit, tidak dapat masuk ke situ kecuali Nabi yang fakir atau orang yang mati
syahid yang fakir atau seorang mukmin yang faqir. Kedua, orang faqir akan masuk
syurga sebelum orang kaya sekadar setengah hari iaitu sekira lima ratus tahun,
mereka bersuka-suka dengan bebas leluasa, dan Nabi Sulaiman bin Daud a.s. akan
masuk sesudah Nabi-Nabi yang lainnya sekira empat puluh tahun disebabkan oleh
kerajaan yang diberikan Allah kepadanya. Ketiga, jika seseorang faqir membaca: Subhanallah walhamdulillah walaa ilaha
illallah wallahu akhbar dengan tulus ikhlas, dan orang kaya membaca itu,
maka orang kaya itu tidak dapat mengejar orang faqir meskipun ditambah dengan
sedekah sepuluh ribu dirham. Demikian amal-amal kebaikan yang lain-lainnya.
Maka kembalilah utusan itu memberitahu kepada orang-orang faqir apa yang
disabdakan Rasulullah s.a.w. itu kepada mereka. Maka mereka berkata: Kami redha
ya Tuhan, kami puas ya Tuhan.’
Allah s.w.t juga ada berfirman: ‘Telah dihiaskan kepada
manusia oleh kecintaan kepada yang menarik seperti wanita, anak, emas dan perak
yang berkintal-kintal, kuda yang bagus, binatang ternak dan sawah ladang. Semua
itu perhiasan hidup dunia, tetapi Allah mempunyai tempat kembali yang baik.
Katakanlah, mahukah Aku tunjukkan kepadamu keadaan yang lebih baik daripada
itu? Bagi orang-orang yang berbakti, di sisi Tuhannya akan mendapat
syurga-syurga yang mengalir dari bawahnya sungei-sungei, mereka kekal padanya,
dengan mendapat jodoh-jodoh yang suci dan keredhaan dari Allah.’ (surah
Ali-Imran 3:14-15)
Tetapi apakah semua ini bermakna kemiskinan tidak perlu
dibasmi, atau setidak-tidaknya dikurangkan? Jawapan kepada persoalan ini
bergantung kepada sifat orang-orang miskin itu sendiri. Orang-orang miskin pada
zaman Rasulullah s.a.w. kebanyakannya tidak mengeluh dan tidak menyesal kerana
mereka sedar mereka akan mendapat keistimewaan-keistimewaan yang telah
disebutkan di atas.
Tetapi kesedaran ini tidak mungkin dihayati kecuali dengan
iman dan takwa. Dengan iman dan takwa juga mereka tidak meminta-minta dan tidak
menyusahkan masyarakatnya. Ertinya, walaupun mereka miskin kebendaan, namun
mereka kaya dengan iman dan takwa. Dengan kayanya iman dan takwa mereka, mereka
tidak derita dengan kemiskinan. Kemiskinan tidak membawa mereka kepada
kekufuran malah sebaliknya memberi peluang dan masa kepada mereka berjuang dan
berjihad di jalan Allah s.w.t.
Golongan ahlus-suffah misalnya
tidak menggunakan masa untuk bekerja mencari harta, tetapi mereka gunakannya
untuk bekerja mendaulat, berjihad dan memperjuangkan agama Allah s.w.t. Dengan
lain perkataan, pekerjaan tidak hanya bermaksud sesuatu yang boleh mendatangkan
gaji dalam bentuk mata wang.
Bekerja menegakkan agama Allah s.w.t juga merupakan
pekerjaan yang diiktiraf oleh Islam. Rasulullah s.a.w, ketika berhijrah ke
Madinah, tidak bersetuju dengan cadangan orang-orang Ansar untuk membahagikan
pokok-pokok kurma mereka dengan orang-orang Muhajirin, tetapi sebaliknya
mencadangkan membahagikan hasilnya.
Dalam mengulas perisitiwa ini, Akram Diya’Al-Umar
Al-Khattabi berkata bahawa Rasulullah s.a.w sebenarnya tidak mahu orang
Muhajirin bekerja di bidang pertanian kerana baginda memerlukan mereka untuk
berdakwah dan berjihad. Tambah lagi mereka tidak biasa dengan kerja-kerja
pertanian.
Dari perbincangan-perbincangan di atas, ternyata bahawa ada
dua sifat orang-orang miskin pada zaman awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq sebagaimana yang ditunjukkan ahlus-suffah,
dan oleh itu kemiskinan mereka tidak disuruh basmikan oleh Rasulullah s.a.w.
Pertama, mereka tidak meminta dan tidak menyusahkan masyarakat; dan kedua,
mereka tidak bekerja yang boleh mendatangkan wang ringgit, tetapi sebaliknya
mereka bekerja sebagai da’i dan mujahid, berdakwah dan berjihad di jalan Allah
s.w.t.
Mereka banyak bersembahyang, membaca dan mengkaji ayat-ayat
Al-Quran secara bersama, berzikir kepada Allah s.w.t, dan sebahagiannya belajar
menulis Al-Quran. Mereka sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w sehingga
menjadi perawi hadis terkenal, umpamanya Abu Hurairah dan Hudaifah. Selain dari
itu, mereka juga turut berjihad sehingga sebahagian dari mereka syahid di medan
perang.
Misalnya Safwan ibn Bayda’, Zayd ibn Al-Khattab, Kharim ibn
Fatik al-Asadi, Khubayb ibn Yasaf, Salim ibn ‘Umayr dan Harithah ibn al-Nu’man
al-Ansari syahid di Badr. Hanzalah al-Ghasil pula syahid di Uhud. Jurhad ibn
Khuwaylid dan Abu Surayhah al-Ghafiri menyaksikan al-Hudaybiyah, manakala
Thaqif ibn ‘Amr syahid di Khaybar, ‘Abd Allah Dhu al-Bijadayn syahid di Tabuk,
dan Salim, dan Mawla Abu Hudaifah syahid di Yamamah.
Oleh kerana orang-orang miskin seperti ahlus-suffah ini tidak bekerja mencari harta tetapi menumpukan
kepada pekerjaan dakwah dan perjuangan mendaulatkan Islam, Allah s.w.t
memerintahkan orang-orang kaya membantu mereka dengan firman-Nya:
‘(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan
Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi, orang yang tidak tahu menyangka
mereka orang kaya kerana memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka
dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara
mendesak. Dan apa sahaja harta yang baik, yang kamu nafkahkan (di jalan Allah),
maka sesungguhyna Allah Maha Mengetahui.’ (surah Al-Baqarah 2:273).
Berdasarkan kepada hakikat ini, perlu ada segolongan ahli
masyarakat yang berjuang dan berjihad sepenuh masa di jalan Allah s.w.t setiap
masa dan zaman, manakala kebajikan dan keperluan seharian mereka ditanggung
oleh orang-orang kaya. Dan sekiranya kedua-dua golongan miskin dan kaya ini
beriman dan bertakwa, Allah s.w.t menjanjikan bantuan dalam menyelesaikan
masalah dan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.
Allah s.w.t berfirman: ‘Barangsiapa yang bertakwa kepada
Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki
dari arah yang tiada disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada
Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah
melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan
ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.’ (surah Ath-Thalaaq 65:2-3).
Istimewanya orang-orang kaya dan miskin yang bertakwa ini,
antaranya, ialah mendapat rezeki dari Allah s.w.t dari sumber yang tidak
diduga. Mereka mendapat keistimewaan dari Allah s.w.t. Bagi orang-orang kaya,
rezeki itu diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan. Bagi orang miskin,
apabila mendapat rezeki yang berlebihan dari keperluannya, mereka korbankan
secepat mungkin. Orang-orang miskin ini pada hakikatnya ialah orang kaya.
Mereka miskin hanya kerana tiada sumber pendapatan yang
tetap, tetapi kaya kerana sentiasa berkecukupan bahkan kadangkala berlebihan
rezekinya kerana keperluan kebendaan mereka hanyalah sedikit. Bila mereka
mengalami kesempitan rezeki, mereka mengadu kepada Allah s.w.t. Kesengsaraan
yang menimpa mereka mereka anggap sebagai penghapusan dosa dan peningkatan
darjat di sisi Allah s.w.t. Di akhirat nanti mereka dikurangkan hisab dan cepat
pula masuk syurga.
Tetapi sebaliknya, kalau orang-orang miskin ini tidak
mempunyai iman dan takwa serta mengeluh, derita, kesal dan menyusahkan
masyarakat, kemiskinan di kalangan mereka perlu dikurangkan, kalau pun tidak
dapat dibasmi sepenuhnya. Begitu juga dengan orang-orang kaya. Kalau semakin
kaya mereka semakin sombong dan kedekut, tidak membantu orang-orang miskin,
tidak memberi manfaat kepada masyarakat, dan tambah-tambah lagi kiranya derhaka
kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya, kekayaan mereka perlu dikurangkan, kalau pun
tidak boleh ditarik sepenuhnya dari mereka.
Tidak bolehnya miskin seseorang yang derita dengan
kemiskinannya, meminta-minta dan oleh itu menyusahkan masyarakat adalah seperti
seorang miskin pada zaman Rasulullah s.a.w yang diberikan kapak oleh Rasulullah
s.a.w supaya bekerja dan mencari rezeki sendiri. Orang ini datang berjumpa
Rasulullah s.a.w mengadu tentang penderitaannya akibat dari kemiskinan, lalu
ditanya Rasulullah s.a.w tentang apa yang dimilikinya dan dijual hak miliknya
yang sedikit seperti cawan untuk dijadikan modal membeli kapak. Dengan kapak
itu orang itu disuruh bekerja dan seterusnya melepaskan dirinya dari
kemiskinan.
Tidak bolehnya kaya seseorang yang sombong dan kedekut dan
semakin jauh dengan Allah s.w.t dengan kekayaannya itu pula adalah seperti
Qarun pada zaman Nabi Musa dan Tsa’labah bin Hatib pada zaman Rasulullah s.a.w.
Qarun, walaupun dari keluarga Nabi Musa ternyata takabbur, kedekut dan tidak
mahu membayar zakat serta derhaka kepada Nabi Musa dan Allah s.w.t apabila
mendapat kekayaan. Akhirnya Allah s.w.t memerintahkan bumi menelan Qarun
bersama dengan semua hartanya. Tsa’labah bin Hatib, seorang Ansar yang asalnya
miskin pula, walaupun pada awalnya kuat beribadah dan sentiasa berjemaah
bersama Rasulullah s.a.w, ternyata lalai menyempurnakan sembahyang dan enggan
membayar zakat setelah dianugerahkan Allah kekayaan. Tidak bolehnya Tsa’labah
ini kaya telah dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w apabila baginda enggan
memenuhi permintaan Tsa’labah supaya berdoa kepada Allah s.w.t agar beliau
menjadi kaya.
Ketika kali pertama beliau datang berjumpa Rasulullah s.a.w
untuk ini, baginda menasihatkannya bahawa sedikit harta yang disyukuri adalah
lebih baik dari banyak harta yang dikufuri. Pada kali kedua Rasulullah s.a.w
menasihatkan agar Tsa’labah mengambil contoh hidup baginda sendiri yang
sederhana walaupun baginda mampu berdoa agar Allah s.w.t tukarkan bukit-bukit
di sekitarnya menjadi emas dan perak. Kedua-dua nasihat ini tidak didengari
Tsa’labah hingga beliau datang buat kali ketiga untuk terus mendesak Rasulullah
s.a.w berdoa untuknya supaya beliau menjadi kaya. Kali ini Tsa’labah bersumpah
dengan nama Allah s.w.t akan memberikan hak kepada setiap orang yang berhak
sekiranya Rasulullah s.a.w berdoa dan Allah s.w.t menjadikan beliau kaya.
Akhirnya Rasulullah s.a.w mengikut kehendak Tsa’labah dan Allah s.w.t makbulkan
doa baginda.
Tetapi apabila Tsa’labah menjadi kaya dan semakin sibuk
dengan ternakan kambing yang cukup membiak, beliau yang biasanya sentiasa
bersembahyang jemaah setiap waktu dengan Rasulullah s.a.w, kini hanya mampu
berjemaah Zohor dan Asar sahaja. Kemudian selepas itu Tsa’labah hanya mampu
bersembahyang Jumaat sahaja dan akhirnya terus tidak bersembahyang jemaah
langsung. Kemudian beliau enggan membayar zakat walaupun Rasulullah s.a.w
utuskan amil kepadanya. Zakat dianggap oleh Tsa’labah sebagai sama atau hampir
sama dengan jizyah.
Akhirnya Allah s.w.t menurunkan wahyu menempelak keengkaran
Tsa’labah ini. Allah s.w.t berfirman: ‘Dan di antara mereka ada orang-orang
yang membuat perjanjian kepada Tuhan: Jika Tuhan memberikan kurnia-Nya kepada
kami, pastilah kami akan memberi sedekah, dan masuk golongan orang-orang yang
soleh. Apabila Tuhan memberikan kurnia-Nya kepada mereka, lantas mereka menjadi
kikir dengan (kurnia) itu. Mereka berpaling dan engkar (akan janjinya). Maka
tercetuslah penyakit nifaq di dalam hati mereka sampai hari mereka bertemu
dengan Allah, disebabkan mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan, dan
kerana mereka berdusta.’ (surah At-Taubah 9:75-77).
Dengan wahyu ini Tsa’labah tersedar dari kesilapannya dan
sangat menyesal sekali. Tetapi masanya telah terlambat. Allah s.w.t telah
melarang Rasulullah s.a.w dari menerima sedekah Tsa’labah. Walaupun Tsa’labah
merayu-rayu kepada Rasulullah s.a.w dan kemudiannya kepada Khalifah-khalifah
Islam berikutnya, dari Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, Saiyidina Umar Al-Khattab
hinggalah kepada Khalifah Uthman bin Affan, semuanya tidak mahu menerimanya
dengan alasan bahawa Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w serta Khalifah-khalifah
terdahulu tidak mahu menerimanya, bagaimana mereka boleh menerima. Akhirnya
Tsa’labah meninggal dunia ketika pemerintahan Saiyidina ‘Uthman dengan membawa
dosa yang amat besar, yakni memungkiri janji dengan Allah s.w.t dan Rasulullah
s.a.w.
Dari sejarah masyarakat zaman awal pentadbiran Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq dan dari masyarakat Nabi-Nabi terdahulu dari Rasulullah
s.a.w, ternyata bahawa kemiskinan dan kekayaan bukanlah petunjuk pembangunan
yang mutlak. Sebaliknya, petunjuk pembangunan yang mutlak ialah kekayaan iman
dan takwa, atau kekayaan kerohanian. Ini bermakna bahawa tidak membina sesebuah
negara walaupun rakyatnya kaya raya harta benda sekiranya kerohanian mereka
tidak kaya.
Begitu juga tidak mundur sesebuah negara walaupun rakyatnya
fakir harta benda sekiranya kerohanian mereka kaya. Atas sebab inilah maka Imam
Al-Ghazali menerangkan tentang satu jenis lagi fakir yang dipanggil fakir
mutlak. Fakir mutlak ini berhubungan dengan keperluan manusia yang
paling pokok dan mutlak, yakni memerlukan kepada Allah s.w.t.
Orang yang tidak memiliki rasa memerlukan kepada Allah
s.w.t tergolong ke dalam golongan fakir mutlak kerana mereka tidak memiliki
keperluan asas yang pokok dan mutlak itu, walaupun mereka adalah orang yang
kaya raya harta-benda. Fakir harta hanya bermaksud ketiadaan
keperluan-keperluan asas berbentuk material, tetapi fakir mutlak bermaksud
tidak mempunyai kekuatan Tauhid dan rasa kehambaan kepada Allah s.w.t.
Dengan definisi fakir sebagai fakir mutlak inilah
Rasulullah s.a.w. berdoa: ‘Aku berlindung dengan Engkau dari kefakiran’dan
bersabda: ‘Mendekati kefakiran itu menjadi kekufuran.’ Hadis-hadis ini, kata
Imam Al-Ghazali, tidak bertentangan dengan hadis yang berbunyi: ‘Hidupkanlah
aku dalam keadaan miskin dan matikanlah aku dalam keadaan miskin.’
Maksud miskin di sini ialah miskin harta, bukan miskin iman
dan takwa yang membawa manusia kepada fakir mutlak. Rasulullah s.a.w. sangat
takut kepada fakir mutlak, yakni tidak memiliki rasa memerlukan Allah s.w.t,
tetapi jelas sangat cenderung kepada miskin harta. Fakir mutlak membawa kepada
kekufuran sedangkan miskin harta mempunyai nilai-nilai istimewa sebagaimana
yang telah disebutkan sebelum ini.
Selain dari itu, Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda:
‘Bukanlah yang dinamakan ‘kaya’ itu, kerana berlimpah ruahnya harta, tetapi
yang dinamakan ‘kaya’ itu ialah kaya jiwa.’
‘Tidaklah orang itu kaya lantaran banyak benda.
Sesungguhnya orang kaya itu ialah orang yang kaya jiwa.’
Saiyidina Umar Al-Khattab berkata: ‘Semoga Allah mencucuri
rahmat atas Abu Bakar As-Siddiq. Dia telah menunjukkan jalan yang sukar diikuti
oleh para penggantinya.
Saiyidina Umar Al-Khattab sendiri juga, setelah menjadi
Khalifah, pernah menolak cadangan Saiyidina Ali, ‘Uthman bin Affan, Zubair dan
Talhah yang dibuat melalui anaknya Hafsah agar wang sara hidupnya dinaikkan
(beliau juga berhenti berniaga apabila diangkat menjadi Khalifah). Sebaliknya
beliau memakai jubah yang mempunyai tidak kurang dua belas tampalan, termasuk
satu yang ditampal dengan kulit.
Roti yang dimakannya juga adalah jenis yang terlalu keras
sehingga Utbah bin Abi Farqad yang kebetulan bertamu ke rumah Saiyidina Umar
Al-Khattab sukar menelannya. Apabila ditanya kenapa beliau tidak menggunakan
tepung yang baik untuk membuat roti, Saiyidina Umar Al-Khattab bertanya Utbah
kembali: ‘Adakah tiap-tiap orang Islam mampu menggunakan tepung yang baik untuk
dibuat roti?’
Sikap Saiyidina Umar Al-Khattab ini jelas mempamerkan
prihatinnya beliau terhadap keadaan dan hak orang-orang Islam yang lain,
khususnya rakyatnya. Sikap begini tambah-tambah lagi ada pada Rasulullah s.a.w
sendiri, misalnya sebagaimana yang telah disebutkan bersabit dengan ahlus-suffah.
Selain itu, pernah Rasulullah s.a.w tidak dapat tidur semalam-malaman kerana
termakan sebiji kurma yang terletak di satu tempat.
Baginda memakannya kerana takut ianya terbuang begitu
sahaja. Tetapi kemudian baginda menyesal hingga tidak dapat tidur kerana takut
buah itu dihantar untuk disedekahkan kepada fakir miskin kerana selalunya para
dermawan menyerahkan barang-barang yang hendak dibahagi-bahagikan kepada fakir
miskin kepada Rasulullah s.a.w sa.w agar baginda sendiri yang
membahagi-bahagikannya.
Pendek kata pada zaman Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dan
Khalifah-ur-Rashidun yang lain itu, pemimpinnya adil, orang kaya bersyukur dan
pemurah, orang miskin sabar dan redha, yang berkuasa menaung yang lemah, orang
pandai menunjuk ajar yang jahil, pemuda-pemudinya pemalu, para suami sangat
bertanggungjawab, isteri sangat mentaati suami dan anggota masyarakatnya
berkasih sayang.
Kesimpulan
Kemiskinan dan kekayaan pada zaman awal pentadbiran
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq wujud iring-mengiringi. Namun begitu perbezaan
ini tidak membawa konflik sebagaimana terjadi di dalam banyak masyarakat lain,
tetapi sebaliknya menjadi alat lahirnya suasana harmonis di kalangan masyarakat
Madinah. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Orang miskin bersifat
redha dengan kemiskinan dan tidak meminta-minta, tidak bergantung dan tidak
menyusahkan masyarakat, manakala orang kaya pula pemurah dan gemar memberi dan
membantu. Pemerintah bukan sahaja mengambil berat tentang orang-orang miskin,
tetapi turut pula hidup dalam keadaan miskin seperti orang-orang miskin yang
lain.
Lahirnya keadaan sedemikian adalah kerana tingginya iman
dan takwa ketiga-tiga golongan ini, sama ada di kalangan orang-orang kaya,
orang-orang miskin, atau pemerintah sendiri. Walaupun mereka berbeza-beza dari
segi status kebendaan, tetapi mereka bersatu dengan intim dari segi status
kerohanian. Dalam keadaan sedemikian, kemiskinan di kalangan orang yang tidak
meminta dan tidak menyusahkan masyarakat kerana kayanya jiwa mereka, tidak
dibasmikan. Begitu juga, kekayaan di kalangan mereka yang kaya jiwanya,
digalakkan. Pembasmian kemiskinan dan galakan untuk kekayaan oleh itu
sebenarnya bukan ditentukan oleh status kebendaan, tetapi ditentukan oleh
status kerohanian masing-masing.
Sejarah
telah mencatatkan bahawa Abu Bakar As-Siddiq adalah lelaki dewasa pertama yang
memeluk agama Islam dan menerusi beliau Uthman, Talha, Zubayr dan Said
menyertai Islam setelah mendengar dakwah dan penerangan dari Abu Bakar
As-Siddiq pada hari petama beliau memeluk Islam.
Pada
hari berikutnya beliau menemui Uthman bin Maz’un, Abu ‘Ubaidah, Abdul Rahman
bin Auf dan beberapa tokoh Quraisy yang lain. Dengan dakwah Abu Bakar As-Siddiq
semua, personaliti besar Quraisy itu beriman dengan Rasullulah s.a.w dan
menjadi generasi pertama Islam. Watak Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq adalah watak manusia terbaik yang sentiasa menjadikan Rasulullah
s.a.w sebagai idola ikutannya. Peribadi yang luhur, lembut, pengasih,
tawaduk dan mendahulukan kepentingan yang lain adalah suri teladan ikutan kita
semua. Pada zaman awal Islam, beliau turut mengalami kesengsaraan akibat
pemboikotan dan penganiayaan golongan musyrik Quraisy ketika menyampaikan
gagasan Islam di hadapan Kaabah.
Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq pernah dipukul beramai-ramai oleh kaum musyrikin ketika
berdakwah di Kaabah. Darah bercucuran menyelubungi wajahnya, hidung dan
telinganya cedera disepak dan dipijak beramai-ramai oleh golongan
musyrikin Mekah menyebabkan beliau pengsan dan tidak sedarkan
diri. Kecintaannya kepada Rasulullah s.a.w dapat dilihat dari pertanyaan
awal yang terbit dari mulutnya sebaik daripada sedar daripada pengsan, ‘Bagaimana
dengan Rasulullah?’
Di
peperangan Badar anaknya sendiri masih belum memeluk Islam, lalu berperang di
pihak Musyrikin Quraisy. Selepas memeluk Islam, satu hari anaknya itu
berkata, ‘Wahai ayah, aku telah temui engkau di bawah pedangku di Perang Badar
sebanyak dua kali namun aku tidak tergamak mengangkat tangan untuk memancungmu
kerana kasihku kepadamu.’
Mendengar
kata-kata anaknya itu, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq menjawab, ‘Aku sepatutnya
telah membunuhmu.’
Demikian
ketegasan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang begitu jelas lagi kental akidah
dan iman menyerlahkan akhlak dan watak yang benar-benar Islami. Ab
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq adalah seorang yang berpegang teguh kepada
prinsip. Dia memang lembut, santun, merendah diri tetapi bulat dan tegas dalam
soal-soal prinsip dalam agama dan kehidupan. Pemilihan Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq oleh Rasulullah sebagai Imam di masjid Rasulullah s.a.w ketika
Rasulullah s.a.w mulai sakit, menggambarkan betapa Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq adalah pilihan tepat umat bagi mengganti Rasulullah sebagai pentadbir
dan pengurus negara Islam sesudah Rasulullah s.a.w. Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq walaupun amat lembut tetapi seorang yang sangat tegas pendiriannya
dalam perkara-perkara prinsipal.
Ketika
beliau menduduki kerusi pemerintahan negara berdepan dengan krisis, konflik,
penentangan, penderhakaan, pengkhianatan dari pelbagai pihak yang mengambil
kesempatan dari kewafatan Rasulullah s.a.w. Kemunculan Nabi-nabi palsu
seperti Aswad ‘Ansi, Diyaman, Tulaiha di utara Semenanjung Arab, Sajjah binti
Al-harith di Suwaid, Musailamah Al-Kadzab juga pemberontakan-pemberontakan lain
di Yaman dan Bahrain telah dihapuskan oleh tentera-tentera yang diutuskannya.
Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq adalah penyelamat Islam. Beliau telah menyatukan
seluruh umat dan menghancurkan seluruh pemberontakan. Pada zaman pemerintahan
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dunia melihat bagaimana beliau menamatkan semua
usaha-usaha untuk menyekat kebangkitan Islam bukan sahaja golongan Nabi palsu,
golongan mengingkari zakat (gejala riddah) dihancurkan beliau, malah kerajaan
Rom Timur dan Parsi yang membantu para pemberontak turut terpukul.
Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq telah menghabiskan hartanya yang banyak demi kelangsungan
Islam. Dalam satu kempen memungut dana peperangan pada zaman Rasulullah
s.a.w, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah menyerahkan seluruh hartanya
sehinggakan apabila ditanya apa saja yang tinggal kepada engkau wahai Abu Bakar
As-Siddiq, beliau menjawab dengan kata-kata, ‘Hanya Allah dan Rasul.’
Islam
telah berkembang sebagai sebuah gagasan Negara Besar bermula pada zaman
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. Seorang yang sangat bertakwa dan
sentiasa mengabdi kepada Allah s.w.t sehingga Rasulullah s.a.w pernah
membayangkan betapa beratnya iman Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sekiranya
ditimbang berbanding iman manusia seluruhnya berat lagi iman Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq.
Seorang
yang lembut hatinya itu pernah didengar orang mencemburui burung yang terbang
bebas di tamannya lalu beliau berkata, ‘Alangkah bahagianya engkau burung boleh
terbang, makan dan minum apa saja dan bebas membuat apa jua dan engkau tidak
dipertanggunggjawabkan apa-apa pun di akhirat nanti.’
Pengurusan Dan
Pentadbiran Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq telah mengasaskan sebuah sistem pentadbiran yang
teratur. Mengamalkan sikap yang sangat demokratik mewujudkan jawatan
setiausaha pentadbiran dan sentiasa melakukan konsultasi dengan sahabat-sahabat
utama. Pada zaman beliau pengumpulan Al-Quran bermula apabila mendapati
ramai para huffaz syahid di berbagai medan peperangan.
Saiyidina
Umar Al-Khatab adalah orang pertama mencadangkan supaya Al-Quran dikekalkan
dalam bentuk asalnya dengan secara hitam putih agar ditulis dalam bentuk
buku. Para sahabat bersetuju dengan cadangan Umar dan Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq yang pada mulanya agak kurang bersetuju kerana tidak pernah dilakukan
oleh Rasulullah berubah fikiran dan memerintahkan Zaid bin Thabit mengetuai
kerja-kerja pengumpulan.
Zaman
Abu Bakar As-Siddiq syura diinstitusikan. Beliau melantik para pegawai, gabenor
bagi wilayah-wilayah menyusun tentera Islam walaupun waktu itu mereka
bukannya tentera namun mereka dibahagi-bahagikan kepada beberapa batalion
apabila ditugaskan melakukan sebarang gerakan atau berperang untuk
mempertahankan kedaulatan negara.
Madinah
menjadi ibu negara di mana Saiyidina Umar diangkat menjadi Hakim, Abu Ubaidah
bin Jarrah menjadi bendahari, Saiyidina Ali dilantik menjadi setiausaha
peribadi kepada beliau dan Saiyidina Uthman dilantik menjadi ketua setiauasaha
yang bertanggungjawab menulis semua arahan dan dikri khalifah.
Ketika
dilantik dan dibai’ah oleh wasiat Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mengatakan,
‘Wahai saudaraku sekalian, aku telah diamanahkan tanggungjawab ini walhal aku
bukanlah yang terbaik dikalangan kamu semua. Kalau aku melakukan kesalahan
perbetulkanlah. Sudah tentu kebenaran itu adalah kejujuran dan pendustaan itu
adalah pengkhianatan. Aku pinta untuk ditaati selagi aku taat kepada Allah dan
Rasul. Kalu aku mengingkari Allah dan Rasul kamu adalah bebas untuk tidak
mentaatiku. Nah, sekarang marilah mendirikan solat.’
Memimpin
adalah mendahulukan kepentingan orang lain dari mengurus dengan
sempurna. Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a memimpin dengan sikap adil
lagi lemah lembut namun tegas dan berperinsip. Beliu memilih
petugas-petugas yang berkelayakan dan tidak menyerahkan amanah kepada kaum
kerabatnya. Seorang yang kaya-raya sebelum diangkat menjadi khalifah tetapi
meninggalkan perniagaannya bila diamanahkan mengurus dan mentadbir
negara. Saiyidina Umar mencadangkan agar beliau menerima sedikit bayaran
sara hidup dari Baitulmal sebelum menjadi Amirul Mukminin. Bila beliau
meninggal dunia, semua pakaian yang tidak dipakai semuanya dikembalikan kepada
negara. Demikian Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq permata penyelamat Islam
yang tiada tara bandingnya.
Nilai Ketamadunan
Islam Dalam Zaman Pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin
Zaman
pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin (632 Masehi – 661 Masehi) di anggap zaman
perkembangan awal Tamadun Islam seluruhnya. Khulafa’ Rasyidin yang empat ini
merupakan penerus kepada apa yang telah dirintis oleh Rasulullah s.a.w. Islam
pada zaman ini berada pada peringkat yang kukuh selepas Rasulullah s.a.w
berjaya mengasaskan negara Islam Madinah yang menyaksikan orang musyrikin dan
yahudi tunduk di bawah pemerintahan dan kekuasaan Islam.
Walaupun
pemerintah pada zaman khulafa’ Rasyidin ini dilihat masih terikat dengan apa
yang telah diajar, dididik dan diperintah oleh Rasulullah s.a.w sebelum ini,
namun ia tidak menghalang mereka melakukan pembaharuan dan perubahan yang
sesuai dan relevan dengan perkembangan peradaban dan keperluan hidup umat Islam
pada waktu tersebut. Saya melihat pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin ini, terdapat
nilai ketamadunan Islam yang tinggi ditampakkan secara jelas dalam beberapa
aspek antaranya:
A. Aspek Pemilihan Dan Pelantikan Khalifah –
Prinsip Syura Dan Bai’ah Asas Kekuatan
Rasulullah
s.a.w tidak pernah menamakan sesiapapun dari kalangan sahabat baik baginda
sebagai pengganti selepas kewafatan baginda. Rasulullah s.a.w menyerahkan
secara total urusan pelantikan khalifah sebagai pengganti baginda kepada
kebijakan dan ketelusan umat Islam seluruhnya.
Keadaan
ini menunjukkan keyakinan Rasulullah s.a.w terhadap keupayaan umat Islam
memilih pemimpin yang mereka mahukan dan akan meletakkan kepentingan Islam dan
umatnya mengatasi segala sesuatu. Pelantikan dan pemilihan Abu Bakar As-Siddiq
r.a bukanlah atas kapasiti beliau sebagai sahabat yang paling baik dan hampir
dengan Rasulullah s.a.w. Bahkan pemilihan dan pelantikan beliau dibuat atas
dasar musyawarah (syura) dan kesediaan umat Islam melakukan sumpah taat setia
kepada beliau (bai’ah).
Pertemuan
sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dan umat Islam di Thaqifah Bani Saadah bagi
memilih pengganti Rasulullah pada awalnya berlangsung dalam suasana penuh emosi
bilamana kaum Ansar turut mengemukakan calon mereka. Namun atas
dasar syura dan persepakatan semua pihak, akhirnya semua akur dengan
pelantikan Abu Bakar As-Siddiq.
Proses
pelantikan tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja, Khalifah yang dilantik
kemudian menerima bai’ah dari seluruh umat Islam. Bai’ah ini
merupakani manifestasi kesediaan dan kerelaan dan sokongan umat Islam untuk
sentiasa tunduk dan patuh kepada khalifah selagi syariat dan hukum Allah
dijunjung. Justeru penulis berpendapat dua asas utama ini iaitu syura dan
bai’ah merupakan nilai ketamadunan Islam yang tinggi diperlihatkan melalui
pelantikan dan pemilihan khalifah. Konsep syura dan bai’ah ini tidak mungkin
tercapai melainkan dengan adanya tahap keimanan dan ketakwaan yang tinggi
sehingga sanggup mengenepikan kepentingan peribadi, emosi, dan sebagainya, Dua
prinsip utama ini sebenarnya menjadi sumber kekuatan dan menyuntik motivasi
kepada khalifah untuk melaksanakan amanah yang sangat berat ini.
B. Aspek Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara – Dasar Dan
Polisi Demi Kepentingan Umat Islam Dan Kelangsungan Dakwah Islamiah Menjadi
Proriti
Zaman
pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin itu sendiri melalui bebrapa fasa bermula
dengan fasa pengukuhan agama dan negara umat Islam pada zaman pemerintahan Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq. Ia memasuki zaman kegemilangan semasa pemerintahan Umar
Al-Khattab. Kemudia ia memasuki pula zaman kemalapan pada era pemerintahan 6
tahun terakhir khalifah Uthman bin Affan sehingga ia diuji dengan fitnah
kubra yang membawa kepada perselisihan dan perpecahan yang hebat di
kalngan umat Islam.
Jika
dilihat pada setiap polisi dan tindakan yang diambil oleh Khulafa Ar-Rasyidin
dalam menjalankan pemerintahan negara, mereka meletakkan kepentingan umat Islam
dan survival dakwah Islamiah pada kedudukan yang tertinggi. Contohnya,
pendekatan yang diambil oleh Abu Bakar As-Siddiq r.a dengan memerangi golongan
yang murtad dan tidak mahu membayar zakat pernah dipersoalkan oleh
sahabat-sahabat yang lain.
Namun
Abu Bakar As-Siddiq tetap menjalankan polisi tersebut kerana memikirkan
kepentingan umat Islam yang boleh diganggu gugat oleh anasir-anasir yang
merosak dan meruntuhkan ketamadunan umat manusia yang telah diasaskan oleh
Rasulullah s.a.w berpaksikan aqidah Islam itu sendiri. Justeru mengembalikan
keyakinan rakyat pada ajaran Islam, mengintegrasikan masyarakat dan politik
Islam yang berpusat di Madinah merupakan dasar yang kukuh bagi perkembangan
dakwah dan politik Islam. Inilah antara nilai peradaban dan ketamadunan Islam
yang terzahir dalam dasar pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq.
Khalifah
Umar atas komitmen untuk menjaga kepentingan umat Islam dan survival dakwah
telah banyak menjalankan pembaharuan dalam sistem pentadbiran serta berjaya
meluaskan pengaruh dan kekuasaan Islam hingga meliputi Semenanjung Arab,
Palestin dan Syria termasuk Mesir. Khalifah Uthman telah menjana usaha secara
kolektif untuk mengumpul dan membukukan Al-Quran walaupun pada peringkat
awalnya merasa ragu-ragu untuk berbuat demikian.
Atas
dasar kemaslahatan ummah yang melihat kesatuan dan perpaduan ummah sebagai
sumber kekuatan utama, beliau bukan sekadar menggerakkan usaha pembukuan
Al-Quran bahkan menetapkan hanya satu mashaf sahaja dibenarkan iaitu mashaf
Uthmani. Lain-lainnya telah diperintahkan oleh Uthman supaya dibakar kerana
dibimbangi kepelbagaian mashaf Al-Quran hanya akan menimbulkan perpecahan di
kalangan umat Islam.
Melihat
kepada perkembangan yang berlaku semasa pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin, boleh
dismpulkant banyak dimensi baru yang tidak diteroka pada zaman Rasulullah
berjaya ditembusi terutamanya dalam pengasasan angkatan tentera laut, pembukuan
Al-Quran dan pertambahan wilayah yang berlaku akibat Futuhat Islamiyyah. Penulis
berpendapat, kekuatan mental, spiritual dan fizikal serta kemurnian dan
ketajaman akal dan fikrah banyak memberi kesan dalam pemilihan dasar dan polisi
pemerintahan kerana ia juga menjadi penentu kepada jatuh atau bangunnya
sesebuah tamadun manusia.
a)
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq As Siddiq r.a
Semasa
pemerintahannya, daulah Islamiyah berkembang merentas ke Jurusalem, Damascus,
Iraq, Basrah, Syria, Parsi dan Syam. Ketika pemerintahan Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq r.a, pembangunan ditumpukan kepada institusi awam dan masyarakat.
Seperti penubuhan institusi mahkamah, intitusi pendidikan, pasar dan
bandar-bandar perdagangan. Baitulmal memainkan peranan yang penting bagi
membantu golongan yang kurang upaya. Segala pungutan zakat dan diagih-agihkan
kepada masyarakat di setiap masa. Jasa terbesar Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
r.a ialah kerja-kerja pengumpulan dan penyusunan mashaf Al-Quran.
b) Khalifah
Umar Al-Khattab r.a
Daulah
Islam berkembang ke beberapa wilayah seperti Romawi yang lain seperti Syam,
Ajnadain, Ghassan, Ardan, Palestin, bukit Al Akaam, Damsyik, Hems, Syizar,
Mi’rah, Ba’labaka, Shida’, Beirut, ‘Arqah, Qunasiriin, Halab, Antahkiyah dan
negeri-negeri di wilayah utara. Ia juga menakluki Mesir dan Iskandariyah, Iraq
dan sebahagian wilayah Parsi.
Antara
sumbangan beliau untuk program perbandaran ialah:
- Pembangunan
projek-projek infrastruktur masyarakat seperti jalan-jalan pengangkutan,
jambatan, pasar, rumah tumpangan, perigi bandar-bandar perdagangan
strategik (al amsar) dan terusan-terusan pengairan.
- Membangunkan
perumahan masyarakat, intitusi penjara, pusat pengawalan polis dan
memulakan pengiraan kalender hijrah.
- Wang
perbendaharaan negara ditadbir dengan baik.
c) Khalifah
Uthman Al-Affan r.a
Sumbangan
beliau untuk program perbandaran ialah:
- Aspek seni bina
iaitu pembesaran Masjid Nabi di Madinah. Walaupun mendapat beberapa
pertentangan, ia diteruskan bersandarkan hadis berikut; Ubaidullah Al
Khaulaniy bercerita bahawa ia mendengar Uthman bin Affan berkata ketika
orang-orang menyalahkannya lantaran memperluas bangunan masjid Rasulullah
s.a.w. bersabda: ‘Siapa saja yang membangun masjid kerana mengharap redha
Allah, maka Allah akan membangunkan untuknya yang seperti itu juga di
syurga.’
- Penghasilan
mashaf pertama Al-Quran sebagai sumber rujukan umat Islam.
d) Khalifah
Ali Abi Talib
Sumbangan
dalam program perbandaran ialah:
- Perluasan
pengaruh Islam tidak banyak berlaku disebabkan pergolakan wilayah dan
masyarakat berikutan dari pembunuhan Saiyidina Uthman.
- Berlakunya
beberapa peperangan saudara yang besar seperti perang jamal, perang
siffin, peristiwa tahkim dean peperangan menentang Khawarij.
- Polisi
pentadbirannya tertumpu kepada soal-soal perundangan dan keadilan
masyarakat,pembahagian harta Baitumal kepada masyarakat miskin, kerja-kerja
diplomatik, pendidikan dan peperangan.
Penerangan
di atas menunjukkan tentang latar belakang pemerintahan Islam pada zaman
Khulafa Ar-Rasyidin dan perbezaan-perbezaan jelas tentang konsep perbandaran
dan pentadbiran berbanding pemerintahan-pemerintahan selepasnya.. Kita dapat
lihat perbezaan jelas hala tuju pembangunan dan pembentukan perbandaran hasil
daripada pengaruh tampuk pemerintahan dan sistem pentadbirannya.
Tamadun Islam Zaman
Khulafa Ar-Rasyidin
Setelah
kewafatan baginda Rasulullah s.a.w, ramai para sahabat tidak dapat menerima
perkhabaran ini, namun mereka menerima juga realiti qadha dan qadar Allah.
Kekecohan berlaku pada masa menentukan pengganti Rasulullah s.a.w sebagai
pemimpin umat Islam. Kaum Aus mencadangkan Saad bin Ubadah sebagai khalifah
namun ditentang oleh suku Khazraj seperti yang telah diduga oleh mereka kerana
kedua-dua suku ini pernah bertelingkah dan akhirnya didamakan setelah menerima
Islam.
Manakala
Hubab bin al Mundhir mencadangkan dilantik dua ketua iaitu dari kalangan Ansar
dan Muhajirin, namun ditolak oleh Saiyidina Umar Al-Khattab. Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq menunjukkan sikap yang terbuka dengan mengatakan, ‘Kami adalah
ketua (umara’) dan kamu adalah pembantu (wuzara’).’
Sebelum
mereka membuat apa-apa keputusan Saiyidina Umar tiba-tiba mengangkat tangan Abu
Bakar As-Siddiq r.a dan membaiahkannya. Tindakan Saiyidina Umar Al-Khattab
diterima baik oleh para sahabat ketika itu dan akhirnya Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq menjadi Khalifah pertama selepas Rasulullah s.a.w. Semasa
pemerintahan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, beliau berjaya menyelesaikan dua
masalah besar yang boleh menjejaskan kestabilan negara iaitu pemberontakan
menentang kewajipan zakat yang di mainkan oleh Tulaihah b Khuwailid, Sajah dan
Musailamah al-Kazzab. Manakala isu kedua ialah golongan yang mengaku sebagai
Rasulullah s.a.w yang juga melibatkan mereka di atas.
Kejayaan
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq membenteras gerakan riddah dan pemalsuan
Rasulullah s.a.w ini adalah banyak berkait dengan sikap beliau semasa
melaksanakan pentadbiran yang disifatkan sebagai cirri-ciri tamadun Islam
ketika ini, iaitu kesetiaan dan komitmennya yang kuat terhadap keputusan dan
polisi pemimpin sebelumnya di samping memiliki sensitiviti yang tinggi pada
perkara yang melibatkan masalah agama dan kepentingan umum.
Setelah
kematian Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq pemerintahan disambung oleh Saiyidina
Umar Al-Khattab r.a. Beliau mencapai beberapa kejayaan penaklukan
wilayah-wilayah besar iaitu Roma dan Parsi sehinggakan Barat member gelaran
kepadanya sebagai ‘The Founder of Islamic State’, namun pengasas sebenar
Negara Islam sepertimana dimaklum umum adalah Rasulullah s.a.w Muhammad s.a.w.
Peperangan
yang berlaku menghasilkan perluasan kuasa zaman ini dan kekayaan harta ghanimah.
Setelah diagih-agihkan kepada yang berhak menerimanya, harta ini masih
berlebihan tanpa terurus. Justeru Al-Walid bin Hisham mencadangkan agar
khalifah menubuhkan diwan al Mal bagi mengendalikan pengurusan harta rampasan
perang. Dewan ini dipanggil Bait al Mal turut berfungsi menguruskan pendapatan
negara yang lain seperti jizyah, kharaj, fai, usyur, sedeqah, zakat, dan harta
peninggalan simati yang tidak mempunyai waris.
Bagi
melicinkan pengurusan unit ketenteraan, Saiyidina Umar menubuhkan organisasi
tentera di setiap wilayah Islam. Mereka dibahagikan kepada beberapa unit
seperti unit pejalan Kaki, Berkuda, pemanah, tentera yang member perkhimadmatan
dan sebagainya. Mereka turut dibayar elaun sehingga mencecah 5000 dirham.
Selain itu ditubuh juga organisasi al Muhtasib berfungsi mengawasi perniagaan
agar tiada penipuan dan penyelewengan, dewan al Syurtah sebagai mengawal
keselamatan wilayah pemerintahan dan dewan al Ifta’ atau Majlis Fatwa yang
bertanggungjawab menentukan hukum-hukum. Saiyidina Uthman Affan meneruskan
tugas khalifah setelah kewafatan Saiyidina Umar yang mati dibunuh melalui
pencalonan yang dipilih sendiri oleh Saiyidina Umar.
Semasa
pemerintahan beliau, kekuasaan Islam dilebarkan sehingga ke Sungai Jihun (Amu
Darya) dan Sind India yang diketuai oleh Hakim bin Jabalah al Abdi. Beliau juga
mengambil langkah menyempurnakan pembukuan Al-Quran yang dilaksanakan oleh
beberapa sahabat termasuk Zaid bin Thabit. Setelah selesai usaha pengumpulan
mashaf Al-Quran ianya disimpan oleh anaknya Hafsah iaitu bekas isteri
Rasulullah s.a.w Muhammad s.a.w.
Memandangkan
bacaan Al-Quran dalam beberapa lahjah mengikut suku tentera, maka timbul
kebimbangan terutama khalifah sendiri. Justeru usaha menyalin sebanyak tujuh
buah naskhah dengan berpandukan naskhah asal dan dikenali dengan Mashaf
Uthmaniyah. Sumbangan Saiyidina Uthman terhadap tamadun ini memberi impak yang
amat besar dari mengelak daripada penyelewengan dari pihak musuh dengan
menimbulkan keraguan dari segi kesahihannya.
Pemerintahan
Saiyidina Uthman turut berakhir dengan pembunuhan oleh pemberontak yang tidak
puas hati dengan cara pentadbirannya. Sebagai penggantinya, Saiyidina Ali bin
Abi Talib dilantik secara paksa sebagai khalifah yang keempat. Banyak masalah
dalaman yang terpaksa beliau selesaikan, namun sumbangan terhadap tamadun Islam
dapat juga dilakukan. Komuniti umat Islam Madinah telah membentuk satu system
social yang baru berlandaskan kepelbagaian ras dan etnik. Sektor ekonomi
juga pesat akibat keruntuhan amalan riba Yahudi di Madinah dan memerbi peluang
kepada umat Islam menjalankan perniagaan dengan keadilan dan ekonomi terbuka.
Peranan
Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin
- Memimpin umat
Islam (Amir al-Mukminin) dalam mentadbir kerajaan Islam Madinah setelah
kewafatan Rasulullah s.a.w. Selain itu, berperanan dalam menggantikan
Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara Islam dalam mengurus kemaslahatan
dan kepentingan ummah.
- Memperkukuhkan
kewibawaan dan kedaulatan kerajaan Islam, memperluas kekuasaan dan
pengaruh Islam ke kawasan luar Semenanjung Tanah Arab melalui pembukaan
negeri-negeri yang baru (futuhat), menubuhkan kerajaan Islam wilayah yang
diletakkan pentadbirannya di bawah penguasaan gabenor (Wali’) yang
dilantik oleh khalifah. Memastikan keberkesanan penguasaan dan pengawasan
kerajaan pusat ke atas wilayah-wilayah yang ditakluki.
- Memantapkan
pemerintahan kerajaan Islam, mengemaskini struktur pentadbiran dan
organisasi kerajaan supaya menjadi lebih cekap dan berkesan. Membuat
persediaan dan persiapan ummah Islam untuk menghadapi dan memasuki fasa
dan era baru serta mempertingkatkan semangat juang (jihad) di kalangan
umat Islam.
- Memperteguhkan
kedudukan ekonomi negara Islam. Mempertingkatkan hasil pendapatan dan
sumber kewangan kerajaan Islam dengan memperkenalkan cukai-cukai baru di
samping kutipan sukai yang sedia ada. Mempelbagaikan sumber ekonomi
negara. Menambahkan punca pendapatan melalui pembukaan negeri-negeri baru.
- Memperluaskan
penyebaran Islam ke kawasan-kawasan di luar Semenanjung Tanah Arab.
Kegiatan dakwah yang dijalankan oleh golongan mubaligh dan para pendakwah.
Pembukaan kawasan-kawasan baru oleh ekspedisi tentera Islam.
- Memantapkan
imam golongan orang yang baru menerima Islam, membanteras penyelewengan
aqidah dan ajaran-ajaran sesat yang lahir selepas Rasulullah s.a.w
wafat. Contoh: Rasulullah s.a.w palsu, kembali kepada agama asal
(riddah/murtad). Membangun dan memajukan ibu negara Islam Madinah.
Menjadikan kota Madinah sebagai pusat kebudayaan, ilmu pengetahuan dan
tamadun Islam.
- Tugas dan
peranan utama Khulafa Ar-Rasyidin adalah untuk meneruskan proses
kesinambungan kepimpinan ummah dan pemerintahan kerajaan Islam Madinah
yang telah diasaskan penubuhannya oleh baginda Rasulullah s.a.w Tumpuan
usaha diberikan untuk menyempurnakan tugas pemerintahan dan rancangan yang
tidak sempat diselesaikan oleh Rasulullah bagi memantapkan serta
memperkukuhkan kedudukan ummah dan kerajaan Islam.
Politik Khalifah
Abu Bakar As-Siddiq
* Menentang Golongan Riddah
Selepas
kewafatan Rasulullah s.a.w, kepimpinan umat Islam beralih kepada Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, sebahagian penduduk Arab
belot dari Islam dan tidak mahu mengakui Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai
penggantinya. Mereka digelar sebagai kaum riddah (keluar dari agama). Golongan
yang menentang kepimpinan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq terbahagi kepada 3
kelompok iaitu golongan yang murtad, golongan yang mengikuti Nabi-nabi palsu
dan golongan yang enggan membayar zakat.
Bagi
mengembalikan golongan tersebut kepada situasi seperti pada era Rasulullah
s.a.w merupakan tugas berat yang harus dilaksanakan oleh khalifah. Dengan itu, Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq telah membentuk sebelas pasukan bagi menghadapi golongan
tersebut. Antaranya diketuai oleh Khalid ibn al-Walid, Ikrimah ibn Abu Jahal,
Syurahbil ibn Hasanah dan sebagainya.
* Majlis Syura
Khalifah
Abu Bakar As-Siddiq telah membentuk sebuah Badan Penasihat yang dikenali
sebagai Majlis Syura yang dianggotai oleh sahabat-sahabat terulung Rasulullah
s.a.w bagi membantunya dalam mentadbir pemerintahan sebuah negara Islam melalui
perundingan bagi meraih permuafakatan hasil ijtihad dan muzakarah.
* Melantik Pentadbir Wilayah
Dalam
menyelaraskan pentadbiran negara, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq melantik seorang
pentadbir bagi setiap wilayah yang akan bertanggungjawab dari sudut penyeliaan
tentera, pengawasan nilai dan moral, pungutan cukai dan zakat, keadilan dan
undang-undang, kelancaran seliaan penghakiman dan kesempurnaan perkhidmatan
awam. Setiap pentadbir akan dibantu oleh pegawai-pegawai tertinggi yang terdiri
daripada para qadhi dan amil.
Di antara pentadbir yang dilantik bagi
menguruskan sebahagian wilayah adalah Uthman ibn al-As di Ta’if, Muhajir ibn
Umaiyah di Sana’a, Zaid ibn Ubaid di Hadramaut, Ya’la ibn Ubaid di Khaulan, Abu
Musa al-Asy’ari di Yaman Selatan. Manakala, Mu’az ibn Jabal di Jund, Ala ibn
al-Hadhrami di Bahrain, Iyad ibn Ghanam di Daumatu’l Jandal, Muthanna ibn
Harithah di Iraq dan Jarir ibn Abdullah di Najran.
Selain
itu, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq telah melantik empat orang komander tentera
di Syria yang terdiri daripada Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Yazid bin Abu Sufian,
Amr bin al-As dan Syarahbil bin Hasanah. Sementara itu, Khalid bin al-Walid
dilantik sebagai panglima tentera Islam sepanjang beliau memegang tampuk
pemerintahan.
* Institusi Mufti
Institusi
mufti bermula apabila Khalifah Abu Bakar As-Siddiq bertindak sebagai mufti yang
bertanggungjawab dalam mengeluarkan fatwa dan menentukan hukum selaras dengan
isi kandungan Al-Quran dan as-Sunnah. Beliau melantik sahabat-sahabat yang lain
sebagai mufti. Antaranya adalah Umar bin Al-Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin
Abi Talib, Zaid bin Thabit, Abdul Rahman bin Auf, Muaz bin Jabal dan Ubai bin
Ka’ab. Dengan perlantikan mereka sebagai mufti, maka individu-individu lain
tidak dibenarkan mengeluarkan fatwa atau menentukan hukuman yang berkaitan
dengan perundangan Islam bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan orang awam.
* Pengumpulan Ayat-Ayat Suci Al-Quran
Saiyidina
Umar Al-Khattab telah mengemukakan cadangan kepada Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
supaya langkah segera diambil bagi mengumpul dan menyusun ayat-ayat suci
Al-Quran ynag masih tertulis di pelepah-pelepah daun dan kulit kayu ke dalam
sebuah kumpulan naskhah yang rapi dan lengkap agar dapat dikekalkan bagi bacaan
dan rujukan kaum muslimin sepanjang zaman.
Pada
mulanya, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq keberatan menerima cadangan tersebut
kerana mengingatkan Rasulullah s.a.w tidak melakukannya. Namun, setelah
dirunding dan dirujuk semula dengan para sahabat, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
bersetuju untuk menerima cadangan Saiyidina Umar Al-Khattab.
Kumpulan
ayat-ayat Al-Quran yang telah disempurnakan dalam bentuk Mushaf telah
diserahkan kepada Hafsah binti Umar Al-Khattab, isteri Rasulullah s.a.w untuk
simpanannya. Kenyataan dikeluarkan agar sesiapa yang ingin menyalin atau
merujuk ayat-ayat Al-Quran, maka naskhah yang tersimpan di tangan Hafshah
adalah satu-satunya mushaf Al-Quran yang sahih sebagai rujukan utama. Langkah
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq menggerakkan usaha pengumpulan dan himpunan
ayat-ayat Al-Quran itu merupakan usaha yang amat besar ertinya bagi
menyelamatkan ummah dari kemungkinan-kemungkinan yang mengelirukan dan
menyesatkan.
* Sistem Kewangan
Khalifah
Abu Bakar As-Siddiq dicadangkan supaya harta rampasan perang (ghanimah)
diagihkan mengikut status dan kedudukan seseorang. Tetapi, beliau menolak
cadangan tersebut lalu mengagihkannya secara adil dan saksama tanpa mengira
golongan dan status. Pada tahun pertama pemerintahannya, Khalifah Abu Bakar
As-Siddiq telah memberi sebanyak 10 dirham kepada setiap orang.
Jumlah pendapatan negara bertambah dalam tahun kedua dan beliau mengagihkan
pula kepada 20 dirham.
Siasah Syar’iyyah
Dalam Pemerintahan Negara
Dalam
Bahasa Arab Siasah bererti melakukan kebaikan untuk sesuatu. Mengikut
al-Maqrizi pengertian ini kemudiannya dikembangkan sehingga bererti apa sahaja
peraturan yang bertujuan untuk menjaga tata susila, kepentingan dan sistem
hidup. Berasaskan kepada pengertian yang luas ini beliau membahagikan siasah
kepada dua. Pertamanya ialah siasah yang adil, yang merupakan sebahagian dari
hukum syarak dan keduanya ialah siasah yang zalim, yang diharamkan oleh syarak.
Berasaskan
kepada konsep yang luas inilah maka Siasah Syariyah diertikan oleh sesetengah para
penulis sebagai pemikiran tentang politik dan pentadbiran negara Islam secara
umum. Iaitu satu istilah yang sama ertinya dengan Ahkam Sultaniyah dan Nizam
al-Hukm yang boleh diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai Sistem
Pemerintahan. Kata Abdul-Wahhab Khallaf: ‘Berasaskan kepada kedudukan ini ilmu
Siasah Syar’iyyah itu ialah ilmu yang menghuraikan tentang sistem dan
undang-undang pentadbiran negara Islam bertepatan dengan dasar Islam.’
Huraian
yang sama juga dibuat oleh Fathi Uthman. Dalam bukunya al-Fikr
al-Qanuni al-Islami beliau menghuraikan istilah Siasah Syariyah sebagai
hal-hal yang berhubung dengan undang-undang ketatanegaraan dan pentadbiran,
iaitu yang merangkumi soal-soal kekuasaan pemerintah, khalifah, ahlul-Halli
Wal-aqdi, hak individu dan sebagainya.
Begitupun,
bagi para fuqaha siasah Syariyah mengertikan sesuatu yang lain. Ia tidak
menunjukkan satu kelompok hukum tertentu, seperti mana di atas. Sebaliknya
menunjukkan method tertentu dalam penentuan hukum. Kata Ahmad Fathi Bahansi, bagi
para fuqaha, Siasah Syar’iyyah mengertikan Kelonggaran bagi para pemerintah
melakukan apa sahaja yang boleh membawa kebaikan selagi ianya tidak
bertentangan dengan prinsip agama walaupun tidak ada dalil-dalil khusus yang
membolehkan ia dilakukan. Kata-kata yang sama juga diungkapkan sebelum beliau
oleh Abdul-Wahhab Khallaf dalam bukunya as-Siasah as-Syar’iyyah.
Dalam
al-Bahr ar-Ra’q az-Zaila’ menyebut bahawa Siasah Syar’iyyah itu ialah langkah
yang diambil oleh pemerintah berasaskan kepentingan yang dirasakannya walaupun
tidak berdasarkan kepada sesuatu dalil secara tertentu.
Pandangan
yang sama juga diberikan oleh Ibnu Aqail seorang tokoh mazhab Hanbali,
sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibnu al-Qaiyim dalam buku beliau at-Turuq
al-hukmiyah Fi as-Siasah as-Syar’iyyah. Kata Ibnu Aqail, siasah ilah
tindakan yang boleh menjamin kepentingan orang ramai dan menjauhkan keburukan
walaupun tidak ada hadis Rasulullah atau wahyu Tuhan tentangnya.
Berasaskan
kepada pandangan-pandangan para fuqaha di atas dan lain-lain lagi yang sama
abdul-Wahhab Khallaf membuat kesimpulan bahawa pada pandangan para fuqaha
Siasah Syariyyah sebenarnya ialah menggunakan Masoleh Mursalah dalam menentukan
hukum sebagaimana yang dihuraikan oleh para ulamak Usul Fiqh. Kata beliau: ‘Berasaskan
kepada pengertian ini Siasah Syr’yah ialah beramal dengan Masoleh Mursalah.
Kerana Masoleh Mursalah ialah sesuatu (nilai) yang tidak diterima atau ditolak
oleh mana-mana dalil dengan secara khusus.’
Pandangan
yang sama juga diberikan oleh Fathi Uthman dalam buku beliau Min Usul
al-Fikr as-Siasi al-Islami. Sesudah menegaskan bahawa terdapat ayat-ayat
Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menghuraikan tentang negara
Islam beliau menyebut: ‘Para fuqaha akan berijtihad memahami sumber-sumber hukum
ini, melakukan takwil, kompromi, menentukan yang mutlaq dan muqaniyad, umum dan
khusus serta nasikh dan mansukh antara dalil-dalil berkenaan. Begitu juga para
fuqaha akan berijtihad menentukan hukum-hukum yang tidak dinaskan oleh Al-Quran
dan as-Sunnah berasaskan ianya tidak bertentangan dengan mana-mana nas yang ada
dan ianya boleh mencapai objektif syariah dan prinsip-prinsip umumnya.’
Kata
beliau lagi: Secara tabiinya ijtihad berkenaan akan berbeza-beza mengikut
perbezaan penilaian, hasil dari perbezaan cara berfikir antara individu dalam
keadaan dan zaman yang berbeza-beza. Dalam bukunya yang amat bernilai dalam al-Muwaqqi
n bin Rabbil-alamin, Ibnu al-Qaiyim telah menonjolkan kaedah fiqh yang
penting tentang perubahan dan perbezaan fatwa berasaskan perubahan zaman,
tempat, keadaan, niat dan faedah.
Beliau
menjelskan bagaimana kesilapan besar telah berlaku terhadap syariat kerana
kejahilan terhadap kaedah berkenaan. Penegasan yang sama telah dibuat oleh
as-Syatibi dalam al-Muafaqat. Para fuqaha menamakan ijtihad dalam menangani
persoalan-persoalan baru bagi negara Islam sebagai Siasah Syaryah.
Mungkin
atas dasar inilah maka Ibnu Taimiyyah apabila menulis bukunya tentang
pemerintahan Islam telah menamakan buku itu sebagai as-Siasah
as-Syaryyah Fi Islah ar-Rai War-Ra’yah dan tidak menamakannya sebagai
al-Ahkam as-Sultaniyah sebagaimana yang dilakukannya sebelumnya oleh al-Mawardi
dan Abu Ya’a al-Farra. Sebenarnya dalam buku Ibnu Taimiyyah ini bukan sahaja
mengandungi nas-nas Al-Quran dan as-Sunnah tentang tentang pemerintahan Islam
tetapi juga hasil ijtihad semasa yang berasaskan realiti semasa umat dan
pemerintahan Islam pada waktu itu. Kata Muhammad al-Mubarak dalam pengantarnya
kepada buku berkenaan bagi cetakan Dar al-Kutub al-Arabiyah, Bairut:
Buku
ini (tidak seperti al-Ahkam as-Sultaniyah karangan al-Mawardi dan Abu
ya’a) bukan sahaja mengandungi teori dan idealisme tetapi juga menganalisa
realiti semasa. Ini kerana (ibnu Taimiyyah) apabila menulis buku ini mengambil
kira keadaan semasa dan realiti negara serta generasinya Kerana Ibnu Taimiyyah
bukan seorang faqih yang alim semata-mata tetapi juga aktif dalam kehidupan
awam.
Berasaskan
kepada hakikat inilah juga mungkin Ibn al-Qaiyim menamakan bukunya
tentang keterangan di mahkamah sebagai at-Turuq al-Hukmiyah Fi
as-Siasah as-Syarayah. Kerana kalau Siasah Syarayah semestinya mengertikan
ilmu kenegaraan tentu sekali penamaan berkenaan tidak tepat.
Pandangan Para
Fuqaha
Tentu
sekali terdapat perbezaan yang jelas antara Siasah Syarayah sebagai satu sistem
pemerintahan Islam dan Siasah Syarayah sebagai satu method penentuan hukum.
Yang pertama mengertikan sesuatu yang direalisasikan oleh sesuatu filsafat
tertentu tentang politik dan pemerintahan yang melibatkan bentuk dan sifat
organisasi negara dan pemerintahan berkenaan secara menyeluruh. Sedangkan yang
kedua lebih bersifat hasil ijtihad semasa dalam hal-hal yang tidak ditentukan
secara jelas oleh nas-nas Al-Quran dan as-Sunnah.
Tulisan
ini membincangkan Siasah Syarayah dalam pengertian yang kedua ini. Walau
bagaimanapun ia menyentuh tentang pemerintahan sebagai suatu pendekatan dalam
perbincangan tentang hasil ijtihad berkenaan. Ini bererti bahawa penulisan ini
akan menghuraikan tentang Siasah Syarayah dalam konteks sebuah pemerintahan
negara. Ia secara umum membicarakan tentang wajar atau tidak pada pandangan
Islam bagi pemerintah atau badan-badan pentadbiran dibawahnya membuat keputusan
atau mengambil langkah yang dikira berfaedah untuk kepentingan umum sekalipun
pada lahirnya ia dilihat sebagai tidak bedasarkan mana-mana nas dari Al-Quran
atau as-Sunnah.
Ibnu aqail,
seorang tokoh mazhab Hanbali, sebagaimana dinukilkan oleh Ibnu al-Qaiyim dalam at
Turuqul-hukmiyah Fi as-Siasah as-Syarayah. Kata beliau, adalah jelas sekali
harus menggunakan Siasah Syarayah dalam pemerintahan. Ia diterima oleh semua
imam mazhab. Sehubungan dengan jawapan tersebut Ibnu aqail menolak silap
faham yang mungkin timbul dati kata-kata aidak ada siasah kecuali yang
menepati syarak yang selalu menjadi pegangan ulamak mazhab Syafie. Kata beliau,
kalaulah kata-kata itu bermaksud bahawa siasah itu mestilah tidak menyalahi
apa-apa yang ditentukan oleh syarak maka ianya memang tepat.
Tetapi
kalaulah ia bermaksud bahawa tidak ada siasah kecuali (berdasarkan) apa yang
telah dijelaskan oleh syarak maka itu adalah satu kekeliruan dan pandangan yang
mengelirukan terhadap para sahabat Rasulullah s.a.w. Ini kerana para sahabat
sendiri pernah memutuskan hukum berdasarkan kepentingan umum walaupun tidak ada
nas secara khusus yang menyokongnya.
Bagi
Ibnu al-Qaiyim pula, siasah yang adil itu tidak boleh disifatkan sebagai
bercanggah dengan keterangan-keterangan Al-Quran dan as-Sunnah. Malah, kata
beliau ia adalah sebahagian dari syariat sendiri. Kata beliau, apa yang
kita sebutkan sebagai siasah itu hanyalah pada istilahnya sahaja.
Sedangkan
pada hakikatnya ia adalah keadilan Allah dan Rasul-Nya yang dapat difahami dari
tanda-tanda dan gejala yang ada. Beliau seterusnya menerangkan bahawa siapa
saja yang peka terhadap syariat dan faham bahawa ianya bertujuan untuk
melaksanakan kebaikan untuk manusia akan dapat memahami bahawa Siasah yang adil
itu adalah sebahagian daripadanya.
Para
fuqaha telah mengemukakan berbagai-bagai contoh di mana langkah-langkah seperti
ini selalu diambil oleh para pemerintah dan penguasa Islam sejak zaman berzaman
lagi. Antaranya ialah penulisan Al-Quran, perlantikan Umar r.a. sebagai
pengganti khalifah oleh Abu Bakar r.a., perlantikan enam anggota majlis
perunding bagi menentukan khalifah selepas Umar r.a., pembentukan jabatan
pentadbiran dan penubuhan penjara oleh Umar r.a. dan sebagainya.
Antara
contoh-contoh lain ialah penahanan oleh Rasullulah s.a.w atas seorang yang
tertuduh sebelum sabit kesalahannya; Melipatgandakan ganti rugi atas orang yang
menyembunyikan barang-barang yang hilang, yang juga dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w.; Tindakan Abu Bakar as-Siddiq membakar seorang pengamal homoseks;
Tindakan Umar Ibn Al-Khattab r.a. membakar kedai arak dan kampung yang menjual
arak; Tindakan Umar Ibn Al-Khattab r.a. membakar istana Saad Ibn Abi Waqqash
kerana istana berkenaan menyababkan gabenor tersebut terpisah dari rakyat; dan
larangan Umar r.a. terhadap para sahabat dari terlalu banyak meriwayatkan hadis
kerana takut tersilap dan berlaku pembongkaran terhadap Rasulullah s.a.w.
Antara
contoh-contoh lain lagi ialah harus menggunakan kanak-kanak di bawah umur dalam
urusan membeli-belah dalam perkara-perkara kecil; Seseorang tetamu boleh
memakan hidangan yang disajikan dihadapannya tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu;
harus meruntuhkan bangunan-bangunan sekitar untuk mengelakkan dari merebaknya
kebakaran dan lain-lain lagi.
Di
samping menyebut contoh-contoh di atas Ibnu al-Qaiyim berkata: Kes-kes ini dan
seumpamanya adalah polisi (Siasah) cabang berasaskan kepentingan semasa yang
akan berubah-ubah, tidak seperti mana yang disangka oleh sesetengah orang
sebagai syariat umum yang mengikat umat Islam sampai ke hari kiamat.
Kata
beliau lagi: Siasah yang mereka gunakan untuk memimpin ummah ini, dan yang
seumpamanya adalah merupakan taail dari Al-Quran dan as-Sunnah. Tetapi apakah
ia sebahagian dari syariat yang kulli yang tidak boleh berubah dengan perubahan
zaman ataupun bersifat sasah juza yang tetakluk kepada maslahah yang
tentunya berkait dengan masa dan tempat.
Mengikut
Fathi athman, antara bentuk sasah Syarayah ialah mengambil faedah dari
pengalaman orang-orang bukan Islam dalam bidang pentadbiran selagi ianya boleh
menghasilkan keadilan dan menjamin kepentingan orang ramai serta tidak pula
bertentangan dengan mana-mana nas syarak sama ada secara khusus atau secara
umum. Sebagai contohnya, kata beliau ialah tindakan Umar memperbaharui kaedah
pentadbiran negara berasaskan pengalaman baru yang diperolehi dari
jajahan-jajahan yang baru ditakluki oleh tentera-tentera Islam pada waktu
itu.
Siasah Yang Adil
Dan Siasah Yang Zalim
Nyatalah
bahawa doktrin Siasah Syarayah ini lahir dari kefahaman yang mendalam dan
menyeluruh terhadap kehendak-kehendak syariat dan realiti hidup. Sebagaimana
yang ditegaskan oleh para fuqaha, tanpa pemahaman yang menyeluruh seperti ini
banyak nilai-nilai keadilan tidak akan terlaksana. Oleh kerana itu adalah
sangat perlu bagi pemerintah benar-benar memahami kehendak-kehendak dan realiti
hidup ini.
Walau
bagaimanapun, para fuqaha cukup berhati-hati dalam memberi nilai terhadap
Siasah Syarayah ini. Mereka menganjurkan agar tidak berlaku sikap keterlaluan
dalam menerima atau menolak pemakaiannya dalam urusan pemerintahan. Bagi
mereka, kalaulah pihak pemerintah tidak memberikan penilaian terhadap doktrin
ini sewaktu mengendalikan pemerintahan negara ia dikira sebagai tidak berlaku
adil, malah sebaliknya berlaku zalim.
Tetapi
sebaliknya pula kalau pemerintah menggunakan doktrin ini dengan secara yang
melampaui bata-batas syarak ia juga terjerumus ke dalam lembah kezaliman dan
kemungkaran. Bagi mereka, kedua-dua golongan ini bersikap cuai dalam memahami
maksud perutusan Rasulullah s.a.w. Berasaskan kepada nilai inilah mereka
membahagikan Siasah kepada dua bahagian; Siasah yang adil, yang disifatkan
sebgai Syarayah dan keduanya Siasah yang zalim, iaitu yang tidak Syarayah.
Kata
Ibnu al-Qaiyim: Persoalan ini memang sukar dan mudah mengelirukan. Kerana itu
ada kalangan yang berpandangan terlalu sempit sehingga menyebabkan
terbengkalainya undang-undang dan peraturan. Mereka telah menyebabkan banyak
hak yang hilang dan menjadikan orang jahat lebih berani melakukan kejahatan.
Mereka telah menjadikan syariat sebagai tidak berdaya untuk menangani
kepentingan umat manusia dan memerlukan peraturan yang lain. Mereka telah
menutup jalan yang betul kearah mengenali hak dan melaksanakannya sedangkan
mereka tahu dengan jelas seperti mana orang lain juga bahawa ia adalah suatu
kebenaran. Sebabnya kerana mereka sangka ianya bertentangan dengan syarak.
Di
satu pihak yang lain pula terdapat mereka yang terlalu longgar pendirianya.
Mereka menerima konsep Siasah Syarayah ini dan menjadikannya sebagai alasan
untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum Allah dan Rasul-Nya.
Kedua-dua
golongan di atas sebenarnya lahir atas kegagalan mereka sendiri dalam mengenali
syariat Allah. Sesungguhnya Allah mengutus para Rasul dan menurunkan
kitab-kitabnya dengan tujuan supaya manusia berlaku adil, iaitulah suatu nilai
dan langit. Maka apabila ternyata tanda-tanda keadilan, baik dalam bentuk apa
sekalipun maka itulah syariat Allah dan agama-Nya.
Penegasan
yang sama juga telah dibuat oleh alaad-Din at-Tarabulsi. Kata beliau:
Siasah itu terbahagi kepada dua. Pertamanya Siasah yang zalim dan diharamkan
oleh syariat. Keduanya Siasah adil yang boleh menafikan akal daripada
orang zalim, menghalang berlakunya kezaliman, menghindar kemungkaran dan yang
boleh menjadi jalan ke arah pencapaian objektif syariat bagi umat manusia.
Kerana itu Siasah yang Syarayah perlu diterima dan dijadikan asas dalam
menegakkan hak. Bagaimanapun ia adalah suatu gelanggang yang luas dan boleh
mengelirukan.
Bersikap
negatif terhadap Siasah Syarayah boleh menghilangkan hak dan menghalang
kelancaran undang-undang serta peraturan. Ia juga boleh menjadikan orang jahat
lebih berani dan selesa. Sementara bersikap terlalu longgar dalam
menggunakannya pula boleh menyebabkan berlaku kezaliman, pertumpahan darah dan
pengambilan harta secara tidak syarak.
Kerana
itu terdapat satu golongan yang bersikap terlalu ketat yang tidak sepatutnya.
Dengan itu mereka tidak mengambil kira Siasah Syarayah ini kecuali amat sedikit
sekali dengan anggapan bahawa pengalamannya bertentangan dengan kaedah syarak.
Hasilnya mereka telah menutup jalan yang begitu jelas ke arah kebenaran dan
membuka jalan ke arah keburukan yang jelas. Ini kerana penolakan terhadap
siasah syarayah bererti penolakan terhadap nas-nas syarak dan bersikap
memandang serong terhadap para khalifah ar-Rasyidin.
Satu
golongan lain mengamalkan siasah dengan begitu boros sekali sehingga melampaui
batas dan keluar dari undang-undang syariat menuju kezaliman dan rekaan
politik. Mereka menyangka bahawa Siasah Syarayah tidak mampu menjamin hak dan
kepentingan ummah, iaitulah suatu kejahilan dan kekeliruan yang nyata. Satu
golongan lain pula bersikap sederhana. Mereka memilih jalan yang betul dengan
melakukan kompromi antara siasah dan syariat. Dengan itu mereka berjaya
membanteras kebatilan dan menegakkan serta membantu syariat.
Neraca Kepentingan
Sebagaimana
dijelaskan dari awal-awal lagi, doktrin Siasah Syarayah ini berlandaskan
kepentingan umum yang diistilahkan oleh para fuqaha sebagai Masoleh Mursalah,
iaitu kepentingan-kepentingan yang tidak diperakui secara jelas dan tidak pula
dipertidakkan dengan secara jelas oleh Al-Quran atau as-Sunnah.
Mengikut
para fuqaha kepentingan seperti ini perlu melengkapi sekurang-kurangnya tiga
syarat sebelum ianya diterima sebagai asas pembinaan hukum. Syarat-syarat itu
ialah:
- Ianya suatu
kepentingan yang perlu bagi masyarakat seluruhnya dan bukan kepentingan
segelintir tertentu sahaja.
- Ianya harus
merupakan suatu kepentingan yang jelas dan tidak diragui oleh segala pihak
yang menilainya.
- ianya tidak
bercanggah dengan tujuan asas syariat Islam atau dengan mana-mana nas yang
terdapat dalam Al-Quran dan as-Sunnah atau dengan mana-mana ijmak.
Di
samping itu, oleh para fuqaha kepentingan itu sendiri dikelaskan kepada tiga
kategori keutamaan seperti berikut:
- Kepentingan
asasi
- Kepentingan
biasa
- Kepentingan
mewah
Kepentingan
asasi atau ad-Daruriyat telah dihuraikan oleh para fuqaha sebagai
keperluan-keperluan utama bagi hidup duniawi dan ukhrawi. Ianya tersimpul pada
langkah-langkah untuk menjaga agama, keturunan, harta, nyawa dan akal.
Kepentingan biasa pula ialah kepentingan-kepentingan untuk menjaga kebaikan
hidup dan mengelak keadaan sukar,seperti makan minum dan sebagainya. Sementara
kepentingan mewah pula adalah untuk menjaga keselesaan hidup semata-mata
seperti semua alat kemudahan harian.
Ketiga-tiga
kategori kepentingan ini perlu mendapat perhatian ketika sesuatu ketentuan
hukum yang berdasarkan Siasah Syar`iyyah itu dilaksanakan. Tujuannya ialah
untuk mempastikan bahawa sesuatu kepentingan yang menjadi asas kepada hukum
berkenaan tidak menjejaskan kepentingan lebih utama daripadanya. Kalau tidak,
hukum seperti itu tidak boleh diterima sebagai satu ketentuan yang bersifat
menjamin kepentingan masyarakat.
Sehubungan
dengan itu Abdul-Wahhab Khallaf berkata: Objektif hukum syarak ialah untuk
menjayakan kepentingan manusia dengan cara menjamin kepentingan asasi,
kepentingan biasa dan kepentingan mewah mereka. Kerana itu setiap hukum syarak
tidak mempunyai kepentingan lain kecuali salah satu dari tiga kepentingan lain
merupakan keseluruhan dari kepentingan manusia ini. Oleh yang demikian
kepentingan mewah tidak akan diambil kira kalau ia boleh mengganggu kepentingan
biasa. Begitulah seterusnya kepentingan biasa tidak akan diambil kira kalau
sekiranya ia boleh menggugat kepentingan siasah.
Kata
beliau lagi: Berasaskan kepada nilai inilah diharuskan membuka aurat atas
keperluan perubatan dan pembedahan. Kerana penutupan aurat merupakan
kepentingan mewah, sedangkan perubatan adalah kepentingan asasi. Begitu juga
harus mengambil najis bagi tujuan perubatan atau dalam keadaan memaksa. Kerana
menjauhkan diri dari najis merupakan kepentingan mewah sedangkan berubat dan
menghapuskan keadaan yang memaksa merupakan kepentingan asasi. Begitulah
seterusnya harus menjual barang yang belum ada dalam akad salam dan istisna,
kejahilan tentang subjek akad dalam akad muzara`ah dan musaqat kerana orang
ramai merasa tidak perlu (mengetahui maklumat-maklumat remeh berkenaan yang
merupakan) kepentingan mewah sahaja.
Selanjutnya
beliau berkata: Segala fardhu dan kewajipan mesti ditunaikan oleh setiap
mukallaf yang tidak berada dalam keadaan yang membolehkan mereka mengambil
rukhsah meskipun fardhu dan kewajipan berkenaan membebankan mereka. Kerana
kalau tidak berbagai-bagai keperluan asasi seperti ibadat dan uqubat akan
terbengkalai. Jihad diwajibkan bagi tujuan menjaga agama walaupun dalam
melaksanakannya akan berlaku pengorbanan nyawa. Kerana menjaga agama lebih
penting dari menjaga nyawa.
Siasah Syar’iyah
Dalam Sejarah Pemerintahan Islam
Sebagaimana
diketahui, pemerintahan Islam bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Pada
waktu itu hanya Rasulullah s.a.w. sahajalah yang menjadi rujukan dalam semua
urusan awam, sama ada perundangan, pentadbiran mahupun pengadilan. Segala
undang-undang dan peraturan dalam pemerintahan tersebut berasaskan sama ada
kepada wahyu secara langsung atau pertimbangan baginda sendiri berdasarkan
kepada kepentingan dan keadaan semasa, atau juga berdasarkan kepada cadangan
para sahabat.
Apabila
Rasulullah s.a.w. wafat, baginda mewariskan kepada umat Islam dua petunjuk yang
sentiasa tepat dan bersifat abadi, iaitulah Al-Quran dan as-Sunnah. Di samping
itu baginda mewariskan juga ajtihad sebagai method penentuan hukum dalam
kes-kes Al-Quran atau as-Sunnah. Baginda sendiri yang mengajar bagaimana
melakukan ijtihad terutama dengan menjelaskan illat atau sebab mengapa sesuatu
hukum itu ditentukan.
Secara
umumnya illat menjelaskan bahawa setiap hukum itu mempunyai objektif atau
matlamat mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan. Ia memberi faham kepada
umat Islam bahawa di mana ada kebaikan dan maslahat maka di situ ada syariat
atau hukum Allah. Untuk menentukan ada atau tidak adanya kebaikan ini dalam
kes-kes yang tidak dinaskan oleh syarak pertimbangan akal perlu
digunakan.
Panduan
Rasulullah s.a.w. ini telah digunakan sepenuhnya oleh para khulafaar-Rasyidin
dalam tugas mereka memerintah dan mentadbir negara. Dalam kes-kes yang ada nas
segala kehendak nas itu diikuti. Tetapi kalau sekiranya timbul kes-kes yang
tidak dinaskan sebelumnya mereka berijtihad dengan berpandukan kepentingan
ummah di samping menjaga dasar-dasar dan semangat agama Islam. Adalah menjadi
perkara biasa lahir hasil-hasil ijtihad yang bertentangan dengan hasil-hasil
ijtihad yang lain, atau boleh disifatkan sebagai tidak selaras dengan
pengertian lahir nas-nas tertentu.
Meskipun
Rasulullah s.a.w. tidak pernah melantik pengganti baginda namun Abu Bakar r.a.
melantik Umar r.a. sebagai khalifah kedua buat penggantinya. Begitupun Umar
tidak mengikut tauladan Abu Bakar. Beliau sebaliknya menyerahkan perkara itu
kepada satu penal yang terdiri dari enam orang beliau lantik. Tidak ada orang
pada waktu itu yang menuduh Abu Bakar atau Umar sebagai melanggar syariat Allah
dengan langkah-langkah yang mereka ambil itu. Kerana mereka telah berusaha
melakukan sesuatu yang sebaik mungkin dan telah berijtihad sedaya
mungkin.
Umar
r.a. berijtihad dan memutuskan talak tiga boleh jatuh sekaligus sedangkan
beliau sendiri amat arif bahawa Al-Quran secara jelas menyebut aalak itu
dua kalia dan bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w. serta zaman Abu Bakar
r.a. talak hanya jatuh satu dalam satu peristiwa. Bagi Umar, keadaan telah
berubah dan umat Islam tidak lagi sebaik mereka pada zaman Rasulullah dan zaman
Abu Bakar.
Uthman
juga berijtihad lalu menambah satu lagi bang bagi fardhu Jumaat untuk
menjadikannya dua kali. Sedangkan pada zaman Rasulullah dan para khalifah
sebelum beliau bang Jumaat dilakukan sekali sahaja. Asas yang beliau gunakan
ialah kepentingan orang ramai memandangkan penduduk telah begitu ramai dan
sudah banyak rumah-rumah yang jauh dari masjid. Begitulah juga Ali r.a. telah
membuat berbagai-bagai keputusan berasaskan ijtihad semasa.
Langkah-langkah
yang di ambil oleh para pemerintah Islam terdahulu ini telah dapat menjamin
kepentingan masyarakat sepenuhnya dan telah menjadikan hukum dan peraturan
Islam mampu menyaingi perubahan zaman dan keadaan. Hasilnya tidak ada orang
yang merasa terkilan dengan kemampuan Islam dan kesediaannya menjawab segala
cabaran, apalagi merasa perlu kepada suatu peraturan atau sistem lain.
Pada
waktu itu tidak ada perpisahan antara hukum syarak dan hukum Siasah. Semuanya
disebut sebagai hukum syarak yang bersumberkan apa yang disyariatkan oleh Allah
melalui Rasul-Nya dan apa yang difahami oleh para mujtahid yang begitu cekal
berusaha memahami hukum dan menentukan ianya mendatangkan kebaikan.
Bagaimanapun,
tidak lama kemudian lahir satu zaman di mana para mujtahid telah mengikat diri
mereka dengan kaedah ijtihad tertentu dengan menentukan syarat dan panduan bagi
penerimaan sesuatu maslahah atau kepentingan. Adapun juga alasan mereka langkah
seperti itu telah mengongkong kebebasan mereka sendiri dalam berijtihad dan
telah menyempitkan ruang berijtihad itu sendiri.
Di
bawah ikatan baru ini banyak Masoleh Mursalah yang diketepikan kerana tidak
selaras dengan kaedah-kaedah atau pra syarat penerimaan yang ditentukan. Dengan
itu ruang perundang-undangan menjadi sempit dan pengadilan juga terkongkong
dengan kaedah dan prosedur tertentu dalam menentukan kebenaran dan kesalahan.
Pengenepian
Masoleh Mursalah dalam perundangan dan pengadilan ini telah memberi satu imej
buruk kepada fiqh Islam. Ia telah dilihat sebagai tidak mampu memenuhi
keperluan pemerintahan dan pentadbiran negara kerana tidak boleh menjamin
kepentingan orang ramai dan tidak boleh menyaingi perubahan dan perkembangan
zaman. Berasaskan kepada perundangan seperti para pemerintah mula berpaling
bulat kepada kehendak kepentingan awam semata-mata tanpa beriltizam dengan
pegangan para mujtahid.
Hasilnya
umat Islam berpendapat mereka berhadapan dengan dua sistem dan kelompok hukum
yang berbeza. Pertamanya hasil istinbat para fuqaha mujtahidin berasaskan
prinsip dan kaedah mereka, dan keduanya keputusan yang dibuat oleh para
pemerintah bagi tujuan kepentingan semata-mata dan mengikut perkembangan zaman.
Kelompok dengan sikap para penciptanya. Ada kalanya ia bersifat sederhana dan
adakalanya ia bersifat keterlaluan.
Kelemahan
fiqh Islam dalam menangani kepentingan masyarakat ini kemudiannya menjadi lebih
ketara lagi dengan berlakunya penutupan pintu ijtihad. Dalam suasana seperti
itu para fuqaha seolah-olah memaksa orang ramai menerima sahaja apa yang
diistinbatkan oleh para imam dan fuqaha di abad-abad lampau tanpa mengira
perbezaan zaman dan keadaan.
Melihat
persimpangan jalan yang begitu jauh antara fiqh dan kepentingan masyarakat
semasa dalam banyak hal in para pemerintah di negara-negara Islam lebih
berminat mengambil kira menyaingi peredaran zaman dan menjaga kepentiingan
semasa dengan mengadakan undang-undang dan peraturan yang sesuai dengan
objektif berkenaan walaupun tidak selaras dengan pandangan para fuqaha. Hal
seperti ini terus berlaku sehingga sekarang termasuk di Malaysia.
Sehubungan
dengan ini Abdul Wahhab Khallaf menghuraikan Siasah Syarayah dalam pemerintahan
negara sebagai: Pelaksanakan pentadbiran awam negara Islam dengan cara yang
boleh memberi kebaikan dan menolak kemudaratan dalam lingkungan batas-batas
syariat dan prinsip-prinsip umumnya walaupun tidak selaras dengan pandangan
para imam mujtahidin. Dengan lain perkataan, mengikut jejak langkah salaf di
dalam mengambil kira kepentingan dan perkembangan semasa.
Tambah
beliau lagi mengulas: Sebenarnya tidak ada halangan syarak untuk mengambil apa
sahaja langkah yang boleh menolak kemudaratan dan melahirkan kepentingan dalam
apa sahaja urusan negara selagi ianya tidak terkeluar dari batas-batas syarak
dan kaedah-kaedah umumnya. Bertolak dari objektif mempertahankan
kepentingan umum ini juga satu persoalan mungkin timbul, iaitu apakah semua
pihak dalam pemerintah boleh mengamalkan konsep Siasah Syar`iyah ini atau ia
hanya menjadi keutamaan pihak-pihak tertentu sahajaa
Dalam
menghuraikan bentuk-bentuk ijtihad para sahabat a.w. Muhammad Abu Zuhrah telah
menonjolkan satu sikap yang dijelaskan oleh khalifah Umar Ibn Al-Khattab r.a.
Mengikut Abu Zuhrah, khalifah Umar Ibn Al-Khattab dalam urusan pemerintahannya
sebagai seorang khalifah sentiasa berijtihad dengan menggunakan method
al-Maslahah. Pada waktu yang sama beliau mengarahkan para kadhi dan hakim
berijtihad (dalam menentukan hukuman) melalui method Qiyas, iaitu satu kaedah
pemakaian nas secara meluas.
Hal
ini, mengikut Abu Zuhrah ialah kerana dalam mentadbir sesuatu negara
kepentingan semasa masyarakat amat perlu dijaga. Mengikut beliau lagi,
perbezaan antara pemerintah yang baik dan pemerintah yang tidak baik banyak
dapat dilihat pada sejauh mana ianya dapat menjamin kepentingan masyarakat di
bawah pemerintahannya itu. Adapun di bidang pengadilan apa yang sangat-sangat
diperlukan ialah melaksanakan keadilan antara dua pihak yang bersengketa. Hal
seperti ini lebih memerlukan suatu sistem atau bentuk hukum yang tetap dan
tidak mudah berubah. Untuk itu method Qiyas adalah lebih wajar dan lebih
menjamin keadilan.
Mengikut
Muhammad Abu Zuhrah lagi, pihak pentadbir sentiasa terdedah kepada
masalah-masalah yang memerlukan penyelesaian segera. Adalah tidak munasabah
kalau masalah-masalah ini dibiarkan begitu sahaja tanpa penyelesaian yang
sewajarnya. Semuanya ini menunjukkan bahawa Siasah Syar`iyah itu bukan
satu Rukhsah atau kelonggaran dalam membuat ketentuan hukum secara umum, tetapi
sebaliknya suatu method dalam menjalankan pentadbiran negara. Tidak salah kalau
ia diertikan sebagai suatu method pentadbiran negara yang liberal.
Dalam
sebuah masyarakat yang membangun, bentuk pentadbiran seperti ini amat
diperlukan sekali. Ianya lebih sempurna untuk melayani keperluan-keperluan yang
ditimbulkan oleh perubahan-perubahan yang pesat dalam masyarakat berkenaan.
Sesungguhnya perubahan-perubahan pesat seperti itu boleh menyebabkan kelahiran
banyak masalah-masalah luar jangka yang memerlukan penyelesaian dengan segera
dan tepat. Kalau sekiranya satu bentuk pentadbiran yang konservatif
dipertahankan dalam masyarakat yang membangun begini ia boleh membantut
kelancaran pembangunan itu sendiri dan malah akan merupakan suatu penghalang
besar terhadap penerusannya.
Jelasnya,
Siasah Syarayah adalah suatu metod dalam mengatasi kekakuan polisi dan jentera
pemerintahan dan pentadbiran negara yang biasanya menjadi satu masalah dalam
masyarakat yang pesat membangun. Melalui cara ini pelaksanaan dasar dan
peraturan dapat diselesaikan dengan licin berpandukan kepentingan-kepentingan
semasa asalnya sahaja tidak bertentangan dengan mana-mana nas syarak atau
prinsip-prinsipnya secara umum. Ini bererti bahawa pemakaiannya hanya akan
berbangkit kalau sekiranya pemerintahan berkenaan berdasarkan kepada sistem
pemerintahan Islam sebagaimana yang dapat difahami dari Al-Quran dan as-Sunnah.
Sumber
dan rujukan:
- Ahmad Syafii
Maarif, 1987. Islam dan Masalah Kenegaraan, Lembaga Penilaian Pendidikan
dan Penerangan Ekonomi dan Social. Indonesia.
- Alias Othman,
1991. Asas-Asas Pemikiran Politik Islam. Kuala Lumpur.
- Asy Syeikh
Allamah Muhamad Hussein Tabataba `E 1984 Gagasan Politik Islam, Dewan
Pustaka Fajar Kuala lumpur.
- H. Zainal
Abidin Ahmad, 1977, Ilmu Politik Islam III Sejarah Islam dan Umatnya
Sampai Sekarang, Jakarta.
- H. Zainal
Abidin 1977, Ilmu Politik Islam, Jakarta.
- Idris Zakaria,
1991. Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur.
- Klaus Ferdinand
and Moohdi Mozaffari 1988, Islam: State and Society, Gurzon Press.
- Dr. Lukman
Thaib, 1995, Syura dan Aplikasinya Dalam Pemerintahan Pada Masa Kini,
Kuala Lumpur.
- Muhamad Asad,
1964. Azas-Azas Negara dan Pemerintahan Di Dalam Islam Terjemahan Drs.
Muhammad Radjab, Jakarta.
- Qamar-UD-DIN-Khan
...19.., Maududis Theory of the State.
- Syed Abul
Al-Maududi, 1404, Teori Politik Islam.
- Ta req Y.
Ismael and Zacqueline S. Ismael 19 Government and Politics in Islam,
London.
- Dr. Zainal
1987. Filsafat Sejarah Ibn Khaldun, Bandong.
- Siasah
Syar’iyyah Dalam Pemerintahan Negara, Profesor Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Hj
Ab Majid
- Ibnu Kathir,
Bidayah wan Nihayah: Masa Khulafa’ur Ar-Rasyidin (terj). Indonesia: Darul
Haq.
- Ibnu Khaldun
(1995), Muqaddimah (terj). Kuala Lumpur: Dewan Pustaka & Bahasa (DBP).
- Ahmad Ibrahim
Abu Sin (1991), Pengurusan Dalam Islam,
- There are no
sources in the current document. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
- M.A. Niaz,
(t.t), Trends and Developments in The Tools of Management and Decision
Making in Contemporary Period: Appraisal From Islamic Perspective.
- Saari Sungip
(1987), Kepimpinan Dalam Sistem Pentadbiran Islam (Kertas Kerja dibentangkan
dalam Seminar Kebangsaan Mengenai Aspek Kepimpinan, 17 Disember 1987,
Kuala Lumpur).
- Mohd Affandi
Hassan (1990), Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dan Amalan Dalam Islam, dlm
Mohd Yusof Noor (Ed.), Pendekatan Tauhid Dalam Pengurusan dan Pentadbiran Awam:
Konsep, Prinsip dan Model Alternatif. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam
Negara.
- Al-Buraey,
Muhammad (2001), Pembangunan Pentadbiran Menurut Perspektif Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
- Artikel ini
telah dimuatkan dalam buku Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan
dalam Islam, diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd. Salleh dan Mohd.
Affandi Hassan (Kuala Lumpur: INTAN, 1991), m.s. 26 – 71.
- Mohamad
Nurhakim.2008. Jatuhnya Sebuah Tamadun.hlm.54
- Ismail Bakar.
1999. Sejarah Tamadun Islam. Hlm.87
- Ad-Dustur
Al-Islami, Abu Bakar As-Siddiq al-Jazairi, m.s 19-20, cet. Al-Maktab
Al-Islami Damsyik atau Beirut (1391H)
Nama saya luco, di sini untuk berkongsi kesaksian yang sangat penting kepada anda semua mengenai bagaimana ayah Afrika yang dipanggil DR UJIAGBE membantu saya untuk membuat isteri saya hamil, kita telah cuba untuk mendapatkan bayi kita sendiri untuk 7yrs masa lalu tetapi tidak positif Penyelesaian sehingga saya mendapatkan alamat e-mel ayah dari internet tentang bagaimana seorang wanita dari Amerika Syarikat memberi kesaksian tentang kerja baiknya yang dilakukannya untuk mengukuhkan hubungannya dengan suaminya, dan bagaimana ayahnya membantunya untuk menyatukan kembali dia dan suaminya yang telah meninggalkannya Selama hampir dua setengah tahun kerana wanita lain, maka saya membincangkannya dengan isteri saya jika kita akan mencuba, dan dia bersetuju mengenainya, pada mulanya saya fikir ia adalah penipuan ketika dia meminta kami untuk menghantar dia wang Untuk membeli barang-barang yang akan digunakan untuk membuang ejaan yang ada pada saya oleh bekas saya juga yang saya enggan berkahwin kerana dia telah bertarikh dua kali dengan saya dengan notis saya, saya sangat supprese apabila bapa memberitahu saya semua Ini, kerana segala-gala yang dia beritahu saya tentang saya dan bekas saya adalah kebenaran, bu Saya tidak pernah percaya atau berfikir dia akan pergi sejauh ini kerana saya berpecah dengannya kerana kelakuannya yang tidak baik.
BalasPadamSaya patuh kepada bapa dan mengikut arahannya, selepas 2 bulan doa dan bekerja dengannya, isteri saya pergi untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan dua minggu mengandung selepas mematuhi dan mengikuti arahan bapa, kami sangat gembira sekarang saya akan terus meneruskan Berterima kasih kepada bapa ini atas bantuan yang baik yang dilakukannya terhadap saya dan keluarga saya, tolong selamatkan saya jika ada masalah dengannya atau pasangannya, sila hubungi lelaki hebat ini untuk sebarang jenis bantuan, saya berjanji, dia akan menyelesaikannya Dan buatlah keluarga anda berkumpul kembali dan gembira selama-lamanya.
Anda boleh menghubungi beliau menerusi E-melnya sendiri, drujiagbeblacktemple@gmail.com.
Dia memaklumkan saya bahawa dia boleh membantu dengan masalah berikut
(1) Jika anda mahu bekas belakang anda.
(2) jika anda sentiasa mempunyai impian yang buruk.
(3) Anda ingin dipromosikan di pejabat anda.
(4) Anda mahu wanita / lelaki berlari selepas anda.
(5) Jika anda mahu kanak-kanak.
(6) Jika anda memerlukan bantuan kewangan.
(7) Jika anda ingin menyembuhkan HIV AIDS
Hubungi beliau sekarang untuk penyelesaian segera anda
Masalah pada drujiagbeblacktemple@gmail.com
Terima kasih atas waktunya.