Rabu, 11 September 2013

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq



SMAHADZIR

NAMA Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. adalah tidak asing lagi bagi seluruh umat Islam, baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia yang dianggap paling teragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah s.a.w. Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah umat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tutur bahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya balk dahulu mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah s.a.w.

Nama sebenar Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya serta datangnya dan keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar Quraisy yang lain.

Jalinan Persahabatan

Dan segi umur, Saiyidina Abu Bakar r.a. adalah dua tahun lebih muda dan Rasulullah s.a.w dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah s.a.w menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak sekali berkorban harta benda untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad s.a.w. Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah s.a.w. pernah mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan Saiyidina Abu Bakar r.a. Adapun gelaran As-Siddiq yang diberikan kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata-kata mahupun perbuatan Nabi Muhammad s.a.w. Dalam hal ini elok kita petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud yang dicenitakan sendiri kepadanya oleh Saiyidina Abu Bakar, tentang bagaimana Saiyidina Abu Bakar r.a. memeluk agama Islam.

Kata Saiyidina Abu Bakar r.a. ketika menceritakan suatu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu Mas’ud, ‘Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak munid. Dia berkata kepadaku: ‘Aku kira tuan datang dan Tanah Haram.’

‘Benar,’ jawabku.

‘Aku kira tuan berbangsa Quraisy?’

‘Benar,’ ujarku lagi.

‘Dan apa yang aku lihat, tuan dan keluarga Bani Taiyim?’

‘Benarlah begitu,’ tambahku selanjutnya.

Orang tua itu terus menyambung, katanya, ‘Ada satu lagi hal yang hendak aku tanyakan dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika aku lihat perutmu?’

Maka pada ketika itu aku pun berkata, ‘Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.’

Maka ujar orang tua itu, ‘Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi Allah akan diutuskan di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua onang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separoh umur. Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separoh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.’

Maka sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata, ‘Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!’

Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kenana mengurusi perniagaanku dan sebelum meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, ‘Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?’

‘Boleh sahaja,’ jawabku.

Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, ‘Adakah engkau tahu yang sudah terjadi?’

Maka ujarku pula, ‘Apakah yang terjadi itu?’

Jawab mereka, ‘Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.’

Kemudian aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, ‘Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan dan aku mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng dan kepercayaan nenek moyang kita.’

Maka ujar baginda, ‘Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekalian umat!’

Aku pun bertanya kepada baginda, ‘Apa buktinya?’

Jawabnya, ‘Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.’

Aku menambah lagi, ‘Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?’

Baginda menyambung, ‘Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!’

Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya, ‘Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?’

Maka ujar baginda, ‘Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.’

Akhirnya aku berkata, ‘Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah.’

Demikianlah kisah indah yang meniwayatkan bagaimana Islamnya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Dan memanglah menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang pertama yang beriman kepada Rasulullah s.a.w.

Keislaman Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. telah membawa penganuh besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy seperti Saiyidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti jejak langkahnya.

Semenjak beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu Bakar r.a. telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w. Sebagai memperlihatkan kecintaan baginda terhadap Saiyidina Abu Bakar r.a., dapat kita ketahui dan satu dialog yang terjadi antara baginda Rasulullah s.a.w dengan Amru Bin Al-As. Amru seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pernah suatu hari menanyakan Rasulullah s.a.w, ‘Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayangi?’

Baginda menjawab, ‘Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah bapanya.’

Selain daripada itu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. adalah seorang sahabat yang terkenal kerana keteguhan imannya, cerdas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan penyantun. Rasulullah s.a.w. pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan sabdanya, ‘Jika ditimbang iman Abu Bakar As-Siddiq dengan iman sekalian umat maka berat lagi iman Abu Bakar.’

Demikian teguhnya iman Saiyidina Abu Bakar r.a. tatkala kita memperhatikan pengertian yang terkandung pada sabda Rasulullah s.a.w. mengenai dirinya itu. Gelaran As-Siddiq yang diberikan orang terhadap diri Saiyidina Abu Bakar r.a. adalah lantaran memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan serta membela diri Rasulullah s.a.w. Andainya sekalian umat manusia akan mendustakan Muhammad s.a.w. Abu Bakar r.a. akan pasti pula tampil dengan penuh keyakinan untuk membelanya.

Tidak beberapa lama setelah memeluk agama Islam, Saiyidina Abu Bakar yang terkenal sebagai saudagar yang kaya itu telah meninggalkan perdagangannya dan meninggalkan semua usaha peribadi lain-lainnya lalu menyerahkan segenap kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan penjuangan menegakkan Islam bersama Nabi Muhammad s.a.w. sehingga oleh kerana kegiatannya maka agama Islam mendapat kemegahan dengan Islamnya beberapa pemuda Quraisy yang lain.

Beliau telah mengorbankan seluruh hanta bendanya untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yang ditangkap atau disiksa. Selain danpada itu beliau juga telah membeli hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya. Salah seorang hamba yang dibelinya kemudian dibebaskan yang paling terkenal dalam sejarah ialah Bilal Bin Rabah.

Israk Dan Mikraj

Tatkala Nabi Muhammad selesai melakukan Israk dan Mikraj segolongan orang yang kurang mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah s.a.w. telah pergi menemui Saiyidina Abu Bakar r.a. untuk mendengar apa pendapatnya tentang dakwaan Muhammad s.a.w. itu. Tujuan kedatangan mereka mendapatkan Abu Bakar r.a. tidak lain dengan prasangka tentunya Abu Bakar r.a. kali ini akan mendustakan kisah yang tidak masuk akal pada fikiran mereka itu.

Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Abu Bakar r.a. lalu beliau pun berkata, ‘Adakah Muhammad berkata begitu?’

Sahut mereka, ‘Benar!’

 Maka ujar Saiyidina Abu Bakar r.a. ‘Jika Muhammad berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang diceritakan itu.’

Lalu mereka pun terus menyambung, ‘Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa Muhammad sampai ke tanah Syam lebih sebulan perjalanan pulang, malam semalam tadi?’

Maka sahut Abu Bakar sungguh-sungguh, ‘Benar! Aku percaya! Malah lebih dan itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dan langit diberitakannya baik pada waktu siang mahupun pada waktu malam!’

Demikian hebatnya sambutan sahabat yang paling utama itu. Kerana tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau telah diberi oleh Rasulullah s.a.w. dengan gelaran As-Siddiq, ertinya yang benar.

Dan memanglah tidak menghairankan sekali sikap Abu Bakar itu. Beliau telah kenal akan Muhammad s.a.w bukan sehari dua, melainkan sudah boleh dikatakan seumur manusia. Beliau tahu bahawa sahabatnya itu berkata benar, tak pernah berbohong; orang amin. Mustahil baginda akan khianat kepada pengikutnya yang percaya kepadanya. Beliau mengimani sahabatnya itu Pesuruh Allah Yang Maha Kuasa, menerima wahyu daripada Tuhannya. Beliau sudah bertahun-tahun mengikut petunjuk yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada sahabatnya itu maka telah teguhlah iman dalam hatinya.

Tatkala keadaan kekejaman orang-orang musyrikin Quraisy terhadap kaum Muslimin yang sedikit jumlahnya di Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengadakan permusyuaratan di rumah Saiyidina Abu Bakar r.a. untuk mencari jalan keluar daripada kesulitan yang sedang dihadapi oleh pihak kaum Muslimin.

Ketika itulah Rasulullah s.a.w. menjelaskan kepada Saiyidina Abu Bakar r.a. bahawa Allah s.w.t. telah memerintahkan baginda supaya melakukan hijrah ke Madinah serta meminta Saiyidina Abu Bakar r.a. supaya menemaninya dalam peristiwa hijrah tersebut. Dengan perasaan yang gembira tanpa sedikit kebimbangan pun Saiyidina Abu Bakar r.a. menyambut permintaan Rasulullah s.a.w.

Dari pintu belakang rumah Saiyidina Abu Bakar r.a. Rasulullah s.a.w. bersama-sama Saiyidina Abu Bakar menuju ke Gunung Tsaur dan bersembunyi di gua yang diberi nama Gua Tsaur. Pada saat suasana amat kritis, Saiyidina Abu Bakar r.a. diserang rasa kegelisahan dan cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh dapat tahu di mana Rasulullah s.a.w sedang bersembunyi, maka pada saat itu turun ayat suci Al-Quran dari surah Taubah yang isinya memuji Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, sebagai orang kedua sesudah Nabi s.a.w. dalam Gua Tsaur.

Dalam pada itu Rasulullah s.a.w. pun mengerti akan situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh kerananya baginda berkata, ‘Apakah yang menggelisahkan kamu, bukankah Allah s.w.t menemani kita?’

Kemudian Rasulullah s.a.w., diriwayatkan berkata selanjutnya untuk menghilangkan kebimbangan Saiyidina Abu Bakar, ‘Kiranya mereka masuk juga ke dalam gua ini kita masih dapat melepaskan diri dari pintu belakang itu,’ ujar baginda sambil menunjukkan ke arah belakang mereka.

Saiyidina Abu Bakar r.a. pun menoleh ke belakang. Betapa terkejutnya beliau bila dilihatnya pintu belakang yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w itu, padahal pintu tersebut tadinya tidak ada sama sekali. Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar r.a. tatkala di dalam gua itu bukanlah kerana takutkan nyawanya akan diragut oleh pihak musuh tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa baginda Rasulullah s.a.w.

Beliau pernah berkata, ‘Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh, yang terkorban hanyalah seorang manusia biasa. Tetapi andaikata tuan sendiri dapat dibunuh maka yang akan hancur ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tegak pula ialah kezaliman.’

Ucapan antara dua orang sahabat tatkala dalam gua itu ada tersebut dalam Al-Quran dalam surah Al Taubah ayat 40:

 إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ
 مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (40)

‘Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dan kampung halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja di dalam suatu gua, Di kala itu dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakar): Jangan engkau berdukacita; sesungguhnya Tuhan bensama kita. Tuhan menurunkan ketenangan-Nya kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak kamu lihat. Dan Tuhan menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah dan perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan Bijaksana.-

Demikian satu lagi keistimewaan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai seorang sahabat yang sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan bersama-sama Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan seruan Islam. Saiyidina Abu Bakar r.a. tidak bercerai jauh dengan baginda Rasulullah s.a.w sepanjang hidupnya dan menyertai semua peperangan yang dihadapi oleh baginda.

Beliau bukan sahaja berjuang menegakkan agama Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan juga dengan harta kekayaannya. Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali berkorban harta untuk menegakkan agama Islam. Bahkan seluruh kekayaannya telah habis digunakannya untuk kepentingan penjuangan menegakkan kalimah Allah. Di kalangan para sahabat beliaulah tergolong orang yang paling murah hati dan dermawan sekali.

Dalam Perang Tabuk misalnya, Rasulullah s.a.w. telah meminta kepada sekalian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakar r.a. membawa seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasulullah s.a.w. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar r.a., bagi tujuan jihad itu maka Rasulullah s.a.w. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya: ‘Hai sahabatku yang budiman, kalau sudah semua harta bendamu kau korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?’

Pertanyaan Rasulullah s.a.w. itu dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya, ‘Saya tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya.’

Allah s.w.t telah merakamkan kedermawanan Abu Bakar As-Siddiq dalam ayat 18-21 surah al-Lail:

الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى (18) وَمَا لِأَحَدٍ عِنْدَهُ مِنْ نِعْمَةٍ تُجْزَى (19) إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَى (20) وَلَسَوْفَ يَرْضَى (21)

‘Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, Sedang dia tidak menanggung budi sesiapa pun, yang patut dibalas, hanyalah mengharapkan keredhaan Tuhan-Nya Yang Maha Tinggi; Dan demi sesungguhnya, dia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).’ (Surah al-Lail: 18-21)

Kehebatan Jiwa

Demikianlah kehebatan jiwa Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, suatu contoh kemurahan hati yang memang tidak dijumpai bandingannya di dunia. Memandangkan besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau Rasulullah bersabda bahawa tegaknya agama Islam itu adalah lantaran harta benda Siti Khadijah dan juga Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Tepatlah juga tatkala baginda bersabda bahawa kiranya iman seluruh umat ditimbang bersama iman Saiyidina Abu Bakar r.a. maka berat lagi iman Saiyidina Abu Bakar r.a. Beliau memang manusia yang luar biasa kebesarannya yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi teman akrab Rasulullah s.a.w.

Pada suatu ketika, sewaktu Rasulullah s.a.w membaca khutbah yang antara lain menyatakan bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan.

Maka ketika meñdengar khutbah Nabi demikian itu Saiyidina Abu Bakar r.a. lalu menangis tersedu-sedu, kerana sedih dan terharu sebab beliau mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksudkan dalam isi khutbah tersebut ialah bahawa umur kehidupan Rasulullah s.a.w di dunia ini sudah hampir berakhir. Demikian kelebihan Saiyidina Abu Bakar r.a. dibandingkan dengan para sahabat yang lain kerana beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasulullah s.a.w hampir dekat.

Keunggulan beliau dapat dilihat dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. tatkala mana umat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada kewafatannya. Bahkan sahabat besar Saiyidina Umar Al-Khattab sendiri telah diselubungi kekacauan fikiran dan tampil ke muka umum sambil mencabar dan mengugut sesiapa sahaja yang berani mengatakan bahawa baginda telah wafat.

Ujar Umar r.a., ‘Rasulullah tidak wafat, baginda hanya pergi menghadap Allah s.w.t sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya.’

Ketika kegawatan itu berlaku Saiyidina Abu Bakar sedang berada di sebuah kampung Al-Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah s.a.w itu sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang sedang berkumpul mendengar pidato Saiyidina Umar Al-Khattab tadi.

Tanpa berlengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus ke rumah puterinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati jenazah Rasulullah s.a.w. terbujur di satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah s.a.w dan mengucupkannya, sambil berkata, ‘Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati!’ Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada yang keras:

 أَيّهَا النّاسُ إنّهُ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ مُحَمّدًا فَإِنّ مُحَمّدًا قَدْ مَاتَ وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللّهَ فَإِنّ اللّهَ حَيّ لَا يَمُوتُ .

‘Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati.’

Seraya menyambung membacakan sepotong ayat dan Al-Quran:

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ (144)

‘Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.’ (surah Ali Imran: 114)

Sejurus sahaja mendengar ayat itu, Saiyidina Umar Al-Khattab pun terus rebah hingga orang ramai Islam yang telah mendengar pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Kaum Muslimin tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah s.a.w. telah diberitakan mati terkorban dan menyebabkan ramai pejuang-pejuang Islam berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang difahami oleh Saiyidina Abu Bakar r.a. Ini jelas membuktikan kecerdasan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dalam memahami Islam. Ketika Rasulullah s.a.w. wafat, baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa yang patut menggantikan baginda sebagai khalifah umat Islam. Tetapi setelah lama berbincang kaum Muslimin dengan suara ramai memilih Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya itu dicalonkan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab r.a.

Pemilihan ini tentulah tepat sekali kerana pada pandangan kaum Muslimin memang beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan itu memandangkan kelebihan-kelebihannya dari para sahabat yang lain. Apatah lagi beliaulah yang pernah dilantik oleh baginda Rasulullah s.a.w semasa hayatnya untuk menggantikan baginda sebagai imam sembahyang tatkala baginda sedang uzur. Setelah dipilih oleh sebahagian besar umat ketika itu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq pun memberikan ucapannya yang terkenal yang antara lainnya beliau berkata:

 أَيّهَا النّاسُ فَإِنّي قَدْ وُلّيت عَلَيْكُمْ وَلَسْت بِخَيْرِكُمْ فَإِنْ أَحْسَنْت فَأَعِينُونِي ؛ وَإِنْ أَسَأْت فَقَوّمُونِي ؛ الصّدْقُ أَمَانَةٌ وَالْكَذِبُ خِيَانَةٌ وَالضّعِيفُ فِيكُمْ قَوِيّ عِنْدِي حَتّى أُرِيحَ عَلَيْهِ حَقّهُ إنْ شَاءَ اللّهُ وَالْقَوِيّ فِيكُمْ ضَعِيفٌ عِنْدِي حَتّى آخُذَ الْحَقّ مِنْهُ إنْ شَاءَ اللّهُ لَا يَدَعُ قَوْمٌ الْجِهَادَ فِي سَبِيلِ اللّهِ إلّا ضَرَبَهُمْ اللّهُ بِالذّلّ وَلَا تَشِيعُ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطّ إلّا عَمّهُمْ اللّهُ بِالْبَلَاءِ أَطِيعُونِي مَا أَطَعْت اللّهَ وَرَسُولَهُ فَإِذَا عَصَيْتُ اللّهَ وَرَسُولَهُ فَلَا طَاعَةَ لِي عَلَيْكُمْ .

‘Wahai sekalian umat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemerintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisinya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selagi aku patuh kepada Allah dan Rasul-Nya. Akan tetapi jika aku menderhakai Allah, maka kamu sekalian tak harus lagi patuh kepadaku.’

‘Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah s.a.w adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada kelebihannya dari seorang pun juga di antara kamu.’

Ini adalah satu pembaharuan dalam pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh rakyat jelata kerajaan Rome dan Parsi yang memerintah dunia barat dan timur ketika itu. Beliau telah mematuhi manifesto politiknya. beliau hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan. Adalah diriwayatkan bahawa pada satu masa ada orang memanggilnya, ‘Ya Khalifah Allah!’

Beliau dengan segera memintas cakap orang itu dengan katanya: ‘Saya bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah Rasul-Nya!’

Adalah diriwayatkan bahawa pada keesokan harinya iaitu sehari setelah beliau terpilih sebagai Khalifah, Saiyidina Abu Bakar r.a. kelihatan membawa barang perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati beliau, di antaranya Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar itu mendekati beliau seraya berkata, ‘Urusan Khalifah itu tidak boleh dicampuri dengan berniaga!’

Lalu Abu Bakar r.a. bertanya, ‘Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku membelanja rumah tanggaku?’

Demikian sedihnya nasib yang menimpa Saiyidina Abu Bakar r.a. sebab walaupun kedudukannya sebagai Ketua Negara namun belum ada lagi ketetapan untuk bagi seseorang ketua pemerintah Islam memperolehi gaji dari harta kerajaan. Keadaan ini mendapat perhatian dari para sahabat lalu mereka menentukan tunjangan secukupnya buat beliau dan buat keluarga beliau yang diambil dari baitulmal. Kemudian itu baharulah Khalifah Abu Bakar As-Siddiq meninggalkan usaha penniagaannya kerana hendak memusatkan seluruh tenaganya untuk mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Khalifah.

Semasa bertugas sebagai Khalifah umat Islam beliau hanya menerima peruntukan sebanyak enam ribu dirham sahaja setahun iaitu kira-kira lebih kurang 1,200 dolar sahaja setahun. Peruntukan itu tidak dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan sebelum kematiannya beliau telah memerintahkan supaya pendapatannya itu diserahkan kembali kepada baitulmal. Kebijaksanaan Abu Bakar As-Siddiq r.a. juga ternyata dalam polisinya menyamakan pemberian elaun kepada orang-orang yang berhak agar mereka tidak dipisahkan oleh jurang-jurang perbezaan yang jauh agar tidak lahir satu golongan yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa dan golongan-golongan yang lain. Sedangkan beliau sendiri hanya mengambil sekadar keperluan-keperluan asasi buat diri dan keluarganya.

Sebelum beliau meninggal dunia, kepada Saiyidina Umar Al-Khattab beliau telah mewasiatkan agar jangan menghiraukan jenazahnya nanti bila beliau pulang ke rahmatullah, melainkan haruslah dia segera mengirim bala tentera ke Iraq untuk membantu Al-Muthanna yang sedang bertempur di Iraq itu.

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. tidak lupa mengingatkan Saiyidma Umar r.a. apa yang dilaksanakan sewaktu Rasulullah s.a.w wafat dan bagaimana cintanya kepada Rasulullah s.a.w dan perhatiannya kepada jenazah baginda yang suci itu tidak mengabaikannya dan melaksanakan kewajipan biarpun yang demikian itu amat berat bagi jiwanya. Dengarlah antara lain kata-katanya kepada Umar Ibnul Khattab r.a: ‘Dengarlah hai Umar! Apa yang akan kukatakan ini dan laksanakanlah. Aku mengharap akan kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum matahani terbit pada esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala bantuan kepada Al-Muthanna. Janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimanapun besannya dapat melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah melihat apa yang telah aku lakukan tatkala Rasulullah s.a.w wafat sedang wafatnya Rasulullah s.a.w itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana yang sebesar itu.’

‘Demi Allah, andaikata pada waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan Rasul-Nya, tentu kita telah jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah ini telah jadi lautan api.’

Dalam masa pemerintahannya yang singkat Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang memerintah hanya dalam masa dua tahun sahaja itu telah meletakkan asas pembangunan sebuah pemerintahan Islam yang teguh dan kuat setelah berjaya mengatasi berbagai macam masalah dalam negeri dengan segala kebijaksanaan dan kewibawaannya. Beliau telah memenuhi segenap janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang abadi.

Sungguh kehidupan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq adalah penuh dengan ibarat, penuh dengan nasihat, penuh dengan ajaran serta kenang-kenangan yang indah dan mulia. Selama dua tahun pemerintahannya itu beliau telah berjaya menyusun tiang-tiang pokok dan kekuatan Islam. Beliau telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang penting bagi memelihara kepercayaan kaum Muslimin dan bagi memelihara keagungan agama Islam.

Bahkan beliau telah mengakhiri riwayat pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian daripada negeri Iraq, lalu pulang ke rahmatullah dengan dada yang lapang, ketika umur beliau menginjak 63 tahun. Beliau dikebumikan di samping makam Rasulullah s.a.w. di Masjid Madinah. Semoga niwayat serta penjuangan beliau menjadi contoh ibadat yang murni bagi sekalian kaum Muslimin.

Sirah Kehidupan Abu Bakar As-Siddiq

Nama sebenar beliau Abdullah bin Usman bin Amir bin Amr bin Ka’ab bin Taim bin Murrah bin Ka’ab bin lu’ai At-Tamimi al-Quraisyi. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Abu Bakar As-Siddiq dalam sejarah Islam. Rangkaian jurai keturunan beliau bertemu dengan rangkaian jurai keturunan Nabi Muhammad s.a.w pada Murrah bin Ka’ab sehigga keduanya sekeduanya seketurunan.

Ibu beliau iaitu Salma binti Shakhar bin Amir bin Ka’ab bin Saad bi Taim bin Murrah. Beliau dilahirkan selepas dua tahun enam bulan Nabi Muhammad s.a.w dillahirkan iaitu pada tahun Gajah. Ini bererti beliau lebih muda dua tahun lebih dari Nabi Muhammad s.a.w. Beliau dilahirkan di Mekah. Dari kecil lagi beliau terkenal dengan sifat yang terpuji antaranya budi pekerti yang baik, mulia, dan banyak lagi.

Abu Bakar mempunyai pelbagai gelaran tetapi beliau lebih terkenal dengan gelaran As-Siddiq yang bererti ‘orang yang benar’ kerana Abu Bakar adalah seorang yang mempercayai setiap apa yang disampaikan oleh Rasulullah. Abu Bakar mempunyai bakat dalam bidang perniagaan. Beliau menjalankan perniagaan beliau di dalam dan luar negeri dengan sifat-sifat yang terpuji seperti benar, jujur, setia dan peramah dengan pelanggannya.

Abu Bakar adalah antara yang terawal memeluk Islam. Pelbagai pendapat bercanggahan mengenai siapa yang terlebih dahulu yanh memeluk Islam. Perbezaan pendapat itu akhirnya dapat dirumuskan oleh Imam Abu Hanifah sebagai berikut:

  1. Abu Bakar As-Siddiq daripada golongan lelaki dewasa
  2. Ali bin Abu Talib daripada kalangan lelaki kanak-kanak
  3. Khadijah dari kalangan wanita dewasa
  4. Zaid bin Haritsah Maula Nabi Muhammad s.a.w. daripada golongan hamba lelaki
  5. Ummu Aiman isteri Zaid daripada golongan hamba wanita.

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq meninggal dunia pada tanggal 7 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah selepas memimpin umat Islam sebagai Khalifah al-Rasyidin pertama selama 2 tahun 3 bulan 10 hari. Beliau meninggal ketika berusia 63 tahun dan jenazahnya dimakamkan di samping makam Nabi Muhammad s.a.w.

Perjuangan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq

Sumbangan dan jasa-jasa Abu Bakar pada zaman permulaan Islam di kota Mekah sebenarnya sangat sangat tinggi nilainya yang perlu dikenang dan dihayati oleh umat Islam masa kini dan seterusnya. Jas dan sumbangan beliau terutama ketika bersama Nabi Muhammad s.a.w. ada tercatat dalam Al-Quran oleh Yang Maha Kuasa.

Firman-firman Allah s.w.t berikut menjadi bukti betapa hebat dan mulianya beliau sehinggakan nama beliau diabadikan didalam Al-Quran: ‘Dia adalah salah seorang daripada dua orang ketika keduanya beada dalam gua, di waktu dia berkata krpada temannya; ‘Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah berserta kita.‘ (surah At-Taubah: 40).

‘Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan membenarkannya, mereka itulah orang-orang yang bertakwa.’(Az-Zumar: 33).

Hubungan Abu Bakar dan Nabi Muhammad s.a.w. ketika memperjuangan Islam adalah begitu rapat sekali. Ibarat kuku dan isi. Sehingga akhir hayat Nabi Muhammad s.a.w. hubungan Abu Bakar dengan baginda kian erat dan sememangnya beliaulah orang yang paling layak meneruskan perjuangan baginda sebagai khalifah Islam pertama. Beberapa contoh menunjukkan ketekunan dan keikhlasan Saiyidina Abu Bakar dalam dalam berjuang menegakkan agama Islam. Antaranya ialah:

a) Hijrah ke Madinah

Abu Bakar memainkan peranan yang penting dalam peristiwa hijrah ini. Abu Bakarlah yang menemani Nabi Muhammad s.a.w. pada waktu berlakynya pengepungan di rumah baginda yang dilakukan oleh pemuda-pemuda Quraisy dengan tujuan untuk membunuh baginda. Mereka berharad dapat membunuh baginda beramai-ramai ketika baginda keluar rumah. Rancangan jahat kaum Quraisy itu diberitahu Allah kepada Rasul-Nya dan memerintahkan berhijrah ke Yathrib.

Peristiwa itu digambarkan didalam Al-Quran yang bermaksud: ‘Dan ingatlah ketika orang-orang Quraisy memikirkan tipu daya untuk menangkap, memenjarakan, membunuh ataupun mengusir kamu maka Allah menggagalkan tipu daya mereka. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.‘ (surah al-Anfal ayat 30).

Cara baginda berhijrah diriwayatkan oleh Ibnu hisyam seperti katanya, ‘Bahawa Rasulullah datang dengan bersembunyi-sembunyi ke rumah Abu Bakar, kemudian mereka berdua terus ke gua Thur yang letaknya di selatan Mekah. Mereka bersembunyi di gua itu beberapa ari untuk mengelakkan daqri kepungan dan halangan yang akan dilakukan oleh pihak Quraisy.‘

Selepas orang-orang Quraisy mengetahui Nabi dan Abu Bakar telah tiada dan sedang dalam perjalanan menuju ke yathrib, mereka mengeluarkan tawaran hadiah seratus ekor unta kepada sesiapa saja yang berhasil menangkap Muhammad hidup ataupun mati. Akhirnya mereka mengetahui juga Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar bersembunyi dalam Gua Thur.

Abu Bakar berasa cemas dan bimbang akan keselamatan Nabi bila orang-orang Quraisy itu sampai ke pintu Gua Thur. Beliau merasakan perlu untuk mempertahankan Rasulullah s.a.w junjungan umat Islam itu sepenuh jiwa dan raga beliau. Perassan cemas beliau itu sentiasa ditenteramkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Peristiwa bersejarah ini diabadikan Allah s.w.t dalam Al-Quran yang bermaksud: ‘Jika kamu tidak mahu menolong dia (Muhammad) sesungguhnya Allah telah menolongnya, iaitu ketika orang-orang kafir mengusirkannya, semasa mereka berdua di gua itu ia berkata kepada temannya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama-sama kita.‘ (surah at-Taubah ayat 40).

Pada akhirnya meraka pun tiba di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawl tahun 1 Hijrah (20 September 622 Masehi) yang mana jaraknya dengan madinah kira-kira 10 kilometer. Beliau berada di Quba’ selama 4 hari dan di situlah beliau membina masjid yang pertama dalam Islam, kemudian memasuki Madinah pada 12 Rabiulawal tahun 1 Hijrah.

b) Ikut Bertempur Bersama Rasulullah Dalam Peperangan

Abu Bakar selalu mengikuti Rasulullah s.a.w bertempur dalam segala peperangan semasa hayatnya. Seluruh hidupnya disumbangkan dan dikorbankan untuk membela Rasulullah s.a.w dalam menegakkan agama Allah yang maha suci. Beliau bertempur dengan gagah berani di bawah kibaran panji-panji kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w merancang Perang Badar, baginda meminta persetujuan dan pendapat daripada para sahabatnya. Sementara itu Abu Bakar bersetuju dan menyampaikan isyarat agar peperangan ini dilaksanakan dan maju untuk menyerang.

Di dalam Perang Badar ini Abu Bakarlah menjadi pagar pelindung yang selalu tetap bersama Rasulullah s.a.w. untuk menjadi tebusannya. Setelah pertempuran mulai sengit dan hebat, Rasulullah meengalihkan perhatiannya dan berdoa kepada Allah sehingga kain serbannya terjatuh daripada kepalanya. Abu Bakar berkata kepadanya, ‘Wahai Rasulullah! Yang engkau minta adalah Allah, dan sesungguhya Allah sajalah yang akan melaksanakan kepadamu apa-apa yang telah dijanjikan.‘

Ketika itu Allah s.w.t. telah mengkabulkan doa Nabi-Nya iaitu member kekuatan dan bantuan malaikat, diberikaiman dan semangat serta kemenangan. Sebagaimana Allah berfirman: ‘Ingatlah, ketika kamu memohon pertongan kepada tuhanmu, lalu diperkenankannya bagimu, ‘Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala tentera kepada kamu dengan seribu malaikat yang dating berturut-turut.‘ (surah al-Nafaal: 9)

Dalam Perang Badar ini kaum Muslimin berjaya memperolehi kemengan yang yang besar. Mereka kembali ke Madinah dengan membawa tujuh puluh orang tahanan perang daridapa kaum Quraisy. Dalam masalah tawanan perang tersebut Rasulullah s.a.w. telah mengadakan musyawarah dengan para sahabatnya. Abu Bakar berpendapat mereka patut diberikan kesempatan hidup.

Ini berlainan dengan pendapat Saiyidina Umar yang mencadangkan mereka dibunuh keana mereka adalah orang kafir selalu memusuhi orang Islam. Dalam hal ini Abu Bakar berkata, ‘Wahai Nabi Allah, mereka adalah keturunan bapa saudara dan keluarga, saya menganggap baik bila mereka disuruh membayar denda atau tebusan dan hal itu dapat dibuat untuk memperkuatkan sahabat Nabi, dan mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk dariupada Allah kepada agama Islam.‘

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Perumpamaan Abu Bakar adalah seperti Nabi Ibrahim ketika dia berkata; ‘Maka barang siapa yang mengiukutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barang siapa yang menderhakai aku, maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’

Setelah Nabi mengembalikan masalah tawaran perang tadi kepada seluruh sahabatnya, beliau bersama majoriti sahabat lebih cenderung kepada pendapat Abu Bakar kerana tiada sesuatu tindakan yang menyamaiu menberikan keampunan dan kemaafan dalm usaha mengetuk dan membuka hati yang terkunci. Setelah selesai bermensyuarat diumumkan bahawa tiap tahanan yang mampu menebus dirinya dengan wang dan harta, dia akan dibebaskan. Manakala orang tawanan sanggup mengajar menulis dan menulis kepada sepuluh orang anak Muslim hingga pandai, mereka akan dibebaskan. Sementara itu Rasulullah s.a.w. juga membebaskan tahanan yang ternyata lemah, kerana meraka tidak mampu menebus dirinya sendiri, atau untuk meindungi hak mereka

c) Bantuan Kewangan dan Sikap Dermawannya

Saiyidina Abu Bakar memang terkenal dengan sifat pemurahnya. Beliau sanggup memderma keseluruhan hartanya demi menegakkan agama Allah. Sebelum memeluk Islam beliau memeng dikenali sebagai seorang bangsawan yang kaya lagi dihormati oleh masyarakatnya. Tetapi setelah memeluk Islam, beliau merupakan tokoh Islam yang utama sekali yang telah mengorbankan seluruh harta bendanya bagi kepentingan agama Islam. Di kalangan para sahabat dia tergolong orang yang paling murah hati dan dermawan sekali.

Dalam menyambut datangnya agama Islam, beliau menyumbangkan wang tunai 40,000 dirham kerana memperjuangkan agama Allah dengan penuh rasa ikhlas dan kerelaan. Bantuan kewangan Abu Bakar itu dicurahkan dengan berbagai cara. Yang pertama adalah untuk membeli hamba abdi sahaya yang telahg memeluk Islam dan selalu diseksa oleh tuannya. Jumlah abdi yang telah dibeli oleh beliau adalah tujuh orang. Antaranya ialah Bilal bin Rabbah dan Amir bin Fahirah.

Setelah itu beliau meneruskan bantuannya untuk membantu kaum Muslimin yang fakir miskin, membantu membekalkan angkatan perang dan menjamu para tamu serta untuk amal sosial yang lain. Yang paling banyak adalah bantuannya mengadakan bekalan perang dalam perang Tabuk pada tahun 9 Hijrah. Sewajarnya beliau mendapat daripada Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bererti; ‘Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa daripada mereka itu, yang menafkahkan hartanya(di jalan Allah) untuk membersihkannya, padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya. Tetapi(dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya Yang maha Tinggi. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan.’ (surah al-Lail: 17-21)

Dengan kedermawan Abu Bakar itu Nabi Muhammad s.a.w. memujinya sehingga baginda bersabda, ‘Sesungguhnya manusia yang paling banyak memberikan kesentosaan kepadaku dalam persahabatannya dan hartanya adalah Abu Bakar. Seandainya saya (diperintahkan) menjadikan kekasih, tentulah saya menjadikan Abu Bakar sebagai kekasih, tetapi (yang ada) hanyalah persaudaraan dalam Islam.’

Dalam perang Tabuk, Rasulullah s.a.w. telah meminta kepada sekalian kaum Muslimin agar mengorbankan harta mereka kepad jalan Allah. Tiba-tiba datang Abu Bakar membawa kesemua harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan Rasulullah s.a.w. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh beliau bagi tujuan perjuangkan agama Islam, Nabi Muhammad s.a.w. menjadi terkejut lalu bertanya kepada beliau, ‘Hai sahabatku yang budiman, kalau sudah semua harta bendamu kau korbankan apa lagi yang engkau tinggalkan buat anak-anak serta isterimu?’

Pertanyaan Rasulullah s.a.w itu dijawab oleh beliau sambil tersenyum, katanya; ‘Saya tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya!’ Demikianlah kehebatan jiwa Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, suatu contoh kemurahan hati yang tidak dijumpai bandingannya di dunia hingga hari ini. Sikap dan tingkah laku Abu Bakar wajar menjadi contoh tauladan kpada semua umat Islam dalam memperjuangkan agama Isalm di dunia hari ini.

Keutamaan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq

Oleh kerana keistimewaan-keistimewaan yang begitu banyak yang dilakukan oleh Abu Bakar semasa hayatnya dengan penuh keikhlasan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. serta agama Islam dan kaum Muslimin, maka seluruh ahli Sunnah Waljamaah secara ijmak mengakui bahawa Abu Bakar Siddiq adalah orang yang paling utama ataupun yang paling afdal sesudah Nabi Muhammad s.a.w.

Liku-liku hidup Saiyidina Abu Bakar menunjukkan beliau adalah orang utama yang mengatasi dan mendahului para sahabat yang lain dalam segala hal, baik dalam urusan ibadat mahupun dan urusan menegakkan agama Allah s.w.t. Tidak ada suatu hari pun yang dilalui oleh beliau tanpa mengerjakan seruan untuk berbuat baik dan curahan bakti sama ada di minta ataupun tidak.

Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada sahabatnya tentang kebaikan yang dikerjakan oleh mereka. Mereka selalunya memberikan penjelasan kerana Nabi Muhammad s.a.w. akan mendesak mereka memberi penjelasan apa yang ditanya. Sesudah itu biasanya Nabi Muhammad s.a.w. akan memberikan pelajan kepada mereka ataupun mengucapkan hadis yang akan diriwayatkan mereka.

Pada suatu hari sesudah sembahyang subuh, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya; ‘Siapa di antara kamu berpuasa hari ini?’ Abu Bakar berkata, ‘Saya. Ya, Rasulullah memang saya tidur tadi malam dan saya berniat untuk berpuasa, maka saya berpuasa hari ini.’ Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pula; ‘Siapa di antara kamu yang telah mengunjungi orang sakit hari ini?’ Abu Bakar menjawab; ‘Adapun saya ya Rasulullah, merekamemberitahu kepada saya bahawa saudara saya Abdur Rahman bin Auf sakit. Lalu saya pergi ke rumahnya menanyakan keadaannya dan kemundian saya datang ke masjid.’

Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi; ‘Siapa di antara kamu telah bersedekah hari ini?’ Abu Bakar menjawab; ‘Saya ya Rasulullah, ketika saya masuk masjid, tiba-tiba ada seorang peminta sedekah meminta sesuatu sedang seorang putera Abdur Rahman bin Abu Bakar mempunyai roti. Saya ambil roti itu dan saya berikan kepada peminta sedekah itu.’

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; ‘Bergembiralah engkau dengan syurga, bergembiralah engkau dengan syurga.’

Tidaklah aneh kalau Saiyidina umar berkata; ‘Tidak saya mendahului Abu Bakar membuat kebaikan, dialah yang selalu mendahului saya membuat kebaikan.’ Dan tidaklah aneh kalau Saiyidina berkata; ‘Demi Allah, tidaklah sekali-kali kami berlumba-lumba untuk membuat kebaikan kecuali Abu Bakar mendahului kami membuatnya.’

Tentang kisah keutamaan Abu Bakar lagi, sejarah menceritakan: Nabi Muhammad s.a.w. pernah ditanya orang, ‘Ya Rasulullah, manusia manakah yang paling engkau cintai?’

Nabi Muhammad s.a.w. menjawab; ‘Aisyah’

Mereka berkata; ‘Yang kami maksudkan daripada kalangan laki-laki?’

Nabi Muhammad s.a.w. menjawab; ‘Bapanya.’

Dan Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; ‘Tidak ada seseorang yang berjasa di antara kita melainkan kami tlah membalasinya kecuaili Abu Bakar, sesungguihnya dia mempunyai jasa yang akan dibalasi oleh Allah pada hari kiamat.’

Hal ini dijelaskan oleh kata-kata beliau, ‘Tidak ada seorang pun yang lebih besar jasanya kepada saya selain Abu Bakar, dia telah membantu saya dengan dirinya dan hartanya serta mengahwinkan puterinya kepada saya.’

Saiyidina Umar berkata; ‘Abu Bakar itu penghulu kami, orang yang terbaik di antara kami dan orng paling di cintai oleh Rasulullah di antara kami.’

Sekelompok orang-orang Muhajirin dan Ansar berbicara tentang keutamaan orang-orang besar dekat pintu Nabi Muhammad s.a.w. Lalu Nabi Muhammad s.a.w. pun keluar dan bertanya kepada mereka, ‘Sedang mengapa kalian?’

Mereka menjawab; ‘Kami membicarakan tentang keutamaan.’

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; ‘Janganlah kamu utamakan seorang pun atas Abu Bakar kerana sesungguhnya dia adalah orang yang paling utama di antara kamu di dunia dan akhirat.’

Keberanian Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq

Keberanian Abu Bakar dikatakan sepadan dengan kebenarannya dan kesetianya mkenepati janji, baik di dalam memberi pendapt mahupun keberanian di medan perang. Ketika dia telah masuk Islam, beliau berani menyatakan keislamannya dan mengerjakan sembahyang serta berdoa secara terang-terangan tanpa mempedulikan apa yang akan menimpa beliau.

Ketika perang diwajibkan ke atas umat Islam, beliaulah perajurit yang paling dekat kepada Rasulullah dalam setiap peperangan dan setiap ada kesulitan atau bahaya. Dalam sebahagian pertempuran yang sengit banyak perajurit-perajurit yang lari mundur, tetapi beliau tidak pernah mundur walau bagaimana sulit dan gentingnya keadaan.

Daripada Baizar daripada Ali bin Abu Talib; ‘Hai kaum Muslimin sekalian, siapakah orang yang paling berani?’

Jawab para sahabatnya; ‘Engkaulah orang paling berani?

Kata Ali; ‘Aku hanya dapat mengalahkan setiap orang yang berhadapan dengan aku, namun katakan padaku siapakah orang yang paling berani?’

Setelah mereka tidak dapat menjawab beliau berkata; ‘Orang yang paling berani di antara kita adalah Abu Bakar. Ketika di hari Badar setelah kami mendirikan sebuah gubuk untuk tempat diamnya Nabi Muhammad s.a.w, kami tanya siapakah yang akan menjaga Nabi Muhammad s.a.w. di dalam gubuk ini, di saat itu tiada seorang pun yang menjawab dan bersedia selain Abu Bakar yang menhunus pedangnya dan setiap mmusuh berusaha untuk mendekati tempat Nabi Muhammad s.a.w, Abu Bakar menghentam orang itu dengan pedangnya, itulah orang yang paling berani.’

Demikianlah keberanian Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang patut menjadi tauladan dan ikutan kepada seluruh umat Islam masa kini.

Ketakwaan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq

Khalifah Abu Bakar terkenal sebagai orang yang kuat pegangan agama ketakwaannya dalam menjalani proses hidup seharian di pentas dunia yang cuma sementara ini. Sebagai seorang khalifah yang sangat takwa dan seorang pemimpin yang adil amanh, beliau bersungguh-sungguh menjaga diri agar benar-benar bersih badan, pakaian, rumah tangga, akal fikirannya, hati batin dan darah dagingnya agar sedikit pun jangan sampai dicampuri sesuatu barang yang diharamkan oleh Allah.

Sebagai contoh, pada suatu hari beliau sedang makan makanan yang dihidangkan sebagai hasil usaha seorang budaknya. Baru saja satu dua suap, beliau bertanya kepada hambanya; ‘Daripada mana engkau mendapat makanan ini?’

Kemudian ia menjawab; ‘Saya melakukan nujuman atau tenung nasib untuk seseorang pada waktu jahiliah, alangkah indahnya tenungan itu tapi sebenarnya saya hanya menipunya saja. Pada suatu hari dia menemui saya dan memberikan makanan yang tuan sedang makan itu.’

Apabila mendengar saja kata-kata abdinya yang terakhir, dia segera keluar dan menjolokkan jarinya kedalam mulutnya untuk memuntahkan isi perutnya agar yang dianggap haram itu keluar sebelum menjadi darah daging beliau. Demikianlah betapa waraknya dan demikianlah cara beliau menjaga diri daripada semua yang diharamkan oleh Allah s.w.t. Cerita itu dipetik daripada riwayat Bukhari yang bersumber daripada Aisyah r. a.

Di samping terkenal dengan takwanya, Khalifah Abu Bakar dikenali sebagai seorang tokoh Islam yang paling dicintai oleh seluruh umat Islam pada zamannya. Walaupun telah dipilih sebagai khalifah namun kehidupannya amtlah sederhana sekali. Sikapnya ramah, penyantun serta suka berkorban apa saja demi kepentingan umat Islam.

Aishah Puteri Abu Bakar As-Siddiq

Kisah hidup Saiyyidatina Aisyah r.a. telah membuktikan bahawa wanita mampu menguasai bidang keilmuan mengatasi kaum lelaki serta mampu menjadi pendidik kepada para ilmuan dan pakar-pakar pelbagai bidang. Kehidupan beliau juga menjadi bukti kemampuan wanita dalam mempengaruhi pandangan masyarakat, baik lelaki mahupun perempuan, serta membekalkan sumber inspirasi and kepimpinan yang mantap. Wanita yang kaya dengan pekerti tinggi,lemah lembut serta sopan santun ini juga telah membawa kebahagiaan dan ketenangan hati yang tidak putus kepada suaminya.

Saiyyidatina Aisyah r.a. bukan seorang graduan dari mana-mana universiti memandangkan belum wujud lagi institusi sedemikian pada ketika hayat beliau seperti yang ada sekarang. Namun begitu, lafaz ucapan beliau menjadi bahan kajian dalam bidang sastera, fatwa- fatwa syariah yang beliau keluarkan dikaji di institusi-instusi perundangan, hidup dan hasil pengkajian beliau diteliti oleh para mahasiswa dan pendidik dalam pengkajian sejarah Islam sejak seribu tahun yang lalu.

Khazanah pengetahuan yang dimiliki Saiyyidatina Aisyah r.a. diperoleh sejak beliau masih seorang kanak-kanak. Pada usia mudanya, Aisyah r.a. dibesarkan oleh bapanya, seorang Muslim yang dihormati dan disegani ramai lantaran ketinggian ilmunya, kelembutan budi pekertinya serta peribadinya yang disegangi ramai. Tambahan pula, beliau sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. serta merupakan pengunjung setia ke rumah Rasulullah s.a.w. sejak zaman awal kerasulan baginda. Semenjak beliau muda, Aisyah r.a. yang terkenal dengan paras rupanya yang menawan serta daya ingatan yang kuat, diletakkan di bawah jagaan Rasulullah s.a.w. sendiri. Sebagai isteri serta pendamping baginda Rasulullah, Aisyah r.a. berpeluang menimba ilmu pengetahuan dari baginda sehingga ke tahap yang tidak mungkin ditandingi oleh wanita-wanita lain.

Aisyah r.a. menjadi isteri Rasulullah s.a.w. di Mekah di sekitar usia beliau mencecah sepuluh tahun, namun hanya mula menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri setelah tahun kedua Hijrah, iaitu ketika usia beliau sekitar empat belas hingga lima belas tahun. Pada waktu sebelum dan selepas pernikahan beliau, Aisyah r.a. tetap mempamerkan kegirangan serta sifat semulajadi seorang kanak-kanak. Beliau sedikit pun tidak teruja dengan statusnya sebagai isteri kepada seorang Nabi Allah yang begitu disanjungi dan dikasihi oleh para sahabat. Ini termasuklah kedua ibubapa Aisyah sendiri yang menumpukan sepenuh kasih saying serta hormat mereka kepada Rasulullah s.a.w. berbanding orang lain.

Berkenaan pernikahan beliau kepada Rasulullah s.a.w., Aisyah r.a. menceritakan, sejurus sebelum beliau ditetapkan meninggalkan rumahnya, beliau telah keluar ke halaman rumah untuk bermain-main dengan rakannya yang sedang berlalu di situ: ’Aku sendang bermain di atas jungkang-jungkit dan rambutku yang panjang telah menjadi kusut,’ kata beliau. ’Mereka datang mendapatkanku dari permainanku lalu menyiapkanku.’

Saiyyidatina Aisyah r.a dipakaikan pakaian pengantinnya yang diperbuat dari sutera halus berjalur merah dari Bahrain. Seterusnya beliau dibawa oleh ibunya ke rumahnya yang baru siap dibina serta disambut oleh wanita-wanita Ansar di muka pintu. Mereka manyambutnya dengan ucapan, ‘Demi kebaikan dan kebahagiaan dan semoga diiringi kesenangan.’

Dalam kehadiran baginda Rasulullah s.a.w yang sedang tersenyum lembut, semangkuk susu dibawa kepada mereka. Rasulullah s.a.w. minum darinya lalu memberikan susu itu kepada Aisyah. Aisyah dengan segan silu menolak pelawaan Rasulullah itu. Namun apabila Rasulullah sekali lagi menyuruh Aisyah minum dari semangkuk susu itu, Aisyah pun berbuat demikian. Seterusnya mangkuk itu diberikan kepada kakak beliau, Asma, yang berada di sisinya serta diedarkan kepada mereka yang hadir di situ. Itulah keraian yang menandai pernikahan baginda Rasulullah dengan Saiyyidatina Aisyah yang dijalankan dalam penuh kesederhanaan.

Status beliau sebagai isteri Rasulullah s.a.w. tidak merubah sifat riang Aisyah sebagai seorang kanak-kanak. Rakan-rakan beliau sering berkunjung ke rumah untuk bermain-main dengannya.

‘Sedang aku bermain dengan permainanku,’ cerita Saiyyidatina Aisyah r.a., ’Bersamaku ada kawan-kawanku, dan datang baginda Rasulullah kepadaku, lalu mereka akan keluar meninggalkanku, akan tetapi Rasulullah keluar mendapatkan rakan-rakanku itu dan membawa mereka kembali kerana baginda senang denganku bermain dengan mereka.’

‘Kadangkala baginda berkata, ‘Tinggal di situ, wahai Aisyah,’ dan sebelum sempat rakan-rakanku meninggalkanku, baginda akan turut serta dalam permainan kami.’

Kata Aisyah r.a. ’Suatu hari, baginda Rasulullah datang ketika aku sedang bermain-main dengan anak patungku, dan baginda berkata, ‘Wahai Aisyah, permainan apakah ini?’

‘Inilah kuda-kuda Sulaiman,’ kataku dan baginda pun tertawa. Ada ketika apabila baginda pulang ketika Aisyah sedang bermain dengan rakan-rakannya, baginda Rasulullah akan berselindung di sebalik jubahnya agar tidak mengganggu Aisyah dan rakan-rakan beliau yang sedang bermain.

Detik-detik awal kehidupan Aisyah r.a. di Madinah turut melalui saat-saat yang mencabar. Pada suatu ketika, bapa beliau bersama dua orang sahabat yang tinggal bersamanya ketika itu telah diserang demam panas yang sering melanda Madinah pada musim-musim tertentu. Ketika Aisyah menziarahi bapanya, beliau terkejut melihat ketia-tiga orang lelaki itu sedang terlantar dalam keadaan tenat dan lemah.

Aisyah bertanyakan khabar bapanya itu namun jawapan yang diberi bapa beliau tidak dapat difahami. Dua orang sahabat yang sedang tenat itu juga mengeluarkan baris-baris puisi yang difikirkan Aisyah hanyalah ratapan seorang yang sedang sakit tenat. Saiyyidatina Aisyah berasa gusar lalu pulang menceritakan peristiwa itu kepada baginda Rasulullah s.a.w.: ‘Mereka meracau-racau, tidak keruan, disebabkan demam panas itu,’

Kemudian Rasulullah bertanya kepada Aisyah apa yang diperkatakan oleh bapanya serta dua orang sahabat yang sedang sakit tadi. Baginda berasa lega setelah Aisyah mengulangi setiap apa yang dikatakan oleh mereka walaupun kata-kata itu belum mampu difahami oleh Aisyah sendiri. Peristiwa ini menggambarkan daya ingatan Aisyah yang begitu kuat yang bakal memainkan peranan penting dalam meriwayatkan hadis-hadis baginda Rasulullah s.a.w.

Di kalangan isteri-isteri baginda di Madinah, Aisyah nyata sekali merupakan kesayangan Rasulullah s.a.w. Dari masa ke semasa, salah seorang sahabat baginda akan bertanya: ‘Wahai Rasulullah, siapakah yang paling kau sayangi di dunia ini?’

Jawaban baginda sering berbeza-beza kerana baginda begitu mengasihi anak-anak serta cucu-cucunya, sahabat baginda Abu Bakar, Ali, Zaid serta anak beliau Usamah. Namun di kalangan isteri baginda yand sering disebut hanyalah Aisyah. Aisyah sendiri begitu mengasihi baginda Rasulullah serta sering meminta kepastian tentang kasih baginda terhadapnya. Pernah suatu ketika Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimanakah kasihmu terhadapku?’

‘Seperti ikatan simpulan tali,’ jawab baginda yang bermaksud kasihnya itu kuat dan kukuh. Lalu pada waktu-waktu seterusnya Saiyyidatina Aisyah r.a. akan bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimana keadaan simpulan itu?’ dan jawab baginda. ‘Demi Allah, masih sama (kukuh).’

Begitu kasihnya Aisyah kepada baginda Rasulullah sehinggakan lahir rasa cemburu dan tidak berpuas hati sekiranya perhatian Rasulullah dicurahkan kepada orang lain melebihi dirinya sendiri. Aisyah bertanya kepada baginda,:

‘Wahai Rasul Allah, katakan sendiri padaku. Sekiranya engkau berada di antara dua lembah, yang satunya tidak pernah diragut rumputnya sedangkan yang satu lagi sudah pernah diragut rumputnya, dimanakah akan engkau lepaskan ternakkanmu?’

‘Di lembah yang rumputnya belum pernah diragut,’ jawab Rasulullah.

’Namun begitu,’ kata beliau, ‘Aku tidaklah seperti isteri-isterimu yang lain. Setiap orang dari mereka pernah mempunyai suami yang lain sebelum mu kecuali diriku.’

Rasulullah hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Cerita Aisyah lagi tentang sikap cemburunya itu: ‘Aku tidak mencemburui isteri-isteri Rasulullah yang lain sebagaimana aku mencemburui Khadijah, disebabkan baginda sering menyebut-nyebut nama Khadijah serta telah diperintahkan Allah untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah tentang mahligainya di syurga yang bertatahkan permata. Setiap kali baginda Rasulullah membuat sembelihan, pasti akan diberikan sebahagian daripada daging sembelihan itu kepada teman-teman rapat Khadijah. Berkali-kali pernahku katakan kepada baginda, ‘Seolah-olah tidak pernah ada wanita lain di dunia in selain Khadijah,’

Pernah suatu ketika Aisyah mengadu tentang sikap Rasulullah yang begitu memandang tinggi terhadap ‘seorang wanita tua Quraisy,’ baginda berasa tersinggung lalu berkata: ‘Dialah isteri yang mempercayai diriku sedangkan orang lain menafikan diriku. Sedangkan orang lain mendustai ku, dia meyakinkan kebenaranku. Sedang aku dipulaukan, dia membelanjakan segala harta kekayaannya untuk meringankan beban sengsaraku.’

Walaupun Aisyah memiliki sifat cemburu yang sebenarnya tidak membawa kepada keburukan, beliau sesungguhnya seorang yang amat pemurah dan penyabar. Beliau mengharungi kehidupan yang serba kekurangan bersama isteri-isteri Rasulullah yang lain. Beliau tidak betah hidup tanpa sesuap makanan pun dalam jangka waktu yang panjang. Berhari-hari lamanya dapur rumah beliau tidak berasap dan beliau hidup bersama Rasulullah di atas buah tamar dan air semata-mata. Hidupnya yang miskin tidak membawa sebarang tekanan atau memalukan Aisyah r.a.; hidup berdikari tidak mengganggu cara hidup beliau walau sedikit pun.

Pernah suatu ketika, Rasulullah telah memutuskan perhubungan dengan isteri-isteri baginda sehingga sebulan lamanya. Ini disebabkan mereka meminta sesuatu yang Rasulullah tidak mampu berikan. Peristiwa ini berlaku selepas peperangan di Khaibar dimana kemenangan umat Islam membawa harta rampasan serta membuahkan keinginan terhadap harta kekayaan. Setelah kembali dari beruzlah, baginda Rasulullah pertama sekali menuju ke rumah Aisyah. Beliau begitu gembira melihat baginda telah kembali, namun Rasulullah mengkhabarkan kepadanya tentang penerimaan wahyu yang menyuruh baginda memberikan Aisyah dua pilihan.

Baginda seterusnya membacakan ayat: ‘Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: ‘Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut’ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar.’ (al-Ahzab 28-29)

Jawab Aisyah: ‘Sesungguhnya aku memilih Allah dan Rasul-Nya dan kehidupan di akhirat,’ dan jawabnya itu disetujui isteri-isteri baginda yang lain.

Beliau setia terhadap pilihannya itu sepanjang hidupnya bersama Rasulullah dan begitu juga setelah kewafatan baginda. Apabila umat Islam dilimpahi harta kekayaan yang banyak, beliau pernah dihadiahkan seratus ribu dirham. Walaupun ketika itu beliau sedang berpuasa dan hidup dalam kekurangan, seluruh pemberian itu disedekahkan kepada fakir miskin. Sejurus selepas itu, seorang pembantu rumahnya bertanya, ‘Bolehkan engkau menggunakan satu dirham untuk membeli daging buat berbuka puasa?’

‘Jika aku terfikirkan hal ini tadi, pasti aku sudah melakukannya,’ jawab Aisyah r.a. Kasih sayang Rasulullah terhadap Aisyah berkekalan sehingga akhir hayat baginda. Ketika baginda sedang nazak, baginda telah pulang ke rumah Aisyah atas izin isteri-isteri baginda yang lain. Kebanyakan masa baginda hanya terlantar di katil dengan kepala baginda di atas pangkuan Aisyah. Saiyyidatina Aisyah telah meminta kayu siwak dari abangnya (adik lelaki) serta mengunyah kayu siwak itu untuk melembutkannya lalu diberikan kepada Rasulullah. Walaupun sudah berkeadaan tenat, baginda menggosok gigi baginda dengan bersungguh-sungguh. Tidak lama kemudian, baginda jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri dan Aisyah melihat itu adalah tanda-tanda ajal baginda telah sampai. Namun sejam kemudian, baginda kembali membuka mata.

Aisyahlah yang menyaksikan dan menyampaikan kisah saat-saat akhir sebelum kewafatan insan mulia ini, kekasih Allah moga dilimpahi rahmat-Nya.

Setelah baginda sedar kembali, Aisyah mengingati Izrail telah berkata kepadanya: ‘Tidak seorang Nabi itu diambil nyawanya melainkan dia telah ditunjukkan tempatnya di syurga serta diberikan pilihan samada untuk hidup atau mati,’

‘Baginda tidak akan memilih untuk bersama kita,’ kata Aisyah pada dirinya. Kemudian Aisyah terdengar baginda berkata, ‘Demi pertemuan agung di syurga, demi hamba-hambanya yang dilimpahi rahmat-Nya, para Nabi, para syuhada’ dan orang-orang yang beriman.’ Dan sekali lagi beliau terdengar baginda berkata ‘ya Tuhanku, demi pertemuan agung di syurga.’ Inilah kata-kata terakhir baginda yang didengar oleh Saiyyidatina Aisyah r.a. Sedikit demi sedikit, kepala Rasulullah semakin berat di pangkuan Aisyah, sehinggalah sahabat-sahabat yang lain mula menitiskan air mata. Lalu Aisyah meletakkan kepala Rasulullah di atas bantal dan turut serta menangisi permergian baginda.

Di lantai rumah Aisyah, berhampiran tempat pembaringan Rasulullah ketika baginda sedang nazak, sebuah kubur digali dan di situlah bersemadi jasad penutup segala Nabi, tatkala umatnya sedang dalam kegelisahan dan kesedihan yang mendalam.

Aisyah hidup selama hampir lima puluh tahun setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Sepuluh tahun hidup beliau sebagai isteri Rasululluah. Sebahagian besar waktu itu diluangkan dengan mempelajari dua sumber penting petunjuk Allah, iaitu Al-Quran dan sunnah Rasulullah. Tiga orang daripada isteri-isteri Rasulullah yang menghafaz Al-Quran, dan salah seorang daripadanya adalah Aisyah r.a.(di samping Ummu Salamah dan Hafsah). Seperti Hafsah, Aisyah juga mempunyai salinan Al-Quran yang ditulis setelah kewafatan Rasulullah.

Berkenaan dengan hadis baginda Rasulullah, Aisyah merupakan salah seorang daripada empat orang sahabat (termasuk Abu Hurairah, Abdullah ibn Umar dan Anas Ibn Malik) yang meriwayatkan lebih dua ribu hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini berkaitan amalan-amalan peribadi Rasulullah yang hanya mampu diketahui oleh Aisyah r.a. Satu aspek penting berkenaan hadis yang diriwayatkan Aisyah ialah hadis-hadis tersebut disampaikan dalam bentuk tulisan oleh, antara lainnya, anak saudara beliau, Urwah ibn az-Zubair yang merupakan salah seorang ulama’ terkenal di kalangan tabi’in.

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah dan pengikut-pengikut mereka yang menimba dari ilmu pengetahuan Aisyah r.a. Abu Musa al’Ashari pernah berkata: ‘Sekiranya kami di kalangan sahabat Rasulullah menghadapi kemusykilan, maka akan kami bawa kepada Saiyyidatina Aisyah r.a.’

Urwah ibn az-Zubair menegaskan bahawa Aisyah bukan sahaja arif dalam bidang fiqh, bahkan juga dalam bidang tibb (perubatan) dan syair. Ramai di kalangan sahabat baginda Rasulullah turut merujuk kepada Aisyah berkenaan masalah pewarisan harta yang memerlukan kemahiran tinggi dalam bidang matematik. Para ulama menganggap Saiyyidatina Aisyah sebagai salah seorang ahli fuqaha Islam terawal di samping Umar Ibn al-Khattab, Ali dan Abdullah ibn Abbas. Kata baginda Rasulullah tentang dalamnya pengetahuan Aisyah dalam Islam; ‘Pelajarilah sebahagian daripada agamamu dari al-Humaira,’’Al-Humaira, atau ‘si merah’ adalah nama panggilan Rasulullah kepada Saiyyidatina Aisyah r.a.

Saiyyidatina Aisyah r.a. bukan sahaja memiliki ketinggian ilmu pengetahuan, bahkan turut memainkan peranan penting dalam proses pendidikan dan pembentukan masyarakat ketika itu. Sebagai seorang guru, beliau memiliki lisan yang jelas dan menarik hati serta kelancaran bertutur kata beliau digambarkan dengan begitu tinggi oleh al-Ahnaf: ‘Aku pernah mendengar ucapan dari Abu Bakar dan Umar, dari Uthman dan Ali serta para khulafa’ hingga ke hari ini, tetapi belum pernah aku mendengar ucapan yang lebih indah dan lebih menarik hati dari mulut seorang pun melainkan Aisyah r.a.’

Manusia dari segenap pelusuk tanah Arab telah pergi menemui Aisyah untuk mempelajari ilmu yang dimilikinya. Dikatakan lebih ramai bilangan wanita daripada lelaki yang datang untuk menimba ilmu daripada beliau. Di samping menjelaskan kemusykilan orang ramai, beliau turut mengambil anak-anak kecil, ada di kalangan mereka yatim piatu, untuk dibesarkan dan dilatih di bawah bimbingannya sendiri. Di samping itu juga terdapat saudara-saudara beliau yang mendapat bimbingan yang sama. Dengan demikian, rumah Saiyyidatina Aisyah r.a. dijadikan sekolah dan sebuah institusi pengajian.

Ada di kalangan anak-anak didikan Aisyah yang cemerlang di bawah pimpinan beliau. Sudah disebut sebelum ini tentang anak saudara lelaki beliau iaitu Urwah ibn az-Zubair sebagai salah seorang perawi hadis terkemuka. Di antara pelajar wanita didikan Aisyah ialah Umrah binti Abdur Rahman. Umrah dianggap oleh para ulama’ sebagai seorang perawi hadis yang thiqah dan dikatakan bertindak sebagai setiausaha Aisyah r.a dalam menerima dan menjawab surat-surat yang diterima Aisyah. Peranan Aisyah dalam menggerakkan proses pendidikan terutamanya bagi kaum wanita seharusnya dijadikan contoh ikutan.

Selepas Khadijah al-Kubra (yang hebat) dan Fatimah az-Zahra (yang menawan), Aisyah As-Siddiqah (yang membenarkan) dianggap sebagai wanita terbaik dalam Islam. Dari keteguhan peribadinya, beliau menjadi seorang pakar dalam setiap bidang pengetahuan, dalam masyarakat, politik bahkan peperangan. Beliau sering menyesali penglibatannya dalam peperangan namun dibarkahi dengan umur yang panjang berpeluang membetulkan kedudukannya sebagai wanita paling dihormati sewaktu hayatnya. Beliau kembali ke rahmatullah dalam bulan Ramadhan pada tahun kelima puluh lapan selepas Hijrah. Atas arahan beliau sendiri, jasadnya disemadikan di Jannat al-Baqi di Madinah al-Munawwarah, di kalangan sahabat baginda Rasulullah s.a.w.

Abu Bakar As-Siddiq: Sahabat Paling Akrab Dengan Rasulullah s.a.w

Sejarah telah mencatatkan bahawa Rasulullah s.a.w wafat tanpa meninggalkan pesan siapa yang harus menggantikannya sebagai pemimpin umat. Beberapa kerabat Rasulullah s.a.w berpendapat bahawa Ali bin Abu Thalib - misan dan menantu yang dipelihara Muhammad s.a.w sejak kecil - yang paling berhak. Namun sebahaan kaum Ansar, warga asli Madinah, berkumpul di Balai Pertemuan (Saqifa) Bani Saudah. Mereka hendak melantik Saad bin Ubadah sebagai pemimpin umat. 

Terjadi Pertikaian

Ketegangan terjadi, Abu Bakar As-Siddiq, Umar dan Abu Ubaidah datang untuk mengingatkan mereka. Perdebatan terjadi, sampai dua tokoh Muhajirin dan Ansar - Abu Ubaidah dan Basyir anak Saad - membaiat Abu Bakar As-Siddiq. Umar menyusul membaiat. Demikian juga lainnya. Pertikaian selesai. Selasa malam menjelang solat Isya - setelah Muhammmad s.a.w dimakamkan - Abu Bakar As-Siddiq naik ke atas mimbar di Masjid Nabawi. Beliau mengucapkan ucapan pertamanya sebagai khalifah. Ucapan yang ringkas dan dan berkesan di kalangan umat. Itu terjadi pada Jun 632, atau 11 Hijriah. 

Abu Bakar As-Siddiq adalah orang pertama di luar kerabat Rasulullah s.a.w yang memeluk agama Islam. Beliau dikenali sebagai orang yang selalu membenarkan ucapan Muhammad s.a.w. Ketika orang-orang menafikan Muhammad s.a.w kerana mengatakan baru mengalami Israk Mikraj, Abu Bakar As-Siddiq menyatakan keyakinannya terhadap peristiwa itu. Beliau menyiapkan perjalanan serta menemani Muhammad s.a.w sewaktu hijrah ke Madinah. Beliau juga menikahkan puterinya, Aisyah, dengan Rasulullah s.a.w. 

Namun tidak bererti kepemimpinan Abu Bakar As-Siddiq mulus. Wafatnya Muhammad s.a.w menimbulkan pembelotan besar-besaran dari berbagai kabilah yang baru masuk Islam. Mereka tidak lagi patuh pada pemerintahan di Madinah. Beberapa orang malah menyatakan diri sebagai Nabi. Aswad Al-Insa di Yaman yang menyatakan diri sebagai Nabi dan membolehkan orang tidak solat dan berzina, telah dibunuh oleh orang dekatnya sewaktu Rasulullah s.a.w sakit. Sekarang ada Tulaihah dan Musailamah yang berbuat serupa. 

Di Madinah juga, Abu Bakar As-Siddiq berselisih pendapat dengan Fatimah, puteri Muhammad s.a.w, mengenai cara pengelolaan wang negara. Keluarga Rasulullah s.a.w - termasuk Ali bin Abu Thalib - hanya mengakui kepemimpinan Abu Bakar As-Siddiq selepas enam bulan kemudian, setelah Fatimah meninggal dunia. Tugas pertama yang dilakukan Abu Bakar As-Siddiq adalah melaksanakan amanat Rasulullah s.a.w: memberangkatkan pasukan Usamah bin Zaid ke arah Palestina dan Syam. Beliau sendiri - dalam usia 61 tahun - kemudian memimpin tentera menggempur Tulaiha. Operasi ketenteraannya berjaya.

Selepas itu, Abu Bakar As-Siddiq membentuk 11 regu untuk menakluk kabilah-kabilah yang menolak membayar zakat. Yakni dari Tihama di Laut Merah, Hadramaut di hujung Lautan Hindi, sampai ke Oman, Bahrain, Yamama hingga Kuwait di Teluk Parsi. 

Pertempuran Sengit

Pertempuran paling sengit terjadi menentang pasukan Musailamah yang memiliki 40 ribu pasukan. Tentera dari Madinah hampir hancur. Berkat kecerdikan panglima Khalid bin Al-Walid, mereka memukul balik lawan. Seorang tentera Khalid, Al-Barra, berjaya menembusi benteng Al-Hadikat dan membuka pintu dari dari dalam. Musailamah terkorban. Pasukan Khalid bin Al-Walid kemudiannya bergerak ke utara, menuju lembah Iraq yang waktu itu dikuasai kerajaan besar Parsi. Pada 8 Hijriah, Raja Parsi Kisra merobek-robek surat yang dikirimkan oleh Muhammad s.a.w. Rasulullah s.a.w lalu menyebut Allah akan merobek-robek kerajaan Parsi pula.

Ketika itu tiba melalui tangan Khalid bin Al-Walid yang hanya membawa sedikit pasukan. Dalam perang di Allais tercatat 70 ribu orang terkorban. Selepas itu Kerajaan Hira pun ditaklukkan. Jadilah seluruh wilayah Iraq sekarang masuk dalam wilayah kekhalifahan Abu Bakar As-Siddiq. 

Selepas itu, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq mengirim 24,000 pasukan ke arah Syria, di bawah komando empat panglima perang. Mereka bersiap menghadapi 240,000 pasukan Romawi - kekuatan terbesar di dunia pada masa itu - yang diperintah olrh Heraklius. Abu Bakar As-Siddiq menetapkan Yarmuk sebagai pangkalan mereka. Beliau juga memerintahkan Khalid bin Al-Walid - yang berada di wilayah Iraq - untuk pergi ke Yarmuk dan menjadi Panglima Besar di situ. Seramai 9,000 tentera dibawanya. 

Insan Yang Sederhana

Abu Bakar As-Siddiq mencatat banyak kejayaan. Di jazirah Arab, beliau telah berjaya menyatukan kembali umat Islam yang pecah setelah Rasulullah s.a.w wafat. Pada masanya juga, Islam mulai menyebar ke luar jazirah Arab. Meskipun demikian, beliau tetap dikenali sebagai seorang yang sederhana.

Beliau hidup sebagaimana rakyat. Tetap pergi sendiri ke pasar untuk berbelanja, serta tetap menjadi imam solat di Masjid Nabawi. Selama dua tahun tiga bulan memimpin umat, Abu Bakar As-Siddiq hanya mengeluarkan 8,000 dirham wang negara untuk kepentingan keluarganya. Jumlah yang sangat sedikit untuk ukuran waktu itu sekalipun. Abu Bakar As-Siddiq juga memerintahkan pengumpulan catatan ayat-ayat Al-Quran dari para setiausaha Rasulullah s.a.w. Catatan-catatan itu dikumpulkan di rumah Hafshah, puteri Umar. Abu Bakar As-Siddiq meninggal dunia dalam usia yang hampir sama dengan Rasulullah s.a.w, 63 tahun.

Abu Bakar As-Siddiq: Kuasa Itu Amanah

Manusia dijadikan Allah s.w.t di muka bumi ini sebagai khalifah yang telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir, mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan-Nya. Menghapuskan kebatilan dan menjulang kebenaran adalah satu tuntutan yang telah dipraktikkan oleh Baginda Junjungan dan juga para sahabat. Kemenangan menegakkan syiar Islam yang benar terus diusahakan oleh Baginda dan para sahabat sehinggalah agama yang suci itu terjulang sebagai satu cara hidup yang berupaya menghasilkan keharmonian, kesejahteraan, kedamaian, toleransi dan sebagainya kepada umat manusia keseluruhannya.

Telah dikhabarkan sebuah kisah bahawa sewaktu kemenangan berpihak kepada Islam, kaum muslimin diulit kegembiraan yang terlalu sukar untuk digambarkan. Mereka menyambut kemenangan tersebut dengan meriah dan penuh kesyukuran. Sehinggakan digambarkan bahawa langit di Madinah, Kufah dan Basrah bagaikan hamparan permaidani, indah kerana lampu-lampu kristal yang dirampas dari musuh-musuh Islam telah dinyalakan setiap waktu dengan penuh kegembiraan.

Begitu juga dengan suasana di Mesir, Baghdad dan Damaskud. Kemenangan Islam telah menghancur leburkan keluh kesah yang selalu bernaung di hati, dengki mendengki, fitnah menfitnah malah sifat-sifat mazmumah yang dimurkai Allah s.w.t yang dilakukan oleh orang-orang kafir musyrikin. Para sahabat di Masjidil Haram tidak jemu jelak menadah tangan ke hadrat Allah s.w.t memohon supaya kemenangan yang dicapai oleh Islam tidak menunaskan sifat-sifat mazmumah tersebut di hati kaum muslimin pula. Namun begitu, sifat semulajadi manusia tetap tidak dapat lari dari perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain. Begitulah yang terjadi. Keputusan Khalifah mahu melantik sejumlah gabenor dan pembesar negara secara kebetulan berasal dari Bani Umaiyyah masih merupakan ganjalan perasaan di lingkungan kaum peribumi.

Kesempatan ini lantas dipergunakan oleh pelbagai kelompok musuh yang bertujuan mengaut keuntungan apabila negara Islam mengalami kacau bilau atau pertelingkahan. Lalu tersebarlah fitnah-fitnah bejat bahawa Khalifah telah menyalah gunakan kedudukannya dengan melantik pembesar negara dari kalangan kaum keluarganya sendiri. Peristiwa ini amat mendukacitakan Khalifah. Betapa sukar untuk menghilangkan buruk sangka di kalangan umat muslimin yang telah termakan fitnah bejat musuh-musuh Islam tersebut. Sedangkan apa yang dilakukannya sebagai seorang Khalifah yang jujur dan amanah adalah yang terbaik, adil dan tidak pernah menjatuhkan hukuman membuta tuli atau tanpa usul periksa.

Pemerintahannya penuh kasih sayang, penuh kelembutan bahkan kepada para pemberontak pun dihulurkan salam persahabatan yang luhur dan mesra. Begitulah sifat dan corak pemerintahan yang dilaksanakan oleh Khalifah Uthman Bin Affan itu.Kebijaksanaan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq membimbingnya telah dijadikan sebagai kaca perbandingan. Kearifan Khalifah Umar Al-Khattab menuntunnya telah dijadikan pendorong mengemudi ke jalan yang bijak. Betapa Khalifah Uthman Bin Affan tidak lupa di mana pada suatu ketika tatkala dia sedang berehat di rumahnya dalam keadaan cuaca yang sangat terik membahang sehinggakan unta pun terpaksa berteduh di bawah bayangan masjid.

Ketika itu seorang lelaki kelihatan terhiyong hayang menutupi mukanya. Tanpa menghiraukan hamburan debu pasir yang berterbangan dibawa angin, lelaki tersebut berlari meredah terik mentari yang bahangnya mampu mengontangkan air tasik.Khalifah Uthman Bin Affan mengintai dari jendela rumahnya. Dia tersangat hairan. Siapakah gerangan lelaki tersebut yang begitu teguh hatinya meredah terik mentari membahang, bersendirian, sedangkan orang lain langsung tidak sanggup melakukan begitu. Khalifah Uthman menyangka lelaki tersebut tentulah orang asing yang sedang mengalami sebarang kesulitan.

Tidak berapa lama kemudian, lelaki tersebut dilihat sedang menarik seekor keldai. Khalifah Uthman Bin Affan terus memanggil lelaki tersebut agar berlindung di rumahnya. Dia sudah bertekad untuk membantu sekiranya lelaki itu memerlukan bantuannya. Sebaik saja lelaki tersebut melintasi rumahnya, alangkah terperanjatnya Khalifah Uthman Bin Affan kerana lelaki tersebut adalah Amirul Mukminin Khalifah Umar Bin Al-Khattab. Dengan segera Khalifah Uthman keluar mendapatkan Khalifah Umar.

‘Ya Allah, dari mana engkau sebenarnya ya Amirul Mukminin?’ tanya Khalifah Uthman.

‘Bukankah engkau telah melihatnya sendiri bahawa aku sedang menarik keldai!’ jawab Khalifah Umar.

‘Milik siapakah keldai ini ya Amirul Mukminin?’ tanya Khalifah Uthman lagi.

‘Ini salah seekor keldai yang telah disedekahkan kepada anak-anak yatim. Tiba-tiba terlepas dari kandang dan lari ke mari. Aku terpaksalah mengejarnya dan alhamdulillah keldai ini dapat ditangkap,’ jawab Khalifah Umar.

‘Tak adakah orang lain yang boleh melakukannya untuk kau, ya Amirul Mukminin! Bukankah engkau seorang khalifah yang mempunyai ramai kakitangan yang sanggup membantu jika diminta berbuat demikian,’ tanya Khalifah Uthman.

‘Siapakah yang bersedia menebus dosaku di Hari Perhitungan kelak? Mahukah orang itu memikul tanggung jawabku di hadapan Allah s.w.t nanti? Ingat, kekuasaan adalah amanat, bukan kehormatan!’ tegas Khalifah Umar dengan waras dan bersungguh penuh keinsafan.

Khalifah Uthman terdiam sejenak. Sejurus kemudian dia berkata, ‘Ya, aku faham kedudukannya sekarang. Kalau begitu, berehatlah dulu di rumahku. Tunggulah sampai bahang mentari reda sedikit.’

‘Terima kasih sajalah ya sahabatku! Biarlah aku selesaikan dulu tugas ini. Ini satu tanggung jawab yang tak boleh dilengahkan kerana keldai ini kepunyaan anak-anak yatim yang lebih memerlukan,’ ujar Khalifah Umar sambil tersenyum lunak.

Sewaktu Khalifah Umar meninggalkan pekarangan rumahnya, Khalifah Uthman tidak dapat menahan airmata kekaguman. ‘Engkaulah seorang khalifah yang merupakan cermin teladan bagaimana seharusnya seorang pemimpin ummah membuat ikutan. Betapa khalifah sesudahmu nanti akan memikul tanggung jawab yang berat kerana kuasa itu adalah amanah yang diletakkan di atas bahu dan akan diperhitungkan di hari kemudian,’ bisiknya dalam hati.

Selepas itu, tanggungjawab sebagai khalifah telah diletakkan di atas bahunya. Dia berazam untuk menyambung tradisi pemerintahan yang adil lagi amanah sepertimana yang telah dijalankan oleh Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar untuk ummah yang dipimpinnya.

Abu Bakar As-Siddiq: Sahabat Paling Berani

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan orang ketiga memeluk Islam selepas Saiyidina Ali dan Zaid bin Harithah, hamba kepunyaan Rasulullah s.a.w pada masa itu. Selepas keislamanya, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq terus berdakwah dan dapat mengislamkan beberapa orang sahabat yang agung (As-Sabiqun Awwalun) termasuk Uthman bin Affan, Abdul Rahman Auf, Zubir Awwam, Saad bin Waqqash dan ramai lagi. Semasa Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq membeli Bilal Bin Rabah yang telah diseksa oleh tuannya, beliau telah ditanya mengapa membeli Bilal yang sudah tidak dapat bekerja berat akibat seksaan itu. Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq menyawab, ‘Aku membeli jiwanya,’ yakni keteguhan Bilal mempertahankan keesaan Allah s.w.t.

Perbagai cabaran getir dan siksaan yang pernah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq hadapi dalam menegakkan agama Allah. Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq pernah dipukul dan dipijak sehingga dapat dikenali cuma melali hidungnya, kerana teruknya luka yang dialaminya. Tentang keimanannya yang begitu mantap, pernah Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Jika ditimbang iman Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dengan sekalian umat, nescaya berat lagi iman Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq.’ Gelaran As-Siddiq diperolehi beliau lantaran sikapnya yang senantiasa membenarkan kata Rasulullah s.a.w. Mengenai gelaran ini pernah ada ulama yang mentafsirkannya dengan bermaksud ‘Mempercayai Allah dan Rasul-Nya dengan berpegang pada sifat-sifat kesempurnaan Allah dan sifat-sifat kemulian Rasul-Nya mengatasi akal fikiran semata-mata.’

Pernah Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Andainya sekalian manusia akan mendustakan Muhammad s.a.w, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiqlah yang akan tampil dengan penuh keyakinan untuk membelaku.’

Antara peristiwa dan pengiktirafan oleh para sahabat yang membenarkan gelaran ini ialah:

  1. Semasa peristiwa Israk dan Mikraj di mana peristiwa yang luar biasa ini tidak dipercayai oleh seluruh masyarakat jahiliyah dan mereka telah datang menemui Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Tetapi Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah berkata, ‘Sekiranya Muhammad s.a.w yang memberitahu ini maka aku percaya, malah lebih dari itu lagipun aku mempercayai.’

  1. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, ‘Tidaklah aku menyeru sesiapa pun kepada Islam melainkan dia teragak-agak dan melewatkannya kecuali Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq.’

  1. Saiyidina Umar Al-Khattab r.a bertanya pada Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq selepas termetrinya Perjanjian Hudaibiyah, ‘Wahai Abu Bakar As-Siddiq, bukankah dia Rasulullah?’

Abu Bakar As-Siddiq menjawab, ‘Ya.’

Umar Al-Khattab r.a bertanya lagi, ‘Bukankah kita ini orang-orang Islam?’

‘Ya,’ jawab Abu Bakar As-Siddiq.

Lalu Umar Al-Khattab bertanya lagi. ‘Kalau begitu mengapa kita menerima cara yang hina ini?’

Bila ditanya oleh Saiyidina Umar Al-Khattab soalan yang sama maka Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Aku ini hamba Allah dan Rasul-Nya; aku tidak akan sekali-kali menyalahi perintah-Nya dan aku tidak sekali-kali dipersia-siakan.’

Pada masa ini kebanyakan sahabat tidak bersetuju dengan Perjanjian Hudaibiyah di mana mereka tidak dibenarkan menunaikan ibadab haji pada tahun itu, sehingga mereka tidak menyembelih binatang dan bersuci setelah disuruh oleh Rasulullah s.a.w sebanyak tiga kali, kerana begitu kasih dan sayang pada Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w menerima cadangan yang bernas daripada Ummu Mukminin, Ummu Salamah supaya Rasulullah s.a.w meneruskan sahaja penyembelihan itu seolah-olah wahyu dari Allah s.w.t dan ini telah dikuti oleh para sahabat. 

  1. Aqalah bin Mu’it pernah menjerut leher Rasulullah s.a.w tetapi telah dilihat oleh Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang segera menghalangnya lalu berkata, ‘Adakah kamu mahu membunuh seorang yang berkata Tuhanku adalah Allah?’

  1. Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq juga telah meneruskan tindakan Rasulullah s.a.w sebelum kewafatannya menghantar tentera yang dipimpin oleh Usamah keluar berperang walaupun tidak dipersetujui oleh para sahabat kerana perlunya tindakan untuk mengatasi gejala murtad selepas kewafatan Rasulullah s.a.w kerana terdapat orang Islam yang tidak ingin membayar zakat atau membayar dengan tidak sempurna. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq telah melantik Khalid Al-Walid untuk mengetuai kumpulan memerangi orang-orang yang murtad ini. 

  1. Saiyidina Umar Al-Khattab pernah berkata, ‘Sesungguhnya di dalam syurga Admin terdapat sebuah mahligai. Ia mempunyai 500 pintu. Setiap pintu ada 5,000 bidadari: tidak akan masuk ke dalamnya melainkan Nabi-nabi sambil menoleh ke arah makam Rasulullah s.a.w atau orang-orang yang benar, sambil memandang ke arah makam Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, atau orang yang syahid sambil menunjuk ke arah dirinya dengan mengharapkan dia memperolehi syahid.’

  1. Saiyidina Uthman Affan pernah mengatakan bahawa Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq layak mengantikan Rasulullah s.a.w kerana dia As-Siddiq dan menjadi Imam solat sewaktu Rasulullah s.a.w uzur. 

 Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah diberi penghormatan untuk menemani Rasulullah s.a.w untuk berhijrah, beliau begitu gembira sekali mendengarnya sehinggakan Syaidatina Aisyah r.a mengatakan bahawa beliau tidak pernah melihat bapanya begitu gembira sekali melainkan pada hari itu.

Dalam keadaan yang penuh gelisah di Gua Thur, Allah s.w.t telah menurunkan ayat-Nya menceritakan peristiwa ini di dalam surah at-Taubah. Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah berkata, ‘Yang aku bimbangkan bukanlah mengenai diri aku sendiri, kalau aku terbunuh yang terkorban hanyalah seorang manusia biasa. Tetapi andaikata tuan sendiri dapat dibunuh, maka hancurlah satu cita-cita yang murni, yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tertegak adalah kezaliman.’

Begitulah cintanya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq kepada Rasulullah s.a.w. Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq begitu sedih mendegar munajat Rasulullah s.a.w semasa Perang Badar yang begitu mengharapkan kemenangan ke atas tentera Islam lalu Beliau berkata, ‘cukuplah Ya Rasulullah.’

Semasa dalam satu khutbah Rasulullah s.a.w ada menyebut bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih ganjaran yang disediakan oleh Allah; dan hamba tersebut tidak akan memilih dunia melaikan memilih apa yang di sisi Allah. Mendengarnya, menangislah tersedu-sedu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq kerana beliau faham akan maksud khutbah itu, yakni umur Rasulullah s.a.w di dunia ini sudah hampir berakhir.

Keberanian Tiada Tolok Banding

Saiyidina Ali penah mengatakan bahawa Saiyidina Abu Bakar As-Siddiqlah sahabat Rasulullah s.a.w yang paling berani kerana sanggup melindungi Rasulullah s.a.w untuk menghadapi Perang Badar pada waktu para sahabat yang lain berdiam diri bila Rasulullah s.a.w mengacukan soalan itu. Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah menyertai hampir semua Ghazwah yang disertai oleh Rasulullah s.a.w.

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq juga merupakan sahabat yang paling banyak mengeluarkan hartanya untuk Islam. Sewaktu Perang Tabuk Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah membawa 4,000 dirham iaitu semua hartanya yang tinggal. Lalu ditanya oleh Rasulullah s.a.w, ‘Apakah yang ditinggalkan untuk keluargamu?’

Lalu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq menjawab, ‘Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasul-Nya.’

Saiyidina Umar Al-Khattab pernah berkata, ‘Tidak kami berlumba-lumba dalam membuat kebaikan melaikan dia Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq pasti akan mendahuluiku.’

Saiyidina Umar Al-Khattab juga pernah berkata, ‘Suatu malam dan satu hari Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq lebih baik daripada Umar Al-Khattab dan keluarganya.’

Satu malam semasa Hijrah bersama Rasulullah s.a.w manakala satu hari adalah pada hari kewafatan Rasulullah s.a.w di mana Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dengan tenang tetapi tegas mengahadapi waktu getir itu, ditambah dengan gejala murtad yang melandai sebahagian umat Islam pada masa itu.

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq berkata, ‘Wahai kaum Muslimin, barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barang siapa menyembah Allah, maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati,’ seraya menyambung lagi dengan ayat Al-Quran, surah Ali-Imran ayat 144: ‘Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti Rasul-rasul yang terdahulu darinya, Jika beliau mati atau terbunuh, patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.’ (surah Ali-Imran 144)

(Ayat ini turun semasa Perang Uhud di mana tersebar fitnah bahawa Rasulullah s.a.w telah terbunuh menyebabkan tentera Islam hampir putus asa).

Setelah dilantik menjadi Khakifah Rasulullah s.a.w (atas cadangan Saiyidina Umar Al-Khattab r.a dengan dipersetujui oleh sahabat) Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah memberi satu ucapan yang mahsyur, antaranya: ‘Wahai sekalian umat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemerintahanku baik, maka sokonglah; tetapi jika ianya tidak baik perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat di sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah di sisiku hingga aku harus mengambil hak orang lain padanya untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah aku selama aku patuh kepada Allah dan Rasul-Nya. Akan tetapi jika aku menderhakai Allah, maka kamu sekalian tidak harus lagi patuh kepadaku.’

Hidup Sederhana

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq hidup seperti rakyat biasa dan tidak suka didewa-dewakan. Pernah orang memangilnya, ’Ya Khalifah Allah!’ lalu dijawabnya, ‘Aku bukan Khalifah Allah, aku hanyalah Khalifah Rasul-Nya.’

Sehari selepas dilantik, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah pergi ke pasar dengan membawa barang perniagaannya, lalu ditegur oleh Abu Ubaidah Ibnu Jarrah, ‘Urusan Khalifah tidak boleh dicampuri dengan perniagaan.’

Lalu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq bertanya, ‘Habis, apa yang harus aku berikan pada keluarga aku?’

Semenjak hari itu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mendapat peruntukan wang daripada Baitulmal dan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq pun menghentikan perniagaannya untuk menumpukan kerja sebagai seorang Khalifah. Namun tidak berapa lama sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah mengembalikan semula wang Baitulmal kerana berpendapat bahawa tenaga yang dicurahkanya tidak sepadan dengan duit Baitumal yang diperolehi itu dengan sebab-sebab keuzurannya.

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq menggalakkan sahabat-sahabat keluar berjihad, dengan menyebarkan ajaran Islam ke tempat-tempat baru. Beliau mengarahkan wakilnya menawarkan tiga perkara kepada pemerintah di situ, iaitu sama ada memilih Islam, tunduk kepada pemerintahan Islam dengan membayar Jizyah (sekiranya tidak mahu menganut Islam) atau perang (sekiranya menolak kedua-dua pilihan yang diberikan itu). Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab r.a beliau yang lebih keras memberi tempoh selama tiga hari untuk memilih sama ada Islam ataupun berperang.

Sebelum meninggal dunia, selepas hampir dua setengah tahun menjadi Khalifah, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah berpesan kepada Saiyidina Umar Al-Khattab: ‘Janganlah hendaknya sesuatu bencana walau bagaimana besar pun dapat melupakan kamu dari urusan agama dan wasiat Allah. Engkau telah melihat apa yang aku lakukan tatkala Rasulullah s.a.w wafat, sedang wafatnya Rasulullah s.a.w itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana sebesar itu. Demi Allah, andaikata pada waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan Rasul-Nya, tentu kita telah jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan pasti pula Kota Madinah itu telah menjadi lautan api.’

Saidiana Abu Bakar As-Siddiq meninggal dunia ketika berumur 63 tahun dengan menyediakan tiang-tiang pokok dari kekuatan Islam yang memudahkan lagi kerja-kerja penyebaran dakwah oleh Khalifah seterusnya iaitu Khalifah Umar Al-Khattab, yang mana sebahagian Syam dan Iraq telah berada di bawah pemerintahan Islam ketika hayat beliau.

Khutbah Abu Bakar As-Siddiq

Bahagialah rakyat jika memiliki pemimpin yang soleh, takutkan Allah s.w.t dan tahu kewajipan terhadap rakyat. Namun jika sebaliknya yang mereka perolehi, sengsaralah hidup mereka. 

Islam adalah agama politik dan pemerintahan, sebagaimana ia juga agama akidah, ibadah dan kekeluargaan. Islam tidak hanya ingin melahirkan ahli ibadah (abid) dan ahli ilmu (alim atau ulama), tetapi juga ingin melahirkan ahli politik dan pemerintah mengikut acuan wahyu dan hidayah Allah s.w.t. 

Islam ingin melahirkan pemimpin yang bukan sekadar berjiwa rakyat tetapi lebih dari itu beliau mampu membimbing rakyatnya. Beliau mengetahui dengan baik landasan mana yang harus dikutinya selama beliau memerintah rakyatnya. Dalam setiap keputusannya, dipastikan untuk kemaslahatan rakyat, bukan diri sendiri. Beliau menyedari di bawahnya adalah rakyatnya dan di atasnya adalah Tuhannya yang sentiasa memerhati dan menghisab segala tindak-tanduk serta perlakuannya. 

Pemimpin yang memiliki ciri dan akhlak sebegini bukan hanya menjadi suatu idea di dalam Islam, malah Islam telah melahirkannya ke alam realiti. Contoh terunggul ialah Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi lambang kesempurnaan agama Islam, kecemerlangan sahsiah baginda bukan pada ibadah dan akhlaknya sahaja, tetapi juga pada keadilan dan kebijaksanaannya dalam politik dan pemerintahan. Selain baginda ialah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a., khalifah pertama di dalam Islam. Keperibadian Abu Bakar As-Siddiq sebagai pemimpin Islam sejati dapat dilihat dari awal lagi dalam ucapan sulungnya sebaik diangkat menjadi Khalifah.

Ibnu Saad meriwayatkan dalam Tabaqatnya: ‘Semasa Abu Bakar As-Siddiq diangkat menjadi Khalifah, beliau berucap di hadapan rakyatnya. Setelah bertahmid kepada Allah s.w.t dan memuji kebesaran-Nya, beliau berkata: ‘Wahai sekalian manusia! Aku telah diangkat untuk menguruskan urusan kamu sedangkan aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Namun Al-Quran telah turun kepada kita dan Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan sunnahnya untuk kita di mana baginda telah mengajarnya kepada kita sehingga kita mengetahuinya.’

‘Sedarilah bahawa sebaik-baik kebijaksanaan ialah takwa dan sebodoh-bodoh kebodohan ialah fujur (dosa dan maksiat). Sesungguhnya bagiku orang yang lemah adalah paling kuat di kalangan kamu kerana aku akan membantunya untuk mengembalikan haknya (yang dirampas oleh orang lain). Sementara yang kuat pula bagiku adalah paling lemah kerana aku akan mengambil darinya hak (orang lain yang dirampasnya).’

‘Wahai sekalian manusia! Aku adalah pengikut (ajaran Rasulullah s.a.w.), bukan pembid’ah (yakni yang mereka-reka ajaran baru). Maka jika aku berbuat baik, bantulah aku dan jika aku tersesat, betulkanlah aku.’ - (Thabaqat Ibnu Saad, bab Zikr Bai’ati Abi Bakar)

Menggariskan Dasar Pemerintahan

Perhatikan bagaimana Abu Bakar As-Siddiq telah menggariskan dasar-dasar bagi pemerintahannya dalam ungkapan yang begitu ringkas. Tidak banyak perkataan yang digunakan, namun pengertiannya amat luas dan mendalam. Abu Bakar As-Siddiq memulakan ucapannya dengan merendah diri kepada rakyatnya. Walaupun berada di jawatan tertinggi, beliau merasakan dirinya bukanlah yang terbaik. Begitulah seharusnya seorang pemimpin. Perlu ada perasaan rendah diri kerana dengan perasaan itulah Allah s.w.t akan membantunya dan beliau akan disayangi rakyat. 

Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Sesiapa merendah diri kerana Allah, Allah akan melantiknya.’

Diriwayatkan juga dari Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq: ‘Rendah dirilah kepada manusia, duduklah bersama orang-orang miskin, nescaya kamu akan menjadi orang-orang besar di sisi Allah dan kamu akan keluar dari perasaan takbur.’

Perasaan rendah diri bukan bertujuan menzahirkan kelemahan diri di hadapan rakyat. Akan tetapi untuk meraih simpati rakyat agar dapat bersama mencari kekuatan. Kerana itu, Abu Bakar As-Siddiq menegaskan: ‘Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu, namun Al-Quran telah turun kepada kita dan Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan sunnahnya untuk kita di mana dia telah mengajarnya kepada kita sehingga kita mengetahuinya.’

Bagi Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, Al-Quran dan As-Sunnah adalah sumber kekuatan bagi beliau untuk memimpin rakyatnya. Kerana itu, walaupun berasa diri lemah tetapi beliau yakin dengan kekuatan wahyu Al-Quran dan ilmu As-Sunnah yang diwarisi dari Nabi Muhammad s.a.w. Wahyu Al-Quran dan ilmu As-Sunnah inilah yang menjadi titik kesatuan antara beliau dan rakyatnya dan dari titik kesatuan itulah beliau yakin akan mendapat sokongan penuh dari rakyatnya.

Seterusnya Abu Bakar As-Siddiq menjelaskan dasar-dasar kepimpinannya kepada rakyatnya:

Dasar Yang Digunakan Dalam Menilai Rakyat 

Abu Bakar As-Siddiq menegaskan kepada sekalian rakyatnya bahawa beliau menilai mereka berdasarkan ketaatan kepada Allah s.w.t, bukan pangkat, keturunan, harta dan sebagainya. Baginya, rakyat terbaik ialah yang paling tinggi takwanya. Jelas sekali beliau menghayati prinsip Al-Quran yang menegaskan: ‘Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling tinggi takwanya di antara kamu.’ (Surah al-Hujurat, ayat 13). 

Berdasarkan prinsip ini, para ulama menegaskan: ‘Sebarang jawatan dalam kerajaan Islam samada berkaitan dengan kehakiman, kementerian, pentadbiran atau sebagainya tidak harus diserahkan kepada mana-mana orang melainkan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Mempunyai keimanan dan ketakwaan.
  2. Mempunyai kelayakan ilmu berkaitan jawatan yang hendak diisi.
  3. Beliau tidak melobi untuk mendapatkannya kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Sesungguhnya kami, demi Allah, tidak akan menyerahkan kerja ini kepada seseorang yang memintanya atau bercita-cita ke atasnya.’

Dasar Keadilan Dan Kesaksamaan Untuk Rakyat 

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq meletakkan satu prinsip yang tegas berhubung keadilan dan kesaksamaan di antara rakyatnya. Beliau seolah-olah memberi amaran; jangan ada sesiapa pun di kalangan rakyatnya yang cuba menindas orang lain kerana beliau pasti akan menggunakan kuasanya - sebagai pemimpin - untuk membela orang tertindas itu. Dirinya diletakkan sebagai pengimbang antara rakyatnya yang kaya dan yang miskin, antara yang menindas dan yang ditindas. Rakyat yang dizalimi akan dibela sehingga ia menjadi kuat di tengah masyarakat dengan pengaruh khalifah. Sementara yang menzalimi pula akan dikekang dan diancam sehingga pengaruhnya menjadi lemah kerana ditenggelamkan oleh kuasa khalifah.

Dasar Pemimpin Berperlembagaan, Yang Tertakluk Dengan Undang-Undang Syarak 

Di dalam ucapannya, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq menegaskan: ‘Aku adalah pengikut (ajaran Rasulullah s.a.w.), bukan pembid’ah (yakni yang mereka-reka ajaran baru).’

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq ingin memberitahu rakyatnya bahawa; walaupun berada di kedudukan paling atas, beliau tetap terikat dengan undang-undang syari’at yang ditinggalkan Nabi Muhammad s.a.w.

Sebagai pemimpin Islam, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq menyedari bahawa tanggungjawab beliau ialah meneruskan kesinambungan politik Islam yang dipelopori oleh Nabi Muhammad s.a.w., bukan membawa ajaran politik baru yang berlawanan dengan sunnah baginda. Kerana itu, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq meminta rakyatnya agar mengawasinya. Beliau berpesan kepada mereka: ‘Jika aku berbuat baik, bantulah aku dan jika aku tersesat, betulkanlah aku.’

Kepada pemimpin-pemimpin umat Islam hari ini, kita nasihatkan: Jadikanlah ucapan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq di atas sebagai panduan dalam pemerintahan. Jika kamu berlaku adil, kamu akan disanjung dan dikasihi oleh rakyat sebagaimana Rasulullah s.a.w., Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab dan pemimpin-pemimpin soleh yang lain. Namun jika kamu zalim dan menyeleweng, kamu akan menjadi seperti Fir’aun, Namrud dan sebagainya yang dicela dan dicaci rakyat.

Jasa Dan Sumbangan Abu Bakar As-Siddiq

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq juga telah berjasa besar dalam mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran, yang pada mulanya ditulis di pelepah kurma, tulang-tulang, kulit-kulit, dan ramai juga yang menghafalnya. Pengumpulan kitab suci Al-Quran disusun demikian rupa sesuai dengan petunjuk yang telah diberikan pada zaman hayat Rasulullah s.a.w.

Menghantar Tentera Islam

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah menghantar tentera Islam memerangi orang-orang yang murtad, memerangi orang-orang yang enggan membayar zakat, dan memerangi nabi-nabi palsu. Beliau juga telah berjaya mengajak umat manusia ke jalah Allah dan terhadap mereka yang enggan diberikan pilihan, jika tidak mahu masuk Islam mereka masih juga dilindungi dengan membayar sedikit cukai perlindungan (jizyah), jika masih enggan juga maka mereka seperti ini terpaksalah ditindak (diperangi). Meskipun demikian sebelumnya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq terlebih dahulu menasihati tentera Islam mengikut jejak amal perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. antara lain beliau berpesan: ‘Wahai tentera semuanya, perhatikanlah! Jangan menipu atau membohongi orang lain. Jangan menganiaya atau menyiksa orang. Jangan membunuh orang-orang tua, anak-anak atau orang perempuan.’

‘Jangan membakar pohon kurma. Jangan menebang pohon buah-buahan yang lain. Jangan menyembelih kambing atau sapi atau unta kecuali untuk makanan yang dimestikan. Satu ketika kamu akan sampai ke tempat-tempat orang yang telah meninggalkan keduniaan, mereka masuk ke dalam biara-biara untuk mengasingkan diri dari masyarakat ramai, jangan kamu sampai mengganggu mereka. Biarkanlah mereka beribadah mengikut kepercayaan mereka.’

Hal ini sesuai dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: ‘Perangilah di jalan Allah mereka yang memerangi kamu, tetapi janganlah melampau batas, kerana Allah tidak menyukai orang-orang yang melanggar batas.’ (Al-Quran, 2: 190)

Alhamdulillah berkat usaha gigih dan diikuti dengan ajaran Islam yang benar dan adil terhadap siapa saja, maka pengaruh Islam tambah luas sehingga kerajaan Rome dan Parsi dapat dikuasai. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq bin Abi Quhafah dengan gelaran Abu Bakar As-Siddiq Assiddiq, telah memerintah selama 2 tahun 3 bulan, dengan pemerintah pusatnya di Madinah. Beliau meninggal dunia pada 22hb Ogos 634 Masehi dalam usia 63 tahun, disebabkan mengidap demam panas selama 15 hari. Jenazah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dikebumikan berhampiran dengan tanah perkuburan Rasulullah s.a.w. di Madinah.

Detik Kewafatan Rasulullah

Hadis riwayat Aisyah ra: Dari Ubaidillah bin Abdullah, beliau berkata: Aku menemui Aisyah dan berkata: Mahukah kamu menceritakan kepadaku tentang sakit Rasulullah s.a.w? Beliau berkata: Rasulullah s.a.w menderita lemah sekali, baginda bersabda: ‘Apakah para sahabat sudah solat?’

Kami jawab: ‘Belum, mereka menunggu baginda, wahai Rasulullah.’

Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Tuangkan air untukku di bak.’

Kami pun melakukannya lalu Rasulullah s.a.w mandi. Selepas itu, waktu ingin bangkit Rasulullah s.a.w pengsan. Ketika sedar semula Rasulullah s.a.w bertanya: ‘Apakah para sahabat sudah solat?’

Kami jawab: ‘Belum. Mereka menunggu baginda, wahai Rasulullah.’

Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Tuangkan air untukku di bak’.

Kami melaksanakannya dan Rasulullah s.a.w mandi. Waktu akan berdiri Rasulullah s.a.w pengsan lagi. Setelah sedar semula Rasulullah s.a.w bertanya: ‘Apakah para sahabat sudah solat?’

Kami jawab: ‘Belum, mereka menunggu baginda, wahai Rasulullah.’

Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Tuangkan air untukku di bak.’

Kami melaksanakannya dan Rasulullah s.a.w mandi. Ketika akan bangun Rasulullah s.a.w pengsan lagi untuk yang ketiga kalinya. Pada waktu sedar semula Rasulullah s.a.w bertanya: ‘Apakah para sahabat sudah solat?’

Kami jawab: ‘Belum. Mereka menunggu baginda, wahai Rasulullah.’

Para sahabat telah berkumpul di masjid menunggu Rasulullah s.a.w. untuk solat Isyak. Baginda memerintahkan seseorang menemui Abu Bakar As-Siddiq agar beliau mengimami solat. Tiba di hadapan Abu Bakar As-Siddiq, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. memerintahkan kamu untuk mengimamai solat sahabat lainnya.

Abu Bakar As-Siddiq adalah seorang yang lembut hati, beliau berkata: ‘Wahai Umar Al-Khattab, imamilah mereka itu!’

Umar Al-Khattab berkata: ‘Kamu lebih layak menjadi imam mereka.’

Akhirnya Abu Bakar As-Siddiq mengimami solat mereka selama beberapa hari. Ketika sakit Rasulullah s.a.w agak ringan, baginda keluar untuk solat Zuhur, dibantu oleh dua orang, salah satunya adalah Abbas. Waktu itu Abu Bakar As-Siddiq akan mengimami sahabat. Ketika beliau melihat Rasulullah s.a.w datang, beliau berundur untuk menunda (solat). Rasulullah s.a.w memberi isyarat kepadanya agar jangan ditunda.

Kemudian baginda memerintahkan kedua orang yang memapah baginda: ‘Dudukkan aku di sampingnya.’

Mereka mendudukkan Rasulullah s.a.w di samping Abu Bakar As-Siddiq. Maka Abu Bakar As-Siddiq solat berdiri bermakmum kepada Rasulullah s.a.w, para sahabat yang lain bermakmum kepada Abu Bakar As-Siddiq dan Rasulullah s.a.w waktu itu solat sambil duduk. (Shahih Muslim No.629)

Hadis riwayat Anas bin Malik ra: Bahawa Abu Bakar As-Siddiq mengimami sahabat ketika Rasulullah s.a.w. sakit yang membuatnya wafat, pada hari Isnin, ketika berbaris dalam solat, Rasulullah s.a.wmenyingkap tirai kamar dan memandang kami sambil berdiri. Wajah Rasulullah s.a.w putih seperti kertas, baginda tersenyum. Kami yang sedang solat terpukau kerana gembira dengan keluarnya Rasulullah s.a.w.

Kemudian Abu Bakar As-Siddiq berundur untuk ke barisan pertama. Beliau menyangka bahawa Rasulullah s.a.w keluar untuk solat. Rasulullah s.a.w memberi isyarat tangan kepada mereka agar terus menyempurnakan solat. Lalu beliau masuk lagi dan menurunkan tirai kamar. Pada hari itu Rasulullah s.a.w wafat. (Shahih Muslim No.636)

Hadis riwayat Abu Musa r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w sakit dan semakin bertambah parah. Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Perintahkan Abu Bakar As-Siddiq agar mengimami solat kaum Muslimin.’

Aisyah berkata: ‘Wahai Rasulullah, Abu Bakar As-Siddiq adalah seorang yang berhati halus. Kalau beliau menempati tempat Rasulullah s.a.w, beliau tidak akan mampu mengimami solat kaum Muslimin.’

Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Perintahkan Abu Bakar As-Siddiq agar mengimami solat kaum Muslimin. Kalian ini seperti teman-teman Yusuf (dalam berdebat).’

Abu Musa berkata: ‘Kemudian Abu Bakar As-Siddiq mengimami solat mereka ketika Rasulullah s.a.w masih hidup.’ (Shahih Muslim No.638)

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq Di Mekah

Abu Bakar As-Siddiq tumbuh dan besar di Mekah dan tidak pernah keluar dari Mekah kecuali untuk tujuan dagang dan perniagaan. Beliau memiliki harta kekayaan yang sangat banyak dan keperibadian yang sangat menarik, memiliki kebaikan yang sangat banyak, dan sering melakukan perbuatan-perbuatan yang terpuji. Sebagaimana hal ini dikatakan oleh Ibnu Dughunnah, ‘Sesungguhnya engkau selalu menyambung tali kasih dan keluarga, bicaramu selalu benar, dan kau menanggung banyak kesulitan, kau bantu orang-orang yang menderita dan kau hormati tteamu.’

An-Nawawi berkata: ‘Abu Bakar As-Siddiq termasuk tokoh Quraisy masa jahiliyah, orang yang selalu dimintai nasihat dan pertimbangannya, sangat dicintai di kalangan mereka, sangat mengetahui kod etika di kalangan mereka. Tatkala Islam datang Abu Bakar As-Siddiq mengedepankan Islam atas yang lain, dan beliau masuk Islam dengan sempurna.

Zubair bin Bakkar bin Ibnu Asakir meriwayatkan dari Ma’ruf bin Kharbudz dia berkata: ‘Sesungguhnya Abu Bakar As-Siddiq adalah salah satu dari 10 orang Quraisy yang kejayaannya pada masa Jahiliyah bersambung hingga zaman Islam. Abu Bakar As-Siddiq mendapat tugas untuk melaksanakan diyat (tebusan atas darah kematian) dan penarikan hutang. Ini terjadi kerana orang-orang Quraisy tidak memiliki raja di mana mereka boleh mengembalikan semua perkara itu kepada raja. Pada setiap kabilah di kalangan Quraisy waktu itu, ada satu kekuasaan umum yang memiliki kepala suku dan kabilah sendiri.’

Isteri-Isteri Dan Anak Abu Bakar As-Siddiq

Abu Bakar As-Siddiq pernah menikahi Qutailah binti Abdul Uzza bin Abd bin As’ad pada masa jahiliyyah dan dari pernikahan tersebut lahirlah Abdullah dan Asma. Beliau juga menikah dengan Ummu Ruman binti Amir bin Uwaimir bin Zuhal bin Dahman dari Kinanah, dari pernikahan tersebut lahirlah Abdurrahman dan ‘Aisyah.

Beliau juga menikah dengan Asma’ binti Umais bin Ma’add bin Taim al-Khatts’amiyyah, dan sebelumnya Asma’ diperisterikan oleh Jaafar bin Abi Thalib. Dari hasil pernikahannya ini lahirlah bin Abu Bakar As-Siddiq, dan kelahiran tersebut terjadi pada waktu haji Wada’ di Dzul Hulaifah.

Beliau juga menikah dengan Habibah binti Kharijah bin Zaid bin Zuhair dari Bani al-Haris bin al-Khazraj. Abu Bakar As-Siddiq pernah singgah di rumah Kharijah ketika beliau datang ke Madinah dan kemudian mempersuntingkan puterinya, dan beliau masih terus tinggal dengannya di suatu tempat yang disebut sebagai as-Sunuh hingga Rasullullah s.a.w wafat dan beliau kemudian diangkat menjadi khalifah sepeninggalan Rasulullah s.a.w. Dari pernikahan tersebut lahirlah Ummu Khultsum.

Orang Yang Paling Bersih Pada Masa Jahilliyah

Ibnu Asakir meriwayatkan dengan sanadnya yang sahih dari Aisyah, dia berkata: ‘Demi Allah, Abu Bakar As-Siddiq tidak pernah melantunkan satu syair pun pada masa jahiliyah dan tidak pula pada masa Islam. Abu Bakar As-Siddiq dan Utsman bin Affan tidak pernah minum minuman keras pada zaman jahiliyah.’

Ibnu Asakir meriwayatkan dari Abdullah bin Zubair, dia berkata, ‘Abu Bakar As-Siddiq sama sekali tidak pernah mengucapkan syair.’

Ibnu Asakir meriwayatkan dari Abu Al-Aliyyah Ar-rayahi, dia berkata: ‘Dikatakan kepada Abu Bakar As-Siddiq di tengah sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w: ‘Apakah kamu pernah meminum minuman keras pada zaman jahiliyah?’ Beliau berkata, ‘Aku berlindung kepada Allah dari perbuatan itu!’

Sifat Abu Bakar As-Siddiq

Ibnu Saad meriwayatkan dari Aisyah bahawa seorang laki-laki berkata kepadanya: ‘Cuba sebutkan kepada aku gambaran tentang Abu Bakar As-Siddiq!’ Kata Aisyah: ‘Dia adalah laki-laki kulit putih, kurus, tidak terlalu lebar bentuk tubuhnya, sedikit bongkok, tidak boleh untuk menahan pakaiannya turun dari pinggangnya, tulang-tulang wajahnya menonjol, dan pangkal jemarinya datar.’

Ibnu Asakir meriwayatkan dari Aisyah, bahawa Abu Bakar As-Siddiq mewarnai rambutnya dengan ‘daun pacar’ dan katam (nama jenis tumbuhan). Dia juga meriwayatkan dari Anas, dia berkata, Rasulullah s.a.w datang ke Madinah, dan tidak ada salah seorang dari para sahabatnya yang beruban kecuali Abu Bakar As-Siddiq, maka dia menyemirnya dengan daun pacar dan katam. Abu Bakar As-Siddiq dilahirkan di Mekah dari keturunan Bani Tamim (Attamimi), suku bangsa Quraisy. Berdasarkan beberapa sejarawan Islam, beliau adalah seorang pedagang, hakim dengan kedudukan tinggi, seorang yang terpelajar serta dipercayai sebagai orang yang boleh menafsirkan mimpi.

Era Bersama Rasulullah

Sebagaimana yang juga dialami oleh para pemeluk Islam pada masa awal. Abu Bakar As-Siddiq juga mengalami penyiksaan yang dilakukan oleh penduduk Mekah yang majoriti masih memeluk agama nenek moyang mereka. Namun, penyiksaan terparah dialami oleh mereka yang berasal dari golongan hamba.

Sementara para pemeluk bukan hamba biasanya masih dilindungi oleh para keluarga dan sahabat mereka, para hamba disiksa sekehendak hati tuannya. Hal ini mendorong Abu Bakar As-Siddiq membebaskan para hamba tersebut dengan membelinya dari tuannya kemudian memberinya kemerdekaan. Sehingga diriwayatkan bahawa Abu Bakar As-Siddiq memiliki 9 buah kedai yang semuanya habis dibuat untuk tegaknya agama Islam. Beberapa hamba yang beliau bebaskan antara lain ialah:

  1. Bilal bin Rabbah
  2. Abu Fakih
  3. Ammar
  4. Abu Fuhaira
  5. Lubainah
  6. An Nahdiah
  7. Ummu Ubays
  8. Zinnira

Ketika peristiwa Hijrah, waktu Nabi Muhammad s.a.w berpindah ke Madinah (622 Masehi), Abu Bakar As-Siddiq adalah satu-satunya orang yang menemaninya. Abu Bakar As-Siddiq juga terikat dengan Nabi Muhammad s.a.w secara kekeluargaan. Anak perempuannya, Aisyah menikah dengan Nabi Muhammad s.a.w beberapa waktu setelah Hijrah.

Menjadi Khalifah

Selama masa sakit Rasulullah s.a.w waktu menjelang ajalnya, dikatakan bahawa Abu Bakar As-Siddiq dilantik untuk menjadi imam solat menggantikan Rasulullah s.a.w. Ramai yang menganggap ini sebagai indikasi bahawa Abu Bakar As-Siddiq akan menggantikan kedudukan Rasulullah s.a.w. Segera setelah kematian Rasulullah s.a.w (632), dilakukan musyawarah di kalangan para pemuka kaum Ansar dan Muhajirin di Madinah, yang akhirnya menghasilkan pelantikan Abu Bakar As-Siddiq sebagai pemimpin baru umat Islam atau khalifah Islam.

Apa yang terjadi pada waktu musyawarah tersebut menjadi sumber perdebatan. Perlantikan Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah adalah subjek yang sangat kontroversi dan menjadi sumber perpecahan pertama dalam Islam, di mana umat Islam terpecah menjadi kaum Sunni dan Syi’ah. Di satu sisi kaum Syi’ah percaya bahawa seharusnya Ali bin Abi Thalib (menantu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi pemimpin dan dipercayai ini adalah keputusan Rasulullah s.a.w sendiri sementara kaum Sunni berpendapat bahawa Rasulullah s.a.w menolak untuk melantik penggantinya.

Kaum Sunni berpendapat bahawa Rasulullah s.a.w mengkedepankan musyawarah untuk perlantikan pemimpin. Sementara Muslim Syi’ah berpendapat kalau Rasulullah s.a.w dalam hal-hal terkecil seperti sebelum dan sesudah makan, minum, tidur, dan lain-lain, tidak pernah meninggalkan umatnya tanpa hidayah dan bimbingan apalagi masalah kepemimpinan umat terakhir, dan juga banyak hadis di kalangan Sunni mahupun Syi’ah tentang siapa khalifah sepeninggalan Rasulullah s.a.w, serta jumlah pemimpin Islam yang dua belas. Terlepas dari kontroversi dan kebenaran pendapat masing-masing kaum tersebut, Ali bin Abu Thalib sendiri secara formal menyatakan kesetiaannya (berbai’at) kepada Abu Bakar As-Siddiq dan dua khalifah selepasnya iaitu Umar Al-Khattab dan Usman bin Affan.

Kaum Sunni menggambarkan pernyataan ini sebagai pernyataan yang antusias dan Ali bin Abu Thalib menjadi penyokong setia Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab. Sementara kaum Syi’ah menggambarkan bahawa Ali bin Abu Thalib melakukan baiat tersebut secara ‘pro forma,’ mengenangkan beliau berbaiat setelah sepeninggalan Fatimah isteri beliau yang berbulan-bulan lamanya dan selepas itu beliau menunjukkan protes dengan menutup diri dari kehidupan umum.

Perang Ridda

Setelah menjawat jawatan khalifah, beberapa masalah yang mengancam persatuan dan kestabilan komuniti dan negara Islam waktu itu muncul. Beberapa suku Arab yang berasal dari Hijaz dan Nejed membangkang kepada khalifah baru dan sistem yang ada. Beberapa di antaranya menolak untuk membayar zakat walaupun tidak menolak agama Islam secara total. Beberapa yang lain kembali memeluk agama dan tradisi lama yakni penyembahan berhala. Suku-suku tersebut mendakwa bahawa hanya memiliki komitmen dengan Nabi Muhammad s.a.w dan dengan kematiannya komitmennya tidak berlaku lagi. Berdasarkan hal ini Abu Bakar As-Siddiq menyatakan perang terhadap mereka yang dikenali dengan nama Perang Ridda.

Dalam Perang Ridda peperangan terbesar adalah memerangi ‘Ibnu Habib al-Hanafi’ yang lebih dikenali dengan nama Musailamah Al-Kazab (Musailamah Si Pembohong), yang mendakwa dirinya sebagai nabi baru menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. Musailamah kemudiannya dikalahkan dalam pertempuran Akraba oleh Khalid bin Al-Walid.

Al-Quran

Abu Bakar As-Siddiq juga berperanan dalam pelestarian teks-teks tertulis Al-Quran. Dikatakan bahawa setelah kemenangan yang sangat sukar waktu menentang Musailamah dalam Perang Ridda, ramai penghafal Al-Quran yang ikut terkorban dalam pertempuran tersebut. Abu Bakar As-Siddiq lantas meminta Umar Al-Khattab untuk mengumpulkan koleksi dari Al-Quran. Setelah lengkap koleksi ini, yang dikumpulkan dari para penghafal Al-Quran dan tulisan-tulisan yang terdapat pada media tulis seperti tulang, kulit dan sebagainya, oleh sebuah pasukan yang diketuai oleh sahabat Zaid bin Tsabit, kemudian disimpan oleh Hafsah, anak Umar Al-Khattab dan juga isteri Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian pada masa pemerintahan Ustman bin Affan koleksi ini menjadi dasar penulisan teks Al-Quran hingga yang dikenali hingga sekarang ini.

Abu Bakar As-Siddiq meninggal dunia pada tanggal 23 Ogos 634 atau 8 Jumadil Awwal 13 Hijrah di Madinah pada usia 63 tahun. Beliau berwasiat agar jenazahnya dimandikan oleh Asma` binti Umais, isteri beliau. Kemudian beliau dimakamkan di samping makam Rasulullah s.a.w. Umar Al-Khattab mensolati jenazahnya di antara makam Nabi dan mimbar (ar-Raudhah). Sedangkan yang turun ke dalam liang lahat adalah puteranya yang bernama Abdurrahman (bin Abi Bakar), Umar Al-Khattab, Usman bin Affan, dan Thalhah bin Ubaidillah.
Institusi Khilafah

Perkataan khalifah berasal dari istilah Arab yang bermakna ‘pengganti’. Istilah khulafa ialah kata jamak bagi khalifah. Oleh itu, ‘khalifah’ ialah seseorang yang dilantik oleh masyarakat Islam untuk menggantikan tugas-tugas kepimpinan yang dijalankan oleh Nabi Muhammad. Khilafah pula ialah institusi atau jawatan yang menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran di dalam semua bidang untuk menggantikan Nabi Muhammad. Institusi ini dianggap bermula serentak dengan perlantikan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai pengganti Nabi Muhammad sebagai ketua negara Islam yang baru.

Beberapa Pendapat Berhubung Dengan Pemilihan Khalifah

Jawatan tersebut hanya untuk orang Quraisy dan ada yang mengatakan hanya Muhajirin Quraisy sahaja yang layak. Pendapat ini disokong oleh kebanyakan orang termasuklah Abu Bakar As-Siddiq, Abu Ubaidah, Umar dan sebagainya. Hal ini disebabkan sifat kepimpinan orang Quraisy sememangnya telah diakui oleh masyarakat Arab ketika itu.

Jawatan ini hanya khas bagi keturunan Bani Hasyim. Pendapat ini datangnya dari Ali Bin Abu Talib dengan disokong oleh ahli al-bait. Jawatan khalifah adalah hak semua orang tidak tertentu kepada puak Quraisy atau Muhajirin atau Bani Hasyim. Pendapat ini datangnya dari puak Ansar. Mereka juga menganggap diri mereka layak memandangkan sumbangan mereka terhadap perkembangan Islam. Mereka mencadangkan supaya seorang khalifah dilantik dari kalangan mereka dan seorang lagi dari kalangan Muhajirin.

Cara Pemilihan Khalifah

Cara Perundingan Beramai-ramai

Cara ini adalah mengadakan perundingan atau persetujuan tanpa ditetapkan calon terlebih dahulu. Pemilihan cara ini berlaku seperti dalam pemilihan ke atas Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Abu Bakar As-Siddiq telah dilantik melalui bai’at yang dilakukan melalui 2 peringkat. Peringkat I dikenali sebagai Bai’at Khas di Balai atau Saqifah Bani Saidah, manakala Peringkat II dikenali sebagai Bai’at Am. Ia diadakan di Masjid Nabi.

Menyusulkan Seorang Calon

Dalam cara ini, seorang calon khalifah telah diusulkan oleh khalifah sebelumnya untuk dipilih oleh umat Islam. Hal ini berlaku semasa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq sedang sakit. Beliau telah menyusulkan nama Saiyidina Umar Al-Khattab untuk dipilih oleh umat Islam sebagai penggantinya. Usul tersebut diterima sebulat suara oleh umat Islam.

Menyusul Sekumpulan Calon

Uthman Bin Affan dilantik melalui ‘syura’ di mana Uthman adalah salah seorang dari anggota majlis perlantikan khalifah. Umar telah mencalonkan 6 orang sahabat yang layak dipilih sebagai khalifah. 6 orang yang dimaksudkan ialah Uthman Bin Affan, Ali Bin Abu Talib, Abdul Rahman Bin Auf, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqash. Pemilihan khalifah tersebut mestilah dilakukan selewat-lewatnya 3 hari selepas kewafatan Umar.

Diusulkan Oleh Sekelompok Masyarakat

Ali Bin Abu Talib dilantik secara paksa oleh golongan pemberontak yang tidak berpuas hati dengan pemerintah Uthman dan akhirnya membunuh Uthman. Ali terpaksa menerima jawatan tersebut memandangkan suasana huru-hara ketika itu.

Syarat Kelayakan Khalifah

  1. Seseorang itu mesti yang merdeka, iaitu bukan hamba abdi dan mesti beragama Islam.
  2. Mempunyai ilmu agama Islam yang lengkap yang membolehkannya melakukan ijtihad ke atas masalah yang berlaku dalam urusan kehidupan dan juga mengenai hukum-hukum perundangan Islam.
  3. Mesti adil iaitu istiqamah dalam akhlak Islam. Semua tingkah laku baik, menjauhkan maksiat, baik dari segi syarak atau akidah.
  4. Mesti kifayah atau berkemampuan iaitu mesti mempunyai kemampuan untuk melaksanakan undang-undang.
  5. Pancaidera serta anggota badannya tidak cacat.
  6. Luas pengalaman dan bijak dalam pentadbiran.
  7. Berani dan berwibawa dalam mempertahankan taraf ummah dan agama terutamanya dalam soal jihad.

Bidang Kuasa Khalifah

1.     Khalifah mempunyai kuasa untuk menguruskan soal-soal agama dan perundangan Islam dalam sesebuah masyarakat Islam.
2.     Khalifah juga bertanggungjawab mempertahankan negara dari kuasa-kuasa luar dan menjamin keselamatan negara dan umat Islam dari sebarang ancaman luar dan dalam negara.
3.     Meraka juga menguruskan hal-ehwal kewangan negara iaitu menyusun urusan percukaian sama ada dari segi pungutan atau penggunaan.
4.     Dalam bidang pentadbiran, khalifah bertanggungjawab melantik atau melucutkan jawatan pegawai dalam pentadbiran negara.

Keistimewaan Khalifah

1.     Khalifah memegang 2 bidang kuasa secara serentak iaitu kuasa keagamaan dan keduaniaan. Hal ini bermakna, khalifah bukanlah pemerintah sekular yang memisahkan aspek kehidupan duniawi dan akhirat.
2.     Khalifah adalah ketua pentadbir dan ketua agama. Perlaksanaan kedua-dua bidang ini adalah berasaskan ajaran wahyu. Akibatnya, kekeliruan dan kezaliman tidak berlaku.
3.     Khalifah tidak mempunyai apa-apa kuasa seperti kuasa yang ada pada ketua gereja yang dikatakan terpelihara dari sebarang kuasa dan mempunyai kuasa pengampunan dosa para pengikutnya.Mengikut sistem khalifah, kuasa pengampunan dosa adalah satu-satunya milik Allah.
4.     Khalifah tidak mempunyai apa-apa keistimewaan di hadapan undang-undang Islam. Mereka boleh didakwa dan dibicarakan.
5.     Sistem khalifah adalah berlandaskan kepada prinsip ‘syura’ di mana khalifah harus tunduk kepada keputusan syura walaupun ia bercanggah dengan pendapatnya sendiri.
6.     Rakyat diberi kebebasan untuk mengeluarkan buah fikiran masing-masing dalam lingkungan yang dibenarkan oleh ‘syura’
7.     Kelangsungan sistem khalifah bertitik-tolak dari Mubaya’ah (bai’at). Seseorang khalifah tidak boleh menjalankan tugasnya sebelum mendapat bai’at dari orang ramai.
8.     Perlantikan khalifah tidak boleh berdasarkan sistem warisan.

Majlis Syura

1.     Semasa Abu Bakar As-Siddiq, Majlis Syura diamalkan secara bebas dan terbuka.
2.     Semasa Umar, majlis ini ditubuhkan bagi tujuan menentukan pemilihan khalifah.
3.     Orang yang menganggotai majlis ini dikenali sebagai ahl al-syura atau ahl al-hal wa al-’aqd.
4.     Mereka merupakan ulama dan sahabat Nabi Muhammad.
5.     Syarat menjadi ahl-al-syura ialah: (1) beragama Islam; (2) lelaki; (3) akil baligh; (4) merdeka; dan (5) adil dan mempunyai siasah yang tajam.

Bai’ah

1.     Perkataan ini berasal dari kata dasar ba’a ertinya menjual.
2.     Bai’ah: Pengakuan seseorang atau sekumpulan manusia terhadap seseorang untuk berkuasa atau memerintah yang dikenali sebagai khalifah.
3.     Merupakan satu syarat perlantikan khalifah.
4.     Khalifah yang mendapat bai’ah mestilah menjalankan tugasnya dengan sempurna. Jika pemerintahannya tidak mengikut al-Quran, maka dia harus meletak jawatan.

Kesimpulan

Oleh sebab sistem khalifah berjalan berasaskan ajaran wahyu, sudah pasti ia merupakan satu pemerintahan yang unggul dan tuntutan bermasyarakat dan bernegara. Ia sesuai dengan keperluan setiap manusia yang dicipta oleh Allah yang mempunyai tuntutan spiritual iaitu rohani dan jasmani.

Perbezaan Antara Sistem Syura Dengan Sistem Demokrasi

Dari Segi Definisi

Apabila dibincangkan mengenai demokrasi satu perkara yang terlintas di hati kita adalah kebebasan. Ini adalah kerana sesebuah negara yang mengamalkan sistem yang memberi kebebasan kepada rakyatnya dalam serba-serbi walaupun pada hakikatnya kebebasan itu masih boleh dipertikaikan. Namun apabila kita merujuk kepada istilah sebenar, demokrasi adalah bermakna pemerintahan rakyat. 

Demokrasi itu berasal daripada perkataan Greek iaitu demos dan cratos yang bermaksud kuasa rakyat. Demokrasi bererti manusialah yang menggubal undang-undang atau manusialah yang menjadi legislator. Idea demokrasi ini dipelopori oleh para pemikir Greek yang ingin mencari penyelesaian bagi urusan kehidupan seharian mereka. Ia kemudiannya dibangkitkan semula oleh para pemikir Eropah ketika berlakunya konflik antara rakyar dan pemerintah. Konflik ini akhirnya mencetuskan revolusi dan antara revolusi yang terkemuka ialah Revolusi Perancis yang mana rakyat bangkit menentang pemerintah.

Walaupun sistem demokrasi pada zaman Greek adalah terhad kepada kaum lelaki sahaja, namun konotasi demokrasi modon lazimnya merujuk kepada semua penduduk di sesebuah negara. Ini menunjukkan bahawa demokrasi mementingkan kedaulatan rakyat. Dalam sistem ini kuasa mutlak membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma-norma amalan terletak di tangan rakyat. Dengan erti kata lain rakyat berhak menetukan segalanya. Undang-undang yang baik boleh dimansuhkan dan undang-undang yang tidak baik boleh diwujudkan jika ada sokongan daripada rakyat.

Sehubungan itu berbeza dengan Islam, undang-undang ataupun syariat adalah telah ditetapkan oleh Allah s.w.t yang mencakupi segala kehidupan manusia tidak kira dari aspek politik, ekonomi, mahupun sosial atau muamalat. Oleh itu sistem syura adalah merupakan suatu sistem pemerintahan yang berlandaskan syariat yang telah digariskan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran. Sistem syura ini adalah merupakan suatu sistem yang dicernakan sejak zaman Rasulullah s.a.w untuk melaksanakan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dengan cara bermusyawwarah.

Definisi syura adalah kata nama daripada perkataan ‘Al-Musyawwaratun’ atau ‘Watasyawwarun’ bererti mengutarakan pendapat (Dr. Lukman Thaib, 1995). Definisi syura ini jelas menunjukkan bahawa pendapat adalah diutamakan di dalam sesebuah perkara. Melalui prinsip ini peranan ummah atau rakyat Islam adalah dipentingkan di dalam perlaksanaan dan pembuatan sesuatu dasar yang berlandaskan Al-Quran.

Sebaliknya Islam sebagai satu agama yang mempunyai prinsip keimanan yang tinggi kepada Tuhan, mengasaskan sesebuah negara itu berdasarkan kekuasaan Allah dan manusia pula ditugaskan sebagai khalifah. Amalan-amalan di dalam demokrasi Islam adalah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Bagi demokrasi liberal menurut setengah-setengah sarjana menganggap demokrasi sebagai asas atau dasar manakala sebahagian yang lain pula mendefinisikannya sebagai bentuk atau kaedah. Namun begitu kebanyakan sarjana bersependapat bahawa demokrasi ialah sistem yang berasaskan pihak berasingan yang majoriti, pentadbir menghormati hak minoriti (Dr. Lukman Thaib 1995:8).
Dari Segi Pemilihan Pemimpin

Perbezaan dari segi pemilihan pemimpin adalah perbezaan yang paling ketara antara sistem syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura pemilihan khalifah atau seseorang yang bakal memimpin negara adalah berdasarkan apa yang telah disarankan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran.

Menurut apa terkandung dalam Al-Quran seseorang pemimpin itu haruslah mempunyai ciri-ciri atau pun kriteria-kriteria tertentu seperti seorang yang tinggi keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah s.w.t, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas terutamanya dalam konteks politik atau pemerintahan negara serta dalam konteks ekonomi dan sosial. Di samping itu juga, seseorang khalifah itu haruslah mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik, serta mempunyai kemahiran dalam bidang pertahanan negara iaitu kemahiran dalam ilmu peperangan.

Dalam konteks yang berlainan, pemimpin yang dilantik mengikut sistem syura adalah berasaskan kebenaran dan menjauhi sebarang bentuk kebatilan yakni pemimpin yang mempunyai sahsiah dan keperibadian yang baik serta bukan dari kalangan orang yang fasik mahupun munafik. Ini selaras dengan apa yang disarankan dalam Al-Quran yang sering menyuruh umat Islam supaya mengikuti kebenaran dan menjaga kebaikan masyarakat manusia dengan tidak mengambil kira terhadap suara dan kehendak golongan majoriti sebagai ukuran yang boleh diterima terutamanya dari segi pemilihan pemimpin. Firman Allah s.w.t dalam Surah Yunus ayat 32 yang bermaksud: ‘Maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan.’

Dalam ayat yang sama Allah s.w.t berfirman: ‘Maka apakah orang-orang yang menunjuki kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk.’

Ini jelas berlainan sama sekali dengan sistem demokrasi yang menjadikan suara majoriti dalam pemilihan pemimpin sebagai asas tanpa mengira sahsiah, akhlak, serta keperibadian pemimpin itu sendiri. Asalkan seseorang itu dicalonkan untuk menjadi pemimpin dan mendapat sokongan majoriti daripada rakyat maka terlantiklah seorang pemimpin yang bukan hanya berasaskan prinsip kebenaran, malah berkemungkinan jelas mentampakkan ia berasaskan kebatilan. Contohnya seseorang pemimpin itu dilantik adalah bukan kerana kelayakannya dari segi kepemimpinan tetapi berdasarkan pemilikan hartanya yang banyak serta pengaruhnya dalam bidang-bidang tertentu terutamanya pengaruhnya dalam bidang ekonomi membolehkannya dicalonkan dalam pilihanraya. Dengan sogokan yang diberikan kepada rakyat membuatkannya dilantik menjadi pemimpin. Ini jelas menunjukkan kebatilan yang nyata dari segi pemilihan pemimpin dalam sistem demokrasi. 

Walaupun tidak dinafikan syarat-syarat yang diperlukan dalam sistem demokrasi untuk seseorang itu boleh dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya seperti mempunyai latar belakang yang baik dari segi akademik dan peribadi, bukan seorang yang telah disenarai hitamkan dan tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk jenayah atau pernah dipenjarakan namun ia tidak menunjukkan pemilihan pemimpin yang berasaskan kebenaran yang disarankan dalam Al-Quran yang menekankan ciri keimanan kepada Tuhan yang menjadi tonggak dan tunjang kepada kepimpinan yang adil, bijaksana dan seumpamanya. 

Dalam sistem syura, sebelum seseorang itu dilantik menjadi khalifah, calon khalifah itu sendiri dinilai dalam permesyuaratan ahli-ahli majlis syura. Seterusnya ia dinilai berdasarkan persetujuan seluruh rakyat dan rakyat bebas untuk menerima atau menolak seseorang calon khalifah tersebut. Hak kebebasan rakyat dapat dilihat dengan mengkaji terus ucapan khalifah Abu Bakar As-Siddiq seperti berikut: ‘Wahai Manusia, sesungguhnya aku telah dilantik ke atas kamu dan bukanlah aku orang yang paling baik di antara kamu. Kalau aku lemah kamu betulkanlah aku dan kalau aku berbuat baik, kamu tolonglah aku, benar itu amanah dan dusta itu khianat. Yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku, sehingga aku mengambil hak daripadanya insya-Allah...’

Daripada ucapan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ini terdapat beberapa perkara berkaitan kebebasan politik iaitu perkataan yang menyebut ‘saya telah dilantik ke atas kamu.’ Ini menunjukkan hak umat untuk memilih ketua negara. Manakala kata-kata ‘Bukankah aku orang paling baik di kalangan kamu.’ Ini menunjukkan ketua negara adalah juga daripada rakyat negara tersebut. Selain itu, kata-kata seperti ‘Jika saya lemah kamu betulkanlah saya, jika saya berbuat baik kamu bantulah saya.’ Ucapan ini pula menunjukkan hak rakyat yang dianggap sebagai pemerhati bagi sesebuah pemerintahan. ‘Taatilah aku selagi aku taat kepada Allah, apabila aku durhaka kepada Allah dan Rasulnya kamu tidak wajib taat lagi kepada ku.’ Kenyataan ini pula menunjukkan, bahawa walaupun seseorang pemerintah itu ada mengikut sistem-sistem dalam sesebuah negara namun apabila beliau tidak lagi mengikut lunas-lunas agama Islam maka rakyat tidak perlu patuh kepadanya.

Berbeza sama sekali dalam sistem demokrasi apabila seseorang itu telah dilantik menjadi pemimpin, ia perlu patuh dan taat dalam segenap segi walaupun dalam perkara-perkara kemungkaran dan kemaksiatan. Dalam sistem demokrasi, seseorang pemimpin itu hanya boleh digulingkan dalam pilihanraya dan selagi ia memegang jawatannya, rakyat perlu akur dengan arahan yang dikeluarkan dan hanya boleh mempertikaikannya sekiranya ada sokongan majoriti.
Dari Segi Bidang Kuasa

Dalam sistem syura, bidang kuasa tertakluk kepada institusi kekhalifahan yakni kuasa seseorang khalifah terhad kepada peruntukkan kuasa yang telah disyariatkan dalam Al-Quran. Maknanya seseorang khalifah itu perlu amanah dalam kepimpinannya dan haram baginya untuk pecah amanah. Seseorang khalifah dalam sistem syura perlu mempunyai ketegasan yang tinggi dalam soal mempertahankan syariat iaitu memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Dalam sistem demokrasi pula, seseorang pemimpin itu mempunyai bidang kuasa yang luas termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat asalkan sesuatu perkara itu dipersetujui oleh majoriti rakyat. Sesuatu perkara yang diharamkan oleh syariat boleh menjadi halal dengan kuasa seseorang pemimpin itu asalkan difikirkan perlu dan mendapat sokongan majoriti rakyat.Dengan kata lain, bidang kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal fikiran manusia ataupun mengikut logikal akal manusia semata-mata dan bukan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Justeru, dalam sistem syura seseorang khalifah itu juga menggunakan kuasanya berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sebagai contoh seseorang khalifah adalah haram baginya menerima atau memberi rasuah kerana rasuah dikira sebagai pecah amanah dari segi pemerintahannya. Berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi di mana pemimpin-pemimpin yang berfahaman demokrasi menggunakan kuasa mereka berdasarkan perlembagaan negara yang di gubal yang mana perlembagaan yang digubal itu bukan menjadikan asas Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam pembentukkan perlembagaan negara tersebut.

Sehubungan itu, dalam sistem syura khalifah-khalifah diwajibkan menjalankan pemerintahan atau menggunakan kuasa yang di amanahkan berasaskan prinsip kebenaran dan keadilan. Dalam sistem demokrasi pula, pemimpin-pemimpin menggunakan kuasanya adalah untuk kepentingan diri dan rakyat biarpun kuasa yang di gunakan adalah menjurus ke arah kebatilan, kemaksiatan ataupun kemungkaran. Contohnya, pemberian lesen kepada individu-individu tertentu dalam kes penjualan arak secara berleluasa di kawasan yang mana kebanyakan penduduknya adalah orang islam.

Dari segi bidang kuasa kehakiman pula, jelas menunjukkan perbezaan yang amat ketara antara sistem syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura, hakim memberikan pengadilan berdasarkan keadilan dimana prinsip keadilan itu telah dijelaskan dalam Al-Quran. Contohnya, seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman maka tiada lagi pertikaian atau rayuan baginya dan seharusnya hukuman tersebut hendaklah segera dilaksanakan. Berlainan dengan bidang kuasa kehakiman dalam sistem demokrasi yang mana seseorang hakim boleh membenarkan seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan sekiranya diluluskan oleh yang DiPertuan Agong hukuman tersebut boleh diringankan seperti yang berlaku di Malaysia.

Oleh yang demikian, prinsip keadilan dan kebenaran telah dicabuli oleh suatu sistem yang dirangka mengikut akal fikiran manusia semata-mata. Ini jelas membuktikan sistem syura yang diamalkan pada zaman Khulafa’ ar-Rasyidin adalah berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi yang diamalkan pada zaman sekarang.
Dari Segi Perundangan

Di antara sistem syura dan sistem demokrasi, perbezaan yang jelas dan ketara adalah dari segi sistem perundangannya. Perundangan dalam sistem syura adalah berdasarkan permesyuaratan yang bersumberkan Al-Quran dan al-Hadis. Manakala dalam sistem demokrasi pula sistem perundangan adalah berdasarkan kehendak semasa asalkan mendapat sokongan atau majoriti daripada rakyat dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Dalam sistem demokrasi moden, ianya memiliki dua corak dalam perundangan. Peraturan yang tetap yang tidak menerima perubahan dan pertukaran iaitu perlembagaan yang berterusan atau undang-undang perlembagaan. Keadaan ini tidak dimiliki oleh mana-mana aspek dalam pemerintahan sehingga kepada majlis ummah dan pimpinan.

Berlakunya mana-mana perubahan dalam kandungan perlembagaan ini setelah dipersetujui oleh majoroti orang ramai dengan seluruh aspeknya. Peraturan yang kedua ialah peraturan yang tunduk kepada perubahan dan pertukaran dengan gabungan suara majoriti di dalam majlis ummah dan pimpinan atau lembaga kabinet manteri atau selain daripada itu yakni golongan yang mempunyai wibawa politik di dalam sesebuah negara. Apa yang penting bagi golongan ini yang mewujudkan peraturan tidak mempunyai batasan penafsiran undang-undang perlembagaan. Berlakunya perubahan di dalam lingkungan undang-undang perlembagaan ini tanpa mempunyai asas yang kukuh. Dengan yang demikian wajib bagi kita untuk menghuraikan pandangan mengenai pemerintahan dan perundangan dalam Islam yang membezakan daripada teori-teori demokrasi dan sosialisme moden serta tidak mencampuradukkan di antara kedua-duanya sebagaimana yang dilakukan oleh para penulis dan pengkaji Islam dan bukan Islam yang tertentu.

Daripada aspek bahagian yang tetap di dalam undang-undang, Islam memandangkan bahawa Allah s.w.t adalah satu-satunya yang menentukan kedudukan syariat yang menjadi asas-asas pemerintahan, tidak ada hal seorang pun yang lain berhak campurtangan dalam hal ehwal menggubal syari’at dalam sitem Islam walaupun Rasulullah s.a.w sekalipun. Manakala daripada aspek kedua iaitu (bahagian yang tunduk kepada perubahan yang mana sistem tunduk kepadanya). Sebagaimana yang terdapat dalam sistem-sistem demokrasi dan sosialisme moden, yakni berhubung dengan konsep majoriti. Apayang dimaksudkan dengan majoriti ialah mengatasi satu perdua dengan ditambah satu yang mengatasi minoriti iaitu satu perdua kurang satu. Tunduk kepada pandangan majoriti di dalam aspek menentukan keputusan sehingga sampai ke tahap hak untuk bersuara di antara majoriti dan minoriti.

Menurut pandangan politik Islam adalah berbeza dengan apa yang dibawa terdahulu dengan sistem demokrasi dan sosialisme moden. Pertimbangan dalam meletakkan undang-undang atau mengubahnya atau mengadakannya ataupun menukar isi kandungannya serta bentuknya berdasarkan suara majoriti yang di terima oleh Islam. Sebaliknya Islam bukan sekadar melaksanakan syura atau permesyuaratan di dalam persoalan pemerintahan dan pentadbiran malah lebih jauh daripada ialah Islam menekankan kepada mengikuti kebenaran iaitu membataskan kebenaran dengan kebatilan, di dalam bahagian yang berubah daripada sistem, bukannya menyenangkan manusia pada tempat-tempat yang berbeza dalam pemerintahan Islam.

Apa yang menjadi persoalan di sini adalah sama ada Islam juga mementingkan prinsip kedaultan rakyat dan jika bukan apakah yang menjadi gaya pemikiran politik bagi sesebuah negara Islam. Bagi menjawab persoalan ini eloklah kita merujuk kepada pendapat seorang sarjana Islam iaitu Al-Maududi menguasai prinsip negara Islam iaitu: ‘Istilah yang lebih tepat mengenai sistem politik Islam ialah negara ketuhanan yang digelar ‘teokrasi’ dalam bahasa Inggeris.’Menurut beliau teokrasi di dalam sesebuah negara Islam bukanlah bermaksud mengaggungkan sesuatu kuasa seperti yang dibuat oleh paderi-paderi pada zaman Eropah yang memerintah secara paksa yang lebih mirip kepada kekuasaan syaitan.

Menurut Al-Maududi istilah teo-demokrasi adalah lebih tepat bagi sesebuah negara Islam. Ini adalah kerana di dalam sesebuah negara Islam, rakyat akan memerintah berlandaskan had-had yang ditentukan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w Al-Maududi juga telah mengariskan tiga prinsip utama dalam sesebuah negara Islam iaitu tidak ada orang, golongan atau kumpulan bahawa seluruh penduduk yang menangi dalam sesebuah negara sekalipun, boleh mendakwa mempunyai kekuasaan dan kedaulatan. Hanya Allah pemilik kekuasaan dan kedaulatan yang sebenar semua yang lain adalah hambanya.

Allah ialah pengubal undang-undang yang sebenar dan kuasa mutlak membuat undang-undang adalah miliknya. Orang-orang Islam tidak boleh membuat undang-undang yang bertentangan dan tidak boleh mengubah suai sebarang undang-undang yang ditetapkan oleh Allah, walaupun semua orang bersetuju mahu membuat undang-undang lain atau mengubah undang-undang Allah, dan sesebuah negara Islam mestilah diasaskan di atas hukum yang diwahyukan tuhan dalam segala sesi dan ruang lingkupnya.

Kerajaan yang memerintah sesebuah negara Islam hanya boleh ditaati dalam tugasnya sebagai badan politik yang dibentuk untuk melaksanakan undang-undang Allah, sekiranya ia melanggar undang-undang yang diturunkan oleh Allah, perintahnya tidak wajib di taati oleh orang-orang Islam. Kesemua prinsip undang-undang di atas jelas menunjukkan bahawa rakyat dalam sesebuah negara Islam hanyalah pelaksana hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah. Rakyat tidak ada alasan bagi tidak melaksanakan sesuatu hukum Allah dan tidak ada alasan bagi memansuhkan hukum Allah. Ini adalah berbeza dengan demokrasi berat yang berlandaskan kekuasaan dan kedaulatan rakyat.

Calon-calon yang dipilih diberi mandat untuk membuat dan melaksanakan undang-undang di dalam sesebuah negara. Undang-undang itu pula perlulah selaras dengan kehendak rakyat. Di dalam demokrasi barat apa-apa undang-undang yang mendapat undian terbanyak perlu dilaksanakan walaupun ia satu perkara yang buruk dan terkutuk. Misalnya tabiat minum arak. Walaupun minum arak membahayakan kesihatan namun melalui undian majoriti, arak boleh dijual dan diminum tanpa batasan. 

Di dalam demokrasi barat juga agama dan politik dipisahkan hingga menyebabkan rakyat kehilangan nilai-nilai moral dan etika. Akibat persaingan yang wujud dalam sistem kapitalisme menyebabkan rakyat hilang pertimbangan dan lebih mementingkan materialisme dan ini mengalpakan mereka daripada membenarkan dan kebaikan yang hakiki. Sebaliknya di dalam sesebuah negara Islam prinsip syurga adalah amat dititik beratkan. Ini adalah disebabkan semua negara Islam yang tegak di atas prinsip ketuhanan dan menguatkan perintah dan hukum-hukum yang jelas dari Allah dan Rasul dan tidak ada pemimpin Islam atau badan perundangan yang boleh membuat keputusan tanpa rujukan kepada Al-Quran dan Sunnah. 

Namun ini tidak bermakna bahawa had-had dan sekatan ini memperlihatkan bahawa Allah mengkongkong manusia daripada berkembang. Allah tidak pernah menghadkan kebebasan pemikiran dan intelek manusia. Allah menetapkan hak membuat undang-undang hanya terletak padanya dan bukan bermaksud untuk menyekat kebebasan manusia. Jadi demokrasi barat yang berlandaskan kekuasaan rakyat berbeza dengan Islam kerana di dalam demokrasi Islam kedaultan rakyat adalah mengikut had-had yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah.

Ini menunjukkan bahawa kebebasan yang ada pada rakyat juga mengikut lunas-lunas keimanan membebaskan yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah terhad atas dasar keinginan dan nafsu yang ada pada manusia boleh dipengaruhi oleh Syaitan. Inilah sebabnya Allah mewujudkan had-had seperti menurut Istilah Islamnya adalah batas-batas Allah atau Hudud Allah. Sebagai contohnya dalam ekonomi Allah telah menetapkan beberapa batas yang menurut perintah Allah seperti zakat harta benda, zakat pendapatan dan pencarian rezeki secara halal.

Akhir sekali apa yang menjelaskan lagi perbandingan antara pandangan Islam dan demokrasi liberal ke atas rakyat ialah suara majoriti di dalam masyarakat Islam yang dibina oleh fahaman taqwa dan keutamaan tidak dapat di hitung oleh batasan-batasan kebenaran dan pembaikan sosial. Ini adalah selaras dengan ayat Al-Quran surah al-Ashr ayat 2 dan 3 di bawah yang bermaksud: ‘Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal dengan amalan yang soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran.’

Secara amnya peraturan yang bergantung kepada pandangan majoriti ummat manusia tidak akan membawa kebaikan untuk kekalkan masa depan dan tidak mendatangkan kekecuaian kepada ummah sendiri. Jadi Islam sentiasa membataskan kedaulatan rakyat berdasarkan peraturan dalam Al-Quran dan Sunnah.
Dari Segi Hak Orang Bukan Islam Dalam Pemerintahan Negara Islam

Sesungguhnya dalam sistem pemerintahan atau pentadbiran negara Islam, prinsip keadilan dan persamaan hak adalah penting dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya tidak kiralah umat Islam mahupun bukan Islam. Ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan Rasullullah s.a.w yang telah berjaya menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem pemerintahan dan perundangan yang berasaskan syariat islam.

Semua rakyatnya mendapat hak yang adil dan saksama. Walaupun menghadapi tentangan daripada kaum Quraisy Mekah dan gangguan daripada Yahudi dan kaum bukan Islam. Ia terbentuk berdasarkan sebuah kanun atau perjanjian bertulis iaitu Piagam Madinah yang telah dibentuk berdasarkan wahyu. Ia mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara orang Islam dan bukan Islam dan merangkumi aspek politik, agama, sosial, ekonomi dan ketenteraan.

Dalam bidang politik, semua manusia adalah berprinsipkan sama rata dalam Islam. Sistem pemerintahan yang berasaskan sistem syura adalah tidak sama dengan sistem demokrasi yang telah dijalankan oleh negara kita sekarang ini. Ia dapat dliihat dari segi hak dan tanggugngjawab rakyatnya. Melalui sistem syura, pemimpin dipilih berdasarkan akhlak yang baik,berilmu, adil dan memeiliki kecerdasan iaitu keupayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Rakyatnya yang bernaung di bawah pemerintahan ini seharusnya taat terhadap pemerintahan negara. Selain mempunyai tanggungjawab, mereka juga mempunyai hak tertentu, tidak kiralah golongan Islam mahupun bukan Islam.

Dalam sistem syura orang bukan Islam boleh mengeluarkan suara memberi pendapat mereka. Sungguhpun begitu, mereka tidak berhak campur tangan dalam pentadbiran orang Islam. Contohnya menjawat jawatan ketua dalam bidang tertentu seperti pendidikan, kewangan dan lain-lain lagi. Golongan ini hanya berhak menjadi wakil kepada kaumnya sahaja serta bertugas untuk menjaga kepentingan kaumnya. Dalam menjaga kepentingan kaumnya mereka boleh mengemukakan permasalahan yang dihadapi oleh kaumnya untuk dibincangkan bersama untuk diselesaikan. Mereka juga boleh meminta peruntukkan kewangan daripada majlis syura. Selain dari itu juga, mereka boleh meminta majlis syura meluluskan adat-adat keagamaan kaumnya sebagai menjaga hubungan sosial antara kaum.

Dengan ini, jelaslah menunjukkan dalam teori politik Islam konsep kerajaaan adalah terhad. Golongan bukan Islam juga harus dilindungi kepentingannya seperti hartanya, nyawanya, dan lain-lain lagi dari bahaya.Walaupun mereka bukan dari agama Islam mereka adalah tergolong dalam rakyat yang bernaung dan tunduk serta patuh dibawah pemerintahan Islam

Dalam pemerintahan yang berasaskan demokrasi pula, golongan bukan Islam ini mempunyai hak yang sama dengan golongan orang Islam. Golongan bukan Islam ini berhak campur tangan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan. Mereka bebas untuk bersuara dan menjadi pemimpin dalam bidang pentadbiran seperti kewangan, pendidikan dan lain-lain lagi.

Ia jelas sekali berbeza dengan sistem syura dimana golongan ini tidak terhad untuk menjadi wakil dan menjaga kepentingan kaumnya sahaja, malah mereka berhak untuk menjadi pemimpin kepada orang Islam. Contohnya ialah seperti bidang pendidikan, ekonomi, kewangan dan lain-lain lagi. Sebagai kesimpulannya jelaslah sistem syura adalah sejenis corak sistem pemerintahan yang adil dan menjaga hak-hak serta bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan rakyatnya. Ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan khalifah Umar Abd Khattab dimana dibawah sistem syura tentera Islam tidak dibenarkan merampas tanah-tanah orang bukan Islam dikawasan yang baru ditakluki. Kita juga boleh mengambil iktibar daripada peristiwa pengadilan yang dijalankan terhadap tawanan Yahudi bani Quraisy. Pengadilan ini dijalankan berdasarkan sistem syura.
Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah sistem syura dan sistem demokrasi adalah dua sistem yang berbeza. Perbezaan yang terdapat pada kedua-dua sistem ini dapat dibezakan dari segi definisi, pemilihan khalifah/pemimpin, bidang kuasa, perundangan dan hak bersama. Berdasarkan aspek-aspek ini demokrasi di dalam Islam telah mengariskan beberapa ciri demokrasi Islam kebebasan mengikut had undang-undang, kesamarataan di sisi undang-undang, kerajaan melalui persetujuan dan permusyawaratan dan proses pembuatan keputusan yang dimaklumkan melalui perbatasan perlembagaan. Undang-undang dalam negara Islam adalah berdasarkan sumber undang-undang Allah. Manakala undang-undang demokrasi liberal adalah berbentuk sekular. Ini termasuklah mengenai kedaulatan rakyat. 

Undang-undang Islam juga dianggap sebagai satu nusus yang dianggap sah secara berkekalan. Mana-mana individu tidak berhak menggubalnya. Manakala di dalam demokrasi barat tidak ada undang-undang yang sah secara berkekalan dan boleh berubah-ubah. Ini menunjukkan bahawa rakyat di dalam negara Islam adalah tertakluk kepada pembatasan dan undang-undang Allah manakala bagi rakyat di sebuah negara demokrasi barat rakyat bebas menggubal undang-undang dan diluluskan oleh kabinet.

Akhir sekali, demokrasi berprinsip kedaulatan rakyat adalah berbeza dengan sebuah negara demokrasi Islam kerana rakyat dalam sebuah negara demokrasi Islam mempunyai perbatasan dan undang-undang yang wajib diikuti iaitu berlandaskan Agama. Manakala di sebuah negara demokrasi barat perlembagaan dan agama dua sistem yang diasingkan.
Pembangunan Masyarakat Zaman Awal Pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
                                                                                       
Pentabdiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan kesinambungan zaman pentadbiran Rasulullah s.a.w. Pada waktu itu, aspek kemiskinan biasanya dilihat dengan kacamata prasangka dan prejudis, seolah-olah tidak ada langsung kebaikan di dalam kemiskinan. Tetapi sebenarnya kemiskinan diteliti dengan baik sangka, objektif dan terbuka. Penulis berhasrat memahami semula erti dan hikmah kemiskinan dengan menggali dan meneliti nas-nas Islam, serta mengkaji dan menganalisis kewujudan kemiskinan dalam sejarah kehidupan umat Islam. Dari penemuan-penemuan ini, erti dan fungsi sebenar kemiskinan diharap dapat ditemui, kumpulan sasaran sebenar diharap dapat dikenalipasti, dan satu model pengurusan kemiskinan secara Islam diharap dapat dibentuk.

Makna pembangunan mengikut Islam sangat luas dan holistik, mencakupi hampir keseluruhan aspek hidup manusia. Bercakap tentang pembangunan hampir sama dengan bercakap tentang cara hidup manusia. Oleh kerana Islam itu adalah cara hidup, dan Rasulullah s.a.w merupakan model utama dalam merealisasikan cara hidup itu, maka adalah tidak mudah bagi buku sependek ini untuk mencakupi keseluruhan perkara yang patut dibincangkan.

Persoalan kemiskinan dan kekayaan ini penting kerana sekurang-kurangnya dua sebab. Pertama, sama ada di kalangan pemikir bukan Islam atau pemikir Islam masa kini, kemiskinan dan kekayaan seringnya dijadikan pengukur kepada pembangunan. Bagi hampir kesemua mereka, kemiskinan bererti kemunduran, manakala kekayaan bererti pembangunan. Kemiskinan oleh itu mesti dibasmi dan kekayaan oleh itu mesti diusahakan.

Bagi mereka, kemiskinan merupakan salah satu komponen dalam rangkaian petanda kemunduran, selain ketidaksamarataan dan pengangguran. Ia dikatakan boleh menimbulkan beberapa ‘masalah terbitan’ seperti rosak akidah, rendah etika dan akhlak, terganggu fikiran, memecahbelahkan keluarga, dan membahayakan negara dan masyarakat. Membasmi kemiskinan oleh itu dianggap sama dengan mempertahankan maruah. Kemiskinan mesti dibendung dan disekat kerana Islam dikatakan memeranginya. Malah kemiskinan mesti dibunuh kerana ia boleh menjejaskan martabat keinsanan. Oleh sebab negatifnya kemiskinan, umat Islam mesti berkecimpung di dalam aktiviti yang boleh melepaskan diri mereka dari kemiskinan dan membawa mereka kepada kekayaan, seperti berkecimpung di dalam bidang ekonomi, perniagaan, perdagangan, perindustrian dan sebagainya.

Kedua, walaupun pemikir pembangunan masa kini mempamerkan sikap anti-miskin, sejarah membuktikan bahawa kemiskinan dan kekayaan telah wujud iring-mengiringi pada zaman Rasulullah s.a.w dan zaman awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Pada zaman pentadbiran Rasulullah s.a.w, baginda sendiri tidak merestui hasrat Tsa’labah bin Hatib yang miskin untuk menjadi kaya, manakala ahlus-suffah pula dibiarkan terus tinggal dalam keadaan miskin tanpa ditegur Rasulullah s.a.w tentang kemiskinan mereka. Tetapi pada masa yang sama, Rasulullah s.a.w mahu sahabat yang kaya seperti Abdul Rahman bin ‘Auf terus tinggal dalam keadaan kaya.

Kalau kemiskinan bererti keberunduran, kemunduran dan kekayaan bererti pembangunan, kenapa Rasulullah s.a.w mencampur-adukkan keadaan masyarakat ketika itu antara kemiskinan dengan kekayaan, antara keberunduran dengan pembangunan? Inilah yang berlaku juga pada zamanpentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Jawapan kepada persoalan ini sangat menarik untuk dicari kerana masyarakat binaan Rasulullah s.a.w merupakan model masyarakat yang mesti diikuti. Tentu ada rahsia di sebalik sikap Rasulullah s.a.w itu. Dengan jawapan itu dapatlah kewujudan kemiskinan dan kekayaan pada masa kini dimanfaati sepenuhnya sepertimana dimanfaati oleh masyarakat pada zaman Rasulullah s.a.w dan zaman Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. 

Kemiskinan Dan Kekayaan Zaman Awal Pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq

Struktur masyarakat pada zaman awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq terbentuk oleh kedua-dua golongan kaya dan miskin. Mereka hidup bersama, iring-mengiringi. Saiyidina Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf dan Abu Talhah umpamanya mewakili golongan kaya. Saiyidina Ali Abu Thalib dan anaknya Siti Fathimah serta para sahabat yang digelar ahlus-suffah mewakili golongan miskin. Walau berbeza status dalam konteks material ini, mereka hidup secara harmoni dan menjalankan fungsi masing-masing, dengan sikap mereka yang unik.

Pada zaman awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq itu, golongan miskin yang paling tertonjol ialah golongan yang dikenali sebagai ahlus-suffah. Mereka ini terdiri dari dua kumpulan. Pertama ialah orang-orang Muhajirin seperti Abu Hurairah r.a, Abu Dzar Al-Ghafiri r.a dan Bilal ibn Rabah r.a. Kedua ialah orang-orang Ansar yang ingin hidup zuhud walaupun mampu tidak berbuat begitu serta mempunyai rumah sendiri di Madinah, seperti Kaab ibn Malik Al-Ansari, Hanzalah ibn Abu Amir al-Ansari, dan Harithah ibn al-Nu’man al-Ansari.

Kedua-dua kumpulan ini kadangkala disertai juga oleh delegasi yang datang kepada Rasulullah s.a.w suatu ketika dulu untuk mengisytiharkan keislaman mereka dan taat kepada basginda. Oleh kerana ahlus-suffah ini bercampur antara pelbagai puak, mereka dipanggil al-Awfad yang bererti orang bercampur. Penghubung di kalangan mereka ialah Abu Hurairah r.a. Apabila Rasulullah s.a.w mahu memanggil mereka, Abu Hurairahlah yang diarah berbuat begitu kerana beliau mengenali mereka dan taraf mereka dalam ibadah dan jihad.

Tempat tinggal ahlus-suffah ini ialah di As-Suffah yang bermaksud pelantar yang ditinggikan atau pangkin, terletak di serambi masjid Nabi. Ia juga dikenali sebagai Al-Zillah, yang bermaksud pelindung. Tempat ini telah dibina atas arahan Rasulullah s.a.w sendiri, setelah kiblat bersembahyang diperintah Allah s.w.t bertukar dari Baitulmuqaddis ke Kaabah di Mekah. Dengan pertukaran geografi ini, dinding bagi kiblat pertama menjadi dinding belakang Nasjid Nabi. Rasulullah s.a.w memerintahkan agar di atasnya dibina siling lalu kemudiannya dipanggil As-Suffah atau Al-Zillah itu.

Mengikut Ibn Jubayr pula, As-Suffah ini merujuk kepada sebuah rumah di hujung Quba’di mana ahlus-suffah tinggal beramai-ramai. Mengikut al-Samhudi, rumah itu dikenali sebagai As-Suffah apabila ahlus-suffah berpindah ke situ. Besarnya tidak dapat dipastikan, tetapi mengikut Muslim, Rasulullah s.a.w pernah menggunakannya untuk jamuan perkahwinan yang dihadiri oleh 300 orang. Sebahagian mereka duduk di satu daripada bilik-bilik yang berdekatan dengan masjid, yang menjadi kepunyaan isteri-isteri Rasulullah s.a.w.

Dari kacamata kebendaan, kehidupan ahlus-suffah ini adalah sangat dhaif. Mereka sering kelaparan dan tidak mempunyai tempat tinggal kecuali tinggal beramai-ramai di As-Suffah. Mereka tidak mempunyai pakaian yang cukup untuk melindungi diri mereka dari kesejukan atau untuk menutup diri mereka. Malah tidak seorang pun dari mereka yang mempunyai set pakaian yang lengkap.

Mereka tidak mempunyai jubah dan terpaksa mengikat pakaian atau jubah di leher, atau terpaksa membungkus diri mereka dalam pakaian yang lain. Sebahagian mereka hanya mempunyai pakaian yang menutup hingga ke paras lutut, dan yang lain-lainnya pula mempunyai pakaian yang tidak mencecah paras tumit. Mereka biasanya memakai hawtikiyyah yang menutupi kepala mereka. Pendeknya ahlus-suffah ini bolehlah dikategorikan sebagai golongan fakir, atau mengikut istilah pembangunan masa kini, golongan miskin mutlak.

Walaupun ahlus-suffah ini miskin dan dhaif, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sangat menyayangi dan mengambil berat tentang mereka. Beliau sendiri menjaga kebajikan mereka. Seperti Rasulullah s.a.w lakukan, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq juga menjual tawanan-tawanan dan menggunakan wangnya untuk ahlus-suffah.

Seperti Rasulullah s.a.w, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq juga selalu menziarahi ahlus-suffah, melihat bagaimana diri mereka, dan melawat jika ada antara mereka yang sakit. Beliau selalu duduk bersama-sama mereka, menasihatkan mereka, menenangkan mereka, mengingati tentang hak-hak agama, memberitahu mereka kisah-kisah teladan, menunjuk ajar mereka membaca dan belajar Al-Quran, untuk berzikir kepada Allah s.w.t, untuk merenungkan hari akhirat dan menggalakkan mereka menjauhi dunia dan kesenangannya.

Jika ada orang memberi sedekah, beliau akan hantar kesemuanya kepada ahlus-suffah. Jika ada orang memberi hadiah, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq akan berkongsi dengan mereka. Pendeknya, seperti juga Rasulullah s.a.w, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq juga tidak pernah mengetepikan ahlus-suffah, malah mereka sentiasa berada di dalam fikiran beliau.

Di samping ahlus-suffah dan para sahabat yang miskin ini, terdapat pula ramai sahabat yang kaya. Antaranya ialah Abu Talhah yang paling banyak memiliki kebun kurma di kalangan semua orang-orang Ansar yang tinggal di Madinah, Saiyidina Uthman bin Affan yang lahir dari keluarga yang mewah dan kaya raya yang kemudiannya mewarisi dan menyambung kekayaan itu melalui perniagaan, dan Abdul Rahman bin Auf yang pakar dalam perniagaan dan mendapat kekayaan dengan daya usahanya sendiri.

Kalau dilihat secara sepintas lalu, dengan wujudnya dua golongan yang berbeza ini, terasa semacam masyarakat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w ini mempunyai perbezaan status kebendaan yang amat ketara. Di satu pihak terdapat para sahabat yang amat miskin manakala di satu pihak yang lain terdapat para sahabat yang kaya.

Dari pandangan teori pembangunan lazim, terutamanya teori radikal yang bertunjang kepada falsafah marxisme dan lebih-lebih lagi falsafah neo-marxisme, perbezaan status kebendaan begini boleh menjadi benih konflik kelas dan kemelut masyarakat yang cukup subur. Tetapi dalam kes masyarakat Madinah zaman Rasulullah s.a.w dan zaman awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, masalah ini ternyata tidak berlaku. Mereka tidak terpisah dan tidak berkonflik hanya atas dasar status harta.

Sebaliknya mereka bersatu sebagai sebuah masyarakat yang masing-masing anggotanya berfungsi secara saling membantu dan memerlukan. Berbeza dengan masyarakat masa kini, perbezaan mereka menjadi penyebab mereka hidup dalam keadaan harmoni, bukan dalam keadaan berkonflik. Hal sedemikian berlaku disebabkan wujudnya sifat-sifat unik yang ada pada kedua-dua golongan miskin dan kaya ini. 

Sifat Orang Miskin Zaman Awal Pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq

Sifat utama orang-orang miskin pada zaman Rasulullah s.a.w dan zaman awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, selain dari mempunyai iman dan takwa yang tinggi sebagai tunjang, ialah penyabar, tidak meminta-minta dan tidak menyusahkan masyarakat. Penghubung ahlus-suffah Abu Hurairah r.a. misalnya, walaupun kelaparan hingga pengsan dan orang menyangka beliau mengidap penyakit sawan, tidak pernah meminta-minta secara langsung.

Beliau hanya membuat kiasan. Umpamanya, setelah beliau tersangat lapar kerana tidak makan berhari-hari, Abu Hurairah menanti para sahabat, bercakap-cakap dengan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dan kemudiannya dengan Saiyidina Umar Al-Khattab, dengan harapan mereka akan mengajak beliau ke rumah seperti biasa dan akan dijamu dengan makanan.

Seperti Rasulullah s.a.w, walaupun juga miskin, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sentiasa peka dan memahami tentang keperluan ahlus-suffah ini dan memenuhinya sekadar yang terdaya, walaupun mereka tidak meminta-minta. Paling tidak, beliau memberikan sejumlah kurma untuk dua orang setiap hari kerana kurma adalah merupakan makanan utama mereka seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Kadang-kadang Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq memberikan mereka susu, atau jashishah (tepung dimasak dengan daging atau kurma), hisah (diperbuat daripada kurma, tepung dan mentega), barli panggang, atau tharid (hidangan roti yang dicecahkan dengan kuah, daging dan bubur). Oleh kerana makanan-makanan ini adalah makanan-makanan sederhana, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sentiasa memohon maaf kepada ahlus-suffah.

Sifat Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq ini bukan sahaja mempamerkan tanggungjawab pemimpin memahami dan memenuhi keperluan pengikutnya, tetapi juga merupakan manifestasi bagaimana yang dilkukan oleh Rasulullah s.a.w, sebagai orang miskin, membantu sesama mereka yang miskin. Walaupun beliau dan keluarganya sendiri sering keputusan makanan, namun tugasnya bersedekah kepada orang-orang miskin yang lain seperti ahlus-suffah ini tidak pernah diabaikannya.

Hal sedemikian juga sering dilakukan oleh Saiyidina Ali Abu Thalib dan Siti Fathimah suami isteri, walaupun mereka sendiri hidup dalam kemiskinan. Saiyidina Ali pernah melucutkan cincin perak dari jarinya dan mencampakkannya kepada seorang peminta sedekah yang datang kepadanya, walaupun beliau ketika itu sedang sibuk mendirikan sembahyang.

Beliau berbuat demikian kerana takut peminta sedekah itu berlalu tanpa mendapat apa-apa, sebelum beliau selesai sembahyang. Dalam satu peristiwa yang lain pula, setiap hari, selama tiga hari berturut-turut, Saiyidina Ali dan Siti Fathimah menyedekahkan kepada orang-orang miskin yang datang meminta di rumahnya makanan yang sepatutnya mereka makan untuk berbuka puasa nazar.

Hari pertama mereka menyedekahkan makanan yang disediakan untuk berbuka itu kepada seorang miskin yang sudah beberapa hari tidak makan, hari kedua kepada seorang anak yatim yang sudah berpusing-pusing meminta makanan tetapi tidak mendapatkannya, dan hari ketiga kepada seorang tawanan. Oleh kerana makanan untuk mereka berbuka itu disedekahkannya, Saiyidina Ali dan Siti Fathimah sendiri tinggal kelaparan tiga hari berturut-turut itu.

Allah s.w.t memuji sikap Saiyidina Ali dan Siti Fathimah ini melalui firman-Nya: ‘Mereka menunaikan nazar dan takut hari yang siksanya merata di mana-mana. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan. Sesungguhnya Kami memberi makan kepada kamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, tidak mengharapkan balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami amat takut (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan wajah dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera.’

Orang-orang miskin dan ahlus-suffah yang lain pula, walau dalam keadaan kekurangan makanan, tidak gelojoh dan selalu memastikan bahawa mereka tidak makan makanan lebih dari sahabat miskin yang lain. Misalnya Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, apabila mereka berkumpul untuk makan kurma, jika seorang telah makan dua biji kurma, dia akan berkata kepada sahabatnya: ‘Aku telah makan dua biji kurma, jadi makanlah dua biji juga.’ Hal ini dilakukan supaya dia tidak makan lebih daripada sahabat-sahabat ahlus-suffah yang lain.

Selain dari itu, orang-orang miskin pada zaman awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq juga hidup tanpa mahu bergantung dengan orang lain. Contoh paling terkemuka ialah kes Abdul Rahman bin ‘Auf. Ketika mula-mula berhijrah ke Madinah, beliau boleh dianggap seorang miskin kerana tidak mempunyai apa-apa harta. Atas dasar kasih sayang dan persaudaraan yang mendalam, beliau ditawarkan oleh saudara Ansarnya Saad ibn al-Rabi’ (yang dibentuk melalui sistem mu’akhah) bukan sahaja dengan kekayaan, tetapi juga dengan mana-mana isterinya yang dipilih Abdul Rahman.

Tawaran Saad kepada Abdul Rahman bin ‘Auf yang masyhur itu berbunyi begini: ‘Aku mempunyai kekayaan yang aku akan bahagikan dua antara kamu dan aku. Aku mempunyai dua isteri. Pilihlah mana-mana yang kamu berkenan, dan aku akan menceraikannya supaya kamu boleh mengahwininya.’

Tetapi Abdul Rahman bin ‘Auf, dengan mempamerkan sifat ketidak-bergantungannya, menjawab begini: ‘Mudah-mudahan Allah memberkati isteri-isteri dan kekayaanmu untuk dirimu. Tunjukkanlah aku pasar.’ Apabila Abdul Rahman kembali dari pasar, beliau membawa mentega dan keju, yang merupakan keuntungannya untuk hari itu. Abdul Rahman bin ‘Auf juga kemudiannya berkahwin sendiri dengan seorang wanita Ansar.

Sikap Abdul Rahman bin ‘Auf ini mempamerkan yang beliau mempunyai harga diri dan tidak mengambil peluang mengeksploitasi saudaranya serta dapat membina kehidupannya sendiri. Dengan kemahirannya dalam perniagaan, beliau ternyata kemudiannya menjadi seorang Islam yang kaya, yang enggan menerima apa-apa kecuali menjadi orang yang tangannya sentiasa memberi.

Manakala Saad ibn ‘Rabi’ pula mempamerkan tahap pengorbanannya yang tinggi serta sikapnya yang penyayang dan pemurah, dan tidak pentingkan diri. Begitulah antara lain bagaimana wujudnya hubungan harmonis antara anggota masyarakat pada zaman Rasulullah s.a.w, walaupun mereka berbeza darjat kebendaan. 

Sifat Orang-Orang Kaya Zaman Awal Pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq

Di samping orang-orang miskin yang mempunyai sifat penyabar, tidak meminta, tidak menyusahkan masyarakat dan tidak bergantung hidup kepada orang lain, orang-orang kaya pada zaman awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq pula, selain dari iman dan takwa yang tinggi sebagai tunjang, mempunyai sifat pemurah, suka memberi dan gemar membantu.

Misalnya, Abu Talhah telah mewakafkan taman Bayruha yang paling disayanginya, yang terletak berhadapan Masjid Nabi. Pengorbanan ini dilakukan atas dasar akidah yang kuat, yang ingin patuh kepada perintah Allah s.w.t secepat dan sepenuh mungkin. Hal ini juga dilakukan lantaran turunnya wahyu berkenaan dengan maksud kebaktian yang sempurna sebagaimana tercatat dalam surah Ali Imran ayat 92.

Apabila turunnya wahyu ini, Abu Talhah berkata kepada Rasulullah s.a.w: ‘Wahai Rasulullah s.a.w, Allah s.w.t berfirman: ‘Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai...’ dan harta yang paling aku sayangi ialah taman Bayruha, jadi aku sedekahkannya pada jalan Allah dan berharap akan mendapat kebaikan daripadanya dan diterima oleh Allah. Oleh itu, ya Rasulullah s.a.w, buatlah mengikut apa yang Allah perintahkan kepadamu.’

Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Itu adalah harta yang mengeluarkan hasil! Aku telah mendengar apa yang kamu katakan dan aku fikir kamu patut membahagikannya di kalangan kaum kerabatmu.’

‘Aku akan berbuat begitu, ya Rasulullah s.a.w,’ kata Abu Talhah.

Selain dari Abu Talhah, Saiyidina ‘Uthman bin Affan juga banyak mengorbankan hartanya untuk masyarakat Islam amnya dan untuk orang-orang miskin khususnya. Antara lain, beliau telah memberi sedekah gandum, minyak dan kismis yang dibawa oleh 1,000 ekor unta kepada orang Islam yang miskin ketika krisis ekonomi melanda Madinah semasa pemerintahan Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq .

Walaupun pedagang-pedagang Madinah ingin membelinya dengan harga lima kali ganda daripada harga asal sebagai keuntungan, Saiyidina ‘Uthman menolaknya. Sebaliknya beliau tetap berkongsi dengan orang-orang miskin kerana beliau yakin bahawa Allah s.w.t akan memberi sepuluh kali ganda daripada nilainya.

Beliau juga telah mewakafkan umat Islam sebuah perigi yang bernama Bir Ruumah yang sangat jernih dan bagus airnya yang dibelinya dari seorang Yahudi ketika umat Islam sukar mendapatkan air dan derita dengan musim kemarau yang amat sangat. Selain itu, Saiyidina Uthman bin Affan juga pernah membiayai keseluruhan bala tentera Islam yang akan berangkat menentang tentera Rom dengan hartanya berjumlah 700 uqiyah emas.

Abdul Rahman bin ‘Auf pula, mengikut Sa’ad bin Ibrahim dari cerita keluarganya, pernah membahagikan kesemua hasil penjualan bahagian hartanya dari ghanimah (harta rampasan) perang Bani An-Nadhir berjumlah 40,000 dinar kepada para isteri Rasulullah s.a.w. Abdul Rahman bin ‘Auf juga, menurut Az-Zuhri, pernah bersedekah dari hasil perniagaannya dengan separuh hartanya, yakni berjumlah 40,000 dinar dan selepas itu menyedekahkan sebanyak 500 kenderaan untuk digunakan di dalam perang fisabilillah.

Menurut Anas bin Malik, Abdul Rahman bin ‘Auf juga menyedekahkan pada jalan Allah s.w.t sejumlah tujuh ratus unta dengan muatannya sekali yang baru sampai dari Syam apabila mendapat tahu daripada Saiyidatina Siti Aisyah tentang sabda Rasulullah s.a.w bahawa beliau melihat Abdul Rahman masuk syurga dengan merangkak. Ibnu Abbas r.a. juga pernah menceritakan tentang Abdul Rahman bin ‘Auf menyerahkan seluruh kafilahnya yang baru sampai dari Syam untuk disedekahkan.

Pengorbanan harta yang sebegini terhadap Islam, masyarakatnya dan orang-orang miskin bukan sahaja dilakukan oleh orang-orang kaya, malah mereka yang hanya sekadar mampu juga turut melakukannya. Misalnya kesemua 70 orang Ansar yang digelar al-Qurra’ (penghaf Al-Quran, yang kemudiannya syahid di Bi’r Ma’unah) juga turut membantu ahlus-suffah dan orang-orang miskin dengan membelikan makanan untuk ahlus-suffah dengan hasil mereka mengangkat air ke masjid, memotong kayu dan menjualnya.

Selain dari Al-Qurra’ ini, anggota masyarakat zaman awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang mempunyai kebun kurma pula menggantung gugus-gugus kurma di tali yang diikat di antara dua tiang di masjid sebagai sedekah kepada ahlus-suffah dan orang-orang miskin. 

Kewujudan Kemiskinan Dan Kekayaan 

Jelas bahawa para sahabat dan ahli masyarakat pada zaman awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah hidup bersatu secara harmonis walaupun status kebendaan mereka berbeza. Punca utamanya ialah kerana mereka bersatu dengan intimnya dalam akidah serta iman dan takwa. Atas sebab itu, mereka boleh hidup tolong menolong, bekerjasama dan bantu membantu.

Seperti yang berlaku pada zaman pentadbiran Rasulullah s.a.w, zaman awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq juga berlaku perkara yang sama di mana orang kaya memberi manakala orang miskin tidak meminta. Orang kaya mendapat peluang berkhidmat kepada orang miskin dan oleh itu mendapat ganjaran dari Allah s.w.t, manakala orang miskin mendapat peluang bersyukur di samping mendapat anugerah istimewa dari Allah s.w.t. Antara satu sama lain, ada manfaat yang didapatinya.

Orang-orang kaya dan mereka yang mampu berlumba-lumba membuat kebajikan kerana yakin bahawa semua itu akan dinilai Allah s.w.t. Antara lain, mereka masih ingat akan sabda baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ‘Sesiapa yang melepaskan dari seorang Mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, pasti Allah akan melepaskan darinya suatu kesusahan-kesusahan Hari Kiamat.’ (Riwayat Abu Hurairah).

‘Dan barangsiapa yang mengusahakan keperluan saudaranya, pasti Allah s.w.t akan mengusahakan keperluannya.’ (Riwayat Imam Ahmad).

Bantu membantu ini pula adalah merupakan salah satu syarat berimannya seseorang itu. Sabda Rasulullah s.a.w: ‘Perumpamaan orang beriman sesamanya, cinta-mencintai, sayang-menyayangi dan bantu-membantu antara sesamanya, seumpama satu tubuh. Apabila salah satu anggota sakit, anggota yang lain akan turut merasainya sama.’ (Riwayat Muslim). 

Bagi orang-orang kaya yang membantu dan pemurah, Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Yang menolong saudaranya, Tuhan akan menolongnya.’ (Riwayat Al-Tirmidzi dan Imam Ahmad).

‘Allah akan menolong hamba-Nya selagi hamba-Nya menolong saudara-saudaranya,’ (Riwayat Al-Tirmidzi dan Abu Dawud). 

Bagi orang-orang miskin pula, berdasarkan kepada hadis dan pandangan ulama muktabar, sekurang-kurangnya ada empat keistimewaan yang dianugerahkan kepada orang-orang miskin: pertama, mereka akan berada bersama Rasulullah s.a.w kerana kemiskinan merupakan perkara yang sentiasa didoakan oleh Rasulullah s.a.w.; kedua, kemiskinan merupakan syiar atau lambang orang-orang soleh dan solehah; ketiga, kemiskinan merupakan sebab untuk mendapat kasih sayang Allah s.w.t; dan keempat, kemiskinan merupakan sebab Allah anugerahkan ganjaran istimewa di akhirat.

Bagi keistimewaan pertama, doa-doa Rasulullah s.a.w berikut membuktikannya: ‘Hidupkanlah aku dalam keadaan miskin dan matikanlah aku dalam keadaan miskin.’

‘Wahai Allah Tuhanku, hidupkanlah aku miskin, matikanlah aku miskin, dan kumpulkanlah aku (di padang mashsyar) dalam golongan orang-orang miskin.’

Abullaits Assamarqandi juga pernah berkata: Abu Jaafar meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a. berkata: ‘Hai manusia, jangan sampai kesukaran itu mendorong kamu untuk mencari rezeki dari yang haram sebab aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Ya Allah, matikan aku sebagai orang fakir miskin, dan jangan dimatikan aku kaya, dan kumpulkan aku dimashsyar dalam rombongan orang-orang miskin pada hari qiamat, maka sesungguhnya yang amat celaka ialah orang yang miskin di dunia dan tersiksa di akhirat.’

Malah sebelum Rasulullah s.a.w pun, ada Nabi-Nabi yang gemar kepada kemiskinan. Imam Ghazali menceritakan bahawa Nabi Isa a.s berkata: ‘Bahawa aku lebih mencintai kemiskinan dan memarahi kenikmatan.’ Nabi Isa a.s. paling suka apabila baginda dipanggil ‘Hai orang miskin!’

Bagi keistimewaan kedua pula, yakni kemiskinan merupakan syiar orang-orang soleh dan solehah, Imam Ghazali berkata: ‘Kaabul-ahbar berkata: ‘Allah s.w.t berfirman kepada Musa a.s: ‘Hai Musa! Apabila engkau melihat kefakiran itu menghadap kepada engkau, maka katakanlah: ‘Selamat datang kepada syi’ar orang-orang yang soleh.’

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda: ‘Apabila engkau melihat kefakiran datang menghadap kepada engkau, maka katakanlah: ‘Selamat datang kepada lambang orang-orang soleh. Dan apabila engkau melihat kekayaan datang menghadap kepada engkau, maka katakanlah: ‘Dosa yang disegerakan siksaannya.’

Bagi keistimewaan ketiga pula, yakni kemiskinan merupakan sebab mendapat kasih sayang Allah s.w.t, Abdullah bin Umar Al-Khattab r.a. misalnya berkata: ‘Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Sesungguhnya makhluk yang sangat dikasihi oleh Allah ialah orang yang fakir miskin, sebab manusia yang amat dikasihi Allah ialah para Nabi, maka Allah menguji mereka dengan kefakiran kemiskinan.’

Nabi Musa a.s. bertanya kepada Tuhan: ‘Hai Tuhanku, siapakah kekasih-Mu dari makhluk-Mu, sehingga aku cintai mereka kerana-Mu?’ Maka Allah s.w.t berfirman: ‘Setiap orang fakir.’

Dan akhir sekali, bagi keistimewaan keempat, yakni kemiskinan merupakan sebab mendapat anugerah istimewa Allah di akhirat, Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Akan masuk syurga umatku yang fakir sebelum yang kaya dengan lima ratus tahun.’

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: ‘Orang-orang faqir mengutus utusan mereka kepada Rasulullah s.a.w. maka berkata: ‘Ya Rasulullah s.a.w, aku utusan orang-orang faqir kepadamu. Jawab Rasulullah s.a.w: Selamat datang kepadamu dan kepada orang-orang yang mengutusmu, engkau datang dari orang-orang yang dicinta oleh Allah. Utusan itu berkata: Ya Rasulullah s.a.w, orang-orang miskin berkata: Bahawa orang-orang kaya telah memborong semua kebaikan, mereka berhaji dan kami tidak dapat, dan mereka sedekah sedang kami tidak dapat, dan jika sakit mereka mengirim wang untuk tabungan mereka.’

Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Sampaikan kepada orang faqir daripadaku: Bahawa siapa yang sabar dari kamu akan mengharap pahala dari Allah. Maka beliau akan mendapat tiga macam yang tidak boleh didapat oleh orang-orang yang kaya-kaya. Pertama, di dalam syurga ada kamar dari yaqut yang merah, orang-orang syurga melihat tempat itu sama dengan orang dunia jika melihat bintang di langit, tidak dapat masuk ke situ kecuali Nabi yang fakir atau orang yang mati syahid yang fakir atau seorang mukmin yang faqir. Kedua, orang faqir akan masuk syurga sebelum orang kaya sekadar setengah hari iaitu sekira lima ratus tahun, mereka bersuka-suka dengan bebas leluasa, dan Nabi Sulaiman bin Daud a.s. akan masuk sesudah Nabi-Nabi yang lainnya sekira empat puluh tahun disebabkan oleh kerajaan yang diberikan Allah kepadanya. Ketiga, jika seseorang faqir membaca: Subhanallah walhamdulillah walaa ilaha illallah wallahu akhbar dengan tulus ikhlas, dan orang kaya membaca itu, maka orang kaya itu tidak dapat mengejar orang faqir meskipun ditambah dengan sedekah sepuluh ribu dirham. Demikian amal-amal kebaikan yang lain-lainnya. Maka kembalilah utusan itu memberitahu kepada orang-orang faqir apa yang disabdakan Rasulullah s.a.w. itu kepada mereka. Maka mereka berkata: Kami redha ya Tuhan, kami puas ya Tuhan.’

Allah s.w.t juga ada berfirman: ‘Telah dihiaskan kepada manusia oleh kecintaan kepada yang menarik seperti wanita, anak, emas dan perak yang berkintal-kintal, kuda yang bagus, binatang ternak dan sawah ladang. Semua itu perhiasan hidup dunia, tetapi Allah mempunyai tempat kembali yang baik. Katakanlah, mahukah Aku tunjukkan kepadamu keadaan yang lebih baik daripada itu? Bagi orang-orang yang berbakti, di sisi Tuhannya akan mendapat syurga-syurga yang mengalir dari bawahnya sungei-sungei, mereka kekal padanya, dengan mendapat jodoh-jodoh yang suci dan keredhaan dari Allah.’ (surah Ali-Imran 3:14-15) 

Tetapi apakah semua ini bermakna kemiskinan tidak perlu dibasmi, atau setidak-tidaknya dikurangkan? Jawapan kepada persoalan ini bergantung kepada sifat orang-orang miskin itu sendiri. Orang-orang miskin pada zaman Rasulullah s.a.w. kebanyakannya tidak mengeluh dan tidak menyesal kerana mereka sedar mereka akan mendapat keistimewaan-keistimewaan yang telah disebutkan di atas.

Tetapi kesedaran ini tidak mungkin dihayati kecuali dengan iman dan takwa. Dengan iman dan takwa juga mereka tidak meminta-minta dan tidak menyusahkan masyarakatnya. Ertinya, walaupun mereka miskin kebendaan, namun mereka kaya dengan iman dan takwa. Dengan kayanya iman dan takwa mereka, mereka tidak derita dengan kemiskinan. Kemiskinan tidak membawa mereka kepada kekufuran malah sebaliknya memberi peluang dan masa kepada mereka berjuang dan berjihad di jalan Allah s.w.t.

Golongan ahlus-suffah misalnya tidak menggunakan masa untuk bekerja mencari harta, tetapi mereka gunakannya untuk bekerja mendaulat, berjihad dan memperjuangkan agama Allah s.w.t. Dengan lain perkataan, pekerjaan tidak hanya bermaksud sesuatu yang boleh mendatangkan gaji dalam bentuk mata wang.

Bekerja menegakkan agama Allah s.w.t juga merupakan pekerjaan yang diiktiraf oleh Islam. Rasulullah s.a.w, ketika berhijrah ke Madinah, tidak bersetuju dengan cadangan orang-orang Ansar untuk membahagikan pokok-pokok kurma mereka dengan orang-orang Muhajirin, tetapi sebaliknya mencadangkan membahagikan hasilnya.

Dalam mengulas perisitiwa ini, Akram Diya’Al-Umar Al-Khattabi berkata bahawa Rasulullah s.a.w sebenarnya tidak mahu orang Muhajirin bekerja di bidang pertanian kerana baginda memerlukan mereka untuk berdakwah dan berjihad. Tambah lagi mereka tidak biasa dengan kerja-kerja pertanian.

Dari perbincangan-perbincangan di atas, ternyata bahawa ada dua sifat orang-orang miskin pada zaman awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sebagaimana yang ditunjukkan ahlus-suffah, dan oleh itu kemiskinan mereka tidak disuruh basmikan oleh Rasulullah s.a.w. Pertama, mereka tidak meminta dan tidak menyusahkan masyarakat; dan kedua, mereka tidak bekerja yang boleh mendatangkan wang ringgit, tetapi sebaliknya mereka bekerja sebagai da’i dan mujahid, berdakwah dan berjihad di jalan Allah s.w.t.

Mereka banyak bersembahyang, membaca dan mengkaji ayat-ayat Al-Quran secara bersama, berzikir kepada Allah s.w.t, dan sebahagiannya belajar menulis Al-Quran. Mereka sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w sehingga menjadi perawi hadis terkenal, umpamanya Abu Hurairah dan Hudaifah. Selain dari itu, mereka juga turut berjihad sehingga sebahagian dari mereka syahid di medan perang.

Misalnya Safwan ibn Bayda’, Zayd ibn Al-Khattab, Kharim ibn Fatik al-Asadi, Khubayb ibn Yasaf, Salim ibn ‘Umayr dan Harithah ibn al-Nu’man al-Ansari syahid di Badr. Hanzalah al-Ghasil pula syahid di Uhud. Jurhad ibn Khuwaylid dan Abu Surayhah al-Ghafiri menyaksikan al-Hudaybiyah, manakala Thaqif ibn ‘Amr syahid di Khaybar, ‘Abd Allah Dhu al-Bijadayn syahid di Tabuk, dan Salim, dan Mawla Abu Hudaifah syahid di Yamamah.

Oleh kerana orang-orang miskin seperti ahlus-suffah ini tidak bekerja mencari harta tetapi menumpukan kepada pekerjaan dakwah dan perjuangan mendaulatkan Islam, Allah s.w.t memerintahkan orang-orang kaya membantu mereka dengan firman-Nya: ‘(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi, orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa sahaja harta yang baik, yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhyna Allah Maha Mengetahui.’ (surah Al-Baqarah 2:273). 

Berdasarkan kepada hakikat ini, perlu ada segolongan ahli masyarakat yang berjuang dan berjihad sepenuh masa di jalan Allah s.w.t setiap masa dan zaman, manakala kebajikan dan keperluan seharian mereka ditanggung oleh orang-orang kaya. Dan sekiranya kedua-dua golongan miskin dan kaya ini beriman dan bertakwa, Allah s.w.t menjanjikan bantuan dalam menyelesaikan masalah dan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.

Allah s.w.t berfirman: ‘Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.’ (surah Ath-Thalaaq 65:2-3). 

Istimewanya orang-orang kaya dan miskin yang bertakwa ini, antaranya, ialah mendapat rezeki dari Allah s.w.t dari sumber yang tidak diduga. Mereka mendapat keistimewaan dari Allah s.w.t. Bagi orang-orang kaya, rezeki itu diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan. Bagi orang miskin, apabila mendapat rezeki yang berlebihan dari keperluannya, mereka korbankan secepat mungkin. Orang-orang miskin ini pada hakikatnya ialah orang kaya.

Mereka miskin hanya kerana tiada sumber pendapatan yang tetap, tetapi kaya kerana sentiasa berkecukupan bahkan kadangkala berlebihan rezekinya kerana keperluan kebendaan mereka hanyalah sedikit. Bila mereka mengalami kesempitan rezeki, mereka mengadu kepada Allah s.w.t. Kesengsaraan yang menimpa mereka mereka anggap sebagai penghapusan dosa dan peningkatan darjat di sisi Allah s.w.t. Di akhirat nanti mereka dikurangkan hisab dan cepat pula masuk syurga.

Tetapi sebaliknya, kalau orang-orang miskin ini tidak mempunyai iman dan takwa serta mengeluh, derita, kesal dan menyusahkan masyarakat, kemiskinan di kalangan mereka perlu dikurangkan, kalau pun tidak dapat dibasmi sepenuhnya. Begitu juga dengan orang-orang kaya. Kalau semakin kaya mereka semakin sombong dan kedekut, tidak membantu orang-orang miskin, tidak memberi manfaat kepada masyarakat, dan tambah-tambah lagi kiranya derhaka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya, kekayaan mereka perlu dikurangkan, kalau pun tidak boleh ditarik sepenuhnya dari mereka.

Tidak bolehnya miskin seseorang yang derita dengan kemiskinannya, meminta-minta dan oleh itu menyusahkan masyarakat adalah seperti seorang miskin pada zaman Rasulullah s.a.w yang diberikan kapak oleh Rasulullah s.a.w supaya bekerja dan mencari rezeki sendiri. Orang ini datang berjumpa Rasulullah s.a.w mengadu tentang penderitaannya akibat dari kemiskinan, lalu ditanya Rasulullah s.a.w tentang apa yang dimilikinya dan dijual hak miliknya yang sedikit seperti cawan untuk dijadikan modal membeli kapak. Dengan kapak itu orang itu disuruh bekerja dan seterusnya melepaskan dirinya dari kemiskinan.

Tidak bolehnya kaya seseorang yang sombong dan kedekut dan semakin jauh dengan Allah s.w.t dengan kekayaannya itu pula adalah seperti Qarun pada zaman Nabi Musa dan Tsa’labah bin Hatib pada zaman Rasulullah s.a.w. Qarun, walaupun dari keluarga Nabi Musa ternyata takabbur, kedekut dan tidak mahu membayar zakat serta derhaka kepada Nabi Musa dan Allah s.w.t apabila mendapat kekayaan. Akhirnya Allah s.w.t memerintahkan bumi menelan Qarun bersama dengan semua hartanya. Tsa’labah bin Hatib, seorang Ansar yang asalnya miskin pula, walaupun pada awalnya kuat beribadah dan sentiasa berjemaah bersama Rasulullah s.a.w, ternyata lalai menyempurnakan sembahyang dan enggan membayar zakat setelah dianugerahkan Allah kekayaan. Tidak bolehnya Tsa’labah ini kaya telah dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w apabila baginda enggan memenuhi permintaan Tsa’labah supaya berdoa kepada Allah s.w.t agar beliau menjadi kaya.

Ketika kali pertama beliau datang berjumpa Rasulullah s.a.w untuk ini, baginda menasihatkannya bahawa sedikit harta yang disyukuri adalah lebih baik dari banyak harta yang dikufuri. Pada kali kedua Rasulullah s.a.w menasihatkan agar Tsa’labah mengambil contoh hidup baginda sendiri yang sederhana walaupun baginda mampu berdoa agar Allah s.w.t tukarkan bukit-bukit di sekitarnya menjadi emas dan perak. Kedua-dua nasihat ini tidak didengari Tsa’labah hingga beliau datang buat kali ketiga untuk terus mendesak Rasulullah s.a.w berdoa untuknya supaya beliau menjadi kaya. Kali ini Tsa’labah bersumpah dengan nama Allah s.w.t akan memberikan hak kepada setiap orang yang berhak sekiranya Rasulullah s.a.w berdoa dan Allah s.w.t menjadikan beliau kaya. Akhirnya Rasulullah s.a.w mengikut kehendak Tsa’labah dan Allah s.w.t makbulkan doa baginda.

Tetapi apabila Tsa’labah menjadi kaya dan semakin sibuk dengan ternakan kambing yang cukup membiak, beliau yang biasanya sentiasa bersembahyang jemaah setiap waktu dengan Rasulullah s.a.w, kini hanya mampu berjemaah Zohor dan Asar sahaja. Kemudian selepas itu Tsa’labah hanya mampu bersembahyang Jumaat sahaja dan akhirnya terus tidak bersembahyang jemaah langsung. Kemudian beliau enggan membayar zakat walaupun Rasulullah s.a.w utuskan amil kepadanya. Zakat dianggap oleh Tsa’labah sebagai sama atau hampir sama dengan jizyah.

Akhirnya Allah s.w.t menurunkan wahyu menempelak keengkaran Tsa’labah ini. Allah s.w.t berfirman: ‘Dan di antara mereka ada orang-orang yang membuat perjanjian kepada Tuhan: Jika Tuhan memberikan kurnia-Nya kepada kami, pastilah kami akan memberi sedekah, dan masuk golongan orang-orang yang soleh. Apabila Tuhan memberikan kurnia-Nya kepada mereka, lantas mereka menjadi kikir dengan (kurnia) itu. Mereka berpaling dan engkar (akan janjinya). Maka tercetuslah penyakit nifaq di dalam hati mereka sampai hari mereka bertemu dengan Allah, disebabkan mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan, dan kerana mereka berdusta.’ (surah At-Taubah 9:75-77).

Dengan wahyu ini Tsa’labah tersedar dari kesilapannya dan sangat menyesal sekali. Tetapi masanya telah terlambat. Allah s.w.t telah melarang Rasulullah s.a.w dari menerima sedekah Tsa’labah. Walaupun Tsa’labah merayu-rayu kepada Rasulullah s.a.w dan kemudiannya kepada Khalifah-khalifah Islam berikutnya, dari Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, Saiyidina Umar Al-Khattab hinggalah kepada Khalifah Uthman bin Affan, semuanya tidak mahu menerimanya dengan alasan bahawa Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w serta Khalifah-khalifah terdahulu tidak mahu menerimanya, bagaimana mereka boleh menerima. Akhirnya Tsa’labah meninggal dunia ketika pemerintahan Saiyidina ‘Uthman dengan membawa dosa yang amat besar, yakni memungkiri janji dengan Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.

Dari sejarah masyarakat zaman awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dan dari masyarakat Nabi-Nabi terdahulu dari Rasulullah s.a.w, ternyata bahawa kemiskinan dan kekayaan bukanlah petunjuk pembangunan yang mutlak. Sebaliknya, petunjuk pembangunan yang mutlak ialah kekayaan iman dan takwa, atau kekayaan kerohanian. Ini bermakna bahawa tidak membina sesebuah negara walaupun rakyatnya kaya raya harta benda sekiranya kerohanian mereka tidak kaya.

Begitu juga tidak mundur sesebuah negara walaupun rakyatnya fakir harta benda sekiranya kerohanian mereka kaya. Atas sebab inilah maka Imam Al-Ghazali menerangkan tentang satu jenis lagi fakir yang dipanggil fakir mutlak. Fakir mutlak ini berhubungan dengan keperluan manusia yang paling pokok dan mutlak, yakni memerlukan kepada Allah s.w.t.

Orang yang tidak memiliki rasa memerlukan kepada Allah s.w.t tergolong ke dalam golongan fakir mutlak kerana mereka tidak memiliki keperluan asas yang pokok dan mutlak itu, walaupun mereka adalah orang yang kaya raya harta-benda. Fakir harta hanya bermaksud ketiadaan keperluan-keperluan asas berbentuk material, tetapi fakir mutlak bermaksud tidak mempunyai kekuatan Tauhid dan rasa kehambaan kepada Allah s.w.t.

Dengan definisi fakir sebagai fakir mutlak inilah Rasulullah s.a.w. berdoa: ‘Aku berlindung dengan Engkau dari kefakiran’dan bersabda: ‘Mendekati kefakiran itu menjadi kekufuran.’ Hadis-hadis ini, kata Imam Al-Ghazali, tidak bertentangan dengan hadis yang berbunyi: ‘Hidupkanlah aku dalam keadaan miskin dan matikanlah aku dalam keadaan miskin.’

Maksud miskin di sini ialah miskin harta, bukan miskin iman dan takwa yang membawa manusia kepada fakir mutlak. Rasulullah s.a.w. sangat takut kepada fakir mutlak, yakni tidak memiliki rasa memerlukan Allah s.w.t, tetapi jelas sangat cenderung kepada miskin harta. Fakir mutlak membawa kepada kekufuran sedangkan miskin harta mempunyai nilai-nilai istimewa sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini.

Selain dari itu, Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda: ‘Bukanlah yang dinamakan ‘kaya’ itu, kerana berlimpah ruahnya harta, tetapi yang dinamakan ‘kaya’ itu ialah kaya jiwa.’

‘Tidaklah orang itu kaya lantaran banyak benda. Sesungguhnya orang kaya itu ialah orang yang kaya jiwa.’

Saiyidina Umar Al-Khattab berkata: ‘Semoga Allah mencucuri rahmat atas Abu Bakar As-Siddiq. Dia telah menunjukkan jalan yang sukar diikuti oleh para penggantinya.

Saiyidina Umar Al-Khattab sendiri juga, setelah menjadi Khalifah, pernah menolak cadangan Saiyidina Ali, ‘Uthman bin Affan, Zubair dan Talhah yang dibuat melalui anaknya Hafsah agar wang sara hidupnya dinaikkan (beliau juga berhenti berniaga apabila diangkat menjadi Khalifah). Sebaliknya beliau memakai jubah yang mempunyai tidak kurang dua belas tampalan, termasuk satu yang ditampal dengan kulit.

Roti yang dimakannya juga adalah jenis yang terlalu keras sehingga Utbah bin Abi Farqad yang kebetulan bertamu ke rumah Saiyidina Umar Al-Khattab sukar menelannya. Apabila ditanya kenapa beliau tidak menggunakan tepung yang baik untuk membuat roti, Saiyidina Umar Al-Khattab bertanya Utbah kembali: ‘Adakah tiap-tiap orang Islam mampu menggunakan tepung yang baik untuk dibuat roti?’

Sikap Saiyidina Umar Al-Khattab ini jelas mempamerkan prihatinnya beliau terhadap keadaan dan hak orang-orang Islam yang lain, khususnya rakyatnya. Sikap begini tambah-tambah lagi ada pada Rasulullah s.a.w sendiri, misalnya sebagaimana yang telah disebutkan bersabit dengan ahlus-suffah. Selain itu, pernah Rasulullah s.a.w tidak dapat tidur semalam-malaman kerana termakan sebiji kurma yang terletak di satu tempat.

Baginda memakannya kerana takut ianya terbuang begitu sahaja. Tetapi kemudian baginda menyesal hingga tidak dapat tidur kerana takut buah itu dihantar untuk disedekahkan kepada fakir miskin kerana selalunya para dermawan menyerahkan barang-barang yang hendak dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin kepada Rasulullah s.a.w sa.w agar baginda sendiri yang membahagi-bahagikannya.

Pendek kata pada zaman Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Khalifah-ur-Rashidun yang lain itu, pemimpinnya adil, orang kaya bersyukur dan pemurah, orang miskin sabar dan redha, yang berkuasa menaung yang lemah, orang pandai menunjuk ajar yang jahil, pemuda-pemudinya pemalu, para suami sangat bertanggungjawab, isteri sangat mentaati suami dan anggota masyarakatnya berkasih sayang.

Kesimpulan 

Kemiskinan dan kekayaan pada zaman awal pentadbiran Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq wujud iring-mengiringi. Namun begitu perbezaan ini tidak membawa konflik sebagaimana terjadi di dalam banyak masyarakat lain, tetapi sebaliknya menjadi alat lahirnya suasana harmonis di kalangan masyarakat Madinah. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Orang miskin bersifat redha dengan kemiskinan dan tidak meminta-minta, tidak bergantung dan tidak menyusahkan masyarakat, manakala orang kaya pula pemurah dan gemar memberi dan membantu. Pemerintah bukan sahaja mengambil berat tentang orang-orang miskin, tetapi turut pula hidup dalam keadaan miskin seperti orang-orang miskin yang lain.

Lahirnya keadaan sedemikian adalah kerana tingginya iman dan takwa ketiga-tiga golongan ini, sama ada di kalangan orang-orang kaya, orang-orang miskin, atau pemerintah sendiri. Walaupun mereka berbeza-beza dari segi status kebendaan, tetapi mereka bersatu dengan intim dari segi status kerohanian. Dalam keadaan sedemikian, kemiskinan di kalangan orang yang tidak meminta dan tidak menyusahkan masyarakat kerana kayanya jiwa mereka, tidak dibasmikan. Begitu juga, kekayaan di kalangan mereka yang kaya jiwanya, digalakkan. Pembasmian kemiskinan dan galakan untuk kekayaan oleh itu sebenarnya bukan ditentukan oleh status kebendaan, tetapi ditentukan oleh status kerohanian masing-masing.

Sejarah telah mencatatkan bahawa Abu Bakar As-Siddiq adalah lelaki dewasa pertama yang memeluk agama Islam dan menerusi beliau Uthman, Talha, Zubayr dan Said menyertai Islam setelah mendengar dakwah dan penerangan dari Abu Bakar As-Siddiq pada hari petama beliau memeluk Islam. 

Pada hari berikutnya beliau menemui Uthman bin Maz’un, Abu ‘Ubaidah, Abdul Rahman bin Auf dan beberapa tokoh Quraisy yang lain. Dengan dakwah Abu Bakar As-Siddiq semua, personaliti besar Quraisy itu beriman dengan Rasullulah s.a.w dan menjadi generasi pertama Islam. Watak Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq adalah watak manusia terbaik yang sentiasa menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai idola ikutannya. Peribadi yang luhur, lembut, pengasih, tawaduk dan mendahulukan kepentingan yang lain adalah suri teladan ikutan kita semua. Pada zaman awal Islam, beliau turut mengalami kesengsaraan akibat pemboikotan dan penganiayaan golongan musyrik Quraisy ketika menyampaikan gagasan Islam di hadapan Kaabah.

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq pernah dipukul beramai-ramai oleh kaum musyrikin ketika berdakwah di Kaabah. Darah bercucuran menyelubungi wajahnya, hidung dan telinganya cedera disepak dan dipijak beramai-ramai oleh golongan musyrikin Mekah menyebabkan beliau pengsan dan tidak sedarkan diri. Kecintaannya kepada Rasulullah s.a.w dapat dilihat dari pertanyaan awal yang terbit dari mulutnya sebaik daripada sedar daripada pengsan, ‘Bagaimana dengan Rasulullah?’ 

Di peperangan Badar anaknya sendiri masih belum memeluk Islam, lalu berperang di pihak Musyrikin Quraisy. Selepas memeluk Islam, satu hari anaknya itu berkata, ‘Wahai ayah, aku telah temui engkau di bawah pedangku di Perang Badar sebanyak dua kali namun aku tidak tergamak mengangkat tangan untuk memancungmu kerana kasihku kepadamu.’ 

Mendengar kata-kata anaknya itu, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq menjawab, ‘Aku sepatutnya telah membunuhmu.’ 

Demikian ketegasan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang begitu jelas lagi kental akidah dan iman menyerlahkan akhlak dan watak yang benar-benar Islami. Ab Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq adalah seorang yang berpegang teguh kepada prinsip. Dia memang lembut, santun, merendah diri tetapi bulat dan tegas dalam soal-soal prinsip dalam agama dan kehidupan. Pemilihan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq oleh Rasulullah sebagai Imam di masjid Rasulullah s.a.w ketika Rasulullah s.a.w mulai sakit, menggambarkan betapa Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq adalah pilihan tepat umat bagi mengganti Rasulullah sebagai pentadbir dan pengurus negara Islam sesudah Rasulullah s.a.w. Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq walaupun amat lembut tetapi seorang yang sangat tegas pendiriannya dalam perkara-perkara prinsipal. 

Ketika beliau menduduki kerusi pemerintahan negara berdepan dengan krisis, konflik, penentangan, penderhakaan, pengkhianatan dari pelbagai pihak yang mengambil kesempatan dari kewafatan Rasulullah s.a.w. Kemunculan Nabi-nabi palsu seperti Aswad ‘Ansi, Diyaman, Tulaiha di utara Semenanjung Arab, Sajjah binti Al-harith di Suwaid, Musailamah Al-Kadzab juga pemberontakan-pemberontakan lain di Yaman dan Bahrain telah dihapuskan oleh tentera-tentera yang diutuskannya.

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq adalah penyelamat Islam. Beliau telah menyatukan seluruh umat dan menghancurkan seluruh pemberontakan. Pada zaman pemerintahan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dunia melihat bagaimana beliau menamatkan semua usaha-usaha untuk menyekat kebangkitan Islam bukan sahaja golongan Nabi palsu, golongan mengingkari zakat (gejala riddah) dihancurkan beliau, malah kerajaan Rom Timur dan Parsi yang membantu para pemberontak turut terpukul.

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah menghabiskan hartanya yang banyak demi kelangsungan Islam. Dalam satu kempen memungut dana peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah menyerahkan seluruh hartanya sehinggakan apabila ditanya apa saja yang tinggal kepada engkau wahai Abu Bakar As-Siddiq, beliau menjawab dengan kata-kata, ‘Hanya Allah dan Rasul.’

Islam telah berkembang sebagai sebuah gagasan Negara Besar bermula pada zaman Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. Seorang yang sangat bertakwa dan sentiasa mengabdi kepada Allah s.w.t sehingga Rasulullah s.a.w pernah membayangkan betapa beratnya iman Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sekiranya ditimbang berbanding iman manusia seluruhnya berat lagi iman Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. 

Seorang yang lembut hatinya itu pernah didengar orang mencemburui burung yang terbang bebas di tamannya lalu beliau berkata, ‘Alangkah bahagianya engkau burung boleh terbang, makan dan minum apa saja dan bebas membuat apa jua dan engkau tidak dipertanggunggjawabkan apa-apa pun di akhirat nanti.’

Pengurusan Dan Pentadbiran Khalifah Abu Bakar As-Siddiq

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah mengasaskan sebuah sistem pentadbiran yang teratur. Mengamalkan sikap yang sangat demokratik mewujudkan jawatan setiausaha pentadbiran dan sentiasa melakukan konsultasi dengan sahabat-sahabat utama. Pada zaman beliau pengumpulan Al-Quran bermula apabila mendapati ramai para huffaz syahid di berbagai medan peperangan. 

Saiyidina Umar Al-Khatab adalah orang pertama mencadangkan supaya Al-Quran dikekalkan dalam bentuk asalnya dengan secara hitam putih agar ditulis dalam bentuk buku. Para sahabat bersetuju dengan cadangan Umar dan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang pada mulanya agak kurang bersetuju kerana tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah berubah fikiran dan memerintahkan Zaid bin Thabit mengetuai kerja-kerja pengumpulan.

Zaman Abu Bakar As-Siddiq syura diinstitusikan. Beliau melantik para pegawai, gabenor bagi wilayah-wilayah menyusun tentera Islam walaupun waktu itu mereka bukannya tentera namun mereka dibahagi-bahagikan kepada beberapa batalion apabila ditugaskan melakukan sebarang gerakan atau berperang untuk mempertahankan kedaulatan negara. 

Madinah menjadi ibu negara di mana Saiyidina Umar diangkat menjadi Hakim, Abu Ubaidah bin Jarrah menjadi bendahari, Saiyidina Ali dilantik menjadi setiausaha peribadi kepada beliau dan Saiyidina Uthman dilantik menjadi ketua setiauasaha yang bertanggungjawab menulis semua arahan dan dikri khalifah.

Ketika dilantik dan dibai’ah oleh wasiat Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mengatakan, ‘Wahai saudaraku sekalian, aku telah diamanahkan tanggungjawab ini walhal aku bukanlah yang terbaik dikalangan kamu semua. Kalau aku melakukan kesalahan perbetulkanlah. Sudah tentu kebenaran itu adalah kejujuran dan pendustaan itu adalah pengkhianatan. Aku pinta untuk ditaati selagi aku taat kepada Allah dan Rasul. Kalu aku mengingkari Allah dan Rasul kamu adalah bebas untuk tidak mentaatiku. Nah, sekarang marilah mendirikan solat.’

Memimpin adalah mendahulukan kepentingan orang lain dari mengurus dengan sempurna. Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a memimpin dengan sikap adil lagi lemah lembut namun tegas dan berperinsip. Beliu memilih petugas-petugas yang berkelayakan dan tidak menyerahkan amanah kepada kaum kerabatnya. Seorang yang kaya-raya sebelum diangkat menjadi khalifah tetapi meninggalkan perniagaannya bila diamanahkan mengurus dan mentadbir negara. Saiyidina Umar mencadangkan agar beliau menerima sedikit bayaran sara hidup dari Baitulmal sebelum menjadi Amirul Mukminin. Bila beliau meninggal dunia, semua pakaian yang tidak dipakai semuanya dikembalikan kepada negara. Demikian Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq permata penyelamat Islam yang tiada tara bandingnya.

Nilai Ketamadunan Islam Dalam Zaman Pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin

Zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin (632 Masehi – 661 Masehi) di anggap zaman perkembangan awal Tamadun Islam seluruhnya. Khulafa’ Rasyidin yang empat ini merupakan penerus kepada apa yang telah dirintis oleh Rasulullah s.a.w. Islam pada zaman ini berada pada peringkat yang kukuh selepas Rasulullah s.a.w berjaya mengasaskan negara Islam Madinah yang menyaksikan orang musyrikin dan yahudi tunduk di bawah pemerintahan dan kekuasaan Islam.

Walaupun pemerintah pada zaman khulafa’ Rasyidin ini dilihat masih terikat dengan apa yang telah diajar, dididik dan diperintah oleh Rasulullah s.a.w sebelum ini, namun ia tidak menghalang mereka melakukan pembaharuan dan perubahan yang sesuai dan relevan dengan perkembangan peradaban dan keperluan hidup umat Islam pada waktu tersebut. Saya melihat pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin ini, terdapat nilai ketamadunan Islam yang tinggi ditampakkan secara jelas dalam beberapa aspek antaranya:

A. Aspek Pemilihan Dan Pelantikan Khalifah – Prinsip Syura Dan Bai’ah Asas Kekuatan

Rasulullah s.a.w tidak pernah menamakan sesiapapun dari kalangan sahabat baik baginda sebagai pengganti selepas kewafatan baginda. Rasulullah s.a.w menyerahkan secara total urusan pelantikan khalifah sebagai pengganti baginda kepada kebijakan dan ketelusan umat Islam seluruhnya.

Keadaan ini menunjukkan keyakinan Rasulullah s.a.w terhadap keupayaan umat Islam memilih pemimpin yang mereka mahukan dan akan meletakkan kepentingan Islam dan umatnya mengatasi segala sesuatu. Pelantikan dan pemilihan Abu Bakar As-Siddiq r.a bukanlah atas kapasiti beliau sebagai sahabat yang paling baik dan hampir dengan Rasulullah s.a.w. Bahkan pemilihan dan pelantikan beliau dibuat atas dasar musyawarah (syura) dan kesediaan umat Islam melakukan sumpah taat setia kepada beliau (bai’ah).

Pertemuan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dan umat Islam di Thaqifah Bani Saadah bagi memilih pengganti Rasulullah pada awalnya berlangsung dalam suasana penuh emosi bilamana kaum Ansar turut mengemukakan calon mereka. Namun atas dasar syura dan persepakatan semua pihak, akhirnya semua akur dengan pelantikan Abu Bakar As-Siddiq.

Proses pelantikan tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja, Khalifah yang dilantik kemudian menerima bai’ah dari seluruh umat Islam. Bai’ah ini merupakani manifestasi kesediaan dan kerelaan dan sokongan umat Islam untuk sentiasa tunduk dan patuh kepada khalifah selagi syariat dan hukum Allah dijunjung. Justeru penulis berpendapat dua asas utama ini iaitu syura dan bai’ah merupakan nilai ketamadunan Islam yang tinggi diperlihatkan melalui pelantikan dan pemilihan khalifah. Konsep syura dan bai’ah ini tidak mungkin tercapai melainkan dengan adanya tahap keimanan dan ketakwaan yang tinggi sehingga sanggup mengenepikan kepentingan peribadi, emosi, dan sebagainya, Dua prinsip utama ini sebenarnya menjadi sumber kekuatan dan menyuntik motivasi kepada khalifah untuk melaksanakan amanah yang sangat berat ini.

B. Aspek Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara – Dasar Dan Polisi Demi Kepentingan Umat Islam Dan Kelangsungan Dakwah Islamiah Menjadi Proriti

Zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin itu sendiri melalui bebrapa fasa bermula dengan fasa pengukuhan agama dan negara umat Islam pada zaman pemerintahan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Ia memasuki zaman kegemilangan semasa pemerintahan Umar Al-Khattab. Kemudia ia memasuki pula zaman kemalapan pada era pemerintahan 6 tahun terakhir khalifah Uthman bin Affan sehingga ia diuji dengan fitnah kubra yang membawa kepada perselisihan dan perpecahan yang hebat di kalngan umat Islam.

Jika dilihat pada setiap polisi dan tindakan yang diambil oleh Khulafa Ar-Rasyidin dalam menjalankan pemerintahan negara, mereka meletakkan kepentingan umat Islam dan survival dakwah Islamiah pada kedudukan yang tertinggi. Contohnya, pendekatan yang diambil oleh Abu Bakar As-Siddiq r.a dengan memerangi golongan yang murtad dan tidak mahu membayar zakat pernah dipersoalkan oleh sahabat-sahabat yang lain.

Namun Abu Bakar As-Siddiq tetap menjalankan polisi tersebut kerana memikirkan kepentingan umat Islam yang boleh diganggu gugat oleh anasir-anasir yang merosak dan meruntuhkan ketamadunan umat manusia yang telah diasaskan oleh Rasulullah s.a.w berpaksikan aqidah Islam itu sendiri. Justeru mengembalikan keyakinan rakyat pada ajaran Islam, mengintegrasikan masyarakat dan politik Islam yang berpusat di Madinah merupakan dasar yang kukuh bagi perkembangan dakwah dan politik Islam. Inilah antara nilai peradaban dan ketamadunan Islam yang terzahir dalam dasar pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq.

Khalifah Umar atas komitmen untuk menjaga kepentingan umat Islam dan survival dakwah telah banyak menjalankan pembaharuan dalam sistem pentadbiran serta berjaya meluaskan pengaruh dan kekuasaan Islam hingga meliputi Semenanjung Arab, Palestin dan Syria termasuk Mesir. Khalifah Uthman telah menjana usaha secara kolektif untuk mengumpul dan membukukan Al-Quran walaupun pada peringkat awalnya merasa ragu-ragu untuk berbuat demikian.

Atas dasar kemaslahatan ummah yang melihat kesatuan dan perpaduan ummah sebagai sumber kekuatan utama, beliau bukan sekadar menggerakkan usaha pembukuan Al-Quran bahkan menetapkan hanya satu mashaf sahaja dibenarkan iaitu mashaf Uthmani. Lain-lainnya telah diperintahkan oleh Uthman supaya dibakar kerana dibimbangi kepelbagaian mashaf Al-Quran hanya akan menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.

Melihat kepada perkembangan yang berlaku semasa pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin, boleh dismpulkant banyak dimensi baru yang tidak diteroka pada zaman Rasulullah berjaya ditembusi terutamanya dalam pengasasan angkatan tentera laut, pembukuan Al-Quran dan pertambahan wilayah yang berlaku akibat Futuhat Islamiyyah. Penulis berpendapat, kekuatan mental, spiritual dan fizikal serta kemurnian dan ketajaman akal dan fikrah banyak memberi kesan dalam pemilihan dasar dan polisi pemerintahan kerana ia juga menjadi penentu kepada jatuh atau bangunnya sesebuah tamadun manusia.

a) Khalifah Abu Bakar As-Siddiq As Siddiq r.a

Semasa pemerintahannya, daulah Islamiyah berkembang merentas ke Jurusalem, Damascus, Iraq, Basrah, Syria, Parsi dan Syam. Ketika pemerintahan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a, pembangunan ditumpukan kepada institusi awam dan masyarakat. Seperti penubuhan institusi mahkamah, intitusi pendidikan, pasar dan bandar-bandar perdagangan. Baitulmal memainkan peranan yang penting bagi membantu golongan yang kurang upaya. Segala pungutan zakat dan diagih-agihkan kepada masyarakat di setiap masa. Jasa terbesar Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a ialah kerja-kerja pengumpulan dan penyusunan mashaf Al-Quran.

b) Khalifah Umar Al-Khattab r.a

Daulah Islam berkembang ke beberapa wilayah seperti Romawi yang lain seperti Syam, Ajnadain, Ghassan, Ardan, Palestin, bukit Al Akaam, Damsyik, Hems, Syizar, Mi’rah, Ba’labaka, Shida’, Beirut, ‘Arqah, Qunasiriin, Halab, Antahkiyah dan negeri-negeri di wilayah utara. Ia juga menakluki Mesir dan Iskandariyah, Iraq dan sebahagian wilayah Parsi.

Antara sumbangan beliau untuk program perbandaran ialah:

  1. Pembangunan projek-projek infrastruktur masyarakat seperti jalan-jalan pengangkutan, jambatan, pasar, rumah tumpangan, perigi bandar-bandar perdagangan strategik (al amsar) dan terusan-terusan pengairan.
  2. Membangunkan perumahan masyarakat, intitusi penjara, pusat pengawalan polis dan memulakan pengiraan kalender hijrah.
  3. Wang perbendaharaan negara ditadbir dengan baik.

c) Khalifah Uthman Al-Affan r.a

Sumbangan beliau untuk program perbandaran ialah:

  1. Aspek seni bina iaitu pembesaran Masjid Nabi di Madinah. Walaupun mendapat beberapa pertentangan, ia diteruskan bersandarkan hadis berikut; Ubaidullah Al Khaulaniy bercerita bahawa ia mendengar Uthman bin Affan berkata ketika orang-orang menyalahkannya lantaran memperluas bangunan masjid Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Siapa saja yang membangun masjid kerana mengharap redha Allah, maka Allah akan membangunkan untuknya yang seperti itu juga di syurga.’
  2. Penghasilan mashaf pertama Al-Quran sebagai sumber rujukan umat Islam.

d) Khalifah Ali Abi Talib

Sumbangan dalam program perbandaran ialah:

  1. Perluasan pengaruh Islam tidak banyak berlaku disebabkan pergolakan wilayah dan masyarakat berikutan dari pembunuhan Saiyidina Uthman.
  2. Berlakunya beberapa peperangan saudara yang besar seperti perang jamal, perang siffin, peristiwa tahkim dean peperangan menentang Khawarij.
  3. Polisi pentadbirannya tertumpu kepada soal-soal perundangan dan keadilan masyarakat,pembahagian harta Baitumal kepada masyarakat miskin, kerja-kerja diplomatik, pendidikan dan peperangan.

Penerangan di atas menunjukkan tentang latar belakang pemerintahan Islam pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin dan perbezaan-perbezaan jelas tentang konsep perbandaran dan pentadbiran berbanding pemerintahan-pemerintahan selepasnya.. Kita dapat lihat perbezaan jelas hala tuju pembangunan dan pembentukan perbandaran hasil daripada pengaruh tampuk pemerintahan dan sistem pentadbirannya.

Tamadun Islam Zaman Khulafa Ar-Rasyidin

Setelah kewafatan baginda Rasulullah s.a.w, ramai para sahabat tidak dapat menerima perkhabaran ini, namun mereka menerima juga realiti qadha dan qadar Allah. Kekecohan berlaku pada masa menentukan pengganti Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin umat Islam. Kaum Aus mencadangkan Saad bin Ubadah sebagai khalifah namun ditentang oleh suku Khazraj seperti yang telah diduga oleh mereka kerana kedua-dua suku ini pernah bertelingkah dan akhirnya didamakan setelah menerima Islam.

Manakala Hubab bin al Mundhir mencadangkan dilantik dua ketua iaitu dari kalangan Ansar dan Muhajirin, namun ditolak oleh Saiyidina Umar Al-Khattab. Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq menunjukkan sikap yang terbuka dengan mengatakan, ‘Kami adalah ketua (umara’) dan kamu adalah pembantu (wuzara’).’

Sebelum mereka membuat apa-apa keputusan Saiyidina Umar tiba-tiba mengangkat tangan Abu Bakar As-Siddiq r.a dan membaiahkannya. Tindakan Saiyidina Umar Al-Khattab diterima baik oleh para sahabat ketika itu dan akhirnya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq menjadi Khalifah pertama selepas Rasulullah s.a.w. Semasa pemerintahan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, beliau berjaya menyelesaikan dua masalah besar yang boleh menjejaskan kestabilan negara iaitu pemberontakan menentang kewajipan zakat yang di mainkan oleh Tulaihah b Khuwailid, Sajah dan Musailamah al-Kazzab. Manakala isu kedua ialah golongan yang mengaku sebagai Rasulullah s.a.w yang juga melibatkan mereka di atas.

Kejayaan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq membenteras gerakan riddah dan pemalsuan Rasulullah s.a.w ini adalah banyak berkait dengan sikap beliau semasa melaksanakan pentadbiran yang disifatkan sebagai cirri-ciri tamadun Islam ketika ini, iaitu kesetiaan dan komitmennya yang kuat terhadap keputusan dan polisi pemimpin sebelumnya di samping memiliki sensitiviti yang tinggi pada perkara yang melibatkan masalah agama dan kepentingan umum.

Setelah kematian Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq pemerintahan disambung oleh Saiyidina Umar Al-Khattab r.a. Beliau mencapai beberapa kejayaan penaklukan wilayah-wilayah besar iaitu Roma dan Parsi sehinggakan Barat member gelaran kepadanya sebagai ‘The Founder of Islamic State’, namun pengasas sebenar Negara Islam sepertimana dimaklum umum adalah Rasulullah s.a.w Muhammad s.a.w.

Peperangan yang berlaku menghasilkan perluasan kuasa zaman ini dan kekayaan harta ghanimah. Setelah diagih-agihkan kepada yang berhak menerimanya, harta ini masih berlebihan tanpa terurus. Justeru Al-Walid bin Hisham mencadangkan agar khalifah menubuhkan diwan al Mal bagi mengendalikan pengurusan harta rampasan perang. Dewan ini dipanggil Bait al Mal turut berfungsi menguruskan pendapatan negara yang lain seperti jizyah, kharaj, fai, usyur, sedeqah, zakat, dan harta peninggalan simati yang tidak mempunyai waris.

Bagi melicinkan pengurusan unit ketenteraan, Saiyidina Umar menubuhkan organisasi tentera di setiap wilayah Islam. Mereka dibahagikan kepada beberapa unit seperti unit pejalan Kaki, Berkuda, pemanah, tentera yang member perkhimadmatan dan sebagainya. Mereka turut dibayar elaun sehingga mencecah 5000 dirham. Selain itu ditubuh juga organisasi al Muhtasib berfungsi mengawasi perniagaan agar tiada penipuan dan penyelewengan, dewan al Syurtah sebagai mengawal keselamatan wilayah pemerintahan dan dewan al Ifta’ atau Majlis Fatwa yang bertanggungjawab menentukan hukum-hukum. Saiyidina Uthman Affan meneruskan tugas khalifah setelah kewafatan Saiyidina Umar yang mati dibunuh melalui pencalonan yang dipilih sendiri oleh Saiyidina Umar.

Semasa pemerintahan beliau, kekuasaan Islam dilebarkan sehingga ke Sungai Jihun (Amu Darya) dan Sind India yang diketuai oleh Hakim bin Jabalah al Abdi. Beliau juga mengambil langkah menyempurnakan pembukuan Al-Quran yang dilaksanakan oleh beberapa sahabat termasuk Zaid bin Thabit. Setelah selesai usaha pengumpulan mashaf Al-Quran ianya disimpan oleh anaknya Hafsah iaitu bekas isteri Rasulullah s.a.w Muhammad s.a.w.

Memandangkan bacaan Al-Quran dalam beberapa lahjah mengikut suku tentera, maka timbul kebimbangan terutama khalifah sendiri. Justeru usaha menyalin sebanyak tujuh buah naskhah dengan berpandukan naskhah asal dan dikenali dengan Mashaf Uthmaniyah. Sumbangan Saiyidina Uthman terhadap tamadun ini memberi impak yang amat besar dari mengelak daripada penyelewengan dari pihak musuh dengan menimbulkan keraguan dari segi kesahihannya.

Pemerintahan Saiyidina Uthman turut berakhir dengan pembunuhan oleh pemberontak yang tidak puas hati dengan cara pentadbirannya. Sebagai penggantinya, Saiyidina Ali bin Abi Talib dilantik secara paksa sebagai khalifah yang keempat. Banyak masalah dalaman yang terpaksa beliau selesaikan, namun sumbangan terhadap tamadun Islam dapat juga dilakukan. Komuniti umat Islam Madinah telah membentuk satu system social yang baru berlandaskan kepelbagaian ras dan etnik. Sektor ekonomi juga pesat akibat keruntuhan amalan riba Yahudi di Madinah dan memerbi peluang kepada umat Islam menjalankan perniagaan dengan keadilan dan ekonomi terbuka.

Peranan Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin

  1. Memimpin umat Islam (Amir al-Mukminin) dalam mentadbir kerajaan Islam Madinah setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Selain itu, berperanan dalam menggantikan Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara Islam dalam mengurus kemaslahatan dan kepentingan ummah.
  2. Memperkukuhkan kewibawaan dan kedaulatan kerajaan Islam, memperluas kekuasaan dan pengaruh Islam ke kawasan luar Semenanjung Tanah Arab melalui pembukaan negeri-negeri yang baru (futuhat), menubuhkan kerajaan Islam wilayah yang diletakkan pentadbirannya di bawah penguasaan gabenor (Wali’) yang dilantik oleh khalifah. Memastikan keberkesanan penguasaan dan pengawasan kerajaan pusat ke atas wilayah-wilayah yang ditakluki. 
  3. Memantapkan pemerintahan kerajaan Islam, mengemaskini struktur pentadbiran dan organisasi kerajaan supaya menjadi lebih cekap dan berkesan. Membuat persediaan dan persiapan ummah Islam untuk menghadapi dan memasuki fasa dan era baru serta mempertingkatkan semangat juang (jihad) di kalangan umat Islam.
  4. Memperteguhkan kedudukan ekonomi negara Islam. Mempertingkatkan hasil pendapatan dan sumber kewangan kerajaan Islam dengan memperkenalkan cukai-cukai baru di samping kutipan sukai yang sedia ada. Mempelbagaikan sumber ekonomi negara. Menambahkan punca pendapatan melalui pembukaan negeri-negeri baru.
  5. Memperluaskan penyebaran Islam ke kawasan-kawasan di luar Semenanjung Tanah Arab. Kegiatan dakwah yang dijalankan oleh golongan mubaligh dan para pendakwah. Pembukaan kawasan-kawasan baru oleh ekspedisi tentera Islam.
  6. Memantapkan imam golongan orang yang baru menerima Islam, membanteras penyelewengan aqidah dan ajaran-ajaran sesat yang lahir selepas Rasulullah s.a.w wafat. Contoh: Rasulullah s.a.w palsu, kembali kepada agama asal (riddah/murtad). Membangun dan memajukan ibu negara Islam Madinah. Menjadikan kota Madinah sebagai pusat kebudayaan, ilmu pengetahuan dan tamadun Islam.
  7. Tugas dan peranan utama Khulafa Ar-Rasyidin adalah untuk meneruskan proses kesinambungan kepimpinan ummah dan pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang telah diasaskan penubuhannya oleh baginda Rasulullah s.a.w Tumpuan usaha diberikan untuk menyempurnakan tugas pemerintahan dan rancangan yang tidak sempat diselesaikan oleh Rasulullah bagi memantapkan serta memperkukuhkan kedudukan ummah dan kerajaan Islam.

Politik Khalifah Abu Bakar As-Siddiq

* Menentang Golongan Riddah

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, kepimpinan umat Islam beralih kepada Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, sebahagian penduduk Arab belot dari Islam dan tidak mahu mengakui Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai penggantinya. Mereka digelar sebagai kaum riddah (keluar dari agama). Golongan yang menentang kepimpinan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq terbahagi kepada 3 kelompok iaitu golongan yang murtad, golongan yang mengikuti Nabi-nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat.

Bagi mengembalikan golongan tersebut kepada situasi seperti pada era Rasulullah s.a.w merupakan tugas berat yang harus dilaksanakan oleh khalifah. Dengan itu, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah membentuk sebelas pasukan bagi menghadapi golongan tersebut. Antaranya diketuai oleh Khalid ibn al-Walid, Ikrimah ibn Abu Jahal, Syurahbil ibn Hasanah dan sebagainya.

* Majlis Syura

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq telah membentuk sebuah Badan Penasihat yang dikenali sebagai Majlis Syura yang dianggotai oleh sahabat-sahabat terulung Rasulullah s.a.w bagi membantunya dalam mentadbir pemerintahan sebuah negara Islam melalui perundingan bagi meraih permuafakatan hasil ijtihad dan muzakarah.

* Melantik Pentadbir Wilayah

Dalam menyelaraskan pentadbiran negara, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq melantik seorang pentadbir bagi setiap wilayah yang akan bertanggungjawab dari sudut penyeliaan tentera, pengawasan nilai dan moral, pungutan cukai dan zakat, keadilan dan undang-undang, kelancaran seliaan penghakiman dan kesempurnaan perkhidmatan awam. Setiap pentadbir akan dibantu oleh pegawai-pegawai tertinggi yang terdiri daripada para qadhi dan amil.

 Di antara pentadbir yang dilantik bagi menguruskan sebahagian wilayah adalah Uthman ibn al-As di Ta’if, Muhajir ibn Umaiyah di Sana’a, Zaid ibn Ubaid di Hadramaut, Ya’la ibn Ubaid di Khaulan, Abu Musa al-Asy’ari di Yaman Selatan. Manakala, Mu’az ibn Jabal di Jund, Ala ibn al-Hadhrami di Bahrain, Iyad ibn Ghanam di Daumatu’l Jandal, Muthanna ibn Harithah di Iraq dan Jarir ibn Abdullah di Najran.

Selain itu, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq telah melantik empat orang komander tentera di Syria yang terdiri daripada Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Yazid bin Abu Sufian, Amr bin al-As dan Syarahbil bin Hasanah. Sementara itu, Khalid bin al-Walid dilantik sebagai panglima tentera Islam sepanjang beliau memegang tampuk pemerintahan.

* Institusi Mufti

Institusi mufti bermula apabila Khalifah Abu Bakar As-Siddiq bertindak sebagai mufti yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan fatwa dan menentukan hukum selaras dengan isi kandungan Al-Quran dan as-Sunnah. Beliau melantik sahabat-sahabat yang lain sebagai mufti. Antaranya adalah Umar bin Al-Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Thabit, Abdul Rahman bin Auf, Muaz bin Jabal dan Ubai bin Ka’ab. Dengan perlantikan mereka sebagai mufti, maka individu-individu lain tidak dibenarkan mengeluarkan fatwa atau menentukan hukuman yang berkaitan dengan perundangan Islam bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan orang awam.

* Pengumpulan Ayat-Ayat Suci Al-Quran

Saiyidina Umar Al-Khattab telah mengemukakan cadangan kepada Khalifah Abu Bakar As-Siddiq supaya langkah segera diambil bagi mengumpul dan menyusun ayat-ayat suci Al-Quran ynag masih tertulis di pelepah-pelepah daun dan kulit kayu ke dalam sebuah kumpulan naskhah yang rapi dan lengkap agar dapat dikekalkan bagi bacaan dan rujukan kaum muslimin sepanjang zaman.

Pada mulanya, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq keberatan menerima cadangan tersebut kerana mengingatkan Rasulullah s.a.w tidak melakukannya. Namun, setelah dirunding dan dirujuk semula dengan para sahabat, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq bersetuju untuk menerima cadangan Saiyidina Umar Al-Khattab.

Kumpulan ayat-ayat Al-Quran yang telah disempurnakan dalam bentuk Mushaf telah diserahkan kepada Hafsah binti Umar Al-Khattab, isteri Rasulullah s.a.w untuk simpanannya. Kenyataan dikeluarkan agar sesiapa yang ingin menyalin atau merujuk ayat-ayat Al-Quran, maka naskhah yang tersimpan di tangan Hafshah adalah satu-satunya mushaf Al-Quran yang sahih sebagai rujukan utama. Langkah Khalifah Abu Bakar As-Siddiq menggerakkan usaha pengumpulan dan himpunan ayat-ayat Al-Quran itu merupakan usaha yang amat besar ertinya bagi menyelamatkan ummah dari kemungkinan-kemungkinan yang mengelirukan dan menyesatkan.

* Sistem Kewangan

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dicadangkan supaya harta rampasan perang (ghanimah) diagihkan mengikut status dan kedudukan seseorang. Tetapi, beliau menolak cadangan tersebut lalu mengagihkannya secara adil dan saksama tanpa mengira golongan dan status. Pada tahun pertama pemerintahannya, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq telah memberi sebanyak 10 dirham kepada setiap orang. Jumlah pendapatan negara bertambah dalam tahun kedua dan beliau mengagihkan pula kepada 20 dirham.

Siasah Syar’iyyah Dalam Pemerintahan Negara

Dalam Bahasa Arab Siasah bererti melakukan kebaikan untuk sesuatu. Mengikut al-Maqrizi pengertian ini kemudiannya dikembangkan sehingga bererti apa sahaja peraturan yang bertujuan untuk menjaga tata susila, kepentingan dan sistem hidup. Berasaskan kepada pengertian yang luas ini beliau membahagikan siasah kepada dua. Pertamanya ialah siasah yang adil, yang merupakan sebahagian dari hukum syarak dan keduanya ialah siasah yang zalim, yang diharamkan oleh syarak.

Berasaskan kepada konsep yang luas inilah maka Siasah Syariyah diertikan oleh sesetengah para penulis sebagai pemikiran tentang politik dan pentadbiran negara Islam secara umum. Iaitu satu istilah yang sama ertinya dengan Ahkam Sultaniyah dan Nizam al-Hukm yang boleh diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai Sistem Pemerintahan. Kata Abdul-Wahhab Khallaf: ‘Berasaskan kepada kedudukan ini ilmu Siasah Syar’iyyah itu ialah ilmu yang menghuraikan tentang sistem dan undang-undang pentadbiran negara Islam bertepatan dengan dasar Islam.’ 

Huraian yang sama juga dibuat oleh Fathi Uthman. Dalam bukunya al-Fikr al-Qanuni al-Islami beliau menghuraikan istilah Siasah Syariyah sebagai hal-hal yang berhubung dengan undang-undang ketatanegaraan dan pentadbiran, iaitu yang merangkumi soal-soal kekuasaan pemerintah, khalifah, ahlul-Halli Wal-aqdi, hak individu dan sebagainya.

Begitupun, bagi para fuqaha siasah Syariyah mengertikan sesuatu yang lain. Ia tidak menunjukkan satu kelompok hukum tertentu, seperti mana di atas. Sebaliknya menunjukkan method tertentu dalam penentuan hukum. Kata Ahmad Fathi Bahansi, bagi para fuqaha, Siasah Syar’iyyah mengertikan Kelonggaran bagi para pemerintah melakukan apa sahaja yang boleh membawa kebaikan selagi ianya tidak bertentangan dengan prinsip agama walaupun tidak ada dalil-dalil khusus yang membolehkan ia dilakukan. Kata-kata yang sama juga diungkapkan sebelum beliau oleh Abdul-Wahhab Khallaf dalam bukunya as-Siasah as-Syar’iyyah.

Dalam al-Bahr ar-Ra’q az-Zaila’ menyebut bahawa Siasah Syar’iyyah itu ialah langkah yang diambil oleh pemerintah berasaskan kepentingan yang dirasakannya walaupun tidak berdasarkan kepada sesuatu dalil secara tertentu.

Pandangan yang sama juga diberikan oleh Ibnu Aqail seorang tokoh mazhab Hanbali, sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibnu al-Qaiyim dalam buku beliau at-Turuq al-hukmiyah Fi as-Siasah as-Syar’iyyah. Kata Ibnu Aqail, siasah ilah tindakan yang boleh menjamin kepentingan orang ramai dan menjauhkan keburukan walaupun tidak ada hadis Rasulullah atau wahyu Tuhan tentangnya. 

Berasaskan kepada pandangan-pandangan para fuqaha di atas dan lain-lain lagi yang sama abdul-Wahhab Khallaf membuat kesimpulan bahawa pada pandangan para fuqaha Siasah Syariyyah sebenarnya ialah menggunakan Masoleh Mursalah dalam menentukan hukum sebagaimana yang dihuraikan oleh para ulamak Usul Fiqh. Kata beliau: ‘Berasaskan kepada pengertian ini Siasah Syr’yah ialah beramal dengan Masoleh Mursalah. Kerana Masoleh Mursalah ialah sesuatu (nilai) yang tidak diterima atau ditolak oleh mana-mana dalil dengan secara khusus.’ 

Pandangan yang sama juga diberikan oleh Fathi Uthman dalam buku beliau Min Usul al-Fikr as-Siasi al-Islami. Sesudah menegaskan bahawa terdapat ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menghuraikan tentang negara Islam beliau menyebut: ‘Para fuqaha akan berijtihad memahami sumber-sumber hukum ini, melakukan takwil, kompromi, menentukan yang mutlaq dan muqaniyad, umum dan khusus serta nasikh dan mansukh antara dalil-dalil berkenaan. Begitu juga para fuqaha akan berijtihad menentukan hukum-hukum yang tidak dinaskan oleh Al-Quran dan as-Sunnah berasaskan ianya tidak bertentangan dengan mana-mana nas yang ada dan ianya boleh mencapai objektif syariah dan prinsip-prinsip umumnya.’ 

Kata beliau lagi: Secara tabiinya ijtihad berkenaan akan berbeza-beza mengikut perbezaan penilaian, hasil dari perbezaan cara berfikir antara individu dalam keadaan dan zaman yang berbeza-beza. Dalam bukunya yang amat bernilai dalam al-Muwaqqi n bin Rabbil-alamin, Ibnu al-Qaiyim telah menonjolkan kaedah fiqh yang penting tentang perubahan dan perbezaan fatwa berasaskan perubahan zaman, tempat, keadaan, niat dan faedah.

Beliau menjelskan bagaimana kesilapan besar telah berlaku terhadap syariat kerana kejahilan terhadap kaedah berkenaan. Penegasan yang sama telah dibuat oleh as-Syatibi dalam al-Muafaqat. Para fuqaha menamakan ijtihad dalam menangani persoalan-persoalan baru bagi negara Islam sebagai Siasah Syaryah.

Mungkin atas dasar inilah maka Ibnu Taimiyyah apabila menulis bukunya tentang pemerintahan Islam telah menamakan buku itu sebagai as-Siasah as-Syaryyah Fi Islah ar-Rai War-Ra’yah dan tidak menamakannya sebagai al-Ahkam as-Sultaniyah sebagaimana yang dilakukannya sebelumnya oleh al-Mawardi dan Abu Ya’a al-Farra. Sebenarnya dalam buku Ibnu Taimiyyah ini bukan sahaja mengandungi nas-nas Al-Quran dan as-Sunnah tentang tentang pemerintahan Islam tetapi juga hasil ijtihad semasa yang berasaskan realiti semasa umat dan pemerintahan Islam pada waktu itu. Kata Muhammad al-Mubarak dalam pengantarnya kepada buku berkenaan bagi cetakan Dar al-Kutub al-Arabiyah, Bairut:

Buku ini (tidak seperti al-Ahkam as-Sultaniyah karangan al-Mawardi dan Abu ya’a) bukan sahaja mengandungi teori dan idealisme tetapi juga menganalisa realiti semasa. Ini kerana (ibnu Taimiyyah) apabila menulis buku ini mengambil kira keadaan semasa dan realiti negara serta generasinya Kerana Ibnu Taimiyyah bukan seorang faqih yang alim semata-mata tetapi juga aktif dalam kehidupan awam. 

Berasaskan kepada hakikat inilah juga mungkin Ibn al-Qaiyim menamakan bukunya tentang keterangan di mahkamah sebagai at-Turuq al-Hukmiyah Fi as-Siasah as-Syarayah. Kerana kalau Siasah Syarayah semestinya mengertikan ilmu kenegaraan tentu sekali penamaan berkenaan tidak tepat.

Pandangan Para Fuqaha

Tentu sekali terdapat perbezaan yang jelas antara Siasah Syarayah sebagai satu sistem pemerintahan Islam dan Siasah Syarayah sebagai satu method penentuan hukum. Yang pertama mengertikan sesuatu yang direalisasikan oleh sesuatu filsafat tertentu tentang politik dan pemerintahan yang melibatkan bentuk dan sifat organisasi negara dan pemerintahan berkenaan secara menyeluruh. Sedangkan yang kedua lebih bersifat hasil ijtihad semasa dalam hal-hal yang tidak ditentukan secara jelas oleh nas-nas Al-Quran dan as-Sunnah.

Tulisan ini membincangkan Siasah Syarayah dalam pengertian yang kedua ini. Walau bagaimanapun ia menyentuh tentang pemerintahan sebagai suatu pendekatan dalam perbincangan tentang hasil ijtihad berkenaan. Ini bererti bahawa penulisan ini akan menghuraikan tentang Siasah Syarayah dalam konteks sebuah pemerintahan negara. Ia secara umum membicarakan tentang wajar atau tidak pada pandangan Islam bagi pemerintah atau badan-badan pentadbiran dibawahnya membuat keputusan atau mengambil langkah yang dikira berfaedah untuk kepentingan umum sekalipun pada lahirnya ia dilihat sebagai tidak bedasarkan mana-mana nas dari Al-Quran atau as-Sunnah.

Ibnu aqail, seorang tokoh mazhab Hanbali, sebagaimana dinukilkan oleh Ibnu al-Qaiyim dalam at Turuqul-hukmiyah Fi as-Siasah as-Syarayah. Kata beliau, adalah jelas sekali harus menggunakan Siasah Syarayah dalam pemerintahan. Ia diterima oleh semua imam mazhab. Sehubungan dengan jawapan tersebut Ibnu aqail menolak silap faham yang mungkin timbul dati kata-kata aidak ada siasah kecuali yang menepati syarak yang selalu menjadi pegangan ulamak mazhab Syafie. Kata beliau, kalaulah kata-kata itu bermaksud bahawa siasah itu mestilah tidak menyalahi apa-apa yang ditentukan oleh syarak maka ianya memang tepat.

Tetapi kalaulah ia bermaksud bahawa tidak ada siasah kecuali (berdasarkan) apa yang telah dijelaskan oleh syarak maka itu adalah satu kekeliruan dan pandangan yang mengelirukan terhadap para sahabat Rasulullah s.a.w. Ini kerana para sahabat sendiri pernah memutuskan hukum berdasarkan kepentingan umum walaupun tidak ada nas secara khusus yang menyokongnya. 

Bagi Ibnu al-Qaiyim pula, siasah yang adil itu tidak boleh disifatkan sebagai bercanggah dengan keterangan-keterangan Al-Quran dan as-Sunnah. Malah, kata beliau ia adalah sebahagian dari syariat sendiri. Kata beliau, apa yang kita sebutkan sebagai siasah itu hanyalah pada istilahnya sahaja.

Sedangkan pada hakikatnya ia adalah keadilan Allah dan Rasul-Nya yang dapat difahami dari tanda-tanda dan gejala yang ada. Beliau seterusnya menerangkan bahawa siapa saja yang peka terhadap syariat dan faham bahawa ianya bertujuan untuk melaksanakan kebaikan untuk manusia akan dapat memahami bahawa Siasah yang adil itu adalah sebahagian daripadanya. 

Para fuqaha telah mengemukakan berbagai-bagai contoh di mana langkah-langkah seperti ini selalu diambil oleh para pemerintah dan penguasa Islam sejak zaman berzaman lagi. Antaranya ialah penulisan Al-Quran, perlantikan Umar r.a. sebagai pengganti khalifah oleh Abu Bakar r.a., perlantikan enam anggota majlis perunding bagi menentukan khalifah selepas Umar r.a., pembentukan jabatan pentadbiran dan penubuhan penjara oleh Umar r.a. dan sebagainya.

Antara contoh-contoh lain ialah penahanan oleh Rasullulah s.a.w atas seorang yang tertuduh sebelum sabit kesalahannya; Melipatgandakan ganti rugi atas orang yang menyembunyikan barang-barang yang hilang, yang juga dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.; Tindakan Abu Bakar as-Siddiq membakar seorang pengamal homoseks; Tindakan Umar Ibn Al-Khattab r.a. membakar kedai arak dan kampung yang menjual arak; Tindakan Umar Ibn Al-Khattab r.a. membakar istana Saad Ibn Abi Waqqash kerana istana berkenaan menyababkan gabenor tersebut terpisah dari rakyat; dan larangan Umar r.a. terhadap para sahabat dari terlalu banyak meriwayatkan hadis kerana takut tersilap dan berlaku pembongkaran terhadap Rasulullah s.a.w.

Antara contoh-contoh lain lagi ialah harus menggunakan kanak-kanak di bawah umur dalam urusan membeli-belah dalam perkara-perkara kecil; Seseorang tetamu boleh memakan hidangan yang disajikan dihadapannya tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu; harus meruntuhkan bangunan-bangunan sekitar untuk mengelakkan dari merebaknya kebakaran dan lain-lain lagi.

Di samping menyebut contoh-contoh di atas Ibnu al-Qaiyim berkata: Kes-kes ini dan seumpamanya adalah polisi (Siasah) cabang berasaskan kepentingan semasa yang akan berubah-ubah, tidak seperti mana yang disangka oleh sesetengah orang sebagai syariat umum yang mengikat umat Islam sampai ke hari kiamat. 

Kata beliau lagi: Siasah yang mereka gunakan untuk memimpin ummah ini, dan yang seumpamanya adalah merupakan taail dari Al-Quran dan as-Sunnah. Tetapi apakah ia sebahagian dari syariat yang kulli yang tidak boleh berubah dengan perubahan zaman ataupun bersifat sasah juza yang tetakluk kepada maslahah yang tentunya berkait dengan masa dan tempat. 

Mengikut Fathi athman, antara bentuk sasah Syarayah ialah mengambil faedah dari pengalaman orang-orang bukan Islam dalam bidang pentadbiran selagi ianya boleh menghasilkan keadilan dan menjamin kepentingan orang ramai serta tidak pula bertentangan dengan mana-mana nas syarak sama ada secara khusus atau secara umum. Sebagai contohnya, kata beliau ialah tindakan Umar memperbaharui kaedah pentadbiran negara berasaskan pengalaman baru yang diperolehi dari jajahan-jajahan yang baru ditakluki oleh tentera-tentera Islam pada waktu itu. 

Siasah Yang Adil Dan Siasah Yang Zalim

Nyatalah bahawa doktrin Siasah Syarayah ini lahir dari kefahaman yang mendalam dan menyeluruh terhadap kehendak-kehendak syariat dan realiti hidup. Sebagaimana yang ditegaskan oleh para fuqaha, tanpa pemahaman yang menyeluruh seperti ini banyak nilai-nilai keadilan tidak akan terlaksana. Oleh kerana itu adalah sangat perlu bagi pemerintah benar-benar memahami kehendak-kehendak dan realiti hidup ini.

Walau bagaimanapun, para fuqaha cukup berhati-hati dalam memberi nilai terhadap Siasah Syarayah ini. Mereka menganjurkan agar tidak berlaku sikap keterlaluan dalam menerima atau menolak pemakaiannya dalam urusan pemerintahan. Bagi mereka, kalaulah pihak pemerintah tidak memberikan penilaian terhadap doktrin ini sewaktu mengendalikan pemerintahan negara ia dikira sebagai tidak berlaku adil, malah sebaliknya berlaku zalim.

Tetapi sebaliknya pula kalau pemerintah menggunakan doktrin ini dengan secara yang melampaui bata-batas syarak ia juga terjerumus ke dalam lembah kezaliman dan kemungkaran. Bagi mereka, kedua-dua golongan ini bersikap cuai dalam memahami maksud perutusan Rasulullah s.a.w. Berasaskan kepada nilai inilah mereka membahagikan Siasah kepada dua bahagian; Siasah yang adil, yang disifatkan sebgai Syarayah dan keduanya Siasah yang zalim, iaitu yang tidak Syarayah.

Kata Ibnu al-Qaiyim: Persoalan ini memang sukar dan mudah mengelirukan. Kerana itu ada kalangan yang berpandangan terlalu sempit sehingga menyebabkan terbengkalainya undang-undang dan peraturan. Mereka telah menyebabkan banyak hak yang hilang dan menjadikan orang jahat lebih berani melakukan kejahatan. Mereka telah menjadikan syariat sebagai tidak berdaya untuk menangani kepentingan umat manusia dan memerlukan peraturan yang lain. Mereka telah menutup jalan yang betul kearah mengenali hak dan melaksanakannya sedangkan mereka tahu dengan jelas seperti mana orang lain juga bahawa ia adalah suatu kebenaran. Sebabnya kerana mereka sangka ianya bertentangan dengan syarak.

Di satu pihak yang lain pula terdapat mereka yang terlalu longgar pendirianya. Mereka menerima konsep Siasah Syarayah ini dan menjadikannya sebagai alasan untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum Allah dan Rasul-Nya.

Kedua-dua golongan di atas sebenarnya lahir atas kegagalan mereka sendiri dalam mengenali syariat Allah. Sesungguhnya Allah mengutus para Rasul dan menurunkan kitab-kitabnya dengan tujuan supaya manusia berlaku adil, iaitulah suatu nilai dan langit. Maka apabila ternyata tanda-tanda keadilan, baik dalam bentuk apa sekalipun maka itulah syariat Allah dan agama-Nya. 

Penegasan yang sama juga telah dibuat oleh alaad-Din at-Tarabulsi. Kata beliau: Siasah itu terbahagi kepada dua. Pertamanya Siasah yang zalim dan diharamkan oleh syariat. Keduanya Siasah adil yang boleh menafikan akal daripada orang zalim, menghalang berlakunya kezaliman, menghindar kemungkaran dan yang boleh menjadi jalan ke arah pencapaian objektif syariat bagi umat manusia. Kerana itu Siasah yang Syarayah perlu diterima dan dijadikan asas dalam menegakkan hak. Bagaimanapun ia adalah suatu gelanggang yang luas dan boleh mengelirukan.

Bersikap negatif terhadap Siasah Syarayah boleh menghilangkan hak dan menghalang kelancaran undang-undang serta peraturan. Ia juga boleh menjadikan orang jahat lebih berani dan selesa. Sementara bersikap terlalu longgar dalam menggunakannya pula boleh menyebabkan berlaku kezaliman, pertumpahan darah dan pengambilan harta secara tidak syarak.

Kerana itu terdapat satu golongan yang bersikap terlalu ketat yang tidak sepatutnya. Dengan itu mereka tidak mengambil kira Siasah Syarayah ini kecuali amat sedikit sekali dengan anggapan bahawa pengalamannya bertentangan dengan kaedah syarak. Hasilnya mereka telah menutup jalan yang begitu jelas ke arah kebenaran dan membuka jalan ke arah keburukan yang jelas. Ini kerana penolakan terhadap siasah syarayah bererti penolakan terhadap nas-nas syarak dan bersikap memandang serong terhadap para khalifah ar-Rasyidin.

Satu golongan lain mengamalkan siasah dengan begitu boros sekali sehingga melampaui batas dan keluar dari undang-undang syariat menuju kezaliman dan rekaan politik. Mereka menyangka bahawa Siasah Syarayah tidak mampu menjamin hak dan kepentingan ummah, iaitulah suatu kejahilan dan kekeliruan yang nyata. Satu golongan lain pula bersikap sederhana. Mereka memilih jalan yang betul dengan melakukan kompromi antara siasah dan syariat. Dengan itu mereka berjaya membanteras kebatilan dan menegakkan serta membantu syariat. 

Neraca Kepentingan

Sebagaimana dijelaskan dari awal-awal lagi, doktrin Siasah Syarayah ini berlandaskan kepentingan umum yang diistilahkan oleh para fuqaha sebagai Masoleh Mursalah, iaitu kepentingan-kepentingan yang tidak diperakui secara jelas dan tidak pula dipertidakkan dengan secara jelas oleh Al-Quran atau as-Sunnah.

Mengikut para fuqaha kepentingan seperti ini perlu melengkapi sekurang-kurangnya tiga syarat sebelum ianya diterima sebagai asas pembinaan hukum. Syarat-syarat itu ialah: 

  1. Ianya suatu kepentingan yang perlu bagi masyarakat seluruhnya dan bukan kepentingan segelintir tertentu sahaja.
  2. Ianya harus merupakan suatu kepentingan yang jelas dan tidak diragui oleh segala pihak yang menilainya.
  3. ianya tidak bercanggah dengan tujuan asas syariat Islam atau dengan mana-mana nas yang terdapat dalam Al-Quran dan as-Sunnah atau dengan mana-mana ijmak.

Di samping itu, oleh para fuqaha kepentingan itu sendiri dikelaskan kepada tiga kategori keutamaan seperti berikut:

  1. Kepentingan asasi 
  2. Kepentingan biasa 
  3. Kepentingan mewah 

Kepentingan asasi atau ad-Daruriyat telah dihuraikan oleh para fuqaha sebagai keperluan-keperluan utama bagi hidup duniawi dan ukhrawi. Ianya tersimpul pada langkah-langkah untuk menjaga agama, keturunan, harta, nyawa dan akal. Kepentingan biasa pula ialah kepentingan-kepentingan untuk menjaga kebaikan hidup dan mengelak keadaan sukar,seperti makan minum dan sebagainya. Sementara kepentingan mewah pula adalah untuk menjaga keselesaan hidup semata-mata seperti semua alat kemudahan harian.

Ketiga-tiga kategori kepentingan ini perlu mendapat perhatian ketika sesuatu ketentuan hukum yang berdasarkan Siasah Syar`iyyah itu dilaksanakan. Tujuannya ialah untuk mempastikan bahawa sesuatu kepentingan yang menjadi asas kepada hukum berkenaan tidak menjejaskan kepentingan lebih utama daripadanya. Kalau tidak, hukum seperti itu tidak boleh diterima sebagai satu ketentuan yang bersifat menjamin kepentingan masyarakat.

Sehubungan dengan itu Abdul-Wahhab Khallaf berkata: Objektif hukum syarak ialah untuk menjayakan kepentingan manusia dengan cara menjamin kepentingan asasi, kepentingan biasa dan kepentingan mewah mereka. Kerana itu setiap hukum syarak tidak mempunyai kepentingan lain kecuali salah satu dari tiga kepentingan lain merupakan keseluruhan dari kepentingan manusia ini. Oleh yang demikian kepentingan mewah tidak akan diambil kira kalau ia boleh mengganggu kepentingan biasa. Begitulah seterusnya kepentingan biasa tidak akan diambil kira kalau sekiranya ia boleh menggugat kepentingan siasah. 

Kata beliau lagi: Berasaskan kepada nilai inilah diharuskan membuka aurat atas keperluan perubatan dan pembedahan. Kerana penutupan aurat merupakan kepentingan mewah, sedangkan perubatan adalah kepentingan asasi. Begitu juga harus mengambil najis bagi tujuan perubatan atau dalam keadaan memaksa. Kerana menjauhkan diri dari najis merupakan kepentingan mewah sedangkan berubat dan menghapuskan keadaan yang memaksa merupakan kepentingan asasi. Begitulah seterusnya harus menjual barang yang belum ada dalam akad salam dan istisna, kejahilan tentang subjek akad dalam akad muzara`ah dan musaqat kerana orang ramai merasa tidak perlu (mengetahui maklumat-maklumat remeh berkenaan yang merupakan) kepentingan mewah sahaja. 

Selanjutnya beliau berkata: Segala fardhu dan kewajipan mesti ditunaikan oleh setiap mukallaf yang tidak berada dalam keadaan yang membolehkan mereka mengambil rukhsah meskipun fardhu dan kewajipan berkenaan membebankan mereka. Kerana kalau tidak berbagai-bagai keperluan asasi seperti ibadat dan uqubat akan terbengkalai. Jihad diwajibkan bagi tujuan menjaga agama walaupun dalam melaksanakannya akan berlaku pengorbanan nyawa. Kerana menjaga agama lebih penting dari menjaga nyawa. 

Siasah Syar’iyah Dalam Sejarah Pemerintahan Islam

Sebagaimana diketahui, pemerintahan Islam bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Pada waktu itu hanya Rasulullah s.a.w. sahajalah yang menjadi rujukan dalam semua urusan awam, sama ada perundangan, pentadbiran mahupun pengadilan. Segala undang-undang dan peraturan dalam pemerintahan tersebut berasaskan sama ada kepada wahyu secara langsung atau pertimbangan baginda sendiri berdasarkan kepada kepentingan dan keadaan semasa, atau juga berdasarkan kepada cadangan para sahabat. 

Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, baginda mewariskan kepada umat Islam dua petunjuk yang sentiasa tepat dan bersifat abadi, iaitulah Al-Quran dan as-Sunnah. Di samping itu baginda mewariskan juga ajtihad sebagai method penentuan hukum dalam kes-kes Al-Quran atau as-Sunnah. Baginda sendiri yang mengajar bagaimana melakukan ijtihad terutama dengan menjelaskan illat atau sebab mengapa sesuatu hukum itu ditentukan.

Secara umumnya illat menjelaskan bahawa setiap hukum itu mempunyai objektif atau matlamat mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan. Ia memberi faham kepada umat Islam bahawa di mana ada kebaikan dan maslahat maka di situ ada syariat atau hukum Allah. Untuk menentukan ada atau tidak adanya kebaikan ini dalam kes-kes yang tidak dinaskan oleh syarak pertimbangan akal perlu digunakan. 

Panduan Rasulullah s.a.w. ini telah digunakan sepenuhnya oleh para khulafaar-Rasyidin dalam tugas mereka memerintah dan mentadbir negara. Dalam kes-kes yang ada nas segala kehendak nas itu diikuti. Tetapi kalau sekiranya timbul kes-kes yang tidak dinaskan sebelumnya mereka berijtihad dengan berpandukan kepentingan ummah di samping menjaga dasar-dasar dan semangat agama Islam. Adalah menjadi perkara biasa lahir hasil-hasil ijtihad yang bertentangan dengan hasil-hasil ijtihad yang lain, atau boleh disifatkan sebagai tidak selaras dengan pengertian lahir nas-nas tertentu.

Meskipun Rasulullah s.a.w. tidak pernah melantik pengganti baginda namun Abu Bakar r.a. melantik Umar r.a. sebagai khalifah kedua buat penggantinya. Begitupun Umar tidak mengikut tauladan Abu Bakar. Beliau sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada satu penal yang terdiri dari enam orang beliau lantik. Tidak ada orang pada waktu itu yang menuduh Abu Bakar atau Umar sebagai melanggar syariat Allah dengan langkah-langkah yang mereka ambil itu. Kerana mereka telah berusaha melakukan sesuatu yang sebaik mungkin dan telah berijtihad sedaya mungkin. 

Umar r.a. berijtihad dan memutuskan talak tiga boleh jatuh sekaligus sedangkan beliau sendiri amat arif bahawa Al-Quran secara jelas menyebut aalak itu dua kalia dan bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w. serta zaman Abu Bakar r.a. talak hanya jatuh satu dalam satu peristiwa. Bagi Umar, keadaan telah berubah dan umat Islam tidak lagi sebaik mereka pada zaman Rasulullah dan zaman Abu Bakar.

Uthman juga berijtihad lalu menambah satu lagi bang bagi fardhu Jumaat untuk menjadikannya dua kali. Sedangkan pada zaman Rasulullah dan para khalifah sebelum beliau bang Jumaat dilakukan sekali sahaja. Asas yang beliau gunakan ialah kepentingan orang ramai memandangkan penduduk telah begitu ramai dan sudah banyak rumah-rumah yang jauh dari masjid. Begitulah juga Ali r.a. telah membuat berbagai-bagai keputusan berasaskan ijtihad semasa. 

Langkah-langkah yang di ambil oleh para pemerintah Islam terdahulu ini telah dapat menjamin kepentingan masyarakat sepenuhnya dan telah menjadikan hukum dan peraturan Islam mampu menyaingi perubahan zaman dan keadaan. Hasilnya tidak ada orang yang merasa terkilan dengan kemampuan Islam dan kesediaannya menjawab segala cabaran, apalagi merasa perlu kepada suatu peraturan atau sistem lain.

Pada waktu itu tidak ada perpisahan antara hukum syarak dan hukum Siasah. Semuanya disebut sebagai hukum syarak yang bersumberkan apa yang disyariatkan oleh Allah melalui Rasul-Nya dan apa yang difahami oleh para mujtahid yang begitu cekal berusaha memahami hukum dan menentukan ianya mendatangkan kebaikan. 

Bagaimanapun, tidak lama kemudian lahir satu zaman di mana para mujtahid telah mengikat diri mereka dengan kaedah ijtihad tertentu dengan menentukan syarat dan panduan bagi penerimaan sesuatu maslahah atau kepentingan. Adapun juga alasan mereka langkah seperti itu telah mengongkong kebebasan mereka sendiri dalam berijtihad dan telah menyempitkan ruang berijtihad itu sendiri.

Di bawah ikatan baru ini banyak Masoleh Mursalah yang diketepikan kerana tidak selaras dengan kaedah-kaedah atau pra syarat penerimaan yang ditentukan. Dengan itu ruang perundang-undangan menjadi sempit dan pengadilan juga terkongkong dengan kaedah dan prosedur tertentu dalam menentukan kebenaran dan kesalahan.

Pengenepian Masoleh Mursalah dalam perundangan dan pengadilan ini telah memberi satu imej buruk kepada fiqh Islam. Ia telah dilihat sebagai tidak mampu memenuhi keperluan pemerintahan dan pentadbiran negara kerana tidak boleh menjamin kepentingan orang ramai dan tidak boleh menyaingi perubahan dan perkembangan zaman. Berasaskan kepada perundangan seperti para pemerintah mula berpaling bulat kepada kehendak kepentingan awam semata-mata tanpa beriltizam dengan pegangan para mujtahid. 

Hasilnya umat Islam berpendapat mereka berhadapan dengan dua sistem dan kelompok hukum yang berbeza. Pertamanya hasil istinbat para fuqaha mujtahidin berasaskan prinsip dan kaedah mereka, dan keduanya keputusan yang dibuat oleh para pemerintah bagi tujuan kepentingan semata-mata dan mengikut perkembangan zaman. Kelompok dengan sikap para penciptanya. Ada kalanya ia bersifat sederhana dan adakalanya ia bersifat keterlaluan.

Kelemahan fiqh Islam dalam menangani kepentingan masyarakat ini kemudiannya menjadi lebih ketara lagi dengan berlakunya penutupan pintu ijtihad. Dalam suasana seperti itu para fuqaha seolah-olah memaksa orang ramai menerima sahaja apa yang diistinbatkan oleh para imam dan fuqaha di abad-abad lampau tanpa mengira perbezaan zaman dan keadaan.

Melihat persimpangan jalan yang begitu jauh antara fiqh dan kepentingan masyarakat semasa dalam banyak hal in para pemerintah di negara-negara Islam lebih berminat mengambil kira menyaingi peredaran zaman dan menjaga kepentiingan semasa dengan mengadakan undang-undang dan peraturan yang sesuai dengan objektif berkenaan walaupun tidak selaras dengan pandangan para fuqaha. Hal seperti ini terus berlaku sehingga sekarang termasuk di Malaysia. 

Sehubungan dengan ini Abdul Wahhab Khallaf menghuraikan Siasah Syarayah dalam pemerintahan negara sebagai: Pelaksanakan pentadbiran awam negara Islam dengan cara yang boleh memberi kebaikan dan menolak kemudaratan dalam lingkungan batas-batas syariat dan prinsip-prinsip umumnya walaupun tidak selaras dengan pandangan para imam mujtahidin. Dengan lain perkataan, mengikut jejak langkah salaf di dalam mengambil kira kepentingan dan perkembangan semasa. 

Tambah beliau lagi mengulas: Sebenarnya tidak ada halangan syarak untuk mengambil apa sahaja langkah yang boleh menolak kemudaratan dan melahirkan kepentingan dalam apa sahaja urusan negara selagi ianya tidak terkeluar dari batas-batas syarak dan kaedah-kaedah umumnya. Bertolak dari objektif mempertahankan kepentingan umum ini juga satu persoalan mungkin timbul, iaitu apakah semua pihak dalam pemerintah boleh mengamalkan konsep Siasah Syar`iyah ini atau ia hanya menjadi keutamaan pihak-pihak tertentu sahajaa

Dalam menghuraikan bentuk-bentuk ijtihad para sahabat a.w. Muhammad Abu Zuhrah telah menonjolkan satu sikap yang dijelaskan oleh khalifah Umar Ibn Al-Khattab r.a. Mengikut Abu Zuhrah, khalifah Umar Ibn Al-Khattab dalam urusan pemerintahannya sebagai seorang khalifah sentiasa berijtihad dengan menggunakan method al-Maslahah. Pada waktu yang sama beliau mengarahkan para kadhi dan hakim berijtihad (dalam menentukan hukuman) melalui method Qiyas, iaitu satu kaedah pemakaian nas secara meluas.

Hal ini, mengikut Abu Zuhrah ialah kerana dalam mentadbir sesuatu negara kepentingan semasa masyarakat amat perlu dijaga. Mengikut beliau lagi, perbezaan antara pemerintah yang baik dan pemerintah yang tidak baik banyak dapat dilihat pada sejauh mana ianya dapat menjamin kepentingan masyarakat di bawah pemerintahannya itu. Adapun di bidang pengadilan apa yang sangat-sangat diperlukan ialah melaksanakan keadilan antara dua pihak yang bersengketa. Hal seperti ini lebih memerlukan suatu sistem atau bentuk hukum yang tetap dan tidak mudah berubah. Untuk itu method Qiyas adalah lebih wajar dan lebih menjamin keadilan.

Mengikut Muhammad Abu Zuhrah lagi, pihak pentadbir sentiasa terdedah kepada masalah-masalah yang memerlukan penyelesaian segera. Adalah tidak munasabah kalau masalah-masalah ini dibiarkan begitu sahaja tanpa penyelesaian yang sewajarnya. Semuanya ini menunjukkan bahawa Siasah Syar`iyah itu bukan satu Rukhsah atau kelonggaran dalam membuat ketentuan hukum secara umum, tetapi sebaliknya suatu method dalam menjalankan pentadbiran negara. Tidak salah kalau ia diertikan sebagai suatu method pentadbiran negara yang liberal.

Dalam sebuah masyarakat yang membangun, bentuk pentadbiran seperti ini amat diperlukan sekali. Ianya lebih sempurna untuk melayani keperluan-keperluan yang ditimbulkan oleh perubahan-perubahan yang pesat dalam masyarakat berkenaan. Sesungguhnya perubahan-perubahan pesat seperti itu boleh menyebabkan kelahiran banyak masalah-masalah luar jangka yang memerlukan penyelesaian dengan segera dan tepat. Kalau sekiranya satu bentuk pentadbiran yang konservatif dipertahankan dalam masyarakat yang membangun begini ia boleh membantut kelancaran pembangunan itu sendiri dan malah akan merupakan suatu penghalang besar terhadap penerusannya.

Jelasnya, Siasah Syarayah adalah suatu metod dalam mengatasi kekakuan polisi dan jentera pemerintahan dan pentadbiran negara yang biasanya menjadi satu masalah dalam masyarakat yang pesat membangun. Melalui cara ini pelaksanaan dasar dan peraturan dapat diselesaikan dengan licin berpandukan kepentingan-kepentingan semasa asalnya sahaja tidak bertentangan dengan mana-mana nas syarak atau prinsip-prinsipnya secara umum. Ini bererti bahawa pemakaiannya hanya akan berbangkit kalau sekiranya pemerintahan berkenaan berdasarkan kepada sistem pemerintahan Islam sebagaimana yang dapat difahami dari Al-Quran dan as-Sunnah.

 Sumber dan rujukan:

  1. Ahmad Syafii Maarif, 1987. Islam dan Masalah Kenegaraan, Lembaga Penilaian Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Social. Indonesia.
  2. Alias Othman, 1991. Asas-Asas Pemikiran Politik Islam. Kuala Lumpur.
  3. Asy Syeikh Allamah Muhamad Hussein Tabataba `E 1984 Gagasan Politik Islam, Dewan Pustaka Fajar Kuala lumpur.
  4. H. Zainal Abidin Ahmad, 1977, Ilmu Politik Islam III Sejarah Islam dan Umatnya Sampai Sekarang, Jakarta.
  5. H. Zainal Abidin 1977, Ilmu Politik Islam, Jakarta.
  6. Idris Zakaria, 1991. Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
  7. Klaus Ferdinand and Moohdi Mozaffari 1988, Islam: State and Society, Gurzon Press.
  8. Dr. Lukman Thaib, 1995, Syura dan Aplikasinya Dalam Pemerintahan Pada Masa Kini, Kuala Lumpur.
  9. Muhamad Asad, 1964. Azas-Azas Negara dan Pemerintahan Di Dalam Islam Terjemahan Drs. Muhammad Radjab, Jakarta.
  10. Qamar-UD-DIN-Khan ...19.., Maududis Theory of the State.
  11. Syed Abul Al-Maududi, 1404, Teori Politik Islam. 
  12. Ta req Y. Ismael and Zacqueline S. Ismael 19 Government and Politics in Islam, London.
  13. Dr. Zainal 1987. Filsafat Sejarah Ibn Khaldun, Bandong.
  14. Siasah Syar’iyyah Dalam Pemerintahan Negara, Profesor Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid 
  15. Ibnu Kathir, Bidayah wan Nihayah: Masa Khulafa’ur Ar-Rasyidin (terj). Indonesia: Darul Haq.
  16. Ibnu Khaldun (1995), Muqaddimah (terj). Kuala Lumpur: Dewan Pustaka & Bahasa (DBP).
  17. Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan Dalam Islam,
  18. There are no sources in the current document. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
  19. M.A. Niaz, (t.t), Trends and Developments in The Tools of Management and Decision Making in Contemporary Period: Appraisal From Islamic Perspective.
  20. Saari Sungip (1987), Kepimpinan Dalam Sistem Pentadbiran Islam (Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Mengenai Aspek Kepimpinan, 17 Disember 1987, Kuala Lumpur).
  21. Mohd Affandi Hassan (1990), Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dan Amalan Dalam Islam, dlm Mohd Yusof Noor (Ed.), Pendekatan Tauhid Dalam Pengurusan dan Pentadbiran Awam: Konsep, Prinsip dan Model Alternatif. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.
  22. Al-Buraey, Muhammad (2001), Pembangunan Pentadbiran Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
  23. Artikel ini telah dimuatkan dalam buku Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam, diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi Hassan (Kuala Lumpur: INTAN, 1991), m.s. 26 – 71.
  24. Mohamad Nurhakim.2008. Jatuhnya Sebuah Tamadun.hlm.54
  25. Ismail Bakar. 1999. Sejarah Tamadun Islam. Hlm.87
  26. Ad-Dustur Al-Islami, Abu Bakar As-Siddiq al-Jazairi, m.s 19-20, cet. Al-Maktab Al-Islami Damsyik atau Beirut (1391H)

1 ulasan:

  1. Nama saya luco, di sini untuk berkongsi kesaksian yang sangat penting kepada anda semua mengenai bagaimana ayah Afrika yang dipanggil DR UJIAGBE membantu saya untuk membuat isteri saya hamil, kita telah cuba untuk mendapatkan bayi kita sendiri untuk 7yrs masa lalu tetapi tidak positif Penyelesaian sehingga saya mendapatkan alamat e-mel ayah dari internet tentang bagaimana seorang wanita dari Amerika Syarikat memberi kesaksian tentang kerja baiknya yang dilakukannya untuk mengukuhkan hubungannya dengan suaminya, dan bagaimana ayahnya membantunya untuk menyatukan kembali dia dan suaminya yang telah meninggalkannya Selama hampir dua setengah tahun kerana wanita lain, maka saya membincangkannya dengan isteri saya jika kita akan mencuba, dan dia bersetuju mengenainya, pada mulanya saya fikir ia adalah penipuan ketika dia meminta kami untuk menghantar dia wang Untuk membeli barang-barang yang akan digunakan untuk membuang ejaan yang ada pada saya oleh bekas saya juga yang saya enggan berkahwin kerana dia telah bertarikh dua kali dengan saya dengan notis saya, saya sangat supprese apabila bapa memberitahu saya semua Ini, kerana segala-gala yang dia beritahu saya tentang saya dan bekas saya adalah kebenaran, bu Saya tidak pernah percaya atau berfikir dia akan pergi sejauh ini kerana saya berpecah dengannya kerana kelakuannya yang tidak baik.
    Saya patuh kepada bapa dan mengikut arahannya, selepas 2 bulan doa dan bekerja dengannya, isteri saya pergi untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan dua minggu mengandung selepas mematuhi dan mengikuti arahan bapa, kami sangat gembira sekarang saya akan terus meneruskan Berterima kasih kepada bapa ini atas bantuan yang baik yang dilakukannya terhadap saya dan keluarga saya, tolong selamatkan saya jika ada masalah dengannya atau pasangannya, sila hubungi lelaki hebat ini untuk sebarang jenis bantuan, saya berjanji, dia akan menyelesaikannya Dan buatlah keluarga anda berkumpul kembali dan gembira selama-lamanya.
    Anda boleh menghubungi beliau menerusi E-melnya sendiri, drujiagbeblacktemple@gmail.com.
    Dia memaklumkan saya bahawa dia boleh membantu dengan masalah berikut
    (1) Jika anda mahu bekas belakang anda.
    (2) jika anda sentiasa mempunyai impian yang buruk.
    (3) Anda ingin dipromosikan di pejabat anda.
    (4) Anda mahu wanita / lelaki berlari selepas anda.
    (5) Jika anda mahu kanak-kanak.
    (6) Jika anda memerlukan bantuan kewangan.
    (7) Jika anda ingin menyembuhkan HIV AIDS
    Hubungi beliau sekarang untuk penyelesaian segera anda
    Masalah pada drujiagbeblacktemple@gmail.com
    Terima kasih atas waktunya.

    BalasPadam