Ahad, 14 Mac 2010

Merebaknya Kesyirikan Bertopengkan Islam

Artikel ini telah tersiar dalam laman sesawang Yayasan Dakwah Islamiah Islam (YADIM) pada 19 Februari 2008

Oleh SMAHADZIR

MASYARAKAT di negara kita hingga hari ini masih sangat akrab dengan hal-hal yang berbau keramat, mistik, ‘tahayul-mahayul’ dan hal-hal yang aneh-aneh. Mulai daripada benda-benda seperti cincin, keris, batu akek, talam tembaga, pakaian, gamelan atau yang berwujud tempat seperti gunung, pongsu ini dan itu, atau orang tertentu yang dianggap tokoh masyarakat atau agama. ‘Pembudayaan’ atau ‘pengagungan’ terhadap seseorang, ditemui hampir merata di seluruh pelosok Nusantara. Disebabkan mempunyai kedudukan atau dianggap tokoh besar, maka ia ‘dibudayakan’ dan dikeramatkan. Pengkeramatan sang tokoh ini berlangsung sejak tokoh tersebut hidup bahkan sehingga dia meninggal dunia.

Barang-barang yang berkaitan dengan tokoh itu juga dicari-cari dan diagung-agungkan, dijadikan azimat dan tidak lupa untuk dikeramatkan.Tambah parah lagi, makamnya senantiasa dipadati ramai para pengagum dan simpatisan yang teringin ‘mendapatkan berkah’ daripada kubur si tokoh tersebut. Selalu ‘meriah’, itu yang terjadi di makam orang yang ditokohkan. Bahkan ketika tiba saat ulang tahun kematian dan kelahiran tokoh tersebut, ‘meriahnya’ kubur lebih dibandingkan dengan meriahnya masjid-masjid Allah.

Kenyataan ini lebih mencemaskan ketika ditemui kenyataan bahawa majoriti penziarah adalah mereka yang menyatakan diri sebagai orang muslim. Aktiviti yang berhubungan dengan pengagungan seseorang tokoh selalu akan bertambah variasinya, kerana berjalan seiring dengan idea dan kreatitiviti para pengagum.

Contoh konkrit adalah pada zaman Nabi Nuh. Meninggalnya para tokoh agama pada zaman itu memunculkan idea di kalangan para pengagum untuk membina patung dan gambar demi mengenang sang tokoh. Pada awalnya adalah untuk mendekatkan diri pada Allah s.w t. Namun, idea berkembang selepasnya dengan menjadikan si tokoh sebagai perantara dalam berdoa kepada Allah s.w t. Berkembang lagi hingga menjadikan patung tersebut sebagai sembahan.

Kreativiti kesyirikan ini hampir selalu berulang pada setiap zaman dan generasi, kerana ini adalah makar syaitan untuk menjerumuskan umat manusia ke dalam neraka. Tokoh yang dipuja mungkin berbeza, namun sebenarnya hakikat kebatilan yang ditawarkan adalah sama. Pada zaman Nabi Nuh, apa yang diagung-agungkan ialah Wadd, Suwa, Yaghuts, Yauq dan Nashr, dan pada zaman kafir Quraisy ada yang dinamakan Latta, Uzza, Manna dan Hubbal.

‘Kreativiti’ kesyirikan yang boleh ditemui pada masa kini adalah kewujudan berbagai-bagai ‘alasan’ untuk mengagung-agungkan si tokoh, baik dengan mengadakan ziarah, atau peringatan ulang tahun kelahiran dan kematian (haul). Atau mengawetkan barang-barang peninggalannya.

Apabila ditimbang dalam syariat Islam, hal yang berkaitan dengan mengagung-agungkan tokoh dan peninggalan-peninggalan bukanlah sesuatu yang dianjurkan. Bahkan, sebaliknya pintu-pintu yang menuju kepada pengagungan tokoh, melebihi kapasiti kemanusiaan dicegah dan ditutup oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Pengagungan terhadapan sesuatu benda dan individu tertentu hampir selalu identik dengan kesyirikan.

Umumnya, sebuah masyarakat akan mengagungkan tokoh dan benda kerana berjangkitnya penyakit kebodohan di tengah-tengah mereka. Tidak tahu mana yang diperintahkan dan mana pula yang dilarang oleh syariat Allah s.w.t. Atau hadir di di tempat-tempat tertentu akan para tokoh agama yang buruk yang memberikan contoh teladan keburukan kepada umat, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Sehingga hal yang syirik pun dihalalkan oleh ulama buruk ini.

Boleh juga terjadi kerana memang masyarakat terlampau ‘ghuluw’ dalam mengagung-agungkankan seseorang tokoh. Atau muncul para pemimpin yang buruk perangai dan akidahnya di tempat-tempat, yang tidak menjalankan syariat Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA