SMAHADZIR
SAIYIDINA ALI BIN ABI THALIB ialah khalifah terakhir
Islam daripada Khulafa Al-Rasyidin. Beliau juga ialah sepupu dan
menantu kepada Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan
Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah. Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dilahirkan
di Mekah pada tahun 598. Bapa Saiyidina Ali Bin Abi
Thalib, Abu Thalib ialah pembesar puak Quraisy dan juga
ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w.
menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Saiyidina Ali Bin Abi Thalib
merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam. Saiyidina Ali Bin Abi Thalib
sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku.
Pada tahun 622 Masehi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saiyidina
Ali Bin Abi Thalib mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w.
lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh baginda.
Semasa berlakunya Perang Badar, Saiyidina Ali Bin Abi
Thalib menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Walid ibni
Utba di samping askar-askar Mekah yang lain. disamping itu para
sahabat Rasulullah juga memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai
pejuang agama Allah. Beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah
s.a.w. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur
18 tahun. Kerana kemiskinannya Saiyidina Ali Bin Abi Thalib menjual baju besi
perangnya untuk dijadikan mahar. Walaupun begitu para sahabat lain seperti Saiyidina
Abu Bakar, Saiyidina Umar, Saiyidina Usman dan Saiyidina Abdul Rahman Bin Auf
berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu
demi memuliakan Rasulullah s.a.w, kekasih yang amat mereka cintai. Sepanjang
sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saiyidina Ali Bin
Abi Thalib senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam.
Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada
tahun 632 Masehi, Saiyidina Abu Bakar dilantik menjadi
khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saiyidina Ali Bin Abi
Thalib terus menerima Saiyidina Abu Bakar sebagaimana yang disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w sekali gus menafikan fitnah yang dilontarkan oleh kaum Syiah.
Ahli Sunah Waljamaah percaya pelantikan Saiyidina Abu Bakar merupakan sesuatu
yang tepat sekali mengikut syariat Allah dan Rasulullah. Malah Saiyidina Ali Bin
Abi Thalib menjadi salah seorang tentera Islam di bawah pemerintahan Saiyidina
Abu Bakar untuk memerangi kaum yang murtad dan tidak mahu membayar zakat.
Golongan Syiah pula percaya memandangkan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib
merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w. maka beliaulah yang
seharusnya dilantik menjadi khalifah.
Menjadi
Khalifah Keempat
Pada tahun 656 Masehi, khalifah ketiga Islam
iaitu Saiyidina Uthman Bin Affan wafat kerana dibunuh oleh puak
pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak
puas hati dengan Saiyidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan
menggunakan harta baitul mal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura
mencadangkan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib supaya menjadi khalifah tetapi Saiyidina
Ali Bin Abi Thalib menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima
untuk menjadi khalifah.
Pentadbiran
Saiyidina Ali Bin Abi Thalib
Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi
khalifah ialah mencari pembunuh Saiyidina Uthman mengikut saluran undang-undang
Islam. dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan
Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah s.a.w iaitu Ummul
Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Rasulullah s.a.w
iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam telah terlibat
sama.
Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saiyidina Ali Bin
Abi Thalib dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta).
Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan
Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saiyidina Ali Bin Abi Thalib. Manakala
Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saiyidina Ali Bin Abi Thalib.
Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar
lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke
Madinah.
Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah
dan Az Zubair Bin Al-Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan
mereka bersama Ali Bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qishash
terhadap para pembunuh Utsman Bin Affan. Hanya saja Ali Bin Abi Thalib meminta
penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka
lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali Bin Abi Thalib lebih mendekati
kebenaran daripada mereka. (Daf’ul Kadzib 216-217)
Selepas itu, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib melantik
gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saiyidina
Uthman. Saiyidina Ali Bin Abi Thalib memindahkan pusat pentadbiran Islam
daripada Madinah ke Kuffah, Iraq.
Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor
Syria dan saudara Saiyidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor
pada masa pemerintahan Saiyidina Umar lagi. Muawiyah, yang menyimpan cita-cita
politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saiyidina
Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin
mengetahui siapakah pembunuh Saiyidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah
dihukum qisas.
Bagi Saiyidina Ali Bin Abi Thalib, beliau berpendapat
keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh
penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saiyidina
Uthman. Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saiyidina
Ali Bin Abi Thalib menyiasat kematian Saiyidina Uthman, lalu melancarkan
serangan ke atas Saiyidina Ali Bin Abi Thalib. Akhirnya terjadilah Perang
Siffin di antara Muawiyah dan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib. Di dalam
peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru
Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn
Abbas. Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini.
Antaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Saad ibn
Abi Waqqash, dan Usamah ibn Zaid.
Kesepakatan Pemilihan Khalifah
Sejarah telah mencatatkan bahawa sewaktu Khalifah Uthman Bin Affan meninggal dunia, warga Madinah
dan tiga pasukan dari Mesir, Basrah dan Kuffah bersepakat memilih Ali Bin Abi
Thalib sebagai khalifah baru. Menurut riwayat, Ali Bin Abi Thalib sempat
menolak pelantikan itu. Namun semua mendesak beliau untuk memimpin umat.
Pembaiatan Ali Bin Abi Thalib pun berlangsung di Masjid Nabawi. Nama
beliau sebenarnya ialah Ali Bin Abi Thalib Bin Abdul Mutalib Bin Hasyim Bin
Abdul Manaf. Ali Bin Abi Thalib dilahirkan pada tahun 602 Masehi atau 10 tahun
sebelum kelahiran Islam. Usianya 32 tahun lebih muda dari Rasulullah s.a.w. Saiyidina
Ali Bin Abi Thalib merupakan sepupu dan merupakan menantu Rasulullah s.a.w
melalui pernikahannya Fatimah.
Ali Bin Abi Thalib
adalah orang pertama yang memeluk Islam dari kalangan kanak-kanak. Ali Bin Abi
Thalib telah dididik di rumah Rasulullah s.a.w dan ini menyebabkan beliau
mempunyai jiwa yang bersih dan tidak dikotori dengan naluri jahiliyah.
Saiyidina Ali Bin Abi
Thalib adalah salah seorang sahabat paling dekat dengan Rasulullah s.a.w.
Sewaktu kecil, Nabi Muhammad s.a.w diasuh oleh Abi Thalib, bapa saudaranya yang
juga ayah kepada Saiyidina Ali Bin Abi Thalib. Setelah berumah tangga dan
melihat Abi Thalib hidup kekurangan, Nabi Muhammad s.a.w memelihara Ali Bin Abi
Thalib di rumahnya. Ali Bin Abi Thalib dan Zaid Bin Haritsah - anak angkat Nabi
Muhammad s.a.w, adalah orang pertama yang memeluk Islam setelah Khadijah.
Mereka selalu solat berjamaah.
Kecerdasan dan
keberanian Ali Bin Abi Thalib sangat menonjol dalam lingkungan Quraisy. Sewaktu
masih kanak-kanak, Ali Bin Abi Thalib telah menentang tokoh-tokoh Quraisy yang
mencemuh Nabi Muhammad s.a.w. Ketika Nabi Muhammad s.a.w berhijrah dan kaum
Quraisy telah menghunus pedang untuk membunuhnya, Ali Bin Abi Thalib tidur di
tempat tidur Nabi Muhammad s.a.w serta memakai baju labuh yang dipakai oleh
Rasulullah s.a.w.
Pakar Tempur Di Medan Perang
Di medan perang, Ali Bin
Abi Thalib adalah pakar tempur yang sangat disegani. Baik di Perang Badar, Uhud
hingga Khandaq. Namanya semakin sering dipuji setelah beliau berjaya menjebol
gerbang benteng Khaibar yang menjadi pertahanan terakhir Yahudi. Menjelang
Rasul menunaikan ibadah haji, Ali Bin Abi Thalib ditugasi untuk melaksanakan
misi ketenteraan ke Yaman dan dilakukannya dengan baik.
Mengenai
kecerdasannya, Nabi Muhammad s.a.w pernah memuji Ali Bin Abi Thalib dengan
kata-kata: ‘Saya adalah ibukota ilmu dan Ali Bin Abi Thalib adalah gerbangnya.’
Kefasihan bicara Ali Bin Abi Thalib dipuji oleh banyak kalangan. Rasulullah
s.a.w kemudiannya menikahkan Ali Bin Abi Thalib dengan puteri bongsunya,
Fatimah Az-Zahra. Setelah Fatimah Az-Zahra wafat, Ali Bin Abi Thalib menikah
dengan Ashma’, janda yang dua kali ditinggal mati suaminya, yakni Jaafar Bin
Abi Thalib dan Khalifah Abu Bakar.
Sebagai khalifah,
beliau mewarisi pemerintahan yang sangat kacau. Juga ketegangan politik akibat
pembunuhan Uthman. Keluarga Ummaiyyah menguasai hampir semua kerusi
pemerintahan. Dari 20 gabenor yang ada, hanya Gabenor Iraq iaitu Abu Musa
Al-Asyari saja yang bukan dari keluarga Ummaiyyah. Mereka menuntut Ali Bin Abi
Thalib untuk mengadili pembunuh Khalifah Uthman. Tuntutan demikian juga banyak
diajukan oleh tokoh lainnya seperti Saidatina Aisyah, juga Zubair dan Thalhah -
dua orang pertama yang masuk Islam seperti Ali Bin Abi Thalib.
Kesan dari kematian
Khalifah Uthman adalah amat sukar bagi Khalifah Ali Bin Abi Thalib untuk
menyelesaikan terutamanya dalam masalah menjalankan pentadbiran. Untuk
melicinkan pentadbiran, Khalifah Ali Bin Abi Thalib telah memecat jawatan
pegawai-pegawai yang dilantik oleh Khalifah Uthman yang terdiri dari kalangan
Bani Ummaiyyah. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan Bani
Ummaiyyah. Beliau juga telah bertindak mengambil kembali tanah-tanah kerajaan yang
telah dibahagikan oleh Khalifah Uthman kepada keluarganya. Ini telah
menambahkan lagi semangat kebencian Bani Ummaiyyah terhadap Khalifah Ali Bin
Abi Thalib. Oleh itu golongan ini telah menuduh Khalifah Ali Bin Abi Thalib
terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthman.
Beberapa orang
menuding Ali Bin Abi Thalib terlalu dekat dengan para pembunuh itu. Ali Bin Abi
Thalib menyebut pengadilan sukar dilaksanakan sebelum situasi politik reda. Ali
Bin Abi Thalib bermaksud menyatukan negara lebih dahulu. Untuk itu, beliau
mendesak Muawiyyah Bin Abu Sufyan - Gabenor Syam, yang juga pimpinan keluarga
Ummaiyyah untuk segera berbaiat kepadanya. Muawiyyah menolak
berbaiat sebelum pembunuh Uthman dihukum. Bahkan Muawwiyah menyiapkan pasukan
dalam jumlah besar untuk menentang Ali Bin Abi Thalib. Ali Bin Abi Thalib pun
siap menggempur Muawiyyah.
Sejumlah sahabat
penting seperti Mughairah, Saad Bin Abi Waqqash dan Abdullah Bin Umar
menyarankan kepada Saiyidina Ali Bin Abi Thalib agar menunda serangan itu.
Begitu juga sepupu Ali Bin Abi Thalib, Ibnu Abbas. Tetapi Ali Bin Abi Thalib
berkeras, sehingga Ibnu Abbas mengkritiknya. Ali Bin Abi Thalib
segera menyusun pasukan. Beliau berangkat ke Kuffah, wilayah yang masyarakatnya
menyokong Saiyidina Ali Bin Abi Thalib. Beliau meninggalkan ibu kota Madinah
sepenuhnya, bahkan seterusnya, untuk langsung memimpin perang. Hal yang tidak
lazim dilakukan para pemimpin negara. Setahun sudah berlalu, pembunuh Uthman
masih belum dihukum.
Mengundang Kritikan
Langkah ini makin
mengundang kritik dari kelompok Aisyah. Aisyah, Thalhah dan Zubair lalu memimpin
30 ribu pasukan dari Mekah. Pasukan Ali Bin Abi Thalib yang awalnya diarahkan
ke Syam terpaksa dibelokkan untuk menghadapi Aisyah. Terjadilah peristiwa
menyedihkan itu, peperangan antara kaum Muslim. Aisyah memimpin
pasukannya dalam tandu tertutup di atas unta. Banyak pasukan juga mengendarai
unta. Maka perang itu disebut Perang Jamal (Unta). Sekitar 10 ribu orang
terkorban dalam perang sesama Muslim ini. Aisyah tertawan setelah tandunya
penuh dengan anak panah. Zubair terkorban dibunuh di Waha Al-Sibak. Thalhah
terluka di kaki dan meninggal dunia di Bashrah.
Kesempatan ini pun
dimanfaatkan oleh Muawiyyah. Beliau menggantungkan jubah Uthman yang berlumuran
darah serta potongan jari isteri Uthman, di Masjid Damaskus untuk mengetepikan
Ali Bin Abi Thalib. Muawiyyah berjaya menarik Amru Bin Ash ke pihaknya. Amru seorang
politikus ulung yang sangat disegani. Beliau diiming-imingi menjadi Gabenor
Mesir. Abdullah, anak Amru yang soleh, menyarankan ayahnya untuk menolak ajakan
Muawiyyah. Namun Muhammad - anaknya yang suka berpolitik - menyarankan Amru
mengambil kesempatan. Amru tergoda. Beliau menyokong Muawiyyah untuk menjadi
khalifah tandingan.
Kedua-dua pihak
bertempur di Shiffin, hulu Sungai Eufrat di perbatasan Iraq-Syria. Puluhan ribu
Muslim terkorban. Di pihak Ali Bin Abi Thalib, korban sebanyak 35 ribu manakala
di pihak Muawiyyah seramai 45 ribu. Dalam keadaan terdesak, pihak Muawiyyah
bersiasat. Atas usulan Amru, mereka mengikat Al-Quran di hujung tombak dan
mengajak untuk ‘berhukum pada Al-Quran’. (Majlis Tahkim).
Pihak Ali Bin Abi
Thalib berpecah. Sebahagian berpendapat, seruan itu harus dihormati. Yang lain
menyebut itu hanyalah cara Muawiyyah untuk menipu dan menghindari kekalahan.
Ali Bin Abi Thalib tetap mengalah. Kedua-dua pihak berunding. Amru Bin Ash di
pihak Muawiyyah, Abu Musa - yang dikenali sebagai seorang soleh dan tidak suka
berpolitik - di pihak Ali Bin Abi Thalib. Keduanya sepakat untuk ‘menurunkan’
Ali Bin Abi Thalib dan Muawiyyah. Namun Amru kembali mengingkari
kesepakatannya.
Situasi yang tidak
menentu itu menimbulkan kemarahan Hurkus - komandan pasukan Ali Bin Abi Thalib
yang berasal dari keluarga Tamim. Hurkus adalah seorang yang lurus, berwawasan
sempit dan keras. Caranya memandang masalah selalunya ‘hitam- putih’. Dia menganggap
Muawiyyah mahupun Ali Bin Abi Thalib telah melanggar hukum Allah. ‘Laa hukma
illallah (tiada hukum selain Allah),’ serunya. Pelanggar hukum Allah boleh
dibunuh, demikianlah pendapatnya.
Kelompok Hurkus
segera menguat. Orang-orang menyebut kelompok radikal ini sebagai ‘Khawarij’
(barisan yang keluar). Mereka menyerang dan bahkan membunuh orang-orang yang
berbeza pendapat dengannya. Pembunuhan berlangsung di beberapa tempat. Mereka
berfikir, negara baru akan dapat ditegakkan jika tiga orang yang dianggap
penyebab masalah yakni Ali Bin Abi Thalib, Muawiyyah dan Amru dibunuh.
Hujaj bertugas
membunuh Muawiyyah di Damaskus, Amru Bin Abu Bakar bertugas membunuh Amru Bin
Ash di Mesir dan Abdurrahman bertugas membunuh Ali Bin Abi Thalib di Kuffah.
Muawiyyah yang kini hidup dengan pengawalan ketat seperti seorang raja selamat
dari pembunuhan tersebut dan hanya terluka.
Amru Bin Abu Bakar
tersilap dalam menjalankan tugasnya, beliau membunuh imam yang menggantikan
Amru Bin Ash. Di Kuffah, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib sedang berangkat ke
masjid ketika diserang dengan pedang. Dua hari kemudian beliau pun wafat.
Peristiwa itu terjadi pada Ramadhan 40 Hijrah bersamaan 661 Masehi. Berakhirlah model
kepemimpinan Islam untuk negara yang dicontohkan Rasulullah s.a.w. Muawiyyah
lalu menggunakan model ‘kerajaan’. Ibu kota pun dipindahkan dari Madinah ke
Damaskus.
Perang
Jamal
Perang Jamal atau Perang Unta berlaku
pada 11 Jamadilakhir 36 Hijrah atau Disember 657 Masehi yang
mengambil masa tidak sampai sehari. Kemenangan berpihak kepadaKhalifah Ali Bin
Abi Thalib. Peperangan tersebut berlaku Ali Bin Abi Thalib menggantikan semua
pegawai kerajaan yang merupakan keluarga Uthman Bin
Affan iaitu Bani Umaiyyah kepada mereka yang cekap dan adil.
Ali Bin Abi Thalib yang dikenali dengan keadilannya juga
mencabut undang-undang yang diskriminatif dan memutuskan untuk membatalkan
segala konsesi yang sebelumnya diberikan kepada orang-orang Muhajirin dan
menyamaratakan hak umat atas kekayaan baitulmal. Di samping itu, pihak keluarga Bani
Umaiyyah menggunakan alasan kemangkatan Khalifah Uthman sebagai alasan untuk
menentang pemerintahan Ali Bin Abi Thalib. Hal tersebut mendapat tentangan dari
orang yang selama bertahun-tahun menikmati keistimewaan yang dibuat oleh
khalifah sebelumnya. Ketidakpuasan itu kian meningkat sampai akhirnya mendorong
sekelompok orang untuk menyusun kekuatan untuk melawan beliau. Thalhah, Zubair
dan Aisyah berjaya mengumpulkan pasukan yang cukup besar di Basrah untuk
bertempur melawan khalifah Ali Bin Abi Thalib.
Mendengar adanya pemberontakan itu, Ali Bin Abi Thalib
turut mengerahkan pasukannya. Kedua-dua pasukan saling berhadapan. Ali Bin Abi
Thalib terus berusaha memujuk Thalhah dan Zubair agar mengurungkan rancangan
berperang. Beliau mengingatkan keduanya akan hari-hari manis sewaktu
bersama Rasulullah s.a.w dan berperang melawan pasukan kafir. Walaupun
ada riwayat yang menyebutkan bahawa imbauan Ali Bin Abi Thalib itu tidak
berjaya menyedarkan kedua sahabat Nabi itu, tetapi sebahagian sejarawan
menceritakan bahawa ketika Thalhah dan Zubair mendengar teguran Ali Bin Abi
Thalib, bergegas meninggalkan medan perang.
Perang tidak dapat dihindarkan. Ribuan nyawa melayang
sia-sia, hanya kerana ketidakpuasan hati sebahagian orang terhadap keadilan
yang ditegakkan oleh Ali Bin Abi Thalib. Pasukan Ali Bin Abi Thalib berjaya
mengalahkan pasukan yang diketuai oleh Aisyah, yang ketika itu menunggang unta.
Perang Jamal atau Perang Unta berakhir setelah unta yang dinaiki oleh Aisyah
tertusuk tombak dan jatuh terkapar.
Sebagai khalifah yang bijak, Ali Bin Abi Thalib memaafkan
mereka yang sebelum ini menghunuskan pedang untuk memeranginya. Aisyah juga
dikirimkan kembali ke Madinah dengan dikawal oleh sepasukan wanita
bersenjata lengkap. Fitnah pertama yang terjadi pada masa kekhalifahan Ali Bin
Abi Thalib berjaya dipadamkan. Namun masih ada kelompok-kelompok lain yang
menghunus pedang melawan Ali Bin Abi Thalib yang oleh Rasulullah s.a.w disebut
sebagai poros kebenaran.
Politik Khalifah
Ali Ibn Abi Talib
* Memecat gabenor
Apabila
Ali dilantik menjadi khalifah, beliau cuba mengembalikan pemerintahan Islam
kepada dasar asalnya. Namun, perkara ini kurang disenangi oleh orang ramai
khususnya mereka yang dari keluarga Bani Umaiyah kerana mereka berada di tempat
yang penting dalam jabatan kerajaan pada ketika itu. Oleh sebab itu, Khalifah
Ali telah memecat para gabenor yang dilantik oleh uthman, termasuk beberapa
orang gabenor dan melantik penggantinya. Antara gabenor yang dipecat oleh
Khalifah Ali adalah Mu’awiyah, gabenor di Syam. Malangnya, gabenor-gabenor yang
dilantik oleh Khalifah Ali terpaksa kembali ke Madinah kerana tidak dapat
memasuki wilayah-wilayah yang ditugaskan kepada mereka.
* Bayt al-Mal
Memberikan
kaum Muslimin bantuan yang diambil daripadaBayt al-Mal seperti yang pernah
dilakukan oleh Abu Bakar As-Siddiq. Pemberian dilakukan sama rata tanpa mengira
sahabat yang lebih dahulu memeluk Islam atau sebaliknya. Khalifah Ali telah
membuat penyusunan semula dalam bidang kutipan hasil pendapatan negara. Sebelum
ini, tanah-tanah yang belum diterokai adalah bebas daripada dikenakan cukai.
Namun, selepas itu ia tergolong di antara barangan bercukai. Tanah Bars telah
dikenakan cukai pada kadar 4000 dirhams pada setiap tahun. Ketika zaman
Rasulullah s.a.w Muhammad s.a.w kuda tidak dikenakan cukai. Namun, pemikiran
Khalifah Ali dalam pembiakan kuda-kuda adalah perlu untuk tujuan ketenteraan.
Maka,
beliau mengecualikan kuda daripada dikenakan zakat. Walaupun beliau amat ketat
dalam hal ehwal kutipan hasil pendapatan negara tetapi kebajikan golongan
miskin dan yang tidak berupaya telah dikecualikan daripada cukai. Khalifah Ali
juga turut mengatur semula corak pemerintahan untuk mengembalikan kepentingan
dan kemaslahatan ummah.
* Pusat pemerintahan di Kuffah
Seterusnya
Ali meninggalkan kota Madinah dan menjadikan Kuffah sebagai pusat pemerintahan.
Hal demikian kerana, Kuffah merupakan tempat pertemuan berbagai jenis bangsa
dan tempat pertemuan pedagang-pedagang dari India, Persia, Yaman, Iraq dan
Syam. Malah, Kuffah juga merupakan pusat kebudayaan dan berkembangan pendidikan
seperti bahasa, Qiraat, Biografi, Puisi dan Sejarah. Oleh sebab itu, Kuffah
amat sesuai dijadikan pusat ibu kota pada zaman pemerintahan Ali.
* Ketenteraan
Khalifah
Ali merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam ketenteraan. Beliau
menubuhkan banyak jawatan tentera di sepanjang sempadan Syria. Jawatan-jawatan
ini membuktikan halangan yang kuat dalam cara Mu’awiyah ketika beliau menyerang
Iraq. Tambahan pula, beliau membina kubu-kubu kuat untuk Penbendaharaan Negara
dan wanita serta kanak-kanak kerana kaum pemberontak yang melampau. Antara kubu
kuatnya adalah Kubu Astakhar. Selain itu, beliau juga telah membina jambatan
yang sangat penting bagi menyeberangi sungai Faraat yang membuktikan menjadi
satu sempadan dalam operasi ketenteraan.
Kata-Kata
Hikmah Saiyidina Ali Bin Abi Thalib
- Perkara
yang patut ade pada kepimpinan ialah sikap berlapang dada.
- Orang
yang bakhil dalam urusan hartanya ialah mereka yang terlalu pemurah dalam
menggadaikan maruahnya dirinya.
- Orang
yang paling jauh bermusafir ialah mereka yang sedang mencari seorang
sahabat yang disukainya.
- Seseorang
hamba itu begitu jauh dari Allah s.w.t apabila ia mementingkan perut dan
tuntutan nafsunya.
- Takutlah
kamu dalam melakukan maksiat kepada makluk Allah s.w.t kerana sesungguhnya
yang menyaksikan perbuatan tersebut adalah hakimnya.
- Memberikan
hujjah kepada si jahil adalah mudah pun begitu apa yang susah ialah bagi
si jahil tadi menerima hujah tersebut.
- Letakkan
rahsiamu pada seseorang individu sahaja manakala mesyuarat hendaklah di
maklumkan kepada seribu orang.
- Jadikanlah
umur ibarat wang yang diberikan kepadamu sekiranya engkau tidak suka apa
yang engkau belanjakan hilang begitu sahaja maka hendaklah engkau tidak
menghabiskan umur engkau dengan sia-sia.
- Orang
yang paling jahil dari kalangan orang-orang jahil ialah mereka yang
terjatuh ke dalam lubang binatang dua kali.
- Orang
mukmin yang sebenar tidak akan terkena sengatan binatang yang berada
didalam lubangnya dua kali.
- Orang
yang paling di kasihimu ialah mereka yang paling banyak membantumu
sekiranya tiada yang sedemikian maka orang yang paling dikasihimu ialah
orang yang paling banyak dibantu olehmu.
- Menanggung
kemiskinan lebih baik daripada menanggung kehinaan kerana sabar menghadapi
kemiskinan ialah sifat mulia redha dengan apa yang ada manakala sabar
menghadapi kehinaan adalah suatu kelemahan.
- Sanggup
menanggung kesusahan adalah kubur sagala keaiban.
- Berbuat
baiklah kamu kepada keturunan orang lain nescaya terjaga keturunan kamu.
- Apabila
seseorang mukmin barasa malu kepada saudaranya maka ketahuillah bahawa dia
telah berpisah darinya.
- Hendaklah
engkau memuji sesiapa yang bertindak kasar. Tidak beradap sopan denganmu
dan menyatakan kesalahanmu dan janganlah engkau memuji sesiapa yang
menyatakan kebaikanmu dan yang memujuk rayumu pengampu.
- Orang
yang paling bodoh ialah apabila diceritakan sesuatu kepadanya maka dia
lupa dan apabila dia bercakap maka dia gopoh dalam percakapannya dan
apabila dia didorong melakukan keburukan maka dia terus melakukan
keburukan tersebut.
- Pilihlah
untuk menjadi mereka yang kalah sedang engkau adalah seorang yang adil dan
janganlah engkau pilih untuk menjadi pemenang sedang engkau adalah zalim.
- Cabutlah
kejahatan daripada dada (hati) orang lain dengan cara menanggalkan kejahatan
daripada dadamu terlebih dahulu.
- Menunaikan
amanah adalah kunci rezeki.
Ali Bin Abi Thalib
Pahlawan Islam Terbilang
Sejarah telah mencatatkan bahawa Saiyidina Ali Bin Abi
Thalib bukan sahaja seorang sahabat besar Rasullullah s.a.w serta yang paling
dicintai oleh Rasullullah s.a.w bahkan beliau juga seorang manusia luar biasa
yang memiliki ilmu bagaikan lautan, kefasihan lidahnya yang tiada bandingan
sebagai seorang ahli sastera dan pidato, di samping seorang pahlawan yang tiada
seorang pun dapat menafikan kehandalannya di antara barisan pahlawan-pahlawan
yang terbilang.
Mula
Memeluk Islam
Saiyidina Ali Bin Abi Thalib telah memeluk Islam ketika
berumur 8 tahun dan merupakan kanak-kanak yang mula-mula sekali memeluk Islam.
Setengah riwayat menyatakan bahawa beliaulah yang paling dahulu Islam dari Saiyidina
Abu Bakar As-Siddiq. Saiyidina Ali Bin Abi Thalib termasuk ahli keluarga
Rasulullah s.a.w. sendiri kerana beliau adalah anak saudara baginda yang
membesar dalam asuhan dan pemeliharaan Rasulullah s.a.w. Saiyidina Ali Bin Abi
Thalib dilahirkan dalam Kaabah, kiblat yang menjadi kerinduan ummat Islam.
Mula-mula yang dilihatnya ialah Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah sedang
sembahyang. Ketika beliau ditanyakan kenapa memeluk Islam tanpa lebih dahulu mendapat
izin ayahnya, Ali Bin Abi Thalib menjawab, ‘Apa perlunya aku benmesyuarat
dengan ayah demi untuk mengabdi kepada Allah?
Pada mulanya agama Islam hanya berkembang di sekitar
lingkungan rumah Rasulullah s.a.w. sahaja, yakni berkisar pada diri Rasulullah
s.a.w., isterinya Siti Khadijah, Ali Bin Abi Thalib dan Zaid Bin Haritsah. Pada
suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. telah mengundang sekelian sanak saudaranya pada
satu jamuan di rumahnya. Setelah mereka itu datang maka Rasulullah s.a.w. pun
menerangkan kepada mereka itu tentang agama Islam yang dibawanya itu. Maka Abu
Lahab memutuskan pembicaraannya serta menyuruh hadirin yang lain supaya
meninggalkan jamuan makan itu. Pada keesokan harinya Rasulullah s.a.w.
mengadakan pula jamuan makan, dan setelah selesai bensantap, maka bersabdalah
Rasulullah s.a.w.
‘Saya rasa tidak ada seorang yang membawa sesuatu yang
lebih mulia daripada yang ku bawa sekarang. Maka siapakah di antara kalian yang
akan menolongku?’
Tatkala mendengarkan rayuan Rasul itu mereka semua marah
lalu bangkit untuk meninggalkan rumah itu. Tetapi Ali Bin Abi Thalib yang masih
lagi belum baligh ketika itu lantas bangun seraya berkata, ‘Hai Rasulullah,
akulah yang akan menolongmu. Aku akan memerangi sesiapa sahaja yang akan
memerangimu,’ lalu disambut oleh hadirin dengan tertawa sambil melihat-lihat
Abu Thalib dan anaknya itu. Kemudian meneka meninggalkan rumah Rasul itu sambil
mengejek-ejek.
Saiyidina Ali Bin Abi Thalib pernah benkata, ‘Aku telah
menyembah Allah s.w.t lima tahun sebelum disembah sesiapa pun dari ummat
Muhammad ini.’
Bahkan beliau adalah salah seorang yang pertama
bersembahyang bersama Rasulullah s.a.w. Dalam hubungan ini Anas Bin Malik
pernah berkata, ‘Muhammad diangkat menjadi Rasulullah pada hari Isnin, sedang
Ali Bin Abi Thalib sudah ikut sembahyang bersama baginda Rasul pada keesokan
harinya.’
Abu Thalib, bapa saudara Rasulullah s.a.w adalah seorang
yang miskin lagi susah hidupnya serta mempunyai ramai anak. Maka dengan maksud
untuk meringankan beban Abu Thalib itulah atas fikiran. Rasulullah s.a.w, Saiyidina
Abbas Bin Abu Muttalib telah mengambil Jaafar menjadi tanggungannya sedang
Rasul sendiri mengambil Ali Bin Abi Thalib. Dengan hal demikian tumbuhlah Ali
Bin Abi Thalib sebagai seorang pemuda di tengah-tengah keluarga Rasulullah dan
langsung memperoleh asuhan dan baginda. Saiyidina Ali Bin Abi Thalib banyak
mengambil tabiat Rasulullah s.a.w. dan beliaulah yang terdekat sekali
hubungannya dengan Rasul serta yang paling dicintainya.
Demikian akrabnya Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dengan
Rasulullah s.a.w. hinggakan beliau hampir-hampir tidak pernah berpisah
sejengkal pun dari Rasulullah s.a.w. baik pada waktu suka mahupun pada waktu
susah. Pergonbanannya terhadap Islam dan Rasulnya adalah demikian besar sekali
dan akan selamanya menjadi contoh keutamaan yang tiada bandingannya dalam
sejarah umat Islam.
Menyelamatkan
Diri
Tatkala Rasulullah s.a.w. melakukan hijrah ke Madinah di
atas penintah Allah s.w.t bagi menyelamatkan dirinya dari rancangan pihak
musyrikin Quraisy yang bertujuan hendak membunuhnya, maka kepada Saiyidina Ali
Bin Abi Thalib ditugaskan oleh baginda untuk tidur di tempat tidurnya pada
malam yang sangat genting itu. Walaupun tugas itu sangat berat dan merbahaya
sekali namun Saiyidina Ali Bin Abi Thalib sebagai sifatnya seorang pejuang yang
sejati, telah menyanggupi tugas tersebut dengan hati yang ikhlas dan gembira,
kerana beliau mengerti bahawa berpeluang menyerahkan nyawanya demi untuk
menebus seorang Rasul. Bahkan beliau juga mengerti bahawa tugas yang dilaksanakannya
itu akan merupakan pengorbanan yang tidak ada tolok bandingannya kemudian hari.
Setelah Rasulullah s.a.w. selamat sampai ke Madinah, tidak
lama kemudiannya tibalah pula rombongan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib Apakala
ramai kaum Muhajinin sampai di kota Madinah itu, Rasullullah s.a.w. telah
mempersaudarakan antana golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Tetapi
anihnya dalam hubungan ini Rasulullah tidak mempersaudarakan Saiyidina Ali Bin
Abi Thalib dengan sesiapapun juga, hanya baginda berkata kepada Saiyidina Ali
Bin Abi Thalib, demikian sabdanya, ‘Wahai Ali Bin Abi Thalib, engkau adalah
saudaraku di dunia dan saudaraku juga di akhirat.’
Demikian jelaslah bahawa baginda telah mempersaudarakan Saiyidina
Ali Bin Abi Thalib dengan diri baginda sendiri. Kesayangan Rasulullah s.a.w.
terbukti dengan menjodohkan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dengan puteri yang
paling disayanginya iaitu Fatimah AzZahrah, seorang wanita yang paling utama di
syurga, padahal sebelum itu Fatimah sudah pernah dilamar oleh Saiyidina Abu
Bakar dan Saiyidina Umar Al Khattab tetapi Rasul menolaknya dengan lemah lembut
dan dengan cara yang bijaksana.
Sebagai seorang yang gagah berani dan sahabat yang paling
disayangi baginda Rasul, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib tidak pernah ketinggalan
dalam mana-mana peperangan baik besar mahupun kecil yang dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w. Beliau telah melakukan peranan yang penting dalam Peperangan
Badar yang terkenal itu. Ketika itu beliau merupakan seorang pemuda yang gagah
dan tampan masih dalam lingkungan 20an lagi.
Dalam peperangan itulah buat pertama kalinya Rasulullah
s.a.w. telah menyerahkan panji-panji peperangan kepada Saiyidina Ali Bin Abi
Thalib dimana beliau telah menjalankan tugasnya dalam peperangan tersebut
dengan cemerlang sekali. Setelah peperangan tamat para sahabat tidak menemui
Rasulullah s.a.w. di tengah-tengah mereka. Dalam keadaan mereka tertanya-tanya
itu tiba-tiba muncul Rasulullah s.a.w. bersama Saiyidina Ali Bin Abi Thalib
seraya baginda bersabda, ‘Saya sebenarnya ada di belakang kalian sedikit kerana
merawati perut Ali Bin Abi Thalib yang luka.
Dari peristiwa ini dapatlah dilihat betapa besarnya
kecintaan baginda tenhadap Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dan bagaimana pula
besarnya pengorbanan Ali Bin Abi Thalib dalam menegakkan kemuliaan Agama Islam.
Tetap
Di Samping Rasulullah
Dalam apa juga peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w., Saiyidina Ali Bin Abi Thalib tetap berada di samping baginda. Pada
suatu ketika iaitu dalam Perang Tabuk, tiba-tiba Rasulullah s.a.w. tidak
membenarkan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib untuk menyertai baginda hingga sikap
Rasulullah s.a.w. itu telah dijadikan modal fitnah oleh pihak musuh-musuh Islam
serta kaum munafik konon baginda tidak senang hati terhadap Saiyidina Ali Bin
Abi Thalib.
Jika tidak demikian masakan baginda menegahnya menyertai
perang. Sebagai seorang yang benar dan mencintai kebenaran Saiyidina Ali Bin
Abi Thalib kurang berasa senang mendengar desas-desus yang kurang menyenangkan
itu lantas beliau terus menjumpai Rasul untuk meminta penjelasan. Sebagai
menghilangkan keraguan beliau itu, Rasul lalu bersabda
kepadanya, ’Tidakkah engkau rela hai Ali Bin Abi Thalib, kedudukanmu di
sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa?’
Mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w yang menyejukkan
jiwanya itu maka barulah puas Saiyidina Ali Bin Abi Thalib. Perkataan
Rasulullah s.a.w itu terang memperlihatkan betapa besarnya kecintaan dan
penghormatan baginda terhadap dirinya.
Dalam Perang Khaibar pula di mana sebuah ibu kota kaum
Yahudi sukar dapat ditakluki oleh angkatan tentera Islam, Saiyidina Ali Bin Abi
Thalib telah memainkan peranannya yang utama sekali. Pada mulanya pihak Islam
gagal untuk menakluki kota tersebut sekalipun telah dilakukan pengepungan
beberapa hari lamanya. Dalam detik-detik yang sukar itulah akhirnya Rasulullah
s.a.w. bersabda ’Saya akan menyerahkan panji-panji peperangan esok pada
seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan dicintai oleh Allah dan
Rasul-Nya’.
Sekelian panglima pasukan masing-masing mengharapkan agar
dirinya akan diserahkan panji-panji tersebut kerana setiap mereka bercita-cita
hendak mendapatkan kemuliaan yang begitu besar sebagai seorang yang mencintai
Allah dan Rasul-Nya dan dicintai pula oleh Allah dan Rasul-Nya. Pada keesokan
harinya, setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah s.a.w. lantas mencari-cari
Saiyidina Ali Bin Abi Thalib.
Nyatalah bahawa Saiyidina Ali Bin Abi Thalib tidak ada di
situ kenana ketika itu Ali Bin Abi Thalib mengidap sakit mata. Kemudian
bersabdalah Rasul ‘Panggillah Ali Bin Abi Thalib ke mari menjumpai saya.’ Saiyidina
Ali Bin Abi Thalib yang sedang sakit kedua matanya itu lalu datang mengadap
Rasulullah s.a.w. seraya baginda pun meludah kepada mata beliau yang sakit itu.
Maka dengan serta merta sahaja sembuhlah mata beliau.
Kemudian Rasul pun menyerahkan panji-panji kepada Saiyidina All Maka benteng
yang sudah berhani-hari tidak dapat ditembus itu akhirnya dapat dikalahkan di
bawah pimpinan panglima Ali Bin Abi Thalib.
Satu lagi peperangan di mana Saiyidina Ali Bin Abi Thalib
memperlihatkan kegagahan dan keberaniannya yang luarbiasa ialah tatkala
berlakunya Perang Khandak atau Ahzab. Perang ini adalah antara pihak Islam
dengan angkatan musyrik Mekah yang mendapat bantuan dari puak-puak Arab yang
lain serta orang-orang Yahudi.
Orang-orang Islam telah menggali parit-parit yang
digelarkan Khandak di sekeliling kota Madinah sebagai jalan untuk membendung
kemaraan pihak musuh danipada memasukinya. Jumlah pihak musuh adalah kira-kira
10,000 orang tetapi mereka tidak dapat masuk kerana tenhalang oleh parit-parit.
Namun begitu mereka terus mengepung kota itu selama 15 hari lamanya. Kemudian
Allah s.w.t turunkan angin ribut dari tentera Allah yang tidak kelihatan
memukul dan menerbangkan khemah-khemah serta alat perang musuh sehingga mereka
pun mengundurkan diri dengan penuh kekecewaan.
Semasa peperangan inilah diriwayatkan bahawa beberapa
pahlawan musyrik Quraisy telah dapat menyeberangi parit dengan menunggang kuda.
Di antara mereka ialah Amru Bin Abdi Wid, Ikrimah Bin Abu Jahal dan Dhiraar
Ibnul Khattab. Apakala mereka itu telah berada di seberang parit, tiba-tiba
Amru Bin Wid telah bertempik meminta lawan untuk beradu kekuatan dengan pihak
pahlawan-pahlawan Islam. Dia mencabar seraya berkata, ‘Siapa di antara kalian
yang berani berlawan dengan aku, silakan!’
Cabaran itu lantas disambut oleh Saiyidma Ali Bin Abi
Thalib yang kemudiannya terus meminta izin dari Rasulullah s.a.w. untuk melawan
pahlawan musyrik itu. Kata Ali Bin Abi Thalib, ‘Saya akan melawan dia, ya Nabi
Allah, izinkanlah saya.’
Tetapi Rasulullah s.a.w. telah menahannya dengan sabdanya,
‘Duduklah engkau hai Ali Bin Abi Thalib! Tidakkah engkau tahu dia Amru.’
Amru kemudian minta lawan lagi berulang-ulang hingga dua
kali. Setiap ia mencabar, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib telah berdiri
menyahutnya tetapi Rasulullah senantiasa menyuruhnya duduk sambil mengingatkan
bahawa lawannya itu bukan padannya kenana Amru itu memang terkenal gagah lagi
perkasa.
Namun begitu Saiyidina Ali Bin Abi Thalib tetap juga mengatakan,
‘Sekalipun dia itu Amru, hai Nabi Allah, saya tidak takut melawannya.
Izinkanlah saya menemuinya. Akhirnya Rasulullah s.a.w. mengizinkannya untuk
melawan musuh yang keadaan orangnya lebih tua, lebih besar lagi lebih
berpengalaman dari dirinya itu.
Sebelum Saiyidina Ali Bin Abi Thalib pergi mendapatkan
musuhnya yang menanti itu, Rasulullah s.a.w. telah membekalnya dengan pedangnya
lalu kemudian berdoa ke hadrat Allah s.w.t untuk keselamatan Saiyidina Ali Bin
Abi Thalib. Tidak lama kemudian tampillah Saiyidina Ali Bin Abi Thalib ke
hadapan. Manakala Amru melihatnya dia tidak dapat mengenalinya kerana muka dan
kepala Saiyidina Ali Bin Abi Thalib bertopeng besi lalu disoalnya: ‘Siapa
engkau, hai pahlawan?’
Jawapnya, ‘Ali Bin Abi Thalib!’
Tanya Amru lagi, ‘Ali Bin Abi Thalib, anak Abdul Manaf?’
Jawab Ali Bin Abi Thalib, ‘Ali Bin Abi Thalib, anak Abu
Thalib.’
Mendengar nama itu Amru enggan hendak melawannya seraya
katanya untuk memperkecilkan kehandalan Ali Bin Abi Thalib ‘Wahai anak
saudaraku! Lebih baik orang lain sahaja engkau suruh melawan aku. Panggillah
bapa-bapa saudaramu yang lebih kuat danipadamu. Aku benci menumpahkan darahmu,
kerana aku memandang ayahmu seorang sahabat baikku.’
Saiyidina Ali Bin Abi Thalib lalu menjawab, ‘Tetapi aku,
demi Allah, tidak benci menumpahkan darahmu.’
Demi mendengarkan jawapan itu maka menjadi marahlah Amru
dan mulalah beliau hendak menyerangnya. Tetapi Saiyidina Ali Bin Abi Thalib
lalu berkata, ‘Macam mana aku hendak bertempur denganmu padahal engkau di atas kuda.
Turunlah ke mari sama-sama aku di bawah.’
Mendengar itu Amru telah menghambur dari kudanya,
dihunusnya pedangnya itu dan untuk menunjukkan garangnya ditetak kudanya,
dicincangnya mukanya supaya tidak boleh lari. Kemudian beliau mara ke hadapan
mendapatkan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib yang disambut pula olehnya dengan
mengacukan perisainya yang dibuat daripada kulit. Amru telah menetaknya,
perisainya tersiat sedang pedangnya pula melekat di situ dan mengenai kepala Saiyidina
Ali Bin Abi Thalib Maka Saiyidina Ali Bin Abi Thalib pun membalas menetak bahu
Amru. Beliau tersungkur rebah serta mati di situ juga.
Saiyidina Ali Bin Abi Thalib lantas memekikkan takbir,
‘Allahu Akbar yang disambut pula dengan pekikan takbir yang bengemuruh di
angkasa oleh kaum Muslimin yang menyasikannya, sebagai tanda kesyukunan di atas
kemenangannya. Dan dengan kematian Amru itu kawan-kawannya yang lain
bertempiaran lari mengundurkan diri.
Tugasan
Yang Berat
Rasulullah s.a.w. selalu memilih Saiyidina Ali Bin Abi
Thalib untuk diberikan tugas dalam pekerjaan-pekerjaan yang amat berat, yang
memerlukan keberanian yang luarbiasa serta ketabahan yang besar. Pada suatu
masa, Rasulullah s.a.w. telah mengutus pahlawan Islam Khalid Bin Walid ke
negeri Yaman untuk melaksanakan tugas sebagai pemenintah dan mubaligh Islam di
negeri itu.
Setelah bekerja selama enam bulan ternyata Khalid tidak
berjaya memperoleh hasil yang diharapkan walaupun setelah bekerja bertungkus
lumus. Kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengutuskan pula Saiyidina Ali Bin Abi
Thalib untuk menggantikan tempat Khalid Bin Walid sebagai mubaligh dan
pemenintah di sana. Demi apakala penduduk Yaman mendengar bahawa Saiyidina Ali
Bin Abi Thalib yang telah mereka kenal sebagai ‘Harimau Padang Pasir’ itu
ditugaskan sebagai pemerintah yang baru maka bersegeralah mereka berkumpul
hingga akhirnya Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dapat melakukan sembahyang subuh
bersama-sama mereka.
Setelah selesai sembahyang subuh, Saiyidina Ali Bin Abi
Thalib pun membacakan surat dakwah di hadapan para hadirin. Maka seluruh
penduduk dan kaum Hamdan sekeliannya memeluk Islam pada hari itu. Dalam laporan
yang dikirimkan oleh beliau kepada Rasulullah s.a.w. Saiyidina Ali Bin Abi
Thalib telah mengisahkan peristiwa yang telah terjadi itu.
Setelah Rasulullah s.a.w. membaca laporan tersebut
segeralah baginda sujud menyembah Allah sebagai tanda syukur atas kejadian itu
senaya bersabda, ‘Sejahteralah penduduk Hamdan.’
Selaku pemerintah dan mubaligh di Yaman, Saiyidina Ali Bin
Abi Thalib juga telah diperintahkan untuk menjadi hakim dalam bidang
pengadilan. Oleh kenana beliau berasa dirinya kurang pakar dalam bidang
pengadilan itu maka dengan terus-terang dan ikhlas beliau berkata kepada
Rasulullah s.a.w., ‘Ya Rasul Allah, saya tidak mengerti dan tidak mempunyai kepakaran
yang cukup mengenai hal pengadilan ini.’
Mendengar perkataan Saiyidina Au itu segeralah Rasulullah
s.a.w. menyapu dada beliau dengan tangan Rasulullah s.a.w. sendiri sambil
bersabda, ’Ya Allah, bukalah dada Ali Bin Abi Thalib untuk menerima ilmu
dan lapangkanlah ucapannya dalam soal pengadilan’.
Adalah diriwayatkan bahawa berkat doa Nabi Muhammad s.a.w.
itu Saiyidina Ali Bin Abi Thalib kemudiannya menjadi seorang hakim yang bijak
lagi adil hukumannya. Baik pada zaman Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mahupun
pada zaman Saiyidina Umar Al-Khattab selalulah Saiyidina Ali Bin Abi Thalib
diajak bermesyuarat dalam memutuskan sesuatu masalah yang dihadapi oleh
Khalifah-Khalifah itu. Bahkan Saiyidina Umar Al-Khattab biasanya enggan
memutuskan sesuatu keputusan sebelum lebih dahulu Saiyidina Ali Bin Abi Thalib
diajaknya berunding.
Demikianlah beberapa kisah riwayat tentang peranan yang
pernah dilakukan oleh Saiyidina Ali Bin Abi Thalib pada zaman hidupnya
Rasulullah s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w. wafat, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib
tidak mempunyai kesempatan untuk menyertai pertemuan para sahabat dan golongan
Muhajirin dan Ansar di Balai Bani Saidah hingga terpilihnya Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq sebagai Khalifah.
Sebabnya ialah ketika itu beliau sibuk menguruskan jenazah
Rasulullah s.a.w. Pada hari yang penuh dukacita itu, beliau sama sekali tidak
menghiraukan permesyuaratan yang berlangsung di Balai Bani Saidah itu kerana
beliau sibuk dengan tugas-tugas pengkebumian jenazah Rasulullah s.a.w. serta
mententeramkan sekelian keluarga Rasulullah s.a.w.Permesyuaratan di Balai Bani
Saidah hampir-hampir sahaja menimbulkan keadaan yang kacau tetapi akhirnya
dapat ditenteramkan dengan terpilihnya Saiyidina Abu Bakar sebagai Khalifah
pertama sesudah Rasulullah s.a.w.
Pada mulanya Saiyidina Ali Bin Abi Thalib enggan memberikan
persetujuannya terhadap pemilihan Abu Bakar As-Siddiq sebagai Khalifah, bukan
kerana benci atau kurang senang terhadap Saiyidina Abu Bakar bahkan kerana rasa
hati beliau yang sedang remuk redam disebabkan hilangnya Rasulullah s.a.w. Enam
bulan kemudian setelah isteri beliau iaitu Siti Fatimah meninggal dunia, maka
baharulah Saiyidina Ali Bin Abi Thalib memberikan persetujuannya secara rasmi
terhadap pengangkatan Saiyidina Abu Bakar sebagai Khalifah. Saiyidina Abu Bakar
pun selaku pemerintah umat yang agung, tidak pernah meninggalkan Saiyidina Ali
Bin Abi Thalib di dalam permesyuaratan penting.
Apakala Saiyidina Umar Al-Khattab menjadi Khalifah yang
kedua, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib tetap memperoleh kemuliaan dan penghormatan
dan Saiyidina Umar sepertimana yang dinikmatinya semasa pemenintah Abu Bakar
Walaupun diketahui bahawa Umar Al-Khattab terkenal sebagai sahabat yang sangat
ahli dan bijak dalam bidang hukum, namun baginda sering minta bantuan kepada Saiyidina
Ali Bin Abi Thalib di dalam menyelesaikan beberapa hal yang sukar-sukar bahkan
pernah diriwayatkan orang bahawa Saiyidina Umar Al-Khattab tidak suka
merundingkan soal-soal yang sukar tanpa dihadiri oleh Saiyidina Ali Bin Abi
Thalib .
Setelah kematian Saiyidina Umar Al-Khattab jawatan Khalifah
akhirnya jatuh pula ke tangan Saiyidina Uthman Bin Affa’n Namun begitu Saiyidina
Ali Bin Abi Thalib tetap memberikan persetujuannya serta ketaatannya kepada
Khalifah Uthman sekalipun dirinya juga bercita-cita agar terpilih sebagai
Khalifah.
Pandangan
Berubah
Sungguhpun demikian, kesayangan Khalifah Uthman yang
berlebih-lebihan terhadap kaum kerabatnya sendiri menyebabkan pandangan Saiyidina
Ali Bin Abi Thalib dalam beberapa hal berubah terhadap Khalifah. Bahkan
sebahagian danipada penduduk melihat seolah-olah terdapat keretakan dalam
hubungan antara dua tokoh besar itu.
Keadaan inilah yang menyebabkan setengah-setengah pihak
yang memusuhi Saiyidina Ali Bin Abi Thalib menuduh Saiyidina Ali Bin Abi Thalib
terlibat dalam pembunuhan Saiyidina Uthman Bin Affan Padahal yang sebenarnya Saiyidina
Ali Bin Abi Thalib sama sekali tidak bertanggungjawab dalam perkara yang
terjadi ke atas Khalifah Uthman.
Bahkan beliaulah sahabat yang paling mengambil berat
terhadap keselamatan Khalifah. Ketika rumah Khalifah Uthman dikepung oleh puak
pemberontak, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib segera mengirim puteranya Saiyidina
Hasan supaya menjaga keselamatan Khalifah.
Tetapi ketika Saiyidina Hasan Bin Ali Bin Abi Thalib datang
ke rumahnya untuk menawarkan bantuan, Khalifah Uthman menolak bantuannya serta
menyuruhnya pulang. Lebih dari itu, apakala Saiyidina Ali Bin Abi Thalib
mendengar khabar tentang pembunuhan Khalifah Uthman beliau telah memukul
anaknya Hasan serta mengancam Muhammad Bin Talhah kerana dianggapnya kurang
rapi menjalankan tugas menjaga keselamatan Saiyidina Uthman.
Saiyidina Ali Bin Abi Thalib akhinnya telah dipilih
kemudiannya sebagai Khalifah selepas kewafatan Khalifah Uthman sedang ketika
itu sebahagian besar para sahabat Rasulullah s.a.w. sudah berselerak di pelosok
kota-kota di seluruh wilayah Islam. Yang masih tinggal di Madinah hanya
sebahagian kecil sahaja. Setelah jawatan Khalifah jatuh kepadanya maka
baharulah Saiyidina Ali Bin Abi Thalib cuba bemtindak untuk membawa garis
politik seperti yang pernah dijalankan oleh Rasulullah s.a.w., Khalifah Abu
Bakar dan Khalifah Umar Al-Khattab Tetapi keadaan masyarakat dan umat sudah
jauh berubah disebabkan perkembangan ekonomi dan pembangunan yang diakibatkan
oleh perluasan takluk Islam.
Cita-cita Saiyidina Ali Bin Abi Thalib untuk membawa
kembali dasar pemerintahan umat sebagaimana zaman Rasulullah dan Saiyidina Abu
Bakan dan Umar telah menghadapi rintangan dari pihak-pihak yang bersimpati
dengan Saiyidina Uthman yang menuduhnya bertanggungjawab dalam peristiwa
pembunuhan itu.
Disebabkan adanya golongan yang keras rnenentang sikapnya
itu seperti Muawiyah Bin Abu Sufyan dan pembantunya Amru Bin Al As maka
tenjadilah satu perbalahan yang sengit antara dua golongan itu. Satu
pertelingkahan yang panjang yang mengakibatkan pertumpahan darah di antara
sesama umat Islam.
Muawiyah berkeras enggan mengakui Saiyidina Ali Bin Abi
Thalib sebagai Khalifah senta menuntut baginda mengenakan hukuman tenhadap
orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Saiyidina Uthman Sedang Saiyidina
Ali Bin Abi Thalib pula terlebih dahulu telah memecat Muawiyah sebagai gabenor
Syam dan juga tokoh-tokoh yang pemnah dilantik oleh Khalifah Uthman atas dasan
kekeluargaan. Akibatnya maka berlakulah peperangan yang berpanjangan antara
pihak Khalifah Ali Bin Abi Thalib dengan pihak penyokong Muawiyah Bin Abu
Sufyan yang terdiri dari penduduk negeri Syam. Kesudahan dari perbalahan yang
panjang itu Saiyidina Ali Bin Abi Thalib akhirnya telah mati terbunuh oleh
pengikut golongan Khawarij.
Sejarah
Islam
Islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama
diturunkan kepada rasul yang terakhir iaitu Muhammad Bin Abdullah atau
Rasulullah s.a.w di Gua Hira’, Arab Saudi. Sejarah Islam menceritakan
perkembangan Islam sehinggalah sekarang. Islam muncul di Semenanjung Arab pada
kurun ke-7 Masehi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah
s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh
Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam
berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.
Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam
seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk,
kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan
Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat
pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung.
Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari
negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19 Masehi, banyak kawasan-kawasan
Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia Pertama, Empayar
Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi. Semenanjung
Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju.
Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada
sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah
tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya
berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang
paling penting sekali Kaabah.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah
dalam Tahun Gajah iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April
(570 atau 571 Masehi). Baginda merupakan seorang anak yatim apabila
ayahnya Abdullah Bin Abdul Muttalib meninggal dunia semasa beliau
masih dalam kandungan dan emaknya Aminah Binti Wahab meninggal dunia
semasa beliau berusia 7 tahun.
Kemudian beliau dijaga oleh datuknya Abdul Muthalib.
Setelah datuknya meninggal baginda dijaga pula oleh pakciknya iaitu Abu
Thalib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah semasa beliau
berusia 25 tahun dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman. Baginda pernah
menjadi penggembala kambing. Selain itu baginda seorang yang sangat amanah
semasa bekerja bersama Khadijah dalam menjalankan perniagaan wanita yang
terhormat itu.
Baginda pernah diangkat menjadi hakim. Baginda tidak
menggemari suasana Mekah yang penuhi dengan masyarakat yang mempunyai masalah
sosial yang tinggi. Selain dari memperdagangkan berhala, masyarakat Jahilliah
turut menanam bayi-bayi perempuan. Baginda banyak menghabiskan masa mencari
ketenangan di Gua Hira’.
Sehinggala ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang
40 tahun, baginda telah didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa
ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan
terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah. Pada
tahun 622 Masehi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa
ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar
Islam.
Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad
s.a.w memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam
terkorban. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka
Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.,
seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.
Perkembangan
Islam
Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi
Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan
Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki
Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas
pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin.
Khulafa
Al-Rasyidin
- 632
Masehi - Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saiyidina Abu
Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn
Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan
Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah Al-Kazzab.
- 633
Masehi - Pengumpulan Al-Quran bermula.
- 634
Masehi - Kewafatan Saiyidina Abu Bakar. Saiyidina Umar
Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan
seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
- 635
Masehi - Penawanan Madain, ibu kota Empayar Parsi Sassanid.
- 636
Masehi - Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
- 637
Masehi - Mesir ditawan.
- 638
Masehi - Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
- 640
Masehi - Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
- 644
Masehi - Saiyidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saiyidina Uthman
Affan menjadi khalifah.
- 645
Masehi - Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
- 646
Masehi - Kempen menentang Byzantium.
- 647
Masehi - Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan dan diketuai oleh Muawiyah
Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantium. Empayar
Parsi Sassanid ditumpaskan.
- 648
Masehi - Pemberontakan menentang pemerintahan Saiyidina Uthman.
- 656
Masehi - Saiyidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saiyidina Ali Bin Abi
Thalib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
- 657
Masehi - Saiyidina Ali Bin Abi Thalib memindahkan pusat pemerintahan
daripada Madinah ke Kuffah. Perang
Siffin meletus.
- 659
Masehi - Saiyidina Ali Bin Abi Thalib menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah.
Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
- 661
Masehi - Saiyidina Ali Bin Abi Thalib meninggal dunia kerana dibunuh.
Tamatnya pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Saiyidina Hasan (cucu
Rasulullah s.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 umat Islam
menggantikan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib.
- 661
Masehi - Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saiyidina Hasan memerintah, 2
kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saiyidina Hasan di Kuffah
dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran
besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan
rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan
pertimbangan persatuan umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima
secara bersyarat oleh Khalifah Saiyidina Hasan dengan kekuasaan
Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu
kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah)
dalam sejarah Umat Islam. Sejak itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam
yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama
yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun
(Daulah Ummaiyyah) dari Daulah Ummaiyyah ini kemudian berlanjut kepada
Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah,
Usmaniyah dan lain-lain.
Kerajaan
Bani Ummaiyyah
- 661
Masehi - Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani
Ummaiyyah.
- 670
Masehi - Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
- 677
Masehi - Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke
atas Konstantinopel.
- 680
Masehi - Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa
pembunuhan Saiyidina Hussein.
- 685
Masehi - Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa
Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
- 700
Masehi - Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
- 711
Masehi - Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
- 712
Masehi - Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan
Transoxiana.
- 713
Masehi - Penaklukan Multan.
- 716
Masehi - Serangan ke atas Konstantinopel.
- 717
Masehi - Umar Bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang
hebat dijalankan.
- 725
Masehi - Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
- 749
Masehi - Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kuffah, Iraq di tangan
tentera Abbasiyyah.
- 750
Masehi - Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan
Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Kerajaan
Bani Abbasiyyah
- 752
Masehi - Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
- 755
Masehi - Pemberontakan Abdullah Bin Ali Bin Abi Thalib.
Pembunuhan Abu Muslim.
- 756
Masehi - Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah
Sepanyol.
- 763
Masehi - Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah
di Sepanyol.
- 786
Masehi - Harun Al-Rashid menjadi Khalifah.
- 792
Masehi - Serangan ke atas selatan Perancis.
- 800
Masehi - Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta
oleh Al-Khawarizmi.
- 805
Masehi - Kempen menentang Byzantium. Penawanan
Pulau Rhodes dan Cyprus.
- 809
Masehi - Kematian Harun Al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi
khalifah.
- 814
Masehi - Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma’mun.
Al-Amin terbunuh dan Al-Ma’mun menjadi khalifah.
- 1000
Masehi - Masjid Besar Cordoba siap dibina.
- 1005
Masehi - Multan dan Ghur ditawan.
- 1055
Masehi - Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan
Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila
tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
- 1085
Masehi - Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
- 1091
Masehi - Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana
tamat.
- 1095
Masehi - Perang Salib pertama berlaku.
- 1099
Masehi - Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua
penduduknya.
- 1144
Masehi - Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian.
Perang Salib kedua berlaku.
- 1187
Masehi - Salahuddin Al-Ayyubi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera
Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
- 1194
Masehi - Tentera Muslim menawan Delhi, India.
- 1236
Masehi - Tentera Kristian tawan Cordova (di Sepanyol).
- 1258
Masehi - Tentera Mongol menyerang dan memusnah-kan Baghdad.
Ribuan penduduk terbunuh. Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan
Bani Abbasiyyah - Seljuk.
- 1260
Masehi - Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan
pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Mekah dan Madinah) pimpinan
Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam
pertempuran di Ain Jalut.
Empayar
Turki Uthmaniyyah
- 1243
Masehi - Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap
di Asia Kecil.
- 1299
Masehi - Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki
Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
- 1301
Masehi - Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan.
Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
- 1345
Masehi - Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
- 1389
Masehi - Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
- 1402
Masehi - Timurlane, Raja Tartar (Mongol) telah berjaya
menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
- 1451
Masehi - Sultan Muhammad Al-Fateh menjadi pemerintah.
- 1453
Masehi - Konstantinopel ditawan oleh tentera Islam pimpinan
Sultan Muhammad Al-Fateh. Berakhirnya Empayar Byzantium.
- 1520
Masehi - Sultan Sulaiman Al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
- 1526
Masehi - Perang Mohacs
- 1529
Masehi - Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
- 1571
Masehi - Perang Lepanto berlaku.
- 1641
Masehi - Pemerintahan Sultan Muhammad IV
- 1683
Masehi - Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
- 1687
Masehi - Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
- 1703
Masehi - Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
- 1774
Masehi - Perjanjian Kucuk Kaynarca.
- 1792
Masehi - Perjanjian Jassy.
- 1793
Masehi - Sultan Selim III mengumumkan ‘Pentadbiran Baru’.
- 1798
Masehi - Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
- 1804
Masehi - Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
- 1815
Masehi - Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
- 1822
Masehi - Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
- 1826
Masehi - Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan
tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
- 1829
Masehi - Perjanjian Adrianople.
- 1830
Masehi - Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
- 1841
Masehi - Konvensyen Selat.
- 1853
Masehi - Bermulanya Perang Crimea.
- 1856
Masehi - Berakhirnya Perang Crimea.
- 1876
Masehi - Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
- 1878
Masehi - Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi
kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
- 1908
Masehi - Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali
sebagai Turki Muda telah ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah
pun dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
- 1912
Masehi - Perang Balkan pertama.
- 1913
Masehi - Perang Balkan kedua.
- 1914
Masehi - Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai
sekutu kuasa tengah.
- 1919
Masehi - Mustafa Kemal AtatĆ¼rk mendarat di Samsun.
- 1923
Masehi - Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisyti-harkan sebagai sebuah
Republik.
- 1924
Masehi - Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki
Uthmaniyyah.
Khulafa
Al-Rasyidin
Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa
ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil-wakil atau
khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris
kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad
s.a.w.. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat
atau pilihan khalifahsebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan
Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri
daripada empat sahabat iaitu:
- Saiyidina
Abu Bakar, 632-634 Masehi
- Saiyidina
Umar Al-Khatab, (Umar Al-Farouk) 634-644 Masehi
- Saiyidina
Uthman Affan, 644-656 Masehi
- Saiyidina
Ali Bin Abi Thalib, 656-661 Masehi
Selepas kematian Saiyidina Ali Bin Abi Thalib, pemerintahan
jatuh kepada Muawiyah yang mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Hassan Bin Ali Bin Abi Thalib dan Umar Bin Abdul Aziz sering
dikaitkan dengan Khulafa ar-Rasyidin.
Hassan
Bin Ali Bin Abi Thalib
Setelah ayahnya, Ali Bin Abi Thalib, meletakkan jawatan
demi keamanan Muslimin, walaupun pucuk pemerintahan sudah diambil Muawiyah,
penyokong Ali Bin Abi Thalib telah mengangkat Hassan sebagai khalifah di Iraq
tetapi telah digulingkan oleh Muawiyah dalam tahun yang sama. Pilihan ini
dirakam sebagai pilihan waris pertama dalam sejarah khalifah kerana tiada
persetujuan am diadakan. Muawiyah kemudian memulakan zaman Ummaiyyah,
zaman khalifah warisan yang pertama.
Umar
Bin Abdul Aziz
Beliau memang seorang khalifah pada
zaman Ummaiyyah dan ternyata bukan antara Khulafa ar-Rasydin. Dikenali
sebagai Umar Al-Farouk, beliau juga dikenali sebagai seorang khalifah yang
agung kerana menyerupai datuknya, Umar Al-Farouk (Saiyidina Umar Al-Khatab)
dari segi sikap tegas tetapi adil dan kesentosaan yang dibawa kepada wilayahnya
semasa wilayah itu sedang kucar-kacir; punca beliau diangkat untuk memerintah.
Keagungan dan keadilan beliau menyebabkan beliau dikenali
dalam sejarah yang disebarkan luas ke mana-mana Islam disebarkan. Hal ini
menyebabkan beliau lebih terkenal daripada Hassan Bin Ali Bin Abi
Thalib dan disalah anggap sebagai antara Khulafa ar-Rasyidin. Namun begitu
para ulama bersepakat dan mengakui mengatakan bahawa beliau
adalah mujaddid bagi kurun pertama Hijrah.
Khalifah
Abu Bakar as-Siddiq
Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda
mengarahkan supaya Saiyidina Abu Bakar menimamkan solat orang Islam. Selepas
kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan
Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat
Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saiyidina Abu Bakar dilantik dan menjadi
khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saiyidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada
beberapa orang yang ingin melantik Saiyidina Ali Bin Abi Thalib sebagai
khalifah kerana Saiyidina Ali Bin Abi Thalib antaranya ialah
golongan Syiah. Tentangan itu tamat selepas Saiyidina Ali Bin Abi Thalib
membaiahkan Saiyidina Abu Bakar. Antara kejayaan yang diperoleh Saiyidina Abu
Bakar ialah melancarkan kempen untuk menghapuskan golongan Riddah dan
nabi palsu dalam siri Peperangan Islam-Riddah, pengumpulan Al-Quran,
dan berjaya menawan beberapa kawasan milik Empayar
Parsi dan Byzantium. Beliau meninggal dunia pada tahun 634.
Khalifah
Umar Al-Khatab
Semasa pemerintahan singkat Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina
Umar merupakan penasihat Saiyidina Abu Bakar. Saiyidina Abu Bakar mencalonkan Saiyidina
Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 Masehi.
Dengan itu Saiyidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.
Semasa pemerintah Saiyidina Umar, empayar Islam berkembang
dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi
daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan
menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan
Armenia daripada Byzantium (Rom Timur). Pada tahun 638, selepas
pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota
tersebut. Saiyidina Umar banyak melakukan perubahan terhadap sistem
pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru
ditakluk, memberi upah kepada tentera dan membuat jadual giliran bertugas,
mewujudkan pejabat pos untuk surat menyurat, menyelaras aliran sungai untuk
tujuan penanaman dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan.
Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kuffah dibina. Saiyidina Umar
meninggal dunia pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi
yang bernama Abu Lu’lu’ah.
Khalifah
Uthman Affan
Saiyidina Uthman menjadi khalifah selepas Saiyidina Umar
Al-Khatab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun
iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Antara pembaharuan yang
dibuat ialah menubuhkan Angkatan Tentera Laut yang diketuai
oleh Muawiyah dan membuat dasar terbuka dalam hubungan politik dan
urusan dagangan. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian
daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar
Islam. Saiyidina Uthman meninggal dunia pada tahun 656 akibat dibunuh
oleh pemberontak yang tidak puas hati dengan pemerintahannya.
Khalifah
Ali Bin Abi Thalib
Pada tahun 656 Masehi, khalifah ketiga Islam
iaitu Saiyidina Uthman Affan wafat kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri.
Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib
supaya menjadi khalifah tetapi Saiyidina Ali Bin Abi Thalib menolak. Tetapi
selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima untuk menjadi
khalifah.
Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di
kalangan umat Islam iaitu Perang Jamal (Perang Unta) antara tentera
pimpinan Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dengan pengikut Aishah Binti Abu
Bakar, Zubair ibn Awwam dan Talhah ibn Ubaidillah yang
mengakibatkan Zubair dan Talhah terkorban sementara Perang
Siffin pula membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di
Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir terkorban. Penentangan
ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua. Saiyidina
Ali Bin Abi Thalib meninggal dunia pada tahun 661 akibat dibunuh
ketika beliau hendak bersolat subuh.
Garis
Masa Khulafa Al-Rasyidin
Dimaklumkan bahawa catatan masa tahun-tahun pemerintahan
khalifah tidak berlaku pada hari pertama tahun baru.
Kronologi Khulafa Al-Rasyidin
- 632 Masehi
- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saiyidina Abu Bakar dilantik
menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria.
Kempen menentang Bani Tamim dan Musailimah.
- 633 Masehi
- Pengumpulan Al-Quran bermula.
- 634 Masehi
- Kematian Saiyidina Abu Bakar. Saiyidina Umar Al-Khatab dilantik
menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik.
- 635 Masehi
- Penawanan Madain.
- 636 Masehi
- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
- 637 Masehi
- Mesir ditawan.
- 638 Masehi
- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
- 640 Masehi
- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
- 644 Masehi
- Saiyidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saiyidina Uthman
Affan menjadi khalifah.
- 645 Masehi
- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
- 646 Masehi
- Kempen menentang Byzantium.
- 647 Masehi
- Perang di laut menentang angkatan laut Byzantium. Empayar
Parsi ditumpaskan.
- 648 Masehi
- Pemberontakan menentang pemerintahan Saiyidina Uthman.
- 656 Masehi
- Saiyidina Uthman meninggal dunia akibat dibunuh. Saiyidina Ali Bin
Abi Thalib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang
Jamal.
- 657 Masehi
- Saiyidina Ali Bin Abi Thalib memindahkan pusat pemerintahan
daripada Madinah ke Kuffah. Perang
Siffin meletus.
- 659 Masehi
- Saiyidina Ali Bin Abi Thalib menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah.
Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
- 661 Masehi
- Saiyidina Ali Bin Abi Thalib wafat. Tamatnya pemerintahan Khulafa
Al-Rasyidin. Muawiyah mengasas-kan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan