Rabu, 11 September 2013

Khalid Al-Walid



SMAHADZIR

KHALID IBNI AL-WALID atau Khalid Al-Walid (1 Julai 592- 1 Oktober 642) juga dikenali sebagai Saifullah Al-Maslul (bermaksud Pedang Allah Yang Terhunus atau Pedang Allah), adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantium dan tentera Parsi pada kurun ketujuh. Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan juga zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar Al-Khattab. Pencapaian terulung ialah di mana beliau berjaya mengalahkan pasukan Byzantium dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.

Khalid ibn Walid adalah bangsa Arab berketurunan Quraisy yang pernah suatu ketika dulu menentang Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika Perjanjian Hudaibiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada Nabi Muhammad s.a.w atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman Nabi Muhammad, beliau menyertai tentera Islam dalam Perang Muktah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, beliau dilantik menjadi panglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tentera Parsi dan tentera Byzantium Rom.

Khalid Bin Walid Masuk Islam

Dahulu sebelum masuk Islam nama Khalid bin Walid atau Khalid Al-Walid sangat termashyur sebagai Panglima Tentera Kaum Kafir Quraisy yang tidak terkalahkan. Baju kebesarannya berkancingkan emas dan mahkota di kepalanya bertatahkan berlian. Begitu gagah dan perkasanya Khalid Al-Walid baik di medan perang mahupun ahli dalam menyusun strategi perang.

Pada waktu Perang Uhud melawan tentera Muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w rama9 syuhada yang syahid terbunuh di tangan Khalid Al-Walid. Dengan suara yang lantang di atas perbukitan Khalid Al-Walid Walid berkata: ‘Hai Muhammad, kami sudah menang, kamu telah kalah dalam peperangan ini. Lihatlah bapa saudaramu Hamzah yang tewas tercabik-cabik tubuhnya dan lihatlah pasukanmu yang telah porak-poranda itu.’

Rasulullah s.a.w menjawab: ‘Tidak aku yang menang dan engkau yang kalah Khalid. Mereka yang gugur adalah syahid, sebenarnya mereka tidak mati wahai Khalid, mereka hidup di sisi Allah s.w.t penuh dengan kemuliaan dan kenikmatan, mereka telah berhasil pindah alam dari dunia menuju alam akhirat, menuju syurga Allah kerana membela Agama Allah gugur sebagai syuhada. Akan tetapi matinya tenteramu, matinya sebagai kafir dan dimasukkan ke Neraka Jahannam.’

Setelah itu Khalid Al-Walid memerintahkan pasukannya untuk kembali, sejak itu Khalid Al-Walid termenung terngiang selalu akan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w dan penasaran akan ketokohan Muhammad s.a.w. Maka Khalid Al-Walid mengutus seorang pengintip untuk memantau dan mengamati aktiviti Muhammad s.a.w setelah Perang Uhud tersebut.

Setelah cukup lama memerhatikan Rasulullah ss.a.w akhirnya utusan Khalid Al-Walid melaporkan hasil pengamatan tersebut. Kata utusan tersebut: ‘Aku mendengar semangat juang yang dikemukakan Muhammad kepada para pasukannya. Muhammad mengatakan: ‘Aku hairan kepada seorang panglima Khalid Al-Walid yang gagah perkasa dan cerdas, tetapi kenapa dia tidak faham dengan Agama Allah yang aku bawa, sekiranya Khalid Al-Walid tahu dan faham dengan agama yang aku bawa, dia akan berjuang bersamaku (Muhammad). Khalid Al-Walid akan aku jadikan juru rundingku yang duduk bersanding di sampingku.’

Kata-kata mutiara tersebut disampaikan pengintip Khalid Al-Walid di Mekah kepada panglimanya. Mendengar laporan pengintip tersebut semakin membuatkan Khalid Al-Walid risau dan resah hingga akhirnya beliau memutuskan untuk bertemu dengan Muhammad dengan menyamar dan menggunakan topeng menutup wajahnya hingga tidak d kenali oleh sesiapa pun.

Khalid Al-Walid berangkat seorang diri dengan menunggang kuda dan menggunakan baju kebesarannya yang berhias emas serta mahkota bertatah berlian namun wajahnya ditutupi topeng. Di tengah perjalanan Khalid Al-Walid bertemu dengan Bilal bin Rabah yang sedang bedakwah kepada para petani. Dalam diam-diam Khalid Al-Walid mendengar dan menyemak apa yang disampaikan oleh Bilal bin Rabah yang membacakan surah Al-Hujarat 49:13, yang bermaksud: ‘Hai manusia, Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal dengan baik. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang-orang yang paling bertakwa kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal.’

Buka Topeng

Khalid Al-Walid terperangah bagaimana mungkin Bilal bin Rabah yang kuketahui sebagai hamba abdi berkulit hitam dan buta huruf itu mampu berbicara seindah dan sehebat itu. Tentu itu benar perkataan dan firman Allah. Namun gerak-geri yang mencurigakan Khalid Al-Walid diketahui Sayyidina Ali bin Abi Thalib. Dengan lantang Sayyidina Ali berkata: ‘Hai penunggang kuda. Bukalah topengmu agar aku dapat mengenalimu, bila niatmu baik aku akan layani dengan baik dan bila niatmu buruk aku akan layani pula dengan buruk.’

Selepas itu Khalid Al-Walid pun membuka topengnya. Tampaklah wajah Khalid Al-Walid seorang panglima besar kaum kafir Quraisy yang berjaya di Perang Uhud. Dengan tatapan mata yang penuh karismatik Khalid Al-Walid berkata: ‘Aku ke mari punya niat baik untuk bertemu Muhammad dan menyatakan diriku masuk Islam.’

Wajah Sayyidina Ali yang sempat tegang berubah menjadi berseri-seri. ‘Tunggulah kau di sini Khalid, akau akan sampaikan berita gembira ini kepada Rasulullah s.a.w,’ Kata Ali Abi Thalib. Bergegas Sayyidina Ali menemui Rasulullah s.a.w dan menyampaikan maksud kedatangan Khalid Al-Walid panglima perang Quraisy tersebut. Mendengar berita yang disampaikan Sayyidina Ali, wajah Rasulullah s.a.w berseri-seri lalu mengambil serban hijau miliknya lalu dibentangkan di tanah sebagai tanda penghormatan kepada Khalid Al-Walid yang akan datang menemuinya. Lalu Rasulullah s.a.w menyuruh Ali menjemput Khalid Al-Walid untuk menemuinya. Sebaik sahaja Khalid Al-Walid datang Rasulullah terus memeluknya.

‘Ya Rasulullah, Islamkan saya!’ kata Khalid Al-Walid.

Lalu Rasulullah s.a.w mengajarkan kalimah syahadah kepada Khalid Al-Walid. Maka Khalid Al-Walid telah memeluk agama Islam.
Sebaik sahaja selesai membaca kalimah syahadah, Khalid Al-Walid menanggalkan mahkotanya yang bertatahkan intan dan diserahkan kepada Rasulullah s.a.w, begitu juga dengan bajunya yang berkancingkan emas turut diserahkan juga kepada Rasulullah s.a.w.

Namun sebaik sahaja Khalid Al-Walid mahu mencabut pedangnya dan menyerahkannya kepada Rasulullah s.a.w, baginda Rasulullah melarangnya: ‘Jangan kau lepaskan pedang itu Khalid Al-Walid, kerana dengan pedang itu nanti kamu akan berjuang membela agama Allah bersamaku!‘ ujar Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w memberi gelaran pedang tersebut dengan nama ‘Syaifullah’ yang ertinya ‘Pedang Allah Yang Terhunus.

Setelah bergabungnya Khalid Al-Walid ke dalam Islam, bertambah kuatlah pasukan Muslim hingga berjaya menawan kota Mekah dan pasukan Kafir Quraisy secara drastik lemah bagaikan ayam kehilangan induknya.

‘Orang seperti beliau, tidak boleh dibiarkan begitu saja. Beliau harus dilantik sebagai calon pemimpin Islam. Jika beliau menggabungkan dirinya dengan kaum Muslimin dalam peperangan melawan orang-orang kafir, kita harus mengangkatnya ke dalam golongan pemimpin.’ Demikian keterangan Rasulullah s.a.w ketika berbicara tentang Khalid Al-Walid sebelum calon pahlawan ini masuk Islam.

Khalid Al-Walid dilahirkan kira-kira 17 tahun sebelum masa pembangunan Islam. Beliau merupakan anggota suku Bani Makhzum, suatu cabang dari suku Quraisy. Ayahnya bernama Walid dan ibunya Lababah. Khalid Al-Walid termasuk di antara keluarga Rasulullah s.a.w yang sangat dekat.

Maimunah, ibu saudara Khalid Al-Walid, adalah isteri Rasulullah s.a.w. Dengan Umar sendiri pun Khalid Al-Walid ada hubungan keluarga, yakni saudara sepupunya. Suatu hari pada masa kanak-kanaknya, kedua saudara sepupu ini bermain adu kekuatan. Khalid Al-Walid dapat mematahkan kaki Umar. Untunglah dengan melalui suatu rawatan kaki Umar dapat diluruskan kembali dengan baik.

Ayah Khalid Al-Walid yang bernama Walid, adalah salah seorang pemimpin yang paling berkuasa di antara orang-orang Quraisy. Beliau sangat kaya. Beliau menghormati Kaabah dengan perasaan yang sangat mendalam. Sekali dua tahun beliaulah yang menyediakan kain penutup Kaabah. Pada masa ibadah Haji beliau memberi makan dengan percuma kepada semua orang yang datang berkumpul di Mina. Ketika orang Quraisy memperbaiki Kaabah, tidak seorang pun yang berani meruntuhkan dinding-dindingnya yang usang itu. Semua orang takut kalau-kalau jatuh dan mati. Melihat suasana begini Walid maju ke depan dengan sekop di tangan sambil berteriak, ‘Oh, Tuhan jangan marah kepada kami. Kami berniat baik terhadap rumah-Mu’.

Rasulullah s.a.w mengharap dengan sepenuh hati, agar Walid masuk Islam. Harapan ini timbul kerana Walid merupakan seorang kesateria yang berani di mata rakyat. Kerana itu beliau dikagumi dan dihormati oleh orang banyak. Jika beliau telah masuk Islam ratusan orang akan mengikutinya. Dalam hati kecilnya Walid merasa bahawa Al-Quran itu adalah kalimat-kalimat Allah. Beliau pernah mengatakan secara jujur dan terang-terangan, bahawa beliau tidak boleh berpisah dari keindahan dan kekuatan ayat-ayat suci itu.

Ucapan yang terus terang ini memberikan harapan bagi Rasulullah s.a.w, bahawa Walid akan segera masuk Islam. Tetapi impian dan harapan ini tidak pernah menjadi kenyataan. Kebanggaan atas diri sendiri membendung bisikan-bisikan hati nuraninya. Beliau takut kehilangan kedudukannya sebagai pemimpin bangsa Quraisy. Kesangsian ini menghalanginya untuk menurut rayuan-rayuan hati nuraninya. Sayang sekali orang yang begini baik, akhirnya mati sebagai orang yang bukan Islam.

Suku Bani Makhzum mempunyai tugas-tugas penting. Jika terjadi peperangan, Bani Muhzumlah yang mengurus gudang senjata dan gudang tenaga tempur. Suku inilah yang mengumpulkan kuda dan senjata bagi perajurit-perajurit. Tidak ada cabang suku Quraisy lain yang boleh lebih dibanggakan seperti Bani Makhzum. Ketika diadakan kepungan maut terhadap orang-orang Islam di lembah Abu Thalib, orang-orang Bani Makhzum lah yang pertama kali mengangkat suaranya menentang pengepungan itu.

Latihan Pertama

Kita tidak banyak mengetahui mengenai Khalid Al-Walid pada masa kanak-kanaknya. Tetapi satu perkara yang kita tahu dengan pasti, ayah Khalid Al-Walid merupakan seorang yang berada. Beliau mempunyai kebun buah-buahan yang membentang dari kota Mekah sehingga ke Thaif. Kekayaan ayahnya ini membuatkan Khalid Al-Walid bebas dari kewajiban-kewajibannya. Beliau lebih leluasa dan tidak perlu belajar berdagang. Beliau tidak perlu bekerja untuk menambah pencarian orang tuanya. Kehidupan tanpa suatu ikatan memberi kesempatan kepada Khalid Al-Walid mengikuti kegemarannya. Kegemarannya ialah adu tinju dan berkelahi atau mengadu kekuatan fizikal.

Ketika itu pekerjaan dalam seni peperangan dianggap sebagai tanda seorang sateria atau pahlawan. Panglima perang bermakna pemimpin besar. Kepahlawanan adalah satu perkara yang terhormat di mata rakyat. Ayah Khalid Al-Walid dan beberapa orang bapa saudaranya adalah orang-orang yang terpandang di mata rakyat. Perkara ini memberikan dorongan keras kepada Khalid Al-Walid untuk mendapatkan kedudukan terhormat, seperti ayah dan bapa-bapa saudaraya. Satu-satunya permintaan Khalid Al-Walid ialah agar menjadi orang yang dapat mengatasi teman-temannya di dalam perkara adu tenaga.

Sebab itulah beliau menceburkan dirinya ke dalam seni peperangan dan seni bela diri. Malah mempelajari kepakaran menunggang kuda, bermain pedang dan memanah. Beliau juga mencurahkan perhatiannya ke dalam perkara memimpin angkatan perang. Bakat-bakatnya yang asli, ditambah dengan latihan yang keras, telah membina Khalid Al-Walid menjadi seorang yang luar biasa. Kemahiran dan keberaniannya mengagumkan setiap orang. Pandangan yang ditunjukkannya mengenai taktik perang menakjubkan setiap orang. Dengan mudah orang dapat melihat, bahawa beliau akan menjadi pakar dalam seni ketenteraan. Dari masa kanak-kanaknya beliau memberikan harapan untuk menjadi pakar tentera yang luar biasa hebatnya.

Menentang Islam

Pada masa kanak-kanaknya Khalid Al-Walid telah kelihatan menonjol di antara rakan-rakannya. Beliau telah sanggup merebut tempat istimewa dalam hati rakyat. Lama kelamaan Khalid Al-Walid menanjak menjadi pemimpin suku Quraisy. Pada waktu itu orang-orang Quraisy sedang memusuhi Islam. Mereka sangat anti dan memusuhi agama Islam dan penganut-penganut Islam.

Kepercayaan atau agama baru itu menjadi bahaya bagi kepercayaan dan adat istiadat orang-orang Quraisy. Orang-orang Quraisy sangat mencintai adat kebiasaan lama mereka. Sebab itu mereka mengangkat senjata untuk menggempur orang-orang Islam. Tunas Islam harus dihancurkan sebelum tumbuh berurat berakar. Khalid Al-Walid sebagai pemuda Quraisy yang berani dan bersemangat berdiri di garis paling hadapan dalam penggempuran terhadap kepercayaan atau agama baru ini. Perkara ini sudah wajar dan seirama dengan kehendak alam.

Sejak kecil pemuda yang bernama Khalid Al-Walid ini bertekad menjadi pahlawan Quraisy. Kesempatan ini diperolehinya dalam pertentangan-pertentangan dengan orang-orang Islam. Untuk membuktikan bakat dan kecekapannya ini, beliau harus menonjolkan dirinya dalam segala pertempuran. Beliau harus memperlihatkan kepada sukunya kualitinya sebagai pahlawan.

Peristiwa Uhud

Kekalahan kaum Quraisy di dalam Perang Badar membuatkan mereka jadi resah dan gelisah, kerana penyesalan juga panas hati. Mereka merasa terhina. Rasa sombong dan kebanggaan mereka sebagai suku Quraisy telah meluncur masuk lumpur kehinaan Arang telah tercoreng di muka orang-orang Quraisy. Mereka seolah-olah tidak boleh lagi mengangkat muka dari lumpur kehinaan ini. Dengan segera mereka membuat persiapan-persiapan untuk membalas pengalaman pahit yang terjadi di Badar.

Sebagai pemuda Quraisy, Khalid Al-Walid pun ikut merasakan pahit getirnya kekalahan itu. Sebab itu beliau ingin membalas dendam sukunya dalam peperangan Uhud. Khalid Al-Walid dengan pasukannya bergerak ke Uhud dengan satu tekad untuk menang atau mati. Orang-orang Islam dalam pertempuran Uhud ini mengambil kedudukan dengan membelakangi Bukit Uhud.Sungguhpun kedudukan pertahanan baik, masih terdapat suatu kebimbangan. Di Bukit Uhud masih ada suatu tanah genting, di mana tentera Quraisy dapat menyerbu masuk ke dalam pertahanan Islam. Untuk menjaga tanah genting ini, Rasulullah s.a.w menempatkan 50 orang pemanah terbaik. Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada mereka agar bertahan bermati-matian. Dalam keadaan bagaimana jua pun jangan sampai meninggalkan tempat masing-masing.

Khalid Al-Walid memimpin sayap kanan tentera Quraisy empat kali ganda lebih besar jumlahnya dari pasukan Islam. Tetapi mereka jadi ragu-ragu mengenangkan kekalahan-kekalahan yang telah mereka alami di Badar. Kerana kekalahan ini hati mereka menjadi kecil menghadapi keberanian orang-orang Islam. Sungguhpun begitu pasukan-pasukan Quraisy memulai pertempuran dengan baik. Tetapi setelah orang-orang Islam mulai menggempur pertahanan mereka, mereka telah gagal untuk mempertahankan tanah yang mereka injak.

Kekuatannya menjadi terpecah-pecah. Mereka lari lintang pukang. Peristiwa Badar berulang kembali di Uhud. Saat-saat kritis sedang mengancam orang-orang Quraisy. Tetapi Khalid Al-Walid tidak goncang dan sarafnya tetap membaja. Beliau mengumpulkan kembali anak buahnya dan mencari kesempatan baik bagi melakukan serangan balas yang berkesan. Melihat orang-orang Quraisy cerai-berai, pemanah-pemanah yang bertugas di tanah genting tidak tahan hati. Pasukan Islam tertarik oleh harta perang, harta yang ada pada mayat-mayat orang-orang Quraisy. Tanpa berfikir panjang akan akibatnya, sebahagian besar pemanah-pemanah, penjaga tanah genting meninggalkan tempat masing-masing dan menyerbu kelapangan.

Pertahanan tanah genting menjadi kosong. Khalid Al-Walid dengan segera melihat kesempatan terbaik ini. Beliau menyerbu ke tanah genting dan menggempur masuk. Beberapa orang pemanah yang masih tinggal dibunuh bersama-sama. Tanah genting dikuasai oleh pasukan Khalid Al-Walid dan mereka menjadi bebas dan berkesempatan baik untuk menggempur pasukan Islam dari belakang.

Ketangkasan Tiada Tara

Dengan kecepatan yang tidak ada taranya Khalid Al-Walid masuk dari garis belakang dan menggempur orang Islam di pusat pertahanannya. Melihat Khalid Al-Walid telah masuk melalui tanah genting, orang-orang Quraisy yang telah lari lintang pukang berkumpul kembali dan mengikuti jejak Khalid Al-Walid menyerbu dari belakang. Pemenang-pemenang dari tentera Islam beberapa minit yang lalu, sekarang telah terkepung lagi dari segenap penjuru, dan situasi mereka menjadi cabuh.

Khalid Al-Walid telah merubah kemenangan orang Islam di Uhud menjadi suatu kehancuran. Mestinya orang-orang Quraisylah yang kalah dan cerai-berai. Tetapi kerana gemilangnya Khalid Al-Walid sebagai pakar muslihat perang, kekalahan-kekalahan telah diubahnya menjadi satu kemenangan. Beliau menemui lubang-lubang kelemahan pertahanan orang Islam.

Hanya pahlawan Khalid Al-Walidlah yang dapat mencari saat-saat kelemahan lawannya. Dan beliau juga yang sanggup menarik kembali tentera yang telah bercerai-berai dan memaksanya untuk bertempur semula. Seni perangnya yang luar biasa inilah yang mengungkap kekalahan Uhud menjadi suatu kemenangan bagi orang-orang Quraisy.

Ketika Khalid Al-Walid memeluk Islam Rasulullah s.a.w sangat gembira, kerana Khalid Al-Walid mempunyai kemampuan berperang yang dapat digunakan untuk membela Islam dan meninggikan kalimatullah dengan perjuangan jihad. Dalam banyak kesempatan peperangan Islam, Khalid Al-Walid diangkat menjadi komandan perang dan menunjukan hasil gemilang atas segala upaya jihadnya.

Betapapun hebatnya Khalid Al-Walid di dalam medan pertempuran, dengan berbagai luka yang menyayat badannya, namun ternyata kematianya di atas ranjang. Betapa menyesalnya Khalid Al-Walid, harapan untuk mati syahid di medan perang ternyata tidak tercapai dan Allah s.w.t menghendakinya mati di atas tempat tidur, sesudah perjuangan membela Islam yang luar biasa itu. Demikianlah kekuasaan Allah s.w.t. Manusia berasal dari Allah dan akan kembali kepada-Nya sesuai dengan kemahuan-Nya.

Khalid Al-Walid Pedang Allah

Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid Al-Walid. Dalam Perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi Perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru. Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam, ini membuktikan bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera iaitu anugerah ‘Pedang Allah’ 

Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika Perang Uhud dahulu. Khalid Al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8 Hijrah bersama-sama Uthman bin Talhah dan Amru bin Al-As. Selepas itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah s.a.w. 

Berbicara tentang Khalid Al-Walid, tentunya tidak lengkap kalau tidak menceritakan tentang peristiwa dalam Peperangan Muktah yang memang terkenal itu. Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berhadapan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid bin Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada. Lantas bendera bertukar tangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid Al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid Al-Walid pun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi. 

Pada zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid Al-Walid ditugaskan untuk menghapuskan golongan murtad. Saiyidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi: ’Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik.’

Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut yakni Perang Yamamah, ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid Al-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya: ‘Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing.’

Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata: ‘Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun hadapan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah.’

Khalid Al-Walid dengan tegasnya menjawab: ‘Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari.’ Selepas itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang berteriak dengan kuatnya sambil bertakbir ‘Allahu Akbar... marilah kita berebut-rebut mencium bau syurga’. Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang-siur dan mayat bergelimpangan. 

Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah bin Al-Jarrah r.a. sambil berkata: ‘Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah s.a.w, kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di syurga).’

Jawab Abu Ubaidah bin Al-Jarrah r.a: ‘Ya! Katakan kepadanya: ‘Wahai Rasulullah s.a.w! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar’. Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada.

Bersemuka Dengan Gergorius Theodorus

Dalam suasana perang tersebut Khalid Al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima Romawi yang bernama Gergorius Theodorus lalu terjadilah dialog antara keduanya. Gergorius Theodorus bertanya: ‘Wahai Khalid Al-Walid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti beliau akan kalah.’

Khalid Al-Walid menjawab: ‘Tidak.’

Gergorius Theodorus bertanya lagi: ‘Mengapa kamu disebut Pedang Allah?’ 

Khalid Al-Walid berkata: ‘Bahawa Allah s.w.t telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya. Rasulullah terus menyatakan: ‘Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah.’

Gergorius Theodorus bertanya lagi: ‘Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia.’

Khalid Al-Walid menjelaskan: ‘Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam.’

Gergorius Theodorus seterusnya berkata: ‘Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah beliau akan mendapat ganjaran?’

Khalid Al-Walid menjawab: ‘Ya, itulah yang lebih utama.’

Gergorius Theodorus berkata: ‘Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam?’

Khalid Al-Walid menjawab: ‘Kamu hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu.’

Akhirnya Gergorius Theodorus telah mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Khalid Al-Walid, belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada Perang Yarmuk dan tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang. 

Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas beliau berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang kedua pun bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain.

Begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya. Maka, kesemua mereka mati syahid di medan perang tersebut! Ini membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah s.a.w. 

Khalid Al-Walid:  Mujahid Islam Yang Unggul

Kepahlawanan dan semangat perjuangan yang ada di dalam dada Khalid Bin Walid sudah tercatat di dalam sejarah. Beliau merupakan seorang pahlawan atau mujahid Islam yang unggul dan tiada tolok bandingnya. Lantaran itulah Rasulullah s.a.w telah melantik beliau sebagai turus perang, mengemudi ribuan tentera Islam memerangi kaum musyrikin suatu ketika dulu.

Dalam memperkatakan tentang Khalid Bin Walid, Rasulullah s.a.w sendiri ada menyebut bahawa: “Orang seperti dia, tidak dapat tanpa diketahui dibiarkan begitu saja. Dia harus diincar sebagai calon pemimpin Islam. Jika dia menggabungkan diri dengan kaum Muslimin dalam peperangan melawan orang-orang kafir, kita harus mengangkatnya ke dalam golongan pemimpin,” Begitulah keterangan baginda Junjungan ketika berbicara tentang Khalid Bin Walid sebelum calon pahlawan atau mujahid terulung ini memeluk agama Islam.

Catatan Sejarah

Menurut catatan sejarah, Khalid Bin Walid telah dilahirkan kira-kira 17 tahun sebelum masa pembangunan Islam. Beliau merupakan anggota suku Bani Makhzum, suatu cabang dari suku Bani Quraisy. Ayah beliau bernama Walid dan ibunya bernama Lababah. Khalid Bin Walid juga termasuk di antara keluarga Rasulullah s.a.w yang sangat rapat. Maimunah, yakni ibu saudara kepada Khalid, adalah salah seorang isteri Rasulullah s.a.w. Dengan Umar Ibn Khattab sendiri pun Khalid ada hubungan keluarga, yakni saudara sepupunya.

Menurut riwayat, pada suatu hari, pada masa kanak-kanaknya, kedua saudara sepupu ini main adu gulat atau adu siapa lebih kuat secara bergomol atau bergumpal. Khalid dapat mematahkan kaki Umar. Untunglah, dengan melalui suatu kaedah perawatan, kaki Umar dapat diluruskan kembali dengan baik dan sempurna. Ayah Khalid adalah salah seorang pemimpin yang paling berkuasa di antara orang-orang Quraisy. Beliau dikatakan mempunyai kekayaan yang hebat. Beliau juga amat menghormati Kaabah dengan perasaan yang sangat mendalam. Sekali dalam masa dua tahun beliaulah yang menyediakan kain penutup Kaabah.

Menurut riwayat seterusnya, pada masa musim ibadah haji, beliau akan memberi makanan secara percuma kepada semua orang yang datang berkumpul di Mina. Ketika orang-orang Quraisy memperbaiki Kaabah, tidak ada seorang pun yang berani meruntuhkan dinding-dindingnya yang sudah usang itu. Semua orang takut kalau-kalau jatuh dan ditimpa apa-apa kemalangan lalu mati. Melihat suasana begini, Walid terus maju ke depan dengan bersenjatakan sekop sambil berteriak, “Ooooo, Tuhan jangan marah kepada kami. Kami berniat baik terhadap rumah-Mu,”

Menurut riwayat, pada ketika ini baginda Rasulullah s.a.w amat mengharap dengan sepenuh hati, agar Walid masuk Islam. Harapan ini timbul lantaran Walid merupakan seorang kesatria yang berani di mata rakyat dan masyarakat. Lantaran sifat-sifat kesatriaan itulah dia dikagumi dan dihormati oleh orang banyak. Jika beliau telah masuk Islam, ratusan orang lain akan mengikuti jejak langkahnya.

Namun begitu, di dalam hati kecil Walid sendiri berasa, bahawa Al-Quran itu adalah kalimat-kalimat Allah. Beliau pernah mengatakan secara jujur dan berterus terang bahawa dia tidak boleh berpisah dari keindahan dan kekuatan ayat-ayat suci tersebut. Ucapan yang terus terang ini memberikan harapan yang segar kepada Rasulullah s.a.w bahawa Walid akan segera memeluk agama Islam. Tetapi impian dan harapan ini tidak pernah menjadi kenyataan. Kebanggaan atas diri sendiri membendung bisikan-bisikan hati nuraninya. Beliau seolah-olah takut kehilangan kedudukannya sebagai pemimpin bangsa Quraisy. Kesangsian ini juga telah menjadi batu penghalangi baginya untuk menurutkan rayuan-rayuan hati nurani sendiri.

Sayang sekali, akhirnya Walid meninggal dunia dalam keadaan yang Islam. Beliau telah kehilangan sebuah kehidupan gemilang di dalam agama Allah sebagaimana yang menjadi harapan besar di dada Rasulullah s.a.w. Menurut riwayat, pada ketika ini suku Bani Makhzum mempunyai tugas-tugas yang penting. Jika terjadi peperangan, suku Bani Muhzumlah yang akan mengurus gudang senjata dan gudang tenaga tempur. Suku inilah juga yang mengumpulkan kuda dan senjata bagi kegunaan para perajurit di medan peperangan. Pada waktu itu, tidak ada cabang suku Quraisy lain yang boleh lebih dibanggakan seperti Bani Makhzum. Ketika diadakan kepungan maut terhadap orang-orang Islam di lembah Abu Thalib, orang-orang Bani Makhzumlah yang pertama kali mengangkat suara menentang pengepungan tersebut.

Fakta Dilupakan

Berbalik semula kepada Khalid Bin Walid. Para pengkaji sejarah tidak banyak membuat kajian tentang diri beliau untuk tatapan kita secara menyeluruh dan lengkap. Banyak fakta-fakta penting tentang diri beliau seolah-olah telah dilupakan. Lantaran itu, kita tidak banyak mengetahui mengenai Khalid Bin Walid terutama pada zaman kanak-kanaknya. Kendatipun begitu, satu hal yang telah kita tahu dengan pasti ialah ayah Khalid adalah seorang yang berada, kaya dan hartawan. Menurut catatan sejarah, Walid mempunyai kebun buah-buahan yang membentang dari kota Mekah sehingga sampai ke Taif. Kekayaan yang dimiliki oleh ayah beliau ini membuatkan Khalid bebas dari kewajiban-kewajiban beliau.

Riwayat menyatakan bahawa lantaran kekayaan tersebut, Khalid lebih leluasa dan tidak minat untuk belajar ilmu berdagang. Beliau tidak betah bekerja untuk menambah pencarian orang tuanya. Kehidupan tanpa suatu ikatan yang kuat ini telah memberikan kesempatan kepada Khalid mengisi masa lapang beliau dengan kegemarannya yang tersendiri. Kegemarannya yang paling sukar untuk dibendung ialah adu tinju, bergusti, adu kekuatan diri dan berkelahi dengan sesiapa saja yang cuba mencari sebab.

Pada masa itu, ketangkasan atau kehebatan dalam seni peperangan dianggap sebagai tanda seorang itu sateria yang baik. Panglima perang bermakna pemimpin besar. Kepahlawanan adalah satu kedudukan yang terhormat di mata rakyat. Ayah Khalid dan beberapa orang bapa saudara beliau adalah orang-orang yang amat dihormati oleh masyarakat. Hal ini memberikan dorongan yang kuat kepada Khalid untuk mendapatkan kedudukan terhormat seperti yang dimiliki oleh ayah dan bapa saudaranya itu.

Satu-satunya cita-cita dan keazaman yang menggunung di dada Khalid ialah agar menjadi seorang pemuda yang dapat mengalahkan teman-temannya yang lain di dalam bidang adu tenaga. Sebab itulah beliau telah menceburkan dirinya ke dalam seni peperangan dan seni bela diri. Malah mempelajari cara-cara yang betul mengendarai kuda, memainkan pedang dan memanah.

Menurut sebuah riwayat, beliau juga telah mencurahkan seluruh perhatian dan kecenderungan beliau ke dalam bidang kepimpinan angkatan perang. Dengan keazaman yang mencura, cita-cita yang tinggi serta bakat-bakat yang asli, ditambah pula dengan latihan yang keras, telah berjaya membentuk Khalid Bin Walid menjadi seorang yang amat luar biasa. Kemahiran dan keberanian beliau telah mengagumkan setiap orang yang melihat.

Perancangan, kewibawaan, kelicikan dan sebagainya yang ditunjukkan oleh beliau terutama mengenai taktik-taktik peperangan, amat menakjubkan. Dengan kehebatan yang beliau telah pamerkan, masyarakat dapat meneka bahawa pada suatu hari nanti Khalid Bin Walid akan menjadi seorang pakar di dalam bidang ketenteraan. Sejarah telah mencatatkan bahawa sejak pada zaman kanak-kanak lagi, Khalid Bin Walid telah kelihatan menonjol di antara teman-teman beliau yang lain. Beliau dikatakan telah sanggup merebut tempat istimewa di hati rakyat tempatan. Lama kelamaan, Khalid telah menanjak menjadi seorang pemimpin suku Quraisy.

Pada waktu itu, orang-orang Quraisy sedang memusuhi orang-orang Islam. Mereka sangat benci dan menaroh dendam terhadap agama Islam dan penganut-penganutnya. Bagi mereka agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w merupakan satu kepercayaan yang baru. Kepercayaan atau agama baru itu dirasakan amat bahaya bagi kepercayaan dan adat istiadat orang-orang Quraisy sejak zaman berzaman.

Mencintai Adat Kebiasaan

Orang-orang Quraisy sangat mencintai adat kebiasaan yang mereka telah anuti sejak lama. Lantaran itulah mereka sanggup mengangkat senjata untuk menggempur orang-orang Islam. Tunas Islam harus dihancurkan sebelum tumbuh berurat dan berakar umbi. Khalid Bin Walid sebagai pemuda Quraisy yang berani dan bersemangat kental telah diarahkan supaya berdiri di garis paling hadapan dalam penggempuran terhadap orang-orang Islam. Menurut para pengkaji sejarah, hal ini dikira wajar dan seirama dengan kehendak alam.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, sejak kecil lagi pemuda yang bernama Khalid Bin Walid ini bertekad mahu menjadi seorang pahlawan Quraisy yang disegani dan dikagumi. Kesempatan yang datang dengan tiba-tiba ini tidak dilepaskannya begitu saja. Beliau telah menerimanya dengan hati yang sungguh gembira.

Untuk membuktikan bakat, kehandalan, kehebatan dan juga kecekapannya di medan perang, beliau harus menonjolkan dirinya dalam segala aspek pertempuran. Yang lebih penting beliau harus memperlihatkan kepada sukunya kualiti diri beliau yang sebenar sebagai seorang pahlawan yang disegani. Riwayat telah mengatakan bahawa, kekalahan kaum Quraisy di dalam Perang Badar telah membuatkan mereka jadi resah dan gelisah dihenyak pesaan dendam, marah, kecewa, penyesalan dan panas hati. Mereka merasa terhina. Rasa sombong, mega, bongkak dan bangga mereka sebagai suku Quraisy telah meluncur masuk lumpur kehinaan. Arang bagaikan telah tercoreng di muka orang-orang Quraisy. Mereka seolah-olah tidak mampu lagi mengangkat diri dari lumpur kehinaan tersebut.

Demi menaikkan kembali martabat mereka, dengan segera mereka membuat persiapan-persiapan untuk membalas pengalaman pahit yang terjadi di Badar. Sebagai pemuda Quraisy, Khalid Bin Walid pun ikut merasakan pahit getirnya kekalahan tersebut. Lantaran itulah beliau turut dijerba rasa ingin membalas dendam sukunya di dalam peperangan Uhud pula.

Tiba ketikanya, bergeraklah Khalid Bin Walid dengan pasukan pimpinan beliau ke medan Uhud dengan satu tekad jati antara menang atau mati. Menurut riwayat, orang-orang Islam di dalam pertempuran Uhud ini mengambil posisi dengan membelakangi Bukit Uhud. Sungguhpun kedudukan pertahanan tentera Islam baik, tetapi masih terdapat satu kebimbangan. Di Bukit Uhud ini masih ada satu kawasan tanah genting. Melalui kawasan tanah genting ini, tentera Quraisy dapat menyerbu masuk ke dalam pertahanan Islam. Lantaran untuk menjaga tanah genting ini, Rasulullah s.a.w telah menempatkan 50 orang pemanah terbaik. Baginda memerintahkan kepada mereka agar bertahan di situ bermati-matian. Dalam keadaan apa sekali pun, jangan sampai meninggalkan pos masing-masing. Begitu pesanan yang telah diberikan oleh baginda kepada pasukan pemanah.

Pada masa itu, Khalid Bin Walid memimpin sayap kanan tentera Quraisy. Pasukan yang dipimpin beliau, empat kali lebih besar jumlahnya dari pasukan tentera Islam. Tetapi mereka tetap juga mempunyai perasaan ragu-ragu lebih-lebih lagi kala mengingatkan kekalahan-kekalahan yang telah mereka alami terutamanya di medan Badar. Lantaran kekalahan tersebut juga, hati mereka menjadi gementar untuk menghadapi keberanian orang-orang Islam.

Sungguhpun begitu, pasukan tentera Quraisy telah memulai pertempuran dengan baik. Tetapi setelah orang-orang Islam berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan mereka, mereka telah gagal untuk mempertahankan tanah yang mereka injak.

Kekuatan pertahanan dan penyerangan mereka menjadi terpecah-pecah. Mereka lari bercempera ke sana ke mari dalam usaha menyelamatkan diri dari menjadi mangsa bunuh tentera Islam. Peristiwa Badar berulang kembali di Uhud. Saat-saat kritis sedang mengancam orang-orang Quraisy. Tetapi Khalid Bin Walid tidak goncang dan sarafnya tetap membaja. Beliau telah berjaya mengumpulkan kembali anak buahnya dan mencari kesempatan baik untuk melakukan penyerangan yang lebih bermakna.

Di pihak tentera Islam pula, kegembiraan jelas membayangi setiap wajah para anggotanya lebih-lebih lagi kala melihat senjata-senjata yang ada pada mayat-mayat orang-orang kafir Quraisy yang bergelimpangan di atas tanah. Tanpa berfikir panjang akan akibatnya, sebahagian besar pemanah-pemanah yang telah diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w supaya jangan meninggalkan posisi masing-masing di tanah genting tersebut, tidak mampu menahan perasaan tamak yang menggelumangi hati mereka. Pasukan pemanah Islam tersebut terus meninggalkan pos mereka dan menyerbu ke tengah medan perang.

Berjaya Melihat Suasana

Pertahanan di tanah genting menjadi kosong. Khalid Bin Walid berjaya melihat suasana tersebut sebagai kesempatan yang terbaik. Beliau terus menyerbu ke tanah genting dan berjaya masuk ke dalam pertahanan tentera Islam. Beberapa orang pemanah yang masih tinggal di situ berjaya dibunuh. Tanah genting tersebut berjaya dikuasai oleh pasukan Khalid dan mereka mendapat lebih kesempatan untuk menggempur pasukan Islam dari belakang.

Menurut riwayat, dengan ketangkasan, kehebatan dan semangat kepahlawanan yang tidak ada taranya pada Khalid Bin Walid, beliau telah masuk dari garis belakang dan menggempur orang-orang Islam di pusat pertahanan. Melihat Khalid telah masuk melalui tanah genting, orang-orang Quraisy yang telah lari bercempera tadi segera berkumpul kembali dan mengikuti jejak pemimpin mereka. Mereka turut menyerbu dari belakang.

Sejarah telah mencatatkan bahawa Khalid Bin Walid telah merubah kemenangan orang-orang Islam di medan Uhud menjadi suatu kehancuran. Hakikatnya adalah jelas iaitu orang-orang Quraisylah yang kalah dan bercerai-berai lantaran serangan tentera Islam. Tetapi lantaran kehebatan dan kecermelangan Khalid Bin Walid sebagai ahli seorang panglima perang, kekalahan mereka telah berjaya dicuarkan menjadi satu kemenangan. Beliau telah mencari peluang di atas kelalaian tentera Islam yang tamak dan tidak mendengar nasihat Rasulullah s.a.w.

Di dalam peperangan ini telah membuktikan sifat-sifat pahlawan Khalid Bin Walid yang mana di antaranya ialah mampu mencari saat-saat kelemahan lawannya. Dan beliau juga merupakan kesatria yang mampu menaupkan kembali tenteranya yang telah bercerai-berai dan berjaya mengajak mereka bertempur lagi. Seni perang yang luar biasa milik beliau inilah yang mengungkap kekalahan Uhud menjadi suatu kemenangan bagi orang-orang musyrikin Quraisy.

Menurut riwayat, sewaktu Khalid Bin Walid memeluk agama Islam, Rasulullah s.a.w berasa sungguh gembira dan senang hati. Ini adalah kerana, Khalid mempunyai kemampuan berperang yang dapat digunakan untuk membela Islam dan meninggikan kalimatullah dengan perjuangan jihad. Lantaran itu, di dalam banyak kesempatan peperangan yang melibatkan tentera Islam, Khalid Bin Walid telah diangkat menjadi komandan perang dan beliau telah menunjukan hasil yang gemilang atas segala upaya jihadnya. Betapapun hebatnya Khalid Bin Walid di dalam medan pertempuran, beliau masih tidak dapat lari dari mengalami pelbagai luka yang menyayat badan. Namun begitu, ternyata kematian beliau telah ditakdirkan Allah s.a.w di atas ranjang.

Betapa menyesalnya Khalid Bin Walid kerana harapan untuk mati sahid di medan perang ternyata tidak tercapai dan Allah s.w.t menghendaki beliau mati di atas tempat tidur, sesudah menempuh pelbagai perjuangan membela agama Islam yang luar biasa itu. Demikianlah kekuasaan Allah. Manusia berasal dari Allah dan akan kembali kepada-Nya sesuai dengan kemahuan-Nya juga. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat dan bahagia ke atas roh beliau bersama para muslimin yang lain di sana.

Penakluk Terbesar Dalam Sejarah Islam

Khalid Al-Walid adalah seorang panglima perang yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai ‘Pedang Allah Yang Terhunus’. Beliau adalah salah seorang dari panglima-panglima perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya. Kemenangan terbesar Panglima Khalid Al-Walid adalah di pertempuran Yarmuk. Pertempuran Yarmuk adalah perang antara Muslim Arab dan Kemaharajaan Romawi Timur pada tahun 636. Pertempuran ini, oleh beberapa sejarawan, dipertimbangkan sebagai salah satu pertempuran penting dalam sejarah dunia, kerana ia menandakan gelombang besar pertama penaklukan Muslim di luar Arab, dan cepat masuknya Islam ke Palestin, Suriah, dan Mesopotamia yang rakyatnya menganut agama Kristian.

Kemenangan Paling Gemilang

Pertempuran ini merupakan salah satu kemenangan Khalid Al-Walid yang paling gemilang, dan memperkuatkan reputasinya sebagai salah seorang komandan tentera dan kavaleri paling hebat pada Zaman Pertengahan. Pertempuran ini terjadi pada masa pemerintahan Saiyidina Umar bin Khattab, Khalifah Rasyidin kedua. Pertempuran ini terjadi empat tahun setelah Rasulullah s.a.w wafat pada 632. Ia diteruskan oleh khalifah pertama, Saiyidina Abu Bakar, yang mencoba membawa seluruh bangsa yang bertutur bahasa Arab di bawah kendali Muslim. Pada tahun 633 pasukan Muslim menyerang Suriah, dan setelah berbagai halangan dan pertempuran kecil berjaya merebut Damaskus pada 635.

Maharaja Romawi Timur Heraclius mengatur sebuah pasukan sekitar 40,000 orang setelah mengetahui lepasnya Damaskus dan Emesa. Pergerakan pasukan Romawi Timur yang besar ini, menyebabkan Muslim di bawah Khalid Al-Walid meninggalkan kota-kota, dan mundur ke selatan menuju Sungai Yarmuk, sebuah penyumbang Sungai Jordan. Sebahagian pasukan Romawi Timur di bawah Theodore Sacellarius dikalahkan di luar Emesa. Muslim di bawah Khalid Al-Walid bertemu komandan Romawi Timur lainnya, Baänes di lembah Sungai Yarmuk pada akhir Julai. Baänes hanya memiliki infantri untuk melawan kavaleri ringan Arab, kerana Theodor telah mengambil kebanyakan kavaleri bersamanya. Setelah sebulan pertempuran secara kecil-kecilan, tanpa aksi yang mengesankan, kedua pasukan akhirnya berkonfrontasi pada 20 Ogos.

Menurut sumber Muslim, datanglah pertolongan Allah s.w.t. kepada tentera Islam dengan berhembusnya angin selatan yang kuat meniup awan debu ke muka orang Kristian, kejadian ini sama persis seperti yang terjadi pada pasukan Persia dalam pertempuran Qadisiyyah. Perajurit menjadi lesu di bawah panas matahari Ogos.  Meskipun begitu Khalid Al-Walid terdorong mundur, namun meskipun jumlah pasukannya hanya separuh perajurit Romawi Timur, mereka lebih bersatu daripada pasukan pelbagai bangsa Tentera Kemaharajaan yang terdiri dari orang Armenia, Slavia, Ghassanid dan juga pasukan Romawi Timur.

Menurut beberapa sumber, Muslim berhasil mempengaruhi unsur-unsur dalam pasukan Romawi Timur untuk beralih sisi, tugas ini dipermudahkan oleh kenyataan bahawa Kristian Arab, Ghassanid, belum dibayar selama beberapa bulan dan yang Kristian Monophysitenya ditekan oleh Ortodoks Romawi Timur. Sekitar 12,000 Arag Ghassanid bertindak belot. Kemajuan pasukan Kristian di sisi kanan, menuju kem berisi wanita Arab dan keluarganya, akhirnya diusir dengan bantuan dari beberapa wanita Arab. Dan memperbaharui serangan balas.

Kebanyakan perajurit Baänes dikepung dan dibunuh, atau digiring menuju kematiannya di sebuah jurang yang terjal. Sebagai hasilnya, seluruh Suriah terbuka bagi Muslim Arab. Damaskus direbut kembali oleh Muslim dalam waktu sebulan, dan Jerussalem jatuh tidak lama kemudian.

Ketika bencana ini terdengar Heraclius di Antioch, dinyatakan beliau mengucapkan selamat tinggal kepada Suriah. Beliau berkata, ‘Selamat tinggal Suriah, wilayahku yang indah. Kau adalah seorang musuh sekarang’; dan beliau meninggalkan Antiokia ke Constantinople. Heraclius mulai memusatkan pasukannya untuk mempertahankan Mesir.

Gergorius Theodorus Panglima Romawi Yang Bertaubat

Dalam kegemparan terjadinya peperangan Yarmuk, salah seorang panglima Romawi yang bernama Gergorius Theodorus memanggil Khalid Al-Walid. Kedua orang panglima itu saling mendekat sampai kedua kepala kuda mereka saling bertemu. Kepada Khalid Al-Walid, Gergorius Theodorus bertanya: ‘Wahai Khalid Al-Walid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikit pun, kerana Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah berdusta, dan jangan pula kamu menipuku, kerana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah.’

‘Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan,’ kata Khalid Al-Walid.

‘Apakah Allah menurunkan kepada Rasul-Nya Muhammad sebilah pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu sehingga jika kamu pakai pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?’

‘Tidak!’ jawab Khalid Al-Walid.

‘Apakah sebabnya kamu digelar Saifullah (Pedang Allah)?’ tanya Gergorius Theodorus.

Khalid Al-Walid menjawab: ‘Ketika Allah s.w.t mengutus Rasulullah s.a.w, seluruh kaumnya sangat memusuhinya termasuk juga aku, aku adalah orang yang paling membencinya. Setelah Allah s.w.t memberikan hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam, Rasulullah s.a.w menerimaku dan memberi gelaran kepadaku ‘Saifullah’ (pedang Allah).’

’Jadi tujuan kamu berperang ini untuk apa?’ tanya Gergorius Theodorus.

‘Kami ingin mengajak kamu supaya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah dan kami juga ingin mengajak kamu untuk mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan oleh Muhammad s.a.w itu adalah benar,’ jawab Khalid Al-Walid.

Gergorius Theodorus bertanya, ‘Apakah hukumannya bila orang itu tidak mahu menerimanya?’

Jawab Khalid Al-Walid: ‘Hukumannya adalah harus membayar jizyah, maka kami tidak akan memeranginya.’

‘Bagaimana kalau mereka tidak mahu membayar?’ yanya Gergorius Theodorus.
‘Kami akan mengumumkan perang kepadanya,’ kata Khalid Al-Walid.

Gergorius Theodorus bertanya: ‘Bagaimanakah kedudukannya jika orang masuk Islam pada hari ini?’

Khalid Al-Walid menjawab: ‘Di hadapan Allah s.w.t, kita akan sama semuanya, baik beliau orang yang kuat, orang yang lemah, yang dahulu mahupun yang kemudian masuk Islam.’

‘Apakah orang dahulu masuk Islam kedudukannya akan sama dengan orang yang baru masuk?’ tanya Gergorius Theodorus.

Khalid Al-Walid menjawab: ‘Orang yang datang kemudian akan lebih tinggi kedudukannya dari orang yang terdahulu, sebab kami yang terlebih dahulu masuk Islam, menerima Islam itu ketika Rasulullah s.a.w masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada baginda. Sedangkan orang yang masuk Islam kemudian tidak menyaksikan apa yang telah kami saksikan. Oleh kerana itu sesiapa saja yang masuk Islam yang datang terakhir maka beliau akan lebih mulia kedudukannya, sebab beliau masuk Islam tanpa menyaksikan bukti-bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dahulu.’

Gergorius Theodorus bertanya: ‘Apakah yang kamu katakan itu benar?’

‘Demi Allah, sesungguhnya apa yang aku katakan itu adalah benar,’ jawab Khalid Al-Walid.

Gergorius Theodorus berkata: ‘Kalau begitu aku percaya kepada apa yang kamu katakan itu, mulai saat ini aku bertaubat untuk tidak lagi memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama Islam. Wahai Khalid Al-Walid tolonglah ajarkan aku tentang Islam.’

Lalu Khalid Al-Walid membawa Gergorius Theodorus ke dalam khemahnya, kemudian menuangkan air ke dalam timba untuk menyuruh Gergorius Theodorus bersuci dan mengerjakan solat dua rakaat.

Ketika Khalid Al-Walid bersama dengan Gergorius Theodorus masuk ke dalam khemah, maka tentera Romawi mengadakan serangan besar-besaran terhadap pertahanan umat Islam. Setelah selesai mengerjakan solat, maka Khalid Al-Walid bersama dengan Gergorius Theodorus dan kaum Muslimin lainnya meneruskan peperangan sehingga matahari terbenam dan ketika itu kaum Muslimin mengerjakan solat Zohor dan Asar dengan isyarat saja.

Dalam pertempuran itu, Gergorius Theodorus yang telah bergabung dengan barisan kaum Muslimin itu terbunuh, dan beliau hanya baru mengerjakan solat dua rakaat bersama dengan Khalid Al-Walid. Walaupun demikian, beliau telah menyatakan keislamannya dan berjanji untuk tidak akan kembali lagi kepada agama lamanya.

Khalid Al-Walid - Lelaki Dalam Sejarah
 Fatimah binti Walid mengarahkan pandagannya keluar tenda menyaksikan keindahan pemandangan di sekitarnya, keelokan alam negeri Syam yang sangat memikat. Sambil memasak beliau bersenandung tentang kisah peperangan terbesar kaum Muslimin dan kemenangan mereka atas pasukan Romawi di bawah pimpinan Khalid Al-Walid saudaranya. 

Kemudian beliau mendengar suara salah seorang sahabatnya berkata: ‘Bergembiralah puteri Al-Walid hari ini hari yang sangat agung bagi kita’.

‘Apa maksudmu wahai saudaraku?’ Fatimah bertanya penuh rasa ingin tahu.

‘Ketahuilah wahai Fatimah! Pasukan kita berjaya meruntuhkan benteng pertahanan Damaskus dan telah memasuki kota untuk menebar kemerdekaan, cahaya dan iman bagi penduduknya.’

Fatimah memeluk sahabatnya dan berterima kasih atas berita gembira itu yang telah lama beliau nantikan. Bangsa Romawi yang menguasai Damaskus yang memiliki benteng yang sangat kukuh tidak akan menyerah begitu saja pada kaum Muslimin. Namun bangsa Romawi adalah bangsa yang zalim dan penduduk setempat tidak akan membela bangsa yang menganiaya, menyakiti dan menzalimi mereka.

‘Wahai Fatimah, andai saja engkau mendengar pujian orang terhadap saudaramu, Khalid Al-Walid, bahawa beliau adalah pedang Allah yang terhunus tanpa tanding, penakluk bangsa Iraq dan Romawi di negeri Damaskus yang memberikan kemerdekaan kepada penduduknya, layaklah engkau menyandang segala kebanggaan itu wahai keluarga Al-Walid! Sesungguhnya Khalid Al-Walid telah membangun bagi kalian kemuliaan di atas bumi ini, tidak akan lenyap perjuangannya dan tidak akan sirna hasil yang telah beliau raih.’

Dengan penuh kerendahan hati, fatimah berkata, ‘Wahai kawanku, sesungguhnya kita berperang dengan roh Allah menemani kita. Sebagai peribadi kita tidak berhak menyandang kemuliaan itu, kerana kemuliaan dan keagungan semua milik Allah, dan dengan agama-Nya semata dengannya kita keluar dari kegelapan kepada cahaya. Allah

Terdengar suara rebana ditabuh dan teriakan kemenangan dari kejauhan. Kedua-dua sahabat ini menyambut gembira suara takbir dan tahlil yang memenuhi perkemahan kaum Muslimin. Semua bergembira atas kemenangan itu, bersujud syukur, semoga kemenangan demi kemenangan dapat diraih.

Fatimah pun berkata: ‘Jika saya memiliki dua sayap, saya akan terbang menemui Khalifah Abu Bakar untuk menyampaikan padanya berita kemenangan yang Allah berikan ini.’ Perkara itu menjadikan Fatimah rindu Madinah nun jauh di sana. Namun beliau menyedari bahawa kewujudan mereka jauh dari rumah kerana memperjuangkan agama Allah, itulah sumber kebahagiaan yang sesungguhnya baginya.

Tidak lama berselang, berita kemenangan kaum Muslimin atas pasukan Romawi benar-benar menciutkan musuh-musuh Islam. Setiap kemenangan pasukan Islam maka pasti disebut pula satu nama iaitu Khalid Al-Walid. Pasukan Muslim pun tahu bahawa kewujudan Khalid Al-Walid di tengah mereka sebagai panglima perang adalah berita gembira yang menjanjikan kemenangan. Orang menganggapnya sebagai lelaki tanpa tanding, lebih dari sekadar orang yang membawa panji-panji Islam dalam peperangan.

Namun bagi Khalid Al-Walid sendiri beliau tidak henti-hentinya menengadahkan hatinya dan berdoa kepada Allah s.w.t, mensyukuri segala nikmat, petunjuk dan kemenangan yang Allah telah berikan kepadanya. Namun, kemeriahan dan hingar bingar perayaan kemenangan itu tiba-tiba terhenti berganti menjadi kesedihan. Khalid Al-Walid masuk ke dalam khemahnya kelihatan sedih dan bimbang. Fatimah bertanya, ‘Adakah sesuatu yang terjadi di luar sana?’

Khalid Al-Walid meminta segelas air kepada Fatimah, dan sambil menggenggam air minum itu beliau berkata dengan suara yang perlahan sementara air mata menggenang pada kelopak matanya, ‘Ada berita sedih tentang wafatnya Khalifah Abu Bakar Ash Shiddiq.’

Fatimah berkata, ‘Semoga Allah merahmatinya.’

Khalid Al-Walid berkata kembali, ‘Abu Bakar telah berwasiat menjelang kematiannya agar beliau digantikan oleh Umar bin Khattab.’ 

Fatimah berkata, ‘Tetapi Khalid Al-Walid, Umar menyimpan dalam hatinya masalah peribadi denganmu sejak lama.’

Mendengar ucapan adiknya Khalid Al-Walid berkata dengan suara lantang dan agak marah, ‘Jangan lupa wahai Fatimah! Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa Allah s.w.t meletakkan kebenaran pada lisan Umar. Dan engkau harus tahu bahawa mengangkat seorang pemimpin tidak boleh bersandar pada perasaan dan keinginan semata.’

Khalid Al-Walid adalah seorang pemimpin dan pada masa yang sama beliau juga seorang perajurit yang memahami dengan baik kewajiban-kewajibannya. Beliau tidak menyimpan sesuatu kepada khalifah kecuali kepercayaan, rasa cinta dan penghormatan. Sesungguhnya misi bersama yang mereka perjuangkan tidak memberi peluang kepada mereka untuk mengutamakan kepentingan peribadi. Khalid Al-Walid tidak memikirkan perkara lain kecuali tugas-tugasnya di Damaskus.

Sementara itu Khalifah Umar bin Khatab, mengirim seorang utusan iaitu Abu Ubaidah bin Al-Jarrah dan melayangkan sepucuk suratnya kepada Khalid Al-Walid yang ketika itu masih memegang kendali pasukan Muslimin. Namun Abu Ubaidah merahsiakan surat tersebut dari Khalid Al-Walid kerana kecintaannya dan penghormatannya yang tinggi kepadanya. Surat tersebut berisikan arahan bahawa khalifah telah menurunkan jawatannya pada ketika beliau berada di puncak ketenarannya dan Abu Ubaidahlah yang akan menggantikan Khalid Al-Walid memimpin pasukan Muslimin.

Namun setelah sekian lama berdiam diri, Abu Ubaidah tidak lagi dapat menghindar. Dengan segala kerendahan hatinya beliau sampaikan surat khalifah kepada Khalid Al-Walid. Khalid Al-Walid menerimanya dengan hati yang lapang dan tenang kerana sesungguhnya beliau berjihad di jalan Allah. Kewujudannya sebagai perajurit biasa tidak akan menghalanginya untuk tetap berjuang di jalan-Nya, kebenaran dan cita-cita untuk menegakkannya yang menjadi pegangan Khalid Al-Walid. Setelah kedua-duanya lama terdiam, Khalid Al-Walid berkata, ‘Semoga Allah senantiasa mengasihimu wahai Abu Ubaidah, tetapi mengapa kau merahsiakan surat ini sejak lama?’

Abu Ubaidah berkata, ‘Sesungguhnya aku tidak ingin melemahkan kekuatan semangatmu kerana bukan kekuasaan yang aku kehendaki dan bukan pula kenikmatan dunia yang aku inginkan. Segala apa yang engkau saksikan akan lenyap dan punah, sedangkan kita adalah dua orang bersaudara, yang akan selalu bersama di dunia dan akhirat. Dan tidaklah patut bagi seseorang melihat saudaranya tertimpa petaka dunia dan akhirat.’ 

Hilanglah segala keraguan, godaan dan ujian dari diri Khalid Al-Walid, lelaki sejarah yang tidak pernah mendengar kalimat-kalimat yang cuba mengadu dirinya dengan Khalifah, tidak menghiraukan orang-orang yang menebar fitnah dengan menggembar-gemburkan keagungan dan kepahlawanannya agar beliau membangkang. Keesokan harinya, Khalid Al-Walid mempersilakan Abu Ubaidah menggantikan dirinya berada di hadapan pasukan sementara Khalid Al-Walid mundur dan berada di belakang pemimpin baru itu. Namun, tidak ada sebesar biji zarah pun dalam hatinya perasaan iri, dengki atau marah kerana merasa dirinya besar. 

Pada saat itu Fatimah menyaksikan saudaranya dengan penuh kekaguman dan penghargaan seraya melihat kepada Abu Ubaidah tanpa ada sedikit pun rasa benci dan marah dalam dadanya. Perlahan-lahan beliau berkata, ‘Allahu Akbar! Kalian akan selalu meraih kemenangan di manapun kalian berada, wahai lelaki sejarah!’

Pada hari itu, Allah s.w.t maha menyaksikan dan mencatatkan kemuliaan seorang anak manusia, kemuliaan Khalid Al-Walid. Allah s.w.t yang maha melihat hati hamba-hamba-Nya yang berserah diri, berbuat segala sesuatu kerana Allah semata. Allah mencatat segala pergerakan hati kita tanpa kecuali, segala kasih sayang dan kebencian akan menjadi catatan amal perbuatan hati yang diperhitungkan nantinya. Semoga Allah s.w.t selalu membantu kita menjaga kebersihan hati ini.
Khalid Al-Walid: Panglima Perang Tidak Terkalahkan
Khalid Al-Walid adalah salah seorang panglima perang berbangsa Arab yang sangat terkenal di awal penaklukan Islam abad ke-7, tercatat akan kemampuan tenteranya dalam memimpin pasukan-pasukan Rasulullah s.a.w dan dua Khulafaur Rasyidin pertama, Saiyidina Abu Bakar dan Umar Ibn Al-Khattab. Kerana beliau tidak terkalahkan dalam lebih dari seratus pertempurannya melawan Imperium Romawi Timur dan Imperium Persia, beliau dihormati sebagai salah seorang panglima tentera terbaik sepanjang masa.

Anggota Bani Makhzum

Beliau lahir sekitar tahun 592 Masehi di Mekah. Khalid Al-Walid lahir sebagai anggota Bani Makhzum, salah satu bangsa yang berpengaruh di Mekah dan berperanan sebagai andalan di bidang tentera. Ketika agamaa Islam pertama kali tumbuh di Mekah, beliau termasuk golongan majoriti yang sangat memusuhi Rasulullah s.a.w dan para pengikutnya. Ketika umat Islam Mekah berhijrah ke Madinah, beberapa pertempuran besar berlangsung antara pasukan Mekah dan pasukan Madinah. Beliau terlibat dalam Perang Uhud dan Perang Khandaq atau peperangan ‘parit.’

Untuk pertama kalinya beliau mempertunjukkan kepakarannya dalam bertempur dalam Perang Uhud. Beliau menjadi panglima pasukan kavaleri kuda Mekah. Dalam keadaan pasukan Mekah yang terdesak, Khalid Al-Walid mampu mengubah keadaan menjadi kemenangan kepada Mekah. Tahun 628 Masehi, Perjanjian Hudaibiyah disepakati. Perjanjian ini adalah perjanjian gencatan senjata antara Mekah dan Madinah. Selepas perjanjian ini, Khalid Al-Walid masuk Islam. Tiga tahun sejak beliau masuk Islam, untuk pertama kalinya beliau bergabung dalam pasukan Islam dalam pertempuran yang cukup penting, iaitu Perang Mut’ah.

Dalam pertempuran ini, beliau menjadi perajurit biasa bersama 3,000 pasukan Madinah lainnya menghadapi sekitar 100,000 – 200,000 pasukan Romawi Timur. Di tengah pertempuran yang berlangsung selama tujuh hari ini, beliau dilantik untuk menjadi panglima kerana tewasnya tiga panglima: Zayd Bin Haritsah, Ja’far Bin Abu Thalib, dan Abdullah Bin Rawahah. Dengan peranannya ini, pasukan Madinah mampu bertahan selama tujuh hari.

Khalid Al-Walid mampu mengubah kedudukan pasukan sayap kanan ke sayap kiri dan begitu juga sebaliknya. Beliau lalu membariskan seluruh pasukannya dalam barisan yang amat panjang untuk memberikan kesan jumlah pasukannya lebih banyak. Beliau juga memerintahkan pasukannya untuk membuat debu dan pasir berterbangan lebih dari yang seharusnya. Strategi Khalid Al-Walid berjalan cukup berjaya dengan timbulnya kewas-wasan dalam hati pasukan Romawi kerana menyangka pasukan Madinah menerima bantuan. Kesan ini muncul kerana mereka harus berhadapan dengan wajah baru setiap hari. Khalid Al-Walid dengan lebih mudah dapat mengorientasikan pasukannya untuk selalu mundur sedikit demi sedikit.

Pasukan Romawi menyangka perkara ini adalah perangkap untuk membuatkan mereka masuk ke gurun pasir Arab yang ‘kejam.’ Hari ketujuh, perang berakhir dengan mundurnya kedua belah pihak. Dalam pertempuran ini, Khalid Al-Walid mematahkan sembilan pedangnya yang menunjukkan betapa intensifnya pertempuran antara kedua belah pihak. Kerana kepemimpinannya dalam pertempuran ini juga, beliau diberi gelaran Saifullah atau ‘Pedang Allah.’

Pada masa Khalifah Saiyidina Abu Bakar, Khalid Al-Walid diutus memimpin 18,000 dalam Perang Islam-Persia. Perang ini dimulai oleh Khalid Al-Walid dengan pengiriman surat kepada Hormuz, Gabenor Persia untuk Mesopotamia. Isi suratnya sangat terkenal seperti yang dipaparkan di bawah ini:

‘Masuklah dalam Islam dan kalian akan selamat. Atau bayarlah jizyah, dan kamu serta rakyatmu akan kami lindungi, jika tidak, kamu akan menjadi bersalah atas konsekuensinya, kerana saya akan datang kepada kalian dengan orang-orang yang mencintai kematian sebagaimana kalian mencintai kehidupan.’

Pertempuran pun harus dilakukan kerana Persia tidak mahu ditakluk begitu saja. Empat pertempuran pertama dimenangi pasukan kekhalifahan Islam: Pertempuran Rantai, Pertempuran Sungai, Pertempuran Walaja, dan Pertempuran Ullais. Khalid Al-Walid benar-benar memanfaatkan kelemahan pasukan Persia yang sangat lambat kerana beratnya persenjataan dan baju perang mereka.

Helah Dalam Perang

Dalam Pertempuran Rantai, beliau ‘memaksa’ pasukan Hormuz dengan membuatkan mereka bolak-balik antara kota Uballa dan kota Kazima beberapa kali. Akibatnya pasukan Persia keletihan dan Khalid Al-Walid pun memenangi pertempuran pertamanya melawan Hormuz. Satu bulan kemudian, Hirah, ibu kota Mesopotamia, berjaya direbut dan dalam beberapa bulan berikutnya, seluruh Mesopotamia dikuasai oleh kekhalifahan Islam.

Setelah tugasnya usai dalam tahap pertama penaklukan Persia, beliau diutuskan pula untuk memimpin pasukan khalifah di barisan hadapan peperangan di barat, perang Islam-Romawi timur. Ogos-November 634 Masehi, Umar Ibn Al-Khattab menggantikan Saiyidina Abu Bakar sebagai khalifah dan mengeluarkan keputusan yang mengejutkan dengan menurunkan jawatan sepupunya, Khalid Al-Walid, sebagai panglima tertinggi dalam penaklukan Syam. Tidak ada reaksi negatif dari dirinya. Beliau terus bertempur.

Bulan Oktober 636 Masehi, Abu Ubaidah menyerahkan kepemimpinan pasukan untuk sementara kepada Khalid Al-Walid sebagai panglima keseluruhan pasukan yang jumlahnya berkisar antara 30,000-40,000. Pasukan Romawi timur yang datang ternyata benar-benar sesuai dengan khabar dari tawanan perang pada pertempuran sebelumnya, antara 150,000-240,000 orang.

Pertempuran Yarmuk pun terjadi dan terjadilah kemenangan yang sangat menentukan dan bersejarah. Dengan membariskan pasukannya sepanjang 18 km, Khalid Al-Walid memulakan perang dengan strategi bertahan dan melakukan serangan balik ketika pertengahan hari. Keadaan ini terus berlangsung selama 4 hari.

Pada hari kelima, pasukan Romawi cuba membuat gencatan senjata, tetapi gagal. Pada hari keenam, Khalid Al-Walid mengubah strateginya menjadi penyerangan efektif. Pasukan Romawi kalah pada hari itu juga. Pertempuran Yarmuk merupakan salah satu dari contoh pertunjukan strategi tentera terhebat yang sangat langka di mana sejumlah pasukan dengan jumlah jauh lebih kecil mampu bertahan, bahkan menang melawan pasukan yang sangat besar jumlahnya. Khalid Al-Walid baru menerapkan strategi menyerang pada hari ini kerana telah mengetahui kendurnya moral lawan.

Umar Ibn Al-Khattab sekali lagi mengeluarkan tindakan yang mengejutkan dengan memberhentikan Khalid Al-Walid secara keseluruhan dari pasukan. Khalid Al-Walid dianggap terlalu berlebihan dengan memberikan ganjaran 10,000 dirham untuk seorang penyair yang memuji dirinya. Ini dianggap sebagai satu pemborosan.  Tahun 638 Masehi, Khalid Al-Walid pun kembali ke Madinah dan secara normal agak memprotes di atas tindakan pemberhentiannya. Namun pada akhirnya, Khalid Al-Walid tetap setia pada pemimpin dan agamanya. Beliau menerima keputusan pemberhentiannya dengan hati yang lapang.

Khalid Al-Walid menjalani sisa kehidupannya di kota Emesa, Syam. Beliau meninggal dunia pada tahun 642 Masehi dalam usia 50 tahun. Salah satu kalimat terakhirnya adalah sebagai berikut: ‘... dan di sini aku mati di atas tempat tidurku seperti domba yang mati. Mudah-mudahan mata orang-orang pengecut tidak akan pernah tidur!’ Pernyataannya ini menunjukkan kekecewaannya kerana tidak mampu mencapai kematian di medan pertempuran yang merupakan dambaannya. Kuburannya sekarang menjadi sebahagian dari Masjid Khalid Al-Walid.

Luka Libasan Pedang

Dalam sebuah narasi, Khalid Al-Walid memiliki bekas-bekas luka dari sejumlah libasan pedang, tombak, dan panah hampir di semua bahagian tubuhnya selain wajah. Orang-orang yang melihat luka-lukanya akan sukar untuk menerka bagaimana beliau mampu selamat dari tusukan senjata-senjata berbahaya itu.  Kemahiran Khalid Al-Walid dalam bermain pedang dipertunjukkan dalam beberapa episod dalam pertempurannya. Dalam Pertempuran Rantai di Mesopotamia, beliau membunuh Panglima Hormuz dalam satu episod yang disaksikan oleh dua belah pihak. Beliau juga sangat bijak memanfaatkan pasukan berkudanya jauh lebih efektif dari musuh-musuhnya.

Rekod tidak terkalahkannya dalam pertempuran membuatkan Khalid Al-Walid memperolehi tempat yang hampir sejajar dengan Alexander The Great dan Subutai - salah seorang panglima perang Jenghis Khan. Khalid Al-Walid sering sekali menggunakan beberapa taktik perang yang sangat cerdas seperti yang pernah ditulis dalam buku The Art Of War karya Tsun Zu.

Meskipun wilayah taklukannya tidak seluas taklukan Alexander The Great, Khalid Al-Walid tetap merupakan panglima perang terbaik pada zamannya di samping Eulji Mundeok, Panglima Korea yang hidup semasa dengannya. Satu perkara yang mungkin tidak mampu dimiliki oleh panglima perang lainnya adalah sifatnya yang jauh dari keangkuhan dan penuh kemurnian tujuan. Perkara ini ditunjukkannya ketika menerima dengan penuh kelapangan dada tindakan khalifahnya yang menurunkan jawatannya dan bahkan memberhentikannya dari pasukan. Sungguh sangat mungkin baginya memberontak menentang khalifah kerana pasukannya yang sangat mencintai diri jenderalnya. Beliau hanya berkata, ‘Saya tidak berperang untuk Umar.’

Bahkan yang menjadi kekesalannya ketika diberhentikan bukanlah kekesalannya yang harus kehilangan jawatan, tetapi kekesalan kerana tidak mampu lagi berperang membela agamanya dan mencapai cita-citanya untuk mati syahid di medan perang.

Bercita-cita Mati Syahid Di Medan Perang

Sejarah sudah mencatatkan bahawa Khalid Al-Walid merupakan sepupu Saiyidina Umar Al-Khatab. Sewaktu kecil lagi, mereka sering beradu tenaga melalui permainan gusti dan setiap kali perlawanan diadakan, Khalid Al-Walid sentiasa menjadi juara. Kehebatannya terserlah apabila beliau berjaya mematahkan tangan Saiyidina Umar dalam satu perlawanan gusti, maka tidak hairanlah kalau Khalid Al-Walid dan Umar sangat disegani dan ditakuti oleh penduduk Mekah.

Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid Al-Walid. Dalam Perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi dalam Perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru. Beliau adalah hero penyelamat saat ambang kekalahan tentera Islam.

Semasa belum memeluk Islam, Khalid Al-Walid adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika Perang Uhud dahulu.  Khalid Al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8 Hijrah bersama-sama Uthman bin Talhah dan Amru bin Al-As. Selepas itu, Khalid Al-Walid berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah s.a.w.

Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berhadapan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat hingga nyaris kalah. Bendera Islam yang pada mulanya dipegang oleh Zaid bin Harithah yang kemudiannya gugur syahid. Bendera Islam kemudiannya diambil alih oleh Jaafar bin Abu Thalib, beliau turut syahid. Maka bendera tadi dipegang pula oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada. Lantas bendera bertukar tangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid Al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid Al-Walid pun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.


Menghapus Golongan Murtad

Pada zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid Al-Walid ditugaskan untuk menghapuskan golongan yang murtad. Saiyidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi: ’Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ’Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik.’

Khalid Al-Walid juga ditugaskan untuk membunuh Nabi Palsu iaitu Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut yakni Perang Yamamah, ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid Al-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya: ‘Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing.’

Mungkin saja petikan ini dialog di antara Khalid Al-Walid bersama Panglima Romawi yang bernama Gergorius Theodorus ataupun mungkin saja bukan. Tetapi apa yang paling penting adalah isi dialog di bawah ini.

Gergorius Theodorus bertanya lagi: ‘Apa yang kamu dakwahkan kepada umat manusia?’

Khalid Al-Walid menjelaskan: ’Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam.’

Gergorius Theodorus seterusnya berkata: ‘Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah beliau akan mendapat ganjaran?’

Khalid Al-Walid menjawab: ‘Ya, itulah yang lebih utama.’

Gergorius Theodorus berkata: ‘Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam?’

Khalid Al-Walid menjawab: ’Kami hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, makaganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu.’

Saiyidina Khalid Al-Walid Saifullah bercita-cita untuk mati syahid seperti kebanyakan pahlawan-pahlawan Islam yang lain. Namun hajatnya tidak pernah tertunai. Di mana-mana buku sejarah pahlawan Islam, pasti akan tertulis mengenai keluhan beliau ini. Namun jawapan sahabatnya amatlah menginsafkannya.

‘Kau tidak boleh syahid, Khalid Al-Walid! Kau telah dilantik sebagai Pedang Allah oleh Rasulullah s.a.w dan pedang Allah tidak boleh patah di medan perang.’

Sebaik-baik Hamba Allah

Dan kata-kata Rasulullah s.a.w itu pasti. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: ‘Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik.’

Dan semestinya Pedang allah tidak boleh patah di medan perang. Sesungguhnya kegagahan, keberanian, keperkasaan, dan kebijaksanaan Khalid Al-Walidlah yang menjamin kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Tiada perang yang tidak dimenanginya. Syahid yang dicari, tetapi kedudukan yang tinggi menjadi miliknya di akhirat kelak. Tubuhnya telah penuh dengan parut akibat peperangan semasa kematian beliau.

Kata-kata Khalid Al-Walid sebelum meninggal dunia: ‘Aku telah berperang lebih dari seratus kali dan tiada di badanku walaupun seinci kecuali padanya parut dari tusukan pedang, tusukan panah dan tikaman tombak, dan inilah aku, mati di atas katilku. Tidak akan tidak tidur lena orang-orang yang pengecut!’ 

Kata-kata di atas tertulis dan terpampang di pusara Khalid Al-Walid yakni di makam Pedang Allah dan panglima perang paling berjaya dalam sejarah. Yang tidak pernah menempuh kekalahan di medan perang.
Gelaran Pedang Allah
‘Saifullah’ atau pedang Allah gelaran yang diberikan kepada pahlawan ini. Khalifah Abu Bakar pernah berkata: ‘Tiada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid Al-Walid.’

Pada mulanya Khalid Al-Walid menentang Islam dan atas kebijaksanaan beliaulah tentera Islam telah dikalahkan dalam Perang Uhud. Keislamannya membuka lembaran baru dalam sejarah Islam bermula dengan perang dengan tentera Rom yang mana ianya hanyalah tentera biasa dalam pasukan Islam. Peperangan berat sebelah 200,000 tentera Rom melawan 3,000 tentera Islam. Kemahsyurannya ketika memimpin tentera Islam dalam memerangi orang orang yang mengaku nabi dan diteruskan sehingga menjelajah kerajaan Parsi sepertimana yang pernah yang diberitakan oleh Rasullulah s.a.w. kerajaan Parsi pasti akan dibinasakan oleh Tuhan dan cahaya Islam akan menyinar sehingga ke Rom.

Khalid Al-Walid berjaya mengislamkan pahlawan Rom yang bernama George atau Gergorius Theodorus ketika peperangan di Yarmuk. Tidak lama selepas di islamkan Gergorious mati syahid ketika membantu Islam dalam peperangan yang sama. Sekali lagi air mataku menitis. Kerinduannya memburu syahid tidak pernah luput sehingga beliau menyertai 100 peperangan, sehingga setiap inci disentuhi oleh mata tombak, pedang dan panah tetapi ajalnya tetap bukan di medan peperangan.

Panglima Islam Terbilang
Khalid Al-Walid tamatkan penguasaan 1,000 tahun Barat di Syria Khalid Al-Walid banyak menempa kejayaan dalam peperangan dalam menegakkan agama suci Allah ini. Khalid Al-Walid yang dikenali ‘saifullah’ adalah antara pahlawan gagah berani yang berjaya mengalahkan musuh dalam beberapa peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat. Pengepungan Kota Damsyik selama 70 malam pada 14 Hijrah bersamaan 635 Masehi pada Rabiul Akhir adalah antara peristiwa penting dalam perjuangannya. Kota Damsyik yang kini ibu negara Syria adalah antara kota termasyhur di dunia ketika itu. Kemasyhuran itu diabadikan oleh Ibn Jarir, pengembara dan juga penyair dari Andalusia (Sepanyol) pada kurun ke-12 dengan katanya: ‘Seandainya syurga berada di atas dunia, syurga itu adalah Damsyik. ’

Damsyik atau nama asalnya Syam dikatakan berasal daripada nama Sam, iaitu anak Nabi Nuh yang menetap di situ selepas peristiwa banjir besar. Malah, riwayat mengatakan Rasulullah s.a.w pernah ke puncak Jabal Qasiyyun, lalu memandang ke arah kota Damsyik dengan kagum dan bangga. Namun, disebabkan ancaman beberapa kuasa besar, khususnya Bizantine yang menawani Damsyik ketika itu, satu pakatan ketenteraan diwujudkan oleh Rasulullah bagi menentang Bizantine. Bizantine bukan saja mengganggu dan mengancam dakwah Islam, malah menjadi tempat berlindung musuh Islam dari Semenanjung Tanah Arab.

Peperangan pertama yang dilakukan terhadap Bizantine adalah melalui peperangan Muktah yang berlaku pada penghujung hidup Rasulullah s.a.w. Peperangan ini adalah medan ujian pertama Khalid Al-Walid sebagai panglima tentera. Dalam peperangan itu, tentera Islam pada mulanya dipimpin oleh Zaid bin Haritsah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah. Selepas ketiga-tiganya syahid, Rasulullah s.a.w melantik Khalid Al-Walid sebagai panglima baru. Selepas itu, Khalid Al-Walid menyusun strategi untuk mengelirukan musuh antaranya dengan meletakkan sebilangan tentera Islam di bahagian belakang bertujuan menampakkan seolah-olah mereka mendapat bantuan. Kebijaksanaan Khalid Al-Walid ini menyebabkan tentera Bizantine terkeliru dan takut, lalu berundur.

Perang Yarmuk pula mempamerkan keikhlasan Khalid Al-Walid memartabatkan Islam tanpa mengejar pangkat dan nama. Pada awal perang itu, Khalifah Abu Bakar melantik Khalid Al-Walid memimpin 50,000 pejuang Islam menentang 240,000 tentera Bizantine. Apabila Saiyidina Abu Bakar meninggal dunia pada 634 Masehi, khalifah baru, Saiyidina Umar memilih Abu Ubaidah bin Jarrah untuk mengambil alih tugas Khalid Al-Walid. Khalid Al-Walid tidak sedikit pun marah atau berkecil hati, sebaliknya beliau sama-sama berjuang hingga tentera Islam mencapai kemenangan. Kemenangan ini bermula dengan kejayaan mengepung bandar itu selama 70 malam oleh Khalid Al-Walid dan Abu Ubaidah.

Ada pendapat mengatakan Khalid Al-Walid dan beberapa tentera Islam melalui Bab Syarqi atau pintu sebelah timur selepas berjaya membebaskan Syam daripada penjajahan Bizantine. Pengkaji sejarah berpendapat, pintu itu dibina oleh Raja Rom, Septimius Severus, pada awal kurun ketiga. Tindakan Khalid Al-Walid ini mengejutkan dunia Islam ketika itu kerana berjaya menamatkan penguasaan kuasa Barat selama seribu tahun ke atas Syria pada 635 Masehi. Ada pendapat mengatakan beliau berlaku pada 635 Masehi bersamaan 14 Hijrah.

Kejayaan Khalid Al-Walid ini membolehkan kota Damsyik bertukar pimpinan daripada Bizantine kepada kerajaan Islam yang lebih adil. Selepas zaman sahabat iaitu pada zaman pemerintahan Ummaiyyah, kedudukan Damsyik amat penting iaitu sebagai ibu negara dan pusat kegiatan ekonomi. Pada 661 Masehi pula, Muawiyah bin Abi Sufian, pengasas Bani Ummaiyyah dan khalifah yang baru dilantik, memindahkan ibu negara Islam dari Madinah ke Damsyik.
Khalid Al-Walid Dalam Perang

Menurut catatan sejarah islam, Perang Uhud telah berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah platform untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.

Perang Uhud

Pihak Quraisy telah keluar dari Mekah dengan gerombolan tentera seramai 3,000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak Muslim pula keluar dari Madinah di bawah seliaan Rasulullah s.a.w seramai seribu orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka. Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.

Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid Al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.

Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq, Umar ibni Al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda Rasulullah s.a.w dan baginda Rasulullah s.a.w mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.

Baginda Rasulullah s.a.w turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ini menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda Rasulullah s.a.w tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.

Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hindun iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka. Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya.

Perang Muktah
Perang Muktah berlaku pada sekitar tahun 629 Masehi ketika di akhir kehidupan Rasulullah s.a.w. Ketika ini baginda Rasulullah s.a.w menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom Byzantium seramai 100,000 orang tentera. Tujuan baginda Rasulullah s.a.w menghantar tentera Islam kerana sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom. Ketika ini, baginda Rasulullah s.a.w melantik tiga orang panglima Islam dengan Zaid ibn Harithah dilantik sebagai ketua panglima, Ja’afar ibn Abi Thalib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah ibn Rawahah sebagai pengganti Ja’afar sekiranya Ja’afar terkorban.

Pertempuran berlaku di Karak di mana pada hari ini terletak di dalam negara Jordan. Di dalam peperangan ini, ketiga-tiga ketua panglima yang dilantik oleh Rasulullah s.a.w terkorban. Apabila kesemua panglima terkorban, Thabit ibn Arqam mengendalikan tentera Islam buat seketika, namun beliau tidak berkehendak untuk memimpin tentera Islam ketika itu.

Setelah beberapa ketika, Thabit mencadangkan Khalid Al-Walid dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam. Perlantikan ini dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Selepas perlantikannya, Khalid Al-Walid bertindak dengan menyelamatkan tentera Islam daripada diasak hebat oleh tentera Rom.

Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang berserta taktik untuk melakukan k di barisan belakang, taktik ini berjaya mengelirukan barisan hadapan tentera Byzantium. Hasilnya. Khalid Al-Walid berjaya mengundurkan tentera Islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh tentera musuh. Selepas ini, Khalid Al-Walid bertindak cemerlang dalam memimpin tentera Islam dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Parsi dan di dalam siriPeperangan Islam-Rom Byzantium.

Perang Badar

Satuan Abdullah bin Jahsy merupakan persimpangan jalan dalam strategi politik Islam. Ketika itulah Waqid bin Abdullah at-Tamimi melepaskan anak panahnya dan mengenai ‘Amr bin’l-Hadzrami hingga beliau tewas. Ini adalah darah pertama ditumpahkan oleh Muslimin. Sebagai kelanjutannya maka diundangkan perang terhadap mereka yang mahu memfitnah dan mengalihkan kaum Muslimin dan agamanya serta menghalangi mereka dan jalan Allah. Juga satuan ini merupakan persimpangan jalan dalam strategi politik Muslimin terhadap Quraisy, kerana dengan ini kedua-duanya dapat berhadapan sama kuat. Selepas itu kaum Muslimin jadi berfikir lebih sungguh-sungguh lagi dalam membebaskan harta-benda mereka dalam menghadapi Quraisy.

Di samping itu pihak Quraisy berusaha menghasut seluruh Jazirah Arab, bahawa Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya melakukan pembunuhan dalam bulan suci. Rasulullah s.a.w pun yakin sudah, bahawa harapan akan dapat bekerjasama dengan jalan persetujuan yang sebaik-baiknya dengan mereka sudah tidak ada lagi.

Pada permulaan musim gugur tahun kedua Hijrah, Abu Sufyan berangkat membawa perdagangan yang cukup besar, menuju Syam. Perjalanan dagang inilah yang ingin ditahan oleh orang-orang Islam ketika Rasulullah s.a.w. dulu pergi ke ‘Usyaira. Tetapi tatkala mereka sampai, kafilah Abu Sufyan sudah lalu dua hari lebih dulu sebelum baginda tiba di tempat tersebut.

Sekarang kaum Muslimin bertekad menunggu mereka kembali. Sementara Rasulullah s.a.w menantik mereka kembali dari Syam itu, dikirim Talha bin Ubaidillah dan Said bin Zaid menunggu berita. Mereka berdua berangkat, dan sesampainya di tempat Kasyd Al-Juhani di bilangan Haura’, mereka bersembunyi, menunggu hingga kafilah itu lalu. Kemudian cepat-cepat mereka berdua menemui Rasulullah s.a.w untuk memberitahu keadaan mereka.

Usaha Muslimin Memotong Jalan

Tetapi belum lagi selesai Rasulullah s.a.w menunggu kedatangan kedua-dua utusan dari Haura’ beserta khabar tentang kafilah yang akan dibawa, lebih dulu sudah tersebar berita tentang adanya sebuah rombongan kafilah yang besar, dan bahawa seluruh penduduk Mekah ada saham di situ. Tidak ada penduduk laki-laki atau wanita yang dapat memberikan sahamnya yang tidak ikut serta, sehingga seluruhnya mencapai jumlah 50,000 dinar.

Baginda bimbang, kalau masih menunggu lagi kafilah itu kembali ke Mekah, mereka akan menghilang seperti ketika berangkat ke Syam dulu. Oleh itu baginda segera mengutus kaum Muslimin dengan mengatakan: ‘Ini adalah kafilah Quraisy. Berangkatlah kamu ke sana. Mudah-mudahan Tuhan memberikan kelebihan kepada kamu.’

Ada orang yang segera menyambutnya dan ada juga yang masih merasa berat. Dan ada lagi orang yang belum Islam ingin bergabung kerana mereka hanya ingin mendapatkan harta rampasan saja. Tetapi Rasulullah s.a.w menolak penggabungan mereka ini sebelum mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Sementara itu Abu Sufyan sudah mengetahui pula akan kepergian Rasulullah s.a.w yang akan menahan kafilahnya dalam perjalanan ke Syam. Dia bimbang kalau-kalau kaum Muslimin akan menahannya bila dia kembali dengan membawa laba perdagangan. Sekarang dia hanya menunggu berita tentang mereka itu, termasuk Kasyd Juhani yang pernah dikunjungi oleh kedua-dua utusan Rasulullah s.a.w di Haura’, di antara orang yang disoalnya.

Meskipun Juhani belum mempercayai berita tersebut, tetapi berita tentang Rasulullah s.a.w, kaum Muhajirin dan Ansar sudah sampai juga kepadanya seperti tersebarnya berita itu dulu kepada Rasulullah s.a.w. Dia merasa bimbang juga kalau dari pihak Quraisy pengawalan kafilah hanya terdiri dari tiga puluh atau empat puluh orang saja.

Ketika itulah dia lalu mengupah Dzamdzam bin ‘Amr Al-Ghifari supaya cepat-cepat pergi ke Mekah untuk mengerahkan Quraisy menolong harta-benda mereka, juga diberitahukannya, bahawa Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya sedang mengancam.

Setibanya di Mekah, ketika berada di tengah-tengah sebuah lembah, dipotong kedua telinga dan hidung untanya, dibalikkan pelana dan dia sendiri berhenti di tempat itu sambil menjerit-jerit memberitahu, dengan memakai baju yang sudah dikoyak-koyak bahagian hadapan dan belakangnya: ‘Hai orang-orang Quraisy! Kafilah, kafilah! harta bendamu di tangan Abu Sufyan telah ditahan oleh Muhammad dan sahabat-sahabatnya. Kamu sekalian harus segera menyusul. Perlu pertolongan! Pertolongan!’

Mendengar ini Abu Jahal segera memanggil orang-orang di sekitar Kaabah. Mereka dikerahkan. Abu Jahal adalah seorang laki-laki berbadan kecil, berwajah keras dengan lidah dan pandangan mata yang tajam. Sebenarnya orang-orang Quraisy itu sudah tidak perlu lagi dikerahkan kerana setiap orang sudah punya saham tersendiri dalam kafilah itu.

Sungguhpun begitu ada juga penduduk Mekah itu sebahagian yang sudah merasakan adanya kekejaman Quraisy terhadap kaum Muslimin sehingga menyebabkan mereka terpaksa berhijrah ke Abisinia dan kemudian berhijrah ke Madinah. Mereka ini masih berbelah bahagi sama ada akan turut juga berperang mempertahankan harta-benda mereka, atau akan tinggal diam saja dengan harapan kalau-kalau kafilah itu tidak mengalami sebarang gangguan.

Mereka ini masih ingat bahawa dulu antara kabilah Quraisy dan kabilah Kinana ada tuntutan darah yang dilakukan oleh kedua belah pihak. Apabila mereka ini cepat-cepat menghadapi Rasulullah s.a.w dalam membela kafilah tersebut, mereka bimbang akan diserbu oleh Banu Bakar (dari Kinana) dari belakang. Alasan demikian ini hampir saja memperkuatkan pendapat yang ingin tinggal diam saja, sehinggalah datang Malik bin Ju’syum (Mudlij), seorang pemuka Banu Kinana.

‘Bagi kamu aku adalah jaminan, bahawa Kinana tidak akan melakukan sesuatu di belakang kamu yang akan merugikan kamu sekalian.’

Dengan demikian orang-orang semacam Abu Jahal, ‘Amir Al-Hadzrami serta penganjur-penganjur perang menentang Rasulullah s.a.w dan pengikut-pengikutnya, mendapat sokongan kuat. Tidak ada alasan bagi orang yang boleh berperang itu yang akan tinggal di belakang atau akan menggantikannya dengan orang lain. Dari pemuka-pemuka Quraisy pun tidak ada yang ketinggalan, kecuali Abu Lahab yang diwakili oleh Al-’Ash bin Hisyam bin Mughira.

Orang ini berhutang kepada Abu Lahab sebanyak 4,000 dirham yang tidak dibayar sehingga dia rugi kerananya. Sedang Umayya bin Khalaf sudah bertekad akan tinggal diam. Dia sebagai orang terpandang, yang sudah tua sekali usianya, badannya gemuk dan berat.

Ketika itu dia didatangi oleh ‘Uqba bin Abi Mu’ait dan Abu Jahal ke masjid. ‘Uqba membawa perapian dengan kemenyan sedang Abu Jahal membawa tempat celak dan pemalitnya. ‘Uqba meletakkan tempat api itu di hadapannya seraya berkata: ‘Abu Ali, gunakanlah perapian dan kemenyan ini, sebab kau wanita.’

‘Pakailah celak ini, Abu Ali, sebab kau perempuan,’ kata Abu Jahal.

‘Belikan buat aku seekor unta yang terbaik di lembah ini,’ jawab Umayya. Lalu dia pun pergi bersama mereka. Sekarang tiada seorang pun yang boleh bertempur, yang masih tinggal di Mekah.

Pada hari kelapan bulan Ramadan tahun kedua Hijrah, Rasulullah s.a.w. berangkat dengan sahabat-sahabatnya meninggalkan Madinah. Pimpinan sembahyang diserahkan kepada ‘Amr bin Umm Maktum, sedang pimpinan Madinah kepada Abu Lubaba dari Rauha’. Dalam perjalanan ini Muslimin didahului oleh dua bendera hitam. Mereka membawa tujuh puluh ekor unta, yang dinaiki dengan cara silih berganti.

Setiap dua orang, setiap tiga orang dan setiap empat orang bergantian naik seekor unta. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w juga mendapat bahagian sama seperti sahabat-sahabatnya yang lain. Baginda, Ali bin Abi Talib dan Marthad bin Marthad Al-Ghanawi bergantian naik seekor unta. Abu Bakar, Umar dan Abdur-Rahman bin ‘Auf bergantian juga dengan seekor unta. Jumlah mereka yang berangkat bersama Rasulullah s.a.w dalam ekspedisi ini terdiri dari tiga ratus lima orang, lapanpuluh tiga di antaranya Muhajirin, enam puluh satu orang Aus dan yang selebihnya dari Khazraj.

Kerana dibimbangkan Abu Sufyan akan menghilang lagi, cepat-cepat mereka berangkat sambil terus berusaha mengikuti berita-berita tentang orang ini di mana saja mereka berada. Tatkala sampai di ‘Irq’z-Zubya mereka bertemu dengan seorang lelaki Arab gunung yang ketika disoal tentang rombongan itu, ternyata dia tidak mendapat berita apa-apa. Mereka meneruskan perjalanan hingga sampai di sebuah wadi bernama Dhafiran; di tempat itu mereka turun. Di tempat inilah mereka mendapat berita, bahawa pihak Quraisy sudah berangkat dari Mekah, akan melindungi kafilah mereka.

Ketika itu suasananya sudah berubah. Kini kaum Muslimin dari kalangan Muhajirin dan Ansar bukan lagi berhadapan dengan Abu Sufyan dengan kalifahnya serta tiga puluh atau empat puluh orang rombongannya itu saja, yang takkan dapat melawan Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya, melainkan Mekah dengan seluruh isinya sekarang keluar dipimpin oleh pemuka-pemuka mereka sendiri bagi membela perdagangan mereka.

Andaikata pihak Muslimin sudah dapat mengejar Abu Sufyan, dan beberapa orang dari rombongan itu sudah dapat ditawan, unta beserta muatannya sudah dapat dikuasai, pihak Quraisy pun tentu akan segera pula dapat menyusul mereka. Soalnya kerana terdorong oleh rasa cinta kepada harta dan ingin mempertahankannya. Mereka merasa sudah disokong oleh sejumlah orang dan perlengkapan yang cukup besar. Mereka bertekad akan bertempur dan mengambil kembali harta mereka, atau bersedia mati untuk itu.

Tetapi sebaliknya, apabila Rasulullah s.a.w kembali ke tempat mula, pihak Quraisy dan Yahudi Madinah tentu merasa mendapat angin. Baginda sendiri terpaksa berada dalam situasi yang serba dibuat-buat, sahabat-sahabatnya juga terpaksa akan memikul segala tekanan dan gangguan Yahudi Madinah, seperti gangguan yang pernah mereka alami dari pihak Quraisy di Mekah dahulu. Ya, apabila baginda menyerah kepada situasi semacam itu, mustahil sekali kebenaran akan dapat ditegakkan dan Allah akan memberikan pertolongan dalam menegakkan agama itu.

Sekarang baginda bermusyawarah dengan sahabat-sahabatnya. Diberitahukannya kepada mereka tentang keadaan Quraisy menurut berita yang sudah diterimanya. Abu Bakar dan Umar juga lalu memberikan pendapat. Kemudian Miqdad bin ‘Amr tampil mengatakan: ‘Rasulullah, teruskanlah apa yang sudah ditunjukkan Allah. Kami akan bersama tuan. Kami tidak akan mengatakan seperti Bani Israil yang berkata kepada Musa: ‘Pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah. Kami di sini akan menunggu. Tetapi, pergilah engkau dan Tuhanmu, dan berperanglah, kami bersamamu akan juga turut berjuang.’

Akan Melindungi

‘Berikan pendapat kamu sekalian kepadaku,’ kata Rasulullah s.a.w lagi. Kata-kata ini sebenarnya ditujukan kepada pihak Ansar yang telah menyatakan Ikrar Aqaba, bahawa mereka akan melindunginya seperti terhadap sanak keluarganya sendiri, tetapi mereka tidak mengadakan ikrar itu untuk mengadakan serangan keluar Madinah.

Tatkala pihak Ansar merasa bahawa memang mereka yang dimaksudkan, maka Saad bin Musadh yang memegang pimpinan mereka menoleh kepada Rasulullah s.a.w. ‘Agaknya yang dimaksudkan Rasulullah adalah kami,’ katanya.

‘Ya,’ jawab Rasulullah s.a.w.

‘Kami telah percaya kepada Rasulullah s.a.w dan membenarkan,’ kata Saad pula, ‘Kami juga telah menyaksikan bahawa apa yang kau bawa itu adalah benar. Kami telah memberikan janji kami dan jaminan kami, bahawa kami akan tetap taat setia. Laksanakanlah kehendakmu, kami di sampingmu. Demi yang telah mengutus kamu, sekiranya kau bentangkan lautan di hadapan kami, lalu kau terjun menyeberanginya, kami juga akan terjun bersamamu, dan tidak seorang pun dari kami akan tinggal di belakang. Kami takkan segan-segan menghadapi musuh kita besok. Kami cukup tabah dalam perang, cukup setia bertempur. Semoga Tuhan membuktikan segalanya dari kami yang akan menyenangkan hatimu. Ajaklah kami bersama, dengan berkah Tuhan.’

Sebaik sahaja Saad selesai bicara, wajah Rasulullah s.a.w kelihatan berseri. Kelihatannya baginda puas sekali; seraya katanya: ‘Berangkatlah, dan gembirakan! Allah sudah menjanjikan kepadaku atas salah satunya dari dua kelompok itu. Seolah-olah kini kehancuran mereka itu kelihatan di hadapanku.’

Mereka pun segera berangkat. Ketika sampai di suatu tempat dekat Badar, Rasulullah s.a.w pergi semula dengan untanya sendiri. Baginda menemui seorang lelaki Arab tua. Kepada orang ini baginda menanyakan Quraisy dan menanyakan tentang Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya, yang kemudian daripadanya diketahui, bahawa kafilah Quraisy berada tidak jauh dari tempat itu.

Lalu kembali lagi baginda ke tempat sahabat-sahabatnya. Ali bin Abi Talib, Zubair bin’l-Awwam, Saad bin Abi Waqqash serta beberapa orang sahabat lainnya segera ditugaskan mengumpulkan berita dari sebuah tempat di Badar. Ali bin Abi Talib segera kembali dengan membawa dua orang budak lelaki. Dari kedua orang budak lelaki ini Rasulullah s.a.w mengetahui, bahawa pihak Quraisy kini berada di sebalik bukit pasir di tepi hujung Wadi. Ketika mereka menjawab, bahawa mereka tidak mengetahui berapa jumlah pihak Quraisy, disoal lagi oleh Rasulullah s.a.w: ‘Berapa ekor ternakan yang mereka sembelih tiap hari?’

‘Kadang-kadang sehari sembilan, kadang-kadang sehari sepuluh ekor,’ jawab mereka.

Dengan demikian Rasulullah s.a.w dapat mengambil kesimpulan, bahawa mereka terdiri dari antara 900 sampai 1,000 orang. Juga dari kedua budak lelaki itu dapat diketahui bahawa bangsawan-bangsawan Quraisy ikut serta memperkuatkan diri. Lalu kata Rasulullah s.a.w kepada sahabat-sahabatnya: ‘Lihat. Sekarang Mekah sudah menghadapkan semua bunga bangsanya kepada kita.’

Berangkat Dengan Jaya

Mahu tidak mahu, sekarang baginda dan sahabat-sahabatnya harus berhadapan dengan suatu golongan yang jumlahnya tiga kali jauh lebih besar. Mereka harus mengerahkan seluruh semangat, harus mengadakan persiapan mental menghadapi kekerasan itu. Mereka harus sedia menunggu suatu pertempuran sengit dan dahsyat, yang takkan dapat dimenangi kecuali oleh iman yang kuat memenuhi kalbu, iman dan kepercayaan akan adanya kemenangan itu.

Bila mana Saiyidina Ali sudah kembali dengan kedua orang budak lelaki yang membawa berita tentang Quraisy itu, dua orang Muslimin lainnya lalu berangkat semula menuju lembah Badar. Mereka berhenti di atas sebuah bukit tidak jauh dari tempat air, dikeluarkannya tempat persediaan airnya, dan di sini mereka mengisi air itu.

Sementara mereka berada di tempat air, terdengar ada suara seorang budak perempuan, yang agaknya sedang menagih hutang kepada seorang wanita lainnya, yang lalu dijawab: ‘Kafilah dagang besok atau lusa akan datang. Pekerjaan akan kuselesaikan dengan mereka dan hutang segera akan kubayar.’

Kedua laki-laki itu kembali. Disampaikannya apa yang telah mereka dengar itu kepada Rasulullah s.a.w.

Perdagangan Abu Sufyan

Dalam pada itu Abu Sufyan sudah mendahului kafilahnya mencari-cari berita. Dia bimbang Rasulullah s.a.w akan sudah lebih dulu ada di jalan itu. Sesampainya di tempat air, dia bertemu dengan Majdi bin ‘Amr.

‘Ada kau melihat orang tadi?’ soalnya.

Majdi menjawab bahawa dia melihat ada dua orang berhenti di bukit itu sambil menunjuk ke tempat dua orang laki-laki Muslim itu berhenti tadi. Abu Sufyan pun pergi mendatangi tempat perhentian tersebut. Dilihatnya ada kotoran dua ekor unta dan setelah diperiksanya, diketahuinya, bahawa biji kotoran itu berasal dari makanan ternakan Yathrib.

Cepat-cepat dia kembali menemui rakan-rakannya dan membatalkan perjalanannya melalui jalan tersebut. Dengan tergesa-gesa sekali sekarang dia menukar haluan melalui jalan pantai laut. Jaraknya dengan Rasulullah s.a.w sudah jauh, dan dia dapat meloloskan diri.

Hingga keesokan harinya kaum Muslimin masih menanti kafilah itu akan lalu. Tetapi setelah ada berita-berita bahawa Abu Sufyan dan rakan-rakannya sudah lolos dan yang masih ada dekat mereka sekarang adalah angkatan perang Quraisy, beberapa orang yang tadinya mempunyai harapan penuh akan beroleh harta rampasan, terbalik menjadi layu. Beberapa orang bertukar fikiran dengan Rasulullah s.a.w dengan maksud supaya kembali saja ke Madinah, tidak perlu berhadapan dengan mereka yang datang dari Mekah hendak berperang.

Ketika itu datang firman Allah s.w.t: ‘Ingat! Tuhan menjanjikan kamu salah satu dari dua kelompok (musuh) itu untuk kamu. Sedang kamu menginginkan, bahawa yang tidak bersenjata itulah yang untuk kamu. Tetapi Allah mahu membuktikan kebenaran itu sesuai dengan ayat-ayat-Nya, dan akan merabut akar orang-orang yang tidak beriman itu.’

Pada pihak Quraisy juga begitu. Perlu apa mereka berperang, perdagangan mereka sudah selamat? Bukankah lebih baik mereka kembali ke tempat mula, dan membiarkan pihak Islam kembali ke tempat mereka. Abu Sufyan juga berfikir begitu. Itu sebabnya dia mengirim utusan kepada Quraisy mengatakan: ’Kamu telah berangkat bagi menjaga kafilah dagang, orang-orang serta harta-benda kita. Sekarang kita sudah diselamatkan Tuhan. Kembalilah.’ Tidak sedikit dari pihak Quraisy sendiri yang juga menyokong pendapat ini.

Quraisy Mengetahui Persediaan Muslimin

Tetapi Abu Jahal ketika mendengar kata-kata ini, tiba-tiba menjerit: ‘Kita tidak akan kembali sebelum kita sampai di Badar. Kita akan tinggal tiga malam di tempat itu. Kita memotong ternak, kita makan-makan, minum-minum khamr, kita minta biduanita-biduanita bernyanyi. Biar orang-orang Arab itu mendengar dan mengetahui perjalanan dan persiapan kita. Biar mereka tidak lagi mahu menakut-nakuti kita.’

Soalnya pada waktu itu Badar merupakan tempat pesta tahunan. Apabila pihak Quraisy menarik diri dari tempat itu setelah perdagangan mereka selamat, boleh jadi akan ditafsirkan oleh orang-orang Arab – menurut pendapat Abu Jahal – bahawa mereka takut kepada Rasulullah s.a.w dan rakan-rakannya. Dan ini bermakna kekuasaan Rasulullah s.a.w akan makin terasa, ajarannya akan makin tersebar, makin kuat. Apalagi sesudah adanya satuan Abdullah bin Jahsy, terbunuhnya Ibn’l-Hadzrami, dirampas dan ditawannya orang-orang Quraisy.

Mereka jadi ragu-ragu: antara mahu ikut Abu Jahal kerana takut dituduh pengecut, atau kembali saja setelah kafilah perdagangan mereka selamat. Tetapi yang ternyata kemudian kembali pulang hanya Bani Zuhra, setelah mereka mahu mendengar saranan Akhnas bin Syariq, orang yang cukup ditaati mereka.

Pihak Quraisy yang lain ikut Abu Jahal. Mereka berangkat menuju ke sebuah tempat perhentian, di tempat ini mereka mengadakan persiapan perang, kemudian mengadakan perundingan. Lalu mereka berangkat lagi ke tepi hujung wadi, berlindung di sebalik sebuah bukit pasir.

Berangkat Ke Badar

Sebaliknya pihak Muslimin, yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan, sudah sepakat akan bertahan terhadap musuh bila diserang kelak. Oleh itu mereka pun segera berangkat ke tempat mata air di Badar itu, dan perjalanan ini lebih mudah lagi kerana waktu itu hujan turun. Setelah mereka sudah mendekati mata air, Rasulullah s.a.w berhenti.

Ada seseorang yang bernama Hubab bin Mundhir bin Jamuh, orang yang paling banyak mengenali tempat itu, setelah dilihatnya Rasulullah s.a.w turun di tempat tersebut, baginda bertanya: ‘Rasulullah, bagaimana pendapat tuan berhenti di tempat ini? Kalau ini sudah wahyu Tuhan, kita takkan maju atau berundur setapak pun dari tempat ini. Ataukah ini sekadar pendapat tuan sendiri, suatu taktik perang belaka?’

‘Sekadar pendapat saya dan sebagai taktik perang,’ jawab Rasulullah s.a.w.

‘Rasulullah,’ katanya lagi. ‘Kalau begitu, tidak tepat kita berhenti di tempat ini. Mari kita pindah sampai ke tempat mata air terdekat dan mereka, lalu sumur-sumur kering yang di belakang itu kita timbun. Selanjutnya kita buat kolam, kita isi sepenuhnya. Barulah kita hadapi mereka berperang. Kita akan mendapat air minum, mereka tidak.’

Mendengar saranan Hubab yang begitu tepat itu, Rasulullah s.a.w dan rombongannya segera pula bersiap-siap dan mengikuti pendapat temannya itu, sambil mengatakan kepada sahabat-sahabatnya bahawa baginda juga manusia seperti mereka, dan bahawa sesuatu pendapat itu boleh dimusyawarahkan bersama-sama dan baginda tidak akan menggunakan pendapat sendiri di luar mereka. Baginda perlu sekali mendapat rundingan yang baik dari sesama mereka sendiri.

Selesai kolam itu dibuat, Saad bin Mu’adh mengusulkan: ‘Rasulullah,’ katanya, ‘Kami akan membuat sebuah dangau buat tempat tuan tinggal, kenderaan tuan kami sediakan. Kemudian biarlah kami yang menghadapi musuh. Kalau Tuhan memberi kemenangan kepada kita atas musuh kita, itulah yang kita harapkan. Tetapi kalau pun sebaliknya yang terjadi; dengan kenderaan itu tuan dapat menyusul rakan-rakan yang ada di belakang kita. Rasulullah, masih ramai sahabat kita yang tinggal di belakang, dan cinta mereka kepada tuan tidak kurang dari cinta kami ini kepada tuan. Sekiranya mereka dapat menduga bahawa tuan akan dihadapkan pada perang, nescaya mereka tidak akan berpisah dari tuan. Dengan mereka Tuhan menjaga tuan. Mereka benar-benar ikhlas kepada tuan, berjuang bersama tuan.’

Rasulullah s.a.w sangat menghargai dan menerima baik saranan Saad itu. Sebuah dangau buat Rasulullah s.a.w lalu dibina. Jadi bila kemenangan bukan di tangan Muslimin, baginda takkan jatuh ke tangan musuh, dan masih akan dapat bergabung dengan sahabat-sahabatnya di Yathrib.

Di sini orang perlu berhenti sejenak dengan penuh kekaguman, kagum melihat kesetiaan Muslimin yang begitu dalam, rasa kecintaan mereka yang begitu besar kepada Rasulullah s.a.w, serta dengan kepercayaan penuh kepada ajarannya. Semua mereka mengetahui, bahawa kekuatan Quraisy jauh lebih besar dari kekuatan mereka, jumlahnya tiga kali ganda banyaknya.

Tetapi, sungguhpun begitu, mereka sanggup menghadapi, mereka sanggup melawan. Dan mereka inilah yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan. Tetapi sungguhpun begitu kerana bukan pengaruh kebendaan itu yang mendorong mereka bertempur, mereka selalu bersedia di samping Rasulullah s.a.w, memberikan sokongan, memberikan kekuatan.

Dan mereka inilah yang juga sangsi, antara harapan akan menang, dan kecemasan akan kalah. Tetapi, sungguhpun begitu, fikiran mereka selalu hendak melindungi Rasulullah s.a.w, hendak menyelamatkannya dari tangan musuh. Mereka menyiapkan jalan baginya untuk menghubungi orang-orang yang masih tinggal di Madinah. Suasana yang bagaimana lagi yang lebih patut dikagumi daripada ini? Iman mana lagi yang lebih menjamin akan memberikan kemenangan seperti iman yang ada ini?

Kedudukan Kedua Belah Pihak Di Badar

Sekarang pihak Quraisy sudah turun ke medan perang. Mereka mengutuskan orang yang akan memberikan laporan tentang keadaan kaum Muslimin. Mereka lalu mengetahui, bahawa jumlah kaum Muslimin lebih kurang tiga ratus orang, tanpa pasukan pengintai, tanpa bala bantuan. Tetapi mereka adalah orang-orang yang hanya berlindung pada pedang mereka sendiri. Tiada seorang dan mereka akan rela mati terbunuh, sebelum dapat membunuh lawan.

Mengingatkan bahawa pemuka-pemuka Quraisy telah juga ikut serta dalam angkatan perang ini, beberapa orang dari kalangan ahli fikir mereka merasa bimbang, kalau-kalau ramai dari mereka itu yang akan terbunuh, sehingga Mekah sendiri nanti akan kehilangan makna. Sungguhpun begitu mereka masih takut kepada Abu Jahal yang begitu keras, juga mereka takut dituduh pengecut dan penakut.

Tetapi tiba-tiba tampil ‘Utba bin Rabi’a ke hadapan mereka itu sambil berkata: ‘Saudara-saudara kaum Quraisy, apa yang tuan-tuan lakukan hendak memerangi Muhammad dan kawan-kawannya itu, sebenarnya tidak ada gunanya. Kalau dia sampai binasa kerana tuan-tuan, masih ada orang lain dari kalangan tuan-tuan sendiri yang akan melihat, bahawa yang terbunuh itu adalah saudara sepupunya, dari pihak bapa atau pihak ibu, atau siapa saja dari keluarganya. Kembali sajalah dan biarkan Muhammad dengan rakan-rakannya itu. Kalau dia binasa kerana pihak lain, maka itu yang tuan-tuan kehendaki. Tetapi kalau bukan itu yang terjadi, kita tidak perlu melibatkan diri dalam hal-hal yang tidak kita inginkan.’

Mendengar kata-kata ‘Utba itu, Abu Jahal naik darah. Dia segera memanggil ‘Amir bin’l-Hadzrami dengan mengatakan: ‘Sekutumu ini ingin supaya orang pulang. Kau sudah melihat dengan mata kepala sendiri siapa yang harus dituntut balas. Sekarang, tuntutlah pembunuhan terhadap saudaramu!’

‘Amir segera bangkit dan menjerit: ‘Oi saudaraku! Tidak ada jalan lain mesti perang!’

Dengan dipercepatkannya pertempuran itu Aswad bin ‘Abdul-Asad (Makhzum) keluar dari barisan Quraisy terus menyerbu ke tengah-tengah barisan Muslimin dengan maksud hendak menghancurkan kolam air yang sudah selesai dibuat. Tetapi ketika itu juga Hamzah bin Abdul Muttalib segera menyambutnya dengan satu pukulan yang mengenai kakinya, sehingga dia tersungkur dengan kaki yang sudah berlumuran darah.

Sekali lagi Hamzah memberikan pukulan, sehingga dia terkorban di belakang kolam itu. Buat mata pedang memang tidak ada yang kelihatan lebih tajam daripada darah. Juga tidak ada sesuatu yang lebih keras membakar semangat perang dan pertempuran dalam jiwa manusia daripada melihat orang yang mati di tangan musuh sedang rakan-rakannya berdiri menyaksikan.

Sebaik sahaja melihat Aswad jatuh, maka tampillah ‘Utba bin Rabi’a didampingi oleh Syaiba saudaranya dan Walid bin ‘Utba anaknya, sambil menyerukan mengajak bertarung. Seruannya itu disambut oleh pemuda-pemuda dari Madinah. Tetapi setelah melihat mereka ini ‘Utba bin Rabi’a berkata lagi: ‘Kami tidak memerlukan kamu. Yang kami maksudkan ialah golongan kami.’

Lalu dari mereka ada yang memanggil-manggil: ‘Hai Muhammad! Suruh mereka yang berwibawa dari asal golongan kami itu tampil!’

Ketika itu juga yang tampil menghadapi mereka adalah Hamzah bin Abdul Muttalib, Ali bin Abi Talib dan ‘Ubaida bin’l-Harith. Hamzah tidak lagi memberi kesempatan kepada Syaiba, juga Ali tidak memberi kesempatan kepada Walid, mereka itu ditewaskan. Lalu keduanya segera membantu ‘Ubaida yang kini sedang diterkam oleh ‘Utba. Sesudah Quraisy melihat kenyataan ini mereka semua maju menyerbu.

Pada pagi Jumaat 17 Ramadan itulah kedua-dua pasukan itu berhadap-hadapan muka. Sekarang Rasulullah s.a.w sendiri yang tampil memimpin Muslimin, mengatur barisan. Tetapi ketika dilihatnya pasukan Quraisy begitu besar, sedang anak buahnya sedikit sekali, di samping perlengkapan yang sangat lemah dibandingkan dengan perlengkapan Quraisy, baginda kembali ke pondoknya ditemani oleh Abu Bakar. Sungguh cemas baginda akan peristiwa yang akan terjadi hari itu, sungguh pilu hatinya melihat nasib yang akan menimpa Islam sekiranya Muslimin tidak mendapat kemenangan.

Doa Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w kini menghadapkan wajahnya ke kiblat, dengan seluruh jiwanya baginda menghadapkan diri kepada Tuhan, baginda mengimbau Tuhan akan segala apa yang telah dijanjikan kepadanya, baginda membisikkan permohonan dalam hatinya agar Tuhan memberikan pertolongan. Begitu dalam baginda hanyut dalam doa, dalam permohonan, sambil berkata: ‘Allahumma ya Allah. Ini Quraisy sekarang datang dengan segala kecongkakannya, berusaha hendak mendustakan Rasul-Mu. Ya Allah, pertolongan-Mu juga yang Kau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika pasukan ini sekarang binasa tidak lagi ada ibadat kepada-Mu.’

Sementara baginda masih hanyut dalam doa kepada Tuhan sambil merentangkan tangan menghadap kiblat itu, selendangnya terjatuh. Ketika itu Abu Bakar segera meletakkan selendang itu kembali ke bahunya, sambil beliau berkata: ‘Rasulullah, dengan doamu itu Tuhan akan mengabulkan apa yang telah dijanjikan kepadamu.’

Tetapi sungguhpun begitu, Rasulullah s.a.w makin dalam terbawa dalam doa, dalam tawajuh kepada Allah; dengan penuh khusyuk dan kesungguhan hati baginda terus memanjatkan doa, memohonkan isyarat dan pertolongan Tuhan dalam menghadapi peristiwa, yang oleh kaum Muslimin sama sekali tidak diharapkan, dan untuk itu tidak pula mereka punya persiapan. Kerana yang demikian inilah akhirnya baginda sampai terangguk-angguk dalam keadaan mengantuk. Dalam pada itu kelihatan olehnya pertolongan Tuhan itu ada. Baginda sedar kembali, kemudian baginda bangun dengan penuh rasa gembira.

Sekarang baginda keluar menemui sahabat-sahabatnya; dikerahkannya mereka sambil berkata: ‘Demi Dia Yang memegang hidup Nabi. Setiap orang yang sekarang bertempur dengan tabah, bertahan bermati-matian, terus maju dan pantang berundur, lalu dia terkorban, maka Allah akan menempatkannya di dalam syurga.’

Jiwanya yang begitu kuat, yang telah diberikan Tuhan begitu tinggi melampaui segala kekuatan, telah tertanam pula dengan ajarannya ke dalam jiwa orang-orang beriman. Dan kekuatan mereka itu sudah melampaui semangat mereka sendiri, sehingga setiap orang dari mereka sama dengan dua orang, bahkan sama dengan sepuluh orang.

Akan lebih mudah orang memahami ini bila diingat makna kekuatan moral yang begitu besar pengaruhnya dalam jiwa seseorang, dan ini akan bertambah besar pengaruhnya apabila kekuatan moral ini ada juga dasarnya. Semangat nasionalisme juga dapat menambah ini. Seorang perajurit yang mempertahankan tanah air yang terancam bahaya, jiwanya penuh dengan semangat patriotisme, akan bertambah kekuatan moralnya sesuai dengan besar cintanya kepada tanah air serta kebimbangannya akan bahaya yang mengancam tanah air itu dari pihak musuh.

Oleh itu semangat patriotisme dan pengorbanan untuk tanah air oleh bangsa-bangsa di dunia telah ditanamkan kepada warga negaranya sejak semasa mereka kecil. Adanya kepercayaan kepada kebenaran, kepada keadilan, kebebasan serta makna kemanusiaan yang tinggi menambah pula kekuatan moral dalam jiwa orang.

Ini bermakna melipat-gandakan kekuatan material. Dan orang yang masih ingat akan propaganda anti-Jerman yang begitu luas disebarkan pihak Sekutu dalam Perang Dunia Pertama, yang pada dasarnya mereka berperang melawan kekuatan senjata Jerman itu kerana hendak membela kebebasan dan kebenaran serta mempersiapkan suatu perjanjian perdamaian, akan menyedari betapa sesungguhnya propaganda itu dapat melipat-gandakan kekuatan semangat perajurit-perajurit Sekutu di samping menimbulkan simpati sebahagian besar bangsa-bangsa di dunia.

Apa maknanya nasionalisme dan masalah perdamaian, dibandingkan dengan tujuan yang diserukan Rasulullah s.a.w itu! Tujuan komunikasi manusia dengan seluruh wujud, suatu komunikasi yang akan meleburkannya dan keluar menjadi salah satu kekuatan alam semesta, yang akan memberi arah kepadanya menuju kebaikan hidup, kenikmatan dan kesempurnaan yang integral.

Ya! Apa maknanya nasionalisme dan masalah perdamaian di samping kewajibannya di sisi Tuhan, membela orang-orang yang beriman dari renggutan mereka yang hendak membuat fitnah dan godaan, dari mereka yang menggalangi jalan kebenaran, mereka yang hendak menjerumuskan umat manusia ke jurang paganisma dan syirik.

Apabila dengan rasa cinta tanah air jiwa itu makin kuat, sesuai dengan semua kekuatan tanah air yang ada, dan dengan rasa cinta perdamaian untuk seluruh umat manusia jiwa itu juga makin kuat, sesuai dengan kekuatan semua umat manusia yang ada, maka betapa pula dahsyatnya kekuatan jiwa yang dibawa oleh adanya iman kepada semesta wujud dan Pencipta seluruh wujud ini! Iman itulah yang akan membuatkan tenaga manusia mampu memindahkan gunung, menggerakkan isi dunia. Ia dapat mengawasi – dengan kemampuan moralnya – segala yang masih berada di bawah taraf itu. Dan kemampuan moral ini akan berlipat ganda pula kekuatannya.

Apabila secara integral kemampuan moral ini belum lagi mencapai tujuannya disebabkan oleh adanya perbezaan pendapat di kalangan Muslimin sebelum terjadi perang, belum dicapainya kekuatan material sebagaimana yang diharapkan, maka dengan daya iman itu justeru ia mempunyai kelebihannya. Hal ini bertambah kuat lagi tatkala Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya dapat mengerahkan mereka. Maka dengan demikian, jumlah manusia dan perlengkapan yang sangat sedikit itu telah rnendapat kompensasi.

Dalam keadaan Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya yang demikian inilah dua ayat ini turun: ‘Wahai Nabi! Bangunkanlah semangat orang-orang beriman itu dalam menghadapi perang. Bila kamu berjumlah dua puluh orang yang tabah, mereka ini akan mengalahkan dua ratus orang. Bila kamu berjumlah seratus orang, nescaya akan mengalahkan seribu orang kafir; sebab mereka adalah orang-orang yang tidak mengerti. Sekarang Tuhan meringankan kamu, kerana Dia mengetahui, bahawa pada kamu masih ada kelemahan. Maka, jika kamu berjumlah seratus orang yang tabah, akan dapat mengalahkan dua ratus orang, dan jika kamu seribu orang, akan dapat mengalahkan dua ribu dengan izin Allah. Dan Allah bersama orang-orang yang berhati tabah.’ (Al-Quran, 8:55-56.)

Hilangnya Keraguan

Keadaan Muslimin ternyata bertambah kuat setelah Rasulullah s.a.w membangkitkan semangat mereka, turut hadir di tengah-tengah mereka, mendorong mereka mengadakan penentangan terhadap musuh. Baginda menyeru kepada mereka, bahawa syurga bagi mereka yang telah teruji baik dan terus terjun ke tengah-tengah musuh. Dalam hal ini kaum Muslimin mengarahkan perhatian pada pemuka-pemuka dan pemimpin-pemimpin Quraisy. Pemuka-pemuka itu perlu dikikis habis sebagai balasan yang seimbang tatkala mereka disiksa di Mekah dulu, dirintangi memasuki Masjid Suci dan berjuang untuk Allah.

Bilal bin Rabah melihat Umayya bin Khalaf dan anaknya, begitu juga beberapa orang Islam melihat mereka yang dikenali di Mekah dulu. Umayya ini adalah orang yang pernah menyiksa Bilal dulu, ketika beliau dibawanya ke tengah-tengah padang pasir yang paling panas di Mekah. Ditelentangkannya Bilal di tempat itu lalu ditindihkannya batu besar di dadanya, dengan maksud supaya Bilal meninggalkan Islam. Tetapi Bilal hanya berkata: ‘Ahad, Ahad. Yang Satu, Yang Satu.’

Ketika dilihatnya Umayya, Bilal berkata: ‘Umayya, moyang kafir. Takkan selamat aku, kalau kau lolos!’

Beberapa orang dari kalangan Muslimin mengelilingi Umayya dengan tujuan jangan sampai Bilal terbunuh dan akan dibawanya sebagai tawanan. Tetapi Bilal di tengah-tengah orang ramai itu menjerit sekeras-kerasnya: ‘Sekalian tentera Tuhan! Ini Umayya bin Khalaf kepala kafir. Takkan selamat aku kalau dia lolos.’

Orang ramai berkumpul. Tetapi Bilal tidak dapat diredakan lagi, dan Umayya dibunuhnya. Ketika itu Mu’adh bin ‘Amr bin Jamuh juga dapat menewaskan Abu Jahal bin Hisyam. Kemudian Hamzah, Ali dan pahlawan-pahlawan Islam yang lain menyerbu ke tengah-tengah pertempuran yang sengit itu. Mereka sudah lupa akan diri masing-masing dan lupa pula akan jumlah kawan-kawan yang hanya sedikit berhadapan dengan musuh yang begitu besar.

Debu dan pasir halus membumbung dan berterbangan memenuhi udara. Kepala-kepala ketika yang sudah dicantas berjatuhan dari tubuh Quraisy. Berkat iman yang teguh keadaan Muslimin bertambah kuat. Dengan gembira mereka berseru: ’Ahad, Ahad.’ Di hadapan mereka kini terbuka tabir ruang dan waktu, sebagai bantuan Tuhan kepada mereka dengan para malaikat yang memberikan berita gembira, yang membuatkan iman mereka bertambah teguh, sehingga bila salah seorang dari mereka mengangkat pedang dan menghayunkannya ke leher musuh, seolah-olah tangan mereka digerakkan dengan tenaga Tuhan.

Di tengah-tengah medan pertempuran yang sedang sibuk dikunjungi malaikat maut memungut leher orang-orang kafir itu, Rasulullah s.a.w berdiri. Diambilnya segenggam pasir, dihadapkannya kepada Quraisy. ‘Celakalah wajah-wajah mereka itu!’ katanya sambil menaburkan pasir itu ke barah mereka. Sahabat-sahabatnya lalu diberi arahan: ‘Serbu!’

Serentak pihak Muslimin menyerbu ke hadapan, masih dalam jumlah yang lebih kecil dari jumlah Quraisy. Tetapi jiwa mereka sudah penuh terisi oleh semangat dari Tuhan. Sudah bukan mereka lagi yang membunuh musuh, sudah bukan mereka lagi yang menawan tawanan perang. Hanya kerana adanya semangat dari Tuhan yang tertanam dalam jiwa mereka itu kekuatan moral mereka bertambah, sehingga kekuatan material mereka juga bertambah pula.

Dalam hal ini firman Allah s.w.t turun: ‘Ingat, ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat: ‘Aku bersama kamu.’ Teguhkanlah pendirian orang-orang beriman itu. Akan kutanamkan rasa gentar ke dalam hati orang-orang kafir itu. Pukullah bahagian atas leher mereka dan pukul juga setiap hujung jari mereka.’ (Al-Quran, 8: 12)

‘Sebenarnya bukan kamu yang membunuh mereka, melainkan Allah juga yang telah membunuh mereka. Juga ketika kau lemparkan, sebenarnya bukan engkau yang melakukan itu, melainkan Tuhan juga.’ (Al-Quran, 8: 17)

Tatkala Rasulullah s.a.w melihat bahawa Tuhan telah melaksanakan janji-Nya dan setelah ternyata pula kemenangan berada di pihak orang-orang Islam, baginda kembali ke pondoknya. Orang-orang Quraisy lari. Oleh tentera Muslimin mereka terus dikejar. Yang tidak terbunuh dan tidak berjaya melarikan diri, ditawan.

Inilah perang Badar, yang kemudiannya telah memberikan tempat yang stabil kepada umat Islam di seluruh tanah Arab, dan yang merupakan suatu mukadimah lahirnya persatuan seluruh semenanjung di bawah naungan Islam, juga sebagai suatu mukadimah adanya persekemakmuran Islam yang terbentang luas sekali. Ia telah menanamkan sebuah peradaban besar di dunia, yang sehingga sekarang masih dan akan terus mempunyai pengaruh yang dalam jantung kehidupan dunia.

Bukan tidak mungkin orang akan merasa kagum sekali bila mengetahui bahawa, meskipun Rasulullah s.a.w sudah begitu mengerahkan sahabat-sahabatnya dan mengharapkan terkikisnya musuh Tuhan dan musuhnya itu, namun sejak awal terjadinya pertempuran baginda sudah minta kepada Muslimin untuk tidak membunuh Bani Hasyim dan tidak membunuh orang-orang tertentu dari kalangan pembesar-pembesar Quraisy, meskipun pada dasarnya mereka akan membunuh setiap orang dari pihak Islam yang dapat mereka bunuh.

Dan jangan pula menyangka bahawa baginda berbuat begitu kerana baginda mahu membela keluarganya atau sesiapa saja yang punya pertalian keluarga dengan baginda. Jiwa Rasulullah s.a.w jauh lebih besar daripada akan terpengaruh oleh hal-hal serupa itu. Apa yang menjadi pertimbangannya ialah, baginda masih ingat Bani Hasyim dulu yang telah berusaha melindunginya selama tiga belas tahun sejak mula masa kerasulannya hingga masa hijrahnya, sehinggakan Abbas bapa saudaranya ikut menyertainya pada malam diadakan ikrar Aqaba.

Juga jasa orang lain yang masih kafir di kalangan Quraisy di luar Bani Hasyim yang menuntut dibatalkannya piagam pemboikotan, yang oleh Quraisy. Baginda dan sahabat-sahabatnya dipaksa tinggal di celah-celah gunung, setelah semua hubungan oleh mereka itu diputuskan. Segala kebaikan yang telah diberikan oleh mereka oleh Rasulullah s.a.w dianggap sebagai suatu jasa yang harus mendapat balasan setimpal, harus mendapat balasan sepuluh kali ganda.

Oleh itu oleh Muslimin baginda dianggap sebagai perantara bagi mereka selama terjadi pertempuran, meskipun di kalangan Quraisy sendiri masih ada yang menolak pemberian pengampunan itu seperti yang dilakukan oleh Abu’l-Bakhtari – salah seorang yang ikut melaksanakan dicabutnya piagam. Dia menolak dan terbunuh. Dengan perasaan dongkol penduduk Mekah lari tunggang langgang. Mereka sudah tidak dapat mengangkat muka lagi. Bila mata mereka terpandang pada salah seorang kawan sendiri, kerana rasa malunya dia segera memalingkan muka, mengingatkan nasib buruk yang telah menimpa mereka dalam Perang Badar.

Sehingga petang itu pihak Muslimin masih tinggal di Badar. Kemudian mayat-mayat Quraisy itu mereka kumpulkan dan setelah dibuatkan sebuah perigi besar untuk dikuburkan. Malam harinya Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya sibuk di garis hadapan menyelesaikan barang-barang rampasan perang serta berjaga-jaga terhadap orang-orang tawanan.

Tatkala malam sudah gelap Rasulullah s.a.w mulai merenungkan pertolongan yang diberikan Tuhan kepada Muslimin yang dengan jumlah yang begitu kecil telah dapat menghancurkan kaum musyrik yang tidak mempunyai perisai kekuatan iman selain membanggakan jumlah besarnya saja. Dalam baginda merenungkan hal ini, pada waktu larut malam itu sahabat-sahabatnya mendengar baginda berkata: ‘Wahai penghuni perigi! Wahai ‘Utba bin Rabi’a! Syaiba bin Rabi’a! Umayya bin Khalaf! Wahai Abu Jahal bin Hisyam!’

Seterusnya baginda menyebutkan nama orang-orang yang dalam perigi itu satu persatu. ‘Wahai penghuni perigi! Adakah yang dijanjikan tuhanmu itu benar-benar ada. Aku telah bertemu dengan apa yang telah dijanjikan Tuhanku.’

‘Rasulullah, kenapa bicara dengan orang-orang yang sudah meninggal dunia?’ kaum Muslimim kemudiannya bertanya.

‘Apa yang saya katakan mereka lebih mendengar daripada kamu,’ jawab Rasulullah s.a.w.

‘Tetapi mereka tidak dapat menjawab!’

Ketika itu Rasulullah s.a.w melihat ke dalam wajah Abu Hudhaifa ibn ‘Utba. Dia kelihatan sedih dan mukanya berubah. ‘Barangkali ada sesuatu dalam hatimu mengenai ayahmu, Abu Hudhaifa’? soal baginda.

‘Sekali-kali tidak, Rasulullah,’ jawab Abu Hudhaifa. ‘Tentang ayah, saya tidak sangsi lagi, juga tentang kematiannya. Hanya saja yang saya ketahui fikirannya baik, bijaksana dan berjasa. Jadi saya harapkan sekali dia akan mendapat petunjuk menjadi seorang Islam. Tetapi sesudah saya lihat apa yang terjadi, dan teringat pula hidupnya dulu dalam kekafiran, sesudah makin jauh apa yang saya harapkan dari dia, itulah yang membuatkan saya sedih.’

Persoalan Harta Rampasan Perang

Tetapi Rasulullah s.a.w menyebutkan yang baik tentang dia serta mendoakan kebaikan baginya. Keesokan harinya pagi-pagi lagi, bila Muslimin sudah siap sedia akan berangkat pulang menuju Madinah, mulailah timbul pertanyaan sekitar masalah harta rampasan, buat siapa seharusnya. Kata mereka yang melakukan serangan: kami yang mengumpulkannya; jadi itu buat kami. Lalu kata yang mengejar musuh sampai pada waktu mereka mengalami kehancuran kalau tidak kerana kami, kamu tidak akan mendapatkannya.

Dan kata mereka yang mengawal Rasulullah s.a.w kerana bimbang akan diserang musuh dari belakang: ’Kamu sekalian tidak ada yang lebih berhak dari kami. Sebenarnya kami dapat memerangi musuh dan mengambil harta mereka, ketika tidak ada suatu pihak pun yang akan melindungi mereka. Tetapi kami bimbang adanya serangan musuh kepada Rasulullah. Oleh itu kami lalu menjaganya.’

Tetapi Rasulullah s.a.w menyuruh mengembalikan semua harta rampasan yang ada di tangan mereka itu, dan dimintanya supaya dibawa agar baginda dapat memberikan pendapat atau akan ada ketentuan Tuhan yang akan menjadi keputusan.

Rasulullah s.a.w mengutuskan Abdullah bin Rawaha dan Zaid bin Haritha ke Madinah bagi menyampaikan berita gembira kepada penduduk tentang kemenangan yang telah dicapai kaum Muslimin. Sedang baginda sendiri dengan sahabat-sahabatnya berangkat pula menuju Madinah dengan membawa tawanan dan rampasan perang yang telah diperolehi dari kaum musyrik, dan diserahkan pimpinannya kepada Abdullah bin Kaab.

Mereka berangkat. Sesudah menyeberangi Selat Shafra’, di sebuah bukit pasir Rasulullah s.a.w berhenti. Di tempat ini rampasan perang yang sudah ditentukan Allah bagi Muslimin itu dibahagi sama rata. Beberapa ahli sejarah mengatakan, bahawa pembahagian kepada mereka itu sesudah dikurangi seperlimanya sesuai dengan firman Allah: ‘Dan hendaklah kamu ketahui, bahawa rampasan perang yang kamu peroleh, seperlimanya untuk Tuhan, untuk Rasulullah s.a.w, untuk para kerabat dan anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, kalau kamu benar-benar beriman kepada Allah dan pada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami pada hari yang menentukan itu, hari, ketika dua golongan itu saling berhadapan. Dan atas segala sesuatu Allah Maha Kuasa.’ (Al-Quran, 8: 41)

Sebahagian besar penulis sejarah Nabi berpendapat, terutama angkatan lama – bahawa ayat tersebut turun sesudah peristiwa Badar dan sesudah rampasan perang dibahagi, dan bahawa Rasulullah s.a.w membahaginya secara sama rata di kalangan Muslimin, dan bahawa untuk kuda disamakannya dengan apa yang ada pada penunggangnya, bahagian mereka yang gugur di Badar diberikan kepada ahli warisnya, mereka yang tinggal di Madinah dan tidak ikut ke Badar kerana bertugas mengurus keperluan Muslimin, dan mereka yang dikerahkan berangkat ke Badar tetapi tertinggal di belakang kerana sesuatu alasan yang dapat diterima oleh Rasulullah s.a.w, juga mendapat bahagian.

Dengan demikian rampasan perang itu dibahagi secara adil. Yang ikut bersama dalam perang dan mendapat kemenangan bukan hanya yang bertempur saja, melainkan yang ikut bersama-sama dalam perang dan mendapat kemenangan itu ialah sesiapa saja yang ikut bekerja ke arah itu, baik yang di garis hadapan atau yang jauh dari sana.

Sementara kaum Muslimin dalam perjalanan ke Madinah itu, dua orang tawanan telah mati terbunuh, yakni seorang yang bernama Nadzr bin’l-Harith dan yang seorang lagi bernama ‘Uqba bin Abi Mu’ait. Sampai pada waktu itu baik Rasulullah s.a.w atau sahabat-sahabatnya belum lagi membuat suatu peraturan tertentu dalam menghadapi para tawanan yang akan mengharuskan mereka dibunuh, ditebus atau dijadikan hamba.

Tetapi Nadzr dan ‘Uqba ini kedua-duanya merupakan bahaya yang selalu mengancam Muslimin selama di Mekah dulu. Setiap ada kesempatan kedua-dua orang ini selalu mengganggu mereka. Terbunuhnya Nadzr ini ialah tatkala mereka sampai di Uthail para tawanan itu diperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w Ditatapnya Nadzr ini dengan pandangan mata yang demikian rupa, sehingga tawanan ini gementar seraya berkata kepada seseorang yang berada di sampingnya: ‘Muhammad pasti akan membunuh aku,’ katanya. ‘Muhammad menatap wajahku dengan pandangan mata yang mengandungi maut.’

‘Ini hanya kerana kau merasa takut saja,’ jawab orang yang di sebelahnya.

Sekarang Nadzr berkata kepada Mushiab bin ‘Umair – orang yang paling banyak punya rasa belas-kasihan di tempat itu. ‘Katakan kepada temanmu itu supaya aku dipandang sebagai salah seorang sahabatnya. Kalau ini tidak kau lakukan pasti dia akan membunuh aku.’

‘Tetapi dulu kau mengatakan begini dan begitu tentang Kitabullah dan tentang diri Nabi,’ kata Mushiab. ‘Dulu kau menyiksa sahabat-sahabatnya.’

‘Sekiranya engkau yang ditawan oleh Quraisy, kau takkan dibunuh selama aku masih hidup,’ kata Nadzr lagi.

‘Engkau tidak dapat dipercayai,’ kata Mush’ab.

‘Dan lagi aku tidak seperti engkau. Janji Islam dengan kau sudah terputus.’

Sebenarnya Nadzr adalah tawanan Miqdad, yang dalam hal ini dia ingin memperolehi tebusan yang cukup besar dan keluarganya. Mendengar percakapan tentang akan dibunuhnya itu dia segera berkata: ‘Nadzr tawananku,’ jeritnya.

‘Pukul lehernya,’ kata Rasulullah s.a.w. ‘Ya Allah. Semoga Miqdad mendapat kurnian-Mu.’

Dengan libasan pedang kemudian dia dibunuh oleh Ali bin Abi Talib. Pada waktu mereka dalam perjalanan ke ‘Irq’z, Zubya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w supaya ‘Uqba bin Abi Mu’ait juga dibunuh. Rasulullah s.a.w,’ bersabda: ‘Siapa yang akan mengurus anak-anak?’

‘Api,’ jawabnya.

Lalu dia pun dibunuh oleh Ali bin Abi Talib atau oleh ‘Ashim bin Thabit, dalam hal ini sumbernya berbeza.

Semangat Dan Kemenangan

Sehari sebelum Rasulullah s.a.w dan kaun Muslimin sampai di Madinah, kedua utusannya iaitu Zaid bin Haritha dan Abdullah bin Rawaha sudah sampai lebih dulu. Mereka memasuki kota dari bahagian yang berlain. Dan atas unta yang ditungganginya itu Abdullah mengumumkan dan memberikan khabar gembira kepada kaun Ansar tentang kemenangan Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat, sambil menyebutkan nama-nama pihak musyrik yang terbunuh.

Begitu juga Zaid bin Haritha melakukan hal yang sama sambil dia menunggang Al-Qashwa’, unta kenderaan Rasulullah s.a.w. Kaum Muslimin bergembira ria. Mereka berkumpul, dan mereka yang masih berada dalam rumah pun keluar beramai-ramai dan berangkat menyambut berita kemenangan besar ini.

Sebaliknya orang-orang musyrik dan orang-orang Yahudi merasa terpukul sekali dengan berita tersebut. Mereka berusaha meyakinkan diri mereka sendiri dan meyakinkan orang-orang Islam yang tinggal di Madinah, bahawa berita itu tidak benar.

‘Rasulullah s.a.w sudah terbunuh dan rakan-rakannya sudah ditaklukkan,’ ujar mereka. ‘Ini untanya seperti sudah sama-sama kita kenal. Kalau dia yang menang, nescaya unta ini masih di sana. Apa yang dikatakan Zaid hanya mengigau saja dia, kerana sudah gugup dan ketakutan.’

Tetapi pihak Muslimin setelah mendapat kepastian dari kedua-dua utusan itu dan yakin sekali akan kebenaran berita tersebut, sebenarnya mereka malah makin gembira, kalau tidak terjadi suatu peristiwa yang mengurangi rasa kegembiraan mereka itu, yakni peristiwa kematian Ruqayya puteri Rasulullah s.a.w.. Tatkala ditinggalkan pergi ke Badar beliau dalam keadaan sakit, dan suaminya, Usman bin ‘Affan, juga ditinggalkan supaya merawatnya.

Apabila temyata bahawa Rasulullah s.a.w yang menang, mereka merasa sangat terkejut. Kedudukan mereka terhadap Muslimin jadi lebih rendah dan hina sekali, sehinggakan ada salah seorang pembesar Yahudi yang mengatakan: ‘Dari kita sekarang lebih baik berkalang tanah daripada tinggal di atas bumi ini sesudah kaum bangsawan, pemimpin-pemimpin dan pemuka-pemuka Arab serta penduduk tanah suci itu mendapat bencana.’

Kaum Muslimin memasuki Madinah sehari sebelum tawanan-tawanan perang sampai. Setelah mereka dibawa dan Sauda bt. Zam’a isteri Rasulullah s.a.w. baru saja pulang melawati orang mati dalam kabilah Bani ‘Afra’, tempat asalnya, dilihatnya Abu Yazid Suhail bin ‘Amr, salah seorang tawanan, yang kedua belah tangannya diikat dengan tali ke tengkuk, dia tidak dapat menahan diri. Dihampirinya orang itu seraya katanya: ‘Oh Abu Yazid! Kamu sudah menyerahkan diri. Lebih baik mati sajalah dengan terhormat!’

‘Sauda!’ Rasulullah s.a.w memanggilnya dan dalam rumah. ‘Kau membangkitkan semangatnya melawan Allah dan Rasul-Nya!’

‘Rasulullah,’ katanya. ‘Demi Allah Yang telah mengutusmu dengan segala kebenaran. Saya sudah tidak dapat menahan diri ketika melihat Abu Yazid dengan tangannya terikat di tengkuk sehingga saya berkata begitu.’

Selepas itu Rasulullah s.a.w memisah-misahkan para tawanan di antara sahabat-sahabatnya, sambil berkata kepada mereka: ‘Perlakukanlah mereka sebaik-baiknya.’

Hal ini menjadi fikiran baginya, apa yang harus dilakukannya terhadap mereka. Dibunuh saja atau harus meminta tebusan dari mereka? Mereka itu orang-orang yang keras dalam perang, orang yang kuat bertempur. Hati mereka penuh rasa dengki dan dendam setelah mereka mengalami kehancuran di Badar, serta akibatnya yang telah membawa keaiban sebagai tawanan perang.

Apabila baginda mahu menerima tebusan, ini bermakna mereka akan berkomplot dan akan kembali memeranginya lagi; kalau dibunuh saja mereka, akan menimbulkan sesuatu dalam hati keluarga-keluarga Quraisy, yang bila dapat ditebus barangkali akan jadi tenang.

Baginda menyerahkan masalah ini ke tangan sahabat-sahabat kaum Muslimin. Diajaknya mereka bermusyawarah dan pilihan terserah kepada mereka. Kalangan Muslimin sendiri melihat tawanan-tawanan ini ternyata masih ingin hidup dan akan bersedia membayar tebusan dengan harga yang tinggi.

‘Lebih baik kita kirimkan orang kepada Abu Bakar,’ kata mereka. ‘Dari kerabat kita dia orang Quraisy yang pertama, dan yang paling lembut dan punya rasa belas-kasihan. Kita tidak melihat Rasulullah s.a.w menyukai yang lain lebih dari dia.’

Lalu mereka mengutus orang menemui Abu Bakar. ‘Abu Bakar,’ kata mereka. ‘Di antara kita ada yang masih pernah ayah, saudara, bapa saudara atau emak saudara kita serta saudara sepupu kita. Orang yang jauh dari kita pun masih kerabat kita. Bicarakanlah dengan sahabatmu itu supaya bermurah hati kepada kami atau menerima penebusan kami.’

Dalam hal ini Abu Bakar berjanji akan berusaha. Tetapi mereka bimbang Umar ibn’l-Khattab akan mempersukarkan urusan mereka ini. Maka mereka mengutus beberapa orang lagi kepadanya, dengan menyatakan seperti yang dikatakan kepada Abu Bakar. Tetapi Umar menatap mereka penuh curiga. Kemudian kedua-dua sahabat besar Rasulullah s.a.w ini berangkat menemuinya. Abu Bakar berusaha melunakkan dan meredakan kemarahannya.

‘Rasulullah,’ katanya. ‘Demi ayah dan ibuku. Mereka itu masih keluarga kita; ada ayah, ada anak atau bapa saudara, ada sepupu atau saudara-saudara. Orang yang jauh dari kita pun masih kerabat kita. Bermurah hatilah kita kepada mereka itu. Semoga Tuhan memberi kemurahan kepada kita. Atau kita terimalah tebusan dari mereka, semoga Tuhan akan menyelamatkan mereka dari api neraka. Maka apa yang kita ambil dari mereka akan memperkuatkan kaum Muslimin juga. Semoga Allah kelak membalikkan hati mereka.’

Rasulullah s.a.w diam, tidak menjawab. Kemudian baginda berdiri dan pergi menyendiri. Oleh Umar baginda didekati dan duduk di sebelahnya. ‘Rasulullah,’ kata Umar. ‘Mereka itu musuh-musuh Tuhan. Mendustakan tuan, memerangi tuan dan mengusir tuan. Penggal sajalah leher mereka. Mereka inilah ketua-ketua orang kafir, pemuka-pemuka orang yang sesat. Orang-orang musyrik itu adalah orang-orang yang sudah dihinakan Tuhan.’

Juga Rasulullah s.a.w tidak menjawab. Sekarang Abu Bakar kembali ke tempat duduknya semula. Begitu lemah-lembut dia bersikap sambil mengharapkan sikap yang lebih lunak. Disebutnya adanya pertalian keluarga dan kerabat, dan kalau para tawanan itu masih hidup, diharapkannya akan mendapat petunjuk Tuhan. Sedang Umar kembali memperlihatkan sikapnya yang adil dan keras. Baginya lemah-lembut atau kasihan tidak ada.

Selesai Abu Bakar dan Umar berbicara, Rasulullah s.a.w berdiri. Baginda kembali ke kamarnya. Baginda tinggal sejenak di sana. Kemudian baginda kembali keluar. Orang ramai segera melibatkan diri dalam persoalan ini. Satu pihak menyokong pendapat Abu Bakar, yang lain memihak kepada Umar. Rasulullah s.a.w mengajak mereka berunding, apa yang harus dilakukannya.

Lalu dibuatnya suatu perumpamaan tentang Abu Bakar dan Umar. Abu Bakar adalah seperti Mikail, diturunkan Tuhan dengan membawa sifat pemaaf kepada hamba-Nya. Dan dari kalangan nabi-nabi seperti Ibrahim. Baginda sangat lemah-lembut terhadap masyarakatnya. Oleh masyarakatnya sendiri baginda dibawa dan dicampakkan ke dalam api. Tetapi tidak lebih baginda hanya berkata: ‘Cih! Kenapa kamu menyembah sesuatu selain Allah? Tidakkah kamu berakal?’ (Al-Quran, 21: 67)

Khalid Al-Walid Dan Peperangan Menegakkan Islam

Sejarah telah mencatatkan bahawa penawanan Islam di Parsi mengakhiri kerajaan Sassanid Parsi dan juga menandakan bermulanya kejatuhan Agama Majusi. Tetapi, pencapaian tamadun Parsi tidak berakhir begitu sahaja. Sejak dari detik ini, bermulalah pencapaian tamadun Parsi dalam tamadun Islam.

Keadaan Semasa

Empayar Rom Byzantium dan empayar Parsi Sassanid menganggap bangsa Arab bukan merupakan ancaman besar bagi mereka pada ketika itu. Ini berdasarkan keadaan logistik, bentuk muka buminya yang berbukit, kegiatan harian orang Arab dan maklumat yang diperolehi daripada mereka yang tinggal di sempadan tanah Arab. Bangsa Arab ketika itu dikenali sebagai bangsa yang liar, keras dan suka membuat kekacauan di sempadan wilayah kedua-dua empayar.

Struktur masyarakatnya yang sukar ditadbir oleh kedua-dua empayar dan kawasannya yang mempunyai hasil bumi yang sangat sedikit menyebabkan kedua-dua empayar tidak berminat untuk menawan semenanjung tanah Arab Disebabkan itulah kedua-dua kerajaan menubuhkan kerajaan campuran yang bertindak sebagai kerajaan pengaman dan penampan daripada kekacauan bangsa Arab. Untuk itu, kerajaan Lakhmid didirikan di Hirah bagi mewakili empayar Parsi manakala kerajaan Ghassan ditubuhkan sebagai lambang kuasa empayar Rom. Kawasan semenanjung Arab ketika itu dikenali sebagai pusat persinggahan para peniaga yang berulang-alik ketika berurusniaga.

Selepas tamatnya peperangan antara tentera Rom Byzantium dan tentera Parsi Sassanid dalam siri Peperangan Sassanid-Byzantium yang terakhir diNineveh pada tahun 627 M, kedua-dua empayar mengalami masalah dalaman yang serius seperti masalah cukai yang tinggi, pertembungan sosio-budaya antara kerajaan Arab-Parsi iaitu Lakhmid yang berpusat di Hirah dengan empayar naungannya kerajaan Parsi Sassanid dan kerajaan Arab-Rom iaitu Ghassan yang berpusat di Damsyik dengan empayar naungannya Rom Byzantium. Tambahan pula dengan kedua-dua pihak mengalami keletihan selepas tempoh peperangan yang begitu lama dalam siri Peperangan Sassanid-Byzantium.

Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w pada tahun 632 Masehi, seluruh penduduk semenanjung Arab disatukan di bawah agama Islam mula memberikan ancaman yang besar. Pengganti Rasulullah s.a.w, yakni Khalifah Abu Bakar mula melancarkan serangan ke atas Syria dan Palestin dan berjaya menyatukan kedua-dua negeri ini menjadi sebahagian daripada negara Islam. Namun begitu, kedua-dua kota ini dituntut oleh empayar Rom atau Byzantium dan juga empayar Parsi Sassanid. Peristiwa ini seterusnya mengubah suasana dan geopolitik serta pengaruh masyarakat Arab kepadatamadun dunia.

Ancaman

Setelah adanya ancaman ketenteraan yang serius dari pihak Arab Islam, kedua-dua empayar yang terkejut dengan serangan tentera Islam mula menumpukan kegiatan ekonominya untuk membiayai perbelanjaan ketenteraan bagi menghadapi kemaraan tentera Islam. Kedua-dua empayar berpendapat bahawa serangan tentera Islam bukan hanya untuk melakukan kekacauan seperti mana keadaan Arab sebelum kedatangan Islam, tetapi serangan mereka lebih kepada perancangan untuk meluaskan jajahan serta menawan wilayah Parsi dan Rom. Ketika inilah bermulanya siri Peperangan Islam-Rom Byzantium di sebelah barat Arab dan peperangan Islam-Parsi di bahagian timur Arab

Penawanan Islam Di Iraq

Setelah Khusrau II meninggal dunia, seorang raja Sassanid, kerajaannya berpecah belah dan organisasi tenteranya menjadi kacau bilau. Ini memudahkan tentera Arab Islam menawan kota Hirah pada tahun 633 Masehi. Tentera Parsi Sassanid kemudiannya menyusun semula kepimpinan mereka sebaik sahaja raja Sassanid baru ditabalkan iaitu Yazdegerd III. Khalid Al-Walid, seorang Panglima Besar tentera Islam, berjaya menawan Iraq dari tangan Parsi Sassanid pada Januari 634 Masehi menerusi beberapa siri peperangan.

Perang Berantai

Peperangan ini berlaku pada bulan Aperil 633 Masehi. Ia dinamakan Perang Berantai kerana sejumlah besar tentera pejalan kaki Parsi pimpinan Panglima Besar Hormuz diikat dengan rantai besi bagi mengukuh dan menguatkan serangan dan pertahanan secara berkumpulan. Dari segi teknikalnya, taktik ini akan memberi tekanan berat kepada tentera pejalan kaki musuh.

Bagi peperangan ini secara amnya tentera Parsi Sassanid berjumlah 25,000 orang. Ia mempunyai kelengkapan senjata berat dan tentera berkuda berat. Namun kelemahannya adalah pergerakannya yang lambat. Dengan kekuatan 18,000 orang, Khalid Al-Walid mengatasi masalah ini dengan tentera berkuda ringkasnya yang pantas dan cepat. Khalid Al-Walid membuat strategi dengan mengumpan tentera Parsi mengejarnya dari daerah Kufier hinggalah ke daerah Kazima yang mana membuatkan tentera Parsi keletihan. Keletihan yang dialami oleh tentera Parsi disebabkan oleh senjata berat yang mereka bawa.

Setibanya tentera Parsi di Kazima, mereka diserang hendap oleh tentera Islam dengan secara mengejut. Sewaktu peperangan, Panglima Hormuz telah meletakkan beberapa orang tentera elitnya untuk mengawal keselamatannya. Namun, kesemua tentera elit beliau dapat dibunuh oleh salah seorang panglima Islam iaitu Qa’qa ibn Amru. Akhirnya pertempuran ini dimenangi oleh tentera Islam. Hormuz juga terkorban dalam peperangan ini setelah Khalid Al-Walid berjaya membunuh beliau. Bagi tentera Parsi, rantai yang diikat di kaki mereka memberi peluang kepada tentera Islam untuk menyerang dengan lebih mudah sehinggakan jumlah tentera Parsi yang terkorban mencecah ribuan orang.

Perang Sungai

Lokasi peperangan ini terletak berhampiran dengan daerah Mesopotamia dan berlaku pada bulan April 633 Masehi. Tentera Parsi pimpinan Panglima Besar Karanz bin Karianz dengan dibantu oleh dua orang panglimanya yang terselamat dalam peperangan Berantai iaitu Qubaz dan Anusjahan. Dengan kekuatan tentera seramai 30,000 orang, Karanz menyerang tentera Islam pimpinan Khalid Al-Walid yang jumlahnya hanya 18,000 orang, namun tentera Islam mampu bertahan dan sebaliknya mereka mampu menewaskan tentera Parsi.

Perang Walaja

Perang walaja berlaku pada bulan Mei 633 Masehi. Perang ini adalah di antara tentera Islam pimpinan Khalid Al-Walid dengan tentera Parsi dan tentera Arab yang bersekutu dengan Parsi pimpinan Panglima Besar Indrazaghur. Kekuatan tentera Parsi dianggarkan antara 10,000 hingga 15,000 orang dan tentera Islam ialah 18,000 orang.

Dalam peperangan ini, tentera Khalid Al-Walid berjaya mengalahkan tentera Parsi dengan taktik yang cukup berkesan. Taktik serangan dari arah belakang secara mengejut dari dua arah yang berlainan adalah asas kepada strategi Khalid Al-Walid dalam peperangan ini. Sehari sebelum hari peperangan, Khalid Al-Walid menghantar dua regu tentera berkuda seramai 2,000 orang yang diketuai oleh Busr ibn Abi Rahm dan Said ibn Abi Marra untuk bersembunyi di sebalik dua bukit yang terletak beberapa batu di belakang petempatan khemah tentera Parsi.

Dengan ini, tentera Parsi menganggap bahawa bilangan tentera berkuda Islam adalah berkurangan daripada yang disangka. Sebagai umpannya, Khalid Al-Walid melantik Adi ibn Hatim dan Asim ibn Amr untuk mengetuai tentera pejalan kaki bersama-sama sejumlah kecil tentera berkuda pimpinan Khalid Al-Walid untuk menghadapi tentera Parsi.

Pada hari peperangan, ketika tentera Parsi yang sedang mengasak tentera Islam, Panglima Besar Khalid Al-Walid memberi isyarat kepada pasukan berkuda yang bersembunyi di sebalik bukit untuk membuat serangan balas. Indrazaghur terkejut dengan serangan dari arah belakang oleh dua pasukan berkuda tentera Islam pimpinan Busr dan Said yang mana seterusnya menyebabkan kematian yang ramai bagi pihak tentera Parsi. Dalam pertempuran ini Indrazaghur terkorban.

Perang Ullais

Juga dikenali sebagai Perang Sungai Darah. Berlaku pada bulan Mei 633 Masehi. Selepas tewasnya tentera Parsi kepada tentera Islam di Perang Walaja, tentera Parsi yang terselamat melarikan diri ke Ullais (10 batu dari Walaja). Pada awalnya tentera Islam tidak menganggap saki baki tentera Parsi itu boleh membawa ancaman. Namun setelah mendapat berita bahawa kerajaan Hirah menghantar sejumlah tentera sehingga kekuatan saki baki tentera Parsi tadi bergabung dengan tentera Hirah mencecah sehingga 30,000 orang, Panglima Besar Khalid Al-Walid memimpin tenteranya melintasi Sungai Khasif dan menuju ke Ullais dengan kekuatan seramai 15,000 orang.

Sayap kiri diketuai oleh Panglima Asim ibn Amr dan sayap kanan diketuai oleh Panglima Adi ibn Hatim. Sebagai persediaan, tentera Parsi dipimpin oleh Panglima Besar Abdul Aswad yang berketurunan Arab dengan dibantu oleh Panglima Jaban dan Panglima Abjar. Setelah mendapat maklumat risikan daripada Panglima Muthanna ibn Harith, Panglima Besar Khalid Al-Walid bergerak ke arah Ullais dan bertempur secara berhadapan tanpa pendekatan taktikal yang khusus memandangkan Ullais berada di antara Sungai Khasif dan Sungai Furat. Namun begitu, seperti biasa, Khalid Al-Walid menggunakan tentera berkudanya untuk menewaskan tentera Parsi Sassanidini.

Walaupun begitu, peperangan ini mengambil masa selama tiga hari berikutan tentangan hebat daripada Abdul Aswad sehinggakan Khalid Al-Walid memuji kekentalan musuhnya di dalam peperangan ini. Akhirnya, peperangan ini dimenangi oleh tentera Islam dengan Abdul Aswad dapat dibunuh oleh Khalid Al-Walid sendiri.

Perang Hirah

Beberapa hari selepas pertempuran di Ullais, Khalid Al-Walid dengan kekuatan seramai 15,000 tentera Islam menuju ke Hirah untuk menawan kerajaan boneka Parsi iaitu Lakhmid.

Pertahanan kerajaan Lakhmid yang berpusat di dalam kota istana seramai 10,000 orang tentera pimpinan Panglima Iyas dan Panglima Abdul Masih menggunakan manjanik untuk mencegah kemaraan tentera Islam daripada menawani kota tersebut. Namun setelah beberapa hari bertahan, kota yang tersergam indah itu akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam. Banyak peralatan peperangan milik tentera Parsi jatuh ke tangan tentera Islam. Perang ini juga menamatkan riwayat kerajaan Lakhmid di Hirah seterusnya mengukuhkan lagi pertahanan tentera Islam di timur Arab.

Perang Anbar

Selepas berjaya menawani kota Hirah, Khalid Al-Walid mara ke suatu tempat yang bernama Anbar yang mana ia terletak 80 batu dari Iraq. Di sini tentera Parsi berpusat di dalam kota untuk bertahan daripada serangan tentera Islam. Tentera Parsi terpaksa berundur dan bertahan kerana banyak peralatan peperangan mereka seperti manjanik mahupun kenderaan penggempur telah digunakan ketika peperangan di Hirah dahulu. Manakala bagi tentera Islam, dengan senjata dan peralatan peperangan yang baru dan terkini milik tentera Parsi yang dapat mereka rampas setelah beberapa kali memenangi pertempuran dengan tentera Parsi sebelum ini memberi kelebihan dari segi kelengkapan senjata untuk menjalankan operasi ketenteraan.

Di dalam pertempuran ini tentera Islam seramai 9,000 orang bertempur dengan tentera Parsi pimpinan Panglima Shirazad seramai 10,000 orang. Oleh kerana sukar untuk menembusi kota Anbar, maka Khalid Al-Walid mengarahkan tenteranya menggunakan manjanik untuk memberi tekanan kepada pertahanan musuh, manakala para pemanah pula diarahkan memanah mana-mana tentera Parsi yang menjengukkan kepalanya atau mengintip dari lubang kota. Akibat tekanan dan serangan yang bertali arus daripada kumpulan pemanah tentera Islam semasa kepungan, akhirnya Shirazad menyerah dan tunduk kepada tekanan tentera Islam seterusnya membayar jizyah kepada kerajaan Islam.

Perang Ainul Tamar

Lokasi peperangan ini terletak di bahagian barat daerah Anbar. Tentera Parsi pimpinan Panglima Aqqa ibn Qays dapat ditewaskan oleh Khalid Al-Walid dan Aqqa sendiri dapat ditangkap oleh Khalid Al-Walid.

Perang Muzayyah

Pada November 633, seorang panglima tentera Parsi yang berpengalaman luas, Bahman Jadu dilantik oleh Yazdegerd III untuk menyusun semula kekuatan tentera Parsi supaya bergabung dengan saki baki tentera yang terselamat dalam Perang Ullais. Dengan menggerakkan tenteranya di Muzayyah sementara menanti sokongan daripada tentera Parsi yang telah berperang di Ullais, Bahman Jadu membuat garisan pertahanan di situ.

Dalam peperangan ini, Khalid Al-Walid membahagikan tenteranya kepada 3 kumpulan yang mana kumpulan pertama diketuai oleh beliau sendiri untuk berhadapan dengan tentera induk Parsi pimpinan Bahman di Muzayyah, kumpulan kedua diketuai oleh Qa’qa ibn Amru untuk berhadapan dengan tentera sokongan Parsi di Husaid dan kumpulan ketiga diketuai oleh Abu Laila untuk berhadapan dengan tentera bantuan Parsi di Khanafi.

Dalam perkara ini, Khalid Al-Walid berpendapat untuk memecahkan kekuatan tentera Parsi Sassanid, tentera Islam perlu berhadapan dengan tentera Parsi di tiga tempat yang berlainan dengan menggunakan tentera berkuda. Hasilnya, tentera Islam dapat menyekat dan mencegah kemaraan tentera Parsi dalam pertempuran berskala kecil di tiga tempat yang berlainan. Taktik ini berjaya menewaskan kesemua tiga kumpulan tentera Parsi Sassanid. Jumlah kekuatan tentera Islam adalah 15,000 orang sementara tentera Parsi seramai 18,000 orang.

Perang Firaz

Buat pertama kalinya, Khalid Al-Walid berhadapan dengan tentera gabungan di mana tentera Parsi Sassanid bergabung dengan tentera Rom Byzantium dan tentera Arab Nasrani sehingga kekuatan tentera gabungan ini mencecah 150,000 orang. Tujuan gabungan ini adalah untuk mencegah kemaraan tentera Islam daripada menawan wilayah Firaz. Ini kerana para penduduk di Firaz mempunyai hubungan dagang yang mantap antara kerajaan Parsi Sassanid dan Rom Byzantium.

Dengan menggunakan strategi serangan tentera berkuda yang pantas dan cepat, tentera Islam seramai 15,000 orang pimpinan Khalid Al-Walid sekali lagi berjaya mengalahkan tentera pakatan ini pada bulan Januari 634 Masehi dan menawan hampir keseluruhan Iraq. Selepas perang ini, Panglima Besar Khalid Al-Walid bertukar tugas ke Syria untuk menumpaskan tentera Rom Byzantium yang mana beliau berganding bahu bersama seorang lagi sahabat Rasulullah s.a.w Rasulullah s.a.w yang terkemuka iaitu Abu Ubaidah Al-Jarrah dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantium. Tempat beliau diganti oleh Abu Ubaid.

Perang Jambatan

Berlaku pada bulan Oktober 634 Masehi. Tentera Parsi Sassanid di bawah pimpinan Panglima Bahman Jadu menyusun semula kekuatan dengan strategi baru. Setelah mengenalpasti kekuatan serangan tentera Islam adalah berasaskan kepantasan serangan tentera berkuda, Bahman Jadu menggunakan khidmat tentera bergajah.

Lokasi pertempuran ini terletak berdekatan dengan Sungai Furat, Kufah. Ketika hari pertempuran, tentera Islam pimpinan Abu Ubaid mara dan menguasai medan peperangan. Namun Bahman kemudiannya menyerang balas terhadap tentera Islam dengan tentera bergajah mereka. Akibat daripada serangan tentera bergajah Parsi, tentera berkuda Islam yang tidak mempunyai pengalaman berhadapan dengan tentera bergajah terpaksa berundur dan ini membuatkan tentera Parsi berjaya mengalahkan mereka. Abu Ubaid terbunuh dalam serangan ini.

Seramai 4,000 orang tentera Islam terkorban syahid. Ketika itu tentera Islam kemudiannya dipimpin oleh Muthanna ibn Harith. Pengunduran tentera Islam di bawah pimpinan Panglima Muthanna ibn Harith berjaya mengelakkan tentera Islam terkorban dengan lebih ramai.

Pada ketika Bahman Jadu ingin mengejar tentera Islam untuk menghancurkan kekuatan tentera Islam yang mempunyai petempatan sementara di Sungai Furat, Panglima Besar Parsi Rostam Farrokhzad memanggil beliau supaya pulang ke Madain, ibu kota Parsi kerana berlakunya masalah dalaman negara. Ini menyebabkan pasukan tentera Islam terselamat daripada serangan balas pihak Parsi. Buat pertama kali, tentera Islam tewas dalam pertempuran dengan tentera Parsi.

Selepas peperangan ini, tentera Islam mula memperlahankan rentak dan mengambil sikap hanya bertahan dengan membina sebuah markas pertahanan di Kufah. Ini kerana terdapatnya masalah logistik, kekurangan bekalan asas dan ketiadaan panglima perang yang cekap untuk memimpin tentera untuk menawan negara Parsi. Dengan ini, operasi ketenteraan terhenti buat seketika waktu. Walau bagaimana pun tentera Parsi masih menganggap garisan pertahanan yang dibuat oleh tentera Islam memberi ancaman yang serius.

Perang Al-Qadisiyyah

Pada tahun 636 Masehi, Panglima Besar Sassanid, Rostam Farrokhzad mengetuai tentera Parsi dengan kekuatan 120,000 bagi menyebarangi Sungai Furat ke Al-Qadisiyyah di Hilla, Iraq untuk menumpaskan tentera Islam. Rostam beranggapan kemaraan tentera Islam sudah terlalu hampir dengan ibu kota kerajaan Parsi Sassanid. Untuk itu, beliau mengatur langkah untuk mencegah kemaraan ini dengan mengetuai seluruh angkatan perang Parsi untuk berperang di bumi Qadisiyyah. Para sejarawan menganggap tindakan beliau ini merupakan sebuah kesilapan besar dari segi taktikal kerana berhadapan dengan tentera Arab Islam di bumi mereka bukanlah keputusan yang bijak.

Khalifah Umar Al-Khattab mengutuskan 30,000 tentera d ibawah arahan Panglima Besar Sa’ad ibn Abi Waqqas untuk menyerang tentera Parsi ini. Peperangan berlaku selama empat hari di mana pada awalnya tentera Islam berkuda tidak mampu berhadapan dengan tentera bergajah Parsi. Setelah dua hari diasak oleh tentera bergajah Parsi, Khalifah Umar mengarahkan Abu Ubaidah Al-Jarrah yang pada ketika itu berada di dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantium menghantar bantuan ketenteraan seramai 5,000 orang tentera pejalan kaki di bawah pimpinan Panglima Qa’qa ibn Amru.

Qa’qa ibn Amru tiba pada malam pertempuran hari kedua. Ketika perbincangan dengan para panglima tentera, Qa’qa berpendapat tentera bergajah Parsi adalah ancaman utama bagi tentera Islam. Lalu, beliau mencadangkan agar kuda-kuda dan unta-unta disolek dan dihias dengan hiasan yang menggerunkan. Taktik ini berjaya menakutkan gajah-gajah Parsi.

Pada hari ketiga, 1,000 orang tentera berkuda pimpinan Panglima Hisham ibn Utbah tiba. Di dalam tentera ini terdapat dua orang bangsa Parsi yang sudah memeluk Islam iaitu Dakhar dan Salam. Mereka mencadangkan belalai gajah perang milik kegunaan tentera Parsi hendaklah dipotong dan mata gajah tersebut hendaklah dibutakan bagi mengkucar-kacirkan tentera bergajah Parsi. Taktik ini berjaya. Pertempuran hari ketiga itu dikuasai oleh tentera Islam setelah tunjang utama kekuatan tentera Parsi iaitu tentera bergajah dapat ditewaskan.

Pada hari terakhir pertempuran, Panglima Besar Sa’ad ibn Abi Waqqas menyusun barisan tenteranya. Berbanding Khalid Al-Walid yang gemar menggunakan sepenuhnya tentera berkuda, kumpulan bersayap dan serangan balas yang pantas, Sa’ad lebih gemar menggunakan kumpulan pemanah. Penyusunan barisan tentera berkuda di hadapan, dan tentera pejalan kaki dengan bantuan kumpulan pemanah memberi kelebihan kepada tentera Islam.

Sesuai dengan kemahirannya dalam memanah, Sa’ad ibn Abi Waqqas menggunakan sepenuhnya kumpulan pemanah pada hari terakhir pertempuran yang membawa kepada kejayaannya di Qadisiyyah. Dalam peperangan ini, Bahman Jadu dan Rostam Farrokhzad terkorban dan inilah bermula titik tolaknya kejatuhan Empayar Parsi Sassanid.

Penawanan Parsi

Walaupun Iraq dan ibu kota Sassanid berjaya ditawan tentera Islam, tetapi raja Sassanid, Yazdegerd III berjaya melarikan diri ke penara Parsi. Maka, para panglima Islam kemudiannya mara ke hadapan ke tanah Parsi. Mereka berasa bimbang Yazdegerd III akan menghimpun-kan semula tentera Parsi dan menentang tentera Islam.

Yazdegerd walau bagaimanapun berjaya menghimpunkan semula tenteranya untuk berhadapan dengan tentera Islam. Pada tahun 642 Masehi, pasukan ini berkubu di Nihawand 40 batu di selatan Hamadan. Khalifah Umar apabila mendengar berita ini, melantik Nu’man ibn Muqarrin sebagai Panglima Besar tentera Islam.

Perang Nihawand

Pada peringkat awal, pasukan tentera Islam diketuai oleh Sa’ad ibn Abi Waqqas. Namun beliau dipanggil ke Madinah oleh Khalifah Umar Al-Khattab kerana berlaku masalah pentadbiran. Seterusnya Umar melantik Nu’man ibn Muqarrin selaku Panglima Besar tentera Islam. Di bawah pimpinan Panglima Besar Nu’man ibn Muqarrin dan dibantu oleh Panglima Huzaifah Al-Yamani tentera Islam seramai 30,000 berhadapan dengan tentera Parsi seramai 100, 000 orang pimpinan Panglima Besar Wahman Mardansyah dan pembantunya adalah Panglima Pirouzan.

Berikutan pengalaman berperangnya bersama Khalid Al-Walid dan Sa’ad ibn Abi Waqqas di awal perjuangannya, Nu’man ibn Muqarrin menggu-nakan kepantasan serangan tentera berkuda dan kecekapan pasukan pemanah sebagai tunjang utama untuk menewaskan pertahanan tentera Parsi. Umat Islam menggelarkan peperangan ini sebagai ‘Kemenangan Bagi Segala Kemenangan’ berikutan tumbangnya Empayar Parsi Sassanid. Peperangan ini berlaku pada tahun 642 Masehi. Kedua-dua panglima Parsi terkorban dalam peperangan ini manakala di pihak tentera Islam, Nu’man ibn Muqarrin sendiri terkorban dan tempatnya digantikan oleh Huzaifah Al-Yamani.

Selepas kekalahan teruk di Nihawand, Yazdegerd gagal untuk menghimpunkan semula tenteranya dan kini menjadi pelarian. Beliau kemudiannya dibunuh oleh seorang petani di Merv pada 651 Masehi. Maka, berakhirlah kerajaan Sassanid dan bermulalah era Islam di bumi Parsi. Tentera Islam kemudiannya menawan Afghanistan, Transxonia dan Balochistan. Setelah kejatuhan Empayar Sassanid, banyak kuil-kuil Majusi dirobohkan dan pengamalan agama ini diharamkan kerana dianggap melencong daripada ajaran sebenar.

Pengislaman Bangsa Iran

Pengislaman Bangsa Iran atau Parsi merupakan sebuah proses yang perlahan dan mengambil masa yang lama. Ketika pemerintahan Umaiyyah, bahasa dan kebudayaan Parsi diharamkan manakala tulisan Parsi digantikan dengan aksara Arab Bangsa Parsi pula ditindas dan didiskriminasi. ini menyebabkan ramai Bangsa Iran benci terhadap pemerintah Arab dan Islam

Setelah kejatuhan wangsa Umaiyyah, tampuk kepimpinan Islam digantikan oleh Khalifah Abbasiyyah. Empayar bertukar tindakan daripada bertumpu kepada Islam Arab kepada Islam keseluruhannya. Birokrat-birokrat kerajaan haruslah umat Islam tidak menyangka suku bangsanya. Era ini menyaksikan ramai bangsa Iran memeluk Islam. Ketika zaman ini juga, terdapat migrasi bangsa Arab keluar semenanjung Arab.

Khalid Al-Walid: Penyembuh Kebimbangan

Peribadi yang mengaku tidak tahu di mana dan dari mana kehidupannya bermula, kecuali pada suatu hari di mana beliau berjabat tangan dengan Rasulullah s.a.w, berikrar dan bersumpah setia. Saat itulah beliau merasa dilahirkan kembali sebagai manusia. ‘Dialah orang yang tidak pernah tidur, dan tidak membiarkan orang lain tidur.‘

Dari Mekah Ke Madinah

Suatu ketika Khalid Al-Walid pernah menceritakan perjalanannya dari Mekah menuju Madinah kepada Rasulullah s.a.w: ‘Aku menginginkan seorang rakan seperjalanan, lalu kujumpai Utsman bin Thalhah; kuceritakan kepadanya apa maksudku, beliau pun segera menyetujuinya. Kami keluar dari kota Mekah sekitar dini hari, di luar kota kami berjumpa dengan Amr bin Ash.’

‘Maka berangkatlah kami bertiga menuju kota Madinah, sehingga kami sampai di kota itu di awal hari bulan Safar tahun yang ke lapan Hijriyah. Setelah dekat dengan Rasulullah s.a.w kami memberi salam kenabiannya, Rasulullah s.a.w pun membalas salamku dengan muka yang cerah. Sejak itulah aku masuk Islam dan mengucapkan syahadat yang haq.’

Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Sungguh aku telah mengetahui bahawa anda mempunyai akal sihat, dan aku berharap, akal sihat itu hanya akan menuntun anda ke jalan yang baik.’

‘Oleh itulah, aku berjanji setia dan baiat kepada baginda, lalu aku mohon Rasulullah s.a.w mintakan ampun untukku terhadap semua tindakan masa laluku yang menghalangi jalan Allah s.w.t.’

Dalam Perang Muktah, ada tiga orang Syuhada Pahlawan, mereka adalah Zaid bin Haritsah, Jaafar bin Abi Thalib, dan Abdullah bin Rawahah, mereka bertiga adalah Syuhada Pahlawan si Pedang Allah di Tanah Syria. Untuk keperluan Perang Muktah ini, pasukan musuh, Pasukan Romawi mengerahkan sekitar 200,000 perajurit.

Dalam perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Panji perang di tangan Zaid bin Haritsah, beliau bertempur bersama panjinya sampai beliau terkorban. Kemudian panji tersebut diambil alih oleh Jaafar, yang juga bertempur bersama panjinya sampai beliau gugur sebagai syahid. Kemudian giliran Abdullah bin Rawahah memegang panji tersebut sambil bertempur maju, hingga beliau juga gugur sebagai syahid.‘

‘Kemudian panji itu diambil alih oleh suatu pedang dari edaPng Allah, lalu Allah s.w.t membukakan kemenangan di tangannya.‘

Selepas Panglima yang ketiga gugur menemui syahidnya, dengan cepat Tsabit bin Arqam menuju bendera perang tersebut, lalu membawanya dengan tangan kanannya dan mengangkatnya tinggi-tinggi di tengah-tengah pasukan Islam agar barisan mereka tidak kacau balau, dan semangat pasukan tetap tinggi.

Tidak lama selepas itu, dengan gesit beliau melarikan kudanya ke arah Khalid Al-Walid, sambil berkata kepadanya, ‘Peganglah panji ini, wahai Abu Sulaiman!’

Khalid Al-Walid merasa dirinya sebagai seorang yang baru masuk Islam, tidak layak memimpin pasukan yang di dalamnya terdapat orang-orang Ansar dan Muhajirin yang terlebih dahulu masuk Islam daripadanya, Sopan, rendah hati, arif bijaksana, itulah sikapnya. Ketika itu beliau menjawab, ‘Tidak... jangan saya yang memegang panji suci ini, engkaulah yang paling berhak memegangnya, engkau lebih tua, dan telah menyertai Perang Badar!’

Tsabit menjawab, ‘Ambillah, sebab engkau lebih tahu muslihat perang daripadaku, dan demi Allah aku tidak akan mengambilnya, kecuali untuk diserahkan kepadamu!’ kemudian beliau berseru kepada semua pasukan Muslim, ‘Bersediakah kalian di bawah pimpinan Khalid Al-Walid?’

Mereka menjawab, ‘Setuju!’

Dengan gesit panglima baru ini melompat ke atas kudanya, di dakapnya panji suci itu dan mencondongkannya ke arah hadapan dengan tangan kanannya, seakan-akan hendak memecahkan semua pintu yang terkunci itu, dan sudah tiba saatnya untuk dilanggar dan diterjang.

Kepahlawanan Yang Luar Biasa

Sejak saat itulah, kepahlawanannya yang luar biasa, terkuak dan mencapai titik puncak yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t baginya. Sewaktu Perang Muktah inilah korban di pihak kaum Muslimin banyak berjatuhan, dengan tubuh-tubuh mereka berlumuran darah, sedang bala tentera Romawi dengan jumlah yang jauh lebih besar, terus maju laksana banjir yang terus menyapu medan tempur.

Dalam situasi yang sangat sukar itu, tidak ada jalan dan taktik perang yang bagaimanapun, akan mampu merubah keadaan. Satu-satunya jalan yang boleh dilakukan oleh seorang Komandan perang, ialah bagaimana melepaskan tentera Islam ini dari kemusnahan keseluruhan, dengan mencegah korban yang terus berjatuhan, serta berusaha keluar dari keadaan itu dengan sisa-sisa yang ada dengan selamat.

Pada saat yang genting itu, tampillah Khalid Al-Walid, si Pedang Allah, yang menyorot seluruh medan tempur yang luas itu, dengan kedua matanya yang tajam. Diaturnya rencana dan langkah yang akan diambil secepat kilat, kemudian membahagi pasukannya ke dalam kelompok-kelompok besar dalam suasana perang yang terus berkecamuk.

Setiap kelompok diberinya tugas sasaran masing-masing, lalu dipergunakanlah seni Yudhanya yang membawa mukjizat, dengan kecerdikan akalnya yang luar biasa, sehingga akhirnya beliau berjaya membuka jalur luas di antara pasukan Romawi. Dari jalur itulah seluruh pasukan Muslim menerobos dengan selamat. Kerana prestasinya dalam perang inilah Rasulullah s.a.w menganugerahkan gelaran kepada Khalid Al-Walid, ‘Si Pedang Allah Yang Senantiasa Terhunus.‘

Selepas Rasulullah s.a.w wafat, Abu Bakar memikul tanggungjawab sebagai Khalifah. Beliau menghadapi halangan yang sangat besar dan berbahaya, iaitu gelombang kemurtadan yang hendak menghancurkan agama yang baru berkembang ini. Berita-berita tentang pembangkangan kaum-kaum dan suku-suku

Di Jazirah Arab ini, dari waktu ke waktu semakin membahayakan. Dalam keadaan genting seperti ini, Abu Bakar sendiri maju untuk memimpin pasukan Islam. Tetapi para sahabat utama tidak sepakat dengan tindakan Abu Bakar ini. Semuanya sepakat untuk meminta Khalifah agar tetap tinggal di Madinah.

Sayyidina Ali terpaksa menghadang Abu Bakar dan memegang tali kekang kuda yang sedang ditungganginya untuk mencegah keberangkatannya bersama pasukannya menuju medan perang, sembari berkata, ‘Hendak ke mana engkau wahai Khalifah Rasulullah s.a.w, akan kukatakan kepadamu apa yang pernah dikatakan Rasulullah s.a.w pada hari Uhud: ‘Simpanlah pedangmu wahai Abu Bakar, jangan engkau cemaskan kami dengan dirimu!’

Di hadapan desakan dan suara bulat kaum Muslimin, Khalifah terpaksa menerima untuk tetap tinggal di kota Madinah. Maka selepas itu, di bahagilah tentera Islam menjadi sebelas kesatuan, dengan beban tugas tertentu. Sedang sebagai ketua dari keseluruhan pasukan tersebut, diangkatlah Khalid Al-Walid.

Dan setelah menyerahkan bendera kepada masing-masing komandannya, Khalifah mengarahkan pandangan kepada Khalid Al-Walid, sambil berkata: ‘Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa sebaik-baik hamba Allah dan kawan sepergaulan, ialah Khalid Al-Walid, sebilah pedang di antara pedang Allah s.w.t yang ditebaskan kepada orang-orang kafir dan munafik!’

Khalid Al-Walid pun segera melaksanakan tugasnya dengan berpindah-pindah dari suatu tempat medan tempur ke pertempuran yang lain, dari suatu kemenangan ke kemenangan berikutnya. Datanglah perintah dari Khalifah Abu Bakar, kepada panglima yang tidak tertandingi ini, agar berangkat menuju Yamamah untuk memerangi Bani Hanifah bersama kabilah-kabilah yang telah bergabung dengan mereka yang terdiri dari gabungan aneka ragam tentera murtad yang paling berbahaya. Pasukan ini dipimpin oleh Musalimah Al-Kadzdzab.

Khalid Al-Walid bersama pasukannya mengambil kedudukan di dataran bukit-bukit pasir Yamamah, dan menyerahkan bendera perang kepada komandan-komandan pasukannya, sementara Musailamah menghada-pinya dengan segala kecongkakan dan kederhakaan bersama dengan pasukan tenteranya yang sangat banyak, seakan-akan tidak akan habis-habisnya.

Melihat Keunggulan Musuh

Di tengah pertempuran yang berkecamuk amat dahsyat ini, Khalid Al-Walid melihat keunggulan musuh, beliau lalu memacu kudanya ke suatu tempat tinggi yang terdekat, lalu beliau melayangkan pandangannya ke seluruh medan tempur. Pandangan cepat yang diliputi ketajaman dan naluri perangnya, dengan cepat beliau dapat mengetahui dan menyimpulkan titik kelemahan pasukannya.

Beliau dapat merasakan, ada rasa tanggung jawab yang mulai melemah di kalangan parajuritnya di tengah serbuan-serbuan mendadak pasukan Musailamah. Maka diputuskanlah secepat kilat untuk memperkuatkan semangat tempur dan tanggungjawab pasukan Muslimin itu. Di panggilnya komandan-komandan teras dan sayap, ditertibkannya kedudukan masing-masing di medan tempur, kemudian beliau menjerit dengan suaranya yang mengesankan kemenangan: ‘Tunjukkanlah kelebihanmu masing-masing, akan kita lihat hari ini jasa setiap suku!’

Orang-orang Muhajirin maju dengan panji-panji perang mereka, dan orang-orang Ansar pun maju dengan panji-panji perang mereka, kemudian setiap kelompok suku dengan panji-panji tersendiri. Semangat juang pasukannya jadi bergelora lebih panas membakar, yang dipenuhi dengan kebulatan tekad, menang atau mati syahid.

Sedangkan Khalid Al-Walid terus menggemakan takbir dan tahlil, sambil memberikan arahan kepada para komandan lapangannya. Dalam waktu yang singkat, berubahlah arah pertempuran, perajurit-perajurit pimpinan Musailamah mulai berguguran, laksana nyamuk yang menggelepar berjatuhan ke atas tanah. Khalid Al-Walid berjaya menyalakan semangat keberaniannya seperti sengatan aliran elektrik kepada setiap perajuritnya, itulah salah satu keistimewaannya dari sekian banyak keunggulannya. Musailamah terkorban bersama para perajuritnya, bergelimpangan memenuhi seluruh kawasan medan pertempuran, dan terkuburlah selama-lamanya bendera yang menyeru kepada kebohongan dan kepalsuan.

Selanjutnya, Khalifah Abu Bakar memerintahkan Khalid Al-Walid untuk berangkat menuju Iraq, maka berangkatlah sang mujahid ini ke Iraq. Beliau memulai operasi ketenteraannya di Iraq dengan mengirim surat kepada semua Pembesar Kisra (Maharaja Persia) dan Gabenor-Gabenornya di semua wilayah Iraq.

‘Dengan Nama Allah s.w.t yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Khalid Al-Walid Ibnu Walid kepada para pembesar Parsi. Keselamatan bagi sesiapa saja yang mengikuti petunjuk. Kemudian segala puji kepunyaan Allah s.w.t yang telah memporak-porandakan kaki tangan kalian, dan merenggut kerajaan kalian, serta melemahkan tipu daya kalian.’

‘Siapa yang solat seperti solat kami, dan menghadap kiblat kami, jadilah beliau seorang Muslim. Beliau akan mendapat hak seperti hak yang kami dapatkan, dan beliau berkewajiban seperti kewajiban kami. Bila telah sampai kepada kalian surat ini, maka hendaklah kalian kirimkan kepadaku jaminan, dan terimalah dariku perlindungan jika tidak, maka demi Allah s.w.t yang tiada Tuhan selain Dia, akan kukirimkan kepada kalian satu kaum yang berani mati, padahal kalian masih sangat mencintai hidup!’

Para warga yang disebarkannya ke seluruh penjuru Persia datang menyampaikan berita tentang keberangkatan pasukan bala tentera pyang sangat besar yang diPersiapkan oleh panglima-panglima Persia di Iraq. Khalid Al-Walid tidak membuang waktu, dengan cepat beliau mempersiapkan pasukannya untuk menghadapi pasukan Persia tersebut.

Dalam perjalanan menuju Persia ini beliau berjaya memperoleh kemenangan-kemenangan, mulai dari Ubullah, As-Sadir, disusul Najaf, lalu Al-Hirah, Al-Ambar, sehingga Khadimiah. Di setiap tempat yang berjaya beliau tawan beliau disambut demgan wajah berseri penduduknya, kerana di bawah bendera Islam, orang-orang yang lemah dan yang tertindas penjajah Persia, dapat berlindung dengan aman dan selamat.

Rakyat yang terjajah dan lemah selama ini banyak mengalami derita perhambaan dan penyiksaan dari orang Persia. Khalid Al-Walid selalu berpesan dengan peringatan yang keras, kepada seluruh pasukannya setiap kali akan berangkat ke medan tempur: ‘Jangan kalian sakiti para petani, biarkanlah mereka bekerja dengan aman, kecuali bila ada yang hendak menyerang kalian, perangilah orang-orang yang memerangi kalian.‘

Kemenangan Yang Diraih

Kemenangan yang diraih oleh orang-orang Islam di Iraq dari orang Persia menimbulkan harapan diperolehnya kemenangan yang sama pada orang Romawi di Syria. Khalifah Abu Bakar mengerahkan sejumlah pasukan dan melantik beberapa orang pilihan sebagai panglimanya, seperti Abu Ubaidah bin Jarrah, Amr bin Ash dan Yazid bin Abu Sufyan serta Muawiyah bin Abu Sufyan.

Sewaktu bala tentera Islam ini mulai bergerak, berita ini sampai kepada Maharaja Romawi. Beliau menyarankan para menteri dan jenderal-jenderalnya supaya berdamai saja dengan orang-orang Islam dari berperang melawan mereka. Kerana itu hanya akan menimbulkan kerugian saja. Tetapi para menteri dan jenderal-jenderalnya tetap bertegas hendak meneruskan perang sambil berkata: ‘Demi Tuhan, akan kita layani Abu Bakar itu, sampai beliau tidak mampu mendatangkan pasukan berkudanya ke negeri kita ini.‘

Mereka menyiapkan tidak kurang dari 240,000 orang anggota tentera untuk peperangan ini. Para pengintip pasukan tentera Islam mengirimkan gambaran tentang situasi gawat ini kepada Khalifah. Mengetahui perkara itu Abu Bakar berkata, ‘Demi Allah, semua kebimbangan dan keragu-raguan mereka akan kusembuhkan dengan kedatangan Khalid Al-Walid.‘

Penyembuh kebimbangan ini, berupa perintah berangkat ke negeri Syam kepada Khalid Al-Walid untuk memimpin seluruh pasukan Islam yang sudah mendahului berada di sana. Dengan sigap Khalid Al-Walid melaksanakan perintah Khalifah Abu Bakar, dan menyerahkan pimpinan pasukan di Iraq kepada Mutsanna bin Haritsah, setelah semua urusannya di Iraq selesai, beliau segera berangkat menuju Syam.

Di medan perang, sebelum pertempuran di mulai, beliau berdiri di tengah-tengah pasukannya sambil berpidato, ‘Hari ini adalah hari-hari Allah s.w.t, tidak pantas kita di sini berbangga-bangga dan berbuat derhaka. Ikhlaskanlah jihad kalian, dan harapkan redha Allah s.w.t dengan perangmu! Mari kita bergantian memegang pimpinan, iaitu secara bergiliran. Hari ini salah seorang memegang pimpinan, besok yang lain, lusa yang lain lagi, sehingga seluruhnya mendapat kesempatan memimpin!’

Sangat Mendebarkan

Bala tentera Romawi, jika dilihat dari besarnya jumlah tentera dan perlengkapan persenjataan yang mereka miliki, merupakan sesuatu yang sangat mendebarkan bagi sesiapa saja yang melihatnya. Tidak diragukan lagi, bahawa pasukan Islam sebelum kedatangan Khalid Al-Walid merasa gentar dan cemas serta gelisah dalam jiwa mereka. Hanya kerana iman merekalah yang membuatkan hati mereka mantap.

Bagaimanapun hebatnya orang-orang Romawi dan bala tenteranya, tetapi Khalifah Abu Bakar telah berkata, ‘Khalid Al-Walid yang akan menyelesaikannya. Demi Allah s.w.t, segala kebimbangan mereka akan kulenyapkan dengan seorang panglima yang bernama Khalid Al-Walid! Biarkan orang-orang Romawi dengan segala kehebatannya itu datang! Bukankah bagi kaum Muslimin ada tukang pukulnya?’

Khalid Al-Walid memberi taklimat kepada komandan-komandan tenteranya, dengan mempersiapkan dan membahagi-bahagi pada beberapa kesatuan besar. Diaturnya langkah-langkah taktik dan strategi untuk menyerang dan bertahan, untuk menandingi taktik-taktik tentera Romawi, seperti yang telah dialaminya dari kawan-kawannya orang Persia di Iraq, dengan melukiskan setiap kemungkinan dari peperangan ini.

Sebelum terjun ke kancah peperangan, ada satu perkara yang sedikit mengganggu fikirannya, iaitu kemungkinan sebahagian anggota pasukannya yang melarikan diri, terutama mereka yang baru saja masuk Islam, setelah mereka melihat kehebatan dan keseraman tentera Romawi.

Salah satu rahsia kemenangan-kemenangan istimewa yang diraih oleh Khalid Al-Walid dalam setiap pertempuran, ialah ‘tsabat’ ertinya tetap tabah dan disiplin. Beliau melihat, bahawa larinya dua tiga orang perajurit, akan menyebarkan kepanikan dan kekacauan pada seluruh kesatuan yang akan berakibat fatal, dan ini merupakan satu bencana.

Oleh sebab itu, tindakannya sangat tegas dan keras sekali terhadap mereka yang membuang senjata dan melarikan diri dari medan pertempuran. Maka dalam peperangan Yarmuk ini, setelah seluruh pasukannya mengambil kedudukan, dipanggilnya perempuan-perempuan Muslimah untuk memanggul senjata. Mereka diperintahkan untuk mengambil kedudukan di belakang barisan pasukan Muslimin di setiap penjuru. Khalid Al-Walid berpesan kepada mereka, ‘Sesiapa saja yang melarikan diri dari medan pertempuran ini, bunuh saja mereka!’

Sebelum pertempuran dahsyat itu berlangsung, panglima tentera Romawi meminta Khalid Al-Walid tampil ke hadapan, kerana ingin berbicara dengannya. Khalid Al-Walid tampil ke hadapan sehingga mereka berdua saling berhadapan di atas belakang kuda masing-masing, di suatu tempat tanah lapang di antara kedua-dua pasukan.

Panglima pasukan tentera Romawi yang bernama Mahan itu berkata kepada Khalid Al-Walid: ‘Kami tahu, bahawa yang mendorong kalian keluar dari negeri kalian tidak lain hanyalah kerana kelaparan dan kesukaran, jika kalian setuju, saya beri dari masing-masing kalian ini 10 dinar lengkap dengan pakaian dan makanan, asalkan kalian pulang kembali ke negeri kalian. Dan pada tahun yang akan datang saya akan kirimkan sebanyak itu juga!’

Mendengar itu, bukan main marahnya Khalid Al-Walid, tetapi perkara tetap ditahan, sambil mengetapkan giginya, beliau menganggap suatu penghinaan dan kekurangajaran dari panglima Romawi itu. Lalu di jawabnya dengan kata-kata: ‘Bahawa yang mendorong kami keluar dari negeri kami, bukan kerana lapar seperti yang anda sangka, tetapi kami adalah suatu bangsa yang biasa minum darah. Dan kami sangat faham, bahawa tidak darah yang lebih manis dan lebih enak dari darah orang-orang Romawi, lantaran itulah kami datang!’

Panglima Khalid Al-Walid menggeretakkan kekang kudanya, sambil kembali ke barisan pasukannya, diangkatnya bendera tingi-tinggi sebagai tanda dimulainya pertempuran. ‘Allahu Akbar, berhembuslah angin syurga,‘ jeritnya.

Di tengah-tengah pertempuran sengit itu berlangsung, ada salah seorang dari tentera Muslim yang mendekati Abu Ubaidan bin Jarrah, sambil berkata, ‘Aku sudah bertekad untuk mati syahid, apakah anda mempunyai pesan penting yang boleh kusampaikan kepada Rasulullah s.a.w, jika aku menemuinya nanti?’ 

Abu Ubaidah menjawab, ‘Ada, sampaikan kepada baginda... ya Rasululullah, sesungguhnya kami telah menemukan bahawa apa yang telah dijanjikan Allah s.w.t, memang benar!’

Selepas itu, lelaki itu pergi menyeruak ke tengah-tengah medan pertempuran dengan menyerang bagai anak panah yang lepas dari busurnya. Beliau menyerbu ke tengah-tengah pertempuran yang dahsyat, merindukan tempat peraduan, sehingga akhirnya beliau mati syahid. Beliau adalah Ikrimah Abu jahal, anak Abu Jahal. Beliau berseru kepada barisan tentera orang-orang Islam, pada saat tekanan tentera Romawi semakin berat, dengan suara ang lantang, beliau berkata, ‘Sungguh aku telah lama memerangi Rasulullah s.a.w pada masa lalu, sebelum aku mendapat hidayah dari Allah s.w.t, masuk Islam. Apakah wajar aku lari hari ini, dari musuh-musuh Allah s.w.t ini?’ sambil menjerit beliau berseru kepada pasukan Muslim, ‘Siapa yang bersedia dan berjanji untuk mati?’

Sekelompok pasukan Muslimin berjanji kepada Ikrimah untuk berjuang sampai mati, kemudian mereka sama-sama menyerbu ke jantung pertahanan musuh, mereka hanya mencari kemenangan, tetapi jika kemenangan itu harus ditebus dengan jiwa raga, mereka sudah sedia untuk mati syahid. Allah s.w.t menerima pengorbanan dan bai’at mereka, mereka semuanya mati syahid.

Di tengah pertempuran yang sengit itu, Khalid Al-Walid mengerahkan 100 orang tenteranya, tidak lebih. Mereka diperintahkan untuk bersamanya menyerbu sayap kiri pasukan tentera Romawi yang jumlahnya tidak kurang dari 40,000 orang tentera. Khalid Al-Walid berpesan kepada mereka: ‘Demi Allah s.w.t, yang diriku di tangan-Nya, tidak ada lagi kesabaran dan ketabahan yang tinggal pada orang-orang Romawi, kecuali apa yang kami lihat! Sungguh, aku berharap Allah s.w.t memberikan kesempatan kepada kalian untuk menebas batang-batang leher mereka!’

Kehebatan Yang Mengagumkan

Kehebatan Khalid Al-Walid ini sangat mengagumkan para panglima dan komandan tentera Romawi. Perkara ini mendorong salah seorang dari mereka, bernama Georgius, mengundang Khalid Al-Walid pada saat-saat peperangan berhenti beristirehat, untuk bercakap-cakap dengan beliau. Perbualan yang panjang lebar dengan Khalid Al-Walid itu telah menyebabkan Georgius Theodorus memeluk agama Islam namun beliau telah terkorban dalam peperangan tersebut.

Sesungguhnya seumur hidupnya Khalid Al-Walid tidak pernah dipengaruhi oleh keinginan, kecuali menikmati kemenangan dan berjaya mengalahkan musuh kebenaran. Tidak satu pun kesenangan duniawi yang dapat mempengaruhi keinginan nafsunya, kecuali hanya satu, iaitu barang yang dengan sangat hati-hati sekali dan bermati-matian beliau menjaganya. Barang itu berupa kopiah. Pernah suatu ketika, kopiah itu jatuh dalam Perang Yarmuk. Khalid Al-Walid bersama beberapa pasukannya dengan susah payah mencarinya. Ketika orang lain mencelanya lantaran itu, Khalid Al-Walid berkata, ‘Di dalamnya terdapat beberapa helai rambut dari ubun-ubun Rasulullah s.a.w.‘

Sewaktu jenazahnya diusung beberapa orang sahabat keluar dari rumah, si ibu memandangnya dengan kedua mata yang bercahaya memperlihatkan kekerasan hati tetapi disaput awan dukacita, lalu melepaskannya dengan kata-kata:

Jutaan orang tidak dapat melebihi keutamaanmu,
Mereka gagah perkasa tetapi tunduk di hujung pedangmu,
Engkau pemberani melebihi Singa Betina,
Yang sedang mengamuk melindungi anaknya,
Engkau lebih dahsyat dari air bah,
Yang terjun dari celah bukit curam ke lembah,
Rahmat Allah s.w.t bagi Abu Sulaiman,
Apa yang ada di sisi Allah s.w.t lebih baik daripada yang ada di dunia,
Beliau hidup terpuji, dan berbahagia setelah mati.

Kegemilangan Islam Dalam Perang Badar

Setelah hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang Ansar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah Arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh. Orang-orang arab Quraisy Mekah tidak senang hati dengan kemajuan ini.

Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah s.w.t. Kemenangan besar kaum Muslimin tidak terletak pada jumlah tentera yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam di sanubari mereka. Dengan keyakinan mereka pada Allah s.w.t yang sangat kukuh itu, Allah s.w.t telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah s.w.t terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya. 

Tamparan Dan Cabaran

Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin terhadap angkatan perdagangan kaum Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka sebagai tamparan dan cabaran hebat kepada mereka. Kaum Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami seharusnya dibela dan memusnahkan semua pihak yang bersangkutan dengan pembunuhan itu. Rasulullah s.a.w sememangnya menyedari bahawa pihak Quraisy pasti akan menuntut bela. Baginda telah membuat persediaan yang lebih awal.

Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah, Rasulullah s.a.w bersama 313 orang tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Mekah untuk menyerang Madinah. Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah s.a.w itu lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari meminta bantuan dari Mekah. Di Mekah pula, 3 hari sebelum Dham Dham sampai, Atiqah Binte Abdul Muthalib telah bermimpi sesuatu yang sungguh menakutkan. Atiqah telah bermimpi melihat seorang musafir datang dengan menunggang unta. Dia berdiri di atas tanah lapang. Kemudian, lelaki tersebut menjerit dengan suara yang amat kuat.

‘Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian kepada tempat-tempat kematian kalian dalam masa 3 hari.’

Atiqah melihat manusia berkumpul dekat musafir tersebut kemudian lelaki masuk dalam masjid diikuti orang ramai dan berdiri di atas untanya di hadapan Kaabah dan dilaungkan lagi perkataan yang sama. Lelaki itu kemudian berdiri di hadapan Abu Qais dan diulangi ucapannya buat kali ketiga. Musafir itu kemudian mengambil batu besar dan melemparkannya. Batu itu jatuh bergolek. Ketika batu itu tiba di bawah gunung, ia pecah berkeping-keping. Tidak sebuah rumah pun yang ada di Mekah terlepas dari dimasuki pecahan batu besar tersebut.

Mimpi Atikah

Mimpi Atiqah itu walaupun diminta supaya dirahsiakan, telah tersebar luas di Kota Mekah hingga ke pengetahuan Abu Jahal. Tetapi Abu Jahal dengan sikap bongkak dan sombongnya tidak mempedulikan mimpi itu malah diperlecehkan olehnya.

Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang pertama yang mengetahui tentang mimpi Atiqah telah mendengar saudaranya diejek oleh Abu Jahal. Beliau ingin mempertahankan saudaranya lalu keluar untuk mencari Abu Jahal. Pada ketika beliau terjumpa Abu Jahal, Dham Dham, iaitu utusan dari Abu Sufyan telah sampai ke Mekah dengan membawa berita Abu Sufyan meminta bantuan. Ketika itu juga Mekah menjadi kecoh dengan berita ini. Ramai pembesar Quraisy merasa marah dengan tindakan Rasulullah s.a.w . Mereka lalu mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan. Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam peperangan ini. Ada di antara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus orang suruhan mereka untuk ikut serta.

Sebelum berlaku peperangan di Badar, Rasulullah s.a.w telah mengutuskan Talhah Bin Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah Abu Sufyan. Mereka mengumpulkan maklumat yang perlu dan kembali ke Madinah untuk menyampaikan pada Rasulullah s.a.w. Baginda bergerak bersama-sama para pengikutnya. Baginda menuju ke Badar tetapi terlebih dahulu baginda mengutus Ali bin Abu Talib, Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama beberapa orang lain ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh mereka.

Maklumat yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah s.a.w bertanya berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 eokr. Dengan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w, Beliau dapat mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1,000 orang tentera.

Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah s.a.w pada waktu itu merasa bimbang kalau-kalau nanti setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy lalu dari tenteranya ada yang mengundur diri. Nabi Rasulullah s.a.w juga ingat bahawa asal mulanya berangkat dari Madinah adalah hendak mengejar seperangkatan unta yang memuatkan perdagangan kaum Quraisy yang diketuai oleh Abu Sufyan, sedangkan mereka telah lepas jalan ke Mekah. Rasulullah s.a.w bimbang jika ada di antara tenteranya yang tidak suka bertempur dengan tentera Quraisy dan ada yang berperasaan takut lalu lari pulang ke Madinah semula.

Angkatan unta yang dikejar telah terlepas jalan. Pasukan tentera Quraisy begitu besar berlipat kali ganda. Alat perang Quraisy lebih lengkap dan mereka serba kekurangan. Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan pesuruh Allah s.w.t, maka Rasulullah s.a.w mengadakan permusyawaratan bersama pahlawan-pahlawan tenteranya meminta pendapat mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahawa mereka keluar hanya untuk perdagangan Quraisy dan bukan untuk berperang. Ketika itu Rasulullah s.a.w amat merasa susah hati dan berubah wajahnya.

Apabila Abu Bakar r.a melihat keadaan ini, lalu beliau berkata: ‘Ya Rasulullah s.a.w, lebih baik kita bertempur dengan musuh!’ Diikuti pula dengan Umar r.a. Kemudian seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata: ‘Ya Rasulullah s.a.w, teruskanlah pada barang apa yang Allah s.w.t telah perintahkan pada tuan! Maka kita bersama tuan. Demi Allah s.w.t, kita tidak akan berkata kepada tuan seperti perkataan kaum Bani Israil kepada Nabi Musa pada zaman dahulu. ‘Pergilah engkau bersama Tuhanmu, maka berperanglah engkau berdua. Kita sesungguhnya akan duduk termenung saja.’ Akan tetapi berkata kita pada tuan sekarang ‘Pergilah tuan bersama Tuhan tuan! Dan berperanglah tuan bersama Tuhan tuan. Kita sesungguhnya bersama tuan dan Tuhan tuan. Kita ikut berperang. Demi Allah s.w.t, jikalau tuan berjalan dengan kita sampai ke desa Barkul Ghamad, nescaya kita berjuang bersama tuan daripada yang lainnya. Kita akan berperang dari sebelah kanan tuan dan di antara hadapan tuan dan belakang tuan.’

Ketika itu Rasulullah s.a.w juga inginkan kepastian dari kaum Ansar. Melihat keadaan itu, Sa’ad Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada Rasulullah s.a.w sama seperti kaum Muhajirin. Diikuti pula oleh suara-suara pahlawan yang lain.

Setelah mendengar kata-kata daripada sahabat dan tenteranya yang sungguh meyakinkan, bercahayalah muka Rasulullah s.a.w seraya kelihatanlah kegirangannya. Pada ketika itu juga Allah s.w.t menurunkan wahyunya yang tercatat di surah Al-Anfal ayat 5-7 yang ertinya: ‘Sebagai Tuhanmu (Rasul) mengeluarkan akan kamu dari rumhamu yang benar. Dan bahawasanya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu sungguh benci. Mereka membantah kamu dalam urusan kebenaran (berperang) sesudah terang-benderang, seolah-olah mereka digiring akan salah satu dari dua (golongan Al’Ier dan golongan An Nafier), bahawasanya ia bagimu, dan kamu mengharapkan yang tidak berkekuatan senjata adalah bagi kamu, dan Allah s.w.t berkehendak akan menyatakan kebenaran dengan semua sabdanya, dan memutuskan kekalahan orang-orang yang tidak percaya.’ (Surah Al-Anfal ayat 5-7)

Selepas itu, Rasulullah s.a.w lalu bersabda pada seluruh tenteranya: ‘Berjalanlah kamu dan bergiranglah kerana sesungguhnya Allah s.w.t telah memberi janji kepadaku salah satu daripada dua golongan (iaitu Al-Ier dan An-Nafier). Demi Allah s.w.t, sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy,’

Mendengar perintah Rasulullah s.a.w yang sedemikian itu, segenap kaum Muslimin memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ke tempat yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu taat dan patuh kepada perintah Rasulullah s.a.w dengan melupakan segala sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri.

Di pihak Quraisy pula ada beberapa kucar kacir yang terjadi sehingga beberapa kaum yang berjalan berpatah balik ke Mekah. Rasulullah s.a.w tidak henti-henti memanjatkan doa kepada Allah s.w.t memohon pertolongan. Untuk menebalkan iman tenteranya dan meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah s.a.w menghadapkan mukanya kepada sekelian tenteranya sambil memohon kepada Allah s.w.t yang ertinya: ‘Ya Allah s.w.t! Hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah s.w.t! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau disembah lagi.’ 

Diriwayatkan pada waktu itu, Rasulullah s.a.w berulang-ulang memohon kepada Allah s.w.t sehingga Abu Bakar r.a yang senantiasa berada disisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi sambil berkata bahawa Tuhan akan meluluskan padanya apa yang telah Allah s.w.t janjikan.

Selanjutnya, sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang maka di antara pahlawan-pahlawannya lebih dulu harus bertanding dan beradu kekuatan dengan pahlawan musuh. Di pihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah Utbah Bin Rabi’ah, Syaibah Bin Rabi’ah dan Walid Bin Utbah. Dan dari tentera Islam ialah ‘Auf bin Al-Harits, Mu’adz bin Harts dan Abdullah bin Rawahah. Mereka bertiga adalah dari kaum Ansar.

Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Ansar, malah meminta Rasulullah s.a.w mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah s.a.w mengeluarkan Hamzah Bin Abdul Muthalib, Ali Bin Abi Thalib dan ‘Ubadah Bin Al-Harits. Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid. Ini adalah petanda bahawa kaum Quraisy akan tewas. 

Selepas itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan bermati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah s.a.w senantiasa mengamati gerak-geri tentera Islam. Dalam sekejap waktu, berpuluh-puluh tentera Musyrikin menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan di atas tanah bermandikan darah. Tentera Islam senantiasa menyebut ‘Esa! Esa! Esa!’

Rasulullah s.a.w pula tidak henti-henti memanjatkan doa pada Allah s.w.t memohon kemenangan tentera Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apa pun, Rasulullah s.a.w telah jatuh dengan mendadak seperti orang pengsan. Tubuhnya menggeletar dan kedinginan bagaikan orang ketakutan. Tetapi tidak berapa minit, baginda bangun dengan tegak lalu bersabda kepada Abu Bakar r.a. yang senantiasa berada di sisinya, yang ertinya: ‘Gembiralah olehmu hai Abu Bakar. Telah datang pertolongan dari Allah s.w.t kepadamu. Ini Malaikat Jibril sampai memegang kendali kuda yang baginda tuntun atas kedua gigi sarinya berdebu.’ 

Rasulullah s.a.w memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang membawa maksud dan jaminan bahawa tentera Islam yang turut serta di Perang Badar dijamin masuk syurga. Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya. Ramai pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan melarikan diri. 70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan. Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari Ansar). Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan ketabahan hati mereka. Bangkai-bangkai tentera Musyrikin dilempar dan dikuburkan di dalam sebuah perigi atau sumur di Badar.

Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikut peperangan, iaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah dalam masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.

Di Madinah pula, Rasulullah s.a.w memikirkan bagaimana cara yang patut dilakukan ke atas orang tawanan perang. Rasulullah s.a.w juga berpesan pada orang ramai supaya bersikap baik dan belas kasihan kepada orang tawanan. Sehingga ada kaum Muslimin yang memberikan satu-satunya roti yang ada kepada orang tawanan. Sehingga orang tawanan merasa segan dengan kebaikan yang ditunjukkan.

Rasulullah s.a.w kemudian berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar. Ada yang menyatakan dibunuh saja kerana mereka telah engkar dengan Allah s.w.t dan mengusir kaum Muhajirin dari Mekah. Ada juga yang lebih lembut hatinya dan disuruh lepaskan saja dengan harapan mudah-mudahan mereka akan insaf dan tertarik dengan Islam.

Setelah lama berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan orang tawanan dengan mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan masing-masing. Setinggi empat ribu dirham dan serendah satu ribu dirham. Bagi yang miskin tetapi ada pengetahuan membaca dan menulis dikehendaki supaya mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam. Mereka semua dibebaskan apabila tebusan telah dibayar atau kanak-kanak itu telah pandai.

Hikmah Dalam Perang Badar

Perang Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahawa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telah mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah.

Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Mekah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tentera Islam pula, apabila mereka balik ke Mekah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan tidak secar langsung telah memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Mekah.

Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telah berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dari masa ke masa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada Rasulullah s.a.w dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan baginda dan agama Islam.

Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahawa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini terbukti apabila ada beberapa puak yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.

Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah s.a.w telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam. Rasulullah s.a.w adalah pentabdir yang berkaliber dan pintar mengendalikan tektik peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya di dunia atau mati syahid.

Bentuk Pertolongan Allah Dalam Perang Badar

Sesungguhnya betapa banyak dan besarnya pertolongan yang Allah s.w.t berikan bagi pasukan Rasulullah s.a.w dalam Perang Badar. Betapa janji Allah s.w.t selalu benar, bahawa Allah s.w.t. pasti akan menolong hamba-Nya yang menolong agama-Nya. Sejarah telah mencatatkan rahmat Allah s.w.t yang menyertai orang-orang yang beriman. Kemenangan sejati selalu ada ketika ia bersandingan dengan iman. Berikut adalah beberapa hal yang menyokong kemenangan yang diraih kaum Muslimin:

1. Pasukan Malaikat

Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa ketika seorang sahabat mengejar dengan gigih seorang Musyrik yang ada di hadapannya, tiba-tiba beliau mendengar suara pukulan dan suara penunggang kuda yang menghentakkan kudanya. Lalu sahabat tersebut melihat orang Musyrik itu jatuh terkapar dengan keadaan hidung dan wajahnya luka parah akibat pukulan tersebut. Hal tersebut beliau ceritakan kepada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda, ‘Kau benar, itu adalah pertolongan Allah s.w.t dari langit ketiga.’ (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kemenangan pada Perang Badar menjadi pesta di kalangan para malaikat kerana peristiwa ini adalah pertama kalinya mereka diizinkan terjun ke gelanggang perang di bawah arahan Jibril dengan seribu pasukan malaikat pilihan. ‘Sesungguhnya Aku akan mendatangkan kepadamu bala bantuan dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.’ (surah An Anfal: 9)

Para malaikat yang terlibat dalam Perang Badar memiliki kemuliaan di antara semua malaikat. Rafi’ah bin Rafi’ Az-Zarqi mengatakan, ‘Jibril berkata kepada Nabi dan berkata: Bagaimana kalian menganggap veteran Badar di antara kalian? Rasulullah s.a.w menjawab: ‘Termasuk Muslimin yang paling mulia. Jibril berkata: Demikian juga malaikat yang mengikuti Perang Badar.’

2. Allah Meneguhkan Hati

‘Dan Allah tidak menjadikan (bantuan bala tentera malaikat itu) melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanya dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa Maha Perkasa.’ (surah Al Anfal: 10)

3. Rasa Kantuk Dan Turunnya Hujan

‘Sesungguhnya Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman dari-Nya dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk membersihkanmu. Kerana dengan air hujan itu, Allah menghilangkan gangguan syaitan darimu dan menguatkan hatimu serta memperteguhkan kedudukanmu.’ (surah Al Anfal: 11)

Rasa kantuk yang melanda para mujahid Badar merupakan salah satu nikmat. Mengapa demikian? Kerana situasi perang tidak kondusif untuk tidur, bagi mengembalikan tenaga, maka rasa kantuk menjadi suatu terapi dari suasana yang tegang dan mencengkam. Kerana malam hari bagi kaum Musyrikin adalah untuk bersenang-senang, sementara kaum Muslimin dikurniakan rasa kantuk sebagai rangsangan tidur untuk memulihkan kembali tenaga.

Ketika itu juga turun hujan baik di tempat kaum Muslimin mahupun kafir. Hal ini berdampak nikmat bagi kaum Muslimin tetapi menjadi siksaan dan kendala bagi kaum kafir. Contohnya, tanah kaum Muslimin menjadi padat dan tidak berdebu sehingga menjadi kukuh diinjak dan tidak mengganggu pandangan. Hujan menjadi salah satu bantuan dalam bentuk rahmat yang Allah s.w.t. turunkan kepada kaum Mukminin dalam pertempuran Badar itu, selain jundun min jundillah atau tentera Allah s.w.t, sepertia para malaikat yang Allah s.w.t turunkan untuk mengganggu pasukan kaum Musyrikin.

Rasulullah s.a.w dan generasi awal umat ini benar-benar menyedari, bahawa masyarakat paganis ekstrim dari keturunan Quraisy dan semua kelompok yang sejenis dengannya tidak akan pernah membiarkan umat Islam memiliki kebebasan menjalankan syariatnya di Kota Yathrib, setelah sebelumnya mereka diusir beramai-ramai dari Kota Mekah. Dari itu, umat Islam pun mempersiapkan segalanya. 

Di Kota Madinah kaum Muslimin mempersiapkan diri dengan membangun kekuatan dengan cara selalu berlatih berperang, agar mereka tidak lagi dilecehkan oleh orang-orang Musyrik dan juga kabilah-kabilah Yahudi. Sedar akan kekuatan Islam yang selama ini tersebunyi. Hal ini menggetarkan musuh, sehingga musuh tidak menyerang umat Islam di Kota Madinah. Bahkan dengan kekuatan yang dimiliki kaum Muslimin ini, masyarakat Quraisy faham bahawa orang-orang Muhajirin yang selama ini lari dari tekanan dan penindasan, bukan lagi pada kedudukan yang lemah dan hina. Namun kini mereka telah berubah menjadi satu komuniti yang kuat, dan mampu menggetarkan mereka. Dari itu pasukun Rasululah s.a.w patut diperhitungkan. 

Latihan Dan Persiapan Berkala

Rasulullah s.a.w segera melatih para sahabatnya dan mengutus mereka untuk melakukan pengintipan di sekitar Kota Madinah secara berkala. Tujuannya adalah sebagai latihan, eksplorasi, dan persiapan peperangan. Beberapa tugas yang pernah baginda delegasikan kepada para sahabat antara lain ialah:

  1. Pasukan yang dipimpin oleh Hamzah bin ‘Abdul Muththalib. Mereka seramai 30 orang penunggang kuda dari kalangan Muhajirin. Pasukan ini ditugaskan mengawasi wilayah dari penyelusupan kaum Musyrikin, hingga melewati daerah Al-’Iish di tepi laut. 
  2. Pasukan yang dipimpin oleh ‘Ubaidah bin Harits. Mereka seramai 60 orang penunggang kuda dari kalangan Muhajirin sampai ke daerah Raabigh. 
  3. Pasukan yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqqash, dengan kekuatan pengintip berjumlah 80 orang Muhajirin dan bertugas sepanjang jalan yang menghubungkan Mekah dan Madinah. 
  4. Pasukan yang langsung di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w berjumlah 200 orang penunggang kuda, unta dan pejalan kaki, berjalan memantau wilayah kekuasaan hingga daerah Wuddan. Dalam menjalankan tugas pengawasan wilayah yang dipimpin terus oleh Rasulullah s.a.w terjadi Peperangan Wudan. Pada peperangan ini Rasulullah s.a.w mengadakan perjanjian dengan Bani Dhamrah. Salah satu tujuan peperangan ini adalah untuk membangun sebuah aliansi dengan kabilah-kabilah yang selama ini menguasai jalur yang menghubungkan antara Kota Mekah dan Madinah.
  5. Perang ‘Usyairah - peperangan dengan jumlah pasukan seramai 200 orang penunggang dan pejalan kaki di bawah kepemimpinan Rasulullah s.a.w. Tujuan peperangan ini adalah untuk menunjukkan kekuatan kaum Muslimin di hadapan orang-orang Musyrikin serta membangun kesefahaman dengan kabilah-kabilah yang terdapat di daerah jalur perdagangan orang Quraisy di antara Kota Mekah dan Madinah.
  6. Perang Buwaath - peperangan dengan jumlah pasukan seramai 200 orang penunggang dan pejalan kaki di bawah kepemimpinan Rasulullah s.a.w. Tujuannya adalah untuk boleh sampai ke daerah Buwaath dari sisi Gunung Radhwa ke jalur perdagangan Quraisy di antara kota Mekah dan Madinah, selain untuk menekan kegiatan perdagangan mereka. 
  7. Pasukan di bawah pimpinan ‘Abdullah bin Jahsy. Pengintipan berkekuatan lapan orang dari kalangan Muhajirin. Bersama itu, ‘Abdullah membawa sepucuk surat dari Rasulullah s.a.w. Baginda berpesan untuk tidak membuka surat tersebut kecuali dua hari setelah mereka melakukan perjalanan. Ketika surat itu dibuka, di dalamnya terdapat tulisan, ‘Jika engkau telah membaca surat ini, maka teruslah berjalan hingga engkau sampai di sebatang pohon kurma yang terletak di antara Mekah dan Thaif. Lalu perhatikan gerak-geri orang Quraisy dan berikan maklumatnya kepada kami.’ Abdullah segera berangkat hingga akhirnya beliau sampai di sebatang pohon kurma. Sebuah kafilah Quraisy lalu dan terus diserang oleh kaum Muslimin. Pada peperangan ini, orang-orang Musyrikin yang terkorban antara lain ialah ‘Amr bin Hadhrami, sementara kaum Muslimin berjaya menawan dua orang dari kalangan Musyrikin, namun yang keempat berjaya melarikan diri. 
  8. Perang Badar Pertama. Prediksi Rasulullah s.a.w dan para sahabat tentang kaum Musyrikin benar-benar menjadi sebuah kenyataan. Tidak lama setelah baginda menetap di Kota Madinah, orang-orang Musyrikin di bawah pimpinan Karz bin Jabir Al-Fihry melakukan penyerangan terhadap ladang pengembalaan haiwan milik orang Madinah dan merampas beberapa ekor unta dan kambing milik kaum Muslimin. Rasulullah s.a.w pun segera bergerak untuk mengusir perampas tersebut dan merebut kembali unta mahupun kambing milik kaum Muslimin yang sempat mereka rampas. Pasukan perang kaum Muslimin di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w ketika itu bergerak sampai ke daerah Wadi Sufyan, dekat dengan Badar. Namun demikian mereka tidak dapat mengejar perampas Musyrikin sehingga mereka harus kembali tanpa ada peperangan. 

Latar Belakang Perang Badar Kubra

Perang Badar yang meletus antara kaum Muslimin dan orang-orang Musyrik dipicu oleh beberapa sebab, di antaranya ialah:

Pengusiran Kaum Muslimin Dari Kota Mekah 

Genderang perang terhadap kaum Muslimin, sebenarnya sudah ditabuh oleh orang-orang Musyrikin sejak Rasulullah s.a.w menyampaikan risalah dakwah. Mereka telah melakukan penyiksaan terhadap kaum Muslimin dan merampas harta benda para sahabat nabi di kota Mekah. Perlakukan mereka terhadap orang-orang Muhajirin tidak lagi mengenal perikemanusiaan. Mereka rampas rumah dan kekayaan kaum Muhajirin.

Orang Islam pun melarikan diri dan menukarnya dengan keredhaan Allah s.w.t. Kita dapat melihat sendiri bagaimana orang kafir Quraisy merampas dan menguasai harta benda Shuhaib sebagai imbalannya, Shuhaib diizinkan untuk berhijrah ke Madinah. Kita juga dapat menyaksikan bagaimana mereka menduduki rumah-rumah dan peninggalan kaum Muslimin yang ditinggalkan oleh pemiliknya. Dan kejadian 15 abad yang lalu tidak ubahnya seperti yang sedang mereka lakukan di Palestin, Afganistan, Iraq dan negara-negara Islam lainnya.

Penindasan Terhadap Umat Islam Hingga Kota Madinah

Apa yang dilakukan orang Quraisy terhadap umat Islam, ternyata tidak hanya ketika mereka berada di Kota Mekah. Di bahawa pimpinan Kurz bin Habbab Al-Fihri, mereka memprovokasi kaum Musyrikin lainnya untuk menyerang, mengganasi, dan menguasai harta benda milik kaum Muslimin yang ada di Kota Madinah (sebagaimana yang terjadi pada Perang Badar Shughra).

Oleh itu, sudah sewajarnya apabila orang-orang Musyrik menerima balasan atas semua permusuhan dan penindasan mereka terhadap umat Islam selama ini. Mereka begitu sedar, bahawa banyak kepentingan dan hasil perdagangan mereka yang akan berpindah ke tangan orang-orang Islam di sana, selain bahawa kini Islam telah memiliki pasukan dan wilayah yang mampu memberikan penentangan atas kekuasaan, menegakkan kebenaran dan menumbangkan kebatilan meskipun orang-orang yang berhati durjana tidak menyukainya. 

Memberi Pelajaran Kepada Quraisy 

Oleh kerana itu, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w mendengar bahawa kafilah dagang Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan bin Harb dan ‘Amr bin Al-’Ash bersama 40 orang bergerak dari Syam membawa harta orang-orang Quraisy yang keseluruhannya mencapai seribu ekor unta, maka baginda pun segera mengajak kaum Muslimin untuk bergerak mendatanginya.

Rasulullah s.a.w mengatakan, ‘Ini adalah perdagangan Quraisy. Maka keluarlah kalian, semoga Allah s.w.t. akan memberikannya kepada kalian.’

Mendengar seruan ini, sebahagian kaum Muslimin menyambutnya sementara yang lainnya merasa sedikit berat dengannya. Mereka menggangap bahawa ketika itu Rasulullah s.a.w tidak bermaksud mengumandangkan sebuah peperangan. Kerana baginda mengatakan, ‘Barangsiapa yang ketika ini memiliki tunggangan, maka hendaklah mereka ikut bersama kami.’ Baginda tidak menunggu sahabat yang tunggangannya tidak ada pada ketika itu.

Hasil Perang Badar 

Perang Badar (dengan seluruh hasil yang ia torehkan bagi sejarah harakah Islamiyah mahupun sejarah umat manusia seluruhnya) telah menjadi sebuah pengajaran yang sangat jelas sekali bagi harakah Islamiyah mahupun bagi perjalanan sejarah ke hadapan. Allah s.w.t. menyebut hari itu dengan nama ‘yaumul furqan yaum iltaqa Al-jam’an’ atau hari pembeza, hari di mana dua kekuatan bertemu. Peperangan ini sendiri memberikan beberapa buah hasil penting antara lain ialah: 

  1. Perang Badar merupakan pembatas di antara dua ikatan dan menjadi pembeza antara yang haq dan yang bathil. Kekuatan umat Islam semakin kuat sehingga dataran Arab pun turut memperhitungkannya. Kebenaran muncul di permukaan dengan rambu-rambu akidah dan prinsip-prinsip dasar yang dibawanya. 
  2. Tergoncangnya kedudukan Quraisy di mata orang Arab serta kegalauan penduduk Mekah di hadapan tamparan yang tidak diduga tersebut. 
  3. Tampilnya umat Islam sebagai sebuah kekuatan yang memiliki makna dan pengaruh. Hal ini menyebabkan banyak kabilah yang tinggal di sepanjang jalur Mekah dan Syam membuat perjanjian kesepakatan dengan mereka. Dengan demikian kaum Muslimin sudah berjaya menguasai jalur tersebut. 
  4. Sebelum Perang Badar meletus, kaum Muslimin bimbangkan kewujudan orang-orang bukan Muslim yang tinggal di kota Madinah. Namun setelah mereka kembali ternyata kenyataannya adalah sebaliknya. 
  5. Semakin bertambahnya kebencian orang-orang Yahudi terhadap umat Islam. Sebahagian mereka mulai menunjukkan permusuhan secara terang-terangan. Sementara yang lainnya menjadi agen yang membawa berita seputar perihal kaum Muslimin kepada orang-orang Quraisy serta memprovokasi mereka untuk menyerang umat Islam. 
  6. Aktiviti perdagangan Quraisy menjadi semakin sempit. Akhirnya mereka terpaksa menapaki jalur Iraq melalui Najd kerana takut apabila dikuasai oleh orang-orang islam. Dan jalur ini merupakan jalur yang panjang. 
  7. Pada Perang Badar, 14 orang dari kalangan umat Islam gugur sebagai syuhada; 6 orang dari kalangan Muhajirin dan 8 orang dari kalangan Ansar. Sementara dari pihak orang Musyrikin terkorban seramai 70 orang dan 70 orang lagi berjaya ditawan. Kebanyakan dari mereka adalah pemuka dan pembesar Quraisy. 

Sesungguhnya Badar ialah peperangan pertama yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w dalam mengembangkan dakwah Islamiyah. Sejarah perkembangan Islam tidak dapat dipisahkan daripada beberapa peperangan yang pernah dialaminya. Namun, umat Islam wajar berhati-hati ketika membicarakan sejarah peperangan itu. Pernah wujud usaha propaganda Barat yang cuba mengaitkan Islam dengan keganasan. Oleh itu, penceritaan sejarah peperangan yang dihadapi oleh umat Islam mestilah dimulakan dengan sebab dan tujuan peperangan. 

Pengkisahan sejarah peperangan umat Islam terdahulu menentang serangan kufur boleh membina jati diri umat Islam mutakhir. Namun ia tidak wajar sekadar membina semangat melulu tanpa memahami kisah yang tersirat sebelum dan selepas sesuatu peperangan.

Dakwah Islamiyah Sebelum Dan Selepas Hijrah

Era dekad pertama dakwah Islamiyah di Mekah menyaksikan dakwah dijalankan secara rahsia dan pertemuan umat Islam untuk mendengar ajaran Rasulullah s.a.w dilakukan dari rumah ke rumah. Sejarah meriwayatkan rumah Arqam bin Abi Arqam sebagai tempat paling kerap pertemuan dilakukan. 

Kaum Musyrikin Mekah tidak dapat menghidu aktiviti umat Islam di rumah ini. Sedangkan dalam waktu itu, sesiapa yang dikesan mengikuti dakwah Rasulullah s.a.w pasti akan diseksa oleh kaum Quraisy Mekah, terutama golongan hamba ataupun yang tidak mempunyai pelindung yang tuannya terdiri daripada bangsawan Quraisy Mekah. Sikap pilih kasih Musyrikin yang memilih bulu dalam menyeksa mangsa ini pun sebenarnya menimbulkan kesangsian orang Mekah yang belum mendekati Islam. Mengapa penyeksaan dan sekatan terhadap umat Islam dilalkukan? 

Hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah yang asalnya dikenali sebagai Yathrib membuka lembaran baru dalam lipatan sejarah perkembangan Islam. Di sini dakwah Islamiyah dijalankan secara terbuka dan diperkukuhkan dengan perlantikan Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara berperlembagaan yang baru ditubuhkan. Penerimaan orang Madinah terhadap dakwah dan kepimpinan Rasulullah s.a.w pun bukanlah secara mendadak, tetapi sebagai lanjutan daripada beberapa siri pertemuan rahsia mereka dengan baginda untuk mengikuti ajaran Islam. Bahkan dua perjanjian telah dimeterai di Mekah beberapa tahun sebelum Hijrah, iaitu Perjanjian Aqabah I dan Perjanjian Aqabah II. 

Di Madinah, baginda dilihat sebagai pejuang hak asasi manusia yang mampu menyusun semula struktur masyarakat yang kacau bilau. Sebab utamanya ialah monopoli kuasa ekonomi dipegang oleh korporat Yahudi di Madinah. Sesungguhnya Madinah tidak mempunyai struktur politik seperti di Mekah. Yang berkuasa hanyalah orang yang berharta yang hampir keseluruhannya puak Yahudi. 

Hijrah Rasulullah s.a.w yang hanya berbekalkan sehelai sepinggang bersama Abu Bakar pada malam pengepungan Quraisy di sekitar rumah yang bertujuan untuk membunuhnya menjadi bukti sikap mempertahankan diri baginda dalam menyampaikan dakwah Islamiyah. Sebelum itu pun, Umar Al-Khattab ketika mula-mula memeluk Islam keluar berbaris beramai-ramai menuju Kaabah untuk mengisytiharkan keislaman mereka. 

Penyertaan Umar Al-Khattab ke dalam barisan dakwah Islamiyah menggembirakan Rasulullah s.a.w. Bahkan baginda sering berdoa agar diislamkan salah seorang pembesar Quraisy yang bernama Umar, iaitu Umar bin Al-Khattab ataupun Amru (Umar) bin Hisyam (Abu Jahal). 

Cuma, baginda tidak ghairah dengan cadangan Umar itu. Dua sebab utama yang menghalang Rasulullah s.a.w daripada menerima cadangan itu ialah umat Islam tidak mempunyai kekuatan dan tidak ada wahyu yang membenarkan mereka menggunakan kekerasan (peperangan ataupun pertempuran). 

Sikap baginda ini membuktikan bahawa Islam bukannya dikembangkan dengan bantuan pengaruh orang berkedudukan sahaja. Sebaliknya pengislaman Umar Al-Khattab membuktikan bahawa Islam boleh diterima oleh mereka yang berilmu dan bijak menggunakan pertimbangan akal. Umar Al-Khattab memang terkenal sebagai tokoh yang berpendidikan dan bijak, tidak saperti tokoh Quraisy yang lain. Pengislaman beliau tambah menyerlahkan lagi sikap pilih kasih Quraisy kerana tidak ada sesiapa pun yang berani menegur atau menyingkir beliau daripada masyarakat Quraisy, apalagi menyeksa beliau.
Futhu Mekah Bulan Ramadhan

Allah s.w.t berfirman: ‘Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia mengetahui bahawa padamu ada kelemahan. Maka jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang, dan jika di antara kamu ada seribu orang (yang sabar), nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan idzin Allah s.w.t. Dan Allah s.w.t beserta orang-orang yang sabar.’ (surah Al Anfal : 66)

Bagaimana para sahabat menyambut bulan suci Ramadhan, memperbanyakkan tadarrus Al-Quran, solat sunnah, bershadaqah atau banyak tidur siang dan bermalas-malasan? Ramadhan acap kali digambarkan dengan penampilan yang lesu dan lemah oleh kita, sehingga Ramadhan menjadi alasan kuat untuk tidak berprestasi, mengapa demikian? Para sahabat Rasulullah s.a.w memang memperbanyakkan tadarrus Al-Quran, qiyamul lail, bershadaqah dan lebih dari itu, Ramadhan tidak menjadi alasan untuk bermalas-malasan, terbukti dua peristiwa besar dan penting yang tercatat dalam sejarah terjadi dalam bulan suci Ramadhan, iaitu Perang Badar dan Futhu Mekah.

Memang betul bulan Ramadhan adalah tempat melatih kesabaran, menahan amarah, namun berperang untuk mempertahankan kemuliaan Islam dan kaum Muslimin bukanlah berperang kerana hawa nafsu, melainkan marah kerana Allah s.w.t dan benci kerana Allah s.w.t. Di medan jihad inilah terangkum dari segenap kekuatan yang telah terbina dalam ibadah yang rutin. Maka syahadatain sebagai bukti penggabungan dirinya dalam partai Allah s.w.t (Hizbullah), solat telah melatih hidup bersama dalam satu kesatuan komando iaitu komando Imam, shaum telah mendidik pertahanan yang seimbang baik lahir mahupun bathin, zakat telah melatih jiwa untuk siap berkorban. Dan berjihad yang semua terlatih itu dalam kedudukan yang puncak.

Maka berjihad merupakan puncak tertinggi amaliyah-nya dalam Islam. Hal ini nampak jelas ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: ‘Adakah amaliyah yang sama dengan jihad fi sabilillah? Baginda s.a.w bersabda: ’Kamu tidak akan sanggup melakukannya.’ Tepat benar Allah s.w.t melahirkan dua peristiwa iaitu Perang Badar dan Futhu Mekah sebagai amal yang paling utama terjadi dalam bulan yang paling utama, Ramadhan.

Rujukan:

  1. Abu Muhammad Abdul Malik Bin Hisyam Al-Maufiri. Perang Badar Al-Kubra dar sirah Nabawiyah Ibnu Hasyim, Terbitan Al-Hidayah Publisher, Cetakan Pertama 2001
  2. Abdullah Bin Ahmad Mubarak, Kisah Para Nabi dan Rasul Jilid 2, Terbitan Al-Hidayah Publisher, Cetakan Pertama 1996 di Malaysia
  3. Che Uda Che Nick, Sejarah Islam 1 STPM, Terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, Cetakan kelima 1981
  4. Afzalur Rahman, Ensiklopedia Sirah, Sunah, Dakwah dan Islam Jilid 1, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan 1993
  5. Haji Dasuki Bin Haji Ahmad, Ikhtisar Perkembangan Islam, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan keenam 1982
  6. K.H Moenawar Chalil, Sejarah Lengkap Sirah Nabi Muhammad S.A.W, Terbitan Darul Kitab Sdn Bhd., Cetakan Pertama 1999
  7. Ali, Abdullah Yusuf (1987). The Holy Qur'an: Text, Translation & Commentary, Tahrike Tarsile Qur'an; Reissue edition. ISBN 0-940368-32-3.
  8. Armstrong, Karen (1992). Muhmmad: Biography of the Prophet, HarperCollins. ISBN 0-06-250886-5.
  9. Crone, Patricia (1987). Meccan Trade and the Rise of Islam, Blackwell.
  10. Hodgson, Marshall (1974). The Venture of Islam: The Classical Age of Islam, University of Chicago PressISBN 0-226-34683-8.
  11. Lings, Martin (1983). Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources, Inner Traditions International. ISBN 0-89281-170-6.
  12. Nicolle, David (1993). Armies of the Muslim Conquest, Osprey Publishing. ISBN 1-85532-279-X.
  13. Watt, W. Montgomery (1956). Muhammad at Medina, Oxford University Press.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA