SMAHADZIR
MUHAMMAD
II juga dikenali dengan Muhammad Al-Fateh kata terbitan dari fath
seperti surah al-Fatehah bererti surah pembukaan atau ‘Pembuka Yang Besar’
dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3
Mei 1481 di Edirne, berdekatan Gebze. Baginda adalah sultan yang
memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun
1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk
Konstantinopel pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar
Byzantium.
Biografi
Muhammad
II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu menjadi ibu kota kerajaan
Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad
II (1404–51) dan ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd’Allah dari Hum. Muhammad
Al-Fateh merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran
para tenteranya. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan
menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin)
pada ketika berumur 21 tahun. Beliau merupakan seorang pemimpin yang hebat,
warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam
dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan
Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol).
Malah
sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah
s.a.w: ‘Konstantinopel akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang
menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah
sebaik-baik tentera.’
Kelebihan Muhammad
Al-Fateh
Seorang sahabat Rasullullah
s.a.w, Abu Ayub Al-Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang
tentera Rom di Konstantinopel ketika pada zaman kerajaan Bani
Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Konstantinopel dan ketika
ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan di tembok tersebut, beliau berkata
kepada panglima Bani Umaiyah: ‘Aku mendengar baginda Rasulullah s.a.w
mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan
aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja
yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan
oleh baginda.’
Kejatuhan Konstantinopel
Kejayaan
Muhammad Al-Fateh dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan
kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik dan strategi peperangannya yang
dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya.
Muhammad Al-Fateh merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan
keturunan Abu Bakar As-Siddiq.
Antara
sumbangan Muhammad Al-Fateh adalah menakluk Konstantinopel yang juga
menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantium. Muhammad Al-Fateh jugalah yang
menukar nama Konstantinopel kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama
tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal
Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al-Fateh telah
dibina bersebelahan makamnya. Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad
Al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan separuh dari
mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan
Muhammad Al-Fateh sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud
dan rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.
Empayar Uthmaniyyah
Empayar
Turki Uthmaniyyah keluarga Bani Osmani ini adalah sebahagian
kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa
Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad ke sebelas yang lalu.
Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantium,
terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad
ke-13.
Pengikut-pengikutnya
direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai perajurit yang
berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk menegakkan Islam, dan
mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniah, yang
menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. Pemerintah
Uthmaniyyah melihat diri mereka sebagai ‘pemerintah universal’ dan waris
kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah ‘penyatuan
kebudayaan’.
Pada
tahun 1357 mereka menyeberangi Dardanelles menuju ke
Semenanjung Gallipoli dan sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki
beberapa kawasan di bawah kerajaan Byzantium, termasuk Greece dan Bulgaria.
Konstantinopel (kemudian ditukar nama kepada Istanbul) jatuh ke
tangan kerajaan Uthmaniah pada tahun 1453. Pada
tahun 1526 sebahagian besar wilayah Hungary Hungary telah pun
berada di bawah kekuasaan Uthmaniah.
Kerajaan
Uthmaniah mempunyai angkatan laut yang handal di Lautan Tengah dan melaksanakan
tugasnya dalam perang dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa Eropah yang
lain. Algeria segera mereka kuasai dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai
wilayah kerajaan Uthmaniah. Uthmaniah juga meneruskan peluasan kuasanya dengan
menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian
wilayah Arab yang lain. Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan Uthmaniah
merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah
agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah pada
tahun 1542, Dewan Kota Praja Basel di Switzerland membekukan
penerbitan terjemahan Al-Quran yang diterjemahkan oleh Robert dari
Ketton.
Dewan
Kota Praja ini membantah dengan mengatakan ‘dongeng dan bid’ah yang
dibuat-buat’ dalam Al-Quran itu akan mengganggu penganut Kristian. Pada akhir
abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah selepas satu setengah
abad berkuasa. Pengepungan ke atas Vienna pada tahun 1683 turut
menemui kegagalan dan kerajaan Uthmaniah kini pula menghadapi persekutuan
dari Austria, Poland, Venice dan Paus, dan bangsa
Rusia. Semenjak tahun 1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di
dalam Perjanjian Damai Karlovitz, Uthmaniah harus mempersetujui penyerahan
wilayah-wilayahnya kepada Austria, Vennice dan Poland. Walaupun demikian,
mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagian tenggara Eropah, termasuk
pantai barat dan utara Laut Hitam.
Namun
pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniah kembali kehilangan sebahagian besar dari
wilayah taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan Greece pada tahun 1829 dan
pendudukan Perancis ke atas Algeria pada tahn 1830. Kerajaan Uthmaniah
menjadi ‘the sick man of Europe’ iaitu Orang Eropah yang sakit dan hanya
persaingan mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang
dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya dalam Perang Dunia
Pertama pada tahun 1912-1919, semua wilayah ini masih tetap berada di
bawah Kerajaan Uthmaniah, dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar
Istanbul meluas sampai ke sebelah utara Edirne (Adrianopel) dan ke
barat sampai ke Gallipoli.
Bangsa
Turki di bawah kekuasaan Mustafa Kamal Ataturk telah menghapuskan
nama Kerajaan Uthmaniah pada 1922 dan diganti dengan Republik
Turki. Wilayah-wilayah jajahan di Asia dan Afrika dahulu telah
hilang kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.
Sejarah
Wilayah
Uthmaniyyah pada mulanya dikenali sebagai Beylik di dalam Kerajaan Turki
Seljuk pada kurun ke-13. Pada tahun 1299, Uthman I
mengisytiharkan kemerdekaan Wilayah Uthmaniyyah dan mengasaskan Kerajaan Turki
Uthmaniyyah.
Penubuhan Empayar
Uthmaniyyah
Penubuhan
Empayar Turki Uthmaniyyah (1299–1453) merujuk kepada zaman
bermulanya Kesultanan Rum mula lemah di akhir abad ke-13 hingga
kemerosotan Empayar Byzantium dan Kejatuhan Konstantinopel pada
1453. Semasa penubuhan dan perkembangan Empayar Uthmaniyyah, karakteristik
empayar ini tidak boleh disoal lagi lebih-lebih lagi semasa pemerintahan
Sultan Muhammad Al-Fateh. Perkara ini menjadikan Empayar Uthmaniyyah istimewa
dalam sejarah ketamadunan manusia.
Sepanjang
kurun ke-16, Empayar Uthmaniyyah terus berkembang daripada segi wilayah dan
kekuasaan dengan mengembangkan kekuasaan sehingga ke Afrika Utara di
barat daya dan Parsi di sebelah timur. Semasa Perang Chaldiran, di sebelah
timur Anatolia, (sekarang di barat Tabriz, Turki) pada tahun 1514, tentera
Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Selim I memenangi pertempuran
menentang tentera Parsi.
Perkara
ini memastikan keselamatan wilayah Uthmaniyyah di sebelah timurnya. Selepas itu
tumpuan Empayar Uthmaniyyah beralih kepada bahagian barat empayar terbabit.
Sultan Suleiman I, selepas menaiki takhta pada tahun 1520, mengetuai
beberapa siri ketenteraan di Balkan. Di bawah Suleiman yang juga merupakan
seorang strategis yang hebat, tentera Uthmaniyyah mara ke utara dengan
menguasai Belgrade (1521), mengalahkan Hungary (1526), dan
menyerang Vienna (1529).
Kejayaan
pengembangan kuasa Uthmaniyyah pada kurun ke-16 adalah kerana
kemahiran bersenjata api dan taktik peperangan di samping
kesempurnaan sistem ketenteraan. Tentera Uthmaniyyah juga amat mahir dalam
melakukan serangan dan kepungan kerana serangan seperti ini mendatangkan kesan
kemusnahan yang teruk terhadap musuh mereka.
Salah
satu contoh terbaik untuk menunjukkan kemahiran mereka menyerang atau membuat
pengepungan ialah semasa peristiwa penaklukan Konstantinopel (Istanbul) pada
tahun 1453. Semasa serangan terbabit, meriam-meriam besar
digunakan bagi memusnahkan tembok yang tinggi dan tebal. Meriam-meriam ini
diperbuat daripada gangsa dan dibawa berdekatan dengan kota ini
menggunakan banyak tenaga manusia di samping penggunaan kerbau dan lembu kerana
berat yang melampau meriam-meriam ini. Meriam-meriam ini kemudiannya ditanam di
sebelah hujung bagi menyerap tekanan letupannya.
Seorang
panglima Austria pernah berkata bahawa tentera Uthmaniyyah amat
‘kebal’ semasa musim panas. Keterangan ini nyata benar memandangkan banyak
kejayaan dicapai semasa kempen-kempen perangnya. Semasa penubuhan dan
perkembangan Empayar Uthmaniyyah, karakteristik empayar ini tidak boleh disoal
lagi lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh.
Perkara ini menjadikan Empayar Uthmaniyyah istimewa dalam sejarah ketamadunan
manusia.
Empayar Turki
Uthmaniyyah, 1481 -1683
Perkembangan
Empayar Uthmaniyyah (1453–1683) boleh dikategorikan kepada dua zaman.
Zaman pertama boleh dikatakan semasa berlakunya penaklukan dan perkembangan
kuasa; iaitu bermula daripada penawanan Konstantinopel pada tahun
1453 sehinggalah kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni (Suleiman
the Magnificent) pada tahun 1566. Selepas berakhirnya zaman
pertama, zaman kedua pula muncul iaitu semasa struktur pentadbiran mula
menunjukkan kelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan rasuah iaitu dari
tahun 1566 sehinggalah kegagalan serangan ke atas Vienna pada
tahun 1683.
Bagi
meluaskan pengaruh dan kawasan Empayar Uthmaniyyah semasa zaman perluasaan
kuasanya, pemimpin memilih untuk menyebarkan melalui laluan air yakni
laut. Selim I menawan Parsi sebelum tewas kepada tentera Parsi tidak
lama kemudian. Parsi kemudian menewaskan tentera Uthmaniyyah dan menawan
sebahagian kawasan milik Uthmaniyyah di timur empayar itu.
Mereka
juga berjaya menawan Baghdad. Empayar Uthmaniyyah menubuhkan tentera laut
di Laut Merah bagi mengatasi pengaruh Portugis dalam perdagangan
rempah. Semasa zaman ini, Empayar Uthmaniyyah bersaing dengan kuasa-kuasa
Eropah di Laut India. Empayar Uthmaniyyah juga menghantar tentera lautnya
bersama-sama dengan kelengkapan perang dan askar ke Kenya dan Aceh bagi
membantu pemerintah-pemerintah Muslim di sana, di samping mempertahankan
perdagangan rempah dan hamba.
Di Aceh,
Empayar Uthmaniyyah membina kubu dan mempertahan kannya
menggunakan meriam, selain itu Sultan Aceh, Sultan Alauddin Riayat
Shah Al-Qahar telah memimpin sebuah armada perang dibantu oleh tentera
Turki Uthmaniyyah dengan meriam-meriam besar dari Istanbul
menggempur Portugis di Melaka. Empayar Turki Uthmaniyyah juga
merupakan kuasa yang bertanggungjawab dalam membantu perjuangan pihak Protestant
Belanda bagi menghadapai konflik mereka dengan golongan Katholik Sepanyol.
Tentera laut Uthmaniyyah juga mempunyai banyak pengaruh di Laut
Mediterranean menjadikan perdagangan di sana berkembang dengan pesat
disebabkan kestabilan perdagangan di situ. Zaman ini kemudiannya dikenali
sebagai zaman ‘Pax Ottomanica’ oleh orang Barat.
Serangan
ke atas Vienna bukanlah satu siri pengembangan kuasa Empayar Uthmaniyyah
terhadap Jerman. Sebenarnya pihak Turki Uthmaniyyah hanyalah ingin
bertindak terhadap campur tangan Hapsburg Sepanyol ke atas Hungary.
Perkara ini juga menyebabkan sesetengah sekutu Uthmaniyyah membelot terhadap
Empayar Uthmaniyyah. Paus di Itali kemudiannya meninggalkan
kepentingan sekularnya bagi membangkitkan semangat anti-Islam di samping ingin
melancarkan Perang Salib yang baru. Dalam masa yang akan datang, Empayar
Uthmaniyyah bukan sahaja sebuah kuasa penakluk tetapi juga sebuah instrumen
politik Eropah. Perang di Vienna membawa kepada zaman kemerosotan
terhadap Empayar Utmaniyyah
Genangan Empayar
Uthmaniyyah
Genangan
Empayar Uthmaniyyah (1683-1827) ialah zaman yang mengikuti
zaman perkembangan Turki Uthmaniyyah. Selepas tewasnya tentera Uthmaniyyah
dalam perang di Vienna pada tahun 1683 yang menunjukkan
bahawa Empayar Uthmaniyyah bukan lagi kuasa besar di Eropah. Pada tahun
1699, buat pertama kali dalam sejarahnya, Empayar
Uthmaniyyah mengakui bahawa Austria adalah sama taraf dengannya.
Bukan sahaja itu, Empayar Uthmaniyyah juga kehilangan wilayah besar dikuasainya
sejak sekian lama. Terdapat banyak sultan yang dilantik selepas itu yang tidak
sekuat generasi Mehmed II,Selim I dan Suleyman I.
Semasa
zaman kemerosotan ini, Empayar Uthmaniyyah lemah kerana masalah dalaman dan
luarannya disebabkan peperangan yang amat mahal terutamanya menentang Parsi, Persekutuan
Poland-Lithuania, Rusia, Austria-Hungary. Perang
Rusia-Turki ialah peperangan antara Rusia dan Empayar Uthmaniyyah
semasa kurun ke-17, ke-18, dan ke-19 Masehi (kesemuanya 10 peperangan). Ia
merupakan di antara konflik yang paling lama dalam sejarah Eropah yang
berlarutan selama 241 tahun; lebih lama daripada Perang Seratus
Tahun di antara England dan Perancis. Sebelum itu, Empayar
Uthmaniyyah tewas dalam Perang Lepanto pada tahun 1571.
Perjanjian
Passarowitz menghasilkan satu era yang aman di antara tahun 1718-1730.
Pentadbiran Uthmaniyyah mula berubah dengan memajukan kota-kota sekitar Balkan
yang akan menjadi benteng pertahanan mereka sekiranya peperangan meletus dengan
kuasa Eropah. Pelbagai perubahan dilakukan seperti mendapat pandangan rakyat,
mengurangkan cukai, memperbaiki kemudahan awam, dan berbagai-bagai lagi
perubahan. Walau bagaimanapun, Empayar Uthmaniyyah gagal bersaing dalam
bidang teknologi dengan musuhnya di Eropah, terutamanya Rusia.
Pada
penghujung kurun kelapan-belas menyaksikan Empayar Uthmaniyyah ketinggalan jauh
berbanding kuasa Barat. Peperangan berlaku dan mengakibatkan Uthmaniyyah
kehilangan banyak wilayah kepada Rusia dan Austria. Kawasan
seperti Mesir juga mencapai kemerdekaan. Semasa zaman ini, bermula dengan pemerintahan
Sultan Selim III terdapat usaha-usaha untuk memodenkan sistem-sistem
di Turki. Banyak reformasi yang dilakukan oleh pemerintah dihalang oleh
golongan-golongan konservatif di dalam Turki Uthmaniyyah sendiri sama ada oleh
golongan keagamaan atau oleh golongan Janissari yang pada masa ini telah
menjadi korup. Walaupun askar elit Janissari ini dimansuhkan pada
tahun 1826, usaha ini masih mendapat tentangan.
Kemerosotan Empayar
Uthmaniyyah
Proses
kemerosotan dan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah dibentuk oleh pengstukturan
semula dan transformasi dalam setiap aspek Empayar Uthmaniyyah. Walau
bagaimanapun, usaha yang berterusan tidak membantu dalam menghalang proses
kemerosotan sistem Uthmaniyyah. Satu perubahan yang signifikan hanyalah apabila
Empayar Uthmaniyyah mula menjadi sekutu kuasa-kuasa Eropah. Terdapat beberapa
siri pakatan dengan beberapa negara Eropah seperti Perancis, Belanda, Britain dan Rusia.
Salah satu contoh yang nyata ialah semasa Perang Krimea, yang mana
Perancis, Britain, dan Uthmaniyyah berpakat menentang Tsar Rusia.
Terdapat
pada satu masa iaitu antara tahun 1839 dan 1876, reformasi
dilaksanakan. Semasa zaman ini tentera moden ditubuhkan. Sistem perbankan juga
disusun semula di samping pembinaan kilang-kilang yang moden. Dari struktur
ekonomi pula, pihak pentadbir Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar balik
pinjaman yang dibuat dengan bank-bank di Eropah. Dari segi ketenteraan, ia
menghadapi masalah mempertahankan dirinya daripada diduduki kuasa-kuasa asing.
(Contohnya: Mesir diduduki Perancis pada 1798; Cyprus diduduki British
pada 1876, dan lain-lain lagi).
Dalam
semua idea Empayar Uthmaniyyah dapati daripada kuasa Barat
seperti nasionalisme etnik. Kebangkitan nasionalisme etnik mengancam
kestabilan Uthmaniyyah kerana rakyatnya yang berbilang bangsa. Banyak peristiwa
pemberontakan atas nama nasionalisme muncul dan mengugat Empayar Uthmaniyyah.
Kebangkitan
Nasionalisme
Kebangkitan
nasionalisme memaksa Empayar Uthmaniyyah untuk bertindak. Sepanjang enam abad
yang lalu banyak yang telah berubah kecuali sistem kerajaan. Ada juga
sekumpulan orang dari Uthmaniyyah yang mempunyai pendidikan barat berpendapat
bahawa konsep raja berpelembagaan dapat mengurangkan tekanan di dalam negara.
İttihat ve Terakki Cemiyeti atau Perhimpunan Perpaduan dan Kemajuan mempunyai
hubungan yang istimewa dalam kumpulan ini. Menurut buku yang dikeluarkan oleh İttihat ve Terakki Cemiyeti, kejayaan dapat
dicapai sekiranya perubahan dilakukan terhadap institusi sosial dan politik
Uthmaniyyah. Menerusi sebuah penggulingan ketenteraan, İttihat ve Terakki Cemiyeti memaksa Sultan Abdul Aziz untuk menyerahkan takhta
kepada Murad V.
Bagaimanapun,
Murad V mempunyai masalah mental. Sultan Abdul Aziz terpaksa dipanggil semula
dengan syarat baginda akan mengubah sistem politiknya. Sultan Abdul Aziz
mengubah struktur pentadbiran yang berusia ratusan tahun ini 23
November 1876. Baginda mengubah nama perlembagaan baru ini kepada ‘Kanun-i
Esasi’. Perlembagaan ini bertahan sehinggalah bermulanya Perang Krimea.
Menjelang
penghujung kurun kesembilan belas, keadaan politik Empayar Uthmaniyyah
menunjukkan keadaan kucar-kacir pada masa akan datang. Perkara ini jelas
menunjukkan bahawa reformasi dan perubahan tidak cukup untuk membuat perbezaan
dan tidak cukup untuk menghalang pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah.
Pembubaran Turki
Uthmaniyyah
Dari
sudut sosial, kebangkitan semangat nasionalisme dan perubahan untuk demokrasi
menjadikan rakyat semakin tidak tenteram. Perkara ini akhirnya menyebabkan
beberapa siri perebutan kuasa yang mengakibatkan konsep raja
berperlembagaan ditubuhkan yang mana sultan mempunyai sedikit kuasa
manakala Parti Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan, lebih dikenali
sebagai Turki Muda, memerintah keseluruhan Empayar Uthmaniyyah.
Tiga
buah negara Balkan yang baru terbentuk pada penghujung abad kesembilan belas.
Keseluruhan wilayah itu termasuk Montenegro mencari kawasan tambahan di dalam
wilayah Albania, Macedonia, dan Thrace yang berada di bawah
pentadbiran Uthmaniyyah. Dengan dorongan dari Rusia, beberapa siri perjanjian
ditandatangani: antara Serbia dan Bulgaria (Mac 1912) dan antara
Greece dan Bulgaria (Mei 1912). Perjanjian di antara Serbia dan
Bulgaria mendesak kepada perpisahan Macedonia yang mengakibatkan Perang
Balkan I. Selepas itu terjadi pula Perang Balkan II.
Dalam
usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah terbabit kekal dalam kekuasaan
Uthmaniyyah, Enver Pasha menyertai kuasa tengah dalam Perang
Dunia Pertama. Semasa waktu ini, Landasan Kereta Api Baghdad yang
dikuasai Jerman menjadi punca pertenglikaian antara bangsa dan
memainkan peranan dalam punca tercetusnya Perang Dunia Pertama.
Empayar
Uthmaniyyah mendapat beberapa kejayaan dalam tempoh awal peperangan terbabit.
Pihak bersekutu, termasuk unit tentera baru, ANZAC dikalahkan di Gallipoli, Iraq danBalkan,
dan beberapa kawasan diperolehi. Di Caucasus, tentera Uthmaniyyah tewas
dalam beberapa siri pertempuran dan ini membolehkan tentera Rusia bergerak dari
Trabzon, Erzurum, ke arah Van. Empayar Uthmaniyyah bagaimanapun tewas pada akhir
peperangan ini terhadap pihak bersekutu dan mengakibatkan ia kehilangan
wilayahnya.
Mustafa
Kemal Pasha, yang memperoleh reputasi yang baik semasa kempen
di Gallipoli dan Palestin, dengan rasmi dihantar daripada
Istanbul (ditawan) untuk memerintah dan membubarkan tentera Uthmaniyyah di
Caucasus. Pada awalnya pihak Uthmaniyyah hanya mengikuti arahan sahaja. Walau
bagaimanapun dalam masa tahun kemudian, berlakunya perang
kemerdekaan Turki (1918-1923) menentang kuasa asing. Perjuangan
mereka ini mengakibatkan penggulingan kuasa Sultan Mehmet VI oleh
Perhimpunan Baru Turki. Republik Turki kemudian diasaskan
pada 29 Oktober 1923.
Sejarah Ekonomi
Kerajaan
Uthmaniyyah meneruskan polisi pembangunan Bursa, Edirne (Adrianopel) dan
Istanbul, yang kesemuanya merupakan ibu negara Uthmaniyyah, untuk menjadikan
bandar-bandar ini pusat komersial dan industri, dengan mengajak
pedagang-pedagang untuk mencipta satu metropolis baru.
Mehmed
dan penggantinya Bayezid, juga menggalakkan dan menerima migrasi puak-puak
Yahudi daripada pelbagai bahagian Eropah, yang tinggal di Istanbul dan
bandar-bandar pelabuhan yang lain seperti Salonica. Minda ekonomi Uthmaniyyah
adalah berasaskan konsep asas negara dan masyarakat di Timur Tengah yang mana
matlamat utama sebuah negara adalah untuk memperkembangkan lagi kekuasaan
pemerintah dan salah satu cara untuk mencapainya adalah dengan mendapatkan
sumber kekayaan dengan menjadikan kelas produktif berkembang.
Matlamat
paling penting adalah untuk meningkatkan pendapatan negara sebanyak yang
mungkin tanpa merosakkan kemakmuran rakyat bagi menghalang kekacauan masyarakat
dan memastikan konsep tradisional masyarakat terpelihara.
Organisasi
Jabatan Perbendaharaan berkembang di bawah Empayar Uthmaniyyah berbanding
kerajaan-kerajaan Islam lain dan sehingga kurun ke-17, Empayar Uthmaniyyah
adalah organisasi peneraju berbanding yang lain. Organisasi ini menghasilkan
satu kumpulan masyarakat yang baru, yang mana ulama yang terlatih menghasilkan
badan profesional kewangan.
Negeri
Terdapat
beberapa ciri didalam negeri kekuasaan Turki Uthmaniyyah yang mana tidak
menunjukkan perubahan setelah sekian lama. Negeri-negeri Uthmaniyyah
merevolusikan sistem pentadbiran dengan bantuan dan pengalaman masyarakat
Kristian dan Yahudi sementara negeri-negeri lain masih berpegang kepada agama
dan identiti mereka sendiri.
Perkara ini adalah salah satu cara mengembangkan kawasan
mereka dengan pesat yang memerlukan sumber tempatan untuk menguruskan sistem
pentadbiran terbabit. Contohnya; perlantikan penasihat kepada sultan. Ada
diantara mereka ini dilantik daripada masyarakat bukan Islam dan bukan
berbangsa Turki tetapi amat setia kepada negara.
Dalam
linkungan diplomatik, Empayar Uthmaniyyah seringkali ditafsir sebagai Sublime
Porte (pintu besar) - sebuah ilusi terhadap pintu besar Istana Topkap di
mana sultan menyambung wakil-wakil dan duta-duta kerajaan asing. Ada sesetegah
pihak menafsirkan gelaran tersebut berikutan kedudukan geografi empayar ini.
Perkara ini bermakna Istanbul, ibu negeri Uthmaniyyah menjadi gerbang di antara
Eropah dan Asia. Masyarakat barat seringkali menganggap Empayar Uthmaniyyah
sebagai Empayar Turki ataupun Turki; yang kemudiannya tidak patut dikelirukan
dengan negara Turki moden.
Sultan
Sultan
ialah pemerintah tunggal Empayar Uthmaniyyah walaupun pada akhir zaman empayar
ini, kuasa mereka menjadi semakin terhad. Dinasti ini dikenali sebagai Osmanli
atau Uthmaniyyah oleh sesetengah pihak. Pemerintah pertama empayar ini
menggelar diri mereka sebagai Bey. Oleh itu mereka mereka mengakui kesetiaan
kepada Kerajaan Seljuk. Sultan Murad I ialah pemerintah pertama
yang menggunakan gelaran ‘sultan’.
Dengan
tertawannya Konstantinopel (Istanbul) pada tahun 1453, empayar
ini semakin menuju ke kemuncak kehebatannya. Mulai tahun 1517,
sultan-sultan Uthmaniyyah juga merupakan Khalifah umat Islam. Sultan-sultan
juga digelar dengan pelbagai gelaran, antaranya ialah Sultan bagi segala
Sultan, Panglima orang-orang Mukmin, dan waris Rasulullah s.a.w.
Undang-undang
Terdapat
tiga jenis sistem perundangan di dalam Empayar Uthmaniyyah: satu bagi orang
Islam (kadi), satu bagi orang bukan Islam, dan satu bagi perdagangan.
Undang-undang tertinggi empayar ini ialah Undang-Undang Kanun. Mahkamah utama
dalam empayar ini ialah Mahkamah Syariah. Pentadbiran tempatan adalah salah
satu cara untuk menyamaratakan kuasa pusat dan tempatan.
Terdapat
dua sistem kehakiman iaitu Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang
Kanun. Tidak berlaku percampuran kuasa bagi masalah agama yang lain.
Undang-undang Syariah ialah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Undang-undang kanun (juga dikenali sebagai Undang-undang Sivil) ialah
undang-undang yang ditetapkan oleh sultan. Kedua-dua sistem ini diajar di
sekolah undang-undang yang wujud di Bursa dan Istanbul. Mahkamah
diuruskan oleh seorang kadi yang dilantik sultan.
Ketenteraan
Pengambilan
askar baru untuk menjadi sebahagian daripada tentera Uthmaniyyah merupakan satu
sistem yang kompleks. Didalam tentera Uthmaniyyah, askar berkuda merupakan unit
utamanya. Askar berkuda ini menggunakan panah dan pedang pendek sambil
mempraktikkan taktik seperti yang ditunjukkan oleh tentera Mongol.
Tentera
Uthmaniyyah pernah menjadi tentera termoden dan terkuat di dunia, menjadikannya
kerajaan pertama menggunakan khidmat askar bersenapang (Bahasa Inggeris muskets).
Unit tentera elit Uthmaniyyah ialah tentera Janissari yang juga merupakan
pengawal peribadi sultan-sultan. Selepas kurun ke 17, Kerajaan Uthmaniyyah
tidak lagi mampu menghasilkan angkatan tentera moden disebabkan kurangnya
reformasi dan askar-askar Janissari yang korup. Pembubaran unit Janissari pada
tahun 1826 sudah terlambat dan ketika perang menentang Rusia,
Empayar Uthmaniyyah kekurangan senjata moden dan teknologi.
Pemodenan
Empayar Uthmaniyyah pada kurun ke-19 bemula dengan pemodenan angkatan
tenteranya. Empayar ini merupakan institusi pertama mengupah pakar asing dan
menghantar pegawai-pegawai kanan mereka untuk menjalani latihan di
negara-negara Barat. Dengan cara ini teknologi dan senjata baru tiba di sini
seperti senapang dari Jerman dan British, tentera udara dan
tentera laut moden. Empayar Uthmaniyyah berjaya dalam memodenkan angkatan
tenteranya, walau bagaimanapun mereka masih tidak dapat menandingi kuasa-kuasa
Barat.
Kebudayaan
Kajian
terkini menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyyah sememangnya kaya dengan
kebudayaan. Pada asalnya, orang-orang Uthmaniyyah tergolong dalam kebudayaan
orang-orang Asia Tengah. Mereka kemudiannya mengintegrasikan kebudayaan
Parsi dan Byzantium dalam kehidupan harian mereka. Apabila melihat
seni-seni Uthmaniyyah, kita dapat mengetahui bahawa mereka mewarisinya daripada
asal-usul mereka. Mereka menggunakan banyak budaya Parsi. Empayar ini
menunjukkan terdapat keharmonian di antara bangsa Turki dan bangsa Parsi. Bukan
sahaja itu, terdapat juga pengaruh Eropah dan Byzantium. Empayar ini juga kaya
dengan pelbagai kebudayaan seperti Arab, Eropah, dan lain-lain lagi kerana
empayarnya yang luas merangkumi pelbagai latar belakang dan budaya. Dengan
berlakunya asimilasi antara mereka, lahirlah budaya baru di empayar ini.
Kehebatan Muhammad Al-Fateh
Sabda
Nabi Muhammad s.a.w ketika menggali Parit Perang Khandaq: ‘Konstantinopal
(Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja
dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.’ (Hadis Riwayat Ahmad)
Hari
ini sejarah hebatnya masih diingati. Ketokohannya sering menjadi contoh dan
tauladan. Semangatnya tidak pernah padam ketika mana Rasulullah s.a.w menyebut
kota besar itu akan dibebaskan. Siapa tahu ketika mana umat Islam yang kecil di
Madinah, sedang menggali parit, dengan jumlah yang tidak ramai, tiba-tiba Nabi
s.a.w menjanjikan suatu yang sangat besar bagi umat? Ibarat kita hari ini yang
akan menjatuhkan Amerika Syarikat dan Israel Yahudi yang menjadi kuasa besar,
sedang umat sangat kecil dan lemah. Tapi janji Nabi Muhammad s.a.w adalah janji
yang benar. Janji Allah s.w.t tidak pernah dimungkiri oleh-Nya. Kita mesti
belajar dari sejarah. Mesti mengambil iktibarnya. Mesti belajar darinya.
‘Ambillah iktibar, wahai orang yang berakal. (Al-Hasyr: 2)
Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini
dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinopel sebelah lautan
dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera
musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak
dengan pengepungan sebelah daratan. Lazimnya bila tentera sampai di pantai
menghadap kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang
terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak
dibina, ia memakan masa selama setahun.
Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan benteng
pertahanan menghadap tembok kota Konstantinopel itu dibina dalam masa tiga
bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih. Benteng
Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinopel
di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan
dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh
Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Ia memang berjaya disiapkan seperti yang
direncanakan.
Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini
diperolehi oleh Sultan Muhammad Al-Fateh? Gurunya bukan sekadar menyuntikkan
kekuatan rohani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap
terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka.
Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.
Mencari
Jalan Penyelesaian
Sultan Muhammad Al-Fateh dapat menganalisa dengan tepat
permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu
secara praktikal sebelum melancarkan misinya. Tetapi yang paling penting, sejak
kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan
dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang
memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole. Sasaran,
visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda banginda ternyata
berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad Al-Fateh mengimpikan bagindalah pembebas
itu!
Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia
adalah sebuah kenyataan. Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang
berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad Al-Fateh telah diminta
menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.
Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin
Kerajaan Uthmaniyyah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad Al-Fateh
diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.
Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin
yang berkualiti.
Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang
menjadi rujukan kerohanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta,
ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua
tentera Sultan Muhammad Al-Fateh. Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi
untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang
berkawal dalam kota!
Bersujud
Syukur
Pada hari pembukaan Kota Kontantinopel yang bersejarah itu,
Sultan Muhammad Al-Fateh bersujud syukur. Sepanjang kempen, baginda tidak
putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan
bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Rasulullah s.a.w bahawa Konstantinopel
akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang
dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w itu.
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam
Kota Konstantinopel yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang
layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu. Baginda memerintahkan kesemua
tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: ‘Siapa di antara
kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali
sila duduk!’ Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara
mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Pertanyaan seterusnya, ‘Siapa di
antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat
rawatib sila duduk!’ Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertitah, ‘Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!’. Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah! Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Instanbul.
Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru
yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad Al-Fateh. Pertama, Ahmad ‘ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan contoh ikutan kepada Sultan Muhammad. Seorang
yang warak, tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk
hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka
masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, bersalaman dengan mereka tanpa
mencium tangan mereka.
Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas
mentafsir ayat-ayat Al-Quran yang diadakan di istana baginda selepas solat
zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti. Ahmad ibn Ismail-lah yang
mengajarkan Al-Quran, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga
membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad Al-Fateh dengan berbagai cara,
termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah. Kedua ialah Sheikh Muhammad bin
Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba’q Shamsuddin. Beliau meninggalkan
kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad. Beliau telah
menginspirasikan Sultan Muhammad meningkatkan aktiviti dakwah dan keIslaman di
bawah Empayar Uthmaniyyah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu. Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain. Beliaulah yang telah merotan Muhammad Al-Fateh semasa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja.
Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh
sama ada beliau boleh bersara selepas lama memerentah kerana ingin menumpukan
kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih
berharga lagi. Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan
baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga
cita-cita itu tercapai. Kerana itulah, beliau dikenali sebagai Penakluk Rohani Konstantinopel.
Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah.
Insan pada sisi lain Sultan Muhammad Al-Fateh.
Gema Kemenangan
Pagi 22 April 1452
bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Konstantinopel dikejutkan dengan laungan
takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan
Muhammad Al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi
kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Konstantinopel seperti tidak percaya
kekuatan tentera Muhammad Al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok
setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi
oleh tentera Muhammad Al-Fateh?
Suatu yang
menakjubkan, tentera Sultan Muhammad Al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya
masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik
peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum
ini. Tentera Uthmaniyyah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah
berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas.
Tiada siapa yang
dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam.
Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang
melebihi tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera Al-Fateh
mendapat bantuan jin dan syaitan!
Sultan Ketujuh Khilafah Islamiah
Uthmaniyyah
Siapakah sebenarnya
Sultan Muhammad Al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah
Uthmaniyyah. Beliaulah pembuka kota Konstantinopel atau yang dikenali hari ini
sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan
yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah
dibayangkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara
lain baginda bersabda yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Konstantinopel itu pasti
akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah
tenteranya.’
Sultan Muhammad
Al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang
masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai
pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar
namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika
itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama
mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai ‘Grand Seigneur’ yang
bermaksud pemimpin agung.
Sultan Muhammad
Al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 Hijrah bersamaan 20 April 1429 Masehi dan
dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang
pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Uthmaniyyah yang masyhur.
Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani. Ketika
ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah
kematian ayahnya, Sultan Muhammad Al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan
Uthmaniyyah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna
beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru
berusia 22 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya.
Kekuatan Sultan Muhammad Al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani.
Kekuatan Sultan Muhammad Al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani.
Beliau mengajar
Sultan Muhammad Al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu Al-Quran, al-Hadith, fiqh,
linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain.
Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi
yang unggul seperti Sultan Muhammad Al-Fateh. Sultan
Muhammad Al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Konstantinopel.
Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki
takhta pada tahun 855 Hijrah/1451 Masehi, beliau telah mula berfikir dan
menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan.
Dalam hal ini,
beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu
itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Konstantinopel. Usaha
pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun
usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat
nabi, syahid di medan perjuangan itu. Setelah
kemenangan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Konstantinopel, beliau
telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub Al-Ansari.
Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi.
Setelah ditemui, Sultan Muhammad Al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan
dipindahkan ke tempat yang lebih baik.
Setelah digali,
akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan
Muhammad Al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub Al-Ansari
yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya
kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke
dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam
itu, Sultan Muhammad Al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub Al-Ansari. Abu
Ayyub Al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu
dan hormat kepada Sultan Muhammad Al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang
telah berjaya menawan Kota Konstantinopel mencium kakinya.
Mengkaji Dan Mempelajari
Selain itu, beliau
banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam peperangan.
Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu,
banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad Al-Fateh mewarisi sifat
keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan
beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun
strategi peperangan.
Di sini ternafilah
tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau
menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan
terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap
Islam.
Dr. Abd. Salam bin
Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad Al-Fateh Pembuka Konstantinopel
Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad Al-Fateh memiliki
keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta
kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad Al-Fateh mampu menghadapi
tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang
warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid. Sultan
Muhammad Al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih
mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri.
Pada masa yang
sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai
Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman.
Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau
sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara
berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana.
Selain kejayaan
dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad Al-Fateh juga
berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan
keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku
pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk
Kristian Kota Konstantinopel. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu,
menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka.
Sepanjang
pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani
rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran
Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya
Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fath meninggal
dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Konstantinopel.
Melayarkan Kapal Di Puncak Bukit Bersauh Di
Kota Konstantinopel
Pagi
22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Konstantinopel dikejutkan
dengan laungan takbir, paluan gendang dan nasyid kemenangan tentera Sultan
Muhammad Al-Fateh. Gema kemenangan mengisi ruang angkasa Konstantinopel
seolah-olah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota
berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka pagi itu terus
luntur. Apakah tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki dan sejauh 160 kaki itu
berjaya diruntuhkan oleh tentera Muhammad Al-Fateh?
Rupa-rupanya
tentera Sultan Muhammad Al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan
Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini
tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniyyah
dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal
dari Selat Bosporus ke Tanjung Emas melalui bukit yang begitu tinggi dengan
jarak melebihi 3 batu! Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu
boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera
Al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan!
Siapakah
sebenarnya Sultan Muhammad Al-Fateh ini?. Beliau yang dimaksudkan ialah sultan
ketujuh Khilafah Islamiyah Uthmaniyyah, Beliaulah pembuka kota Konstantinopel
yang ketika itu baru usia menjangkau 26 tahun. Hal ini dinyatakan sendiri oleh
Rasulullah s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Baginda bersabda yang bermaksud:
‘Sesungguhnya Konstantinopel itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin adalah
ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.’
Sultan
Muhammad Al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam
yang masyhur dicatatkan dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai
pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, cukup gah sehingga dikenali
di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati
musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah sepuluh tahun meninggal dunia.
Beliaulah
pemerintah Islam yang pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat
iaitu ’Grand Seigneur’ yang bermaksud pemimpin agung. Sultan Muhammad
Al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masehi dan
dibesarkan di Adirnah di bawah penjagaan ayahnya Sultan Murad II. Bapanya juga
merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan
Uthmaniyyah yang masyhur. Ibunya dikatakan adalah seorang puteri raja
berketurunan Nasrani. Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi
gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad Al-Fateh telah
diangkat menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniyyah pada bulan Februari 1451 pada
usia beliau 22 tahun.
Dalam
membentuk keperibadian anaknya menjadi seorang pemimpin yang cemerlang, ayahnya
mengutamakan keseimbangan elemen fizikal, mental dan roh, ini kerana kekuatan
Sultan Muhammad Al-Fateh dilihat banyak terletak pada ketinggian peribadinya.
Ketika usianya kecil lagi beliau sudah diajar menunggang kuda, memanah dan
menggunakan pedang. Elemen rohani turut mendapat perhatian dan dorongan penuh
dari ayahnya.
Beliau
telah di tarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah
al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani yang terkenal dengan gelaran Abu
Hanifah pada zamannya dan Muhammad bin Hamzah al-Dimasyqi al-Rumi. Beliau
mengajar Sultan Muhammad Al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu Al-Quran, al-Hadis,
feqah, linguistik (bahasa Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang
lain seperti matematik, falak, sejarah, ilmu peperangan dan sebagainya. Melalui
tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah jika peribadi-peribadi
yang unggul seperti Sultan Muhammad Al-Fateh ini lahir menempa nama besar di
persada sejarah dunia.
Sultan
Muhammad Al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Konstantinopel,
dan sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Ketika menaiki takhta pada
tahun 855Hijrah/1451Masehi, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi
untuk menawan kota berkenaan.
Beliau
juga banyak mengkaji sejarah Islam tentang usaha-usaha yang pernah dibuat ke
arah itu, ini kerana usaha pertama pernah disusun pada tahun 44 Hijrah, iaitu
pada zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a., walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal
dan Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi yang
menyertainya, syahid di medan perjuangan.
Pernah
diriwayatkan bahawa setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh menawan
Konstantinopel beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kubur Abu Ayyub Al-Ansari
untuk disempurnakan kemuliaannya sebagai seorang sahabat nabi. Berdasarkan
sejarah beliaulah satu-satunya sahabat nabi yang syahid di benua Eropah.
Setelah
bertemu Sultan Muhammad Al-Fateh meminta kuburnya digali dan jasadnya
dipindahkan ke tempat yang lebih mulia. Apabila digali bahagian kakinya ditemui
dahulu. Kemudian Sultan Muhammad Al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya
mencium kaki Abu Ayyub Al-Ansari. Sehinggalah akhir sekali giliran beliau.
Peristiwa
yang menakjubkan berlaku iaitu kaki yang mahu dicium itu tiba-tiba sahaja
termasuk semula ke dalam tanah. Kejadian itu berturut-turut sebanyak tiga kali.
Pada malam itu, Sultan Muhammad Al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub Al-Ansari.
Menjelaskan tujuan sebaliknya kejadian itu berlaku disebabkan penghormatan Abu
Ayyub Al-Ansari kepada Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah berjaya menawan Kota
Konstantinopel.
Beliau
banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman dari sejarah peperangan Rasulullah
s.a.w. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam
dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Sultan Muhammad Al-Fateh mewarisi sifat
keberanian, kegagahan, kesabaran dan semangat tidak putus asa daripada ayahnya.
Beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun
strategi peperangan.
Watak
beliau di awal remajanya agak berbeza dengan remaja-remaja lain yang seusia
dengannya. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz telah menulis dalam sebuah buku yang
bertajuk ‘Sultan Muhammad Al-Fateh’ menjelaskan bahawa Sultan Muhammad Al-Fateh
sebenarnya memiliki keyakinan diri yang kuat, pandangan yang jauh serta
kepintaran yang tinggi, malah Sultan Muhammad Al-Fateh mampu untuk menghadapi
tekanan, keperitan dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang
warak. Jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di Masjid disebabkan
keinginannya sentiasa ingin hampir dengan Allah s.w.t Beliau digambarkan
sebagai pemimpin yang mengutamakan urusan kenegaraan dan masyarakat mengatasi
kepentingan pada diri.
Beliau
sering mendampingi ulama-ulama dan negarawan. Kedudukannya sebagai sultan tidak
menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Tidak hairanlah
cara beliau mentadbir dan sistem pemerintahannya menjadi rujukan dunia sehingga
ke hari ini. Kehidupan beliau juga digambarkan cukup sederhana. Malah beliau
sangat memusuhi kepada pembaziran. Hidangan dan cara berpakaiannya juga tidak
terikat dengan peraturan-peraturan Istana.
Yilmaz
Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang
ahli sejarah Byzantium berkata, ‘Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar
hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh telah menukar darat menjadi lautan,
melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya
Muhammad Al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!’
Selain
daripada kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah Sultan
Muhammad Al-Fateh juga berjasa dalam aspek pembangunan antaranya pembinaan
Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque dan Masjid Eyyub. Di
samping itu beliau berjaya memulihkan keamanan dan ketenteraman di kalangan
golongan Janisari.
Usaha Menawan Konstantinopel
Umat Islam berlumba-lumba
membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh
Allah s.w.t di dalam hadis yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Walau
bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya,
lima kempen pada zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen pada zaman Kerajaan Abbasiyah
dan dua kempen pada zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Di dalam salah sebuah kempen
semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat besar Rasulullah s.a.w iaitu
Abu Ayyub Al-Ansari r.a telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Konstantinopel
di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di
situ maka beliau menjawab, ‘Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda
sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka
membebaskan Konstantinopel’. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar
Rasulullah s.a.w.
Hadis Rasulullah s.a.w ini
direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh,
khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah
Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya
sehingga disebut ’sebaik-baik raja’ dan ‘sebaik-baik tentera’ di dalam hadis
tersebut. Muhammad Al-Fateh menaiki takhta ketika
berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Muhammad Al-Fateh
merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin
sendiri 25 kempen peperangan. Muhammad Al-Fateh mangkat pada 3 Mei 1481 kerana
sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Muhammad Al-Fateh mangkat diracun.
Pendidikan
Muhammad Al-Fateh menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan dari keturunan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula,
Muhammad Al-Fateh adalah seorang cendekiawan ulung pada zamannya yang fasih
bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi
dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Muhammad Al-Fateh,
Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau
Magnesia, telah melantik Muhammad Al-Fateh yang baru berusia 12 tahun memangku
jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Muhammad Al-Fateh telah matang
menangani tipu helah musuh.
Keperibadian
Muhammad Al-Fateh sentiasa
bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari,
Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak
dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja Muhammad
Al-Fateh seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat
menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu
berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel
Selama dua tahun selepas
menaiki takhta, Muhammad Al-Fateh mengkaji pelan Kota Konstantinopel setiap
malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Muhammad Al-Fateh juga mengkaji
sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan
panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk
digunakan.
Muhammad Al-Fateh mengarahkan
dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom
300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah,
lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinopel di mana Selat Bosphorus adalah
yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di
tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.
Benteng ini mengawal rapi
kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan
pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila
diserang nanti. Muhammad Al-Fateh membawa bersama
para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad
tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel,
Muhammad Al-Fateh mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantiume
gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka
dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
Melancarkan Serangan Ke Atas Konstantinopel
Setelah segala persiapan
lengkap diatur, Muhammad Al-Fateh menghantar utusan kepada Raja Bizantin
meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut
dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru
meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya
masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Muhammad Al-Fateh
mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantiume
dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantium berjaya memusnahkan menara
tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Pope di Rome menghantar
bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk
Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada
Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama.
Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang
Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan
Muhammad Al-Fateh mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian
diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai
antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh
para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding
pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantium
habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyyah. Pertahanan Byzantium menjadi
semakin lemah. Muhammad Al-Fateh mengambil kesempatan pada malamnya dengan
memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis
Rasulullah s.a.w dan bersama-sama berdoa kepada Allah s.w.t.
Memanjat Dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera
Uthmaniyyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba
merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantium menyebabkan
ramai yang syahid. Muhammad Al-Fateh memerintahkan tenteranya berundur dan
bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari
tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan
menghilangkan keyakinan tentera Muhammad Al-Fateh. Pada saat yang genting ini
Muhammad Al-Fateh berucap menaikkan semangat tenteranya, ‘Wahai tenteraku, aku
bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!’
Mendengarkan itu, Hasan
Ulubate, salah seorang tentera Muhammad Al-Fateh mengetuai sekumpulan kecil 30
tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera
Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah
musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan
pertahanan Byzantium sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Konstantinopel
Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel
jatuh ke tangan Islam. Muhammad Al-Fateh menukar namanya kepada Islambol (Islam
keseluruhan). Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya.
Muhammad Al-Fateh dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan
sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Muhammad Al-Fateh diberi gelaran
‘Al-Fateh’ iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.
Sebaik-Baik Raja Dan Sebaik-Baik Tentera
Pada kali pertama solat Jumaat
hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Muhammad
Al-Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas
bertanya, ’Siapa di antara kita sejak
baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila
duduk!’ Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun
di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Muhammad Al-Fateh bertanya
lagi, ’Siapa di antara kita yang
sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!’
Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Muhammad Al-Fateh
bertanya lagi, ’Siapa di antara kamu sejak
baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu
malam, sila duduk!’ Kali ini semuanya
duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Muhammad Al-Fateh tidak pernah
meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh.
Inilah dia anak
didikan Syeikh Shamsuddin Al-Wali. Muhammad Al-Fateh adalah sebaik-baik raja
yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis baginda itu.
Strategi Penaklukan
Konstantinopel
Konstantinopel
atau kini dikenali sebagai Istanbul merupakan ibu kota kepada Empayar Byzantium
yang diasaskan pada tahun 324 Masehi oleh Maharaja Constantine Agung. Kota yang
indah ini terletak di dua buah benua, iaitu Asia dan Eropah. Pada zaman
keemasannya yang menjangkau selama dua abad dari 850 hingga 1050 Masehi, Konstantinopel
muncul sebagai sebuah pusat kebudayaan dan keilmuan yang tersohor.
Bermula
dari abad ke-11 empayar agung ini mula mengalami zaman kemerosotannya. Pada
zaman kemerosotannya empayar ini telah digempur oleh tentera salib dan
kemudiannya oleh tentera Turki Uthmaniyah yang mempercepatkan proses
pereputannya. Keagungan Konstantinopel berakhir pada 1453 apabila kota tersebut
ditawan oleh Sultan Muhammad II atau lebih dikenali sebagai Muhammad Penakluk
(Al-Fateh). Dengan penaklukan yang dilakukan itu Konstantinopel ditukarkan
namanya kepada Istanbul dan seterusnya diisytiharkan sebagai ibukota Daulah
Uthmaniyah pada tahun 1457.
Disebabkan
kedudukannya yang strategik dan kemasyhuran yang dimilikinya, Konstantinopel
cuba ditakluki oleh tentera Islam sejak pemerintahan khalifah Muawiyah lagi
yang pernah menghantar bala tentera bagi menakluki kota tersebut pada tahun 669
Masehi. Usaha ini gagal kerana kekebalan kota Konstantinopel, tetapi menjadi
satu peristiwa bersejarah apabila seorang sahabat nabi, Abu Ayyub Al-Ansari
meninggal dunia dalam ekspedisi ini.
Usaha
bagi menakluki kota ini dipertingkatkan lagi oleh sultan-sultan Daulah
Uthmaniyah yang mengaitkan usaha ini dengan keyakinan kepada sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad tentang sabda Rasulullah s.a.w. ketika
menggali parit Khandaq iaitu ‘... Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera
Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, manakala tenteranya adalah sebaik-baik
tentera...’
Selain
itu, wasiat Abu Ayyub yang mahukan supaya jenazahnya dikebumikan paling hampir
dengan kubu Konstantinopel turut menjadi inspirasi kepada umat Islam untuk
menakluki kota ini. Kepentingan hadis ini dan wasiat Abu Ayyub menjadikan
usaha umat Islam menakluki ibu kota Byzantium sebagai tugas suci yang terus
dilakukan sepanjang zaman.
Atas
inspirasi inilah Sultan Muhammad ll berusaha sejak dari usia muda untuk menawan
kota tersohor ini. Usaha yang beliau lakukan ini juga adalah atas keyakinan
bahawa dirinyalah pemimpin terbaik untuk memikul tugas murni yang gagal
dijayakan oleh pemimpin lain.
Sultan
Muhammad ll dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne. Beliau merupakan anak
keempat Sultan Murad II. Sultan Muhammad ll adalah seorang sultan Uthmaniyah
yang berwibawa sebagai seorang pentadbir, ketua tentera dan juga merupakan
seorang yang mahir dalam ilmu sejarah, geografi, ilmu falak dan puisi. Menurut
Belini, iaitu seorang pelukis dari Venice yang bertemu Sultan Muhammad ll,
sultan Uthmaniyah ini digambarkan sebagai seorang Islam yang warak dan fasih
bertutur dalam sekurang-kurangnya tiga bahasa, iaitu Arab, Turki dan Parsi.
Bercita Tinggi
Sultan
Muhammad ll adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan secara tegas menyatakan
cita-citanya untuk menawan kota Konstantinopel sebaik-baik sahaja dilantik
menjadi sultan. Bagi merealisasikan cita-citanya itu Sultan Muhammad ll sendiri
terlibat dengan perancangan bagi menawan kota ini sejak awal-awal lagi. Usaha
beliau ini dibantu penasihat dan pembantunya yang berwibawa seperti Ak
Shamsuddin yang merupakan penasihat kerohaniannya dan wazir Zarghanos Pasha.
Usaha
Sultan Muhammad menakluki Konstantinopel merangkumi perancangan bagaimana kota
ini perlu dipencilkan terlebih dahulu daripada sokongan luar, kekebalan kota
ini perlu dihancurkan dan persiapan rapi dilakukan bagi menggempur kota
tersebut. Sebagai langkah awal, Sultan Muhammad ll, telah membuat perjanjian
persahabatan dengan jiran-jiran Konstantinopel bagi mengelakkan mereka
menghulur bantuan kepada kota ini apabila dikepung.
Pada
waktu yang sama Rumeli Hisari telah disiapkan binaannya pada 31 Ogos 1452 bagi
melengkapkan peranannya dengan Anadolu Hisari dalam usaha memencilkan Konstantinopel
dan menghalangnya daripada menerima bantuan luar melalui Selat Bosphorus. Setelah
meyakini bahawa Konstantinopel telah dipencilkan, pada hari Isnin 2 April, 1453
Sultan Muhammad ll telah mengisytiharkan perang ke atas kota tersebut. Serangan
ke atas Konstantinopel dimulakan selepas solat Jumaat pada 6 April 1453 dengan
tembakan dilepaskan oleh meriam gergasi.
Meriam
ini dicipta oleh Sultan Muhammad ll dengan bantuan seorang jurutera bangsa
Hungary bernama Urban. Meriam yang mampu menembak peluru seberat antara
800-1200 paun ternyata berjaya merobek kubu yang selama ini amat kebal daripada
sebarang serangan. Serangan ke atas Konstantinopel melibatkan persiapan Sultan
Muhammad ll yang melibatkan 140 buah kapal perang 320 buah perahu dengan
angkatan tentera berjumlah seramai seratus lima puluh ribu orang, termasuklah
dua belas ribu tentera janisari yang terlatih.
Kebal Dengan
Semangat Juang
Walaupun
pelbagai usaha dilakukan bagi menawan, namun kota ini ternyata kebal kerana
selepas dua minggu serangan dilancarkan, kota tersebut masih mampu bertahan.
Kegagalan ini sedikit sebanyak menjejaskan semangat juang bala tentera Sultan
Muhammad ll. Antara faktor yang menggagalkan usaha penaklukan ini ialah
keterbatasan serangan yang dilancarkan dari darat.
Lantaran
itu, pada malam 21-22 April 21-22 Sultan Muhammad ll telah mengarahkan supaya
kapal perangnya diheret melalui Bukit Galata menuju ke Tanduk Emas bagi
membolehkan serangan dari laut yang lebih berkesan dapat dilancarkan. Dengan
bantuan kayu bulat yang dilicinkan dengan menggunakan lemak lembu satu landasan
diwujudkan bagi memudahkan kapal ini diseret menaiki bukit. Strategi yang
digunakan ini ternyata memberikan kesan yang mengejutkan sehingga berjaya
memecahkan pertahanan musuh dan membolehkan serangan dilakukan dengan lebih
berkesan.
Walaupun
strategi demi strategi diusahakan, namun kejayaan muktamad menawan Konstantinopel
masih belum berhasil. Pada malam 26 Mei Sultan Muhammad ll telah mengadakan
perundingan dengan pakar-pakar strateginya bagi membolehkan serangan muktamad
dilancarkan. Pada hari Ahad 27 Mei Sultan Muhammad ll telah melakukan lawatan
ke atas ketumbukan tenteranya bagi memberikan mereka semangat dan menawarkan
hadiah apabila kota Konstantinopel berjaya ditawan.
Pada
28 Mei Sultan Muhammad ll mengumumkan kepada tenteranya supaya berehat,
membersihkan rohani dan berpuasa sebelum serangan muktamad dilancarkan pada
keesokan harinya. Pada malam sebelum serangan dilancarkan Sultan Muhammad ll
sendiri bersama-sama dengan Zarghanos Pasha membuat persiapan terakhir dengan
memperincikan strategi yang akan digunakan.
Selain
itu, beliau juga melawat khemah tenteranya bagi memberikan mereka semangat
dengan menegaskan bahawa tugas menawan Konstantinopel adalah tugas suci yang
mestilah dilaksanakan pada kali ini. Pada awal pagi Rabu 29 Mei, tentera
Uthmaniyah telah bertindak membakar khemah dan melaungkan kata-kata semangat
bahawa mereka akan bermalam di dalam kota Konstantinopel pada waktu malam
nanti. Serangan awal telah dilancarkan oleh tentera yang melibatkan pasukan
rakyat yang kurang mahir dan diikuti dengan serangan oleh tentera yang lebih
terlatih.
Akhirnya
menjelang terbit matahari serangan dilancarkan oleh pasukan pemanah dan tentera
janisari yang lebih terlatih. Serangan secara terancang ini ternyata membuahkan
hasil yang membawa kepada jatuhnya kota Konstantinopel setelah dikepung selama
lima puluh empat hari. Sebaik-baik sahaja memasuki Konstantinopel Sultan
Muhammad ll mengumumkan bahawa kota ini kini dikenali sebagai Istanbul.
Peristiwa
Bersejarah
Penaklukan
kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad ll merupakan satu peristiwa bersejarah
dalam perkembangan Islam. Kejayaan yang dicapai ini merupakan gabungan
inspirasi yang membakar semangat, perancangan yang rapi, kerja sepasukan yang
jitu, strategi yang sesuai pada waktunya dan keyakinan kepada pertolongan Allah
dalam membawa kejayaan.
Ternyata
usaha penaklukan ke atas kota ini oleh Sultan Muhammad ll boleh dijadikan
iktibar dalam perjuangan membawa perubahan kepada ummah. Usaha Sultan Muhammad
ll wajar menjadi iktibar kepada generasi muda dalam usaha menjadikan nasib umat
Islam pada masa akan datang lebih baik daripada umat Islam pada masa kini.
Semangat Perjuangan Muhammad Al-Fateh
Imam Ahmad meriwayatkan
bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata: ‘Konstantinopel akan ditakluki oleh
tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah
sebaik-baik tentera.’ Hadis ini telah membakar semangat sekian banyak tokoh dan
tentera Islam untuk menakluki dan ‘membuka’ Konstantinopel yang terkenal dengan
keutuhan tembok berlapisnya. Dari semasa ke semasa ada saja perwira yang mahu
diri mereka memenuhi maksud hadis Nabi itu. Sejak zaman para sahabat sehingga
800 tahun kemudiannya, pelbagai kempen ketenteraan dilakukan namun kesemuanya
gagal menembusi tembok Konstantinopel.
Konstantinopel yang
berada dalam Empayar Byzantiume ini sangat penting kerana ia merupakan laluan
utama untuk ‘membuka’ Eropah keseluruhannya. Runtuh sahaja pintu Eropah,
bermaksud mudahlah untuk sesiapa sahaja menerobos ke luar sana. Tuhan
menzahirkan kebenaran kata-kata Nabi Muhammad s.a.w itu melalui Sultan Muhammad
Al-Fateh. Namun kita kena memahami satu perkara, iaitu Konstantinopel dibuka
sekurang-kurangnya dua kali. Sultan Muhammad Al-Fateh ialah pembuka yang
pertama manakala pembuka utamanya akan datang tidak lama lagi.
Seorang sahabat
Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari menemui kesyahidannya
berhampiran tembok kota Konstantinopel. Dia melancarkan serangan pada zaman
Kekhalifahan Bani Umaiyyah. Dikatakan antara hujah Abu Ayyub ke sana ialah
kerana dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa akan ada
seorang lelaki yang akan dikuburkan di sana. Dia berharap agar dialah orangnya.
Selain itu, jika dia gagal membuka Konstantinopel, dia berharap dapat mendengar
derap kuda ‘sebaik-baik raja dan tentera’ itu.
Zaman Kecil
Muhammad Al-Fateh
belajar dan menguasai pelbagai cabang ilmu seperti agama, politik, seni tempur
dan beladiri, ilmu peperangan, tasauf, psikologi dan lain-lain. Dia
berkebolehan dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Turki, Greek, Hebrew, Parsi,
Latin dan Serbia. Hal ini menggambarkan kecerdasannya yang luar biasa.
Kekhalifahan
Uthmaniyyah yang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah aliran Asha’irah dan
bermazhab Hanbali itu sangat mementingkan ilmu tasauf kesufian. Pihak istana
mengamalkan Tariqat Naqshabadiyyah. Para khalifah mempunyai bilik suluk khas
mereka. Peribadi yang banyak membentuk rohani Sultan Murad dan anaknya ini
ialah seorang mursyid besar Tariqat Naqshabandiyyah iaitu Syeikh Shamsuddin
al-Wali, seorang berketurunan Saiyidina Abu Bakar. Dia bertindak sebagai
penasihat kepada Kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu.
Ketika Muhammad
masih dalam buaian, Syeikh Shamsuddin pernah berkata kepada Sultan Murad,
bahawa bukan baginda yang akan menguasai Konstantinopel tetapi anaknya yang
ketika itu sedang berada dalam buaian itu.
Zaman Remaja
Muhammad Al-Fateh
mula memangku jawatan sebagai pemerintah daulah Islam pada tahun 1444 ketika
baru berusia 12 tahun. Ketika itu bapanya iaitu Sultan Murad ada urusan di luar
kerajaan. Tugas ini dijalankannya dengan baik selama hampir 3 tahun. Pada tahun
1451, ketika usianya 19 tahun, barulah dia secara rasminya menjawat jawatan
khalifah. Sultan Muhammad ialah khalifah Uthmaniyyah yang ke-7.
Zaman Dewasa
Sultan Muhammad
Al-Fateh memimpin sendiri 25 kali kempen ketenteraan sepanjang hidupnya.
Walaupun dia ketua seluruh umat Islam pada zaman itu, namun dia seorang yang
berjiwa rakyat. Dikatakan ketika tentera Islam membina Benteng Rumeli Hisari,
Sultan Muhammad membuka serban dan bajunya lalu turut sama menjadi buruh
binaan.
Sultan Muhammad Al-Fateh
sangat gemar mengenakan serban, begitu juga dengan tentera dan rakyat Turkistan
ketika itu. Selain daripada mempraktikkan sunnah, serban besar mereka itu tidak
lain ialah kain kafan mereka sendiri. Hal ini menunjukkan kecintaan mereka
kepada syahid pada bila-bila masa dan tentunya kecintaan kepada sunnah. Sebab
itu kesemua tentera Islam pada zaman itu mengenakan serban.
Walaupun Sultan
Muhammad Al-Fateh sudah dilantik sebagai khalifah, tetapi dia masih memerlukan
tunjuk ajar bapanya, yang juga mahagurunya. Oleh itu, sungguhpun Sultan Murad
sudah bersara dan mahu memberi tumpuan pada amal ibadah, Sultan Muhammad tetap
mahu bapanya ke medan juang. Setelah Sultan Murad uzur, barulah dia dibiarkan
berehat.
Kata-kata Sultan
Muhammad Al-Fateh kepada bapanya setelah dia menjawat jawatan khalifah: ‘Kalau
ayahanda fikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajipan ayahanda
untuk turun ke medan perang. Tapi jika ayahanda memandang saya yang khalifah,
maka saya perintahkan ayahanda untuk turun berjuang.’
Begitulah lebih
kurang. Dengan kata-kata ini, Sultan Murad tidak dapat berhelah lagi. Memang
benar, perjuangan tidak ada hari berhentinya.
Membuka Konstantinopel
Sebelum melakukan
kempen ketenteraan ke atas Konstantinopel, Sultan Muhammad Al-Fateh membuat
persediaan rapi. Dia belajar daripada sejarah yang menyaksikan sekian banyak
kegagalan tentera Islam terdahulu dalam menyerang kota tersebut. Dengan tembok
kota berlapis empat, setinggi 25 kaki dan berparit air di hadapannya, kota ini
sungguh kebal. Untuk itu perancangan dan persediaan yang luar biasa mesti
dilakukan.
Antara langkah awal
yang diambil oleh Sultan Muhammad Al-Fateh ialah mengerahkan pembinaan meriam
paling besar dan berkuasa pada zaman itu. Meriam ini mampu menembak sejauh satu
batu dengan peluru antara 300-1600 kilogram setiap biji. Tentera musuh memang
gentar akan teknologi ketenteraan umat Islam ini. Meriam ini hanya boleh
melepaskan 15 tembakan setiap hari. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk
umat Islam menguasai teknologi.
Tentera Islam tiba
di Konstantinopel dengan jumlah lebih kurang 150,000 orang. Apabila mereka
solat berjemaah beramai-ramai, gementar hati tentera musuh melihat betapa
ramai, berdisiplin, harmoni, bersungguh-sungguh dan bersatu hatinya tentera
Islam. Dari segi psikologi, moral tentera musuh sudah menjunam jatuh.
Selain tembok
kebal, penghalang besar antara tentera Islam dengan Kota Konstantinopel ialah
Selat Bosphorus. Kapal-kapal tentera Islam tidak dapat membuat serangan kerana
tentera Kristian sudah memasang rantai besi yang merentangi selat. Strategi ini
berjaya menghalang kemaraan tentera Islam untuk tempoh yang agak lama juga.
Sultan Muhammad
yang berusia 21 tahun dan tenteranya tiba di Konstantinopel pada 19 April 1453.
Mereka menghujani kota itu dengan tembakan meriam selama 48 hari, namun Konstantinopel
masih utuh berdiri. Pihak musuh diperteguhkan pula dengan bantuan daripada Pope
berupa 5 buah armada perang. Oleh itu, mereka yakin tentera Islam akan
kehabisan ikhtiar, kelesuan dan akhirnya akan pulang dengan tangan kosong.
Satu keajaiban
berlaku. Pada suatu malam, Sultan Muhammad mengerahkan tenteranya menggerakkan
kapal melalui jalan darat. Mereka menarik kapal-kapal itu lalu melabuhkannya di
dalam selat. Hal ini memang satu idea yang sungguh luar biasa. Esoknya,
tentera Kristian terkejut besar melihat sebanyak 72 kapal perang tentera Islam
sudah berada di dalam selat dan bersedia melancarkan serangan. Mereka berasa
hairan kerana rantai perentang masih tidak terjejas, jadi bagaimana kapal-kapal
tentera Islam boleh melompat masuk? Ketika inilah peperangan hebat berlaku.
Sudah berlalu 53
hari namun Konstantinopel tetap gagah. Sultan Muhammad tidak boleh membiarkan
keadaan ini berterusan. Dengan tekad muktamad dia memberikan ucapan: ‘Saya
hendak mati! Sesiapa yang mahu mati, mari ikut saya!’ Ucapan
ini benar-benar membakar semangat tentera Islam. Seorang pahlawan bernama Hasan
Ulubate dan 30 orang perajurit menyerbu masuk ke kubu musuh. Mereka berjaya
memacakkan bendera daulah Islam di dalam kubu.
Bendera yang
berkibar itu membuatkan tentera Islam ‘naik syeikh’. Mereka bertarung sambil
mengharapkan syahid. Dengan izin Allah, akhirnya Konstantinopel tunduk melutut
ke bawah tentera Islam. Hasan Ulubate dan 30 orang perajuritnya berjaya
mendapatkan syahid. Allahu Akbar! Konstantinopel ialah kubu utama
Kerajaan Byzantium. Kerajaan Byzantiume lemah lalu akhirnya hancur selepas kota
ini jatuh ke tangan Sultan Muhammad Al-Fateh. Sultan Muhammad Al-Fateh menukar
nama Konstantinopel kepada Islambol, yang membawa maksud ‘Islam
Keseluruhannya’.
Nama Islambol
diubah pula kepada ‘Istanbul’ oleh seorang musuh Allah bernama Mustafa Kamal
Attarturk, Bapa Pemodenan Turki. Gereja St Sophies ditukar oleh Sultan Muhammad
menjadi masjid, iaitu Masjid Aya Sophia. Sekarang dijatuhkan maruahnya sebagai
sekadar sebuah muzium. Selepas itu Sultan Muhammad
menyebarluaskan lagi agama tauhid ke Hungary, Bosnia, Serbia, Albani dan
sekitarnya.
Akhir Hayat
Sultan Muhammad
Al-Fateh meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hurkascayiri, Gebe. Ada pendapat
mengatakan dia meninggal kerana menderita penyakit ghout. Ada pula yang
mengatakan dia diracun. Siapa yang meracunnya? Seorang
Yahudi bernama Maesto Jakopa. Ada orang mengaitkan putera Sultan Muhammad
sendiri dalam hal ini. Allahu a’lam.
Pembuka Konstantinopel Seterusnya
Hadis Nabi Muhammad
s.a.w bercerita tentang kedatangan Yakjuj Makjuj. Kedatangan tentera Khazar,
Monggol dan Rusia juga ternyata gerombolan Yakjuj Makjuj. Namun Yakjuj Makjuj
yang utama akan muncul selepas kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa al-Masih
nanti. Begitu juga dalam kes Pembuka Konstantinopel. Sultan Muhammad
Al-Fateh dan tenteranya memang benar sebaik-baik raja dan tentera pada zaman
mereka yang berjaya membuka Konstantinopel, namun Pembuka Konstantinopel yang
utama akan tiba tidak lama lagi. Mereka juga sebaik-baik raja dan tentera,
untuk penghujung akhir zaman ini.
Kita lihat apa yang
dinukilkan oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitamy dalam kitabnya Al-Qaul
al-Mukhtasor fi ‘Allamah al-Mahdiy al-Muntazor: ‘Al-Mahdi akan
memerangi Rom selama 3 hari. Pada hari ketiga itulah Rom runtuh. Kemudian
menyerang Konstantinopel. Ketika mereka membahagi-bahagikan emas di Konstantinopel
dengan memakai takaran perisi, tiba-tiba ada orang yang berteriak:
‘Sesungguhnya Dajjal telah menundukkan keluarga-keluarga kamu semua.’
‘Al-Mahdi akan
menundukkan Konstantinopel dan Jabal ad-Dailam.’ (Abu Nuaim)
Rasulullah s.a.w
bersabda: ‘Sesungguhnya mereka menundukkan Konstantinopel dan Rom dengan
membunuh 40,000 jiwa. Ketika mereka membahagi-bahagikan harta rampasan perang,
tiba-tiba mereka dikejutkan dengan berita kedatangan Dajjal.’ Sabda Rasulullah s.a.w: ‘Peperangan
yang terbesar ialah tertakluknya Konstantinopel. Dan keluarnya Dajjal ialah
selama 7 bulan.’
Hadis riwayat
al-Hakim: ‘Sesungguhnya pasukan yang menundukkan Konstantinopel ialah
pasukan Hijaz. Kemudian mereka dikejutkan dengan orang meneriakkan tentang
kedatangan Dajjal.’
‘Tertakluknya Konstantinopel
ialah keluarnya Dajjal. Ketika menundukkan Konstantinopel, Al-Mahdi menancapkan
benderanya untuk mengambil wuduk dan mengerjakan solat Subuh.’
Cuba perhatikan,
penaklukan Konstantinopel dikaitkan dengan al-Mahdi dan pra-kezahiran Dajjal.
Maksudnya pembukaan utama Konstantinopel belum berlaku. Ia akan dibuka oleh
sebaik-baik raja dan tentera iaitu Imam Mahdi dan pasukannya. Anda
mahu jadi salah seorang ahli pasukannya yang sebaik-baik tentera itu?
Bandingkan amalan anda dengan amalan para perajurit Pembuka Konstantinopel yang
pertama iaitu tentera Sultan Muhammad Al-Fateh. Tentunya kualiti tentera yang
membuka akan membuka Konstantinopel kali ini adalah lebih hebat daripada yang
pertama. Layakkah anda?
Satu hal yang menarik, orang yang mengatakan Konstantinopel
akan jatuh ke tangan tentera Islam ialah Nabi Muhammad s.a.w, Pembuka Konstantinopel
yang pertama ialah Sultan Muhammad Al-Fateh manakala Pembuka Konstantinopel
yang utama ialah Muhammad bin Abdullah iaitu al-Mahdi. Ketiga-tiganya Muhammad.
Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Muhammad Al-Fateh mengkaji pelan Kota Konstantinopel setiap malam
bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Muhammad Al-Fateh juga mengkaji sebab-sebab kegagalan
kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya
tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Muhammad Al-Fateh mengarahkan
dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom
seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah
Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinopel di mana Selat Bosphorus
adalah yang paling sempit.
Bosphorus adalah sebuah selat yang memisahkan Turki
bahagian Eropah dan bahagian Asia, menghubungkan Laut Marmara dengan Laut
Hitam. Selat ini sepanjang 30 kilometer, dan lebar maksimum 3.7 kilometer pada
bagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisar dan Rumelihisar.
Kedalamannya antara 36 hingga 124 meter. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing
sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini
mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai
dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel
apabila diserang nanti.
Muhammad Al-Fateh
membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi
membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota
Konstantinopel, Muhammad Al-Fateh mengarahkan
dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantiume gentar melihat 150,000
tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir
memecah kesunyian alam.
Melancarkan Serangan Ke Atas Konstantinopel
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Muhammad
Al-Fateh menghantar utusan
kepada Raja Byzantium meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan
kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut
hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi
dinding tengahnya masih teguh.
Istanbul
atau yang dulunya dikenali sebagai Konstantinopel, adalah salah sebuah bandar
nostalgia dunia. Tidak setakat tercatat oleh tinta Sejarah Islam, bahkan
statusnya sebagai salah sebuah bandar utama dunia, pasti mengundang seisi alam
manusia untuk meninjau dan menghubungkan sejarah kegemilangan masing-masing
dengannya Istanbul diasaskan pada tahun 330M oleh Maharaja Byzantiume iaitu
Costantine I.
Kedudukannya
yang strategik, diungkapkan oleh Napoleon Bonapart sebagai, ‘Kalaulah dunia ini
sebuah negara, maka Konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibu
negaranya!’ Konstantinopel telah pun menjadi ibu negara Empayar Byzantiume
semenjak penubuhannya. Ini menjadikan bandar berkenaan sebagai salah sebuah
bandar terbesar dan utama dunia.
Kedudukan
Konstantinopel yang sedemikian rupa, meletakkan ia di kedudukan yang istimewa
apabila umat Islam memulakan agenda pertembungan mereka dengan Empayar Byzantiume.
Rasulullah s.a.w telah pun beberapa kali memberikan khabar gembira tentang
pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan oleh Baginda
s.a.w di dalam peperangan Khandak. Sabda baginda s.a.w: ‘Sesungguhnya Konstantinopel
itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik
tentera adalah tenteranya’
Terdapat
banyak lagi hadith lain seperti ini dan ia menimbulkan keghairahan para
khalifah dan pemimpin Islam untuk berusaha menawan kota Konstantinopel
berkenaan. Usaha pertama dilancarkan pada tahun 44 Hijrah iaitu pada zaman
Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Akan tetapi, usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub Al-Ansari
yang merupakan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang menyertainya, syahid
di pinggir kota Konstantinopel berkenaan. Manakala pada zaman Sulaiman bin
Abdul Malik pula, Khilafah Umayah telah menyediakan pasukan terhandal untuk
menawan kembali kota berkenaan pada tahun 98 Hijrah tetapi masih belum
diizinkan oleh Allah s.w.t.
Pada
zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, beberapa usaha diteruskan tetapi masih
menemui kegagalan termasuk usaha pada zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid tahun 190
Hijrah.
Selepas
kejatuhan Baghdad tahun 656H, usaha menawan Konstantinopel diteruskan pula oleh
kerajaan-kerajaan kecil di Asia Minor (Anatolia) terutamanya Kerajaan Seljuk.
Pemimpin masyhurnya, Alp Arslan (455-465 Hijrah / 1063-1072 Masehi) telah
berjaya mengalahkan Maharaja Rum, Dimonos, pada tahun 463 Hijrah / 1070 Masehi.
Beliau telah menangkap lalu memenjarakannya sebelum dibebaskan dengan
persetujuan untuk membayar jizyah tahunan kepada Kesultanan Seljuk. Peristiwa
ini telah meletakkan sebahagian besar Empayar Rom di bawah pengaruh Kerajaan
Islam Seljuk.
Bagaimanapun,
selepas daripada merosot dan jatuhnya Kerajaan Seljuk berkenaan, terbentuk pula
beberapa kerajaan kecil di Anatolia. Antaranya ialah kerajaan Seljuk Rum yang
telah berjaya meluaskan kekuasaannya sehingga ke pantai Laut Ege di barat,
seterusnya melemahkan pengaruh dan kekuasaan Empayar Rom.
Konstantinopel Dan Daulah Uthmaniyyah
Di
awal kurun ke-8 Hijrah / 14 Masehi, Daulah Uthmaniyyah telah mengadakan
persepakatan bersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya.
Persepakatan ini memberikan nafas baru kepada usaha umat Islam untuk menawan Konstantinopel.
Usaha awal yang dibuat ialah pada zaman Sultan Yildrim Beyazid yang mana beliau
telah berjaya mengepung kota itu pada tahun 796 Hijrah / 1393 Masehi.
Peluang
yang ada telah digunakan oleh Sultan Beyazid untuk memaksa Maharaja Byzantiume
menyerahkan Konstantinopel secara aman kepada umat Islam. Akan tetapi, usahanya
itu menemui kegagalan dengan kedatangan bantuan Eropah dan dalam masa yang
sama, tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlank telah menyerang Daulah
Uthmaniyyah.
Serangan
itu dikenali sebagai Perang Ankara dan ini telah memaksa Sultan Beyazid untuk
menarik balik tenteranya bagi mempertahankan negara dari serangan Mongol. Dalam
peperangan itu, beliau telah ditawan dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun
1402M. Kejadian itu telah menyebabkan idea untuk menawan Konstantinopel
terhenti untuk beberapa ketika.
Selepas
Daulah Uthmaniyyah mencapai ke peringkat yang lebih maju dan tersusun, roh
jihad telah hidup semua dengan nafas baru. Semangat dan kesungguhan yang ada
itu telah mendorong Sultan Murad II (824-863 Hijrah / 1421-1451 Masehi) untuk
meneruskan usaha menawan Konstantinopel.
Beberapa
usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa yang sama
berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. Mahajara Byzantiume telah mengambil
peluang ini untuk menabur fitnah dan mengucar-kacirkan saf tentera Islam. Usaha
Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke sasarannya sehinggalah pada zaman
anak beliau, Sultan Muhammad Al-Fateh, sultan ke-7 Daulah Uthmaniyyah.
Semenjak
kecil, Sultan Muhammad Al-Fateh telah meneliti dan meninjau usaha ayahnya
menawan Konstantinopel. Bahkan beliau terus mengkaji tentang usaha-usaha yang
pernah dibuat sepanjang sejarah Islam ke arah itu, sehingga menimbulkan
keazaman yang kuat untuk beliau meneruskan cita-cita umat Islam zaman berzaman
itu. Ketika menaiki takhta pada tahun 855 Hijrah / 1451 Masehi, beliau telah
mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan..
Kekuatan
Sultan Muhammad Al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Semenjak
kecil, beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung pada
zamannya. Pada zaman ayahnya, iaitu Sultan Murad II, Asy-Syeikh Muhammad bin
Ismail Al-Kurani telah menjadi murabbi Amir Muhammad (Al-Fateh).
Ketika
itu, Amir Muhammad adalah ketua bagi kawasan Manisa. Sultan Murad II telah
menghantar beberapa orang ulama untuk mengajar anaknya sebelum itu, tetapi
tidak diendahkan oleh Amir Muhammad. Lalu, beliau menghantar Asy-Syeikh
Al-Kurani dan memberikan kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika
beliau membantah tunjuk ajar gurunya.
Apabila
beliau menemui Amir Muhammad dan menjelaskan tentang hak yang diberikan oleh
baginda Sultan, Amir Muhammad ketawa lalu dipukul oleh Asy-Syeikh Al-Kurani
dengan begitu kuat sekali. Peristiwa ini telah menimbulkan kesan yang mendalam
pada diri Amir Muhammad lantas selepas itu beliau terus menghafal Al-Quran
dalam masa yang singkat
Tarbiah
yang diberikan oleh para ulama murabbi itu memberikan pengaruh yang besar,
bukan hanya kepada peribadi Sultan, bahkan kepada corak pemerintahan dan adat
resam Daulah Uthmaniyyah itu sendiri. Sekiranya Sultan melakukan kesilapan,
murabbinya itu akan menegur.
Sultan
juga dipanggilnya dengan nama dan apabila bersalam, Sultan yang akan mencium
tangan ulama yang menjadi murabbinya itu.Dengan tarbiah yang teliti dan penuh
terhormat seperti ini, tidak hairanlah jika peribadi-peribadi yang unggul
seperti Muhammad Al-Fateh lahir menempa nama di persada sejarah..
Asy-Syeikh Ak Semsettin
Dalam
masa yang sama Asy-Syeikh Ak Samsettin (Syamsuddin) merupakan murabbi Sultan
Muhammad Al-Fateh yang hakiki. Namanya yang sebenar ialah Muhammad bin Hamzah
Ad-Dimasyqi Ar-Rumi yang mana nasabnya sampai kepada Saidina Abu Bakar
As-Siddiq RA. Beliau mengajar Amir Muhammad ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur’an,
Al-Hadith, Feqah, Linguistik (Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran
yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, Ilmu Peperangan dan sebagainya.
Semenjak
kecil, Syeikh Ak Semsettin berjaya meyakinkan Amir Muhammad bahawa beliau
adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadith pembukaan Konstantinopel
berkenaan. Apabila beliau menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh
Ak Semsettin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Konstantinopel,
demi merealisasikan hadith Rasulullah s.a.w berkenaan. Peperangan yang maha
hebat itu memakan masa selama 54 hari.
Sultan
Muhammad Al-Fateh sangat menyayangi Syeikh Ak Semsettin. Beliau mempunyai
kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fateh dan ini sangat jelas
dinyatakan oleh beliau ketika pembukaan Istanbul, ‘...sesungguhnya kamu semua
melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana
kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya di sisiku
syeikhku yang mulia, dialah pendidikku, Asy-Syeikh Ak Semsettin.’
Persediaan Ke Arah Penawanan
Sultan
Muhammad Al-Fateh telah membuat persediaan yang besar ke arah mencapai
matlamatnya menawan Konstantinopel. Beliau telah menyediakan mujahid seramai
kira-kira 250,000 dan ini merupakan angka yang begitu besar jika dibandingkan
dengan tentera negara lain pada zaman itu. Para mujahid berkenaan diberikan
latihan intensif dan sentiasa diperingatkan dengan pujian Rasulullah s.a.w
kepada tentera yang akan menawan Konstantinopel itu nanti
Beliau
telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Eropah Selat Bosphorus
iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota yang berhadapan
dengan kota binaan Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia ini, mempunyai peranan
yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantiume
telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fateh daripada membina
kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya.
Sultan
Muhammad Al-Fateh juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan senjatanya.
Beliau telah menapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban. Beberapa
meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Sejarah menceritakan
betapa meriam ini adalah yang terbesar pada zaman berkenaan. Beratnya beratus
tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga
menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.
Sebelum
serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengadakan perjanjian dengan
musuh-musuh yang lain. Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruh
tenaga dapat ditumpukan kepada musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yang
berada di luar jangkaan.
Antaranya
ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Galata yang berjiran dengan Byzantiume.
Perkembangan ini sangat membimbangkan Maharaja Byzantiume lantas pelbagai
cubaan dibuat untuk menawan hati Sultan Muhammad Al-Fateh supaya membatalkan
hasratnya. Hadiah dan rasuh cuba dibuat untuk tujuan berkenaan. Akan tetapi
semuanya menemui kegagalan. Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad
Al-Fateh telah mendorong Maharaja Byzantiume berusaha mendapatkan pertolongan
daripada negara-negara Eropah. Tanpa segan silu, beliau memohon pertolongan
dari kepimpinan gereja Katholik, sedangkan ketika itu semua gereja di Konstantinopel
bermazhab Orthodoks.
Atas
dasar bermuka-muka demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantiume telah mengaku
bersetuju untuk menukar mazhab di Konstantinopel demi menyatukan kedua-dua
aliran yang saling bermusuh itu. Wakil telah dihantar dari Eropah ke Konstantinopel
untuk tujuan berkenaan. Beliau telah berkhutbah di Gereja Aya Sofya menyatakan
ketundukan Byzantiume kepada Katholik.
Akan
tetapi hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Konstantinopel yang
bermazhab Orthodoks. Sehinggakan ada di antara pemimpin Orthodoks berkata,
‘sesungguhnya aku lebih rela melihat di bumi Byzantiume ini serban para orang
Turki (muslim) daripada aku melihat topi Latin!’ Situasi ini telah mencetuskan
pemberontakan rakyat terhadap keputusan maharaja yang dianggap khianat.
Serangan
Konstantinopel
mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari aspek geografi. Ia dikelilingi
oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara Dan Perairan
Tanjung Emas (Golden Horn) yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi
raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Konstantinopel.
Selepas
melalui proses persiapan yang teliti, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fateh telah
tiba di hadapan kota Konstantinopel pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857 Hirah
bersamaan 6 April 1453 Masehi. Di hadapan tentera yang menjangkau jumpa 250
ribu, Al-Fateh telah menyampaikan khutbah mengingatkan para mujahid tentang
kelebihan jihad, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan
Allah s.w.t dan sebagainya.
Beliau
juga membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadith Nabi s.a.w tentang
pembukaan kota Konstantinopel. Ini semua memberikan kesan semangat yang tinggi
dan jitu pada bala tentera itu lantas mereka menyambutnya dengan zikir, pujian
dan doa kepada Allah s.w.t. Kehadiran para ulama di tengah-tengah saf para
mujahid itu juga menebalkan lagi keazaman mereka untuk menunaikan kewajipan
jihad tersebut.
Keesokan
harinya, Sultan Muhammad Al-Fateh telah menyusun dan membahagikan tenteranya
kepada tiga kumpulan. Pertamanya adalah kumpulan utama yang bertugas mengawal
kota yang mengelilingi Konstantinopel. Di belakang kumpulan utama itu adalah
tentera simpanan yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan. Meriam
Diraja telah dihalakan ke pintu Topkapi. Pasukan pengawal juga diletakkan di beberapa
kawasan strategik seperti kawasan-kawasan bukit di sekitar Kota Byzantiume itu.
Kapal-kapal laut Uthmaniyyah juga diletakkan di sekitar perairan yang
mengelilingi Konstantinopel. Akan tetapi kapal-kapal berkenaan tidak berjaya
memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang
mengawal pintu masuk.
Semenjak
hari pertama serangan, tentera Byzantiume telah berusaha keras menghalang
tentera Uthmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi
serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu,
ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut. Bunyi meriam itu
telah menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada penduduk Konstantinopel
sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan.
Tentera
Laut Uthmaniyyah telah mencuba beberapa kali untuk melepasi rantai besi di
pintu masuk Tanjung Emas. Dalam masa yang sama, panahan diarahkan kepada
kapal-kapal Byzantiume danEropah yang tiba untuk membantu. Walau bagaimana pun
usaha ini tidak berjaya, dan ini memberikan semacam semangat di awalnya kepada
penduduk Konstantinopel. Para paderi berjalan di lorong-lorong kota,
mengingatkan penduduk supaya membanyakkan sabar serta terus berdoa kepada Jesus
dan Maryam supaya menyelamatkan Konstantinopel. Maharaja Byzantiume juga
berulang-alik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama.
Perjanjian Al-Fateh Dengan Maharaja
Costantine
Maharaja
Costantine mencuba sedaya upayanya untuk menundukkan Al-Fateh. Pelbagai hadiah
dan tawaran dikemukakan demi untuk menyelamatkan kedudukannya itu. Akan tetapi
Al-Fateh tidak menerima kesemua tawaran itu sebaliknya memberi kata putus
supaya Konstantinopel diserahkan kepada Daulah Uthmaniyyah secara aman.
Al-Fateh
berjanji, jika Konstantinopel diserahkan secara aman, tiada seorang pun yang
akan diapa-apakan bahkan tiada gereja dan harta benda penduduk Konstantinopel
yang akan dimusnahkan. Antara isi kandungan risalahnya itu, ‘... serahkan
empayar kamu, kota Konstantinopel. Aku bersumpah bahawa tenteraku tidak akan
mengancam sesiapa sama ada nyawa, harta dan kehormatannya. Mereka yang mahu
terus tinggal dan hidup dengan amat sejahtera di Konstantinopel, bebas berbuat
demikian. Dan sesiapa yang mahu meninggalkan kota ini dengan aman sejahtera
juga dipersilakan.’
Walaupun
begitu, kepungan tentera Al-Fateh masih belum sempurna disebabkan oleh rantai
besi yang melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu. Dalam pada itu, para mujahid
tetap terus melancarkan serangan demi serangan dan pada 18 April 1453 Masehi,
pasukan penyerang Uthmaniyyah telah berjaya memecah tembok Byzantiume di Lembah
Lycos yang terletak di sebelah barat kota. Tentera Byzantiume telah berusaha
sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari serangan itu. Pertempuran sengit
berlaku bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat.
Pada
hari yang sama, beberapa buah kapal laut Uthmaniyyah telah cuba merempuh rantai
besi di Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut Byzantiume dan Eropah
telah berjaya menangkis serangan itu bahkan beberapa buah kapal laut
Uthmaniyyah telah musnah menyebabkan yang lain terpaksa pulang ke kawasan
masing-masing untuk mengelakkan kemusnahan yang berterusan.
Dua
hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi serangan laut antara kedua belah
pihak. Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai.
Beliau telah menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang.
Katanya, ‘.. sama ada kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan
sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka jangan pulang kepada kami
sedangkan kamu semua hidup!’.
Ketika
itu juga, Sultan Muhammad Al-Fateh menunggang kudanya sehingga ke gigi laut
sambil menjerit dengan sekuat hati nama ketua misi berkenaan, Palta Oglu, untuk
memberikan semangat. Kesungguhan Al-Fateh itu, menaikkan semangat tenteranya.
Namun, tentera kristian berjaya juga mematahkan serangan mujahidin walaupun
mereka bersungguh-sungguh melancarkan serangan demi serangan. Kegagalan
tersebut menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fateh menjadi begitu marah lalu memecat
Palta Oglu dan digantikan dengan Hamzah Pasha.
Kegagalan
serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada tentera Uthmaniyyah.
Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba untuk memujuk Al-Fateh supaya
membatalkan serangan serta menerima sahaja perjanjian penduduk Konstantinopel
untuk tunduk kepada Daulah Uthmaniyyah tanpa menakluknya. Cadangan itu ditolak
mentah-mentah oleh Al-Fateh. Kini tiba masanya beliau berfikir tentang helah
untuk tentera laut Uthmaniyyah berjaya membolos Tanjung Emas.
Keajaiban Tentera Uthmaniyyah
Sultan
Muhammad Al-Fateh telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya
masuk ke perairan Tanjung Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh
mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil
tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk
ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera
Uthmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70
kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak
melebihi 3 batu! Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar
bayangan manusia hingga ke hari ini.
Pagi
22 April itu, penduduk Konstantinopel dikejutkan dengan laungan takbir dan
nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan
bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang
menyangka bahawa tentera Al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan!
Yilmaz
Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang
ahli sejarah Byzantiume berkata, ‘Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar
hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh telah menukar darat menjadi lautan,
melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya
Muhammad Al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!’
Costantine
telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantiume tentang strategi
seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak
cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat
kristian di Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Konstantinopel
hingga ke titisan darah yang terakhir.
Serangan Besar-besaran Mujahidin
Dengan
kedudukan tentera Uthmaniyyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad
Al-Fateh telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantiume.
Tembakan meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas,
menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan
pertempuran melalui kota Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahiden memasuki
perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti.
Laungan
takbir ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar!’ yang mengisi ruang angkasa Konstantinopel
telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan.
Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman
demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fateh itu. Dalam masa yang sama,
Al-Fateh dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni perang yang
baru sehingga menggawatkan pertahanan tentera salib itu.
Ketika
ribut yang ada belum reda, penduduk Konstantinopel menyedari bahawa tentera
Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda
penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang
bila-bila masa sahaja tentera ‘Turki’ akan keluar dari perut bumi berikutan
dengan pembinaan terowong itu.
Usaha Damai Terakhir
Sultan
Muhammad Al-Fateh yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya kepada Konstantinopel
yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w, mendorong beliau untuk terus berusaha
agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali
lagi beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Konstantinopel
secara aman.
Apabila
utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para
menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula
yang mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat.
Costantine
akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan
katanya, ‘... syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia
menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus
bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta... atau mati sahaja dan
dikuburkan di kota ini!’.
Apabila
jawapan Costantine ini diterima, Al-Fateh menjawab, ‘Baiklah... tidak lama lagi
akan terhasil bagiku di Konstantinopel itu sama ada takhta atau keranda...!’.
Perbincangan
dilakukan oleh Al-Fateh tentang strategi seterusnya. Pelbagai kemungkinan
dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan
menawan Konstantinopel sebagaimana yang telah disusun.
Hari Kemenangan
Pada
27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fateh bersama tenteranya telah berusaha keras
membersihkan diri di hadapan Allah s.w.t. Mereka membanyakkan solat, doa dan
zikir dengan harapan Allah s.w.t akan memudahkan kemenangan.
Para
ulama pula memeriksa barisan tentera sambil memberi semangat kepada para mujahidin.
Mereka diperingatkan tentang kelebihan jihad dan syahid serta kemuliaan para
syuhada’ terdahulu khususnya Abu Ayyub Al-Ansari r.a. ‘...sesungguhnya apabila
Rasulullah s.a.w tiba di Madinah ketika kemenangan hijrah, baginda Rasulullah
s.a.w telah pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sesungguhnya Abu Ayyub telah
pun datang (ke Konstantinopel) dan berada di sini!’ Kata-kata ini telah
membakar semangat tentera Al-Fateh hingga ke kemuncaknya.
Dalam
masa yang sama, penduduk Costantine melakukan upacara peribadatan secara
bersungguh-sungguh dengan harapan Tuhan akan membantu mereka...
Tepat
jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857 Hijrah / 29 Mei 1453 Masehi,
serangan utama dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan
suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota. Penduduk Konstantinopel
telah berada di kemuncak ketakutan mereka pagi itu. Mujahidin yang sememangnya
menginginkan syahid, begitu berani menyerbu tentera salib di kota itu.
Tentera
Uthmaniyyah akhirnya berjaya menembusi kota Konstantinopel melalui Pintu Edirne
dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah Uthmaniyyah di puncak kota.
Costantine yang melihat kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan lantas
menanggalkan pakaian maharajanya supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau
menemui ajal dalam keadaan yang amat mengaibkan.
Berita
kematian Costantine telah menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk
menyerang. Begitu juga sebaliknya, bagaikan pokok tercabut akar, tentera salib
menjadi kucar kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar. Kesungguhan
dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fateh, akhirnya berjaya
sampai ke cita-cita mereka.
Kejayaan
menguasai Konstantinopel telah disambut dengan penuh rasa syukur oleh Al-Fateh
serta... seisi langit dan bumi. Beliau bertitah, ‘.. Alhamdulillah, semoga
Allah merahmati para syuhada’, memberikan kemuliaan kepada mujahidin, serta
kebanggaan dan syukur buat rakyatku.’
Sebaik-baik Ketua Dan Tentera
Pada
hari itu, majoriti penduduk Konstantinopel bersembunyi di gereja-gereja sekitar
kota. Sultan Muhammad Al-Fateh berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah
dengan baik kepada penduduk Konstantinopel sambil mengucapkan tahniah kepada
tenteranya yang berjaya merealisasikan sabda Rasulullah s.a.w: ‘Sesungguhnya Konstantinopel
itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik
tentera adalah tenteranya’
Dengan
penuh rasa syukur dan tawadhu, Sultan Muhammad Al-Fateh telah sujud ke bumi
mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas kemenangan bersejarah
itu.
Beliau
kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat
perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang
di wajah masing-masing bilamana beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi
telah membuka pintu gereja, dan Muhammad Al-Fateh meminta beliau supaya
menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Muhammad Al-Fateh, ramai
yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan
paderi yang terus menyatakan keislaman mereka.
Selepas
itu, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan supaya gereja berkenaan ditukar
menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di masjid ini.
Para pekerja bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung dan
gambar-gambar untuk tujuan berkenaan. Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad
Al-Fateh bersama para muslimin telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya
Sofya.
Khutbah
yang pertama di Aya Sofya itu telah disampaikan oleh Asy-Syeikh Ak Semsettin.
Pada hari itu juga Sultan Muhammad Al-Fateh telah bersumpah bahawa barangsiapa
yang menukar Masjid Aya Sofya kembali kepada gereja, maka akan berolehlah
kutukan dan laknat darinya dan Tuhan Masjid Aya Sofya itu.
Nama
Konstantinopel kemudiannya ditukar kepada ‘Islam Bol’, yang bermaksud ‘Bandar
Islam’ dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Uthmaniyyah
selepas Bursa dan Edirne. Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat
pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya..
sehinggalah Khilafah Uthmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kemal
Ataturk secara rasminya pada tahun 1924 Masehi.
Aya
Sofya kembali dikristiankan oleh Kamal Ataturk atas nama muzium. Gambar- gambar
syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang berdukacita itu. Manifesto
Parti Refah pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofya ke
kegemilangan sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu
beberapa tahun yang lalu.
Sesungguhnya
seluruh umat Islam merindukan suara azan membesarkan Allah kembali berkumandang
di menara Aya Sofya. Semoga Istanbul kembali ke pangkuan Islam dan Muslimin.
Amien ya Rabbal ‘Alamin....
Kronologi Penawanan Konstantinopel
‘Konstantinopel
pasti akan ditaklukkan. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah
sebaik-baik tentera.’ Begitu sabda Rasulullah s.a.w di hadapan para sahabatnya
empat belas abad yang lalu. Lapan abad setelah Rasulullah s.a.w berkata
demikian, apa yang baginda sabdakan benar-benar terjadi.
Benteng
Konstantinopel yang terkenal kuat dan tangguh itu, akhirnya jatuh ke tangan
kaum Muslimin. Para ulama, di antaranya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah
menyebutkan, ‘Di antara Dalaa’il Nubuwwah atau tanda-tanda kenabian Nabi
Muhammad s.a.w adalah sabda baginda yang menceritakan kejadian-kejadian yang
akan terjadi pada masa hadapan.’
Pujian
Rasulullah s.a.w kepada raja dan tentera yang berjaya menawan Konstantinopel,
benar-benar melecut semangat jihad para pemimpin serta mujahidin yang hidup
setelah baginda. Berkali-kali usaha ini dilancarkan, di antaranya: usaha
penaklukan benteng Konstantinopel yang dilancarkan pada zaman Mu’awiyah bin Abi
Sufyan di bawah komando anaknya Yazid. Turut serta dalam pasukan ini Abu Ayyub
al-Anshari, seorang sahabat Rasulullah yang pemberani.
Namun
usaha ini menemui kegagalan. Abu Ayyub al-Anshari akhirnya gugur ketika
mengikuti pertempuran ini. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau sempat
berpesan kepada panglima Bani Umaiyyah; jika beliau meninggal dunia, beliau
ingin sekali dikuburkan di bawah tembok benteng Konstantinopel. Pasukan
Muslimin pun menjalankan wasiat beliau; mereka menyerbu musuh sambil membawa
jasad Abu Ayyub al-Anshari, hingga ketika mereka sampai ke tembok benteng Konstantinopel,
para mujahidin menggali lubang, dan menguburkan beliau di situ, sesuai
permintaan terakhir beliau.
Usaha
yang sama juga dilakukan pada zaman Khalifah Umaiyyah. Pada zaman Khalifah
Abbasiyyah, misi yang sama juga telah dilakukan namun belum menuai kejayaan,
termasuk pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid. Setelah kejatuhan Baghdad 656
Hijrah, usaha menawan Konstantinopel diteruskan oleh kerajaan-kerajaan kecil di
Asia Timur terutama kerajaan Seljuk. Pemimpinnya Alp Arselan berjaya
mengalahkan Maharaja Rom, Dimonus, pada tahun 463 Hijrah. Akibatnya sebahagian
besar wilayah khemah arajaan Rom takluk di bawah pengaruh Islam Seljuk.
Beberapa usaha untuk menawan Konstantinopel juga telah dilakukan oleh para
pemimpin Daulah Utsmaniyyah. Sultan Murad II juga pernah melakukan beberapa
kali pengepungan ke benteng tersebut, namun belum menuai hasil.
Hingga
akhirnya Allah s.w.t mewujudkan impian kaum Muslimin untuk menawan benteng
tersebut melalui tangan pemimpin ke-7 Daulah Utsmaniyyah yang terkenal akan
kesolehan dan ketakwaannya kepada Allah. Dikisahkan bahawa tenteranya tidak
pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan separuh dari mereka tidak
pernah meninggalkan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sultan sendiri tidak
pernah meninggalkan solat wajib, tahajjud dan rawatib sejak baligh hingga saat kematiannya.
Di
samping ketakwaan Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya kepada Allah, mereka
memiliki semangat jihad yang tinggi, pantang menyerah, dan tidak takut mati.
Mereka juga berjaya memainkan taktik perang yang luar biasa. Untuk pertama
kalinya dalam sejarah umat manusia, Sultan Muhammad Al-Fateh dan pasukannya
boleh membuat kapal-kapal laut berjalan di atas daratan.
Jalan
darat yang dilalui kapal-kapal Turki bukanlah jalan yang mudah. Selain harus
melewati jalan yang terjal, jarak yang harus ditempuh pun tidak pendek. Namun
semua ini tidak membuat semangat Sultan Muhammad Al-Fateh menjadi surut.
Baginda yakin mampu mewujudkan impian umat Islam untuk menawan benteng itu.
Selain berbekal doa dan tawakkal kepada Allah, baginda juga menyiapkan taktik-taktik
pertempuran yang matang disertai angkatan perang dalam jumlah besar untuk
menawan Konstantinopel.
Perjalanan Menuju
Penaklukan Benteng Konstantinopel
Sebagai
langkah awal untuk mewujudkan impian ini, Sultan Muhammad Al-Fateh terlebih
dahulu mengumumkan pengumuman perang terhadap Konstantinopel. Kemudian pemimpin
ke-7 Daulah Utsmaniyyah ini datang mengepung benteng Konstantinopel bersama
50,000 pasukannya. Setelah mengepung selama tiga hari, Sultan Muhammad Al-Fateh
kemudian menarik kembali pasukannya pulang.
Selama
pengepungan yang berlangsung selama tiga hari ini memang tidak terjadi hubungan
senjata di antara kedua belah pihak. Namun tujuan utama Sultan Muhammad
Al-Fateh mengadakan pengepungan ini bukan untuk menjebol benteng Konstantinopel
seketika itu juga, tetapi lebih ditujukan untuk mengenal lebih jauh kondisi
benteng Konstantinopel dari jarak dekat; bagaimana struktur tentera dan
menara-menara pertahanan yang mengitari benteng tersebut. Sehingga ke hadapan
boleh diambil strategi yang tepat untuk menawan kota bandar ini.
Penguasa
Konstantinopel langsung memerintahkan bawahannya untuk menangkapi setiap orang
Turki yang ada di kotanya, sebagai balasan atas pernyataan perang Sultan
Muhammad Al-Fateh. Sedar bahawa Sultan Muhammad Al-Fateh semakin berhasrat
untuk menyerang mereka, tentera Konstantinopel semakin memperkuatkan pertahanan
benteng mereka; orang-orang Konstantinopel membaiki tembok benteng mereka yang
rosak akibat dimakan usia dan bekas serangan-serangan yang pernah di lancarkan
sebelumnya.
Selain
menyiapkan peralatan perang mereka, para penguasa Konstantinopel juga mengirim
utusan ke Eropah untuk meminta bantuan kepada sekutu-sekutu mereka yang ada di
sana. Para sekutu di Eropah pun menjawab permintaan rakan-rakan mereka di Konstantinopel
dengan mengirimkan beberapa kapal yang berisi bala bantuan untuk mereka. Pakar
strategi perang juga turut mereka sertakan dalam rombongan tersebut untuk
memperkuat pertahanan benteng Konstantinopel dari gempuran musuh yang
sewaktu-waktu hendak menyerang mereka.
Segera
setelah sampai di Konstantinopel, pakar strategi perang yang dikirimkan Eropah
segera melaksanakan tugasnya. Mereka sedia melindungi Konstantinopel hingga
titik darah penghabisan. Selanjutnya penguasa Konstantinopel memerintahkan
peletakan rantai besi yang kuat di daerah teluk. Rantai besi ini akan ditarik
hingga ke permukaan air jika ada kapal yang hendak masuk tanpa seizin mereka.
Perkara
ini menyebabkan mereka memiliki kuasa penuh untuk mengendalikan laluan
kapal-kapal yang ingin memasuki wilayah mereka dan mencegah armada laut Daulah
Utsmaniyyah yang cuba mendekati Konstantinopel dari arah teluk.
Persiapan
Sultan Muhammad Al-Fateh juga tidak kalah matang dari musuhnya untuk menggempur
mereka. Sultan Muhammad Al-Fateh mengambil tindakan untuk menguasai semua
perkampungan yang ada di sekitar benteng Konstantinopel. Perkara ini berakibat
putusnya jalur komunikasi antara Konstantinopel dengan negara-negara lain.
Selain
itu, semangat jihad para pasukan Sultan Muhammad Al-Fateh juga semakin
menggelora. Mereka ingin segera berperang untuk meninggikan agama Islam, meraih
syahid di jalan Allah, serta pahala yang besar dari sang pencipta. Para ulama
juga tidak ketinggalan berada di tengah-tengah pasukan untuk membakar semangat
jihad mereka.
Di
tengah usaha Sultan Muhammad Al-Fateh mematangkan persiapan pasukannya untuk
berperang, secara tidak disangka-sangka datang seorang pakar pembuat meriam
dari kota Konstantinopel menawarkan jasa kepakarannya membuat meriam kepada
Sultan Muhammad Al-Fateh. Sebelumnya lelaki ini bekerja untuk Konstantinopel.
Namun kerana penguasa Konstantinopel tidak pernah membayar upah yang dijanjikan
sebelumnya kepadanya, beliau akhirnya belot dan menawarkan jasanya kepada
Sultan Muhammad Al-Fateh. Bak mendapat durian runtuh, Sultan Muhammad Al-Fateh
terus menyambut tawaran emas dari pakar pembuat meriam ini.
Sultan
Muhammad Al-Fateh memberinya banyak harta dan fasiliti lengkap kepadanya untuk
segera memulai pekerjaannya. Projek besar ini sendiri dibantu oleh para arkitek
senjata asal Turki dan pengawasannya di bawah Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri.
Selang
tiga bulan kemudian, pakar pembuat meriam ini berjaya menyelesaikan penggarapan
sejumlah meriam untuk memperkuatkan pasukan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh.
Di antaranya terdapat sebuah meriam raksasa yang belum pernah dibuat sebelumnya
di muka bumi ini.
Beratnya
sekitar tujuh ratus tan. Peluru meriamnya juga memiliki ukuran yang sangat
besar. Diperlukan seratus ekor kerbau ditambah seratus orang laki-laki yang kuat
untuk menarik atau memindahkan meriam ini dari satu tempat ke yang tempat lain.
Meriam ini akhirnya diberi nama Midfa’ Sulthoniy atau meriam Sultan.
Sebelum
uji cuba meriam raksasa ini dilakukan, Sultan Muhammad Al-Fateh terlebih dahulu
memperingatkan tenteranya agar tidak terkejut dengan kerasnya suara
tembakannya. Ketika diuji cuba, suara dentumannya terdengar hingga jarak tiga
belas batu jauhnya. Peluru meriam tersebut akhirnya jatuh dan menghasilkan
lubang sedalam enam kaki. Sungguh luar biasa!
Sultan
Muhammad Al-Fateh gembira sekali setelah mengetahui hasil yang memuaskan dari
uji cuba meriam ini. Kemampuan meriam ini semakin menambah rasa percaya diri
Sultan Muhammad Al-Fateh dan pasukannya untuk menawan benteng Konstantinopel.
Sultan Muhammad Al-Fateh juga tidak lupa memberi bonus kepada pakar pembuat
meriam atas jerih payahnya yang telah menghasilkan meriam raksasa ini.
Awal Pengepungan
Setelah
proses persiapan yang teliti, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fateh tiba di kota Konstantinopel
pada bulan April 1453 Masehi bersama 250,000 orang lebih tenteranya. Kemudian
Sultan Muhammad Al-Fateh bersama dengan para anggota tenteranya menyusun
strategi perang untuk menggempur benteng Konstantinopel; Pasukan infanteri,
kavaleri, dan artileri diperintahkan untuk mengambil kedudukan masing-masing.
Pasukan
regular dan beberapa regu khusus bersama dengan pasukan bukan reguler mengemban
tugas utama untuk mengepung benteng sekaligus menyerangnya. Ada juga pasukan
yang disediakan Sultan Muhammad Al-Fateh untuk menggempur benteng dari arah
pintu Rumanus – sisi ini adalah daerah yang paling lemah pertahanannya -
kelompok ini bertugas membantu penyerangan pasukan utama sekaligus melanggar benteng
dari sisi ini. Armada laut Sultan juga Muhammad Al-Fateh tidak ketinggalan
ambil bahagian dari pengepungan ini; tiga ratus kapal perang - baik yang
berukuran kecil hingga yang besar - juga turut mengepung Konstantinopel dari
arah laut.
Selain
itu, armada laut Sultan Muhammad Al-Fateh juga bertugas; mencegah bantuan yang
mungkin datang dari arah laut menuju Konstantinopel, menyerang kapal-kapal
musuh yang menjaga teluk, menghancurkan rantai besi yang diletakkan tentera Konstantinopel
di teluk yang telah membuat kapal-kapal Sultan Muhammad Al-Fateh tidak boleh
memasuki teluk kerana terhalang olehnya.
Setelah
semua pasukan mengambil kedudukannya, Sultan Muhammad Al-Fateh mengirim pesan
kepada penguasa Konstantinopel agar mahu menyerahkan kota secara baik kepada
kaum Muslimin. Jika hal itu dilakukan, Sultan Muhammad Al-Fateh berjanji untuk
memperlakukan masyarakat Konstantinopel dengan baik dan menjamin keselamatan
jiwa, harta, serta kebebasan beragama mereka.
Namun
tawaran Sultan Muhammad Al-Fateh ini ditolak mentah-mentah oleh pemimpin Konstantinopel.
Mereka merasa yakin akan kekuatan pertahanan benteng mereka serta bala bantuan
dari para sekutu.
Gambaran Benteng
Pertahanan
Jika
dilihat dari udara, benteng yang mengitari Konstantinopel memiliki bentuk
seperti segitiga. Salah satu sisinya menghadap Laut Marmaroh, sisi yang satunya
lagi menghadap ke teluk, dan sisi yang terakhir menghadap ke daratan yang
mengarah ke Eropah – di sisi inilah pasukan utama Sultan Muhammad Al-Fateh
berada. Benteng ini dikelilingi oleh parit selebar enam puluh kaki untuk
merintangi gerakan musuh yang berusaha mendekat. Benteng ini memiliki beberapa
pintu, antara lain:
- Pintu Adrenah -
Pintu Midfa’ (disebut juga dengan nama pintu Rumanus)
- Pintu Askariy -
Untuk menerobos benteng ini, Sultan Muhammad Al-Fateh membahagi kedudukan
pasukannya sebagai berikut:
Regu Pertama
Maymanah:
Terdiri dari pasukan Anadhol yang dikomandoi oleh Ishaq Pasya dan Mahmud Bek.
Pasukan ini mengambil kedudukan berhadapan dengan pintu Midfa’.
Regu Kedua
Maysaroh:
Terdiri dari beberapa pasukan yang dipimpin Qurjah Pasya. Pasukan ini mengambil
kedudukan yang berhadapan dengan pintu Adrenah.
Regu Ketiga
Qolb:
terdiri dari pasukan utama dan pasukan pilihan yang dipimpin sendiri oleh
Sultan Muhammad Al-Fateh. Kedudukan pasukan ini berhadapan dengan pintu Midfa’.
Dan di belakang kedudukan pasukan inilah Sultan Muhammad Al-Fateh mendirikan
khemah yang berfungsi sebagai pusat komando jalannya pertempuran pasukan
baginda.
Jalan Pertempuran
Raja
Konstantinopel mengirimkan utusannya untuk menyampaikan pesan kepada Sultan
Muhammad agar mengurungkan niatnya menyerang Konstantinopel, tetapi Sultan
Muhammad Al-Fateh malah balik berkata kepada utusan raja Konstantinopel:
‘Katakan kepada rajamu, agar mahu menyerahkan Konstantinopel secara baik
kepadaku. Saya berjanji bahawa pasukan saya tidak akan mengganggu jiwa, harta,
dan kehormatan seorang pun yang ada di dalam kota.’
Setelah
mendengar pesan balasan dari Sultan Muhammad Al-Fateh, maka raja Konstantinopel
semakin yakin bahawa perang tidak dapat dihindari lagi. Pintu-pintu masuk ke
kota Konstantinopel segera ditutup rapat dan para perajurit Konstantinopel
bersiap-sedia menghadapi serangan.
Meriam-meriam
pasukan Turki segera berdentum dan memuntahkan serangannya yang menakutkan ke
arah Konstantinopel sebaik sahaja turun perintah serangan dari Sultan Muhammad
Al-Fateh. Meriam-meriam ini terus menerus menembakkan pelurunya siang dan malam
tanpa henti. Suara dentumannya yang mengenai dinding-dinding benteng terdengar
begitu menakutkan, terutama pada waktu malam.
Hati
penduduk Konstantinopel pun dipenuhi rasa takut dan kengerian yang luar biasa
sebaik sahaja mendengar suara ledakannya yang sangat kuat. Masyarakat Konstantinopel
hanya boleh berdiam diri tanpa tahu apa yang harus mereka lakukan tatkala
menyaksikan hal itu. Mereka juga tidak menyangka sebelumnya bahawa ada meriam
di atas muka bumi ini yang mempunyai kemampuan seperti yang dimiliki oleh
Sultan Muhammad Al-Fateh.
Kedua
belah pihak, baik pasukan Turki mahupun pasukan Konstantinopel bertempur
bermati-matian menghadapi serangan dari pihak lawan masing-masing. Pasukan
penjaga benteng Konstantinopel bergerak cepat memperbaiki dinding-dinding
benteng yang rosak akibat terkena tembakan meriam Sultan Muhammad Al-Fateh.
Di
sisi lain, pasukan artileri terus-menerus menembakkan meriam mereka guna
merapuhkan fizikal benteng Konstantinopel agar boleh diterobos oleh pasukan
infanteri Sultan Muhammad Al-Fateh. Di bawah derasnya hujan peluru meriam yang
menghujani benteng, pasukan infanteri Sultan Muhammad Al-Fateh dengan gagah
berani bergerak mendekat ke arah benteng tanpa takut mati.
Tembakan
peluru yang terus menerus dilontarkan meriam Sultan Muhammad Al-Fateh akhirnya
membuahkan hasil; beberapa bahagian benteng rosak dan puing-puing bahan
bangunan dari benteng tersebut serta pecahan-pecahan peluru meriam berjatuhan
sehingga memenuhi parit yang ada di bawahnya, hal ini membuatkan pasukan lawan
boleh melintasinya dengan mudah.
Melihat
suasana itu, pasukan Sultan Muhammad Al-Fateh segera bergerak masuk ke dalam
benteng. Mereka memanjat tembok benteng dengan menggunakan tangga. Beberapa
dari mereka bahkan sampai ke daerah yang ada di dalam benteng. Pergerakan
pasukan Sultan Muhammad Al-Fateh ini terus mendapat sambutan dari pasukan musuh
yang menjaga benteng di atas.
Pertempuran
sengit terjadi di antara kedua belah pihak. Pasukan pemanah yang berada di atas
benteng segera menghujani pasukan Sultan Muhammad Al-Fateh yang cuba menerobos
masuk. Pertempuran mematikan ini berlangsung hingga malam hari dan akhirnya
berhenti setelah Sultan Muhammad Al-Fateh memutuskan untuk menarik mundur
pasukannya.
Pada
waktu yang sama, kapal-kapal perang Sultan Muhammad Al-Fateh berusaha
menghancurkan rantai besi yang menghalang pergerakan armada laut Sultan
Muhammad Al-Fateh untuk boleh masuk ke teluk. Namun kapal-kapal Byzantium dan
Itali yang berada di belakang rantai tersebut tidak tinggal diam melihat usaha
kapal-kapal Sultan Muhammad Al-Fateh. Mereka dengan mudah menembaki kapal-kapal
Sultan Muhammad Al-Fateh yang umumnya berukuran lebih kecil dari kapal-kapal Byzantium
dan Konstantinopel hingga membuat armada laut Sultan Muhammad Al-Fateh mundur
dari pertempuran.
Meskipun
angkatan laut Sultan Muhammad Al-Fateh sudah mempersiapkan persenjataan secara
matang, dan jumlah kapal-kapalnya cukup banyak, tetapi mereka kalah pengalaman
dan wawasan tentera dalam hal pertempuran di laut dibandingkan dengan tentera
laut Byzantium dan Itali. Tentera laut Turki tidak mampu mengimbangi permainan
tempur yang dimainkan pasukan musuh yang lebih berpengalaman.
Hingga
akhirnya armada laut Turki mundur dari pertempuran yang disambut sorak-sorai
kegembiraan armada laut musuh kerana kejayaan mereka memukul mundur kapal-kapal
perang Sultan Muhammad Al-Fateh. Kejayaan pasukan darat dan laut Konstantinopel
menahan gerakan lawan, membuatkan rakyat Konstantinopel gembira. Mereka semakin
yakin bahawa tentera Daulah Utsmaniyyah tidak akan mampu menerobos pertahanan
benteng. Raja Konstantinopel pergi ke gereja Santa Sofiya untuk mengucap pujian
dan syukurnya kepada tuhan, atas kejayaan mereka menghadapi serangan Sultan
Muhammad Al-Fateh.
Di
sisi bumi yang lain, kegagalan pasukan Turki dalam beberapa pertempuran melawan
pasukan Konstantinopel tidak membuatkan Sultan Muhammad Al-Fateh gigit jari.
Justeru baginda semakin bersemangat untuk menggapai cita-citanya, iaitu menawan
Konstantinopel. Untuk itu baginda memutar keras otaknya; taktik dan strategi
perang apa lagi yang harus digunakan untuk menyerang musuh.
Pembebasan Istanbul Oleh Muhammad Al-Fateh
Memikirkan
tentang kehebatan Al-Fateh dan tenteranya, suatu ketika, dalam perjalanan
menuju ke Konstantinopel, tentera Muhammad Al-Fateh melalui sebuah kebun anggur
yang besar dan buahnya sedang masak ranum. Namun, sebelum melalui kebun
tersebut, Muhammad Al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil
anggur itu walaupun sebiji. Perjalanan diteruskan hingga sampai di suatu
tempat, mereka berehat. Setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu Muhammad
Al-Fateh keluar dari khemah dengan wajah yang sugul dan memanggil semua tentera
berkumpul. Para tentera diberitahu bahawa Muhammad Al-Fateh telah jatuh sakit.
Setelah
diteliti oleh tabib, ubat yang diperlukan adalah sebiji anggur. Maka dia
bertanya kepada seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika
tidak, mungkin Muhammad Al-Fateh akan terus sakit dan mati. Malangnya, tiada
seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. Lalu tahulah Muhammad Al-Fateh,
bahawa tenteranya bukan sahaja kuat dari segi fizikal, malah rohani mereka
juga. Benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yang mengingkari perintahnya.
Maka keluarlah Muhammad Al-Fateh dari khemah, dan memuji tenteranya dan
menerangkan kepada mereka maksud sebenar mengapa baginda melarang para
tenteranya mengambil buah anggur tersebut.
Pernah
diriwayatkan bahawa setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh
menawan Konstantinopel baginda telah memerintahkan tenteranya mencari
kubur Abu Ayyub Al-Ansari untuk disempurnakan kemuliaannya sebagai seorang
sahabat Rasulullah s.a.w. Berdasarkan sejarah Abu Ayyub Al-Ansari adalah
satu-satunya sahabat nabi yang syahid di benua Eropah. Setelah
bertemu Sultan Muhammad Al-Fateh meminta kuburnya digali dan jasadnya
dipindahkan ke tempat yang lebih mulia. Apabila digali bahagian kakinya ditemui
dahulu. Kemudian Sultan Muhammad Al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya
mencium kaki Abu Ayyub Al-Ansari. Sehinggalah akhir sekali giliran
baginda.
Peristiwa
yang menakjubkan berlaku iaitu kaki yang mahu dicium itu tiba-tiba sahaja
termasuk semula ke dalam tanah. Kejadian itu berturut-turut sebanyak tiga kali.
Pada malam itu, Sultan Muhammad Al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub
Al-Ansari. Menjelaskan tujuan sebaliknya kejadian itu berlaku disebabkan
penghormatan Abu Ayyub Al-Ansari kepada Sultan Muhammad Al-Fateh yang
telah berjaya menawan Kota Konstantinopel.
Muhammad
Al-Fateh banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman dari sejarah peperangan
Rasulullah s.a.w. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang
Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Sultan Muhammad Al-Fateh mewarisi
sifat keberanian, kegagahan, kesabaran dan semangat tidak putus asa daripada
ayahnya. Baginda juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkhemah iran dalam
menyusun strategi peperangan.
Watak
Muhammad Al-Fateh di awal remajanya agak berbeza dengan remaja-remaja lain yang
seusia dengannya. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz telah menulis dalam sebuah buku
yang bertajuk ‘Sultan Muhammad Al-Fateh’ menjelaskan bahawa Sultan
Muhammad Al-Fateh sebenarnya memiliki keyakinan diri yang kuat, pandangan yang
jauh serta kepintaran yang tinggi, malah Sultan Muhammad Al-Fateh mampu untuk
menghadapi tekanan, keperitan dan bebanan yang dihadapinya.
Muhammad
Al-Fateh seorang pemuda yang warak. Jarang sekali baginda menunaikan solat,
melainkan di masjid disebabkan keinginannya sentiasa ingin hampir dengan Allah
s.w.t. Muhammad Al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin yang mengutamakan urusan
kenegaraan dan masyarakat mengatasi kepentingan pada diri.
Muhammad
Al-Fateh sering mendampingi ulama-ulama dan negarawan. Kedudukannya sebagai
sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Tidak
hairanlah cara Muhammad Al-Fateh mentadbir dan sistem pemerintahannya menjadi
rujukan dunia sehingga ke hari ini. Kehidupan Muhammad Al-Fateh juga digambarkan
cukup sederhana. Malah baginda sangat memusuhi kepada pembaziran. Hidangan dan
cara berpakaiannya juga tidak terikat dengan peraturan-peraturan Istana.
Yilmaz
Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana
seorang pakar sejarah Byzantium berkata, ‘Tidaklah kami pernah melihat atau
mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh telah menukar darat menjadi
lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan.
Sesungguhnya Muhammad Al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander
The Great!’
Selain
daripada kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah Sultan
Muhammad Al-Fateh juga berjasa dalam aspek pembangunan antaranya pembinaan
Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque dan Masjid Eyyub. Di
samping itu baginda berjaya memulihkan keamanan dan ketenteraman di kalangan
golongan Janisari.
Muhammad Al-Fateh
Bebaskan Istanbul
Peribadi
dan kepimpinan Muhammad Al-Fateh menunjukkan baginda mempunyai ciri berikut;
- Asuhan dan
disiplin Islam yang kuat
- Mempunyai
matlamat hidup yang ingin dijayakan
- Kehendak yang
kuat
- Sabar dan
ketahanan rohani yang kuat
- Pengetahuan dan
khemah iran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar
dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
- Ibadah dan
pergantungan yang kuat dengan Pencipta
Sebelum
isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinopel
itu sendiri yang sangat menakjubkan. Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian
kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan
dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
- Bahagian luar
kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya
60 meter
- Ada dua tembok
iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki
dan setebal 10 meter
- Tembok dalam
pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
- Terdapat menara
kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter
- Terdapat 400
batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa
Dengan
kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di
Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinopel
telah menjadi ibu kota Empayar Byzantium untuk berkurun-kurun dan dikenali
sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan
antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia
sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
Sejak
Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti kota penting ini akhirnya akan
jatuh ke tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik
sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun
tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub Al-Ansari juga telah berusaha dan
mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya
800 tahun selepas sabda Nabi s.a.w yang mulia itu, sabda yang menakjubkan ini
menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan
gelaran Sultan Muhammad Al-Fateh telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinopel
pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.
Sungguhpun
pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan
ini telah berjalan lama. Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al-Fateh,
Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang
waktu itu, seorang anak yang nakal.
Sejak
berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengalami pendidikan
disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil
mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru
baginda untuk membentuk dan mendidik Muhammad Al-Fateh.
Rotan
turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu
kejadian, Muhammad Al-Fateh telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa
sebarang kesalahan yang dilakukan oleh baginda.
Tujuan
guru baginda berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan
sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal sultan ini. Supaya nanti baginda dapat
mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang
tidak diperlakukan dengan adil!
Sultan
Muhammad Al-Fateh dibimbing untuk menghafal Al-Quran. Dilatih untuk sembahyang
malam. Dibentuk menjadi warak dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama.
Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan
kerohanian Sultan Muhammad Al-Fateh ternyata apabila baginda akan dilantik
menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniyyah,
baginda menangis teresak-esak.
Gurunyalah
yang telah mengarahkan baginda menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa
seorang berkaliber seperti baginda wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan
ibadah yang lebih besar. Pendidikan Sultan Muhammad Al-Fateh di istana baginda
hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat
perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.
Sudah
tentu Muhammad Al-Fateh fasih dalam bahasa Arab. Muhammad Al-Fateh juga diajar
matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang
untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada Muhammad Al-Fateh. Lama sebelum
program pembebasan Konstantinopel dimulakan, Muhammad Al-Fateh telah berbincang
dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi
penawanan Konstantinopel sebelum ini.
Apa
rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk
mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan. Dari perbincangan itu,
antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
- Dinding tembok
itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh
meruntuhkannya. Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan dicari satu
teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu. Tentera Muhammad Al-Fateh
akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan
seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan
dalam penjara Konstantinopel dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam
dan panjang! Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia
perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila
diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya
akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng
besar itu sekarang telah menemui ruasnya.
- Rantai besi
yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan
dan pergerakan melalui laut. Sultan Muhammad Al-Fateh telah mencipta satu
plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah
yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang
pemimpin. Muhammad Al-Fateh mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat
pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh. Mesti disedia kan
dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5 km ke
lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang
telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal
itu. Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari
daratan dan muncul di hadapan Kota Konstantinopel sebelah lautan dengan
melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh.
400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan
pengepungan sebelah daratan.
- Lazimnya bila
tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada
serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng
pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama
setahun.
Sultan
Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinopel
itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan
semasa yang canggih.
Benteng
Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinopel
di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan
Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan
Bayazid Yildirim dahulu. Ia memang berjaya disedia kan seperti direncanakan.
Dari
mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad
Al-Fateh? Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan rohani kepada bakal
Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan
teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap
berminda strategik dan kreatif.
Sultan
Muhammad Al-Fateh dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari
jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum
melancarkan misinya. Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru
baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang
disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera
terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinopel.
Sasaran,
visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata
berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad Al-Fateh mengimpikan bagindalah pembebas
itu! Muhammad Al-Fateh bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah
sebuah kenyataan.
Dari
sudut kepimpinan, bapa Muhammad Al-Fateh seorang yang berpandangan jauh. Sejak
umur 14 tahun, Muhammad Al-Fateh telah diminta menguruskan empayar dengan
alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah. Namun, dalam dua keadaan
kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniyyah.
Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad Al-Fateh diberikan peluang untuk
menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu. Melalui pendedahan
berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.
Ditambah,
sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan kerohanian dan
kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu
berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad
Al-Fateh. Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota
itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota! Pada hari
pembukaan Kota Konstantinopel yang bersejarah itu, Sultan Muhammad Al-Fateh
bersujud syukur.
Sepanjang
kempen, Muhammad Al-Fateh tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir
dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis
Nabi s.a.w bahawa Konstantinopel akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan
merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w itu.
Pada
kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinopel yang
baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat
Jumaat yang pertama itu. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat
Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w
dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.
Sekarang,
marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk
Sultan Muhammad. Salah seorang di antara mereka ialah Ahmad ‘ibn Ismail
Al-Kori. Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad
Al-Fateh. Seorang yang warak, tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain
memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama
mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka
tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad Al-Fateh
menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al-Quran yang diadakan di istana baginda
selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.
Ahmad
ibn Ismail lah yang mengajarkan Al-Quran, hukum-hukum agama dan kepatuhan
padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad Al-Fateh
dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas
pemerintah.
Kedua
ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba’q
Shamsuddin. Baginda meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap
keperibadian Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda telah menginspirasikan Sultan
Muhammad Al-Fateh meningkaatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar
Uthmaniyyah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Bagindalah
yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad Al-Fateh bahawa baginda adalah raja
terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab
mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.
Bagindalah
yang telah merotan Muhammad Al-Fateh di masa kecil tanpa sebab. Bagindalah yang
mententeramkan Sultan Muhammad Al-Fateh yang menangis kerana enggan menjadi
raja. Bagindalah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh sama ada
baginda boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada
ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga
lagi.
Shamsuddin
meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi
pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.
Kerana itu lah, baginda dikenali sebagai Penakluk Rohani Konstantinopel. Guru
yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan
pada sisi lain Sultan Muhammad Al-Fateh.
Pedang Malam Muhammad Al-Fateh
Dalam
sejarah, Islam pernah menawan benua Eropah. Siapa sangka salah satu dari
Panglima Perang ketika itu adalah seorang pemuda yang sangat soleh, berusia 21
tahun, yang bernama Sultan Muhammad Al-Fateh. Muhammad Al-Fateh merupakan
seorang sultan Turki Utsmaniyyah yang
menawan Kemaharajaan Romawi Timur.
Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai 6
bahasa ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, pilih tanding, dan
tawaduk.
Kejayaannya
dalam menawan Konstantinopel menyebabkan
ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik dan strategi
peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan
tenteranya. Muhammad Al-Fateh jugalah yang mengganti nama Konstantinopel
menjadi Islambul (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah diganti oleh Mustafa Kemal Ataturk menjadi Istanbul.
Untuk
memperingati jasanya, Masjid
Al-Fateh telah dibina di sebelah makamnya. Diceritakan bahawa tentera
Sultan Muhammad Al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan
separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak baligh.
Hanya Sulthan Muhammad Al-Fateh saja yang tidak pernah meninggalkan solat
wajib, tahajud dan rawatib sejak baligh hingga ketika kematiannya.
Kejayaan
dan kejayaan hidup telah diraih pada usia yang begitu muda. Muhammad Al-Fateh
dikenang jutaan manusia sepanjang abad. Harum nama Sultan Muhammad Al-Fateh
diperoleh berkat kesolehan, keberanian dan kemuliaan akhlaknya. Sebagai
jenderal baginda memimpin laskar Islam menawan benteng terkuat imperium Byzantium,
Konstantinopel. Kota ini diubahnya menjadi kota Istambul. Dari sini Muhammad
Al-Fateh menebarkan kasih sayang Islam di bumi Eropah.
Apa
rahsia di sebalik semua kejayaan baginda? Ternyata rahsianya baginda sangat
kuat solat malamnya iaitu tahajud. Bukankah
Rasulullah s.a.w menegakkan solat tahajud sepanjang malam dan setiap hari?
Bukankah baginda Rasulullah s.a.w solat tahajud merupakan kewajiban yang tidak
boleh baginda tinggalkan dalam setiap perjuanganya.
Jika
anda bertanya, apakah benar Muhammad Al-Fateh sudah melakukan tindakan besar
yang megubah sejarah peradaban dunia? Ya,
dalam sejarah, hal ini tidak aneh. Bukankah sahabat Rasulullah s.a.w bernama
Usamah juga menjadi panglima perang dalam usia 18 tahun. Sementara yang menjadi
perajurit nya adalah Umar bin Khatab sahabat Rasulullah s.a.w yang waktu itu
sudah tua. Ini menunjukkan betapa kualiti keimanan dan kekuatan rohani Usamah
menjadi salah satu ukuran yang dipertimbangkan Rasulullah s.a.w ketika
menetapkan Usamah memimpin ekspedisi tentera menghadapi kekuatan super power
Romawi?
Namun
Sang Pedang Malam, orang Asia yang bernama Muhammad Al-Fateh telah merontokkan super
power Romawi pada 1453, agak unik. Muhammad Al-Fateh pakar solat malam
(tahajud), pakar qiyamul lail. Muhammad
Al-Fateh selau hubungan dengan tenaga terbesar di alam semesta ini, Allah
s.w.t. Muhammad Al-Fateh selalu taqarrub, mendekatkan diri kepada Allah
s.w.t, Pemilik dan Penguasa Tunggal Alam semesta.
Sejak
kecil Sultan Muhammad Al-Fateh dididik oleh seorang wali. Baginda tumbuh
menjadi remaja yang memiliki keperibadian unggul. Baginda jadi Sultan, dalam
usia 19 tahun menggantikan si ayah. Bagaimana sifat Sultan Muhammad Al-Fateh
sehingga baginda mampu memetik kejayaan dalam hidupnya dengan sangat efektif,
merebut benteng Konstantinopel yang kukuh itu.
‘Sifatnya
tenang, berani, sabar menanggung penderitaan, tegas dalam membuat keputusan dan
mempunyai kemampuan mengawasi diri (self control) yang luar biasa.
Kemampuanya dalam memimpin dan mengatur pemerintahan sangat menonjol.’
Sultan
Muhammad Al-Fateh sangat tegas terhadap musuh. Namun, lembut kalbunya bagai
selembar sutera dalam menghadapi rakyat yang dipimpinnya. Kebiasaan Sultan
Muhammad Al-Fateh, unik. Baginda selalu berkeliling pada malam hari, memeriksa
keadaan teman dan rakyatnya. Sengaja baginda berkeliling untuk memastikan agar
rakyat dan kawan-kawanya menegakkan solat malam dan qiyamullail.
Qiyamullail,
solat tahajud, inilah senjata utama Muhammad Al-Fateh dalam mengharungi
kehidupan di dunia yang fana ini. Inilah Pedang Malam, yang selalu diasahnya
dengan tulus ikhlas dan kyusuk, ditegakkan setiap malam. Dengan pedang malam ini timbul tenaga
yang luar biasa dari pasukan Muhammad Al-Fateh.
Sejarah
telah mencatatkan bahawa Muhammad Al-Fateh yang baru berusia 21 tahun berjaya
menggapai berjaya besar, menerobos benteng Konstantinopel, setelah dikepung
beberapa bulan maka takluklah Konstantinopel. Betapa kualiti karakter dan
keimanan mereka sebagai muslim sungguh bernilai tinggi, sungguh jujur, pasukan
Islam Muhammad Al-Fateh. Terlukislah pemandangan yang menakjubkan sejarawan
barat dan timur. Dalam sejarah ditulis, bahawa pasukan Sultan Muhammad Al-Fateh
tiba di kota Konstantinopelpada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857 Hijrah atau 6 April 1453 Masehi.
Di
hadapan tenteranya, Sultan Muhammad Al-Fateh lebih dahulu berkhutbah mengingatkan
tentang kelebihan jihad, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di
hadapan Allah s.w.t. Muhammad
Al-Fateh juga membacakan ayat-ayat Al-Quran
mengenainya serta hadis Nabi Muhammad s.a.w tentang pembukaan kota Konstantinopel. Ini
semua memberikan semangat yang tinggi pada bala tentera dan lantas mereka
menyambutnya dengan zikir, pujian dan doa kepada Allah s.w.t.
Sultan
Muhammad Al-Fateh pun melancarkan serangan besar-besaran ke benteng Byzantium
di sana. Takbir ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar!’ terus membahana di angkasa
Konstantinopel seakan-akan meruntuhkan langit kota itu. Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fateh
bersama tenteranya berusaha keras membersihkan diri di hadapan Allah s.w.t.
Mereka
memperbanyakkan solat, doa, dan zikir. Hingga tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jumadil Awal 857 Hijrah atau bertepatan dengan tanggal 29 Mei 1453 Masehi, serangan utama
dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir
kalimah tauhid sambil menyerang kota.
Tentera Utsmaniyyah akhirnya berjaya menembusi benteng
pertahanan kota Konstantinopel melalui
Pintu Edirne dan
mereka mengibarkan bendera Daulah Utsmaniyyah di puncak kota. Kesungguhan dan
semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fateh, akhirnya berjaya
mengantarkan cita-cita mereka.
Sejak abad kelapan sahabat Rasulullah s.a.w berusaha merebut benteng ini. Salah seorangnya ialah Abu Ayyub Al-Anshari namun gagal. Baru setelah enam abad kemudian benteng itu berjaya direbut di bawah pimpinan Muhammad Al-Fateh. Kerana jasanya inilah baginda diberi gelar Al-Fateh (Sang Pembuka) iaitu membuka kota Byzantium yang dulunya adalah Konstantinopel. Baginda adalah seorang pemberani, pakar strategi tentera juga istiqamah dalam solat tahajudnya.
Itulah
sebuah kisah sejarah yang sungguh indah dalam bungkai ketakwaan kepada Allah
s.w.t. Kisah Pedang Malam yang merupakan rahsia berjaya dari seorang peribadi
penggubah sejarah, bernama Muhammad Al-Fateh, orang asia asal Turki, yang baru
berusia 21 tahun. Solat tahajud merupakan modal yang sangat penting untuk
membina kekuatan ruhiyah dalam kejayaan Al-Fateh kemudian hari. Sehingga Islam gemilang,
berpendar-pendar cahayanya selama 500 tahun di bumi Eropah sejak abad ke-15.
Semuanya berasal dari Pedang Malam Muhammad Al-Fateh yang amat begitu luar
biasa.
Kewujudan
Muhammad Al-Fateh telah diprediksi oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya: ‘Kota Konstantinopel akan jatuh ke
tangan Islam. Pemimpin yang menawannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan
yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.’ (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal
Al-Musnad 4/335). Dalam hadis lain diriwayatkan: ’Aku mendengar baginda Rasulullah s.a.w mengatakan seorang
lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin
mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia
akan memimpin sebaik-baik tentera seperti
yang telah diisyaratkan oleh baginda.’ (Abu Ayyub al-Anshari)
Muhammad Al-Fateh: Kunci Kejayaan Istanbul
Istanbul atau yang dulu dikenal sebagai Konstantinopel,
adalah salah sebuah bandar termasyhur dunia. Bandar ini tercatat dalam tinta
emas sejarah Islam khususnya pada masa Kesultanan Uthmaniyyah, ketika meluaskan
wilayah sekaligus melebarkan pengaruh Islam di banyak negara.
Bandar ini
didirikan tahun 330 Masehi oleh Maharaja Byzantium yakni Costantine I.
Kedudukannya yang strategik, membuatnya punya tempat istimewa ketika umat Islam
memulai pertumbuhan pasa masa Kemaharajaan Byzantium. Rasulullah s.a.w juga
telah beberapa kali memberikan khabar gembira tentang penguasaan kota ini ke
tangan umat Islam seperti dinyatakan oleh baginda Rasulullah pada Perang
Khandak.
Para khalifah
dan pemimpin Islam juga selalu berusaha menawan Konstantinopel. Usaha pertama
dilancarkan tahun 44 Hijrah pada zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Akan
tetapi, usaha itu gagal. Usaha yang sama juga dilakukan pada zaman Khilafah
Umaiyyah.
Pada zaman
pemerintahan Abbasiyyah, beberapa usaha diteruskan tetapi masih menemui
kegagalan termasuk pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid tahun 190 Hijrah.
Setelah kejatuhan Baghdad tahun 656 Hijrah, usaha menawan Konstantinopel
diteruskan oleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Timur (Anatolia) terutama
Kerajaan Seljuk. Pemimpinnya, Alp Arslan (455-465 Hijrah/1063-1072 Masehi)
berjaya mengalahkan Maharaja Rom, Dimonos, tahun 463 Hijrah/1070 Masehi.
Akibatnya sebahagian besar wilayah Kemaharajaan Rom takluk di bawah pengaruh
Islam Seljuk.
Awal kurun
ke-8 Hijrah, Daulah Uthmaniyyah mengadakan kesepakatan bersama Seljuk.
Kerjasama ini memberi nafas baru kepada usaha umat Islam untuk menguasai Konstantinopel.
Usaha pertama dibuat pada zaman Sultan Yildrim Beyazid ketika dia mengepung
bandar itu tahun 796 Hijrah/1393 Masehi. Peluang yang ada telah digunakan oleh
Sultan Beyazid untuk memaksa Maharaja Byzantium menyerahkan Konstantinopel
secara aman kepada umat Islam. Akan tetapi, usahanya menemui kegagalan kerana
datangnya bantuan dari Eropah dan serbuan bangsa Mongol di bawah pimpinan Timur
Leng.
Selepas Daulah
Usmaniyyah mencapai perkembangan yang lebih maju dan terarah, semangat jihad
hidup kembali dengan nafas baru. Hasrat dan kesungguhan itu telah mendorong
Sultan Murad II (824-863 Hijrah/1421-1451 Masehi) untuk meneruskan usaha
menawan Konstantinopel. Beberapa usaha berjaya dibuat untuk mengepung kota itu
tetapi dalam masa yang sama terjadi pengkhianatan di pihak umat Islam. Maharaja
Byzantium menabur benih fitnah dan mengucar-kacirkan barisan tentera Islam.
Usaha Sultan Murad II tidak berjaya sampai pada zaman anak baginda, Sultan
Muhammad Al-Fateh, sultan ke-7 Daulah Uthmaniyyah.
Semenjak
kecil, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mencermati usaha ayahnya menawan Konstantinopel.
Bahkan baginda mengkaji usaha-usaha yang pernah dibuat sepanjang sejarah Islam
ke arah itu, sehingga menimbulkan keinginan yang kuat baginya meneruskan
cita-cita umat Islam. Ketika naik tahta pada tahun 855 Hijrah/1451 Masehi, dia
telah mulai berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota tadi.
Kekuatan
Sultan Muhammad Al-Fateh terletak pada ketinggian peribadinya. Sejak kecil, dia
dididik secara intensif oleh para ulama terulung pada zamannya. Pada zaman
ayahnya, iaitu Sultan Murad II, Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani telah
menjadi murabbi Amir Muhammad (Al-Fateh). Sultan Murad II telah
menghantar beberapa orang ulama untuk mengajar anaknya sebelum itu, tetapi
tidak diterima oleh Amir Muhammad. Lalu, dia menghantar Asy-Syeikh Al-Kurani
dan memberikan kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika membantah
perintah gurunya.
Waktu bertemu
Amir Muhammad dan menjelaskan tentang hak yang diberikan oleh Sultan, Amir
Muhammad tertawa. Dia lalu dipukul oleh Asy-Syeikh Al-Kurani. Peristiwa ini
amat berkesan pada diri Amir Muhammad lantas setelah itu dia terus menghafal
Al-Quran dalam waktu yang singkat. Di samping itu, Asy-Syeikh Ak Samsettin
(Syamsuddin) merupakan murabbi Sultan Muhammad Al-Fateh yang hakiki. Dia
mengajar Amir Muhammad ilmu-ilmu agama seperti Al-Quran, hadis, fikih, bahasa
(Arab, Parsi dan Turki), matematik, falak, sejarah, ilmu peperangan dan
sebagainya.
Syeikh
Semsettin lantas meyakinkan Amir Muhammad bahawa dia adalah orang yang
dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis pembukaan Konstantinopel.
Ketika naik takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Semsettin untuk
menyiapkan bala tentera untuk penaklukan Konstantinopel. Peperangan itu memakan waktu selama 54 hari.
Persiapan pun dilakukan. Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menghimpun sebanyak
250 ribu tentera. Para mujahid lantas diberikan latihan intensif dan selalu
diingatkan akan pesan Rasulullah s.a.w berkaitan pentingnya Konstantinopel bagi
kejayaan Islam.
Setelah proses
persiapan yang teliti, akhirnya pasukan Sultan Muhammad Al-Fateh tiba di kota Konstantinopel
pada hari Kamis 26 Rabiul Awal 857 H atau 6 April 1453 Masehi. Di hadapan tenteranya,
Sultan Muhammad Al-Fateh lebih dahulu berkhutbah mengingatkan tentang kelebihan
jihad, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah
s.w.t.
Muhammad
Al-Fateh juga membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadis Nabi s.a.w
tentang pembukaan kota Konstantinopel. Ini semua memberikan semangat yang
tinggi pada bala tentera dan lantas mereka menyambutnya dengan zikir, pujian
dan doa kepada Allah s.w.t.
Sultan
Muhammad Al-Fateh pun melancarkan serangan besar-besaran ke benteng Byzantium di
sana. Takbir ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar!’ terus membahana di angkasa Konstantinopel.
Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fateh bersama tenteranya berusaha keras
membersihkan diri di hadapan Allah s.w.t. Mereka memperbanyakkan solat, doa,
dan zikir.
Hingga tepat
jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857 Hijrah atau bertepatan dengan
tanggal 29 Mei 1453, serangan utama dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan
supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota. Tentera Uthmaniyyah
akhirnya berjaya menembusi kota Konstantinopel melalui Pintu Edirne dan mereka
mengibarkan bendera Daulah Uthmaniyyah di puncak kota. Kesungguhan dan semangat
juang yang tinggi di kalangan tentera Muhammad Al-Fateh, akhirnya berjaya mencuarkan
cita-cita mereka.
Wasiat Muhammad
Al-Fateh
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: ’Kota Konstantinopel akan
jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menawannya adalah sebaik-baik pemimpin dan
pasukan yang berada di bawah arahannya adalah sebaik-baik pasukan.’ (Hadis
riwayat Imam Ahmad).
Menjalani hari-hari terakhirnya setelah diracun,
Muhammad Al-Fateh merasaan kematian mungkin akan segera datang. Muhammad Al-Fateh telah lakukan apa yang baginda boleh rasa boleh. Muhammad Al-Fateh telah jalani apa yang baginda yakini mesti. Baginda
telah berikan apa yang baginda punyai. Muhammad Al-Fateh tunaikan apa yang baginda tahu itu menjadi
tanggungjawabnya. Maka bila takdir telah membuatnya berkuasa pada usia muda dan
harus membuatnya mati dalam usia yang belum terlalu tua, hari itu baginda
merasa layak untuk bersuara. Bila baginda harus mencari alasan, mungkin
hanya satu: baginda telah melaksanakannya!
Maka kepada anaknya baginda sampaikan wasiat,
kumpulan kata-katanya yang terukir abadi. Seperti abadinya bukti-bukti sejarah Konstantinopel
yang telah baginda taklukkan. Pusat Byzantium yang dirindukan dan diimpikan
para penguasa itu pun telah berada dalam rengkuhan Islam. Lahir dengan nama
kota yang baru: Istanbul, mengukir pula ke banyak penjuru Eropah kedamaian baru
sesudah itu.
Kepada anaknya Muhammad Al-Fateh berwasiat, dalam
rangkaian nasihat yang kekal, seperti kekalnya gelar yang baginda rengkuh,
sebuah karunia mulia dari janji puji Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan
Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w bersabda: ’Kota Konstantinopel akan
jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menawannya adalah sebaik-baik pemimpin dan
pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.’
Tiga puluh satu tahun setelah dilaluinya dalam
pegabdian, kerja, karya, yang luar biasa. Bila kemudian pada hari itu baginda
hendak bersuara, itu sudah semestinya. Baginda hendak bersuara atas apa yang
telah dilakukannya, sebagai sebuah wasiat untuk anaknya yang akan meneruskan
kepemimpinannya.
‘Aku sudah di ambang kematian. Tetapi aku berharap
aku tidak bimbang, kerana aku meninggalkan seseorang sepertimu. Jadilah seorang
pemimpin yang adil, soleh dan penyayang. Rentangkan pengaruhmu untuk rakyatmu,
tanpa kecuali, bekerjalah untuk menyebarkan Islam. Kerana sesungguhnya itu
merupakan kewajian para penguasa di muka bumi. Dahuluklan urusan agama atas
apapun urusan lainnya. Dan janganlah kamu jemu dan bosan untuk terus
menjalaninya.’
‘Janganlah engkau angkat jadi pegawaimu mereka yang
tidak peduli dengan agama, yang tidak menjauhi dosa besar, dan yang tenggelam
dalam dosa. Jauhilah olehmu bid’ah yang merosakkan. Jagalah setap jengkal tanah
Islam dengan jihad. Lindungi harta di baitul
maal jangan sampai binasa. Janganlah sekali-kali tanganmu mengambil harta
rakyatmu kecuali dengan cara yang benar sesuai ketentuan Islam. Pastikan mereka
yang lemah mendapatkan jaminan kekuatan darimu. Berikanlah penghormatanmu untuk
sesiapa saja yang memang berhak.’
‘Ketahuilah, sesungguhnya para ulama adalah poros
kekuatan di tengah tubuh negara, maka muliakanlah mereka. Semangati mereka.
Bila ada dari mereka yang tinggal di negeri lain, hadirkanlah dan hormatilah
mereka. Cukupilah keperluan mereka.’
‘Berhati-hatilah, waspadalah, jangan sampai engkau
tertipu oleh harta mahupun tentera. Jangan sampai engkau jauhkan ahli syariat
dari pintumu. Jangan sampai engkau cenderung kepada pekerjaan yang bertentangan
dengan ajaran Islam. Kerana sesungguhnya agama itulah tujuan kita, hidayah
itulah jalan kita. Dan oleh sebab itu kita dimenangkan.’
‘Ambilah dariku pelajaran ini. Aku hadir ke negeri
ini bagaikan seekor semut kecil. Lalu Allah s.w.t telah memberi nikmat yang
besar ini. Maka tetaplah di jalan yang telah aku lalui. Bekerjalah untuk
memuliakan agama Islam ini, menghormati umatnya. Janganlah engkau hamburkan wang
negara, berfoya-foya, dan menggunakannya melampaui batas yang semestinya.
Sungguh itu semua adalah sebab-sebab terbesar datangnya kehancuran.’
Itulah wasiat Muhammad Al-Fateh. Itulah bicaranya.
Sepertinya baginda sangat tahu, betapa kekuasaan adalah panggung yang menggoda
ramai orang untuk banyak bercakap tetapi sedikit kerja. Menghamburkan wang dan
berfoya-foya. Melupakan agama dan menindas yang lemah.
Muhammad Al-Fateh sang penakluk itu hendak meneguhkan
kembali sikap dan pilihannya sebagai ‘penguasa-pekerja’, maksudnya penguasa
yang banyak bekerja yang memberian wasiat kepada anaknya, yang sebentar lagi
akan meneruskan tugasnya. Maka kata-katanya, bicaranya, hari itu tak lain
adalah cerita tentang kerjanya. Bahkan saripatinya.
Tiga puluh tahun lebih masa kerjanya, masa
pejuangannya, baginda ringkas dalam beberapa kalimat wasiat yang sarat dengan
makna yang hakiki. Sebahagian kita mungkin memang orang besar, yang merasa
wajar untuk banyak bercakap. Tetapi dalam kebesaran yang kita percayai sekalipun,
seringkali industri bercakap telah memoles diri kita bukan seperti apa yang
sesungguhnya.
Maka kesempatan kita untuk bekerja sangat sedikit.
Sebab waktu kita habis untuk bercakap. Dan untuk menguatkan bercakap kita
sebelumnya, kita perlu lagi bercakap. Lalu untuk menjaga kesinambungan
kebesaran kita dengan bercakap itu, kita memerlukan lagi bercakap berikutnya.
Pertanyaannya adalah, bila kita kerja?
Bila hidup ini hanya kita isi dan penuhi dengan
bercakap, namun pengabdian kita akan kerjaya apa pun sangat rendah, maka karya
kita tidak pernah luar biasa. Ketekunan kita ringkih. Maka peninggalan kita tak
ada yang abadi. Terlepas keyakinan yang ada di dalamnya yang mungkin kita boleh
saja berseberangan, lihatlah peninggalan sejarah peradaban masa lalu yang demikian
tinggi dan tidak ternilai harganya, Masjid Agung Demak, Candi Borobudur dan
Candi Prambanan, Taj Mahal di India, dan sebagainya, adalah bukti sejarah
bahawa para pemimpin masa lalu adalah pemimpin yang sedikit bercakap dan banyak
kerja.
Itu sebabnya, Umar bin Khatab menegaskan prinsip penilaiannya akan kualiti seseoang, ’Yang
paling aku cintai dari kalian sebelum aku mengenal kalian adalah yang paling
baik riwayat hidupnya. Tetapi bila kalian telah bercakap, yang paling aku
cintai adalah yang paling fasih bicaranya.’ Tetapi setelah aku uji
kalian, maka yang paling aku cintai adalah yang paling baik
pekerjaannya.
Muhammad Al-Fateh, sebagaimana dikatakannya, baginda
tidak merasa bimbang kesempatan hidupnya berakhir. Sebab baginda telah
berbuat apa yang perlu baginda lakukan. Baginda telah lakukan apa yang baginda
rasa boleh. Baginda telah jalani apa yang baginda yakini. Baginda telah berikan
apa yang baginda punyai. Baginda hanya memastikan anaknya (penerusnya) akan
melanjutkan apa yang telah dijalaninya. Bercakap banyak sebelum kerja adalah
mimpi. Kesungguhanlah yang akan membuktikannya. Bercakap setelah kerja adalah
prasasti. Kesabaran menahan dirilah yang akan membuatnya abadi.
Sejarah telah mencatatkan bahawa Muhammad Al-Fateh
sesungguhnya tidak hanya berperanan besar dalam hal perluasan wilayah Islam,
tetapi juga dalam menata negerinya menjadi negeri yang sangat
maju. Baginda secara serius melakukan banyak perbaikan dalam hal
perekonomian, pendidikan dan lain-lain. Baginda membangun Istanbul menjadi
pusat pemerintahan yang sangat indah dan maju di samping sebagai bandar ekonomi
yang berjaya.
Muhammad Al-Fateh adalah pemimpin yang memperhatikan
kesejahteraan rakyatnya. Baginda selalu berusaha mendengar keluhan-keluhan
rakyatnya. Sering kali baginda turun ke jalan untuk mengamati keadaan rakyatnya
secara langsung. Itulah sekilas perjalanan hidup Muhammad Al-Fateh yang telah
memperlihatkan semangat jihad tinggi serta peribadi yang mulia.
Sesungguhnya rahsia apa yang ada dalam diri Muhammad
Al-Fateh sehingga mempunyai semangat juang yang teramat tinggi? Barang kali
baginda memahami ayat Al-Quran surah Al-Qasas ayat 77 yang bermaksud: ’Dan carilah (pahala) negeri
akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah
kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain)
sebagaimana Allah telah berbuat baik padamu, dan janganlah kamu berbuat
kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.
Dan bekerjalah, wahai keluarga Daud, sebagai (ungkapan) syukur (kepada Allah)’
Tentu benar, ketaatan beribadah (dalam erti ritual)
menjadi syarat mutlak ketaatan seseorang, namun sesungguhnya kalau kita kaji
lebih dalam Islam adalah agama yang sangat menjunjung tinggi kerja, amal soleh
(yang ertinya perbuatan baik), atau tindakan. Kerja adalah bahagian
penting dari ibadah.
Islam adalah agama kerja. Semua kegiatan ibadah
memiliki benang merah yang sama. Kegiatan ibadah adalah merupakan penyucian
jiwa, pengisian dengan sifat-sifat suci Allah, pengagungan dan berkomunikasi
dengan Allah, yang harus diwujudkan dalam amal soleh – kerja kepada sesama.
Bekerja bukan hanya dianjurkan untuk memberi manfaat kepada manusia, tetapi
juga sangat dipuji jika bermanfaat bagi makhluk yang lain.
Rasulullah s.a.w. bersabda, ’Seorang muslim yang menanam
atau menabur benih, lalu ada sebahagian yang dimakan oleh burung atau manusia,
atapun oleh binatang, nescaya semua itu akan menjadi sedekah baginya.’ (Riwayat
Bukhari, Muslim dan Ahmad).
Banyak sekali ayat-ayat tentang alam semesta, dari
yang besar mengenai galaksi hingga haiwan-haiwan kecil seperti semut, semua
mengikuti perintah Allah s.w.t dengan bekerja secara terus menerus. Sehingga
kita bekerja pada dasarnya adalah seirama dengan gerak universal alam semesta, seirama
dengan sujud alam semesta.
Kahlil Gibran telah membuat puisi yang sangat indah:
Kau bekerja, supaya langkahmu
seiring irama bumi.
Serta perjalanan roh jagad
ini.
Berpangku tangan menjadikanmu
orang asing bagi musim,
Serta keluar dari kehidupan
itu sendiri.
Yang menderap perkasa, megah
dalam ketaatannya menuju keabadian masa.
Kisah ini dengan sengaja penulis paparkan kembali
untuk memberikan semangat dan motiavasi agar kita tidak kehilangan arah dalam
menjalani hidup. Tentukanlah skala prioriti dalam hidup yang kita akan jalani
dan mungkin tidak akan lama ini, kemudian buatlah langkah-langkah pentahapan
untuk melaluinya. Buatlah janji dan komitmen kepada diri sendiri untuk
menjalaninya dengan sedikit bercakap dan benyak kerja, dan tidak lupa mohonlah
bimbingan dan rahmat Allah s.w.t. Agar anda diberikan kemudahan untuk
melaksanakannya.
Mencari Kemenangan
Dengan Acuan Allah s.w.t
‘Allah
s.w.t selamatkan penduduk Mekah yang jahiliah itu. Mereka bukan sahaja
mengotorkan Masjidil Haram dengan lebih 300 patung, malah bertawaf secara
bertelanjang. Tetapi Allah s.w.t selamatkan mereka dari serangan Abrahah,’
penulis cuba mengimbas situasi Mekah di ambang kelahiran Rasulullah s.a.w.
‘Jika
penduduk Mekah yang jahiliah itu, Allah s.w.t selamatkan mereka dari
kebinasaan, mengapa Allah s.w.t tidak selamatkan umat Islam dewasa ini? Mengapa
umat Islam terus kalah dan kalah? Bukankah kita yang menyembah Allah s.w.t?
Bukankah kita yang berjuang dengan nama Allah s.w.t? Kenapa Allah s.w.t tidak
tolong kita?’ soalan yang mengganggu fikiran penulis ini semakin kritikal.
Malah
jika direnung kepada keadaan semasa, yang jahat dan jahiliah itu terus menang
dan menang, namun Islam dan kebenaran terus lemah tertindas, bagai tidak
terbantu. Di manakah silapnya? Fikiran meraba, tangan meraba... lembaran kalam
Allah s.w.t diselak satu persatu dan kita sampai kepada janji Allah s.w.t ini:
‘Dan Allah s.w.t tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai
Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah s.w.t tidak akan menyeksa mereka
sedang mereka beristighfar (meminta ampun).’ (surah Al-Anfaal : 33)
Itu
janji Allah s.w.t. Bahawa tiada kaum yang terbiar menderita, jika di kalangan
mereka itu ada Muhammad s.a.w. Biarpun penduduk Mekah itu jahiliah, tetapi dek
kerana dari mereka itulah lahirnya Rasulullah s.a.w, maka kewujudan Muhammad
itu menjadi sebab untuk Allah s.w.t selamatkan mereka, sebagaimana Allah s.w.t
menyelamatkan umat Badar, Uhud malah yang kritikal seperti Khandaq.
Hari
ini Rasulullah s.a.w secara fizikalnya tidak ada dan tidak akan ada kerana
jasadnya sudah pulang ke asal. Tetapi bagaimana dengan cara kita
beragama? Samakah Islam kita dengan Islam Rasulullah s.a.w? Serupakah
cara kita mencari kejayaan dan kemenangan, jika dibandingkan dengan cara Rasulullah
s.a.w? Atau dalam bahasa yang lebih mudah, ada atau tidak Rasulullah s.a.w itu
dalam kehidupan seharian kita? Hidup minum dan makan, serta hidup di medan
perjuangan?
Mungkin
Rasulullah s.a.w tiada biarpun di sisi mereka yang bernama Rasulullah s.a.w dan
berjuang kerana cinta kepada Rasulullah s.a.w lantaran tidak mengikut acuan
yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w: ‘Acuan Allah s.w.t? Apakah ada yang lebih
baik dari acuan Allah s.w.t, sedang kita ini kepada-Nya, adalah
hamba.‘ (surah Al-Baqarah: 138)
Jalan Keluar
Di
belakang mereka maut, di depan juga maut. Musa dan Bani Israel yang beriman itu
dikepung maut. Di belakang mereka adalah Firaun dan bala tenteranya, manakala
di hadapan mereka adalah laut yang luas terbentang. Jika dihitung pada upaya
helah akal manusia, tiada lagi jalan keluar.
Tetapi
putus asa dari rahmat Allah s.w.t itu bukan sifat golongan yang layak dibantu.
Kerana segala kesempitan dunia itu, tidak terbanding oleh kuasa Allah s.w.t
untuk menghulur keselamatan.
‘Barangsiapa
yang bertakwa kepada Allah s.w.t nescaya akan dijadikan untuknya jalan keluar
(dari belenggu masalah) dan dikurniakan rezeki dari sumber yang tidak
disangka-sangka.’ (surah Al-Thalaq: 2-3)
Laut
itu terbelah, membentangkan jalan keselamatan dan pertolongan yang tidak
disangka-sangka buat Musa dan Bani Israel. Mereka yang kerdil itu terselamat
dan meneruskan perjalanan, Firaun yang gagah, lama berkuasa lagi mencengkam
rakyatnya itu tenggelam, binasa... kerana mereka terlalu kerdil di sisi
Allah s.w.t yang Maha Gagah lagi Perkasa. Syaratnya adalah takwa.
Syarat Takwa
Takwa
itu bukan slogan. Ia bukan modal khatib melenakan jemaah Jumaat. Takwa adalah
kayu ukur Allah s.w.t terhadap kualiti insan. Sebaik-baik kamu adalah yang
paling tinggi nilai takwanya.
‘Apa
itu takwa?’ tanya Umar Al-Khattab kepada Ubai bin Ka’ab.
‘Pernah
kamu susuri jalan yang penuh duri?’ balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang
menduga.
‘Pernah
saja,’ jawab Umar Al-Khattab.
‘Apa
yang kamu lakukan?’ pintas Ubai.
‘Aku
angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati,’ jawab Umar
Al-Khattab lagi.
‘Itulah
takwa!’ tegas Ubai bin Ka’ab terhadap soalan Umar Al-Khattab tentang takwa.
Takwa
itu adalah kualiti manusia yang merentas jalan berliku. Ada manfaat ada
mudarat, ada yang boleh ada yang jangan. Seorang ahli takwa itu akan mengambil
kira semuanya. Melangkah dengan penuh kesedaran, bijak mengawal pergerakan, dan
peduli kepada setiap yang menjadi cabaran di sepanjang perjalanan itu. Itulah
takwa.
Orang
bertakwa bukan orang hidup ikut suka. Pejuang bertakwa bukan pejuang yang
berjuang ikut suka. Mereka mengambil kira segala peraturan Allah s.w.t, perkara
yang memenangkan, dan perkara yang membinasakan.
Peraturan Allah
s.w.t
Soalnya
peraturan Allah s.w.t itu bagaimana? ‘Patuh pada Al-Quran dan al-Sunnah,’ jawab
kita semua. Sahih, tepat, tetapi mungkin belum jelas, mungkin belum lengkap dan
belum praktikal.
Ketetapan
Allah s.w.t itu ada di dalam Al-Quran dan as-Sunnah, tetapi bukan di situ
sahaja adanya ketetapan Allah s.w.t dalam kehidupan ini. Ada petunjuk datang
dari nas, ada petunjuk datang dari peraturan alam. Peraturan nas itu adalah syariatullah.
Peraturan alam itu adalah sunnatullah.
Syariatullah Dan
Sunnatullah
Ketika
Rasulullah s.a.w mengajar kita melakukan urusan harian, Rasulullah s.a.w sering
memberikan demonstrasi perlakuan agama pada mematuhi syariatullah dan sunnatullah.
i. Urusan Harian
Lihat
sahaja urusan sembelihan. Kita diajar supaya memperelokkan sembelihan, dan
sunnahnya adalah pada Basmalah dan pisau yang tajam. Apakah faedah
menggunakan pisau yang tajam?
‘Ayam
tak sakit!,’ jawapan standard kebanyakan kita.
‘Syariat
diturunkan untuk faedah manusia, bukan ayam,’ itu ulasan penulis.
Penggunaan
pisau yang tajam akan mempercepatkan kerja. Kurang tenaga yang diperlukan namun
lebih hasilnya. Lebih efisyen, lebih efektif atau dalam bahasa hari ini,
Rasulullah s.a.w mengajar kita soal produktiviti. Maka keelokan pada sembelihan
bukan hanya pada Basmalah, tetapi juga pada pisau yang tajam.
ii. Urusan Perjuangan
‘Aku
Rasulullah, aku kekasih Allah s.w.t, Allah s.w.t memerintahkan aku berhijrah
dan berjuang, pasti Allah s.w.t membantu!?’
Pernahkan
Rasulullah s.a.w berfikiran begitu? Pernahkah Rasulullah s.a.w beranggapan
bahawa perjuangannya atas nama Allah s.w.t, Islam dan kebenaran, pasti
perjuangan itu akan menang, lantas baginda lengah dalam strategi dan persiapan?
Tidak sekali-kali.
Untuk
Hijrah, Rasulullah s.a.w memanfaatkan segala kebijaksanaan, memaksimakan segala
strategi hingga boleh menjadi prinsip kepada apa yang kemudiannya dinamakan
sebagai Sains Ketenteraan.
Begitu
banyak lambakan perancangan dan strategi Rasulullah s.a.w hingga sahabat
bertanya, mana satukah wahyu dan mana satukah pandangan profesional Rasulullah
s.a.w? Syariatullah pada wahyu menjadi suatu kepatuhan dan ketaatan,
manakala sunnatullah menuntut perbincangan, analisa dan bekerja secara
kolektif.
Tiada
tinggi rendah antara tuntutan Syariatullah dan Sunnatullah… kerana kedua-duanya
merupakan aturan Allah s.w.t untuk kesejahteraan kehidupan manusia. Ayat hukum
terbitan nas, dan ayat sains terbitan alam, kedua-duanya dilaksanakan sepenuh
hati.
Konstantinopel Dan
Ukuran Rabbani
Sikap
demikian terhadap persoalan syariatullah dan sunnatullah, bukan
hanya tercatat pada era Nubuwwah, malah ia terus menjadi kayu ukur kepada
kesempurnaan kerja Ummah pada agenda seterusnya.
‘Konstantinopel
itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (penawanan)nya
dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan)nya’ [Hakim, 4.422;
Bukhari, Tarikh al-Saghir, 139; I. Hanbal, 4.335]
44
Hijrah, Muawiyah bin Abi Sufian menghantar delegasi pertama umat Islam ke arah
menundukkan Konstantinopel. Ramai sahabat yang menyertainya, termasuk Abu Ayyub
Al-Ansari dan Ibn Abbas sendiri. Mereka pergi dengan keyakinan yang tinggi
terhadap janji Nabi s.a.w, bahawa Konstantinopel yang gah, sombong dan bongkak
itu akan tunduk kepada Islam, bukan terjajah tetapi untuk dibebaskan dari
perhambaan sesama mereka sendiri.
Bagaimanakah
kekuatan Konstantinopel? Bagaimana cuaca di sana? Bagaimana sosio politik
penduduknya? Sahabat Rasulullah s.a.w tidak mengetahuinya. Namun kerana yakin
dengan janji Rasulullah s.a.w bahawa kemenangan adalah untuk Islam, mereka
teruskan jua.
Misi
tidak berhasil. Bukan gagal, tetapi belum berjaya. Abu Ayyub Al-Ansari terbunuh
syahid. Biarpun mereka itu generasi sahabat yang dididik sendiri oleh
Rasulullah s.a.w, namun Allah s.w.t belum mengizinkan kemenangan kerana ada
pelajaran besar yang perlu ditekuni oleh ummah.
Usaha
diteruskan lagi pada zaman Sulaiman bin Abdul Malik, pada zaman Harun al-Rashid
dan terus dicuba dan dicuba hingga ke era Sultan Yildirim Beyazit (1389-1403)
dan Murat Ke-2 (1421-1451) di era Uthmaniyyah, janji Nabi s.a.w belum tertunai.
Hinggalah
muncul era pemerintah Kesultanan Uthmaniyyah, Sultan ke-7 bergelar Sultan
Muhammad bin Murad II menaiki takhta. Beliau insan biasa yang luar biasa. Luar
biasa pada keghairahannya terhadap misi Konstantinopel. Luar biasa pada
ketinggian akhlaq dan ilmunya. Luar biasa pada penguasaan kemahiran memerintah
dan peperangan. Luar biasa pada syariatullah dan sunnatullah yang
dijunjungnya atas nama takwa.
Sultan
Muhamamad Al-Fateh mengkaji aspek ketenteraan, aspek politik dan sosial Konstantinopel.
Beliau mengetahui serba serbi tentang kekuatan dan kelemahan kota yang bakal
ditundukkan itu lantas bertindak selaras dengannya. Malah bukan sahaja beliau
yang hebat, tentera-tenteranya juga sama tinggi.
Semasa
beliau bersama ribuan tenteranya bergerak menuju Konstantinopel, mereka telah
melintasi ladang anggur. Sultan Muhammad telah berpura-pura jatuh gering.
‘Hanya anggur sahaja yang mampu menyembuhkan sakit ini,’ katanya.
Tetapi
tidak ada seorang pun daripada tenteranya yang mempunyai buah anggur. Ladang
anggur yang bukan milik mereka itu tidak disentuh dan tidak pernah menjadi
salah satu daripada pilihan penyelesaian kepada masalah yang ada.
‘Beta
sudah sembuh!’ kata Sultan Muhamamd Al-Fateh.
Ternyata
tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Sultan Muhammad ‘sembuh’ dengan
ketinggian syariatullah pada takwa tenteranya, di samping sunnatullah
yang telah diperlengkapkan.
Setelah
tawaran perdamaian di saat akhir ditolak, serangan dilancarkan bertubi-tubi,
lebih sebulan pertempuran berlangsung dan akhirnya tibalah saat yang dijanjikan
Allah s.w.t dan Rasulnya, Constinopel rebah di tangan insan biasa yang luar
biasa, Sultan Muhammad bin Murad II, Sultan Muhammad Al-Fateh.
Insan
biasa yang luar biasa, menempa kejayaan hasil menggabungjalinkan syariatullah
dan sunnatullah. Sabda Rasulullah s.a.w tentang kemenangan Islam di kota
Konstantinopel bukan berlaku di tangan generasi sahabat. Ia berhasil di tangan
sebaik-baik ketua dan sebaik-baik tentera, lebih 800 tahun selepas janji itu
dilafazkan Rasulullah s.a.w.
Formula Kemenangan
Islam
Itulah
formula kemenangan Islam. Islam tidak menang hanya kerana nama perjuangan itu
adalah perjuangan Islam. Kemenangan adalah untuk kesempurnaan usaha melengkapi
syarat kemenangan.
Ayuh
pejuang Islam, jika mahu menangkan Islam, jangan berikan alasan tembok Konstantinopel
itu terlalu kukuh untuk runtuh. Jangan beri alasan perjalanannya yang jauh.
Jangan beri alasan bahawa helahnya licik bagi belut di liku selut. Kemenangan
itu dekat, jika pejuangnya melengkapi syarat takwa. Iaitu pada mematuhi syariatullah
dan sunnatullah.
Integiriti
itu penting. Komitmen kepada hukum syarak semasa turun berjuang itu penting.
Halal haram itu sentiasa penting. Efisyensi rekod dan pengurusan itu penting.
Penggunaan segala skil komunikasi itu penting. Teknologi itu penting. Syariat
dan sains kedua-duanya itu penting. Itulah formula memenangkan Islam.
Motivasi Akhir
‘Kota
Konstantinopel itu akan berada di tangan umat ini,’ pesan Rasulullah s.a.w
kepada sahabat yang keletihan di medan Khandaq. Konstantinopel? Janji itu keterlaluan. Masakan tidak. Penduduk Madinah hanya
segelintir. Mereka itu pula antara hidup dan mati, tatkala dikepung segenap
musuh Arab yang bergabung membentuk tentera Ahzab. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w
memberikan janji bahawa kita yang kecil, antara hidup dan mati ini, akan menundukkan
Konstantinopel, kota terbesar di dunia itu.
Apakah
ini suatu kemustahilan? Beginilah cara Rasulullah s.a.w memotivasikan sahabat.
Percaya selepas melihat sesuatu tiada nilai iman. Ia hanya suatu ikrar pada
sesuatu yang telah ada hasilnya. Percaya seperti ini percaya murahan yang tidak
berhajatkan kepada usaha dan pengorbanan.
Namun
Rasulullah s.a.w mengajar para sahabat supaya percaya sebelum melihat sesuatu,
dan bekerja keras untuk melihat apa yang mereka percaya. Itulah hebatnya
motivasi minda mukmin profesional. Mereka percaya sebelum melihat dan bekerja
keras untuk melihat apa yang mereka percaya. Kita belum pernah melihat syurga,
namun kita mempercayainya. Maka bekerja keraslah untuk melihat apa yang kita
percaya.
Kita
juga belum pernah melihat kemenangan Islam, bahkan diselubungi kekalahan demi
kekalahan. Namun kita percaya bahawa hari esok adalah untuk Islam. Maka bekerja
keraslah untuk melihat apa yang kita percaya. Bahawa kemenangan adalah milik
Islam.
Teladani Mujahid
Pembuka Konstantinopel
Kenapa
Konstantinopel begitu istimewa? Konstantinopel atau kini dikenali sebagai
Istanbul adalah merupakan salah sebuah bandar yang istimewa dan sangat
bersejarah di dunia. Ianya telah diasakan oleh Maharaja Rom yang bergelar
Emperor Constantine pada tahun 330 Masehi.
Konstantinopel
begitu sangat strategik dari sudut ketenteraan, perniagaan, perhubungan dan
politik pemerintahan antarabngsa sehinggakan Napoleon Bonaparte (Panglima dan
Pemimpin Perancis 1769-1821) mengatakan bahawa kalaulah dunia ini sebuah
negara, maka Konstantinopel adalah Bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya
- ‘If the Earth were a single state, Konstantinopel would be its capital.’
Di
dalam sejarah Islam, keistimewaan Konstantinopel telah pun diumumkan oleh
Rasulullah s.a.w sendiri ketika baginda menggali Parit Khandaq: ‘Konstantinopel
(kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik
raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.’ (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Bagaimana
sikap pemimpin umat Islam terdahulu terhadap sabdaan Rasulullah s.a.w? Para
sahabat dan pemimpin umat Islam selepasnya begitu berlumba-lumba di dalam usaha
untuk membebaskan Konstantinopel bagi mendapatkan penghormatan yang dijanjikan
oleh Allah s.w.t swt sebagaimana di dalam hadis tersebut.
Daripada
catatan sejarah mendapati bahawa tidak kurang daripada 8 kempen yang besar
daripada keseluruhan 29 kempen yang telah dilancarkan tetapi kesemua
kempen-kempen tersebut menemui kegagalan. Di antaranya ialah sebanyak 5 kempen
pada zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen pada zaman Kerajaan Abbasiyah dan dua
lagi kempen yang besar pada zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Usaha
yang pertama telah dilancarkan pada zaman Kerajaan Umayyah pada tahun 44H,
apabila seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al-Ansari r.a telah
syahid dan beliau telah dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Konstantinopel di
atas wasiatnya sendiri.
Apabila
ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka Abu Ayyub al Ansari
menjawab, ‘Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda milik sebaik-baik
raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel’.
Begitulah hebatnya keyakinan seorang sahabat besar Rasulullah s.a.w.
Pada
zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah pula, beberapa kempen pembebesan telah
diusahakan termasuk pada zaman Khalifah Harus ar Rashid pada tahun 190H tetapi
turut menemui kegagalan.
Hadis
Rasulullah s.a.w ini kemudiannya hanya menjadi kenyataan setelah hampir 800
tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, Khalifah yang ke-7 Kerajaan
Uthmaniyyah bersama seramai kira-kira 265,000 orang tenteranya.
Muhammad
Al-Fateh dikenali dengan gelaran ‘Muhammad Al-Fateh’ kerana kejayaannya
membebaskan kota Konstantinopel. Baginda telah menaiki takhta seawal berusia 19
tahun lagi apabila menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah
memerintah empayar yang begitu luas selama kira-kira 30 tahundi antara tahun
1451–1481 Masehi.
Muhammad
Al-Fateh merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera
agung yang telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan. Muhammad Al-Fateh
telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 (855 Hijrah) ketika berumur 49 tahun.
Bagaimanakah
kehebatan pendidikan Muhammad Al-Fateh? Kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh
banyak dibuktikan pada ketinggian keperibadian dan kesungguhan Muhammad
Al-Fateh di dalam menjalani hidupnya. Semenjak kecil ayahandanya, Sultan Murad
II telah membawa para ulama yang berwibawa untuk mendidik Muhammad all-Fateh
secara intensif dan bersepadu.
Sheikh
Muhammad Bin Ismail al Kurany telah diamanahkan untuk mengetuai barisan
pendidik kepada Muhammad Al-Fateh. Beliau telah diberikan autoriti untuk
memukul Muhammad sekiranya diperlukan. Bahkan beliau pernah diberikan hadiah
penghargaan oleh Sultan Murad II kerana beliau telah memukul Muhamamad Al-Fateh
dalam rangka untuk mendidiknya secara serius. Ini dibuktikan sehingga Muhammad
Al-Fateh dapat menghafal al Quran dalam tempoh yang pendek.
Guru
sebenar yang membimbing Muhammad Al-Fateh secara bersepadu ialah Sheikh
Shamsuddin al Wali yang merupakan seorang ulama yang hebat daripada keturunan Saiyidina
Abu Bakar as-Siddiq r.a.
Muhammad
Al-Fateh telah diyakinkan semenjak kecil oleh Sheikh Shamsuddin bahawa Muhammad
Al-Fateh adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis
pembukaan Konstantinopel berkenaan.
Beliau
mengajar Muhammad Al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu Al-Quran, Hadis, Feqah serta
ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, tektik peperangan,
memanah dan menunggang kuda. Di dalam bidang bahasa pula, Muhammad Al-Fateh
adalah seorang cendekiawan ulung pada zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh
bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.
Di
dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Muhammad Al-Fateh, Sultan Murad
II telah melantik Muhammad Al-Fateh yang baru berusia 12 tahun sebagai pemangku
Khalifah dengan tujuan mendidiknya, semasa Sultan Murad II pergi bersuluk ke
Pulau Magnesia. Dalam usia semuda ini Muhammad Al-Fateh telah mulai matang
untuk menangani tipu helah musuh.
Apabila
Muhammad Al-Fateh menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh
Shamsuddin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Konstantinopel demi
merealisasikan hadis Rasulullah s.a.w berkenaan.
Bagaimanakah
hasil pendidikan ini terhadap Muhammad Al-Fateh?
Baginda
seorang yang sentiasa berani, tegas, kuat menyimpan rahsia pemerintahan di
samping bersikap tenang dan pendiam. Muhammad Al-Fateh sangat mencintai para
ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
Muhammad
Al-Fateh sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri. Semasa membina Benteng
Rumeli Hissari, Muhammad Al-Fateh membuka baju dan serbannya, Baginda
mengangkat batu dan pasir hingga para ulama dan menteri-menteri pun terpaksa
ikut sama bekerja.
Muhammad
Al-Fateh sangat menyayangi Sheikh Shamsuddin dan beliau mempunyai kedudukan
yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fateh. Ini jelas dibuktikan ketika
di dalam ucapan Muhammad Al-Fateh semasa pembukaan Konstantinopel,
‘Sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah
semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana
hadirnya Sheikhku yang mulia yang merupakan pendidikku, Asy-Sheikh Shamsuddin
al Wali.’
Bagaimanakah
persiapan awal peperangan dipersiapkan? Semenjak kecil, Muhammad Al-Fateh telah
meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahnya untuk menawan kota Konstantinopel.
Juga sepanjang 2 tahun pertama selepas menaiki takhta, Muhammad Al-Fateh
mengkaji pelan Kota Konstantinopel secara terperinci setiap malam bagi mengenal
pasti ebarang faktor-faktor kelemahan Konstantinopel di samping mengkaji
sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang terdahulu serta
berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi-strategi
terkini yang sesuai untuk digunakan.
Muhammad
Al-Fateh telah membuat satu persiapan yang besar ke arah cita-citanya yang
menggunung bagi menawan Constantinope. Baginda telah menyediakan angkatan
tentera yang besar dan canggih dengan para mujahidin seramai kira-kira 265,000
orang dan kapal laut sebanyak 400 buah untuk tujuan ini.
Muhammad
Al-Fateh juga telah mengarahkan pembinaaan peralatan perang termoden seperti
meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kg dengan jarak sejauh 1.5
kilometer.
Kota
Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 8 km dari
Kota Konstantinopel. Ia dibina bertentangan dengan Kota Anadolu Hisari di
tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim yang terdahulu.
Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Muhammad
Al-Fateh juga telah mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia
dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila mereka diserang nanti.
Muhammad
Al-Fateh membawa bersama batalionnya para ulama dan pakar motivasi ke medan
perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja mereka
menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, Muhammad Al-Fateh mengarahkan
agar azan dilaungkan dan solat berjemaah disempurnakan. Tentera Byzantium
begitu gementar melihat kira-kira 265,000 orang tentera Islam bersolat di
belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir yang memecah kesunyian
alam.
Bagaimanakah
serangan ke atas Konstantinopel dilancarkan? Dari suduk geografinya, Kota Konstantinopel
mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana ianya dikelilingi oleh lautan
dari tiga penjuru iaitu Laut Marmara, Selat Bhosphorus dan Teluk Golden Horn.
Kemasukan ke perairan Teluk Goldern Horn telah dihalang dengan adanya rantai
besi raksasa. yang berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama
Kota Konstantinopel.
Setelah
segala persiapan diatur, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fateh telah menghantar
utusan supaya Maharaja Byzantium menyerahkan kota Konstantinopel kepadanya
tetapi beliau enggan berbuat demikian. Kota Konstantinopel telah dikepung dan
mula diserang pada hari Rabu 19 April 1453 Masehi bersamaan 12 Rabiul Akhir 857
Hijrah bersama angkatan tenteranya yang menjangkau seramai 265,000 orang. Kota
tersebut telah dihujani oleh peluru daripada meriam rasaksa selama 48 hari
namun hanya merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut.
Muhammad
Al-Fateh kemudiannya memerintahkan tenteranya menggunakan menara bergerak yang
mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada Kota Constantinple serta boleh
memuatkan ratusan Islam. Namun tentera Byzantium berjaya memusnahkan menara
bergerak tersebut setelah ianya berjaya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Tentera
laut Byzantium turut diperkukuhkan oleh bantuan yang dihantar oleh Vatican dan
eropah dengan sebanyak 5 buah armada. Apatah lagi tentera Islam gagal untuk
merentasi perairan Teluk Goldern Horn disebabkan rantai besi gergasi yang
menghalang kemasukan kapal laut mereka. Ini menaikkan semula semangat tentera
Vatican. Para paderi pula mengingatkan penduduk Constantinope supaya banyak
berdoa agar Konstantinopel selamat.
Maharaja
Byzantium cuba memperdaya Muhammad Al-Fateh dengan pelbagai tawaran, hadiah dan
rasuah bagi menyelamatnya kedudukannya tetapi ditolak dengan tegas oleh Baginda
supaya Konstantinopel diserahkan secara aman kepada mereka.
Ketenangan
dan kegembiraan Maharaja dan penduduk Konstantinopel tidak berpanjangan apabila
mereka mendapati kehadiran sebanyak 72 kapal perang Muhammad Al-Fateh telah
sampai ke perairan Teluk Golden Horn pada 22hb April 1453M. Sultan Muhammad
menggunakan satu kaedah yang luar biasa apabila Muhammad Al-Fateh dan
tenteranya telah membawa kapal-kapal ini melalui jalan darat di atas gunung
sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Goldern Horn.
Ini
adalah satu keajaiban dan dianggap sebagai tektik peperangan yang terbaik di
dunia oleh sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal Byzantium kemudiannya habis
terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera Islam dan sistem pertahanan
Byzantium menjadi semakin lemah.
Suntikan Semangat
Jihad
Muhammad
Al-Fateh yang turut dibantu oleh para ulama telah mengambi kesempatan pada
sebelah malamnya untuk memberikan semangat jihad kepada tenteranya di samping
mengingatkan kepada mereka tentang hadis Rasulullah s.a.w dan mereka
kemudiannya sama-sama bermunajat kepada Allah s.w.t.
Memanjat Kota
Keesokan
paginya tentera Uthmaniyah telah cuba memanjat dinding di dalam kubu dengan
menggunakan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik yang besar. Mereka
kemudiannya telah memacak bendera Daulah Uthmaniyyah di puncak kota. Tentangan
sengit dari pihak Byzantium telah mengakibatkan ramai tentera Islam menjadi
syudaha’. Muhammad Al-Fateh kemudiannya memerintahkan agar tenteranya berundur
dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.
Karisma Pemimpin
Pengepungan
selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda akan berakhirnya dengan kejayaan telah
menimbulkan rasa jemu dan menghilangkan keyakinan di kalangan sebahagian
tentera Islam. Melihatkan keadaan yang genting tersebut maka Baginda berpidato
bagi menaikkan semangat tenteranya, ‘Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati
di jalan Allah s.w.t. Sesiapa yang mahu syahid marilah ikut aku!’
Mendengarkan
pidato tersebut maka salah seorang tentera Baginda yang bernama Hasan Ulubate
telah bangkit dan mengetuai sekumpulan kecil 30 orang tentera yang telah
membuka dan kemudiannya melompat masuk ke dalam kubu musuh. Mereka lantas
memacak bendera Islam di situ. Ini telah menaikan lagi semangat tentera Islam
dan mengetarkan pihak musuh.
Mereka
kesemuanya kemudiannya gugur syahid setelah dihujani oleh anak panah musuh.
Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan
pertahanan Byzantium sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar. Laungan takbir
yang telah mengisi ruang angkasa Konstantinopel telah memberikan kesan serangan
psikologi kepada pihak musuh.
Terowong
Ketika
kekalutan di Kota Konstantinopel belum pun reda, pihak musuh telah mendapat
bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk memasuki kota tersebut.
Ketakutan menimpa mereka dengan rasa gerun dan takut yang teramat sangat.
Penawanan Konstantinopel
Pada
29 Mei 1453, Muhammad Al-Fateh bersama tenteranya yang hebat berjaya menawan Konstantinopel
ke tangan Islam. Muhammad Al-Fateh telah membuktikan kebenaran hadis Rasulullah
s.a.w. Konstantinopel telah ditukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan)
yang telah dijadikan sebagai ibu negara Khilafah Uthmaniyyah.
Gereja
Besar St Sophies kemudiannya telah ditukar menjadi Masjid Aya Sophia. Dengan tawaduknya
Muhammad Al-Fateh melumurkan tanah ke dahinya dengan melakukan syujud syukur
sebaik sahaja kejayaan tersebut diraih bersama tenteranya. Nama Islambol
kemudiannya telah ditukar kepada Istanbul.
Ketika
solat Jumaat hendak didirikan buat pertama kalinya, timbul pertanyaan di
kalangan baginda tentang siapakah yang paling layak menjadi imam. Muhammad
Al-Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas
bertanya, ‘Siapa di antara kita yang tidak pernah meninggalkan solat fardhunya sejak
baligh hingga sekarang walaupun sekali, sila duduk!’ Tiada seorang pun yang
duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat
fardhu.
Muhammad
Al-Fateh bertanya lagi, ‘Siapakah di antara kita yang sejak baligh hingga kini
pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!’ Maka sebahagian
daripada tenteranya pun duduk.
Kemudian
Muhammad Al-Fateh bertanya lagi, ‘Siapa di antara kita sejak baligh hingga ke
saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!’.
Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda
tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud
sejak baligh.
Inilah
dia anak didikan Syeikh Shamsuddin al Wali. Bagindalah orangnya yang telah
diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai sebaik-baik raja yang memimpin
sebaik-baik tentera di dalam hadisnya itu. Adakah kemenangan itu adalah
disebabkan oleh kelemahan Byzantium? Sesungguhnya kemenangan tersebut berjaya
dilakukan bukanlah kerana kelemahan Byzantium atau Konstantinopel tetapi adalah
kerana pergantungan tentera Islam terhadap Allah s.w.t, berpegang kepada
tali-Nya yang teguh dan kemajuan serta kemodenan ketenteraan Daulah Uthmaniyyah
ketika itu.
Seorang
ahli sejarah Perancis, Baron Karaffoo telah menyifatkan itu dengan menyatakan,
‘Pembukaan Konstantinopel tidaklah berlaku kepada Sultan Al-Fateh secara
kebetulan dan juga bukan kerana Kerajaan Byzantium berada di dalam keadaan
lemah, tetapi ia adalah kerana Sultan Al-Fateh menggunakan segala kekuatan ilmu
yang ada pada zamannya.’
Apakah
sumbangan utama lain Muhammad Al-Fateh? Para ahli sejarah telah menjadikan
tarikh pembukaan Konstantinopel pada 29hb Mei 1453 Masehi sebagai arikh kepada
sejarah moden. Ketika memasuki Bandar tersebu, Sultan Mummad Al-Fateh telah
mengistiharkan bahawa dunia kuno telah terhapus dan dunia moden telah datang.
1- Keadilan Beragama
Ramai
orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Sepanyol telah berpindah ke Konstantinopel.
Sultan Al-Fateh juga telah membenarkan agama Kristian untuk diamalkan dengan
mengekalkan gereja dan pengamalan mazhab Orthodoks mereka. Baginda telah
meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi di kalangan
mereka.
Mereka
telah memilih anadius sebagai ketua yang kemudiannya berkata bahawa dia lebih
suka melihat serban Sultan daripada melihat topi latin (Katholik) kerana pihak
Katholik Barat telah menindas pihak Orthodoks. Sultan juga mengarahkan supaya
gereja dan sinagog tidak dimusnahkan atau diapa-apakan.
2- Pengembangan Kerajaan dan Pembangunan
Sultan
Al-Fateh dikurniakan kejayaan yang besar dalam menyempurnakan penyusunan
negara, kekemasan jentera pentadbiran dan membuat ikatan teguh di antara
kawasan yang tunduk di bawah pebguasaannya serta menundukkan Serbia, Bosnia,
kawasan pantai Laut Merah dan semenanjung Crimea.
Muhammad
Al-Fateh telah meluaskan sempadan negara dari hanya sekiar 600 km persegi
kepada keluasa 2,214,000 km persegi. matlamat Baginda dari perluasan negaranya
adalah untuk menembusi Eropah dan menyelamatkan umat Islam di Andalus daripada
cengkaman Kristian.
3- Perkembangan Tamadun
Bentuk
peradaban telah berubah dengan pembukaan Islam tersebut kerana banyak masjid,
sekolah dan hospital yang telah dibina. Muhammad Al-Fateh amat mengambil berat
terhadap pelajaran dan pendidikan. Muhammad Al-Fateh juga telah menyusun
pentadbiran, ketenteraan, politik dan pembangunan.
Sutan
Muhammad Al-Fateh meninggal dunia pada 1471 Masehi (886 Hijrah) ketika sedang
berada di kemuncak kemenangan dan kemuliaan. Ada pendapat mengatakan bahawa
kematian Baginda adalah kerana diracun melalui perantaraan doktornya yang
menyembunyikan identitinya sebagai seorang Yahudi.
Jihad Ke Jalan
Allah
Apa
yang paling saya kagumi mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh adalah kejayaan
baginda menakluk Konstantinopel pada usia yang sangat muda iaitu ketika berusia
21 tahun. Muhammad Al-Fateh telah dilantik menjadi sultan menggantikan
ayahandanya Sultan Murad yang mangkat ketika baginda berusia 19 tahun. Sebelum
itu, ketika berusia 16 tahun, Muhammad Al-Fateh pernah menjadi pemangku sultan,
semasa ketiadaan ayahandanya di dalam wilayah.
Baginda
Sultan Muhammad dilatih dan dididik dengan ilmu agama dan ilmu ketenteraan
sejak kecil. Ketika berusia 5 tahun, hari pertama belajar membaca A-Fatihah, Muhammad
Al-Fateh mampu meghafalnya dalam masa sehari sahaja. Kehebatan dan
sifat-sifatnya yang terpuji terpamer sejak kecil lagi. Tambahan pula,
ayahandanya Sultan Murad, benar-benar mahu menakluki Konstantinopel seperti
dalam hadis nabi. Beberapa kali mencuba namun gagal, sehinggalah suatu hari,
seorang ulama memaklumkan firasatnya kepada Sultan Murad.
‘Bukan
tuanku yang akan menakluk Konstatinopel, tetapi anakanda Tuanku yang di dalam
buaian itu yang akan melakukannya.’
Berbekalkan
keyakinan itu, baginda bersungguh-sungguh melatih dan mendidik puteranya agar
kelak menjadi pemimpin kepada tentera yang baik dan rakyat yang baik. Di
samping dibekalkan dengan ilmu kepahlawanan, baginda Sultan Muhammad juga
mendapat bimbingan agama dan sering didampingi oleh seorang ulamak yang
masyhur, iaitu Syeikh Syamsudin al-Wali.
Maharaja
Konstantinopel tidak pernah mahu berdamai dengan kerajaan Sultan Muhammad.
Mereka sentiasa mencari peluang untuk menyerang dan memporak perandakan
kerajaan Islam yang berjiran dengannya itu. Sesungguhnya peperangan tidak lagi
dapat dielakkan.
Bertahun
lamanya Sultan Muhammad memikirkan strategi yang untuk menakluk Konstatinopel.
Strategi berperang Nabi Muhammad Saw dijadikan sebagai panduan. Contohnya,
setiap perkara dibincangkan melalui mesyuarat dan sesiapa saja berhak
mengeluarkan pendapat dan pandangan. Sebagai persediaan penaklukan, Sultan
Muhammad memastikan rakyatnya adalah rakyat yang baik, yang kaya kasihani yang
miskin, yang miskin hidup terbela, arak, judi, riba dihapuskan. Peniaga juga
dilarang sama sekali menipu dalam timbangan dan sebagainya.
Sultan
Muhammad sendiri pernah menyamar untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya,
mencontohi apa yang pernah dilakukan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Sahabat Nabi
Muhammad saw yakni khalifah yang ke dua. Askar-askar pimpinan Sultan Muhammad
juga diajar ilmu agama selain daripada ilmu peperangan. Setelah dua tahun
menjadi Sultan, pada usianya 21 tahun, Muhammad Al-Fateh mengatur strategi
untuk memulakan penaklukan.
Strategi
Sebelum
memulakan penaklukan, bagi memastikan wilayahnya selamat dari ancaman musuh,
baginda bercadang untuk menggali parit, mencontohi strategi ketika zaman
Rasulullah s.a.w ketika Perang Khandaq. Namun begitu, oleh kerana keadaan
wilayah mereka yang berbatu, adalah amat sukar untuk menggali parit. Jadi,
sebagai menggantikan parit, mereka membina tembok yang besar di seberang Selat
Bosphorus.
Kewujudan
tembok itu berjaya menggerunkan musuh, lalu Mahajara Konstantinopel mengerahkan
1,000 orang askarnya bertindak pada waktu malam untuk merobohkan tembok itu.
Keesokannya, setelah tentera Turki mendapati tembok mereka telah roboh, mereka
agak kecewa dan marah. Namun Sultan Muhammad tetap tidak berputus asa lalu
mengerahkan tenteranya untuk membina tembok itu semula. Para tentera
kemudiannya menggandakan usaha untuk membina tembok itu semula.
Selain
daripada tentera, rakyat juga berlapang dada bekerja sukarela. Malahan, Sultan
Muhammad sendiri turut membuka serbannya dan ikut serta membina tembok bersama
rakyatnya, diikuti menteri-menterinya yang lain. Mereka dibahagikan kepada tiga
kumpulan, bekerja siang dan malam untuk membina tembok itu. Akhirnya, dengan
izin Allah s.w.t, tembok itu siap dibina dan dinamakan Rumeli Hisarri.
Rumeli Hisarri
Selain
daripada membina tembok pertahanan, tentera-tentera juga kian giat berlatih.
Pada waktu siang mereka berpuasa dan berlatih dan waktu malamnya pula mereka
beribadat kepada Allah s.w.t. Sebagai persediaan rapi juga, Muhammad Al-Fateh
mengerahkan tenteranya dan rakyatnya memperbanyakkan lagi kapal-kapal yang
besar. Kira-kira 200 buah kapal semuanya siap untuk berperang.
Sebelum
memulakan penaklukan juga, pelbagai strategi telah di atur. Baginda sultan
Muhammad Al-Fateh juga telah menyelamatkan seorang lelaki yang telah menjadi
tawanan Maharaja Konstantinopel, namanya Urban. Urban adalah seorang yang mahir
dalam membuat senjata meriam.
Kerana
keengganannya untuk berkerjasama dengan Maharaja Konstantinopel yang zalim,
Urban dikurung di bilik tahanan di bawah tanah dan diseksa saban hari. Berita
mengenai Urban sampai ke pengetahuan Sultan Muhammad, lalu Muhammad Al-Fateh
menyusun strategi bagi mendapatkan Urban.
Dengan
perancangan yang rapi, kepakaran, kesungguhan dan petunjuk dari Allah s.w.t
swt, pihak Sultan Muhammad telah berjaya menggali terowong bawah tanah,
sehingga menembusi bilik kurungan Urban. Melalui terowong itu, Urban dilarikan
dengan selamat dan dibawa mengadap Sultan Muhammad. Dengan kehendak Allah s.w.t
juga, Urban telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak Sultan Muhammad
untuk mencipta meriam. Dengan itu, banyak meriam dicipta sebagai persediaan
menakluki Konstantinopel.
Beberapa
bulan sebelum memulakan usaha menakluk, Sultan Muhammad bersama pasukan
tenteranya ke Pulau Magnesis untuk menjalani latihan ketenteraan selama 40
hari. Di sini juga mereka memperhebatkan lagi amal ibadat mereka. Seterusnya,
sekembali dari tempat latihan, tentera-tentera itu dibenarkan pulang bertemu
keluarga selama seminggu.
Perjuangan Jihad
Bagi
tujuan menakluk Konstantinopel, Sultan Muhammad cuma membawa 250,000 tentera
bersamanya dan 80 buah kapal sedangkan mereka mempunayi 500,000 tentera dan 200
buah kapal. Tujuannya adalah kerana memilih tentera yang benar-benar baik dan
disamping itu, supaya tentera yang tinggal dapat menjaga dan mempertahankan
kota sepanjang ketiadaan mereka. Kapal-kapal yang tinggal juga diperlukan
sekiranya mereka memerlukan bantuan ketika sedang berperang.
Sebelum
berperang, tentera dibahagikan kepada 4 pasukan melalui darat dan satu pasukan
menyerang melalui laut, pasukan laut diketuai oleh Panglima Zaqhanus, seorang
paderi yang memeluk Islam setelah melihat sendiri kekuasaan Allah s.w.t.
Zaqhanus mengepalai 80 buah kapal perang. Namun, ketika pelayaran, mereka
berhadapan dan terpaksa berperang dilautan. 10 buah kapal mereka tenggelam
ditelan lautan.
Pasukan
tentera yang dipimpin oleh Panglima Tharhan tiba lebih awal kerana mereka
melalui kawasan tanah rata. Mereka mengambil kedudukan di sebelah timur kota Konstantinopel.
Pasukan kedua yang tiba adalah pasukan yang dipimpin oleh Khalil Pasya diikuti
pasukan ketiga yang dipimpin oleh Sulaiman Olgo. Cuma pasukan keempat yang
dipimpin oleh Hamzah Pasya yang paling lambat tiba kerana mereka terpaksa
melalui jalan yang berbukit-bukit.
Pada
hari Khamis, 6hb April 1453, keempat-empat pasukan tentera tiba di kota Konstantinopel.
Kecuali tentera yang melalui jalan laut kerena mereka tidak dapat memasuki
Tanduk Emas kerana disekat dan dihalang oleh rantai besi rasaksa. Tetapi,
tentera Turki tidak terus melakukan serangan, mereka bermalam dan berehat
terlebih dahulu. Pada keesokannya, Jumaat 7hb April 1453, selesai solat Subuh,
tentera Turki berzikir berama-ramai sehingga suara mereka bergema sampai ke
kota Konstantinopel. Ketika itu barulah tentera Rom menyedari kedatangan
mereka.
Sebelum
menyerang, Sultan Muhammad menawarkan dua pilihan kepada Maharaja Konstantinopel,
samada mahu menyerahkan kuasa secara aman ataupun berperang. Ternyata, tawaran
itu membuatkan Maharaja Konstantinopel bertambah berang dan memilih untuk berperang.
Serangan Demi
Serangan
Serangan
demi serangan dilakukan, namun kedua-dua pihak masih lagi tidak menunjukkan
tanda-tanda mahu mengaku kalah. Tentera Turki rela syahid demi jihad dan
tentera Rom pula sanggup mati demi mempertahankan Kota Konstantinopel.
Kedua-dua pasukan berjuang mati-matian. Namun, pasukan tentera Turki melalui
lautan pula masih tidak tiba seperti yang dirancang kerana terhalang oleh
rantai besi sebesar pemeluk.
Walau
pelbagai usaha telah di lakukan untuk memutuskan rantai itu, semuanya tidak
berhasil. Di tembak meriam tiada sebarang kesan kerana ia di dalam lautan, di
rempuh kapal juga tidak berhasil kerana rantai itu sangat kuat dan tajam, boleh
mengakibatkan kapal-kapal bocor dan tenggelam. Urban turut mencipta gergasi
besi untuk memotong rantai itu namun malangnya mereka tetap tidak berjaya
memutuskan rantai besi itu. Pasukan laut kian terhimpit.
Sultan
Muhammad benar-benar memerlukan bantuan dari pasukan laut. Pelbagai cara
difikirkan namun kesemuanya menemui jalan buntu. Setelah solat sunat, baginda
tertidur dan dalam tidurnya baginda bermimpi melihat kapal-kapalnya berlayar di
atas daratan melintasi Semenanjung Fera lalu berlabuh di depan Kota Konstantinopel.
Setelah bermesyuarat, akhirnya mereka setuju untuk menjadikan mimpi itu sebagai
kenyataan.
Pada
masa yang sama, Maharaja Konstantinopel pula memohon bantuan daripada Eropah
namun bantuan itu dijangka tiba dalam masa seminggu, demi menantikan bantuan
itu, dan dengan kehendak Allah s.w.t juga adanya, Maharaja Konstantinopel
mengajak tentera Turki melakukan genjatan senjata. Bagai pucuk diidam ulam
mendatang, gencatan itu diterima baik oleh tentera Turki.
Sepanjang
masa gencatan itu, mereka berusaha keras memindahkan kapal-kapal mereka melalui
kawasan berbukit Tanjung Fera hingga ke Tanduk Emas. Pokok-pokok kayu ditebang
kemudian dipotong lalu dijadikan landasan bagi dilalui kapal-kapal. Kayu-kayu
itu dilumur dengan lemak dan darah haiwan supaya menjadi licin.
Dengan
izin Allah s.w.t adanya, ribut kencang berserta hujan lebat melanda. Tentera
Turki mengguna peluang itu memasang kain layar lalu meluncurlah kapal-kapal
perang mereka ke atas daratan Semenanjung Fera. Kemudian, kapal-kapal itu
ditarik sejauh tiga batu sehingga berlabih di Tanduk Emas. Sebuah demi sebuah,
akhirnya kesemua 70 buah kapal berjaya dipindahka ke Tanduk Emas.
Selepas
44 hari kota Konstantinopel dikepung dari segenap penjuru dan selepas
berpuluh-puluh kali serangan dilancarkan namun tentera Turki masih belum dapat
menembusi benteng pertahanan tentera Rom.
Selasa 29 Mei 1453
Panglima
Ardogan berjaya menyeru semua penduduk Konstantinopel bangun mengangkat senjata
berjuang bersama tentera rom bagi mempertahankan kota mereka. Tengah malam itu,
peperangan berlaku dengan begitu dasyat sekali. Ramai tentera Turki syahid.
Melihat keadaan itu, ada juga yang ingin melarikan diri namun Sultan Muhammad
kemudian menyeru,
‘Kita
datang ke mari demi syahid atau menang. Marilah mati di jalan Allah s.w.t. Aku
menyeru supaya jangan lari dari medan perang. Sesiapa mahu syahid marilah
bersama-sama aku!’
Mendengar
seruan itu, tentera yang ingin melarikan diri berpatah balik dan mendapat
semangat baru. Mereka umpama banjir besar yang merobohkan semua yang
menghalangnya. Peperangan berlaku dengan begitu hebat. Selepas Maharaja Konstantinopel
terbunuh, ketua panglima Rom iaitu Ardogan juga tewas dan terbunuh. Melihatkan
ketua mereka sudah mati, tentera Rom patah semangat mahu meneruskan peperangan
lalu mereka menyerah kalah. Akhirnya kota Konstantinopel berjaya ditakluki.
30hb Mei 1455
Suasana
pagi itu sungguh syahdu. Tentera Islam melaungkan takbir dan tahmid sebagai
tanda kesyukuran dan gembira kerana berjaya menawan Kota Konstantinopel selepas
bertempur selama 53 hari dan selepas ramai yang syahid, akhirnya kini, hadis Nabi
Muhammad s.a.w itu menjadi kenyataan.
Untuk
dijadikan masjid sebagai tempat beribadat, mereka memilih gereja Aya Sophia.
Setelah dibersihkan, dibuang segala patung dan tanda salib, menjelang tengah
hari Aya Sophia bertukar wajah dari sebuah gereja kepada sebuah masjid.
Alhamdulillah. Allahuakbar.
Aya
Sophia
Apabila
tiba waktu solat Jumaat, mereka bersedia mengerjakan solat Jumaat. Lalu timbul
pertanyaan, siapakah yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad mencadangkan
gurunya Syeikh Syamsudin al-Wali tetapi dia menolak secara baik dengan alasan
dia sudah tua,
‘Carilah
orang yang lebih bertakwa antara kamu bagi dijadikan imam’ kata Syeikh
Syamsudin al-Wali. Sultan Muhammad kemudiannya keluar ke kawasan lapang di
depan masjid. Kemudian baginda menyuruh semua tenteranya berdiri lalu berkata.
‘Siapakah
antara kalian yang pernah meninggalkan sembayang fardu lima waktu, sila duduk!’
Tiada
seorang pun yang duduk menandakan kesemua tenteranya tidak pernah meninggalkan
solat fardu lima waktu.
Kemudian
baginda berseru lagi,’ Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan
sembahyang sunat rawatib, sila duduk’
Separuh
dari tenteranya duduk. Kemudian baginda bertanya lagi, ‘Siapakah antara kalian
yang pernah meninggalkan sembahyang sunat tahajud, sila duduk!’
Semua
yang berdiri, duduk kecuali seorang iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh itu sendiri.
Semenjak akil baligh, baginda tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu,
sembahyang sunat rawatib dan sembahyang sunat tahajud. Dan dialah yang paling
layak menjadi Imam.
Bukti Islam Tidak
Mengguna Kekerasan
Pagi
22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Konstantinopel dikejutkan
dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan
tentera Sultan Muhammad Al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan
psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Konstantinopel seperti tidak
percaya kekuatan tentara Muhammad Al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana
tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya
ditembusi oleh tentera Muhammad Al-Fateh?
Suatu
yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad Al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya
masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik
peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum
ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah
berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas.
Tiada
siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu
malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak
yang melebihi tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera Al-Fateh
mendapat bantuan jin dan syaitan!
Siapakah
sebenarnya Sultan Muhammad Al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah
Islamiah Uthmaniyyah. Beliaulah pembuka kota Konstantinopel atau yang dikenali
hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun.
Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang
pernah dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara
lain baginda bersabda yang bermaksud: ?Sesungguhnya Konstantinopel itu pasti
akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah
tenteranya.?
Sultan
Muhammad Al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam
yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai
pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah.
Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya
walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah
Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai ‘Grand
Seigneur’ yang bermaksud pemimpin agung.
Sultan
Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429
Masehi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah
seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Uthmaniyyah yang
masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani.
Ketika
ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah
kematian ayahnya, Sultan Muhammad Al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan
Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau
merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia
22 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya.
Kekuatan
Sultan Muhammad Al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini
demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda,
memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius
dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif
oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail
al-Kurani.
Beliau
mengajar Sultan Muhammad Al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu Al-Quran, al-Hadis,
fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang
lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir
peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad Al-Fateh.
Sultan
Muhammad Al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Konstantinopel.
Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki
takhta pada tahun 855Hijrah/1451Masehi, beliau telah mula berfikir dan menyusun
strategi untuk menawan kota berkenaan.
Dalam
hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian
r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Konstantinopel.
Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau
bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salah
seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu.
Setelah
kemenangan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Konstantinopel, beliau
telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub Al-Ansari.
Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi.
Setelah ditemui, Sultan Muhammad Al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan
dipindahkan ke tempat yang lebih baik.
Setelah
digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini
Sultan Muhammad Al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub
Al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal
menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik
semula ke dalam tanah.
Kejadian
itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad
Al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub Al-Ansari. Abu Ayyub Al-Ansari
menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada
Sultan Muhammad Al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan
Kota Konstantinopel mencium kakinya.
Selain
itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam
peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam
dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad Al-Fateh mewarisi
sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya.
Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam
menyusun strategi peperangan.
Di
sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa
beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai
jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat
terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan
Muhammad Al-Fateh Pembuka Konstantinopel Menundukkan Rom, menjelaskan
bahawa Sultan Muhammad Al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat.
Selain
itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah
Sultan Muhammad Al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang
dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau
menunaikan solat, melainkan di masjid.
Sultan
Muhammad Al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih
mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa
yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya
sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan
pengalaman.
Kehidupan
beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat
memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya
tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana.
Selain
kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad
Al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui
akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini
berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah
mengampunkan penduduk Kristian Kota Konstantinopel. Dengan sikap toleransi yang
ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan
keislaman mereka.
Sepanjang
pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani
rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran
Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya
Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fateh
meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Konstantinopel.
Sumber dan rujukan:
- Dr Eaman
Mohammad Abbas – Sultan Abd al Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah.
Pustaka Salam Kuala Lumpur 2007
- Sheikh
Muhhammad Sa’id Mursi – Tokoh-tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah. Pustaka
al Kauthar Jakarta 2007
- Dr Ali Muhammad
as Salabi – Biography of Muhammad Al-Fateh. Maktaba as Sahaba
- Mohd Fauzi
Asmuni – Sultan Muhammad Al-Fateh dan Pembukaan Konstantinopel.
satuperkongsian.wordpress.com
- Hasrizal Abdul
jamil – Sultan Mummad Al-Fateh dan Pembukaan Istanbul – 2007.
komuniti.iluvislam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan