SMAHADZIR
Hadis:
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya, dia mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Sentiasa ada segolongan umatku yang selalu
memperjuangkan yang hak. Mereka selalu menang sampai hari kiamat. ‘
Huraian:
Islam bukan sekadar suatu perkataan yang disebut oleh lidah sahaja, bukan pula
bererti kelahiran seseorang di dalam sebuah negara tertentu yang disebut
sebagai negara Islam dan mempunyai lambang keislaman, juga tidak bererti
kelahiran seorang yang ibu bapanya muslim.
Kita sering membicarakan tentang Islam akan menang, Islam
akan tertegak tetapi apakah yang kita lakukan untuk menuju ke arah itu?
Perjuangan menegakkan Islam masih belum berakhir. Di manakah kita ketika
saudara-saudara kita dihina, diinjak-injak, disembelih, diperkosa? Pernahkah
kita kenangkan nasib mereka walau sedetik? Pernahkah lidah mengucapkan doa
kemenangan untuk mujahid-mujahid Islam ini?
Apakah sumbangan kita untuk mereka? Sebenarnya bangsa
atau umat yang menjadi pilihan Allah s.w.t. yang akan sentiasa diberikan
kemenangan ialah bangsa muslim yang hidupnya terus memperjuangkan agama Allah
s.w.t. sekalipun mereka berlainan bangsa dan warna kulit. Inilah konsep yang
unggul mengenai negara dan rupa bangsa yang sentiasa beroleh kemenangan dan
kekal merdeka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan