SMAHADZIR
KETIKA Rasulullah s.a.w. memanggil kaum Muslimin yang
mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik
antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu
panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak
merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah s.w.t. dan jihad
fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, aku
akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan
anakanak,”
“Wahai ayahku, Demi Allah... janganlah berbuat seperti
itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada
keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka
izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku,”
Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, “Kau
membangkang dan tidak mentaati perintahku,”
Saad menjawab, “Allah s.w.t. mewajibkan aku berjihad dan
Rasulullah s.a.w. memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau
meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku
taat padamu tetapi aku menentang Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w,”
Maka Khaitsamah berkata, “Wahai anakku, apabila ada
antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka
dahulukan aku untuk berangkat,”
Saad menjawab, “Demi Allah. wahai ayahku, kalau bukan
masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu,”
Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia
dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah
yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid.
Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan
pertempuran. Tetapi Rasulullah s.a.w. tidak mengizinkannya. Hanya sahaja
Rasulullah s.a.w. akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil
menangis, “Wahai Rasulullah s.a.w., aku sekali terjun dalam perang Badar.
Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu
dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di
mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, “Engkau harus menemani kami di
syurga, dan aku telah menerima janji Allah s.w.t. Wahai Rasulullah s.a.w., Demi
Allah, aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin
berjumpa dengan Tuhanku,”
Setelah diizinkan Rasulullah s.a.w., Khaitsamah bertempur
hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan