Jumaat, 18 Oktober 2013

Kata-kata Hikmah Orang Soleh

SMAHADZIR


SAIYIDINA ABU BAKAR:

1.     Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, nescaYa Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
2.     Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3.     Dia berkata kepada para sahabat, “Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka perbetulkan aku!”

SAIYIDINA UMAR BIN KHATTAB:

1.     Jika tidak kerana takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2.     Barangsiapa takut kepada Allah s.w.t. nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah s.w.t., tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.
3.     Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad s.a.w. di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untuk-Mu bukan untuk manusia.

SAIYIDINA ALI:

1.     Cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.
2.     Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
3.     Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
4.     Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

UMAR BIN AZIZ:

1.     Orang yang bertakwa itu dikekang.
2.     Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3.     Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.

SUFFIAN AS-THAURI:

1.     Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat.
2.     Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.
3.     Menuntut ilmu lebih utama daripada sembayang sunat.

IMAM ASY-SYAFIE:

1.     Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2.     Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan kefakiran dan mencukupi dengan apa yang ada serta redha dengan keduanya.
3.     Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk mencari pengetahuan.
4.     Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (sifat keji).
5.     Barangsiapa yang menyukai bila Allah s.w.t. menutupinya dengan kebaikan maka hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia.

IMAM MALIK:

1.     Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah s.w.t. letakkan dalam hati.
2.     Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3.     Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan.

IMAM ABU HANIFAH:

1.     Tidak sekalipun aku sembayang kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar. (murid-muridnya).
2.     Telah sampai berita kepadaku, bahawa tidak ada yang lebih mulia daripada seorang alim yang warak.

IMAM AHMAD:

Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya.

SUFFIAN BIN UYAINAH:

1.     Dua perkara yang susah sekali untuk menguobatinya iaitu meninggalkan loba (tamak) untuk manusia dan mengikhlaskan amal untuk Allah s.w.t.
2.     Siapa yang ditambah akalnya akan kuranglah rezekinya.
3.     Zuhud di dunia itu adalah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan mati.
4.     Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi mudarat padamu.
5.     Orang yang menuntut ilmu tidak akan dianggap sebagai orang yang berakal hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia.

Surat dari ibu Aisyah r.a untuk Khalifah Muawiyah berbunyi sebagai berikut: “Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Siapa yang mengusahakan keredhaan Allah s.w.t. sampai manusia kesal kepadanya, ia akan dibantu Allah s.w.t. dalam menghadapi manusia. Dan siapa yang tidak menghiraukan Allah s.w.t. agar disenangi manusia nasibnya akan diserahkan Allah s.w.t. pada manusia.”

Oleh itu tetaplah hati tuan dalam takut pada Allah s.w.t. kerana bila tuan takut pada Allah s.w.t., Dia akan membantumu terhadap manusia. Tetapi kalau tuan takut pada manusia mereka tidak akan dapat menolongmu terhadap Allah s.w.t. sedikit pun.”

Khalifah Umar Ibnu Aziz menasihati gabenor di daerah pemerintahannya dengan perkataan sebagai berikut: “Kekuasaan yang ada di tangan saudara-saudara telah memungkinkan kalian untuk menzalimi rakyat. Bila terasa di hati kalian untuk menzalimi seseorang, ingatlah segera betapa besarnya kekuasaan Allah s.w.t. atas diri saudara-saudara.”

“Ketahuilah bahawa satu kejahatan yang anda timpakan pada rakyat lambat laun akan hilang bekasnya dari mereka tetapi bekasnya akan tetap untuk saudara-saudara dalam daftar dosa. Ketahuilah pula bahawa Allah s.w.t. membela orang teraniaya terhadap yang menzaliminya.”

Luqmanul Hakim menasihati anaknya: “Wahai anakku, dampingilah selalu para ulama dan jangan engkau banyak berdebat dengan mereka agar jangan dibenci oleh mereka.”

“Ambillah dari dunia sekadar keperluan dan biayakan (belanjakan) kelebihan hasil usahamu untuk Akhirat. Dunia jangan ditolak semua agar engkau tidak menjadi ‘parasit’ (orang yang menumpang hidup pada orang lain tanpa membalas apa-apa) yang menyusahkan manusia (orang) lain.”

“Berpuasalah selalu untuk menundukkan nafsumu, tetapi jangan sampai meletihkan badan sehingga merusak sembayangmu kerana solat lebih utama dari puasa.”

“Janganlah engkau duduk berteman dengan orang yang bodoh, sombong dan jangan didekati orang yang bermuka dua.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA