SMAHADZIR
PADA suatu hari Nabi Allah s.w.t. Sulaiman telah menerima
wahyu daripada Allah s.w.t. supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu
benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap
sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu.
Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.
Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-
ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah s.w.t. Setelah
lama mencari, baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada
mereka, “Mungkin tersalah tempat,”
Tetapi baginda menjawab, “Tidak, di sinilah tempatnya,”
Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke
dalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib Jin Ifrit menyelam agak
lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia
tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib.
Tanya Nabi Sulaiman, “Apakah kamu menyelam sehingga dasar
laut?”
Jawab Jin Ifrit, “Tidak!!”
Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya
menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda
yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai
apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.
Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah
berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya.
Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke
dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik.
Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru
mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua
diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada
jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut
terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk ke dalam kubah tersebut walaupun
pintunya terbuka luas.
Dengan kuasa yang diberikah oleh Allah s.w.t., Asif dapat
membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran
Allah s.w.t.
Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah
menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda
tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana
asyik bermunajah kepada Allah s.w.t. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda
tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila
melihat orang ramai sedang berada di situ. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya
kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah s.w.t. Sulaiman.
Pemuda itu bertanya, “Dari manakan mereka ini dan
bagaimana mereka datang?” Pemuda itu merasa kehairan dan setelah menjenguk
keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman
memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah
s.w.t. untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah s.w.t. kepadanya.
Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman
meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya.
Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman
bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini
yang terletak di dasar laut.
Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat
kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala
ibunya pula seorang yang buta.suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia,
ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela di atas khidmat
yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah s.w.t. supaya anaknya
dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah s.w.t.
Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian
bapanya pula meninggal dunia.sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga
telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atas khidmat
yang diberkan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya
anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.
Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah.
Pada sutau hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat
sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi
menghampiri kubah tersebut. Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam
kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba
ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut.
Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya
memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah s.w.t. Malaikat
itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah s.w.t. kerana khidmatnya
kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka,
segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya.
Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah s.w.t. untuk membawa
kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus
bermunajah kepada Allah s.w.t. sehingga hari ini.
Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu, “Berapa lamakah
kamu berada di dalam kubah ini?”
Pemuda itu menjawab, “Saya tidak menghitungnya tepapi ia
mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah s.w.t. Ibrahim a.s lagi,”
Nabi Sulaiman menghitung, “Ini bermakna kamu telah berada
di dalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun,” Nabi Sulaiman berkata,
“Rupamu tidak berubah malah sentiada muda walaupun sudah dua ribu empat ratus
tahun lamanya,” Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu sama ada dia mahu pulang
bersamanya.
Jawab pemuda tadi, “Nikmat apa lagi yang harus aku pinta
selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada ku ini,”
Nabi Sulaiman bertanya, “Adakah kamu ingin pulang ke
tempat asalmu?”
Jawab pemuda itu, “Ya, silalah hantar aku ke tempat
asalku,”
Nabi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya
membawa kubah tersebut ketempat asalnya. Setelah kubah tersebut diletakkan
ketempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya, “Kamu semua telah melihat
keajaiban yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Lihatlah betapa besar balasan yang
Allah s.w.t. berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa
siksanya orang yang menderhakan kepada kedua ibu bapanya,”
Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ketempatnya dan
bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk
menyaksikan perkara yang ajaib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan