Khamis, 17 Oktober 2013

Tilawah Dan Kalamullah

SMAHADZIR


HAZRAT ABU SA’ID meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah s.w.t. berfirman, ‘Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu dan berdoa kepadaKu kerana sibuk dengan Al-Quran maka Aku akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepada-Ku. ’ Ketinggian perkataan Allah s.w.t. ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah s.w.t. ke atas segala makhluk (ciptaan-Nya),” (Hadis riwayat Tirmizi, Darimi dan Baihaqi)

Keterangan

Maksud hadis di atas ialah seseorang yang sentiasa sibuk menghafal, mempelajari dan memahami Al-Quran sehingga tidak ada masa untuk berdoa maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepadanya sesuatu yang lebih baik daripada yang diberikan kepada orang lain yang berdoa kepada-Nya.

Suatu perkara yang lumrah di dunia ini adalah apbila ada seseorang yang sedang membahagi-bahagikan kuih dan salah seorang yang layak menerima kuih itu sedang sibuk melakukan urusan bagi pihak si pembahagi itu sendiri sehingga menyebabkan dia tidak dapat hadir untuk mendapatkan bahagiannya, maka sudah tentu bahagiannya akan disimpan terlebih dahulu.

Berkenaan keadaan yang sama seperti hadis di atas, dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada orang yang sibuk dengan Al-Quran pahala yang lebih afdal daripada pahala yang diberikan kepada hamba-hamba-Nya yang bersyukur. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA