SMAHADZIR
SEORANG pemuda soleh mengunjungi sebuah kedai roti. Dia
memerhatikan roti-roti yang disusun berbaris kemas di atas meja. “Berapakah
harga sebuku roti itu?” soalnya sambil menunjukkan sebuku roti yang nampak
segar seperti lepas dimasak.
“Tidak mahal, hanya satu dirham sahaja,” jawab penjaga
gerai itu dengan muka manis.
Pemuda itu menyeluk sakunya untuk mengeluarkan wang.
Dahinya tiba-tiba berkerut, tangannya masih di dalam saku tercari-cari. “Ke
mana perginya wang aku?” hatinya kecil tertanya-tanya.
“Minta maaf, saya sudah kehilangan kesemua wang saya.
Baru sebentar tadi ia masih ada,” jelas pemuda soleh kepada penjaja.
Seorang lelaki yang mengenali peribadi pemuda soleh itu
terus berkata,
“Ya Allah, kudungkanlah tangan orang yang mencuri wang pemuda ini.”
Mendengar doa orang itu, pemuda soleh terus berkata,
“Wahai Tuhan, jika wang itu diambil kerana desakan hidup untuk memenuhi
keperluan, berkatilah dia. Tetapi jika ia diambil kerana tidak takut kepada
dosa, moga-moga inilah dosanya yang terakhir.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan