SMAHADZIR
KASIHAN manusia ini, ramai di antara mereka membuat
kerja-kerja yang tidak seimbang bahkan adakalanya membuat kerja-kerja yang
sia-sia. Kerja dunia yang sementara serius mereka mengusahakannya. Dunia yang
tidak lama bertungkus-lumus mereka mendapatkannya. Bukan sahaja dunia tidak
lama yang disangka lama, hidup sampai ke tua ramai yang mati muda.
Ramai orang mengejar nama dan glamour, mereka tidak fikir
lagi larangan Tuhan dan mereka menyangka glamour dan nama membawa bahagia.
Kasihan mereka ini ditipu oleh angan-angannya. Mereka burulah nama dan glamour
dengan bermacam-macam dan berbagai-bagai cara. Ramai orang kerana hendak nama
dan glamour dia memanjat gunung, menyeberang, merenangi lautan, mengembara ke
kutub, menggembara ke angkasa lepas dengan perbelanjaan yang sungguh mahalnya.
Apakah dapat bersembahyang atau tidak, tidak diambil
kira, mereka lakukanlah bersusah payah untuk sanjungan manusia. Ada yang jatuh
patah kaki, tidak kurang ada yang mati. Sewaktu hendak nama dan glamour itu melanggar syariat atau as
sunnah peduli apa, yang penting berjaya, yang penting membina nama, media massa
membuat berita, yang penting ada nama, bukan senang hendak terkenal.
Begitulah manusia pada hari ini kerana nama dan glamour
sanggup mati kerananya, kalau kerana Tuhan untuk tidak berbuat bermacam-macam
alasan. Susahlah, sibuklah tidak ada masalah kerana itulah solat Subuh sahaja
ramai orang yang tertinggal. Mungkin juga solat dibuat tetapi setelah matahari
naik. Begitulah orang memperkecilkan Tuhan kerana berbagai-bagai alasan mengapa
ditinggalkan kerana nama dan glamour tidak ada yang mustahil, boleh sahaja.
Segala yang diusaha dan diperolehinya ditinggalkan tidak
boleh dibawa sedangkan untuk akhirat yang kekal abadi, selama-lama telah
dicuaikannya. Mereka pergi ke negara yang kekal abadi tidak membawa apa-apa.
Bekal ke sana waktu di dunia telah dilupakannya seperti tidak beribadah atau
beribadah membuat sambil lewa, tidak berjiwa asal ada sahaja. Pemurahnya tidak
ada, maaf-bermaafan tidak biasa, berkasih sayang sesama manusia telah dilupa. Sabar
dan redha tak usah dikata, memang tidak ada mengutamakan orang lain bukan
budaya hidupnya. Ziarah-menziarahi bukan budayanya, menghormati hukum-hakam
Tuhan di dalam hidupnya bukan disiplin hidupnya,
Islamnya hanya syahadah dan sedikit-sedikit ibadah
lainnya itu pun bukan dari jiwa. Bertimbang rasa tidak dianggap agama, jiran
tidak dianggap macam keluarga yang ada dia memikirkan kepentingan dirinya dan
keluarga atau kroni-kroninya. Orang miskin, susah, dapat bala peduli apa! Yang
dibawanya ke akhirat ialah sifat sombong, tamak, bakhil, pemarah, zalim, megah,
riyak, ujub, di samping lupa Tuhan, tidak takut dan tidak cintakan Tuhan.
Sewaktu ketika hendak mati masih di dalam angan-angan
lagi ingin menambah harta, mencari nama, ingin glamour. Ketika itu juga masih
hasad dengki, masih menghina orang, masih mengangkat diri, ajal pun sampai,
mati tidak membawa apa-apa kebaikan, dengan kata-kata lain tidak membawa sifat
takwa sebagai bekal. Yang dibawanya hanya sifat-sifat mazmumah yang bernanah di
dalam jiwanya.
Aduh malang sekali, dia pergi ke Akhirat membawa
barang-barang yang dimurka untuk ke Neraka, barang-barang yang dibawa untuk ke
syurga tidak ada, maka rugilah dia sepanjang masa buat selama-lamanya.
Waliyazubillah daripada berlakunya seperti yang dikata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan