SMAHADZIR
BERHIAS adalah perkara yang lumrah dilakukan oleh seorang manusia, sama ada lelaki atau wanita bahkan pondan sekalipun. Islam sebagai agama yang sesuai dengan naluri manusia tentu saja tidak meremehkan masalah berhias. Sehingga masalah berhias ini tentu saja sudah dibahas dalam syariat Islam. Yang jelasnya, berhias ini boleh menjadi amal soleh ataupun amalan salah, bergantung kepada sikap kita mahu atau tidak mengindahkan kaedah syariat tentang berhias tersebut.
Semoga memberikan manfaat bagi kita dengan adanya artikel ini, yang berusaha menjelaskan beberapa kaedah dan disiplin dalam berhias yang dibolehkan, agar boleh menjadi barometer setiap kali wanita hendak berhias, sama ada dengan menggunakan hiasan klasik mahupun moden.
Kaedah pertama:
Hendaknya cara berhias itu tidak dilarang dalam agama kita segala bentuk perhiasan yang dilarang oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya, bererti haram, baik Rasulullah s.a.w telah menjelaskan bahayanya kepada kita mahupun tidak.
Kaedah kedua:
Tidak mengandungi penyerupaan diri dengan orang kafir. Ini merupakan kaedah terpenting yang harus dicermati dalam berhias. Batas penyerupaan diri yang diharamkan adanya kecenderungan hati dalam segala hal yang telah menjadi ciri khas orang kafir, kerana kagum dengan mereka sehingga hendak meniru mereka, baik dalam cara berpakaian, penampakan, dan lain-lain lagi.
Meskipun pelakunya mengaku tidak bermaksud menirukan orang kafir, namun penyebabnya tetap hanyalah kekerdilan dirinya dan hilangnya jati diri sebagai muslim yang berasal dari kelemahan dari akidahnya. Anehnya, seorang muslim kadang-kadang mengamalkan suatu amalan yang memiliki dasar dalam ajaran syariat kita, tetapi kemudian dia berdosa dalam melakukannya, kerana dia berniat meniru cara orang kafir.
Contohnya, seorang lelaki yang membiarkan janggutnya panjang. Membiarkan janggut menjadi panjang pada dasarnya adalah salah satu dari syariat Islam bagi kaum lelaki, tetapi ada sebahagian lelaki yang membiarkan janggutnya panjang kerana mengikuti gaya dan meniru mentah-mentah orang Barat. Dia berdosa dengan perbuatannya itu.
Contoh di kalangan wanita, memanjangkan hujung pakaian. Perbuatan itu (yakni memanjangkan hujung satu jengkal atau satu hasta) adalah termasuk sunnah-sunah bagi kaum wanita yang telah ditinggalkan orang pada masa sekarang ini. Tetapi ketika orang-orang kafir juga melakukannya dalam beberapa acara resmi mereka, sebahagian kaum muslimin yang sudah ternodai fikiran mereka menganggap itu sebagai kebiasaan yang bagus, dan mereka pun mengikutinya, untuk meniru orang-orang kafir tersebut. Sebaliknya, di lain acara-acara khusus tersebut mereka kembali kepada kebiasaan orang kafir dengan memakai pakaian mini, ketat atau nipis. Dalam dua kesempatan itu mereka tetap berdosa.
Kaedah ketiga:
Jangan sampai menyerupai kaum lelaki dalam segala aspeknya.
Kaedah keempat:
Jangan berbentuk kekal sehingga tidak hilang seumur hidup
Kaedah kelima:
Jangan mengandungi pengubahan ciptaan Allah s.w.t.
Kaedah keenam:
Jangan mengandungi bahaya terhadap tubuh.
Kaedah ketujuh:
Jangan sampai menghalangi masuknya air ke kulit, atau rambut terutama yang sedang tidak berhaid.
Kaedah kelapan:
Jangan mengandungi pemborosan atau membuang-buang wang.
Kaedah kesembilan:
Jangan membuang-buang waktu lama dalam erti, berhias itu menjadi perhatian utama seorang wanita.
Kaedah kesepuluh:
Penggunaannya jangan sampai membuat si wanita takabur, sombong dan membanggakan diri dan tinggi hati di hadapan orang lain.
Kaedah kesebelas:
Terutama, dilakukan untuk suami. Boleh juga ditampakkan di hadapan yang halal melihat perhiasannya sebagaimana difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran ayat 31 dari surah An-Nur.
Kaedah kedua belas:
Jangan bertentangan dengan fitrah.
Kaedah ketiga belas:
Jangan sampai menampakan aurat ketika dipakai. Aurat wanita di hadapan sesama wanita adalah dari pusat hingga lutut namun itu bukan bererti seorang wanita boleh dengan wanita menampakan perut atau betisnya di hadapan sesama wanita tetapi maksudnya adalah bila diperlukan, seperti ketika hendak menyusukan anak atau mengangkat kain baju untuk satu keperluan sehingga sebahagian betisnya kelihatan, dan sebagainya.
Adapun bila dia sengaja melakukannya kerana mengikuti gaya dan meniru wanita-wanita kafir, tidak dibolehkan. Wallahu’alam. Dan terhadap kaum lelaki adalah seluruh tubuhnya tanpa terkecuali.
Kaedah keempat belas:
Meskipun secara emplisit, jangan sampai menampakan bentuk tubuh wanita bagi lelaki yang bukan mukhrim menampakkan diri wanita dan menjadikannya berbeza dari wanita lain, sehingga menjadi pusat perhatian.
Kaedah kelima belas:
Jangan sampai meninggalkan kewajipannya, sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian wanita pada malam penggantin mereka atau pada berbagai kesempatan lainnya.
Inilah beberapa kaedah penting bagi wanita dalam berhias sebatas yang nampak bagi penulis dari nas-nas syariat dan pernyataan para ulama hendaknya setiap wanita menghadapkan diri kepada kaedah-kaedah ini ketika berhias. Satu saja yang hilang, maka bererti ia dilarang berhias dengan cara itu. Wallahu ‘alam
Dari Lensa Ego dan Kaca Cermin
9 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan