Isnin, 16 Ogos 2010

Pelajaran Seks Bantu Anak Lelaki Kata ‘No to Sex’

SMAHADZIR

SUATU program sekolah yang bertujuan mengubah sikap anak-anak terhadap seks, berhasil membantu anak lelaki menunda berhubungan seks untuk yang pertama kali. Begitu laporan Dr. Karin K. Coyle dari ETR Associates, lembaga kajian pendidikan yang beribu pejabat di Scotts Valley, California, tersiar dalam American Journal of Public Health edisi Mei.

Program yang disebut Draw The Line/Respect The Line itu diujicuba di 10 buah sekolah menengah di kawasan urban California. Sembilan buah sekolah yang setara juga dikaji sebagai pembanding. Pengkaji mengikuti lebih dari 2,800 orang pelajar kelas enam selama tiga tahun untuk mengetahui apakah sikap dan perilaku mereka berubah atau tidak bila menyangkut persoalan seks.

Diketahui, ketika berada di kelas sembilan, 19% anak lelaki itu telah berhubungan seks. Angka ini lebih kecil daripada murid sekolah yang tidak ikut program, iaitu 27%.

Program itu ternyata tidak mempan bagi pelajar perempuan. Di sekolah yang mengikuti program, pelajar perempuan yang sudah berhubungan seks ketika mereka berada di kelas sembilan berjumlah 20%. Selisih sedikit dibanding pelajar perempuan dari sekolah yang tidak ikut program, iaitu 22%.

Dr. Kanin K. Coyle berpendapat, ‘perbezaan kekuatan’ yang terdapat dalam hubungan antara pelajar perempuan dengan kekasihnya, iaitu pelajar lelaki yang lebih tua, mungkin memegang peranan mengapa program itu kurang memberi kesan pada mereka.

Di kelas lapan sewaktu kajian dilakukan, 30% dari pelajar perempuan itu mengaku sudah berkasih-kasihan dengan pelajar lelaki yang setidak-tidaknya berusia dua tahun lebih tua. Dan mereka, ‘jauh lebih mungkin’ untuk berhubungan seks dibandingkan teman sebayanya yang lain.

Menurut Coyle, program itu dirancang bagi memberi informasi dasar tentang cara menghindari seks sekaligus risiko akibat hubungan seks yang tidak selamat. Para pelajar diberi pemahaman tentang ‘batasan’ seksual yang mereka tetapkan sendiri, juga diajak menghargai batasan seksual yang ditetapkan oleh teman mereka. Mereka juga mempelajari HIV dan penyakit menular seksual lain, serta bagaimana menghindarinya.

Tujuan asas program itu yakni menghebahkan maklumat bahawa menunda hubungan seks adalah pilihan terbaik bagi para pelajar. Hasil yang diperolehi tidak mengecewakan. Dibandingkan dengan anak sebaya, mereka yang ikut program memiliki pengetahuan tentang HIV dan penggunaan kondom yang lebih tinggi, lebih memiliki sikap positif untuk menunda hubungan seks, dan lebih berani menetapkan batasan yang lebih ketat bagi diri sendiri dalam hal perilaku seksual.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA