Isnin, 16 Ogos 2010

Akhlak Dan Akidah Isteri Idaman

Syed Mahadzir Syed Ibrahim

DIPAPARKAN sedikit mengenai akhlak bagi seorang Isteri dari kalangan kaum muslimin yang mencari kemulian sejati. Semoga kaum muslimah yang membaca artikel ini tersentuh nuraninya dan memperoleh jalan hidayah manakala selama ini telah terjatuh dalam jurang kenistaan dan jebakan-jebakan musuh Islam.

Seorang isteri idaman harus memahami erti pentingnya akidah islamiyah yang sahihah, kerana sah tidaknya suatu amalan itu bergantung kepada benar dan tidaknya akidah seseorang. Isteri idaman adalah insan yang selalu bersemangat dalam menuntut ilmu agama sehingga dia dapat mengetahui ilmu-ilmu syar’i baik yang berhubungan dengan akidah, akhlak mahupun dalam hal muamalah sebagaimana semangatnya para shahabiyah dalam menuntut ilmu agama Islam, mereka bertanya kepada Rasulullah s.a.w untuk menghilangkan kebodohan mereka dan beribadah kepada Allah di atas cahaya ilmu.

Sebagaimana riwayat di bawah ini:

Dari Abu Said Al Khudri dia berkata: Pernah suatu kali para wanita berkata kepada Rasulullah s.a.w: ‘Kaum lelaki telah mengalahkan kami, maka jadikanlah satu hari untuk kami, Nabi pun menjanjikan satu hari dapat bertemu dengan mereka, kemudian Nabi memberi nasihat dan perintah kepada mereka.’

Salah satu ucapan baginda kepada mereka adalah: ‘Tidaklah seorang wanita di antara kalian yang ditinggal mati tiga anaknya, kecuali mereka sebagai penghalang baginya dari api nereka.’ Seorang wanita bertanya: ‘Bagaimana kalau hanya dua?’ Baginda menjawab: ‘Juga dua.’ (hadis riwayat Al-Bukhari No 1010)

Seorang isteri yang akidahnya benar akan tercermin dalam tingkah lakunya. Misalnya:

 Dia hanya bersahabat dengan wanita yang baik.
 Selalu bersungguh-sungguh dalam beribadah kepada Rabbnya.
 Boleh menjadi contoh bagi wanita lainnya.

Akhlak Isteri Idaman


Berusaha berpegang teguh kepada akhlak-akhlak Islami iaitu:

 Ceria, pemalu, sabar, lembut tutur katanya dan selalu jujur.
 Tidak banyak bicara, tidak suka merosakkan wanita lain, tidak suka ghibah (menggunjing) dan namimah (adu domba).
 Selalu berusaha untuk menjaga hubungan baik dengan isteri suaminya yang lain (madunya) jika suaminya mempunyai isteri lebih dari satu.
 Tidak menceritakan rahsia rumah tangga, di antaranya adalah hubungan suami isteri ataupun perselisihan dalam rumah tangga. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: ‘Sesungguhnya di antara orang yang terburuk kedudukan-nya di sisi Allah pada hari kiamat iaitu lelaki yang mencumbui isterinya dan isteri mencumbui suaminya kemudian dia sebarluaskan rahsianya.’ (hadis riwayat Muslim, 4/157)

Isteri idaman di rumah suaminya:

 Membantu suaminya dalam kebaikan. Merupakan kebaikan bagi seorang isteri bila mampu mendorong suaminya untuk berbuat baik, misalnya mendorong suaminya agar selalu ihsan dan berbakti kepada kedua orang tuanya, sebagaimana firman Allah s.w.t, yang maksudnya: ‘Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah.’ (surah Al-Ahqaf 15)
 Membantunya dalam menjalin hubungan baik dengan saudara-saudaranya.
 Membantunya dalam ketaatan.
 Berdedikasi (semangat hidup) yang tinggi.
 Ekonomik dan pandai mengatur rumah tangga.
 Bagus di dalam mendidik anak.

Penampilan:

 Di dalam rumah, seorang isteri yang solehah harus selalu memperhatikan penampilannya di rumah suaminya lebih-lebih lagi jika suaminya berada di sisinya maka Islam sangat menganjurkan untuk berhias dengan hal-hal yang mubah sehingga menyenangkan hati suaminya.
 Jika keluar rumah, seorang isteri yang solehah harus memperhatikan hal-hal berikut: Harus minta izin suami, harus menutup aurat dan tidak menampakkan perhiasannya, tidak memakai wangi-wangian, tidak banyak keluar kecuali untuk tujuan syar’i atau keperluan yang sangat mendesak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA