13 Februari 2024, saya, isteri dan puteri bongsu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Kuta, Bali dengan penerbangan Air Asia QZ551 tepat jam 2.00 petang. Tiba di ruang ketibaan antarabangsa, Mas Arif (pemandu pelancong) sudah menunggu dengan ‘nama saya’ di tangannya. Memang sejak di KLIA lagi kami sudah diberitahu oleh pihak ‘travel agensi’ bahawa Mas Arif akan menunggu kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai dan seterusnya akan bersama kami selama 5 hari 4 malam di Bali ini.
Lapangan terbang ini dikenali juga dengan nama Lapangan Terbang Antarabangsa Denpasar. Untuk percutian kali ini saya memilih pakej peribadi (Bali-Nusa Dua-Nusa Penida) iaitu hanya kami bertiga saja dengan seorang pemandu pelancong yang akan bersama sepanjang 5 hari 4 malam kami berada di Bali. Sengaja saya pilih pakej ini kerana serasa lebih selesa tanpa orang lain bersama yang kadang-kadang banyak sangat kerenah yang boleh menyebabkan keselesaan percutian tergganggu.
Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai merupakan lapangan terbang utama di Bali, sekitar 13 kilometer di selatan Denpasar. Ngurah Rai adalah lapangan terbang kedua paling sibuk di Indonesia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta. Lapangan terbang itu dinamakan sempena Gusti Ngurah Rai I, seorang pahlawan Bali yang meninggal dunia pada tanggal 20 November 1946 dalam pertempuran menentang Belanda di Marga, Tabanan. Semasa Revolusi Indonesia pada tahun 1946, Belanda mengalahkan Indonesia dengan membunuh Ngurah Rai dan lain-lain pejuang. Pada tahun 2018, lapangan terbang ini menawarkan perkhidmatan kepada 23,779,178 penumpang kerana Bali merupakan salah sebuah destinasi teratas di dunia. Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai juga telah dianugerahkan gelaran lapangan terbang ketiga terbaik dunia berdasarkan perkhidmatan dan jumlah penumpang.
****
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, kami bertiga terus dibawa berkeliling bandar Denpasar sebelum ke hotel penginapan iaitu Hotel Swiss-Belexpress Kuta Legian Sunset Road. Denpasar adalah ibu negeri Bali. Dari sedikit maklumat yang sempat ditelusuri, nama Denpasar ni khabarnya berasal dari kata-kata Bali ‘den’, maknanya utara dan ‘pasar’, yang bermakna pasar yang menjadikan kota itu sebagai kota pasar. Di bandar ini banyak tempat menarik seperti kuil, istana, muzium dan juga pantai yang indah. Denpasar juga terkenal dengan hasil karya batik yang dibuat daripada kain kapas tulen dengan corak, gaya dan citarasa Bali. Ia dijadikan kain sarung bagi wanita, lelaki, kemeja lelaki serta seluar.
Denpasar berkeluasan lebih dari 120 kilometer persegi dan jumlah penduduknya sekitar 930,280 orang. Kumpulan etnik di sini terdiri daripada orang Bali, Jawa, China dan Sasak. Agama utama yang diamalkan di Denpasar adalah Hindu, diikuti oleh Islam dan Protestanisme. Masyarakat di sini menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa utama untuk komunikasi bersama bahasa Inggeris kerana terdapat ramai pelancong dari negara-negara barat yang mengunjungi Bali. Disebabkan pertumbuhan pelancongan yang pesat di Bali, Denpasar juga menerima ramai pelawat sepanjang tahun.
Lebih kurang dua jam sekitar Denpasar, kami dibawa ke Hotel Swiss-Belexpress Kuta Legian yang terletak di Jalan Legian, Gg. Troppozone, Lingkungan Pelasa, Kecamatan Kuta, Kabupaten Badung, Bali. Hotel Swiss-Belexpress Kuta Legian ini bertaraf 4 bintang, bernuansa ceria dan unik, ideal untuk ahli perniagaan dan keluarga. Hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai dan berdekatan dengan berbagai destinasi wisata seperti Legian, Pantai Kuta dan Seminyak. Hotel ini juga menyediakan berbagai layanan dan fasiliti seperti restoran, perawatan tubuh dan ruang pertemuan.
****
Hotel penginapan kami… Hotel
Swiss-Belexpress Kuta Legian yang terletak di Jalan Legian, Gg. Troppozone,
Lingkungan Pelasa, Kecamatan Kuta, Kabupaten Badung, Bali…
****
Selepas bersarapan di Hotel
Swiss-Belexpress Kuta Legian, pemandu pelancong kami (Mas Arif) sudah menunggu
di pekarangan hotel untuk membawa kami ke destinasi pertama iaitu ke Tohpati
Village. Dari Hotel Swiss-Belexpress Kuta Legian sekitar 15 minit saja untuk
sampai ke Tohpati Village, sebuah ‘Pusat Seni Batik Art Village’ yang terkenal
di Bali. Sengaja kami memilih untuk melawat tempat ini kerana saya amat
berminat dengan batik terutama batik buatan tangan.
Tohpati Village hanya berjarak sekitar 12
kilometer dari Kuta, dan terkenal dengan pusat tenun batik di Bali. Batik di
sini dibuat secara tradisional iaitu dengan cara mencanting dan melukis.
Pengkaryanya menggunakan titikan dan garis dari lilin untuk mencorakkan
sesebuah karya di atas kain. Sangat menakjubkan kala melihat para pengkaryanya
menghasilkan karya mereka. Serasa saya, tidak sah kalau datang ke Bali tetapi
tidak mengunjungi tempat ini terutama bagi peminat budaya dan juga hasil karya
seni tradisional.
Hakikatnya Tohpati Village adalah rumah
industri batik, kita pasti akan merasakan sensasi luar biasa pada indera
lantaran banyaknya warna, corak dan aroma batik yang sebenarnya. Hanya melalui
kunjungan ke sini dan sedikit studi, jenis rekabentuk dan asal-usulnya akan
dapat digarap buat menyaratkan minda dengan maklumat untuk dibawa pulang ke
Malaysia nanti. Begitulah yang saya sering lakukan jika berkunjung ke
mana-mana. Saya akan cuba mendapatkan sebanyak yang boleh maklumat tentang
sesuatu perkara sebagai sajian minda saya.
Pada hari ini, banyak maklumat tentang
batik di Tohpati Village ini disampaikan oleh Mas Arif. Menurut beliau, contoh
awal batik telah ditemui di Timur Jauh, Timur Tengah, Asia Tengah dan India
sejak lebih dari 2000 tahun yang lalu. Boleh dibayangkan bahawa daerah-daerah
ini berkembang secara mandiri, tanpa pengaruh dari perdagangan atau pertukaran
budaya. Namun, kemungkinan besar kraftangan itu menyebar dari Asia ke
pulau-pulau di Kepulauan Melayu dan barat ke Timur Tengah melalui jalur
karavan.
Setahu saya, batik telah digunapakai di
China pada awal Dinasti Sui (581-618 Masehi), iaitu batik sutera dan ini juga
telah ditemui di Nara, Jepun dalam bentuk layar dan dianggap berasal dari
penggal Nara (710-794 Masehi). Kemungkinan besar ini dibuat oleh seniman China.
Ia dihiasi dengan pohon, binatang, pemain seruling, adegan berburu dan
gunung-ganang.
Batik juga wujud di India iaitu lukisan
dinding di Gua Ajunta menggambarkan penutup kepala dan pakaian yang dipercayai
adalah batik. Di Jawa dan Bali, reruntuhan candi berisi tokoh-tokoh yang
pakaiannya bermotifkan batik. Pada tahun 1677 terdapat bukti perdagangan
eksport yang cukup besar, sebahagian besar sutera dari China ke Jawa, Sumatera,
Persia dan Hindustan. Di Mesir, linen dan kain wol dengan pola putih di atas
tanah biru, merupakan batik tertua dan berasal dari abad ke-5 Masehi. Ia dibuat
di Mesir, mungkin Syria. Di Afrika tengah, proses pencelupan batik menggunakan
ubi kayu dan pasta beras telah wujud selama berabad-abad dalam suku Yoruba di
Nigeria Selatan dan Senegal.
Indonesia, khususnya pulau Jawa, merupakan
daerah di mana batik telah mencapai puncak pencapaian terbesarnya. Belanda
membawa tukang Indonesia untuk mengajar kraftangan kepada warden Belanda di
beberapa kilang di Belanda pada tahun 1835. Swiss menghasilkan batik imitasi
pada awal 1940-an. Bentuk pencetakan blok lilin dikembangkan di Jawa
menggunakan topi.
Pada awal 1900-an Jerman telah
mengembangkan penghasilan besar-besaran batik. Ada banyak contoh bentuk batik
ini serta hasil karya tangan di berbagai belahan dunia ketika ini.
Komputerisasi teknik membatik merupakan perkembangan yang sangat baru.
Itulah antara serba ringkas yang sapat
saya katakan tentang batik. Kerana terlalu meminati batik, dua tiga helai baju
batik telah menjadi milik saya untuk dibawa pulang ke Malaysia. Meski harganya
agak mahal berbanding harga di Malaysia, tetapi saya berpuas hati sebab corak
batik di sini berbaza total ketimbang corak batik di Malaysia. Indonesia
mempunyai gaya persembahan dan rekabentuk corak batik tersendiri, begitu juga
Malaysia. Masing-masing mempunyai identiti tersendiri dalam mengetengahkan
budaya bangsa kepada khalayak.
****
Selepas lebih kurang dua jam di Tohpati
Village, kami dibawa pula ke Pura Puseh Batuan Temple iaitu sebuah tempat
bersejarah yang menampilkan candi Hindu di Kampung Batuan. Candi ini
rekabentuknya sangat indah, unik dan sarat dengan ornamen Bali. Atap binaan
candi ini dibuat dari ijuk pokok aren berwarna hitam. Berlokasi strategik di
tepi jalan utama dari Denpasar ke Ubud. Selama lebih dari seribu tahun, Kampung
Batuan telah menjadi kampung seniman dan para pengkarya, legenda tua dan
kisah-kisah misteri.
Pura Puseh Batuan Temple didirikan pada
tahun 944 Isaka (1020 Masehi). Hampir 1,000 tahun. Pura Batuan adalah kategori
Pura Puseh berdasarkan konsep ‘Tri Kayangan atau Tri Murti’ yang diajarkan oleh
Mpu Kuturan sekitar abad ke-10 kepada masyarakat Hindu Bali ketika itu. Tri
Kayangan atau Tri Murti termasuk 3 pura iaitu:
1. Pura
Kampung sebagai tempat pemujaan Dewa Brahma (Sang Pencipta)
2. Pura Puseh untuk memuja Dewa Wisnu (Pemelihara)
3. Pura Dalem untuk memuja Dewa Siwa (Penghancur)
2. Pura Puseh untuk memuja Dewa Wisnu (Pemelihara)
3. Pura Dalem untuk memuja Dewa Siwa (Penghancur)
Menurut Mas Arif, Pura Puseh Batuan Temple
ini adalah salah sebuah pura kampung paling populer dan indah yang merupakan
sebahagian dari tiga pura besar yang disebut Tri Kayangan, dan dirancang oleh
arkitektur Bali dengan gerbang terbelah, batu penjaga, kuil jerami, dan ukiran
yang unik. Masyarakat tempatan menyebut tempat ini sebagai Pura Puseh Batuan,
landmark utama Kampung Batuan, yang terkenal dengan seni dan lukisan
tradisional Bali. Tempat ini juga adalah salah satu dari tiga kuil kampung yang
didedikasikan untuk dewa-dewa triniti Hindu.
Pura Puseh Batuan Temple memiliki kompleks
kuil yang megah, terletak di dalam kompleks seluas 0.65 hektar. Motif batu
pasir dan arkitektur candi tradisional Bali yang terpelihara dengan baik adalah
daya tarik utamanya. Pura Puseh Batuan Temple juga diunggulkan oleh tiga
kawasan meliputi Nista Mandala (kawasan luar), Madya Mandala (kawasan tengah)
dan Utama Mandala (kawasan pura utama). Pintu masuk candi kelihatan seperti
gapura yang terbelah seolah-olah dulunya merupakan satu gapura yang terbelah
menjadi dua bahagian. Gerbang ini mengarah ke halaman yang memiliki taman dan
patung yang dipasang di berbagai lokasi.
Dari halaman, ada gerbang lain yang
dibentang oleh lengkungan berukir rumit dengan relief bas di sisipannya dan
terjalin dengan tanaman merambat dan pintu tertutup. Untuk masuk ke tempat suci
perlu melalui dua gerbang. Tempat suci adalah tempat para dewa bertakhta selama
waktu festival, melalui undangan khas untuk ‘turun ke dunia ini’. Para dewa
yang diundang selama festival dipuja dengan pengabdian dan persembahan yang
mendalam.
Sewaktu ditanya Mas Arif tentang sejarah
Pura Puseh Batuan Temple ini, beliau tidak teragak-agak mengatakan bahawa nama
‘Batu’ atau ‘Baturan’ yang disebutkan di sini mendorong penduduk kampung untuk
bercanda tentang menjadi ‘keras seperti batu’ atau ‘memakan batu’ kerana batu bermakna
‘batu’ dalam bahasa Bali. Tetapi itu berkemungkinan besar mengacu pada tradisi
megalitik purba di mana batu berdiri berfungsi sebagai tempat pertemuan dan
tempat upacara untuk pemujaan roh leluhur. Kerana Batuan menjadi pusat di mana
pendeta Buddha dan Brahmana menyebar ke pusat pengadilan utama di Bali selatan,
kampung ini memiliki jumlah Brahmana yang tidak biasa.
Masyarakat setempat sangat cakna terhadap
penjagaan dan pelestarian arkitektur candi dan lingkungannya. Tidak semua
binaan yang ada merupakan binaan tua di sini, ada beberapa binaan yang
mengalami renovasi, pembaharuan dan perubahan dari abad ke-10 sehingga abad
ke-13 dan juga abad ke-18 Masehi. Struktur dan asas candi ini sangat kukuh dan
kuat. Ia memiliki ornamen asli Bali yang mendambakan keindahan di setiap binaan
di kawasan pura ini. Beberapa ornamen merupakan refleksi dari cerita epik
Ramayana dan setiap binaan suci memiliki fungsi falsafah yang berbeza.
Menurut Mas Arif, di kawasan parkir pura,
berdiri sebuah binaan purba yang disebut Wantilan. Tempat ini digunakan sebagai
ruang pertemuan dan untuk berlatih segala jenis tarian Bali seperti Tarian
Gambuh, Tarian Pendet, dan lain-lain lagi. Sebelum kita memasuki pura ada
beberapa penduduk tempatan di Wantilan akan meminjamkan kita ‘kamben’ (pakaian
tradisional Bali). Wajib bagi para pengunjung memakai ‘kamben Bali’ untuk
menunjukkan rasa hormat terhadap kesucian ‘Pura Puseh Kampung Batuan’.
Semuanya percuma, kita tidak akan
dikenakan sebarang bayaran untuk masuk. Tetapi, masyarakat setempat
mengharapkan setiap pelancong yang berkunjung ke candi ini dapat menyumbangkan
wang dalam jumlah berapa saja untuk menyokong kos penjagaan candi. Di sini
disediakan kotak sumbangan ynag para pengunjung. Setiap sumbangan yang kita
berikan harus dilandasi dengan rasa keikhlasan, di mana masyarakat Bali
mengenalinya dengan sebutan ‘medan punia’.
Di halaman tengah pura terdapat sebuah
binaan atau bale panjang yang disebut Bale Agung dan Bale Kulkul (sebiji gong
yang dibuat dari kayu atau buluh). Banyak patung penjaga bersaiz raksasa.
Fungsi Kori Agung adalah pintu tempat keluar masuknya para dewa yang dilambangkan
dengan patung kecil bernama Pratima. Di sebelah Kori Agung terdapat dua pintu
kecil sebagai tempat keluar masuknya orang ke halaman utama pura. Di halaman
utama pura ada sekitar tiga tingkat Meru dan Bale Pengiyasan sebagai simbol
Pura Besakih, ada juga sebuah binaan yang disebut Padmasana sebagai tempat
pemujaan kepada Sang Hyang Widhi, satu-satunya Dewa Hindu Bali.
Pura Puseh Batuan Temple tidak hanya
memancarkan getaran spiritual yang tinggi, tetapi juga mewakili nilai-nilai
sejarah. Kita boleh melihat di dalamnya terdapat banyak peninggalan purba yang
menakjubkan dari zaman prasejarah. Bagaimana pengaruh budaya Hindu di Bali yang
menjadikan batu alam di pura ini sebagai tempat pemujaan, baik kepada leluhur
mahupun pemujaan Dewata Hindu. Kita juga akan takjub terhadap beberapa patung
purba dan unik di sini. Berdasarkan jumlah arca yang terdapat di Pura Puseh
ini, dapat dikumpulkan menjadi beberapa jenis iaitu Patung Dwarapala, Patung
Perwujudan, Patung Haiwan, Sosok Status Memegang Ayam, Lingga, Syaitan (Waktu),
dan banyak lagi.
****
Setelah puas di Pura Puseh Batuan
Temple, kami dibawa pula ke Rice Terrace
di Tegallalang, terletak di Dusun Ceking, Kecamatan Tegallalang, Kabupaten
Gianyar. Datang ke sini membuatkan saya terkenang kembali zaman kecil-kecil
dulu di Kedah, di mana lingkungan hidup saya adalah bendang. Tetapi rupa bentuk
bendang di Tegallalang agak berbeza kerana bendang di sini berupa teres-teres
yang dipotong dari bukit dan diairi untuk tanaman padi. Manakala bendang di
Kedah berupa hamparan rata tanah yang diairi untuk tanaman padi.
Di Rice Terrace Tegallalang ini kita dapat
berastirahat sembari menikmati kedamaian suasana ikonik Bali, teres sawah padi
yang menghijau meliputi lereng bukit dan pohon kelapa melambai-lambai ditiup
pawana. Kampung Tegallalang yang terletak di gaung sungai Bukit Ubud terkenal
dengan teres sawah padinya. Bendang berteres ini adalah antara pemandangan yang
sering dirakamkan gambarnya di Bali. Sedut udara yang segar, renung menembusi
kabus yang meliputi gunung dan berteduh di bawah pokok kelapa sambil menikmati
suasana kampung bersama anak dan isteri adalah antara aktiviti saya di sini.
Menurut Mas Arif, teres sawah padi ini
berusia lebih 2,000 tahun. Para petani menggunakan alatan tangan klasik untuk
membentuk teres seperti tangga di lereng gunung ini. Diperkukuhkan oleh tembok
penahan, teres ini ialah sistem yang direka untuk memanfaatkan air yang mengalir
turun dari puncak gunung. Padi ialah tanaman yang penting di Bali, ia merupakan
makanan ruji dan teras upacara keagamaan. Pengurusan dan penanamannya diatur
oleh pihak penguasa pusat kampung serta mengikut kalendar agama dan musim.
Kampung Tegallalang menjadi sesak kerana
kampung ini digemari ramai. Untuk menyaksikan pemandangan yang indah dan kurang
sesak, kita boleh pergi ke sebelah tepi teres tersebut. Kita juga boleh melihat
pemandangan yang mengagumkan dari kafe di puncak bukit. Jika bercadang nak
bersiar-siar sambil berjalan kaki, pastikan memakai kasut getah kerana ada
bahagian jalan yang berair dan berlumpur.
Kampung Tegallalang turut terkenal dengan
kesenian dan cenderahati kayu buatan tangan. Terdapat sebilangan peniaga yang
menjual kraf tangan di bahu jalan dan kita boleh melihat-lihat barangan
tempatan di kampung sekitarnya. Terletak di tengah-tengah Bali, Kampung
Tegallalang sejauh 10 minit saja pemanduan dari Ubud.
****
Makan tengah hari di Kintamani (Gunung Batur)
****
Kintamani merupakan sebuah tempat yang
berhawa dingin seperti di Kundasang, Bukit Fraser, Genting Highland atau
Cameron Highland di Malaysia.
Kintamani terletak di Kabupaten Bangli,
memang tersohor dengan kearifan tempatan berbalut keindahan. Bagaimana tidak,
jika majoriti orang mengenali Bali sebagai syurga pantai dan laut tetapi di
Kintamani kita akan merasa suasana yang berbeza, yang tidak dibatasi oleh
pantai-pantai seperti umumnya di Bali. Kintamani adalah satu-satunya wilayah di
Pulau Bali yang merupakan daerah dataran tinggi dengan sejuknya hawa
pergunungan. Di sini kita boleh menyaksikan keindahan Gunung Batur dan Danau
Batur. Belum lagi kampung-kampung wisata dengan berbagai kearifan tempatan
masyarakat di dalamnya yang sangat rugi jika tidak disinggahi. Bercakap tentang
keindahan alam Kintamani rasanya belum lengkap kalau kita tidak mengenali
sejarah yang membalutinya.
Sebagaimana tempat-tempat lain di Pulau
Bali, Kintamani juga menyimpan jejak sejarah dan budaya yang menarik. Sejarah
tersebut berkembang menjadi kearifan tempatan masyarakat setempat. Kintamani
adalah kampung yang menyimpan jejak kerukunan dan harmonisasi kehidupan
masyarakat tiga agama berbeza iaitu Hindu, Islam dan Konfusius China. Bukti
kerukunan tersebut masih boleh dilihat hingga sekarang visualisasi Pura Batur.
Sewaktu menjejakkan kaki di Pura Batur
kita akan menyaksikan sendiri bagaimana tempat tersebut didominasi oleh warna
merah dan patung naga yang ditempatkan pada sisi kiri dan kanan. Ditambah
dengan bau dupa yang menyengat ketika kita memasuki wilayah pura tersebut.
Berbagai cerita melatarbelakangi kisah di Pura Batur yang merupakan pura kedua
terbesar selepas Pura Besakih. Menurut Mas Arif, disebutkan bahawa di Danau
Batur di Kintamani terdapat salah sebuah pura yang masuk ke dalam pura kayangan
jagat.
Berbagai sumber menyebutkan bagaimana asal
mula atau sejarah Kintamani yang kini cukup populer sebagai wisata alam di
Bali. Berdasarkan dari berbagai sumber tersebut diketahui bahawa asal nama
Kintamani adalah Cintamani dengan berbagai versi cerita yang menyertainya.
Kintamani adalah sebuah kecamatan di Kabupaten Bangli. Kintamani juga merupakan
kawasan wisata pemandangan alam di Bali, Indonesia yang terkenal.
Sumber-sumber yang menyebut tentang Danau
Batur adalah Lontar Kesmu Dewa, Lontar Usana Bali, dan Lontar Raja Purana
Batur. Disebutkan bahawa Pura Batur sudah ada sejak masa Mpu Kuturan, iaitu
abad ke-10 sehingga permulaan abad ke-11. Luasnya kawasan dan banyaknya
‘pelinggih’ menandakan bahawa Pura Batur adalah ‘penyiwi raja-raja’ yang
berkuasa di Bali, sekaligus merupakan Kayangan Jagat.
Di Pura Batur yang diistanakan adalah Dewi
Danu yang disebutkan dalam Lontar Usana Bali yang terjemahannya seperti
berikut: ‘Adalah ceritera, terjadi pada bulan Marga Sari (bulan ke V) waktu
Kresna Paksa (Tilem) tersebutlah Betara Pasupati di India sedang memindahkan
Puncak Gunung Maha Meru dibahagi menjadi dua, dipegang dengan tangan kiri dan
kanan lalu dibawa ke Bali digunakan sebagai ‘sthana’ Putra dia iaitu Betara
Putrajaya (Hyang Maha Dewa) dan puncak gunung yang dibawa tangan kiri menjadi
Gunung Batur sebagai ‘sthana’ Betari Danuh, kedua-duanya itulah sebagai ulunya
Pulau Bali. Kedua-dua gunung ini merupakan lambang unsur Purusa dan Pradana
dari Sang Hyang Widhi. Pura Batur merupakan tempat Pemujaan masyarakat Hindu di
seluruh Bali khususnya Bali Tengah, Utara dan Timur memohon keselamatan di
bidang persawahan. Sehingga pada ketika puja wali yang jatuh pada Purnamaning
ke X (kedasa) seluruh masyarakat terutama pada semua ‘kelian subak,
sedahan-sedahan’ datang ke Pura Batur mengaturkan ‘Suwinih’. Demikian jika
terjadi bencana hama.’
****
Dari Kintamani, kami dibawa pula ke Coffee
Plantation Bali Pulina untuk mengecapi kopi luwak yang terkenal di Bali. Coffee
Plantation Bali Pulina berlokasi di Jalan Raya Pujung Kaja, Sebatu, Kecamatan
Tegallalang, Gianyar, Bali.
Bagi penggemar kopi seperti saya yang
tidak ada masalah jika perlu mengeluarkan wang lebih untuk menikmatinya, memang
sesuailah datang ke sini kerana di sini kita boleh menikmati hidangan kopi di
antara yang termahal di dunia. Kopi yang dihidangkan di sini jika kita
menikmatinya di negara Eropah, kita akan dikenakan caj sekitar RM 120 sehingga
RM 200 secawan. Hidangan kopi ini merupakan Kopi Luwak atau dalam erti lainnya
adalah Kopi Musang. Ia dinamakan sedemikian kerana memang mempunyai perkaitan
dengan musang. Musang sangat menggemari buah kopi dan apabila najisnya
dikeluarkan, ia di dalam bentuk biji kopi.
Biji kopi ini kemudiannya dikutip dan
dipecahkan untuk mendapatkan isinya yang dijadikan biji kopi luwak. Selepas
itu, biji kopi luwak ini akan melalui proses untuk dijadikan serbuk kopi, sama seperti proses penghasilan serbuk kopi
yang lain.
****
Puas menikmati kopi luwak di Coffee
Plantation Bali Pulina, Mas Arif membawa kami ke Tegenungan Waterfall (Air
Terjun Tegenungan) pula… terletak di Kampung Kemenuh, Kecamatan Sukawati,
Kabupaten Gianyar, berjarak sekitar 30 km dari Denpasar. Air terjun ini
memiliki ketinggian 15 meter. Meski tidak begitu tinggi, kelajuan airnya sangat
deras. Airnya juga bersih dan bening. Menurut Mas Arif, air terjun ini berasal
dari Sungai Tukad Petanu. Tempat ini sering digunakan untuk melakukan
aktiviti-aktiviti ekstrem seperti melompat dari puncak air terjun dan
bermandi-manda.
Sebagai objek wisata yang berlokasi tidak
jauh dari Ubud, Air Terjun Tegenungan ini sudah sangat populer di telinga
pelancong asing. Tidak hanya daya tariknya yang sangat memukau, tetapi juga
dikenali sebagai tempat wisata yang masih kental dengan budaya, sejarah dan
kesenian. Alam semulajadi di sini juga masih asri, tidak banyak disentuh oleh
unsur-unsur pembangunan moden dan sudah pastilah oksigen di sini begitu nyaman
dan amat menyegarkan.
Saya memang sukakan keindahan alam
semulajadi. Sebab itu saya memilih lokasi ini dalam pakej percutian ini. Air
Terjun Tegenungan memiliki ketinggian sekitar 15 meter dengan kolam yang boleh
digunakan untuk aktiviti berenang. Hanya terdapat tali pembatas yang tidak
boleh dilewati oleh para pengunjung ketika berada di lokasi kolam, iaitu titik
di mana air terjun tepat jatuh ke kawasan kolam.
Bagi saya, lokasi Air Terjun Tegenungan
ini sangat sesuai untuk destinasi wisata keluarga juga sebagai wisata alam. Ini
kerana terdapat banyak sekali fasiliti yang boleh menggembirakan anggota
keluarga seperti ayunan berhampiran lokasi air terjun, gazebo, spot selfie,
kantin, dan penjual cenderamata. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh para
pelancong ketika berada di lokasi air terjun, seperti berenang, merakam gambar,
spot selfie dan sebagainya.
Kata Mas Arif, jangan takut berenang di
Air Terjun Tegenungan ini kerana sebahagian besar kawasan kolamnya tidak dalam.
Cuma jangan sampai melewati batas larangan berupa tali yang sudah dipasang
pihak pengelola, dan jangan mandi ketika hujan lebat. Untuk kreativiti rakaman
gambar, yang berpadu dengan keindahan alam, berbalut dengan suasana
kebahagiaan, adalah rangkaian momen yang tidak boleh dilepaskan begitu saja
oleh kamera kita.
Itulah antara beberapa aktiviti yang boleh
dilakukan oleh para pelancong ketika berada di sini. Tentang sejarahnya pula,
menurut Mas Arif, nama Tegenungan muncul sekitar tahun 1998. Nama asalnya ialah
Air Terjun Srongsongan. Nama Tegenungan lahir disebabkan lokasi air terjun ini
boleh diakses salah-satunya melalui daerah Tegenungan. Selain nama Tegenungan,
lokasi air terjun ini sering disebut juga sebagai Air Terjun Blangsinga. Kerana
lokasi wisata ini boleh diakses melalui daerah Banjar Blangsinga.
Terdapat kisah misteri yang berkembang dan
diyakini oleh masyarakat sekitar kawasan wisata Air Terjun Tegenungan ini. Air
Terjun Tegenungan ini diyakini sebagai sebuah ‘Griya Niskala’ yang bermakna
rumah pedanda ghaib. Pedanda adalah salah satu sebutan untuk pendeta yang ada
di Bali. Pura Beji Tirta Merta yang jaraknya sekitar 80 meter dari lokasi air
terjun ini dianggap sebagai bukti bahawa lokasi air terjun ini adalah sebuah
Griya Niskala. Pura Beji Tirta Merta dikenali juga dengan lima pancuran air
bening, serta diyakini sebagai lokasi tirta suci untuk pura kayangan.
****
Makan malam di hotel penginapan… Hotel
Swiss Bell Express Legian Kuta…
****
Hari ini merupakan hari ketiga kami di
Bali. Jadual hari ini berupa lawatan Nusa Dua-Uluwatu-Jimbaran. Sebaik selesai
bersarapan pagi di Hotel Swiss-Belexpress Kuta Legian, kami terus dibawa ke Puja
Mandala.
Bali memang terkenal sebagai pulau dengan
pemandangan indahnya yang menjadi tujuan wisata kegemaran. Selain itu
keberagaman budayanya yang unik juga tidak kalah menarik dari wilayah yang
dikenali sebagai Pulau Dewata ini. Selain dikenali dengan sebutan Pulau Dewata,
Bali juga memiliki julukan lain iaitu Pulau Seribu Pura. Ini merupakan cerminan
dari majoriti penduduknya yang beragama Hindu, sehingga di setiap sudut wilayah
dapat ditemui binaan pura sebagai tempat peribadatan.
Meski majoriti beragama Hindu, masyarakat
Bali memiliki sikap toleransi yang tinggi dengan masyarakat beragama lain. Kerukunan
antara umat beragama di Bali ini dapat dilihat secara nyata di Puja Mandala. Puja
Mandala adalah sebuah pusat peribadatan dengan lima rumah ibadah berbeza yang
berada di dalam satu kawasan kompleks. Tempat ini berlokasi di Nusa Dua, Bali.
Dengan jarak sekitar 23 km dari pusat Kota Denpasar atau sekitar 12 km dari Lapangan
Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai.
Puja Mandala berasal dari kata ‘puja’ yang
bererti pemujaan dan ‘mandala’ adalah kawasan. Sehingga Puja Mandala boleh diertikan
sebagai kawasan pemujaan. Lima rumah ibadah yang disebutkan itu, antara lain
adalah Masjid Agung Ibnu Batutah, Gereja Katolik Paroki Maria Bunda Segala
Bangsa, Vihara Buddha Guna, Gereja Kristian Protestan Bukit Doa dan Pura Jagat
Natha.
Dari Puja Mandala kami ke Tanjung Benoa
Watersport di Jalan Segara Geni, Kecamatan Kuta Selatan, Kabupaten Badung.
Tanjung Benoa adalah sebuah kampung yang terkenal dengan wisata baharinya.
Secara geografi, daerah ini terletak di hujung barat daya pulau Bali.
Tanjung Benoa termasuk tempat yang beruntung kerana memiliki pantai yang sangat menarik. Bibir pantai Tanjung Benoa memiliki laut yang selamat, nyaman dan indah. Karang lautnya masih lestari, sehingga ombak akan pecah di luar, sebelum menyentuh bibir pantai. Lantaran itu, di pantai Tanjung Benoa dikenali istilah ‘laut cetek’ dan ‘laut dalam’. Maknannya, pada laut cetek ini semua aktiviti sukan air boleh dilakukan.
Tanjung Benoa termasuk tempat yang beruntung kerana memiliki pantai yang sangat menarik. Bibir pantai Tanjung Benoa memiliki laut yang selamat, nyaman dan indah. Karang lautnya masih lestari, sehingga ombak akan pecah di luar, sebelum menyentuh bibir pantai. Lantaran itu, di pantai Tanjung Benoa dikenali istilah ‘laut cetek’ dan ‘laut dalam’. Maknannya, pada laut cetek ini semua aktiviti sukan air boleh dilakukan.
Di samping aspek positifnya, pesisir
Tanjung Benoa juga memiliki kekurangan berkaitan dengan pasang-surutnya air
laut yang banyak bergantung kepada keadaan alam. Di sini dikenali dengan
istilah pasang purnama dan pasang tilem. Jika kena pengaruh bulan mati (tilem),
atraksi wisata laut baru boleh diteruskan di atas pukul 11.00 pagi hingga
petang. Sebaliknya, kalau terkena pengaruh pasang purnama (bulan penuh),
pelancong boleh memulai aktiviti wisata laut sejak pagi hari, sekitar pukul 09.00
hingga petang hari.
Selain memiliki warisan kekayaan dalam bentuk pesisir pantai yang indah, nyaman dan selamat, kawasan ini sekarang sedia bersaing dengan kawasan eksklusif di sebelahnya iaitu BTDC (Bali Tourism Development Corporation) milik kerajaan.
Selain memiliki warisan kekayaan dalam bentuk pesisir pantai yang indah, nyaman dan selamat, kawasan ini sekarang sedia bersaing dengan kawasan eksklusif di sebelahnya iaitu BTDC (Bali Tourism Development Corporation) milik kerajaan.
Menurut Mas Arif, sejarah Tanjung Benoa
Watersport bermula pada awal 80-an, ketika di kawasan BTDC dibina 14 hotel,
masyarakat dan para perancang kawasan Tanjung Benoa pernah dihenyak tanda
tanya: ‘Kampung Tanjung Benoa ni nak diapakan?’ Berangkat dari tanda tanya ini,
muncullah berbagai usulan, terutama untuk memanfaatkan wilayah ini sebagai
penyangga BTDC. Sebagai daerah penyangga, pada awalnya Tanjung Benoa dinilai
hanya sesuai dibina perumahan untuk menampung ribuan kakitangan hotel yang
bekerja di kawasan BTDC. Selain itu, pesisir kawasan Tanjung Benoa juga
dirancangkan sebagai tempat untuk berbagai aktiviti wisata air.
Waktu terus berlalu, hingga dua puluh
tahun kemudian, kawasan ini berkembang pesat. Tanah yang telah dikuasai pelabur
kemudiannya dibina hotel-hotel yang menjadi saingan BTDC. Di sini boleh kita
temui beberapa hotel dari kelas biasa, satu bintang hingga empat bintang.
Manakala atraksi wisata air berkembang amat pesat sejak terbinanya BMR tahun 1985
oleh Ir. I Ketut Widia.
Di sebalik sisi positif perkembangan Tanjung Benoa, ternyata muncul masalah akibat kurang kendalian pembinaan sehingga mencagunkan kekumuhan di kawasan ini. Masyarakat di lingkungan Tanjung Benoa membina berbagai fasiliti kepariwisataan sekehendak hati, hampir sama dengan yang terjadi di Kuta, Candidasa, Lovina, Seminyak dan Legian. Akibatnya, kekumuhan wilayah yang berkembang tanpa terkendali tidak mampu dihindari. Mereka tidak lagi mengikuti norma-norma aturan seperti yang ditetapkan jirannya, kawasan BTDC.
Nasib baik, para pengusaha yang ada di
lingkungan Tanjung Benoa cepat sedar, kemudian mereka membentuk Jawatankuasa
Tanjung Benoa tahun 1996. Tujuannya, selain untuk promosi bersama agar Tanjung
Benoa Bali sebagai resort wisata makin dikenali, jawatankuasa juga mengelola
dan mengatur lingkungan sekitarnya. Masalah sampah dan kebersihan jadi sasaran
utama pihak jawatankuasa, sehingga mampu mengubah suasana kumuh menjadi Tanjung
Benoa yang bersih dan segar. Lalu, dibentuklah pasukan Green Team di hotel
masing-masing.
Jawatankuasa juga mengusulkan kepada
kerajaan, agar secepatnya dibuat jalan untuk pejalan kaki di sepanjang jalan
utama Tanjung Benoa. Sekarang di sepanjang Jalan Pratama, selain bersih kerana
penanganan Green Team yang profesional, jalan kecil juga memberikan keselesaan
bagi pejalan kaki. Meski demikian, kesedaran pengusaha di kawasan ini belum
menyatu bulat. Dari ratusan pengusaha yang ada, hanya 24 syarikat yang secara
sukarela bergabung dalam Jawatankuasa Tanjung Benoa. Empat tahun kemudian,
tepatnya tahun 2000, Pentadbir Kabupaten Badung telah menyusun Rancangan Tata
Binaan dan Lingkungan (RTBL) Pesisir Pantai Tanjung Benoa. RTBL ini selanjutnya
dijadikan pedoman di dalam menata pesisir pantai Tanjung Benoa, baik oleh
masyarakat mahupun jawatankuasa.
Pesisir pantai Tanjung Benoa mencakup
tujuh lingkungan atau banjar, enam di antaranya termasuk wilayah Kelurahan
Tanjung Benoa (Banjar Kerta Pascima, Anyar, Tengah, Purwa Santi, Panca Bhineka,
dan Banjar Tengkulung), manakala Banjar Terora termasuk wilayah Kelurahan
Benoa. Luas keseluruhannya 400,39 hektar, 226,64 hektar di antaranya adalah
luar wilayah Banjar Terora. Dengan demikian luas wilayah Tanjung Benoa sekitar
173,75 hektar.
Dulu, masyarakat Tanjung Benoa hanya
mengandalkan hasil pertanian lahan kering dengan tanaman kedelai, ubi kayu dan
sejenisnya dan juga menanam rumput laut. Tetapi sejak berkembangnya sektor
pelancongan di kawasan ini, kehidupan masyarakat bertambah makmur. Pendapatan
mereka juga semakin meningkat.
****
Dari Tanjung Benoa Watersport di Jalan
Segara Geni, kami dibawa ke Pantai Tanah Barak pula. Menurut Mas Arif, Pantai
Tanah Barak menjadi salah satu objek wisata populer yang wajib dikunjungi
ketika berada di Pulau Bali. Pantai Tanah Barak sering disebut juga Pantai
Tanah Barak berlokasi di Kampung Kutuh, Badung. Ternyata Kampung Kutuh tidak
hanya memiliki Pantai Pandawa saja, tetapi ada juga Pantai Tanah Barak. Lokasi
kedua-dua pantai ini bersebelahan dan memiliki akses yang sama untuk sampai.
Pantai ini juga merupakan pantai eksotik
dengan pasirnya yang putih, batu karang yang unik dan ombak yang tenang.
Sewaktu kami sampai, meskipun hari sudah meninggi tetapi belum ramai pengunjung
yang datang sehingga kami dapat merasakan suasana pantai seakan-akan pantai itu
milik kami yang punya.
Di sebelah Pantai Tanah Barak atau Pantai Tanah
Barak terletak Pantai Pandawa dan Pantai Green Bowl. Dari Pantai Tanah Barak
kita boleh terus berjalan kaki menyusur sampai ke Pantai Pandawa. Kalau dari
Pantai Kuta, perjalanan akan memakan masa sekitar 45 minit, tetapi jika kita
berangkat dari Garuda Wisnu Kencana, kita hanya perlu sekitar 20 minit
perjalanan saja. Jika berada di sekitar Denpasar, kita boleh melalui jalan tol
Bali Mandara dan mengambil jalan Nusa Dua. Selepas itu, berbelok ke arah kanan
menuju Puja Mandala Nusa Dua dan terus di jalan utama hingga nampak petunjuk
menuju Pantai Tanah Barak.
Keunikan Pantai Tanah Barak atau Pantai Tanah
Barak ini terletak pada pasir putihnya yang lembut dan air laut yang biru
jernih. Keindahan ini juga dipadukan dengan bukit kapur tinggi yang
mengelilingi pantai. Bebatuan besar tersebar di sepanjang pantai, memberikan
nuansa aksesori semulajadi. Kita juga boleh menikmati pemandangan alam sambil
duduk santai di atas bebatuan tersebut.
Sewaktu perjalanan menuju pantai, kita
juga boleh menikmati keindahan Tanah Barak. Akses ke pantai ini harus melalui
tebing kapur yang membelah bukit yang mencipta ‘spot foto’ yang sangat diminati
pengunjung akhir-akhir ini. Kata Mas Arif, ada beberapa aktiviti yang boleh
lakukan sewaktu berada di Pantai Tanah Barak, di antaranya aktiviti fotografi,
berenang, berjemur macam Mat Saleh, snorkeling dan menikmati suasana matahari
terbenam.
Kewujudan tebing kapur yang tinggi sangat
sesuai untuk melakukan fotografi. Pengunjung boleh menjadikannya sebagai latar
belakang foto ‘prewedding’ atau untuk keperluan media sosial. Untuk aktiviti
berenang, pantai dengan pasir putih, air biru, dan ombak yang tenang pastinya
akan menggoda pengunjung untuk berenang. Tetapi perlu berhati-hati dan tidak
berenang terlalu jauh ke tengah laut. Kalau nak berjemur macam Mat Saleh atau
nak bermain pasir pula, inilah pantai yang sesuai. Bagi peminat aktiviti
snorkeling, air laut di sini tenang dan jernih. Waktu terbaik untuk menikmati
pantai ini adalah waktu hampir senja, terutama ketika matahari hampir terbenam.
Pemandangan langit senja sangat indah dan mempersonakan di sini.
****
Dari Pantai Tanah Barak kami dibawa ke
Nusa Dua untuk makan tengah hari. Nusa Dua merupakan sebuah tanjung yang
terletak di tenggara pulau Bali. Jaraknya sekitar 40 kilometer dari Denpasar.
Menurut Mas Arif, Nusa Dua juga merupakan lokasi Persidangan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Perubahan Iklim 2008 yang berlangsung antara
3-14 Disember 2007 dan menjadi tempat Penyelenggaraan Pertandingan Ratu Cantik
tertua di dunia iaitu Miss World tahun 2013.
Menurut Mas Arif lagi, Nusa Dua ini juga
merupakan salah sebuah pantai yang unik di Bali. Pantai ini memiliki dua karang
yang terpisah. Dahulu kala ada cerita rakyat Bali mengatakan bahawa Nusa Dua
adalah buatan seorang kesatria sakti yang bernama Kebo Iwa. Dengan kekuatan
Kebo Iwa menyebabkan seorang raja yang berkuasa keturunan terakhir Dinasti
Warma Dewa iaitu Sri Astasura Bumi Banten menginginkan Kebo Iwa untuk menjadi
salah satu patihnya di wilayah Blahbatuh, yang juga dikenali dengan sebutan
Raja Bezahulu. (‘Beza’ diertikan sebagai kekuatan yang berbeza).
Kebo Iwa diangkat menjadi Patih kerajaan
dan ketika itu dia mengucapkan janji bahawa selagi dia masih bernafas, Bali
tidak akan dikuasai oleh sesiapapun. Dengan sokongan dari Patih Kebo Iwa yang
luar biasa kuatnya, Sri Astasura Bumi Banten menyatakan bahawa kerajaannya
tidak akan dapat ditundukkan oleh kerajaan Majapahit yang mahu menawan kerajaan
di Bali. Adapun kerajaan Majapahit waktu itu dipimpin oleh Raja Tri Bhuwana
Tungga Dewi, dengan patihnya yang paling terkenal dengan Sumpah Palapanya
(sumpah untuk tidak menikmati kenikmatan dunia bila seluruh wilayah nusantara
belum dipersatukan di bawah panji Majapahit) yang bernama Gajah Mada.
Kerana kehebatannya, Kebo Iwa dapat
menahan serbuan pasukan Majapahit yang hendak menakluk Bali. Semua kapal perang
Majapahit ditenggelamkan jika berada di Selat Bali. Maha Patih Majapahit pun
mengatur muslihat. Dalam muslihat yang diatur, Gajah Mada memberikan pujian
kepada baginda Sri Astasura Bumi Banten dan Patih Kebo Iwa tanpa menimbulkan
sedikitpun kecurigaan. Lantas, Raja Majapahit memujuk Patih Kebo Iwa supaya
melakukan perjalanan ke Majapahit bagi menikahi wanita terhormat lagi jelita
pilihan raja yang berasal dari Lemah Tulis.
Menanggapi tawaran dari Majapahit, Patih
Kebo Iwa yang setia terhadap rajanya, memohon petunjuk dan persetujuan dari
baginda Sri Astasura Bumi Banten. Baginda Raja menyetujuinya tanpa rasa curiga.
Sebelum pergi ke Majapahit, Patih Kebo Iwa terlebih dahulu melakukan upacara
keagamaan di Pura Uluwatu, untuk meminta kekuatan dari Sang Hyang Rudra. Dan
Sang Hyang Rudra memenuhi permintaan Kebo Iwa, dengan memberikan dua ketul
batu, mengakibatkan meningkatnya kekuatan dan kesaktian menjadi sangat luar
biasa.
Salah satu dari batu tersebut dibawa ke kampung Bezahulu di mana tempat
mereka dilahirkan dan seketul lagi akan di bawa ke Majapahit, namun dalam
perjalanan ke tanah Jawa tiba-tiba batu itu pecah menjadi dua dan jatuh di
pinggir pantai. Kemudian batu tersebut menjadi tempat kehidupan masyarakat
sehingga lama kelamaan batu tersebut semakin membesar sehingga terjadilah nusa
yang dipanggil Nusa Dua. Itulah awal mula cerita pantai Nusa Dua.
Nusa Dua sendiri terletak di hujung
selatan Pulau Bali. Jaraknya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai,
sekitar 8 km, atau sekitar tiga puluh minit perjalanan. Nusa Dua memiliki
kawasan lahan sekitar 350 hektar. Lahan kering dan tidak produktif ini
diakuisisi oleh kerajaan Indonesia pada tahun 70-an, kemudian dikembangkan
menjadi sebuah projek pariwisata prestisius dengan rancang bina yang komprehensif
dan berpadu sebagai resort wisata budaya.
Pada tahun 1970 kerajaan telah menetapkan
sebuah syarikat konsultan Perancis, iaitu Centrale Societe pour l’peralatan
Touristique outre-Mer (SCETO) untuk menyusun rancangan induk bagi pengembangan
pariwisata di Bali secara berkesinambungan. Rancangan SCETO diusulkan kompleks
resort mandiri di tepi laut, terpisah dari pusat penduduk utama untuk
meminimumkan kesan pariwisata terhadap budaya Bali. Kawasan yang diusulkan adalah Nusa Dua. Ini adalah salah satu
keunikan resort wisata Nusa Dua, yakni dibina terpisah dari Kampung Bualu
sebagai lokasi utama dari resort ini. Resort dengan konsep wisata budaya ini
mendapat gelaran sebagai salah satu dari enam resort terbaik dunia.
****
Selepas makan tengah hari di Nusa Dua,
kami dibawa pula ke Pandawa Beach atau Pantai Pandawa yang berlokasi di Kuta
Selatan, Kabupaten Badung. Pantai Pandawa terletak di sebalik perbukitan dan
sering disebut sebagai Pantai Rahsia (Secret Beach). Di sekitar pantai ini
terdapat dua tebing yang sangat besar yang pada salah satu sisinya dipahat lima
patung Pandawa dan Kunti. Keenam-enam patung tersebut secara berurutan (dari
kedudukan tertinggi) diberi penjelasan nama Dewi Kunti, Dharma Wangsa, Bima,
Arjuna, Nakula dan Sadewa.
Selain untuk tujuan wisata dan sukan air,
pantai ini juga dimanfaatkan untuk budidaya rumput laut kerana kontur pantai
yang landai dan ombak yang tidak sampai sehingga ke garis pantai. Ramai
pelancong yang melakukan paralayang dari Bukit Timbis hingga ke Pantai Pandawa.
Menurut Mas Arif, kawasan pantai ini juga sering digunakan sebagai lokasi
pengambilan gambar untuk sinetron FTV.
Menurut Mas Arif lagi, lantaran makin
bertambahnya minat pelancong berkunjung ke Pantai Pandawa maka pantai ini telah
mengalami perubahan dan perbaikan sarana juga prasarana yang sangat drastik,
dengan harapan pada masa mendatang Pantai Pandawa akan menjadi salah satu
pilihan pantai terbaik di Pulau Bali, sejajar dengan pantai yang terlebih
dahulu terkenal seperti Pantai Kuta ataupun Pantai Sanur.
Menurut Mas Arif seterusnya, Pantai
Pandawa yang dibuka sejak tahun 2010. Sejarah dan mitos pantai ini dikaitkan
dengan kisah Mahabharata iaitu Pandawa Lima yang beranggotakan Yudhistira,
Bima, Arjuna, Nakula dan Sadewa. Kononnya Pandawa Lima telah terkurung dalam
Goa Gala-Gala. Lalu mereka menyelamatkan diri dengan membuat sebuah terowong
yang berhujung pada sebuah hutan belantara. Kemudian Pandawa Lima mendirikan
sebuah kerajaan yang bernama Amertha. Yudistira dipercayai oleh empat pandawa
lainnya untuk memimpin kerajaan tersebut.
Kisah tersebut akhirnya menjadi asal
muasal dinamakan Pantai Pandawa yang diresmikan pada 27 Disember 2012.
Kemudian, Pandawa Lima dalam kisah Mahabharata diabadikan dalam bentuk patung yang
berjejer di tebing batu kapur yang sudah dilubangi. Jika kita berkunjung ke
Pantai Pandawa, Roosterfish Beach Club boleh menjadi salah satu pilihan tepat
untuk bersantai menikmati suasana. Pantai Pandawa kini telah masuk ke dalam
daftar pantai yang wajib dikunjungi ketika bercuti ke Bali. Pantai ini memiliki
panoroma yang sangat indah dan menawan.
Pasir putih yang bersih dan air laut
berwarna hijau kebiruan sangat disukai oleh pelancong. Selalu mereka memutuskan
untuk berenang di pantai ini. Bukan itu saja, pantai yang terletak di timur ini
juga membuatkan para pelancong sering menikmati keindahan matahari terbit pada
pagi hari. Berbeza dengan pantai lain yang umumnya hanya menikmati suasana alam
kala matahari terbenam. Di pantai sejuta pesona ini juga kita boleh melihat
aktiviti petani rumput laut di sepanjang pantai juga aktiviti paralayang dan
motor trail di atas bukit.
****
Dari Pandawa Beach kami dibawa ke Melasti
Beach pula. Sesungguhnya Bali memiliki banyak pantai indah yang sudah dikenali
dunia. Tidak sedikit pelancong tempatan mahupun mancanegara yang bercuti ke
Bali untuk menikmati keindahan pantainya. Tidak hairanlah jika Bali sering
menjadi tujuan percutian yang menyeronokkan. Salah sebuah pantai yang menjadi
andalan Pulau Dewata ini adalah Pantai Melasti.
Pantai Melasti menjadi daftar pilihan di
antara pantai-pantai populer di Bali. Pantai ini berlokasi di Kampung Ungasan,
Kecamatan Kuta Selatan, Kabupaten Badung. Pantai ini menawarkan keindahan
pantai yang memikat lengkap dengan sejarahnya. Wisata Pantai Melasti memiliki
keindahan pasir putih sebagai daya tarik utama pantai ini. Pantai Melasti juga
tidak kalah mempesonakan ketimbang pantai-pantai indah yang ada di Bali seperti
Pantai Kuta, Pantai Patitenget, Pantai Pandawa dan lain-lain lagi.
Selain itu, Pantai Melasti juga memiliki
sejarah yang unik. Nama Pantai Melasti ini diambil dari kebiasaan masyarakat
setempat yang kebanyakannya beragama Hindu melakukan upacara Melasti atau
pembersihan di pantai ini. Melasti menjadi salah satu jenis upacara adat
masyarakat Hindu yang dilakukan sebelum Hari Raya Nyepi.
Menurut Mas Arif, awalnya pantai ini
terletak di sebalik ketinggian bukit batu kapur hingga membuatkan pantai ini
jarang dijamah oleh pelancong. Pantai Melasti mulai dikenali masyarakat luas
selepas pembinaan akses jalan menuju ke pantai ini. Proses pembinaan jalan menuju
pantai ini tergolong sukar kerana harus membelah bukit batu kapur yang
menjulang tinggi. Selepas dilakukan rekonstruksi, membuatkan kawasan wisata
pantai ini kelihatan lebih indah. Pantai Melasti memiliki akses jalan yang
cukup mencabar adrenalin, kerana lokasinya yang berada di sebalik bukit.
Sepanjang perjalanan menuju pantai ini, akan melalui jalan berliku, dan menurun
hingga menanjak.
Meski memiliki akses jalan yang cukup
memacu adrenalin, namun keadaan jalan menuju pantai ini kini sudah selesa.
Sehingga membuatkan perjalanan menuju lokasi terasa lebih nyaman, kita boleh
menggunakan kenderaan berupa motor mahupun kereta. Pelbagai fasiliti penunjang
juga tersedia di Pantai Melasti, seperti tandas, ruang ganti pakaian, warung
jajan, kawasan parkir yang luas dan yang lainnya masih dalam proses pengembangan.
Namun begitu, apa yang dapat saya katakan
tentang Pantai Melasti ini ialah potensi alam, potensi budaya dan potensi
buatan merupakan daya tarik utama pelancong berkunjung ke sini. Potensi alam
yang terdapat di Pantai Melasti iaitu berupa pantai dan keindahan bebatuan
karang yang menjulang tinggi serta gulungan ombak dengan gelombang yang tinggi.
Panorama pantai yang terdapat di Pantai Melasti, mempunyai keunikan tersendiri
di mana keunikan itu merupakan hamparan pasir putih yang masih semulajadi,
terdapatnya anjungan yang menjorok ke tengah laut dan urugan bebatuan kapur
sebagai pencegahan abrasi pasang surut air laut.
Pantai Melasti juga memiliki potensi
budaya yang menjadi daya tarik wisata. Terdapatnya Pura Segara yang merupakan
tempat suci bagi masyarakat Kampung Ungasan. Pura Segara dulunya digunakan
sebagai tempat sembahyang bagi penganut agama Hindu di Kampung Ungasan, upacara
keagamaan sering dilakukan di Pura Segara seperti upacara melasti, upacara
pakelem, upacara nganyud ka pasih dan upacara piodalan. Pantai Melasti
merupakan kawasan suci bagi masyarakat Kampung Ungasan, kerana dulunya Pantai
Melasti telah dijadikan sebagai tempat untuk upacara melasti.
Potensi buatan yang terdapat di Pantai
Melasti, dapat dilihat dari segi akses jalan masuk ke pantai. Di mana
pembelahan tebing yang dilakukan oleh pihak Bendesa dan dibantu oleh masyarakat
tempatan sebagai pelabur dalam pembuatan akses jalan. Potensi ini telah menjadi
sebuah daya tarik wisata di mana tebing dikorek dan dijadikan akses jalan yang
melingkar. Bukan hanya akses jalan, pembinaan anjungan juga berpotensi sebagai
daya tarik wisata di mana hanya di Pantai Melasti saja yang terdapat anjungan
menjorok ke laut dengan gelombang pasang air laut yang tinggi.
****
Dari Pantau Melasti kami dibawa ke Uluwatu
Temple pula untuk menikmati Kecak dan Fire Dance (Tarian Kecak dan Api).
Uluwatu Temple atau Kuil Uluwatu merupakan
salah sebuah kuil tertua di Bali, terletak di cenuram berbatu, suasana yang
menakjubkan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di sebalik lautan.
Uluwatu Temple yang mendamaikan ini terletak di dalam persekitaran semula jadi
yang amat menakjubkan. Diukir daripada batu karang hitam, kuil ini terletak di
puncak cenuram setinggi 250 kaki (76 meter), menghadap ke arah Laut Jawa.
Menurut Mas Arif, Uluwatu Temple adalah
antara kuil yang tertua di Bali, dibina seawal abad ke-10. Ini antara kayangan
jagat atau ‘kuil arah’, di Bali yang bermaksud, menurut kepercayaan agama
Hindu, fungsinya adalah untuk menjaga Bali daripada roh-roh jahat. Kuil ini
mempunyai kepentingan agama khususnya: Dhang Hyang Dwijendra, seorang penziarah
yang mengasaskan bentuk semasa Hindu-Dharma pada abad ke-15, meluangkan
hari-hari terakhirnya di sini. Dipercayai bahawa beliau mencapai tahap ‘moksa’,
atau perpaduan dengan tuhan, ketika bertafakur di tempat ini.
Terletak di hujung selatan Bali, Kuil
Uluwatu dikelilingi oleh rupa bumi berbatu yang berceranggah dan kering
berbanding bahagian lain di pulau ini. Saya amat mengagumi pemandangan dramatik
tanjung tinggi yang berceranggah pada kedua-dua belah cenuram dan melihat
matahari terbenam di sebalik lautan. Di bawah cenuram, kelihatan ramai peluncur
ombak sedang menikmati luncuran di salah sebuah tempat peluncuran yang terkenal
di Bali. Jika kita berminat menyertai mereka, kita boleh menyewa papan luncur
dan menuruni tangga menuju ke pantai kecil. Pada waktu petang, kita juga boleh
makan-makan di salah sebuah warung (restoran) yang terdapat di sepanjang puncak
cenuram dan nikmati pemandangan bulan terbit dari sebalik lautan.
Kuil Uluwatu terletak berhampiran Kampung
Pecatu, di daerah Kuta Selatan, sejauh lebih kurang 19 batu (30 kilometer) dari
selatan Denpasar. Cara paling mudah untuk ke kuil ini adalah memandu kereta
atau menunggang motosikal sewa, atau upah pemandu untuk membawa kita. Pesan Mas
Arif, jangan lupa pakai pakaian yang sopan ketika melawat pekarangan kuil. Jika
kita tidak memakai pakaian yang sesuai, kita boleh menyewa sepasang sarung di
pintu masuk. Berhati-hati dengan monyet yang cukup cekap meragut harta benda
pelawat, terutamanya cermin mata hitam.
Tentang sejarahnya, menurut Mas Arif, Kuil
Uluwatu ini lebih dikenali sebagai Pura Luhur Uluwatu. Perlu diingatkan bahawa
daripada semua kuil Bali, Kuil Uluwatu ini adalah salah satu daripada 9
teratas. Perkataan tinggi bermaksud sesuatu yang berasal dari Tuhan, ‘ulu
hujung bumi’ dan ‘watu rock’ dalam dialek lama. Kuil ini juga adalah yang
terbesar yang berada di Pulau Bali dan salah satu yang tertua. Dari gunung ke
gunung sentiasa di atas tebing 70 meter dari aras laut.
Legenda mengatakan bahawa kuil ini dibina
di tepi tebing setinggi 70 meter dan berasal dari ketuhanan. Kuil Uluwatu
adalah sebahagian daripada bot membatu Dewi Danu dan Dewi Air. Terdapat bukti
bahawa kuil ini telah wujud lama. Tetapi ia telah diperluaskan kira-kira 1,000
tahun dahulu oleh seorang bijak pandai dari Pulau Jawa yang dikenali sebagai
Dhang Hyang Dwijwndra. Juga di sinilah tempat berakhirnya perjalanan rohaninya.
Dan kepercayaan mengatakan bahawa dia mencapai titik kerohanian tertinggi
dengan dewa-dewa dan bahawa kilat membuat dia hilang sepenuhnya.
Kajian arkeologi mengenai sisa-sisa batu
yang ditemui untuk pembinaan kuil ini mengesahkan bahawa ia adalah dari abad
ke-XNUMX. Sejujurnya, sukar untuk memahami sejarah kuil ini. Mungkin kerana
tiada rekod yang jelas dalam buku dan daripada sedikit yang ada, ia hanya
menimbulkan kekeliruan. Tetapi sangat menarik untuk menyelami sejarahnya.
****
Di Kuil Uluwatu saya dapat menyaksikan
Tarian Kecak dan Api. Hakikatnya, budaya Indonesia sangatlah beragam jenisnya,
bahkan keanekaragamannya telah terkenal sehingga ke berbagai belahan dunia.
Berbicara mengenai tarian tradisional Indonesia, semuanya memiliki sejarah dan
nilai luhur masing-masing. Salah satu seni tari yang dimiliki dan perlu
dilestarikan adalah Tarian Kecak dan api. Tarian ini mempunyai cerita, sejarah,
juga filosofi tarian khasnya.
Menurut Mas Arif, Tarian Kecak dan Api
memang berasal dari Pulau Bali. ‘Cak, Cak, Cak’ itulah suara khas yang akan
kita dengar ketika menyaksikan persembahan tarian ini. Tarian Kecak dan api ini
merupakan sebuah seni drama tari yang dipersembahkan oleh 50 sehingga 150 orang
penari. Sesuai dengan namanya, tarian ini terdiri dari para penari yang
sebahagian besar adalah lelaki yang duduk bersila membentuk sebuah lingkaran.
Pakaian yang dipakai berupa kain sarung dan kain kotak yang memiliki warna
hitam putih seperti papan catur yang diikatkan melingkar ke pinggang penari.
Bagi orang yang berwisata atau bertempat
tinggal di Bali, tentunya sudah tidak asing lagi dengan Tari Kecak dan Api ini.
Tarian ini yang dipersembahkan ketika ada acara, meraikan tetamu ataupun
lainnya. Rupanya menarik simpatik para penonton atau pengunjung yang datang
menyaksikannya. Namun, di sebalik kepopuleran tarian ini, tersimpan sebuah
asal, sejarah, makna, serta beberapa estetika yang digunakan dalam tarian ini.
Menurut Mas Arif, tarian ini disebut juga
dengan nama Tarian Api atau Tarian Cak. Tarian ini adalah tarian pertunjukan
hiburan besar-besaran. Tarian ini dipentaskan oleh beberapa penari laki-laki,
dengan memakai kain penutup kotak-kotak berwarna hitam putih seperti bentuk
papan catur. Tarian ini dipersembahkan tanpa menggunakan iringan alat muzik
tetapi kadang-kadang diiringi oleh gamelan, dengan duduk secara berbaris
membentuk pola lingkaran dan diiringi seruan irama berbunyi ‘cak, cak, cak’
seraya mengangkat kedua-dua tangan. Tarian ini juga merupakan salah satu tarian
keramat. Kelihatan penari seperti terbakar api, tetapi mereka tidak mengalami
sebarang kesakitan dan tidak terbakar seolah-olah mereka menjadi kebal terhadap
api.
Selain Tarian Api atau Tarian Cak, Tarian
Kecak juga dikenali dengan sebutan Tarian Sanghyang yang ditampilkan ketika
adanya upacara keagamaan. Pada ketika itu, para penari umumnya akan kemasukan
roh halus, dan dapat berinteraksi dengan para leluhur atau dewa yang telah
disucikan. Penari ini dijadikan sebagai media untuk penyampaian pesan dari para
leluhur atau dewa. Ketika kerasukan, mereka akan melakukan tindakan di luar
dugaan. Contohnya, melakukan beberapa gerakan yang berbahaya mahupun
mengeluarkan suara yang jarang sekali mereka keluarkan.
Menurut Mas Arif, Wayan Limbak merupakan
seorang tokoh pencipta Tarian Kecak dan Api. Pada tahun 1930, beliau
memperkenalkan tarian ini ke berbagai buah negara, dengan dibantu oleh seorang
pelukis dari Jerman yang bernama Walter Spies. Para penari laki-laki yang
menari, akan menyeru kata berbunyi ‘cak, cak, cak’. Dari seruan tersebutlah
nama Tarian Kecak tercipta.
Tidak hanya menyeru kata itu, para penari
ini juga diiringi dengan alunan muzik berupa suara kerincingan. Suara itu
muncul dari kerincing yang diikatkan pada kaki penari yang berlakon sebagai
Dewa Ramayana. Di dalam lingkaran tersebut, para penari kemudiannya akan
beraksi dengan memainkan sejumlah tarian yang diambil dari beberapa episod
cerita Ramayana yang berusaha untuk menyelamatkan Shinta dari tangan jahat
Rahwana. Menurut Mas Arif lagi, sebab mengapa Walter Spies membantu Wayan
Limbak mencipta tarian ini, ialah kerana beliau sangat tertarik dengan kesenian
tradisional Tarian Kecak dan Api. Beliau juga mempunyai ketertarikan dengan
sejumlah ritual tradisional yang masih kental di Bali.
Mulanya, tarian ini hanya ditampilkan di
beberapa buah kampung saja, dengan salah sebuah kampung iaitu Kampung Bona di
Gianyar. Seiring berjalannya waktu, persembahan ini semakin berkembang sehingga
ke semua daerah yang berada di Pulau Bali. Tidak hanya itu, tarian ini juga
dijadikan sebagai pertunjukan andalan ketika adanya kegiatan besar. Misalnya
festival yang sering kali dilakukan oleh pihak swasta mahupun kerajaan.
Tarian Kecak dan Api, juga merupakan salah
satu mahakarya seni Bali berupa tarian dan drama muzikal. Persembahan ini
sering dilakukan di tempat terbuka dengan diiringi hembusan udara menjelang
matahari terbenam. Pada umumnya persembahan ini diadakan di atas tebing yang
menghadap ke laut, cerita yang dipaparkan sepenuhnya bergantung pada cahaya
semulajadi hari itu juga. Bermula ketika senja, cerita berterusan hingga
kegelapan, sehinggalah ke waktu hanya ada cahaya yang datang dari obor buluh
yang berkedip-kedip.
Ketika para penari memasuki pentas
persembahan, awal kisah pun bermula. Kemudian, diteruskan dengan agedan
penculikan Shinta oleh Rahwana. Kemudian, Rahwana akan bertarung menentang
Jatayu serta Hanoman untuk menyelamatkan Shinta. Di dalam proses penyelamatan
itu, Hanoman mengacau tempat penyekapan Shinta dengan cara membakar. Akan tetapi,
Hanoman terkepung oleh perajurit Rahwana dan hampir saja terbakar. Awalnya,
Rama mengalami kekalahan. Tetapi hal tersebut tidak membuatkan usaha Rama surut
dalam proses menyelamatkan permaisurinya, iaitu Shinta.
Raja Rama pun berdoa dengan kesungguhan hati dan kembali berusaha semula untuk membawa kembali permaisuri tersebut. Hingga akhirnya, Rama pun berjaya mendapatkan Shinta dalam keadaan yang selamat.
Dari kisah inilah, terdapat makna Tarian
Kecak dan Api yang cukup mendalam iaitu adanya kepercayaan terhadap kekuatan
Tuhan. Hakikat itu dicerminkan pada tindakan Rama ketika meminta pertolongan
kepada Dewata. Hal seperti inilah yang memberikan pengajaran bahawa tarian ini
dipercayai sebagai ritual untuk mendatangkan dewi yang sanggup mengusir segala
marabahaya, sama ada bencana mahupun penyakit yang menimpa masyarakat. Sementara itu terdapat pesan moral berupa, Tarian Kecak yang mencerminkan
perilaku Rama kepada permaisuri kesayangannya iaitu Shinta, dan Burung Garuda
yang rela mengorbankan sayapnya demi Shinta.
Selain pesan moral tersebut, terdapat beberapa pesan moral lainnya. Di antaranya, walaupun tidak diiringi dengan muzik mahupun alunan gamelan, Tarian Kecak dan Api tetap nampak indah dan kaya estetika. Gerakan yang dibuat oleh para penari, tetap seirama. Itulah yang menjadikannya bernilai seni tinggi dan disukai oleh para pelancong. Meskipun para pelancong yang datang melihat pertunjukan kesenian tradisional berupa Tarian Kecak dan api tidak beragama Hindu, akan tetapi mereka merasa terhibur melihat persembahan tarian ini.
Dalam Tarian Kecak dan Api, terdapat
adegan di mana Rama meminta pertolongan pada Dewata. Ini membuktikan bahawa
Rama mempercayai adanya kekuatan Tuhan untuk menolong dirinya. Tarian ini juga
dipercayai sebagai salah satu ritual memanggil dewi yang dapat mengusir
penyakit dan melindungi masyarakat dari kekuatan jahat yang datang. Dewi yang
umumnya dipanggil dalam ritual ini iaitu Dewi Suprabha atau disebut juga Dewi Tilotama.
Selain itu Tarian Kecak dan api ini
mempunyai cerita yang cukup mendalam dan menyampaikan beberapa pesan moral bagi
para penontonnya. Misalnya, kesetiaan Shinta terhadap suaminya iaitu Rama,
serta Burung Garuda yang rela mengorbankan sayapnya demi menyelamatkan Shinta
dari cengkaman Rahwana. Dari cerita inilah, kita juga diajarkan agar tidak
mempunyai sifat buruk seperti Rahwana yang memiliki sifat serakah dan suka
mengambil hak milik orang lain secara paksa.
****
Selepas menyaksikan Tarian Kecak dan Api,
kami dibawa ke Pantai Jimbaran untuk menikmati hidangan makan malam di Restoran
Seafood Sunset. Jimbaran adalah tempat masyarakat tempatan dan juga para
pelancong yang datang bercuti ke Bali menikmati sensasi makan ikan bakar di
pinggir Pantai Jimbaran. Tempat ini disebut Jimbaran Seafood kerana semua
makanan laut yang ada di sini adalah hasil tangkapan nelayan tempatan.
Nelayan-nelayan inilah yang menyokong dan mengisi keperluan makanan laut untuk
restoran yang ada di sepanjang Pantai Jimbaran.
Jimbaran terletak di sebuah teluk yang disebut Jimbaran Bay, tepatnya di Kampung Kedonganan. Kedonganan adalah nama sebuah kampung nelayan di mana mata pencarian mereka adalah menangkap ikan di sekitar Teluk Jimbaran. Jimbaran Bay adalah sebahagian dari Kuta Selatan dan jaraknya tidak jauh dari Pantai Kuta, sekitar 15-25 minit dari Pantai Kuta menggunakan kereta. Makanan laut hasil tangkapan nelayan setempat antara lain ialah ikan, udang, ketam, lobster, sotong, clam, calamari, squid calamari, jumbo prawn, red snapper, garupa, white snapper, king fish, baronang, dan lain-lain lagi.
Bermula sekitar 30 tahun lalu ketika para pelancong yang berjalan kaki menyusuri dan menikmati Pantai Jimbaran singgah dan berehat sejenak sembari membeli ikan untuk dibakar oleh para nelayan setempat kemudian seiring berkembangnya zaman, tempat ini menjadi ikon dan perniagaan kulinari yang sangat terkenal di Bali. Jimbaran sekarang telah disulap dan berubah wajah menjadi tempat perniagaan dengan restoran moden dan terkenal di Bali. Ada puluhan restoran tradisional dan moden di sepanjang Pantai Jimbaran yang sekarang disebut sebagai Jimbaran Seafood Dine.
****
Hari ini adalah hari keempat kami di Bali. Selepas bersarapan pagi di hotel, tepat jam 6.30 pagi kami terus dibawa ke Jeti Sanur. Sanur menyerlahkan keindahan pesisir pantai Bali yang amat menakjubkan. Seperti potongan keindahan loka yang nyata, Sanur dianugerahi pantai berpasir putih lengkap dengan alam bawah lautnya yang jernih dan asri. Kalau datang ke Sanur, amat perlu menjelajah pantai dan merasakan sensasi keramahan warga tempatan dengan budayanya yang masih terjaga kental.
Menurut Mas Arif, Sanur memiliki banyak kisah sejarah dan hakikat itu terbukti lewat sebuah catatan bertulis tentang kewujudan Pulau Bali, iaitu Prasasti Blanjong. Prasasti Blanjong berbentuk pilar batu setinggi 177cm ditemui para arkeologi berhampiran Sanur Kauh sekitar tahun 913 Masehi, dipercayai dibuat oleh seorang Raja Bali yang bernama Sri Kesari Warmadewa dan dipercayai bahawa prasasti ini mencatatkan sejarah bertulis tertua Pulau Bali. Kita boleh melihat prasati ini di Pura Blanjong.
Pantai Sanur juga menjadi saksi bisu pendaratan
pasukan tentera di Bali pada tahun 1906 ketika Perang Puputan. Dalam perang
tersebut, seluruh rakyat Bali yang dipimpin oleh Raja Badung VII iaitu I Gusti
Ngurah Made Agung, memilih untuk melestarikan tradisi puputan atau perang
habis-habisan menantang Belanda.
Masyarakat tempatan bali menganggap Sanur
seperti syurga pantai eksotik yang wajib didatangi, mulai dari Pantai Sanur,
Pantai Karang, Pantai Semawang atau Pantai Batu Jimbar. Bukan hanya untuk
bermain air di pantai, kita boleh mencuba sensasi menanam terumbu karang di
Pantai Mertasari yang biasanya dikenali dengan sebutan ‘sea walker’. Jika sudah
puas bermain di pantai, kita boleh singgah ke Taman Werdhi Budaya Art Centre
dan Cultural Village Kertalangu yang sedia menyuguhkan ragam budaya Bali yang
masih terjaga autentik.
Lantaran terletak sangat berdekatan dengan
pesisir pantai, makanan khas dari Sanur tentunya ragam olahan makanan laut yang
menggoda. Bukan hanya aneka menu makanan laut yang dibakar dengan bumbu rempah,
tetapi ada juga sajian sup kepala ikan dan ikan cakalang goreng yang rasanya
dijamin memuaskan. Selain olahan makanan laut, ada juga santapan tradisional
jempolan seperti sate plecing, nasi campur Men Weti atau Warung Mak Beng yang
populer dalam kalangan pelancong, serta Kedai Kopi Nusantara yang menyajikan berbagai
kopi khas Indonesia, seperti kopi Bali, kopi Sumatera, kopi khas dari Wamena
dan kopi khas Mandailing.
****
Dari Pantai Sanur, kami dibawa pula ke
Kelingking Beach atau Pantai Kelingking. Pantai ini juga merupakan salah sebuah
destinasi wisata yang terletak di Pulau Nusa Penida Barat, lebih tepatnya di
Dusun Karang Dawa, Kampung Bunga Mekar, Kecamatan Nusa Penida, Bali. Menurut Mas
Arif, nama Pantai Kelingking ini diambil kerana rupa pantai ini sekilas seperti
jari kelingking walaupun ada juga yang menyebutnya mirip T-rex.
Pantai Kelingking menawarkan destinasi
wisata dengan keindahan tebing dan pantai bagi para pelancong. Pelancong
tempatan dan mancanegara yang datang mengunjungi pantai ini biasanya melakukan
swafoto yang menampilkan keindahan Pantai Kelingking dari atas tebing.
Selain berswafoto dari atas tebing,
pengunjung juga boleh memilih untuk turun ke bawah tebing dan menikmati secara
langsung keindahan Pantai Kelingking. Air berwarna biru kehijauan yang jernih
dan bersih semakin menambah keindahan visual pantai ini. Namun perlu
dicatatkan, jika kita ingin mengunjungi Pantai Kelingking atau lebih tepatnya
ingin turun ke Pantai Kelingking, ada beberapa perkara yang perlu disediakan.
Lantaran kedudukan pantai ini berada di bawah tebing. Tentunya memerlukan usaha
yang lebih jika ingin menikmati keindahan Pantai Kelingking ini secara
langsung.
Jika semua persiapan sudah lengkap, kita
boleh dengan selamat turun dan merasakan secara langsung keindahan salah satu
pantai tersembunyi Indonesia ini. Tentunya semua perjuangan kita akan dibayar
lunas dengan keindahan yang disajikan oleh Pantai Kelingking ini.
Kerana Daratan Bali dan Pulau Nusa Penida tempat Pantai Kelingking berada dipisahkan oleh laut, maka kita harus menyeberang terlebih dahulu untuk boleh sampai ke Pantai Kelingking.
Kerana Daratan Bali dan Pulau Nusa Penida tempat Pantai Kelingking berada dipisahkan oleh laut, maka kita harus menyeberang terlebih dahulu untuk boleh sampai ke Pantai Kelingking.
Untuk
menuju ke Pulau Kelingking dan bersantai di Pantai Kelingking, kita boleh
menggunakan pengangkutan laut seperti bot laju dan juga perahu tradisional.
Menurut Mas Arif, terdapat beberapa titik penyeberangan menuju Pulau Nusa
Penida iaitu Pelabuhan Pantai Sanur, Dermaga Serangan Denpasar, Pantai Kusamba
Klungkung dan Pelabuhan Padang Bai Karangasem.
Pelancong banyak memilih penyeberangan
melalui Pelabuhan Pantai Sanur menggunakan bot laju kerana Pelabuhan Pantai
Sanur berada di Bali selatan yang banyak terdapat hotel penginapan dan jika
melakukan penyeberangan dari pelabuhan Pantai Sanur harga tiket relatif lebih
murah iaitu sekitar 100,000 – 120,000 rupiah. Selain menggunakan bot laju,
helikopter juga adalah pilihan kedua yang biasanya dipilih oleh pelancong untuk
menuju ke Pulau Kelingking lebih-lebih lagi jika ada halangan dalam menggunakan
pengangkutan laut.
Sebaik sahaja sampai ke Pulau Nusa Penida,
kita harus menaiki pengangkutan darat pula seperti motor atau kereta untuk
sampai ke Pantai Kelingking. Kita boleh sampai ke Pantai Kelingking dalam masa
35 minit dengan menyewa motor yang disediakan oleh jasa penyewa dari warga
tempatan dengan harga sewaan sekitar 70,000 rupiah perharinya manakala untuk
kereta sekitar 600,000 rupiah perhari termasuk pemandunya sekali.
Untuk harga tiket masuk menuju Pantai
Kelingking awalnya tidak berbayar. Lantaran untuk menjaga keselamatan,
kebersihan dan keasrian pantai ini, kampung adat dan pemerintah setempat
memungut biaya sebesar 5,000 rupiah untuk sekali masuk. Tetapi jika kita datang
membawa motor, kita akan dikenakan kos tambahan parkir sebanyak 5,000 rupiah
dan untuk kereta dikenakan kos sebanyak 10,000 rupiah.
Jika nak berkunjung ke Pantai Kelingking
ini, waktu yang tepat adalah pagi hari sekitar pukul 7.00 kerana belum dipadati
oleh pelancong lebih-lebih jika memasuki musim cuti yang pasti akan sangat
ramai sekali. Hakikatnya, Kelingking Beach Nusa Penida Bali adalah destinasi
wisata pantai yang menyajikan keelokan alam yang akan membuatkan kita merasa
kagum terhadap alam yang diciptakan oleh Tuhan. Walaupun hanya boleh menikmati
pantai ini dari atas tebing kerana ada akses jalan yang sukar untuk menuju ke
bawah, hal ini pastinya tidak akan mengurangi rasa takjub kita, Insya-Allah.
Pantai Kelingking juga adalah tempat yang
memiliki ‘spot’ yang cukup dikenali untuk ‘diving’ kerana menyajikan
pemandangan yang sangat langka. Spot ini dinamakan sebagai Manta Point. Manta
Point ini dikenali kerana adanya ikan Manta (ikan pari paling besar di dunia).
Para menyelam boleh berenang bebas di sini bersama dengan ikan Manta yang sudah
langka. Hal ini pasti akan menjadi pengalaman yang sangat menyeronokkan dan
tidak mudah dilupakan.
Perkara yang wajar kita jadikan
pertimbangan untuk mengunjungi Pantai Kelingking adalah pemandangannya yang
tidak akan membuat bosan kerana masih sangat semulajadi. Kita dapat bercuti di
tempat ini untuk menenangkan jiwa dari berbagai aktiviti rutin yang melelahkan.
Sayangnya, di tempat ini fasilitinya masih belum cukup lengkap iaitu kita tidak
boleh menyewa penginapan. Tetapi kita masih boleh menginap di sini dengan menggunakan
khemah. Pastinya kita akan merasa sangat puas menikmati pantai paling mempesona
yang terbentang luas ini.
****
Nusa Penida - makan tengah hari.
Pulau Nusa Penida merupakan sebahagian
dari Kabupaten Klungkung di Bali. Sejarah Pulau Nusa Penida bermula pada abad
ke-10. Tulisan-tulisan paling awal tentang Nusa Penida memang telah ditemui di
Pilar Belanjong, yang berasal dari tahun 914 Masehi. Pilar ini memuatkan
prasasti yang menyebutkan bahawa ekspedisi tentera Raja Bali pertama, Sri
Kesari Warmadewa, menakluk Nusa Penida.
Masyarakat Nusa Penida sebenarnya mampu
menentang Raja-raja Bali yang banyak mengatur ekspedisi tentera lainnya. Namun,
pada separuh kedua abad ke-17, Pulau Nusa Penida ditakluk oleh ekspedisi
Dinasti Gelgel. Raja terakhir Nusa Penida iaitu Dalem Bungkut, terkorban dalam
pertempuran yang berlaku.
Nusa Penida kemudiannya menjadi sebahagian
dari Istana Klungkung, salah satu dari sembilan kerajaan di Bali. Selepas
integrasi Bali ke Hindia Belanda pada tahun 1908 yang kemudiannya menjadi
Indonesia, Nusa Penida tetap melekat pada Kabupaten Klungkung.
Sebuah peta Belanda yang dibuat pada tahun 1900 menyebut Nusa Penida sebagai Pulau Bandit. Kenapa? Kerana dulu Kabupaten Klungkung pernah mendeportasi penjahat, penentang politik dan ahli ilmu hitam ke Nusa Penida. Ini mungkin asal reputasi pulau yang sangat buruk. Mungkin juga asal muasal legenda yang mengelilingi sejarah Nusa Penida. Bagaimanapun, reputasi buruk ini telah berjaya menjaga pulau pariwisata untuk waktu yang sangat lama.
Sebuah peta Belanda yang dibuat pada tahun 1900 menyebut Nusa Penida sebagai Pulau Bandit. Kenapa? Kerana dulu Kabupaten Klungkung pernah mendeportasi penjahat, penentang politik dan ahli ilmu hitam ke Nusa Penida. Ini mungkin asal reputasi pulau yang sangat buruk. Mungkin juga asal muasal legenda yang mengelilingi sejarah Nusa Penida. Bagaimanapun, reputasi buruk ini telah berjaya menjaga pulau pariwisata untuk waktu yang sangat lama.
Nusa bermakna ‘pulau’ dan penida bermakna
‘pendeta’ dalam bahasa Bali. Jadi Nusa Penida secara harfiah bermakna pulau
pendeta. Lebih baik dari Pulau Bandit, nama yang diberikan oleh Belanda pada
tahun 1900. Reputasi dan aroma penjelajahan di sekitar Nusa Penida juga
terinspirasi dari komik strip yang dibuat oleh kartunis Bob de Moor dan
diterbitkan di Journal of Tintin pada tahun 1950. Komik strip tersebut
menyelusuri pengembaraan Georges Barelli yang mendarat di Nusa Penida selepas
pengembaraan yang panjang. Sampul album dan judulnya ialah ‘Pulau Penyihir
Berbicara Sendiri’.
Menurut legenda, raja terakhir Bali iaitu
Dalem Bungkut, telah menjadi pemimpin dunia lain yang ditakuti iaitu Ratu Gede
Mas Mecaling, Dewa Agung Bertaring Emas. Menurut legenda lain, Mecaling tinggal
di Bali, di kampung kecil Batuan, sebelum diasingkan ke Nusa Penida kerana ilmu
hitamnya. Bagaimanapun, dia masih ditakuti oleh sebahagian orang Bali yang
tidak berani menyebut namanya dengan kuat.
Mecaling adalah seorang penyihir yang
kuat. Dia secara teratur mengirimkan penyakit dan wabak kepada orang Bali sebagai
balas dendam. Suatu hari ketika orang Bali sedang merayakan Nyepi dengan penuh
kegembiraan, Mecaling memutuskan untuk menipu mereka. Dia pergi ke Bali dengan
wujud Barong, pemimpin pasukan iblis. Dan pasukan iblisnya menghancurkan
segalanya di Bali. Sejak itu, Tahun Baru Bali iaitu Nyepi, menjadi hari hening,
tidak ada yang bersuara atau bersuka-ria, untuk membodohi syaitan jika mereka
kembali. Inilah sebabnya mengapa penduduk Nusa Penida mengikuti tradisi Nyepi
dengan ketat.
Keesokan harinya, orang-orang Bali yang
ketakutan pergi kepada seorang pendeta. Pendeta tersebut memanggil Barong
supaya mengirim Mecaling kembali ke Nusa Penida. Imam besar kerajaan Gelgel
kemudiannya datang ke Nusa Penida untuk membersihkan roh-roh gelap dan
menghalau Mecaling. Namun Mecaling belum hilang keseluruhan dan Pura Ped Temple
tetap mempertahankan semangatnya. Kerana itu, kuil ini menjadi sumber kekuatan
bagi mereka yang mengamal ilmu hitam. Tetapi juga tempat ziarah bagi mereka
yang mencari perlindungan dari kejahatan dan penyakit.
Ada juga ritual khusyuk yang harus
dilakukan setiap orang Hindu di Bali sekurang-kurangnya sekali dalam seumur
hidup. Selama berziarah ke Pura Pura Ped di Nusa Penida, ia harus mencari
keseimbangan antara yang negatif dan yang positif. Itulah satu-satunya cara
untuk mencapai ketenangan dan harmoni.
****
Selepas makan tengah hari di Nusa Penida,
kami terus ke Pantai Permata atau Diamond Beach. Pantai Permata ini adalah
objek wisata bahari yang terletak di Kampung Pejukutan, Kecamatan Nusa Penida,
Kabupaten Klungkung. Menurut Mas Arif, pantai ini dinamakan Diamond Beach
kerana di sini terdapat tebing-tebing batu karst yang mengelilingi sekitar
pantai. Tebing batu karst yang runcing tersebut kelihatan seperti hamparan
permata, lebih-lebih lagi jika terkena pancaran sinar matahari, tebing-tebing
itu bersinar dan menyilaukan bak permata. Oleh kerana itu pantai ini dinamakan
Diamond Beach atau Pantai Permata.
Ada banyak kegiatan menarik yang boleh
dilakukan oleh para pelancong ketika mengunjungi pantai ini. Pengunjung boleh
menikmati suasana Diamond Beach sambil melihat keindahan alam di sana. Selain
itu, pelancong tentu juga boleh bergambar ria di Diamond Beach kerana di pantai
ini terdapat spot-spot foto yang amat menarik. Lebih-lebih lagi, perpaduan
antaran warna lautan, pasir, dan tebing akan menambah kesan yang sangat bagus.
Diamond Beach Nusa Penida dapat diakses
buat pertama kalinya sejak akhir 2018, ketika jalan setapak yang menuju ke
bawah diukir dan dibentuk agar para pelancong boleh menuju ke bawah di sisi
tebing. Di mana sebelumnya para pelancong hanya boleh menikmati keindahan
pantai dari atas saja sebelum akses jalan dibina. Walaupun jalanan masih
setapak dengan pagar keselamatan tetapi kita dapat sampai ke dasarnya dengan
selamat jika kita berjalan dengan berhati-hati. Di bahagian bawah Diamond Beach
Nusa Penida ada hamparan pasir putih yang sempurna, dan airnya berwarna pirus
cerah sehingga hampir kelihatan seperti ‘listerine’. Tetapi batu besar
berbentuk berlian adalah ikon yang benar-benar membezakan pantai ini dan
menjadikannya salah sebuah pantai paling luar biasa di dunia, menurut
pengamatan saya.
Seperti pantai-pantai pada umumnya, terdapat
daya tarik Diamond Beach yang membuatkan saya dan para para pelancong yang lain
betah berada lama-lama di sini. Beberapa perkara yang sangat memikat hati saya
ialah pantai ini masih terasa sangat semulajadi dengan warna air lautnya yang
biru dan indah. Terletak pada deretan
pantai-pantai lainnya dan harus dikunjungi sewaktu kita datang bercuti ke Nusa
Penida.
Daya tarik kedua adalah pasir pantainya
sangat putih dan bersih membuatkan para pengunjung semakin betah. Kita boleh
bermain pasir di pantai ini bersama keluarga dan anak-anak sehingga suasana
akan terasa sangat menyenangkan. Menariknya, pantai ini dikelilingi oleh tebing
batu karst. Batu karst adalah bentuk permukaan bumi yang ‘closed depression’
atau depresi tertutup, ‘drainase’ permukaan, serta gua. Untuk pantai yang
dikelilingi dengan tebing batu karst ini akan terasa sangat semulajadi.
Tebing batu karst tersebut menjulang
tinggi bahkan boleh dijadikan sebagai ‘spot foto’ yang sangat baik. Akan
tetapi, kerana bebatuan tersebut cukup terjal dan curam maka untuk melakukan
aktiviti tersebut harus penuh waspada dan mengutamakan keselamatan. Selain
pemandangan tebing batu karst, ternyata masih ada ‘spot foto’ yang amat memukau
iaitu pemandangan bukit hijau yang jika dipadukan dengan tebing batu karst,
laut, serta awan dan langit akan membuat hasil gambar semakin menakjubkan.
Lebih-lebih lagi jika kita mengambil gambar dari arah atas menggunakan ‘drone’
maka seluruhnya akan kelihatan sangat sempurna.
****
17 Ferbuari 2024, selepas bersarapan di
hotel, kami dibawa ke Agung Bali Oleh-Oleh Khas Bali untuk membeli belah buat
kali terakhir sebelum ke Lapangan Terbangan Antarabangsa Ngurah Rai untuk
pulang ke Malaysia.
Agung Bali Oleh-Oleh Khas Bali merupakan
perusahaan retail, bergerak di bidang pariwisata
yang menjual produk
ole-ole khas Bali. Agung Bali Oleh-Oleh Khas Bali dibina
pada tahun 2000
yang pusatnya beralamat di
Obyek Wisata Tanah
Lot, Kediri, Tabanan,
Bali. Pemilik Agung Bali Oleh-Oleh Khas Bali bernama Anak Agung Mira
Darini atau dikenali juga dengan panggilan Ibu Agung. Awalnya Ibu Agung merupakan
seorang suri rumah, tetapi Ibu Agung ingin
mempunyai perusahaan untuk
menjadikan pegangan hidupnya.
Awal berdirinya Agung Bali
Oleh-Oleh Khas Bali iaitu dimulai
dari tahun 1996, Ibu Agung
menjual beberapa handycraft seperti surfing kayu di daerah objek wisata
Tanah Lot dengan
bermodalkan meja kecil
yang ukurannya hanya 2x3
meter sahaja. Di sanalah Ibu Agung menjaja produk dagangannya.
Kesehariannya di dalam menjual produk dagangan
inilah yang membuatkan Ibu Agung memiliki idea dan keinginan untuk membina kedai
yang menjual berbagai ole-ole khas Bali. Agung Bali Oleh-Oleh Khas Bali menjual
berbagai macam ole-ole khas Bali seperti baju barong, kain pantai, handycraft,
dan berbagai camilan khas Bali. Kedai ini
memiliki produk kaos
kartun Bali yang prosesnya terus dari kilang Agung Bali
Oleh-Oleh Khas Bali. Ini merupakan ciri khas Agung Bali Oleh-Oleh Khas Bali.
Semakin lama perusahaan yang dimiliki oleh Ibu Agung semakin berkembang, kini Agung Bali Oleh-Oleh Khas Bali sudah memiliki cabang perusahaan iaitu pada tahun 2010 telah mengembangkan usahanya dengan membuka cawangan di Jalan Sunset Road, No. 18x, Kuta, Bali dan juga di Jalan Dewi Sri, No. 18x, Kuta, Bali pada tahun 2016. Kini Agung Bali Oleh-Oleh Khas Bali sudah memiliki 300 orang pekerja di seluruh outlet yang dimilikinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan