Dari Pantai Sanur, kami dibawa pula ke
Kelingking Beach atau Pantai Kelingking. Pantai ini juga merupakan salah sebuah
destinasi wisata yang terletak di Pulau Nusa Penida Barat, lebih tepatnya di
Dusun Karang Dawa, Kampung Bunga Mekar, Kecamatan Nusa Penida, Bali. Menurut Mas
Arif, nama Pantai Kelingking ini diambil kerana rupa pantai ini sekilas seperti
jari kelingking walaupun ada juga yang menyebutnya mirip T-rex.
Pantai Kelingking menawarkan destinasi wisata dengan keindahan tebing dan pantai bagi para pelancong. Pelancong tempatan dan mancanegara yang datang mengunjungi pantai ini biasanya melakukan swafoto yang menampilkan keindahan Pantai Kelingking dari atas tebing.
Selain berswafoto dari atas tebing, pengunjung juga boleh memilih untuk turun ke bawah tebing dan menikmati secara langsung keindahan Pantai Kelingking. Air berwarna biru kehijauan yang jernih dan bersih semakin menambah keindahan visual pantai ini. Namun perlu dicatatkan, jika kita ingin mengunjungi Pantai Kelingking atau lebih tepatnya ingin turun ke Pantai Kelingking, ada beberapa perkara yang perlu disediakan. Lantaran kedudukan pantai ini berada di bawah tebing. Tentunya memerlukan usaha yang lebih jika ingin menikmati keindahan Pantai Kelingking ini secara langsung.
Jika semua persiapan sudah lengkap, kita boleh dengan selamat turun dan merasakan secara langsung keindahan salah satu pantai tersembunyi Indonesia ini. Tentunya semua perjuangan kita akan dibayar lunas dengan keindahan yang disajikan oleh Pantai Kelingking ini.
Kerana Daratan Bali dan Pulau Nusa Penida tempat Pantai Kelingking berada dipisahkan oleh laut, maka kita harus menyeberang terlebih dahulu untuk boleh sampai ke Pantai Kelingking. Untuk menuju ke Pulau Kelingking dan bersantai di Pantai Kelingking, kita boleh menggunakan pengangkutan laut seperti bot laju dan juga perahu tradisional. Menurut Mas Arif, terdapat beberapa titik penyeberangan menuju Pulau Nusa Penida iaitu Pelabuhan Pantai Sanur, Dermaga Serangan Denpasar, Pantai Kusamba Klungkung dan Pelabuhan Padang Bai Karangasem.
Pelancong banyak memilih penyeberangan melalui Pelabuhan Pantai Sanur menggunakan bot laju kerana Pelabuhan Pantai Sanur berada di Bali selatan yang banyak terdapat hotel penginapan dan jika melakukan penyeberangan dari pelabuhan Pantai Sanur harga tiket relatif lebih murah iaitu sekitar 100,000 – 120,000 rupiah. Selain menggunakan bot laju, helikopter juga adalah pilihan kedua yang biasanya dipilih oleh pelancong untuk menuju ke Pulau Kelingking lebih-lebih lagi jika ada halangan dalam menggunakan pengangkutan laut.
Sebaik sahaja sampai ke Pulau Nusa Penida, kita harus menaiki pengangkutan darat pula seperti motor atau kereta untuk sampai ke Pantai Kelingking. Kita boleh sampai ke Pantai Kelingking dalam masa 35 minit dengan menyewa motor yang disediakan oleh jasa penyewa dari warga tempatan dengan harga sewaan sekitar 70,000 rupiah perharinya manakala untuk kereta sekitar 600,000 rupiah perhari termasuk pemandunya sekali.
Untuk harga tiket masuk menuju Pantai Kelingking awalnya tidak berbayar. Lantaran untuk menjaga keselamatan, kebersihan dan keasrian pantai ini, kampung adat dan pemerintah setempat memungut biaya sebesar 5,000 rupiah untuk sekali masuk. Tetapi jika kita datang membawa motor, kita akan dikenakan kos tambahan parkir sebanyak 5,000 rupiah dan untuk kereta dikenakan kos sebanyak 10,000 rupiah.
Jika nak berkunjung ke Pantai Kelingking ini, waktu yang tepat adalah pagi hari sekitar pukul 7.00 kerana belum dipadati oleh pelancong lebih-lebih jika memasuki musim cuti yang pasti akan sangat ramai sekali. Hakikatnya, Kelingking Beach Nusa Penida Bali adalah destinasi wisata pantai yang menyajikan keelokan alam yang akan membuatkan kita merasa kagum terhadap alam yang diciptakan oleh Tuhan. Walaupun hanya boleh menikmati pantai ini dari atas tebing kerana ada akses jalan yang sukar untuk menuju ke bawah, hal ini pastinya tidak akan mengurangi rasa takjub kita, Insya-Allah.
Pantai Kelingking juga adalah tempat yang memiliki ‘spot’ yang cukup dikenali untuk ‘diving’ kerana menyajikan pemandangan yang sangat langka. Spot ini dinamakan sebagai Manta Point. Manta Point ini dikenali kerana adanya ikan Manta (ikan pari paling besar di dunia). Para menyelam boleh berenang bebas di sini bersama dengan ikan Manta yang sudah langka. Hal ini pasti akan menjadi pengalaman yang sangat menyeronokkan dan tidak mudah dilupakan.
Perkara yang wajar kita jadikan
pertimbangan untuk mengunjungi Pantai Kelingking adalah pemandangannya yang
tidak akan membuat bosan kerana masih sangat semulajadi. Kita dapat bercuti di
tempat ini untuk menenangkan jiwa dari berbagai aktiviti rutin yang melelahkan.
Sayangnya, di tempat ini fasilitinya masih belum cukup lengkap iaitu kita tidak
boleh menyewa penginapan. Tetapi kita masih boleh menginap di sini dengan menggunakan
khemah. Pastinya kita akan merasa sangat puas menikmati pantai paling mempesona
yang terbentang luas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan