Tersarung pula cincin berlian di
jari,
Hati terikat kejap janji erat terpateri,
Lunaslah segala ikrar nak sehidup semati.
Kini tibalah hari yang dinanti-nanti,
Impian sekian lama jadi raja sehari,
Pengantin perempuan berdebar di hati,
Menggeletar lagi lutut pengantin lelaki.
Tangan tok kadhi digenggam rapi,
Syarat mahu bergelar suami,
Lafaz akad harus hati-hati,
Mohon Allah tenangkan hati.
Bila perkahwinan sudah diredha,
Hilang segala resah dalam jiwa,
Dingin dirasa walau hari panas menggila,
Dahi dikucup suami isteri tercinta.
Di dalam hati kembang berbunga,
Sudah berteman dalam rumahtangga,
Bahtera boleh dilayar bersama-sama,
Menuju ke pantai di pulau bahagia.
Sungguh meriah hari persandingan,
Riuh rendah suara jemputan,
Kompang dipalu menjadi iringan,
Pengantin diarak ke pelamin persandingan,
Singgahsana yang indah lagi mahal tiada tandingan,
Tetamu yang hadir menjeling makanan,
Semuanya gembira meraikan pasangan,
Pengantin baru yang sudah lama berkenalan,
Baru diijabkabulkan di masjid semalam,
Kini tiada lagi halangan nak bergurauan.
Di atas singgahsana duduk bersanding,
Mata dua sejoli melirik jeling-menjeling,
Pengantin perempuan duduk mengiring,
Setia menemani jejaka pilihan tersenyum sumbing,
Sesekali terjungkit misai melenting.
Berkilat sungguh keris raja sehari,
Dibaur lembut busana sang permaisuri,
Tersenyum manis sejak pagi tak henti-henti,
Tercapai sudah segala impian di hati,
Kini semuanya sudah menjadi realiti.
Bila melihat
pengantin bersanding,
Tersenyum simpul
mata menjeling,
Tetamu yang hadir
turut mengerling,
Yang duda yang
janda mata menjuling,
Menunggu jodoh nak
naik pelamin,
Memang sudah lama
rasa teringin.
Bila mata
bertentang mata,
Kasih berpadu cinta terjalin mulut bungkam tanpa suara,
Bila sudah seiya sekata,
Lalu bersanding di atas pelamin mata berkaca hati gembira,
Kasih berpadu cinta terjalin mulut bungkam tanpa suara,
Bila sudah seiya sekata,
Lalu bersanding di atas pelamin mata berkaca hati gembira,
Lembu kambing jadi
korban tidak terkira,
Ayam itik jadi
mangsa tanda bersuka,
Peluh menitik
letih pening sanak saudara,
Emak bapa dapat
menantu tersengih saja,
Dapat cucu pula
memang dicita,
Bertambah
banyaklah ahli keluarga.
Naik pelamin
memang hasrat tersirat,
Bermula dengan
usik mengusit dan orat-mengorat,
Bila jodoh dan
pertemuan sudah tersurat,
Semoga berbahagia diredhai Allah dunia akhirat.
Semoga berbahagia diredhai Allah dunia akhirat.
Muafakat kata sudah
disepakati,
Tersarunglah cincin intan di jari,
Kasih terikat cinta terpateri,
Tunailah janji sehidup semati.
Kini tiba hari yang dinanti,
Tersenyum lebar jadi raja sehari,
Pengantin perempuan gemuruh di hati,
Tersengih suka pengantin lelaki.
Digenggam erat tangan tok kadhi,
Lafaz akad nikah harus hati-hati,
Jangan disebut berkali-kali,
Mohon Allah tenangkan hati.
Bila nikah sudah berlalu,
Hilang segala resah dan malu,
Pengantin perempuan tersipu-sipu
Dahi dikucup suami bertalu-talu.
Dalam hati kembang berbunga,
Sudah berteman dalam rumahtangga,
Bahtera boleh dilayar bersama,
Menuju pantai pulau bahagia.
Sungguh meriah hari persandingan,
Riuh rendah suara jemputan,
Kompang dipalu menjadi iringan,
Pengantin diarak ke pelamin persandingan.
Singgahsana indah tiada tandingan,
Tetamu yang hadir menjeling makanan,
Semuanya gembira meraikan pasangan,
Pengantin baru jadi perhatian.
Di atas singgahsana duduk bersanding,
Mata melirik jeling-menjeling,
Pengantin perempuan duduk mengiring,
Suami di sisi tersenyum sumbing.
Keris di pinggang raja sehari,
Labuci kemerlap pakaian permaisuri,
Tersenyum manis tak henti-henti,
Tercapai sudah impian di hati,
Perkahwinan itu suatu amanah,
Kerana mengikut sunah Rasulullah,
Jagalah jangan sampai berpisah,
Kekal sehingga ajal menjengah.
Waktu bercinta semuanya indah,
Lautan api sanggup diredah,
Semuanya manis melepa di lidah,
Janji berpadu jangan berpisah.
Bila dah jadi pengantin baru,
Banyak bersabar jangan terburu,
Ikut minda jangan ikut nafsu,
Bila tak tahu carilah ilmu.
Suami isteri perlu sejiwa,
Susah senang harus bersama,
Cubit paha kiri kanan sakit jua,
Sama berpakat agar bahagia.
Jika berpisah suami isteri,
Semua itu ketentuan Ilahi,
Namun kadang-kadang kehendak diri,
Yang pentingkan seronok sendiri.
Sebelum berpisah harus teliti,
Agar tidak menyesal nanti,
Jangan dibuat perkara yang rugi,
Anak merana ke sana sini.
Bila mata
bertentang mata,
Lidah kelu hilang suara,
Bila sudah seiya sekata,
Kata sepakat jumpa keluarga.
Bila sudah seiya sekata,
Kata sepakat jumpa keluarga.
Ibu bapa minta
direstu,
Sanak-saudara pun
perlu tahu,
Buat kenduri
jemput tetamu,
Moga bahagia ke
anak cucu.
Bila melihat pengantin
bersanding,
Tersenyum simpul
mata menjeling,
Tetamu yang hadir
turut mengerling,
Duda dan janda
mata terjuling.
Lembu terkorban
tidak terkira,
Berhabis duit
sesekali tak apa,
Bergotong-royong
sanak-saudara,
Emak dan bapa
tersengih saja.
Naik pelamin
hasrat tersirat,
Bermula dengan
orat-mengorat,
Bila jodoh sudah
tersurat,
Diberkati Allah dunia akhirat.
Diberkati Allah dunia akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan