Isnin, 23 Julai 2012

Kaedah Membaca Puisi


SMAHADZIR


Pengertian Puisi

Secara etimologi istilah puisi berasl dari kata bahasa Yunani poites, yang bermakna pembangun, pembentuk, pembuat. Dalam bahasa Latin dari kata poeta, yang ertinya membina, menyebabkan, menimbulkan, menyair. Dalam perkembangan selanjutnya, makna kata tersebut menyempit menjadi hasil seni sastera yang kata-katanya disusun menurut syarat dengan menggunakan irama, sajak, dan kadang-kadang kata kiasan (Sitomorang, 1980: 10)

Ada beberapa pengertian lain iaitu:

  1. Putu Arya Tirtawirya (1980: 9) mengatakan bahawa puisi merupakan ungkapan secara implisit, samar dengan makna yang tersirat di mana kata-katanya condong pada makna konotatif.
  2. Watt-Dunton (Situmorang, 1980: 9) mengatakan bahawa puisi adalah ekspresi yang konkrit dan bersifat artistik dari fikiran manusia dalam bahasa emosional dan berirama.
  3. Ralph Waldo Emerson (Situmorang, 1980: 8) mengatakan bahawa puisi mengajarkan sebanyak mungkin dengan kata-kata sedikit mungkin.
Perkara Yang Harus di Perhatikan dalam Membaca Puisi

Membaca puisi merupakan kegiatan membaca indah. Untuk itu, pembaca harus memperhatikan empat perkara, iaitu lafaz, tekanan, intonasi dan jeda.

a. Lafaz

Lafaz adalah cara seseorang atau sekelompok orang dalam suatu masyarakat bahasa sewaktu mengucapkan bunyi bahasa. Adapun yang dimaksukan dengan bunyi bahasa, antara lain, [a], [c], f], [h], [u], dan sebagainya. Pelafazan seseorang dalam bahasa dalam berbahasa sering kali berbeza dengan orang lainnya. Berdasarkan pelafazannya itu, anda boleh mengetahui asal daerah seseorang kerana memang beberapa kelompok masyarakat memiliki berbagai macam pelafazan yang berbeza. Misalnya, orang Kedah dalam melafazkan bunyi [e], berbeza dengan yang diucapakan oleh orang Selangor atau Kelantan.

Meskipun, demikian dalam pelafazan suatu bunyi bahasa haruslah jelas. Bunyi-bunyi itu tidak boleh tertukar dengan bunyi-bunyi bahasa lain. Misalnya, bunyi [p] dengan [b], [k], dengan [h], atau [o] dengan [u]. Untuk melatih ketepatan dalam melafazkan bunyi bahasa, anda harus melakukan olah vokal, misalnya mengucapkan bunyi-bunyi vokal atau konsonan secara cepat dan bervariasi.

b. Tekanan

Tekanan (nada) adalah keras-lunaknya pengucapan suatu kata. Tekanan berfungsi untuk memberi tekanan khusus pada kata-kata tertentu. Tinggi rendahnya tekanan dapat membezakan bahagian kalimat yang satu dengan bahagian lainnya yang tidak penting.

Contoh:

 1.) Pada bulan Jun banyak terjadi hujan (bukan sedikit dan bukan jarang).
 2.) Pada bulan Jun banyak terjadi hujan (bukan tanah runtuh ataupun peristiwa).

Perhatikanlah bait puisi tersebut.

Tak ada yang lebih tabah
Dari hujan bulan Jun
Dirahsiakan rintik rindunya
Kepada pohon berbunga

Untuk menentukan kata yang perlu mendapat penekanan dalam bait puisi di atas, terlebih dahulu anda perlu memahami maksud baitnya secara keseluruhan.

Misalnya, kata yang perlu mendapat tekanan keras adalah tak ada, bulan Jun, rintik, dan pohon. Dengan demikian, anda perlu menggarisbawahkan kata-kata itu sehingga anda dapat membezakannya ketika puisi itu dibacakan.

Contoh:

Tak ada yang lebih tabah
Dari hujan bulan Jun
Dirahsiakannya rintik rindunya
Kepada pohon berbunga itu

c. Intonasi

Intonasi adalah naik-turunnya lagu kalimat. Perbezaan intonasi boleh menghasilkan jenis kalimat yang berbeza, yakni kalimat berita, kalimat tanya, kalimat perintah, kalimat seru, kalimat marah dan sebagainya.

Penggunaan intonasi dalam puisi sangat penting agar pembacaannya tidak monoton sehingga pendengar menjadi lebih tertarik. Intonasi juga berguna dalam memperjelas dan membezakan maksud / pesan dari tiap lirik. Untuk itu, sebelum anda membacakannya, anda perlu menandai, misalnya dengan garis yang menanjak atau menurun. Dengan cara demikian, anda akan mudah dalam membezakan intonasi dari setiap lirik ketika puisi itu anda bacakan.

d. Jeda

Jeda adalah hentian arus pengucapan dalam pembacaan puisi yang ditentukan oleh peralihan lirik. Jeda berpengaruh pada jelas-tidaknya maksud suatu kata atau lirik. Dalam penggunaannya, jeda dikelompokkan ke dalam tiga jenis iaitu jeda pendek, jeda sedang, jeda panjang. Jeda pendek digunakan antara kata dalam suatu lirik. Jeda sedang digunakan pada bahagian-bahagian lirik yang bertanda koma atau antara frasa, sedangkan jeda panjang digunakan pada pergantian lirik.

Contoh:

Tak ada/ yang lebih arif//
Dari hujan/ bulan Jun//
Dibiarkannya/ yang tak terucapkan//
Diserap/ akar pohon/ bunga itu//

Unsur-Unsur Pembentuk Puisi

Ada beberapa pendapat tentang unsur-unsur pembentuk puisi. Salah satunya adalah pendapat I.A. Richard. Dia membezakan dua perkara penting yang membina sebuah puisi iaitu hakikat puisi (the nature of poetry), dan metode puisi (the method of poetry).

Hakikat puisi terdiri dari empat perkara pokok, iaitu:

1. Sense (tema, makna)
Sense atau tema adalah pokok persoalan yang dikemukakan oleh pengarang. Contoh: lingkungan, pendidikan dan lain-lain lagi.

2. Feeling
Feeling adalah sikap penyair terhadap pokok persoalan yang dikemukakan dalam puisinya. Contoh: penyair tidak setuju pada tindakan seseorang yang memanfaatkan sesuatu yang dimiliki untuk tujuan-tujuan negatif.

3. Tone (nada)
Tone adalah sikap penyair terhadap pembaca atau penikmat karyanya pada umumnya. Contoh: cenderung datar, tidak nampak luapan emosi penyairnya.

4. Intention (tujuan)
Intention adalah tujuan penyair dalam menciptakan puisi tersebut. Contoh: untuk merubah sikap manusia menjadi baik dan bijaksana.

Sarana-sarana Puisi

1. Diction (diksi)
Diksi adalah pilihan atau pemilihan kata yang biasanya diusahakan oleh penyair dengan secermat mungkin.

2. Imaginasi (imaji, daya bayang)
Imaginasi adalah kemampuan kata-kata yang diguna pengarang dalam menghantarkan pembaca untuk terlibat atau mampu merasakan apa yang dirasakan penyair.

3. The Concrete Word (kata-kata kongkrit)
The conkrete word adalah kata-kata yang jika dilihat secara denotative sama tetapi secara konotatif mempunyai arti yang berbeza sesuai dengan situasi dan keadaan pemakainya.

4. Figurative language (gaya bahasa)
Adalah cara yang digunakan oleh penyair untuk membangkitkan dan menciptakan imaginasi dengan menggunakan gaya bahasa, perbandingan, kiasan, pelambangan dan sebagainya.

5. Rhythm dan rima (irama dan sajak)
irama adalah pergantian turun naik, keras lembunya ucapan bunyi bahasa dengan teratur. Rima adalah persamaan bunyi dalam puisi.

Fungsi Bunyi Dalam Puisi

A. Latar Belakang Masalah

Bunyi dalam puisi adalah perkara yang penting untuk menggambarkan suasana dalam puisi. Oleh kerana itu pembaca puisi harus benar-benar memperhatikan pengucapan kata demi kata dalam puisi. Namun ada kalanya pembaca puisi kurang memperhatikan dalam pengucapan karya puisi sehingga pendenggar tidak ikut merasakan suasana puisi tersebut. Perkara ini menuntun kami untuk menyusun makalah ini supaya pembaca lebih memahami pentingnya bunyi dalam pembacaan puisi ataupun karya sastera lainnya

B. Rumusan Masalah

Masalah yang diangkat dalam makalah ini iaitu:
1.     Pengertian bunyi, Rima, dan Irama
2.     Jenis-jenis Rima
3.     Macam Ragam Bunyi
4.     Intonasi

C. Tujuan Penulisan

Yang menjadi rumusan tujuan dalam makalah ini adalah:
1.     Menjelaskan Pengertian Bunyi, Rima dan Irama.
2.     Menjelaskan Jenis-jenis Rima.
3.     Menjelaskan Ragam bunyi
4.     Menjelaskan pengertian Intonasi.

PEMBAHASAN

A. Pengertian Bunyi, Rima dan Irama

Dalam puisi bunyi bersifat estetik, merupakan unsur puisi untuk mendapatkan keindahan dan tenaga ekspresif. Bunyi ini erat hubungannya dengan anasir-anasir muzik, misalnya lagu, melodi, irama, dan sebagainya. Bunyi di samping hiasan dalam puisi, juga mempunyai tugas yang lebih penting lagi, iaitu untuk memperdalam ucapan, menimbulkan rasa, dan menimbulkan bayangan angan yang jelas; menimbulkan suasana yang khusus dan sebagainya.

Bunyi dibentuk oleh rima dan irama. Rima (persajakan) adalah bunyi-bunyi yang ditimbulkan oleh huruf atau kata-kata dalam lirik dan bait atau persamaam bunyi dalam puisi. Sedangkan irama (ritme) adalah pergantian tinggi rendah, panjang pendek, dan keras lembut ucapan bunyi. Timbulnya irama disebabkan oleh perulangan bunyi secara berturut-turut dan bervariasi (misalnya kerana adanya rima, perulangan kata, perulangan bait), tekanan-tekanan kata yang bergantian keras lemahnya (kerana sifat-sifat konsonan dan vokal), atau panjang pendek kata. Dari sini dapat difahami bahawa rima adalah salah satu unsur pembentuk irama, namun irama tidak hanya dibentuk oleh rima. Baik rima maupun irama inilah yang menciptakan efek muzikalisasi pada puisi, yang membuat puisi menjadi indah dan sedap didengar meskipun tanpa dilagukan.

B. Jenis-jenis Rima

Berdasarkan jenisnya, rima (persajakan) dibezakan menjadi:
1.     Rima sempurna, iaitu persama bunyi pada suku-suku kata terakhir.
2.     Rima tak sempurna, iaitu persamaan bunyi yang terdapat pada sebahagian suku kata terakhir.
3.     Rima mutlak, iaitu persamaan bunyi yang terdapat pada dua kata atau lebih secara mutlak (suku kata sebunyi)
4.     Rima terbuka, iaitu persamaan bunyi yang terdapat pada suku akhir terbuka atau dengan vokal sama.
5.     Rima tertutup, iaitu persamaan bunyi yang terdapat pada suku kata tertutup (konsonan).
6.     Rima aliterasi, iaitu persamaan bunyi yang terdapat pada bunyi awal kata pada baris yang sama atau baris yang berlainan.
7.     Rima asonansi, iaitu persamaan bunyi yang terdapat pada asonansi vokal tengah kata.
8.     Rima disonansi, iaitu persamaan bunyi yang terdapat pada huruf-huruf mati/konsonan.

Berdasarkan letaknya, rima dibezakan:
1.     Rima awal, iaitu persamaan bunyi yang terdapat pada awal baris pada tiap bait puisi.
2.     Rima tengah, iaitu persamaan bunyi yang terdapat di tengah baris pada bait puisi
3.     Rima akhir, iaitu persamaan bunyi yang terdapat di akhir baris pada tiap bait puisi.
4.     Rima tegak iaitu persamaan bunyi yang terdapat pada bait-bait puisi yang dilihat secara vertikal
5.     Rima datar iaitu persamaan bunyi yang terdapat pada baris puisi secara horizontal
6.     Rima sejajar, iaitu persamaan bunyi yang berbentuk sebuah kata yang dipakai berulang-ulang pada lirik puisi yang mengandungi kesejajaran maksud.
7.     Rima berpeluk, iaitu persamaan bunyi yang tersusun sama antara akhir lirik pertama dan lirik keempat, lirik kedua dengan lalrik ketiga (ab-ba)
8.     Rima bersilang, iaitu persamaan bunyi yang tersusun sama antara akhir lirik pertama dengan lirik ketiga dan lirik kedua dengan lirik keempat (ab-ab).
9.     Rima rangkai/rima rata, iaitu persamaan bunyi yang tersusun sama pada akhir semua lirik (aaaa)
10. Rima kembar/berpasangan, iaitu persamaan bunyi yang tersusun sama pada akhir dua lirik puisi (aa-bb)
11. Rima patah, iaitu persamaan bunyi yang tersusun tidak menentu pada akhir lirik-lirik puisi (a-b-c-d)

B. Macam Ragam Bunyi

Ragam bunyi dalam puisi boleh dibezakan menjadi 3 iaitu:

1. Ragam Bunyi Cacophony 

Bunyi cachophony boleh dipakai untuk menciptakan suasana-suasana ketertekanan, keterasingan, kesedihan, syahdu, suram, haru, pilu, dan sbagainya. Secara visual ragam bunyi ini banyak memakai konsonan /b/, /p/, /m/, /k/, /h/, /p/, /t/, /s/, /r/, /ng/, /ny/. Contoh bunyi cacophony terdapat dalam puisi Goenawan Mohammad yang berjudul Di Muka Jendela.

DI MUKA JENDELA

Di Sini
cemara pun gugur daun. Dan Kembali
ombak-ombak hancur terbantun.

Di sini
Kemarau pun menghembus bumi
menghembus bumi
menghembus pasir, dingin dan malam hari
ketika kedamaian pun datang memmanggil
ketika angina terputus-putus di hatimu memanggil
dan sebuah kata merekah
diucapkan ke ruang yang jauh: -Datanglah!

Ada sebuah bukit, meruncing merah
dari tanah padang-padang yang tengadah
tanah padang-padang terkukur
dimana tangan hatimu terulur. Pula
ada menggasing kincir yang sunyi
ketika senja mengerdip, dan di hujung benua
mencecah pelangi:

Tidakkah siapapun lahir kembali di detik begini
ketika bangkit bumi,
sejak bisu abadi,
dalam kristal kata
dalam pesona?

2. Ragam Bunyi Euphony 

Bunyi euphony diguna untuk menghadirkan suasana keriangan, semangat, gerak, vitalitas hidup, kegembiraan, keberanian dan sebagainya. Secara visual ragam euphony didominasi dengan penggunaan bunyi-bunyi vocal. Efoni biasanya untuk menggambarkan perasaan cinta atau perkara-perkara yang menggambarkan kesenangan lainnya. Contoh euphony antara lain: berupa kombinasi bunyi-bunyi vokal (asonansi) a, e, i, u, o dengan bunyi-bunyi konsonan bersuara (voiced) seperti b, d, g, j, bunyi liquida seperti r dan l, serta bunyi sengau seperti m, n, ny, dan ng.

Contoh Bunyi euphony terdapat dalam puisi Chairil Anwar yang berjudul Aku.

AKU 

Kalau sampai waktuku 
'Ku mau tak seorang kan merayu 
Tidak juga kau 
Tak perlu sedu sedan itu 
Aku ini binatang jalang 
Dari kumpulannya terbuang 
Biar peluru menembus kulitku 
Aku tetap meradang menerjang 
Luka dan bisa kubawa berlari 
Berlari 
Hingga hilang pedih peri 
Dan aku akan lebih tidak perduli 
Aku mau hidup seribu tahun lagi

3. Ragam Bunyi Anamatope

Bunyi anamatope disebut sebagai lambang rasa, merupakan bunyi yang menghadirkan bunyi-bunyi makhluk hidup, alam, inatang dan sebagainya. Misalnya saja ringkik kuda, lenguh kerbau, cit-cit ayam, gericik air, tik-tik hujan. 

Contoh bunyi anamatope terdapat dalam puisi Subagio Sastrowardoyo yang berjudul Dewa Telah Mati.

DEWA TELAH MATI

Tak ada dewa di rawa-rawa ini
Hanya gagak yang mengakak malam hari
Dan siang terbang mengitari bangkai
Petapa yang terbunuh dekat kuil.

Dewa telah mati di tepi-tepi ini.
Hanya ular yang mendesir dekat sumber
Lalu minum dari mulut
Pelacur yang tersenyum dengan bayim sendiri

Bumi ini perempuan jalang
Yang menariklaki-laki jantan dan pertapa
Kerawa-rawa museum hari ini
Dan membunuh pagi hari.

Pendapat lain dikemukakan oleh Roman Ingarden dari Poland. Beliau mengatakan bahawa sebenarnya karya sastera (termasuk puisi) merupakan struktur yang terdiri dari beberapa lapis norma. Lapis norma tersebut adalah
Dalam menganalisis kesan bunyi, Rene Wellek membahagi:

1.     Beza pelaksanaan dan 
2.     Pola bunyi misalnya dengan membaca keras. 

Dalam membaca keras kita menambahkan sifat khas pada pola bunyi dan juga kita kadang-kadang menyembunyikannya.

Bunyi dibezakan oleh dua aspek iaitu:

1.     Aspek inheren ialah kekhususan bunyi a, o , atau p. Aspek ini disebut sifat bunyi atau bunyi indah (musicality,euphony)
2.     Aspek rasional ialah dasar irama dan guru lagu: nada (tinggi rendah), tempo (lama atau sebentar), dinamik (kuat atau lemah), ulangan (jarang atau tetap).

Dalam puisi bunyi dgunakan sebagai orkestrasi, ialah untuk menimbulkan bunyi muzik. Bunyi konsonan dan vokal disusun begitu rupa sehingga menimbulkan bunyi yang merdu dan berirama seperti bunyi muzik. Dari bunyi muzik ini dapatlah mengalir perasaan, imaginasi- imaginasi dalam fikiran atau pengalaman-pengalaman jiwa pendengarnya atau pembacanya. Seperti misalnya bila kita mendengar bunyi muzik instrumental, bunyi yang merdu itu menimbulkan perasaan-perasaan, fikiran-fikiran dan gambaran-gambaran angan-angan, pendek kata, menimbulkan pengalaman jiwa yang mengagumkan.

Di dalam puisi bunyi kata itu di samping tugasnya yang utama sebagai simbol makna dan juga untuk orkestarsi, digunakan sebagai:
1.     Peniru bunyi atau anomatope
2.     Lambang suara (cleanksymboliek)
3.     Kiasan suara (clankmtapthoor)

Peniru puisi kebanyakan hanya memberikan saranan tentang suara sebenarnya anomatopa tangagapan yng jelas dari kata-kata yang tidak adanya hubungan dengan perkara yang ditunjuk.

Kiasan suara rupanya tidak banyak digunakan dalam puisi. Misalnya bunyi r dalam sajak Chairil Anwar, bunyi r yang berturut-turut mengiaskan gercik riak air laut yang mengalir.

Desir hari lari berenang
Menmujuk pangkal akal

Lambang rasa dihubungkan dengan suasana hati, suasana hati ringan, riang, dilukiskan dengan bunyi vokal e dan i yang terasa ringan, tinggi, kecil. Bila pemakaian bunyi tidak disesuaikan atau dihubungkan dengan peniru bunyi, kiasan bunyi, dan lambing rasa, hanya sebagai hiasan dan permainan bunyi saja, tidak untuk mengintensifkan makna, maka tidak mempunyai atau kurang mempunyai daya ekspresi. Bahkan yang seperti itu akan mengurangi atau menghilangkan kepuitisannya

Selain itu, perlu juga dibicarakan peniruan bunyi (Onomatopei). Onomatopei dibahagi menjadi tiga macam iaitu:

1.     Peniruan suara sebulatnya, misalnya bunyi ayam berkokok.
2.     Penggambaran bunyi bahasa dalam kalimat yang berupa kata-kata yang bersifat anomatopoi.
3.     Perlambangan bunyi dalam metafora.

Dalam karya sastera aspek irama (ukuran waktu atau tempoh) juga penting dalam persoalan yang lebih penting adalah menerangkan sifat-sifat irama baik dalam puisi atau prosa. Dalam puisi irama merupakan factor penting. Sedangkan dalam prosa, irama difahami seperti irama dalam percakapan sehari-hari.

C. Intonasi

Intonasi atau lagu kalimat berkaitan dengan ketepatan dalam menentukan keras-lemahnya pengucapan suatu kata. Intonasi dan artikulasi sangat berkaitan dengan irama. Irama merupakan unsur sangat penting dan jiwa dari sebuah puisi. Irama adalah totaliti dari tinggi rendah, keras lembut, dan panjang pendek suara. Irama puisi tercipta dengan melakukan intonasi. Ada 3 jenis intonasi dalam pembacaan puisi, iaitu:

1.     Intonasi dinamik, iaitu tekanan pada kata-kata yang dianggap penting.
2.     Intonasi nada, iaitu tekanan tinggi rendahnya suara. Suara tinggi menggambarkan keriangan, marah, takjub, dan lain sebagainya. Sementara, suara rendah mengungkapkan kesedihan, pasrah, ragu, putus asa, dan lain sebagainya.
3.     Intonasi tempoh, iaitu cepat lambat pengucapan suku kata atau kata. 

Kesimpulan

Berdasarkan materi yang sudah dihuraikan di atas dapatlah penulis simpulkan bahawa: Bunyi dalam puisi bersifat estetik, merupakan unsur puisi untuk mendapatkan keindahan dan tenaga ekspresif. Selain itu bunyi dalam puisi mempunyai tugas yang lebih penting lagi, iaitu untuk memperdalam ucapan, menimbulkan rasa, dan menimbulkan bayangan angan yang jelas; menimbulkan suasana yang khusus dan sebagainya.

Dan Rima (persajakan) adalah bunyi-bunyi yang ditimbulkan oleh huruf atau kata-kata dalam lirik dan bait atau persamaam bunyi dalam puisi. Sedangkan irama (ritme) adalah pergantian tinggi rendah, panjang pendek, dan keras lembut ucapan bunyi. Serta Intonasi atau lagu kalimat berkaitan dengan ketepatan dalam menentukan keras-lemahnya pengucapan suatu kata.

Saranan

Penulis menyedari bahawa tulisan ini masih banyak kekurangan. Oleh kerana itu, penulis mengharap saranan dan kritikan pembaca yang bersifat membina agar tulisan berikutnya akan menjadi lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA