Mungkin ada
yang marah atau tertawa atau tersenyum sinis mendengar ungkapan ini. Untuk
sementara waktu, lupakanlah sangkaan dan jauhilah permasalahan politik kerana
ia lebih jauh dan rumit dari sangkaan itu.
Sukar untuk
menelah apa sebenarnya yang bakal berlaku. Namun angin bertiup menjadi semakin
kencang dan panas di negara hutan hujan tropika ini. Malaysia terselamat dari
bencana alam yang dahsyat. Tiada gunung berapi ataupun lingkaran gempa bumi.
Namun, bencana lain yang bakal melanda. Malah ia lebih bersifat kemusnahan ‘kemanusiaan’.
Bencana yang akan mengalirkan air mata berbaur darah. Sukar dimengerti
sehinggalah ia benar-benar terjadi kelak. Bangsa yang hidup harmoni dan
diperakui sebagai bangsa yang paling lembut bertoleransi ini bakal diregut
dengan ganas atas kerakusan pengikut Dajjal. Malangnya ia didalangi oleh pengkhianat
dari bangsa ini juga.
Kita toleh
ke arah negara Arab seketika untuk cuba memahami situasi tersebut. Arab
didorong untuk berbunuhan sesama sendiri, begitu juga Melayu akan dihasut untuk
berbunuhan sesama Melayu. Fakta terbaik, kita boleh renungkan peristiwa Libya.
Kesudahannya hampir pasti. Apa perasaan anda? Mungkin ada yang tidak pernah
ambil peduli kerana ia masalah negara Arab. Ada sedikit yang rasa gembira
kerana tumbangnya seorang pemimpin zalim (adakah benar?). Pendokong sekular
bersorak kerana demokrasi sekular bakal menerajui Libya. Ada pula telah
melupakannya atau menganggap ia hanyalah krisis biasa. Namun saya mengajak
semua memikirkannya kembali sebagai iktibar.
Libya sebenar bukanlah
seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan Gaddafi
sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi. Membangunkan emosi orang
Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media antarabangsa dikerah untuk membuat
liputan berat sebelah. Seluruh negara Arab bergolak (digolakkan) untuk
memudahkan penipuan atau menyembunyikan ‘Hakikat Sebenar’ matlamat mereka
dari diketahui dunia. Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang
sangat menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun
dikuburkan iaitu Saddam Hussein.
Untuk mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar-kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.
Untuk mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar-kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.
Setelah
Tunisia, kekacauan meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan Hosni
Mubarak dijadikan ‘kambing hitam’ untuk menutup niat mereka sebenar. Tak perlu
NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera menjatuhkan Hosni Mubarak.
Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.
Dalam waktu
yang sama rakyat Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan untuk menukar
kerajaan. Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan. Mereka dipacu oleh
agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen anti pemerintah.
Kaedah yang
digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya
rakyat Libya telah dikelirukan malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai
maklumat palsu yang dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi.
Peranan Facebook dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat
propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel
sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau
alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal
yang sama sedang menular di negara ini.
Senjata
utama siri kejatuhan negara Islam ini ialah ‘PEMBOHONGAN’. Pembohongan
bermaksud ‘DUSTA’ itu adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal Laknatullah.
Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan
hilang kewarasannya.
Apabila
terpengaruh dengan janji manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti masyarakat
Barat, Demokrasi dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah,
untuk itu rakyat Libya sanggup mengorbankan segalanya.
Seperti mana
Iraq. Barat membina helah, membantu mempercepatkan kemusnahan dengan pelbagai
sekatan dan ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi. Akibatnya rakyat
menjadi mangsa. Hidup menderita dan mengalami kesusahan. Pada waktu ini
terhamburlah janji ‘Gunung Roti’ bakal dinikmati dan ia ditawarkan sebagai
ganjaran jika membuang pemerintah sedia ada. Ingatlah mereka mencipta masalah
diikuti tawaran penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah memahami perancangan
zionis ‘ The Protocols of the Elders of Zion‘ perkara ini
bukanlan sesuatu yang ganjil.
Itulah
keadaan sebenar yang berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Nasib
yang sama bakal dilalui oleh semua negara Islam. Tidak terkecuali Malaysia dan
Indonesia. Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala sistemnya
diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah bersedia untuk
mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik Dajjal.
Siapa Gaddafi
Sebenarnya?
Keburukan
demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk
rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini.
Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan
berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya
iaitu Dinar Emas. Usahanya hampir berjaya dan diterima
oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas
akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.
Dari saat
inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha
tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi
diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk
melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan
dunia.
Presiden Muammar Muhammad
Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti
Barat, termasuk Yahudi Zionis la’natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama
apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga
mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan
pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah
tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada
kompromi beliau kepada Barat!
Malang
sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat,
mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat,
memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!
Cuba lihat
apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua’mar Al
Qaddafi:
- Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan
daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun bank
masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan
Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan di dalam Perlembagaan bahawa 40%
daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
- Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;
- Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah
atau riba’;
- Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak
akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa
Qaddafi sudah pun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta
anak isterinya masih duduk di dalam khemah;
- Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;
- Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau
berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;
- Tidak ada bil elektrik di Libya;
- Pendidikan adalah percumn;
- Kemudahan perubatan adalah percuma;
- Tiap pasangan pengantin baru mendapat
peruntukkan one-off payment
berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;
- Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;
- Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan
tanpa faedah;
- Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat
dibina untuk mewujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada
pergantungan kepada sumber makanan luar;
- Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan
yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
- Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan
minyak di bawah subsidi kerajaan.
- Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling
rendah dan kadar hayat yang tinggi;
- Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa
rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah
10%);
- Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan atau
tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
- Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi
menghapuskan semua cukai atas makanan;
Sebenarnya
Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa
bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddn dan cengkaman Barat dan Yahudi
zionis la’natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri
sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na’am kepada kafir harbi dan musuh-musuh
Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi
negaranya!
Malahan
Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah
tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la’natullah tidak bersetuju
kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya.
Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.
Maka
Amerika, Barat dan Yahudi la’natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir
Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan
memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato,
memerangi Kerajaan mereka sendiri!
Begitulah
peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la’natullah, sentiasa tidak redha
dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat
Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat
Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.
Amat malang
apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk
kafir harbi! Na’zubillah min zalik.
Catatan tambahan:
Kolonel Muammar
Muhammad al-Gaddafi (lahir 7 Jun 1942) adalah seorang pemimpin politik dan
revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja
Idris dalam rampasan kuasa tak berdarah pada 1969 dan
menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya. Tempoh
pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.
Ideologi
Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan
dalam Buku Hijau. Buku ini disebarkan ke seluruh
dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan
pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas
Amerika berjaya menangkap Saddam
Hussein, Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran
komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha Amerika Syarikat, Condoleezza
Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.
Pada awal
Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan
bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan
dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar ‘mati syahid’
jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan
yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati. Pada 17 Mei
2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan
permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan; pada 27 Jun,
pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan
anaknya Saif al-Islam.
Pada Ogos
2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak
lelakinya berjaya melarikan diri.
Kehidupan Awal
Gaddafi
adalah anak bongsu dalam keluarga petani di
padang pasir kering kontang di Oasis Hun, Sirte. Beliau keturunan suku Arab Badwi [Berber], Qadhadhfa. Datuknya, Abdessalam Bouminyar
dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahan Itali ke
atas Libya di Khoms pada 1911.
Menerima
pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi
begitu kecewa apabila dunia Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang
1948.
Pada
akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras
revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini
adalah Gamal Abdel Nasser, Presiden
Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir.
Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik
secara aktif.
Kemudian,
Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan
cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada
1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan
militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas
tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk
latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College)
dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal
Corps.
Pada 1
September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi
telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris
1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan di Turki.
Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan
as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun takhta
pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai
raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan
dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikan tahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi
sebagai ‘Pemimpin Besar dan Pengasas Revolusi.’
Tidak
seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai
putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa
politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal
hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya ‘diperintah oleh rakyat’. Presiden
Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala
Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi
daripada leftenan udara.
Sementara di
Republik El Salvador yang diperintahkan oleh
Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 - 1956); Leftenan Kolonel José MarÃsatu
Lemus (1956 -1960) dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 - 1967).
Rejim
tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab, nasionalisme dan
sosialisme berteraskan Islam.
Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara
kebajikan dengan sistem pemerintahan secara langsung, popular demokrasi dan lebih sesuai dikenali
sebagai ‘Sosialisme Islam’. Libya kini membenarkan ekonomi dikawal
oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.
Gaddafi juga
memperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudi
di kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncanakan dalam sebuah buku
rasmi Libya yang dinamakan ‘Buku Hijau‘. Buku Hijau ini merangkumi 3
jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.
Bagaimanapun,
dalam praktik pemerintahan, sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis
sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan
dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.
Jawatankuasa
Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh.
Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara.
Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.
Rakyat Libya Akan Menderita
Tidak
mustahil rakyat Libya akan menderita sebagaimana nasib saudara mereka di Iraq.
Itulah kebebasan dan keindahan demokrasi yang diidamkan oleh rakyat Libya.
Mereka tidak belajar dari peristiwa Saddam Hussein dahulu malah bersedia
dibutakan mata hanya dengan khayalan umpama filem Hollywood. Segala hasil
negara bakal dipunggah keluar dan rakyat Libya dipaksa membayar kos perang
NATO. Bahagiakah mereka? Kesah ini umpama hikayat Melayu, ‘Lebai Malang’.
Demokrasi
adalah Syaitan paling kejam yang nyata memanipulasi manusia di akhir zaman ini.
Mampukah kita lari dari syaitan ini? Paling jauh kita hanya mampu berusaha agar
syaitan ini tidak mudah membinasakan saki baki iman yang ada. Itu pun jika kita
rasakan berada di kelompok manusia beriman. Untuk itu patuhilah saranan
Rasulullah s.a.w mendindingi diri dari fitnah Dajjal. Dinasihatkan agar
menghafal dan sering amalkan 10 ayat surah al-Kahfi tanpa jemu. Kita akan
diperlihatkan Kaf Fa Ra di ‘dahi’ Dajjal ini. Insya-Allah.
Kita
bernasib baik kerana kita di antara mangsa mereka yang terakhir, bukan yang
terawal seperti Asia Tengah dan Asia Barat. Mungkin sememangnya Allah
merencanakan begitu agar kita dapat bersedia sebelum terlambat. Pastinya doa
para aulia diperkenankan Allah s.w.t. Bersyukurlah. Segala kemelut politik dan
sosial yang berlaku mutakhir ini sepatutnya segera mematangkan kita bukan
sebaliknya.
Memandangkan
kita sekian lama merangkul demokrasi sekular, hala cara menjatuhkan
pemerintahan sedia ada menjadi sedikit sukar. Namun melalui proksi mereka yang
berjiwa kental dan liat, mereka masih berpeluang mengucar-kacirkan negara ini.
Walaupun strategi terpaksa diubah dan disesuaikan dengan keadaan, perancangan
untuk menjatuhkan pemerintah Islam tetap akan dilaksana terutama yang melaksana
sistem yang berbeza dengan apa yang mereka sarankan.
Malaysia
juga di antara negara yang cuba popularkan ‘Dinar Emas’ satu masa dahulu tetapi
menenggelamkan hasrat tersebut setelah dapat menghidu bencana yang bakal
dihadapi. Harus diingat, selain Malaysia negara yang cuba bangunkan projek ‘Dinar
Emas’ ini ialah Iraq dan Libya. Iraq dan Libya telah dihanguskan dan projek
tersebut telah ditamatkan. Tidak mustahil pula Iraq dan Libya mempunyai rezab
bijih emas di bawah perut bumi padang pasir yang luas itu. Sebab itu mereka
berani menyuarakannya.
Apa yang
berlaku kini, dinar dan dirham dikeluarkan di Malaysia hanya sebagai jualan ‘koleksi’
bukan sebagai matawang rasmi. Ia tidak menggugat sistem kewangan antarabangsa.
Zionis tetap mencurgainya dan bimbang Malaysia mengambil langkah drastik
mengisytiharkan untuk menggantikan wang kertas satu masa nanti. Mereka tahu
Malaysia antara negara yang berani membuat pilihan sendiri mengawal sistem
kewangannya dan berupaya mengetepikan pandangan pakar IMF.
Rekod
mengenai hasrat kerajaan Malaysia mahu menggunakan ‘Dinar Emas’ sebagai forex
atau tukaran perdagangan antarabangsa satu masa dahulu masih tersimpan kemas
dalam diari Illuminati dan Zion, mereka masih tidak percaya Malaysia telah
melupakan hasrat tersebut. Itulah mimpi ngeri bagi Illuminati yang sekian lama
telah menipu dunia melalui terbitan ‘wang kertas’ yang bersandarkan hutang
(debt/riba) itu. Syarikat yang mencetak wang kertas ini juga milik mereka dan
proksi mereka.
Untuk
menghilangkan terus kemungkinan ini, pemerintah sekarang harus diganti dengan
proksi mereka. Siapakah proksi mereka????????
Jika rakyat
negara ini masih siuman, ingatlah bahawa fitnah Dajjal itu amat menyesatkan dan
mustahil umat yang kurang imannya dapat melepaskan diri. Setelah tumbangnya
Syria (pembesaran Israel), Malaysia akan jadi medan baru jika Indonesia dapat
ditawan secara aman. Dalam pada itu jika pembaca meyakini kemungkinan ini bukan
sekadar hipotesis, adalah dinasihatkan supaya segera mengumpul ‘dinar/dirham
(emas dan perak) Malaysia’ sekadar yang terdaya. Kerajaan negeri Kelantan juga
telah mengeluarkannya. Secara tidak langsung ini menunjukkan kerajaan Kelantan
juga telah mengetahui kemungkinan apa yang bakal terjadi atau mungkin hanya
bertujuan menghidupkan kembali tradisi Kelantan sebelum dijajah British.
Kemerosotan
nilai wang kertas akan menjadi semakin tenat sekiranya kesatuan negara Eropah
gagal mengekang kejatuhan ekonomi negara anggotanya. Ditokok pula semakin lemah
kepercayaan dunia terhadap kestabilan USD. Ringgit Malaysia juga tidak akan
dapat melepaskan diri dari ikut tersungkur sama. Buat waktu ini, Amerika
Syarikat masih berupaya melindungi kejatuhan nilai dollarnya, tidaklah
diketahui berapa lama lagi ia dapat bertahan. Mungkin setahun, dua tahun atau
lima tahun sahaja lagi. Keadaannya dilaporkan sangat tenat.
Emas akan
mempunyai nilai yang berkali-kali ganda dari nilainya sekarang bila mana nilar
ringgit merosot kelak kerana ringgit juga masih berdiri atas nisbah tukaran
antarabangsa yang dikuasai IMF. Semua wang kertas dunia bersandar kepada bon
dan ‘debt’ atau nama asalnya ialah RIBA. Inilah perusahaan Illuminati (anggota
Dajjal) selama ini. Mereka mengumpul emas sebaliknya memaksa dunia menggunakan
wang RIBA.
Tanah Melayu
pernah digelar Semenanjung Emas. Pastinya emas menjadi nadi ekonomi penduduk purba Semenanjung
Tanah Melayu. Sejarah ini telah berjaya ditutup rapat oleh British dan sejarah
orang Melayu hanya bermula dari kewujudan Kesultanan Melaka.
Walaupun
beratus tahun menjajah Tanah Melayu, namun atas kehendak Allah mereka masih
gagal menemui simpanan emas kecuali simpanan terhad di Pahang. Pelbagai
ekpedisi dilakukan hingga ke seluruh hutan rimba banjaran Titiwangsa. Di mana
tempat tinggi mereka mendirikan penempatan dengan alasan sebagai kawasan rehat.
Mereka tetap gagal mengesan simpanan emas di perut bumi Tanah Melayu ini. Apa
yang diizinkan Allah untuk mereka hanyalah bijih timah.
Tumpuan
mereka hanya untuk menjajah Tanah Melayu dan bersedia pula melepaskan negeri
Fathani kepada penguasaan Siam melalui satu triti. Tentu ada sebabnya. Dapatkah
dibayangkan apa akan berlaku sekiranya mereka menemui simpanan emas yang banyak
di sini? Keadaannya tentu sekali berbeza dari apa yang wujud sekarang.
Simpanan
rezab emas ‘mentah’ Tanah Melayu memang banyak, Illuminati dan talibarutnya
telah lama mengetahuinya. Melalui kecanggihan teknologi yang mereka miliki,
dalam diam mereka telah mengkaji, mengesan dan memantau secara rahsia kedudukan
dan nilai rezab tersebut.
Kerajaan
sekarang juga sudah lama mengetahuinya (sebab itu PM terdahulu iaitu Tun Dr
Mahathir pernah membayangkan penggunaan dinar emas sebagai sandaran perdagangan
menggantikan USD). Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk merahsiakannya dari
pengetahuan umum demi keselamatan negara atas nasihat pakar strategik.
Sebab itu
mereka (Zionis) akan cuba sedaya untuk menghalang kerajaan sekarang dari terus
memerintah. Walaupun pemerintah negara ini tidaklah sebaik sepertimana yang
semua orang harapkan, namun sehingga kini mereka masih berupaya melepaskan diri
dari perangkap Yahudi (zion/illuminati).
Allah masih
belum izinkan mereka menjatuhkan pemerintah yang ada. Andai sebaliknya berlaku,
proksi mereka akan mengambil alih pemerintahan dan dengan mudah semua rezab ini
diangkut ke Jurussalem secara rahsia. Masa untuk mereka semakin suntuk. Usaha
mereka selama ini masih belum menampakkan hasil. Kini dengan bantuan Jesuit
(cawangan gerakan sulit Zionis), mereka berharap keadaan akan berubah dan
memihak kepada mereka. Sebagai makluman, Jesuit telah hampir berjaya menawan
Indonesia melalui gerakan para proksinya. Gerakan Islam di sana semakin lemah
dicemari LIBRALISMA kecuali Acheh.
Walau
bagaimanapun, hanya Allah yang tahu untuk siapa rezab ini disimpan begitu lama. Perancangan Allah melangkaui tipu daya makhluk-Nya. Hakikatnya
segala rahsia adalah ‘hak Mutlak’ Allah s.w.t. Wallahu A’lam.
Maklumat Tambahan:
Muammar
Gaddafi telah diliwat (pada duburnya) dengan pisau sebelum dibunuh. Siapakah
yang mengajar manusia Arab (Islam) memperlakukan perkara sebegitu zalim kepada
musuhnya?
Berita ini
amat memalukan seluruh umat Islam yang sepatutnya mempunyai pekerti yang
terbaik sesuai dengan ajaran agama. Setelah belajar dan bersekongkol dengan
Iblis, mereka sanggup lakukan apa sahaja walaupun menjatuhkan maruah bangsa dan
agama. Harap perkara sebegini tidak berlaku di negara kita. Ada di antara kita
yang menganggap kekacauan di Asia Barat dan Utara Afrika sebagai ‘kebangkitan
Islam’ dan ada pula yang menggunakan selogan ‘revolusi palsu Arab’ sebagai satu
momentum menjatuhkan pemerintah Malaysia.
Beginilah
bentuk DEMOKRASI yang diperjuangkan oleh pemberontak Libya. Kebebasan tiada
had. Siapa yang lebih zalim antara Gaddafi dan musuhnya? Anda sendiri dapat
memberi jawapan. Semoga ia memberi kesedaran kepasa bangsa kita agar berwaspada
terhadap permainan musuh yang tersembunyi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan