SMAHADZIR
Pengertian
Puisi
Secara etimologi
istilah puisi berasl dari kata bahasa Yunani poites,
yang bermakna pembangun, pembentuk, pembuat. Dalam bahasa Latin dari kata poeta, yang ertinya membina,
menyebabkan, menimbulkan, menyair. Dalam perkembangan selanjutnya, makna kata
tersebut menyempit menjadi hasil seni sastera yang kata-katanya disusun menurut
syarat dengan menggunakan irama, sajak, dan kadang-kadang kata kiasan
(Sitomorang, 1980: 10)
Ada beberapa
pengertian lain iaitu:
- Putu Arya Tirtawirya (1980: 9) mengatakan bahawa
puisi merupakan ungkapan secara implisit, samar dengan makna yang tersirat
di mana kata-katanya condong pada makna konotatif.
- Watt-Dunton (Situmorang, 1980: 9) mengatakan bahawa
puisi adalah ekspresi yang konkrit dan bersifat artistik dari fikiran
manusia dalam bahasa emosional dan berirama.
- Ralph Waldo Emerson (Situmorang, 1980: 8)
mengatakan bahawa puisi mengajarkan sebanyak mungkin dengan kata-kata sedikit
mungkin.
Perkara
Yang Harus di Perhatikan dalam Membaca Puisi
Membaca puisi
merupakan kegiatan membaca indah. Untuk itu, pembaca harus memperhatikan empat perkara,
iaitu lafaz, tekanan, intonasi dan jeda.
a.
Lafaz
Lafaz adalah cara
seseorang atau sekelompok orang dalam suatu masyarakat bahasa sewaktu mengucapkan
bunyi bahasa. Adapun yang dimaksukan dengan bunyi bahasa, antara lain, [a],
[c], f], [h], [u], dan sebagainya. Pelafazan seseorang dalam bahasa dalam
berbahasa sering kali berbeza dengan orang lainnya. Berdasarkan pelafazannya
itu, anda boleh mengetahui asal daerah seseorang kerana memang beberapa
kelompok masyarakat memiliki berbagai macam pelafazan yang berbeza. Misalnya,
orang Kedah dalam melafazkan bunyi [e], berbeza dengan yang diucapakan oleh
orang Selangor atau Kelantan.
Meskipun, demikian
dalam pelafazan suatu bunyi bahasa haruslah jelas. Bunyi-bunyi itu tidak boleh
tertukar dengan bunyi-bunyi bahasa lain. Misalnya, bunyi [p] dengan [b], [k],
dengan [h], atau [o] dengan [u]. Untuk melatih ketepatan dalam melafazkan bunyi
bahasa, anda harus melakukan olah vokal, misalnya mengucapkan bunyi-bunyi vokal
atau konsonan secara cepat dan bervariasi.
b. Tekanan
Tekanan (nada)
adalah keras-lunaknya pengucapan suatu kata. Tekanan berfungsi untuk memberi
tekanan khusus pada kata-kata tertentu. Tinggi rendahnya tekanan dapat membezakan
bahagian kalimat yang satu dengan bahagian lainnya yang tidak penting.
Contoh:
1.) Pada bulan Jun banyak terjadi hujan (bukan sedikit dan bukan
jarang).
2.) Pada bulan Jun banyak
terjadi hujan (bukan tanah runtuh ataupun
peristiwa).
Perhatikanlah bait
puisi tersebut.
Tak
ada yang lebih tabah
Dari
hujan bulan Jun
Dirahsiakan
rintik rindunya
Kepada
pohon berbunga
Untuk menentukan
kata yang perlu mendapat penekanan dalam bait puisi di atas, terlebih dahulu anda perlu
memahami maksud baitnya secara keseluruhan.
Misalnya, kata yang
perlu mendapat tekanan keras adalah tak
ada, bulan Jun, rintik, dan pohon. Dengan
demikian, anda perlu menggarisbawahkan kata-kata itu sehingga anda dapat membezakannya ketika puisi
itu dibacakan.
Contoh:
Tak
ada yang lebih tabah
Dari
hujan bulan Jun
Dirahsiakannya rintik rindunya
Kepada
pohon berbunga itu
c. Intonasi
Intonasi adalah
naik-turunnya lagu kalimat. Perbezaan intonasi boleh menghasilkan jenis kalimat
yang berbeza, yakni kalimat berita, kalimat tanya, kalimat perintah, kalimat
seru, kalimat marah dan sebagainya.
Penggunaan intonasi
dalam puisi sangat penting agar pembacaannya tidak monoton sehingga pendengar menjadi
lebih tertarik. Intonasi juga berguna dalam memperjelas dan membezakan maksud /
pesan dari tiap lirik. Untuk itu, sebelum anda membacakannya, anda perlu
menandai, misalnya dengan garis yang menanjak atau menurun. Dengan cara demikian,
anda akan mudah dalam membezakan intonasi dari setiap lirik ketika puisi itu
anda bacakan.
d. Jeda
Jeda adalah hentian
arus pengucapan dalam pembacaan puisi yang ditentukan oleh peralihan lirik.
Jeda berpengaruh pada jelas-tidaknya maksud suatu kata atau lirik. Dalam
penggunaannya, jeda dikelompokkan ke dalam tiga jenis iaitu jeda pendek, jeda
sedang, jeda panjang. Jeda
pendek digunakan antara kata
dalam suatu lirik. Jeda sedang
digunakan pada bahagian-bahagian lirik yang bertanda koma atau antara frasa,
sedangkan jeda panjang digunakan pada pergantian lirik.
Contoh:
Tak ada/ yang lebih
arif//
Dari hujan/ bulan Jun//
Dibiarkannya/ yang
tak terucapkan//
Diserap/ akar
pohon/ bunga itu//
Unsur-Unsur
Pembentuk Puisi
Ada beberapa
pendapat tentang unsur-unsur pembentuk puisi. Salah satunya adalah pendapat I.A.
Richard. Dia membezakan dua perkara penting yang membina sebuah puisi iaitu
hakikat puisi (the nature of poetry), dan metode puisi (the method of
poetry).
Hakikat puisi
terdiri dari empat perkara pokok, iaitu:
1. Sense (tema, makna)
Sense atau tema adalah pokok persoalan yang
dikemukakan oleh pengarang. Contoh: lingkungan, pendidikan dan lain-lain lagi.
2.
Feeling
Feeling adalah
sikap penyair terhadap pokok persoalan yang dikemukakan dalam puisinya. Contoh: penyair tidak setuju pada tindakan
seseorang yang memanfaatkan sesuatu yang dimiliki untuk tujuan-tujuan negatif.
3.
Tone (nada)
Tone adalah
sikap penyair terhadap pembaca atau penikmat karyanya pada umumnya. Contoh: cenderung datar, tidak nampak luapan emosi penyairnya.
4.
Intention (tujuan)
Intention adalah
tujuan penyair dalam menciptakan puisi tersebut. Contoh:
untuk merubah sikap manusia menjadi baik dan bijaksana.
Sarana-sarana
Puisi
1.
Diction (diksi)
Diksi adalah pilihan
atau pemilihan kata yang biasanya diusahakan oleh penyair dengan secermat
mungkin.
2. Imaginasi (imaji,
daya bayang)
Imaginasi adalah
kemampuan kata-kata yang diguna pengarang dalam menghantarkan pembaca untuk
terlibat atau mampu merasakan apa yang dirasakan penyair.
3.
The Concrete Word (kata-kata kongkrit)
The conkrete word adalah kata-kata yang
jika dilihat secara denotative sama
tetapi secara konotatif mempunyai arti yang berbeza sesuai dengan situasi dan keadaan
pemakainya.
4.
Figurative language (gaya bahasa)
Adalah cara yang digunakan
oleh penyair untuk membangkitkan dan menciptakan imaginasi dengan menggunakan
gaya bahasa, perbandingan, kiasan, pelambangan dan sebagainya.
5. Rhythm dan rima (irama dan sajak)
irama adalah pergantian
turun naik, keras lembunya ucapan
bunyi bahasa dengan teratur. Rima
adalah persamaan bunyi dalam puisi.
Fungsi Bunyi Dalam Puisi
A. Latar Belakang Masalah
Bunyi dalam
puisi adalah perkara yang penting untuk menggambarkan suasana dalam puisi. Oleh
kerana itu pembaca puisi harus benar-benar memperhatikan pengucapan kata demi
kata dalam puisi. Namun ada kalanya pembaca puisi kurang memperhatikan dalam
pengucapan karya puisi sehingga pendenggar tidak ikut merasakan suasana puisi
tersebut. Perkara ini menuntun kami untuk menyusun makalah ini supaya pembaca
lebih memahami pentingnya bunyi dalam pembacaan puisi ataupun karya sastera
lainnya
B. Rumusan Masalah
Masalah yang diangkat dalam makalah ini iaitu:
1.
Pengertian bunyi, Rima,
dan Irama
2.
Jenis-jenis Rima
3.
Macam Ragam Bunyi
4.
Intonasi
C. Tujuan Penulisan
Yang menjadi rumusan tujuan dalam makalah ini adalah:
1.
Menjelaskan Pengertian
Bunyi, Rima dan Irama.
2.
Menjelaskan Jenis-jenis
Rima.
3.
Menjelaskan Ragam bunyi
4.
Menjelaskan pengertian
Intonasi.
PEMBAHASAN
A. Pengertian Bunyi, Rima dan Irama
Dalam puisi bunyi bersifat estetik, merupakan unsur puisi untuk
mendapatkan keindahan dan tenaga ekspresif. Bunyi ini erat hubungannya dengan
anasir-anasir muzik, misalnya lagu, melodi, irama, dan sebagainya. Bunyi di
samping hiasan dalam puisi, juga mempunyai tugas yang lebih penting lagi, iaitu
untuk memperdalam ucapan, menimbulkan rasa, dan menimbulkan bayangan angan yang
jelas; menimbulkan suasana yang khusus dan sebagainya.
Bunyi dibentuk oleh rima dan irama. Rima (persajakan) adalah
bunyi-bunyi yang ditimbulkan oleh huruf atau kata-kata dalam lirik dan bait
atau persamaam bunyi dalam puisi. Sedangkan irama (ritme) adalah pergantian
tinggi rendah, panjang pendek, dan keras lembut ucapan bunyi. Timbulnya irama
disebabkan oleh perulangan bunyi secara berturut-turut dan bervariasi (misalnya
kerana adanya rima, perulangan kata, perulangan bait), tekanan-tekanan kata
yang bergantian keras lemahnya (kerana sifat-sifat konsonan dan vokal), atau
panjang pendek kata. Dari sini dapat difahami bahawa rima adalah salah satu
unsur pembentuk irama, namun irama tidak hanya dibentuk oleh rima. Baik rima
maupun irama inilah yang menciptakan efek muzikalisasi pada puisi, yang membuat
puisi menjadi indah dan sedap didengar meskipun tanpa dilagukan.
B. Jenis-jenis Rima
Berdasarkan jenisnya, rima (persajakan) dibezakan menjadi:
1.
Rima sempurna, iaitu
persama bunyi pada suku-suku kata terakhir.
2.
Rima tak sempurna, iaitu
persamaan bunyi yang terdapat pada sebahagian suku kata terakhir.
3.
Rima mutlak, iaitu
persamaan bunyi yang terdapat pada dua kata atau lebih secara mutlak (suku kata
sebunyi)
4.
Rima terbuka, iaitu
persamaan bunyi yang terdapat pada suku akhir terbuka atau dengan vokal sama.
5.
Rima tertutup, iaitu
persamaan bunyi yang terdapat pada suku kata tertutup (konsonan).
6.
Rima aliterasi, iaitu
persamaan bunyi yang terdapat pada bunyi awal kata pada baris yang sama atau
baris yang berlainan.
7.
Rima asonansi, iaitu
persamaan bunyi yang terdapat pada asonansi vokal tengah kata.
8.
Rima disonansi, iaitu
persamaan bunyi yang terdapat pada huruf-huruf mati/konsonan.
Berdasarkan letaknya, rima dibezakan:
1.
Rima awal, iaitu persamaan
bunyi yang terdapat pada awal baris pada tiap bait puisi.
2.
Rima tengah, iaitu
persamaan bunyi yang terdapat di tengah baris pada bait puisi
3.
Rima akhir, iaitu
persamaan bunyi yang terdapat di akhir baris pada tiap bait puisi.
4.
Rima tegak iaitu
persamaan bunyi yang terdapat pada bait-bait puisi yang dilihat secara vertikal
5.
Rima datar iaitu
persamaan bunyi yang terdapat pada baris puisi secara horizontal
6.
Rima sejajar, iaitu
persamaan bunyi yang berbentuk sebuah kata yang dipakai berulang-ulang pada lirik
puisi yang mengandungi kesejajaran maksud.
7.
Rima berpeluk, iaitu
persamaan bunyi yang tersusun sama antara akhir lirik pertama dan lirik
keempat, lirik kedua dengan lalrik ketiga (ab-ba)
8.
Rima bersilang, iaitu
persamaan bunyi yang tersusun sama antara akhir lirik pertama dengan lirik
ketiga dan lirik kedua dengan lirik keempat (ab-ab).
9.
Rima rangkai/rima rata,
iaitu persamaan bunyi yang tersusun sama pada akhir semua lirik (aaaa)
10. Rima kembar/berpasangan, iaitu persamaan bunyi yang tersusun sama
pada akhir dua lirik puisi (aa-bb)
11. Rima patah, iaitu persamaan bunyi yang tersusun tidak menentu pada
akhir lirik-lirik puisi (a-b-c-d)
B. Macam Ragam Bunyi
Ragam bunyi dalam puisi boleh dibezakan menjadi 3 iaitu:
1. Ragam Bunyi Cacophony
Bunyi cachophony boleh
dipakai untuk menciptakan suasana-suasana ketertekanan, keterasingan,
kesedihan, syahdu, suram, haru, pilu, dan sbagainya. Secara visual ragam bunyi
ini banyak memakai konsonan /b/, /p/, /m/, /k/, /h/, /p/, /t/, /s/, /r/, /ng/,
/ny/. Contoh bunyi cacophony
terdapat dalam puisi Goenawan Mohammad yang berjudul Di Muka Jendela.
DI MUKA JENDELA
Di Sini
cemara pun gugur daun.
Dan Kembali
ombak-ombak hancur
terbantun.
Di sini
Kemarau pun menghembus
bumi
menghembus bumi
menghembus pasir,
dingin dan malam hari
ketika kedamaian pun
datang memmanggil
ketika angina
terputus-putus di hatimu memanggil
dan sebuah kata merekah
diucapkan ke ruang yang
jauh: -Datanglah!
Ada sebuah bukit,
meruncing merah
dari tanah
padang-padang yang tengadah
tanah padang-padang
terkukur
dimana tangan hatimu
terulur. Pula
ada menggasing kincir
yang sunyi
ketika senja mengerdip,
dan di hujung benua
mencecah pelangi:
Tidakkah siapapun lahir
kembali di detik begini
ketika bangkit bumi,
sejak bisu abadi,
dalam kristal kata
dalam pesona?
2. Ragam Bunyi Euphony
Bunyi euphony diguna
untuk menghadirkan suasana keriangan, semangat, gerak, vitalitas hidup,
kegembiraan, keberanian dan sebagainya. Secara visual ragam euphony didominasi
dengan penggunaan bunyi-bunyi vocal. Efoni biasanya untuk menggambarkan
perasaan cinta atau perkara-perkara yang menggambarkan kesenangan lainnya. Contoh euphony antara
lain: berupa kombinasi bunyi-bunyi vokal (asonansi) a, e, i, u, o dengan
bunyi-bunyi konsonan bersuara (voiced) seperti b, d, g, j, bunyi liquida
seperti r dan l, serta bunyi sengau seperti m, n, ny, dan ng.
Contoh Bunyi euphony terdapat dalam puisi Chairil Anwar yang
berjudul Aku.
AKU
Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan
merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan
itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya
terbuang
Biar peluru menembus
kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa
berlari
Berlari
Hingga hilang pedih
peri
Dan aku akan lebih
tidak perduli
Aku mau hidup seribu
tahun lagi
3. Ragam Bunyi Anamatope
Bunyi anamatope disebut
sebagai lambang rasa, merupakan bunyi yang menghadirkan bunyi-bunyi makhluk
hidup, alam, inatang dan sebagainya. Misalnya saja ringkik kuda, lenguh kerbau,
cit-cit ayam, gericik air, tik-tik hujan.
Contoh bunyi anamatope
terdapat dalam puisi Subagio Sastrowardoyo yang berjudul Dewa Telah Mati.
DEWA TELAH MATI
Tak ada dewa di
rawa-rawa ini
Hanya gagak yang
mengakak malam hari
Dan siang terbang
mengitari bangkai
Petapa yang terbunuh
dekat kuil.
Dewa telah mati di
tepi-tepi ini.
Hanya ular yang
mendesir dekat sumber
Lalu minum dari mulut
Pelacur yang tersenyum
dengan bayim sendiri
Bumi ini perempuan
jalang
Yang menariklaki-laki
jantan dan pertapa
Kerawa-rawa museum hari
ini
Dan membunuh pagi hari.
Pendapat lain dikemukakan oleh Roman Ingarden dari Poland. Beliau
mengatakan bahawa sebenarnya karya sastera (termasuk puisi) merupakan struktur
yang terdiri dari beberapa lapis norma. Lapis norma tersebut adalah
Dalam menganalisis kesan bunyi, Rene Wellek membahagi:
Dalam menganalisis kesan bunyi, Rene Wellek membahagi:
1.
Beza pelaksanaan dan
2.
Pola bunyi misalnya
dengan membaca keras.
Dalam membaca keras kita menambahkan sifat khas pada pola bunyi
dan juga kita kadang-kadang menyembunyikannya.
Bunyi dibezakan oleh dua aspek iaitu:
1.
Aspek inheren ialah kekhususan bunyi a, o , atau p. Aspek ini disebut sifat
bunyi atau bunyi indah (musicality,euphony)
2.
Aspek rasional ialah dasar
irama dan guru lagu: nada (tinggi rendah), tempo (lama atau sebentar), dinamik
(kuat atau lemah), ulangan (jarang atau tetap).
Dalam puisi bunyi dgunakan sebagai orkestrasi, ialah untuk
menimbulkan bunyi muzik. Bunyi konsonan dan vokal disusun begitu rupa sehingga
menimbulkan bunyi yang merdu dan berirama seperti
bunyi muzik. Dari bunyi muzik ini dapatlah mengalir perasaan, imaginasi- imaginasi
dalam fikiran atau pengalaman-pengalaman jiwa pendengarnya
atau pembacanya. Seperti misalnya bila kita mendengar bunyi muzik instrumental,
bunyi yang merdu itu menimbulkan perasaan-perasaan, fikiran-fikiran dan
gambaran-gambaran angan-angan, pendek kata, menimbulkan pengalaman jiwa yang
mengagumkan.
Di dalam puisi bunyi kata itu di samping tugasnya yang utama sebagai
simbol makna dan juga untuk orkestarsi, digunakan sebagai:
1.
Peniru bunyi atau anomatope
2.
Lambang suara (cleanksymboliek)
3.
Kiasan suara (clankmtapthoor)
Peniru puisi kebanyakan hanya memberikan saranan tentang suara
sebenarnya anomatopa tangagapan yng jelas dari kata-kata yang tidak adanya
hubungan dengan perkara yang ditunjuk.
Kiasan suara rupanya tidak banyak digunakan dalam puisi. Misalnya
bunyi r dalam sajak Chairil Anwar, bunyi r yang berturut-turut mengiaskan
gercik riak air laut yang mengalir.
Desir hari lari
berenang
Menmujuk pangkal akal
Lambang rasa dihubungkan dengan suasana hati, suasana hati ringan,
riang, dilukiskan dengan bunyi vokal e dan i yang terasa ringan, tinggi, kecil.
Bila pemakaian bunyi tidak disesuaikan atau dihubungkan dengan peniru bunyi,
kiasan bunyi, dan lambing rasa, hanya sebagai hiasan dan permainan bunyi saja,
tidak untuk mengintensifkan makna, maka tidak mempunyai atau kurang mempunyai
daya ekspresi. Bahkan yang seperti itu akan mengurangi atau menghilangkan
kepuitisannya
Selain itu, perlu juga dibicarakan peniruan bunyi (Onomatopei).
Onomatopei dibahagi menjadi tiga macam iaitu:
1.
Peniruan suara
sebulatnya, misalnya bunyi ayam berkokok.
2.
Penggambaran bunyi
bahasa dalam kalimat yang berupa kata-kata yang bersifat
anomatopoi.
3.
Perlambangan bunyi
dalam metafora.
Dalam karya sastera aspek irama (ukuran waktu atau tempoh) juga
penting dalam persoalan yang lebih penting adalah menerangkan sifat-sifat irama
baik dalam puisi atau prosa. Dalam puisi irama merupakan factor penting.
Sedangkan dalam prosa, irama difahami seperti irama dalam percakapan
sehari-hari.
C. Intonasi
Intonasi atau lagu kalimat berkaitan dengan ketepatan dalam
menentukan keras-lemahnya pengucapan suatu kata. Intonasi dan artikulasi sangat
berkaitan dengan irama. Irama merupakan unsur sangat penting dan jiwa dari sebuah
puisi. Irama adalah totaliti dari tinggi rendah, keras lembut, dan panjang
pendek suara. Irama puisi tercipta dengan melakukan intonasi. Ada 3 jenis
intonasi dalam pembacaan puisi, iaitu:
1.
Intonasi dinamik, iaitu
tekanan pada kata-kata yang dianggap penting.
2.
Intonasi nada, iaitu
tekanan tinggi rendahnya suara. Suara tinggi menggambarkan keriangan, marah,
takjub, dan lain sebagainya. Sementara, suara rendah mengungkapkan kesedihan,
pasrah, ragu, putus asa, dan lain sebagainya.
3.
Intonasi tempoh, iaitu
cepat lambat pengucapan suku kata atau kata.
Kesimpulan
Berdasarkan materi yang sudah dihuraikan di atas dapatlah penulis
simpulkan bahawa: Bunyi dalam puisi bersifat estetik, merupakan unsur puisi
untuk mendapatkan keindahan dan tenaga ekspresif. Selain itu bunyi dalam puisi
mempunyai tugas yang lebih penting lagi, iaitu untuk memperdalam ucapan,
menimbulkan rasa, dan menimbulkan bayangan angan yang jelas; menimbulkan
suasana yang khusus dan sebagainya.
Dan Rima (persajakan) adalah bunyi-bunyi yang ditimbulkan oleh
huruf atau kata-kata dalam lirik dan bait atau persamaam bunyi dalam puisi.
Sedangkan irama (ritme) adalah pergantian tinggi rendah, panjang pendek, dan
keras lembut ucapan bunyi. Serta Intonasi atau lagu kalimat berkaitan dengan
ketepatan dalam menentukan keras-lemahnya pengucapan suatu kata.
Saranan
Penulis menyedari bahawa tulisan ini masih banyak kekurangan. Oleh
kerana itu, penulis mengharap saranan dan kritikan pembaca yang bersifat membina
agar tulisan berikutnya akan menjadi lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan