SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM
SESEORANG pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh kerana itu guru perlu membimbing pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi. Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti berikut:
- untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan sesuatu tajuk
- untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk
- untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang
sesuatu konsep
- untuk mengumpul pelbagai teknik membaca iaitu membaca pantas membaca kritis. Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.
Teknik Membaca KWLH
- K (know) Apa yang telah
diketahui (sebelum membaca)
- W (want) Apa yang hendak
diketahui (sebelum membaca)
- L (learned) Apa yang telah
diketahui (selepas membaca)
- H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)
Dari penerangan di atas, diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin
diketahui melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang
telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang
perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).
Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan.
Teknik Membaca SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan suatu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi;
- S
(Survey) tinjau
- Q
(Question) soal/tanya
- R
(Read) baca
- R
(Recite) imbas kembali nyatakan secara
lisan
- R (Review) baca semula
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan
dengan meneliti tajuk besar, tajuk kecil, gambar atau ilustrasi, lakaran
grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di
bahagian-bahagian buku atau teks. Di
sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming
dan scanning.
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu
ciri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan
dengan keperluan tugasnya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca
tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi
garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawaban kepada
soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau
teks tersebut secara aktif serta cuba mendapat segala jawaban kepada
soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar
mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan
perkembangan kefahaman dan keinginan sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar
mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat ketiga, setelah selesai membaca pelajar
cuba ingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah
diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasnya.
Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya
tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca
bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan
jawaban-jawaban kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga
memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.
Skimming dan Scanning
Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahupun bacaan lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perenggan untuk mendapat gambaran umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sebuah buku pula, fokus diberikan kepada bahagian tertentu dalam buku seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.
Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat khusus dan
bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara
ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikir kurang penting.
Ketika membaca, kita akan menggerakkan mata dari atas ke bawah dengan pantas
mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada maklumat
yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adalah lebih cepat daripada
pembacaan cara skimming.
Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan. Jika bahan berkenan didapati sesuai maka boleh menggunakan scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.
Membaca Cepat dan Efektif
Membaca
cepat dan efektif bukan bererti asal membaca cepat saja, sehingga setelah
selesai membaca tak ada yang diingat dan difahami. Dua hal pokok yang harus dicamkan
dalam membaca cepat adalah tingkat kecepatan dan peratus
pemahaman bacaan yang tinggi.
Dikatakan sebagai pembaca cepat yang baik bila mampu mengatur irama
kecepatan membaca sesuai dengan tujuan, keperluan, dan keadaan bahan yang
dibaca, serta dapat menjawab sekurang-kurangnya 60% dari bahan yang dibaca.
Untuk tingkat pemula, kecepatan membaca diharapkan dapat mencapai 120-150 kpm
(kata per minit). Kecepatan tersebut diupayakan terus meningkat seiring latihan
membaca cepat yang dilakukan. Kecepatan membaca yang dilakukan pasti tidak
monoton atau konstan. Ertinya, sewaktu membaca bahagian yang tidak diperlukan
kecepatan harus terus laju, tetapi pada bahagian yang diperlukan kecepatan
membaca dikurangi.
Kecepatan membaca harus diimbangi dengan pemahaman terhadap bacaan
tersebut. Sebagai pembaca yang efektif dan kritis harus mampu mencari bahagian penting
dari bahan bacaan tersebut secara cepat. Dan sebaliknya, harus membiarkan,
bahkan melewati bahagian yang kurang penting bila tidak diperlukan.
Pada umumnya, setiap baris dalam bacaan terdiri dari 8-12 kata yang terdiri
atas satuan frasa dan klausa. Bila membaca harus memahami kata demi kata pada
setiap baris. Maka diperlukan waktu baca yang lama. Selain itu, pemahaman
terhadap bacaan akan terganggu kerana tidak memperhatikan makna kata dalam
konteks kalimat.
Bila demikian, maka anda termasuk pembaca yang buruk. Bila pembaca yang
efektif maka hanya akan melihat satuan-satuan fikiran pada setiap baris dalam
bacaan, iaitu yang berupa frasa, klausa, atau kata-kata kunci. Kerana bahagian
yang dilihat dari setiap baris bacaan hanya sedikit maka perpindahan gerak mata
akan cepat, dan akhirnya anda dapat membaca lebih cepat.
Sebelum sampai pada latihan membaca cepat, hal utama yang perlu diingat adalah teknik membaca cepat yang benar. Berkaitan membaca cepat, ada beberapa tujuan dan manfaat yang anda peroleh:
1. Mengenali topik bacaan. Jika anda pergi ke kedai buku
atau perpustakaan, anda ingin mengetahui apa yang dibahas dalam buku yang anda
pilih. Untuk keperluan tersebut, anda melakukan membaca cepat beberapa minit (browsing)
untuk melihat bahan yang dibaca. Sekadar untuk mengetahui isi bacaan. Hal ini
juga dapat dilakukan ketika akan memilih artikel di majalah dan surat khabar (kliping).
2. Mengetahui pendapat orang. Di sini anda sudah mengetahui
topik yang dibahas, selanjutnya anda ingin mengetahui pendapat penulis itu
terhadap masalah yang dibahas. Untuk itu, anda membaca tulisan yang ada di
tajuk surat khabar tersebut. Anda hanya membaca
paragraf pertama atau akhir yang biasanya memuatkan kesimpulan yang dibuat oleh
penulisnya (redaksi).
3. Mendapatkan bahagian penting yang diperlukan. Anda perlu
melihat semua bahan bacaan itu untuk melihat idea yang bagus, tetapi tidak
perlu membaca setiap kata, kalimat, bahkan alinea
secara lengkap.
4. Mengetahui organisasi penulisan. Dengan teknik membaca cepat
maka dapat segera mengetahui urutan idea pokok dan cara semua bahan disusun
dalam kesatuan fikiran, serta mencari hubungan antara bahagian dalam bacaan
itu.
5. Melakukan penyegaran atas apa yang pernah dibaca. Misalnya dalam mempersiapkan ujian atau sebelum menyampaikan ceramah.
Albert dalam Harras (1997) mengemukakan tujuan utama membaca cepat iaitu:
- Memperoleh kesan umum dari
sesebuah buku, artikel, atau tulisan.
- Mencari hal tertentu dari sesuatu
bahan bacaan.
- Mencari atau menempatkan bahan yang diperlukan dalam perpustakaan.
Manfaat membaca cepat seperti berikut:
- Untuk mencari maklumat yang diperlukan
dari sebuah bacaan secara cepat dan efektif.
- Dalam waktu singkat dapat
menelusuri bahan bacaan.
- Tidak banyak waktu terbuang kerana tidak perlu memperhatikan atau membaca bahagian yang tidak diperlukan.
Menguji Kemampuan Membaca Cepat
Apakah anda termasuk
kategori orang yang memiliki kemampuan membaca secara efisien? Atau berapa efektifkah
anda membaca? Juga berapa banyak waktu yang anda perlukan untuk membaca?
Untuk
mengetahui berapa cepat, efektif dan efisien cara membaca, anda boleh melakukan
pengujian terhadap kemampuan tersebut. Caranya sangat sederhana, minta bantuan
seorang rakan untuk menjadi pengawas uji kemampuan anda membaca, meskipun ujian
ini boleh anda lakukan sendiri.
Menguji
kemampuan membaca ini, biasanya untuk yang akan melakukan atau mempelajari
teknik membaca cepat (speed reading). Ini dilakukan sebagai titik awal
untuk melihat tingkat kemajuan yang diperoleh setelah melakukan teknik membaca
cepat. Dan pola yang sama, juga boleh dilakukan untuk melihat berapa efektif
anda membaca. Ujian ini menitikberatkan pada pengukuran kecepatan membaca kata
dalam setiap minit dan kemampuan memahami maknanya sekali gus.
Teknik
ujian ini, anda hanya perlu menyediakan pengukur waktu (stopwatch, jam
tangan atau jam meja), buku yang belum pernah anda baca sebelumnya sebagai bahan
yang akan digunkan untuk mengukur kemampuan anda membaca dan menyerap maklumat
yang anda baca dalam jangka waktu tertentu.
Umumnya
setiap halaman buku yang berukuran setengah kuarto (105 x 148.5 mm) berisi sekitar
297 kata (setiap baris berisi sekitar 8-9 kata dan setiap halaman berisi
sekitar 33 baris). Sementara jangka waktu membaca yang diberikan untuk setiap ujian,
paling lama hanya 60 saat. Pada tahap ujian berikutnya, jangka waktu ini harus
makin dikurangi.
Sebelum
memulai ujian, buatlah lebih dulu table
terdiri dari empat kolum (waktu, jumlah kata, peratus pemahaman isi, keterangan
yang menjelaskan kualiti membaca) untuk ruang mencatat rekod anda membaca seperti
berikut:
Ujian 1
Tetapkan satu halaman buku
yang akan digunakan untuk menguji kecepatan anda membaca. Tekan tombol pengukur
waktu, mulailah membaca dengan cara sebagaimana anda biasa melakukannya. Lalu
hentikan membaca bersamaan dengan habisnya waktu (60 saat). Tandai kata di mana
anda selesai membaca pada waktu habis.
Minta
rakan yang mengawasi ujian untuk menghitung jumlah kata yang telah dibaca dalam
waktu 60 saat. Lalu minta dia uji kemampuan anda menangkap isi tulisan yang dibaca
dengan cara membandingkan cerita anda dan menyesuaikan dengan isi tulisan, berapa
peratuskah anda mampu menyerap makna atau pesan yang disampaikan dalam tulisan
yang dibaca. Catat semua hasil itu pada table.
Ujian 2
Buka halaman lain dan
ulangi proses ujian pertama dengan cara membaca secepat mungkin yang boleh
lakukan dalam waktu 60 saat. Jika waktu habis, tandai di mana anda berhenti
membaca dan hitung kembali jumlah kata yang dapat dibaca dengan kecepatan
maksimum.
Seperti
pada proses ujian pertama, anda harus menceritakan kembali isi tulisan yang dibaca
dan minta rakan anda menyesuaikannya dengan isi tulisan. Lihat dan bandingkan,
adakah perbezaan signifikan antara kecepatan membaca dengan kemampuan menangkap
isi tulisan antara ujian pertama dengan ujian kedua.
Pada
ujian pertama, mungkin nilai pemahaman anda terhadap isi tulisan yang dibaca
jauh lebih baik ketimbang pada ujian kedua. Tapi jumlah kata yang boleh anda
baca di ujian kedua, tentu akan lebih banyak ketimbang di ujian pertama.
Sebagai
pembanding, anda boleh lihat table di
bawah ini yang menjelaskan perbandingan antara kecepatan membaca dan kemampuan
menyerap isi bacaan berikut penilaian kemampuan membaca.
Jumlah kata /minit |
Pemahaman isi |
Profil Pembaca |
110 kata/minit |
50 peratus |
Kemampuan kurang |
240 kata/minit |
60 peratus |
Kemampuan sederhana |
400 kata/minit |
80 peratus |
Kemampuan baik |
1000 kata/minit |
85 peratus |
Sempurna |
Untuk meningkatkan kemampuan membaca secara cepat dan efektif, seperti yang
dikategorikan dalam table, boleh
dilakukan bila anda cuba mempraktikkan teknik membaca cepat. Pilih salah satu,
atau jika anda mahu, boleh anda cuba mempraktikkan semua teknik membaca cepat
yang ditawarkan. Kemudian cubalah uji hasil kecepatan membaca anda (seperti prosedur
ujian di atas) setiap kali anda selesai cuba mempraktikkan teknik membaca cepat
yang anda pilih. Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan