Rabu, 3 Januari 2024

DADAH DAN NUTRITION

SYED MAHADZIR BIN SYED IBRAHIM

APABILA disebut perkataan dadah, akan terbayang di fikiran kita satu golongan yang hidup segan mati tak mahu. Hidup merempat di tepi-tepi jalan meminta-minta atau memeras ugut, bagi mendapatkan sedikit wang untuk membeli dadah yang mampu menampung keperluan harian mereka. Mereka ini adalah golongan pelanggan tetap kepada dadah dan dikategorikan sebagai manusia yang telah menyalahgunakan dadah.

Bagi mengelakkan lebih ramai golongan masyarakat terutama golongan muda terjebak mengamalkan tabiat tersebut, maka dadah digelar sebagai najis. Pada hal, maksud sebenar dadah bukanlah sesuatu yang najis, malah merupakan bahan-bahan yang banyak kegunaannya dalam teknologi perubatan. Jadi, apa sebenarnya dadah? 

Dalam istilah atau maksud yang mudah, dadah adalah sebarang bahan kimia yang mempengaruhi tubuh dan proses yang berlaku di dalamnya. Mengikut penafsiran yang dirujuk kepada undang-undang Amerika Syarikat, dadah adalah sebarang bahan (selain dari makanan atau peralatan) yang digunakan bertujuan untuk mencari punca, melegakan, mengurangkan, mengubati, atau mencegah penyakit, atau bermaksud untuk mengubah bentuk tubuh (seperti pil perancang). Mudahnya, paracetamol yang amat berguna untuk melegakan sakit kepala adalah salah satu dari jenis dadah. 

Pada umumnya terdapat tiga nama untuk sesuatu jenis dadah, iaitu nama kimia, nama umum, dan nama perdagangan (diberikan oleh pengeluar). Sebagai contoh, Tylenol adalah nama perdagangan bagi acetaminophen, sementara nama kimianya adalah N-(4-hydroxyphenol) acetanide. Terdapat dua kategori dadah yang ada di pasaran, iaitu yang memerlukan preskripsi dan tidak memerlukan preskripsi. Yang memerlukan preskripsi tidak dijual secara terbuka, kecuali dengan aturan dan nasihat dari pihak yang berkenaan. 

Setelah diketahui bahawa sesuatu dadah itu benar-benar selamat dari segi ketagihan atau tindakan ke atas tubuh, maka akan dijual secara terbuka. Ini tidak memerlukan sebarang preskripsi. 

Dadah yang telah diluluskan akan ditarik balik dari pasaran sekiranya mengancam kesihatan pesakit yang menggunakannya, seperti kematian atau mengakibatkan kecacatan pada bayi. Sementara mengubah bentuk aturan kita sebagai penggunaan bagi dadah yang tertentu dilakukan jika perlu bagi mendapatkan kesan yang baik, atau mengurangkan kesan yang buruk. 

Tindakan Dadah Atas Sistem Tubuh

Dadah bertindak untuk mengubah kadar dan fungsi biologi pada sistem tubuh seseorang, dan tidak mengubah proses asas atau membentuk fungsi yang baru. Misalnya, dadah merendah dan mempercepatkan kadar tindak balas biologi, peregangan otot, kelenjar bagi merembeskan hormon tertentu, atau sistem saraf untuk proses pemindahan maklumat. Keberkesanan sesuatu jenis dadah bergantung kepada tindak balas oleh tempat atau lokasi tindak balas yang berkenaan. 

Saiz tubuh, umur, keadaan buah pinggang seseorang akan mempengaruhi tindak balas tubuh terhadap dadah yang tertentu. Selain itu, dadah dari jenis yang berlainan jika diambil pada masa yang sama mungkin medatangkan kebaikan bagi menangani sesuatu penyakit atau sebaliknya. 

Kesan Dadah Atas Nutrient Badan

Jelasnya, nutrition bukanlah termasuk dalam kelompok dadah. Tetapi, pengambilan dadah mempunyai kesan terhadap kandungan nutrient badan, sebagaimana ketagihan dadah mampu diatasi dengan meningkatkan beberapa jenis nutrient tertentu. Dalam konteks perbincangan ini kesan dadah ke atas nutrient badan diperbincangkan dalam skop yang lebih luas, di mana tidak hanya tertumpu kepada dadah yang boleh menyebabkan ketagihan sahaja. Malah melibatkan yang digunakan sebagai ubat-ubatan. 

Aspirin, yang umumnya digunakan sebagai penahan sakit, sinus, mampu meningkatkan kehilangan vitamin C dari tubuh. Selain itu, ia juga akan menyebabkan kekurangan asid folik, vitamin B, yang akan mendorong kepada anemia serta masalah penghazaman. Corticosteroids, yang digunakan sebagai penahan sakit bagi arthritis (radang sendi) pula dikatakan membawa masalah kepada kulit, darah, mata, pesakit asthma, dan juga mempunyai kaitan dengan masalah pengurangan zink di dalam badan. 

Setiap jenis dadah yang diambil mempunyai kesannya yang tersendiri ke atas nutrient badan. Demikian juga alkohol yang akan menjejaskan kendungan vitamin A, vitamin B serta magnesium badan. Vitamin B1 pula misalnya, akan berinteraksi dengan dadah yang digunakan untuk merehatkan otot semasa pembedahan dengan menyebabkan kerehatan berlebihan. Jadi, perhatian perlu diambil sekiranya pengambilan ubat berasaskan dadah dilakukan.

Ini kerana pengambilan pil perancang dalam jangka waktu yang lama dikatakan mempunyai kaitan dengan berlakunya kanser payudara pada wanita. Apabila dibuat kajian yang selanjutnya, didapati para pesakit kanser ini mengalami kekurangan zink di dalam darah, yang mana zink adalah salah satu elemen penting bagi pembentukan DNA. 

Penyalahgunaan Dadah

Sejak sedemikian lama dadah telah digunakan untuk tujuan melegakan kesakitan, pencegahan dan pengubatan penyakit. Sebaliknya pada sesetengah golongan lain pula, dadah digunakan bagi mengubah fungsi otak untuk mendapatkan keseronokan berlebihan, adalah merupakan salah satu masalah besar kepada penemuan dadah.

Dari segi sejarah, kita sebagai penggunaan secara berlebihan dan berterusan bagi tujuan pengubahsuaian bahan minda tanpa keperluan perubatan adalah sama hebat kita sebagai penggunaannya untuk tujuan perubatan. Di sinilah wujudnya apa yang dinamakan penyalahgunaan dadah. 

Di antara dadah yang sering disalahgunakan termasuklah alkohol, marijuana, kokain, barbiturat, benzodiazpines, heroin, narkotik, amphetamines, LSD dan PCP. Sama ada untuk perubatan atau ketagihan, dadah masukkan ke dalam sistem badan melalui beberapa kaedah. Ini tersebut termasuk mulut, suntikan, diletakkan di bawah lidah, melalui dubur, dilekatkan pada mata, disembur ke dalam rongga hidung atau mulut serta di sapu pada kulit mengikut kaedah dan tujuan tertentu. 

Nutrition

‘Aduh, pening kepala saya memikirkan masalah anak lelaki saya itu!’ kata Encik Jusoh kepada sahabatnya Encik Yahya suatu hari. ‘Macam mana saya nak tenangkan fikiran yang berserabut ni?’ Beberapa hari kemudian, Encik Yahya telah membelikan sebotol vitamin B kompleks dan diserahkan kepada Encik Jusoh. Beberapa bulan kemudian Encik Yahya memberitahu Encik Jusoh bahawa kepalanya tidak pening lagi malah hidupnya juga sudah menjadi tenang. Barangkali mujarab juga vitamin B kompleks yang telah dimakannya itu. 

Hakikatnya, dalam sehari-hari makanan yang diambil, jarang sekali kita bertanyakan kandungan nutrientnya. Bahkan, nutrition menjadi sesuatu yang agak asing di dalam kehidupan seharian kita. Bagaimanapun, kenapa maklumat yang tidak pernah dikesan oleh mata apabila melihat, dan dirasa oleh lidah apabila mengunyah diperkenalkan oleh orang barat? Kenapa pula mereka mampu mengesan setiap jenis nutrient yang menjadi makanan kita seharian. Mereka mengkaji begitu mendalam, hanya tentang makanan. Unitnya sehingga ke miligram, mikrogram, terlalu kecil. Bagaimana mereka mengukurnya? 

Sedangkan kita, penimbang yang bertaraf kilogram masih berlaku penipuan. Kenapa demikian? Pada hal mereka telah melepasi awan biru, angkasa lepas, hutan belantara, satelit dan sebagainya. Apa ada pada makanan? Ada kemungkinan kita berada dalam keadaan yang agak kurang sensitif, atau mungkin makanan yang kita ambil hari demi hari tidak banyak berbeza.

Demikian juga kita tidak banyak dapat memerhatikan apakah kesan makanan terhadap sesuatu masyarakat, seperti orang Barat mengkaji perkara yang mengurangkan masalah kanser dihinggapi oleh masyarakat Afrika adalah kerana makanan kaum tersebut yang dikatakan banyak mengandungi fiber. 

Kita banyak mengharapkan sesuatu perkara boleh dihilangkan secara luar biasa. Kalau boleh satu jenis ubat boleh mengubati semua jenis penyakit. Sementara kajian yang begitu mendalam tentang sesuatu perkara amat membosankan. Ia juga mengambil masa yang lama. Kita tidak perlukan ini semua. Jadi bila melibatkan sesuatu perkara yang memerlukan pemikiran yang mendalam, kita terpaksa menjadi pengikut yang tidak menyedari apa yang berlaku. 

Mungkin kita tidak sedar, ketika kita masuk ke sebuah bengkel kereta untuk memperbaiki kereta kita yang rosak, muzik dipasang dengan begitu kuat. Kita tidak pernah menyoal kenapa, sebaliknya hanya merungut tentang bunyi bising yang mengganggu ketenteraman.

Kepada pekerja mekanik pula, muzik sebenarnya untuk membuatkan mereka lebih memberi penumpuan terhadap kerjanya. Itu perkara kecil, sekarang kita perhatikan bagaimana jutawan barat berbanding dengan kebanyakan jutawan di sekeliling kita khususnya. Kita tentu dapat perhatikan, tteapi tak pernah fikir yang Mc Donald menguasai dunia dengan burger

Sebaliknya, kita seorang individu ingin membuka pelbagai jenis perniagaan. Kenapa tidak boleh memberi penumpuan ke dalam satu bidang sahaja? Sikap seseorang banyak bergantung kepada pemikiran atau apa yang ada pada fikiran, dalam erti kata lain otak.

Jadi apakah maklumat yang berlegar di dalam otak boleh dimodifikasikan untuk menjadikannya lebih bermakna? Dengan merujuk kepada kes yang berlaku kepada Encik Yahya dan Encik Jusoh tadi, sudah tentu nutrient yang seimbang antaranya mampu membetulkan maklumat yang terdapat pada otak manusia. 

Konsep Asas Nutrition

Mengikut definisi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) pada tahun 1964, ada lima konsep asas tentang nutrition. Lima konsep itu ialah:

1.          Nutrition adalah makanan seharian kita dan bagaimana badan menggunakannya. 

2.          Kita makan untuk hidup, membesar, menjaga kesihatan, serta tenaga untuk bekerja. 

3.          Makanan terdiri dari pelbagai nutrient berbeza yang berguna untuk pembesaran dan kesihatan. 

4.          Semua jenis nutrient yang diperlukan badan terdapat pada makanan. 

5.          Kepelbagaian jenis makanan akan membantu untuk keseimbangan nutrien. 

Tidak ada satu jenis makanan tertentu yang mempunyai cukup kandungan nutrientnya untuk dimakan. Setiap nutrient mempunyai fungsi yang tertentu di dalam badan. Kebanyakan nutrien berfungsi dengan baik di dalam badan apabila bergabung dengan nutrien-nutrien yang lain. Semua manusia memerlukan semua jenis nutrien yang sama sepanjang hayatnya cuma berbeza sukatan dari nutrien ke nutrien yang lain mengikut tahap umur. 

Keperluannya bergantung kepada umur, jantina, saiz badan, aktiviti dan keadaan kesihatannya Sukatan yang dicadangkan adalah oleh mereka yang pakar di dalam bidang tersebut. Kaedah pengendalian bahan makanan akan mempengaruhi kandungan nutrientnya, keselamatan, sifat serta rasa. Ini termasuklah setiap perkara yang berlaku ke atas makanan tadi semasa penanaman, proses, simpan dan penyediaan sebagai hidangan.

Nutrient dan Fungsinya

Terdapat tiga kategori utama yang memberikan keseimbangan nutrient di dalam badan. Kumpulan-kumpulan utama terlibat penghasilan tenaga, koenzim seperti vitamin dan mineral. Selain dari itu, air juga memainkan peranan pernting di dalam mengawal keseimbangan badan serta penyediaan sekitaran bahan kimia untuk bertindak balas. 

Sumber tenaga yang utama terdiri dari protein, lemak dan karbohidrat. Kumpulan makanan yang diperlukan di dalam kuantiti yang banyak bagi penghasilan tenaga untuk keperluan harian. Kandungan tenaga pada lemak adalah yang tertinggi, iaitu dua kali ganda yang terdapat pada protein atau karbohidrat. Diperolehi dari sumber haiwan atau tumbuhan. Kebanyakan dari sumber haiwan adalah dari jenis yang tepu, manakala sebahagian yang terdapat pada tumbuhan adalah yang tidak tepu. Lemak yang tidak tepu dan baik untuk kesihatan bagi mengurangkan penyakit jantung, dan boleh bertindak sebagai menguatkan sistem pertahanan badan datangnya dari ikan. 

Protein merupakan sumber tenaga yang diperlukan ketika sumber seperti karbohidrat berkurangan. Penjanaan protein menjadi tenaga akan mengakibatkan perencatan sel-sel badan. Biasanya ditingkatkan Kita sebagai penggunaannya oleh pesakit diabetes yang tidak boleh bergantung kepada sumber glukos. Protein selain dari membentuk tenaga, juga penting untuk pembinaan sel-sel baru, pembentukan hormon serta enzim. Karbohidrat adalah sumber tenaga yang baik dan utama. Diperolehi kebanyakannya dari bijirin. 

Kumpulan kedua yang diperlukan oleh badan adalah bahan organik yang dikenali sebagai vitamin. Hanya diperlukan pada jumlah yang amat kecil. Sebahagian yang sedikit sahaja seperti vitamin D boleh dihasilkan oleh badan. Kekurangannya membawa kepada bahaya mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti scurvi, pellegra dan sebagainya.

Oleh itu sumber dari makanan amat diperlukan. Pengambilan yang berlebihan juga kadang-kala mengancam kesihatan. Ia diperlukan sebagai koenzim untuk tindakbalas kimia di dalam badan, membantu dalam penghasilan tenaga, serta sebahagian yang lain seperti vitamin E dan C perlu bagi sistem pertahanan badan. 

Terdapat dua kumpulan utama iaitu larut lemak yang terdiri dari A, D, E, dan K, dan larut air yang terdiri dari B-kompleks, dan C. Vitamin sensitif dan mudah dirosakkan semasa pemprosesan, penyimpanan dan penyediaan makanan. 

Kumpulan yang ketiga penting adalah bahan kimia tak organan yang dikenali sebagai mineral. Berfungsi sebagai koenzim, pembentukan struktur badan, dan dalam pembentukan sel darah merah. Badan tidak boleh menghasilkannya, jadi perlu di ambil dari makanan. Dibuang melalui peluh, urin dan sebahagian yang tak terserap oleh najis.

Dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu makronutrient, yang diperlukan pada jumlah yang agak banyak seperti kalsium, fosforus, magnesium. Mikronutrient yang hanya diperlukan dalam jumlah yang amat kecil seperti zat besi, zink, kuprum, dan selenium, tetapi peranannya tidak boleh diremehkan. 

Jangan pula kita lupa! Air merupakan bahan yang amat penting bagi kehidupan yang peranannya sebagai medan untuk tindakbalas kimia dan kestabilan suhu badan. Kandungan nutrien yang diambil berbeza mengikut taraf hidup sesebuah negara. Bagi negara-negara yang terletak di kawasan tropika pengambilan kalori pada kadar 1600 Cal sehari manakala negara-negara maju sehingga 3500 Cal sehari.

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA