Isnin, 16 Ogos 2010

Syurga Dan Amarah

SMAHADZIR

‘BARANGSIAPA tidak marah, maka ia lemah dari melatih diri. Yang baik adalah, mereka yang marah namun boleh menahan dirinya.’ (Imam al-Ghazali, dari kitab Ihya’ Ulumuddin)

‘Anjing kurap! Kau ingat aku ini apa? Hah?’

Kalimat-kalimat kotor dan celaan sering kita dengar di sekeliling lingkungan kita. Entah kerana spontan atau kerana sudah kebiasaan. Tidak cukup sampai di situ, kadangkala, semburan kalimat-kalimat tidak wajar diiringi dengan tindakan lain sebagai ekpresi amarah.

‘Sial kau! Lihat saja nanti, kau akan terima habuannya!’ ujarnya dengan wajah yang menyinga sembari membanting pintu bilik tersebut.

Contoh di atas adalah ekpresi dari rasa amarah seseorang. Amarah adalah sikap semula jadi yang dimiliki manusia. Ekpresi amarah, bentuknya boleh bermacam-macam. Mulai yang ringan hingga yang berat.

Amarah sering terjadi pada tingkatan-tingkatan tertentu. Umumnya, sebagai ekspresi kekecewaan, kebencian atau bentuk dari sikap kaum yang kuat kepada kaum yang lemah. Misalnya; pihak atasan pada orang bawahan. Tua pada yang muda, suami pada isterinya, kakak terhadap adiknya, begitulah seterusnya. Pada tahap-tahap seperti itu, ekpresi amarah relatif lebih cepat terjadi.

Meskipun salah, amarah sering juga dianggap sebagai bentuk dari sikap menjaga wibawa, kedudukan atau harga diri. Sebenarnya, ketiga-tiga itu adalah sama-sama dari bentuk kesombongan yang hinggap pada diri seseorang. ‘Maaf, jika aku mengalah, itu membuktikan aku lemah. Aku harus melawannya,’ begitu kalimat yang sering meluncur pada hati orang-orang yang diliputi perasaan bongkak. Yang lebih parah, ketika menganggap amarah sebagai bentuk keberanian.

Sering kita lihat di sekeliling kita, bagaimana ketika dua orang yang sedang bertengkar justeru semakin ganas dan semakin tidak terkawal tatkala sebahagian orang justeru sedang menengah ataupun cuba meleraikan.

‘Jangan pegang aku, lepaskan saja aku. Biar aku ajar dia cukup-cukup!’ begitu ucapnya ketika sedang dilerai. Di hadapan ramai orang, dia seolah-olah ingin menunjukkan ‘kekuatannya’ pada pihak lawan. Intinya, antara bongkak, sombong dan amarah, bezanya ibarat sehelai rambut.

Lantaran itu, Islam lebih memuliakan orang-orang yang boleh mengendalikan diri dari rasa amarah di dadanya. Bahkan bagi yang mampu mengendalikan rasa amarah, Allah s.w.t sendiri yang langsung menjanjikan kemuliaan padanya.

Rasulullah s.a.w bersabda, yang berbunyi: ‘Man kaffa ghadhabahu kaffa Ilaahu’anhu adzaabahu wa mani’ tadza ilaa rabbihii qabil allahu wa man hazana lisaanuhu satral lahu’auratahu.’ (Barangsiapa mampu mencegah kemarahannya, maka dicegah oleh Allah s.w.t daripadanya akan azab-Nya. Dan barangsiapa yang meminta uzur kepada Tuhannya, maka Allah s.w.t menerima uzurnya. Dan barangsiapa menjaga lidahnya (menahannya), nescaya Allah s.w.t akan menutup auratnya)

Ibnu Umar berkata, ‘Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud: ‘Sesungguhnya neraka jahanam itu mempunyai satu pintu, yang tidak dapat dimasukinya, selain orang yang sembuh kemarahannya dengan perbuatan maksiat kepada Allah s.w.t.’ (hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dari Ibnu Abbas)

Selain itu, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, yang bermaksud: ‘Barangsiapa mampu menahan kemarahannya dan dia sanggup melaksanakannya, maka dia dipanggil oleh Allah s.w.t di hadapan manusia ramai dan dia disuruh memilih, di antara bidadari yang dia kehendaki.’ (hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dari Mu’adz bin Anas)

Begitu pentingnya amalan menahan amarah, sehinggakan Allah s.w.t tidak segan-segan memberi ganjaran luar biasa baginya. Menurut Rasulullah s.a.w, ‘Laa tahdzab wa lakal jannah.’ (Janganlah marah bagimu syurga - hadis riwayat Bukhari)

Mulai hari anda membaca artikel ini, adalah saat yang tepat bagi kita untuk melatih dan mengendalikan diri dari kebiasaan marah. Dan akan lebih baik lagi jika latihan ini tetap dilanjutkan pada hari-hari berikutnya. Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA