SMAHADZIR
RAMAI yang mengatakan bahawa masa remaja adalah masa yang paling indah kerana pada masa remaja banyak perubahan yang kita alami, mulai dari perubahan fzikal sehinggalah perubahan psikologi. Dan ini dipengaruhi oleh berbagai faktor, termasuk masyarakat. Segala macam aspek hubungan sosial dengan kawan, orang tua, ataupun guru boleh disebut dengan aspek psikososial.
Masa remaja yang kita alami ini merupakan suatu penggal dalam rentang kehidupan manusia, mahu atau tidak mahu pasti kita akan mengalaminya. Pada masa ini, berlangsung proses-proses perubahan secara biologi juga perubahan psikologi yang dipengaruhi oleh berbagai faktor, termasuk oleh masyarakat, teman sebaya, dan juga media massa. Kita yang berada pada masa remaja ini juga belajar meninggalkan sesuatu yang bersifat keanak-anakan dan pada waktu yang bersamaan kita mempelajari perubahan pola perilaku dan sikap baru orang dewasa.
Selain itu, kita yang remaja ini juga dihadapkan pada tuntutan yang kadang-kadang bertentangan, baik dari orang tua, guru, teman sebaya, mahupun masyarakat di sekitar. Kita boleh saja menjadi bingung kerana masing-masing memberikan tuntutan yang berbeza-beza bergantung pada nilai, norma, atau standard yang digunakan.
Intinya aspek psikososial boleh didefinisikan sebagai aspek yang ada hubungannya dengan kejiwaan kita dan sosial. Kejiwaan tentu saja berasal dari dalam diri kita, sedangkan aspek sosial berasal dari luar (luaran). Kedua-dua aspek ini sangat berpengaruh kala masa pertumbuhan kita.
Kadang-kadang yang lebih berpengaruh justeru bukan aspek kejiwaan, melainkan aspek luaran. Misalnya, media massa membina imej remaja perempuan yang baik adalah yang berkulit putih, bertubuh langsing, dan berpayudara besar. Demi mengejar body image seperti itu, ramai yang termakan dan berusaha menjadi imej seperti yang dikatakan di media massa.
Sudah sampai ketikanya perubahan diri terjadi bukan dari luar, melainkan dari dalam diri kita sendiri kerana seharusnya aspek psikososial berlangsung secara seimbang. Pengaruh dari luar harusnya mampu mengubah kita menjadi manusia yang lebih baik. Dengan kondisi ini, diharapkan interaksi aspek psikologi dan sosial boleh menjadi positif, yang pada akhirnya dapat berdampak positif pada pembentukan identiti diri kita.
Dari Lensa Ego dan Kaca Cermin
9 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan