Khamis, 5 Mei 2011

Pengalaman Di Hong Kong

Saya pernah berkesempatan melawat Hong Kong suatu ketika dulu. Menginap di Hotel Century, Steward Road bertaraf lima bintang di Kowloon, berkesempatan merayau seluruh wilayah Hong Kong sehingga ke pantai utara untuk merasai kehidupan orang Cina di metropolitan ini. Setelah berpisah di bawah pengaruh dan kuasa Inggeris itu pada 1 Julai 1997, Hong Kong kini berada dalam kekuasaan Beijing yang ditadbir di bawah prinsip ‘satu negara, dua sistem’. Istimewanya sistem ala British masih diamalkan di wilayah ini. Sekolah-sekolahnya banyak mengamalkan sistem Inggeris tersebut. Kanak-kanak perempuan sekolah masih lagi memakai pinafore paras betis, sama macam murid-murid sekolah di negara kita pakai dulu dan sekarang, yang kini bercampur dengan baju kurung.


Tsim Sha Tsui Ferry Pier

Menjelang musim sejuk, semua orang memakai pakaian ala-Barat yang stylish. Sekolah-sekolah mubaligh Kristian banyak di sini yang mengamalkan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris dan Cina. Malah bahasa Inggeris dan Cina sama banyak digunakan. Perdagangannya amat bebas, tanpa ikatan pengaruh komunis. Malah di Tanah Besar China di seberang sana pun, ekonominya telah terbuka luas, misalnya Shenzhen dan Guangzhou (Canton). Malah keseluruhan ekonomi China mengalahkan mana-mana negara di dunia ini. Jika situasi ini berterusan, kita menjangkakan golongan muda China yang akan menjadi tua kelak bakal mengetepikan komunisme kepada kapitalisme.


Sejak 12 tahun lalu, kerancakan Hong Kong ini semakin terserlah. Orangnya kini cukup pembersih. Pendek kata Hong Kong kini ialah sebuah wilayah yang cukup tersusun, sistematik - lebih baik daripada Kuala Lumpur, yang kini semakin tidak tersusun dan kelam-kabut. Singapura ternyata meniru konsep Hong Kong. Dan dengarnya Pulau Pinang kini pula mahu meniru konsep Singapura.

Tsim Sha Tsui Parkland

Hong Kong sesungguhnya bukan sahaja sebuah pelabuhan bebas dan pusat kewangan dunia yang rancak, ia juga menyediakan prasarana pelancongan yang cukup hebat dan bertaraf dunia. Malah beberapa sektor pelancongannya diswastakan kepada pihak-pihak antarabangsa, termasuk dari Amerika Syarikat. Oleh itulah urusan pelancongannya cukup hebat.


Malaysia dan Kuala Lumpur harus belajar dari wilayah ini. Bangunan-bangunan lama kolonial telah dibangunkan menjadi pusat tarikan pelancongan yang menarik. Jika di Malaysia bangunan Carcosa terlalu eksklusif, tanpa mahu didekati oleh orang awam dan pelancong, tapi di sini bangunan Heritage 1881, bekas ibu pejabat Polis Marin dan kandang kuda polis British telah diubah menjadi pusat membeli-belah dan hotel mewah yang tidak lekang dari lensa kamera semua orang.

Tsim Sha Tsui pada waktu malam

Trem ke Puncak Victoria, hasil peninggalan British, telah dikomersialkan menjadi tarikan yang cukup hebat ala Genting Highlands, sebaliknya trem atau kereta api Bukit Bendera kita, asyik rosak saja. Saya sekeluarga pernah gelabah dalam trem Bukit Bendera kerana tiba-tiba saja berhenti di tengah bukit. Bayangkan terpaksa berdiri senget dan berpeluh seluruh badan selama lebih kurang sejam dalam kereta api tersebut. Suasana di atas Bukit Bendera dari 50 tahun lalu berdasarkan gambar nenek moyang sahabat saya bergambar sebelum naik kapal haji tidak berubah sampai sekarang!


Di Hong Kong saya mengambil kesempatan menjamu selera di kantin Masjid Ammar, sebelum melawat The Peak Tram. Pada asalnya jadual hari ketiga di Hong Kong ialah melawat The Ocean Park tetapi memandangkan aktiviti pagi ini agak lewat, oleh itu jadual diubah. Dari Masjid Ammar, saya berjalan menuju ke stesen MTR untuk ke The Peak Tram. Saya memang suka berjalan kerana terdapat jarak yang agak jauh juga. Tetapi oleh kerana cuaca yang dingin, ia tidak terasa sangat kepenatan. Jika di Malaysia, mungkin saya telah bermandi peluh! Di samping berjalan, boleh juga menikmati keindahan Hong Kong lebih dekat.

Pemandangan malam ‘sebelah Pulau’ dilihat dari ‘sebelah Kowloon’ - seberang Pelabuhan Victoria

Di The Peak Tram, jika di Malaysia, ia seperti Bukit Bendera di Pulau Pinang. Perjalanan menaiki kereta api untuk ke puncak memakan masa lebih kurang 20 minit. Berada di puncak, kita boleh melihat keindahan permandangan Hong Kong. Di atas The Peak Tram, terdapat kompleks membeli belah, restoran dan paling menarik ialah Madame Tussauds yang menempatkan patung-patung lilin orang-orang yang terkenal.

Sampai ke puncak, saya singgah dahulu ke Madame Tussauds. Tiket telah dibeli bersama tiket kereta api semasa di bawah. Jika beli di bawah bersama tiket kereta api, kita dapat diskaun. Selesai melawat Madame Tussauds, saya meninjau sekitar The Peak Tram dan melihat keindahan permandangan Hong Kong. Cuaca di luar sangat sejuk dan berangin.

Hong Kong negeri yang berbukit dan bergunung-ganang


Ternyata Hong Kong bukan sahaja mempunyai pedagang yang terhebat dunia, mereka juga mempunyai pentadbir dan perancang bandar yang cukup hebat. Rangkaian MTR bawah tanah sama seperti LRT kita juga cukup baik. Rangkaiannya merangkumi keseluruhan Hong Kong yang terdiri daripada pulau Hong Kong, Kowloon dan New Territories (sehingga ke sempadan China). Pergerakan manusia pantas dan murah melalui MTR. Sebaliknya, tidak pasti bila rangkaian LRT kita akan lengkap? Laluan ke Shah Alam, Klang dan Bangi yang ramai penduduk pun tidak siap-siap sampai sekarang?


Masyarakat Cina memang satu masyarakat yang amat kuat kerja. Mereka cukup ‘enterprising’ (rajin, berdagang, kreatif (baik atau buruk), megah dengan kekayaan). Ekonomi, perdagangan dan perniagaan adalah hidup mereka. Tidak hairanlah orang Cina Hong Kong berjaya ‘merebut’ sebelah sarung tangan Michael Jackson yang dilelong dengan harga hampir sejuta ringgit.


Hong Kong pada waktu malam


Orang Cina di Hong Kong dan di Malaysia sama sahaja. Mereka rajin bekerja untuk hidup senang-lenang di dunia. Malah apabila mati kelak pun mereka ‘puas’ kerana akan mendapat tanah kubur bernilai tinggi ala Nirvana di Nilai, Seremban. Mereka juga suka makan. Di mana-mana simpang, apabila masanya mereka akan pulun makan semahu-mahunya. Orang kita (Melayu Islam) pula apabila sampai di sini, terlalulah susah nak makan. Bukan apa, orang sini punyalah suka makan ‘haiwan itu’. Akhirnya terpaksalah kita melilau mencari kedai-kedai ‘halal’ milik orang Pakistan di Tsim Sha Tsui, Yau Ma Tei (di Kowloon) dan di Wan Chai (pulau Hong Kong).


Bangunan tertinggi di Hong Kong - Hong Kong Bank Limited


Di Tsim Sha Tsui (di tanjung Kowloon, laut menghadap pulau Hong Kong), terletak kawasan membeli-belah mahal dan berjenama dan diselang-seli dengan murah (tapi rata-rata mahal). Tapi saya syorkan makan sepuas-puasnya makanan Cina dan Dim Sum (satu-satu tempat yang saya tahu halal di Hong Kong) dengan harga yang murah di kantin tingkat lima Masjid Ammar dan Pusat Islam Osman Ramju Sadick di No. 40 Oi Kwan Road dekat Hennessy Road, daerah Wan Chai.


Di sebelah stesen MTR Tsim Sha Tsui (sebelah Kowloon) juga terdapat sebuah masjid atau Pusat Islam Kowloon. Makanan halal India Utara dan Pakistan banyak diperoleh di situ. Di sini juga terdapat ramai komuniti Pakistan, malah mengikut sesetengah pihak ‘Awang Hitam’ pun semakin banyak kelihatan selain orang Filipina dan Indonesia yang menjadi pandangan biasa di kota kosmopolitan ini.


Suasana berhampiran Century Hotel pada waktu malam


Pendek kata, Hong Kong dalam 10 tahun ini amat berbeza. Ia lebih hebat, lebih bersih, lebih indah dan tidak nampak lagi tanda-tanda jalan yang melarang orang meludah. Orang Cina Hong Kong bukan macam orang Cina generasi dulu, mereka tidak lagi suka meludah. Mentaliti mereka sudah jauh ke depan. Berada di Hong Kong, seakan-akan sama seperti berada di New York - terlalu ramai orang yang berjalan laju. Bagi pelancong, jangan tertipu dengan mitos lama mengatakan di sini semuanya murah. ‘Ini Hong Konglah bukannya Malaysia,’ kata seorang pegawai hotel tempat saya menginap sambil tersenyum. Sebenarnya Hong Kong ialah antara bandar raya termahal di dunia!


Salah sebuah universiti di Hong Kong


Hong Kong secara rasmi Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong, adalah sebuah wilayah di Republik Rakyat China, menghadap Guangdong di utara dan Laut China Selatan di timur, barat dan selatan. Hong Kong adalah metropolitan global dan pusat kewangan, dan mempunyai satu ekonomi kapitalis sangat maju. Di bawah polisi ‘satu negara dua sistem‘, dan berdasarkan pada Basic Law, ia mempunyai ‘kuasa autonomi tinggi’ dalam keseluruhan aspek kecuali hal-ehwal luar negeri dan pertahanan, yang adalah tanggungjawab Kerajaan Republik Rakyat China. Hong Kong memelihara mata wang sendirinya, sistem perundangan, sistem politik, kuasa imigresen, peraturan lalu lintas dan aspek lain yang berkaitan cara hidup mereka, yang mana adalah banyak berbeza daripada Tanah Besar China.


Bermula sebagai sebuah pelabuhan perdagangan, Hong Kong menjadi tanah jajahan United Kingdom pada tahun 1842. Ia diklasifikasikan semula sebagai sebuah wilayah yang bergantung kepada British pada tahun 1983 sehingga penyerahan kedaulatan kepada Republik Rakyat China pada 1997. Terkenal untuk latar langitnya yang hebat dan pelabuhan semula jadi yang dalam, identitinya sebagai sebuah pusat kosmopolitan di mana Timur bertemu Barat dicerminkan dalam masakan, pawagam, muzik dan tradisinya. Jumlah Jumlah penduduk bandar raya adalah 95% etnik Han dan 5% lain. Dengan populasi 7 juta penduduk dan luas kawasan tanah 1,054 km2, Hong Kong adalah satu daripada kawasan berpenduduk paling padat dalam dunia.


Pemandangan Pulau Tengah di latar hadapan dan Teluk Repulse di latar belakang dari kereta kabel Ocean Park (di Daerah Selatan)


Hong Kong telah mula diduduki sejak Zaman Neolitik. Ia mula menjadi perhatian dunia pada kurun ke-19. British telah menduduki Hong Kong semasa Perang Chandu 1841, tetapi dikembalikan kepada China pada tahun berikutnya di bawah Persetiaan Nanking. Sebahagian dari kawasan bersebelahan Semenanjung Kowloon (Selatan Boundary Street) and Pulau Stonecutters diserahkan kepada Britain pada tahun 1860 di bawah Konvensyen Peking selepas tamatnya Perang Chandu Kedua. Beberapa kawasan bersebelahan tang kini dikenali sebagai New Territories (termasuklah New Kowloon dan Pulau Lantau) telah dipajakkan kepada Britain untuk tempoh 99 tahun dari 1 Julai 1898 hingga 30 Jun 1997.


Merujuk kepada perjanjian yang telah ditandatangani di antara Republik Rakyat China dengan United Kingdom (UK) pada 19 Disember 1984, Pengisytiharan Bersama Sino-British yang mana keseluruhan Wilayah Hong Kong yang berada di bawah Pemerintahan Kolonial British akan menjadi Wilayah Pentadbiran Khas Republik Rakyat China pada 1 Julai 1997.


Sebuah patung gangsa di Tsim Sha Sui


Di dalam Pengisytiharan Bersama, pihak RRC berjanji bahawa dibawah dasar ‘Satu Negara, Dua Sistem’ yang dicadangkan oleh mendiang Deng Xiaoping, sistem ekonomi sosialis di China tidak akan diamalkan di Hong Kong dan Sistem Kapitalis yang diamalkan sebelumnya di Hongkong dan cara hidup tidak akan berubah untuk tempoh 50 tahun (2047). Hong Kong juga berpeluang untuk memperolehi autonomi sepenuhnya di dalam semua perkara kecuali hal ehwal luar dan pertahanan.


Perjalanan perkhidmatan awam cukup bermutu dan bebas, yang dipantau secara tidak langsung dari Beijing. Kebanyakan operasi kerajaan dan pentadbiran terletak di Pulau Hong Kong Pusat yang terletak berhampiran dengan kawasan bersejarah Bandaraya Victoria yang merupakan petempatan awal British.


Hong Kong merangkumi 18 daerah pentadbiran, setiap satu diwakili oleh sebuah majlis daerah yang menasihati kerajaan dalam perkara setempat seperti kemudahan awam, program komuniti, aktiviti kebudayaan dan penambahbaikan alam sekitar. Terdapat sejumlah 534 kerusi majlis daerah, 405 daripadanya dipilih, manakala yang selebihnya dilantik oleh Ketua Eksekutif dan 27 ex officio chairmen of rural committees. Jabatan Hal Ehwal Negeri kerajaan berkomunikasi dasar kerajaan dan rancangan kepada owang awam melalui pejabat daerah.


Keindahan Hong Kong dari Middle Kingdom


Hong Kong terletak di pantai selatan China, 60 km di timur Macau pada sebelah bertentangan Delta Sungai Mutiara. Ia dikelilingi oleh Laut China Selatan di timur, selatan, dan barat, dan memisahkan bandar raya Shenzhen dalam Wilayah Guangdong ke utara Sungai Shenzhen. Wilayah berkeluasan 1,104 km2 terdiri daripada Pulau Hong Kong, Semenanjung Kowloon dan New Territories, serta lebih 200 pulau lain, dimana yang terbesar adalah Pulau Lantau. Daripada jumlah kawasan, 1,054 km2 adalah darat dan 50 km2 adalah air.


Seperti kebanyakan permukaan Hong Kong adalah berbukit hingga bergunung-ganang dengan lereng-lereng curam, kurang daripada 25% jisim bumi wilayah itu dibangunkan, dan kira-kira 40% dari baki kawasan darat adalah disimpan sebagai taman negara dan simpanan semula jadi. Kebanyakan daripada pembangunan bandar wilayah wujud di semenanjung Kowloon, sepanjang pinggir utara Pulau Hong Kong dan dalam penempatan-penempatan yang berselerak sepanjang New Territories. Puncak tertinggi di wilayah adalah di Tai Mo Shan, pada ketinggian 958 meter di atas paras laut. Garis pantai Hong Kong yang panjang, tidak sekata dan berkeluk-keluk juga mampu wilayah dengan banyak teluk, sungai dan pantai.


Hong Kong pernah disifatkan oleh Milton Friedman sebagai eksperimen terbesar dunia dalam kapitalisme laissez-faire. Ia memelihara satu ekonomi kapitalis sangat maju, dirank sebagai paling bebas di dunia oleh Indeks Kebebasan Ekonomi untuk 15 tahun berturutan. Ia adalah satu pusat penting untuk kewangan antarabangsa dan perdagangan, dengan satu daripada penumpuan terbesar ibu pejabat korporat dalam rantau Asia Pasifik, dan dikenali sebagai salah satu Empat Harimau Asia untuk kadar pertumbuhan tingginya dan pembangunan pesat dari 1960an hingga 1990an. Antara 1961 dan 1997 keluaran dalam negara kasar Hong Kong bertumbuh 180 kali manakala KDNK per kapita bertumbuh 87 kali.


Bursa Saham Hong Kong adalah ketujuh terbesar di dunia, dengan permodalan pasaran US$2.3 trilion seperti pada Disember 2009. Dalam tahun itu, Hong Kong menaikkan 22% modal tawaran awam awal (IPO) dunia, menjadikan ia pusat IPO terbesar di dunia. Mata wang Kong ialah dolar Hong Kong, yang telah ditetapkan kepada dolar AS sejak 1983.


Kerajaan Hong Kong secara tradisi kebanyakannya bermain peranan pasif dalam ekonomi, dengan kecil dengan cara dasar perindustrian dan hampir tiada kawalan eksport atau import. Kuasa pasaran dan sektor swasta dibenarkan menentukan pembangunan praktikal. Di bawah dasar rasmi ‘positive non-interventionism‘, Hong Kong sering disebut sebagai satu contoh kapitalisme laissez-faire. Berikutan Perang Dunia Kedua, Hong Kong diperindustri cepat sebagai pusat pembuatan dipandu oleh eksport, dan kemudian menjalani satu perubahan pesat ke ekonomi berpangkalan perkhidmatan pada 1980an.


Hong Kong matang menjadi sebuah pusat kewangan pada 1990an, tetapi terjejas dengan teruk oleh krisis kewangan Asia pada 1998, dan sekali lagi pada 2003 oleh letusan wabak SARS. Pemulihan permintaan domestik dan luar telah menyebabkan pemulihan kukuh, sebagai kos berkurangan menguatkan daya saing eksport Hong Kong dan tempoh deflasi yang lama berakhir. Campur tangan kerajaan, dimulakan oleh kerajaan kolonial dan diteruskan sejak 1997, telah bertambah dengan stabil, dengan pengenalan jaminan kredit eksport, skim pencen wajib, gaji minimum, undang-undang anti diskriminasi, dan penyokong gadai janji kerajaan.


Hong Kong adalah bandar raya yang keempat besar dengan di Republik Rakyat China dalam kriteria populasi. Dengan dikira Sebagai sebuah ‘wilayah jajahan’, Hong Kong ialah wilayah/negara yang mempunyai kepadatan penduduk di dunia, dengan kepadatan penduduk yang hampir mencapai 6,700 orang per km². Walaupun dengan kepadatan populasi, Hong Kong masih dilaporkan sebagai salah sebuah bandar yang ‘paling hijau’ di Asia. Majoriti orang Hong Kong adalah tinggal di dalam rumah pangsapuri yang tinggi. Ruangan terbuka yang lain di sana sentiasanya diliputi dengan taman, semak dan belukar. Terdapat kira-kira 60% tanah di Hong Kong adalah diperuntukkan bagi Hutan Rizab dan Taman Desa. Aktiviti pengembara dan berkhemah adalah aktiviti kegemaran di taman-taman desa. Garisan pantai yang panjang di Hong Kong juga menyediakan pantai-pantai pasir yang sesuai untuk periadahan penduduknya. Adapun, Kesedaran alam sekitar telah membangkit di Hong Kong, walaupun Hong Kong telah disenaraikan ke dalam banda-bandar yang mempunyai pencemaran undara paling buruk di dunia.


Bahasa Kantonis digunakan dalam urusan kerajaan Hong Kong. Ia dipertuturkan oleh kebanyakan populasi China tempatan di sana, sama ada di rumah mahupun pejabat. Walaupun begitu, bahasa Inggeris adalah difahami di tempat ini. Ia dipertutur, biasanya semasa bekerja, oleh 1/3 populasi di sini. Semua agama utama boleh diamalkan secara bebas di Hong Kong. Tetapi pemujaan nenek moyang adalah amalan yang paling berpengaruh di temapat ini akibat daripada tradisi Konfusianisme.


Sistem pendidikan Hong Kong mengikut sistem di England, walaupun sistem antarabangsa wujud. Kerajaan memelihara satu dasar di mana bahasa pengantar adalah Kantonis, dengan Cina bertulis dan Inggeris. Di sekolah-sekolah menengah, kemahiran ‘biliterate dan tiga bahasa’ ditekankan, dan pendidikan bahasa Mandarin telah bertambah. Program untuk Penilaian Pelajar Antarabangsa menempatkan sistem pendidikan Hong Kong sebagai kedua terbaik di dunia.


Sekolah awam Hong Kong dioperasi oleh Biro Pendidikan. Ciri-ciri sistem tadika tiga tahun yang tidak wajib, diikuti oleh pendidikan rendah enam tahun wajib, pendidikan menengah rendah tiga tahun, pendidikan menengah atas dua tahun yang tidak wajib membawa kepada Sijil Hong Kong Peperiksaan Pendidikandan kursus matrikulasi dua tahun membawa kepada Peperiksaan Tahap Lanjutan Hong Kong.


Hong Kong sering digambarkan sebagai satu tempat di mana ‘Timur bertemu Barat’, memantul campuran budaya asal-usul wilayah Cina dengan pengaruh dari masanya sebagai koloni British. Hong Kong mempunyai dua penyiar daratan berlesen – ATV and TVB. Terdapat tiga jumlah pembekal kabel dan perkhidmatan satelit asing dan tempatan. Pengeluaran drama-drama Hong Kong, siri komedi, dan pertunjukan aneka sampai pada penonton di seluruh dunia. Majalah dan penerbit akhbar di Hong Kong mengagihkan dan cetak dalam kedua-dua Cina dan Inggeris, dengan tumpuan pada sensasi dan gosip selebriti.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA