Subjek mengenai Pompeii sudah
mangli dibincangkan. Mangli juga dilihat isu Pompeii diutara dan dibahas dalam pelbagai
wadah. Kemungkinan subjek mengenai Pompeii ada tarikan tersendiri. Mengikut
para sejarawan, Pompeii adalah antara bandar metropolitan yang maju daripada
segi peradaban, senibina, budaya dan sosial di Itali. Akan tetapi, sangat
mundur daripada segi moral dan agama. Masyarakat Pompeii begitu terbuka dalam
mengamalkan cara hidup. Tiada penghalang bagi mereka untuk melakukan sesuatu
yang mereka suka. Semuanya adalah baik bagi mereka meskipun menyalahi norma
masyarakat.
Penulis seperti mana ramai yang
lain begitu tertarik dengan apa yang terdapat di Pompeii. Pompeii maju, budaya
sofitikated dan masyarakat yang fleksibel namun daripada segi agama, mereka
runtuh. Di sini adalah titik permulaan daya tarikan Pompeii pada
kaca mata penulis.
Pompeii musnah sama sekali pada
79AD. Malang bagi Pompeii, bandar metropolitan ini hilang daripada ingatan
masyarakat dunia sejak tarikh itu. Apa yang berlaku di Pompeii hingga
menghilangkannya dalam peta dunia pada 79AD?
Peristiwa Pada 79AD
Gunung
Vesuvius berada tidak sampai 100km daripada pusat bandar Pompeii. Masyarakat
Pompeii menganggap Gunung Vesuvius sebagai pelengkap landskap hebat Pompeii.
Tiada seorang pun di antara mereka curiga dengan Gunung Vesuvius yang bagaikan
memerhati galagat masyarakat Pompeii dalam diam.
Pada 79AD, bagaikan
melepaskan kemarahan yang telah lama dipendam, Gunung Vesuvius telah meluahkan
bertan-tan debu beracun ke arah Pompeii dan bandar jirannya, Herculenium. Peristiwa
itu menyebabkan masyarakat Pompeii menjadi kelam-kabut. Hasil arkeologi pada
tahun 1748 telah menemui beratus-ratus mayat yang terawet kemas di dalam
timbunan debu-debu beracun daripada Gunung Vesuvius. Pelbagai reaksi akhir
dipamerkan. Malah terdapat mayat yang menunjukkan reaksi begitu mengerikan
termasuk satu mayat anjing yang terawet seakan-akan menggelupur kesakitan
sebelum menemui ajal. Anjing itu tidak sempat dibukakan ikatan mungkin kerana
tuannya terlampau tergesa-gesa untuk menyelamatkan diri.
Tiada apa
yang mengejutkan melainkan penemuan banyak pasangan mayat yang terawet sedang
melakukan persetubuhan. Dalam satu penemuan lain, ahli arkeologi menemui pula kedudukan
mayat dalam persetubuhan luar tabii. Ini membangkitkan kisah misteri di sebalik
tragedi 79AD. Masakan tidak, tragedi ini adalah mirip tragedi yang berlaku pada
kaum Nabi Lut a.s. di Sodom dan Gomorroh dan kaum-kaum lain yang dihapuskan
Allah s.w.t seperti yang terdapat di dalam Al-Quran.
Apa yang
lebih mengejutkan adalah penemuan mayat-mayat seperti sedang menikmati juadah
seakan-akan mereka tidak sedar bahawa azab seksa sedang menghambat
mereka. Sangat aneh dan takjub. Itulah sahaja ungkapan yang sesuai untuk
digambarkan. Dalam firman Allah s.w.t: ‘Dan
amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka
engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorang pun
dari orang-orang yang telah dibinasakan itu.’ (Surah Maryam ayat 98)
Selain
mayat-mayat yang terawet, bangunan-bangunan di Pompeii seperti dipelihara
kemas. Allah s.w.t Maha Mengetahui. Allah telah membiarkan ia terpelihara bagi
merakamkan kehidupan sebenar di Pompeii pada ketika itu. Penemuan ahli
arkeologi mengenai ukiran mozek berunsur erotik dan prostitusi telah membuatkan
ramai cendekiawan agama terpaku seketika. Beginilah agaknya harga sebuah
kemodenan.
Bayangkan
bagaimana murkanya Allah s.w.t kepada masyarakat Pompeii. Mereka telah
melampaui batas-batas norma masyarakat malah tidak terlalu teruk kalau
dikatakan mereka telah melepasi tahap kejahilan masyarakat Lut. Subhanallah.
Kemungkinan Diturunkan Seorang Rasul Di Pompeii
Rasul
ditugaskan Allah s.w.t untuk memandu manusia ke jalan yang lurus untuk
menyembah Allah yang Esa. Rasul diutuskan di setiap umat sepertimana firman
Allah s.w.t yang bermaksud:’Dan
bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan
kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti
diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan
mereka tetap tidak dianiaya.’ (Surah Yunus 10 : 47)
Rasullulah s.a.w adalah
rasul terakhir iaitu penutup bagi segala rasul dan nabi. Rasulullah s.a.w
adalah Rasul yang diutuskan Allah s.w.t ke atas kaum Arab Quraisy dan
seluruh umat manusia. Rasullulah s.a.w adalah daripada suku kaum Arab Quraisy.
Menurut Rasullulah s.a.w, bilangan nabi sebelum diutuskan baginda adalah 124, 000
orang dan bilangan rasul adalah 312 orang. Namun, bilangan yang wajib kita
imani adalah seramai 25 orang sahaja.
Orang
Yahudi membahagikan para nabi mereka kepada dua iaitu major prophet dan minor
prophet. Daripada bangsa Israel, diutus oleh Allah s.w.t berpuluh-puluh
orang Rasul dan Nabi dek kerana kedegilan bangsa mereka sendiri. Direkodkan di
dalam kitab suci mereka, kadang-kadang, dalam satu-satu masa, terdapat dua
hingga tiga orang Rasul diutuskan kepada bangsa mereka seperti Musa a.s, Harun
a.s, Yusak a.s, Lut a.s, Ibrahim a.s, Ilyas a.s, Ilyasa’ a.s, Ezekiel a.s (Zulkifli
a.s), Daniel a.s dan ramai lagi.
Di India, dipercayai
bahawa Krishna dan Buddha adalah rasul yang diutuskan Allah
s.w.t untuk membimbing manusia ke jalan yang
lurus. Krishna dan Buddha tidak pernah menyuruh pengikut
mereka menyembah mereka apatah lagi menyuruh pengikut mereka membina patung. Begitu
juga di China, dipercayai bahawa Confusius (pengasas fahaman
Confusius) dan Lao Tzu (pengasas fahaman Toisme) adalah salah
seorang utusan Allah s.w.t. Mereka adalah antara figura penting dalam
masyarakat Cina. Fahaman mereka tersebar luas hingga ke Mongolia malah ke
Jepun. Fahaman mereka mempunyai asas tauhid sepertimana agama-agama
monotheism yang lain seperti Islam, Yahudi dan Kristian. Ini menambahkan
keyakinan bahawa mereka berdua adalah utusan Allah s.w.t untuk masyarakat
tamadun Cina.
Di Yunani pula,
Socrates adalah watak utama dalam menentang ajaran agama Pagan. Paganisme
pada masa itu adalah kebal dan susah untuk dihapuskan. Socrates menentang
penyembahan berhala dan mempersoalkan penyembahan serta korban kepada berhala
Zeus, Artemis dan sebagainya. Socrates yang terkenal dengan sikap lantangnya
akhirnya dipaksa meminum racun oleh para pembesar Yunani pada masa itu.
Sebenarnya beliau mampu untuk melarikan diri, namun beliau berkeras menolaknya
kerana tidak mahu dilihat sebagai penakut. Inilah ciri-ciri seorang Rasul.
Beliau akhirnya meninggal dunia akibat dipaksa meminum racun tersebut.
Di Parsi telah
lahir seorang yang bernama Zoroaster. Zoroaster adalah pengasas agama
Zoroasterian ataupun lebih dikenali sebagai agama Majusi. Menurut Al-Tabari, Zoroaster
adalah nama lain bagi Zaradusht bin Isfiman.
Di Mesir
purba, lahir seorang firaun yang menyeru pengikut mereka menyembah tuhan yang
Esa. Firaun itu digelar Akhenaton. Firaun ini adalah bapa kepada
Tutankhamun yang terkenal itu. Dipercayai, Akhenaton juga adalah seorang Rasul.
Walau bagaimanapun, seruan beliau tidak berjaya kerana dikhianati oleh
paderi-paderi yang masih tegar dengan ajaran agama Pagan. Akhirnya, beliau
dibunuh dan diganti dengan Tutankhamun yang masih muda belia.
Rasul dan
Nabi yang diperkatakan seperti di atas bukan satu yang baru. Malah perkara
seperti ini sudah banyak didebatkan sejak zaman berzaman. Ini adalah berkait
rapat dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: ‘Dan sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang rasul sebelum kamu, di
antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka
ada (pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu. Tidak dapat bagi seorang
rasul membawa suatu mukjizat, melainkan dengan seizin Allah; Maka apabila telah
datang perintah Allah, diputuskan (semua perkara) dengan adil. Dan ketika itu
rugilah orang-orang yang berpegang kepada yang batil.’ (QS. Al-Mu’min (40):
78)
Sekarang hanya tinggal tamadun
Rom sahaja. Kebanyakan semua tamadun seakan-akan mempunyai seorang
Rasul. Namun, tamadun Rom seperti tiada seorang pun yang melihatkan ciri-ciri
seorang Rasul.
Berbalik kepada kisah Pompeii.
Pompeii dikatakan musnah dalam masa hanya satu malam sahaja. Kelaziman yang
berlaku sebelum satu-satu azab menimpa umat manusia, akan diutuskan oleh Allah s.w.t
untuk memberi peringatan. Dan azab yang berlaku biasanya hanya satu malam
sahaja. Ini terjadi kepada peristiwa Nabi Lut a.s dan kaumnya, Nabi Saleh a.s
dan kaumnya dan ramai lagi Rasul-rasul lain.
Mustahil tiada seorang Rasul
dihantar ke Pompeii untuk membetulkan akidah mereka yang jauh tersesat itu.
Sangat-sangat mustahil! Jika bukan daripada kaum mereka sendiri dilantik
menjadi Rasul mesti terdapat Rasul daripada kaum lain yang dilantik menjadi
wakil Allah s.w.t ke sana. Ini pernah terjadi kepada Nabi Yunus a.s ke Ninaveh,
Iraq yang mana Nabi Yunus a.s adalah seorang yang berbangsa Israel. Begitu juga
yang terjadi kepada Nabi Musa a.s yang diutuskan kepada bangsa Mesir Purba.
Inilah persoalan terhebat yang
ingin dirungkaikan. Siapakah nabi atau utusan Allah s.w.t ke Pompeii untuk
memberi peringatan?
Oleh kerana waktu terjadinya
letupan Vesuvius adalah 79AD, amatlah mudah untuk mengatakan bahawa utusan
Allah pada masa itu kemungkinan besar adalah para Hawari Nabi Isa a.s. Hawari
Nabi Isa a.s adalah seramai 12 orang yang terdiri daripada Peter, James, Yohannes,
Andreas, Philip, Bartholomew, Matius, Toma, James, Thaddeus Lebbaeus, Simon the
Zeolot dan Yahuda. Walau bagaimanapun, ramai antara Hawari Nabi Isa telah wafat
sebelum 79AD kerana dibunuh dan disalib oleh orang kafir laknatullah. Berikut
adalah tarikh-tarikh para hawari wafat dan cara mereka wafat:
- Peter (Simon Peter), disalib secara terbalik
di Rom pada 64AD.
- James, anak lelaki Zebedee dipancung pada
44AD, paling awal meninggal dunia
- Yohannes (John), anak lelaki Zebedee, adik
kepada James. Dipercayai meninggal dunia di Ephesus dalam
89AD hingga 120AD kerana sebab semulajadi. Beliau adalah hawari Nabi Isa a.s
yang paling lama hidup.
- Andreas (Andrew), abang kepada Peter, disalib
secara bentuk X di Petras, Greece. Tarikh beliau meninggal dunia tidak
dapat dikenalpasti.
- Philip, disalib pada 54AD di Hierapolis.
- Bartholomew (Nathaniel), dilapah hidup-hidup
dan kemudian disalib. Dipercayai meninggal dunia di Derbend
dekat Caspian Sea pada usia 71 tahun.
- Matius dibunuh di Ethiopia pada 60AD
- Toma dibunuh dengan lembing di Mylapore,
Madras, India pada 72 AD.
- James, son
of Alphaeus, dibelasah hingga meninggal dunia dengan menggunakan batu
dan kemudian disalib.
- Thaddeus Lebbaeus (Jude), disalib kemungkinan
di Armenia, Syria atau Persia dan dikebumikan di Kara Kalisa, Iran. Tarikh
tidak diketahui.
- Simon the Zealot, disalib pada 74AD.
- Yahuda (Judas Iscariot), Judas adalah watak
kontroversi dalam agama Islam dan Kristian. Islam mempercayai beliau
digantikan dengan Nabi Isa a.s semasa disalib dan Kristian mempercayai
bahawa beliau menggantungkan diri sendiri selepas mengkhianati Nabi Isa a.s.
Mengikut statistik tersebut, hanya
seorang calon yang sesuai untuk dikaitkan dengan Pompeii. Ia tidak lain dan
tidak bukan adalah Yohannes ataupun John. Yohannes dikenali sebagai
hawari yang menyebarkan ajaran Isa a.s ke wilayah di sekitar Itali, Sepanyol
dan Greece. Maka tidak mustahil bahawa beliau sempat singgah di Pompeii dan
berdakwah ke sana.
Yohannes dikatakan berdakwah
hingga ke Colliseum. Beliau kemungkinan sempat ke Pompeii dan berdakwah ke
sana. Namun, tidak dihiraukan, malah disingkirkan keluar daripada masyarakat
mereka. Selepas itulah seksaan Allah tiba pada masyarakat Pompeii iaitu pada
malam 79AD.
Waallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan