Dari Pantai Tanah Barak kami dibawa ke
Nusa Dua untuk makan tengah hari. Nusa Dua merupakan sebuah tanjung yang
terletak di tenggara pulau Bali. Jaraknya sekitar 40 kilometer dari Denpasar.
Menurut Mas Arif, Nusa Dua juga merupakan lokasi Persidangan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Perubahan Iklim 2008 yang berlangsung antara
3-14 Disember 2007 dan menjadi tempat Penyelenggaraan Pertandingan Ratu Cantik
tertua di dunia iaitu Miss World tahun 2013.
Menurut Mas Arif lagi, Nusa Dua ini juga merupakan salah sebuah pantai yang unik di Bali. Pantai ini memiliki dua karang yang terpisah. Dahulu kala ada cerita rakyat Bali mengatakan bahawa Nusa Dua adalah buatan seorang kesatria sakti yang bernama Kebo Iwa. Dengan kekuatan Kebo Iwa menyebabkan seorang raja yang berkuasa keturunan terakhir Dinasti Warma Dewa iaitu Sri Astasura Bumi Banten menginginkan Kebo Iwa untuk menjadi salah satu patihnya di wilayah Blahbatuh, yang juga dikenali dengan sebutan Raja Bezahulu. (‘Beza’ diertikan sebagai kekuatan yang berbeza).
Kebo Iwa diangkat menjadi Patih kerajaan dan ketika itu dia mengucapkan janji bahawa selagi dia masih bernafas, Bali tidak akan dikuasai oleh sesiapapun. Dengan sokongan dari Patih Kebo Iwa yang luar biasa kuatnya, Sri Astasura Bumi Banten menyatakan bahawa kerajaannya tidak akan dapat ditundukkan oleh kerajaan Majapahit yang mahu menawan kerajaan di Bali. Adapun kerajaan Majapahit waktu itu dipimpin oleh Raja Tri Bhuwana Tungga Dewi, dengan patihnya yang paling terkenal dengan Sumpah Palapanya (sumpah untuk tidak menikmati kenikmatan dunia bila seluruh wilayah nusantara belum dipersatukan di bawah panji Majapahit) yang bernama Gajah Mada.
Kerana kehebatannya, Kebo Iwa dapat menahan serbuan pasukan Majapahit yang hendak menakluk Bali. Semua kapal perang Majapahit ditenggelamkan jika berada di Selat Bali. Maha Patih Majapahit pun mengatur muslihat. Dalam muslihat yang diatur, Gajah Mada memberikan pujian kepada baginda Sri Astasura Bumi Banten dan Patih Kebo Iwa tanpa menimbulkan sedikitpun kecurigaan. Lantas, Raja Majapahit memujuk Patih Kebo Iwa supaya melakukan perjalanan ke Majapahit bagi menikahi wanita terhormat lagi jelita pilihan raja yang berasal dari Lemah Tulis.
Menanggapi tawaran dari Majapahit, Patih Kebo Iwa yang setia terhadap rajanya, memohon petunjuk dan persetujuan dari baginda Sri Astasura Bumi Banten. Baginda Raja menyetujuinya tanpa rasa curiga. Sebelum pergi ke Majapahit, Patih Kebo Iwa terlebih dahulu melakukan upacara keagamaan di Pura Uluwatu, untuk meminta kekuatan dari Sang Hyang Rudra. Dan Sang Hyang Rudra memenuhi permintaan Kebo Iwa, dengan memberikan dua ketul batu, mengakibatkan meningkatnya kekuatan dan kesaktian menjadi sangat luar biasa. Salah satu dari batu tersebut dibawa ke kampung Bezahulu di mana tempat mereka dilahirkan dan seketul lagi akan di bawa ke Majapahit, namun dalam perjalanan ke tanah Jawa tiba-tiba batu itu pecah menjadi dua dan jatuh di pinggir pantai. Kemudian batu tersebut menjadi tempat kehidupan masyarakat sehingga lama kelamaan batu tersebut semakin membesar sehingga terjadilah nusa yang dipanggil Nusa Dua. Itulah awal mula cerita pantai Nusa Dua.
Nusa Dua sendiri terletak di hujung selatan Pulau Bali. Jaraknya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, sekitar 8 km, atau sekitar tiga puluh minit perjalanan. Nusa Dua memiliki kawasan lahan sekitar 350 hektar. Lahan kering dan tidak produktif ini diakuisisi oleh kerajaan Indonesia pada tahun 70-an, kemudian dikembangkan menjadi sebuah projek pariwisata prestisius dengan rancang bina yang komprehensif dan berpadu sebagai resort wisata budaya.
Pada tahun 1970 kerajaan telah menetapkan sebuah syarikat konsultan Perancis, iaitu Centrale Societe pour l’peralatan Touristique outre-Mer (SCETO) untuk menyusun rancangan induk bagi pengembangan pariwisata di Bali secara berkesinambungan. Rancangan SCETO diusulkan kompleks resort mandiri di tepi laut, terpisah dari pusat penduduk utama untuk meminimumkan kesan pariwisata terhadap budaya Bali. Kawasan yang diusulkan adalah Nusa Dua. Ini adalah salah satu keunikan resort wisata Nusa Dua, yakni dibina terpisah dari Kampung Bualu sebagai lokasi utama dari resort ini. Resort dengan konsep wisata budaya ini mendapat gelaran sebagai salah satu dari enam resort terbaik dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan