Bahaya Syiah kepada
akidah Islam dan sebagai perosak akidah Islam tidak dapat dinafikan. Kita juga
tidak dapat menafikan bahawa Syiah adalah pergerakan Batiniah dan merupakan
pelopor kepada kemunculan puak-puak dan ajaran sesat dan kumpulan-kumpulan Batiniah
yang lain. Kemungkinan ada yang tidak bersetuju kata-kata ini yang agak keras
namun sejarah dan kajian menyebut puak-puak sesat Batiniah seperti Ismailiah,
Nusoiriah, Qaromitah, Duruz, Bahaiah dan lain-lain lagi adalah pecahan dari
golongan Syiah.
Percanggahan
pendapat dalam menentukan Imam mereka dari keluarga Rasulullah s.a.w menjadikan
mereka berpecah kepada pelbagai jenis ajaran dan kumpulan. Walaupun ada dakwaan
bahawa Syiah sudah tidak mengamalkan ajarannya, akidah-akidahnya sudah tidak
disebar dan dipegang lagi tetapi hakikatnya sukar diterima kerana adanya
konsep taqiah dalam ajaran Syiah. Kemungkinan mereka bergerak
dengan menyembunyikan akidah dan identiti mereka yang sebenar untuk memudahkan
dakwah mereka tersebar dan perancangan politik mereka tercapai.
Kekuatan Syiah
boleh dilihat apabila mereka mempunyai kuasa, pengaruh dan negaranya sendiri.
Iran adalah negara Syiah yang tidak akan membiarkan negara sunni berdiri tegak meskipun mereka berada
dalam satu barisan dengan puak sunni memerangi musuh-musuh Islam. Di
perpustakaan-perpustakaan seluruh dunia, buku-buku rujukan Syiah masih
digunapakai, dikaji dan dipelajari oleh puak-puak Syiah. Ajaran-ajaran mereka
masih diamalkan.
Oleh itu, untuk
menulis tentang ajaran sesat di Malaysia tidak lengkap tanpa menyebut ajaran
Syiah bahkan ia merupakan satu kemestian untuk membuka hakikat bahawa Syiah itu
adalah ajaran sesat Batiniah melalui sejarah dan ciri-ciri persamaan antara
keduanya.
Syiah Di
Malaysia
Syiah telah lama
bertapak di Tanah Melayu bahkan ada yang berpendapat Kerajaan Islam awal iaitu
Perlak dan Pasai terpengaruh dengan Syiah. Di Malaysia, pengaruh Syiah semakin
kuat selepas kejayaan revolusi Iran yang pelopori oleh Ayatullah al-Khumainy
pada tahun 1989 dan terbentuknya Kerajaan Islam Syiah Iran. Atas asas kerajaan
Islam, rakyat Malaysia telah memberi banyak kerjasama dan pertolongan kepada
kerajaan Islam Syiah Iran tanpa melihat pada usaha mereka untuk menyebarkan
akidah Syiah di Malaysia ([1]). Kedatangan orang-orang Pakistan dan India yang
bermazhab Syiah ke Malaysia juga banyak membantu penyebaran Syiah di Malaysia.
Syiah tersebar di
Malaysia dengan cepat kerana beberapa faktor ([2]), iaitu:
- Orang Malayu Islam
sangat cinta dan kasih pada keluarga Nabi Muhammad s.a.w. Di atas asas
sayang dan cinta tersebut mereka mudah menerima dakwah Syiah yang melampau
dalam membesarkan dan mengagongkan keluarga Rasulullah s.a.w.
- Hukum fekah Syiah
yang longgar dan mudah. Setengah orang terpengaruh dengan hukum fekah
Syiah yang lebih mudah mengikut pendapat mereka berbanding hukum fekah
mazhab-mazhab lain seperti boleh jamak (himpun) solat lima waktu dalam
satu waktu sahaja. Mereka juga merasa kagum dengan keharusan nikah mut’ah dalam mazhab Syiah.
- Kesungguhan
pendakwah-pendakwah Syiah di Malaysia. Mereka mengedarkan risalah, majalah
dan bahan-bahan edaran lain untuk menyebarkan fahaman mereka.
Cara
Tersebar Dakwah Syiah Di Malaysia
Dakwah Syiah
tersebar di Malaysia melalui beberapa cara antaranya:
- Ziarah rasmi dan
tidak rasmi rombongan-rombongan dari pemimpin-pemimpin Iran ke Malaysia.
Ziarah tersebut diakhiri dengan program ceramah, keterangan berkenaan
dengan akidah dan ajaran Syiah ([3]). Rakyat Malaysia juga tidak
ketinggalan menziarahi Iran di samping menghadiri program-program yang
diadakan oleh Syiah di India, Bangladesh, Australia, Thailand, dan Kuala
Lumpur ([4]).
- Melalui pelajar
Malaysia yang belajar di Iran dan mendapat biasiswa khas dari kerajaan
Iran sebagaimana terdapat juga pelajar dihantar ke Pakistan untuk
mempelajari akidah dan ajaran Syiah. Penghantaran pelajar ini bermula
semenjak 20 tahun dahulu lagi. Pada tahun 1984 seramai enam orang pelajar
dari Sekolah Agama Darul al-Falah telah dihantar menyambung pelajaran di
Universiti Qum di Iran. Selepas itu dihantar pula seramai 10 orang pelajar
lelaki dan perempuan daripada sekolah yang sama dan Sekolah Agama Darul
al-’Atiq di Johor Bahru ke Pakitan bagi mempelajari Bahasa Parsi dan
ajaran Syiah di sana. Mereka ini apabila pulang akan menjadi pendakwah
Syiah dan akan mengembangkan Syiah di Malaysia ([5]).
- Melalui
pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia. Mereka mengadakan ziarah ke
Pusat Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah. Mereka memberi hadiah-hadiah
yang berupa buku, majalah Syiah kepada perpustakaan umum, universiti,
kolej, masjid, dan penerbit-penerbit buku ([6]). Sebagaimana mereka juga
menghantar beberapa rakyat Malaysia ke Mekah untuk menunaikan haji bersama
pengikut-pengikut Syiah secara percuma dari kerajaan Iran ([7]).
- Terdapat bantuan
dan sokongan daripada golongan akademik dan politik di Malaysia.
Sesetengah pemimpin politik pro Islam menyokong kerajaan Iran. Antara
mereka ada yang menganggap tidak ada beza antara Syiah dan Ahli Sunnah
Waljama’ah kerana telah dibuang oleh Ayatollah Khumeini ([8]). Pegawai
Diplomasi Iran ada mempelawa Almarhum Dato Fadhil Muhammad Nor (1937-2002)
bekas Presiden PAS mengubati dan merawat penyakitnya di Tehran, Iran
([9]). Ini menunjukkan beberapa perkara, pertama: terdapat usaha dari
golongan Syiah untuk menjalinkan hubungan dengan pemimpin politik Islam di
Malaysia; kedua: kehebatan pemimpin PAS sehingga disanjung dan dipandang
tinggi oleh orang Syiah; ketiga: kemungkinan ada hubungan baik antara Iran
dan PAS di Malaysia. Walaupun begitu pada pendapat penulis hubungan
tersebut bukanlah hubungan kerjasama untuk menyebarkan Syiah di Malaysia.
- Terdapat golongan
akademik yang terpengaruh dengan Syiah terdiri daripada pensyarah
universiti, kolej dan lain-lain di Malaysia. Ini memudahkan penyebaran ajaran
Syiah dalam masyarakat pelajar di Malaysia apatah lagi kerajaan Iran
memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia bagi melanjut atau
menyambung pengajian mereka di Iran dan Pakistan. Melalui majlis-majlis
ilmu yang diadakan di universiti atau pusat-pusat pengajian yang lain,
pensyarah dan guru-guru menyebarkan dakwah Syiah di majlis-majlis tersebut
yang turut dihadiri oleh ulama Syiah ([10]). Terdapat juga pensyarah yang
sengaja memberi assignment dan menugaskan pelajar mengkaji
dan menyelidik tentang Syiah, membuat ringkasan teks-teks ucapan pemimpin
Syiah dan seumpamanya agar mereka dapat mengenali Syiah dan terpengaruh
dengannya.
- Menyebarkan
pamplet, buku, dan majalah Syiah kepada orang ramai seperti majalah Fatimah dan majalah al-Quds ([11]). Buku-buku tentang Syiah
juga tidak ketinggalan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu seperti buku Nahju Al-Haq Wa Kasyfu As-Sidq yang
ditulis oleh penulis Syiah yang bernama al-Hasan Bin Yusuf al-Mutahhar
al-Hiliyy telah diterjemahkan oleh Lutfi Ibrahim ke dalam Bahasa Melayu
dan menjadi rujukan utama bagi pengikut Syiah di Malaysia ([12]). Penulis
buku tersebut terkenal dengan sifat khianat dalam meriwayatkan hadis
sebagaimana dinyatakan oleh Syah Abdul ‘Aziz Ghulam Hakim ad-Dahlawy
([13]).
Puak Syiah
Di Malaysia
Syiah telah
berpecah kepada pelbagai puak dan golongan. Puak dan kumpulan tersebut adalah
seperti berikut:
- Pertama: Syiah
Pelampau yang dikatakan oleh sesetengah orang telah pupus dan berakhir
pengaruhnya di dunia Islam. Apatah lagi Syiah yang ada sekarang tidak
mengaku yang mereka asalnya daripada Syiah pelampau tersebut.
- Kedua: Syiah
Ismailiyyah yang terdapat di India, Pakistan, timur dan selatan Afrika,
dan di buah beberapa negara Arab.
- Ketiga: Syiah
Imamiah atau Ithna ‘Asyariah yang tersebar di Iran, Iraq, Syria, Lubnan,
Kuwait, Bahrain, negara-negara Balkan, India, Pakistan, dan lain-lain lagi.
- Keempat: Syiah
Zaidiyyah yang tersebar di Yaman dan ia lebih cenderung dan hampir dengan
Ahli Sunnah Waljamaah ([14]).
Setiap kumpulan
Syiah yang tersebut di atas pula terbahagi dan berpecah kepada beberapa
kumpulan yang lain. Oleh itu, Syiah boleh dianggap antara kumpulan yang paling
banyak mazhab aliran dan merupakan mazhab tertua yang wujud selepas kebangkitan
Islam. Di Malaysia pula terdapat tiga kumpulan utama Syiah iaitu:
Pertama:
Syiah Ismailiyyah
Bahra Atau Tayyibiah (Syiah Taiyibi Daud Bohra) ([15]). Syiah ini pecahan
daripada Syiah Isma’iliah. Ia dikenali juga dengan nama Syiah Musta’liyah
kerana mengiktiraf al-Musta’ly dan keturunannya sebagai Imam mereka. Anak
Musta’ly bernama al-Tayyib, jadi golongan ini juga dinamakan Taiyibiah.
Golongan ini banyak di India dan Yaman. Mereka telah meninggalkan bidang
politik dan berkecimpung dalam bidang ekonomi (perniagaan). Orang India
menamakan dan mengenali mereka sebagai Bohrah yang bermaksud peniaga dalam
bahasa India lama. Imam Tayyib telah masuk al-Sitr (tempat persembunyian) pada
tahun 525 Hijrah dan menghilangkan diri sampailah sekarang. Begitu juga
keturunannya yang merupakan Imam-imam bagi golongan Syiah Tayyibiah tersembunyi
dan tidak diketahui tentangnya sehingga nama mereka pun tidak dapat diketahui
sampailah sekarang. Ulama-ulama mereka juga tidak tahu siapa imam-imam mereka.
Puak Syiah Bohrah ini berpecah kepada dua golongan iaitu:
- Bohrah
Sulaimaniyah yang dinisbahkan kepada pendakwah mereka yang bernama
Sulaiman Bin Hasan. Pusat bagi golongan ini ialah di Yaman sehinggalah ke
hari ini.
- Bohrah Daudiah
yang dinisbahkan kepada pendakwah mereka yang bernama Qutub Syah Daud.
Golongan ini terdapat di India dan Pakistan semenjak kurun ke sepuluh
hijrah lagi. Pendakwah-pendakwah golongan ini menetap di Bombay. Puak atau
golongan inilah tersebar ke Malaysia di kalangan pemilik kedai yang
dikenali sebagai Kedai Bombay. Terdapat tanah perkuburan dan masjid khas
untuk mereka. Pusat dakwah mereka ialah di daerah Klang. Pengikut golongan
ini dianggar lebih kurang 200 hingga 400 orang ([16]).
Kedua:
Syiah Ismailiyah
al-Agho Khoniyyah ([17]) (Syiah Ismailiyyah Agha Khan). Syiah ini juga pecahan
daripada Syiah Isma’iliah. Kumpulan Syiah ini muncul di Iran pada awal kurun ke
19 Masehi. Antara pendakwah-pendakwah mereka ialah:
- Hasan Ali Shah.
Dia dikenali sebagai Agha Khan Pertama. Pihak Inggeris telah
menggunakannya untuk mengetuai pemberontakan sebagai satu helah bagi
mereka menduduki Iran. Dia telah dibuang negeri ke Afghanistan, kemudian
dia menuju ke Bombay. Mati pada tahun 1881.
- Agho Ali. Dia
dikenali sabagai Agha Khan Kedua. Meninggal dunia pada tahun 1885.
- Muhammad
al-Husainy iaitu anak Agha Khan Kedua. Dia digelar Agha Khan Ketiga. Dia
tinggal di Eropah dan tenggelam dalam dunia hiburan dan keseronokan.
Apabila meninggal dunia pada tahun 1957, dia telah mewasiatkan cucunya
yang bernama Karim sebagai pengantinya. Ini bercanggah dengan ajaran
Ismailiyyah yang menetapkan penganti imam atau ketua mereka hendaklah anak
yang sulung.
- Karim digelar Agha
Khan Keempat. Mengantikan datuknya pada tahun 1957. Dia mendapat
pendidikan di Amerika Syarikat.
Kumpulan Syiah Agha
Khan ini tersebar dan terdapat di Nairoby, Darussalam, Zimbabwe, Moghadisu, Congo,
Balgiky, India, Pakistan, Syria dan pusat utama kepimpinannya ialah di Karachi.
Di Malaysia, kumpulan ini terdapat di Lembah Klang dari kalangan pemilik
kedai-kedai Peerbhai. Pengikut kumpulan ini tidak dapat diketahui jumlahnya
tetapi mengikut pendapat ia lebih sedikit daripada kumpulan Syiah yang pertama
([18]).
Ketiga:
Syiah Jaafariah
atau Imamiah Ithana ‘Asyariah. Kumpulan ini mula tersebar di Malaysia pada
tahun 1979 di kalangan tenaga pengajar di universiti-universiti di Malaysia
melalui buku-buku fahaman Syiah. Pengikut kumpulan ini telah menterjemah
beberapa buah buku fahaman Syiah ke dalam Bahasa Melayu. Bilangan pengikut
kumpulan ini di Malaysia mengikut sumber Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
antara 300 hingga 500 orang ([19]). Tetapi jumlahnya yang sebenar tidak dapat
diketahui dengan tepat.
Kumpulan Syiah
inilah yang paling masyhur di Malaysia. Oleh itu penulis akan menulis tentang
Syiah ini dan menerangkan kesesatan dan ciri-ciri ajaran sesat batiniah yang
terdapat padanya.
Sejarah
Ringkas Syiah Jaafariah Atau Syiah Imamiah Ithna ‘Ayariah
Syiah Jaafariah
atau Syiah Imamiah Ithna ‘Ayariah yang terkenal dengan pangilan Syiah
Imamiah muncul hasil dari percanggahan pendapat antara pengikut Syiah siapakah
yang layak menjadi imam mereka selepas kematian Imam Jaafar As-Sodiq. Antara
mereka ada yang mahu melantik anak sulung Imam Jaafar iaitu Ismail bin Jaafar
dan ada yang mahu melantik anaknya yang bernama Musa al-Kazhim bin Jaafar
kerana mengikut dakwaan mereka Imam Jaafar telah menyatakan Musa sebagai
pengantinya. Kumpulan yang melantik Ismail sebagai imam mereka dikenali selepas
itu dengan nama Syiah Ismailiah dan kumpulan yang melantik Jaafar pula dikenali
dengan nama Syiah Jaafariah nisbah kepada nama Jaafar.
Kumpulan Syiah ini
dinamakan Imamiah mengikut pendapat Imam al-’Asy’ari kerana pegangan dan
dakwaan mereka Imam Ali bin Abi Thalib dilantik oleh Rasulullah s.a.w sebagai
iman penganti selepas kewafatan baginda dengan cara ‘nas’ ([20]). Mengikut
pendapat lain mereka dikenali sebagai Syiah Imamiah Ithna ‘Ayariah kerana
pegangan mereka wajib terdapat imam di setiap zaman dan semua imam-imam
tersebut seramai dua belas orang mestilah dari keturunan Imam Ali bin Abi
Thalib ([21]). Mereka ialah:
- Abu Hasan Ali bin
Abi Thalib yang digelar al-Murtadha.
- Abu Muhammad Hasan
bin Ali yang digelar az-Zaky.
- Abu Abdullah
Husein bin Ali yang digelar Sayyid as-Syuhada’.
- Abu Muhammad Ali
bin Husein yang digelar Zainal Abidin.
- Abu Jaafar
Muhammad bin Ali yang digelar al-Baqir.
- Abu Abdullah
Jaafar bin Muhammad yang digelar as-Sodiq.
- Abu Ibrahim Musa
bin Jaafar yang digelar al-Kazhim.
- Abu Hasan Ali bin
Musa yang digelar ar-Redha.
- Abu Jaafar
Muhammad bin Ali yang digelar al-Jawwad.
- Abu Hasan Ali bin
Muhammad yang digelar al-Hady.
- Abu Muhammad
al-Hasan bin Ali yang dikenali sebagai al-’Askary
- Abu al-Qasim
Muhammad bin al-Hasan yang digelar al-Mahdy yang merupakan Imam yang kedua
belas ([22]).
Pengikut Syiah
Imamiah berpegang bahawa Imam mereka yang terakhir iaitu al-Mahdy telah masuk
ke dalam sardaba atau bilik bawah tanah dalam rumah
ayahnya dan terus ghaib hinggalah sekarang. Mereka bercanggah tentang umur
al-Mahdy semasa beliau ghaib. Ada yang berpendapat umurnya pada masa tersebut
ialah empat tahun dan ada yang berpendapat lapan tahun ([23]).
Kesesatan
Akidah Syiah Rafidhah
Syiah lahir sejak
masa kekhalifahan Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu ‘anhu dan dipelopori oleh
seorang Yahudi yang bernama Abdullah bin Saba’, beliau mengaku sebagai seorang
muslim, mencintai ahli Bait dan berlebihan dalam menyanjung Ali bin Abi Thalib,
dan pada akhirnya beliau mengangkatnya hingga ke tingkat ketuhanan.
Kemudian Syiah
berkembang biak menjadi berpuluh-puluh aliran, dengan berbagai macam ideologi
yang mereka ada-adakan dengan akal fikiran mereka sendiri. Dinamakan Rafidhah
kerana mereka menolak keimanan Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar. Dan
dalam pendapat lain kerana mereka menolak agama.
Beberapa
Akidah Mereka
- Akidah Bada’ iaitu
meyakini bahawa Allah s.w.t tidak mengetahui sesuatu sebelum terjadi.
Mereka mengatakan tidaklah Rasulullah s.a.w diutus kecuali diperintahkan
untuk mengharamkan khamr dan menetapkan sifat bada’. Bagaimana mungkin
mereka menisbatkan ketidaktahuan bagi Allah s.w.t padahal mereka meyakini
imam-imam mereka mengetahui sesuatu yang tersembunyi?
- Berkeyakinan
bahawa Allah s.w.t berjism (bertubuh seperti makhluk).
- Meniadakan
sebahagian dari sifat-sifat Allah s.w.t
- Mengatakan bahawa
Al-Quran adalah makhluk dan mengingkari akan melihat wujud Allah
s.w.t di akhirat dengan mata kepala, bahkan mereka mengatakan, barang
siapa yang menisbatkan kepada Allah s.w.t sebahagian sifat, seperti sifat
Allah s.w.t dapat dilihat, maka ia dihukumi murtad.
- Majoriti ahli
hadis Syiah berkeyakinan adanya perubahan dalam Al-Quran. Abu Ja’far
berkata: ‘Barang siapa yang mengaku telah mengumpulkan Al-Quran dan
membukukan seluruh isinya sebagaimana yang diturunkan oleh Allah s.w.t,
maka sesungguhnya ia seorang pendusta. Tidak ada yang mengumpulkan dan
yang menghafalkannya sebagaimana yang diturunkan Allah s.w.t, melainkan
Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu ‘anhu dan para imam sesudahnya.’ Jadi
pada hakikatnya mereka memiliki 2 Al-Quran, iaitu Al-Quran yang maklum dan
Al-Quran yang khusus bagi mereka, yang di antara isinya terdapat surah al
Wilayah.
- Akidah mereka juga
berpijak atas pencacian, pencelaan dan pengkafiran terhadap para Sahabat
Nabi.
Al-Majlisi
menyebutkan dalam bukunya bahawa Ali bin Husain berkata kepada hambanya:
‘Bagiku atas kamu hak pelayanan, ceritakan kepadaku tentang Abu Bakar dan Umar?
Maka ia menjawab: ‘Mereka berdua adalah kafir, dan orang yang cinta kepada
kedua-duanya termasuk kafir juga.’
Mereka juga
mengatakan bahawa semua sahabat sepeninggalan Rasulullah s.a.w keluar dari
Islam kecuali tiga orang iaitu al-Miqdad bin Aswad, Abu Dzar al-Ghifari dan
Salman al-Farisi. Tidak hanya itu, mereka juga melaknat dua sahabat Nabi yang
sangat mereka benci iaitu Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar. Bahkan
mendoakan keburukan kepada kedua-duanya dengan menamakan doa dua patung
Qurasy. [a]
[a] Kutipan
dari doanya: ‘Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang, ya Allah berikanlah selawat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya, ya
Allah laknatilah dua patung Qurasy, dua thaghut dan jibtnya dua pendusta dan pembohongnya dan kedua
anak perempuannya (maksudnya: ‘Aisyah dan Hafshah), kerana mereka telah
mengingkari perintah-Mu, mendustakan wahyu-Mu, tidak mensyukuri nikmat-nikmat-Mu,
bermaksiat kepada utusan-Mu, memutar balik agama-Mu, mengubah kitab-Mu,
mencintai musuh-musuh-Mu, mengingkari nikmat-nikmat-Mu, meninggalkan
hukum-hukum-Mu, membatalkan dan mengabaikan kewajiban-kewajiban-Mu, mengkufuri
ayat-ayat-Mu, memusuhi kekasih-Mu, berwala’ kepada musuh-musuh-Mu, memerangi
negara-negara-Mu dan membinasakan hamba-hamba-Mu...
- Syiah Rafidhah
mengaku bahawa para imam mereka ma’shum (terhindar dari kesalahan dan
dosa) serta mengetahui hal-hal yang ghaib. Bahkan mereka lebih utama
darjatnya dari pada para Nabi dan para Rasul.
- Mereka juga
meyakini akidah raj’ah,
iaitu keyakinan hidup kembali setelah kematian sebelum hari kiamat.
Kemudian akidah raj’ah ini mengalami perkembangan yang
sangat cepat sehingga mereka mengatakan bahawa semua orang Syiah bersama
para imamnya, musuh-musuhnya dan para pemimpinnya akan dihidupkan kembali.
Dan pada akhirnya akidah ini dijadikan sebagai sarana yang digunakan
kelompok Saba’iyyah (salah satu aliran Syiah) untuk mengingkari hari
kiamat.
- Membolehkan
untuk Taqiyah iaitu: Suatu ucapan atau perbuatan yang dilakukan
tidak sesuai dengan keyakinan, untuk menghindari bahaya yang mengancam
jiwa, harta, atau untuk menjaga kehormatan. Sebagaimana kedustaan mereka
terhadap Rasulullah s.a.w, mereka berangapan bahawa Rasulullah s.a.w juga
pernah bertaqiyah tatkala beliau mensolatkan Abdullah bin Ubay (gembong
munafik), kemudian Saiyidina Umar berkata kepada beliau tentang larangan
Allah untuk mensolatkan orang munafik, maka beliau menjawab: ‘Celakalah
engkau, tahukah engkau apa yang aku baca? Sesungguhnya aku mengucapkan:
‘Ya Allah, isilah mulutnya dengan api dan penuhilah kuburannya dengan api
dan masukkan dia dalam api.’
- Mereka juga
meyakini, bahawa tanah kuburan Husain sangat barakah. Mereka
menamakannya dengan istilah ath
Thinah. Mereka mengatakan bahawa tanah kuburan Husain adalah ubat
untuk segala penyakit, ia adalah ubat yang paling agung.
- Akidah Rafidhah
juga berpijak pada penghalalan harta dan jiwa ahli Sunnah Waljamaah. Lebih
daripada itu, mereka juga beranggapan bahawa kekufuran ahli Sunnah lebih
besar dari pada kekufuran orang-orang Yahudi dan Nasrani, disebabkan
orang-orang Yahudi dan Nasrani memang kafir asli, sedangkan ahli Sunnah,
mereka adalah murtad dari Islam. Oleh sebab itu, orang-orang Rafidhah
membantu orang-orang kafir di dalam peperangan melawan orang-orang Islam
sebagaimana yang disaksikan oleh sejarah.
- Mereka meyakini
bahawa nikah mut’ah adalah sebahagian dari agama.
Maka barang siapa yang mengamalkannya bermakna ia telah mengamalkan agama,
dan barangsiapa yang mengingkarinya bererti ia mengingkari agama, dan anak
yang dilahirkan dari hasil perkahwinan mut’ah lebih utama daripada anak yang
dilahirkan melalui nikah yang biasa. Dan yang mengingkari nikah mut’ah adalah kafir dan murtad. Mereka
berdalil dengan firman Allah surah an-Nisaa’ ayat 24. Mereka tidak
berhenti hanya di situ, bahkan mereka membolehkan mendatangi isteri pada
duburnya (anus). (na’udzubillaahi min dzaalik)
- Orang-orang Syiah
Rafidhah juga mempunyai tanah haram, sebagaimana Mekah dan Madinah bagi
kaum Muslimin. Tanah haram yang suci menurut mereka adalah
Kufah, Karbala dan Qum. Tanah Karbala menurut orang-orang
Syiah lebih utama daripada Kaabah.
- Menjadikan sepuluh
hari pertama sebagai upacara dan ratapan untuk mengenang kematian
Saiyidina Husain radhiyallaahu ‘anhu, dengan keyakinan bahawa ini
merupakan sarana pendekatan kepada Allah dan merupakan ajaran dari syiar
Islam.
- Meyakini tentang
Lauhul Fathimah, iaitu dakwaan mereka bahawa Jibril turun kepada Fathimah
untuk menyampaikan wahyu kepadanya.
- Rafidhah
beranggapan bahawa seluruh pemerintahan selain pemerintahan imam mereka
yang jumlahnya 12 dianggap tidak sah dan batal. Salah seorang daripada
mereka berkata kepada tiga khalifah iaitu Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina
Umar dan Saiyidina Utsman: ‘Bahawa mereka adalah para perompak kekuasaan,
pengkhianat, dan murtad dari agamanya, semoga laknat Allah kepada mereka,
dan orang-orang yang mengikutinya, disebabkan kezaliman yang dilakukannya
kepada keluarga Nabi dari generasi pertama dan sesudahnya.’
- Mereka juga
beranggapan bahawa sesiapa saja yang berhukum dengan keputusan yang telah
diberikan selain dari golongan mereka, bererti ia telah menerima
keputusannya taghut,
walaupun keputusannya benar berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah.
Aspek
Kesamaan Yahudi Dan Rafidhah
Yahudi
|
Rafidhah
|
Yang layak memimpin kekuasaan
adalah keluarga Daud ‘alaihissalam
|
Yang layak memimpin kekuasaan
adalah keturunan Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu ‘anhu (ahli bait).
|
Tak ada jihad di jalan Allah
sehingga al-Masih ad-Dajjal keluar dan pedang turun di tangan.
|
Tidak ada jihad di jalan
Allah sehingga Imam Mahdi (imam kedua belas mereka) keluar dan ada yang
memimpin dari langit.
|
Mengakhirkan solat sampai
munculnya bintang-bintang.
|
Mengakhirkan solat Maghrib
sampai munculnya bintang-bintang. (sedangkan hadis Rasulullah mengingkari
akan hal itu). Hadis itu ialah
sabda Rasulullah: ‘Umatku masih dalam keadaan fitrah, selama tidak
mengakhirkan solat Maghrib sampai munculnya bintang-bintang.’ (HR Ahmad 4/147, 5/417, 422 dan Abu
Daud 4/8 serta Ibnu Majjah dalam az Zawaid dengan sanad hasan.
|
Memutar balikkan isi
kandungan Taurat
|
Memutar balikkan isi
kandungan Al-Quran.
|
Tidak berpendapat bolehnya
mengusap al khuf (sepatu slop) waktu berwuduk.
|
Tidak berpendapat tentang
bolehnya mengusap al khuf waktu berwuduk.
|
Membenci Malaikat Jibril
‘alaihissalam. Mereka mengatakan ia musuh kami dari golongan Malaikat.
|
Malaikat Jibril ‘alaihissalam
salah alamat dan khianat ketika menyampaikan wahyu kepada Muhammad, yang
seharusnya orang yang berhak membawa risalah ini adalah Ali bin Abi Thalib.
|
Akan tetapi
orang-orang Yahudi dan Nashrani memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh
orang-orang Rafidhah, iaitu:
- Apabila
orang-orang Yahudi ditanya tentang siapa sebaik-baik pemeluk
agama kalian? Mereka menjawab para sahabat Nabi Musa ‘alaihissalam.
- Apabila
orang-orang Nashrani ditanya siapa sebaik-baik pemeluk
agama kalian? Mereka akan menjawab: ‘para sahabat setia Nabi Isa
‘alaihissalam.
- Tetapi, jika
orang-orang Rafidhah ditanya tentang siapa yang paling buruk dari pemeluk
agama kalian? Mereka akan menjawab: para sahabat Muhammad.
Demikianlah
pembohongan-pembohongan Syiah terhadap Allah dan Rasul-Nya. Mereka
menyembunyikan permusuhan dan kebencian kepada kita, mereka bahu membahu dengan
orang-orang Yahudi untuk menghancurkan kita, kerana mereka menganggap kafir
orang yang tidak berada dalam golongannya.
Syaikhul Islam
rahimahullah berkata: ‘Orang-orang Syiah tidak berinteraksi kepada seseorang
melainkan ia menggunakan kemunafikannya, kerana agama yang mereka yakini agama
yang rosak, mendorong untuk berbuat pembohongan, pengkhianatan, penipuan
terhadap orang, dan selalu mengharapkan keburukan kepada orang, mereka tidak
henti-hentinya menimbulkan kemudaratan, tidak meninggalkan keburukan selama
mampu melakukannya, mereka dibenci oleh orang yang belum mengenalinya, meskipun
orang tersebut tidak mengetahui dia adalah orang Syiah, disebabkan tanda-tanda
kemunafikannya nampak di muka mereka, dan kesalahan yang banyak dalam
ucapannya.’
Akidah
Syiah Rafidhah
Difahamkan terdapat
200 juta pengikut Syiah di seluruh dunia. Di Malaysia, anutan ini dipercayai
sedang berkembang. Untuk mengenali Syiah, perlu difahami bahawa ia terbahagi
kepada tiga golongan iaitu al-Tasyaiyu’, al- Mufadhdhila dan al-Rafidhah. Pada
asasnya, Syiah dianggap golongan yang memberikan wala’ (taat setia) melampau
kepada Saiyidina Ali bin Abi Talib serta keturunannya sekali gus menafikan
kemuliaan Khalifah Ar-Rasyidin yang lain iaitu Saiyidina Abu Bakar Assidiq,
Umar Al Khattab dan Saiyidina Usman Ibn Affan.
Turut termasuk
dalam kumpulan yang ditentang oleh Syiah ialah Saiyidatina A’isyah, iaitu
isteri kesayangan Rasulullah s.a.w sendiri. Selain itu ada juga telahan bahawa
penentangan ini bukan sekadar membenci, malah sampai ke tahap kafir mengkafir.
Namun, daripada tiga golongan Syiah ini, hanya al-Rafidhah yang menolak
Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan Saiyidina Usman.
Al-Tasyaiyu’ pula
adalah golongan yang bersimpati dan menyebelahi Saiyidina Ali dalam Perang
Siffin antara Ali dengan Muawiyah bin Abi Sufyan pada 657 Masehi. Rasa simpati
ini turut berkait dengan peristiwa Karbala yang berlaku pada 10 Muharam tahun
61 Hijrah (680 Masehi) apabila anak Saiyidina Ali, iaitu Saiyidina Husain
diserang dan dibunuh oleh tentera Yazid bin Muawiyah di Karbala, Iraq. Sejak
itu, pada setiap 10 Muharram, penganut Syiah akan melakukan upacara memukul
diri sendiri dengan qamezani iaitu sejenis pisau seakan-akan pedang
atau rantai besi sebagai tanda meratapi pembunuhan Saiyidina Husain dengan
kejam pada tarikh tersebut.
Al-Mufadhdhila
pula, meskipun mereka meletakkan kedudukan Saiyidina Ali dan keturunannya lebih
mulia dan lebih tinggi daripada sahabat lain, namun mereka tetap mengiktiraf
kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Usman. Mereka juga tidak sampai mencela
sahabat-sahabat kesayangan Rasulullah s.a.w itu. Daripada tiga golongan ini,
hanya al-Rafidhah sahaja yang secara terang-terangan menafikan kekhalifahan
Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan Saiyidina Usman kerana mereka
menganggap, selepas kewafatan Rasulullah, orang yang layak menggantikan baginda
ialah Saiyidina Ali, diikuti keturunannya.
Ini sekali gus
menyebabkan timbul tanggapan kononnya pelantikan mereka yang selain Saiyidina
Ali dan keturunannya adalah salah dan mereka yang mematuhinya didakwa sesat.
Meskipun Syiah lebih cenderung untuk dikaitkan dengan Saiyidina Ali dan
keturunannya, namun kewujudan Syiah dikatakan lebih dahulu daripada itu. Malah
ada versi yang mengaitkan kewujudan kumpulan itu dengan Abdullah bin Saba’,
seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam dengan misi mahu menghancurkan
Islam dari dalam (munafik). Namun, Abdullah bin Saba’ hanya seorang individu
dan ini bukan faktor yang kuat bagi perkembangan Syiah hingga ke hari ini.
Faktor lain yang
lebih kuat ialah kaitannya dengan sejarah Parsi sehingga melahirkan negara
Syiah, Iran yang paling kuat pada masa ini. Kegemilangan empayar Parsi berakhir
pada era pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Orang Parsi yang sebelum itu
beragama Majusi (Zoroastrian) mulai menerima Islam antara 637 hingga 651
Masehi. Meskipun ramai yang ikhlas memeluk Islam, namun ada juga yang
berdendam. Ada versi mendakwa mereka yang berdendam ini mendalangi misi
pembunuhan Saiyidina Umar selain mencetuskan bibit kebencian sehingga terjadi
pembunuhan Saiyidina Usman.
Misi membalas
dendam ini dikatakan diatur bersama kumpulan Abdullah bin Saba’. Ketika
Saiyidina Ali mengambil alih tampuk pemerintahan, berlaku kekecohan dalam
menentukan siasatan dan hukuman terhadap pembunuh Saiyidina Usman. Kumpulan
diketuai Saiyidina Ali berpendapat, kekecohan perlu diredakan segera, kemudian
barulah siasatan dilakukan untuk menjejak pembunuh Usman. Namun kumpulan yang
kedua diketuai Muawiyah, Gabenor Syria pada masa itu sebaliknya mahu pembunuh
Usman segera dihukum, barulah umat Islam dapat disatukan.
Pertelingkahan ini
akhirnya membawa kepada Perang Jamal dan Perang Siffin, perang saudara yang
terawal berlaku dalam Islam. Kumpulan dari Parsi ini bersungguh-sungguh
menyokong kumpulan Saiyidina Ali kerana putera baginda, Husain berkahwin dengan
puteri Parsi, Syahr Banu. Demikianlah dikatakan pertalian awal antara Syiah
dengan pewaris empayar Parsi bermula.
Di negara negara
kita Malaysia, ajaran Syiah boleh diamalkan namun tidak boleh disebarkan.
Bagaimanapun hakikatnya, ia sedang berkembang sehingga mencetuskan kebimbangan
pihak berkuasa dan kumpulan pendokong Sunnah Waljamaah yang sejak sekian lama
menjadi anutan rakyat Malaysia.
Apa Yang
Tidak Kena Dengan Syiah?
Syiah di peringkat
global kini telah menjadi satu agenda Yahudi untuk melumpuhkan kesatuan dan
kekuatan Islam. Yahudi berselindung di sebalik Syiah kerana fahaman ini
bertentangan dengan ajaran Islam sebenar iaitu Ahli Sunnah Waljamaah.
Permainan Yahudi
terlalu licik, pakar strategi mereka sangat bijak menggerakkan agenda untuk
memerangi Islam dari dalam dengan memperalatkan Syiah. Perkara ini menjadi
mudah kerana permainan politik dalam kalangan sesetengah pemimpin di Asia Barat
yang lebih mementingkan kelangsungan fahaman Syiah berbanding Islam seluruhnya.
Kelicikan itu membuatkan bukan sahaja dalam kalangan orang Islam yang biasa
malah ulama besar seperti Dr. Yusuf al-Qardawi pernah terpedaya dan menyokong
perjuangan Syiah tidak lama dulu.
Pengaruh hebat
ulama itu dimanfaatkan apabila Dr. Yusuf Qardawi tidak sedar memberikan
pengiktirafan dan sokongan kepada Syiah yang merupakan agenda Yahudi. Misalnya
pada tahun 2006 beliau memberi sokongan kepada pergerakan Hizbollah pimpinan
Hassan Nasrallah di Lebanon untuk melawan tentera zionis Israel. Hizbollah
adalah pergerakan Syiah yang diketuai oleh Hassan Nasrallah, tokoh Syiah yang
sangat dikagumi. Tetapi apakah yang berlaku di Syria apabila pemimpin diktator
Presiden Bashar Assad membunuh penentangnya dalam kalangan Ahli Sunnah Wal
Jamaah dalam kebangkitan rakyat yang berlarutan hingga sekarang?
Teori mengaitkan
perjuangan Syiah dengan Yahudi boleh dibuktikan apabila Hassan Nasrallah
menghantar beribu-ribu pejuang Hizbollah ke Syria untuk membantu Bashar Assad
memerangi orang Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beberapa egensi berita
antarabangsa melaporkan sasaran Bashar Assad adalah penduduk dan pejuang Ahli
Sunnah Waljamaah. Ini menunjukkan perjuangan Hizbollah selari dengan Amerika
Syarikat yang sejak awal lagi menyokong Bashar Assad. Siapa yang menentukan
dasar luar negara Amerika Syarikat kalau bukan kalangan pelobi dan pembiaya
Yahudi? Sama ada Presiden Barack Obama atau sebelumnya, dasar luar Amerika
Syarikat tidak pernah berubah selagi pelobi dan pembiaya dalam kempen pilihan
raya presiden adalah Yahudi.
Kerana itu di
peringkat global Syiah memberikan ancaman yang sangat besar kepada Islam. Syiah
kini sudah berada dalam lingkungan geopolitik antarabangsa apabila Iran, negara
yang menjadi tunggak fahaman Syiah. Iran menyokong Presiden Bashar Assad
membunuh pejuang Ahli Sunnah Waljamaah. Sokongan ini selari pula dengan Rusia
dalam isu Syria malah hubungan rapat Iran dengan Rusia bukan menjadi rahsia
lagi.
Di negara ini isu
mengenai Syiah sentiasa dibangkitkan dan baru-baru ini kembali hangat apabila
kerajaan negeri Kedah menjadi negeri pertama yang mengharamkan fahaman
tersebut. Mengikut statistik terbaru, dianggarkan tidak kurang 250,000 penganut
fahaman itu di negara ini dan yang paling membimbangkan penyebarannya bukan
lagi secara tertutup seperti sebelum ini. Malah di Kedah sendiri ada persatuan
Syiah.
Walaupun begitu ada
pihak menganggap ancaman Syiah di negara ini tidak membimbangkan memandangkan
kerajaan berjaya membanteras kumpulan Al-Arqam tidak lama dulu. Ketika
dibanteras, Al-Arqam sebuah pergerakan yang mempunyai pengaruh dalam kalangan
masyarakat tempatan. Maka kejayaan menghapuskan Al-Arqam dijadikan sandaran
untuk mendepani Syiah yang menular pesat ketika ini.
Benarkah Syiah
tidak memberikan ancaman dan pendekatan memerangi Al- Arqam boleh digunakan
untuk memerangi Syiah? Sebenarnya Syiah dan Al-Arqam sangat berbeza dari segi
pengaruh di peringkat antarabangsa. Al-Arqam sebuah pergerakan yang bersifat
domestik dan tidak didokong oleh mana-mana negara. Sementara pusat penyebaran
Syiah bukan di negara ini tetapi di Iran yang menjadi satu-satunya negara yang
mengamalkan fahaman Syiah dan membantu meluaskan pengaruh Syiah di seluruh
dunia. Buktinya ada pihak mengakui bahawa sesetengah pelajar yang dihantar ke
Iran suatu ketika dahulu menjadi pemangkin penyebaran Syiah di negara ini.
Pengaruh Syiah di
peringkat antarabangsa melonjak selepas kejayaan Revolusi Islam 1979
menggulingkan pemimpin monarki Shah Mohamad Reza daripada Dinasti Pahlavi.
Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Khomeini menjadi pemimpin agung Syiah di
Iran. Selepas lenyapnya sistem monarki, Iran muncul sebagai negara Syiah yang
hebat kerana berjaya menggulingkan raja yang menjadi boneka Amerika Syarikat
dan Britain. Dalam konteks ini Syiah memang dipuji dan menjadi jenama
perjuangan Islam menentang penguasaan Barat di Iran. Tetapi yang tidak baiknya
Syiah memusuhi orang Islam yang tidak sealiran dengannya.
Ketika ini
dianggarkan 70 juta atau 95 peratus daripada populasi penganut Islam di Iran
adalah Syiah. Ini bermakna 40 peratus daripada taburan penganut fahaman Syiah
berada di Iran dan angka ini adalah sangat besar. Dalam konteks ini kita mesti
melihat Iran daripada pelbagai sudut, bukan sahaja sebuah negara Islam yang
kelihatan lantang menentang kuasa besar seperti Amerika Syarikat. Tetapi di
sebalik itu kenapa Iran tidak diserang walaupun Amerika Syarikat mendakwa Iran
membangunkan senjata nuklear?
Kenapa Amerika
Syarikat begitu pantas mengambil keputusan menyerang Afghanistan dan Iraq? Iraq
yang belum dibuktikan membangunkan loji senjata nuklear telah dimusnahkan oleh
Amerika Syarikat dan pemimpinnya, Saddam Hussein yang anti Syiah dibunuh.
Apa yang berlaku di
negara kita hari ini ini telah lama diperangi oleh bekas Presiden Iraq, Saddam
Hussein. Malah beberapa negara di Asia Barat juga memerangi Syiah tetapi yang
kelihatan negara berkenaan seolah-olah memusuhi Iran yang menonjol sebagai penentang
utama Barat. Tindakan radikal Saddam menghapuskan penganut Syiah dengan gas
beracun memang melampau dan tidak berperikemanusiaan. Tetapi apakah pemimpin
Iran lebih berperikemanusiaan membantu Bashar Assad?
Iraq diserang
kerana negara itu bukan negara Syiah seperti Iran yang Yahudi mempunyai
kepentingan untuk melemahkan negara Islam. Tetapi selepas tumpasnya Saddam dan
muncul pemimpin boneka Amerika Syarikat di Iraq, Syiah kembali berkembang
pesat. Statistik terkini menunjukkan 22 juta penganut Syiah atau 65 peratus
daripada populasi penganut Islam di negara berkenaan. Maka ada benarnya bahawa
Syiah menjadi ancaman kepada Islam dan menyumbang kepada kepentingan Yahudi.
Mungkin pemimpin Syiah tidak sedar tetapi Yahudi telah mengaut keuntungan
daripadanya.
Pengaruh Revolusi Syiah
Revolusi Iran
kira-kira 34 tahun lalu menggoncang dunia. Kuasa besar Barat terpinga-pinga
dengan pengaruh pemimpin Syiah, Ayatollah Khomeini dan bagaimana beliau
menjatuhkan kerajaan Reza Shah Pahlevi, yang disokong Amerika Syarikat. Gerakan
Islam sedunia bagaikan mendapat semangat baru. Di Malaysia, Datuk Seri Anwar
Ibrahim mengetuai delegasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berjumpa
Khomeini.
Pulang ke Malaysia,
Anwar isytiharkan sambutan ‘Hari Pembebasan dan Perpaduan Iran’ pada 16 Mac
1979. PAS tidak ketinggalan. Pemimpinnya, Mohamed Sabu menggunakan retorik
tokoh Syiah itu dalam ucapan dan ceramahnya. Mereka juga mempengaruhi gerakan
pelajar Islam, terutama di sekolah agama dan pondok, untuk menentang kerajaan
menggunakan revolusi di Iran sebagai contoh.
Rencana Harakah (31 Disember 1999) memuji Khomeini
sebagai wira dan ‘role model’ untuk PAS. Malah, ada dakwaan seorang ulama PAS
dilantik duta khas Khomeini untuk Asia Tenggara dan risalah ucapan pemimpin
Syiah itu diedar di masjid sekitar Kuala Lumpur (Baca Shanti Nair, Islam in Malaysian Foreign Policy, ISEAS 1997).
Pada Muktamar PAS
1983, Presidennya, Yusof Rawa berucap: “Kejayaan revolusi Islam di Iran
menambah lagi keyakinan kita terhadap kejayaan Islam masa hadapan. Kita
mestilah mempelajari daripada kejayaan umat Islam di Iran untuk meningkatkan
keupayaan dan kebolehan kita untuk berjuang.” Yusof Rawa menyaksikan sendiri
bibit-bibit revolusi kerana ketika itu, beliau adalah Duta Malaysia ke Iran,
Turki dan Afghanistan.
Kebetulan,
perkembangan di Pakistan yang menyaksikan kemunculan Jeneral Zia ul-Haq (yang
memperkenalkan hudud dan cukai cara Islam) dan gerakan Islam menentang kerajaan
Anwar Sadat di Mesir turut memberi kesan ke atas PAS sehingga muncul kumpulan
pemimpin muda yang berlainan pembawaan berbanding pemimpin terdahulu seperti Dr
Burhanuddin al-Helmy dan Tan Sri Asri Muda. Selain Yusof Rawa, paling
menonjol ialah Datuk Nik Aziz Nik Mat dan beberapa pemimpin ABIM-PAS, seperti
Datuk Fadzil Noor, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nakhaie Ahmad dan Syed
Ibrahim Syed Abdul Rahman.
Sebagai Presiden
(1983-89), Yusof Rawa membawa pendekatan baru, menyusun organisasi parti dan
membuka ruang kepada ulama menguasai PAS. Beliau mempelopori konsep ‘kepemimpinan
ulama’, memperkenalkan Majlis Syura dan jawatan Mursyidul Am, yang dipegangnya
sendiri. Menurut Badlihisham Mohamad Nasir: “Imej PAS dikatakan
seolah-olah berubah mengikut rentak kepemimpinan ala-Syiah di Iran yang
memberikan status yang amat tinggi kepada ulama.” (Tamadun, Ogos 1999).
Apabila Jaafar
Nimeiri melancarkan revolusi Islam di Sudan pada 8 September 1983, Yusof Rawa
mencadangkan penubuhan negara Islam di Malaysia mengikut acuan revolusi Iran.
Menurut Dr Farish A Noor, di bawah kepemimpinan Yusof Rawa dan kumpulan muda,
PAS bersikap lebih militan dan berkonfrontasi ala gerakan radikal Mesir seperti
Tanzim al-Jihad dan Takfir wa’l-Hijrah.
Tanzim al-Jihad
(atau Jama’ah al-Islamiyyah) dipimpin personaliti Ikhwanul Muslimin seperti
Muhamad Abdul al-Salam Faraj, Abbud al-Zumur dan Khalid Islambuli, semuanya
pengikut Khomeini, Syed Qutb dan Sheikh Umar Abdul al-Rahman, yang membenarkan
pembunuhan orang awam Islam atas nama jihad.
Takfir wa’l-Hijrah
(atau Jama’ah al-Muslimin) dipimpin Ahmad Shukri Mustafa, juga pengikut Syed
Qutb, dan sering menggunakan takfir sebagai senjata politik. Kumpulan ini
menganggap selain ahli mereka, orang lain adalah kotor dan berdosa. (Islam
Embedded Vol 2, MSRI Kuala
Lumpur, 2004). Tidak terbabit ialah Imam Hassan al-Banna, Sheikh Ahmad Yasin
atau Fathi Yakan.
Sejak itulah, PAS
dilihat mengambil pendekatan politik yang semakin keras. Pemimpin mereka sering
melabel orang lain sebagai kafir, asabiyyah,
munafiqin, mustazaffin dan
syirik. Kemuncaknya ialah Amanat Haji Hadi pada 1982 yang menuduh UMNO kafir.
Hadi juga menulis buku bertajuk Hizbullah
dan Hisbussyaitan manakala
Ibrahim Libya mahu berjihad menumbangkan kerajaan yang dianggap sekular dan
munafik menggunakan revolusi Syiah sebagai model. (Baca Perisai Memali oleh CN Afghani, Baling, 1997)
Pengaruh
Syiah
Revolusi Iran
akhirnya menghadapi masalah dalaman dan luaran. Mereka yang dianggap musuh
kerajaan Syiah dipenjara atau dibunuh, tokoh akademik dibuang kerja dan parti
politik seperti Tudeh diharamkan. Khomeini melancarkan perang dengan Iraq
antara 1982-1988 sehingga menghancurkan kedua-dua negara. Ramai pemimpin dan
tokoh revolusi yang kemudian membantah pemusatan kuasa ulama, kerakusan
Khomeini dan kekejaman Syiah letak jawatan (Perdana Menteri Mehdi Bazargan),
meninggalkan negara (Presiden Bani-Sadr), dibuang negara (Ayatollah Muhammad
Kazim Shariatmadari,) atau dibunuh (Sadeq Gobtzadeh).
Hari ini, PAS
secara terbuka menolak pengaruh Syiah tetapi sekitar 35 tahun lalu, tokoh yang
berani membangkitkan bahaya kesan revolusi Iran dan sikap Syiah dalam kalangan
kepemimpinan parti seperti Abu Bakar Hamzah, Asri Muda dan Dato’ Nakhaie Ahmad
telah disingkirkan. Kata Abu Bakar, yang dipecat pada 1986: “Memang perangai
orang PAS sekarang ini suka mentakfirkan orang lain, suka pulau memulau, suka
rasa dirinya saja yang beriman dan bertakwa, sedangkan orang lain adalah kafir
belaka. Perangai biadab seperti ini berleluasa dalam PAS dan ayatollah-nya gagal membendung perangai
jahiliah beginilah yang akan meruntuhkan perjuangan PAS.” (Mingguan Islam,
17 Jun 1988)
Gerakan
Syiah Dalam PAS Bukan Persepsi
Presiden PAS, Datuk
Seri Hadi Awang tidak menolak adanya penganut Syiah dalam jemaahnya. Dalam satu
ceramah, beliau berkata: “PAS terbuka kepada semua orang, bukan saja Mazhab
Syafie. (Orang) Mazhab Hanafi, Hambali, Wahabbi, Syiah, Khawarij pun masuk
PAS.” Jika benar pun ada pemimpin PAS yang menganut ajaran Syiah, mereka pasti
tidak mengaku.
Sikap ini dipanggil takiyyah (munafik, berbohong) dan diamalkan
penganut Syiah untuk melindungi diri dan membolehkan mereka terus mengamal dan
menyebar pengaruh dalam kalangan umat Islam di negara ini, yang majoritinya
beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu enggan
menjawab kerana anggap soalan itu perangkap media, manakala Naib Presiden PAS,
Datuk Mahfuz Omar pula beri jawapan bodoh.
Namun, tidak sukar
untuk kita mengenali siapa antara pemimpin tinggi PAS yang dipercayai penganut
Syiah. Menurut ramai guru pondok dan pengikut PAS sendiri, ia berdasarkan
pengucapan, amalan dan tindakan individu berkenaan. Beliau sering
mengagung-agungkan pemimpin Syiah seperti Hassan Nasrullah, Sheikh Ahmad Yasin
dan gerakan seperti Hizbullah dan rejim Bashar al-Assad juga Hassan al-Banna,
Kalim Siddiqui, Ali Shariati dan Fathi Yakan. Selain melawat Lubnan, Iran, Iraq
dan Syria, individu ini juga sering mengagung-agungkan kejayaan Iran dan
membela Syiah dalam ceramahnya. Kata mereka, hakikat individu ini menjadi
pemimpin tinggi PAS juga disebabkan sokongan golongan Syiah dalam PAS.
Dalam satu
wawancara pada Jun 2011, pemimpin ini akui kagum dengan gerakan dan kejayaan
Revolusi Ayatollah Khomeini ketika menyertai PAS sekitar 1978-1979. Beliau juga
akui mempelajari falsafah, cara dan mendalami semangat beberapa pemimpin
politik yang beliau sanjungi tanpa sedar mereka adalah Syiah.
“Bagi saya bukan
melihat pemahaman, anutan dan sebagainya dan kadang-kadang saya tidak tahu apa
pegangan dan anutan mereka tetapi saya melihat dari sudut kepemimpinan. Inilah
sikap saya, tidak langsung melihatnya dari sudut latar belakang mazhab mereka.”
Namun, pemimpin ini mengelak menjawab sama ada beliau Syiah atau tidak.
Bila dicabar oleh
Datuk Mukhriz Mahathir untuk tampil menjelaskan secara ikhlas dan telus
mengenai pembabitannya dalam fahaman Syiah, beliau juga tidak
menjawab. Pemimpin Syiah dalam PAS juga adalah mereka yang menolak
penyatuan dengan UMNO yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka
dikatakan mula bergerak sejak 1980-an, apabila mengikuti lawatan tajaan ke Iran
dan Pakistan. Pada 1987, seramai 300 penganut Syiah berkumpul di Kota Bharu
atas nama seminar haji. Dewan seminar penuh dengan gambar dan risalah Khomeini.
Ini segera diikuti satu lagi seminar di Dewan Bahasa dan Pustaka, yang mana
antara resolusi yang diluluskan ialah menzahirkan ketaatan kepada pemimpin
revolusi Iran itu selain menggesa Haramain ditadbir oleh Badan Islam
Antarabangsa.
Mulai 1987, buku
Syiah dan pelbagai risalah yang memuatkan ucapan Khomeini tersebar luas. Dalam
memperingati Hari Quds Antarabangsa, perutusan Khomeini disampaikan yang
mempertahan akidah Syiah.
Kini, ajaran Syiah
mudah diakses melalui internet. Lagu dan hujah pemimpin Syiah boleh diikuti di
YouTube. Bilangan pengikut Syiah di Malaysia hari ini dianggarkan ratusan ribu
orang, termasuk pensyarah universiti. Walaupun pihak kerajaan masih mencari
bukti pengaruh Syiah di institusi pengajian tinggi, Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) adalah antara IPTA yang mempunyai sel Syiah yang aktif.
Rujukan:
- ([1]) Bahagian
Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman
Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 131.
- ([2]) Tuan
Che Mat bin Che min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam
koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi,
Kementerian Hal Ehwal Ugama Negeri Brunei Darussalam, Ajaran Sesat:
Kemunculan, Bahayanya, Pemulihannya, Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama
Negeri Brunei Darussalam, ctk 1, 1994, ms 99-101.
- ([3]) Bahagian
Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman
Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.
- ([4]) Tuan Hj
Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam
Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi,
Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat:
Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 101.
- ([5]) Tuan Hj
Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi
Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi,
Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat:
Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 98.
- ([6]) Bahagian
Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman
Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.
- ([7]) Tuan Hj
Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam
Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi,
Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat:
Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 98-102.
- ([8]) Tuan Hj
Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam
Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi,
Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat:
Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 98-102.
- ([9]) Subky
Abd Latif, Fadhil Noor: Dia Guru… Dia Kawan, Kuala Lumpur, Penerbitan
al-Azim SDN BHD, ctk 1, 2003, ms 30.
- ([10]) Tuan
Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam
Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi,
Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat:
Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 98-102.
- ([11]) Tuan
Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam
Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi,
Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat:
Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 101-102.
- ([12]) Buku
tersebut dalam Bahasa Melayu bertajuk Minhaj Kebenaran Dan
Pendedahan, oleh Al-Hasan Bin Yusuf al-Mutahhar al-Hiliyy, terjemahan:
Lutpi Ibrahim. 1993.
- ([13]) Syah
Abdul ‘Aziz Ghulam Hakim ad-Dahlawy, Mukhtasor At-Tuhfati Al-Ithnai
‘Asyariah, op.cit., ms 167.
- ([14]) Mahmud
Salim Ubaidaat, Tarikh al-Firaq wa ‘Aqaidiha, op. cit., ms 42.
- ([15]) Sila
lihat: An-Nadwah Al-’Alamiah Li Asy-Syabab Al-Islamy, al-Mausu’ah
al-Muyassarah fi al-Adyaan wa al-Mazahib al-Mu’asirah, Riadh, al-Mamlakah
al-’Arabiyah as-Sa’udiyyah, ctk 2, 1409 Hijrah/1989 Masehi, ms 48
- ([16]) Bahagian
Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman
Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.
- ([17]) Sila
lihat: An-Nadwah Al-’Alamiah Li asy-Syabab al-Islamy, al-Mausu’ah
al-Muyassarah fi al-Adyaan wa al-Mazahib al-Mu’asirah, Riadh, al-Mamlakah
al-’Arabiyah as-Sa’udiyyah, ctk 2, 1409 Hijrah/1989 Masehi, ms 51.
- ([18]) Bahagian
Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman
Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.
- ([19]) Bahagian
Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman
Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.
- ([20]) Abi
al-Hasan Ali bin Ismail al-’Asy’ary (meninggal dunia 330
Hijrah), Maqolaat al-Islamiyyiin Wa Ikhtilaf al-Musolliin, tahkik:
Mohammad Mahyudin bin Abdul Hamid, Maktabah al-’Asriyyah, t.ctk, 1411
Hijrah/1990 Masehi, juz 1, ms 89.
- ([21]) Abdul
Rahman bin Muhammad bin Khaldun (732-808 Hijrah), Muqaddimah Ibni
Khaldun, op. cit., ms 151.
- ([22]) Muhammad
Redha al-Muzhaffar, Aqoid al-Imamiyyah, Beirut, Muassasah al-Imam
al-Husein, ctk 10, 1417 Hijrah/1997 Masehi, ms 70.
- ([23]) Muhammad
Abu Zahrah, Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah, Qoherah, Darul al-Fikr
al-’Araby, t. ctk., 1996, ms 48.
walau tulisan ini dah lama tapi baru ini aku terbaca,artikel ini ada satu tulisan fitnah dan mendapat ilham dari syaitan,penulis ini menulis dengan pen uh sangkaan buruk dan fitnah jahat,semoga dia akan di musnahkan krn dia akan merosakkan akidah org islam,nauzubillah
BalasPadamArtikel.diatas ada unsur kebenaran walau bukan semuanya benar.
PadamKesesatan dan kekufuran syiah adalah jelas,
Pengaruh khomeini juga meresap kuat dalam tubuh kepimpinan pas tapi bukan semua.
Syiah sukar dikesan kerana konsep takiyyah nya(berpura islam dan sunni).tetapi jika.kita menghalusi ucapan atau tulisan sebahgian pemimpin pas dengan.mata hati maka kita akan sadar ada yang menyelitkan.unsur.penerimaan kpd syiah.
Mereka biasa akan mula.masukkan jarum.dengan mengatakan.syiah adalah sebuah mazhab dalam islam.
Padahal wajar kita tahu syiah bukanlah mazhab bahkan.adalah manhaj akidah.
Mereka akan masukkan.jarum dengan kata iran dan hizbullaat menentang amerika israel padahal iran hizbullat itulah.kawanan yahudi.
Jarum syiah di benam ke minda kita sedikit demi sedikit tanpa kita sadar.ini permainan dajjal laknatullah.kerana dajjal sememangnya akan keluar dengan.diiringi 70ribu isfahan iran siap dengan selendangnya.
Bismillahirrahmanirrahim
BalasPadamAl-Azhar’s historic fatwa on Shias
October 14, 2016
SHAFAQNA IN COLLABORATION WITH THE WORLD SHIA FORUM – The following is the transcript of an interview which was conducted with al-Azhar’s most senior authority: Dr. Ahmad al-Tayyib with Al Neel Egyptian TV channel.
In the interview Dr al-Tayyib rejects the notion of takfir in reference to Shia Islam, asserting the school of thought legitimate place within Islam’s schools of thoughts. Dr al-Tayyib’s courageous stand stands in opposition to Wahhabism, which dogma has ambitionned to outlaw Shia Islam for it recognises the authority of the AhlulBayt over that of their clerics.
Q. In your opinion, isn’t there any problem in Shia Beliefs?
A. Never, 50 years ago Shaikh Mahmood Shaltoot, the then Chancellor of Al Azhar, had issued a fatwa that Shia School is the fifth Islamic School and as like as the other schools.
Q. Our children are embracing Shia Islam, what should we do?
A. Let them convert and to embrace Shia School. If someone leaves Maliki or Hanafi Sect, do we criticize him? These children are just leaving fourth school and join the fifth.
Q. The Shias are becoming relatives with us and they are getting married with our children?
A. What is wrong with this, marriage between religions is allowed.
Q. It is said that the Shias have a different Quran?
A. These are the myths and superstitions of the elderly women. Shia Quran has no any difference with ours, and even the script of their Quran is like our alphabet.
Q. 23 clerics of a country (Saudi Arabia) issued a fatwa that the Shia are infidels, heretics (Kafirs)?
A. Al-Azhar is the only authority to issue fatwa for Muslims; therefore the above said fatwa is invalid and unreliable.
Q. So what does the difference – being raised between the Shia and the Sunni – mean?
A. These differences are the part of the policies of foreign powers who seek conflict between The Shia and the Sunni.
Q. I have a very serious question that “the Shia do not accept Abu Bakr and Umar, how you can say they are Muslims?
A. Yes, they do not accept them. But is the belief in Abu Bakr and Umar a part of the principles of Islam? The story of Abu Bakr and Umar is historic and history has nothing to do with fundamentals of the beliefs.
Q. (The reporter surprised by the response, asks) Shia has a fundamental problem and that is ”they say that their Imam the time (امام العصر) is still alive after 1,000 years”
A. He may be alive, why is it not possible? But there is no reason that we – as Sunni – should believe just like them.
Q. (Referring to Imam Mohammad Taqi al-Jawad AS, (the 9th Imam of Shias) the reporter asked) The Shias believe that one of their Imams was just eight-year old when he became Imam; is it possible that an eight-year-old child be the Imam?
A. If an infant in a cradle can be a prophet (Issa AS), then why an eight-year-old child can not be the Imam? It is not strange. Although we may not accept this belief as we are Sunni. However, this belief does not harm their Islam, and they are Muslims.