Khamis, 27 Disember 2012

BIODATA PENGARANG


SYED MAHADZIR BIN SYED IBRAHIM





SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM atau nama penanya SMAHADZIR dan SMSI dilahirkan pada 22 Januari 1961 di Sungai Tawar, Kedah. Beliau memulakan alam persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Tawar, Baling, Kedah, Sekolah Kebangsaan Kota Bukit, Sik, Kedah, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah, Institut Teknologi Mara (ITM) - Diploma Kajian Reka Bentuk dan Universiti Putera Malaysia – Ijazah Sarjana Muda Linguistik.

Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan di Jabatan Perhubungan Awam, Lembaga Letrik Negara, Pengurus Editorial di Food and Agriculture of Organization (FAO) of United Nation, Editor dan Pengurus Editorial di beberapa buah syarikat penerbitan dan kini merupakan Ketua Fasilitator Program Penghayatan Sastera & Budaya (PPSB)/PLKN, anjuran Dewan Bahasa Pustaka dengan kerjasama Jabatan Latihan Khidmat Negara, Exco Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, mantan Setiausaha Persatuan Penulis Dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI) dan Setiausaha Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Kuala Langat (PESAT). Selain itu beliau juga merupakan Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Sepak Takraw Daerah Kuala Langat (PENYENGAT), Selangor.

Sebagai seorang yang aktif dalam bidang budaya, beliau sering dijemput sebagai hakim dalam pertandingan mendeklamasi puisi, syarahan, bercerita, tarian tradisional, teater, nyanyian lagu-lagu asli, nyanyian lagu-lagu patriotik, pantun dan juga nyanyian lagu-lagu irama Malaysia peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan. Selain itu beliau juga merupakan tenaga pengajar puisi tradisional (pantun, syair, nazam, gurindam, seloka) di kem-kem Latihan Khidmat Negara.

Bidang penulisan beliau ialah cerpen, esei, fiksyen misteri, berita, puisi, skrip drama tv, skrip drama radio, skrip drama pentas dan novel. Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih dari seratus buah buku dalam pelbagai genre. Antara hasil karya beliau yang telah dibukukan ialah:

ANTOLOGI CERPEN (PERSENDIRIAN):

  1. Datuk Tokoh (Penerbitan PCT Sdn Bhd 2002)
  2. Rindu Baridah (Penerbitan PCT Sdn Bhd 2002)
  3. Sendu Cologne (Penerbitan PCT Sdn Bhd 2002)
  4. Hati Orang Tua (Penerbitan PCT Sdn Bhd 2002)
  5. Sateria Bendahara (Penerbitan PCT Sdn Bhd 2002)
  6. Gitanos Tanah Nusa (Penerbitan PCT Sdn Bhd 2002)
  7. Penghujung Gerimis (Penerbitan PCT Sdn Bhd 2002)
  8. Mawar Pudar Warna (Penerbitan PCT Sdn Bhd 2002)
  9. Semekar Kelopak Kenangan (Pustaka Cita Tinggi 2002)
  10. Diburu Cinta Terlarang (Pustaka Cita Tinggi 2002)
  11. Tokoh Merdeka (Pustaka Cita Tinggi 2002)
  12. Rindu Seorang Ibu (Pustaka Cita Tinggi 2002)
  13. Berangkhir Penantian (Pustaka Cita Tinggi 2002)

ANTOLOGI CERPEN (BERSAMA):

  1. Antologi Sayang Sufi (Utusan Melayu Publication 1997)
  2. Antologi Cerpen Belia Madani (Yayasan Kobena 1997)
  3. Hartini Farah (Fajar Bakti 1998)
  4. Unting Kasih (Majlis Kebudayaan Negeri Kedah 1998)
  5. Korban Kasih (Fajar Bakti 1998)
  6. Di Sinikah Langkasuka (Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, 2004)

NOVEL:

  1. Di Bawah Lembayung (Fajar Bakti 1997)
  2. Shaufik Nabillah (Aneka Publications 1997)
  3. Lukisan Cinta (Aneka Publications 1997)
  4. Kemelut (Edusystem 1998)
  5. Mengelamun (Aneka Publications 1998)
  6. Jejak (Aneka Publications 1998)
  7. Misteri Hatun (Aneka Publications 1998)
  8. Melarik Cinta Di Pinggir Musim (Creative Enterprise 1998)
  9. Jelaing (Penerbitan PCT 2000)
  10. Geruh (Penerbitan PCT 2000)
  11. Meredah Tekad (Penerbitan PCT 2000)
  12. Di Alun Samudera (Penerbitan PCT 2000)
  13. Pintu Hidayah (Penerbitan PCT 2000)
  14. Ritma Seorang Ekspatriat (Penerbitan PCT 2000)
  15. Putera Dari Sahara (Pustaka Segar 2002)
  16. Jihad (Pustaka Cita Tinggi, 2003)
  17. Anak Kuala Sedeli (Pustaka Cita Tinggi, 2003)
  18. Genta Rasa Dari London (Pustaka Cita Tinggi, 2003)
  19. Pertemuan Di Raudhah (Pustaka Cita Tinggi, 2003)
  20. Liku-liku Pertemuan (Pustaka Cita Tinggi, 2003)
  21. Villa Madona (Pustaka Cita Tinggi, 2003)
  22. Biasan (Pustaka Cita Tinggi, 2003)
  23. Menggenggam Bara Api (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2006)
  24. Menjejak Rakan Yang Hilang (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2006)
  25. Mencerna Impian (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2006)
  26. Onak Dan Duri (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2006)
  27. Hidup Mesti Berbakti (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2006)
  28. Bukan Kerana Tuah (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2006)
  29. Labuhan Cinta Terakhir (Penerbitan Ilmu Sdn Bhd 2006)
  30. Safari Cinta Seorang Ekspatriat (Penerbitan Ilmu Sdn Bhd 2006)
  31. Cinta Nadim & Mimpi Bush (Penerbitan Ilmu Sdn Bhd 2006)
  32. Lestari Bukit Menghijau (Penerbitan Gema Insan 2008)
  33. Demi Putat Unggai (Dewan Bahasa & Pustaka 2012)

KOMPILASI CERITA RAKYAT (PERSENDIRIAN):

  1. Tiga Saudara (Makruf Publisher 1997)
  2. Sundang Hikmat (Makruf Publisher 1997)
  3. Puteri Intan Baizuri (Makruf Publisher 1997)
  4. Anak Muda Desa Ziung Sha (Pustaka Segar 2002)
  5. Putera Tikus Dan Anak Gadis Pak Mulah (Pustaka Segar 2002)
  1. Seri Kencana Dewi (Pustaka Segar 2002)
  2. Sinbard Muo Albito (Pustaka Segar 2002)
  3. Nyanyian Cenderawasih (Pustaka Segar 2002)
  4. Princes Nagila Vious (Pustaka Segar 2002)
  5. Laing Jelita Ananda (Pustaka Segar 2002)
  6. Kancan Sateria Dan Cempaka Sari (Pustaka Segar 2002)
  7. Gadis Dari Gunung (Star Trading 2008)
  8. Rantai Emas Berloket Nilam (Star Trading 2008)
  9. Meminta Bulan Purnama (Star Trading 2008)
  10. Keputusan Maulana (Star Trading 2008)
  11. Harta Tiada Ternilai (Penerbitan Generasi Baru 2008)
  12. Balada Malam Minggu  (Penerbitan Generasi Baru 2008)
  13. Jutawan Bongkak (Pustaka Sukses 2009)

ANTOLOGI CERPEN (BERSAMA) TERJEMAHAN:

  1. The Comrades (Pustaka Segar, 2004)
  2. The Goblin's Mallet (Pustaka Segar, 2004)
  3. When The Twins Went To War (Pustaka Segar, 2004)
  4. Kotura Kotura (Pustaka Segar, 2004)
  5. Lord Of The Winds (Pustaka Segar, 2004)
  6. The Millionaire Miser (Pustaka Segar, 2004)
  7. The Adventures Of Prince Camaralzaman And Princess Badoura (Pustaka Segar, 2004)
  8. Akanidi The Bright Sunbeam (Pustaka Segar, 2004)
  9. Chang And The Dragon Visitors (Pustaka Segar, 2004)
  10. I Am The Grass (Pustaka Buana, 2004)
  11. A Little Cloud (Pustaka Buana, 2004)
  12. Deaf Orchestras Play In Silence (Pustaka Buana, 2004)
  13. When The Clock Got Sick (Pustaka Buana, 2004)
  14. One Last Goodbye (Pustaka Buana, 2004)
  15. Winter Shadows (Pustaka Buana, 2004)
  16. A Wager With Death (Pustaka Buana, 2004)
  17. The Boarded Window (Pustaka Buana, 2004)

BUKU KANAK-KANAK:

  1. Pertemuan Tidak Diduga (Penerbitan PCT Sdn Bhd 2002)
  2. Api Tidak Membakar (Penerbitan PCT Sdn Bhd 2002)
  3. Panglima Baabullah (Penerbitan PCT Sdn Bhd 2002)
  4. Akal Siapa Hebat (Penerbitan PCT Sdn Bhd 2002)
  5. Putera Pahlawan (Penerbitan PCT Sdn Bhd 2002)
  6. Helah Al-Wazir (Penerbitan PCT Sdn Bhd 2002)
  7. Abul Ghusn (Penerbitan PCT Sdn Bhd 2002)
  8. Doa Ibu (Penerbitan PCT Sdn Bhd 2002)
  9. Hadiah Terakhir (Kreatif Kembara Sdn Bhd 2005)
  10. Realiti Kehidupan (Kreatif Kembara Sdn Bhd 2005)
  11. Berdikari (Kreatif Kembara Sdn Bhd 2005)
  12. Menjerat Puyuh (Kreatif Kembara Sdn Bhd 2005)
  13. Lukisan Kesederhanaan (Kreatif Kembara Sdn Bhd 2005)
  14. Emak Berhati Emas (Kreatif Kembara Sdn Bhd 2005)
  15. Berani Kerana Benar (Kreatif Kembara Sdn Bhd 2005)
  16. Erti Persahabatan (Kreatif Kembara Sdn Bhd 2005)

BUKU-BUKU ILMIAH:

  1. 365 Hari Dalam Sejarah (Penerbitan Ilmu Sdn Bhd, 2006)
  2. 163 Tokoh Terkenal Islam (Penerbitan Ilmu Sdn Bhd 2006)
  3. Menjana Patriotisme Remaja (Penerbitan Ilmu Sdn Bhd 2006)
  4. Himpunan Herba Tradisi Terpilih Malaysia (Warisan INKED Sdn Bhd 2008)
  5. Permainan Rakyat Malaysia (E1 Publications Sdn Bhd, 2009)
  6. Permainan Tradisi Rakyat (E1 Publications Sdn Bhd, 2009)
  7. Tarian Tradisi Rakyat  (E1 Publications Sdn Bhd, 2009)
  8. Adat Resam Dan Makanan Masyarakat Melayu (E1 Publications Sdn Bhd, 2009)
  9. Alat Muzik Tradisi Rakyat (E1 Publications Sdn Bhd, 2009)
  10. Busana & Seni Bina Melayu (E1 Publications Sdn Bhd, 2009)
  11. Penyelidikan Seni Budaya - Dabus Daerah Kuala Selangor (Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia 2009)
  12. 365 Hari Dalam Sejarah Malaysia Jilid 1 & Jilid 2 (Penerbitan Ilmu Sdn Bhd 2010)
  13. Gagasan Najib: 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (Warisan INKED Sdn Bhd 2010)
  14. Penyelidikan Seni Budaya – Kompang Jawa (Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia 2010)
  15. Penyelidikan Seni Budaya – Dabus (Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia 2011)

ANTOLOGI SAJAK (BERSAMA):

  1. Hadirnya Antara Kita (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
  2. Kita Umpama Sehelai Daun (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
  3. Memoir Suatu Ketika (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
  4. Paya Sengketa (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
  5. Erti Kemerdekaan (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
  6. Senja Pinggir Musim (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
  7. BAHTERA II (Persatuan Penulis Dan Kebajikan Negeri Selangor – KEMUDI 2009)
  8. Teng Ya Nung – Tanah Leluhur  (Persatuan Sasterawan Terengganu 2013)
  9. Sajak Suara Kita – Seribu Sajak Merdeka (Jabatan Penerangan Malaysia 2013)

BUKU-BUKU MOTIVASI (BERSAMA):

  1. Membentuk Kegemilangan (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
  2. Permasalahan Remaja (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
  3. Membentuk Sahsiah Positif (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
  4. Membina Kecemerlangan Diri (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
  5. Kaedah Meraih Kejayaan (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
  6. Kaedah Meraih Kebahagiaan (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)

BUKU-BUKU AGAMA:

  1. Rasul-Rasul Pilihan (Pustaka Cita Tinggi 2003)
  2. Sejarah Perjuangan Rasulullah SAW (Pustaka Cita Tinggi 2003)
  3. Para Pejuang Agama Allah (Pustaka Cita Tinggi 2003)
  4. Para Sahabat Junjungan SAW (Pustaka Cita Tinggi 2003)
  5. Mujahid-Mujahid Di Jalan Allah (Pustaka Cita Tinggi 2003)
  6. Peribadi Wanita-Wanita Solehah (Pustaka Cita Tinggi 2003)
  7. Tokoh-Tokoh Ilmu Dan Pejuang Kebenaran (Pustaka Cita Tinggi 2003)
  8. Suka Duka Perjuangan Nabi Muhammad SAW (Pustaka Cita Tinggi 2003)
  9. Islam Dan 25 Rasul Pilihan (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
  10. Kisah-Kisah Membina Akhlak (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
  11. Kisah-Kisah Menjana Ikhtibar (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
  12. Kisah-Kisah Teladan (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
  13. Penduduk Syurga (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
  14. Buah Iman (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
  15. Kisah-Kisah Wanita Teladan (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
  16. Syuhada Pembawa Khabar (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
  17. Sirah Teladan Para Anbia (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
  18. Dajjal Akhir Zaman (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
  19. Perang Dalam Sejarah Islam (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
  20. Tokoh-Tokoh Ilmuan Islam Terkenal (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
  21. Salahuddin Al-Ayyubi (Mujahid Perang Salib) (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
  22. Thariq Bin Ziyad (Panglima Penakluk Andalusia) (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
  23. Muhammad Al-Fateh (Penakluk Rohani Konstantinopel) (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
  24. Khalid Al-Walid (Penggempur Tentera Musuh) (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
  25. Salman Al-Farisi (Lautan Yang Tidak Pernah Kering) (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
  26. Umar Abdul Aziz (Mujaddid Islam Tersohor) (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
  27. Saad Abi Waqqas (Panglima Perang Al-Qadissiyah) (Penerbit Pustaka Azhar 2014)
  28. Umar Al-Khattab (Bapa Kemodenan Pentadbiran Islam) (Penerbit Pustaka Azhar 2014)
  29. Ali Bin Abi Thalib (Singa Allah Yang Dimuliakan) (Penerbit Pustaka Azhar 2014)
  30. Abu Bakar As-Siddiq (Permata Penyelamat Islam) (Penerbit Pustaka Azhar 2014)
  31. Uthman Bin Affan (Pemilik Dua Cahaya) (Penerbit Pustaka Azhar 2014)

Selama bergiat di dalam bidang penulisan, beliau telah berjaya memenangi beberapa anugerah seperti:

  1. Hadiah Pertama Pertandingan Mengarang Program Pelancongan Rantau Lipur anjuran Hong Kong Tourist Association (HKTA)/Berita Minggu 1995 (Hong Kong Syurga Membeli Belah)
  2. Hadiah Pertandingan Mengarang Temu Sastera ASEAN 1995 (ASEAN Literature Meet) anjuran Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI)/Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan 1995 (Kuala Langat Daerah Sejahtera Dan Penuh Sejarah)
  3. Hadiah Pertandingan Cerpen Belia Madani 1996 anjuran Yayasan Kobena/Berita Harian (Sehijau Bumiku, Mencanai Citra Baru, Darah Pejuang)
  4. Hadiah Utama Sayembara Puisi Ulang Tahun UMNO 50/Angkatan Sasterawan Kedah (ASASI) 1996 (Gurindam Jasamu Gemilang, Di Sini Segalanya, Semangat Yang Menjulang, Cita Anak Bangsa)
  5. Hadiah Cerpen Remaja Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank 1996 (Cinta Kak Ngah Beralih Arah)
  6. Hadiah Utama Pertandingan Karya Seni Kreatif Puisi Kebangsaan anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) 1999 (Syair Anak Bertuah Bentala Merdeka)
  7. Hadiah Mengarang Cerpen Peraduan Formula Malaysia Peringkat Umum 1999 (Puncak AMEBO)
  8. Hadiah Mengarang Esei Peraduan Formula Malaysia Peringkat Umum 1999 (Evolusi Pembinaan Negara – Katalis Kecemerlangan Sejak Merdeka)
  9. Hadiah Sayembara Cerpen Berunsur Sejarah Kedah anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah 1999 (Darah Bapa Masih Mengalir)
  10. Hadiah Utama Sayembara Cerpen Jubli Emas 50 Tahun RIDA/MARA (2000) - (Bintang Kemerlap Di Puncak Grande Bibliotheque)
  11. Hadiah Sayembara Esei Jubli Emas 50 Tahun RIDA/MARA (2000) (Kewujudan MARA Dalam Pembangunan Ekonomi Masyarakat Malaysia Sejak Merdeka)
  12. Hadiah Pertandingan Mengarang Cerpen Kanak-Kanak Bertemakan Alam Sekitar anjuran Kementerian Teknologi Dan Alam Sekitar 2000 (Taman Hijau)
  13. Hadiah Pertandingan Menulis Esei Peringkat Kebangsaan Minggu Saham Amanah Malaysia 2001 (Kategori Penulisan Umum) anjuran Permodalan Nasional Berhad (Peranan Saham Dalam Pembangunan Ekonomi)
  14. Hadiah Utama Karya Kreatif Almanak (Puisi) 2001 anjuran Net Space Learning Sdn Bhd/Utusan Melayu (M) Bhd (Di Sini Kita Berdiri)
  15. Hadiah Pertandingan Mengarang Esei Citra Wangsa Malaysia 2005 anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) (Merdeka Adalah Aksara Keramat, Agung Dan Terindah)
  16. Hadiah Sayembara Puisi Dan Cerpen Kepenggunaan Peringkat Kebangsaan 2006 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), PUSPITA cawangan KPDNHEP dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) – (Seloka Gula Manis)
  17. Hadiah Utama Pertandingan Penulisan Bahan-bahan Bacaan Remaja anjuran Penerbitan Fargoes Sdn Bhd. (2008) - Lestari Bukit Menghijau, Gadis Dari Gunung, Rantai Emas Berloket Nilam, Balada Malam Minggu, Meminta Bulan Purnama, Keputusan Maulana Arif, Harta Tidak Ternilai
  18. Hadiah Pertandingan Mengarang Esei 2009 (Kategori A), anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (Pencemaran Alam Mempengaruhi Tahap Kesihatan Rakyat)
  19. Sajak berjudul DIARI LAMA telah terpilih untuk Edisi Pelajar Antologi bagi Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia kegunaan tahun 2010 dan dimuatkan dalam antologi Kasut Kelopak Jantung.
  20. Hadiah Ketiga Pertandingan Menulis Artikel Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke 10 Pengisytiharan Shah Alam Sebagai Bandaraya anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam 2010. (Shah Alam – Destinasi Ziarah Penuh Memorabilia)
  21. Novel Lestari Bukit Menghijau telah terpilih untuk Edisi Pelajar Antologi bagi Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia kegunaan tahun 2011 bagi para Pelajar Tingkatan Dua Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk Zon Timur (Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan)
  22. Hadiah Pertandingan Mengarang Seloka Sempena Promosi Kerja Kahwin 2011 anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan. (Seloka Pengantin Baharu)
  23. Hadiah Ketiga Sayembara Menulis Novel & Skrip Drama Kanak-Kanak Dan Remaja 2011 anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (Kategori Novel Kanak-Kanak - Demi Putat Unggai)
  24. Hadiah Pertandingan Menulis Esei 1Malaysia: 1Keluarga, 1Esei anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) 2011 (Fahami Prinsip Penerimaan Dalam Gagasan 1Malaysia)
  25. Hadiah Pertama Pertandingan Mengarang Cerpen Maulidur Rasul anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) 2012 - (Pancang Isbat)
  26. Hadiah Pertandingan Mengarang Pantun Empat Kerat Bertemakan Nilai-nilai Murni anjuran Klasik Nasional, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia 2012. (Pantun Nilai Murni)
  27. Hadiah Ketiga Pertandingan Mengarang Puisi Maulidur Rasul anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) 2012 - (Engkau Kekasih Mewangi Kasturi)
  28. Hadiah Pertama Pertandingan Mengarang Esei Seni Kraf Malaysia, 2012 anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia. (Keunggulan Kraf Malaysia Menjana Ekonomi Dan Menjadi Lambang Budaya)
  29. Hadiah Kedua Sayembara Menulis Puisi Tahun Melawat Terengganu 2013, anjuran Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman dan Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013) - (Terengganu Bentala Berbudi)
  30. Hadiah Esei Kepenggunaan Peringkat Kebangsaan 2013 sempena Hari Pengguna Malaysia anjuran FOMCA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) – (Kategori E (UMUM) – Penipuan Pelaburan)
  31. Sajak KITA UMPAMA SEHELAI DAUN telah terpilih untuk Edisi Pelajar Antologi bagi Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia kegunaan tahun 2015.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA