Isnin, 16 Ogos 2010

Menjadi Muslimah Sejati

SMAHADZIR

IBUNYA orang beriman, isteri Nabi Muhammad s.a.w sekaligus puteri dari as-sidiq adalah tokoh yang wajar diteladani oleh seluruh mukminah di sepanjang zaman. Beliau adalah wanita pemilik kemuliaan yang tidak tertandingi. Aisyah - manusia yang paling berilmu tentang Al-Quranl, kerana kehidupannya yang selalu bersanding dengan pembawa risalah Islam, dan baginda menyaksikan Al-Quran yang turun di rumah baginda.

Paling berilmu, kerana faham bagaimana wujud penjabaran Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari, dipraktikkan dalam perkataan, perbuatan, budi pekerti, akhlak dan adab oleh Rasulullah s.a.w.

Baginda juga wanita yang paling berilmu tentang hadis, fikah, pengubatan, syair dan hikmah. Sehingga sangat wajar ketika Abu Bardah mengatakan: ‘Apabila ada sebuah permasalahan yang tidak diketahui pada zaman sahabat, maka kami bertanya kepada Aisyah, dan kami memperoleh ilmu dari baginda.’

Seorang sahabat yang lain mengatakan, ‘Saya tidak mengetahui ada orang yang lebih berilmu tentang Al-Quran, faraidh (ilmu waris), halal dan haram, syair, sejarah dan nasab kecuali Aisyah.’

Kita juga akan dapati bagaimana wujud konkrit tarbiyah di atas manhaj nabawi pada diri Aisyah. Umar bin Khatab ketika menjelang wafat, berkata kepada Abdullah (anaknya). ‘Pergilah kepada Aisyah, sampaikan salamku padanya, dan mintakan izin agar aku dibolehkan dimakamkan di rumahnya bersama Rasulullah dan Abu Bakar.’

Maka Abdullah pun mendatangi Aisyah dan menyampaikan pesan ayahnya. Aisyah mengatakan, ‘Baik dan ini adalah sebuah kemuliaan,’ dan melanjutkan dengan berkata, ‘Wahai anakku, sampaikan salamku kepada Umar, dan katakan padanya jangan tinggalkan umat Muhammad tanpa pimpinan, pilihlah khalifah bagi umat dan jangan tinggalkan umat dalam keadaan sia-sia setelahmu, kerana aku takut terjadi fitnah atas umat ini.’

Wahai wanita mukminah, saksikanlah bagaimana keagungan perjalanan mereka yang ditarbiyah dalam rumah tangga nabi. Perhatikan bagaimanakah nasihat dan pandangan Aisyah untuk mengangkat khalifah setelah Umar, kerana bimbang terjadinya fitnah.

Seakan Aisyah menyaksikan hal-hal yang akan berlangsung pada masa mendatang, padahal tidaklah beliau tahu tentang hal yang ghaib, namun ini adalah firasat seorang mukmin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Baginda tidak hanya sebatas melihat tentang dekatnya kematian Umar dan tentang masalah di mana Umar akan dimakamkan, namun baginda melihat bagaimana kehidupan umat Islam setelah Umar meninggal.

Dari sini terlihat keluasan pandangan, jauhnya pemikiran ke depan dan sekaligus perhatian yang sangat besar tentang urusan umat Islam. Inilah yang semestinya diteladani oleh wanita mukminah pada zaman ini.

Figura seorang Aisyah radiyallahuanha, memberikan ibrah yang berharga bagi para mukminah. Kedalaman ilmu, kecerdasan dan perhatiannya terhadap umat adalah warisan yang berharga yang terus boleh diwarisi sehingga hari ini. Terbukti dengan kedudukan baginda yang tercakup dalam tujuh orang di kalangan sahabat yang banyak menghafal fatwa-fatwa dari para sahabat.

Panji Islam di sepanjang sejarah akan selalu tegak dengan para penyandangnya. Dan Aisyah adalah salah seorang penegak panji Islam di awal terbitnya cahaya Islam. Sebuah bukti bahawa wanita juga memiliki peranan yang sangat besar dalam memperjuangkan Islam.

Tidak hanya untuk membuang waktu dalam berbagai pekerjaan yang sia-sia, sebagaimana yang dilakukan oleh majoriti muslimah pada zaman ini. Panji Islam memang akan tetap tegak dengan para pejuangnya sepanjang masa.

Namun apakah kita para wanita mukminah menjadi sebahagian dari penyandang dan penegak risalah atau tidak, maka jawabnya ada pada diri kita sendiri.

Akhlak Dan Akidah Isteri Idaman

Syed Mahadzir Syed Ibrahim

DIPAPARKAN sedikit mengenai akhlak bagi seorang Isteri dari kalangan kaum muslimin yang mencari kemulian sejati. Semoga kaum muslimah yang membaca artikel ini tersentuh nuraninya dan memperoleh jalan hidayah manakala selama ini telah terjatuh dalam jurang kenistaan dan jebakan-jebakan musuh Islam.

Seorang isteri idaman harus memahami erti pentingnya akidah islamiyah yang sahihah, kerana sah tidaknya suatu amalan itu bergantung kepada benar dan tidaknya akidah seseorang. Isteri idaman adalah insan yang selalu bersemangat dalam menuntut ilmu agama sehingga dia dapat mengetahui ilmu-ilmu syar’i baik yang berhubungan dengan akidah, akhlak mahupun dalam hal muamalah sebagaimana semangatnya para shahabiyah dalam menuntut ilmu agama Islam, mereka bertanya kepada Rasulullah s.a.w untuk menghilangkan kebodohan mereka dan beribadah kepada Allah di atas cahaya ilmu.

Sebagaimana riwayat di bawah ini:

Dari Abu Said Al Khudri dia berkata: Pernah suatu kali para wanita berkata kepada Rasulullah s.a.w: ‘Kaum lelaki telah mengalahkan kami, maka jadikanlah satu hari untuk kami, Nabi pun menjanjikan satu hari dapat bertemu dengan mereka, kemudian Nabi memberi nasihat dan perintah kepada mereka.’

Salah satu ucapan baginda kepada mereka adalah: ‘Tidaklah seorang wanita di antara kalian yang ditinggal mati tiga anaknya, kecuali mereka sebagai penghalang baginya dari api nereka.’ Seorang wanita bertanya: ‘Bagaimana kalau hanya dua?’ Baginda menjawab: ‘Juga dua.’ (hadis riwayat Al-Bukhari No 1010)

Seorang isteri yang akidahnya benar akan tercermin dalam tingkah lakunya. Misalnya:

 Dia hanya bersahabat dengan wanita yang baik.
 Selalu bersungguh-sungguh dalam beribadah kepada Rabbnya.
 Boleh menjadi contoh bagi wanita lainnya.

Akhlak Isteri Idaman


Berusaha berpegang teguh kepada akhlak-akhlak Islami iaitu:

 Ceria, pemalu, sabar, lembut tutur katanya dan selalu jujur.
 Tidak banyak bicara, tidak suka merosakkan wanita lain, tidak suka ghibah (menggunjing) dan namimah (adu domba).
 Selalu berusaha untuk menjaga hubungan baik dengan isteri suaminya yang lain (madunya) jika suaminya mempunyai isteri lebih dari satu.
 Tidak menceritakan rahsia rumah tangga, di antaranya adalah hubungan suami isteri ataupun perselisihan dalam rumah tangga. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: ‘Sesungguhnya di antara orang yang terburuk kedudukan-nya di sisi Allah pada hari kiamat iaitu lelaki yang mencumbui isterinya dan isteri mencumbui suaminya kemudian dia sebarluaskan rahsianya.’ (hadis riwayat Muslim, 4/157)

Isteri idaman di rumah suaminya:

 Membantu suaminya dalam kebaikan. Merupakan kebaikan bagi seorang isteri bila mampu mendorong suaminya untuk berbuat baik, misalnya mendorong suaminya agar selalu ihsan dan berbakti kepada kedua orang tuanya, sebagaimana firman Allah s.w.t, yang maksudnya: ‘Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah.’ (surah Al-Ahqaf 15)
 Membantunya dalam menjalin hubungan baik dengan saudara-saudaranya.
 Membantunya dalam ketaatan.
 Berdedikasi (semangat hidup) yang tinggi.
 Ekonomik dan pandai mengatur rumah tangga.
 Bagus di dalam mendidik anak.

Penampilan:

 Di dalam rumah, seorang isteri yang solehah harus selalu memperhatikan penampilannya di rumah suaminya lebih-lebih lagi jika suaminya berada di sisinya maka Islam sangat menganjurkan untuk berhias dengan hal-hal yang mubah sehingga menyenangkan hati suaminya.
 Jika keluar rumah, seorang isteri yang solehah harus memperhatikan hal-hal berikut: Harus minta izin suami, harus menutup aurat dan tidak menampakkan perhiasannya, tidak memakai wangi-wangian, tidak banyak keluar kecuali untuk tujuan syar’i atau keperluan yang sangat mendesak.

Islamnya Napoleon Bonaparte

Syed Mahadzir Syed Ibrahim

SIAPA yang tidak pernah membaca sejarah Napoleon Bonaparte, seorang Jenderal dan Maharaja Perancis yang hebat. Beliau dilahirkan di Ajaccio, Corsica pada tahun 1769. Namanya terdapat dalam urutan ke-34 dalam buku Seratus Tokoh Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah yang ditulis oleh Michael H. Hart.

Sebagai seorang yang berkuasa dan berdaulat penuh terhadap negara Perancis sejak Ogos 1793, seharusnya beliau merasa puas dengan segala apa yang telah diperolehnya itu. Tetapi rupa-rupanya kemegahan dunia belum boleh memuaskan batinnya, agama yang dianutnya waktu itu ternyata tidak boleh membuatkan Napoleon Bonaparte merasa tenang dan damai. Akhirnya pada tanggal 2 Julai 1798, 23 tahun sebelum kematiannya pada tahun 1821, Napoleon Bonaparte menyatakan ke-Islamannya di hadapan dunia antarabangsa.

Apakah yang membuatkan Napoleon Bonaparte lebih memilih Islam daripada agama lamanya, Kristian?

Berikut adalah pengakuan beliau sendiri yang pernah dimuatkan dalam majalah Genuine Islam, edisi Oktober 1936 terbitan Singapura.

‘I read the Bible; Moses was an able man, the Jews are villains, cowardly and cruel. Is there anything more horrible than the story of Lot and his daughters? The science which proves to us that the earth is not the centre of the celestial movements has struck a great blow at religion. Joshua stops the sun ! One shall see the stars falling into the sea... I say that of all the suns and planets...’

(Saya membaca Bible; Musa adalah orang yang cakap, sedang orang Yahudi adalah bangsat, pengecut dan jahat. Adakah sesuatu yang lebih dahsyat daripada kisah Lut beserta kedua puterinya? Sains telah menunjukkan bukti kepada kita, bahawa bumi bukanlah pusat tata surya, dan ini merupakan pukulan hebat terhadap agama Kristian. Yosua menghentikan matahari (Yosua 10: 12-13). Orang akan melihat bintang-bintang berjatuhan ke dalam laut.... saya katakan, semua matahari dan planet-planet....)

Selanjutnya Napoleon Bonaparte berkata: ‘Religions are always based on miracles, on such things than nobody listens to like Trinity. Yesus called himself the son of God and he was a descendant of David. I prefer the religion of Muhammad. It has less ridiculous things than ours; the turks also call us idolaters.’

(Agama-agama itu selalu didasarkan pada hal-hal yang ajaib, seperti halnya Trinitas yang sukar difahami. Yesus memanggil dirinya sebagai anak Tuhan, padahal dia keturunan Daud. Saya lebih meyakini agama yang dibawa oleh Muhammad. Islam terhindar jauh dari kelucuan-kelucuan ritual seperti yang terdapat di dalam agama kita (Kristian); Bangsa Turki juga menyebut kita sebagai orang-orang penyembah berhala dan dewa.)

Selanjutnya: ‘Surely, I have told you on different occations and I have intimated to you by various discourses that I am a Unitarian Musselman and I glorify the prophet Muhammad and that I love the Musselmans.’

(Dengan penuh kepastian saya telah mengatakan kepada anda semua pada kesempatan yang berbeza, dan saya harus memperjelaskan lagi kepada anda di setiap ceramah, bahawa saya adalah seorang Muslim, dan saya memuliakan Nabi Muhammad serta mencintai orang-orang Islam.)

Akhirnya beliau berkata: ‘In the name of God the Merciful, the Compassionate. There is no god but God, He has no son and He reigns without a partner.’

(Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada Tuhan selain Allah. Ia tidak beranak dan Ia mengatur segala makhluk-Nya tanpa pendamping.)

Napoleon Bonaparte mengagumi Al-Quran setelah membandingkan dengan kitab sucinya, Al-Kitab. Akhirnya beliau mencari keunggulan-keunggulan Al-Quran daripada Al-Kitab, juga semua cerita yang melatarbelakanginya.

Berikut adalah laporan yang dipetik dari kolum antarabangsa tentang Napoleon Bonaparte:

Napoleon Bonaparte Embraced Islam?

England’s foe for many years has been France. The legacy remains as seen in the Capital of England, London, where monuments dedicated to defeats over France, are evident. The defeats have been most significant against that of when France was being ruled by Napoleon Bonaparte. (Nelson’s Column, Trafelgar Square, Waterloo Station to name but a few.)

Yet, history is seldom seen in the truthful light, and is nearly always pertial to the ‘winning side’ - in whose hand the pen remains, long after both the battle and the war have been won. Yet, recent discoveries have seemed to suggest some interesting facts about Napoleon and his religious beliefs.

In the book, ‘Satanic Voices - Ancient and Modern’ by David M. Pidcock, (1992 ISBN: 1-81012-03-1), it states on page 61, that the then official French Newspaper, Le Moniteur, carried the accounts of his conversion to Islam, in 1798 C.E.

It mentions his new Muslim name, which was ‘Aly (Ali) Napoleon Bonaparte’. He commends the conversion of his General Jacques Menou, who became known as General ‘Abdullah-Jacques Menou’, who later married an Egyptian, Sitti Zoubeida - who was descended from the line of the Prophet Muhammad (on whom be peace).

Napoleon did recognise the superiority of the Islamic (Shari’ah) Law - and did attempt to implement this in his Empire. Most of this, as one can imagine, has been removed/replaced by modern-day secular laws in France and other parts of Europe, but some aspects of the Islamic (Shari’ah) Law do currently exist in French constitution as the basis for some of their laws from the Code Napoleone. One publicised case was that of the fatal car accident with Diana, Princess of Wales, and Dodi Al-Fayed. ‘The photographers were charged with an old part of the French Jurisprudence, for ‘not helping at the scene of an accident’- which is taken from the Shari’ah Law of Imam Malik.’ (David M. Pidcock, 1998 C.E.)


Bonaparte And Islam

Bonaparte’s secretary describes the religious practices, attitudes, and views of Bonaparte with regard to Islam. Accepting that the general curried favor with Muslims, he also hoped to deflect criticism of Bonaparte, claiming that what he did was good governance rather than bad Christianity, as his critics maintained.

It has been alleged that Bonaparte, when in Egypt, took part in the religious ceremonies and worship of the Mussulmans; but it cannot be said that he celebrated the festivals of the overflowing of the Nile and the anniversary of the Prophet. The Turks invited him to these merely as a spectator; and the presence of their new master was gratifying to the people.

But he never committed the folly of ordering any solemnity. He neither learned nor repeated any prayer of the Koran, as many persons have asserted; neither did he advocate fatalism polygamy, or any other doctrine of the Koran. Bonaparte employed himself better than in discussing with the Imans the theology of the children of Ismael.

The ceremonies, at which policy induced him to be present, were to him, and to all who accompanied him, mere matters of curiosity. He never set foot in a mosque; and only on one occasion, which I shall hereafter mention, dressed himself in the Mahometan costume. He attended the festivals to which the green turbans invited him. His religious tolerance was the natural consequence of his philosophic spirit.

Doubtless Bonaparte did, as he was bound to do, show respect for the religion of the country; and he found it necessary to act more like a Mussulman than a Catholic. A wise conqueror supports his triumphs by protecting and even elevating the religion of the conquered people.

Bonaparte’s principle was, as he himself has often told me, to look upon religions as the work of men, but to respect them everywhere as a powerful engine of government. However, I will not go so far as to say that he would not have changed his religion had the conquest of the East been the price of that change.

All that he said about Mahomet, Islamism, and the Koran to the great men of the country he laughed at himself. He enjoyed the gratification of having all his fine sayings on the subject of religion translated into Arabic poetry, and repeated from mouth to mouth. This of course tended to conciliate the people.

I confess that Bonaparte frequently conversed with the chiefs of the Mussulman religion on the subject of his conversion; but only for the sake of amusement. The priests of the Koran, who would probably have been delighted to convert us, offered us the most ample concessions.

But these conversations were merely started by way of entertainment, and never could have warranted a supposition of their leading to any serious result. If Bonaparte spoke as a Mussulman, it was merely in his character of a military and political chief in a Mussulman country.

To do so was essential to his success, to the safety of his army, and, consequently, to his glory. In every country he would have drawn up proclamations and delivered addresses on the same principle. In India he would have been for Ali, at Thibet for the Dalai-lama, and in China for Confucius.

Jerusalem And Napoleon Bonaparte

As Napoleon consolidated his foot in Egypt, he began mulling the idea of taking over Palestine and Syria. Accordingly, he left Egypt in the spring of 1799, crossing the desert, thus entering Palestine proper. But before clashing with the Ottoman soldiers and the Palestinian citizens, Napoleon, who declared himself as a Muslim, donning a turban over his head, circulated a leaflet, stating in perticular the following excerpt.

‘In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

From Bonaparte, the Amir (Prince) of the French armies, to the all and clerics, muftis and the populations of Gaza, Ramla and Jafa, may Allah protect them. After Assalam (Greetings)— This is written to let you know that we came here for the purpose of evicting the Mamluks and the Askar (soldiers) of Al Jazzar [Ahmad Pasha, the Governor of the Palestinian Fort of Acre], and ending his incursions in Jafa and Gaza, which are not under his rule? For what reason he sent his soldier to El Afresh Fort? In doing so he was encroaching upon Egypt. Thus, his aim is to have war with us, and so we came here to fight him’.

And after Napoleon had reassured the Palestinians on the matters of security for themselves and their families, he went on to say: ‘ Our aim is that the Judges don’t relinquish their jobs, whereas Islam is still cherished and well-considered, and the mosques full of prayers and believers. He who demonstrates with affability toward us will succeed, but who betrays us would perish’.

The Palestine’s Expeditionary Force of 13,000- strong was under the command of Bonaparte himself, assisted by five generals, including Kleber, Murat and Dugua.

As Jazzar learned of the approaching French force, he began counter military preparations by the fortification of Jafa, and sending enforcements to Gaza. His forces arrived at the Egyptian town of El Areesh, but the French occupied the latter after 8-day-siege on February 16, 1799.

Thereafter, the French proceeded toward the Palestinian Khan Younis and proceeding later to Gaza. On February 25, the forces of Bonaparte and Al Jazzar engaged in a battle, which was ended by defeating the latter.

On February 28, Bonaparte left Gaza for the conquest of Palestine, taking over the Ramla first, then Jafa (March 6, 1799). The latter was defended by a 12,000-strong mixed force of Al Jazzar and the Mamluks. But Napoleon bombarded the city by his heavy ertillery, occupying it and killing at least 3,000 captives without burying them, claiming that they were dishonest and not respectful to the military honor! Thus, their exposed bodies became coveted meals for the vultures.

The people of the land thought that Bonaparte would move towards Jerusalem, which the Turks incarcerated all the followers of the Orthodox Church in the Church of Sepulcher. But he did not show up. When asked if he intended to pass through it, Bonaparte retorted sternly: No. Jerusalem is not on my itinerary. And I don’t intend to arouse frictions with the mountains’ people, and to penetrate deeply and get stuck. Moreover, I don’t want to be vulnerable to attacks by numerous horse riders from the other side. I am careful not to face Casius’ fate. As a matter of fact, Bonaparte used to pay attention to the military spots only, and he didn’t view Jerusalem as a significant military site at the time.

According to one story, Bonaparte wrote to the residents of Jerusalem, asking them to succumb to his authority, but they retorted that they are affiliated with Acre, and who manages to take over the latter, he simultaneously controls Jerusalem. Consequently, Bonaparte moved to besiege Acre, the capital of Palestine at the time.

According to the Palestinian historian Ahmad Sameh Khalidi wrote in his book Ahl El Elm Bein Misr Wa Phalasteen, 1947, that Musa Khalidi, a military judge based in the Asetana (Constantinople), wrote to the Jerusalemites, urging them to fight against Napoleon, and they clashed with his troops in many places of Palestine, from Nablus region in perticular.

Bonaparte moved his troops to Haifa, occupying it and arriving to Acre on March 19,1799. He besieged the city, which Al Jazzar had already entrenched behind its walls. The siege remained 60 days, but Bonaparte failed to capture the city, falling back from it after his troops were ravaged by plague, which killed many of them, including some generals.

Moreover, certain developments in France compelled Bonaparte to go home, leaving behind him the botched military expedition of Palestine. Some 3,500 French soldiers lost their lives in the vicinity of Acre’s walls, as 1,000 more vanished in their way out of the country. He arrived Egypt, on his way home, on May 1799.

Bonaparte was a military genius, but he lost a lot of his prestige during his two-month adventure in Palestine.

Napoleon I (1769-1821 [1237 A.H.]), who went into history as a military genius and statesman, when he entered Egypt in 1212 [C.E. 1798], admired Islam’s greatness and genuineness, and even considered whether he should become a Muslim. The following excerpt was paraphrased from Cherfils’s book (Bonapart et Islam):

‘Napoleon said: The existence and unity of Allah s.w.t, which Musa a.s, had announced to his own people and Isa a.s to his own ummat, was announced by Muhammad ‘alaihis-salam’ to the entire world. Arabia had become totally a country of idolaters. Six centuries after Isa a.s , Muhammad s.a.w initiated the Arabs into an awareness of Allahu s.w.t, whose existence prophets previous to him, such as Ibrahim (Abraham), Ismail, Musa (Moses) and Isa (Jesus) a.s, had announced. Peace in the east had been disturbed by the Arians, [i.e. Christians who followed Arius], who had somehow developed a degree of friendship with the Arabs, and by heretics, who had defiled the true religion of Isa ‘alaihis-salam’ and were striving to spread in the name of religion a totally unintelligible credo which is based on trinity, i.e. God, Son of God, and the Holy Ghost. Muhammad s.a.w guided the Arabs to the right way, taught them that Allah s.w.t is one, that He does not have a father or a son, and that worshiping several gods is an absurd custom which is the continuation of idolatry.’

At another place in his book he quotes Napoleon as having said, ‘I hope that in the near future I will have the chance to gather together the wise and cultured people of the world and establish a government that I will operate (in accordance with the principles written in Qur’an al-karim.)’


Rujukan:

1. Memoirs of Napoleon Bonaparte by Louis Antoine Fauvelet de Bourrienne edited by R.W. Phipps. Vol. 1 (New York: Charles Scribner’s Sons, 1889) p. 168-169.
2. http://chnm.gmu.edu/revolution/d/612/
3. http://www.jerusalemites.org/history_of_palestine/18.htm

Akhlak Cerminan Akidah Islam

Syed Mahadzir Syed Ibrahim

‘SESUNGGUHNYA engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak yang agung.’ (Al qalam: 4). Adakah orang yang tidak menyukai perhiasan? Jawapan kepada pertanyaan ini jelas, bahawa tidak ada seorang pun melainkan dia menyukai perhiasan dan senang untuk tampil berhias di hadapan sesiapa saja. Lantaran itu kita lihat ramai orang berlumba-lumba untuk memperbaiki penampilan dirinya.

Ada yang lebih mementingkan perhiasan dhahir (luar) dengan penambahan aksesoris seperti pakaian yang bagus, make up yang mewah dan emas permata, sehingga mengundang decak kagum orang yang melihat. Ada pula yang berusaha memperbaiki kualiti akhlak, memperbaiki dengan akhlak Islami.

Yang disebut terakhir ini tentunya bukan decak kagum manusia yang dicari, namun kerana kesedaran agamanya menghendaki demikian dengan disertai harapan mendapatkan pahala dari Allah s.w.t. Kalau pun penampilannya mengundang pujian orang, ia segera mengembalikannya kepada Allah kerana kepunyaan-Nyalah segala pujian dan hanya Dialah yang berhak untuk dipuji.

Islam Mengutamakan Akhlak

Mungkin ramai di antara kita kurang memperhatikan masalah akhlak. Di satu aspek kita mengutamakan tauhid yang memang merupakan perkara pokok atau inti agama ini, berusaha menelaah dan mempelajarinya, namun di sisi lain dalam masalah akhlak kurang diperhatikan.

Sehingga tidak boleh disalahkan bila ada keluhan-keluhan yang terlontar dari kalangan awam, seperti ucapan: ‘Aduh, sudah faham agama tapi masih lagi kurang ajar sama orang tua.’ Atau ucapan: ‘Dia… agamanya bagus tapi sama jiran tetangga tidak tau nak hormat langsung,’ dan lain-lain lagi.

Seharusnya ucapan-ucapan seperti ini menjadi cambuk bagi kita untuk membetulkan diri dan membenahi akhlak. Islam bukanlah agama yang mengabaikan akhlak, bahkan Islam mementingkan akhlak. Yang perlu diingat bahawa tauhid sebagai perkara pokok/inti Islam yang memang seharusnya kita utamakan, namun tidak bererti mengabaikan perkara penyempurnaannya.

Dan akhlak mempunyai hubungan yang erat. Tauhid merupakan realisasi akhlak seorang hamba terhadap Allah dan ini merupakan pokok inti akhlak seorang hamba. Seorang yang bertauhid dan baik akhlaknya bererti ia adalah sebaik-baik manusia. Semakin sempurna tauhid seseorang maka semakin baik akhlaknya, dan sebaliknya bila seorang muwahhid memiliki akhlak yang buruk bererti lemah tauhidnya.

Rasul Diutus Untuk Menyempurnakan Akhlak

Muhammad s.a.w, rasul kita yang mulia mendapat pujian Allah s.w.t. Kerana ketinggian akhlak baginda sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Qalam ayat 4, bahkan baginda s.a.w sendiri menegaskan bahawa kedatangannya adalah untuk menyempurnakan akhlak yang ada pada diri manusia, ‘Hanyalah aku diutus (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak.’ (hadis riwayat Ahmad, lihat Ash Sahihah oleh Asy Syaikh Al-Bani no.45 dan baginda mensahihkannya).

Anas bin Malik r.a seorang sahabat yang mulia menyatakan: ‘Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling baik budi pekertinya.’ (hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam hadis lain Anas memuji baginda s.a.w: ‘Belum pernah saya menyentuh sutera yang tebal atau nipis lebih halus dari tangan Rasulullah s.a.w. Saya juga belum pernah mencium bau yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w. Selama sepuluh tahun saya melayani Rasulullah s.a.w, belum pernah saya dibentak atau ditegur perbuatan saya: mengapa engkau berbuat ini ? Atau mengapa engkau tidak mengerjakan itu?’ (hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Akhlak merupakan tolak ukur kesempurnaan iman seseorang hamba sebagaimana telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w: ‘Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya.’ (hadis riwayat Tirmidzi, dari Abu Hurairah r.a, diriwayatkan juga oleh Ahmad. Disahihkan Al-Bani dalam Ash Sahihah No. 284 dan 751). Dalam riwayat Bukhari dan Muslim dari Abdillah bin amr bin Al ‘Ash r.a disebutkan: ‘Sesungguhnya sebaik-baik kalian ialah yang terbaik akhlaknya.’

Keutamaan Akhlak

Abu Hurairah r.a mengkhabarkan bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang kriteria orang yang paling banyak masuk syurga. Baginda s.a.w menjawab: ‘Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.’ (Hadis sahih riwayat Tirmidzi, juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Lihat Riyadus Sholihin no. 627, tahqiq Rabbah dan Daqqaq).

Tatkala Rasulullah s.a.w menasihati sahabatnya, baginda s.a.w menggandingkan antara nasihat untuk bertakwa dengan nasihat untuk bergaul/berakhlak yang baik kepada manusia sebagaimana hadis dari Abi Dzar, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Bertakwalah kepada Allah di mana pun engkau berada dan balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik nescaya kebaikan itu akan menutupi keburukan dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.’ (hadis riwayat Tirmidzi, beliau berkata: hadis hasan, dan disahihkan oleh Syaikh Al-Salim Al-Hilali).

Dalam timbangan (mizan) amal pada hari kiamat tidak ada yang lebih berat dari pada akhlak yang baik, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: ‘Sesuatu yang paling berat dalam mizan (timbangan seorang hamba) adalah akhlak yang baik.’ (hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad, disahihkan Al-Bani. Lihat Ash Sahihah Juz 2 hal 535). Juga sabda baginda: ‘Sesungguhnya sesuatu yang paling utama dalam mizan (timbangan) pada hari kiamat adalah akhlak yang baik.’ (hadis riwayat Ahmad, disahihkan Al-Bani. Lihat Ash Sahihah juz 2 hal.535).

Dari Jabir r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Sesungguhnya orang yang paling saya kasihi dan yang paling dekat padaku majlisnya pada hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.’ (hadis riwayat Tirmidzi dengan sanad hasan. Diriwayatkan juga oleh Ahmad dan disahihkan oleh Ibnu Hibban. Lihat Ash Sahihah juz 2 hal 418-419).

Dari hadis-hadis di atas dapat difahami bahawa akhlak yang paling baik memiliki keutamaan yang tinggi. Lantaran itu sudah sepantasnya setiap muslim dan muslimah mengambil akhlak yang baik sebagai perhiasannya. Yang perlu diingat bahawa ukuran baik atau buruk suatu akhlak bukan ditimbang menurut selera individu, bukan juga hitam putih akhlak itu menurut ukuran adat yang dibuat oleh manusia. Kerana boleh jadi, yang dianggap baik oleh adat bernilai buruk menurut timbangan syariat atau sebaliknya.

Jelas bagi kita bahawa semuanya berasaskan pada syariat, dalam semua masalah termasuk akhlak. Allah sebagai Pembuat syariat ini, Maha Tahu dengan keluasan ilmu-Nya apa yang mendatangkan kemashlahatan/kebaikan bagi hamba-hamba Nya.

Jauhnya Umat Daripada Islam; Salah Siapa?

SMAHADZIR

UMAT akhir zaman sememangnya hidup dalam suasana yang sangat mencabar keimanan mereka. Cabaran-cabaran keimanan ini banyak digambarkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis-hadis baginda. Ia dikumpulkan oleh sarjana-sarjana hadis dalam satu bab dipanggil bab al-Fitan

Antara hadis baginda bermaksud: ‘Bersegeralah melakukan amalan-amalan sebelum berlaku fitnah-fitnah (ujian-ujian) bagaikan potongan-potongan malam di mana seorang lelaki itu pagi dalam keadaan beriman dan petang pula dalam keadaan kufur. Berpetang dalam keadaan beriman dan berpagi pula dalam keadaan kufur. Dia menjual agamanya dengan mata benda yang sangat sedikit.’ (hadis riwayat Muslim, Kitab al-Iman, Abu dawud, Kitab al-Fitan dan Tirmizi, Kitab al-Fitan)

Perkataan ‘fitnah’ bukannya bermaksud ‘fitnah’ yang difahami oleh masyarakat Melayu iaitu ‘membuat tuduhan tidak berasas atau memburuk-burukkan seseorang’, tetapi fitnah di sini bermaksud ‘ujian-ujian’. Ujian-ujian yang berlaku pada umat akhir zaman adalah ujian yang melibatkan akidah dan keyakinan mereka terhadap Islam.

Baginda s.a.w membuat perumpamaan ujian-ujian tersebut dengan potongan-potongan malam. Malam bermula dengan tenggelam matahari. Suasana sedikit demi sedikit bertukar menjadi gelap. Ia bermaksud kekaburan demi kekaburan yang berlaku terhadap hakikat Islam yang sebenar.

Islam tidak pernah kabur. Islam sentiasa jelas. Hakikat Islam sentiasa dihuraikan oleh ulama-ulama Islam yang mewarisi tugas para Anbiya’ memberi penjelasan tentang Islam. Tetapi kekaburan berlaku dari sebelah pihak masyarakat. Ini berlaku kerana mereka semakin menjauhi Islam. Ilmu pengetahuan tentang Islam tidak dipelajari oleh mereka.

Ini berlaku kerana suasana kehidupan yang mempengaruhi mereka. Sogokan gaya hidup mewah menjadikan masyarakat berlumba-lumba membina kekayaan. Justeru, ilmu-ilmu yang menjadi alat untuk mendapat kekayaan dan kesenangan hidup lebih mendapat perhatian masyarakat.

Apatah lagi dengan kempen-kempen yang agresif yang dilakukan oleh pihak berkuasa dan swasta. Mereka melakukan promosi besar-besaran mengajak masarakat menimba ilmu-ilmu yang bakal menjamin kesenangan hidup selepas alam pengajian.

Malangnya pengajian tentang Islam tidak diberikan ruang iklan seumpama ini. Tidak ada kempen besar-besaran menerusi media arus perdana. Tidak ada penaja-penaja swasta yang bersedia menawarkan biasiswa-biasiswa bagi pengajian Islam di peringkat universiti. Ini berlaku kerana keyakinan bahawa pengajian Islam tidak mempunyai nilai komersial.

Hasilnya, masyarakat semakin jauh daripada agama. Islam hanya mampu kedengaran di ruang-ruang surau dan masjid. Corong radio dan skrin televisen hanya menyediakan ruang ilmu untuk Islam dalam masa-masa yang terbatas, bagai melepaskan batuk di tangga.

Penulisan tentang Islam kurang mendapat sambutan masyarakat. Inilah hakikatnya. Umat menjauhi Islam kerana kempen keseronokan dunia yang dibuat secara agresif. Bukan kerana kelesuan ulama Islam dalam menyampaikan Islam.

Malangnya ada pula membuat tanggapan, jauhnya umat daripada Islam kerana ulama Islam tidak menjalankan tanggungjawab. Bagi saya, mereka sudah menjalankan tanggungjawab tanpa dinafikan ada segelintir yang mungkin cuai dalam melaksanakan tanggungjawab menyebarkan ilmu.

Namun, adakah ruang-ruang untuk menyebarkan Islam dibuka seluas-luasnya buat mereka? Mungkin ada kelemahan di pihak ulama Islam ini, namun, untuk meletakkan kesalahan pada ulama semata-mata di atas jauhnya umat daripada Islam dan menafikan hakikat persekitaran yang berlaku adalah amat tidak wajar dan tidak adil sekali.

Menjaga Lidah dari Mengutuk dan Melaknat

SMAHADZIR

KATA laknat yang sudah menjadi sebahagian dari bahasa Malaysia memiliki dua makna dalam bahasa Arab iaitu bermakna mencerca, yang kedua bermakna pengusiran dan penjauhan dari rahmat Allah s.w.t.

Ucapan laknat ini mungkin terlalu sering kita dengar dari orang-orang di lingkungan kita dan sepertinya saling melaknat merupakan perkara yang biasa bagi kebanyakan orang, padahal melaknat seorang Mukmin termasuk dosa besar. Tsabit bin Adl Dlahhak r.a berkata: ‘Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Siapa yang melaknat seorang Mukmin maka ia seperti membunuhnya.’ (hadis riwayat Bukhari dalam Sahihnya 10/464)

Ucapan Nabi s.a.w: (Fahuwa Kaqatlihi - Maka ia seperti membunuhnya) dijelaskan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Bari: ‘Kerana jika ia melaknat seseorang maka seakan-akan ia mendoakan keburukan bagi orang tersebut dengan kebinasaan.’ Sesebahagian wanita begitu mudah melaknat orang yang ia benci bahkan orang yang sedang berbicara dengannya, tidak kira apakah itu anaknya, suaminya, haiwan atau sebagainya.

Sangat tidak wajar bila ada seseorang yang mengaku dirinya mukmin tetapi lidahnya terlalu mudah untuk melaknat. Sebenarnya perangai buruk ini bukanlah milik seseorang mukmin, sebagaimana Nabi s.a.w bersabda: ‘Bukanlah seorang mukmin itu seorang yang suka mencela, tidak pula seorang yang suka melaknat, bukan seorang yang keji dan kotor ucapannya.’ (hadis riwayat Bukhari dalam kitabnya Al-Adabul Mufrad halaman 116 dari hadis Abdullah bin Mas’ud r.a. Hadis ini disebutkan oleh Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i dalam kitabnya Ash Sahih Al Musnad 2/24)

Dan melaknat itu bukan pula sifatnya orang-orang yang jujur dalam keimanannya (shiddiq), kerana Nabi s.a.w bersabda: ‘Tidak wajar bagi seorang shiddiq untuk menjadi seorang yang suka melaknat.’ (hadis riwayat Muslim no. 2597)

Pada hari kiamat nanti, orang yang suka melaknat tidak akan dimasukkan dalam barisan para saksi yang mempersaksikan bahawa Rasul mereka telah menyampaikan risalah dan juga ia tidak dapat memberi syafaat di sisi Allah bagi memintakan keampunan bagi seseorang hamba. Nabi s.a.w bersabda: ‘Orang yang suka melaknat itu bukanlah orang yang dapat memberi syafaat dan tidak pula menjadi saksi pada hari kiamat.’ (hadis riwayat Muslim dalam Sahihnya no. 2598 dari Abi Darda r.a)

Perangai yang buruk ini sangat besar bahayanya bagi pelakunya sendiri. Bila ia melaknat seseorang, sementara orang yang dilaknat itu tidak wajar untuk dilaknat maka laknat itu kembali kepadanya sebagai orang yang mengucapkan. Imam Abu Daud meriwayatkan dari hadis Abu Darda r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda: ‘Apabila seorang hamba melaknat sesuatu maka laknat tersebut naik ke langit, lalu tertutuplah pintu-pintu langit. Kemudian laknat itu turun ke bumi lalu ia mengambil ke kanan dan ke kiri. Apabila ia tidak mendapat kelapangan, maka ia kembali kepada orang yang dilaknat jika memang berhak mendapatkan laknat dan jika tidak ia kembali kepada orang yang mengucapkannya.’

Kata Al-Hafidh Ibnu Hajar tentang hadis ini: ‘Sanadnya jayyid (bagus). Hadis ini memiliki syahid dari hadis Ibnu Mas’ud r.a dengan sanad yang hasan. Juga memiliki syahid lain yang dikeluarkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi dari hadis Ibnu Abbas r.ama. Para perawinya adalah orang-orang kepercayaan (tsiqah), akan tetapi hadisnya mursal.’

Ada beberapa hal yang dikecualikan dalam larangan melaknat ini yakni kita boleh melaknat para pelaku maksiat dari kalangan Muslimin namun tidak secara ta’yin (menunjuk langsung dengan menyebut nama atau pelakunya). Tetapi laknat itu ditujukan secara umum, misalnya kita katakan: ‘Semoga Allah s.w.t melaknat para pembegal jalanan itu….’

Rasulullah s.a.w sendiri telah melaknat wanita yang menyambung rambut dan wanita yang minta disambungkan rambutnya. Baginda juga melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki dan banyak lagi. Berikut ini disebutkan beberapa hadisnya: ‘Rasulullah s.a.w melaknat wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu) dan wanita yang minta disambungkan rambutnya.’ (hadis riwayat Bukhari dan Muslim dalam Sahih keduanya)

Baginda s.a.w mengkhabarkan: ‘Allah s.w.t melaknat wanita yang membuat tato, wanita yang minta dibuatkan tato, wanita yang mencabut alisnya, wanita yang minta dicabutkan alisnya, dan melaknat wanita yang mengikir giginya untuk tujuan memperindahkannya, wanita yang merubah ciptaan Allah s.w.t.’ (hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari sahabat Ibnu Mas’ud r.a)

‘Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.’ (hadis riwayat Bukhari dalam Sahihnya)

Dibolehkan juga melaknat orang kafir yang sudah meninggal dunia dengan menyebut namanya untuk menerangkan keadaannya kepada manusia dan untuk maslahat syar’iyah. Adapun jika tidak ada maslahat syar’iyah maka tidak boleh kerana Nabi s.a.w bersabda: ‘Janganlah kalian mencaci orang-orang yang telah meninggal dunia kerana mereka telah sampai/menemui (balasan dari) apa yang dulunya mereka perbuat.’ (hadis riwayat Bukhari dalam Sahihnya dari hadis ‘Aisyah r.a)

Setelah kita mengetahui buruknya perangai ini dan ancaman serta bahayanya yang bakal diterima oleh pengucapnya, maka hendaklah kita bertakwa kepada Allah s.w.t. Janganlah kita membiasakan lidah kita untuk melaknat kerana kebencian dan ketidaksenangan pada seseorang. Kita bertakwa kepada Allah s.w.t dengan menjaga dan membersihkan lidah kita dari ucapan yang tidak wajar dan kita basahi selalu dengan kalimat thayyibah.
PIAGAM MADINAH:
PERLEMBAGAAN PERTAMA DI DUNIA


Berikut adalah perlembagaan yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w ketika umat Islam mendirikan sebuah negara Islam di Madinah pada tahun 622 Masehi bersamaan 1 Hijriyah. Lahirnya negara ini menandakan bermulanya konsep sekaligus praktik sebuah negara berperlembagaan pertama di dunia selain perlembagaan bertulis pertama dalam sejarah. Sebelum itu tiada satu negara pun yang memiliki perlembagaan, kerana dalam sistem monarki sabda raja adalah undang-undang. Dalam perlembagaan yang cukup maju ini Rasulullah menggariskan beberapa prinsip yang penting dalam bernegara seperti prinsip persamaan (pasal 2; 16), keadilan (pasal 45; 47; 20; 36), persaudaraan dan perpaduan (pasal 12; 14; 19; 37), kedaulatan hukum Shari’ah (pasal 42; 23), kebebasan bersuara atau amar makruf nahi munkar (pasal 13; 47), hak-hak dan kewajipan kaum minoriti (25; 24; 36-38; 46), kewajipan rakyat dalam mempertahankan negara (18; 38; 46), kesetiaan kepada negara (pasal 37; 46), pengakuan Rasulullah sebagai ketua negara dan ketua hakim (42; 23) dan lain-lain.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Sesungguhnya ini adalah dokumen dari Muhammad pesuruh Allah, (yang mengurus perhubungan) antara orang-orang beriman dan Islam (terdiri daripada) kaum Quraysh dan Yathrib, dan mereka yang mengikuti dan bekerja bersama mereka.

PEMBENTUKAN UMMAT

Pasal 1

Sesungguhnya mereka adalah satu ummat, bebas dari (pengaruh dan kekuasaan) manusia lainnya.

II

HAK ASASI MANUSIA

Pasal 2

Kaum Muhajirin dari Quraisy tetap mempunyai hak asli mereka, yaitu saling tanggung-menanggung, membayar dan menerima wang tebusan darah (diyat) di antara mereka (kerana suatu pembunuhan), dengan cara yang baik dan adil di antara orang-orang beriman.

Pasal 3

1. Banu ‘Awf (dari Yatsrib) tetap mempunyai hak asli mereka, tanggung menanggung wang tebusan darah (diyat).
2. Dan setiap keluarga dari mereka membayar bersama akan wang tebusan dengan baik dan adil di antara orang-orang beriman.

Pasal 4

1. Banu Sa’idah (dari Yatsrib) tetap atas hak asli mereka, tanggung menanggung wang tebusan mereka.
2. Dan setiap keluarga dari mereka membayar bersama akan wang tebusan dengan baik dan adil di antara orang-orang beriman.

Pasal 5

1. Banul-Harts (dari suku Yatsrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, saling tanggung-menanggung untuk membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
2. Setiap keluarga (tha’ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

Pasal 6


1. Banu Jusyam (dari suku Yatsrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka.

2. Setiap keluarga (tha’ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

Pasal 7

1. Banu Najjar (dari suku Yatsrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar wang tebusan darah (diyat) dengan secara baik dan adil.
2. Setiap keluarga (tha’ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang beriman.

Pasal 8

1. Banu ‘Amrin (dari suku Yatsrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
2. Setiap keluarga (tha’ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan
3. adil di kalangan orang-orang beriman.

Pasal 9

1. Banu An-Nabiet (dari suku Yatsrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
2. Setiap keluarga (tha’ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

Pasal 10

1. Banu Aws (dari suku Yatsrib) berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
2. Setiap keluarga (tha’ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

III

PERSATUAN SEAGAMA

Pasal 11

Sesungguhnya orang-orang beriman tidak akan melalaikan tanggungjawabnya untuk memberi sumbangan bagi orang-orang yang berhutang, kerana membayar wang tebusan darah dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

Pasal 12

Tidak seorang pun dari orang-orang yang beriman dibolehkan membuat persekutuan dengan teman sekutu dari orang yang beriman lainnya, tanpa persetujuan terlebih dahulu dari padanya.

Pasal 13

1. Segenap orang-orang beriman yang bertakwa harus menentang setiap orang yang berbuat kesalahan, melanggar ketertiban, penipuan, permusuhan atau pengacauan di kalangan masyarakat orang-orang beriman.
2. Kebulatan persatuan mereka terhadap orang-orang yang bersalah merupakan
3. tangan yang satu, walaupun terhadap anak-anak mereka sendiri.

Pasal 14

1. Tidak diperkenankan seseorang yang beriman membunuh seorang beriman lainnya kerana lantaran seorang yang tidak beriman.
2. Tidak pula diperkenankan seorang yang beriman membantu seorang yang kafir untuk melawan seorang yang beriman lainnya.

Pasal 15

1. Jaminan Allah adalah satu dan merata, melindungi nasib orang-orang yang lemah.
2. Segenap orang-orang yang beriman harus jamin-menjamin dan setiakawan sesama mereka daripada (gangguan) manusia lainnya.

IV

PERSATUAN SEGENAP WARGANEGARA

Pasal 16

Bahawa sesungguhnya kaum-bangsa Yahudi yang setia kepada (negara) kita, berhak mendapatkan bantuan dan perlindungan, tidak boleh dikurangi haknya dan tidak boleh diasingkan dari pergaulan umum.

Pasal 17

1. Perdamaian dari orang-orang beriman adalah satu
2. Tidak diperkenankan segolongan orang-orang yang beriman membuat perjanjian tanpa ikut sertanya segolongan lainnya di dalam suatu peperangan di jalan Allah, kecuali atas dasar persamaan dan adil di antara mereka.

Pasal 18

Setiap penyerangan yang dilakukan terhadap kita, merupakan tantangan terhadap semuanya yang harus memperkuat persatuan antara segenap golongan.

Pasal 19

1. Segenap orang-orang yang beriman harus memberikan pembelaan atas tiap-tiap darah yang tertumpah di jalan Allah.
2. Setiap orang beriman yang bertakwa harus berteguh hati atas jalan yang baik dan kuat.

Pasal 20

1. Perlindungan yang diberikan oleh seorang yang tidak beriman (musyrik) terhadap harta dan jiwa seorang musuh Quraisy, tidaklah diakui.
2. Campur tangan apapun tidaklah diijinkan atas kerugian seorang yang beriman.

Pasal 21


1. Barangsiapa yang membunuh akan seorang yang beriman dengan cukup bukti atas perbuatannya harus dihukum bunuh atasnya, kecuali kalau wali (keluarga yang berhak) dari si terbunuh bersedia dan rela menerima ganti kerugian (diyat).
2. Segenap warga yang beriman harus bulat bersatu mengutuk perbuatan itu, dan tidak diijinkan selain daripada menghukum kejahatan itu.

Pasal 22


1. Tidak dibenarkan bagi setiap orang yang mengakui piagam ini dan percaya kepada Allah dan hari akhir, akan membantu orang-orang yang salah, dan memberikan tempat kediaman baginya.
2. Siapa yang memberikan bantuan atau memberikan tempat tinggal bagi pengkhianat-pengkhianat negara atau orang-orang yang salah, akan mendapatkan kutukan dan kemurkaan Allah di hari kiamat nanti, dan tidak diterima segala pengakuan dan kesaksiannya.

Pasal 23

Apabila timbul perbedaan pendapat di antara kamu di dalam suatu soal, maka kembalikanlah penyelesaiannya pada (hukum) Allah dan (keputusan) Muhammad s.a.w.

V

GOLONGAN MINORITI

Pasal 24

Warganegara (dari golongan) Yahudi memikul biaya bersama-sama dengan kaum beriman, selama negara dalam peperangan.

Pasal 25

1. Kaum Yahudi dari suku ‘Awf adalah satu bangsa-negara (ummat) dengan warga yang beriman.
2. Kaum Yahudi bebas memeluk agama mereka, sebagai kaum Muslimin bebas memeluk agama mereka.
3. Kebebasan ini berlaku juga terhadap pengikut-pengikut atau sekutu-sekutu mereka, dan diri mereka sendiri.
4. Kecuali kalau ada yang mengacau dan berbuat kejahatan, yang menimpa diri orang yang bersangkutan dan keluarganya.

Pasal 26

Kaum Yahudi dari Banu Najjar diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu ‘Awf di atas

Pasal 27

Kaum Yahudi dari Banul-Harts diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu ‘Awf di atas

Pasal 28

Kaum Yahudi dari Banu Sa’idah diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu ‘Awf di atas

Pasal 29

Kaum Yahudi dari Banu Jusyam diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu ‘Awf di atas

Pasal 30

Kaum Yahudi dari Banu Aws diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu ‘Awf di atas

Pasal 31

1. Kaum Yahudi dari Banu Tsa’labah, diperlakukan sama seperti kaum yahudi dari Banu ‘Awf di atas
2. Kecuali orang yang mengacau atau berbuat kejahatan, maka ganjaran dari pengacauan dan kejahatannya itu menimpa dirinya dan keluarganya.

Pasal 32

Suku Jafnah adalah bertali darah dengan kaum Yahudi dari Banu Tsa’labah, diperlakukan sama seperti Banu Tsa’labah

Pasal 33

1. Banu Syuthaibah diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu ‘Awf di atas.
2. Sikap yang baik harus dapat membendung segala penyelewengan.

Pasal 34

Pengikut-pengikut atau sekutu-sekutu dari Banu Tsa’labah, diperlakukan sama seperti Banu Tsa’labah.


Pasal 35


Segala pegawai-pegawai dan pembela-pembela kaum Yahudi, diperlakukan sama seperti kaum Yahudi.

VI

TUGAS WARGA NEGARA

Pasal 36

1. Tidak seorang pun diperbolehkan bertindak keluar, tanpa ijinnya Muhammad s.a.w.
2. Seorang warga negara dapat membalaskan kejahatan luka yang dilakukan orang kepadanya
3. Siapa yang berbuat kejahatan, maka ganjaran kejahatan itu menimpa dirinya dan keluarganya, kecuali untuk membela diri
4. Allah melindungi akan orang-orang yang setia kepada piagam ini

Pasal 37


1. Kaum Yahudi memikul biaya negara, sebagai halnya kaum Muslimin memikul biaya negara
2. Di antara segenap warga negara (Yahudi dan Muslimin) terjalin pembelaan untuk menentang setiap musuh negara yang memerangi setiap peserta dari piagam ini
3. Di antara mereka harus terdapat saling nasihat-menasihati dan berbuat kebajikan, dan menjauhi segala dosa
4. Seorang warga negara tidaklah dianggap bersalah, kerana kesalahan yang dibuat sahabat atau sekutunya
5. Pertolongan, pembelaan, dan bantuan harus diberikan kepada orang atau golongan yang teraniaya

Pasal 38


Warga negara kaum Yahudi memikul biaya bersama-sama warganegara yang beriman, selama peperangan masih terjadi

VII

MELINDUNGI NEGARA

Pasal 39

Sesungguhnya kota Yatsrib, Ibukota Negara, tidak boleh dilanggar kehormatannya oleh setiap peserta piagam ini

Pasal 40

Segala tetangga yang berdampingan rumah, harus diperlakukan sebagai diri-sendiri, tidak boleh diganggu ketenteramannya, dan tidak diperlakukan salah

Pasal 41

Tidak seorang pun tetangga wanita boleh diganggu ketenteraman atau kehormatannya, melainkan setiap kunjungan harus dengan ijin suaminya


VIII


PIMPINAN NEGARA

Pasal 42

1. Tidak boleh terjadi suatu peristiwa di antara peserta piagam ini atau terjadi pertengkaran, melainkan segera dilaporkan dan diserahkan penyelesaiannya menurut (hukum ) Allah dan (kebijaksanaan) utusan-Nya, Muhammad s.a.w
2. Allah berpegang teguh kepada piagam ini dan orang-orang yang setia kepadanya

Pasal 43


Sesungguhnya (musuh) Quraisy tidak boleh dilindungi, begitu juga segala orang yang membantu mereka

Pasal 44

Di kalangan warga negara sudah terikat janji pertahanan bersama untuk menentang setiap agresor yang menyergap kota Yatsrib

IX

POLITIK PERDAMAIAN

Pasal 45

1. Apabila mereka diajak kepada perdamaian (dan) membuat perjanjian damai (treaty), mereka tetap sedia untuk berdamai dan membuat perjanjian damai
2. Setiap kali ajakan perdamaian seperti demikian, sesungguhnya kaum yang beriman harus melakukannya, kecuali terhadap orang (negara) yang menunjukkan permusuhan terhadap agama (Islam)
3. Kewajiban atas setiap warganegara mengambil bahagian dari pihak mereka untuk perdamaian itu

Pasal 46

1. Dan sesungguhnya kaum Yahudi dari Aws dan segala sekutu dan simpatisan mereka, mempunyai kewajiban yang sama dengan segala peserta piagam untuk kebaikan (perdamaian) itu
2. Sesungguhnya kebaikan (perdamaian) dapat menghilangkan segala kesalahan

X

PENUTUP

Pasal 47

1. Setiap orang (warganegara) yang berusaha, segala usahanya adalah atas dirinya
2. Sesungguhnya Allah menyertai akan segala peserta dari piagam ini, yang menjalankannya dengan jujur dan sebaik-baiknya
3. Sesungguhnya tidaklah boleh piagam ini dipergunakan untuk melindungi orang-orang yang zalim dan bersalah
4. Sesungguhnya (mulai saat ini), orang-orang yang berpergian (keluar), adalah selamat
5. Dan orang yang menetap adalah selamat pula, kecuali orang-orang yang zalim dan berbuat salah
6. Sesungguhnya Allah melindungi orang (warganegara) yang baik dan bersikap takwa (waspada)
7. Dan (akhirnya) Muhammad adalah Pesuruh Allah, semoga Allah mencurahkan selawat dan kesejahteraan atasnya

Keterangan dan Rujukan:

Menurut riwayat Ibnu Ishaq dalam bukunya Sirah an-Nabi s.a.w juz II hal 119-123, dikutip Ibnu Hisyam (wafat: 213 Hijrah. 828 Masehi). Diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh A. Guillaume, The Life of Muhammad (1955) dan Muhammad Hamidullah, The First Written Constitution in the World (1965), disistematisasikan ke dalam pasal-pasal oleh Dr. AJ Wensinck dalam bukunya Mohammad en de Yoden le Medina (1928), pp. 74-84, dan W Montgomery Watt dalam bukunya Mohammad at Medina (1956), pp. 221-225

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA