Ahad, 11 Ogos 2013

Syiah: Ajaran Sesat, Musuh Islam, Pembunuh Sunah Waljamaah

Bahaya Syiah kepada akidah Islam dan sebagai perosak akidah Islam tidak dapat dinafikan. Kita juga tidak dapat menafikan bahawa Syiah adalah pergerakan Batiniah dan merupakan pelopor kepada kemunculan puak-puak dan ajaran sesat dan kumpulan-kumpulan Batiniah yang lain. Kemungkinan ada yang tidak bersetuju kata-kata ini yang agak keras namun sejarah dan kajian menyebut puak-puak sesat Batiniah seperti Ismailiah, Nusoiriah, Qaromitah, Duruz, Bahaiah dan lain-lain lagi adalah pecahan dari golongan Syiah.

Percanggahan pendapat dalam menentukan Imam mereka dari keluarga Rasulullah s.a.w menjadikan mereka berpecah kepada pelbagai jenis ajaran dan kumpulan. Walaupun ada dakwaan bahawa Syiah sudah tidak mengamalkan ajarannya, akidah-akidahnya sudah tidak disebar dan dipegang lagi tetapi hakikatnya sukar diterima kerana adanya konsep taqiah dalam ajaran Syiah. Kemungkinan mereka bergerak dengan menyembunyikan akidah dan identiti mereka yang sebenar untuk memudahkan dakwah mereka tersebar dan perancangan politik mereka tercapai.

Kekuatan Syiah boleh dilihat apabila mereka mempunyai kuasa, pengaruh dan negaranya sendiri. Iran adalah negara Syiah yang tidak akan membiarkan negara sunni berdiri tegak meskipun mereka berada dalam satu barisan dengan puak sunni memerangi musuh-musuh Islam. Di perpustakaan-perpustakaan seluruh dunia, buku-buku rujukan Syiah masih digunapakai, dikaji dan dipelajari oleh puak-puak Syiah. Ajaran-ajaran mereka masih diamalkan.

Oleh itu, untuk menulis tentang ajaran sesat di Malaysia tidak lengkap tanpa menyebut ajaran Syiah bahkan ia merupakan satu kemestian untuk membuka hakikat bahawa Syiah itu adalah ajaran sesat Batiniah melalui sejarah dan ciri-ciri persamaan antara keduanya.

Syiah Di Malaysia

Syiah telah lama bertapak di Tanah Melayu bahkan ada yang berpendapat Kerajaan Islam awal iaitu Perlak dan Pasai terpengaruh dengan Syiah. Di Malaysia, pengaruh Syiah semakin kuat selepas kejayaan revolusi Iran yang pelopori oleh Ayatullah al-Khumainy pada tahun 1989 dan terbentuknya Kerajaan Islam Syiah Iran. Atas asas kerajaan Islam, rakyat Malaysia telah memberi banyak kerjasama dan pertolongan kepada kerajaan Islam Syiah Iran tanpa melihat pada usaha mereka untuk menyebarkan akidah Syiah di Malaysia ([1]). Kedatangan orang-orang Pakistan dan India yang bermazhab Syiah ke Malaysia juga banyak membantu penyebaran Syiah di Malaysia.

Syiah tersebar di Malaysia dengan cepat kerana beberapa faktor ([2]), iaitu:
  1. Orang Malayu Islam sangat cinta dan kasih pada keluarga Nabi Muhammad s.a.w. Di atas asas sayang dan cinta tersebut mereka mudah menerima dakwah Syiah yang melampau dalam membesarkan dan mengagongkan keluarga Rasulullah s.a.w.
  1. Hukum fekah Syiah yang longgar dan mudah. Setengah orang terpengaruh dengan hukum fekah Syiah yang lebih mudah mengikut pendapat mereka berbanding hukum fekah mazhab-mazhab lain seperti boleh jamak (himpun) solat lima waktu dalam satu waktu sahaja. Mereka juga merasa kagum dengan keharusan nikah mut’ah dalam mazhab Syiah.
  1. Kesungguhan pendakwah-pendakwah Syiah di Malaysia. Mereka mengedarkan risalah, majalah dan bahan-bahan edaran lain untuk menyebarkan fahaman mereka.
Cara Tersebar Dakwah Syiah Di Malaysia

Dakwah Syiah tersebar di Malaysia melalui beberapa cara antaranya:
  1. Ziarah rasmi dan tidak rasmi rombongan-rombongan dari pemimpin-pemimpin Iran ke Malaysia. Ziarah tersebut diakhiri dengan program ceramah, keterangan berkenaan dengan akidah dan ajaran Syiah ([3]). Rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan menziarahi Iran di samping menghadiri program-program yang diadakan oleh Syiah di India, Bangladesh, Australia, Thailand, dan Kuala Lumpur ([4]).
  1. Melalui pelajar Malaysia yang belajar di Iran dan mendapat biasiswa khas dari kerajaan Iran sebagaimana terdapat juga pelajar dihantar ke Pakistan untuk mempelajari akidah dan ajaran Syiah. Penghantaran pelajar ini bermula semenjak 20 tahun dahulu lagi. Pada tahun 1984 seramai enam orang pelajar dari Sekolah Agama Darul al-Falah telah dihantar menyambung pelajaran di Universiti Qum di Iran. Selepas itu dihantar pula seramai 10 orang pelajar lelaki dan perempuan daripada sekolah yang sama dan Sekolah Agama Darul al-’Atiq di Johor Bahru ke Pakitan bagi mempelajari Bahasa Parsi dan ajaran Syiah di sana. Mereka ini apabila pulang akan menjadi pendakwah Syiah dan akan mengembangkan Syiah di Malaysia ([5]).
  1. Melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia. Mereka mengadakan ziarah ke Pusat Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah. Mereka memberi hadiah-hadiah yang berupa buku, majalah Syiah kepada perpustakaan umum, universiti, kolej, masjid, dan penerbit-penerbit buku ([6]). Sebagaimana mereka juga menghantar beberapa rakyat Malaysia ke Mekah untuk menunaikan haji bersama pengikut-pengikut Syiah secara percuma dari kerajaan Iran ([7]).
  1. Terdapat bantuan dan sokongan daripada golongan akademik dan politik di Malaysia. Sesetengah pemimpin politik pro Islam menyokong kerajaan Iran. Antara mereka ada yang menganggap tidak ada beza antara Syiah dan Ahli Sunnah Waljama’ah kerana telah dibuang oleh Ayatollah Khumeini ([8]). Pegawai Diplomasi Iran ada mempelawa Almarhum Dato Fadhil Muhammad Nor (1937-2002) bekas Presiden PAS mengubati dan merawat penyakitnya di Tehran, Iran ([9]). Ini menunjukkan beberapa perkara, pertama: terdapat usaha dari golongan Syiah untuk menjalinkan hubungan dengan pemimpin politik Islam di Malaysia; kedua: kehebatan pemimpin PAS sehingga disanjung dan dipandang tinggi oleh orang Syiah; ketiga: kemungkinan ada hubungan baik antara Iran dan PAS di Malaysia. Walaupun begitu pada pendapat penulis hubungan tersebut bukanlah hubungan kerjasama untuk menyebarkan Syiah di Malaysia.
  1. Terdapat golongan akademik yang terpengaruh dengan Syiah terdiri daripada pensyarah universiti, kolej dan lain-lain di Malaysia. Ini memudahkan penyebaran ajaran Syiah dalam masyarakat pelajar di Malaysia apatah lagi kerajaan Iran memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia bagi melanjut atau menyambung pengajian mereka di Iran dan Pakistan. Melalui majlis-majlis ilmu yang diadakan di universiti atau pusat-pusat pengajian yang lain, pensyarah dan guru-guru menyebarkan dakwah Syiah di majlis-majlis tersebut yang turut dihadiri oleh ulama Syiah ([10]). Terdapat juga pensyarah yang sengaja memberi assignment dan menugaskan pelajar mengkaji dan menyelidik tentang Syiah, membuat ringkasan teks-teks ucapan pemimpin Syiah dan seumpamanya agar mereka dapat mengenali Syiah dan terpengaruh dengannya.
  1. Menyebarkan pamplet, buku, dan majalah Syiah kepada orang ramai seperti majalah Fatimah dan majalah al-Quds ([11]). Buku-buku tentang Syiah juga tidak ketinggalan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu seperti buku Nahju Al-Haq Wa Kasyfu As-Sidq yang ditulis oleh penulis Syiah yang bernama al-Hasan Bin Yusuf al-Mutahhar al-Hiliyy telah diterjemahkan oleh Lutfi Ibrahim ke dalam Bahasa Melayu dan menjadi rujukan utama bagi pengikut Syiah di Malaysia ([12]). Penulis buku tersebut terkenal dengan sifat khianat dalam meriwayatkan hadis sebagaimana dinyatakan oleh Syah Abdul ‘Aziz Ghulam Hakim ad-Dahlawy ([13]).
Puak Syiah Di Malaysia

Syiah telah berpecah kepada pelbagai puak dan golongan. Puak dan kumpulan tersebut adalah seperti berikut:
  1. Pertama: Syiah Pelampau yang dikatakan oleh sesetengah orang telah pupus dan berakhir pengaruhnya di dunia Islam. Apatah lagi Syiah yang ada sekarang tidak mengaku yang mereka asalnya daripada Syiah pelampau tersebut.
  2. Kedua: Syiah Ismailiyyah yang terdapat di India, Pakistan, timur dan selatan Afrika, dan di buah beberapa negara Arab.
  3. Ketiga: Syiah Imamiah atau Ithna ‘Asyariah yang tersebar di Iran, Iraq, Syria, Lubnan, Kuwait, Bahrain, negara-negara Balkan, India, Pakistan, dan lain-lain lagi.
  4. Keempat: Syiah Zaidiyyah yang tersebar di Yaman dan ia lebih cenderung dan hampir dengan Ahli Sunnah Waljamaah ([14]).
Setiap kumpulan Syiah yang tersebut di atas pula terbahagi dan berpecah kepada beberapa kumpulan yang lain. Oleh itu, Syiah boleh dianggap antara kumpulan yang paling banyak mazhab aliran dan merupakan mazhab tertua yang wujud selepas kebangkitan Islam. Di Malaysia pula terdapat tiga kumpulan utama Syiah iaitu:

Pertama:

Syiah Ismailiyyah Bahra Atau Tayyibiah (Syiah Taiyibi Daud Bohra) ([15]). Syiah ini pecahan daripada Syiah Isma’iliah. Ia dikenali juga dengan nama Syiah Musta’liyah kerana mengiktiraf al-Musta’ly dan keturunannya sebagai Imam mereka. Anak Musta’ly bernama al-Tayyib, jadi golongan ini juga dinamakan Taiyibiah. Golongan ini banyak di India dan Yaman. Mereka telah meninggalkan bidang politik dan berkecimpung dalam bidang ekonomi (perniagaan). Orang India menamakan dan mengenali mereka sebagai Bohrah yang bermaksud peniaga dalam bahasa India lama. Imam Tayyib telah masuk al-Sitr (tempat persembunyian) pada tahun 525 Hijrah dan menghilangkan diri sampailah sekarang. Begitu juga keturunannya yang merupakan Imam-imam bagi golongan Syiah Tayyibiah tersembunyi dan tidak diketahui tentangnya sehingga nama mereka pun tidak dapat diketahui sampailah sekarang. Ulama-ulama mereka juga tidak tahu siapa imam-imam mereka. Puak Syiah Bohrah ini berpecah kepada dua golongan iaitu:

  1. Bohrah Sulaimaniyah yang dinisbahkan kepada pendakwah mereka yang bernama Sulaiman Bin Hasan. Pusat bagi golongan ini ialah di Yaman sehinggalah ke hari ini.
  2. Bohrah Daudiah yang dinisbahkan kepada pendakwah mereka yang bernama Qutub Syah Daud. Golongan ini terdapat di India dan Pakistan semenjak kurun ke sepuluh hijrah lagi. Pendakwah-pendakwah golongan ini menetap di Bombay. Puak atau golongan inilah tersebar ke Malaysia di kalangan pemilik kedai yang dikenali sebagai Kedai Bombay. Terdapat tanah perkuburan dan masjid khas untuk mereka. Pusat dakwah mereka ialah di daerah Klang. Pengikut golongan ini dianggar lebih kurang 200 hingga 400 orang ([16]).
Kedua:

Syiah Ismailiyah al-Agho Khoniyyah ([17]) (Syiah Ismailiyyah Agha Khan). Syiah ini juga pecahan daripada Syiah Isma’iliah. Kumpulan Syiah ini muncul di Iran pada awal kurun ke 19 Masehi. Antara pendakwah-pendakwah mereka ialah:
  1. Hasan Ali Shah. Dia dikenali sebagai Agha Khan Pertama. Pihak Inggeris telah menggunakannya untuk mengetuai pemberontakan sebagai satu helah bagi mereka menduduki Iran. Dia telah dibuang negeri ke Afghanistan, kemudian dia menuju ke Bombay. Mati pada tahun 1881.
  2. Agho Ali. Dia dikenali sabagai Agha Khan Kedua. Meninggal dunia pada tahun 1885.
  3. Muhammad al-Husainy iaitu anak Agha Khan Kedua. Dia digelar Agha Khan Ketiga. Dia tinggal di Eropah dan tenggelam dalam dunia hiburan dan keseronokan. Apabila meninggal dunia pada tahun 1957, dia telah mewasiatkan cucunya yang bernama Karim sebagai pengantinya. Ini bercanggah dengan ajaran Ismailiyyah yang menetapkan penganti imam atau ketua mereka hendaklah anak yang sulung.
  4. Karim digelar Agha Khan Keempat. Mengantikan datuknya pada tahun 1957. Dia mendapat pendidikan di Amerika Syarikat.
Kumpulan Syiah Agha Khan ini tersebar dan terdapat di Nairoby, Darussalam, Zimbabwe, Moghadisu, Congo, Balgiky, India, Pakistan, Syria dan pusat utama kepimpinannya ialah di Karachi. Di Malaysia, kumpulan ini terdapat di Lembah Klang dari kalangan pemilik kedai-kedai Peerbhai. Pengikut kumpulan ini tidak dapat diketahui jumlahnya tetapi mengikut pendapat ia lebih sedikit daripada kumpulan Syiah yang pertama ([18]).

Ketiga:

Syiah Jaafariah atau Imamiah Ithana ‘Asyariah. Kumpulan ini mula tersebar di Malaysia pada tahun 1979 di kalangan tenaga pengajar di universiti-universiti di Malaysia melalui buku-buku fahaman Syiah. Pengikut kumpulan ini telah menterjemah beberapa buah buku fahaman Syiah ke dalam Bahasa Melayu. Bilangan pengikut kumpulan ini di Malaysia mengikut sumber Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) antara 300 hingga 500 orang ([19]). Tetapi jumlahnya yang sebenar tidak dapat diketahui dengan tepat.

Kumpulan Syiah inilah yang paling masyhur di Malaysia. Oleh itu penulis akan menulis tentang Syiah ini dan menerangkan kesesatan dan ciri-ciri ajaran sesat batiniah yang terdapat padanya.

Sejarah Ringkas Syiah Jaafariah Atau Syiah Imamiah Ithna ‘Ayariah

Syiah Jaafariah atau Syiah Imamiah Ithna ‘Ayariah yang terkenal dengan pangilan Syiah Imamiah muncul hasil dari percanggahan pendapat antara pengikut Syiah siapakah yang layak menjadi imam mereka selepas kematian Imam Jaafar As-Sodiq. Antara mereka ada yang mahu melantik anak sulung Imam Jaafar iaitu Ismail bin Jaafar dan ada yang mahu melantik anaknya yang bernama Musa al-Kazhim bin Jaafar kerana mengikut dakwaan mereka Imam Jaafar telah menyatakan Musa sebagai pengantinya. Kumpulan yang melantik Ismail sebagai imam mereka dikenali selepas itu dengan nama Syiah Ismailiah dan kumpulan yang melantik Jaafar pula dikenali dengan nama Syiah Jaafariah nisbah kepada nama Jaafar.

Kumpulan Syiah ini dinamakan Imamiah mengikut pendapat Imam al-’Asy’ari kerana pegangan dan dakwaan mereka Imam Ali bin Abi Thalib dilantik oleh Rasulullah s.a.w sebagai iman penganti selepas kewafatan baginda dengan cara ‘nas’ ([20]). Mengikut pendapat lain mereka dikenali sebagai Syiah Imamiah Ithna ‘Ayariah kerana pegangan mereka wajib terdapat imam di setiap zaman dan semua imam-imam tersebut seramai dua belas orang mestilah dari keturunan Imam Ali bin Abi Thalib ([21]). Mereka ialah:
  1. Abu Hasan Ali bin Abi Thalib yang digelar al-Murtadha.
  2. Abu Muhammad Hasan bin Ali yang digelar az-Zaky.
  3. Abu Abdullah Husein bin Ali yang digelar Sayyid as-Syuhada’.
  4. Abu Muhammad Ali bin Husein yang digelar Zainal Abidin.
  5. Abu Jaafar Muhammad bin Ali yang digelar al-Baqir.
  6. Abu Abdullah Jaafar bin Muhammad yang digelar as-Sodiq.
  7. Abu Ibrahim Musa bin Jaafar yang digelar al-Kazhim.
  8. Abu Hasan Ali bin Musa yang digelar ar-Redha.
  9. Abu Jaafar Muhammad bin Ali yang digelar al-Jawwad.
  10. Abu Hasan Ali bin Muhammad yang digelar al-Hady.
  11. Abu Muhammad al-Hasan bin Ali yang dikenali sebagai al-’Askary
  12. Abu al-Qasim Muhammad bin al-Hasan yang digelar al-Mahdy yang merupakan Imam yang kedua belas ([22]).
Pengikut Syiah Imamiah berpegang bahawa Imam mereka yang terakhir iaitu al-Mahdy telah masuk ke dalam sardaba atau bilik bawah tanah dalam rumah ayahnya dan terus ghaib hinggalah sekarang. Mereka bercanggah tentang umur al-Mahdy semasa beliau ghaib. Ada yang berpendapat umurnya pada masa tersebut ialah empat tahun dan ada yang berpendapat lapan tahun ([23]).

Kesesatan Akidah Syiah Rafidhah

Syiah lahir sejak masa kekhalifahan Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu ‘anhu dan dipelopori oleh seorang Yahudi yang bernama Abdullah bin Saba’, beliau mengaku sebagai seorang muslim, mencintai ahli Bait dan berlebihan dalam menyanjung Ali bin Abi Thalib, dan pada akhirnya beliau mengangkatnya hingga ke tingkat ketuhanan.
Kemudian Syiah berkembang biak menjadi berpuluh-puluh aliran, dengan berbagai macam ideologi yang mereka ada-adakan dengan akal fikiran mereka sendiri. Dinamakan Rafidhah kerana mereka menolak keimanan Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar. Dan dalam pendapat lain kerana mereka menolak agama.

Beberapa Akidah Mereka
  1. Akidah Bada’ iaitu meyakini bahawa Allah s.w.t tidak mengetahui sesuatu sebelum terjadi. Mereka mengatakan tidaklah Rasulullah s.a.w diutus kecuali diperintahkan untuk mengharamkan khamr dan menetapkan sifat bada’. Bagaimana mungkin mereka menisbatkan ketidaktahuan bagi Allah s.w.t padahal mereka meyakini imam-imam mereka mengetahui sesuatu yang tersembunyi?
  2. Berkeyakinan bahawa Allah s.w.t berjism (bertubuh seperti makhluk).
  3. Meniadakan sebahagian dari sifat-sifat Allah s.w.t
  4. Mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk dan mengingkari akan melihat wujud Allah s.w.t di akhirat dengan mata kepala, bahkan mereka mengatakan, barang siapa yang menisbatkan kepada Allah s.w.t sebahagian sifat, seperti sifat Allah s.w.t dapat dilihat, maka ia dihukumi murtad.
  5. Majoriti ahli hadis Syiah berkeyakinan adanya perubahan dalam Al-Quran. Abu Ja’far berkata: ‘Barang siapa yang mengaku telah mengumpulkan Al-Quran dan membukukan seluruh isinya sebagaimana yang diturunkan oleh Allah s.w.t, maka sesungguhnya ia seorang pendusta. Tidak ada yang mengumpulkan dan yang menghafalkannya sebagaimana yang diturunkan Allah s.w.t, melainkan Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu ‘anhu dan para imam sesudahnya.’ Jadi pada hakikatnya mereka memiliki 2 Al-Quran, iaitu Al-Quran yang maklum dan Al-Quran yang khusus bagi mereka, yang di antara isinya terdapat surah al Wilayah.
  6. Akidah mereka juga berpijak atas pencacian, pencelaan dan pengkafiran terhadap para Sahabat Nabi.
Al-Majlisi menyebutkan dalam bukunya bahawa Ali bin Husain berkata kepada hambanya: ‘Bagiku atas kamu hak pelayanan, ceritakan kepadaku tentang Abu Bakar dan Umar? Maka ia menjawab: ‘Mereka berdua adalah kafir, dan orang yang cinta kepada kedua-duanya termasuk kafir juga.’

Mereka juga mengatakan bahawa semua sahabat sepeninggalan Rasulullah s.a.w keluar dari Islam kecuali tiga orang iaitu al-Miqdad bin Aswad, Abu Dzar al-Ghifari dan Salman al-Farisi. Tidak hanya itu, mereka juga melaknat dua sahabat Nabi yang sangat mereka benci iaitu Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar. Bahkan mendoakan keburukan kepada kedua-duanya dengan menamakan doa dua patung Qurasy. [a]

[a] Kutipan dari doanya: ‘Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ya Allah berikanlah selawat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya, ya Allah laknatilah dua patung Qurasy, dua thaghut dan jibtnya dua pendusta dan pembohongnya dan kedua anak perempuannya (maksudnya: ‘Aisyah dan Hafshah), kerana mereka telah mengingkari perintah-Mu, mendustakan wahyu-Mu, tidak mensyukuri nikmat-nikmat-Mu, bermaksiat kepada utusan-Mu, memutar balik agama-Mu, mengubah kitab-Mu, mencintai musuh-musuh-Mu, mengingkari nikmat-nikmat-Mu, meninggalkan hukum-hukum-Mu, membatalkan dan mengabaikan kewajiban-kewajiban-Mu, mengkufuri ayat-ayat-Mu, memusuhi kekasih-Mu, berwala’ kepada musuh-musuh-Mu, memerangi negara-negara-Mu dan membinasakan hamba-hamba-Mu...
  1. Syiah Rafidhah mengaku bahawa para imam mereka ma’shum (terhindar dari kesalahan dan dosa) serta mengetahui hal-hal yang ghaib. Bahkan mereka lebih utama darjatnya dari pada para Nabi dan para Rasul.
  2. Mereka juga meyakini akidah raj’ah, iaitu keyakinan hidup kembali setelah kematian sebelum hari kiamat. Kemudian akidah raj’ah ini mengalami perkembangan yang sangat cepat sehingga mereka mengatakan bahawa semua orang Syiah bersama para imamnya, musuh-musuhnya dan para pemimpinnya akan dihidupkan kembali. Dan pada akhirnya akidah ini dijadikan sebagai sarana yang digunakan kelompok Saba’iyyah (salah satu aliran Syiah) untuk mengingkari hari kiamat.
  3. Membolehkan untuk Taqiyah iaitu: Suatu ucapan atau perbuatan yang dilakukan tidak sesuai dengan keyakinan, untuk menghindari bahaya yang mengancam jiwa, harta, atau untuk menjaga kehormatan. Sebagaimana kedustaan mereka terhadap Rasulullah s.a.w, mereka berangapan bahawa Rasulullah s.a.w juga pernah bertaqiyah tatkala beliau mensolatkan Abdullah bin Ubay (gembong munafik), kemudian Saiyidina Umar berkata kepada beliau tentang larangan Allah untuk mensolatkan orang munafik, maka beliau menjawab: ‘Celakalah engkau, tahukah engkau apa yang aku baca? Sesungguhnya aku mengucapkan: ‘Ya Allah, isilah mulutnya dengan api dan penuhilah kuburannya dengan api dan masukkan dia dalam api.’
  4. Mereka juga meyakini, bahawa tanah kuburan Husain sangat barakah. Mereka menamakannya dengan istilah ath Thinah. Mereka mengatakan bahawa tanah kuburan Husain adalah ubat untuk segala penyakit, ia adalah ubat yang paling agung.
  5. Akidah Rafidhah juga berpijak pada penghalalan harta dan jiwa ahli Sunnah Waljamaah. Lebih daripada itu, mereka juga beranggapan bahawa kekufuran ahli Sunnah lebih besar dari pada kekufuran orang-orang Yahudi dan Nasrani, disebabkan orang-orang Yahudi dan Nasrani memang kafir asli, sedangkan ahli Sunnah, mereka adalah murtad dari Islam. Oleh sebab itu, orang-orang Rafidhah membantu orang-orang kafir di dalam peperangan melawan orang-orang Islam sebagaimana yang disaksikan oleh sejarah.
  6. Mereka meyakini bahawa nikah mut’ah adalah sebahagian dari agama. Maka barang siapa yang mengamalkannya bermakna ia telah mengamalkan agama, dan barangsiapa yang mengingkarinya bererti ia mengingkari agama, dan anak yang dilahirkan dari hasil perkahwinan mut’ah lebih utama daripada anak yang dilahirkan melalui nikah yang biasa. Dan yang mengingkari nikah mut’ah adalah kafir dan murtad. Mereka berdalil dengan firman Allah surah an-Nisaa’ ayat 24. Mereka tidak berhenti hanya di situ, bahkan mereka membolehkan mendatangi isteri pada duburnya (anus). (na’udzubillaahi min dzaalik)
  7. Orang-orang Syiah Rafidhah juga mempunyai tanah haram, sebagaimana Mekah dan Madinah bagi kaum Muslimin. Tanah haram yang suci menurut mereka adalah Kufah, Karbala dan Qum. Tanah Karbala menurut orang-orang Syiah lebih utama daripada Kaabah.
  8. Menjadikan sepuluh hari pertama sebagai upacara dan ratapan untuk mengenang kematian Saiyidina Husain radhiyallaahu ‘anhu, dengan keyakinan bahawa ini merupakan sarana pendekatan kepada Allah dan merupakan ajaran dari syiar Islam.
  9. Meyakini tentang Lauhul Fathimah, iaitu dakwaan mereka bahawa Jibril turun kepada Fathimah untuk menyampaikan wahyu kepadanya.
  10. Rafidhah beranggapan bahawa seluruh pemerintahan selain pemerintahan imam mereka yang jumlahnya 12 dianggap tidak sah dan batal. Salah seorang daripada mereka berkata kepada tiga khalifah iaitu Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan Saiyidina Utsman: ‘Bahawa mereka adalah para perompak kekuasaan, pengkhianat, dan murtad dari agamanya, semoga laknat Allah kepada mereka, dan orang-orang yang mengikutinya, disebabkan kezaliman yang dilakukannya kepada keluarga Nabi dari generasi pertama dan sesudahnya.’
  11. Mereka juga beranggapan bahawa sesiapa saja yang berhukum dengan keputusan yang telah diberikan selain dari golongan mereka, bererti ia telah menerima keputusannya taghut, walaupun keputusannya benar berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah.

Aspek Kesamaan Yahudi Dan Rafidhah

Yahudi
Rafidhah
Yang layak memimpin kekuasaan adalah keluarga Daud ‘alaihissalam
Yang layak memimpin kekuasaan adalah keturunan Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu ‘anhu (ahli bait).
Tak ada jihad di jalan Allah sehingga al-Masih ad-Dajjal keluar dan pedang turun di tangan.
Tidak ada jihad di jalan Allah sehingga Imam Mahdi (imam kedua belas mereka) keluar dan ada yang memimpin dari langit.
Mengakhirkan solat sampai munculnya bintang-bintang.
Mengakhirkan solat Maghrib sampai munculnya bintang-bintang. (sedangkan hadis Rasulullah mengingkari akan hal itu). Hadis itu ialah sabda Rasulullah: ‘Umatku masih dalam keadaan fitrah, selama tidak mengakhirkan solat Maghrib sampai munculnya bintang-bintang.’ (HR Ahmad 4/147, 5/417, 422 dan Abu Daud 4/8 serta Ibnu Majjah dalam az Zawaid dengan sanad hasan.
Memutar balikkan isi kandungan Taurat
Memutar balikkan isi kandungan Al-Quran.
Tidak berpendapat bolehnya mengusap al khuf (sepatu slop) waktu berwuduk.
Tidak berpendapat tentang bolehnya mengusap al khuf waktu berwuduk.
Membenci Malaikat Jibril ‘alaihissalam. Mereka mengatakan ia musuh kami dari golongan Malaikat.
Malaikat Jibril ‘alaihissalam salah alamat dan khianat ketika menyampaikan wahyu kepada Muhammad, yang seharusnya orang yang berhak membawa risalah ini adalah Ali bin Abi Thalib.

Akan tetapi orang-orang Yahudi dan Nashrani memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang-orang Rafidhah, iaitu:
  1. Apabila orang-orang Yahudi ditanya tentang siapa sebaik-baik pemeluk agama kalian? Mereka menjawab para sahabat Nabi Musa ‘alaihissalam.
  2. Apabila orang-orang Nashrani ditanya siapa sebaik-baik pemeluk agama kalian? Mereka akan menjawab: ‘para sahabat setia Nabi Isa ‘alaihissalam.
  3. Tetapi, jika orang-orang Rafidhah ditanya tentang siapa yang paling buruk dari pemeluk agama kalian? Mereka akan menjawab: para sahabat Muhammad.
Demikianlah pembohongan-pembohongan Syiah terhadap Allah dan Rasul-Nya. Mereka menyembunyikan permusuhan dan kebencian kepada kita, mereka bahu membahu dengan orang-orang Yahudi untuk menghancurkan kita, kerana mereka menganggap kafir orang yang tidak berada dalam golongannya.

Syaikhul Islam rahimahullah berkata: ‘Orang-orang Syiah tidak berinteraksi kepada seseorang melainkan ia menggunakan kemunafikannya, kerana agama yang mereka yakini agama yang rosak, mendorong untuk berbuat pembohongan, pengkhianatan, penipuan terhadap orang, dan selalu mengharapkan keburukan kepada orang, mereka tidak henti-hentinya menimbulkan kemudaratan, tidak meninggalkan keburukan selama mampu melakukannya, mereka dibenci oleh orang yang belum mengenalinya, meskipun orang tersebut tidak mengetahui dia adalah orang Syiah, disebabkan tanda-tanda kemunafikannya nampak di muka mereka, dan kesalahan yang banyak dalam ucapannya.’

Akidah Syiah Rafidhah

Difahamkan terdapat 200 juta pengikut Syiah di seluruh dunia. Di Malaysia, anutan ini dipercayai sedang berkembang. Untuk mengenali Syiah, perlu difahami bahawa ia terbahagi kepada tiga golongan iaitu al-Tasyaiyu’, al- Mufadhdhila dan al-Rafidhah. Pada asasnya, Syiah dianggap golongan yang memberikan wala’ (taat setia) melampau kepada Saiyidina Ali bin Abi Talib serta keturunannya sekali gus menafikan kemuliaan Khalifah Ar-Rasyidin yang lain iaitu Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Umar Al Khattab dan Saiyidina Usman Ibn Affan.

Turut termasuk dalam kumpulan yang ditentang oleh Syiah ialah Saiyidatina A’isyah, iaitu isteri kesayangan Rasulullah s.a.w sendiri. Selain itu ada juga telahan bahawa penentangan ini bukan sekadar membenci, malah sampai ke tahap kafir mengkafir. Namun, daripada tiga golongan Syiah ini, hanya al-Rafidhah yang menolak Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan Saiyidina Usman.

Al-Tasyaiyu’ pula adalah golongan yang bersimpati dan menyebelahi Saiyidina Ali dalam Perang Siffin antara Ali dengan Muawiyah bin Abi Sufyan pada 657 Masehi. Rasa simpati ini turut berkait dengan peristiwa Karbala yang berlaku pada 10 Muharam tahun 61 Hijrah (680 Masehi) apabila anak Saiyidina Ali, iaitu Saiyidina Husain diserang dan dibunuh oleh tentera Yazid bin Muawiyah di Karbala, Iraq. Sejak itu, pada setiap 10 Muharram, penganut Syiah akan melakukan upacara memukul diri sendiri dengan qamezani iaitu sejenis pisau seakan-akan pedang atau rantai besi sebagai tanda meratapi pembunuhan Saiyidina Husain dengan kejam pada tarikh tersebut.

Al-Mufadhdhila pula, meskipun mereka meletakkan kedudukan Saiyidina Ali dan keturunannya lebih mulia dan lebih tinggi daripada sahabat lain, namun mereka tetap mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Usman. Mereka juga tidak sampai mencela sahabat-sahabat kesayangan Rasulullah s.a.w itu. Daripada tiga golongan ini, hanya al-Rafidhah sahaja yang secara terang-terangan menafikan kekhalifahan Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan Saiyidina Usman kerana mereka menganggap, selepas kewafatan Rasulullah, orang yang layak menggantikan baginda ialah Saiyidina Ali, diikuti keturunannya.

Ini sekali gus menyebabkan timbul tanggapan kononnya pelantikan mereka yang selain Saiyidina Ali dan keturunannya adalah salah dan mereka yang mematuhinya didakwa sesat. Meskipun Syiah lebih cenderung untuk dikaitkan dengan Saiyidina Ali dan keturunannya, namun kewujudan Syiah dikatakan lebih dahulu daripada itu. Malah ada versi yang mengaitkan kewujudan kumpulan itu dengan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam dengan misi mahu menghancurkan Islam dari dalam (munafik). Namun, Abdullah bin Saba’ hanya seorang individu dan ini bukan faktor yang kuat bagi perkembangan Syiah hingga ke hari ini.

Faktor lain yang lebih kuat ialah kaitannya dengan sejarah Parsi sehingga melahirkan negara Syiah, Iran yang paling kuat pada masa ini. Kegemilangan empayar Parsi berakhir pada era pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Orang Parsi yang sebelum itu beragama Majusi (Zoroastrian) mulai menerima Islam antara 637 hingga 651 Masehi. Meskipun ramai yang ikhlas memeluk Islam, namun ada juga yang berdendam. Ada versi mendakwa mereka yang berdendam ini mendalangi misi pembunuhan Saiyidina Umar selain mencetuskan bibit kebencian sehingga terjadi pembunuhan Saiyidina Usman.

Misi membalas dendam ini dikatakan diatur bersama kumpulan Abdullah bin Saba’. Ketika Saiyidina Ali mengambil alih tampuk pemerintahan, berlaku kekecohan dalam menentukan siasatan dan hukuman terhadap pembunuh Saiyidina Usman. Kumpulan diketuai Saiyidina Ali berpendapat, kekecohan perlu diredakan segera, kemudian barulah siasatan dilakukan untuk menjejak pembunuh Usman. Namun kumpulan yang kedua diketuai Muawiyah, Gabenor Syria pada masa itu sebaliknya mahu pembunuh Usman segera dihukum, barulah umat Islam dapat disatukan.

Pertelingkahan ini akhirnya membawa kepada Perang Jamal dan Perang Siffin, perang saudara yang terawal berlaku dalam Islam. Kumpulan dari Parsi ini bersungguh-sungguh menyokong kumpulan Saiyidina Ali kerana putera baginda, Husain berkahwin dengan puteri Parsi, Syahr Banu. Demikianlah dikatakan pertalian awal antara Syiah dengan pewaris empayar Parsi bermula.

Di negara negara kita Malaysia, ajaran Syiah boleh diamalkan namun tidak boleh disebarkan. Bagaimanapun hakikatnya, ia sedang berkembang sehingga mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa dan kumpulan pendokong Sunnah Waljamaah yang sejak sekian lama menjadi anutan rakyat Malaysia.

Apa Yang Tidak Kena Dengan Syiah?

Syiah di peringkat global kini telah menjadi satu agenda Yahudi untuk melumpuhkan kesatuan dan kekuatan Islam. Yahudi berselindung di sebalik Syiah kerana fahaman ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar iaitu Ahli Sunnah Waljamaah.

Permainan Yahudi terlalu licik, pakar strategi mereka sangat bijak menggerakkan agenda untuk memerangi Islam dari dalam dengan memperalatkan Syiah. Perkara ini menjadi mudah kerana permainan politik dalam kalangan sesetengah pemimpin di Asia Barat yang lebih mementingkan kelangsungan fahaman Syiah berbanding Islam seluruhnya. Kelicikan itu membuatkan bukan sahaja dalam kalangan orang Islam yang biasa malah ulama besar seperti Dr. Yusuf al-Qardawi pernah terpedaya dan menyokong perjuangan Syiah tidak lama dulu.

Pengaruh hebat ulama itu dimanfaatkan apabila Dr. Yusuf Qardawi tidak sedar memberikan pengiktirafan dan sokongan kepada Syiah yang merupakan agenda Yahudi. Misalnya pada tahun 2006 beliau memberi sokongan kepada pergerakan Hizbollah pimpinan Hassan Nasrallah di Lebanon untuk melawan tentera zionis Israel. Hizbollah adalah pergerakan Syiah yang diketuai oleh Hassan Nasrallah, tokoh Syiah yang sangat dikagumi. Tetapi apakah yang berlaku di Syria apabila pemimpin diktator Presiden Bashar Assad membunuh penentangnya dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kebangkitan rakyat yang berlarutan hingga sekarang?

Teori mengaitkan perjuangan Syiah dengan Yahudi boleh dibuktikan apabila Hassan Nasrallah menghantar beribu-ribu pejuang Hizbollah ke Syria untuk membantu Bashar Assad memerangi orang Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beberapa egensi berita antarabangsa melaporkan sasaran Bashar Assad adalah penduduk dan pejuang Ahli Sunnah Waljamaah. Ini menunjukkan perjuangan Hizbollah selari dengan Amerika Syarikat yang sejak awal lagi menyokong Bashar Assad. Siapa yang menentukan dasar luar negara Amerika Syarikat kalau bukan kalangan pelobi dan pembiaya Yahudi? Sama ada Presiden Barack Obama atau sebelumnya, dasar luar Amerika Syarikat tidak pernah berubah selagi pelobi dan pembiaya dalam kempen pilihan raya presiden adalah Yahudi.

Kerana itu di peringkat global Syiah memberikan ancaman yang sangat besar kepada Islam. Syiah kini sudah berada dalam lingkungan geopolitik antarabangsa apabila Iran, negara yang menjadi tunggak fahaman Syiah. Iran menyokong Presiden Bashar Assad membunuh pejuang Ahli Sunnah Waljamaah. Sokongan ini selari pula dengan Rusia dalam isu Syria malah hubungan rapat Iran dengan Rusia bukan menjadi rahsia lagi.

Di negara ini isu mengenai Syiah sentiasa dibangkitkan dan baru-baru ini kembali hangat apabila kerajaan negeri Kedah menjadi negeri pertama yang mengharamkan fahaman tersebut. Mengikut statistik terbaru, dianggarkan tidak kurang 250,000 penganut fahaman itu di negara ini dan yang paling membimbangkan penyebarannya bukan lagi secara tertutup seperti sebelum ini. Malah di Kedah sendiri ada persatuan Syiah.

Walaupun begitu ada pihak menganggap ancaman Syiah di negara ini tidak membimbangkan memandangkan kerajaan berjaya membanteras kumpulan Al-Arqam tidak lama dulu. Ketika dibanteras, Al-Arqam sebuah pergerakan yang mempunyai pengaruh dalam kalangan masyarakat tempatan. Maka kejayaan menghapuskan Al-Arqam dijadikan sandaran untuk mendepani Syiah yang menular pesat ketika ini.

Benarkah Syiah tidak memberikan ancaman dan pendekatan memerangi Al- Arqam boleh digunakan untuk memerangi Syiah? Sebenarnya Syiah dan Al-Arqam sangat berbeza dari segi pengaruh di peringkat antarabangsa. Al-Arqam sebuah pergerakan yang bersifat domestik dan tidak didokong oleh mana-mana negara. Sementara pusat penyebaran Syiah bukan di negara ini tetapi di Iran yang menjadi satu-satunya negara yang mengamalkan fahaman Syiah dan membantu meluaskan pengaruh Syiah di seluruh dunia. Buktinya ada pihak mengakui bahawa sesetengah pelajar yang dihantar ke Iran suatu ketika dahulu menjadi pemangkin penyebaran Syiah di negara ini.

Pengaruh Syiah di peringkat antarabangsa melonjak selepas kejayaan Revolusi Islam 1979 menggulingkan pemimpin monarki Shah Mohamad Reza daripada Dinasti Pahlavi. Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Khomeini menjadi pemimpin agung Syiah di Iran. Selepas lenyapnya sistem monarki, Iran muncul sebagai negara Syiah yang hebat kerana berjaya menggulingkan raja yang menjadi boneka Amerika Syarikat dan Britain. Dalam konteks ini Syiah memang dipuji dan menjadi jenama perjuangan Islam menentang penguasaan Barat di Iran. Tetapi yang tidak baiknya Syiah memusuhi orang Islam yang tidak sealiran dengannya.

Ketika ini dianggarkan 70 juta atau 95 peratus daripada populasi penganut Islam di Iran adalah Syiah. Ini bermakna 40 peratus daripada taburan penganut fahaman Syiah berada di Iran dan angka ini adalah sangat besar. Dalam konteks ini kita mesti melihat Iran daripada pelbagai sudut, bukan sahaja sebuah negara Islam yang kelihatan lantang menentang kuasa besar seperti Amerika Syarikat. Tetapi di sebalik itu kenapa Iran tidak diserang walaupun Amerika Syarikat mendakwa Iran membangunkan senjata nuklear?

Kenapa Amerika Syarikat begitu pantas mengambil keputusan menyerang Afghanistan dan Iraq? Iraq yang belum dibuktikan membangunkan loji senjata nuklear telah dimusnahkan oleh Amerika Syarikat dan pemimpinnya, Saddam Hussein yang anti Syiah dibunuh.

Apa yang berlaku di negara kita hari ini ini telah lama diperangi oleh bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein. Malah beberapa negara di Asia Barat juga memerangi Syiah tetapi yang kelihatan negara berkenaan seolah-olah memusuhi Iran yang menonjol sebagai penentang utama Barat. Tindakan radikal Saddam menghapuskan penganut Syiah dengan gas beracun memang melampau dan tidak berperikemanusiaan. Tetapi apakah pemimpin Iran lebih berperikemanusiaan membantu Bashar Assad?

Iraq diserang kerana negara itu bukan negara Syiah seperti Iran yang Yahudi mempunyai kepentingan untuk melemahkan negara Islam. Tetapi selepas tumpasnya Saddam dan muncul pemimpin boneka Amerika Syarikat di Iraq, Syiah kembali berkembang pesat. Statistik terkini menunjukkan 22 juta penganut Syiah atau 65 peratus daripada populasi penganut Islam di negara berkenaan. Maka ada benarnya bahawa Syiah menjadi ancaman kepada Islam dan menyumbang kepada kepentingan Yahudi. Mungkin pemimpin Syiah tidak sedar tetapi Yahudi telah mengaut keuntungan daripadanya.

Pengaruh Revolusi Syiah

Revolusi Iran kira-kira 34 tahun lalu menggoncang dunia. Kuasa besar Barat terpinga-pinga dengan pengaruh pemimpin Syiah, Ayatollah Khomeini dan bagaimana beliau menjatuhkan kerajaan Reza Shah Pahlevi, yang disokong Amerika Syarikat. Gerakan Islam sedunia bagaikan mendapat semangat baru. Di Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berjumpa Khomeini. 

Pulang ke Malaysia, Anwar isytiharkan sambutan ‘Hari Pembebasan dan Perpaduan Iran’ pada 16 Mac 1979. PAS tidak ketinggalan. Pemimpinnya, Mohamed Sabu menggunakan retorik tokoh Syiah itu dalam ucapan dan ceramahnya. Mereka juga mempengaruhi gerakan pelajar Islam, terutama di sekolah agama dan pondok, untuk menentang kerajaan menggunakan revolusi di Iran sebagai contoh. 

Rencana Harakah (31 Disember 1999) memuji Khomeini sebagai wira dan ‘role model’ untuk PAS. Malah, ada dakwaan seorang ulama PAS dilantik duta khas Khomeini untuk Asia Tenggara dan risalah ucapan pemimpin Syiah itu diedar di masjid sekitar Kuala Lumpur (Baca Shanti Nair, Islam in Malaysian Foreign Policy, ISEAS 1997). 

Pada Muktamar PAS 1983, Presidennya, Yusof Rawa berucap: “Kejayaan revolusi Islam di Iran menambah lagi keyakinan kita terhadap kejayaan Islam masa hadapan. Kita mestilah mempelajari daripada kejayaan umat Islam di Iran untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehan kita untuk berjuang.” Yusof Rawa menyaksikan sendiri bibit-bibit revolusi kerana ketika itu, beliau adalah Duta Malaysia ke Iran, Turki dan Afghanistan. 

Kebetulan, perkembangan di Pakistan yang menyaksikan kemunculan Jeneral Zia ul-Haq (yang memperkenalkan hudud dan cukai cara Islam) dan gerakan Islam menentang kerajaan Anwar Sadat di Mesir turut memberi kesan ke atas PAS sehingga muncul kumpulan pemimpin muda yang berlainan pembawaan berbanding pemimpin terdahulu seperti Dr Burhanuddin al-Helmy dan Tan Sri Asri Muda. Selain Yusof Rawa, paling menonjol ialah Datuk Nik Aziz Nik Mat dan beberapa pemimpin ABIM-PAS, seperti Datuk Fadzil Noor, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman. 

Sebagai Presiden (1983-89), Yusof Rawa membawa pendekatan baru, menyusun organisasi parti dan membuka ruang kepada ulama menguasai PAS. Beliau mempelopori konsep ‘kepemimpinan ulama’, memperkenalkan Majlis Syura dan jawatan Mursyidul Am, yang dipegangnya sendiri. Menurut Badlihisham Mohamad Nasir: “Imej PAS dikatakan seolah-olah berubah mengikut rentak kepemimpinan ala-Syiah di Iran yang memberikan status yang amat tinggi kepada ulama.” (Tamadun, Ogos 1999).

Apabila Jaafar Nimeiri melancarkan revolusi Islam di Sudan pada 8 September 1983, Yusof Rawa mencadangkan penubuhan negara Islam di Malaysia mengikut acuan revolusi Iran. Menurut Dr Farish A Noor, di bawah kepemimpinan Yusof Rawa dan kumpulan muda, PAS bersikap lebih militan dan berkonfrontasi ala gerakan radikal Mesir seperti Tanzim al-Jihad dan Takfir wa’l-Hijrah. 

Tanzim al-Jihad (atau Jama’ah al-Islamiyyah) dipimpin personaliti Ikhwanul Muslimin seperti Muhamad Abdul al-Salam Faraj, Abbud al-Zumur dan Khalid Islambuli, semuanya pengikut Khomeini, Syed Qutb dan Sheikh Umar Abdul al-Rahman, yang membenarkan pembunuhan orang awam Islam atas nama jihad. 

Takfir wa’l-Hijrah (atau Jama’ah al-Muslimin) dipimpin Ahmad Shukri Mustafa, juga pengikut Syed Qutb, dan sering menggunakan takfir sebagai senjata politik. Kumpulan ini menganggap selain ahli mereka, orang lain adalah kotor dan berdosa. (Islam Embedded Vol 2, MSRI Kuala Lumpur, 2004). Tidak terbabit ialah Imam Hassan al-Banna, Sheikh Ahmad Yasin atau Fathi Yakan.

Sejak itulah, PAS dilihat mengambil pendekatan politik yang semakin keras. Pemimpin mereka sering melabel orang lain sebagai kafir, asabiyyah, munafiqin, mustazaffin dan syirik. Kemuncaknya ialah Amanat Haji Hadi pada 1982 yang menuduh UMNO kafir. Hadi juga menulis buku bertajuk Hizbullah dan Hisbussyaitan manakala Ibrahim Libya mahu berjihad menumbangkan kerajaan yang dianggap sekular dan munafik menggunakan revolusi Syiah sebagai model. (Baca Perisai Memali oleh CN Afghani, Baling, 1997) 

Pengaruh Syiah 

Revolusi Iran akhirnya menghadapi masalah dalaman dan luaran. Mereka yang dianggap musuh kerajaan Syiah dipenjara atau dibunuh, tokoh akademik dibuang kerja dan parti politik seperti Tudeh diharamkan. Khomeini melancarkan perang dengan Iraq antara 1982-1988 sehingga menghancurkan kedua-dua negara. Ramai pemimpin dan tokoh revolusi yang kemudian membantah pemusatan kuasa ulama, kerakusan Khomeini dan kekejaman Syiah letak jawatan (Perdana Menteri Mehdi Bazargan), meninggalkan negara (Presiden Bani-Sadr), dibuang negara (Ayatollah Muhammad Kazim Shariatmadari,) atau dibunuh (Sadeq Gobtzadeh). 

Hari ini, PAS secara terbuka menolak pengaruh Syiah tetapi sekitar 35 tahun lalu, tokoh yang berani membangkitkan bahaya kesan revolusi Iran dan sikap Syiah dalam kalangan kepemimpinan parti seperti Abu Bakar Hamzah, Asri Muda dan Dato’ Nakhaie Ahmad telah disingkirkan. Kata Abu Bakar, yang dipecat pada 1986: “Memang perangai orang PAS sekarang ini suka mentakfirkan orang lain, suka pulau memulau, suka rasa dirinya saja yang beriman dan bertakwa, sedangkan orang lain adalah kafir belaka. Perangai biadab seperti ini berleluasa dalam PAS dan ayatollah-nya gagal membendung perangai jahiliah beginilah yang akan meruntuhkan perjuangan PAS.” (Mingguan Islam, 17 Jun 1988) 

Gerakan Syiah Dalam PAS Bukan Persepsi

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tidak menolak adanya penganut Syiah dalam jemaahnya. Dalam satu ceramah, beliau berkata: “PAS terbuka kepada semua orang, bukan saja Mazhab Syafie. (Orang) Mazhab Hanafi, Hambali, Wahabbi, Syiah, Khawarij pun masuk PAS.” Jika benar pun ada pemimpin PAS yang menganut ajaran Syiah, mereka pasti tidak mengaku.

Sikap ini dipanggil takiyyah (munafik, berbohong) dan diamalkan penganut Syiah untuk melindungi diri dan membolehkan mereka terus mengamal dan menyebar pengaruh dalam kalangan umat Islam di negara ini, yang majoritinya beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu enggan menjawab kerana anggap soalan itu perangkap media, manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula beri jawapan bodoh. 

Namun, tidak sukar untuk kita mengenali siapa antara pemimpin tinggi PAS yang dipercayai penganut Syiah. Menurut ramai guru pondok dan pengikut PAS sendiri, ia berdasarkan pengucapan, amalan dan tindakan individu berkenaan. Beliau sering mengagung-agungkan pemimpin Syiah seperti Hassan Nasrullah, Sheikh Ahmad Yasin dan gerakan seperti Hizbullah dan rejim Bashar al-Assad juga Hassan al-Banna, Kalim Siddiqui, Ali Shariati dan Fathi Yakan. Selain melawat Lubnan, Iran, Iraq dan Syria, individu ini juga sering mengagung-agungkan kejayaan Iran dan membela Syiah dalam ceramahnya. Kata mereka, hakikat individu ini menjadi pemimpin tinggi PAS juga disebabkan sokongan golongan Syiah dalam PAS. 

Dalam satu wawancara pada Jun 2011, pemimpin ini akui kagum dengan gerakan dan kejayaan Revolusi Ayatollah Khomeini ketika menyertai PAS sekitar 1978-1979. Beliau juga akui mempelajari falsafah, cara dan mendalami semangat beberapa pemimpin politik yang beliau sanjungi tanpa sedar mereka adalah Syiah.

“Bagi saya bukan melihat pemahaman, anutan dan sebagainya dan kadang-kadang saya tidak tahu apa pegangan dan anutan mereka tetapi saya melihat dari sudut kepemimpinan. Inilah sikap saya, tidak langsung melihatnya dari sudut latar belakang mazhab mereka.” Namun, pemimpin ini mengelak menjawab sama ada beliau Syiah atau tidak. 

Bila dicabar oleh Datuk Mukhriz Mahathir untuk tampil menjelaskan secara ikhlas dan telus mengenai pembabitannya dalam fahaman Syiah, beliau juga tidak menjawab. Pemimpin Syiah dalam PAS juga adalah mereka yang menolak penyatuan dengan UMNO yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka dikatakan mula bergerak sejak 1980-an, apabila mengikuti lawatan tajaan ke Iran dan Pakistan. Pada 1987, seramai 300 penganut Syiah berkumpul di Kota Bharu atas nama seminar haji. Dewan seminar penuh dengan gambar dan risalah Khomeini. Ini segera diikuti satu lagi seminar di Dewan Bahasa dan Pustaka, yang mana antara resolusi yang diluluskan ialah menzahirkan ketaatan kepada pemimpin revolusi Iran itu selain menggesa Haramain ditadbir oleh Badan Islam Antarabangsa. 

Mulai 1987, buku Syiah dan pelbagai risalah yang memuatkan ucapan Khomeini tersebar luas. Dalam memperingati Hari Quds Antarabangsa, perutusan Khomeini disampaikan yang mempertahan akidah Syiah. 

Kini, ajaran Syiah mudah diakses melalui internet. Lagu dan hujah pemimpin Syiah boleh diikuti di YouTube. Bilangan pengikut Syiah di Malaysia hari ini dianggarkan ratusan ribu orang, termasuk pensyarah universiti. Walaupun pihak kerajaan masih mencari bukti pengaruh Syiah di institusi pengajian tinggi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah antara IPTA yang mempunyai sel Syiah yang aktif. 

Rujukan:

  1. ([1]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 131.
  2. ([2]) Tuan Che Mat bin Che min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negeri Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculan, Bahayanya, Pemulihannya, Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negeri Brunei Darussalam, ctk 1, 1994, ms 99-101.
  3. ([3]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.
  4. ([4]) Tuan Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 101.
  5. ([5]) Tuan Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 98.
  6. ([6]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.
  7. ([7]) Tuan Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 98-102.
  8. ([8]) Tuan Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 98-102.
  9. ([9]) Subky Abd Latif, Fadhil Noor: Dia Guru… Dia Kawan, Kuala Lumpur, Penerbitan al-Azim SDN BHD, ctk 1, 2003, ms 30.
  10. ([10]) Tuan Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 98-102.
  11. ([11]) Tuan Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 101-102.
  12. ([12]) Buku tersebut dalam Bahasa Melayu bertajuk Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan, oleh Al-Hasan Bin Yusuf al-Mutahhar al-Hiliyy, terjemahan: Lutpi Ibrahim. 1993.
  13. ([13]) Syah Abdul ‘Aziz Ghulam Hakim ad-Dahlawy, Mukhtasor At-Tuhfati Al-Ithnai ‘Asyariah, op.cit., ms 167.
  14. ([14]) Mahmud Salim Ubaidaat, Tarikh al-Firaq wa ‘Aqaidiha, op. cit., ms 42.
  15. ([15]) Sila lihat: An-Nadwah Al-’Alamiah Li Asy-Syabab Al-Islamy, al-Mausu’ah al-Muyassarah fi al-Adyaan wa al-Mazahib al-Mu’asirah, Riadh, al-Mamlakah al-’Arabiyah as-Sa’udiyyah, ctk 2, 1409 Hijrah/1989 Masehi, ms 48
  16. ([16]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.
  17. ([17]) Sila lihat: An-Nadwah Al-’Alamiah Li asy-Syabab al-Islamy, al-Mausu’ah al-Muyassarah fi al-Adyaan wa al-Mazahib al-Mu’asirah, Riadh, al-Mamlakah al-’Arabiyah as-Sa’udiyyah, ctk 2, 1409 Hijrah/1989 Masehi, ms 51.
  18. ([18]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.
  19. ([19]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.
  20. ([20]) Abi al-Hasan Ali bin Ismail al-’Asy’ary (meninggal dunia 330 Hijrah), Maqolaat al-Islamiyyiin Wa Ikhtilaf al-Musolliin, tahkik: Mohammad Mahyudin bin Abdul Hamid, Maktabah al-’Asriyyah, t.ctk, 1411 Hijrah/1990 Masehi, juz 1, ms 89.
  21. ([21]) Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun (732-808 Hijrah), Muqaddimah Ibni Khaldun, op. cit., ms 151.
  22. ([22]) Muhammad Redha al-Muzhaffar, Aqoid al-Imamiyyah, Beirut, Muassasah al-Imam al-Husein, ctk 10, 1417 Hijrah/1997 Masehi, ms 70.
  23. ([23]) Muhammad Abu Zahrah, Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah, Qoherah, Darul al-Fikr al-’Araby, t. ctk., 1996, ms 48.






3 ulasan:

  1. walau tulisan ini dah lama tapi baru ini aku terbaca,artikel ini ada satu tulisan fitnah dan mendapat ilham dari syaitan,penulis ini menulis dengan pen uh sangkaan buruk dan fitnah jahat,semoga dia akan di musnahkan krn dia akan merosakkan akidah org islam,nauzubillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Artikel.diatas ada unsur kebenaran walau bukan semuanya benar.
      Kesesatan dan kekufuran syiah adalah jelas,
      Pengaruh khomeini juga meresap kuat dalam tubuh kepimpinan pas tapi bukan semua.
      Syiah sukar dikesan kerana konsep takiyyah nya(berpura islam dan sunni).tetapi jika.kita menghalusi ucapan atau tulisan sebahgian pemimpin pas dengan.mata hati maka kita akan sadar ada yang menyelitkan.unsur.penerimaan kpd syiah.
      Mereka biasa akan mula.masukkan jarum.dengan mengatakan.syiah adalah sebuah mazhab dalam islam.

      Padahal wajar kita tahu syiah bukanlah mazhab bahkan.adalah manhaj akidah.

      Mereka akan masukkan.jarum dengan kata iran dan hizbullaat menentang amerika israel padahal iran hizbullat itulah.kawanan yahudi.
      Jarum syiah di benam ke minda kita sedikit demi sedikit tanpa kita sadar.ini permainan dajjal laknatullah.kerana dajjal sememangnya akan keluar dengan.diiringi 70ribu isfahan iran siap dengan selendangnya.

      Padam
  2. Bismillahirrahmanirrahim

    Al-Azhar’s historic fatwa on Shias
    October 14, 2016
     
    SHAFAQNA IN COLLABORATION WITH THE WORLD SHIA FORUM – The following is the transcript of an interview which was conducted with al-Azhar’s most senior authority: Dr. Ahmad al-Tayyib with Al Neel Egyptian TV channel.

    In the interview Dr al-Tayyib rejects the notion of takfir in reference to Shia Islam, asserting the school of thought legitimate place within Islam’s schools of thoughts. Dr al-Tayyib’s courageous stand stands in opposition to Wahhabism, which dogma has ambitionned to outlaw Shia Islam for it recognises the authority of the AhlulBayt over that of their clerics.

    Q. In your opinion, isn’t there any problem in Shia Beliefs?

    A. Never, 50 years ago Shaikh Mahmood Shaltoot, the then Chancellor of Al Azhar, had issued a fatwa that Shia School is the fifth Islamic School and as like as the other schools.

    Q. Our children are embracing Shia Islam, what should we do?

    A. Let them convert and to embrace Shia School. If someone leaves Maliki or Hanafi Sect, do we criticize him? These children are just leaving fourth school and join the fifth.

    Q. The Shias are becoming relatives with us and they are getting married with our children?

    A. What is wrong with this, marriage between religions is allowed.

    Q. It is said that the Shias have a different Quran?

    A. These are the myths and superstitions of the elderly women. Shia Quran has no any difference with ours, and even the script of their Quran is like our alphabet.

    Q. 23 clerics of a country (Saudi Arabia) issued a fatwa that the Shia are infidels, heretics (Kafirs)?

    A. Al-Azhar is the only authority to issue fatwa for Muslims; therefore the above said fatwa is invalid and unreliable.

    Q. So what does the difference – being raised between the Shia and the Sunni – mean?

    A. These differences are the part of the policies of foreign powers who seek conflict between The Shia and the Sunni.

    Q. I have a very serious question that “the Shia do not accept Abu Bakr and Umar, how you can say they are Muslims?

    A. Yes, they do not accept them. But is the belief in Abu Bakr and Umar a part of the principles of Islam? The story of Abu Bakr and Umar is historic and history has nothing to do with fundamentals of the beliefs.

    Q. (The reporter surprised by the response, asks) Shia has a fundamental problem and that is ”they say that their Imam the time (امام العصر) is still alive after 1,000 years”

    A. He may be alive, why is it not possible? But there is no reason that we – as Sunni – should believe just like them.

    Q. (Referring to Imam Mohammad Taqi al-Jawad AS, (the 9th Imam of Shias) the reporter asked) The Shias believe that one of their Imams was just eight-year old when he became Imam; is it possible that an eight-year-old child be the Imam?

    A. If an infant in a cradle can be a prophet (Issa AS), then why an eight-year-old child can not be the Imam? It is not strange. Although we may not accept this belief as we are Sunni. However, this belief does not harm their Islam, and they are Muslims.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA