PANTUN
Terlebih
dahulu saya mengucapkan jutaan tahniah kepada semua peserta yang telah
menghadiri Lokakarya Menulis Pantun anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Selangor yang mana saya telah menjadi penceramah dan pembimbingnya. Berikut adalah sedikit penjelasan saya tentang pantun.
Sesungguhnya pantun adalah imejan kebijaksanaan minda
orang Melayu zaman dulu. Suatu binaan pola berfikir yang mencerminkan bangsa
Melayu secara keseluruhan. Pilihan kata perlu tepat, akan memberikan makna yang
hebat. Oleh yang demikian manifestasi penciptaan pantun daripada pelbagai latar
belakang sosial seseorang seniman menunjukkan hasil yang beragam, iaitu ada
pantun yang baik, sederhana dan kurang baik. Pantun yang baik haruslah
mencerminkan ketepatan pilihan kata, bunyi berentak dengan muzik bahasa yang
mengasyikkan serta memancarkan makna yang dimengertikan oleh pendengarnya.
Kata-kata yang lebih diutamakan ialah kata-kata yang bersuku dua kerana
kata-kata ini lebih seimbang. Dalam bilangan perkataan, sebaiknya tidak lebih
dari empat dan kurang dari tiga perkataan pada tiap-tiap kerat. Sukatan-sukatan
ini penting kerana bunyi dan bilangan rentaknya.
Oleh
sebab pantun adalah hasil komunikasi bersemuka, saling mendepani maka pantun
yang dilontarkan harus bijaksana, halus dan berkias. Dalam kespontanan inilah
kecekapan dalam memilih perkataan yang tepat sangat dituntut agar kelangsungan
pembicara tidak dianggap biadab, bebal atau mengguris perasaan si penerima.
Menerusi pantunlah sindiran, kritikan dan teguran disuguhkan secara halus
tersirat namun dapat dimengertikan dalam konteks sesuatu situasi. Ada beberapa
syarat yang harus dipenuhi dalam sesebuah pantun yang baik iaitu:
- Pantun ada 2 bahagian iaitu pembayang maksud atau sampiran atau pembawa maksud, dan bahagian kedua disebut maksud pantun sebenarnya. Perlu ada perhubungan antara bahagian pembayang maksud dengan maksudnya.
- Perhubungan antara pembayang maksud dengan maksud, sebenarnya dapat dilihat dalam bayangan bunyi.
- Mesti ada asonansi yakni bunyi yang sama.
- Pembayang harus memaparkan suasana alam, maksud herus memaparkan sikap atau sifat
- Ada rima tengah dan rima hujung.
- Pembayang pada baris pertama mesti ada hubung kait dengan pembayang pada baris kedua dalam setiap rangkap pantun.
Pantun
yang indah menggunakan alam sebagai pembayang. Penulis pantun perlulah
mempunyai pengetahuan tentang sesuatu unsur alam yang digunakan agar ia dapat
digunakan secara betul. Adakalanya seorang penulis tidak arif tentang unsur
alam yang digunakan sehingga menyebabkan gambaran tidak logik, tidak jelas
malah tidak ketentuan maknanya.
Contoh:
Pokok
tualang di tanah rata
Jalar keladi melilit batangnya
Jangan dihalang lidah berkata
Memang menjadi hak miliknya
Pembayang
yang digunakan menunjukkan bahawa penulis tidak arif tentang pokok tualang.
Pokok tualang tidak tumbuh di tanah rata tetapi tumbuh di tanah berbukit. Pokok
keladi berbatang lembut dan jalarnya tidak pernah memanjat, hanya menjalar saja
di atas tanah lalu bagaimana ia akan melilit batang pokok tualang.
Satu
lagi contoh:
Jalar keladi melilit batangnya
Jangan dihalang lidah berkata
Memang menjadi hak miliknya
Memancing
tengas di tepi muara
Pokok pisang menjulang ke awan
Orang yang punya lembut suara
Barulah boleh dibuat kawan
Baris
pertama ‘memancing tengas di tepi muara’ memberi gambaran yang tidak tepat. Ini
kerana ikan tengas tidak hidup di muara tetapi di aliran air yang deras seperti
air terjun dan sebagainya. Hendak memancing ikan tengas perlu di tempat yang
airnya deras kerana ikan tengas suka melawan arus. Pokok pisang juga tidak
meninggi hingga ke awan. Pokok pisang rendah saja.
Baris-baris
pembayang berfungsi untuk membayangkan apa yang akan terjadi pada baris-baris
maksud. Sebuah pantun yang baik mestilah mempunyai suasana yang sama di dalam
pembayang dan maksud. Jika maksud gembira maka pembayang juga sepatutnya
menggembirakan.
Contoh:
Kusangka
selasih di tengah bendang
Rupanya tepus yang berduri
Kusangka kasih hingga ke petang
Rupanya putus di tengah hari
Di
sini terdapat pembayang yang baik, tidak lari dari makna dan suasana dalam
maksud. Suasana dan makna dalam pembayang adalah sama dengan maksud iaitu
harapan yang kecewa. Apa yang disangka tidak menjadi kenyataan. Yang diharap
ialah selasih rupanya bukan. Ia hanya pokok tepus yang berduri.
Lihat
pula bercanggahnya dua baris pembayang dengan dua baris maksud dalam pantun
ini:
Sudah
tumbang batang kerasnya
Patah melentuk bak kena parang
Kasih sayang tiada duanya
Hanya untuk adinda seorang
Maksud
yang hendak disampaikan ialah kasih sayang yang tiada duanya, sedangkan di
dalam pembayang terdapat pokok yang tumbang dan patah seperti ditetak parang.
Pembayangnya sedih tetapi maksudnya gembira. Ini dikatakan pantun yang
pembayang dan maksudnya bercanggah.
Sebaik-baiknya
pantun tidak menggunakan nama orang seperti Ali, Ahmad, Salmah, Samad dan
sebagainya kecuali tokoh yang dikenali masyarakat seperti Hang Kasturi, Hang
Jebat, Hang Tuah, Dang Anum, Tun Mutahir atau nama-nama am seperti Datuk
Panglima, Datuk Bendahara, Temenggong, Laksamana, Raja Muda dan sebagainya. Ada
juga pengarang pantun yang menulis menggunakan nama orang. Ini dianggap sebagai
mengambil jalan mudah untuk mendapatkan rima. Contoh:
Pergi
ke kota rumah Pak Ali
Pergi bersama Puan Salina
Intan permata tidak terbeli
Kerana hamba miskin dan hina
Sebenarnya
banyak lagi ilmu tentang pantun yang ingin saya sampaikan tetapi waktu-waktu
begini bukanlah waktu yang tepat. Perlu ada satu lokakarya khas untuk
memperkatakannya sehingga segalanya dapat dihadam dengan jelas oleh tuan2 dan
puan2. Semoga ilmu yang sedikit ini
dapat juga diladeni dan dijadikan panduan untuk mencipta pantun pada masa akan
datang. Insya-Allah
Sekian,
terima kasih.
Pokok pisang menjulang ke awan
Orang yang punya lembut suara
Barulah boleh dibuat kawan
Rupanya tepus yang berduri
Kusangka kasih hingga ke petang
Rupanya putus di tengah hari
Patah melentuk bak kena parang
Kasih sayang tiada duanya
Hanya untuk adinda seorang
Pergi bersama Puan Salina
Intan permata tidak terbeli
Kerana hamba miskin dan hina
Hai semua,
BalasPadamSaya akan memberitahu anda rahsia menjadi kaya dalam pelaburan bitcoin “orang yang bijak sepatutnya mempunyai wang di dalam kepala mereka, tetapi tidak di dalam hati.. Setiap hari adalah hari keputusan baru. Pilihan anda untuk menjadi kaya atau miskin & terus bergelut, mula membuat dana yang lebih besar dalam masa 72 jam dengan peniaga yang sah & pro seperti saya, Pelan pelaburan dibuka sekarang dengan pelaburan minimum $200 anda boleh memperoleh $2000 dalam 72 jam.
Labur $200 mendapat $2,000
Labur $500 mendapat $5,000
Labur $700 mendapat $7,000
Labur $1,000 mendapat $10,000
Labur $2,000 mendapat $20,000
Labur $5,000 mendapat $50,000
Labur $7,000 mendapat $70,000
Jangan lepaskan peluang yang jelas ini untuk mencapai kebebasan kewangan anda, mereka yang belum bersedia untuk melabur sekarang belum bersedia untuk bersara awal, jangan bergantung pada satu sumber pendapatan, biar kami berdagang untuk anda hari ini dan mula membuat keuntungan untuk anda. Sila hubungi kami Melalui WhatsApp: +1(252)285-2093 E-mel : andersoncarlassettrade@gmail.com
Testing . . .
BalasPadamIt works! Hi, my name is David W. Blomstrom.I discovered your book Membongkar misteri tragedi MH370 & MH17: angkara Yahudi Dajjal illuminati
BalasPadamI have a great interest in conspiracy and the Jews. I have many websites, including www.conspiracy1.com, jews101.com, and jewarchy.com. I'm also working on several books.
I found a picture of your book cover at https://www.goodreads.com/book/show/50234220-membongkar-misteri-tragedi-mh370-mh17-angkara-yahudi-dajjal-iluminati
I would like to request permission to use this picture in some of my books and websites. I will include the proper permission and a link to any website you specify.
I'm currently working on a book titled China vs The Jews. It includes some information about Malaysia, and I would like to include a picture of your book cover there.
I'm sorry I don't speak your language. ;)
Thank you.
David W. Blomstrom