SYED MAHADZIR SYED
IBRAHIM atau nama penanya SMAHADZIR dan SMSI dilahirkan pada 22 Januari 1961 di Sungai Tawar, Kedah. Beliau memulakan alam
persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Tawar, Baling, Kedah, Sekolah
Kebangsaan Kota Bukit, Sik, Kedah, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra,
Kedah, Institut Teknologi Mara (ITM) - Diploma Kajian Reka Bentuk dan
Universiti Putera Malaysia – Ijazah Sarjana Muda Linguistik.
Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan
di Jabatan Perhubungan Awam, Lembaga Letrik Negara, Pengurus Editorial di Food
and Agriculture of Organization (FAO) of United Nation, Editor dan Pengurus
Editorial di beberapa buah syarikat penerbitan dan kini merupakan Ketua
Fasilitator Program Penghayatan Sastera & Budaya (PPSB)/PLKN, anjuran Dewan
Bahasa Pustaka dengan kerjasama Jabatan Latihan Khidmat Negara, Exco Majlis
Kebudayaan Negeri Selangor, mantan Setiausaha Persatuan Penulis Dan Kebajikan
Negeri Selangor (KEMUDI) dan Setiausaha Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah
Kuala Langat (PESAT). Selain itu beliau juga merupakan Ahli Jawatan Kuasa
Persatuan Sepak Takraw Daerah Kuala Langat (PENYENGAT), Selangor.
Sebagai seorang yang aktif dalam bidang budaya, beliau
sering dijemput sebagai hakim dalam pertandingan mendeklamasi puisi, syarahan,
bercerita, tarian tradisional, teater, nyanyian lagu-lagu asli, nyanyian
lagu-lagu patriotik, pantun dan juga nyanyian lagu-lagu irama Malaysia
peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan. Selain itu beliau juga merupakan
tenaga pengajar puisi tradisional (pantun, syair, nazam, gurindam, seloka) di
kem-kem Latihan Khidmat Negara.
Bidang penulisan beliau ialah cerpen, esei,
fiksyen misteri, berita, puisi, skrip drama tv, skrip drama radio, skrip drama
pentas dan novel. Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih dari seratus
buah buku dalam pelbagai genre. Antara hasil karya beliau yang telah dibukukan
ialah:
ANTOLOGI CERPEN (PERSENDIRIAN):
- Datuk Tokoh (Penerbitan PCT
Sdn Bhd 2002)
- Rindu Baridah (Penerbitan PCT
Sdn Bhd 2002)
- Sendu Cologne (Penerbitan PCT
Sdn Bhd 2002)
- Hati Orang Tua (Penerbitan PCT
Sdn Bhd 2002)
- Sateria Bendahara (Penerbitan PCT
Sdn Bhd 2002)
- Gitanos Tanah Nusa
(Penerbitan
PCT Sdn Bhd 2002)
- Penghujung Gerimis
(Penerbitan
PCT Sdn Bhd 2002)
- Mawar Pudar Warna (Penerbitan PCT
Sdn Bhd 2002)
- Semekar Kelopak
Kenangan (Pustaka Cita Tinggi 2002)
- Diburu Cinta
Terlarang (Pustaka Cita Tinggi 2002)
- Tokoh Merdeka (Pustaka Cita
Tinggi 2002)
- Rindu Seorang Ibu (Pustaka Cita
Tinggi 2002)
- Berangkhir
Penantian (Pustaka Cita Tinggi 2002)
ANTOLOGI CERPEN (BERSAMA):
- Antologi Sayang
Sufi (Utusan Melayu Publication 1997)
- Antologi Cerpen
Belia Madani (Yayasan Kobena 1997)
- Hartini Farah (Fajar Bakti 1998)
- Unting Kasih (Majlis Kebudayaan
Negeri Kedah 1998)
- Korban Kasih (Fajar Bakti 1998)
- Di Sinikah
Langkasuka (Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, 2004)
NOVEL:
- Di Bawah Lembayung
(Fajar
Bakti 1997)
- Shaufik Nabillah (Aneka
Publications 1997)
- Lukisan Cinta (Aneka
Publications 1997)
- Kemelut (Edusystem 1998)
- Mengelamun (Aneka
Publications 1998)
- Jejak (Aneka
Publications 1998)
- Misteri Hatun (Aneka
Publications 1998)
- Melarik Cinta Di
Pinggir Musim (Creative Enterprise 1998)
- Jelaing (Penerbitan PCT
2000)
- Geruh (Penerbitan PCT
2000)
- Meredah Tekad (Penerbitan PCT
2000)
- Di Alun Samudera (Penerbitan PCT
2000)
- Pintu Hidayah (Penerbitan PCT
2000)
- Ritma Seorang
Ekspatriat (Penerbitan PCT 2000)
- Putera Dari Sahara (Pustaka Segar 2002)
- Jihad (Pustaka Cita Tinggi, 2003)
- Anak Kuala Sedeli (Pustaka Cita Tinggi,
2003)
- Genta Rasa Dari London (Pustaka Cita Tinggi,
2003)
- Pertemuan Di Raudhah (Pustaka Cita Tinggi,
2003)
- Liku-liku
Pertemuan (Pustaka Cita Tinggi, 2003)
- Villa Madona (Pustaka Cita Tinggi,
2003)
- Biasan (Pustaka Cita Tinggi, 2003)
- Menggenggam Bara Api (Pekan
Ilmu Publications Sdn Bhd 2006)
- Menjejak Rakan Yang Hilang (Pekan
Ilmu Publications Sdn Bhd 2006)
- Mencerna Impian (Pekan
Ilmu Publications Sdn Bhd 2006)
- Onak Dan Duri (Pekan
Ilmu Publications Sdn Bhd 2006)
- Hidup Mesti Berbakti (Pekan
Ilmu Publications Sdn Bhd 2006)
- Bukan Kerana Tuah (Pekan
Ilmu Publications Sdn Bhd 2006)
- Labuhan Cinta Terakhir (Penerbitan Ilmu Sdn Bhd
2006)
- Safari Cinta Seorang Ekspatriat (Penerbitan Ilmu
Sdn Bhd 2006)
- Cinta Nadim & Mimpi Bush (Penerbitan Ilmu
Sdn Bhd 2006)
- Lestari Bukit Menghijau (Penerbitan Gema Insan
2008)
- Demi Putat
Unggai (Dewan Bahasa & Pustaka 2012)
KOMPILASI CERITA RAKYAT (PERSENDIRIAN):
- Tiga Saudara (Makruf Publisher
1997)
- Sundang Hikmat (Makruf Publisher
1997)
- Puteri Intan
Baizuri (Makruf Publisher 1997)
- Anak Muda Desa
Ziung Sha (Pustaka Segar 2002)
- Putera Tikus Dan
Anak Gadis Pak Mulah (Pustaka Segar 2002)
- Seri Kencana Dewi (Pustaka Segar
2002)
- Sinbard Muo Albito
(Pustaka
Segar 2002)
- Nyanyian
Cenderawasih (Pustaka Segar 2002)
- Princes Nagila
Vious (Pustaka Segar 2002)
- Laing Jelita
Ananda (Pustaka Segar 2002)
- Kancan Sateria Dan
Cempaka Sari (Pustaka Segar 2002)
- Gadis Dari Gunung (Star Trading 2008)
- Rantai Emas Berloket Nilam (Star Trading 2008)
- Meminta Bulan Purnama (Star Trading 2008)
- Keputusan Maulana (Star Trading 2008)
- Harta Tiada Ternilai (Penerbitan Generasi Baru
2008)
- Balada Malam Minggu (Penerbitan Generasi Baru
2008)
- Jutawan Bongkak (Pustaka Sukses 2009)
ANTOLOGI CERPEN (BERSAMA) TERJEMAHAN:
- The Comrades (Pustaka Segar, 2004)
- The Goblin's Mallet (Pustaka Segar, 2004)
- When The Twins Went To War (Pustaka Segar, 2004)
- Kotura Kotura (Pustaka Segar, 2004)
- Lord Of The Winds (Pustaka Segar, 2004)
- The Millionaire Miser (Pustaka Segar, 2004)
- The Adventures Of Prince Camaralzaman And Princess
Badoura (Pustaka Segar, 2004)
- Akanidi The Bright Sunbeam (Pustaka Segar, 2004)
- Chang And The Dragon Visitors (Pustaka Segar,
2004)
- I Am The Grass (Pustaka Buana, 2004)
- A Little Cloud (Pustaka Buana, 2004)
- Deaf Orchestras Play In Silence (Pustaka Buana,
2004)
- When The Clock Got Sick (Pustaka Buana, 2004)
- One Last Goodbye (Pustaka Buana, 2004)
- Winter Shadows (Pustaka Buana, 2004)
- A Wager With Death (Pustaka Buana, 2004)
- The Boarded Window (Pustaka Buana, 2004)
BUKU KANAK-KANAK:
- Pertemuan Tidak Diduga (Penerbitan PCT Sdn Bhd
2002)
- Api Tidak Membakar (Penerbitan PCT Sdn Bhd
2002)
- Panglima Baabullah
(Penerbitan
PCT Sdn Bhd 2002)
- Akal Siapa Hebat (Penerbitan PCT
Sdn Bhd 2002)
- Putera Pahlawan (Penerbitan PCT
Sdn Bhd 2002)
- Helah Al-Wazir (Penerbitan PCT
Sdn Bhd 2002)
- Abul Ghusn (Penerbitan PCT
Sdn Bhd 2002)
- Doa Ibu (Penerbitan PCT
Sdn Bhd 2002)
- Hadiah Terakhir (Kreatif Kembara
Sdn Bhd 2005)
- Realiti Kehidupan (Kreatif Kembara
Sdn Bhd 2005)
- Berdikari (Kreatif Kembara
Sdn Bhd 2005)
- Menjerat Puyuh (Kreatif Kembara
Sdn Bhd 2005)
- Lukisan
Kesederhanaan (Kreatif Kembara Sdn Bhd 2005)
- Emak Berhati Emas (Kreatif Kembara
Sdn Bhd 2005)
- Berani Kerana
Benar (Kreatif Kembara Sdn Bhd 2005)
- Erti Persahabatan (Kreatif Kembara
Sdn Bhd 2005)
BUKU-BUKU ILMIAH:
- 365 Hari Dalam Sejarah (Penerbitan Ilmu Sdn Bhd,
2006)
- 163 Tokoh Terkenal Islam (Penerbitan Ilmu Sdn Bhd
2006)
- Menjana Patriotisme Remaja (Penerbitan Ilmu Sdn Bhd
2006)
- Himpunan Herba Tradisi Terpilih Malaysia (Warisan INKED
Sdn Bhd 2008)
- Permainan Rakyat Malaysia (E1 Publications Sdn Bhd, 2009)
- Permainan
Tradisi Rakyat (E1 Publications
Sdn Bhd, 2009)
- Tarian Tradisi
Rakyat (E1 Publications Sdn Bhd, 2009)
- Adat Resam Dan
Makanan Masyarakat Melayu (E1
Publications Sdn Bhd, 2009)
- Alat Muzik
Tradisi Rakyat (E1 Publications
Sdn Bhd, 2009)
- Busana &
Seni Bina Melayu (E1
Publications Sdn Bhd, 2009)
- Penyelidikan
Seni Budaya - Dabus Daerah Kuala Selangor (Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia 2009)
- 365 Hari Dalam Sejarah Malaysia Jilid 1 & Jilid
2 (Penerbitan Ilmu Sdn Bhd 2010)
- Gagasan Najib:
1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (Warisan INKED Sdn Bhd 2010)
- Penyelidikan
Seni Budaya – Kompang Jawa
(Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia 2010)
- Penyelidikan
Seni Budaya – Dabus (Kementerian
Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia 2011)
ANTOLOGI SAJAK (BERSAMA):
- Hadirnya Antara Kita (Pekan
Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
- Kita Umpama Sehelai Daun (Pekan
Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
- Memoir Suatu Ketika (Pekan
Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
- Paya Sengketa (Pekan
Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
- Erti Kemerdekaan (Pekan
Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
- Senja Pinggir Musim (Pekan
Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
- BAHTERA II (Persatuan
Penulis Dan Kebajikan Negeri Selangor – KEMUDI 2009)
- Teng Ya Nung – Tanah Leluhur (Persatuan
Sasterawan Terengganu 2013)
- Sajak Suara Kita – Seribu Sajak Merdeka (Jabatan Penerangan Malaysia 2013)
BUKU-BUKU MOTIVASI (BERSAMA):
- Membentuk Kegemilangan (Pekan
Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
- Permasalahan Remaja (Pekan
Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
- Membentuk Sahsiah Positif (Pekan
Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
- Membina Kecemerlangan Diri (Pekan
Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
- Kaedah Meraih Kejayaan (Pekan
Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
- Kaedah Meraih Kebahagiaan (Pekan
Ilmu Publications Sdn Bhd 2007)
BUKU-BUKU AGAMA:
- Rasul-Rasul Pilihan (Pustaka
Cita Tinggi 2003)
- Sejarah Perjuangan Rasulullah SAW (Pustaka Cita Tinggi 2003)
- Para Pejuang Agama Allah (Pustaka
Cita Tinggi 2003)
- Para Sahabat Junjungan SAW (Pustaka
Cita Tinggi 2003)
- Mujahid-Mujahid Di Jalan Allah (Pustaka Cita Tinggi 2003)
- Peribadi Wanita-Wanita Solehah (Pustaka Cita Tinggi 2003)
- Tokoh-Tokoh Ilmu Dan Pejuang Kebenaran (Pustaka Cita Tinggi 2003)
- Suka Duka Perjuangan Nabi Muhammad SAW (Pustaka Cita Tinggi 2003)
- Islam Dan 25 Rasul Pilihan (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
- Kisah-Kisah Membina Akhlak (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
- Kisah-Kisah Menjana Ikhtibar (Penerbit Pustaka
Azhar 2013)
- Kisah-Kisah Teladan (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
- Penduduk Syurga (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
- Buah Iman (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
- Kisah-Kisah Wanita Teladan (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
- Syuhada Pembawa Khabar (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
- Sirah Teladan Para Anbia (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
- Dajjal Akhir Zaman (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
- Perang Dalam Sejarah Islam (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
- Tokoh-Tokoh Ilmuan Islam Terkenal (Penerbit Pustaka
Azhar 2013)
- Salahuddin Al-Ayyubi (Mujahid Perang Salib) (Penerbit Pustaka
Azhar 2013)
- Thariq Bin Ziyad (Panglima Penakluk Andalusia) (Penerbit Pustaka
Azhar 2013)
- Muhammad Al-Fateh (Penakluk Rohani Konstantinopel) (Penerbit Pustaka
Azhar 2013)
- Khalid Al-Walid (Penggempur Tentera Musuh) (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
- Salman Al-Farisi (Lautan Yang Tidak Pernah Kering) (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
- Umar Abdul Aziz (Mujaddid Islam Tersohor) (Penerbit Pustaka Azhar 2013)
- Saad Abi Waqqas (Panglima Perang Al-Qadissiyah) (Penerbit Pustaka Azhar 2014)
- Umar Al-Khattab (Bapa Kemodenan Pentadbiran Islam) (Penerbit Pustaka Azhar 2014)
- Ali Bin Abi Thalib (Singa Allah Yang Dimuliakan) (Penerbit Pustaka Azhar 2014)
- Abu Bakar As-Siddiq (Permata Penyelamat Islam) (Penerbit Pustaka Azhar 2014)
- Uthman Bin Affan (Pemilik Dua Cahaya) (Penerbit Pustaka
Azhar 2014)
Selama bergiat di dalam bidang penulisan, beliau
telah berjaya memenangi beberapa anugerah seperti:
- Hadiah Pertama Pertandingan Mengarang Program Pelancongan Rantau Lipur
anjuran Hong Kong Tourist Association (HKTA)/Berita Minggu 1995 (Hong Kong Syurga Membeli Belah)
- Hadiah Pertandingan Mengarang Temu Sastera ASEAN 1995 (ASEAN
Literature Meet) anjuran Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor
(KEMUDI)/Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan 1995 (Kuala Langat Daerah Sejahtera Dan Penuh Sejarah)
- Hadiah Pertandingan Cerpen Belia Madani 1996 anjuran Yayasan
Kobena/Berita Harian (Sehijau
Bumiku, Mencanai Citra Baru, Darah Pejuang)
- Hadiah Utama Sayembara Puisi Ulang Tahun UMNO 50/Angkatan Sasterawan
Kedah (ASASI) 1996 (Gurindam Jasamu
Gemilang, Di Sini Segalanya, Semangat Yang Menjulang, Cita Anak Bangsa)
- Hadiah Cerpen Remaja Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank 1996 (Cinta Kak Ngah Beralih Arah)
- Hadiah Utama Pertandingan Karya Seni Kreatif Puisi Kebangsaan anjuran
Permodalan Nasional Berhad (PNB) 1999 (Syair
Anak Bertuah Bentala Merdeka)
- Hadiah Mengarang Cerpen Peraduan Formula Malaysia Peringkat Umum 1999
(Puncak AMEBO)
- Hadiah Mengarang Esei Peraduan Formula Malaysia Peringkat Umum 1999 (Evolusi Pembinaan Negara – Katalis
Kecemerlangan Sejak Merdeka)
- Hadiah Sayembara Cerpen Berunsur Sejarah Kedah anjuran Persatuan
Sejarah Malaysia Cawangan Kedah 1999 (Darah
Bapa Masih Mengalir)
- Hadiah Utama Sayembara Cerpen Jubli Emas 50 Tahun RIDA/MARA (2000) - (Bintang Kemerlap Di Puncak Grande
Bibliotheque)
- Hadiah Sayembara Esei Jubli Emas 50 Tahun RIDA/MARA (2000) (Kewujudan MARA Dalam Pembangunan
Ekonomi Masyarakat Malaysia Sejak Merdeka)
- Hadiah Pertandingan Mengarang Cerpen Kanak-Kanak Bertemakan Alam
Sekitar anjuran Kementerian Teknologi Dan Alam Sekitar 2000 (Taman Hijau)
- Hadiah Pertandingan Menulis Esei Peringkat Kebangsaan Minggu Saham
Amanah Malaysia 2001 (Kategori Penulisan Umum) anjuran Permodalan Nasional
Berhad (Peranan Saham Dalam
Pembangunan Ekonomi)
- Hadiah Utama Karya Kreatif Almanak (Puisi) 2001 anjuran Net Space
Learning Sdn Bhd/Utusan Melayu (M) Bhd (Di Sini Kita Berdiri)
- Hadiah Pertandingan Mengarang
Esei Citra Wangsa Malaysia 2005 anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)
(Merdeka Adalah Aksara Keramat,
Agung Dan Terindah)
- Hadiah Sayembara Puisi Dan Cerpen Kepenggunaan Peringkat Kebangsaan
2006 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP), PUSPITA cawangan KPDNHEP dan Gabungan Persatuan Penulis
Nasional Malaysia (GAPENA) – (Seloka
Gula Manis)
- Hadiah Utama Pertandingan Penulisan Bahan-bahan Bacaan Remaja anjuran
Penerbitan Fargoes Sdn Bhd. (2008) - Lestari
Bukit Menghijau, Gadis Dari Gunung, Rantai Emas Berloket Nilam, Balada
Malam Minggu, Meminta Bulan Purnama, Keputusan Maulana Arif, Harta Tidak
Ternilai
- Hadiah Pertandingan Mengarang Esei 2009 (Kategori A), anjuran Dewan
Bahasa Dan Pustaka (Pencemaran Alam
Mempengaruhi Tahap Kesihatan Rakyat)
- Sajak berjudul DIARI LAMA
telah terpilih untuk Edisi Pelajar Antologi bagi Komponen Sastera dalam
Bahasa Malaysia Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia kegunaan
tahun 2010 dan dimuatkan dalam antologi Kasut Kelopak Jantung.
- Hadiah Ketiga Pertandingan Menulis Artikel Sempena Sambutan Ulang
Tahun Ke 10 Pengisytiharan Shah Alam Sebagai Bandaraya anjuran Majlis
Bandaraya Shah Alam 2010. (Shah Alam – Destinasi Ziarah Penuh
Memorabilia)
- Novel Lestari Bukit Menghijau telah terpilih untuk Edisi
Pelajar Antologi bagi Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia kegunaan
tahun 2011 bagi para Pelajar Tingkatan Dua Sekolah-sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk Zon Timur (Johor, Pahang, Terengganu, dan
Kelantan)
- Hadiah Pertandingan Mengarang Seloka Sempena Promosi Kerja Kahwin 2011
anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kementerian Penerangan,
Komunikasi & Kebudayaan. (Seloka
Pengantin Baharu)
- Hadiah Ketiga Sayembara Menulis Novel & Skrip Drama Kanak-Kanak
Dan Remaja 2011 anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (Kategori Novel
Kanak-Kanak - Demi Putat Unggai)
- Hadiah Pertandingan
Menulis Esei 1Malaysia: 1Keluarga, 1Esei anjuran Kementerian Penerangan,
Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) dengan kerjasama Perpustakaan Negara
Malaysia (PNM) 2011 (Fahami Prinsip Penerimaan Dalam Gagasan 1Malaysia)
- Hadiah Pertama Pertandingan Mengarang Cerpen Maulidur Rasul anjuran
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam dengan kerjasama Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) 2012 - (Pancang Isbat)
- Hadiah Pertandingan Mengarang Pantun Empat Kerat Bertemakan
Nilai-nilai Murni anjuran Klasik Nasional, Kementerian Penerangan,
Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia 2012. (Pantun Nilai Murni)
- Hadiah Ketiga Pertandingan Mengarang Puisi Maulidur Rasul anjuran Pusat
Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam dengan kerjasama Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) 2012 - (Engkau Kekasih Mewangi Kasturi)
- Hadiah Pertama Pertandingan Mengarang Esei Seni Kraf Malaysia, 2012
anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kementerian Penerangan,
Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia. (Keunggulan
Kraf Malaysia Menjana Ekonomi Dan Menjadi Lambang Budaya)
- Hadiah Kedua Sayembara
Menulis Puisi Tahun Melawat Terengganu 2013, anjuran Kerajaan Negeri
Terengganu Darul Iman dan Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) sempena
Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013) - (Terengganu Bentala Berbudi)
- Hadiah Esei Kepenggunaan Peringkat Kebangsaan 2013 sempena Hari Pengguna Malaysia anjuran FOMCA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) – (Kategori E (UMUM) – Penipuan
Pelaburan)
- Sajak KITA UMPAMA SEHELAI DAUN telah
terpilih untuk Edisi Pelajar Antologi bagi Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia
Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia kegunaan tahun 2015.
