Cahaya Cinta Ilahi
Cinta itu cahaya sanubari,
kurniaan Ilahi memenuhi fitrah insani,
bercambah tautan cinta,
di situlah naluri rindu bermula,
sang pujangga mencipta kata,
cinta itu tak pernah meminta,
tetapi memberi sepenuh rela,
rasa bahagia menyulam jiwa,
bakal perjalanan sang musafir,
mencari cinta Ilahi dari sulaman cinta hambanya.
SMAHADZIR
Puisi Buat Isteri
(dedikasi buat isteriku yang banyak meredam prahara duka dalam jiwa)
Isteriku,
usah gusar bila melalui jalan sukar,
kerana kita harus sedar,
hidup tidakkan mudah jika semangat kita tersasar.
Isteriku,
usah membisu jika ada rasa terbuku,
bukankah kita ditakdirkan bersatu,
berkongsi rindu dan sendu,
kerana kita harus tahu,
beratnya beban menanggung pilu.
Isteriku,
memang tidak mudah,
untuk meredah prahara gundah,
tetapi kita tongkah dengan seribu tabah,
dan bermusim sudah,
kita bersama menganyam jaring-jaring pasrah,
untuk ditebarkan di samudera indah,
semua yang sukar jadi mudah,
bila haluan kita searah.
Isteriku,
menjelang malam ini,
ingin kupinjamkan cahaya bintang,
dan gebar bulan,
biar ia menyinar hingga ke siang,
mengapung mimpimu ke langit lepas,
kerana kilaunya adalah kasih sayang polosmu,
kerana panasnya adalah pengorbanan mulusmu.
SMAHADZIR
Kasih
Patah ranting bercerai kuntum,
meniti belati menusuk jantung;
resah kasih menanti cantum,
isi berita tak mahu kunjung,
lelah mencari ke laut sepi,
berlabuh cinta di pangkal bicara;
rindu sudah di rantai hati,
namun hilang jiwa ke mana,
cendara pura indahnya kota,
beradu puteri cendana sari,
lapangkan dada segarlah jiwa,
barukan nampak isinya hati.
SMAHADZIR
Harapan Sahabat
Sahabat,
kusambut dengan seribu penghargaan,
agar kita menjadi insan berilmu,
dan pembela nasib masa depan,
hatimu perlu cekal dan tabah,
sesabar ibu mendewasakanmu,
jiwamu perlu subur dengan iman,
sesubur hijau bumi Tuhan,
kita diajar cintakan kematian,
bagai musuh kita cintakan kehidupan,
maka di bawah langit biru ini,
kita mengenali erti sebuah kehidupan,
sahabat-sahabatku engkaulah harapan,
untuk menjadi pemimpin masa hadapan,
sebagai satu contoh akan kejayaan,
masa depanmu mesti kau merdekakan.
SMAHADZIR
Hanyut
Hanyut aku!
hulurkan tangan-Mu, tolong aku,
sunyinya sekelilingku,
tiada suara kasihan,
tiada angin mendingin hati,
tiada air menolak dan mengelak,
dahagakan kasih-Mu,
hauskan bisikan-Mu,
mati aku disebabkan diam-Mu.
Langit menyerkap,
air berlepas tangan, aku tenggelam.
tenggelam dalam malam,
air di atas menindih keras,
bumi di bawah menolak ke atas,
mati aku, kekasih-Ku, mati aku!
SMAHADZIR
Puasa Ramadan
Salam dihulur kasih diterima,
agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
tingkatkan amalan hadkan selera,
hubungan terikat sesama manusia,
hati bertaut dikongsi rasa,
nafsu disekat elakkan dosa,
hati disuci pelbagai dimensi,
bukan mudah menahan diri,
bukan sukar mengawal situasi,
tekadkan nurani tegarkan diri,
ingatlah Yang Maha Melihat sentiasa di sisi,
selera dijamah sebelum Subuh,
azan Maghrib tanda berbuka,
sebulan cuma Ramadhan berlabuh,
mohon berkat selagi mata terbuka,
siang bertahan menghitung waktu,
terawikh tak lupa di malam hari,
mahmudahkan diri setiap waktu,
walau Ramadhan pergi esok hari.
SMAHADZIR
Ibadah
Tujuan ibadah fardhu dan sunat,
hendak mendapatkan Tuhan,
dari ibadah hendak menyuburkan,
takut dan cintakan Tuhan,
dari situ akan sentiasa hidup rasa bertuhan,
di dalam jiwa di dalam kehidupan,
di mana pergi teringat-ingatkan,
Tuhan di dalam jiwa,
rasa bertuhan itulah jiwa punyai kekuatan,
kekuatan jiwa itulah yang dikatakan jati diri,
pada hamba Tuhan,
ia menjadi baju besi rohani dan maknawi,
agar perkara yang negatif pada pandangan,
pendengaran dan fikiran di dalam kehidupan,
jiwa tidak dirosakkan,
jiwa yang tidak dirosakkan oleh keadaan kehidupan,
tidak merosakkan akhlak insan,
akhlak yang mulia itu ia adalah hiburan,
hibur-menghiburkan sesama insan,
atau sesama hamba Tuhan,
ada orang beribadah, ia dapatkan dirinya sendiri,
dia rasa senang dengan ibadahnya,
dan rasa selamat kerana ibadahnya,
dia merasa dirinya orang baik,
dan nampak orang lain buruk,
dia rasa mendapat pahala,
dan merasakan dia orang luar biasa,
megah pun datang dengan ibadahnya,
sombong tiba kerana ibadahnya.
Rupanya ada orang beribadah,
ibadahnya sudah terpesong,
tujuan ibadah untuk mendapat Tuhan,
takutkan Tuhan, cintakannya,
hingga rasa bertuhan subur di dalam jiwa,
kesannya rasa hambanya pun subur di jiwa,
rasa hina, rasa malu, rasa lemah,
rasa harap kepada tuhannya,
tapi dia dapatkan dirinya sendiri,
dia rasa bangga dapat pahala,
ibadahnya menghilangkan rasa bertuhannya,
ibadahnya merasakan dia bangga,
maka dia tertipu dengan ibadahnya,
bahkan dia tidak terasa lagi berdosa,
begitulah orang yang beribadah,
jahil tentang Tuhannya,
jahil memahami konsep ibadah,
maka ibadahnya menjadi bala kepadanya,
orang beribadah beginilah yang masuk neraka,
bukan ke syurga,
orang beribadah taraf itulah,
banyak terjadi di akhir zaman,
kerana itulah ahli ibadah zaman ini,
tidak ada kesannya di dalam kehidupan.
SMAHADZIR
Monolog Hati Sendiri
Kadang-kadang, apabila siang kita merindui rembulan,
apabila malam kita bertanya ke mana pula mentari,
sering kita tangisi hanya apabila ia tak lagi di sisi.
Aku tak mahu jadi begini,
maka malamku bersama rembulan,
kusyukuri, kunikmati, walau terkadang malamku suram,
maka siangku bersama mentari,
kusyukuri, kinikmati, walaupun terkadang bahangnya perit.
Segalanya perlu disyukuri,
kerana yang membuat terasa derita bukanlah sekeliling,
bukan mentaribukan rembulan tapi hati di dalam,
bisikan itu masih kudengari,
kalimah suci menggamit hati nurani,
bisikan itu terasa semalam,
berlalu di bawa bayu melintas sepintas lalu,
bisikan itu masih kuingati,
kerana kutahu ia akan kembali menggamit diri,
menemui Ilahi,
bisikan itu makin terasa kehadirannya,
sedetik, dua detik, tiga detik...
lailahaillallah ya Allah,
aku menghadap-Mu, kembali kepada-Mu,
terimalah diriku, lailahaillallah.
SMAHADZIR
Janji Perkahwinan
Satu masa nanti kita pasti dirisik,
pertunangan sejak azali,
di hujung hidup berkahwin dengan maut,
hantarannya sakit dan nazak,
tamu hadir menghadiahkan tangis,
pengantin dimandi dan dipakaikan baju putih,
wangian gaharu,
pengantin bersanding sendirian,
diarak keliling kampung,
berkompangkan azan dan kalimah kudus,
aqadnya talkin,
berwalikan liang lahad,
bersaksi nisan-nisan,
siraman mawar keluarga,
malam pertama bersama kekasih yang dindingnya tanah,
dan menuntut janji perkahwinan kullunafsin zaiqatul maut.
SMAHADZIR
Sejak Aku Mengenali-Mu
Sejak aku mengenali-Mu,
kuntum–kuntum bunga di laman hati,
beraroma dengan wangi,
menjinakkan kegusaran yang bertahun–tahun,
hidup di rimba kesesatan.
Aku ingin mengenali seluruh daerah indah-Mu,
ingin meneroka jalan, tanpa simpang dan liku,
kerana di situ hatiku akan bermukim,
sehingga tamat seluruh musim.
Sejak mengenali-Mu,
semua pintu mula kubuka,
agar Kau yang pertama sudi meredhainya,
dan aku sudah menyusun berhias,
mesramu di setiap ruang dan bahagian,
agar lebih akrab saling sayang menyayang,
dengan kepercayaan.
Sejak mengenali-Mu,
kudepa seluas langit,
agar Kau bisa rasa dengup jantungku,
yang tak pernah berhenti dengan berharap.
Terima kasih,
rela aku mengenali-Mu.
SMAHADZIR
Zaujati
Zaujati,
hamba kepada Tuhanku dan Tuhanmu ini,
tidak mampu melahirkan isi hatinya kepada sesama manusia,
petunjuk dan jalan daripada-Nya agar terlorong,
adalah matlamat seribu harapan,
agar aku bisa bergelar hamba yang diredhai.
Hari demi hari kutahu bahawa aku adalah seorang hamba,
keterbatasan ilmuku umpama sisa yang tinggal dijari,
apabila dicelupkan ke dalam air lautan nan luas,
tiada dapat dibandingkan dengan ilmu-Nya,
yang Maha Mengetahui.
Zaujati,
usahlah kau bersedih kerana insan yang hina dina ini,
aku juga sepertimu dan seperti mereka juga dan seperti yang lainnya,
yang sentiasa mengharap dan berhajat akan sesuatu daripada-Nya,
tiada apa yang dapatku berikan padamu melainkan sedikit,
Tuhan Yang Maha Pengasih tidak sesekali mengecewakan kita,
pohonlah apa yang kau mahu padanya,
agar mendapat kebahagian dunia dan akhirat.
Zaujati,
aku mengerti dan aku fahami apa yang kau rasa,
aku harap masih ada ruang bagi kita saling berbicara,
bicara hati bicara jiwa bicara apa sahaja,
tiada hijab tiada tabir tiada apa-apa,
yang menjadikan bicara kita itu sebagai suatu rahsia.
Zaujati,
kau zaujahku, kaulah sahabatku, kaulah penemanku di syurga,
kau dan aku mencari dalam seribu akan satu jalan,
jalan terang yang sampai ke penghujungnya,
bertemu kekasih yang sedang menanti kita di sana,
insya-Allah akanku pimpin tanganmu bersama-sama,
tidak sesekaliku lupa segala yang kau curahkan kepadaku,
pengorbananmu dahulu bukan menjadi suatu sejarah,
akanku simpan ia di sudut hatiku yang paling teristimewa.
Zaujati,
akhir kalamku ini air mataku menitis mengalir,
tanda hatiku tidak dapat menahan apa yang kau rasa
berat mataku memandang,
aku tahu berat lagi hatimu memendam,
bersabarlah, bersabarlah, bersabarlah,
pasti ada hikmah di sebalik;
aku lelaki dan kau wanita,
dan aku suami dan kau isteri,
al faqir ila rabbihi.
SMAHADZIR
Cermin Seekor Burung
Ketika musim kemarau baru saja mulai,
seekor burung pipit merasakan tubuhnya kepanasan,
lalu mengumpat pada lingkungan,
yang dituduhnya tidak bersahabat,
seekor burung pipit merasakan tubuhnya kepanasan,
lalu mengumpat pada lingkungan,
yang dituduhnya tidak bersahabat,
ia lalu memutuskan untuk meninggalkan,
tempat yang sejak dahulu menjadi habitatnya,
terbang jauh ke utara,
mencari udara yang selalu dingin dan sejuk.
tempat yang sejak dahulu menjadi habitatnya,
terbang jauh ke utara,
mencari udara yang selalu dingin dan sejuk.
Benar, perlahan-lahan ia merasakan kesejukan udara,
makin ke utara makin sejuk,
ia semakin bersemangat,
memacu terbangnya lebih ke utara lagi.
makin ke utara makin sejuk,
ia semakin bersemangat,
memacu terbangnya lebih ke utara lagi.
Terbawa oleh nafsu,
ia tak merasakan sayapnya yang mulai tertempel salji,
makin lama makin tebal,
dan akhirnya ia jatuh ke tanah,
kerana tubuhnya terbungkus salji.
ia tak merasakan sayapnya yang mulai tertempel salji,
makin lama makin tebal,
dan akhirnya ia jatuh ke tanah,
kerana tubuhnya terbungkus salji.
Sampai ke tanah,
salji yang menempel di sayapnya justeru bertambah tebal,
si burung pipit tak mampu berbuat apa-apa,
menyangka bahawa riwayatnya telah tamat,
salji yang menempel di sayapnya justeru bertambah tebal,
si burung pipit tak mampu berbuat apa-apa,
menyangka bahawa riwayatnya telah tamat,
ia merintih menyesali nasibnya,
mendengar suara rintihan,
seekor kerbau yang kebetulan lewat menghampirinya,
mendengar suara rintihan,
seekor kerbau yang kebetulan lewat menghampirinya,
namun si burung pipit kecewa,
mengapa yang datang hanya seekor kerbau,
ia mengherdik si kerbau agar menjauh,
dan mengatakan bahawa makhluk yang bodoh,
tak mungkin mampu berbuat sesuatu untuk menolongnya.
mengapa yang datang hanya seekor kerbau,
ia mengherdik si kerbau agar menjauh,
dan mengatakan bahawa makhluk yang bodoh,
tak mungkin mampu berbuat sesuatu untuk menolongnya.
Si kerbau tidak banyak bicara,
ia hanya berdiri, kemudian kencing,
tepat di atas si burung pipit tersebut.
ia hanya berdiri, kemudian kencing,
tepat di atas si burung pipit tersebut.
Si burung pipit semakin marah,
dan memaki-maki si kerbau,
si kerbau tidak berkata apa-apa,
ia maju satu langkah lagi,
dan mengeluarkan kotoran ke atas tubuh si burung pipit.
dan memaki-maki si kerbau,
si kerbau tidak berkata apa-apa,
ia maju satu langkah lagi,
dan mengeluarkan kotoran ke atas tubuh si burung pipit.
Seketika si burung pipit tidak dapat bicara,
kerana tertimbun kotoran kerbau,
si burung pipit menyangka bahawa ia bakal mati tak bernafas,
kerana tertimbun kotoran kerbau,
si burung pipit menyangka bahawa ia bakal mati tak bernafas,
namun perlahan-lahan,
ia merasakan kehangatan,
salji yang membeku pada bulunya,
perlahan-lahan meleleh oleh hangatnya kotoran,
ia dapat bernafas lega,
dan melihat kembali langit yang cerah.
ia merasakan kehangatan,
salji yang membeku pada bulunya,
perlahan-lahan meleleh oleh hangatnya kotoran,
ia dapat bernafas lega,
dan melihat kembali langit yang cerah.
Si burung pipit menjerit kegirangan,
bernyanyi riang sepuas-puasnya,
mendengar ada suara burung bernyanyi,
seekor anak kucing menghampiri sumber suara,
menghulurkan kakinya,
mengais tubuh si burung pipit dan kemudian menimang-nimang,
menjilat, mengelus dan membersihkan,
sisa-sisa salji yang masih menempel pada bulu si burung pipit.
bernyanyi riang sepuas-puasnya,
mendengar ada suara burung bernyanyi,
seekor anak kucing menghampiri sumber suara,
menghulurkan kakinya,
mengais tubuh si burung pipit dan kemudian menimang-nimang,
menjilat, mengelus dan membersihkan,
sisa-sisa salji yang masih menempel pada bulu si burung pipit.
Sebaik sahaja bulunya bersih,
si burung pipit bernyanyi dan menari kegirangan,
ia menyangka telah mendapat teman yang ramah dan baik hati,
si burung pipit bernyanyi dan menari kegirangan,
ia menyangka telah mendapat teman yang ramah dan baik hati,
namun apa yang terjadi kemudiannya,
ketika itu juga dunia terasa gelap gelita bagi si burung pipit,
dan tamatlah riwayat si burung pipit ditelan oleh si kucing.
ketika itu juga dunia terasa gelap gelita bagi si burung pipit,
dan tamatlah riwayat si burung pipit ditelan oleh si kucing.
Tak sukar menarik garis terang dari kisah ini,
sesuatu yang acap terjadi dalam kehidupan kita:
sesuatu yang acap terjadi dalam kehidupan kita:
halaman tetangga kelihatan selalu lebih hijau,
penampilan acap menjadi ukuran,
yang buruk acap dianggap bencana,
dan tak melihat hikmah yang bermain di sebaliknya,
dan merasa bangga dengan nikmat yang sekejap.
penampilan acap menjadi ukuran,
yang buruk acap dianggap bencana,
dan tak melihat hikmah yang bermain di sebaliknya,
dan merasa bangga dengan nikmat yang sekejap.
Burung pipit itu adalah cermin yang memantulkan wajah kita.
SMAHADZIR
Ragu
Ada sesuatu yang ingin aku katakan padamu,
tapi aku ragu,
akankah engkau mendengar kata-kataku,
menyemak segala keluh-kesahku,
menatapku dengan pandangan hangatmu,
segala sesuatu tetap saja begitu,
tak pernah sanggup,
tak pernah mampu,
untuk mengungkapkan rasa,
hanya mampu menatapmu,
dari relung hatiku.
tapi aku ragu,
akankah engkau mendengar kata-kataku,
menyemak segala keluh-kesahku,
menatapku dengan pandangan hangatmu,
segala sesuatu tetap saja begitu,
tak pernah sanggup,
tak pernah mampu,
untuk mengungkapkan rasa,
hanya mampu menatapmu,
dari relung hatiku.
SMAHADZIR
Gunung Dalam Cinta
Ada sebuah kisah,
tentang seorang kanak-kanak,
sedang mendaki gunung,
bersama ayahnya.
tentang seorang kanak-kanak,
sedang mendaki gunung,
bersama ayahnya.
tiba-tiba si anak kecil tersandung,
di antara akar pohon dan jatuh,
“Aduh!” jeritnya memecah,
di antara keheningan,
dan sunyi suasana pergunungan.
di antara akar pohon dan jatuh,
“Aduh!” jeritnya memecah,
di antara keheningan,
dan sunyi suasana pergunungan.
Si anak amat terkejut,
ketika mendengar suara di kejauhan,
menirukan jeritannya persis sama, “Aduh!”dasar kanak-kanak,
ia menjerit lagi, “Hei! Siapa kau?”
jawaban yang terdengar, “Hei! Siapa kau?”
ketika mendengar suara di kejauhan,
menirukan jeritannya persis sama, “Aduh!”dasar kanak-kanak,
ia menjerit lagi, “Hei! Siapa kau?”
jawaban yang terdengar, “Hei! Siapa kau?”
Di antara kesal suara nan tiru,
si anak berseru, “Pengecut kamu!”
lagi-lagi dia terkejut ketika suara dari sana,
membalasnya dengan kata-kata yang serupa.
si anak berseru, “Pengecut kamu!”
lagi-lagi dia terkejut ketika suara dari sana,
membalasnya dengan kata-kata yang serupa.
Dia bertanya kepada si ayah,“Apa yang terjadi?”
sejemput kearifan si ayah tersenyum,
“Anakku, cuba perhatikan.”
sejemput kearifan si ayah tersenyum,
“Anakku, cuba perhatikan.”
Lantang, lelaki itu melaung, “Saya kagum padamu!”
suara di kejauhan menjawab, “Saya kagum padamu!”
sekali lagi si ayah melaung, “Kamu sang juara!”
suara itu menjawab, “Kamu sang juara!”
suara di kejauhan menjawab, “Saya kagum padamu!”
sekali lagi si ayah melaung, “Kamu sang juara!”
suara itu menjawab, “Kamu sang juara!”
Si kanak-kanak takjub,
eradiksi tanya menghunjam benaknya.
lalu si ayah menjelaskan,
eradiksi tanya menghunjam benaknya.
lalu si ayah menjelaskan,
“Suara itu adalah gema, tetapi sesungguhnya itulah kehidupan.
Kehidupan memberi umpan balik,
atas semua ucapan dan tindakanmu.”
“Kehidupan kita ibarat pantulan atau bayangan atas tindakan kita.
Bila kau ingin mendapatkan lebih banyak cinta di dunia ini,
ciptakanlah cinta di dalam hatimu.
Hidup akan memberikan kembali segala sesuatu yang telah kau berikan kepadanya.”
“Ingat, hidup bukan sebuah kebetulan tetapi sebuah bayangan dirimu sendiri.”
SMAHADZIR
Sayap-sayap Patah
Hati yang terjatuh dan terluka,
merobek malam menoreh seribu duka,
kukepakkan sayap-sayap patahku,
mengikuti hembusan angin yang berlalu,
menancapkan rindu.
merobek malam menoreh seribu duka,
kukepakkan sayap-sayap patahku,
mengikuti hembusan angin yang berlalu,
menancapkan rindu.
Di sudut hati yang beku,
ia retak, hancur bagai serpihan cermin,
berselerakan, sebelum hilang diterpa angin,
sambil terduduk lemah,
kucuba kembali mengais sisa hati,
bercampur baur dengan debu, ingin kurengkuh,
kugapai kepingan di sudut hati,
hanya bayang dan samar,
lantas,
ia menghilang,
sewaktu mentari turun dari peraduannya.
ia retak, hancur bagai serpihan cermin,
berselerakan, sebelum hilang diterpa angin,
sambil terduduk lemah,
kucuba kembali mengais sisa hati,
bercampur baur dengan debu, ingin kurengkuh,
kugapai kepingan di sudut hati,
hanya bayang dan samar,
lantas,
ia menghilang,
sewaktu mentari turun dari peraduannya.
Tak sanggup kukepakkan kembali sayap ini,
ia telah patah,
tertusuk duri-duri yang tajam,
hanya mampu meratap,
meringis,
cuba menggapai sebuah pegangan.
ia telah patah,
tertusuk duri-duri yang tajam,
hanya mampu meratap,
meringis,
cuba menggapai sebuah pegangan.
SMAHADZIR
Sakit
Sekujur tubuh meradang,
menahan rasa panas yang hinggap,
menggigil kedinginan,
menguras keringat yang bercucuran,
rasa sakit ini begitu hebat,
mematikan seluruh saraf otak,
membunuh indera perasa,
tak mampu lagi merasakan apa-apa.
menahan rasa panas yang hinggap,
menggigil kedinginan,
menguras keringat yang bercucuran,
rasa sakit ini begitu hebat,
mematikan seluruh saraf otak,
membunuh indera perasa,
tak mampu lagi merasakan apa-apa.
Wahai engkau pengubat raga,
akankah hari itu tiba,
lumuran kepedihan ini sungguh menyiksa,
sirnakanlah segera,
bersamaan dengan wap sang embun,
kala mentari mulai bersinar.
akankah hari itu tiba,
lumuran kepedihan ini sungguh menyiksa,
sirnakanlah segera,
bersamaan dengan wap sang embun,
kala mentari mulai bersinar.
SMAHADZIR
Rindu
Tak sanggup lagi kaki ini,
melangkah tatih,
lalu terjebak di antara gegurun,
dan sehamparan butiran pasir,
manakala panas menyengat,
manakala kering mengerontang.
melangkah tatih,
lalu terjebak di antara gegurun,
dan sehamparan butiran pasir,
manakala panas menyengat,
manakala kering mengerontang.
Silaplah mata ini tertuju,
di suatu titik,
di suatu tempat,
berilusi air dan oasis.
di suatu titik,
di suatu tempat,
berilusi air dan oasis.
Getas langkahku,
adalah ritma kesedihan yang pantas,
seperti epal masak yang jatuh tak bertuan,
lalu perlahan-lahan reput oleh masa,
seperti bilur pengharapan dan fatamorgana.
adalah ritma kesedihan yang pantas,
seperti epal masak yang jatuh tak bertuan,
lalu perlahan-lahan reput oleh masa,
seperti bilur pengharapan dan fatamorgana.
Tubuhku hancur,
hatiku tercabik,
kedahagaan dan cinta,
adalah pias deru,
sebab serumpun padang nan hijau,
dan bunga indah setaman,
hanyalah riuk wangi, seketika,
ia lantas hilang menjelma, hampa,
dalam diorama yang palsu.
hatiku tercabik,
kedahagaan dan cinta,
adalah pias deru,
sebab serumpun padang nan hijau,
dan bunga indah setaman,
hanyalah riuk wangi, seketika,
ia lantas hilang menjelma, hampa,
dalam diorama yang palsu.
Sekelumit padang tandus,
nyanyian bisu dan dahaga cinta biru,
bagai malam yang merangsa mentari,
hingga rembulan tak mampu,
menyinari sebait lagu patah.
nyanyian bisu dan dahaga cinta biru,
bagai malam yang merangsa mentari,
hingga rembulan tak mampu,
menyinari sebait lagu patah.
Tak ada yang mampu mengganti,
kala purna cinta tersakiti kenangan, jingga,
raga dan jiwa adalah mati,
seperti batu yang diam.
kala purna cinta tersakiti kenangan, jingga,
raga dan jiwa adalah mati,
seperti batu yang diam.
Sebelum aku pergi, kini,
biar asaku membasuhmu,
untuk yang terakhir kalinya.
biar asaku membasuhmu,
untuk yang terakhir kalinya.
Biarkan aku memelukmu,
untuk yang terakhir kalinya,
agar dapat kutitiskan mutiara tangis,
dalam rindu yang durjana.
untuk yang terakhir kalinya,
agar dapat kutitiskan mutiara tangis,
dalam rindu yang durjana.
SMAHADZIR
Gejolak Jiwa
Menatap hari buncah harap,
melayangkan asa,
di tengah gelapnya malam.
melayangkan asa,
di tengah gelapnya malam.
Aku menggigil, semakin terasa getaran jiwa,
bergejolak tak tentu arah.
bergejolak tak tentu arah.
Ada apa gerangan dengan dirinya?
sebuah pengharapan,
dan asa yang terus menyelinap,
memberikan semangat,
juga penderitaan yang tak terkira.
sebuah pengharapan,
dan asa yang terus menyelinap,
memberikan semangat,
juga penderitaan yang tak terkira.
Apa yang terfikirkan,
tak jua menghapus dukanya,
semua yang dirasakan,
seolah-olah telah menyatu dalam hatinya.
tak jua menghapus dukanya,
semua yang dirasakan,
seolah-olah telah menyatu dalam hatinya.
Selalu bertanya,
apakah ini takdir,
atau sumpahan yang harus dilalui,
jeritannya membuatkan aku pilu,
resah tak tahu harus berbuat apa-apa.
apakah ini takdir,
atau sumpahan yang harus dilalui,
jeritannya membuatkan aku pilu,
resah tak tahu harus berbuat apa-apa.
Diam!
kataku, pergilah,
dan jangan kembali lagi, apa yang harus aku lakukan?
goresan dan desakan itu,
makin membuatnya terpuruk.
kataku, pergilah,
dan jangan kembali lagi, apa yang harus aku lakukan?
goresan dan desakan itu,
makin membuatnya terpuruk.
Aku terdiam,
aku takut ia akan semakin terluka,
tapi aku tak mampu bangkit dari tempatku.
aku takut ia akan semakin terluka,
tapi aku tak mampu bangkit dari tempatku.
Mengapa?
apakah ini kehidupanmu?
mengapa begitu kelam,
bisikku lirih, tolong aku, jeritnya, jeritnya, Tuhan,
pekikan itu terus menghantuiku,
tak kuasa menahannya lebih lama lagi,
hanya menunggu waktu,
bilakah terhenti,
agar deritanya tak akan kulihat lagi.
apakah ini kehidupanmu?
mengapa begitu kelam,
bisikku lirih, tolong aku, jeritnya, jeritnya, Tuhan,
pekikan itu terus menghantuiku,
tak kuasa menahannya lebih lama lagi,
hanya menunggu waktu,
bilakah terhenti,
agar deritanya tak akan kulihat lagi.
SMAHADZIR
Mutiara Di Hujung Sana
Mentari senja,
perlahan-lahan tenggelam,
membiaskan cahaya kemerahan,
burung camar memekik petang,
menangisi mentari pulang, menangisi.
perlahan-lahan tenggelam,
membiaskan cahaya kemerahan,
burung camar memekik petang,
menangisi mentari pulang, menangisi.
Kita duduk di tepian,
mendengar gemercik mengalir,
tak terbendung,
dari manakah sumbernya,
airmatamu pun menderas.
mendengar gemercik mengalir,
tak terbendung,
dari manakah sumbernya,
airmatamu pun menderas.
Kulihat senja perlahan,
ingin kutahan kenangan ini,
tak akan sempat berlalu,
walau sekejap,
tak akan kulepaskan,
kekasih yang kudakap erat-erat.
ingin kutahan kenangan ini,
tak akan sempat berlalu,
walau sekejap,
tak akan kulepaskan,
kekasih yang kudakap erat-erat.
Ah, senja yang kelabu, kuning dan ungu,
biarkan aku sebebas burung camar itu,
biarkan kutangkap pelangi di hujung sana,
sedang mentari merah di sampingku,
mengalirkan muara duka dan bahagia.
biarkan aku sebebas burung camar itu,
biarkan kutangkap pelangi di hujung sana,
sedang mentari merah di sampingku,
mengalirkan muara duka dan bahagia.
Bercerita tanpa kata-kata,
menangis tanpa airmata,
langit bagaikan layar,
kisah tentang perjalanan,
ombak di ketenangan pusaran, tapi waktu tak berpihak,
pada angin dan ombak,
pada ketikanya harus berpisah,
menemui dunia kita,
yang tersembunyi di sebalik kenangan, katakan dengan senyummu, pelangi,
akan kutemui,
mutiara di hujung sana.
menangis tanpa airmata,
langit bagaikan layar,
kisah tentang perjalanan,
ombak di ketenangan pusaran, tapi waktu tak berpihak,
pada angin dan ombak,
pada ketikanya harus berpisah,
menemui dunia kita,
yang tersembunyi di sebalik kenangan, katakan dengan senyummu, pelangi,
akan kutemui,
mutiara di hujung sana.
SMAHADZIR
Pada Batu Pualam
Melihatku pada batu-batu pualam,
malam dina aku temaram,
pada merah hati rembulan,
aku sayangkan,
membenciku pada angan-angan,
akan sebuah mimpi dan kenyataan,
bara memendam air mengalir,
pada kehidupan,
seperti apa manusia lima puluh tahun yang lalu?bila mana tak tahu apa yang menjadi tabu,
lihai,
belum,
kelihatan,
bebal,
wahai kaum lima puluhan,
ini waktunya pemanasan global
angkat kaki!
malam dina aku temaram,
pada merah hati rembulan,
aku sayangkan,
membenciku pada angan-angan,
akan sebuah mimpi dan kenyataan,
bara memendam air mengalir,
pada kehidupan,
seperti apa manusia lima puluh tahun yang lalu?bila mana tak tahu apa yang menjadi tabu,
lihai,
belum,
kelihatan,
bebal,
wahai kaum lima puluhan,
ini waktunya pemanasan global
angkat kaki!
SMAHADZIR
Kilas Balik
Lagu sendu,
airmata,
buluh perindu,
derai tawa,
hangat tatapan,
keelokan dua insan,
lukisan rasa,
dahaga rindu,
dongeng tentang cinta sempurna,
indah tak termakan usia,
berakhir dalam isak tangis,
tegas henyakkan titik,
fana yang abadi,
rinduku tiba lagi,
dalam geliat malam,
dan untaian pilu.
airmata,
buluh perindu,
derai tawa,
hangat tatapan,
keelokan dua insan,
lukisan rasa,
dahaga rindu,
dongeng tentang cinta sempurna,
indah tak termakan usia,
berakhir dalam isak tangis,
tegas henyakkan titik,
fana yang abadi,
rinduku tiba lagi,
dalam geliat malam,
dan untaian pilu.
SMAHADZIR
Puisi Hari Rabu
Pagi ini langit kelabu,
mendung dengan tatap sayu,
aku pun begitu,
lemah dan layu,
pagi ini sekali lagi tanpa kamu,
aku belum bosan menunggu,
tapi aku benci pada waktu,
yang berjalan lambat, tidak memburu,
dan tidak mampu dibunuh!
aku perlu kamu,
kelmarin,
waktu ini,
lusa dan nanti,
aku perlu kamu.
mendung dengan tatap sayu,
aku pun begitu,
lemah dan layu,
pagi ini sekali lagi tanpa kamu,
aku belum bosan menunggu,
tapi aku benci pada waktu,
yang berjalan lambat, tidak memburu,
dan tidak mampu dibunuh!
aku perlu kamu,
kelmarin,
waktu ini,
lusa dan nanti,
aku perlu kamu.
SMAHADZIR
Hujan Petang Itu
Ingatkah kau petang itu?
gerimis berirama kemudian jadi hujan yang merejam bumi,
mengguyur seperti gadis yang datang dari syurga,
lenggang-lenggoknya menggelitik dan genit,
lalu kita jadi penonton tak tahu malu,
tak mampu menahan diri,
seperti kanak-kanak di kedai gula-gula.
Ingatkah kau hujan itu?
istimewa seperti pasar malam yang penuh atraksi,
kita basah sampai ke tulang,
namun dingin tak buat kita biru, apalagi kelu,
baru kali itu aku percaya dunia penuh keajaiban,
air tumpah dari cangkir raksasa yang tak kasat mata,
kita berputar-putar dan menari diiringi irama hujan.
Ingatkah kau bagaimana kita tertawa?
lepas tak terbebani dosa apalagi usia,
hingga air penuhi mulut dan hidung,
kita rentangkan tangan dan dongakkan kepala,
menutup mata dan nikmati ritma yang manjakan indera,
kemewahan yang dibayar dengan influenza,
tak seberapa kerana kutahu rasanya jadi merdeka dan bahagia.
gerimis berirama kemudian jadi hujan yang merejam bumi,
mengguyur seperti gadis yang datang dari syurga,
lenggang-lenggoknya menggelitik dan genit,
lalu kita jadi penonton tak tahu malu,
tak mampu menahan diri,
seperti kanak-kanak di kedai gula-gula.
Ingatkah kau hujan itu?
istimewa seperti pasar malam yang penuh atraksi,
kita basah sampai ke tulang,
namun dingin tak buat kita biru, apalagi kelu,
baru kali itu aku percaya dunia penuh keajaiban,
air tumpah dari cangkir raksasa yang tak kasat mata,
kita berputar-putar dan menari diiringi irama hujan.
Ingatkah kau bagaimana kita tertawa?
lepas tak terbebani dosa apalagi usia,
hingga air penuhi mulut dan hidung,
kita rentangkan tangan dan dongakkan kepala,
menutup mata dan nikmati ritma yang manjakan indera,
kemewahan yang dibayar dengan influenza,
tak seberapa kerana kutahu rasanya jadi merdeka dan bahagia.
SMAHADZIR
Alfa Omegamu
Dambaku jadi sebahagian dari masa lalumu,
sebahagian dari sesuatu yang tak terhapus,
walau kau cuba sepenuh tenaga,
mengganggu di setiap percik ingatan,
kemudian jadi kobaran asa,
rindumu, anganmu, setiap waktu,
kecuali sewaktu di labirin ingatan tak lagi kau temui jalan keluar.
sebahagian dari sesuatu yang tak terhapus,
walau kau cuba sepenuh tenaga,
mengganggu di setiap percik ingatan,
kemudian jadi kobaran asa,
rindumu, anganmu, setiap waktu,
kecuali sewaktu di labirin ingatan tak lagi kau temui jalan keluar.
Harapku jadi sebahagian dari masa kini,
sebahagian dari sesuatu yang berputar seiring bumi,
sebahagian dari detak nadi yang setia temani usia,
tidak beranjak, terus di sini,
kerana bersamamu waktu jadi beku,
kemudian matamu jadi penanda,
bahawa masa lalu adalah masa kini.
sebahagian dari sesuatu yang berputar seiring bumi,
sebahagian dari detak nadi yang setia temani usia,
tidak beranjak, terus di sini,
kerana bersamamu waktu jadi beku,
kemudian matamu jadi penanda,
bahawa masa lalu adalah masa kini.
Citaku jadi sebahagian dari masa depan,
sebahagian dari nafsu dan cita-citamu,
hanya lekang oleh semangat yang redup,
terkikis oleh usia,
namun menggerogoti seperti anai-anai,
tak mahu pergi seperti penyakit tak tahu diri,
kemudian jadi permintaan terakhir,
sebelum kau menutup mata pada hari yang telah berakhir.
sebahagian dari nafsu dan cita-citamu,
hanya lekang oleh semangat yang redup,
terkikis oleh usia,
namun menggerogoti seperti anai-anai,
tak mahu pergi seperti penyakit tak tahu diri,
kemudian jadi permintaan terakhir,
sebelum kau menutup mata pada hari yang telah berakhir.
SMAHADZIR
Munafik
Aku munafik!
aku berbohong pada sekitarku,
aku katakan aku tak apa,
aku ucapkan aku tak sedih,
aku kelihatankan raut ceria,
aku tunjukkan ketegaranku,
tetapi,
hati ini perih,
dada sesak menahan tangis,
bibir kututup rapat,
untuk tahan jeritan sakit.
Aku menepis kenyataan,
tentang keinginanku,
tentang angan-anganku,
aku berbohong pada sekitarku,
aku katakan aku tak apa,
aku ucapkan aku tak sedih,
aku kelihatankan raut ceria,
aku tunjukkan ketegaranku,
tetapi,
hati ini perih,
dada sesak menahan tangis,
bibir kututup rapat,
untuk tahan jeritan sakit.
Aku menepis kenyataan,
tentang keinginanku,
tentang angan-anganku,
tentang segala impianku,
agar kau memperhatikanku seutuhnya,
namun aku sungguh munafik,
pada diriku sendiri.
Aku cuci fikiranku,
aku siksa hatiku,
aku terus katakan,
pada jiwa yang terkoyak ini,
bahawa aku senang,
melihat dia,
tersenyum,
dengan yang lain.
agar kau memperhatikanku seutuhnya,
namun aku sungguh munafik,
pada diriku sendiri.
Aku cuci fikiranku,
aku siksa hatiku,
aku terus katakan,
pada jiwa yang terkoyak ini,
bahawa aku senang,
melihat dia,
tersenyum,
dengan yang lain.
SMAHADZIR
Sekantung Penuh Cinta Hari Ini
Aku hanya punya cinta,
sekantung penuh cinta pada hari ini,
kadang-kadang lihat sendu,
ingin kubahagi dua jatah cinta hari ini,
biar sendu rasakan setengahnya cinta,
aku hanya punya cinta,
kukumpulkan dari tiap hempasan,
nafas tak sengajamu,
sekantung penuh cinta pada hari ini,
kubaringkan lelahku di dadamu.
sekantung penuh cinta pada hari ini,
kadang-kadang lihat sendu,
ingin kubahagi dua jatah cinta hari ini,
biar sendu rasakan setengahnya cinta,
aku hanya punya cinta,
kukumpulkan dari tiap hempasan,
nafas tak sengajamu,
sekantung penuh cinta pada hari ini,
kubaringkan lelahku di dadamu.
Lalu, sewaktu kusedar ada lubang di situ,
mungkin luka,
bekas luka lama,
perkiraanku bekerja keras,
kurasa cukup sekantung cinta ini,
untuk tambal luka itu, ini, kuberikan padamu saja,
sekantung cinta,
tidak kubahagi dua,
sekantung penuh,
besok mungkin bukan nafasmu,
tapi keringatmu yang akan diberikan aku,
sekantung penuh cinta lagi,
tenang saja, cinta tak akan habis.
mungkin luka,
bekas luka lama,
perkiraanku bekerja keras,
kurasa cukup sekantung cinta ini,
untuk tambal luka itu, ini, kuberikan padamu saja,
sekantung cinta,
tidak kubahagi dua,
sekantung penuh,
besok mungkin bukan nafasmu,
tapi keringatmu yang akan diberikan aku,
sekantung penuh cinta lagi,
tenang saja, cinta tak akan habis.
SMAHADZIR
Kontemplasi
i
Di langit kutanya, mana pintu-Mu?
di angin kuhela, mana lagu-Mu?
di suria kupandang, mencari cahaya-Mu,
di bumi kupijak, mencari jejak-Mu,
di angin kuhela, mana lagu-Mu?
di suria kupandang, mencari cahaya-Mu,
di bumi kupijak, mencari jejak-Mu,
ingin kukecapi: selaksa layang kasih-Mu,
ingin kugenggami: semburat panji agung-Mu,
ingin kugenggami: semburat panji agung-Mu,
duhai hari,
ke manakah engkau pergi?
duhai hati,
kepada siapa engkau kembali?
ke manakah engkau pergi?
duhai hati,
kepada siapa engkau kembali?
ii
Aku adalah sepercik embun pagi,
yang mendekami hijaunya bumi,
dan akan jatuh ke tanah hakiki,
lalu kembali ke awan abadi,
yang mendekami hijaunya bumi,
dan akan jatuh ke tanah hakiki,
lalu kembali ke awan abadi,
aku hanyalah setitik cahaya lentera,
yang merajang terangnya purnama,
walaupun ternyata,
aku kan sirna tiada berjaya,
yang merajang terangnya purnama,
walaupun ternyata,
aku kan sirna tiada berjaya,
aku ialah insan yang tak berdaya,
didera gelombang badai cinta,
terhempas tajamnya duri cita,
bertahan pada sepohon asa,
didera gelombang badai cinta,
terhempas tajamnya duri cita,
bertahan pada sepohon asa,
aku hanyalah pengelana,
yang terasing juga terbuang,
berjalan di belukar nan menghadang,
mengharungi samudera hidup penuh gelombang.
yang terasing juga terbuang,
berjalan di belukar nan menghadang,
mengharungi samudera hidup penuh gelombang.
iii
Aku berlari mengejar mentari,
berkeliling di belantara mati,
berteduh di pojok ilusi,
berlindung di sebalik mimpi,
berkeliling di belantara mati,
berteduh di pojok ilusi,
berlindung di sebalik mimpi,
oh, bilakah sayapku akan tumbuh,
agar ia membawaku pada masa itu,
di mana warna tiada berucap,
dan rasa menjadi gelora?
agar ia membawaku pada masa itu,
di mana warna tiada berucap,
dan rasa menjadi gelora?
Sehingga aku akan tenteram kini,
berjalan di teriknya bayang mentari,
dinaungi awan pembasuh nurani,
di kaki langit, berkawan pelangi.
berjalan di teriknya bayang mentari,
dinaungi awan pembasuh nurani,
di kaki langit, berkawan pelangi.
SMAHADZIR
Kerlipan Dini Hari
Lidahku melafaz perlahan,
bait-bait acak dalam kepala,
kupintal jadi resital,
nada merdu membiakkan mimpi,
membuai kantuk dalam palungan,
bait-bait acak dalam kepala,
kupintal jadi resital,
nada merdu membiakkan mimpi,
membuai kantuk dalam palungan,
nada-nada nocturnal ini,
berisi elegi,
balada puan bertepuk sebelah tangan,
berisi elegi,
balada puan bertepuk sebelah tangan,
laguku meniti pucuk menara,
meraih ekor meteor yang melintasinya,
menjadi kejora di ambang fajar,
berkelip syahdu menunggu,
jemari tuan atas tanganku.
meraih ekor meteor yang melintasinya,
menjadi kejora di ambang fajar,
berkelip syahdu menunggu,
jemari tuan atas tanganku.
SMAHADZIR
Sembilu Kata
Suatu malam,
kulihat dadaku menganga,
dikoyak kata-katamu,
sakit aku meringis,
merangkak sambil menangis,
jarum dan benang kalian kucari,
bunda ucap yang terkoyak,
masih mungkin ditaut lagi.
kulihat dadaku menganga,
dikoyak kata-katamu,
sakit aku meringis,
merangkak sambil menangis,
jarum dan benang kalian kucari,
bunda ucap yang terkoyak,
masih mungkin ditaut lagi.
Tapi, aku tidak pandai menjahit,
jarum terlepas dari benangnya,
hilang entah ke mana,
benang masih menggantung,
jahitanku belum rampung,
dadaku masih menganga,
kata-katamu mengucur deras,
aku terkulai lemas,
kenapa sejak semula,
aku biarkan telinga,
mendengar kau berbicara.
jarum terlepas dari benangnya,
hilang entah ke mana,
benang masih menggantung,
jahitanku belum rampung,
dadaku masih menganga,
kata-katamu mengucur deras,
aku terkulai lemas,
kenapa sejak semula,
aku biarkan telinga,
mendengar kau berbicara.
SMAHADZIR
Madu
i
Kau mengirim sms sedikit terlambat,
lima belas minit lagi,
aku menjawab okeylah, tak ada masalah,
lima belas minit lagi,
aku menjawab okeylah, tak ada masalah,
lima belas minit kemudian kau kirim lagi sms,
penuh maaf kerana sedikit terlambat,
lima belas minit lagi,
aku jawab tak ada masalah, santai saja,
penuh maaf kerana sedikit terlambat,
lima belas minit lagi,
aku jawab tak ada masalah, santai saja,
setelah kuteguk dua cangkir kopiku,
sms kau kirim lagi padaku,
tanpa kubaca terus kujawab,
tak usah terburu-buru,
masih banyak waktu,
senangkan hatimu dulu,
dengan masalahmu.
sms kau kirim lagi padaku,
tanpa kubaca terus kujawab,
tak usah terburu-buru,
masih banyak waktu,
senangkan hatimu dulu,
dengan masalahmu.
ii
Meski berlimpah harta,
siapa yang kuasa,
setiap kali bertukar mata,
tanding rupa,
tanding rasa.
siapa yang kuasa,
setiap kali bertukar mata,
tanding rupa,
tanding rasa.
iii
Sewaktu kau bangkitkan perasaan,
yang mirip mayat hidup itu,
aku tak tahu arah jalanmu,
ke sungai impian,
atau ke jurang kehancuran,
tapi aku rasa, keretakan ini mulai terfahami,
di mana kau, aku dan cinta,
membentang bayang-bayang,
jadi biarkan aku sendiri,
menua di antara puing-puing waktu.
yang mirip mayat hidup itu,
aku tak tahu arah jalanmu,
ke sungai impian,
atau ke jurang kehancuran,
tapi aku rasa, keretakan ini mulai terfahami,
di mana kau, aku dan cinta,
membentang bayang-bayang,
jadi biarkan aku sendiri,
menua di antara puing-puing waktu.
SMAHADZIR
Naik Kereta Api
Perjalanan ini kian membingungkan,
mereka kata telah bangkit dan berjalan,
jauh selama 100 tahun,
tapi aku tidak melihat kaki-kaki beranjak,
hanya pemandangan silih berganti:
pepohonan, sawah, ladang, sungai, jambatan,
perumahan, kilang, pejabat, tembok-tembok,
semua hanya jadi perbincangan,
lewat begitu saja.
Aku fikir,
mereka kata telah bangkit dan berjalan,
jauh selama 100 tahun,
tapi aku tidak melihat kaki-kaki beranjak,
hanya pemandangan silih berganti:
pepohonan, sawah, ladang, sungai, jambatan,
perumahan, kilang, pejabat, tembok-tembok,
semua hanya jadi perbincangan,
lewat begitu saja.
Aku fikir,
jalanan tidak bersama mereka,
padahal mereka bersama berada dalam perjalanan,
suara-suara mereka juga membingungkan,
antara bunyi klakson cerobong dan gesekan besi,
mulut-mulut berkembang biak,
bertingkahan untuk jadi dominan,
mereka yang datang selalu jadi penumpang,
dan tak ada yang mahu turun,
tak ada yang mahu menyentuh tanah.
padahal mereka bersama berada dalam perjalanan,
suara-suara mereka juga membingungkan,
antara bunyi klakson cerobong dan gesekan besi,
mulut-mulut berkembang biak,
bertingkahan untuk jadi dominan,
mereka yang datang selalu jadi penumpang,
dan tak ada yang mahu turun,
tak ada yang mahu menyentuh tanah.
Mereka, para penumpang itu,
ingin selamanya duduk,
di kerusi di atas lantai besi,
melupakan perjalanan dalam perjalanan.
di kerusi di atas lantai besi,
melupakan perjalanan dalam perjalanan.
SMAHADZIR
Beku Kita
Apa puan hendak ucap?
saya sudah jadikan kota ini begini beku,
puan jadi batu kristal di etalase kaca,
saya pandang setiap waktu,
dengan bisu.
Ketika waktu begini lembab, dulu,
saya menjentik hidung puan,
dan musim tiba-tiba berubah kala itu,
bunga-bunga semi di taman,
kita bernyanyi lagu seolah-olah tak hirau,
puan tersipu-sipu seperti gadis kecil yang hijau.
Lantas, seusai duduk kita berhadapan,
puan pula tiba-tiba mengerling aneh,
apa puan hendak ucap?
Ada ulat di bunga-bunga itu,
puan larut dalam tembangnya,
sedang saya tiada dengar,
dan puan tak ucap apapun jua,
capailah saya jadi si pandir yang nestapa,
saya tak lagi hendak tanya,
puan telah tahu apa gerangan jawabnya.
Ya, puan tak usah ucap apa-apa,
di sini saja kita beku bersama,
puan jadi batu kristal di etalase kaca,
saya pandang setiap waktu,
dengan bisu.
saya sudah jadikan kota ini begini beku,
puan jadi batu kristal di etalase kaca,
saya pandang setiap waktu,
dengan bisu.
Ketika waktu begini lembab, dulu,
saya menjentik hidung puan,
dan musim tiba-tiba berubah kala itu,
bunga-bunga semi di taman,
kita bernyanyi lagu seolah-olah tak hirau,
puan tersipu-sipu seperti gadis kecil yang hijau.
Lantas, seusai duduk kita berhadapan,
puan pula tiba-tiba mengerling aneh,
apa puan hendak ucap?
Ada ulat di bunga-bunga itu,
puan larut dalam tembangnya,
sedang saya tiada dengar,
dan puan tak ucap apapun jua,
capailah saya jadi si pandir yang nestapa,
saya tak lagi hendak tanya,
puan telah tahu apa gerangan jawabnya.
Ya, puan tak usah ucap apa-apa,
di sini saja kita beku bersama,
puan jadi batu kristal di etalase kaca,
saya pandang setiap waktu,
dengan bisu.
SMAHADZIR
Di Garis Pantai
Gemuruh laut dengan angin dan gelombang,
menyisir jauh di garis cakerawala,
mataku silau oleh pantulan bunga-bunga terbang,
berkerlipan cahaya berkejaran.
Di garis pantai semua kelihatan indah,
juga menyimpan rahsia,
aku ciumi setiap tanda dari sini,
di bimbing ombak yang memetik dawai.
Kosong, kadang-kadang bohong,
apa gerangan yang timbul tenggelam,
makin karam,
makin kelam.
Pada malam hari aku memeluk pasir,
aku ramas di jemari mimpiku,
betapa bebas bintang-bintang itu terkebar,
kulempari dengan puisi yang terbakar,
hangus ia oleh rindu,
pada pagi langit warna biru.
menyisir jauh di garis cakerawala,
mataku silau oleh pantulan bunga-bunga terbang,
berkerlipan cahaya berkejaran.
Di garis pantai semua kelihatan indah,
juga menyimpan rahsia,
aku ciumi setiap tanda dari sini,
di bimbing ombak yang memetik dawai.
Kosong, kadang-kadang bohong,
apa gerangan yang timbul tenggelam,
makin karam,
makin kelam.
Pada malam hari aku memeluk pasir,
aku ramas di jemari mimpiku,
betapa bebas bintang-bintang itu terkebar,
kulempari dengan puisi yang terbakar,
hangus ia oleh rindu,
pada pagi langit warna biru.
SMAHADZIR
Satu Kesempatan Dari Tuhan
Tak pernah kutahu tentang keluh kesahmu,
tak pernah kudengar cerita-cerita bahagiamu,
hanya sesekali tawa itu muncul,
tapi kalimat-kalimat bernada perhatianmu,
selalu menenangkanku, ayah!
Kau kenalkan aku pada huruf dan angka,
kau marahi aku,
kala aku tak berusaha keras dalam semua hal,
namun kau juga memanjakanku,
dengan berbagai cara, ibu!
Aku hanya mengenalimu sekejap saja,
walaupun kau adalah insan terbaik yang pernah ada,
namun aku tak pernah cemburu padamu,
kerana kau adalah dambaan kami semua, adik!
Usia kita terpaut begitu jauh,
hingga kadang-kadang aku tak mengerti jalan fikirmu,
aku sering merajuk padamu,
merengek meminta sesuatu,
selalu pula kita bertengkar,
hingga aku menangis tersedu-sedu,
tapi aku tahu kau sayang padaku,
kau kerap hadir dalam mimpiku,
dan kita berbicara dalam damai,
aku begitu merindukanmu, kakak!
Kalian adalah anugerah terbesar,
dari Tuhan untukku,
mengenali kalian adalah kenangan terindah,
yang Tuhan izinkan untuk aku,
menjadi sebahagian dari kalian,
adalah satu kesempatan yang Tuhan beri,
untuk jadikan aku manusia yang sejati,
yang pernah memiliki,
yang pernah kehilangan,
yang membuatku melangkah terus,
walau kadang-kadang tersandung batu,
tak pernah kudengar cerita-cerita bahagiamu,
hanya sesekali tawa itu muncul,
tapi kalimat-kalimat bernada perhatianmu,
selalu menenangkanku, ayah!
Kau kenalkan aku pada huruf dan angka,
kau marahi aku,
kala aku tak berusaha keras dalam semua hal,
namun kau juga memanjakanku,
dengan berbagai cara, ibu!
Aku hanya mengenalimu sekejap saja,
walaupun kau adalah insan terbaik yang pernah ada,
namun aku tak pernah cemburu padamu,
kerana kau adalah dambaan kami semua, adik!
Usia kita terpaut begitu jauh,
hingga kadang-kadang aku tak mengerti jalan fikirmu,
aku sering merajuk padamu,
merengek meminta sesuatu,
selalu pula kita bertengkar,
hingga aku menangis tersedu-sedu,
tapi aku tahu kau sayang padaku,
kau kerap hadir dalam mimpiku,
dan kita berbicara dalam damai,
aku begitu merindukanmu, kakak!
Kalian adalah anugerah terbesar,
dari Tuhan untukku,
mengenali kalian adalah kenangan terindah,
yang Tuhan izinkan untuk aku,
menjadi sebahagian dari kalian,
adalah satu kesempatan yang Tuhan beri,
untuk jadikan aku manusia yang sejati,
yang pernah memiliki,
yang pernah kehilangan,
yang membuatku melangkah terus,
walau kadang-kadang tersandung batu,
kita adalah satu keluarga utuh,
dan aku tak akan melupakannya.
dan aku tak akan melupakannya.
SMAHADZIR
Hujan
Menjelang siang itu,
dari balik tirai,
kutatap rumput hijau pepohonan,
seakan damai tertebar ke relung jiwa ini.
Tak lama langit biru menjadi kelam,
awan putih beranjak pergi,
matahari entah ke mana,
dan titik-titik air pun membasahi tanah,
menebarkan bau bumi,
dari balik tirai,
kutatap rumput hijau pepohonan,
seakan damai tertebar ke relung jiwa ini.
Tak lama langit biru menjadi kelam,
awan putih beranjak pergi,
matahari entah ke mana,
dan titik-titik air pun membasahi tanah,
menebarkan bau bumi,
langit, apakah ini sindiran darimu?
mengapa kau menangis,
seharusnya aku yang mengucurkan airmata,
tangisan pedih kerana cintaku beranjak pergi,
titisan kesedihan atas nama hati yang terluka.
mengapa kau menangis,
seharusnya aku yang mengucurkan airmata,
tangisan pedih kerana cintaku beranjak pergi,
titisan kesedihan atas nama hati yang terluka.
SMAHADZIR
Gambar
Kisah tersimpan dalam lembaran buku lama,
penuh gambar dan guratan pena perasaan,
tentang sesuatu yang dahulu ada,
namun kini telah tiada,
penuh gambar dan guratan pena perasaan,
tentang sesuatu yang dahulu ada,
namun kini telah tiada,
lapangan hijau bertabur bunga,
senyuman tulus dan jemari terpaut,
kini hanyalah gambar dalam gambar,
yang semakin pudar kerana waktu,
senyuman tulus dan jemari terpaut,
kini hanyalah gambar dalam gambar,
yang semakin pudar kerana waktu,
mungkin bukan sekadar kenangan,
gambar hitam putih berbingkai debu,
kerana masih tersimpan dalam hati,
rindu akan masa yang sudah berlalu.
gambar hitam putih berbingkai debu,
kerana masih tersimpan dalam hati,
rindu akan masa yang sudah berlalu.
SMAHADZIR
Sepet
Matamu yang sepet,
seperti bulan sabit,
sengaja kau patrikan di langit,
persinggahan sepasang pipit,
seperti bulan sabit,
sengaja kau patrikan di langit,
persinggahan sepasang pipit,
menitiskan embun-embun dari kelopakmu,
dijatuhi selarik garisan sayapmu,
dan aku merasakan benar-benar rindu,
dijatuhi selarik garisan sayapmu,
dan aku merasakan benar-benar rindu,
rinduku,
kepada empunya bulan sabit.
kepada empunya bulan sabit.
SMAHADZIR
Bulan Sembunyi
Masih seperti malam-malam kelmarin,
tapi kali ini bulan tak lagi berteman,
mungkin ia kedinginan?
bersembunyi dalam selimut awan duka.
Apa yang sebenarnya terjadi?
seperti aku yang dingin,
yang menyimpan kegelisahan-kegelisahan,
yang ingin kupertanyakan kepadanya,
tentang cinta, dukaku yang abadi!
tapi kali ini bulan tak lagi berteman,
mungkin ia kedinginan?
bersembunyi dalam selimut awan duka.
Apa yang sebenarnya terjadi?
seperti aku yang dingin,
yang menyimpan kegelisahan-kegelisahan,
yang ingin kupertanyakan kepadanya,
tentang cinta, dukaku yang abadi!
SMAHADZIR
Antara Ada Dan Tiada
Siang hari makan di warung nasi,
bayar 20 ringgit satu pinggan,
malam harinya menghadiri dinner perjamuan resmi,
bayar 100 ringgit satu kepala.
Siang hari bahkan berhari-hari naik Toyota Fortuner,
atau Ford Everest untuk urusan pejabat,
hari sabtu dan minggu naik motor,
(lagi-lagi pinjaman) untuk jalan-jalan peribadi.
Hari ini menginap di hotel berbintang,
dalam suatu acara seminar dan training di kota Medan atau Jakarta,
keesokan harinya harus rela tidur di rumah buruk milik penduduk,
bahkan khemah kenduri yang seadanya di perkampungan.
Hari ini ikut seminar nyaman di auditorium hotel berbintang,
di tengah kota, dengan pakej coffee break dan lunch yang fantastik,
(dengan ancaman naiknya gula darah dan kolesterol),
keesokan harinya ikut seminar di balai warga yang panas,
di tengah kampung kumuh, becek,
dengan hidangan kuih kampung ala kadarnya,
(ternyata sihat malah memenuhi unsur diet kalori).
Siang merasakan kemegahan gedung bertingkat tiga puluh,
dengan pendingin suhu nyaman,
CCTV, fasiliti lif, dan interior yang mewah,
di kawasan perniagaan KLCC,
malamnya merasakan kekumuhan kamar sewaan,
di kawasan setinggan yang pengap,
dan tanpa pendingin udara,
dengan perabot ala anak pemandu seadanya.
Lihatlah, betapa tipis batas ada dan tiada, bukan?
untuk apa kita berjiwa oportunis (melebihi takaran)?
untuk apa kita berjiwa ingin serba segera?
untuk apa kita berjiwa koruptis?
untuk apa kita sampai mengidap sindrom megalomania?
untuk apa kita menipu dan memperdaya orang lain,
Tuhan kita, bahkan diri kita sendiri?
Sewaktu kita sombong,
tak tahunya ada yang lebih sombong,
sewaktu kita merasa paling hebat,
tak tahunya ada yang lebih hebat,
sewaktu kita merasa miskin,
tak tahunya ada yang lebih miskin,
sewaktu kita merasa tak berdaya,
tak tahunya ada yang lebih tidak berdaya.
Itulah hakikat dari menerima takdir dan kenyataan,
tentunya tanpa melupakan hakikat ikhtiar dan kerja keras,
serta tetap berpegang teguh pada prinsip yang kita yakini,
serta konsisten dalam setiap langkah,
selebihnya, biarkan takdir Yang Maha Kuasa bekerja untuk kita.
Kerana jika sudah takdir-Nya menerima,
kita pasti akan menerima,
yang penting, kita lakukan segala hal yang kita ingin lakukan,
jangan lupakan batasan-batasan yang ada,
dan juga keterbatasan-keterbatasan kita,
jangan lupakan hakikat kita sebagai hamba-nya yang lemah.
Betapa kita harus belajar menerima kenyataan,
seindah dan seburuk apa pun itu,
kerana selalu ada hikmah di sebalik peristiwa.
bayar 20 ringgit satu pinggan,
malam harinya menghadiri dinner perjamuan resmi,
bayar 100 ringgit satu kepala.
Siang hari bahkan berhari-hari naik Toyota Fortuner,
atau Ford Everest untuk urusan pejabat,
hari sabtu dan minggu naik motor,
(lagi-lagi pinjaman) untuk jalan-jalan peribadi.
Hari ini menginap di hotel berbintang,
dalam suatu acara seminar dan training di kota Medan atau Jakarta,
keesokan harinya harus rela tidur di rumah buruk milik penduduk,
bahkan khemah kenduri yang seadanya di perkampungan.
Hari ini ikut seminar nyaman di auditorium hotel berbintang,
di tengah kota, dengan pakej coffee break dan lunch yang fantastik,
(dengan ancaman naiknya gula darah dan kolesterol),
keesokan harinya ikut seminar di balai warga yang panas,
di tengah kampung kumuh, becek,
dengan hidangan kuih kampung ala kadarnya,
(ternyata sihat malah memenuhi unsur diet kalori).
Siang merasakan kemegahan gedung bertingkat tiga puluh,
dengan pendingin suhu nyaman,
CCTV, fasiliti lif, dan interior yang mewah,
di kawasan perniagaan KLCC,
malamnya merasakan kekumuhan kamar sewaan,
di kawasan setinggan yang pengap,
dan tanpa pendingin udara,
dengan perabot ala anak pemandu seadanya.
Lihatlah, betapa tipis batas ada dan tiada, bukan?
untuk apa kita berjiwa oportunis (melebihi takaran)?
untuk apa kita berjiwa ingin serba segera?
untuk apa kita berjiwa koruptis?
untuk apa kita sampai mengidap sindrom megalomania?
untuk apa kita menipu dan memperdaya orang lain,
Tuhan kita, bahkan diri kita sendiri?
Sewaktu kita sombong,
tak tahunya ada yang lebih sombong,
sewaktu kita merasa paling hebat,
tak tahunya ada yang lebih hebat,
sewaktu kita merasa miskin,
tak tahunya ada yang lebih miskin,
sewaktu kita merasa tak berdaya,
tak tahunya ada yang lebih tidak berdaya.
Itulah hakikat dari menerima takdir dan kenyataan,
tentunya tanpa melupakan hakikat ikhtiar dan kerja keras,
serta tetap berpegang teguh pada prinsip yang kita yakini,
serta konsisten dalam setiap langkah,
selebihnya, biarkan takdir Yang Maha Kuasa bekerja untuk kita.
Kerana jika sudah takdir-Nya menerima,
kita pasti akan menerima,
yang penting, kita lakukan segala hal yang kita ingin lakukan,
jangan lupakan batasan-batasan yang ada,
dan juga keterbatasan-keterbatasan kita,
jangan lupakan hakikat kita sebagai hamba-nya yang lemah.
Betapa kita harus belajar menerima kenyataan,
seindah dan seburuk apa pun itu,
kerana selalu ada hikmah di sebalik peristiwa.
SMAHADZIR
Cerita Bulan Di Kamarku
Bulan terjatuh di atas bantal,
kaca jendela menghempasku,
dan lalu cepat-cepat ia bersembunyi,
di bawah pangkin tempat tidur.
Belum sedar benar ia,
ketika dilihatnya sepasang kasut adikku melirik tipis,
mata mereka berbenturan,
dan sang bulan begitu kelihatan salah tingkah.
Digesernya tubuh hingga pada sebuah belahan sempit,
di antara bufet dan meja belajar,
buku-buku dan lukisan,
pasu bunga dan minuman,
menghujaninya dengan sorot mata penuh tanda tanya.
Dan ketika itu dia benar-benar tersudut,
hingga tak mampu lagi berbuat apa-apa:
kaca jendela menghempasku,
dan lalu cepat-cepat ia bersembunyi,
di bawah pangkin tempat tidur.
Belum sedar benar ia,
ketika dilihatnya sepasang kasut adikku melirik tipis,
mata mereka berbenturan,
dan sang bulan begitu kelihatan salah tingkah.
Digesernya tubuh hingga pada sebuah belahan sempit,
di antara bufet dan meja belajar,
buku-buku dan lukisan,
pasu bunga dan minuman,
menghujaninya dengan sorot mata penuh tanda tanya.
Dan ketika itu dia benar-benar tersudut,
hingga tak mampu lagi berbuat apa-apa:
peluhnya mencerau deras,
menggeletar nafas,
kekalutannya menyambar-nyambar.
Hingga perlahan-lahan,
sinar di sekujuran tubuhnya mulai memudar,
untuk akhirnya sirna,
menjadi bola tanah berbatu,
yang kelihatan jelas lebam menghitam.
Matahari lantas meninggalkannya,
dan angin menelanjangi tubuhnya,
pagi hari,
seperti biasa,
kuambil penyapu dan membersihkan kamar,
dan debu-debu kubasuh hingga tak bersisa.
menggeletar nafas,
kekalutannya menyambar-nyambar.
Hingga perlahan-lahan,
sinar di sekujuran tubuhnya mulai memudar,
untuk akhirnya sirna,
menjadi bola tanah berbatu,
yang kelihatan jelas lebam menghitam.
Matahari lantas meninggalkannya,
dan angin menelanjangi tubuhnya,
pagi hari,
seperti biasa,
kuambil penyapu dan membersihkan kamar,
dan debu-debu kubasuh hingga tak bersisa.
SMAHADZIR
Hati Seorang Perempuan
Hati seorang perempuan,
ditaburi ratusan mawar,
dilimuri madu janji,
dilimpahi buih-buih cinta,
dibaluti anyaman rindu,
dibuai rona sayang,
dibanjiri ribuan ciuman,
pelukan dan rindu.
Lalu hati seorang perempuan,
pedih dikhianati,
perih dicampakkan,
sedih disakiti berulang kali,
letih disayat dalam-dalam,
merintih dipasung ego.
Tapi hati seorang perempuan,
dianugerahi ketegaran,
kukuh menentang kehidupan.
Lalu hati seorang perempuan,
pedih dikhianati,
perih dicampakkan,
sedih disakiti berulang kali,
letih disayat dalam-dalam,
merintih dipasung ego.
Tapi hati seorang perempuan,
dianugerahi ketegaran,
kukuh menentang kehidupan.
SMAHADZIR
Tutur Kisah Abadi
Bintang timur terang benderang,
tapi tak ada suara genderiang,
loceng pun tak berdentang,
hanya tiga majus yang datang.
Sunyi, sepi, senyap,
dunia ditelan gelap,
mata ayah-bonda termengap-mengap,
pandang bayi kudus dalam lelap.
Panik gerogoti Herodes,
dengar khabar raja baru,
titahkan pedang menggores,
mencabut nyawa-nyawa kecil bersimbah haru.
Baitulmaqdis berduka,
tapi bayi mulia selamat,
gembala dan malaikat bersuka,
malaikat jadi penyelamat.
Semua sudah dinobatkan,
janji Ilahi digenapi,
dia datang beri kekuatan,
taburi kedamaian tak bertepi.
SMAHADZIR
Malaysia, Pencagun Makna
Sekarung makna menunggu di beranda,
sejak pagi buta,
apa yang tersaji kali ini?
JWW Birch lagi... Chin Peng lagi,
Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut,
hingga Peristiwa Bukit Kepong,
memaknai kemerdekaan,
dalam biang, dalam keringat,
dalam gelak, dalam peti,
dalam darah.
Luapan makna mengembang berbianglala,
menuruni lembah sakit,
menubuhkan nyeri berbalut suka suspensi,
menggigil demamku dalam Malaysia yang kelu.
Belum baligh ternyata kita,
dalam darah.
Luapan makna mengembang berbianglala,
menuruni lembah sakit,
menubuhkan nyeri berbalut suka suspensi,
menggigil demamku dalam Malaysia yang kelu.
Belum baligh ternyata kita,
untuk bersendawa kebebasan,
kerana tabir mampu menjadi makna,
kerana air mata mampu menjadi makna,
bahkan burung berkicau,
adalah pencagun makna yang terakhir.
Hinggap di hujung tahun,
melihat jalan menikung, tak tahu,
ke mana kaki melangkah hujung,
senyummu adalah makna yang tertindas,
dalam ribuan makna yang ganas.
kerana tabir mampu menjadi makna,
kerana air mata mampu menjadi makna,
bahkan burung berkicau,
adalah pencagun makna yang terakhir.
Hinggap di hujung tahun,
melihat jalan menikung, tak tahu,
ke mana kaki melangkah hujung,
senyummu adalah makna yang tertindas,
dalam ribuan makna yang ganas.
SMAHADZIR
Selamat Pagi Yang Berhormat
Selamat pagi Yang Berhormat,
kami tak ingin rasa ini bertepi,
ketika kau ucapkan kata-kata indah,
dalam kempen,
sewaktu kita berkenalan.
Selamat pagi Yang Berhormat,
kami hendak mencangkul sebongkah hatimu,
membelai jazirah harapan,
kini carik rindu terbang melayang berserakan,
diterpa desah bayu menggelandang,
jangan kau biarkan rasa ini berwarna hitam.
Selamat pagi Yang Berhormat,
sesungguhnya kaulah aspirasi kami,
menjadi wadah berkeluh kesah,
telah hilangkah rasa cintamu pada kami?
kau tahu bahawasanya benakmu bukanlah batu,
yang hanya terdiam duduk manis di kerusi.
Selamat pagi Yang Berhormat,
kami pun tahu kini kita telah berbeza,
kau laksana dewa yang menggaungkan genta di langit,
kami yang berpijak di tanah mengharap genta itu berbunyi,
lantang, merdu, dan mempesona.
Selamat pagi Yang Berhormat,
ingatkah siapa yang telah mengangkatmu,
sehingga dirimu telah bertakhta,
kamilah yang kini berpeluh airmata,
kerana kecewa dan salah,
memilih kucing di dalam karung.
Selamat pagi Yang Berhormat,
masihkah kau mencintai kami?
kami di sini mengharap sumpah dari mulutmu,
yang pernah menabuh genderang telinga ini,
kini segumpal kabut telah nyata bersandar,
singgah selimuti kehidupan kami,
kerana janji manismu,
membelai jazirah harapan,
kini carik rindu terbang melayang berserakan,
diterpa desah bayu menggelandang,
jangan kau biarkan rasa ini berwarna hitam.
Selamat pagi Yang Berhormat,
sesungguhnya kaulah aspirasi kami,
menjadi wadah berkeluh kesah,
telah hilangkah rasa cintamu pada kami?
kau tahu bahawasanya benakmu bukanlah batu,
yang hanya terdiam duduk manis di kerusi.
Selamat pagi Yang Berhormat,
kami pun tahu kini kita telah berbeza,
kau laksana dewa yang menggaungkan genta di langit,
kami yang berpijak di tanah mengharap genta itu berbunyi,
lantang, merdu, dan mempesona.
Selamat pagi Yang Berhormat,
ingatkah siapa yang telah mengangkatmu,
sehingga dirimu telah bertakhta,
kamilah yang kini berpeluh airmata,
kerana kecewa dan salah,
memilih kucing di dalam karung.
Selamat pagi Yang Berhormat,
masihkah kau mencintai kami?
kami di sini mengharap sumpah dari mulutmu,
yang pernah menabuh genderang telinga ini,
kini segumpal kabut telah nyata bersandar,
singgah selimuti kehidupan kami,
kerana janji manismu,
telah pahit terasa,
menjadi arang dalam kehidupan kami.
menjadi arang dalam kehidupan kami.
SMAHADZIR
Puisi Akhir Tahun
Sesak langkah kehidupan menempuh alam dunia,
menghabiskan waktu yang tidak lama,
usia bertambah senja tanpa terasa,
semakin dekat akhir tahun,
menjelang tiba.
Akhir tahun sebagai sarana evaluasi,
melihat kualiti hidup dari aspek diri,
menjadi kualiti peribadi yang mandiri,
untuk mencapai prestasi yang hakiki.
Era baru datang menyongsong,
persiapkan diri jangan sampai kosong,
jangan mimpi di siang bolong,
perjuangan hidup terus disokong.
Patah tumbuh hilang berganti,
semangat bersimpuh tanpa henti,
untuk hidup yang lebih baik dan hakiki,
semoga Azzawajalla meredhai.
Akhir tahun sebagai sarana evaluasi,
melihat kualiti hidup dari aspek diri,
menjadi kualiti peribadi yang mandiri,
untuk mencapai prestasi yang hakiki.
Era baru datang menyongsong,
persiapkan diri jangan sampai kosong,
jangan mimpi di siang bolong,
perjuangan hidup terus disokong.
Patah tumbuh hilang berganti,
semangat bersimpuh tanpa henti,
untuk hidup yang lebih baik dan hakiki,
semoga Azzawajalla meredhai.
SMAHADZIR
Fantasi
Dalam fantasiku,
kamu jadi biru,
sementara dunia tetap kelabu,
datang naga berkepala tiga,
dan membakar habis aku punya raga.
Tapi kenapa kamu cuma tetap termangu?
malah menunggu kesatria lain datang menyelamatkanku,
sehingga api mampu dibuat diam membisu.
Dalam fantasi,
kulihat maya tak jauh dari nyata,
kamu sama sekali tak berbeza,
tetap menganggap aku bintang yang begitu jauh,
sehingga tak mungkin padaku kau membuang sauh.
Kenapa?
kenapa kau tak memiliki keberanian,
untuk menjadi penyelamatku?
SMAHADZIR
Tragedi Jalan Pedang
Tuk cucu sang lelaki utama,
melesat di punggung derap,
si hitam jantan,
bertaruh di sisi syurga atau neraka,
di antara berhadap-hadap,
wajah-wajah berharap syuhada,
melewati jalan panah dan pedang.
Darah siapa meleleh,
memerahkan langit Palestin,
di tengah putih rintih,
dan senandung keagungan.
Untuk dan atas nama-Mu,
sejarah kekuasaan,
selalu mewariskan,
berpuluh-puluh ikatan,
sebagai pemilik tunggal,
panah kebenaran,
dilesatkan dari,
busur kepentingan.
SMAHADZIR
Kemunafikan
Begitu mudah hatimu berkata iya,
padahal hatimu jelas menolak,
begitu mudah berkata benar,
padahal di hujung lidahmu menggantung kata salah,
begitu ringannya mengaku bahawa semua itu wajar,
padahal jelas dalam nuranimu membayang,
bahawa semua itu menyimpang,
terlalu banyak yang menggunakan topeng.
Jika kau menatap wajah mereka satu per satu,
maka takkan dapat kau terka emosi mereka,
takkan dapat kau temui kejujuran terpampang di sana,
yang ada cuma kabut penuh misteri,
semu, aku muak!
Lelah dengan semua senyum palsu,
benci mendengar segala pujuk rayu,
nyaris mati dihantui rasa sakit,
akibat tikaman di punggungku,
sesak dicekoki usaha,
untuk membuat aku membencimu,
kemunafikan!
SMAHADZIR
Tanah Airku
Bak perawakan perawan,
kini nusantara sudah terlacurkan bagaikan roda yang telah bobrok,
bocor di sana-sini,
pendidikan, kebudayaan, pemerintahan, birokrasi,
ah... sama saja,
tak ada lagi yang perawan,
semua sudah terlacurkan,
ah... sama saja,
tak ada lagi yang perawan,
semua sudah terlacurkan,
tapi, inilah tanah airku
“anak-anak bernyanyi,
dari Perlis sampai ke Sabah,
bagaikan intan kemilau sinar,
neneknya menangis kehilangan mimpinya.”
Dulu sewaktu tanah lapang masih terhampar luas,
multikultural begitu ketara sekali,
ada bangsawan, opera cina, pesta songkran, wayang kulit,
dari Perlis sampai ke Sabah,
bagaikan intan kemilau sinar,
neneknya menangis kehilangan mimpinya.”
Dulu sewaktu tanah lapang masih terhampar luas,
multikultural begitu ketara sekali,
ada bangsawan, opera cina, pesta songkran, wayang kulit,
ada boria dan banyak lagi,
rasanya nyata dipelupuk mata,
tapi sekarang enyah di dunia antah berantah,
terkubur jadi satu,
ditimbun pohon-pohon besi,
terkubur jadi satu,
ditimbun pohon-pohon besi,
aspal-aspal pana,
dan asap yang mengepul penuh debu,
“di sini batu-batu dipecah berbiji emas,
kerikil digosok kemilau jadi permata,
Alhamdulillah tanah airku,
Alhamdulillah tanah airku,
tumpah darahku tercinta.”
Matahari dulu sinarnya begitu syahdu,
mata airku dulu mancur bak kolam susu,
burung-burungku dulu mencuar jadi irama yang sangat merdu,
kerikil digosok kemilau jadi permata,
Alhamdulillah tanah airku,
Alhamdulillah tanah airku,
tumpah darahku tercinta.”
Matahari dulu sinarnya begitu syahdu,
mata airku dulu mancur bak kolam susu,
burung-burungku dulu mencuar jadi irama yang sangat merdu,
pohon-pohonku dulu bagai rumah raksasa yang berikan nyaman,
tapi sekarang!!!
matahari tak punya malu, panas sekali,
mata airku bak kencing para kecoak,
matahari tak punya malu, panas sekali,
mata airku bak kencing para kecoak,
burung-burungku mati tertembak tak mencuar,
masya Allah,
apa ini peradaban tanah airku sekarang?
dulu syahdu sekarang rancu,
apa ini peradaban tanah airku sekarang?
dulu syahdu sekarang rancu,
dulu sungguh memikat sekarang tak kuat,
“aduh... masya Allah tanah airku,
masya Allah tanah airku,
tanah airku tercinta.”
Baiklah, sekarang baiknya bagaimana?
apa kita bersama-sama mati bunuh diri?
masya Allah tanah airku,
tanah airku tercinta.”
Baiklah, sekarang baiknya bagaimana?
apa kita bersama-sama mati bunuh diri?
atau hidup hanya melamun menunggu Izrail?
emm... ya sudahlah,
emm... ya sudahlah,
kalau masih ada jalan kita merangkak bersama,
kalau tak ada apa-apa,
mari kita berdendang bersama,
“dari Perlis sampai ke Sabah,
berjajar pulau-pulau,
sambung menyambung menjadi satu,
itulah tanah airku,
aku berjanji padamu,
menjunjung tanah airku,
tanah airku yang tercinta.”
mari kita berdendang bersama,
“dari Perlis sampai ke Sabah,
berjajar pulau-pulau,
sambung menyambung menjadi satu,
itulah tanah airku,
aku berjanji padamu,
menjunjung tanah airku,
tanah airku yang tercinta.”
SMAHADZIR
Gempa Bumi
Jeritan dan tangisan mengapung di mana-mana,
orang ramai segera berlari,
kecil, besar, tua, muda, semuanya,
orang ramai segera berlari,
kecil, besar, tua, muda, semuanya,
bertempiaran ke sana dan ke sini.
Wajah masing-masing lesi tak berdarah,
kerana merasa ada gempa bumi.
Isak tangis terdengar juga,
setelah orang ramai keluar ke padang lapang,
dari bangunan canggih mahupun rumah papan,
yang terpenting,
jiwa, raga, dan keluarga selamat,
dari gempa bumi,
kerana merasa ada gempa bumi.
Isak tangis terdengar juga,
setelah orang ramai keluar ke padang lapang,
dari bangunan canggih mahupun rumah papan,
yang terpenting,
jiwa, raga, dan keluarga selamat,
dari gempa bumi,
Tuhan, mengapa Engkau menurunkan,
bencana di mana-mana,
mungkinkah kami,
banyak melakukan kesalahan?
bencana di mana-mana,
mungkinkah kami,
banyak melakukan kesalahan?
SMAHADZIR
Di Lipatan Hati
Sewaktu aku mendapat berita itu,
bahawa kita akan bertemu,
sempena Ramadhan yang syahdu,
setelah lebih 30 tahun berlalu,
aku jadi terharu, keliru dan buntu,
tergerak di lipatan hati,
apakah ada orang yang sudi menerima aku,
kerana dulu kita pernah berseteru,
lantaran fitnah yang pernah melepa di mukaku,
keresahan yang membuku,
memaksa aku membuka kembali diari silamku,
melihat waktu-waktu yang berlalu,
melihat kenangan-kenangan yang pernah berlaku,
dalam sejarah hidupku.
Di lipatan hati ini masih diulit rasa,
mengapa aku harus berjumpa,
dengan mereka yang tak mungkin suka,
aku yang pernah dianggap celaka,
pembuat onar dan noda,
sedang mereka adalah manusia mulia,
yang tidak pernah berdosa,
apakah aku harus bersemuka,
dalam pertemuan semula,
sempena Ramadhan yang ceria,
selepas lebih 30 tahun tidak berjumpa.
Sekali lagi aku berbisik,
aku ini manusia kedil hina yang tersisih,
aku laksana seroja yang kembang di tasik,
biarlah aku gemilang di sebalik tabir,
dunia penulisan yang kini aku ukir,
biarlah aku hidup terpinggir,
asal mindakku cerdik terdidik.
SMAHADZIR
Telah Dijemput Pergi
(Belasungkawa untuk Allahyarham Liya bte Haji Nordin Mehat yang telah kembali ke rahmatullah di Asrama Kolej Pelajaran MARA, Seremban – airmata kami juga mengiringi kehilanganmu....)
Telah dijemput pergi,
meninggalkan kami semua dalam sendu dan sepi,
dalam sederhana langkah,
bersama usia yang terlalu mentah,
kau menggalas semua sengsara dan derita,
kami termangu dalam genangan airmata,
percaya, tidak percaya,
terima, tidak terima,
namun kehendak Allah lebih dari segala.
Alfatihah untukmu Liya tersayang,
telah meruap segala jelu ke segenap ruang,
ke udara, intelegensia yang mesra tapi periang,
selama-lamanya telah diam,
dan kami kehilangan sekuntum kejora,
setiap kali melintasi hari bahagia,
kembali meniti sebuah nama,
di bibir ibu dan bapa,
Liya...
Alfatihah, untukmu Liya,
kami semua tidak pernah percaya,
bahawa telah pergi dia,
bahawa telah tiada dia,
meninggalkan kami dalam sendu dan airmata,
dalam longlai lambai,
dan lemah langkah gemalai,
teriring dalam syahdu yang membelai,
percaya akhirnya,
dia telah pergi jua!
Liya telah pergi.
Percayalah,
ini semua kehendak-Nya,
sudah tercatat pada lohmahfuz itu benar,
runtun sendu jatuh bersama,
di deraian mandian terakhir,
diserap takdir tanpa dapat dimungkir.
Alfatihah,
untukmu Liya yang kami sayangi,
tiada lagi, tiada lagi, indah peribadi,
yang terlindung dalam sederhana sarjana,
melempar senyum suka,
pada setiap tutur kata,
tolong ikhlas sepenuh rela,
tiada rungut, manis dan mesra.
Alfatihah,
tiada lagi, tiada lagi, anak sebaikmu,
dan sukar dicari ganti.
Sejahteralah kamu, Liya tersayang!
dalam firdausi Ilahi berpanjangan,
dengan doa kami bersama sujud yang pasrah,
kami serahkan seluruh ketakwaan,
seperti yang kami telah janjikan,
bersemadi satu ingatan,
kita semua akan ke sana juga,
nantilah kami, kita akan bersama,
mungkin di jannah mungkin di makwa.
SMAHADZIR