SMAHADZIR
KHALID IBNI AL-WALID atau Khalid Al-Walid (1
Julai 592- 1 Oktober 642) juga dikenali sebagai Saifullah Al-Maslul
(bermaksud Pedang Allah Yang Terhunus atau Pedang Allah), adalah antara
panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara
tentera Islam dengan tentera Byzantium dan
tentera Parsi pada kurun ketujuh. Beliau terkenal dengan
kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika
zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan juga zaman khalifah Abu Bakar
as-Siddiq dan Umar Al-Khattab. Pencapaian terulung ialah di mana
beliau berjaya mengalahkan pasukan Byzantium dan Parsi dalam masa tiga tahun
sahaja.
Khalid ibn Walid adalah bangsa Arab
berketurunan Quraisy yang pernah suatu ketika dulu menentang Nabi
Muhammad s.a.w. Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang
Uhud menentang tentera Islam. Ketika Perjanjian Hudaibiyah, Khalid
memeluk Islam dan memohon maaf kepada Nabi Muhammad s.a.w atas tindakan beliau
sebelum ini. Ketika zaman Nabi Muhammad, beliau menyertai tentera Islam
dalam Perang Muktah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan
Rasulullah s.a.w, beliau dilantik menjadi panglima perang dan mengetuai
ekspedisi menentang tentera Parsi dan tentera Byzantium Rom.
Khalid
Bin Walid Masuk Islam
Dahulu sebelum masuk Islam nama Khalid bin Walid atau
Khalid Al-Walid sangat termashyur sebagai Panglima Tentera Kaum Kafir Quraisy
yang tidak terkalahkan. Baju kebesarannya berkancingkan emas dan mahkota di
kepalanya bertatahkan berlian. Begitu gagah dan perkasanya Khalid Al-Walid baik
di medan perang mahupun ahli dalam menyusun strategi perang.
Pada waktu Perang Uhud melawan tentera Muslimin pimpinan
Rasulullah s.a.w rama9 syuhada yang syahid terbunuh di tangan Khalid Al-Walid.
Dengan suara yang lantang di atas perbukitan Khalid Al-Walid Walid berkata:
‘Hai Muhammad, kami sudah menang, kamu telah kalah dalam peperangan ini.
Lihatlah bapa saudaramu Hamzah yang tewas tercabik-cabik tubuhnya dan lihatlah
pasukanmu yang telah porak-poranda itu.’
Rasulullah s.a.w menjawab: ‘Tidak aku yang menang dan
engkau yang kalah Khalid. Mereka yang gugur adalah syahid, sebenarnya mereka
tidak mati wahai Khalid, mereka hidup di sisi Allah s.w.t penuh dengan
kemuliaan dan kenikmatan, mereka telah berhasil pindah alam dari dunia menuju
alam akhirat, menuju syurga Allah kerana membela Agama Allah gugur sebagai
syuhada. Akan tetapi matinya tenteramu, matinya sebagai kafir dan dimasukkan ke
Neraka Jahannam.’
Setelah itu Khalid Al-Walid memerintahkan pasukannya untuk
kembali, sejak itu Khalid Al-Walid termenung terngiang selalu akan kata-kata Nabi
Muhammad s.a.w dan penasaran akan ketokohan Muhammad s.a.w. Maka Khalid
Al-Walid mengutus seorang pengintip untuk memantau dan mengamati aktiviti
Muhammad s.a.w setelah Perang Uhud tersebut.
Setelah cukup lama memerhatikan Rasulullah ss.a.w akhirnya
utusan Khalid Al-Walid melaporkan hasil pengamatan tersebut. Kata utusan
tersebut: ‘Aku mendengar semangat juang yang dikemukakan Muhammad kepada para
pasukannya. Muhammad mengatakan: ‘Aku hairan kepada seorang panglima Khalid
Al-Walid yang gagah perkasa dan cerdas, tetapi kenapa dia tidak faham dengan
Agama Allah yang aku bawa, sekiranya Khalid Al-Walid tahu dan faham dengan
agama yang aku bawa, dia akan berjuang bersamaku (Muhammad). Khalid Al-Walid
akan aku jadikan juru rundingku yang duduk bersanding di sampingku.’
Kata-kata mutiara tersebut disampaikan pengintip Khalid
Al-Walid di Mekah kepada panglimanya. Mendengar laporan pengintip tersebut
semakin membuatkan Khalid Al-Walid risau dan resah hingga akhirnya beliau
memutuskan untuk bertemu dengan Muhammad dengan menyamar dan menggunakan topeng
menutup wajahnya hingga tidak d kenali oleh sesiapa pun.
Khalid Al-Walid berangkat seorang diri dengan menunggang
kuda dan menggunakan baju kebesarannya yang berhias emas serta mahkota bertatah
berlian namun wajahnya ditutupi topeng. Di tengah perjalanan Khalid Al-Walid
bertemu dengan Bilal bin Rabah yang sedang bedakwah kepada para petani. Dalam
diam-diam Khalid Al-Walid mendengar dan menyemak apa yang disampaikan oleh
Bilal bin Rabah yang membacakan surah Al-Hujarat 49:13, yang
bermaksud: ‘Hai manusia, Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan
seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya
kamu saling mengenal dengan baik. Sesungguhnya orang yang paling mulia di
antara kamu di sisi Allah adalah orang-orang yang paling bertakwa kerana
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal.’
Buka
Topeng
Khalid Al-Walid terperangah bagaimana mungkin Bilal bin
Rabah yang kuketahui sebagai hamba abdi berkulit hitam dan buta huruf itu mampu
berbicara seindah dan sehebat itu. Tentu itu benar perkataan dan firman Allah.
Namun gerak-geri yang mencurigakan Khalid Al-Walid diketahui Sayyidina Ali bin
Abi Thalib. Dengan lantang Sayyidina Ali berkata: ‘Hai penunggang kuda. Bukalah
topengmu agar aku dapat mengenalimu, bila niatmu baik aku akan layani dengan
baik dan bila niatmu buruk aku akan layani pula dengan buruk.’
Selepas itu Khalid Al-Walid pun membuka topengnya.
Tampaklah wajah Khalid Al-Walid seorang panglima besar kaum kafir Quraisy yang
berjaya di Perang Uhud. Dengan tatapan mata yang penuh karismatik Khalid
Al-Walid berkata: ‘Aku ke mari punya niat baik untuk bertemu Muhammad dan
menyatakan diriku masuk Islam.’
Wajah Sayyidina Ali yang sempat tegang berubah menjadi
berseri-seri. ‘Tunggulah kau di sini Khalid, akau akan sampaikan berita gembira
ini kepada Rasulullah s.a.w,’ Kata Ali Abi Thalib. Bergegas Sayyidina Ali
menemui Rasulullah s.a.w dan menyampaikan maksud kedatangan Khalid Al-Walid
panglima perang Quraisy tersebut. Mendengar berita yang disampaikan Sayyidina
Ali, wajah Rasulullah s.a.w berseri-seri lalu mengambil serban hijau miliknya
lalu dibentangkan di tanah sebagai tanda penghormatan kepada Khalid Al-Walid
yang akan datang menemuinya. Lalu Rasulullah s.a.w menyuruh Ali menjemput Khalid
Al-Walid untuk menemuinya. Sebaik sahaja Khalid Al-Walid datang Rasulullah
terus memeluknya.
‘Ya Rasulullah, Islamkan saya!’ kata Khalid Al-Walid.
Lalu Rasulullah s.a.w mengajarkan kalimah syahadah kepada
Khalid Al-Walid. Maka Khalid Al-Walid telah memeluk agama Islam.
Sebaik sahaja selesai membaca kalimah syahadah, Khalid
Al-Walid menanggalkan mahkotanya yang bertatahkan intan dan diserahkan kepada Rasulullah
s.a.w, begitu juga dengan bajunya yang berkancingkan emas turut diserahkan juga
kepada Rasulullah s.a.w.
Namun sebaik sahaja Khalid Al-Walid mahu mencabut pedangnya
dan menyerahkannya kepada Rasulullah s.a.w, baginda Rasulullah melarangnya: ‘Jangan
kau lepaskan pedang itu Khalid Al-Walid, kerana dengan pedang itu nanti kamu
akan berjuang membela agama Allah bersamaku!‘ ujar Rasulullah s.a.w dan
Rasulullah s.a.w memberi gelaran pedang tersebut dengan nama ‘Syaifullah’ yang
ertinya ‘Pedang Allah Yang Terhunus.
Setelah bergabungnya Khalid Al-Walid ke dalam Islam,
bertambah kuatlah pasukan Muslim hingga berjaya menawan kota Mekah dan pasukan
Kafir Quraisy secara drastik lemah bagaikan ayam kehilangan induknya.
‘Orang seperti beliau, tidak boleh dibiarkan begitu saja.
Beliau harus dilantik sebagai calon pemimpin Islam. Jika beliau menggabungkan
dirinya dengan kaum Muslimin dalam peperangan melawan orang-orang kafir, kita
harus mengangkatnya ke dalam golongan pemimpin.’ Demikian keterangan Rasulullah
s.a.w ketika berbicara tentang Khalid Al-Walid sebelum calon pahlawan ini masuk
Islam.
Khalid Al-Walid dilahirkan kira-kira 17 tahun sebelum masa
pembangunan Islam. Beliau merupakan anggota suku Bani Makhzum, suatu cabang
dari suku Quraisy. Ayahnya bernama Walid dan ibunya Lababah. Khalid Al-Walid
termasuk di antara keluarga Rasulullah s.a.w yang sangat dekat.
Maimunah, ibu saudara Khalid Al-Walid, adalah isteri
Rasulullah s.a.w. Dengan Umar sendiri pun Khalid Al-Walid ada hubungan
keluarga, yakni saudara sepupunya. Suatu hari pada masa kanak-kanaknya, kedua
saudara sepupu ini bermain adu kekuatan. Khalid Al-Walid dapat mematahkan kaki
Umar. Untunglah dengan melalui suatu rawatan kaki Umar dapat diluruskan kembali
dengan baik.
Ayah Khalid Al-Walid yang bernama Walid, adalah salah
seorang pemimpin yang paling berkuasa di antara orang-orang Quraisy. Beliau
sangat kaya. Beliau menghormati Kaabah dengan perasaan yang sangat mendalam.
Sekali dua tahun beliaulah yang menyediakan kain penutup Kaabah. Pada masa ibadah
Haji beliau memberi makan dengan percuma kepada semua orang yang datang
berkumpul di Mina. Ketika orang Quraisy memperbaiki Kaabah, tidak seorang pun
yang berani meruntuhkan dinding-dindingnya yang usang itu. Semua orang takut
kalau-kalau jatuh dan mati. Melihat suasana begini Walid maju ke depan dengan
sekop di tangan sambil berteriak, ‘Oh, Tuhan jangan marah kepada kami. Kami
berniat baik terhadap rumah-Mu’.
Rasulullah s.a.w mengharap dengan sepenuh hati, agar Walid
masuk Islam. Harapan ini timbul kerana Walid merupakan seorang kesateria yang
berani di mata rakyat. Kerana itu beliau dikagumi dan dihormati oleh orang
banyak. Jika beliau telah masuk Islam ratusan orang akan mengikutinya. Dalam
hati kecilnya Walid merasa bahawa Al-Quran itu adalah kalimat-kalimat Allah.
Beliau pernah mengatakan secara jujur dan terang-terangan, bahawa beliau tidak
boleh berpisah dari keindahan dan kekuatan ayat-ayat suci itu.
Ucapan yang terus terang ini memberikan harapan bagi
Rasulullah s.a.w, bahawa Walid akan segera masuk Islam. Tetapi impian dan
harapan ini tidak pernah menjadi kenyataan. Kebanggaan atas diri sendiri
membendung bisikan-bisikan hati nuraninya. Beliau takut kehilangan kedudukannya
sebagai pemimpin bangsa Quraisy. Kesangsian ini menghalanginya untuk menurut
rayuan-rayuan hati nuraninya. Sayang sekali orang yang begini baik, akhirnya
mati sebagai orang yang bukan Islam.
Suku Bani Makhzum mempunyai tugas-tugas penting. Jika
terjadi peperangan, Bani Muhzumlah yang mengurus gudang senjata dan gudang tenaga
tempur. Suku inilah yang mengumpulkan kuda dan senjata bagi
perajurit-perajurit. Tidak ada cabang suku Quraisy lain yang boleh lebih
dibanggakan seperti Bani Makhzum. Ketika diadakan kepungan maut terhadap
orang-orang Islam di lembah Abu Thalib, orang-orang Bani Makhzum lah yang
pertama kali mengangkat suaranya menentang pengepungan itu.
Latihan
Pertama
Kita tidak banyak mengetahui mengenai Khalid Al-Walid pada
masa kanak-kanaknya. Tetapi satu perkara yang kita tahu dengan pasti, ayah
Khalid Al-Walid merupakan seorang yang berada. Beliau mempunyai kebun
buah-buahan yang membentang dari kota Mekah sehingga ke Thaif. Kekayaan ayahnya
ini membuatkan Khalid Al-Walid bebas dari kewajiban-kewajibannya. Beliau lebih
leluasa dan tidak perlu belajar berdagang. Beliau tidak perlu bekerja untuk
menambah pencarian orang tuanya. Kehidupan tanpa suatu ikatan memberi
kesempatan kepada Khalid Al-Walid mengikuti kegemarannya. Kegemarannya ialah
adu tinju dan berkelahi atau mengadu kekuatan fizikal.
Ketika itu pekerjaan dalam seni peperangan dianggap sebagai
tanda seorang sateria atau pahlawan. Panglima perang bermakna pemimpin besar.
Kepahlawanan adalah satu perkara yang terhormat di mata rakyat. Ayah Khalid
Al-Walid dan beberapa orang bapa saudaranya adalah orang-orang yang terpandang
di mata rakyat. Perkara ini memberikan dorongan keras kepada Khalid Al-Walid
untuk mendapatkan kedudukan terhormat, seperti ayah dan bapa-bapa saudaraya.
Satu-satunya permintaan Khalid Al-Walid ialah agar menjadi orang yang dapat
mengatasi teman-temannya di dalam perkara adu tenaga.
Sebab itulah beliau menceburkan dirinya ke dalam seni
peperangan dan seni bela diri. Malah mempelajari kepakaran menunggang kuda,
bermain pedang dan memanah. Beliau juga mencurahkan perhatiannya ke dalam
perkara memimpin angkatan perang. Bakat-bakatnya yang asli, ditambah dengan
latihan yang keras, telah membina Khalid Al-Walid menjadi seorang yang luar
biasa. Kemahiran dan keberaniannya mengagumkan setiap orang. Pandangan yang
ditunjukkannya mengenai taktik perang menakjubkan setiap orang. Dengan mudah
orang dapat melihat, bahawa beliau akan menjadi pakar dalam seni ketenteraan.
Dari masa kanak-kanaknya beliau memberikan harapan untuk menjadi pakar tentera
yang luar biasa hebatnya.
Menentang
Islam
Pada masa kanak-kanaknya Khalid Al-Walid telah kelihatan
menonjol di antara rakan-rakannya. Beliau telah sanggup merebut tempat istimewa
dalam hati rakyat. Lama kelamaan Khalid Al-Walid menanjak menjadi pemimpin suku
Quraisy. Pada waktu itu orang-orang Quraisy sedang memusuhi Islam. Mereka
sangat anti dan memusuhi agama Islam dan penganut-penganut Islam.
Kepercayaan atau agama baru itu menjadi bahaya bagi
kepercayaan dan adat istiadat orang-orang Quraisy. Orang-orang Quraisy sangat
mencintai adat kebiasaan lama mereka. Sebab itu mereka mengangkat senjata untuk
menggempur orang-orang Islam. Tunas Islam harus dihancurkan sebelum tumbuh
berurat berakar. Khalid Al-Walid sebagai pemuda Quraisy yang berani dan
bersemangat berdiri di garis paling hadapan dalam penggempuran terhadap
kepercayaan atau agama baru ini. Perkara ini sudah wajar dan seirama dengan
kehendak alam.
Sejak kecil pemuda yang bernama Khalid Al-Walid ini
bertekad menjadi pahlawan Quraisy. Kesempatan ini diperolehinya dalam
pertentangan-pertentangan dengan orang-orang Islam. Untuk membuktikan bakat dan
kecekapannya ini, beliau harus menonjolkan dirinya dalam segala pertempuran.
Beliau harus memperlihatkan kepada sukunya kualitinya sebagai pahlawan.
Peristiwa
Uhud
Kekalahan kaum Quraisy di dalam Perang Badar membuatkan
mereka jadi resah dan gelisah, kerana penyesalan juga panas hati. Mereka merasa
terhina. Rasa sombong dan kebanggaan mereka sebagai suku Quraisy telah meluncur
masuk lumpur kehinaan Arang telah tercoreng di muka orang-orang Quraisy. Mereka
seolah-olah tidak boleh lagi mengangkat muka dari lumpur kehinaan ini. Dengan
segera mereka membuat persiapan-persiapan untuk membalas pengalaman pahit yang
terjadi di Badar.
Sebagai pemuda Quraisy, Khalid Al-Walid pun ikut merasakan
pahit getirnya kekalahan itu. Sebab itu beliau ingin membalas dendam sukunya
dalam peperangan Uhud. Khalid Al-Walid dengan pasukannya bergerak ke Uhud
dengan satu tekad untuk menang atau mati. Orang-orang Islam dalam pertempuran
Uhud ini mengambil kedudukan dengan membelakangi Bukit Uhud.Sungguhpun
kedudukan pertahanan baik, masih terdapat suatu kebimbangan. Di Bukit Uhud
masih ada suatu tanah genting, di mana tentera Quraisy dapat menyerbu masuk ke
dalam pertahanan Islam. Untuk menjaga tanah genting ini, Rasulullah s.a.w
menempatkan 50 orang pemanah terbaik. Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada
mereka agar bertahan bermati-matian. Dalam keadaan bagaimana jua pun jangan
sampai meninggalkan tempat masing-masing.
Khalid Al-Walid memimpin sayap kanan tentera Quraisy empat
kali ganda lebih besar jumlahnya dari pasukan Islam. Tetapi mereka jadi
ragu-ragu mengenangkan kekalahan-kekalahan yang telah mereka alami di Badar.
Kerana kekalahan ini hati mereka menjadi kecil menghadapi keberanian
orang-orang Islam. Sungguhpun begitu pasukan-pasukan Quraisy memulai
pertempuran dengan baik. Tetapi setelah orang-orang Islam mulai menggempur
pertahanan mereka, mereka telah gagal untuk mempertahankan tanah yang mereka
injak.
Kekuatannya menjadi terpecah-pecah. Mereka lari lintang
pukang. Peristiwa Badar berulang kembali di Uhud. Saat-saat kritis sedang
mengancam orang-orang Quraisy. Tetapi Khalid Al-Walid tidak goncang dan
sarafnya tetap membaja. Beliau mengumpulkan kembali anak buahnya dan mencari
kesempatan baik bagi melakukan serangan balas yang berkesan. Melihat
orang-orang Quraisy cerai-berai, pemanah-pemanah yang bertugas di tanah genting
tidak tahan hati. Pasukan Islam tertarik oleh harta perang, harta yang ada pada
mayat-mayat orang-orang Quraisy. Tanpa berfikir panjang akan akibatnya, sebahagian
besar pemanah-pemanah, penjaga tanah genting meninggalkan tempat masing-masing
dan menyerbu kelapangan.
Pertahanan tanah genting menjadi kosong. Khalid Al-Walid
dengan segera melihat kesempatan terbaik ini. Beliau menyerbu ke tanah genting
dan menggempur masuk. Beberapa orang pemanah yang masih tinggal dibunuh
bersama-sama. Tanah genting dikuasai oleh pasukan Khalid Al-Walid dan mereka
menjadi bebas dan berkesempatan baik untuk menggempur pasukan Islam dari
belakang.
Ketangkasan
Tiada Tara
Dengan kecepatan yang tidak ada taranya Khalid Al-Walid
masuk dari garis belakang dan menggempur orang Islam di pusat pertahanannya.
Melihat Khalid Al-Walid telah masuk melalui tanah genting, orang-orang Quraisy
yang telah lari lintang pukang berkumpul kembali dan mengikuti jejak Khalid
Al-Walid menyerbu dari belakang. Pemenang-pemenang dari tentera Islam beberapa
minit yang lalu, sekarang telah terkepung lagi dari segenap penjuru, dan
situasi mereka menjadi cabuh.
Khalid Al-Walid telah merubah kemenangan orang Islam di
Uhud menjadi suatu kehancuran. Mestinya orang-orang Quraisylah yang kalah dan
cerai-berai. Tetapi kerana gemilangnya Khalid Al-Walid sebagai pakar muslihat
perang, kekalahan-kekalahan telah diubahnya menjadi satu kemenangan. Beliau
menemui lubang-lubang kelemahan pertahanan orang Islam.
Hanya pahlawan Khalid Al-Walidlah yang dapat mencari
saat-saat kelemahan lawannya. Dan beliau juga yang sanggup menarik kembali
tentera yang telah bercerai-berai dan memaksanya untuk bertempur semula. Seni
perangnya yang luar biasa inilah yang mengungkap kekalahan Uhud menjadi suatu
kemenangan bagi orang-orang Quraisy.
Ketika Khalid Al-Walid memeluk Islam Rasulullah s.a.w
sangat gembira, kerana Khalid Al-Walid mempunyai kemampuan berperang yang dapat
digunakan untuk membela Islam dan meninggikan kalimatullah dengan
perjuangan jihad. Dalam banyak kesempatan peperangan Islam, Khalid Al-Walid
diangkat menjadi komandan perang dan menunjukan hasil gemilang atas segala
upaya jihadnya.
Betapapun hebatnya Khalid Al-Walid di dalam medan
pertempuran, dengan berbagai luka yang menyayat badannya, namun ternyata
kematianya di atas ranjang. Betapa menyesalnya Khalid Al-Walid, harapan untuk
mati syahid di medan perang ternyata tidak tercapai dan Allah s.w.t
menghendakinya mati di atas tempat tidur, sesudah perjuangan membela Islam yang
luar biasa itu. Demikianlah kekuasaan Allah s.w.t. Manusia berasal dari Allah
dan akan kembali kepada-Nya sesuai dengan kemahuan-Nya.
Khalid
Al-Walid Pedang Allah
Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang
berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid Al-Walid. Dalam Perang Uhud,
beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam
tetapi Perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru. Beliau
adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam, ini membuktikan
bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera
iaitu anugerah ‘Pedang Allah’
Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang
paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana
umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika Perang Uhud
dahulu. Khalid Al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8
Hijrah bersama-sama Uthman bin Talhah dan Amru bin Al-As. Selepas itu, beliau
adalah pahlawan yang berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah
s.a.w.
Berbicara tentang Khalid Al-Walid, tentunya tidak lengkap
kalau tidak menceritakan tentang peristiwa dalam Peperangan Muktah yang memang
terkenal itu. Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah
berhadapan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran
tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat
nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid bin
Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu
Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin
Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada. Lantas bendera bertukar tangan kepada
Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid Al-Walid. Atas persetujuan
ramai, maka Khalid Al-Walid pun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan
tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan
tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.
Pada zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid Al-Walid ditugaskan
untuk menghapuskan golongan murtad. Saiyidina Abu Bakar telah memberi pidato
semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi: ’Aku pernah mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku
iaitu Khalid Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada
orang-orang kafir dan munafik.’
Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab
yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan
tersebut yakni Perang Yamamah, ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid
Al-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah
berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh
karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya: ‘Bergembiralah kerana kami akan
melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing.’
Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah
berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya
merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata: ‘Aku tahu kamu
semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua
setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian
dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun hadapan jumlah yang
serupa akan dihantar ke Madinah.’
Khalid Al-Walid dengan tegasnya menjawab: ‘Kami tidak akan
keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi
kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang
lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari.’ Selepas
itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang berteriak dengan kuatnya sambil
bertakbir ‘Allahu Akbar... marilah kita berebut-rebut mencium bau syurga’. Maka
terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang-siur dan mayat
bergelimpangan.
Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah bin
Al-Jarrah r.a. sambil berkata: ‘Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati
syahid, adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada
Rasulullah s.a.w, kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku
berjumpanya (di syurga).’
Jawab Abu Ubaidah bin Al-Jarrah r.a: ‘Ya! Katakan
kepadanya: ‘Wahai Rasulullah s.a.w! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa
yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar’. Lalu tentera tadi
bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada.
Bersemuka
Dengan Gergorius Theodorus
Dalam suasana perang tersebut Khalid Al-Walid bersemuka
dengan seorang daripada panglima Romawi yang bernama Gergorius Theodorus lalu
terjadilah dialog antara keduanya. Gergorius Theodorus bertanya: ‘Wahai Khalid
Al-Walid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak
akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada Nabimu
sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada
seseorang pasti beliau akan kalah.’
Khalid Al-Walid menjawab: ‘Tidak.’
Gergorius Theodorus bertanya lagi: ‘Mengapa kamu disebut
Pedang Allah?’
Khalid Al-Walid berkata: ‘Bahawa Allah s.w.t telah
mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang
mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan
orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu
aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya.
Rasulullah terus menyatakan: ‘Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah.’
Gergorius Theodorus bertanya lagi: ‘Apa yang kamu dakwahkan
kepada manusia.’
Khalid Al-Walid menjelaskan: ‘Supaya mereka mentauhidkan
Allah dan menerima ajaran Islam.’
Gergorius Theodorus seterusnya berkata: ‘Jika seseorang
memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah beliau
akan mendapat ganjaran?’
Khalid Al-Walid menjawab: ‘Ya, itulah yang lebih utama.’
Gergorius Theodorus berkata: ‘Bagaimana yang terjadi
kepadamu sebelum Islam?’
Khalid Al-Walid menjawab: ‘Kamu hidup bersama Rasul lalu
kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan
mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah
melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan,
maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan
jiwamu.’
Akhirnya Gergorius Theodorus telah mengucap dua kalimah
syahadah di hadapan Khalid Al-Walid, belajar cara solat dan sempat solat dua
rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada Perang Yarmuk dan tentera Islam
berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.
Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak
kurang pula yang sakit, luka dan cedera. Mereka yang cedera parah, apabila
seorang diberikan air, lantas beliau berkata rakannya di sebelah lebih
memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang kedua pun
bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain.
Begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air
berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya. Maka,
kesemua mereka mati syahid di medan perang tersebut! Ini membuktikan betapa
wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri memang
menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah
s.a.w.
Khalid Al-Walid: Mujahid Islam Yang Unggul
Kepahlawanan
dan semangat perjuangan yang ada di dalam dada Khalid Bin Walid sudah tercatat
di dalam sejarah. Beliau merupakan seorang pahlawan atau mujahid Islam yang
unggul dan tiada tolok bandingnya. Lantaran itulah Rasulullah s.a.w telah
melantik beliau sebagai turus perang, mengemudi ribuan tentera Islam memerangi
kaum musyrikin suatu ketika dulu.
Dalam
memperkatakan tentang Khalid Bin Walid, Rasulullah s.a.w sendiri ada menyebut
bahawa: “Orang seperti dia, tidak dapat tanpa diketahui dibiarkan begitu saja.
Dia harus diincar sebagai calon pemimpin Islam. Jika dia menggabungkan diri
dengan kaum Muslimin dalam peperangan melawan orang-orang kafir, kita harus
mengangkatnya ke dalam golongan pemimpin,” Begitulah keterangan baginda
Junjungan ketika berbicara tentang Khalid Bin Walid sebelum calon pahlawan atau
mujahid terulung ini memeluk agama Islam.
Catatan Sejarah
Menurut
catatan sejarah, Khalid Bin Walid telah dilahirkan kira-kira 17 tahun sebelum
masa pembangunan Islam. Beliau merupakan anggota suku Bani Makhzum, suatu
cabang dari suku Bani Quraisy. Ayah beliau bernama Walid dan ibunya bernama
Lababah. Khalid Bin Walid juga termasuk di antara keluarga Rasulullah s.a.w
yang sangat rapat. Maimunah, yakni ibu saudara kepada Khalid, adalah salah
seorang isteri Rasulullah s.a.w. Dengan Umar Ibn Khattab sendiri pun Khalid ada
hubungan keluarga, yakni saudara sepupunya.
Menurut
riwayat, pada suatu hari, pada masa kanak-kanaknya, kedua saudara sepupu ini
main adu gulat atau adu siapa lebih kuat secara bergomol atau bergumpal. Khalid
dapat mematahkan kaki Umar. Untunglah, dengan melalui suatu kaedah perawatan,
kaki Umar dapat diluruskan kembali dengan baik dan sempurna. Ayah Khalid adalah
salah seorang pemimpin yang paling berkuasa di antara orang-orang Quraisy.
Beliau dikatakan mempunyai kekayaan yang hebat. Beliau juga amat menghormati
Kaabah dengan perasaan yang sangat mendalam. Sekali dalam masa dua tahun
beliaulah yang menyediakan kain penutup Kaabah.
Menurut
riwayat seterusnya, pada masa musim ibadah haji, beliau akan memberi makanan
secara percuma kepada semua orang yang datang berkumpul di Mina. Ketika
orang-orang Quraisy memperbaiki Kaabah, tidak ada seorang pun yang berani meruntuhkan
dinding-dindingnya yang sudah usang itu. Semua orang takut kalau-kalau jatuh
dan ditimpa apa-apa kemalangan lalu mati. Melihat suasana begini, Walid terus
maju ke depan dengan bersenjatakan sekop sambil berteriak, “Ooooo, Tuhan jangan
marah kepada kami. Kami berniat baik terhadap rumah-Mu,”
Menurut
riwayat, pada ketika ini baginda Rasulullah s.a.w amat mengharap dengan sepenuh
hati, agar Walid masuk Islam. Harapan ini timbul lantaran Walid merupakan
seorang kesatria yang berani di mata rakyat dan masyarakat. Lantaran
sifat-sifat kesatriaan itulah dia dikagumi dan dihormati oleh orang banyak.
Jika beliau telah masuk Islam, ratusan orang lain akan mengikuti jejak
langkahnya.
Namun
begitu, di dalam hati kecil Walid sendiri berasa, bahawa Al-Quran itu adalah
kalimat-kalimat Allah. Beliau pernah mengatakan secara jujur dan berterus
terang bahawa dia tidak boleh berpisah dari keindahan dan kekuatan ayat-ayat
suci tersebut. Ucapan yang terus terang ini memberikan harapan yang segar
kepada Rasulullah s.a.w bahawa Walid akan segera memeluk agama Islam. Tetapi
impian dan harapan ini tidak pernah menjadi kenyataan. Kebanggaan atas diri
sendiri membendung bisikan-bisikan hati nuraninya. Beliau seolah-olah takut
kehilangan kedudukannya sebagai pemimpin bangsa Quraisy. Kesangsian ini juga
telah menjadi batu penghalangi baginya untuk menurutkan rayuan-rayuan hati
nurani sendiri.
Sayang
sekali, akhirnya Walid meninggal dunia dalam keadaan yang Islam. Beliau telah
kehilangan sebuah kehidupan gemilang di dalam agama Allah sebagaimana yang
menjadi harapan besar di dada Rasulullah s.a.w. Menurut riwayat, pada ketika
ini suku Bani Makhzum mempunyai tugas-tugas yang penting. Jika terjadi
peperangan, suku Bani Muhzumlah yang akan mengurus gudang senjata dan gudang tenaga
tempur. Suku inilah juga yang mengumpulkan kuda dan senjata bagi kegunaan para
perajurit di medan peperangan. Pada waktu itu, tidak ada cabang suku Quraisy
lain yang boleh lebih dibanggakan seperti Bani Makhzum. Ketika diadakan
kepungan maut terhadap orang-orang Islam di lembah Abu Thalib, orang-orang Bani
Makhzumlah yang pertama kali mengangkat suara menentang pengepungan tersebut.
Fakta Dilupakan
Berbalik
semula kepada Khalid Bin Walid. Para pengkaji sejarah tidak banyak membuat
kajian tentang diri beliau untuk tatapan kita secara menyeluruh dan lengkap.
Banyak fakta-fakta penting tentang diri beliau seolah-olah telah dilupakan.
Lantaran itu, kita tidak banyak mengetahui mengenai Khalid Bin Walid terutama
pada zaman kanak-kanaknya. Kendatipun begitu, satu hal yang telah kita tahu
dengan pasti ialah ayah Khalid adalah seorang yang berada, kaya dan hartawan.
Menurut catatan sejarah, Walid mempunyai kebun buah-buahan yang membentang dari
kota Mekah sehingga sampai ke Taif. Kekayaan yang dimiliki oleh ayah beliau ini
membuatkan Khalid bebas dari kewajiban-kewajiban beliau.
Riwayat
menyatakan bahawa lantaran kekayaan tersebut, Khalid lebih leluasa dan tidak
minat untuk belajar ilmu berdagang. Beliau tidak betah bekerja untuk menambah
pencarian orang tuanya. Kehidupan tanpa suatu ikatan yang kuat ini telah
memberikan kesempatan kepada Khalid mengisi masa lapang beliau dengan
kegemarannya yang tersendiri. Kegemarannya yang paling sukar untuk dibendung
ialah adu tinju, bergusti, adu kekuatan diri dan berkelahi dengan sesiapa saja
yang cuba mencari sebab.
Pada
masa itu, ketangkasan atau kehebatan dalam seni peperangan dianggap sebagai
tanda seorang itu sateria yang baik. Panglima perang bermakna pemimpin besar.
Kepahlawanan adalah satu kedudukan yang terhormat di mata rakyat. Ayah Khalid
dan beberapa orang bapa saudara beliau adalah orang-orang yang amat dihormati
oleh masyarakat. Hal ini memberikan dorongan yang kuat kepada Khalid untuk
mendapatkan kedudukan terhormat seperti yang dimiliki oleh ayah dan bapa
saudaranya itu.
Satu-satunya
cita-cita dan keazaman yang menggunung di dada Khalid ialah agar menjadi
seorang pemuda yang dapat mengalahkan teman-temannya yang lain di dalam bidang
adu tenaga. Sebab itulah beliau telah menceburkan dirinya ke dalam seni
peperangan dan seni bela diri. Malah mempelajari cara-cara yang betul
mengendarai kuda, memainkan pedang dan memanah.
Menurut
sebuah riwayat, beliau juga telah mencurahkan seluruh perhatian dan
kecenderungan beliau ke dalam bidang kepimpinan angkatan perang. Dengan
keazaman yang mencura, cita-cita yang tinggi serta bakat-bakat yang asli,
ditambah pula dengan latihan yang keras, telah berjaya membentuk Khalid Bin
Walid menjadi seorang yang amat luar biasa. Kemahiran dan keberanian beliau
telah mengagumkan setiap orang yang melihat.
Perancangan,
kewibawaan, kelicikan dan sebagainya yang ditunjukkan oleh beliau terutama
mengenai taktik-taktik peperangan, amat menakjubkan. Dengan kehebatan yang
beliau telah pamerkan, masyarakat dapat meneka bahawa pada suatu hari nanti
Khalid Bin Walid akan menjadi seorang pakar di dalam bidang ketenteraan.
Sejarah telah mencatatkan bahawa sejak pada zaman kanak-kanak lagi, Khalid Bin
Walid telah kelihatan menonjol di antara teman-teman beliau yang lain. Beliau
dikatakan telah sanggup merebut tempat istimewa di hati rakyat tempatan. Lama
kelamaan, Khalid telah menanjak menjadi seorang pemimpin suku Quraisy.
Pada
waktu itu, orang-orang Quraisy sedang memusuhi orang-orang Islam. Mereka sangat
benci dan menaroh dendam terhadap agama Islam dan penganut-penganutnya. Bagi
mereka agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w merupakan satu kepercayaan
yang baru. Kepercayaan atau agama baru itu dirasakan amat bahaya bagi
kepercayaan dan adat istiadat orang-orang Quraisy sejak zaman berzaman.
Mencintai Adat
Kebiasaan
Orang-orang
Quraisy sangat mencintai adat kebiasaan yang mereka telah anuti sejak lama.
Lantaran itulah mereka sanggup mengangkat senjata untuk menggempur orang-orang
Islam. Tunas Islam harus dihancurkan sebelum tumbuh berurat dan berakar umbi.
Khalid Bin Walid sebagai pemuda Quraisy yang berani dan bersemangat kental
telah diarahkan supaya berdiri di garis paling hadapan dalam penggempuran
terhadap orang-orang Islam. Menurut para pengkaji sejarah, hal ini dikira wajar
dan seirama dengan kehendak alam.
Sebagaimana
yang kita sedia maklum, sejak kecil lagi pemuda yang bernama Khalid Bin Walid
ini bertekad mahu menjadi seorang pahlawan Quraisy yang disegani dan dikagumi.
Kesempatan yang datang dengan tiba-tiba ini tidak dilepaskannya begitu saja.
Beliau telah menerimanya dengan hati yang sungguh gembira.
Untuk
membuktikan bakat, kehandalan, kehebatan dan juga kecekapannya di medan perang,
beliau harus menonjolkan dirinya dalam segala aspek pertempuran. Yang lebih
penting beliau harus memperlihatkan kepada sukunya kualiti diri beliau yang
sebenar sebagai seorang pahlawan yang disegani. Riwayat telah mengatakan
bahawa, kekalahan kaum Quraisy di dalam Perang Badar telah membuatkan mereka
jadi resah dan gelisah dihenyak pesaan dendam, marah, kecewa, penyesalan dan
panas hati. Mereka merasa terhina. Rasa sombong, mega, bongkak dan bangga
mereka sebagai suku Quraisy telah meluncur masuk lumpur kehinaan. Arang
bagaikan telah tercoreng di muka orang-orang Quraisy. Mereka seolah-olah tidak
mampu lagi mengangkat diri dari lumpur kehinaan tersebut.
Demi
menaikkan kembali martabat mereka, dengan segera mereka membuat
persiapan-persiapan untuk membalas pengalaman pahit yang terjadi di Badar.
Sebagai pemuda Quraisy, Khalid Bin Walid pun ikut merasakan pahit getirnya
kekalahan tersebut. Lantaran itulah beliau turut dijerba rasa ingin membalas
dendam sukunya di dalam peperangan Uhud pula.
Tiba
ketikanya, bergeraklah Khalid Bin Walid dengan pasukan pimpinan beliau ke medan
Uhud dengan satu tekad jati antara menang atau mati. Menurut riwayat,
orang-orang Islam di dalam pertempuran Uhud ini mengambil posisi dengan
membelakangi Bukit Uhud. Sungguhpun kedudukan pertahanan tentera Islam baik,
tetapi masih terdapat satu kebimbangan. Di Bukit Uhud ini masih ada satu
kawasan tanah genting. Melalui kawasan tanah genting ini, tentera Quraisy dapat
menyerbu masuk ke dalam pertahanan Islam. Lantaran untuk menjaga tanah genting
ini, Rasulullah s.a.w telah menempatkan 50 orang pemanah terbaik. Baginda memerintahkan
kepada mereka agar bertahan di situ bermati-matian. Dalam keadaan apa sekali
pun, jangan sampai meninggalkan pos masing-masing. Begitu pesanan yang telah
diberikan oleh baginda kepada pasukan pemanah.
Pada
masa itu, Khalid Bin Walid memimpin sayap kanan tentera Quraisy. Pasukan yang
dipimpin beliau, empat kali lebih besar jumlahnya dari pasukan tentera Islam.
Tetapi mereka tetap juga mempunyai perasaan ragu-ragu lebih-lebih lagi kala
mengingatkan kekalahan-kekalahan yang telah mereka alami terutamanya di medan
Badar. Lantaran kekalahan tersebut juga, hati mereka menjadi gementar untuk
menghadapi keberanian orang-orang Islam.
Sungguhpun
begitu, pasukan tentera Quraisy telah memulai pertempuran dengan baik. Tetapi
setelah orang-orang Islam berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan mereka, mereka
telah gagal untuk mempertahankan tanah yang mereka injak.
Kekuatan
pertahanan dan penyerangan mereka menjadi terpecah-pecah. Mereka lari
bercempera ke sana ke mari dalam usaha menyelamatkan diri dari menjadi mangsa
bunuh tentera Islam. Peristiwa Badar berulang kembali di Uhud. Saat-saat kritis
sedang mengancam orang-orang Quraisy. Tetapi Khalid Bin Walid tidak goncang dan
sarafnya tetap membaja. Beliau telah berjaya mengumpulkan kembali anak buahnya
dan mencari kesempatan baik untuk melakukan penyerangan yang lebih bermakna.
Di
pihak tentera Islam pula, kegembiraan jelas membayangi setiap wajah para
anggotanya lebih-lebih lagi kala melihat senjata-senjata yang ada pada
mayat-mayat orang-orang kafir Quraisy yang bergelimpangan di atas tanah. Tanpa
berfikir panjang akan akibatnya, sebahagian besar pemanah-pemanah yang telah
diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w supaya jangan meninggalkan posisi
masing-masing di tanah genting tersebut, tidak mampu menahan perasaan tamak
yang menggelumangi hati mereka. Pasukan pemanah Islam tersebut terus
meninggalkan pos mereka dan menyerbu ke tengah medan perang.
Berjaya Melihat
Suasana
Pertahanan
di tanah genting menjadi kosong. Khalid Bin Walid berjaya melihat suasana
tersebut sebagai kesempatan yang terbaik. Beliau terus menyerbu ke tanah
genting dan berjaya masuk ke dalam pertahanan tentera Islam. Beberapa orang
pemanah yang masih tinggal di situ berjaya dibunuh. Tanah genting tersebut
berjaya dikuasai oleh pasukan Khalid dan mereka mendapat lebih kesempatan untuk
menggempur pasukan Islam dari belakang.
Menurut
riwayat, dengan ketangkasan, kehebatan dan semangat kepahlawanan yang tidak ada
taranya pada Khalid Bin Walid, beliau telah masuk dari garis belakang dan
menggempur orang-orang Islam di pusat pertahanan. Melihat Khalid telah masuk
melalui tanah genting, orang-orang Quraisy yang telah lari bercempera tadi
segera berkumpul kembali dan mengikuti jejak pemimpin mereka. Mereka turut
menyerbu dari belakang.
Sejarah
telah mencatatkan bahawa Khalid Bin Walid telah merubah kemenangan orang-orang
Islam di medan Uhud menjadi suatu kehancuran. Hakikatnya adalah jelas iaitu
orang-orang Quraisylah yang kalah dan bercerai-berai lantaran serangan tentera
Islam. Tetapi lantaran kehebatan dan kecermelangan Khalid Bin Walid sebagai
ahli seorang panglima perang, kekalahan mereka telah berjaya dicuarkan menjadi
satu kemenangan. Beliau telah mencari peluang di atas kelalaian tentera Islam
yang tamak dan tidak mendengar nasihat Rasulullah s.a.w.
Di
dalam peperangan ini telah membuktikan sifat-sifat pahlawan Khalid Bin Walid
yang mana di antaranya ialah mampu mencari saat-saat kelemahan lawannya. Dan
beliau juga merupakan kesatria yang mampu menaupkan kembali tenteranya yang
telah bercerai-berai dan berjaya mengajak mereka bertempur lagi. Seni perang
yang luar biasa milik beliau inilah yang mengungkap kekalahan Uhud menjadi
suatu kemenangan bagi orang-orang musyrikin Quraisy.
Menurut
riwayat, sewaktu Khalid Bin Walid memeluk agama Islam, Rasulullah s.a.w berasa
sungguh gembira dan senang hati. Ini adalah kerana, Khalid mempunyai kemampuan
berperang yang dapat digunakan untuk membela Islam dan meninggikan kalimatullah
dengan perjuangan jihad. Lantaran itu, di dalam banyak kesempatan peperangan
yang melibatkan tentera Islam, Khalid Bin Walid telah diangkat menjadi komandan
perang dan beliau telah menunjukan hasil yang gemilang atas segala upaya
jihadnya. Betapapun hebatnya Khalid Bin Walid di dalam medan pertempuran,
beliau masih tidak dapat lari dari mengalami pelbagai luka yang menyayat badan.
Namun begitu, ternyata kematian beliau telah ditakdirkan Allah s.a.w di atas
ranjang.
Betapa
menyesalnya Khalid Bin Walid kerana harapan untuk mati sahid di medan perang
ternyata tidak tercapai dan Allah s.w.t menghendaki beliau mati di atas tempat
tidur, sesudah menempuh pelbagai perjuangan membela agama Islam yang luar biasa
itu. Demikianlah kekuasaan Allah. Manusia berasal dari Allah dan akan kembali
kepada-Nya sesuai dengan kemahuan-Nya juga. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat
dan bahagia ke atas roh beliau bersama para muslimin yang lain di sana.
Penakluk
Terbesar Dalam Sejarah Islam
Khalid Al-Walid adalah seorang panglima perang yang
termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai ‘Pedang Allah
Yang Terhunus’. Beliau adalah salah seorang dari panglima-panglima perang
penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya. Kemenangan terbesar
Panglima Khalid Al-Walid adalah di pertempuran Yarmuk. Pertempuran Yarmuk
adalah perang antara Muslim Arab dan Kemaharajaan Romawi Timur pada tahun 636.
Pertempuran ini, oleh beberapa sejarawan, dipertimbangkan sebagai salah satu
pertempuran penting dalam sejarah dunia, kerana ia menandakan gelombang besar
pertama penaklukan Muslim di luar Arab, dan cepat masuknya Islam ke Palestin,
Suriah, dan Mesopotamia yang rakyatnya menganut agama Kristian.
Kemenangan
Paling Gemilang
Pertempuran ini merupakan salah satu kemenangan Khalid
Al-Walid yang paling gemilang, dan memperkuatkan reputasinya sebagai salah
seorang komandan tentera dan kavaleri paling hebat pada Zaman Pertengahan.
Pertempuran ini terjadi pada masa pemerintahan Saiyidina Umar bin Khattab,
Khalifah Rasyidin kedua. Pertempuran ini terjadi empat tahun setelah Rasulullah
s.a.w wafat pada 632. Ia diteruskan oleh khalifah pertama, Saiyidina Abu Bakar,
yang mencoba membawa seluruh bangsa yang bertutur bahasa Arab di bawah kendali
Muslim. Pada tahun 633 pasukan Muslim menyerang Suriah, dan setelah berbagai
halangan dan pertempuran kecil berjaya merebut Damaskus pada 635.
Maharaja Romawi Timur Heraclius mengatur sebuah pasukan
sekitar 40,000 orang setelah mengetahui lepasnya Damaskus dan Emesa. Pergerakan
pasukan Romawi Timur yang besar ini, menyebabkan Muslim di bawah Khalid
Al-Walid meninggalkan kota-kota, dan mundur ke selatan menuju Sungai Yarmuk,
sebuah penyumbang Sungai Jordan. Sebahagian pasukan Romawi Timur di bawah
Theodore Sacellarius dikalahkan di luar Emesa. Muslim di bawah Khalid Al-Walid
bertemu komandan Romawi Timur lainnya, Baänes di lembah Sungai Yarmuk pada
akhir Julai. Baänes hanya memiliki infantri untuk melawan kavaleri ringan Arab,
kerana Theodor telah mengambil kebanyakan kavaleri bersamanya. Setelah sebulan
pertempuran secara kecil-kecilan, tanpa aksi yang mengesankan, kedua pasukan
akhirnya berkonfrontasi pada 20 Ogos.
Menurut sumber Muslim, datanglah pertolongan Allah s.w.t.
kepada tentera Islam dengan berhembusnya angin selatan yang kuat meniup awan
debu ke muka orang Kristian, kejadian ini sama persis seperti yang terjadi pada
pasukan Persia dalam pertempuran Qadisiyyah. Perajurit menjadi lesu di bawah
panas matahari Ogos. Meskipun begitu
Khalid Al-Walid terdorong mundur, namun meskipun jumlah pasukannya hanya
separuh perajurit Romawi Timur, mereka lebih bersatu daripada pasukan pelbagai
bangsa Tentera Kemaharajaan yang terdiri dari orang Armenia, Slavia, Ghassanid
dan juga pasukan Romawi Timur.
Menurut beberapa sumber, Muslim berhasil mempengaruhi
unsur-unsur dalam pasukan Romawi Timur untuk beralih sisi, tugas ini dipermudahkan
oleh kenyataan bahawa Kristian Arab, Ghassanid, belum dibayar selama beberapa
bulan dan yang Kristian Monophysitenya ditekan oleh Ortodoks Romawi Timur.
Sekitar 12,000 Arag Ghassanid bertindak belot. Kemajuan pasukan Kristian di
sisi kanan, menuju kem berisi wanita Arab dan keluarganya, akhirnya diusir
dengan bantuan dari beberapa wanita Arab. Dan memperbaharui serangan balas.
Kebanyakan perajurit Baänes dikepung dan dibunuh, atau
digiring menuju kematiannya di sebuah jurang yang terjal. Sebagai hasilnya,
seluruh Suriah terbuka bagi Muslim Arab. Damaskus direbut kembali oleh Muslim
dalam waktu sebulan, dan Jerussalem jatuh tidak lama kemudian.
Ketika bencana ini terdengar Heraclius di Antioch,
dinyatakan beliau mengucapkan selamat tinggal kepada Suriah. Beliau berkata,
‘Selamat tinggal Suriah, wilayahku yang indah. Kau adalah seorang musuh
sekarang’; dan beliau meninggalkan Antiokia ke Constantinople. Heraclius mulai
memusatkan pasukannya untuk mempertahankan Mesir.
Gergorius
Theodorus Panglima Romawi Yang Bertaubat
Dalam kegemparan terjadinya peperangan Yarmuk, salah
seorang panglima Romawi yang bernama Gergorius Theodorus memanggil Khalid
Al-Walid. Kedua orang panglima itu saling mendekat sampai kedua
kepala kuda mereka saling bertemu. Kepada Khalid Al-Walid, Gergorius Theodorus
bertanya: ‘Wahai Khalid Al-Walid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan
jangan berdusta sedikit pun, kerana Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah
berdusta, dan jangan pula kamu menipuku, kerana sesungguhnya orang yang beriman itu
tidak akan berdusta di sisi Allah.’
‘Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan,’ kata Khalid
Al-Walid.
‘Apakah Allah menurunkan kepada Rasul-Nya Muhammad sebilah
pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu sehingga jika kamu pakai
pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?’
‘Tidak!’ jawab Khalid Al-Walid.
‘Apakah sebabnya kamu digelar Saifullah (Pedang Allah)?’
tanya Gergorius Theodorus.
Khalid Al-Walid menjawab: ‘Ketika Allah s.w.t mengutus
Rasulullah s.a.w, seluruh kaumnya sangat memusuhinya termasuk juga
aku, aku adalah orang yang paling membencinya. Setelah Allah s.w.t memberikan
hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam,
Rasulullah s.a.w menerimaku dan memberi gelaran kepadaku ‘Saifullah’
(pedang Allah).’
’Jadi tujuan kamu berperang ini untuk apa?’ tanya Gergorius
Theodorus.
‘Kami ingin mengajak kamu supaya bersaksi bahawa tidak ada
Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah dan kami juga ingin
mengajak kamu untuk mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan
oleh Muhammad s.a.w itu adalah benar,’ jawab Khalid Al-Walid.
Gergorius Theodorus bertanya, ‘Apakah hukumannya bila orang
itu tidak mahu menerimanya?’
Jawab Khalid Al-Walid: ‘Hukumannya adalah harus membayar
jizyah, maka kami tidak akan memeranginya.’
‘Bagaimana kalau mereka tidak mahu membayar?’ yanya Gergorius
Theodorus.
‘Kami akan mengumumkan perang kepadanya,’ kata Khalid
Al-Walid.
Gergorius Theodorus bertanya:
‘Bagaimanakah kedudukannya jika orang masuk Islam pada hari ini?’
Khalid Al-Walid menjawab: ‘Di hadapan Allah s.w.t, kita
akan sama semuanya, baik beliau orang yang kuat, orang yang lemah, yang dahulu
mahupun yang kemudian masuk Islam.’
‘Apakah orang dahulu masuk Islam kedudukannya akan sama
dengan orang yang baru masuk?’ tanya Gergorius Theodorus.
Khalid Al-Walid menjawab: ‘Orang yang datang kemudian akan
lebih tinggi kedudukannya dari orang yang terdahulu, sebab kami yang
terlebih dahulu masuk Islam, menerima Islam itu ketika Rasulullah s.a.w masih
hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada baginda. Sedangkan orang
yang masuk Islam kemudian tidak menyaksikan apa yang telah kami saksikan. Oleh
kerana itu sesiapa saja yang masuk Islam yang datang terakhir maka
beliau akan lebih mulia kedudukannya, sebab beliau masuk Islam tanpa
menyaksikan bukti-bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dahulu.’
Gergorius Theodorus bertanya: ‘Apakah yang kamu katakan itu
benar?’
‘Demi Allah, sesungguhnya apa yang aku katakan itu adalah
benar,’ jawab Khalid Al-Walid.
Gergorius Theodorus berkata: ‘Kalau begitu aku percaya
kepada apa yang kamu katakan itu, mulai saat ini aku bertaubat untuk
tidak lagi memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama
Islam. Wahai Khalid Al-Walid tolonglah ajarkan aku tentang Islam.’
Lalu Khalid Al-Walid membawa Gergorius Theodorus ke dalam
khemahnya, kemudian menuangkan air ke dalam timba untuk menyuruh Gergorius
Theodorus bersuci dan mengerjakan solat dua rakaat.
Ketika Khalid Al-Walid bersama dengan Gergorius Theodorus masuk
ke dalam khemah, maka tentera Romawi mengadakan serangan
besar-besaran terhadap pertahanan umat Islam. Setelah selesai mengerjakan
solat, maka Khalid Al-Walid bersama dengan Gergorius Theodorus dan kaum
Muslimin lainnya meneruskan peperangan sehingga matahari terbenam dan
ketika itu kaum Muslimin mengerjakan solat Zohor dan Asar dengan isyarat saja.
Dalam pertempuran itu, Gergorius Theodorus yang
telah bergabung dengan barisan kaum Muslimin itu terbunuh, dan beliau
hanya baru mengerjakan solat dua rakaat bersama dengan Khalid Al-Walid.
Walaupun demikian, beliau telah menyatakan keislamannya dan berjanji untuk
tidak akan kembali lagi kepada agama lamanya.
Khalid
Al-Walid - Lelaki Dalam Sejarah
Fatimah binti Walid
mengarahkan pandagannya keluar tenda menyaksikan keindahan pemandangan di
sekitarnya, keelokan alam negeri Syam yang sangat memikat. Sambil memasak
beliau bersenandung tentang kisah peperangan terbesar kaum Muslimin dan
kemenangan mereka atas pasukan Romawi di bawah pimpinan Khalid Al-Walid saudaranya.
Kemudian beliau mendengar suara salah seorang sahabatnya
berkata: ‘Bergembiralah puteri Al-Walid hari ini hari yang sangat agung bagi
kita’.
‘Apa maksudmu wahai saudaraku?’ Fatimah bertanya penuh rasa
ingin tahu.
‘Ketahuilah wahai Fatimah! Pasukan kita berjaya meruntuhkan
benteng pertahanan Damaskus dan telah memasuki kota untuk menebar kemerdekaan,
cahaya dan iman bagi penduduknya.’
Fatimah memeluk sahabatnya dan berterima kasih atas berita
gembira itu yang telah lama beliau nantikan. Bangsa Romawi yang menguasai
Damaskus yang memiliki benteng yang sangat kukuh tidak akan menyerah begitu
saja pada kaum Muslimin. Namun bangsa Romawi adalah bangsa yang zalim dan
penduduk setempat tidak akan membela bangsa yang menganiaya, menyakiti dan menzalimi
mereka.
‘Wahai Fatimah, andai saja engkau mendengar pujian orang
terhadap saudaramu, Khalid Al-Walid, bahawa beliau adalah pedang Allah yang
terhunus tanpa tanding, penakluk bangsa Iraq dan Romawi di negeri Damaskus yang
memberikan kemerdekaan kepada penduduknya, layaklah engkau menyandang segala
kebanggaan itu wahai keluarga Al-Walid! Sesungguhnya Khalid Al-Walid telah
membangun bagi kalian kemuliaan di atas bumi ini, tidak akan lenyap
perjuangannya dan tidak akan sirna hasil yang telah beliau raih.’
Dengan penuh kerendahan hati, fatimah berkata, ‘Wahai
kawanku, sesungguhnya kita berperang dengan roh Allah menemani kita. Sebagai
peribadi kita tidak berhak menyandang kemuliaan itu, kerana kemuliaan dan
keagungan semua milik Allah, dan dengan agama-Nya semata dengannya kita keluar
dari kegelapan kepada cahaya. Allah
Terdengar suara rebana ditabuh dan teriakan kemenangan dari
kejauhan. Kedua-dua sahabat ini menyambut gembira suara takbir dan tahlil yang
memenuhi perkemahan kaum Muslimin. Semua bergembira atas kemenangan itu,
bersujud syukur, semoga kemenangan demi kemenangan dapat diraih.
Fatimah pun berkata: ‘Jika saya memiliki dua sayap, saya
akan terbang menemui Khalifah Abu Bakar untuk menyampaikan padanya berita
kemenangan yang Allah berikan ini.’ Perkara itu menjadikan Fatimah rindu
Madinah nun jauh di sana. Namun beliau menyedari bahawa kewujudan mereka jauh
dari rumah kerana memperjuangkan agama Allah, itulah sumber kebahagiaan yang
sesungguhnya baginya.
Tidak lama berselang, berita kemenangan kaum Muslimin atas
pasukan Romawi benar-benar menciutkan musuh-musuh Islam. Setiap kemenangan
pasukan Islam maka pasti disebut pula satu nama iaitu Khalid Al-Walid. Pasukan
Muslim pun tahu bahawa kewujudan Khalid Al-Walid di tengah mereka sebagai
panglima perang adalah berita gembira yang menjanjikan kemenangan. Orang
menganggapnya sebagai lelaki tanpa tanding, lebih dari sekadar orang yang
membawa panji-panji Islam dalam peperangan.
Namun bagi Khalid Al-Walid sendiri beliau tidak
henti-hentinya menengadahkan hatinya dan berdoa kepada Allah s.w.t, mensyukuri
segala nikmat, petunjuk dan kemenangan yang Allah telah berikan kepadanya. Namun,
kemeriahan dan hingar bingar perayaan kemenangan itu tiba-tiba terhenti
berganti menjadi kesedihan. Khalid Al-Walid masuk ke dalam khemahnya kelihatan
sedih dan bimbang. Fatimah bertanya, ‘Adakah sesuatu yang terjadi di luar
sana?’
Khalid Al-Walid meminta segelas air kepada Fatimah, dan
sambil menggenggam air minum itu beliau berkata dengan suara yang perlahan
sementara air mata menggenang pada kelopak matanya, ‘Ada berita sedih tentang
wafatnya Khalifah Abu Bakar Ash Shiddiq.’
Fatimah berkata, ‘Semoga Allah merahmatinya.’
Khalid Al-Walid berkata kembali, ‘Abu Bakar telah berwasiat
menjelang kematiannya agar beliau digantikan oleh Umar bin Khattab.’
Fatimah berkata, ‘Tetapi Khalid Al-Walid, Umar menyimpan
dalam hatinya masalah peribadi denganmu sejak lama.’
Mendengar ucapan adiknya Khalid Al-Walid berkata dengan
suara lantang dan agak marah, ‘Jangan lupa wahai Fatimah! Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa Allah s.w.t meletakkan kebenaran pada
lisan Umar. Dan engkau harus tahu bahawa mengangkat seorang pemimpin tidak
boleh bersandar pada perasaan dan keinginan semata.’
Khalid Al-Walid adalah seorang pemimpin dan pada masa yang
sama beliau juga seorang perajurit yang memahami dengan baik
kewajiban-kewajibannya. Beliau tidak menyimpan sesuatu kepada khalifah kecuali
kepercayaan, rasa cinta dan penghormatan. Sesungguhnya misi bersama yang mereka
perjuangkan tidak memberi peluang kepada mereka untuk mengutamakan kepentingan
peribadi. Khalid Al-Walid tidak memikirkan perkara lain kecuali tugas-tugasnya
di Damaskus.
Sementara itu Khalifah Umar bin Khatab, mengirim
seorang utusan iaitu Abu Ubaidah bin Al-Jarrah dan melayangkan sepucuk suratnya
kepada Khalid Al-Walid yang ketika itu masih memegang kendali pasukan Muslimin.
Namun Abu Ubaidah merahsiakan surat tersebut dari Khalid Al-Walid kerana
kecintaannya dan penghormatannya yang tinggi kepadanya. Surat tersebut
berisikan arahan bahawa khalifah telah menurunkan jawatannya pada ketika beliau
berada di puncak ketenarannya dan Abu Ubaidahlah yang akan menggantikan Khalid
Al-Walid memimpin pasukan Muslimin.
Namun setelah sekian lama berdiam diri, Abu Ubaidah tidak
lagi dapat menghindar. Dengan segala kerendahan hatinya beliau sampaikan surat
khalifah kepada Khalid Al-Walid. Khalid Al-Walid menerimanya dengan hati yang
lapang dan tenang kerana sesungguhnya beliau berjihad di jalan Allah.
Kewujudannya sebagai perajurit biasa tidak akan menghalanginya untuk tetap
berjuang di jalan-Nya, kebenaran dan cita-cita untuk menegakkannya yang menjadi
pegangan Khalid Al-Walid. Setelah kedua-duanya lama terdiam, Khalid Al-Walid
berkata, ‘Semoga Allah senantiasa mengasihimu wahai Abu Ubaidah, tetapi mengapa
kau merahsiakan surat ini sejak lama?’
Abu Ubaidah berkata, ‘Sesungguhnya aku tidak ingin
melemahkan kekuatan semangatmu kerana bukan kekuasaan yang aku kehendaki dan
bukan pula kenikmatan dunia yang aku inginkan. Segala apa yang engkau saksikan
akan lenyap dan punah, sedangkan kita adalah dua orang bersaudara, yang akan
selalu bersama di dunia dan akhirat. Dan tidaklah patut bagi seseorang melihat
saudaranya tertimpa petaka dunia dan akhirat.’
Hilanglah segala keraguan, godaan dan ujian dari diri
Khalid Al-Walid, lelaki sejarah yang tidak pernah mendengar kalimat-kalimat
yang cuba mengadu dirinya dengan Khalifah, tidak menghiraukan orang-orang yang
menebar fitnah dengan menggembar-gemburkan keagungan dan kepahlawanannya agar beliau
membangkang. Keesokan harinya, Khalid Al-Walid mempersilakan Abu Ubaidah
menggantikan dirinya berada di hadapan pasukan sementara Khalid Al-Walid mundur
dan berada di belakang pemimpin baru itu. Namun, tidak ada sebesar biji zarah
pun dalam hatinya perasaan iri, dengki atau marah kerana merasa dirinya
besar.
Pada saat itu Fatimah menyaksikan saudaranya dengan penuh
kekaguman dan penghargaan seraya melihat kepada Abu Ubaidah tanpa ada sedikit
pun rasa benci dan marah dalam dadanya. Perlahan-lahan beliau berkata, ‘Allahu
Akbar! Kalian akan selalu meraih kemenangan di manapun kalian berada, wahai
lelaki sejarah!’
Pada hari itu, Allah s.w.t maha menyaksikan dan mencatatkan
kemuliaan seorang anak manusia, kemuliaan Khalid Al-Walid. Allah s.w.t yang
maha melihat hati hamba-hamba-Nya yang berserah diri, berbuat segala sesuatu
kerana Allah semata. Allah mencatat segala pergerakan hati kita tanpa kecuali,
segala kasih sayang dan kebencian akan menjadi catatan amal perbuatan hati yang
diperhitungkan nantinya. Semoga Allah s.w.t selalu membantu kita menjaga
kebersihan hati ini.
Khalid
Al-Walid: Panglima Perang Tidak Terkalahkan
Khalid Al-Walid adalah salah seorang panglima perang
berbangsa Arab yang sangat terkenal di awal penaklukan Islam abad ke-7,
tercatat akan kemampuan tenteranya dalam memimpin pasukan-pasukan Rasulullah
s.a.w dan dua Khulafaur Rasyidin pertama, Saiyidina Abu Bakar dan Umar Ibn
Al-Khattab. Kerana beliau tidak terkalahkan dalam lebih dari seratus
pertempurannya melawan Imperium Romawi Timur dan Imperium Persia, beliau
dihormati sebagai salah seorang panglima tentera terbaik sepanjang masa.
Anggota
Bani Makhzum
Beliau lahir sekitar tahun 592 Masehi di Mekah. Khalid
Al-Walid lahir sebagai anggota Bani Makhzum, salah satu bangsa yang berpengaruh
di Mekah dan berperanan sebagai andalan di bidang tentera. Ketika agamaa Islam
pertama kali tumbuh di Mekah, beliau termasuk golongan majoriti yang sangat
memusuhi Rasulullah s.a.w dan para pengikutnya. Ketika umat Islam Mekah
berhijrah ke Madinah, beberapa pertempuran besar berlangsung antara pasukan
Mekah dan pasukan Madinah. Beliau terlibat dalam Perang Uhud dan Perang Khandaq
atau peperangan ‘parit.’
Untuk pertama kalinya beliau mempertunjukkan kepakarannya
dalam bertempur dalam Perang Uhud. Beliau menjadi panglima pasukan kavaleri
kuda Mekah. Dalam keadaan pasukan Mekah yang terdesak, Khalid Al-Walid mampu
mengubah keadaan menjadi kemenangan kepada Mekah. Tahun 628 Masehi, Perjanjian
Hudaibiyah disepakati. Perjanjian ini adalah perjanjian gencatan senjata antara
Mekah dan Madinah. Selepas perjanjian ini, Khalid Al-Walid masuk Islam. Tiga
tahun sejak beliau masuk Islam, untuk pertama kalinya beliau bergabung dalam
pasukan Islam dalam pertempuran yang cukup penting, iaitu Perang Mut’ah.
Dalam pertempuran ini, beliau menjadi perajurit biasa
bersama 3,000 pasukan Madinah lainnya menghadapi sekitar 100,000 – 200,000
pasukan Romawi Timur. Di tengah pertempuran yang berlangsung selama tujuh hari
ini, beliau dilantik untuk menjadi panglima kerana tewasnya tiga panglima: Zayd
Bin Haritsah, Ja’far Bin Abu Thalib, dan Abdullah Bin Rawahah. Dengan
peranannya ini, pasukan Madinah mampu bertahan selama tujuh hari.
Khalid Al-Walid mampu mengubah kedudukan pasukan sayap
kanan ke sayap kiri dan begitu juga sebaliknya. Beliau lalu membariskan seluruh
pasukannya dalam barisan yang amat panjang untuk memberikan kesan jumlah
pasukannya lebih banyak. Beliau juga memerintahkan pasukannya untuk membuat
debu dan pasir berterbangan lebih dari yang seharusnya. Strategi Khalid
Al-Walid berjalan cukup berjaya dengan timbulnya kewas-wasan dalam hati pasukan
Romawi kerana menyangka pasukan Madinah menerima bantuan. Kesan ini muncul
kerana mereka harus berhadapan dengan wajah baru setiap hari. Khalid Al-Walid
dengan lebih mudah dapat mengorientasikan pasukannya untuk selalu mundur
sedikit demi sedikit.
Pasukan Romawi menyangka perkara ini adalah perangkap untuk
membuatkan mereka masuk ke gurun pasir Arab yang ‘kejam.’ Hari ketujuh, perang
berakhir dengan mundurnya kedua belah pihak. Dalam pertempuran ini, Khalid
Al-Walid mematahkan sembilan pedangnya yang menunjukkan betapa intensifnya
pertempuran antara kedua belah pihak. Kerana kepemimpinannya dalam pertempuran
ini juga, beliau diberi gelaran Saifullah atau ‘Pedang Allah.’
Pada masa Khalifah Saiyidina Abu Bakar, Khalid Al-Walid
diutus memimpin 18,000 dalam Perang Islam-Persia. Perang ini dimulai oleh
Khalid Al-Walid dengan pengiriman surat kepada Hormuz, Gabenor Persia untuk
Mesopotamia. Isi suratnya sangat terkenal seperti yang dipaparkan di bawah ini:
‘Masuklah dalam Islam dan kalian akan selamat. Atau
bayarlah jizyah, dan kamu serta rakyatmu akan kami lindungi, jika tidak, kamu
akan menjadi bersalah atas konsekuensinya, kerana saya akan datang kepada
kalian dengan orang-orang yang mencintai kematian sebagaimana kalian mencintai
kehidupan.’
Pertempuran pun harus dilakukan kerana Persia tidak mahu
ditakluk begitu saja. Empat pertempuran pertama dimenangi pasukan kekhalifahan
Islam: Pertempuran Rantai, Pertempuran Sungai, Pertempuran Walaja, dan
Pertempuran Ullais. Khalid Al-Walid benar-benar memanfaatkan kelemahan pasukan
Persia yang sangat lambat kerana beratnya persenjataan dan baju perang mereka.
Helah
Dalam Perang
Dalam Pertempuran Rantai, beliau ‘memaksa’ pasukan Hormuz dengan
membuatkan mereka bolak-balik antara kota Uballa dan kota Kazima beberapa kali.
Akibatnya pasukan Persia keletihan dan Khalid Al-Walid pun memenangi
pertempuran pertamanya melawan Hormuz. Satu bulan kemudian, Hirah, ibu kota
Mesopotamia, berjaya direbut dan dalam beberapa bulan berikutnya, seluruh
Mesopotamia dikuasai oleh kekhalifahan Islam.
Setelah tugasnya usai dalam tahap pertama penaklukan
Persia, beliau diutuskan pula untuk memimpin pasukan khalifah di barisan
hadapan peperangan di barat, perang Islam-Romawi timur. Ogos-November 634
Masehi, Umar Ibn Al-Khattab menggantikan Saiyidina Abu Bakar sebagai khalifah
dan mengeluarkan keputusan yang mengejutkan dengan menurunkan jawatan
sepupunya, Khalid Al-Walid, sebagai panglima tertinggi dalam penaklukan Syam.
Tidak ada reaksi negatif dari dirinya. Beliau terus bertempur.
Bulan Oktober 636 Masehi, Abu Ubaidah menyerahkan
kepemimpinan pasukan untuk sementara kepada Khalid Al-Walid sebagai panglima
keseluruhan pasukan yang jumlahnya berkisar antara 30,000-40,000. Pasukan
Romawi timur yang datang ternyata benar-benar sesuai dengan khabar dari tawanan
perang pada pertempuran sebelumnya, antara 150,000-240,000 orang.
Pertempuran Yarmuk pun terjadi dan terjadilah kemenangan
yang sangat menentukan dan bersejarah. Dengan membariskan pasukannya sepanjang
18 km, Khalid Al-Walid memulakan perang dengan strategi bertahan dan melakukan
serangan balik ketika pertengahan hari. Keadaan ini terus berlangsung selama 4
hari.
Pada hari kelima, pasukan Romawi cuba membuat gencatan
senjata, tetapi gagal. Pada hari keenam, Khalid Al-Walid mengubah strateginya
menjadi penyerangan efektif. Pasukan Romawi kalah pada hari itu juga.
Pertempuran Yarmuk merupakan salah satu dari contoh pertunjukan strategi
tentera terhebat yang sangat langka di mana sejumlah pasukan dengan jumlah jauh
lebih kecil mampu bertahan, bahkan menang melawan pasukan yang sangat besar
jumlahnya. Khalid Al-Walid baru menerapkan strategi menyerang pada hari ini
kerana telah mengetahui kendurnya moral lawan.
Umar Ibn Al-Khattab sekali lagi mengeluarkan tindakan yang
mengejutkan dengan memberhentikan Khalid Al-Walid secara keseluruhan dari
pasukan. Khalid Al-Walid dianggap terlalu berlebihan dengan memberikan ganjaran
10,000 dirham untuk seorang penyair yang memuji dirinya. Ini dianggap sebagai
satu pemborosan. Tahun 638 Masehi,
Khalid Al-Walid pun kembali ke Madinah dan secara normal agak memprotes di atas
tindakan pemberhentiannya. Namun pada akhirnya, Khalid Al-Walid tetap setia
pada pemimpin dan agamanya. Beliau menerima keputusan pemberhentiannya dengan
hati yang lapang.
Khalid Al-Walid menjalani sisa kehidupannya di kota Emesa,
Syam. Beliau meninggal dunia pada tahun 642 Masehi dalam usia 50 tahun. Salah
satu kalimat terakhirnya adalah sebagai berikut: ‘... dan di sini aku mati di
atas tempat tidurku seperti domba yang mati. Mudah-mudahan mata orang-orang
pengecut tidak akan pernah tidur!’ Pernyataannya ini menunjukkan kekecewaannya
kerana tidak mampu mencapai kematian di medan pertempuran yang merupakan dambaannya.
Kuburannya sekarang menjadi sebahagian dari Masjid Khalid Al-Walid.
Luka
Libasan Pedang
Dalam sebuah narasi, Khalid Al-Walid memiliki bekas-bekas
luka dari sejumlah libasan pedang, tombak, dan panah hampir di semua bahagian
tubuhnya selain wajah. Orang-orang yang melihat luka-lukanya akan sukar untuk
menerka bagaimana beliau mampu selamat dari tusukan senjata-senjata berbahaya
itu. Kemahiran Khalid Al-Walid dalam
bermain pedang dipertunjukkan dalam beberapa episod dalam pertempurannya. Dalam
Pertempuran Rantai di Mesopotamia, beliau membunuh Panglima Hormuz dalam satu
episod yang disaksikan oleh dua belah pihak. Beliau juga sangat bijak
memanfaatkan pasukan berkudanya jauh lebih efektif dari musuh-musuhnya.
Rekod tidak terkalahkannya dalam pertempuran membuatkan
Khalid Al-Walid memperolehi tempat yang hampir sejajar dengan Alexander The
Great dan Subutai - salah seorang panglima perang Jenghis Khan. Khalid Al-Walid
sering sekali menggunakan beberapa taktik perang yang sangat cerdas seperti yang
pernah ditulis dalam buku The Art Of War karya Tsun Zu.
Meskipun wilayah taklukannya tidak seluas taklukan
Alexander The Great, Khalid Al-Walid tetap merupakan panglima perang terbaik
pada zamannya di samping Eulji Mundeok, Panglima Korea yang hidup semasa
dengannya. Satu perkara yang mungkin tidak mampu dimiliki oleh panglima perang
lainnya adalah sifatnya yang jauh dari keangkuhan dan penuh kemurnian tujuan.
Perkara ini ditunjukkannya ketika menerima dengan penuh kelapangan dada
tindakan khalifahnya yang menurunkan jawatannya dan bahkan memberhentikannya
dari pasukan. Sungguh sangat mungkin baginya memberontak menentang khalifah
kerana pasukannya yang sangat mencintai diri jenderalnya. Beliau hanya berkata,
‘Saya tidak berperang untuk Umar.’
Bahkan yang menjadi kekesalannya ketika diberhentikan
bukanlah kekesalannya yang harus kehilangan jawatan, tetapi kekesalan kerana
tidak mampu lagi berperang membela agamanya dan mencapai cita-citanya untuk
mati syahid di medan perang.
Bercita-cita
Mati Syahid Di Medan Perang
Sejarah sudah mencatatkan bahawa Khalid Al-Walid merupakan
sepupu Saiyidina Umar Al-Khatab. Sewaktu kecil lagi, mereka sering beradu
tenaga melalui permainan gusti dan setiap kali perlawanan diadakan, Khalid
Al-Walid sentiasa menjadi juara. Kehebatannya terserlah apabila beliau berjaya
mematahkan tangan Saiyidina Umar dalam satu perlawanan gusti, maka tidak
hairanlah kalau Khalid Al-Walid dan Umar sangat disegani dan ditakuti oleh
penduduk Mekah.
Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang
berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid Al-Walid. Dalam Perang Uhud,
beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam
tetapi dalam Perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru.
Beliau adalah hero penyelamat saat ambang kekalahan tentera Islam.
Semasa belum memeluk Islam, Khalid Al-Walid adalah musuh
Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat
di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika Perang
Uhud dahulu. Khalid Al-Walid telah
memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8 Hijrah bersama-sama Uthman bin Talhah
dan Amru bin Al-As. Selepas itu, Khalid Al-Walid berjuang menentang orang-orang
yang menentang Rasulullah s.a.w.
Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit
bilangannya telah berhadapan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom.
Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup
dahsyat hingga nyaris kalah. Bendera Islam yang pada mulanya dipegang oleh Zaid
bin Harithah yang kemudiannya gugur syahid. Bendera Islam kemudiannya
diambil alih oleh Jaafar bin Abu Thalib, beliau turut syahid. Maka bendera
tadi dipegang pula oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai
syuhada. Lantas bendera bertukar tangan kepada Thabit bin Arqam dan
menyerahkannya kepada Khalid Al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid
Al-Walid pun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam
berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang
tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.
Menghapus
Golongan Murtad
Pada zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid Al-Walid ditugaskan
untuk menghapuskan golongan yang murtad. Saiyidina Abu Bakar telah memberi
pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi: ’Aku pernah
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ’Sebaik-baik hamba Allah dan saudara
dalam satu suku iaitu Khalid Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan
dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik.’
Khalid Al-Walid juga ditugaskan untuk membunuh Nabi
Palsu iaitu Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan
mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut yakni Perang Yamamah,
ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid Al-Walid sebagai pahlawan sejati
yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada
tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada
tenteranya: ‘Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami
bencana masing-masing.’
Mungkin saja petikan ini dialog di antara Khalid Al-Walid
bersama Panglima Romawi yang bernama Gergorius Theodorus ataupun mungkin saja
bukan. Tetapi apa yang paling penting adalah isi dialog di bawah ini.
Gergorius Theodorus bertanya lagi: ‘Apa yang kamu dakwahkan
kepada umat manusia?’
Khalid Al-Walid menjelaskan: ’Supaya mereka mentauhidkan
Allah dan menerima ajaran Islam.’
Gergorius Theodorus seterusnya berkata: ‘Jika seseorang
memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah beliau
akan mendapat ganjaran?’
Khalid Al-Walid menjawab: ‘Ya, itulah yang lebih utama.’
Gergorius Theodorus berkata: ‘Bagaimana yang terjadi
kepadamu sebelum Islam?’
Khalid Al-Walid menjawab: ’Kami hidup bersama Rasul
lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar
melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu
tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang
tidak kelihatan, makaganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada
Allah dengan jiwamu.’
Saiyidina Khalid Al-Walid Saifullah bercita-cita untuk mati
syahid seperti kebanyakan pahlawan-pahlawan Islam yang lain. Namun hajatnya
tidak pernah tertunai. Di mana-mana buku sejarah pahlawan Islam, pasti akan
tertulis mengenai keluhan beliau ini. Namun jawapan sahabatnya amatlah
menginsafkannya.
‘Kau tidak boleh syahid, Khalid Al-Walid! Kau telah
dilantik sebagai Pedang Allah oleh Rasulullah s.a.w dan pedang Allah
tidak boleh patah di medan perang.’
Sebaik-baik
Hamba Allah
Dan kata-kata Rasulullah s.a.w itu pasti. Rasulullah s.a.w
pernah bersabda: ‘Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu
Khalid Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang
kafir dan munafik.’
Dan semestinya Pedang allah tidak boleh patah di medan
perang. Sesungguhnya kegagahan, keberanian, keperkasaan, dan kebijaksanaan
Khalid Al-Walidlah yang menjamin kemenangan berpihak kepada tentera Islam.
Tiada perang yang tidak dimenanginya. Syahid yang dicari, tetapi kedudukan yang
tinggi menjadi miliknya di akhirat kelak. Tubuhnya telah penuh dengan parut
akibat peperangan semasa kematian beliau.
Kata-kata Khalid Al-Walid sebelum meninggal dunia: ‘Aku
telah berperang lebih dari seratus kali dan tiada di badanku walaupun seinci
kecuali padanya parut dari tusukan pedang, tusukan panah dan tikaman tombak,
dan inilah aku, mati di atas katilku. Tidak akan tidak tidur lena orang-orang
yang pengecut!’
Kata-kata di atas tertulis dan terpampang di pusara Khalid
Al-Walid yakni di makam Pedang Allah dan panglima perang paling berjaya
dalam sejarah. Yang tidak pernah menempuh kekalahan di medan perang.
Gelaran
Pedang Allah
‘Saifullah’ atau pedang Allah gelaran yang diberikan kepada
pahlawan ini. Khalifah Abu Bakar pernah berkata: ‘Tiada lagi wanita yang dapat
melahirkan anak seperti Khalid Al-Walid.’
Pada mulanya Khalid Al-Walid menentang Islam dan atas
kebijaksanaan beliaulah tentera Islam telah dikalahkan dalam Perang Uhud.
Keislamannya membuka lembaran baru dalam sejarah Islam bermula dengan perang
dengan tentera Rom yang mana ianya hanyalah tentera biasa dalam pasukan Islam.
Peperangan berat sebelah 200,000 tentera Rom melawan 3,000 tentera Islam.
Kemahsyurannya ketika memimpin tentera Islam dalam memerangi orang orang yang
mengaku nabi dan diteruskan sehingga menjelajah kerajaan Parsi sepertimana yang
pernah yang diberitakan oleh Rasullulah s.a.w. kerajaan Parsi pasti akan
dibinasakan oleh Tuhan dan cahaya Islam akan menyinar sehingga ke Rom.
Khalid Al-Walid berjaya mengislamkan pahlawan Rom yang
bernama George atau Gergorius Theodorus ketika peperangan di Yarmuk. Tidak lama
selepas di islamkan Gergorious mati syahid ketika membantu Islam dalam
peperangan yang sama. Sekali lagi air mataku menitis. Kerinduannya memburu
syahid tidak pernah luput sehingga beliau menyertai 100 peperangan, sehingga
setiap inci disentuhi oleh mata tombak, pedang dan panah tetapi ajalnya tetap
bukan di medan peperangan.
Panglima
Islam Terbilang
Khalid Al-Walid tamatkan penguasaan 1,000 tahun Barat di
Syria Khalid Al-Walid banyak menempa kejayaan dalam peperangan
dalam menegakkan agama suci Allah ini. Khalid Al-Walid yang dikenali
‘saifullah’ adalah antara pahlawan gagah berani yang berjaya mengalahkan musuh
dalam beberapa peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat. Pengepungan
Kota Damsyik selama 70 malam pada 14 Hijrah bersamaan 635 Masehi pada Rabiul
Akhir adalah antara peristiwa penting dalam perjuangannya. Kota Damsyik yang
kini ibu negara Syria adalah antara kota termasyhur di dunia ketika itu.
Kemasyhuran itu diabadikan oleh Ibn Jarir, pengembara dan juga penyair dari
Andalusia (Sepanyol) pada kurun ke-12 dengan katanya: ‘Seandainya syurga berada
di atas dunia, syurga itu adalah Damsyik. ’
Damsyik atau nama asalnya Syam dikatakan berasal daripada
nama Sam, iaitu anak Nabi Nuh yang menetap di situ selepas peristiwa banjir
besar. Malah, riwayat mengatakan Rasulullah s.a.w pernah ke puncak Jabal
Qasiyyun, lalu memandang ke arah kota Damsyik dengan kagum dan bangga. Namun,
disebabkan ancaman beberapa kuasa besar, khususnya Bizantine yang menawani
Damsyik ketika itu, satu pakatan ketenteraan diwujudkan oleh Rasulullah bagi
menentang Bizantine. Bizantine bukan saja mengganggu dan mengancam dakwah
Islam, malah menjadi tempat berlindung musuh Islam dari Semenanjung Tanah Arab.
Peperangan pertama yang dilakukan terhadap Bizantine adalah
melalui peperangan Muktah yang berlaku pada penghujung hidup Rasulullah s.a.w.
Peperangan ini adalah medan ujian pertama Khalid Al-Walid sebagai panglima
tentera. Dalam peperangan itu, tentera Islam pada mulanya dipimpin oleh Zaid
bin Haritsah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah. Selepas
ketiga-tiganya syahid, Rasulullah s.a.w melantik Khalid Al-Walid sebagai
panglima baru. Selepas itu, Khalid Al-Walid menyusun strategi untuk
mengelirukan musuh antaranya dengan meletakkan sebilangan tentera Islam di
bahagian belakang bertujuan menampakkan seolah-olah mereka mendapat bantuan. Kebijaksanaan
Khalid Al-Walid ini menyebabkan tentera Bizantine terkeliru dan takut, lalu
berundur.
Perang Yarmuk pula mempamerkan keikhlasan Khalid Al-Walid
memartabatkan Islam tanpa mengejar pangkat dan nama. Pada awal perang itu,
Khalifah Abu Bakar melantik Khalid Al-Walid memimpin 50,000 pejuang Islam
menentang 240,000 tentera Bizantine. Apabila Saiyidina Abu Bakar meninggal
dunia pada 634 Masehi, khalifah baru, Saiyidina Umar memilih Abu Ubaidah bin
Jarrah untuk mengambil alih tugas Khalid Al-Walid. Khalid Al-Walid tidak
sedikit pun marah atau berkecil hati, sebaliknya beliau sama-sama berjuang hingga
tentera Islam mencapai kemenangan. Kemenangan ini bermula dengan kejayaan
mengepung bandar itu selama 70 malam oleh Khalid Al-Walid dan Abu Ubaidah.
Ada pendapat mengatakan Khalid Al-Walid dan beberapa
tentera Islam melalui Bab Syarqi atau pintu sebelah timur selepas berjaya
membebaskan Syam daripada penjajahan Bizantine. Pengkaji sejarah berpendapat,
pintu itu dibina oleh Raja Rom, Septimius Severus, pada awal kurun ketiga.
Tindakan Khalid Al-Walid ini mengejutkan dunia Islam ketika itu kerana berjaya
menamatkan penguasaan kuasa Barat selama seribu tahun ke atas Syria pada 635
Masehi. Ada pendapat mengatakan beliau berlaku pada 635 Masehi bersamaan 14
Hijrah.
Kejayaan Khalid Al-Walid ini membolehkan kota Damsyik
bertukar pimpinan daripada Bizantine kepada kerajaan Islam yang lebih adil.
Selepas zaman sahabat iaitu pada zaman pemerintahan Ummaiyyah, kedudukan
Damsyik amat penting iaitu sebagai ibu negara dan pusat kegiatan ekonomi. Pada
661 Masehi pula, Muawiyah bin Abi Sufian, pengasas Bani Ummaiyyah dan khalifah
yang baru dilantik, memindahkan ibu negara Islam dari Madinah ke Damsyik.
Khalid
Al-Walid Dalam Perang
Menurut catatan sejarah islam, Perang Uhud telah berlaku
pada tahun ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan tentera
kafir Quraisy. Perang Uhud adalah platform untuk orang Quraisy membalas
dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang
Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.
Perang
Uhud
Pihak Quraisy telah keluar dari Mekah dengan gerombolan
tentera seramai 3,000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak Muslim pula
keluar dari Madinah di bawah seliaan Rasulullah s.a.w seramai seribu orang
sahaja. Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga
ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka. Di Bukit
Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk
mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak
meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.
Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera
Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan
mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan
tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan.
Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid Al-Walid bersama tentera
berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang
iaitu menerusi bukit tersebut.
Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan
melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan
propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu
menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat
sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin
lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Saiyidina Abu Bakar
as-Siddiq, Umar ibni Al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih
selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda Rasulullah
s.a.w dan baginda Rasulullah s.a.w mengambil lembing terus menikam Ubai
sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.
Baginda Rasulullah s.a.w turut jatuh ke dalam lubang yang
digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ini menyebabkan
kedua-dua belah lutut baginda Rasulullah s.a.w tercedera, cedera pipi, gigi
patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali
membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak
terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi
dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.
Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23
orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah
seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya
pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hindun iaitu
isteri Abu Sufyan. Baginda Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka yang
syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka. Setelah pulang ke Madinah,
tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan
munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama
berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam
seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya.
Perang
Muktah
Perang Muktah berlaku pada sekitar tahun 629 Masehi ketika
di akhir kehidupan Rasulullah s.a.w. Ketika ini baginda Rasulullah s.a.w
menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom Byzantium seramai
100,000 orang tentera. Tujuan baginda Rasulullah s.a.w menghantar tentera Islam
kerana sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah
kerajaan Ghassan ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke
wilayah jajahan Rom. Ketika ini, baginda Rasulullah s.a.w melantik tiga orang
panglima Islam dengan Zaid ibn Harithah dilantik sebagai ketua
panglima, Ja’afar ibn Abi Thalib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid
terkorban dan Abdullah ibn Rawahah sebagai pengganti Ja’afar
sekiranya Ja’afar terkorban.
Pertempuran berlaku di Karak di mana pada hari
ini terletak di dalam negara Jordan. Di dalam peperangan ini, ketiga-tiga
ketua panglima yang dilantik oleh Rasulullah s.a.w terkorban. Apabila kesemua
panglima terkorban, Thabit ibn Arqam mengendalikan tentera Islam buat
seketika, namun beliau tidak berkehendak untuk memimpin tentera Islam ketika
itu.
Setelah beberapa ketika, Thabit mencadangkan Khalid
Al-Walid dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam. Perlantikan ini
dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Selepas perlantikannya, Khalid
Al-Walid bertindak dengan menyelamatkan tentera Islam daripada diasak hebat oleh
tentera Rom.
Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan
susunan tentera secara memanjang ke belakang berserta taktik untuk melakukan k
di barisan belakang, taktik ini berjaya mengelirukan barisan hadapan
tentera Byzantium. Hasilnya. Khalid Al-Walid berjaya mengundurkan tentera
Islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh tentera musuh. Selepas ini,
Khalid Al-Walid bertindak cemerlang dalam memimpin tentera Islam dalam usaha
untuk menyebarkan Islam di Parsi dan di dalam siriPeperangan Islam-Rom
Byzantium.
Perang
Badar
Satuan
Abdullah bin Jahsy merupakan persimpangan jalan dalam strategi politik Islam.
Ketika itulah Waqid bin Abdullah at-Tamimi melepaskan anak panahnya dan
mengenai ‘Amr bin’l-Hadzrami hingga beliau tewas. Ini adalah darah pertama ditumpahkan
oleh Muslimin. Sebagai kelanjutannya maka diundangkan perang terhadap mereka
yang mahu memfitnah dan mengalihkan kaum Muslimin dan agamanya serta
menghalangi mereka dan jalan Allah. Juga satuan ini merupakan persimpangan
jalan dalam strategi politik Muslimin terhadap Quraisy, kerana dengan ini
kedua-duanya dapat berhadapan sama kuat. Selepas itu kaum Muslimin jadi
berfikir lebih sungguh-sungguh lagi dalam membebaskan harta-benda mereka dalam
menghadapi Quraisy.
Di samping itu
pihak Quraisy berusaha menghasut seluruh Jazirah Arab, bahawa Rasulullah s.a.w
dan sahabat-sahabatnya melakukan pembunuhan dalam bulan suci. Rasulullah s.a.w
pun yakin sudah, bahawa harapan akan dapat bekerjasama dengan jalan persetujuan
yang sebaik-baiknya dengan mereka sudah tidak ada lagi.
Pada permulaan
musim gugur tahun kedua Hijrah, Abu Sufyan berangkat membawa perdagangan yang
cukup besar, menuju Syam. Perjalanan dagang inilah yang ingin ditahan oleh
orang-orang Islam ketika Rasulullah s.a.w. dulu pergi ke ‘Usyaira. Tetapi
tatkala mereka sampai, kafilah Abu Sufyan sudah lalu dua hari lebih dulu
sebelum baginda tiba di tempat tersebut.
Sekarang kaum
Muslimin bertekad menunggu mereka kembali. Sementara Rasulullah s.a.w menantik
mereka kembali dari Syam itu, dikirim Talha bin Ubaidillah dan Said bin Zaid
menunggu berita. Mereka berdua berangkat, dan sesampainya di tempat Kasyd
Al-Juhani di bilangan Haura’, mereka bersembunyi, menunggu hingga kafilah itu
lalu. Kemudian cepat-cepat mereka berdua menemui Rasulullah s.a.w untuk
memberitahu keadaan mereka.
Usaha Muslimin Memotong
Jalan
Tetapi belum
lagi selesai Rasulullah s.a.w menunggu kedatangan kedua-dua utusan dari Haura’
beserta khabar tentang kafilah yang akan dibawa, lebih dulu sudah tersebar
berita tentang adanya sebuah rombongan kafilah yang besar, dan bahawa seluruh
penduduk Mekah ada saham di situ. Tidak ada penduduk laki-laki atau wanita yang
dapat memberikan sahamnya yang tidak ikut serta, sehingga seluruhnya mencapai
jumlah 50,000 dinar.
Baginda
bimbang, kalau masih menunggu lagi kafilah itu kembali ke Mekah, mereka akan
menghilang seperti ketika berangkat ke Syam dulu. Oleh itu baginda segera
mengutus kaum Muslimin dengan mengatakan: ‘Ini adalah kafilah Quraisy.
Berangkatlah kamu ke sana. Mudah-mudahan Tuhan memberikan kelebihan kepada
kamu.’
Ada orang yang
segera menyambutnya dan ada juga yang masih merasa berat. Dan ada lagi orang
yang belum Islam ingin bergabung kerana mereka hanya ingin mendapatkan harta
rampasan saja. Tetapi Rasulullah s.a.w menolak penggabungan mereka ini sebelum
mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Sementara itu
Abu Sufyan sudah mengetahui pula akan kepergian Rasulullah s.a.w yang akan
menahan kafilahnya dalam perjalanan ke Syam. Dia bimbang kalau-kalau kaum
Muslimin akan menahannya bila dia kembali dengan membawa laba perdagangan.
Sekarang dia hanya menunggu berita tentang mereka itu, termasuk Kasyd Juhani
yang pernah dikunjungi oleh kedua-dua utusan Rasulullah s.a.w di Haura’, di
antara orang yang disoalnya.
Meskipun
Juhani belum mempercayai berita tersebut, tetapi berita tentang Rasulullah
s.a.w, kaum Muhajirin dan Ansar sudah sampai juga kepadanya seperti tersebarnya
berita itu dulu kepada Rasulullah s.a.w. Dia merasa bimbang juga kalau dari
pihak Quraisy pengawalan kafilah hanya terdiri dari tiga puluh atau empat puluh
orang saja.
Ketika itulah
dia lalu mengupah Dzamdzam bin ‘Amr Al-Ghifari supaya cepat-cepat pergi ke
Mekah untuk mengerahkan Quraisy menolong harta-benda mereka, juga
diberitahukannya, bahawa Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya sedang
mengancam.
Setibanya di
Mekah, ketika berada di tengah-tengah sebuah lembah, dipotong kedua telinga dan
hidung untanya, dibalikkan pelana dan dia sendiri berhenti di tempat itu sambil
menjerit-jerit memberitahu, dengan memakai baju yang sudah dikoyak-koyak
bahagian hadapan dan belakangnya: ‘Hai orang-orang Quraisy! Kafilah, kafilah!
harta bendamu di tangan Abu Sufyan telah ditahan oleh Muhammad dan
sahabat-sahabatnya. Kamu sekalian harus segera menyusul. Perlu pertolongan!
Pertolongan!’
Mendengar ini
Abu Jahal segera memanggil orang-orang di sekitar Kaabah. Mereka dikerahkan.
Abu Jahal adalah seorang laki-laki berbadan kecil, berwajah keras dengan lidah
dan pandangan mata yang tajam. Sebenarnya orang-orang Quraisy itu sudah tidak
perlu lagi dikerahkan kerana setiap orang sudah punya saham tersendiri dalam
kafilah itu.
Sungguhpun
begitu ada juga penduduk Mekah itu sebahagian yang sudah merasakan adanya
kekejaman Quraisy terhadap kaum Muslimin sehingga menyebabkan mereka terpaksa berhijrah
ke Abisinia dan kemudian berhijrah ke Madinah. Mereka ini masih berbelah bahagi
sama ada akan turut juga berperang mempertahankan harta-benda mereka, atau akan
tinggal diam saja dengan harapan kalau-kalau kafilah itu tidak mengalami
sebarang gangguan.
Mereka ini
masih ingat bahawa dulu antara kabilah Quraisy dan kabilah Kinana ada tuntutan
darah yang dilakukan oleh kedua belah pihak. Apabila mereka ini cepat-cepat
menghadapi Rasulullah s.a.w dalam membela kafilah tersebut, mereka bimbang akan
diserbu oleh Banu Bakar (dari Kinana) dari belakang. Alasan demikian ini hampir
saja memperkuatkan pendapat yang ingin tinggal diam saja, sehinggalah datang
Malik bin Ju’syum (Mudlij), seorang pemuka Banu Kinana.
‘Bagi kamu aku
adalah jaminan, bahawa Kinana tidak akan melakukan sesuatu di belakang kamu
yang akan merugikan kamu sekalian.’
Dengan
demikian orang-orang semacam Abu Jahal, ‘Amir Al-Hadzrami serta
penganjur-penganjur perang menentang Rasulullah s.a.w dan pengikut-pengikutnya,
mendapat sokongan kuat. Tidak ada alasan bagi orang yang boleh berperang itu
yang akan tinggal di belakang atau akan menggantikannya dengan orang lain. Dari
pemuka-pemuka Quraisy pun tidak ada yang ketinggalan, kecuali Abu Lahab yang
diwakili oleh Al-’Ash bin Hisyam bin Mughira.
Orang ini
berhutang kepada Abu Lahab sebanyak 4,000 dirham yang tidak dibayar sehingga
dia rugi kerananya. Sedang Umayya bin Khalaf sudah bertekad akan tinggal diam.
Dia sebagai orang terpandang, yang sudah tua sekali usianya, badannya gemuk dan
berat.
Ketika itu dia
didatangi oleh ‘Uqba bin Abi Mu’ait dan Abu Jahal ke masjid. ‘Uqba membawa
perapian dengan kemenyan sedang Abu Jahal membawa tempat celak dan pemalitnya.
‘Uqba meletakkan tempat api itu di hadapannya seraya berkata: ‘Abu Ali,
gunakanlah perapian dan kemenyan ini, sebab kau wanita.’
‘Pakailah
celak ini, Abu Ali, sebab kau perempuan,’ kata Abu Jahal.
‘Belikan buat
aku seekor unta yang terbaik di lembah ini,’ jawab Umayya. Lalu dia pun pergi
bersama mereka. Sekarang tiada seorang pun yang boleh bertempur, yang masih
tinggal di Mekah.
Pada hari
kelapan bulan Ramadan tahun kedua Hijrah, Rasulullah s.a.w. berangkat dengan
sahabat-sahabatnya meninggalkan Madinah. Pimpinan sembahyang diserahkan kepada
‘Amr bin Umm Maktum, sedang pimpinan Madinah kepada Abu Lubaba dari Rauha’.
Dalam perjalanan ini Muslimin didahului oleh dua bendera hitam. Mereka membawa
tujuh puluh ekor unta, yang dinaiki dengan cara silih berganti.
Setiap dua
orang, setiap tiga orang dan setiap empat orang bergantian naik seekor unta.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w juga mendapat bahagian sama seperti
sahabat-sahabatnya yang lain. Baginda, Ali bin Abi Talib dan Marthad bin
Marthad Al-Ghanawi bergantian naik seekor unta. Abu Bakar, Umar dan
Abdur-Rahman bin ‘Auf bergantian juga dengan seekor unta. Jumlah mereka yang
berangkat bersama Rasulullah s.a.w dalam ekspedisi ini terdiri dari tiga ratus
lima orang, lapanpuluh tiga di antaranya Muhajirin, enam puluh satu orang Aus
dan yang selebihnya dari Khazraj.
Kerana
dibimbangkan Abu Sufyan akan menghilang lagi, cepat-cepat mereka berangkat
sambil terus berusaha mengikuti berita-berita tentang orang ini di mana saja
mereka berada. Tatkala sampai di ‘Irq’z-Zubya mereka bertemu dengan seorang
lelaki Arab gunung yang ketika disoal tentang rombongan itu, ternyata dia tidak
mendapat berita apa-apa. Mereka meneruskan perjalanan hingga sampai di sebuah
wadi bernama Dhafiran; di tempat itu mereka turun. Di tempat inilah mereka
mendapat berita, bahawa pihak Quraisy sudah berangkat dari Mekah, akan melindungi
kafilah mereka.
Ketika itu
suasananya sudah berubah. Kini kaum Muslimin dari kalangan Muhajirin dan Ansar
bukan lagi berhadapan dengan Abu Sufyan dengan kalifahnya serta tiga puluh atau
empat puluh orang rombongannya itu saja, yang takkan dapat melawan Rasulullah
s.a.w dan sahabat-sahabatnya, melainkan Mekah dengan seluruh isinya sekarang
keluar dipimpin oleh pemuka-pemuka mereka sendiri bagi membela perdagangan
mereka.
Andaikata
pihak Muslimin sudah dapat mengejar Abu Sufyan, dan beberapa orang dari
rombongan itu sudah dapat ditawan, unta beserta muatannya sudah dapat dikuasai,
pihak Quraisy pun tentu akan segera pula dapat menyusul mereka. Soalnya kerana
terdorong oleh rasa cinta kepada harta dan ingin mempertahankannya. Mereka
merasa sudah disokong oleh sejumlah orang dan perlengkapan yang cukup besar.
Mereka bertekad akan bertempur dan mengambil kembali harta mereka, atau
bersedia mati untuk itu.
Tetapi
sebaliknya, apabila Rasulullah s.a.w kembali ke tempat mula, pihak Quraisy dan
Yahudi Madinah tentu merasa mendapat angin. Baginda sendiri terpaksa berada
dalam situasi yang serba dibuat-buat, sahabat-sahabatnya juga terpaksa akan
memikul segala tekanan dan gangguan Yahudi Madinah, seperti gangguan yang
pernah mereka alami dari pihak Quraisy di Mekah dahulu. Ya, apabila baginda
menyerah kepada situasi semacam itu, mustahil sekali kebenaran akan dapat
ditegakkan dan Allah akan memberikan pertolongan dalam menegakkan agama itu.
Sekarang
baginda bermusyawarah dengan sahabat-sahabatnya. Diberitahukannya kepada mereka
tentang keadaan Quraisy menurut berita yang sudah diterimanya. Abu Bakar dan
Umar juga lalu memberikan pendapat. Kemudian Miqdad bin ‘Amr tampil mengatakan:
‘Rasulullah, teruskanlah apa yang sudah ditunjukkan Allah. Kami akan bersama tuan.
Kami tidak akan mengatakan seperti Bani Israil yang berkata kepada Musa:
‘Pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah. Kami di sini akan menunggu.
Tetapi, pergilah engkau dan Tuhanmu, dan berperanglah, kami bersamamu akan juga
turut berjuang.’
Akan Melindungi
‘Berikan
pendapat kamu sekalian kepadaku,’ kata Rasulullah s.a.w lagi. Kata-kata ini
sebenarnya ditujukan kepada pihak Ansar yang telah menyatakan Ikrar Aqaba,
bahawa mereka akan melindunginya seperti terhadap sanak keluarganya sendiri,
tetapi mereka tidak mengadakan ikrar itu untuk mengadakan serangan keluar
Madinah.
Tatkala pihak
Ansar merasa bahawa memang mereka yang dimaksudkan, maka Saad bin Musadh yang
memegang pimpinan mereka menoleh kepada Rasulullah s.a.w. ‘Agaknya yang
dimaksudkan Rasulullah adalah kami,’ katanya.
‘Ya,’ jawab
Rasulullah s.a.w.
‘Kami telah
percaya kepada Rasulullah s.a.w dan membenarkan,’ kata Saad pula, ‘Kami juga
telah menyaksikan bahawa apa yang kau bawa itu adalah benar. Kami telah
memberikan janji kami dan jaminan kami, bahawa kami akan tetap taat setia.
Laksanakanlah kehendakmu, kami di sampingmu. Demi yang telah mengutus kamu,
sekiranya kau bentangkan lautan di hadapan kami, lalu kau terjun
menyeberanginya, kami juga akan terjun bersamamu, dan tidak seorang pun dari
kami akan tinggal di belakang. Kami takkan segan-segan menghadapi musuh kita
besok. Kami cukup tabah dalam perang, cukup setia bertempur. Semoga Tuhan
membuktikan segalanya dari kami yang akan menyenangkan hatimu. Ajaklah kami
bersama, dengan berkah Tuhan.’
Sebaik sahaja
Saad selesai bicara, wajah Rasulullah s.a.w kelihatan berseri. Kelihatannya
baginda puas sekali; seraya katanya: ‘Berangkatlah, dan gembirakan! Allah sudah
menjanjikan kepadaku atas salah satunya dari dua kelompok itu. Seolah-olah kini
kehancuran mereka itu kelihatan di hadapanku.’
Mereka pun
segera berangkat. Ketika sampai di suatu tempat dekat Badar, Rasulullah s.a.w
pergi semula dengan untanya sendiri. Baginda menemui seorang lelaki Arab tua.
Kepada orang ini baginda menanyakan Quraisy dan menanyakan tentang Rasulullah
s.a.w dan sahabat-sahabatnya, yang kemudian daripadanya diketahui, bahawa
kafilah Quraisy berada tidak jauh dari tempat itu.
Lalu kembali
lagi baginda ke tempat sahabat-sahabatnya. Ali bin Abi Talib, Zubair bin’l-Awwam,
Saad bin Abi Waqqash serta beberapa orang sahabat lainnya segera ditugaskan
mengumpulkan berita dari sebuah tempat di Badar. Ali bin Abi Talib segera
kembali dengan membawa dua orang budak lelaki. Dari kedua orang budak lelaki
ini Rasulullah s.a.w mengetahui, bahawa pihak Quraisy kini berada di sebalik
bukit pasir di tepi hujung Wadi. Ketika mereka menjawab, bahawa mereka tidak
mengetahui berapa jumlah pihak Quraisy, disoal lagi oleh Rasulullah s.a.w:
‘Berapa ekor ternakan yang mereka sembelih tiap hari?’
‘Kadang-kadang
sehari sembilan, kadang-kadang sehari sepuluh ekor,’ jawab mereka.
Dengan
demikian Rasulullah s.a.w dapat mengambil kesimpulan, bahawa mereka terdiri
dari antara 900 sampai 1,000 orang. Juga dari kedua budak lelaki itu dapat
diketahui bahawa bangsawan-bangsawan Quraisy ikut serta memperkuatkan diri.
Lalu kata Rasulullah s.a.w kepada sahabat-sahabatnya: ‘Lihat. Sekarang Mekah
sudah menghadapkan semua bunga bangsanya kepada kita.’
Berangkat Dengan Jaya
Mahu tidak
mahu, sekarang baginda dan sahabat-sahabatnya harus berhadapan dengan suatu
golongan yang jumlahnya tiga kali jauh lebih besar. Mereka harus mengerahkan
seluruh semangat, harus mengadakan persiapan mental menghadapi kekerasan itu.
Mereka harus sedia menunggu suatu pertempuran sengit dan dahsyat, yang takkan
dapat dimenangi kecuali oleh iman yang kuat memenuhi kalbu, iman dan
kepercayaan akan adanya kemenangan itu.
Bila mana Saiyidina
Ali sudah kembali dengan kedua orang budak lelaki yang membawa berita tentang
Quraisy itu, dua orang Muslimin lainnya lalu berangkat semula menuju lembah
Badar. Mereka berhenti di atas sebuah bukit tidak jauh dari tempat air,
dikeluarkannya tempat persediaan airnya, dan di sini mereka mengisi air itu.
Sementara
mereka berada di tempat air, terdengar ada suara seorang budak perempuan, yang
agaknya sedang menagih hutang kepada seorang wanita lainnya, yang lalu dijawab:
‘Kafilah dagang besok atau lusa akan datang. Pekerjaan akan kuselesaikan dengan
mereka dan hutang segera akan kubayar.’
Kedua laki-laki
itu kembali. Disampaikannya apa yang telah mereka dengar itu kepada Rasulullah
s.a.w.
Perdagangan
Abu Sufyan
Dalam pada itu
Abu Sufyan sudah mendahului kafilahnya mencari-cari berita. Dia bimbang
Rasulullah s.a.w akan sudah lebih dulu ada di jalan itu. Sesampainya di tempat
air, dia bertemu dengan Majdi bin ‘Amr.
‘Ada kau
melihat orang tadi?’ soalnya.
Majdi menjawab
bahawa dia melihat ada dua orang berhenti di bukit itu sambil menunjuk ke
tempat dua orang laki-laki Muslim itu berhenti tadi. Abu Sufyan pun pergi
mendatangi tempat perhentian tersebut. Dilihatnya ada kotoran dua ekor unta dan
setelah diperiksanya, diketahuinya, bahawa biji kotoran itu berasal dari
makanan ternakan Yathrib.
Cepat-cepat
dia kembali menemui rakan-rakannya dan membatalkan perjalanannya melalui jalan
tersebut. Dengan tergesa-gesa sekali sekarang dia menukar haluan melalui jalan
pantai laut. Jaraknya dengan Rasulullah s.a.w sudah jauh, dan dia dapat
meloloskan diri.
Hingga
keesokan harinya kaum Muslimin masih menanti kafilah itu akan lalu. Tetapi
setelah ada berita-berita bahawa Abu Sufyan dan rakan-rakannya sudah lolos dan
yang masih ada dekat mereka sekarang adalah angkatan perang Quraisy, beberapa
orang yang tadinya mempunyai harapan penuh akan beroleh harta rampasan, terbalik
menjadi layu. Beberapa orang bertukar fikiran dengan Rasulullah s.a.w dengan
maksud supaya kembali saja ke Madinah, tidak perlu berhadapan dengan mereka
yang datang dari Mekah hendak berperang.
Ketika itu
datang firman Allah s.w.t: ‘Ingat! Tuhan menjanjikan kamu salah satu
dari dua kelompok (musuh) itu untuk kamu. Sedang kamu menginginkan, bahawa yang
tidak bersenjata itulah yang untuk kamu. Tetapi Allah mahu membuktikan
kebenaran itu sesuai dengan ayat-ayat-Nya, dan akan merabut akar orang-orang yang
tidak beriman itu.’
Pada
pihak Quraisy juga begitu. Perlu apa mereka berperang, perdagangan
mereka sudah selamat? Bukankah lebih baik mereka kembali ke tempat mula, dan
membiarkan pihak Islam kembali ke tempat mereka. Abu Sufyan juga berfikir
begitu. Itu sebabnya dia mengirim utusan kepada Quraisy mengatakan: ’Kamu telah
berangkat bagi menjaga kafilah dagang, orang-orang serta harta-benda kita.
Sekarang kita sudah diselamatkan Tuhan. Kembalilah.’ Tidak sedikit dari pihak
Quraisy sendiri yang juga menyokong pendapat ini.
Quraisy
Mengetahui Persediaan Muslimin
Tetapi Abu
Jahal ketika mendengar kata-kata ini, tiba-tiba menjerit: ‘Kita tidak akan
kembali sebelum kita sampai di Badar. Kita akan tinggal tiga malam di tempat
itu. Kita memotong ternak, kita makan-makan, minum-minum khamr, kita minta
biduanita-biduanita bernyanyi. Biar orang-orang Arab itu mendengar dan
mengetahui perjalanan dan persiapan kita. Biar mereka tidak lagi mahu
menakut-nakuti kita.’
Soalnya pada
waktu itu Badar merupakan tempat pesta tahunan. Apabila pihak Quraisy menarik
diri dari tempat itu setelah perdagangan mereka selamat, boleh jadi akan
ditafsirkan oleh orang-orang Arab – menurut pendapat Abu Jahal – bahawa mereka
takut kepada Rasulullah s.a.w dan rakan-rakannya. Dan ini bermakna
kekuasaan Rasulullah s.a.w akan makin terasa, ajarannya akan makin tersebar,
makin kuat. Apalagi sesudah adanya satuan Abdullah bin Jahsy, terbunuhnya
Ibn’l-Hadzrami, dirampas dan ditawannya orang-orang Quraisy.
Mereka jadi
ragu-ragu: antara mahu ikut Abu Jahal kerana takut dituduh pengecut, atau
kembali saja setelah kafilah perdagangan mereka selamat. Tetapi yang ternyata
kemudian kembali pulang hanya Bani Zuhra, setelah mereka mahu mendengar saranan
Akhnas bin Syariq, orang yang cukup ditaati mereka.
Pihak Quraisy
yang lain ikut Abu Jahal. Mereka berangkat menuju ke sebuah tempat perhentian,
di tempat ini mereka mengadakan persiapan perang, kemudian mengadakan
perundingan. Lalu mereka berangkat lagi ke tepi hujung wadi, berlindung di
sebalik sebuah bukit pasir.
Berangkat Ke Badar
Sebaliknya
pihak Muslimin, yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan,
sudah sepakat akan bertahan terhadap musuh bila diserang kelak. Oleh itu mereka
pun segera berangkat ke tempat mata air di Badar itu, dan perjalanan ini lebih
mudah lagi kerana waktu itu hujan turun. Setelah mereka sudah mendekati mata
air, Rasulullah s.a.w berhenti.
Ada seseorang
yang bernama Hubab bin Mundhir bin Jamuh, orang yang paling banyak mengenali
tempat itu, setelah dilihatnya Rasulullah s.a.w turun di tempat tersebut,
baginda bertanya: ‘Rasulullah, bagaimana pendapat tuan berhenti di tempat ini?
Kalau ini sudah wahyu Tuhan, kita takkan maju atau berundur setapak pun dari
tempat ini. Ataukah ini sekadar pendapat tuan sendiri, suatu taktik perang
belaka?’
‘Sekadar
pendapat saya dan sebagai taktik perang,’ jawab Rasulullah s.a.w.
‘Rasulullah,’
katanya lagi. ‘Kalau begitu, tidak tepat kita berhenti di tempat ini. Mari kita
pindah sampai ke tempat mata air terdekat dan mereka, lalu sumur-sumur kering
yang di belakang itu kita timbun. Selanjutnya kita buat kolam, kita isi
sepenuhnya. Barulah kita hadapi mereka berperang. Kita akan mendapat air minum,
mereka tidak.’
Mendengar
saranan Hubab yang begitu tepat itu, Rasulullah s.a.w dan rombongannya segera
pula bersiap-siap dan mengikuti pendapat temannya itu, sambil mengatakan kepada
sahabat-sahabatnya bahawa baginda juga manusia seperti mereka, dan bahawa
sesuatu pendapat itu boleh dimusyawarahkan bersama-sama dan baginda tidak akan menggunakan
pendapat sendiri di luar mereka. Baginda perlu sekali mendapat rundingan yang
baik dari sesama mereka sendiri.
Selesai kolam
itu dibuat, Saad bin Mu’adh mengusulkan: ‘Rasulullah,’ katanya, ‘Kami akan
membuat sebuah dangau buat tempat tuan tinggal, kenderaan tuan kami sediakan.
Kemudian biarlah kami yang menghadapi musuh. Kalau Tuhan memberi kemenangan
kepada kita atas musuh kita, itulah yang kita harapkan. Tetapi kalau pun
sebaliknya yang terjadi; dengan kenderaan itu tuan dapat menyusul rakan-rakan
yang ada di belakang kita. Rasulullah, masih ramai sahabat kita yang tinggal di
belakang, dan cinta mereka kepada tuan tidak kurang dari cinta kami ini kepada
tuan. Sekiranya mereka dapat menduga bahawa tuan akan dihadapkan pada perang,
nescaya mereka tidak akan berpisah dari tuan. Dengan mereka Tuhan menjaga tuan.
Mereka benar-benar ikhlas kepada tuan, berjuang bersama tuan.’
Rasulullah
s.a.w sangat menghargai dan menerima baik saranan Saad itu. Sebuah dangau buat
Rasulullah s.a.w lalu dibina. Jadi bila kemenangan bukan di tangan Muslimin,
baginda takkan jatuh ke tangan musuh, dan masih akan dapat bergabung dengan
sahabat-sahabatnya di Yathrib.
Di sini orang
perlu berhenti sejenak dengan penuh kekaguman, kagum melihat kesetiaan Muslimin
yang begitu dalam, rasa kecintaan mereka yang begitu besar kepada Rasulullah
s.a.w, serta dengan kepercayaan penuh kepada ajarannya. Semua mereka
mengetahui, bahawa kekuatan Quraisy jauh lebih besar dari kekuatan mereka,
jumlahnya tiga kali ganda banyaknya.
Tetapi, sungguhpun
begitu, mereka sanggup menghadapi, mereka sanggup melawan. Dan mereka inilah
yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan. Tetapi sungguhpun
begitu kerana bukan pengaruh kebendaan itu yang mendorong mereka bertempur,
mereka selalu bersedia di samping Rasulullah s.a.w, memberikan sokongan,
memberikan kekuatan.
Dan mereka
inilah yang juga sangsi, antara harapan akan menang, dan kecemasan akan kalah.
Tetapi, sungguhpun begitu, fikiran mereka selalu hendak melindungi Rasulullah
s.a.w, hendak menyelamatkannya dari tangan musuh. Mereka menyiapkan jalan
baginya untuk menghubungi orang-orang yang masih tinggal di Madinah. Suasana
yang bagaimana lagi yang lebih patut dikagumi daripada ini? Iman mana lagi yang
lebih menjamin akan memberikan kemenangan seperti iman yang ada ini?
Kedudukan Kedua Belah
Pihak Di Badar
Sekarang pihak
Quraisy sudah turun ke medan perang. Mereka mengutuskan orang yang akan
memberikan laporan tentang keadaan kaum Muslimin. Mereka lalu mengetahui,
bahawa jumlah kaum Muslimin lebih kurang tiga ratus orang, tanpa pasukan
pengintai, tanpa bala bantuan. Tetapi mereka adalah orang-orang yang hanya
berlindung pada pedang mereka sendiri. Tiada seorang dan mereka akan rela mati
terbunuh, sebelum dapat membunuh lawan.
Mengingatkan
bahawa pemuka-pemuka Quraisy telah juga ikut serta dalam angkatan perang ini,
beberapa orang dari kalangan ahli fikir mereka merasa bimbang, kalau-kalau
ramai dari mereka itu yang akan terbunuh, sehingga Mekah sendiri nanti akan
kehilangan makna. Sungguhpun begitu mereka masih takut kepada Abu Jahal yang
begitu keras, juga mereka takut dituduh pengecut dan penakut.
Tetapi
tiba-tiba tampil ‘Utba bin Rabi’a ke hadapan mereka itu sambil berkata:
‘Saudara-saudara kaum Quraisy, apa yang tuan-tuan lakukan hendak memerangi
Muhammad dan kawan-kawannya itu, sebenarnya tidak ada gunanya. Kalau dia sampai
binasa kerana tuan-tuan, masih ada orang lain dari kalangan tuan-tuan sendiri
yang akan melihat, bahawa yang terbunuh itu adalah saudara sepupunya, dari pihak
bapa atau pihak ibu, atau siapa saja dari keluarganya. Kembali sajalah dan
biarkan Muhammad dengan rakan-rakannya itu. Kalau dia binasa kerana pihak lain,
maka itu yang tuan-tuan kehendaki. Tetapi kalau bukan itu yang terjadi, kita
tidak perlu melibatkan diri dalam hal-hal yang tidak kita inginkan.’
Mendengar
kata-kata ‘Utba itu, Abu Jahal naik darah. Dia segera memanggil ‘Amir
bin’l-Hadzrami dengan mengatakan: ‘Sekutumu ini ingin supaya orang pulang. Kau
sudah melihat dengan mata kepala sendiri siapa yang harus dituntut balas.
Sekarang, tuntutlah pembunuhan terhadap saudaramu!’
‘Amir segera
bangkit dan menjerit: ‘Oi saudaraku! Tidak ada jalan lain mesti
perang!’
Dengan
dipercepatkannya pertempuran itu Aswad bin ‘Abdul-Asad (Makhzum) keluar dari
barisan Quraisy terus menyerbu ke tengah-tengah barisan Muslimin dengan maksud
hendak menghancurkan kolam air yang sudah selesai dibuat. Tetapi ketika itu
juga Hamzah bin Abdul Muttalib segera menyambutnya dengan satu pukulan yang
mengenai kakinya, sehingga dia tersungkur dengan kaki yang sudah berlumuran
darah.
Sekali lagi
Hamzah memberikan pukulan, sehingga dia terkorban di belakang kolam itu. Buat
mata pedang memang tidak ada yang kelihatan lebih tajam daripada darah. Juga
tidak ada sesuatu yang lebih keras membakar semangat perang dan pertempuran
dalam jiwa manusia daripada melihat orang yang mati di tangan musuh sedang
rakan-rakannya berdiri menyaksikan.
Sebaik sahaja
melihat Aswad jatuh, maka tampillah ‘Utba bin Rabi’a didampingi oleh Syaiba
saudaranya dan Walid bin ‘Utba anaknya, sambil menyerukan mengajak bertarung.
Seruannya itu disambut oleh pemuda-pemuda dari Madinah. Tetapi setelah melihat
mereka ini ‘Utba bin Rabi’a berkata lagi: ‘Kami tidak memerlukan kamu. Yang
kami maksudkan ialah golongan kami.’
Lalu dari
mereka ada yang memanggil-manggil: ‘Hai Muhammad! Suruh mereka yang berwibawa
dari asal golongan kami itu tampil!’
Ketika itu
juga yang tampil menghadapi mereka adalah Hamzah bin Abdul Muttalib, Ali bin
Abi Talib dan ‘Ubaida bin’l-Harith. Hamzah tidak lagi memberi kesempatan kepada
Syaiba, juga Ali tidak memberi kesempatan kepada Walid, mereka itu ditewaskan.
Lalu keduanya segera membantu ‘Ubaida yang kini sedang diterkam oleh ‘Utba.
Sesudah Quraisy melihat kenyataan ini mereka semua maju menyerbu.
Pada pagi
Jumaat 17 Ramadan itulah kedua-dua pasukan itu berhadap-hadapan muka. Sekarang
Rasulullah s.a.w sendiri yang tampil memimpin Muslimin, mengatur barisan.
Tetapi ketika dilihatnya pasukan Quraisy begitu besar, sedang anak buahnya
sedikit sekali, di samping perlengkapan yang sangat lemah dibandingkan dengan
perlengkapan Quraisy, baginda kembali ke pondoknya ditemani oleh Abu Bakar.
Sungguh cemas baginda akan peristiwa yang akan terjadi hari itu, sungguh pilu
hatinya melihat nasib yang akan menimpa Islam sekiranya Muslimin tidak mendapat
kemenangan.
Doa Rasulullah s.a.w
Rasulullah
s.a.w kini menghadapkan wajahnya ke kiblat, dengan seluruh jiwanya baginda
menghadapkan diri kepada Tuhan, baginda mengimbau Tuhan akan segala apa yang
telah dijanjikan kepadanya, baginda membisikkan permohonan dalam hatinya agar
Tuhan memberikan pertolongan. Begitu dalam baginda hanyut dalam doa, dalam
permohonan, sambil berkata: ‘Allahumma ya Allah. Ini Quraisy sekarang datang
dengan segala kecongkakannya, berusaha hendak mendustakan Rasul-Mu. Ya Allah,
pertolongan-Mu juga yang Kau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika pasukan ini
sekarang binasa tidak lagi ada ibadat kepada-Mu.’
Sementara
baginda masih hanyut dalam doa kepada Tuhan sambil merentangkan tangan
menghadap kiblat itu, selendangnya terjatuh. Ketika itu Abu Bakar segera
meletakkan selendang itu kembali ke bahunya, sambil beliau berkata:
‘Rasulullah, dengan doamu itu Tuhan akan mengabulkan apa yang telah dijanjikan
kepadamu.’
Tetapi
sungguhpun begitu, Rasulullah s.a.w makin dalam terbawa dalam doa, dalam
tawajuh kepada Allah; dengan penuh khusyuk dan kesungguhan hati baginda terus
memanjatkan doa, memohonkan isyarat dan pertolongan Tuhan dalam menghadapi
peristiwa, yang oleh kaum Muslimin sama sekali tidak diharapkan, dan untuk itu
tidak pula mereka punya persiapan. Kerana yang demikian inilah akhirnya baginda
sampai terangguk-angguk dalam keadaan mengantuk. Dalam pada itu kelihatan
olehnya pertolongan Tuhan itu ada. Baginda sedar kembali, kemudian baginda
bangun dengan penuh rasa gembira.
Sekarang
baginda keluar menemui sahabat-sahabatnya; dikerahkannya mereka sambil berkata:
‘Demi Dia Yang memegang hidup Nabi. Setiap orang yang sekarang bertempur dengan
tabah, bertahan bermati-matian, terus maju dan pantang berundur, lalu dia
terkorban, maka Allah akan menempatkannya di dalam syurga.’
Jiwanya yang
begitu kuat, yang telah diberikan Tuhan begitu tinggi melampaui segala
kekuatan, telah tertanam pula dengan ajarannya ke dalam jiwa orang-orang
beriman. Dan kekuatan mereka itu sudah melampaui semangat mereka sendiri,
sehingga setiap orang dari mereka sama dengan dua orang, bahkan sama dengan
sepuluh orang.
Akan lebih
mudah orang memahami ini bila diingat makna kekuatan moral yang begitu besar
pengaruhnya dalam jiwa seseorang, dan ini akan bertambah besar pengaruhnya
apabila kekuatan moral ini ada juga dasarnya. Semangat nasionalisme juga dapat
menambah ini. Seorang perajurit yang mempertahankan tanah air yang terancam
bahaya, jiwanya penuh dengan semangat patriotisme, akan bertambah kekuatan
moralnya sesuai dengan besar cintanya kepada tanah air serta kebimbangannya
akan bahaya yang mengancam tanah air itu dari pihak musuh.
Oleh itu
semangat patriotisme dan pengorbanan untuk tanah air oleh bangsa-bangsa di
dunia telah ditanamkan kepada warga negaranya sejak semasa mereka kecil. Adanya
kepercayaan kepada kebenaran, kepada keadilan, kebebasan serta makna
kemanusiaan yang tinggi menambah pula kekuatan moral dalam jiwa orang.
Ini bermakna
melipat-gandakan kekuatan material. Dan orang yang masih ingat akan propaganda
anti-Jerman yang begitu luas disebarkan pihak Sekutu dalam Perang Dunia
Pertama, yang pada dasarnya mereka berperang melawan kekuatan senjata Jerman
itu kerana hendak membela kebebasan dan kebenaran serta mempersiapkan suatu
perjanjian perdamaian, akan menyedari betapa sesungguhnya propaganda itu dapat
melipat-gandakan kekuatan semangat perajurit-perajurit Sekutu di samping
menimbulkan simpati sebahagian besar bangsa-bangsa di dunia.
Apa maknanya
nasionalisme dan masalah perdamaian, dibandingkan dengan tujuan yang diserukan
Rasulullah s.a.w itu! Tujuan komunikasi manusia dengan seluruh wujud, suatu
komunikasi yang akan meleburkannya dan keluar menjadi salah satu kekuatan alam
semesta, yang akan memberi arah kepadanya menuju kebaikan hidup, kenikmatan dan
kesempurnaan yang integral.
Ya! Apa
maknanya nasionalisme dan masalah perdamaian di samping kewajibannya di sisi
Tuhan, membela orang-orang yang beriman dari renggutan mereka yang hendak
membuat fitnah dan godaan, dari mereka yang menggalangi jalan kebenaran, mereka
yang hendak menjerumuskan umat manusia ke jurang paganisma dan syirik.
Apabila dengan
rasa cinta tanah air jiwa itu makin kuat, sesuai dengan semua kekuatan tanah
air yang ada, dan dengan rasa cinta perdamaian untuk seluruh umat manusia jiwa
itu juga makin kuat, sesuai dengan kekuatan semua umat manusia yang ada, maka
betapa pula dahsyatnya kekuatan jiwa yang dibawa oleh adanya iman kepada
semesta wujud dan Pencipta seluruh wujud ini! Iman itulah yang akan membuatkan
tenaga manusia mampu memindahkan gunung, menggerakkan isi dunia. Ia dapat
mengawasi – dengan kemampuan moralnya – segala yang masih berada di bawah taraf
itu. Dan kemampuan moral ini akan berlipat ganda pula kekuatannya.
Apabila secara
integral kemampuan moral ini belum lagi mencapai tujuannya disebabkan oleh
adanya perbezaan pendapat di kalangan Muslimin sebelum terjadi perang, belum
dicapainya kekuatan material sebagaimana yang diharapkan, maka dengan daya iman
itu justeru ia mempunyai kelebihannya. Hal ini bertambah kuat lagi tatkala
Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya dapat mengerahkan mereka. Maka dengan
demikian, jumlah manusia dan perlengkapan yang sangat sedikit itu telah
rnendapat kompensasi.
Dalam keadaan
Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya yang demikian inilah dua ayat ini
turun: ‘Wahai Nabi! Bangunkanlah semangat orang-orang beriman itu dalam
menghadapi perang. Bila kamu berjumlah dua puluh orang yang tabah, mereka ini
akan mengalahkan dua ratus orang. Bila kamu berjumlah seratus orang, nescaya
akan mengalahkan seribu orang kafir; sebab mereka adalah orang-orang yang tidak
mengerti. Sekarang Tuhan meringankan kamu, kerana Dia mengetahui,
bahawa pada kamu masih ada kelemahan. Maka, jika kamu berjumlah seratus orang
yang tabah, akan dapat mengalahkan dua ratus orang, dan jika kamu seribu orang,
akan dapat mengalahkan dua ribu dengan izin Allah. Dan Allah bersama
orang-orang yang berhati tabah.’ (Al-Quran, 8:55-56.)
Hilangnya Keraguan
Keadaan
Muslimin ternyata bertambah kuat setelah Rasulullah s.a.w membangkitkan
semangat mereka, turut hadir di tengah-tengah mereka, mendorong mereka
mengadakan penentangan terhadap musuh. Baginda menyeru kepada mereka, bahawa
syurga bagi mereka yang telah teruji baik dan terus terjun ke tengah-tengah
musuh. Dalam hal ini kaum Muslimin mengarahkan perhatian pada pemuka-pemuka dan
pemimpin-pemimpin Quraisy. Pemuka-pemuka itu perlu dikikis habis sebagai
balasan yang seimbang tatkala mereka disiksa di Mekah dulu, dirintangi memasuki
Masjid Suci dan berjuang untuk Allah.
Bilal bin
Rabah melihat Umayya bin Khalaf dan anaknya, begitu juga beberapa orang Islam
melihat mereka yang dikenali di Mekah dulu. Umayya ini adalah orang yang pernah
menyiksa Bilal dulu, ketika beliau dibawanya ke tengah-tengah padang pasir yang
paling panas di Mekah. Ditelentangkannya Bilal di tempat itu lalu
ditindihkannya batu besar di dadanya, dengan maksud supaya Bilal meninggalkan
Islam. Tetapi Bilal hanya berkata: ‘Ahad, Ahad. Yang Satu, Yang Satu.’
Ketika
dilihatnya Umayya, Bilal berkata: ‘Umayya, moyang kafir. Takkan selamat aku,
kalau kau lolos!’
Beberapa orang
dari kalangan Muslimin mengelilingi Umayya dengan tujuan jangan sampai Bilal
terbunuh dan akan dibawanya sebagai tawanan. Tetapi Bilal di tengah-tengah
orang ramai itu menjerit sekeras-kerasnya: ‘Sekalian tentera Tuhan! Ini Umayya
bin Khalaf kepala kafir. Takkan selamat aku kalau dia lolos.’
Orang ramai
berkumpul. Tetapi Bilal tidak dapat diredakan lagi, dan Umayya dibunuhnya.
Ketika itu Mu’adh bin ‘Amr bin Jamuh juga dapat menewaskan Abu Jahal bin
Hisyam. Kemudian Hamzah, Ali dan pahlawan-pahlawan Islam yang lain menyerbu ke
tengah-tengah pertempuran yang sengit itu. Mereka sudah lupa akan diri
masing-masing dan lupa pula akan jumlah kawan-kawan yang hanya sedikit
berhadapan dengan musuh yang begitu besar.
Debu dan pasir
halus membumbung dan berterbangan memenuhi udara. Kepala-kepala ketika yang
sudah dicantas berjatuhan dari tubuh Quraisy. Berkat iman yang teguh keadaan
Muslimin bertambah kuat. Dengan gembira mereka berseru: ’Ahad, Ahad.’ Di
hadapan mereka kini terbuka tabir ruang dan waktu, sebagai bantuan Tuhan kepada
mereka dengan para malaikat yang memberikan berita gembira, yang membuatkan
iman mereka bertambah teguh, sehingga bila salah seorang dari mereka mengangkat
pedang dan menghayunkannya ke leher musuh, seolah-olah tangan mereka digerakkan
dengan tenaga Tuhan.
Di
tengah-tengah medan pertempuran yang sedang sibuk dikunjungi malaikat maut
memungut leher orang-orang kafir itu, Rasulullah s.a.w berdiri. Diambilnya
segenggam pasir, dihadapkannya kepada Quraisy. ‘Celakalah wajah-wajah mereka
itu!’ katanya sambil menaburkan pasir itu ke barah mereka. Sahabat-sahabatnya
lalu diberi arahan: ‘Serbu!’
Serentak pihak
Muslimin menyerbu ke hadapan, masih dalam jumlah yang lebih kecil dari jumlah
Quraisy. Tetapi jiwa mereka sudah penuh terisi oleh semangat dari Tuhan. Sudah
bukan mereka lagi yang membunuh musuh, sudah bukan mereka lagi yang menawan
tawanan perang. Hanya kerana adanya semangat dari Tuhan yang tertanam dalam
jiwa mereka itu kekuatan moral mereka bertambah, sehingga kekuatan material
mereka juga bertambah pula.
Dalam hal ini
firman Allah s.w.t turun: ‘Ingat, ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para
malaikat: ‘Aku bersama kamu.’ Teguhkanlah pendirian orang-orang beriman itu.
Akan kutanamkan rasa gentar ke dalam hati orang-orang kafir itu. Pukullah
bahagian atas leher mereka dan pukul juga setiap hujung jari mereka.’
(Al-Quran, 8: 12)
‘Sebenarnya
bukan kamu yang membunuh mereka, melainkan Allah juga yang telah membunuh
mereka. Juga ketika kau lemparkan, sebenarnya bukan engkau yang melakukan itu,
melainkan Tuhan juga.’ (Al-Quran, 8: 17)
Tatkala
Rasulullah s.a.w melihat bahawa Tuhan telah melaksanakan janji-Nya dan setelah
ternyata pula kemenangan berada di pihak orang-orang Islam, baginda kembali ke
pondoknya. Orang-orang Quraisy lari. Oleh tentera Muslimin mereka
terus dikejar. Yang tidak terbunuh dan tidak berjaya melarikan diri, ditawan.
Inilah perang
Badar, yang kemudiannya telah memberikan tempat yang stabil kepada umat Islam
di seluruh tanah Arab, dan yang merupakan suatu mukadimah lahirnya persatuan
seluruh semenanjung di bawah naungan Islam, juga sebagai suatu mukadimah adanya
persekemakmuran Islam yang terbentang luas sekali. Ia telah menanamkan sebuah
peradaban besar di dunia, yang sehingga sekarang masih dan akan terus mempunyai
pengaruh yang dalam jantung kehidupan dunia.
Bukan tidak
mungkin orang akan merasa kagum sekali bila mengetahui bahawa, meskipun
Rasulullah s.a.w sudah begitu mengerahkan sahabat-sahabatnya dan mengharapkan
terkikisnya musuh Tuhan dan musuhnya itu, namun sejak awal terjadinya
pertempuran baginda sudah minta kepada Muslimin untuk tidak membunuh Bani
Hasyim dan tidak membunuh orang-orang tertentu dari kalangan pembesar-pembesar
Quraisy, meskipun pada dasarnya mereka akan membunuh setiap orang dari pihak
Islam yang dapat mereka bunuh.
Dan jangan
pula menyangka bahawa baginda berbuat begitu kerana baginda mahu membela
keluarganya atau sesiapa saja yang punya pertalian keluarga dengan baginda.
Jiwa Rasulullah s.a.w jauh lebih besar daripada akan terpengaruh oleh hal-hal
serupa itu. Apa yang menjadi pertimbangannya ialah, baginda masih ingat Bani
Hasyim dulu yang telah berusaha melindunginya selama tiga belas tahun sejak
mula masa kerasulannya hingga masa hijrahnya, sehinggakan Abbas bapa saudaranya
ikut menyertainya pada malam diadakan ikrar Aqaba.
Juga jasa
orang lain yang masih kafir di kalangan Quraisy di luar Bani Hasyim yang
menuntut dibatalkannya piagam pemboikotan, yang oleh Quraisy. Baginda dan
sahabat-sahabatnya dipaksa tinggal di celah-celah gunung, setelah semua
hubungan oleh mereka itu diputuskan. Segala kebaikan yang telah diberikan oleh
mereka oleh Rasulullah s.a.w dianggap sebagai suatu jasa yang harus mendapat balasan
setimpal, harus mendapat balasan sepuluh kali ganda.
Oleh itu oleh
Muslimin baginda dianggap sebagai perantara bagi mereka selama terjadi
pertempuran, meskipun di kalangan Quraisy sendiri masih ada yang menolak
pemberian pengampunan itu seperti yang dilakukan oleh Abu’l-Bakhtari – salah
seorang yang ikut melaksanakan dicabutnya piagam. Dia menolak dan terbunuh. Dengan
perasaan dongkol penduduk Mekah lari tunggang langgang. Mereka sudah tidak
dapat mengangkat muka lagi. Bila mata mereka terpandang pada salah seorang
kawan sendiri, kerana rasa malunya dia segera memalingkan muka, mengingatkan
nasib buruk yang telah menimpa mereka dalam Perang Badar.
Sehingga
petang itu pihak Muslimin masih tinggal di Badar. Kemudian mayat-mayat Quraisy
itu mereka kumpulkan dan setelah dibuatkan sebuah perigi besar untuk
dikuburkan. Malam harinya Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya sibuk di
garis hadapan menyelesaikan barang-barang rampasan perang serta berjaga-jaga
terhadap orang-orang tawanan.
Tatkala malam
sudah gelap Rasulullah s.a.w mulai merenungkan pertolongan yang diberikan Tuhan
kepada Muslimin yang dengan jumlah yang begitu kecil telah dapat menghancurkan
kaum musyrik yang tidak mempunyai perisai kekuatan iman selain membanggakan
jumlah besarnya saja. Dalam baginda merenungkan hal ini, pada waktu larut malam
itu sahabat-sahabatnya mendengar baginda berkata: ‘Wahai penghuni perigi! Wahai
‘Utba bin Rabi’a! Syaiba bin Rabi’a! Umayya bin Khalaf! Wahai Abu Jahal bin
Hisyam!’
Seterusnya
baginda menyebutkan nama orang-orang yang dalam perigi itu satu persatu. ‘Wahai
penghuni perigi! Adakah yang dijanjikan tuhanmu itu benar-benar ada. Aku telah
bertemu dengan apa yang telah dijanjikan Tuhanku.’
‘Rasulullah,
kenapa bicara dengan orang-orang yang sudah meninggal dunia?’ kaum Muslimim
kemudiannya bertanya.
‘Apa yang saya
katakan mereka lebih mendengar daripada kamu,’ jawab Rasulullah s.a.w.
‘Tetapi mereka
tidak dapat menjawab!’
Ketika itu
Rasulullah s.a.w melihat ke dalam wajah Abu Hudhaifa ibn ‘Utba. Dia kelihatan
sedih dan mukanya berubah. ‘Barangkali ada sesuatu dalam hatimu mengenai
ayahmu, Abu Hudhaifa’? soal baginda.
‘Sekali-kali
tidak, Rasulullah,’ jawab Abu Hudhaifa. ‘Tentang ayah, saya tidak sangsi lagi,
juga tentang kematiannya. Hanya saja yang saya ketahui fikirannya baik,
bijaksana dan berjasa. Jadi saya harapkan sekali dia akan mendapat petunjuk
menjadi seorang Islam. Tetapi sesudah saya lihat apa yang terjadi, dan teringat
pula hidupnya dulu dalam kekafiran, sesudah makin jauh apa yang saya harapkan
dari dia, itulah yang membuatkan saya sedih.’
Persoalan
Harta Rampasan Perang
Tetapi
Rasulullah s.a.w menyebutkan yang baik tentang dia serta mendoakan kebaikan
baginya. Keesokan harinya pagi-pagi lagi, bila Muslimin sudah siap sedia akan
berangkat pulang menuju Madinah, mulailah timbul pertanyaan sekitar masalah
harta rampasan, buat siapa seharusnya. Kata mereka yang melakukan serangan:
kami yang mengumpulkannya; jadi itu buat kami. Lalu kata yang mengejar musuh
sampai pada waktu mereka mengalami kehancuran kalau tidak kerana kami, kamu
tidak akan mendapatkannya.
Dan kata
mereka yang mengawal Rasulullah s.a.w kerana bimbang akan diserang musuh dari
belakang: ’Kamu sekalian tidak ada yang lebih berhak dari kami. Sebenarnya kami
dapat memerangi musuh dan mengambil harta mereka, ketika tidak ada suatu pihak
pun yang akan melindungi mereka. Tetapi kami bimbang adanya serangan musuh
kepada Rasulullah. Oleh itu kami lalu menjaganya.’
Tetapi
Rasulullah s.a.w menyuruh mengembalikan semua harta rampasan yang ada di tangan
mereka itu, dan dimintanya supaya dibawa agar baginda dapat memberikan pendapat
atau akan ada ketentuan Tuhan yang akan menjadi keputusan.
Rasulullah
s.a.w mengutuskan Abdullah bin Rawaha dan Zaid bin Haritha ke Madinah bagi
menyampaikan berita gembira kepada penduduk tentang kemenangan yang telah
dicapai kaum Muslimin. Sedang baginda sendiri dengan sahabat-sahabatnya
berangkat pula menuju Madinah dengan membawa tawanan dan rampasan perang yang
telah diperolehi dari kaum musyrik, dan diserahkan pimpinannya kepada Abdullah
bin Kaab.
Mereka
berangkat. Sesudah menyeberangi Selat Shafra’, di sebuah bukit pasir Rasulullah
s.a.w berhenti. Di tempat ini rampasan perang yang sudah ditentukan Allah bagi
Muslimin itu dibahagi sama rata. Beberapa ahli sejarah mengatakan, bahawa
pembahagian kepada mereka itu sesudah dikurangi seperlimanya sesuai dengan
firman Allah: ‘Dan hendaklah kamu ketahui, bahawa rampasan perang yang kamu
peroleh, seperlimanya untuk Tuhan, untuk Rasulullah s.a.w, untuk para kerabat dan
anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan,
kalau kamu benar-benar beriman kepada Allah dan pada apa yang Kami turunkan
kepada hamba Kami pada hari yang menentukan itu, hari, ketika dua golongan itu
saling berhadapan. Dan atas segala sesuatu Allah Maha Kuasa.’
(Al-Quran, 8: 41)
Sebahagian
besar penulis sejarah Nabi berpendapat, terutama angkatan lama – bahawa ayat
tersebut turun sesudah peristiwa Badar dan sesudah rampasan perang dibahagi,
dan bahawa Rasulullah s.a.w membahaginya secara sama rata di kalangan Muslimin,
dan bahawa untuk kuda disamakannya dengan apa yang ada pada penunggangnya,
bahagian mereka yang gugur di Badar diberikan kepada ahli warisnya, mereka yang
tinggal di Madinah dan tidak ikut ke Badar kerana bertugas mengurus keperluan
Muslimin, dan mereka yang dikerahkan berangkat ke Badar tetapi tertinggal di
belakang kerana sesuatu alasan yang dapat diterima oleh Rasulullah s.a.w, juga
mendapat bahagian.
Dengan
demikian rampasan perang itu dibahagi secara adil. Yang ikut bersama dalam
perang dan mendapat kemenangan bukan hanya yang bertempur saja, melainkan yang
ikut bersama-sama dalam perang dan mendapat kemenangan itu ialah sesiapa saja
yang ikut bekerja ke arah itu, baik yang di garis hadapan atau yang jauh dari
sana.
Sementara kaum
Muslimin dalam perjalanan ke Madinah itu, dua orang tawanan telah mati
terbunuh, yakni seorang yang bernama Nadzr bin’l-Harith dan yang seorang lagi
bernama ‘Uqba bin Abi Mu’ait. Sampai pada waktu itu baik Rasulullah s.a.w atau
sahabat-sahabatnya belum lagi membuat suatu peraturan tertentu dalam menghadapi
para tawanan yang akan mengharuskan mereka dibunuh, ditebus atau dijadikan
hamba.
Tetapi Nadzr
dan ‘Uqba ini kedua-duanya merupakan bahaya yang selalu mengancam Muslimin selama
di Mekah dulu. Setiap ada kesempatan kedua-dua orang ini selalu mengganggu
mereka. Terbunuhnya Nadzr ini ialah tatkala mereka sampai di Uthail para
tawanan itu diperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w Ditatapnya Nadzr ini dengan
pandangan mata yang demikian rupa, sehingga tawanan ini gementar seraya berkata
kepada seseorang yang berada di sampingnya: ‘Muhammad pasti akan membunuh aku,’
katanya. ‘Muhammad menatap wajahku dengan pandangan mata yang mengandungi
maut.’
‘Ini hanya
kerana kau merasa takut saja,’ jawab orang yang di sebelahnya.
Sekarang Nadzr
berkata kepada Mushiab bin ‘Umair – orang yang paling banyak punya rasa
belas-kasihan di tempat itu. ‘Katakan kepada temanmu itu supaya aku dipandang
sebagai salah seorang sahabatnya. Kalau ini tidak kau lakukan pasti dia
akan membunuh aku.’
‘Tetapi dulu
kau mengatakan begini dan begitu tentang Kitabullah dan tentang diri Nabi,’
kata Mushiab. ‘Dulu kau menyiksa sahabat-sahabatnya.’
‘Sekiranya
engkau yang ditawan oleh Quraisy, kau takkan dibunuh selama aku masih hidup,’
kata Nadzr lagi.
‘Engkau tidak
dapat dipercayai,’ kata Mush’ab.
‘Dan lagi aku
tidak seperti engkau. Janji Islam dengan kau sudah terputus.’
Sebenarnya
Nadzr adalah tawanan Miqdad, yang dalam hal ini dia ingin memperolehi tebusan
yang cukup besar dan keluarganya. Mendengar percakapan tentang akan dibunuhnya
itu dia segera berkata: ‘Nadzr tawananku,’ jeritnya.
‘Pukul
lehernya,’ kata Rasulullah s.a.w. ‘Ya Allah. Semoga Miqdad mendapat
kurnian-Mu.’
Dengan libasan
pedang kemudian dia dibunuh oleh Ali bin Abi Talib. Pada waktu mereka dalam
perjalanan ke ‘Irq’z, Zubya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w supaya
‘Uqba bin Abi Mu’ait juga dibunuh. Rasulullah s.a.w,’ bersabda: ‘Siapa yang
akan mengurus anak-anak?’
‘Api,’
jawabnya.
Lalu dia pun
dibunuh oleh Ali bin Abi Talib atau oleh ‘Ashim bin Thabit, dalam hal ini
sumbernya berbeza.
Semangat Dan Kemenangan
Sehari sebelum
Rasulullah s.a.w dan kaun Muslimin sampai di Madinah, kedua utusannya iaitu
Zaid bin Haritha dan Abdullah bin Rawaha sudah sampai lebih dulu. Mereka
memasuki kota dari bahagian yang berlain. Dan atas unta yang ditungganginya itu
Abdullah mengumumkan dan memberikan khabar gembira kepada kaun Ansar tentang
kemenangan Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat, sambil menyebutkan nama-nama
pihak musyrik yang terbunuh.
Begitu juga
Zaid bin Haritha melakukan hal yang sama sambil dia menunggang Al-Qashwa’, unta
kenderaan Rasulullah s.a.w. Kaum Muslimin bergembira ria. Mereka berkumpul, dan
mereka yang masih berada dalam rumah pun keluar beramai-ramai dan berangkat
menyambut berita kemenangan besar ini.
Sebaliknya
orang-orang musyrik dan orang-orang Yahudi merasa terpukul sekali dengan berita
tersebut. Mereka berusaha meyakinkan diri mereka sendiri dan meyakinkan
orang-orang Islam yang tinggal di Madinah, bahawa berita itu tidak benar.
‘Rasulullah
s.a.w sudah terbunuh dan rakan-rakannya sudah ditaklukkan,’ ujar mereka. ‘Ini
untanya seperti sudah sama-sama kita kenal. Kalau dia yang menang, nescaya unta
ini masih di sana. Apa yang dikatakan Zaid hanya mengigau saja dia, kerana
sudah gugup dan ketakutan.’
Tetapi pihak
Muslimin setelah mendapat kepastian dari kedua-dua utusan itu dan yakin sekali
akan kebenaran berita tersebut, sebenarnya mereka malah makin gembira, kalau
tidak terjadi suatu peristiwa yang mengurangi rasa kegembiraan mereka itu,
yakni peristiwa kematian Ruqayya puteri Rasulullah s.a.w.. Tatkala ditinggalkan
pergi ke Badar beliau dalam keadaan sakit, dan suaminya, Usman bin ‘Affan, juga
ditinggalkan supaya merawatnya.
Apabila
temyata bahawa Rasulullah s.a.w yang menang, mereka merasa sangat terkejut.
Kedudukan mereka terhadap Muslimin jadi lebih rendah dan hina sekali,
sehinggakan ada salah seorang pembesar Yahudi yang mengatakan: ‘Dari kita
sekarang lebih baik berkalang tanah daripada tinggal di atas bumi ini sesudah
kaum bangsawan, pemimpin-pemimpin dan pemuka-pemuka Arab serta penduduk tanah
suci itu mendapat bencana.’
Kaum Muslimin
memasuki Madinah sehari sebelum tawanan-tawanan perang sampai. Setelah mereka
dibawa dan Sauda bt. Zam’a isteri Rasulullah s.a.w. baru saja pulang melawati
orang mati dalam kabilah Bani ‘Afra’, tempat asalnya, dilihatnya Abu Yazid
Suhail bin ‘Amr, salah seorang tawanan, yang kedua belah tangannya diikat
dengan tali ke tengkuk, dia tidak dapat menahan diri. Dihampirinya orang itu
seraya katanya: ‘Oh Abu Yazid! Kamu sudah menyerahkan diri. Lebih baik mati
sajalah dengan terhormat!’
‘Sauda!’
Rasulullah s.a.w memanggilnya dan dalam rumah. ‘Kau membangkitkan semangatnya
melawan Allah dan Rasul-Nya!’
‘Rasulullah,’
katanya. ‘Demi Allah Yang telah mengutusmu dengan segala kebenaran. Saya sudah
tidak dapat menahan diri ketika melihat Abu Yazid dengan tangannya terikat di
tengkuk sehingga saya berkata begitu.’
Selepas itu
Rasulullah s.a.w memisah-misahkan para tawanan di antara sahabat-sahabatnya,
sambil berkata kepada mereka: ‘Perlakukanlah mereka sebaik-baiknya.’
Hal ini
menjadi fikiran baginya, apa yang harus dilakukannya terhadap mereka. Dibunuh
saja atau harus meminta tebusan dari mereka? Mereka itu orang-orang yang keras
dalam perang, orang yang kuat bertempur. Hati mereka penuh rasa dengki dan
dendam setelah mereka mengalami kehancuran di Badar, serta akibatnya yang telah
membawa keaiban sebagai tawanan perang.
Apabila
baginda mahu menerima tebusan, ini bermakna mereka akan berkomplot dan akan
kembali memeranginya lagi; kalau dibunuh saja mereka, akan menimbulkan sesuatu
dalam hati keluarga-keluarga Quraisy, yang bila dapat ditebus barangkali akan
jadi tenang.
Baginda
menyerahkan masalah ini ke tangan sahabat-sahabat kaum Muslimin. Diajaknya
mereka bermusyawarah dan pilihan terserah kepada mereka. Kalangan Muslimin
sendiri melihat tawanan-tawanan ini ternyata masih ingin hidup dan akan
bersedia membayar tebusan dengan harga yang tinggi.
‘Lebih baik
kita kirimkan orang kepada Abu Bakar,’ kata mereka. ‘Dari kerabat
kita dia orang Quraisy yang pertama, dan yang paling lembut dan punya rasa
belas-kasihan. Kita tidak melihat Rasulullah s.a.w menyukai yang lain lebih
dari dia.’
Lalu mereka
mengutus orang menemui Abu Bakar. ‘Abu Bakar,’ kata mereka. ‘Di antara kita ada
yang masih pernah ayah, saudara, bapa saudara atau emak saudara kita serta
saudara sepupu kita. Orang yang jauh dari kita pun masih kerabat kita.
Bicarakanlah dengan sahabatmu itu supaya bermurah hati kepada kami atau
menerima penebusan kami.’
Dalam hal ini
Abu Bakar berjanji akan berusaha. Tetapi mereka bimbang Umar ibn’l-Khattab akan
mempersukarkan urusan mereka ini. Maka mereka mengutus beberapa orang lagi
kepadanya, dengan menyatakan seperti yang dikatakan kepada Abu Bakar. Tetapi
Umar menatap mereka penuh curiga. Kemudian kedua-dua sahabat besar Rasulullah
s.a.w ini berangkat menemuinya. Abu Bakar berusaha melunakkan dan meredakan
kemarahannya.
‘Rasulullah,’
katanya. ‘Demi ayah dan ibuku. Mereka itu masih keluarga kita; ada ayah, ada
anak atau bapa saudara, ada sepupu atau saudara-saudara. Orang yang jauh dari
kita pun masih kerabat kita. Bermurah hatilah kita kepada mereka itu. Semoga
Tuhan memberi kemurahan kepada kita. Atau kita terimalah tebusan dari mereka,
semoga Tuhan akan menyelamatkan mereka dari api neraka. Maka apa yang kita
ambil dari mereka akan memperkuatkan kaum Muslimin juga. Semoga Allah kelak
membalikkan hati mereka.’
Rasulullah
s.a.w diam, tidak menjawab. Kemudian baginda berdiri dan pergi menyendiri. Oleh
Umar baginda didekati dan duduk di sebelahnya. ‘Rasulullah,’ kata Umar. ‘Mereka
itu musuh-musuh Tuhan. Mendustakan tuan, memerangi tuan dan mengusir tuan.
Penggal sajalah leher mereka. Mereka inilah ketua-ketua orang kafir,
pemuka-pemuka orang yang sesat. Orang-orang musyrik itu adalah orang-orang yang
sudah dihinakan Tuhan.’
Juga
Rasulullah s.a.w tidak menjawab. Sekarang Abu Bakar kembali ke tempat
duduknya semula. Begitu lemah-lembut dia bersikap sambil mengharapkan sikap
yang lebih lunak. Disebutnya adanya pertalian keluarga dan kerabat, dan kalau
para tawanan itu masih hidup, diharapkannya akan mendapat petunjuk Tuhan.
Sedang Umar kembali memperlihatkan sikapnya yang adil dan keras. Baginya
lemah-lembut atau kasihan tidak ada.
Selesai Abu
Bakar dan Umar berbicara, Rasulullah s.a.w berdiri. Baginda kembali ke
kamarnya. Baginda tinggal sejenak di sana. Kemudian baginda kembali keluar.
Orang ramai segera melibatkan diri dalam persoalan ini. Satu pihak menyokong pendapat
Abu Bakar, yang lain memihak kepada Umar. Rasulullah s.a.w mengajak mereka
berunding, apa yang harus dilakukannya.
Lalu dibuatnya
suatu perumpamaan tentang Abu Bakar dan Umar. Abu Bakar adalah seperti Mikail,
diturunkan Tuhan dengan membawa sifat pemaaf kepada hamba-Nya. Dan dari
kalangan nabi-nabi seperti Ibrahim. Baginda sangat lemah-lembut terhadap
masyarakatnya. Oleh masyarakatnya sendiri baginda dibawa dan dicampakkan ke
dalam api. Tetapi tidak lebih baginda hanya berkata: ‘Cih! Kenapa kamu menyembah
sesuatu selain Allah? Tidakkah kamu berakal?’ (Al-Quran, 21:
67)
Khalid Al-Walid Dan
Peperangan Menegakkan Islam
Sejarah
telah mencatatkan bahawa penawanan Islam di Parsi mengakhiri
kerajaan Sassanid Parsi dan juga menandakan bermulanya kejatuhan Agama
Majusi. Tetapi, pencapaian tamadun Parsi tidak berakhir begitu sahaja. Sejak
dari detik ini, bermulalah pencapaian tamadun Parsi dalam tamadun Islam.
Keadaan Semasa
Empayar
Rom Byzantium dan empayar Parsi Sassanid menganggap
bangsa Arab bukan merupakan ancaman besar bagi mereka pada ketika itu. Ini
berdasarkan keadaan logistik, bentuk muka buminya yang berbukit, kegiatan
harian orang Arab dan maklumat yang diperolehi daripada mereka yang tinggal di
sempadan tanah Arab. Bangsa Arab ketika itu dikenali
sebagai bangsa yang liar, keras dan suka membuat kekacauan di
sempadan wilayah kedua-dua empayar.
Struktur
masyarakatnya yang sukar ditadbir oleh kedua-dua empayar dan kawasannya yang
mempunyai hasil bumi yang sangat sedikit menyebabkan kedua-dua empayar tidak
berminat untuk menawan semenanjung tanah Arab Disebabkan itulah kedua-dua
kerajaan menubuhkan kerajaan campuran yang bertindak sebagai kerajaan pengaman
dan penampan daripada kekacauan bangsa Arab. Untuk itu,
kerajaan Lakhmid didirikan di Hirah bagi mewakili empayar Parsi
manakala kerajaan Ghassan ditubuhkan sebagai lambang kuasa
empayar Rom. Kawasan semenanjung Arab ketika itu dikenali
sebagai pusat persinggahan para peniaga yang berulang-alik ketika berurusniaga.
Selepas
tamatnya peperangan antara tentera Rom Byzantium dan tentera Parsi
Sassanid dalam siri Peperangan Sassanid-Byzantium yang terakhir
diNineveh pada tahun 627 M, kedua-dua empayar mengalami masalah dalaman
yang serius seperti masalah cukai yang tinggi, pertembungan sosio-budaya antara
kerajaan Arab-Parsi iaitu Lakhmid yang berpusat
di Hirah dengan empayar naungannya kerajaan Parsi Sassanid dan
kerajaan Arab-Rom iaitu Ghassan yang berpusat di Damsyik dengan
empayar naungannya Rom Byzantium. Tambahan pula dengan kedua-dua pihak mengalami
keletihan selepas tempoh peperangan yang begitu lama dalam siri Peperangan
Sassanid-Byzantium.
Setelah
kewafatan Rasulullah s.a.w pada tahun 632 Masehi, seluruh penduduk semenanjung
Arab disatukan di bawah agama Islam mula memberikan ancaman yang
besar. Pengganti Rasulullah s.a.w, yakni Khalifah Abu Bakar mula
melancarkan serangan ke atas Syria dan Palestin dan berjaya menyatukan
kedua-dua negeri ini menjadi sebahagian daripada negara Islam. Namun begitu,
kedua-dua kota ini dituntut oleh empayar Rom atau Byzantium dan juga
empayar Parsi Sassanid. Peristiwa ini seterusnya mengubah suasana dan
geopolitik serta pengaruh masyarakat Arab kepadatamadun dunia.
Ancaman
Setelah
adanya ancaman ketenteraan yang serius dari pihak Arab Islam,
kedua-dua empayar yang terkejut dengan serangan tentera Islam mula
menumpukan kegiatan ekonominya untuk membiayai perbelanjaan ketenteraan bagi
menghadapi kemaraan tentera Islam. Kedua-dua empayar berpendapat bahawa
serangan tentera Islam bukan hanya untuk melakukan kekacauan seperti mana
keadaan Arab sebelum kedatangan Islam, tetapi serangan mereka lebih kepada
perancangan untuk meluaskan jajahan serta menawan
wilayah Parsi dan Rom. Ketika inilah bermulanya
siri Peperangan Islam-Rom Byzantium di sebelah barat Arab dan peperangan
Islam-Parsi di bahagian timur Arab
Penawanan Islam Di
Iraq
Setelah
Khusrau II meninggal dunia, seorang raja Sassanid, kerajaannya berpecah
belah dan organisasi tenteranya menjadi kacau bilau. Ini memudahkan
tentera Arab Islam menawan kota Hirah pada tahun 633 Masehi. Tentera
Parsi Sassanid kemudiannya menyusun semula kepimpinan mereka sebaik sahaja raja
Sassanid baru ditabalkan iaitu Yazdegerd III. Khalid Al-Walid, seorang
Panglima Besar tentera Islam, berjaya menawan Iraq dari tangan Parsi Sassanid
pada Januari 634 Masehi menerusi beberapa siri peperangan.
Perang Berantai
Peperangan
ini berlaku pada bulan Aperil 633 Masehi. Ia dinamakan Perang Berantai kerana
sejumlah besar tentera pejalan kaki Parsi pimpinan Panglima
Besar Hormuz diikat dengan rantai besi bagi mengukuh dan menguatkan
serangan dan pertahanan secara berkumpulan. Dari segi teknikalnya, taktik ini
akan memberi tekanan berat kepada tentera pejalan kaki musuh.
Bagi
peperangan ini secara amnya tentera Parsi Sassanid berjumlah 25,000 orang. Ia
mempunyai kelengkapan senjata berat dan tentera berkuda berat. Namun
kelemahannya adalah pergerakannya yang lambat. Dengan kekuatan 18,000 orang,
Khalid Al-Walid mengatasi masalah ini dengan tentera berkuda ringkasnya yang
pantas dan cepat. Khalid Al-Walid membuat strategi dengan mengumpan tentera
Parsi mengejarnya dari daerah Kufier hinggalah ke
daerah Kazima yang mana membuatkan tentera Parsi keletihan. Keletihan
yang dialami oleh tentera Parsi disebabkan oleh senjata berat yang mereka bawa.
Setibanya
tentera Parsi di Kazima, mereka diserang hendap oleh tentera Islam dengan
secara mengejut. Sewaktu peperangan, Panglima Hormuz telah meletakkan beberapa
orang tentera elitnya untuk mengawal keselamatannya. Namun, kesemua
tentera elit beliau dapat dibunuh oleh salah seorang panglima Islam
iaitu Qa’qa ibn Amru. Akhirnya pertempuran ini dimenangi oleh tentera
Islam. Hormuz juga terkorban dalam peperangan ini setelah Khalid Al-Walid
berjaya membunuh beliau. Bagi tentera Parsi, rantai yang diikat di kaki
mereka memberi peluang kepada tentera Islam untuk menyerang dengan
lebih mudah sehinggakan jumlah tentera Parsi yang terkorban mencecah ribuan
orang.
Perang Sungai
Lokasi
peperangan ini terletak berhampiran dengan daerah Mesopotamia dan berlaku
pada bulan April 633 Masehi. Tentera Parsi pimpinan Panglima Besar Karanz
bin Karianz dengan dibantu oleh dua orang panglimanya yang terselamat
dalam peperangan Berantai iaitu Qubaz dan Anusjahan. Dengan
kekuatan tentera seramai 30,000 orang, Karanz menyerang tentera Islam pimpinan
Khalid Al-Walid yang jumlahnya hanya 18,000 orang, namun tentera Islam mampu
bertahan dan sebaliknya mereka mampu menewaskan tentera Parsi.
Perang Walaja
Perang
walaja berlaku pada bulan Mei 633 Masehi. Perang ini adalah di antara
tentera Islam pimpinan Khalid Al-Walid dengan tentera Parsi dan tentera
Arab yang bersekutu dengan Parsi pimpinan Panglima Besar Indrazaghur. Kekuatan
tentera Parsi dianggarkan antara 10,000 hingga 15,000 orang dan tentera Islam
ialah 18,000 orang.
Dalam
peperangan ini, tentera Khalid Al-Walid berjaya mengalahkan tentera Parsi
dengan taktik yang cukup berkesan. Taktik serangan dari arah belakang secara
mengejut dari dua arah yang berlainan adalah asas kepada strategi Khalid
Al-Walid dalam peperangan ini. Sehari sebelum hari peperangan, Khalid Al-Walid
menghantar dua regu tentera berkuda seramai 2,000 orang yang diketuai
oleh Busr ibn Abi Rahm dan Said ibn Abi Marra untuk
bersembunyi di sebalik dua bukit yang terletak beberapa batu di belakang
petempatan khemah tentera Parsi.
Dengan
ini, tentera Parsi menganggap bahawa bilangan tentera berkuda Islam adalah
berkurangan daripada yang disangka. Sebagai umpannya, Khalid Al-Walid
melantik Adi ibn Hatim dan Asim ibn Amr untuk mengetuai
tentera pejalan kaki bersama-sama sejumlah kecil tentera berkuda pimpinan
Khalid Al-Walid untuk menghadapi tentera Parsi.
Pada
hari peperangan, ketika tentera Parsi yang sedang mengasak tentera Islam,
Panglima Besar Khalid Al-Walid memberi isyarat kepada pasukan berkuda yang bersembunyi
di sebalik bukit untuk membuat serangan balas. Indrazaghur terkejut dengan
serangan dari arah belakang oleh dua pasukan berkuda tentera Islam pimpinan
Busr dan Said yang mana seterusnya menyebabkan kematian yang ramai bagi pihak
tentera Parsi. Dalam pertempuran ini Indrazaghur terkorban.
Perang Ullais
Juga
dikenali sebagai Perang Sungai Darah. Berlaku pada bulan Mei 633 Masehi.
Selepas tewasnya tentera Parsi kepada tentera Islam di Perang Walaja, tentera
Parsi yang terselamat melarikan diri ke Ullais (10 batu dari Walaja). Pada
awalnya tentera Islam tidak menganggap saki baki tentera Parsi itu boleh
membawa ancaman. Namun setelah mendapat berita bahawa
kerajaan Hirah menghantar sejumlah tentera sehingga kekuatan saki
baki tentera Parsi tadi bergabung dengan tentera Hirah mencecah sehingga 30,000
orang, Panglima Besar Khalid Al-Walid memimpin tenteranya
melintasi Sungai Khasif dan menuju ke Ullais dengan kekuatan seramai
15,000 orang.
Sayap
kiri diketuai oleh Panglima Asim ibn Amr dan sayap kanan diketuai
oleh Panglima Adi ibn Hatim. Sebagai persediaan, tentera Parsi dipimpin
oleh Panglima Besar Abdul Aswad yang berketurunan Arab dengan dibantu
oleh Panglima Jaban dan Panglima Abjar. Setelah mendapat maklumat
risikan daripada Panglima Muthanna ibn Harith, Panglima Besar Khalid
Al-Walid bergerak ke arah Ullais dan bertempur secara berhadapan tanpa
pendekatan taktikal yang khusus memandangkan Ullais berada di antara Sungai
Khasif dan Sungai Furat. Namun begitu, seperti biasa, Khalid Al-Walid menggunakan
tentera berkudanya untuk menewaskan tentera Parsi Sassanidini.
Walaupun
begitu, peperangan ini mengambil masa selama tiga hari berikutan tentangan
hebat daripada Abdul Aswad sehinggakan Khalid Al-Walid memuji kekentalan
musuhnya di dalam peperangan ini. Akhirnya, peperangan ini dimenangi oleh
tentera Islam dengan Abdul Aswad dapat dibunuh oleh Khalid Al-Walid
sendiri.
Perang Hirah
Beberapa
hari selepas pertempuran di Ullais, Khalid Al-Walid dengan kekuatan
seramai 15,000 tentera Islam menuju ke Hirah untuk menawan kerajaan boneka
Parsi iaitu Lakhmid.
Pertahanan
kerajaan Lakhmid yang berpusat di dalam kota istana seramai 10,000 orang
tentera pimpinan Panglima Iyas dan Panglima Abdul
Masih menggunakan manjanik untuk mencegah kemaraan tentera Islam daripada
menawani kota tersebut. Namun setelah beberapa hari bertahan, kota yang
tersergam indah itu akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam. Banyak peralatan
peperangan milik tentera Parsi jatuh ke tangan tentera Islam. Perang
ini juga menamatkan riwayat kerajaan Lakhmid di Hirah seterusnya mengukuhkan
lagi pertahanan tentera Islam di timur Arab.
Perang Anbar
Selepas
berjaya menawani kota Hirah, Khalid Al-Walid mara ke suatu tempat yang
bernama Anbar yang mana ia terletak 80 batu dari Iraq. Di sini
tentera Parsi berpusat di dalam kota untuk bertahan daripada serangan tentera
Islam. Tentera Parsi terpaksa berundur dan bertahan kerana banyak peralatan
peperangan mereka seperti manjanik mahupun kenderaan penggempur telah
digunakan ketika peperangan di Hirah dahulu. Manakala bagi tentera
Islam, dengan senjata dan peralatan peperangan yang baru dan terkini
milik tentera Parsi yang dapat mereka rampas setelah beberapa kali memenangi
pertempuran dengan tentera Parsi sebelum ini memberi kelebihan dari segi
kelengkapan senjata untuk menjalankan operasi ketenteraan.
Di
dalam pertempuran ini tentera Islam seramai 9,000 orang bertempur
dengan tentera Parsi pimpinan Panglima Shirazad seramai
10,000 orang. Oleh kerana sukar untuk menembusi kota Anbar, maka Khalid Al-Walid
mengarahkan tenteranya menggunakan manjanik untuk memberi tekanan
kepada pertahanan musuh, manakala para pemanah pula diarahkan memanah mana-mana
tentera Parsi yang menjengukkan kepalanya atau mengintip dari lubang
kota. Akibat tekanan dan serangan yang bertali arus daripada kumpulan pemanah
tentera Islam semasa kepungan, akhirnya Shirazad menyerah dan tunduk
kepada tekanan tentera Islam seterusnya membayar jizyah kepada kerajaan
Islam.
Perang Ainul Tamar
Lokasi
peperangan ini terletak di bahagian barat daerah Anbar. Tentera
Parsi pimpinan Panglima Aqqa ibn Qays dapat ditewaskan
oleh Khalid Al-Walid dan Aqqa sendiri dapat ditangkap oleh Khalid
Al-Walid.
Perang Muzayyah
Pada
November 633, seorang panglima tentera Parsi yang berpengalaman luas, Bahman
Jadu dilantik oleh Yazdegerd III untuk menyusun semula kekuatan
tentera Parsi supaya bergabung dengan saki baki tentera yang terselamat dalam
Perang Ullais. Dengan menggerakkan tenteranya di Muzayyah sementara menanti
sokongan daripada tentera Parsi yang telah berperang di Ullais, Bahman Jadu
membuat garisan pertahanan di situ.
Dalam
peperangan ini, Khalid Al-Walid membahagikan tenteranya kepada 3 kumpulan yang
mana kumpulan pertama diketuai oleh beliau sendiri untuk berhadapan dengan
tentera induk Parsi pimpinan Bahman di Muzayyah, kumpulan kedua diketuai
oleh Qa’qa ibn Amru untuk berhadapan dengan tentera sokongan Parsi
di Husaid dan kumpulan ketiga diketuai oleh Abu Laila untuk
berhadapan dengan tentera bantuan Parsi di Khanafi.
Dalam
perkara ini, Khalid Al-Walid berpendapat untuk memecahkan kekuatan
tentera Parsi Sassanid, tentera Islam perlu berhadapan dengan tentera
Parsi di tiga tempat yang berlainan dengan menggunakan tentera berkuda.
Hasilnya, tentera Islam dapat menyekat dan mencegah kemaraan tentera Parsi dalam
pertempuran berskala kecil di tiga tempat yang berlainan. Taktik ini berjaya
menewaskan kesemua tiga kumpulan tentera Parsi Sassanid. Jumlah kekuatan
tentera Islam adalah 15,000 orang sementara tentera Parsi seramai 18,000 orang.
Perang Firaz
Buat
pertama kalinya, Khalid Al-Walid berhadapan dengan tentera gabungan di mana
tentera Parsi Sassanid bergabung dengan tentera Rom Byzantium dan
tentera Arab Nasrani sehingga kekuatan tentera gabungan ini mencecah
150,000 orang. Tujuan gabungan ini adalah untuk mencegah kemaraan tentera Islam
daripada menawan wilayah Firaz. Ini kerana para penduduk di Firaz
mempunyai hubungan dagang yang mantap antara kerajaan
Parsi Sassanid dan Rom Byzantium.
Dengan
menggunakan strategi serangan tentera berkuda yang pantas dan cepat, tentera
Islam seramai 15,000 orang pimpinan Khalid Al-Walid sekali lagi berjaya
mengalahkan tentera pakatan ini pada bulan Januari 634 Masehi dan menawan
hampir keseluruhan Iraq. Selepas perang ini, Panglima Besar Khalid Al-Walid
bertukar tugas ke Syria untuk menumpaskan tentera Rom Byzantium yang
mana beliau berganding bahu bersama seorang lagi sahabat Rasulullah s.a.w
Rasulullah s.a.w yang terkemuka iaitu Abu Ubaidah Al-Jarrah dalam
siri Peperangan Islam-Rom Byzantium. Tempat beliau diganti oleh Abu
Ubaid.
Perang Jambatan
Berlaku
pada bulan Oktober 634 Masehi. Tentera Parsi Sassanid di bawah
pimpinan Panglima Bahman Jadu menyusun semula kekuatan dengan
strategi baru. Setelah mengenalpasti kekuatan serangan
tentera Islam adalah berasaskan kepantasan serangan tentera berkuda,
Bahman Jadu menggunakan khidmat tentera bergajah.
Lokasi
pertempuran ini terletak berdekatan dengan Sungai Furat, Kufah. Ketika
hari pertempuran, tentera Islam pimpinan Abu Ubaid mara dan
menguasai medan peperangan. Namun Bahman kemudiannya menyerang balas terhadap
tentera Islam dengan tentera bergajah mereka. Akibat daripada serangan tentera
bergajah Parsi, tentera berkuda Islam yang tidak mempunyai pengalaman
berhadapan dengan tentera bergajah terpaksa berundur dan ini membuatkan tentera
Parsi berjaya mengalahkan mereka. Abu Ubaid terbunuh dalam serangan ini.
Seramai
4,000 orang tentera Islam terkorban syahid. Ketika itu tentera Islam
kemudiannya dipimpin oleh Muthanna ibn Harith. Pengunduran tentera Islam di
bawah pimpinan Panglima Muthanna ibn Harith berjaya mengelakkan
tentera Islam terkorban dengan lebih ramai.
Pada
ketika Bahman Jadu ingin mengejar tentera Islam untuk menghancurkan kekuatan
tentera Islam yang mempunyai petempatan sementara di Sungai Furat, Panglima
Besar Parsi Rostam Farrokhzad memanggil beliau supaya pulang
ke Madain, ibu kota Parsi kerana berlakunya masalah dalaman negara.
Ini menyebabkan pasukan tentera Islam terselamat daripada serangan balas pihak
Parsi. Buat pertama kali, tentera Islam tewas dalam pertempuran dengan tentera
Parsi.
Selepas
peperangan ini, tentera Islam mula memperlahankan rentak dan
mengambil sikap hanya bertahan dengan membina sebuah markas pertahanan di
Kufah. Ini kerana terdapatnya masalah logistik, kekurangan bekalan asas dan
ketiadaan panglima perang yang cekap untuk memimpin tentera untuk menawan
negara Parsi. Dengan ini, operasi ketenteraan terhenti buat seketika waktu.
Walau bagaimana pun tentera Parsi masih menganggap garisan pertahanan
yang dibuat oleh tentera Islam memberi ancaman yang serius.
Perang
Al-Qadisiyyah
Pada
tahun 636 Masehi, Panglima Besar Sassanid, Rostam Farrokhzad mengetuai tentera
Parsi dengan kekuatan 120,000 bagi menyebarangi Sungai
Furat ke Al-Qadisiyyah di Hilla, Iraq untuk menumpaskan
tentera Islam. Rostam beranggapan kemaraan tentera Islam sudah terlalu hampir
dengan ibu kota kerajaan Parsi Sassanid. Untuk itu, beliau mengatur
langkah untuk mencegah kemaraan ini dengan mengetuai seluruh angkatan perang
Parsi untuk berperang di bumi Qadisiyyah. Para sejarawan menganggap tindakan
beliau ini merupakan sebuah kesilapan besar dari segi taktikal kerana
berhadapan dengan tentera Arab Islam di bumi mereka bukanlah keputusan yang
bijak.
Khalifah Umar
Al-Khattab mengutuskan 30,000 tentera d ibawah arahan Panglima
Besar Sa’ad ibn Abi Waqqas untuk menyerang tentera Parsi ini.
Peperangan berlaku selama empat hari di mana pada awalnya tentera Islam berkuda
tidak mampu berhadapan dengan tentera bergajah Parsi. Setelah dua hari diasak
oleh tentera bergajah Parsi, Khalifah Umar mengarahkan Abu Ubaidah
Al-Jarrah yang pada ketika itu berada di dalam siri Peperangan
Islam-Rom Byzantium menghantar bantuan ketenteraan seramai 5,000 orang
tentera pejalan kaki di bawah pimpinan Panglima Qa’qa ibn Amru.
Qa’qa
ibn Amru tiba pada malam pertempuran hari kedua. Ketika perbincangan dengan
para panglima tentera, Qa’qa berpendapat tentera bergajah Parsi adalah ancaman
utama bagi tentera Islam. Lalu, beliau mencadangkan agar kuda-kuda dan
unta-unta disolek dan dihias dengan hiasan yang menggerunkan. Taktik ini
berjaya menakutkan gajah-gajah Parsi.
Pada
hari ketiga, 1,000 orang tentera berkuda pimpinan Panglima Hisham ibn
Utbah tiba. Di dalam tentera ini terdapat dua orang bangsa Parsi yang
sudah memeluk Islam iaitu Dakhar dan Salam. Mereka mencadangkan belalai gajah
perang milik kegunaan tentera Parsi hendaklah dipotong dan mata gajah tersebut
hendaklah dibutakan bagi mengkucar-kacirkan tentera bergajah Parsi. Taktik ini
berjaya. Pertempuran hari ketiga itu dikuasai oleh tentera Islam setelah
tunjang utama kekuatan tentera Parsi iaitu tentera bergajah dapat ditewaskan.
Pada
hari terakhir pertempuran, Panglima Besar Sa’ad ibn Abi
Waqqas menyusun barisan tenteranya. Berbanding Khalid Al-Walid yang gemar
menggunakan sepenuhnya tentera berkuda, kumpulan bersayap dan serangan balas
yang pantas, Sa’ad lebih gemar menggunakan kumpulan pemanah. Penyusunan barisan
tentera berkuda di hadapan, dan tentera pejalan kaki dengan bantuan kumpulan
pemanah memberi kelebihan kepada tentera Islam.
Sesuai
dengan kemahirannya dalam memanah, Sa’ad ibn Abi Waqqas menggunakan sepenuhnya
kumpulan pemanah pada hari terakhir pertempuran yang membawa kepada kejayaannya
di Qadisiyyah. Dalam peperangan ini, Bahman Jadu dan Rostam
Farrokhzad terkorban dan inilah bermula titik tolaknya kejatuhan Empayar
Parsi Sassanid.
Penawanan Parsi
Walaupun
Iraq dan ibu kota Sassanid berjaya ditawan tentera Islam, tetapi raja Sassanid,
Yazdegerd III berjaya melarikan diri ke penara Parsi. Maka, para panglima Islam
kemudiannya mara ke hadapan ke tanah Parsi. Mereka berasa
bimbang Yazdegerd III akan menghimpun-kan semula tentera Parsi dan
menentang tentera Islam.
Yazdegerd
walau bagaimanapun berjaya menghimpunkan semula tenteranya untuk berhadapan
dengan tentera Islam. Pada tahun 642 Masehi, pasukan ini berkubu
di Nihawand 40 batu di selatan Hamadan. Khalifah Umar apabila
mendengar berita ini, melantik Nu’man ibn Muqarrin sebagai Panglima
Besar tentera Islam.
Perang Nihawand
Pada
peringkat awal, pasukan tentera Islam diketuai oleh Sa’ad ibn Abi Waqqas.
Namun beliau dipanggil ke Madinah oleh Khalifah Umar Al-Khattab
kerana berlaku masalah pentadbiran. Seterusnya Umar melantik Nu’man ibn
Muqarrin selaku Panglima Besar tentera Islam. Di bawah pimpinan Panglima
Besar Nu’man ibn Muqarrin dan dibantu oleh Panglima Huzaifah
Al-Yamani tentera Islam seramai 30,000 berhadapan dengan tentera Parsi
seramai 100, 000 orang pimpinan Panglima Besar Wahman Mardansyah dan
pembantunya adalah Panglima Pirouzan.
Berikutan
pengalaman berperangnya bersama Khalid Al-Walid dan Sa’ad ibn Abi Waqqas
di awal perjuangannya, Nu’man ibn Muqarrin menggu-nakan kepantasan serangan
tentera berkuda dan kecekapan pasukan pemanah sebagai tunjang utama untuk
menewaskan pertahanan tentera Parsi. Umat Islam menggelarkan peperangan ini
sebagai ‘Kemenangan Bagi Segala Kemenangan’ berikutan tumbangnya Empayar Parsi
Sassanid. Peperangan ini berlaku pada tahun 642 Masehi. Kedua-dua panglima
Parsi terkorban dalam peperangan ini manakala di pihak tentera Islam, Nu’man
ibn Muqarrin sendiri terkorban dan tempatnya digantikan oleh Huzaifah
Al-Yamani.
Selepas
kekalahan teruk di Nihawand, Yazdegerd gagal untuk menghimpunkan semula
tenteranya dan kini menjadi pelarian. Beliau kemudiannya dibunuh oleh seorang
petani di Merv pada 651 Masehi. Maka, berakhirlah kerajaan Sassanid dan
bermulalah era Islam di bumi Parsi. Tentera Islam kemudiannya menawan Afghanistan,
Transxonia dan Balochistan. Setelah kejatuhan Empayar Sassanid,
banyak kuil-kuil Majusi dirobohkan dan pengamalan agama ini diharamkan kerana
dianggap melencong daripada ajaran sebenar.
Pengislaman Bangsa
Iran
Pengislaman
Bangsa Iran atau Parsi merupakan sebuah proses yang perlahan dan mengambil masa
yang lama. Ketika pemerintahan Umaiyyah, bahasa dan kebudayaan Parsi diharamkan
manakala tulisan Parsi digantikan dengan aksara Arab Bangsa Parsi pula ditindas
dan didiskriminasi. ini menyebabkan ramai Bangsa Iran benci terhadap
pemerintah Arab dan Islam
Setelah
kejatuhan wangsa Umaiyyah, tampuk kepimpinan Islam digantikan oleh
Khalifah Abbasiyyah. Empayar bertukar tindakan daripada bertumpu kepada
Islam Arab kepada Islam keseluruhannya. Birokrat-birokrat kerajaan haruslah
umat Islam tidak menyangka suku bangsanya. Era ini menyaksikan ramai bangsa Iran
memeluk Islam. Ketika zaman ini juga, terdapat migrasi bangsa Arab keluar
semenanjung Arab.
Khalid Al-Walid:
Penyembuh Kebimbangan
Peribadi
yang mengaku tidak tahu di mana dan dari mana kehidupannya bermula, kecuali
pada suatu hari di mana beliau berjabat tangan dengan Rasulullah s.a.w,
berikrar dan bersumpah setia. Saat itulah beliau merasa dilahirkan kembali
sebagai manusia. ‘Dialah orang yang tidak pernah tidur, dan tidak membiarkan
orang lain tidur.‘
Dari Mekah Ke
Madinah
Suatu
ketika Khalid Al-Walid pernah menceritakan perjalanannya dari Mekah menuju
Madinah kepada Rasulullah s.a.w: ‘Aku menginginkan seorang rakan seperjalanan,
lalu kujumpai Utsman bin Thalhah; kuceritakan kepadanya apa maksudku, beliau
pun segera menyetujuinya. Kami keluar dari kota Mekah sekitar dini hari, di
luar kota kami berjumpa dengan Amr bin Ash.’
‘Maka
berangkatlah kami bertiga menuju kota Madinah, sehingga kami sampai di kota itu
di awal hari bulan Safar tahun yang ke lapan Hijriyah. Setelah dekat dengan
Rasulullah s.a.w kami memberi salam kenabiannya, Rasulullah s.a.w pun membalas
salamku dengan muka yang cerah. Sejak itulah aku masuk Islam dan mengucapkan
syahadat yang haq.’
Rasulullah
s.a.w bersabda, ‘Sungguh aku telah mengetahui bahawa anda mempunyai akal sihat,
dan aku berharap, akal sihat itu hanya akan menuntun anda ke jalan yang baik.’
‘Oleh
itulah, aku berjanji setia dan baiat kepada baginda, lalu aku mohon Rasulullah
s.a.w mintakan ampun untukku terhadap semua tindakan masa laluku yang
menghalangi jalan Allah s.w.t.’
Dalam
Perang Muktah, ada tiga orang Syuhada Pahlawan, mereka adalah Zaid bin
Haritsah, Jaafar bin Abi Thalib, dan Abdullah bin Rawahah, mereka bertiga
adalah Syuhada Pahlawan si Pedang Allah di Tanah Syria. Untuk keperluan Perang
Muktah ini, pasukan musuh, Pasukan Romawi mengerahkan sekitar 200,000
perajurit.
Dalam
perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Panji perang di tangan Zaid bin
Haritsah, beliau bertempur bersama panjinya sampai beliau terkorban. Kemudian
panji tersebut diambil alih oleh Jaafar, yang juga bertempur bersama panjinya
sampai beliau gugur sebagai syahid. Kemudian giliran Abdullah bin Rawahah
memegang panji tersebut sambil bertempur maju, hingga beliau juga gugur sebagai
syahid.‘
‘Kemudian
panji itu diambil alih oleh suatu pedang dari edaPng Allah, lalu Allah s.w.t
membukakan kemenangan di tangannya.‘
Selepas
Panglima yang ketiga gugur menemui syahidnya, dengan cepat Tsabit bin Arqam
menuju bendera perang tersebut, lalu membawanya dengan tangan kanannya dan
mengangkatnya tinggi-tinggi di tengah-tengah pasukan Islam agar barisan mereka
tidak kacau balau, dan semangat pasukan tetap tinggi.
Tidak
lama selepas itu, dengan gesit beliau melarikan kudanya ke arah Khalid
Al-Walid, sambil berkata kepadanya, ‘Peganglah panji ini, wahai Abu Sulaiman!’
Khalid
Al-Walid merasa dirinya sebagai seorang yang baru masuk Islam, tidak layak
memimpin pasukan yang di dalamnya terdapat orang-orang Ansar dan Muhajirin yang
terlebih dahulu masuk Islam daripadanya, Sopan, rendah hati, arif bijaksana,
itulah sikapnya. Ketika itu beliau menjawab, ‘Tidak... jangan saya yang
memegang panji suci ini, engkaulah yang paling berhak memegangnya, engkau lebih
tua, dan telah menyertai Perang Badar!’
Tsabit
menjawab, ‘Ambillah, sebab engkau lebih tahu muslihat perang daripadaku, dan
demi Allah aku tidak akan mengambilnya, kecuali untuk diserahkan kepadamu!’
kemudian beliau berseru kepada semua pasukan Muslim, ‘Bersediakah kalian di
bawah pimpinan Khalid Al-Walid?’
Mereka
menjawab, ‘Setuju!’
Dengan
gesit panglima baru ini melompat ke atas kudanya, di dakapnya panji suci itu
dan mencondongkannya ke arah hadapan dengan tangan kanannya, seakan-akan hendak
memecahkan semua pintu yang terkunci itu, dan sudah tiba saatnya untuk
dilanggar dan diterjang.
Kepahlawanan Yang
Luar Biasa
Sejak
saat itulah, kepahlawanannya yang luar biasa, terkuak dan mencapai titik puncak
yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t baginya. Sewaktu Perang Muktah inilah
korban di pihak kaum Muslimin banyak berjatuhan, dengan tubuh-tubuh mereka
berlumuran darah, sedang bala tentera Romawi dengan jumlah yang jauh lebih
besar, terus maju laksana banjir yang terus menyapu medan tempur.
Dalam
situasi yang sangat sukar itu, tidak ada jalan dan taktik perang yang
bagaimanapun, akan mampu merubah keadaan. Satu-satunya jalan yang boleh
dilakukan oleh seorang Komandan perang, ialah bagaimana melepaskan tentera
Islam ini dari kemusnahan keseluruhan, dengan mencegah korban yang terus
berjatuhan, serta berusaha keluar dari keadaan itu dengan sisa-sisa yang ada dengan
selamat.
Pada
saat yang genting itu, tampillah Khalid Al-Walid, si Pedang Allah, yang
menyorot seluruh medan tempur yang luas itu, dengan kedua matanya yang tajam.
Diaturnya rencana dan langkah yang akan diambil secepat kilat, kemudian
membahagi pasukannya ke dalam kelompok-kelompok besar dalam suasana perang yang
terus berkecamuk.
Setiap
kelompok diberinya tugas sasaran masing-masing, lalu dipergunakanlah seni
Yudhanya yang membawa mukjizat, dengan kecerdikan akalnya yang luar biasa,
sehingga akhirnya beliau berjaya membuka jalur luas di antara pasukan Romawi.
Dari jalur itulah seluruh pasukan Muslim menerobos dengan selamat. Kerana
prestasinya dalam perang inilah Rasulullah s.a.w menganugerahkan gelaran kepada
Khalid Al-Walid, ‘Si Pedang Allah Yang Senantiasa Terhunus.‘
Selepas
Rasulullah s.a.w wafat, Abu Bakar memikul tanggungjawab sebagai Khalifah.
Beliau menghadapi halangan yang sangat besar dan berbahaya, iaitu gelombang
kemurtadan yang hendak menghancurkan agama yang baru berkembang ini. Berita-berita
tentang pembangkangan kaum-kaum dan suku-suku
Di
Jazirah Arab ini, dari waktu ke waktu semakin membahayakan. Dalam keadaan
genting seperti ini, Abu Bakar sendiri maju untuk memimpin pasukan Islam.
Tetapi para sahabat utama tidak sepakat dengan tindakan Abu Bakar ini. Semuanya
sepakat untuk meminta Khalifah agar tetap tinggal di Madinah.
Sayyidina
Ali terpaksa menghadang Abu Bakar dan memegang tali kekang kuda yang sedang
ditungganginya untuk mencegah keberangkatannya bersama pasukannya menuju medan
perang, sembari berkata, ‘Hendak ke mana engkau wahai Khalifah Rasulullah
s.a.w, akan kukatakan kepadamu apa yang pernah dikatakan Rasulullah s.a.w pada
hari Uhud: ‘Simpanlah pedangmu wahai Abu Bakar, jangan engkau cemaskan kami
dengan dirimu!’
Di
hadapan desakan dan suara bulat kaum Muslimin, Khalifah terpaksa menerima untuk
tetap tinggal di kota Madinah. Maka selepas itu, di bahagilah tentera Islam
menjadi sebelas kesatuan, dengan beban tugas tertentu. Sedang sebagai ketua
dari keseluruhan pasukan tersebut, diangkatlah Khalid Al-Walid.
Dan
setelah menyerahkan bendera kepada masing-masing komandannya, Khalifah
mengarahkan pandangan kepada Khalid Al-Walid, sambil berkata: ‘Aku pernah
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa sebaik-baik hamba Allah dan kawan
sepergaulan, ialah Khalid Al-Walid, sebilah pedang di antara pedang Allah s.w.t
yang ditebaskan kepada orang-orang kafir dan munafik!’
Khalid
Al-Walid pun segera melaksanakan tugasnya dengan berpindah-pindah dari suatu
tempat medan tempur ke pertempuran yang lain, dari suatu kemenangan ke
kemenangan berikutnya. Datanglah perintah dari Khalifah Abu Bakar, kepada
panglima yang tidak tertandingi ini, agar berangkat menuju Yamamah untuk
memerangi Bani Hanifah bersama kabilah-kabilah yang telah bergabung dengan
mereka yang terdiri dari gabungan aneka ragam tentera murtad yang paling
berbahaya. Pasukan ini dipimpin oleh Musalimah Al-Kadzdzab.
Khalid
Al-Walid bersama pasukannya mengambil kedudukan di dataran bukit-bukit pasir
Yamamah, dan menyerahkan bendera perang kepada komandan-komandan pasukannya,
sementara Musailamah menghada-pinya dengan segala kecongkakan dan kederhakaan
bersama dengan pasukan tenteranya yang sangat banyak, seakan-akan tidak akan
habis-habisnya.
Melihat Keunggulan
Musuh
Di
tengah pertempuran yang berkecamuk amat dahsyat ini, Khalid Al-Walid melihat
keunggulan musuh, beliau lalu memacu kudanya ke suatu tempat tinggi yang
terdekat, lalu beliau melayangkan pandangannya ke seluruh medan tempur.
Pandangan cepat yang diliputi ketajaman dan naluri perangnya, dengan cepat
beliau dapat mengetahui dan menyimpulkan titik kelemahan pasukannya.
Beliau
dapat merasakan, ada rasa tanggung jawab yang mulai melemah di kalangan
parajuritnya di tengah serbuan-serbuan mendadak pasukan Musailamah. Maka
diputuskanlah secepat kilat untuk memperkuatkan semangat tempur dan
tanggungjawab pasukan Muslimin itu. Di panggilnya komandan-komandan teras dan
sayap, ditertibkannya kedudukan masing-masing di medan tempur, kemudian beliau
menjerit dengan suaranya yang mengesankan kemenangan: ‘Tunjukkanlah kelebihanmu
masing-masing, akan kita lihat hari ini jasa setiap suku!’
Orang-orang
Muhajirin maju dengan panji-panji perang mereka, dan orang-orang Ansar pun maju
dengan panji-panji perang mereka, kemudian setiap kelompok suku dengan
panji-panji tersendiri. Semangat juang pasukannya jadi bergelora lebih panas
membakar, yang dipenuhi dengan kebulatan tekad, menang atau mati syahid.
Sedangkan
Khalid Al-Walid terus menggemakan takbir dan tahlil, sambil memberikan arahan
kepada para komandan lapangannya. Dalam waktu yang singkat, berubahlah arah
pertempuran, perajurit-perajurit pimpinan Musailamah mulai berguguran, laksana
nyamuk yang menggelepar berjatuhan ke atas tanah. Khalid Al-Walid berjaya
menyalakan semangat keberaniannya seperti sengatan aliran elektrik kepada
setiap perajuritnya, itulah salah satu keistimewaannya dari sekian banyak
keunggulannya. Musailamah terkorban bersama para perajuritnya, bergelimpangan
memenuhi seluruh kawasan medan pertempuran, dan terkuburlah selama-lamanya
bendera yang menyeru kepada kebohongan dan kepalsuan.
Selanjutnya,
Khalifah Abu Bakar memerintahkan Khalid Al-Walid untuk berangkat menuju Iraq,
maka berangkatlah sang mujahid ini ke Iraq. Beliau memulai operasi
ketenteraannya di Iraq dengan mengirim surat kepada semua Pembesar Kisra
(Maharaja Persia) dan Gabenor-Gabenornya di semua wilayah Iraq.
‘Dengan
Nama Allah s.w.t yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Khalid Al-Walid
Ibnu Walid kepada para pembesar Parsi. Keselamatan bagi sesiapa saja yang
mengikuti petunjuk. Kemudian segala puji kepunyaan Allah s.w.t yang telah
memporak-porandakan kaki tangan kalian, dan merenggut kerajaan kalian, serta
melemahkan tipu daya kalian.’
‘Siapa
yang solat seperti solat kami, dan menghadap kiblat kami, jadilah beliau
seorang Muslim. Beliau akan mendapat hak seperti hak yang kami dapatkan, dan
beliau berkewajiban seperti kewajiban kami. Bila telah sampai kepada kalian
surat ini, maka hendaklah kalian kirimkan kepadaku jaminan, dan terimalah
dariku perlindungan jika tidak, maka demi Allah s.w.t yang tiada Tuhan selain
Dia, akan kukirimkan kepada kalian satu kaum yang berani mati, padahal kalian
masih sangat mencintai hidup!’
Para
warga yang disebarkannya ke seluruh penjuru Persia datang menyampaikan berita
tentang keberangkatan pasukan bala tentera pyang sangat besar yang diPersiapkan
oleh panglima-panglima Persia di Iraq. Khalid Al-Walid tidak membuang waktu,
dengan cepat beliau mempersiapkan pasukannya untuk menghadapi pasukan Persia
tersebut.
Dalam
perjalanan menuju Persia ini beliau berjaya memperoleh kemenangan-kemenangan,
mulai dari Ubullah, As-Sadir, disusul Najaf, lalu Al-Hirah, Al-Ambar, sehingga
Khadimiah. Di setiap tempat yang berjaya beliau tawan beliau disambut demgan
wajah berseri penduduknya, kerana di bawah bendera Islam, orang-orang yang
lemah dan yang tertindas penjajah Persia, dapat berlindung dengan aman dan
selamat.
Rakyat
yang terjajah dan lemah selama ini banyak mengalami derita perhambaan dan
penyiksaan dari orang Persia. Khalid Al-Walid selalu berpesan dengan peringatan
yang keras, kepada seluruh pasukannya setiap kali akan berangkat ke medan
tempur: ‘Jangan kalian sakiti para petani, biarkanlah mereka bekerja dengan
aman, kecuali bila ada yang hendak menyerang kalian, perangilah orang-orang
yang memerangi kalian.‘
Kemenangan Yang
Diraih
Kemenangan
yang diraih oleh orang-orang Islam di Iraq dari orang Persia menimbulkan
harapan diperolehnya kemenangan yang sama pada orang Romawi di Syria. Khalifah
Abu Bakar mengerahkan sejumlah pasukan dan melantik beberapa orang pilihan
sebagai panglimanya, seperti Abu Ubaidah bin Jarrah, Amr bin Ash dan Yazid bin
Abu Sufyan serta Muawiyah bin Abu Sufyan.
Sewaktu
bala tentera Islam ini mulai bergerak, berita ini sampai kepada Maharaja
Romawi. Beliau menyarankan para menteri dan jenderal-jenderalnya supaya
berdamai saja dengan orang-orang Islam dari berperang melawan mereka. Kerana
itu hanya akan menimbulkan kerugian saja. Tetapi para menteri dan
jenderal-jenderalnya tetap bertegas hendak meneruskan perang sambil berkata:
‘Demi Tuhan, akan kita layani Abu Bakar itu, sampai beliau tidak mampu
mendatangkan pasukan berkudanya ke negeri kita ini.‘
Mereka
menyiapkan tidak kurang dari 240,000 orang anggota tentera untuk peperangan
ini. Para pengintip pasukan tentera Islam mengirimkan gambaran tentang situasi
gawat ini kepada Khalifah. Mengetahui perkara itu Abu Bakar berkata, ‘Demi
Allah, semua kebimbangan dan keragu-raguan mereka akan kusembuhkan dengan
kedatangan Khalid Al-Walid.‘
Penyembuh
kebimbangan ini, berupa perintah berangkat ke negeri Syam kepada Khalid
Al-Walid untuk memimpin seluruh pasukan Islam yang sudah mendahului berada di
sana. Dengan sigap Khalid Al-Walid melaksanakan perintah Khalifah Abu Bakar,
dan menyerahkan pimpinan pasukan di Iraq kepada Mutsanna bin Haritsah, setelah
semua urusannya di Iraq selesai, beliau segera berangkat menuju Syam.
Di
medan perang, sebelum pertempuran di mulai, beliau berdiri di tengah-tengah
pasukannya sambil berpidato, ‘Hari ini adalah hari-hari Allah s.w.t, tidak
pantas kita di sini berbangga-bangga dan berbuat derhaka. Ikhlaskanlah jihad
kalian, dan harapkan redha Allah s.w.t dengan perangmu! Mari kita bergantian
memegang pimpinan, iaitu secara bergiliran. Hari ini salah seorang memegang pimpinan,
besok yang lain, lusa yang lain lagi, sehingga seluruhnya mendapat kesempatan
memimpin!’
Sangat Mendebarkan
Bala
tentera Romawi, jika dilihat dari besarnya jumlah tentera dan perlengkapan
persenjataan yang mereka miliki, merupakan sesuatu yang sangat mendebarkan bagi
sesiapa saja yang melihatnya. Tidak diragukan lagi, bahawa pasukan Islam
sebelum kedatangan Khalid Al-Walid merasa gentar dan cemas serta gelisah dalam
jiwa mereka. Hanya kerana iman merekalah yang membuatkan hati mereka mantap.
Bagaimanapun
hebatnya orang-orang Romawi dan bala tenteranya, tetapi Khalifah Abu Bakar
telah berkata, ‘Khalid Al-Walid yang akan menyelesaikannya. Demi Allah s.w.t,
segala kebimbangan mereka akan kulenyapkan dengan seorang panglima yang bernama
Khalid Al-Walid! Biarkan orang-orang Romawi dengan segala kehebatannya itu
datang! Bukankah bagi kaum Muslimin ada tukang pukulnya?’
Khalid
Al-Walid memberi taklimat kepada komandan-komandan tenteranya, dengan
mempersiapkan dan membahagi-bahagi pada beberapa kesatuan besar. Diaturnya
langkah-langkah taktik dan strategi untuk menyerang dan bertahan, untuk
menandingi taktik-taktik tentera Romawi, seperti yang telah dialaminya dari
kawan-kawannya orang Persia di Iraq, dengan melukiskan setiap kemungkinan dari
peperangan ini.
Sebelum
terjun ke kancah peperangan, ada satu perkara yang sedikit mengganggu
fikirannya, iaitu kemungkinan sebahagian anggota pasukannya yang melarikan
diri, terutama mereka yang baru saja masuk Islam, setelah mereka melihat
kehebatan dan keseraman tentera Romawi.
Salah
satu rahsia kemenangan-kemenangan istimewa yang diraih oleh Khalid Al-Walid
dalam setiap pertempuran, ialah ‘tsabat’ ertinya tetap tabah dan disiplin.
Beliau melihat, bahawa larinya dua tiga orang perajurit, akan menyebarkan kepanikan
dan kekacauan pada seluruh kesatuan yang akan berakibat fatal, dan ini
merupakan satu bencana.
Oleh
sebab itu, tindakannya sangat tegas dan keras sekali terhadap mereka yang
membuang senjata dan melarikan diri dari medan pertempuran. Maka dalam peperangan
Yarmuk ini, setelah seluruh pasukannya mengambil kedudukan, dipanggilnya
perempuan-perempuan Muslimah untuk memanggul senjata. Mereka diperintahkan
untuk mengambil kedudukan di belakang barisan pasukan Muslimin di setiap
penjuru. Khalid Al-Walid berpesan kepada mereka, ‘Sesiapa saja yang melarikan
diri dari medan pertempuran ini, bunuh saja mereka!’
Sebelum
pertempuran dahsyat itu berlangsung, panglima tentera Romawi meminta Khalid
Al-Walid tampil ke hadapan, kerana ingin berbicara dengannya. Khalid Al-Walid
tampil ke hadapan sehingga mereka berdua saling berhadapan di atas belakang
kuda masing-masing, di suatu tempat tanah lapang di antara kedua-dua pasukan.
Panglima
pasukan tentera Romawi yang bernama Mahan itu berkata kepada Khalid Al-Walid:
‘Kami tahu, bahawa yang mendorong kalian keluar dari negeri kalian tidak lain
hanyalah kerana kelaparan dan kesukaran, jika kalian setuju, saya beri dari
masing-masing kalian ini 10 dinar lengkap dengan pakaian dan makanan, asalkan
kalian pulang kembali ke negeri kalian. Dan pada tahun yang akan datang saya
akan kirimkan sebanyak itu juga!’
Mendengar
itu, bukan main marahnya Khalid Al-Walid, tetapi perkara tetap ditahan, sambil
mengetapkan giginya, beliau menganggap suatu penghinaan dan kekurangajaran dari
panglima Romawi itu. Lalu di jawabnya dengan kata-kata: ‘Bahawa yang mendorong
kami keluar dari negeri kami, bukan kerana lapar seperti yang anda sangka,
tetapi kami adalah suatu bangsa yang biasa minum darah. Dan kami sangat faham,
bahawa tidak darah yang lebih manis dan lebih enak dari darah orang-orang
Romawi, lantaran itulah kami datang!’
Panglima
Khalid Al-Walid menggeretakkan kekang kudanya, sambil kembali ke barisan
pasukannya, diangkatnya bendera tingi-tinggi sebagai tanda dimulainya
pertempuran. ‘Allahu Akbar, berhembuslah angin syurga,‘ jeritnya.
Di
tengah-tengah pertempuran sengit itu berlangsung, ada salah seorang dari
tentera Muslim yang mendekati Abu Ubaidan bin Jarrah, sambil berkata, ‘Aku
sudah bertekad untuk mati syahid, apakah anda mempunyai pesan penting yang
boleh kusampaikan kepada Rasulullah s.a.w, jika aku menemuinya nanti?’
Abu
Ubaidah menjawab, ‘Ada, sampaikan kepada baginda... ya Rasululullah,
sesungguhnya kami telah menemukan bahawa apa yang telah dijanjikan Allah s.w.t,
memang benar!’
Selepas
itu, lelaki itu pergi menyeruak ke tengah-tengah medan pertempuran dengan
menyerang bagai anak panah yang lepas dari busurnya. Beliau menyerbu ke
tengah-tengah pertempuran yang dahsyat, merindukan tempat peraduan, sehingga
akhirnya beliau mati syahid. Beliau adalah Ikrimah Abu jahal, anak Abu Jahal.
Beliau berseru kepada barisan tentera orang-orang Islam, pada saat tekanan
tentera Romawi semakin berat, dengan suara ang lantang, beliau berkata,
‘Sungguh aku telah lama memerangi Rasulullah s.a.w pada masa lalu, sebelum aku
mendapat hidayah dari Allah s.w.t, masuk Islam. Apakah wajar aku lari hari ini,
dari musuh-musuh Allah s.w.t ini?’ sambil menjerit beliau berseru kepada
pasukan Muslim, ‘Siapa yang bersedia dan berjanji untuk mati?’
Sekelompok
pasukan Muslimin berjanji kepada Ikrimah untuk berjuang sampai mati, kemudian
mereka sama-sama menyerbu ke jantung pertahanan musuh, mereka hanya mencari
kemenangan, tetapi jika kemenangan itu harus ditebus dengan jiwa raga, mereka
sudah sedia untuk mati syahid. Allah s.w.t menerima pengorbanan dan bai’at
mereka, mereka semuanya mati syahid.
Di
tengah pertempuran yang sengit itu, Khalid Al-Walid mengerahkan 100 orang
tenteranya, tidak lebih. Mereka diperintahkan untuk bersamanya menyerbu sayap
kiri pasukan tentera Romawi yang jumlahnya tidak kurang dari 40,000 orang
tentera. Khalid Al-Walid berpesan kepada mereka: ‘Demi Allah s.w.t, yang diriku
di tangan-Nya, tidak ada lagi kesabaran dan ketabahan yang tinggal pada
orang-orang Romawi, kecuali apa yang kami lihat! Sungguh, aku berharap Allah
s.w.t memberikan kesempatan kepada kalian untuk menebas batang-batang leher
mereka!’
Kehebatan Yang
Mengagumkan
Kehebatan
Khalid Al-Walid ini sangat mengagumkan para panglima dan komandan tentera
Romawi. Perkara ini mendorong salah seorang dari mereka, bernama Georgius,
mengundang Khalid Al-Walid pada saat-saat peperangan berhenti beristirehat,
untuk bercakap-cakap dengan beliau. Perbualan yang panjang lebar dengan Khalid
Al-Walid itu telah menyebabkan Georgius Theodorus memeluk agama Islam namun
beliau telah terkorban dalam peperangan tersebut.
Sesungguhnya
seumur hidupnya Khalid Al-Walid tidak pernah dipengaruhi oleh keinginan,
kecuali menikmati kemenangan dan berjaya mengalahkan musuh kebenaran. Tidak
satu pun kesenangan duniawi yang dapat mempengaruhi keinginan nafsunya, kecuali
hanya satu, iaitu barang yang dengan sangat hati-hati sekali dan bermati-matian
beliau menjaganya. Barang itu berupa kopiah. Pernah suatu ketika, kopiah
itu jatuh dalam Perang Yarmuk. Khalid Al-Walid bersama beberapa pasukannya
dengan susah payah mencarinya. Ketika orang lain mencelanya lantaran itu,
Khalid Al-Walid berkata, ‘Di dalamnya terdapat beberapa helai rambut dari
ubun-ubun Rasulullah s.a.w.‘
Sewaktu
jenazahnya diusung beberapa orang sahabat keluar dari rumah, si ibu
memandangnya dengan kedua mata yang bercahaya memperlihatkan kekerasan hati
tetapi disaput awan dukacita, lalu melepaskannya dengan kata-kata:
Jutaan
orang tidak dapat melebihi keutamaanmu,
Mereka
gagah perkasa tetapi tunduk di hujung pedangmu,
Engkau
pemberani melebihi Singa Betina,
Yang
sedang mengamuk melindungi anaknya,
Engkau
lebih dahsyat dari air bah,
Yang
terjun dari celah bukit curam ke lembah,
Rahmat
Allah s.w.t bagi Abu Sulaiman,
Apa
yang ada di sisi Allah s.w.t lebih baik daripada yang ada di dunia,
Beliau
hidup terpuji, dan berbahagia setelah mati.
Kegemilangan Islam
Dalam Perang Badar
Setelah
hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan
diterima baik oleh orang-orang Ansar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan
diterima oleh banyak kabilah-kabilah Arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah
telah menjadi kukuh. Orang-orang arab Quraisy Mekah tidak senang hati dengan
kemajuan ini.
Perang
Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia
merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali
agama Allah s.w.t. Kemenangan besar kaum Muslimin tidak terletak pada jumlah
tentera yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam di
sanubari mereka. Dengan keyakinan mereka pada Allah s.w.t yang sangat kukuh
itu, Allah s.w.t telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju
lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya
pertolongan Allah s.w.t terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya
dan menjauhi larangannya.
Tamparan Dan
Cabaran
Serangan
yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin terhadap angkatan perdagangan kaum
Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka
sebagai tamparan dan cabaran hebat kepada mereka. Kaum Quraisy merasakan
kematian Al-Hadhrami seharusnya dibela dan memusnahkan semua pihak yang
bersangkutan dengan pembunuhan itu. Rasulullah s.a.w sememangnya menyedari
bahawa pihak Quraisy pasti akan menuntut bela. Baginda telah membuat persediaan
yang lebih awal.
Pada
bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah, Rasulullah s.a.w bersama 313 orang tentera
telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang
pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan
tentera Quraisy Mekah untuk menyerang Madinah. Abu Sufyan yang mengetuai
angkatan perdagangan tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah s.a.w itu
lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr
Al-Ghifari meminta bantuan dari Mekah. Di Mekah pula, 3 hari sebelum Dham Dham
sampai, Atiqah Binte Abdul Muthalib telah bermimpi sesuatu yang sungguh
menakutkan. Atiqah telah bermimpi melihat seorang musafir datang dengan menunggang
unta. Dia berdiri di atas tanah lapang. Kemudian, lelaki tersebut menjerit
dengan suara yang amat kuat.
‘Ketahuilah
wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian kepada tempat-tempat kematian kalian
dalam masa 3 hari.’
Atiqah
melihat manusia berkumpul dekat musafir tersebut kemudian lelaki masuk dalam
masjid diikuti orang ramai dan berdiri di atas untanya di hadapan Kaabah dan
dilaungkan lagi perkataan yang sama. Lelaki itu kemudian berdiri di hadapan Abu
Qais dan diulangi ucapannya buat kali ketiga. Musafir itu kemudian mengambil
batu besar dan melemparkannya. Batu itu jatuh bergolek. Ketika batu itu tiba di
bawah gunung, ia pecah berkeping-keping. Tidak sebuah rumah pun yang ada di
Mekah terlepas dari dimasuki pecahan batu besar tersebut.
Mimpi Atikah
Mimpi
Atiqah itu walaupun diminta supaya dirahsiakan, telah tersebar luas di Kota
Mekah hingga ke pengetahuan Abu Jahal. Tetapi Abu Jahal dengan sikap bongkak
dan sombongnya tidak mempedulikan mimpi itu malah diperlecehkan olehnya.
Al-Abbas
bin Abdul Muthalib, orang pertama yang mengetahui tentang mimpi Atiqah telah
mendengar saudaranya diejek oleh Abu Jahal. Beliau ingin mempertahankan
saudaranya lalu keluar untuk mencari Abu Jahal. Pada ketika beliau
terjumpa Abu Jahal, Dham Dham, iaitu utusan dari Abu Sufyan telah sampai ke
Mekah dengan membawa berita Abu Sufyan meminta bantuan. Ketika itu juga Mekah
menjadi kecoh dengan berita ini. Ramai pembesar Quraisy merasa marah
dengan tindakan Rasulullah s.a.w . Mereka lalu mengumpulkan orang untuk keluar
membantu Abu Sufyan. Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam
peperangan ini. Ada di antara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus
orang suruhan mereka untuk ikut serta.
Sebelum
berlaku peperangan di Badar, Rasulullah s.a.w telah mengutuskan Talhah Bin
Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah Abu
Sufyan. Mereka mengumpulkan maklumat yang perlu dan kembali ke Madinah untuk
menyampaikan pada Rasulullah s.a.w. Baginda bergerak bersama-sama para
pengikutnya. Baginda menuju ke Badar tetapi terlebih dahulu baginda mengutus
Ali bin Abu Talib, Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama beberapa
orang lain ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta
musuh mereka.
Maklumat
yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang
tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah s.a.w bertanya berapa
ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu
menjawab 9 atau 10 eokr. Dengan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w, Beliau
dapat mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1,000 orang tentera.
Dengan
maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah s.a.w pada waktu itu merasa bimbang
kalau-kalau nanti setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy
lalu dari tenteranya ada yang mengundur diri. Nabi Rasulullah s.a.w juga ingat
bahawa asal mulanya berangkat dari Madinah adalah hendak mengejar seperangkatan
unta yang memuatkan perdagangan kaum Quraisy yang diketuai oleh Abu Sufyan,
sedangkan mereka telah lepas jalan ke Mekah. Rasulullah s.a.w bimbang jika ada
di antara tenteranya yang tidak suka bertempur dengan tentera Quraisy dan ada
yang berperasaan takut lalu lari pulang ke Madinah semula.
Angkatan
unta yang dikejar telah terlepas jalan. Pasukan tentera Quraisy begitu
besar berlipat kali ganda. Alat perang Quraisy lebih lengkap dan mereka
serba kekurangan. Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan pesuruh Allah
s.w.t, maka Rasulullah s.a.w mengadakan permusyawaratan bersama pahlawan-pahlawan
tenteranya meminta pendapat mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahawa mereka
keluar hanya untuk perdagangan Quraisy dan bukan untuk berperang. Ketika itu
Rasulullah s.a.w amat merasa susah hati dan berubah wajahnya.
Apabila
Abu Bakar r.a melihat keadaan ini, lalu beliau berkata: ‘Ya Rasulullah s.a.w,
lebih baik kita bertempur dengan musuh!’ Diikuti pula dengan Umar r.a. Kemudian
seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata: ‘Ya Rasulullah
s.a.w, teruskanlah pada barang apa yang Allah s.w.t telah perintahkan pada
tuan! Maka kita bersama tuan. Demi Allah s.w.t, kita tidak akan berkata kepada
tuan seperti perkataan kaum Bani Israil kepada Nabi Musa pada zaman dahulu.
‘Pergilah engkau bersama Tuhanmu, maka berperanglah engkau berdua. Kita
sesungguhnya akan duduk termenung saja.’ Akan tetapi berkata kita pada tuan
sekarang ‘Pergilah tuan bersama Tuhan tuan! Dan berperanglah tuan bersama Tuhan
tuan. Kita sesungguhnya bersama tuan dan Tuhan tuan. Kita ikut berperang. Demi
Allah s.w.t, jikalau tuan berjalan dengan kita sampai ke desa Barkul Ghamad,
nescaya kita berjuang bersama tuan daripada yang lainnya. Kita akan berperang
dari sebelah kanan tuan dan di antara hadapan tuan dan belakang tuan.’
Ketika
itu Rasulullah s.a.w juga inginkan kepastian dari kaum Ansar. Melihat keadaan
itu, Sa’ad Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi
keyakinan pada Rasulullah s.a.w sama seperti kaum Muhajirin. Diikuti pula oleh
suara-suara pahlawan yang lain.
Setelah
mendengar kata-kata daripada sahabat dan tenteranya yang sungguh meyakinkan,
bercahayalah muka Rasulullah s.a.w seraya kelihatanlah kegirangannya. Pada
ketika itu juga Allah s.w.t menurunkan wahyunya yang tercatat di surah Al-Anfal
ayat 5-7 yang ertinya: ‘Sebagai Tuhanmu (Rasul) mengeluarkan akan kamu dari
rumhamu yang benar. Dan bahawasanya sebahagian dari orang-orang yang beriman
itu sungguh benci. Mereka membantah kamu dalam urusan kebenaran (berperang)
sesudah terang-benderang, seolah-olah mereka digiring akan salah satu dari dua
(golongan Al’Ier dan golongan An Nafier), bahawasanya ia bagimu, dan kamu
mengharapkan yang tidak berkekuatan senjata adalah bagi kamu, dan Allah s.w.t
berkehendak akan menyatakan kebenaran dengan semua sabdanya, dan memutuskan
kekalahan orang-orang yang tidak percaya.’ (Surah Al-Anfal ayat 5-7)
Selepas
itu, Rasulullah s.a.w lalu bersabda pada seluruh tenteranya: ‘Berjalanlah kamu
dan bergiranglah kerana sesungguhnya Allah s.w.t telah memberi janji kepadaku
salah satu daripada dua golongan (iaitu Al-Ier dan An-Nafier). Demi Allah
s.w.t, sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum
Quraisy,’
Mendengar
perintah Rasulullah s.a.w yang sedemikian itu, segenap kaum Muslimin memulakan
perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ke tempat yang
dituju oleh Nabi. Mereka selalu taat dan patuh kepada perintah Rasulullah s.a.w
dengan melupakan segala sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri.
Di
pihak Quraisy pula ada beberapa kucar kacir yang terjadi sehingga beberapa kaum
yang berjalan berpatah balik ke Mekah. Rasulullah s.a.w tidak henti-henti
memanjatkan doa kepada Allah s.w.t memohon pertolongan. Untuk menebalkan iman
tenteranya dan meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah s.a.w menghadapkan
mukanya kepada sekelian tenteranya sambil memohon kepada Allah s.w.t yang
ertinya: ‘Ya Allah s.w.t! Hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian
Engkau. Ya Allah s.w.t! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak
akan Engkau disembah lagi.’
Diriwayatkan
pada waktu itu, Rasulullah s.a.w berulang-ulang memohon kepada Allah s.w.t
sehingga Abu Bakar r.a yang senantiasa berada disisinya telah memegang
selendang dan bahu Nabi sambil berkata bahawa Tuhan akan meluluskan padanya apa
yang telah Allah s.w.t janjikan.
Selanjutnya,
sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang maka di antara
pahlawan-pahlawannya lebih dulu harus bertanding dan beradu kekuatan dengan
pahlawan musuh. Di pihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah Utbah Bin
Rabi’ah, Syaibah Bin Rabi’ah dan Walid Bin Utbah. Dan dari tentera Islam ialah
‘Auf bin Al-Harits, Mu’adz bin Harts dan Abdullah bin Rawahah. Mereka bertiga
adalah dari kaum Ansar.
Tetapi
kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu
menerima kaum Ansar, malah meminta Rasulullah s.a.w mengeluarkan 3 orang
pahlawan dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah s.a.w mengeluarkan
Hamzah Bin Abdul Muthalib, Ali Bin Abi Thalib dan ‘Ubadah Bin Al-Harits. Mereka
berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya
dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid. Ini adalah petanda
bahawa kaum Quraisy akan tewas.
Selepas
itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan
bermati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah s.a.w senantiasa
mengamati gerak-geri tentera Islam. Dalam sekejap waktu, berpuluh-puluh tentera
Musyrikin menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya
bergelimpangan di atas tanah bermandikan darah. Tentera Islam senantiasa
menyebut ‘Esa! Esa! Esa!’
Rasulullah
s.a.w pula tidak henti-henti memanjatkan doa pada Allah s.w.t memohon
kemenangan tentera Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apa pun,
Rasulullah s.a.w telah jatuh dengan mendadak seperti orang
pengsan. Tubuhnya menggeletar dan kedinginan bagaikan orang ketakutan.
Tetapi tidak berapa minit, baginda bangun dengan tegak lalu bersabda kepada Abu
Bakar r.a. yang senantiasa berada di sisinya, yang ertinya: ‘Gembiralah olehmu
hai Abu Bakar. Telah datang pertolongan dari Allah s.w.t kepadamu. Ini Malaikat
Jibril sampai memegang kendali kuda yang baginda tuntun atas kedua gigi sarinya
berdebu.’
Rasulullah
s.a.w memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang membawa maksud
dan jaminan bahawa tentera Islam yang turut serta di Perang Badar dijamin masuk
syurga. Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya. Ramai
pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan
melarikan diri. 70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan.
Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari
Ansar). Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan ketabahan
hati mereka. Bangkai-bangkai tentera Musyrikin dilempar dan dikuburkan di dalam
sebuah perigi atau sumur di Badar.
Kemenangan
ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikut peperangan,
iaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas
mengawal Madinah dalam masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.
Di
Madinah pula, Rasulullah s.a.w memikirkan bagaimana cara yang patut dilakukan
ke atas orang tawanan perang. Rasulullah s.a.w juga berpesan pada orang ramai
supaya bersikap baik dan belas kasihan kepada orang tawanan. Sehingga ada kaum
Muslimin yang memberikan satu-satunya roti yang ada kepada orang tawanan.
Sehingga orang tawanan merasa segan dengan kebaikan yang ditunjukkan.
Rasulullah
s.a.w kemudian berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar. Ada
yang menyatakan dibunuh saja kerana mereka telah engkar dengan Allah s.w.t dan
mengusir kaum Muhajirin dari Mekah. Ada juga yang lebih lembut hatinya dan
disuruh lepaskan saja dengan harapan mudah-mudahan mereka akan insaf dan
tertarik dengan Islam.
Setelah
lama berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan orang
tawanan dengan mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan
masing-masing. Setinggi empat ribu dirham dan serendah satu ribu dirham. Bagi
yang miskin tetapi ada pengetahuan membaca dan menulis dikehendaki supaya
mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam. Mereka semua dibebaskan apabila
tebusan telah dibayar atau kanak-kanak itu telah pandai.
Hikmah Dalam Perang
Badar
Perang
Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andaikata tentera Islam kalah
dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam
itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan
menambahkan keyakinan bahawa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telah mula
disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang
Yahudi dan Munafiqin Madinah.
Sebaliknya
pengaruh orang Quraisy Mekah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh
tentera Islam pula, apabila mereka balik ke Mekah setelah dilepaskan telah
menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam.
Cerita ini dengan tidak secar langsung telah memberi pertolongan yang besar
kepada perkembangan agama Islam di Mekah.
Mereka
yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telah
berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam
bertambah dari masa ke masa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan
orang Islam kepada Rasulullah s.a.w dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban
jiwa untuk kepentingan baginda dan agama Islam.
Pengajaran
dari peperangan ini menunjukkan bahawa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini
terbukti apabila ada beberapa puak yang menarik diri sebelum perang terjadi.
Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai
kemenangan.
Kaum
Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang
sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalah
tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah
s.a.w telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam. Rasulullah
s.a.w adalah pentabdir yang berkaliber dan pintar mengendalikan tektik
peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya di dunia atau mati
syahid.
Bentuk Pertolongan
Allah Dalam Perang Badar
Sesungguhnya
betapa banyak dan besarnya pertolongan yang Allah s.w.t berikan bagi pasukan
Rasulullah s.a.w dalam Perang Badar. Betapa janji Allah s.w.t selalu benar,
bahawa Allah s.w.t. pasti akan menolong hamba-Nya yang menolong agama-Nya.
Sejarah telah mencatatkan rahmat Allah s.w.t yang menyertai orang-orang yang
beriman. Kemenangan sejati selalu ada ketika ia bersandingan dengan iman.
Berikut adalah beberapa hal yang menyokong kemenangan yang diraih kaum
Muslimin:
1.
Pasukan Malaikat
Abdullah
bin Abbas meriwayatkan bahawa ketika seorang sahabat mengejar dengan gigih
seorang Musyrik yang ada di hadapannya, tiba-tiba beliau mendengar suara
pukulan dan suara penunggang kuda yang menghentakkan kudanya. Lalu sahabat
tersebut melihat orang Musyrik itu jatuh terkapar dengan keadaan hidung dan
wajahnya luka parah akibat pukulan tersebut. Hal tersebut beliau ceritakan
kepada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda, ‘Kau benar, itu adalah pertolongan
Allah s.w.t dari langit ketiga.’ (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Kemenangan
pada Perang Badar menjadi pesta di kalangan para malaikat kerana peristiwa ini
adalah pertama kalinya mereka diizinkan terjun ke gelanggang perang di bawah
arahan Jibril dengan seribu pasukan malaikat pilihan. ‘Sesungguhnya Aku akan
mendatangkan kepadamu bala bantuan dengan seribu malaikat yang datang
berturut-turut.’ (surah An Anfal: 9)
Para
malaikat yang terlibat dalam Perang Badar memiliki kemuliaan di antara semua
malaikat. Rafi’ah bin Rafi’ Az-Zarqi mengatakan, ‘Jibril berkata kepada Nabi
dan berkata: Bagaimana kalian menganggap veteran Badar di antara kalian?
Rasulullah s.a.w menjawab: ‘Termasuk Muslimin yang paling mulia. Jibril
berkata: Demikian juga malaikat yang mengikuti Perang Badar.’
2.
Allah Meneguhkan Hati
‘Dan
Allah tidak menjadikan (bantuan bala tentera malaikat itu) melainkan sebagai
khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu
hanya dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa Maha Perkasa.’ (surah Al
Anfal: 10)
3.
Rasa Kantuk Dan Turunnya Hujan
‘Sesungguhnya
Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman dari-Nya dan Allah
menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk membersihkanmu. Kerana dengan air
hujan itu, Allah menghilangkan gangguan syaitan darimu dan menguatkan hatimu
serta memperteguhkan kedudukanmu.’ (surah Al Anfal: 11)
Rasa
kantuk yang melanda para mujahid Badar merupakan salah satu nikmat. Mengapa
demikian? Kerana situasi perang tidak kondusif untuk tidur, bagi mengembalikan
tenaga, maka rasa kantuk menjadi suatu terapi dari suasana yang tegang dan
mencengkam. Kerana malam hari bagi kaum Musyrikin adalah untuk
bersenang-senang, sementara kaum Muslimin dikurniakan rasa kantuk sebagai rangsangan
tidur untuk memulihkan kembali tenaga.
Ketika
itu juga turun hujan baik di tempat kaum Muslimin mahupun kafir. Hal ini
berdampak nikmat bagi kaum Muslimin tetapi menjadi siksaan dan kendala bagi
kaum kafir. Contohnya, tanah kaum Muslimin menjadi padat dan tidak berdebu
sehingga menjadi kukuh diinjak dan tidak mengganggu pandangan. Hujan menjadi
salah satu bantuan dalam bentuk rahmat yang Allah s.w.t. turunkan kepada kaum
Mukminin dalam pertempuran Badar itu, selain jundun min jundillah atau
tentera Allah s.w.t, sepertia para malaikat yang Allah s.w.t turunkan untuk
mengganggu pasukan kaum Musyrikin.
Rasulullah
s.a.w dan generasi awal umat ini benar-benar menyedari, bahawa masyarakat
paganis ekstrim dari keturunan Quraisy dan semua kelompok yang sejenis
dengannya tidak akan pernah membiarkan umat Islam memiliki kebebasan
menjalankan syariatnya di Kota Yathrib, setelah sebelumnya mereka diusir
beramai-ramai dari Kota Mekah. Dari itu, umat Islam pun mempersiapkan
segalanya.
Di
Kota Madinah kaum Muslimin mempersiapkan diri dengan membangun kekuatan dengan
cara selalu berlatih berperang, agar mereka tidak lagi dilecehkan oleh
orang-orang Musyrik dan juga kabilah-kabilah Yahudi. Sedar akan kekuatan Islam
yang selama ini tersebunyi. Hal ini menggetarkan musuh, sehingga musuh tidak
menyerang umat Islam di Kota Madinah. Bahkan dengan kekuatan yang dimiliki kaum
Muslimin ini, masyarakat Quraisy faham bahawa orang-orang Muhajirin yang selama
ini lari dari tekanan dan penindasan, bukan lagi pada kedudukan yang lemah dan
hina. Namun kini mereka telah berubah menjadi satu komuniti yang kuat, dan
mampu menggetarkan mereka. Dari itu pasukun Rasululah s.a.w patut
diperhitungkan.
Latihan Dan
Persiapan Berkala
Rasulullah
s.a.w segera melatih para sahabatnya dan mengutus mereka untuk melakukan
pengintipan di sekitar Kota Madinah secara berkala. Tujuannya adalah sebagai
latihan, eksplorasi, dan persiapan peperangan. Beberapa tugas yang pernah
baginda delegasikan kepada para sahabat antara lain ialah:
- Pasukan yang dipimpin
oleh Hamzah bin ‘Abdul Muththalib. Mereka seramai 30 orang penunggang kuda
dari kalangan Muhajirin. Pasukan ini ditugaskan mengawasi wilayah dari
penyelusupan kaum Musyrikin, hingga melewati daerah Al-’Iish di tepi
laut.
- Pasukan yang
dipimpin oleh ‘Ubaidah bin Harits. Mereka seramai 60 orang penunggang kuda
dari kalangan Muhajirin sampai ke daerah Raabigh.
- Pasukan yang
dipimpin oleh Saad bin Abi Waqqash, dengan kekuatan pengintip berjumlah 80
orang Muhajirin dan bertugas sepanjang jalan yang menghubungkan Mekah dan
Madinah.
- Pasukan yang
langsung di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w berjumlah 200 orang penunggang
kuda, unta dan pejalan kaki, berjalan memantau wilayah kekuasaan hingga
daerah Wuddan. Dalam menjalankan tugas pengawasan wilayah yang dipimpin
terus oleh Rasulullah s.a.w terjadi Peperangan Wudan. Pada peperangan ini
Rasulullah s.a.w mengadakan perjanjian dengan Bani Dhamrah. Salah satu
tujuan peperangan ini adalah untuk membangun sebuah aliansi dengan
kabilah-kabilah yang selama ini menguasai jalur yang menghubungkan antara
Kota Mekah dan Madinah.
- Perang
‘Usyairah - peperangan dengan jumlah pasukan seramai 200 orang penunggang
dan pejalan kaki di bawah kepemimpinan Rasulullah s.a.w. Tujuan peperangan
ini adalah untuk menunjukkan kekuatan kaum Muslimin di hadapan orang-orang
Musyrikin serta membangun kesefahaman dengan kabilah-kabilah yang terdapat
di daerah jalur perdagangan orang Quraisy di antara Kota Mekah dan
Madinah.
- Perang Buwaath
- peperangan dengan jumlah pasukan seramai 200 orang penunggang dan
pejalan kaki di bawah kepemimpinan Rasulullah s.a.w. Tujuannya adalah
untuk boleh sampai ke daerah Buwaath dari sisi Gunung Radhwa ke jalur
perdagangan Quraisy di antara kota Mekah dan Madinah, selain untuk menekan
kegiatan perdagangan mereka.
- Pasukan di
bawah pimpinan ‘Abdullah bin Jahsy. Pengintipan berkekuatan lapan orang
dari kalangan Muhajirin. Bersama itu, ‘Abdullah membawa sepucuk surat dari
Rasulullah s.a.w. Baginda berpesan untuk tidak membuka surat tersebut
kecuali dua hari setelah mereka melakukan perjalanan. Ketika surat itu
dibuka, di dalamnya terdapat tulisan, ‘Jika engkau telah membaca surat
ini, maka teruslah berjalan hingga engkau sampai di sebatang pohon kurma
yang terletak di antara Mekah dan Thaif. Lalu perhatikan gerak-geri orang
Quraisy dan berikan maklumatnya kepada kami.’ Abdullah segera berangkat
hingga akhirnya beliau sampai di sebatang pohon kurma. Sebuah kafilah
Quraisy lalu dan terus diserang oleh kaum Muslimin. Pada peperangan ini,
orang-orang Musyrikin yang terkorban antara lain ialah ‘Amr bin Hadhrami,
sementara kaum Muslimin berjaya menawan dua orang dari kalangan Musyrikin,
namun yang keempat berjaya melarikan diri.
- Perang Badar
Pertama. Prediksi Rasulullah s.a.w dan para sahabat tentang kaum Musyrikin
benar-benar menjadi sebuah kenyataan. Tidak lama setelah baginda menetap
di Kota Madinah, orang-orang Musyrikin di bawah pimpinan Karz bin Jabir
Al-Fihry melakukan penyerangan terhadap ladang pengembalaan haiwan milik
orang Madinah dan merampas beberapa ekor unta dan kambing milik kaum
Muslimin. Rasulullah s.a.w pun segera bergerak untuk mengusir perampas
tersebut dan merebut kembali unta mahupun kambing milik kaum Muslimin yang
sempat mereka rampas. Pasukan perang kaum Muslimin di bawah pimpinan
Rasulullah s.a.w ketika itu bergerak sampai ke daerah Wadi Sufyan, dekat
dengan Badar. Namun demikian mereka tidak dapat mengejar perampas
Musyrikin sehingga mereka harus kembali tanpa ada peperangan.
Latar Belakang
Perang Badar Kubra
Perang
Badar yang meletus antara kaum Muslimin dan orang-orang Musyrik dipicu oleh
beberapa sebab, di antaranya ialah:
Pengusiran Kaum Muslimin Dari Kota Mekah
Genderang
perang terhadap kaum Muslimin, sebenarnya sudah ditabuh oleh orang-orang
Musyrikin sejak Rasulullah s.a.w menyampaikan risalah dakwah. Mereka telah
melakukan penyiksaan terhadap kaum Muslimin dan merampas harta benda para
sahabat nabi di kota Mekah. Perlakukan mereka terhadap orang-orang Muhajirin
tidak lagi mengenal perikemanusiaan. Mereka rampas rumah dan kekayaan kaum Muhajirin.
Orang
Islam pun melarikan diri dan menukarnya dengan keredhaan Allah s.w.t. Kita
dapat melihat sendiri bagaimana orang kafir Quraisy merampas dan menguasai
harta benda Shuhaib sebagai imbalannya, Shuhaib diizinkan untuk berhijrah ke
Madinah. Kita juga dapat menyaksikan bagaimana mereka menduduki rumah-rumah dan
peninggalan kaum Muslimin yang ditinggalkan oleh pemiliknya. Dan kejadian 15
abad yang lalu tidak ubahnya seperti yang sedang mereka lakukan di Palestin,
Afganistan, Iraq dan negara-negara Islam lainnya.
Penindasan Terhadap Umat Islam Hingga Kota Madinah
Apa
yang dilakukan orang Quraisy terhadap umat Islam, ternyata tidak hanya ketika
mereka berada di Kota Mekah. Di bahawa pimpinan Kurz bin Habbab Al-Fihri,
mereka memprovokasi kaum Musyrikin lainnya untuk menyerang, mengganasi, dan
menguasai harta benda milik kaum Muslimin yang ada di Kota Madinah (sebagaimana
yang terjadi pada Perang Badar Shughra).
Oleh
itu, sudah sewajarnya apabila orang-orang Musyrik menerima balasan atas semua
permusuhan dan penindasan mereka terhadap umat Islam selama ini. Mereka begitu
sedar, bahawa banyak kepentingan dan hasil perdagangan mereka yang akan
berpindah ke tangan orang-orang Islam di sana, selain bahawa kini Islam telah
memiliki pasukan dan wilayah yang mampu memberikan penentangan atas kekuasaan,
menegakkan kebenaran dan menumbangkan kebatilan meskipun orang-orang yang
berhati durjana tidak menyukainya.
Memberi Pelajaran Kepada Quraisy
Oleh
kerana itu, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w mendengar bahawa kafilah dagang
Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan bin Harb dan ‘Amr bin Al-’Ash bersama 40
orang bergerak dari Syam membawa harta orang-orang Quraisy yang keseluruhannya
mencapai seribu ekor unta, maka baginda pun segera mengajak kaum Muslimin untuk
bergerak mendatanginya.
Rasulullah
s.a.w mengatakan, ‘Ini adalah perdagangan Quraisy. Maka keluarlah kalian,
semoga Allah s.w.t. akan memberikannya kepada kalian.’
Mendengar
seruan ini, sebahagian kaum Muslimin menyambutnya sementara yang lainnya merasa
sedikit berat dengannya. Mereka menggangap bahawa ketika itu Rasulullah s.a.w
tidak bermaksud mengumandangkan sebuah peperangan. Kerana baginda mengatakan,
‘Barangsiapa yang ketika ini memiliki tunggangan, maka hendaklah mereka ikut
bersama kami.’ Baginda tidak menunggu sahabat yang tunggangannya tidak ada pada
ketika itu.
Hasil Perang Badar
Perang
Badar (dengan seluruh hasil yang ia torehkan bagi sejarah harakah Islamiyah
mahupun sejarah umat manusia seluruhnya) telah menjadi sebuah pengajaran yang
sangat jelas sekali bagi harakah Islamiyah mahupun bagi perjalanan sejarah ke
hadapan. Allah s.w.t. menyebut hari itu dengan nama ‘yaumul furqan yaum
iltaqa Al-jam’an’ atau hari pembeza, hari di mana dua kekuatan bertemu.
Peperangan ini sendiri memberikan beberapa buah hasil penting antara lain
ialah:
- Perang Badar
merupakan pembatas di antara dua ikatan dan menjadi pembeza antara yang
haq dan yang bathil. Kekuatan umat Islam semakin kuat sehingga dataran
Arab pun turut memperhitungkannya. Kebenaran muncul di permukaan dengan
rambu-rambu akidah dan prinsip-prinsip dasar yang dibawanya.
- Tergoncangnya
kedudukan Quraisy di mata orang Arab serta kegalauan penduduk Mekah di
hadapan tamparan yang tidak diduga tersebut.
- Tampilnya umat
Islam sebagai sebuah kekuatan yang memiliki makna dan pengaruh. Hal ini
menyebabkan banyak kabilah yang tinggal di sepanjang jalur Mekah dan Syam
membuat perjanjian kesepakatan dengan mereka. Dengan demikian kaum
Muslimin sudah berjaya menguasai jalur tersebut.
- Sebelum Perang
Badar meletus, kaum Muslimin bimbangkan kewujudan orang-orang bukan Muslim
yang tinggal di kota Madinah. Namun setelah mereka kembali ternyata
kenyataannya adalah sebaliknya.
- Semakin
bertambahnya kebencian orang-orang Yahudi terhadap umat Islam. Sebahagian
mereka mulai menunjukkan permusuhan secara terang-terangan. Sementara yang
lainnya menjadi agen yang membawa berita seputar perihal kaum Muslimin
kepada orang-orang Quraisy serta memprovokasi mereka untuk menyerang umat
Islam.
- Aktiviti
perdagangan Quraisy menjadi semakin sempit. Akhirnya mereka terpaksa
menapaki jalur Iraq melalui Najd kerana takut apabila dikuasai oleh
orang-orang islam. Dan jalur ini merupakan jalur yang panjang.
- Pada Perang
Badar, 14 orang dari kalangan umat Islam gugur sebagai syuhada; 6 orang
dari kalangan Muhajirin dan 8 orang dari kalangan Ansar. Sementara dari
pihak orang Musyrikin terkorban seramai 70 orang dan 70 orang lagi berjaya
ditawan. Kebanyakan dari mereka adalah pemuka dan pembesar Quraisy.
Sesungguhnya Badar ialah peperangan pertama yang dihadapi oleh
Rasulullah s.a.w dalam mengembangkan dakwah Islamiyah. Sejarah perkembangan
Islam tidak dapat dipisahkan daripada beberapa peperangan yang pernah
dialaminya. Namun, umat Islam wajar berhati-hati ketika membicarakan sejarah peperangan
itu. Pernah wujud usaha propaganda Barat yang cuba mengaitkan Islam dengan
keganasan. Oleh itu, penceritaan sejarah peperangan yang dihadapi oleh umat
Islam mestilah dimulakan dengan sebab dan tujuan peperangan.
Pengkisahan
sejarah peperangan umat Islam terdahulu menentang serangan kufur boleh membina
jati diri umat Islam mutakhir. Namun ia tidak wajar sekadar membina semangat
melulu tanpa memahami kisah yang tersirat sebelum dan selepas sesuatu
peperangan.
Dakwah Islamiyah
Sebelum Dan Selepas Hijrah
Era
dekad pertama dakwah Islamiyah di Mekah menyaksikan dakwah dijalankan secara
rahsia dan pertemuan umat Islam untuk mendengar ajaran Rasulullah s.a.w
dilakukan dari rumah ke rumah. Sejarah meriwayatkan rumah Arqam bin Abi Arqam
sebagai tempat paling kerap pertemuan dilakukan.
Kaum
Musyrikin Mekah tidak dapat menghidu aktiviti umat Islam di rumah ini.
Sedangkan dalam waktu itu, sesiapa yang dikesan mengikuti dakwah Rasulullah
s.a.w pasti akan diseksa oleh kaum Quraisy Mekah, terutama golongan hamba
ataupun yang tidak mempunyai pelindung yang tuannya terdiri daripada bangsawan
Quraisy Mekah. Sikap pilih kasih Musyrikin yang memilih bulu dalam
menyeksa mangsa ini pun sebenarnya menimbulkan kesangsian orang Mekah yang
belum mendekati Islam. Mengapa penyeksaan dan sekatan terhadap umat Islam
dilalkukan?
Hijrah
Rasulullah s.a.w ke Madinah yang asalnya dikenali sebagai Yathrib membuka
lembaran baru dalam lipatan sejarah perkembangan Islam. Di sini dakwah
Islamiyah dijalankan secara terbuka dan diperkukuhkan dengan perlantikan
Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara berperlembagaan yang baru ditubuhkan. Penerimaan
orang Madinah terhadap dakwah dan kepimpinan Rasulullah s.a.w pun bukanlah
secara mendadak, tetapi sebagai lanjutan daripada beberapa siri pertemuan
rahsia mereka dengan baginda untuk mengikuti ajaran Islam. Bahkan dua
perjanjian telah dimeterai di Mekah beberapa tahun sebelum Hijrah, iaitu
Perjanjian Aqabah I dan Perjanjian Aqabah II.
Di
Madinah, baginda dilihat sebagai pejuang hak asasi manusia yang mampu menyusun
semula struktur masyarakat yang kacau bilau. Sebab utamanya ialah monopoli
kuasa ekonomi dipegang oleh korporat Yahudi di Madinah. Sesungguhnya Madinah
tidak mempunyai struktur politik seperti di Mekah. Yang berkuasa hanyalah orang
yang berharta yang hampir keseluruhannya puak Yahudi.
Hijrah
Rasulullah s.a.w yang hanya berbekalkan sehelai sepinggang bersama Abu Bakar
pada malam pengepungan Quraisy di sekitar rumah yang bertujuan untuk
membunuhnya menjadi bukti sikap mempertahankan diri baginda dalam menyampaikan
dakwah Islamiyah. Sebelum itu pun, Umar Al-Khattab ketika mula-mula memeluk
Islam keluar berbaris beramai-ramai menuju Kaabah untuk mengisytiharkan
keislaman mereka.
Penyertaan
Umar Al-Khattab ke dalam barisan dakwah Islamiyah menggembirakan Rasulullah
s.a.w. Bahkan baginda sering berdoa agar diislamkan salah seorang pembesar
Quraisy yang bernama Umar, iaitu Umar bin Al-Khattab ataupun Amru (Umar) bin
Hisyam (Abu Jahal).
Cuma,
baginda tidak ghairah dengan cadangan Umar itu. Dua sebab utama yang menghalang
Rasulullah s.a.w daripada menerima cadangan itu ialah umat Islam tidak
mempunyai kekuatan dan tidak ada wahyu yang membenarkan mereka menggunakan
kekerasan (peperangan ataupun pertempuran).
Sikap
baginda ini membuktikan bahawa Islam bukannya dikembangkan dengan bantuan
pengaruh orang berkedudukan sahaja. Sebaliknya pengislaman Umar Al-Khattab
membuktikan bahawa Islam boleh diterima oleh mereka yang berilmu dan bijak
menggunakan pertimbangan akal. Umar Al-Khattab memang terkenal sebagai
tokoh yang berpendidikan dan bijak, tidak saperti tokoh Quraisy yang lain.
Pengislaman beliau tambah menyerlahkan lagi sikap pilih kasih Quraisy kerana
tidak ada sesiapa pun yang berani menegur atau menyingkir beliau daripada
masyarakat Quraisy, apalagi menyeksa beliau.
Futhu Mekah Bulan
Ramadhan
Allah
s.w.t berfirman: ‘Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia mengetahui
bahawa padamu ada kelemahan. Maka jika ada di antara kamu seratus orang yang
sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang, dan jika di antara
kamu ada seribu orang (yang sabar), nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu
orang dengan idzin Allah s.w.t. Dan Allah s.w.t beserta orang-orang yang
sabar.’ (surah Al Anfal : 66)
Bagaimana
para sahabat menyambut bulan suci Ramadhan, memperbanyakkan tadarrus Al-Quran,
solat sunnah, bershadaqah atau banyak tidur siang dan bermalas-malasan?
Ramadhan acap kali digambarkan dengan penampilan yang lesu dan lemah oleh kita,
sehingga Ramadhan menjadi alasan kuat untuk tidak berprestasi, mengapa
demikian? Para sahabat Rasulullah s.a.w memang memperbanyakkan tadarrus
Al-Quran, qiyamul lail, bershadaqah dan lebih dari itu, Ramadhan tidak
menjadi alasan untuk bermalas-malasan, terbukti dua peristiwa besar dan penting
yang tercatat dalam sejarah terjadi dalam bulan suci Ramadhan, iaitu Perang
Badar dan Futhu Mekah.
Memang
betul bulan Ramadhan adalah tempat melatih kesabaran, menahan amarah, namun
berperang untuk mempertahankan kemuliaan Islam dan kaum Muslimin bukanlah
berperang kerana hawa nafsu, melainkan marah kerana Allah s.w.t dan benci
kerana Allah s.w.t. Di medan jihad inilah terangkum dari segenap kekuatan yang
telah terbina dalam ibadah yang rutin. Maka syahadatain sebagai bukti
penggabungan dirinya dalam partai Allah s.w.t (Hizbullah), solat telah melatih
hidup bersama dalam satu kesatuan komando iaitu komando Imam, shaum
telah mendidik pertahanan yang seimbang baik lahir mahupun bathin, zakat telah
melatih jiwa untuk siap berkorban. Dan berjihad yang semua terlatih itu dalam
kedudukan yang puncak.
Maka
berjihad merupakan puncak tertinggi amaliyah-nya dalam Islam. Hal ini
nampak jelas ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: ‘Adakah amaliyah
yang sama dengan jihad fi sabilillah? Baginda s.a.w bersabda: ’Kamu
tidak akan sanggup melakukannya.’ Tepat benar Allah s.w.t melahirkan dua
peristiwa iaitu Perang Badar dan Futhu Mekah sebagai amal yang paling utama
terjadi dalam bulan yang paling utama, Ramadhan.
Rujukan:
- Abu Muhammad Abdul Malik Bin Hisyam Al-Maufiri. Perang
Badar Al-Kubra dar sirah Nabawiyah Ibnu Hasyim, Terbitan Al-Hidayah
Publisher, Cetakan Pertama 2001
- Abdullah Bin Ahmad Mubarak, Kisah Para Nabi dan Rasul
Jilid 2, Terbitan Al-Hidayah Publisher, Cetakan Pertama 1996 di Malaysia
- Che Uda Che Nick, Sejarah Islam 1 STPM, Terbitan Fajar
Bakti Sdn Bhd, Cetakan kelima 1981
- Afzalur Rahman, Ensiklopedia Sirah, Sunah, Dakwah dan
Islam Jilid 1, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan 1993
- Haji Dasuki Bin Haji Ahmad, Ikhtisar Perkembangan
Islam, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan keenam 1982
- K.H Moenawar Chalil, Sejarah Lengkap Sirah Nabi
Muhammad S.A.W, Terbitan Darul Kitab Sdn Bhd., Cetakan Pertama 1999
- Ali, Abdullah Yusuf (1987). The
Holy Qur'an: Text, Translation & Commentary, Tahrike Tarsile Qur'an;
Reissue edition. ISBN
0-940368-32-3.
- Armstrong, Karen (1992). Muhmmad:
Biography of the Prophet, HarperCollins. ISBN
0-06-250886-5.
- Crone, Patricia (1987). Meccan
Trade and the Rise of Islam, Blackwell.
- Hodgson, Marshall (1974). The
Venture of Islam: The Classical Age of Islam, University of Chicago Press. ISBN
0-226-34683-8.
- Lings, Martin (1983). Muhammad:
His Life Based on the Earliest Sources, Inner Traditions
International. ISBN
0-89281-170-6.
- Nicolle, David (1993). Armies
of the Muslim Conquest, Osprey Publishing. ISBN
1-85532-279-X.
- Watt, W. Montgomery (1956). Muhammad at Medina,
Oxford University Press.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan